Search This Blog

Tuesday, June 11, 2013

Nelayan selamat bot karam dilanggar kapal

Nelayan selamat bot karam dilanggar kapalMunir dipeluk kakaknya sebaik tiba di Jeti Parit Jawa, Muar, semalam. Muar: Seorang nelayan terselamat manakala sepupunya dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki karam akibat dirempuh kapal di Selat Melaka, 12 batu nautika di luar perairan Parit Jawa di sini, semalam.

Munir Sirun, bersama sepupunya dikenali sebagai Bujang, yang masih hilang, keluar menangkap ikan dalam kejadian jam 3 pagi itu.
Majikan mereka, Zulferi Hamidun, berkata Munir dan Bujang meninggalkan pangkalan nelayan Parit Jawa pada jam 3 petang kelmarin. “Pada jam 11 pagi ini (semalam), saya menerima panggilan daripada Munir memaklumkan kemalangan itu.



Sepupu gagal dikesan

“Dia memberitahu bot karam akibat dilanggar kapal dan dia bernasib baik kerana diselamatkan bot nelayan yang melalui kawasan itu tetapi sepupunya gagal dikesan.

“Saya membuat laporan polis sebelum sekumpulan nelayan tempatan yang menaiki lima bot bergegas ke lokasi untuk membantu mencari dan menyelamat Bujang tetapi sehingga kini belum ditemui,” katanya ketika ditemui di Jeti Parit Jawa di sini, semalam.

Pemandu lori maut nahas di Nilai


NILAI: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan dalam kemalangan di Km 284, Lebuhraya Utara-Selatan di sini awal hari ini.

Jurucakap polis berkata pemandu yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohd Fadli Mohd Isa, 26, manakala kelindannya Mohd Nasrul Md Yahya, 19, hanya mengalami kecederaan ringan setelah dia tercampak keluar dari lori itu.
Katanya, dalam kejadian pukul 4 pagi, lori yang penuh dengan muatan barangan alat ganti kenderaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor apabila terbabas lalu melanggar papan tanda di tepi lebuh raya berkenaan.

Sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai yang menerima panggilan pada 4.14 pagi bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat. - BERNAMA 

Lelaki miliki dadah dipenjara 5 tahun

Lelaki miliki dadah dipenjara 5 tahunHafiz dijatuhi hukuman penjara atas tuduhan memiliki dadah ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. Ayer Keroh: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan, manakala isterinya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis di Durian Tunggal, Januari lalu.

Muhammad Hafiz Abdul Razak, 23 dan Siti Hajar Salim, 22, didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis kanabis seberat 120.72 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, kira-kira jam 11.30 pagi pada 31 Januari lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Tukar pengakuan

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan rotan hingga 10 sebatan.

Kes itu sepatutnya memulakan prosiding semalam, namun Muhammad Hafiz menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes.
Berikutan hukuman itu, Lourdes merayu hukuman ringan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pengakuan salah tertuduh berjaya menjimatkan masa mahkamah.

Hukuman setimpal

“Pengakuan salah tertuduh menunjukkan anak guam saya sedar dengan kesilapannya, termasuk bertanggungjawab atas pertuduhan yang disabitkan bersama isterinya. Tertuduh juga mempunyai seorang anak dan ini kesalahan pertamanya,” katanya.

Nurfahana bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan pada masa sama, meminta mahkamah menarik semula pertuduhan sama ke atas Siti Hajar.

Selepas mempertimbangkan rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan terhadap Muhammad Hafiz bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 31 Januari lalu.

“Atas persetujuan Unit Pendakwaan, mahkamah bersetuju menarik balik pertuduhan terhadap isteri tertuduh (Siti Hajar). Dengan ini, isteri tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan berkenaan," katanya.

Pada 14 Februari lalu, tertuduh dan isterinya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dan mereka mengaku tidak bersalah.

Warga Filipina dituduh samun pelancong Iraq


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menyamun pelancong warga Iraq, bulan lalu.

Marcelo Jr Ortega, 47, mengaku tidak bersalah menyamun wang tunai RM7,000 milik ahli perniagaan, Hussein Rashid di atas jejambat Berjaya Times Square, Jalan Imbi, di sini, pada jam 2 petang, 25 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Diikat jamin RM12,000

Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin warga negara Malaysia dan menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan kes.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga selesai kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh diwakili P Selvaraj.

Kedai perkakasan musnah dalam kebakaran


KUALA LUMPUR 11 Jun - Sebuah kedai dua tingkat yang menjual peralatan perkakasan di Taman Perindustrian Samudera, Batu Caves di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada pukul 7.17 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata, sebanyak 50 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Jinjang bersama lapan jentera berusaha memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari stor belakang kedai itu.
"Pihak kami dimaklumkan kedai perkakasan dan stor terletak di tingkat bawah manakala tingkat kedua dijadikan pejabat.
"Api berjaya dipadamkan dalam tempoh 45 minit," katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran. Jumlah kerugian bagaimanapun dianggarkan mencecah RM1 juta. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130611/je_10/Kedai-perkakasan-musnah-dalam-kebakaran#ixzz2VuT154T8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis buru adik beradik anggota Geng Wan Kama


BALIK PULAU 11 Jun - Polis memburu dua anggota kumpulan samun bersenjata yang dikenali sebagai Geng Wan Kama bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun di sekitar Seberang Perai dan Kulim, Kedah.
Kedua-dua mereka yang merupakan adik beradik iaitu Mohd. Azly Elias, 30, dan Mohd. Azizi, 29, yang beralamat terakhir di Permatang Ara, Butterworth.
Sembilan anggota lain kumpulan itu yang berusia antara 17 hingga 47 tahun telah ditahan pada penghujung bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan mendapati kumpulan tersebut aktif sejak awal tahun ini membabitkan 12 kes samun.
"Modus operandi mereka adalah memecah masuk rumah atau pejabat sebelum menyamun mangsa dengan senjata seperti pistol tiruan atau parang," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Hasil tangkapan kesemua suspek kata beliau, polis berjaya menjumpai sebahagian hasil samun yang dianggarkan bernilai RM120,000 antaranya barang kemas, telefon bimbit dan komputer riba.
Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua suspek yang diburu diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130611/je_06/Polis-buru-adik-beradik-anggota-Geng-Wan-Kama#ixzz2VuStZd7d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hina Rasulullah murtad bentuk baharu - Jamil Khir


KOTA BAHARU 11 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baharu.
Jamil Khir berkata beliau melihat perkembangan terkini itu sebagai satu perancangan berstrategi pihak yang tidak senang dengan Islam, kerana tindakan itu bukan sahaja merobek keharmonian antara kaum, malah mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Jangan kita menganggap perkara ini (menghina nabi) mempunyai satu dorongan daripada pihak yang bukan Islam, tapi daripada kelompok-kelompok (pihak) yang tidak senang dengan Islam.
"Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Sambil menegaskan pihaknya memandang berat isu itu, Jamil Khir berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak berkenaan melalui jawatankuasa pemantau yang ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_28/Hina-Rasulullah-murtad-bentuk-baharu---Jamil-Khir#ixzz2VuSxRiLD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat lelaki terapung dalam sungai di Pulau Pinang


PULAU PINANG 11 Jun - Seorang lelaki terkejut selepas menemui satu mayat terapung di tebing sungai berdekatan tokong Cina di Jalan Lintang Macallum di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mayat Fong See Leeong, 42, ditemui lelaki berkenaan dengan hanya berseluar dalam.
Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemukan sepasang selipar dan pakaian dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di atas kerusi di tepi tangga jeti.
Pemeriksaan mayat pula mendapati ada kesan luka kecil di pipi kiri dan betis kanan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan mengklasifikasikan kematiannya sebagai mati mengejut (SDR).
“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130611/je_08/Mayat-lelaki-terapung-dalam-sungai-di-Pulau-Pinang#ixzz2VuT4Q6xl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Runtuh: Jambatan Kedua mungkin siap lebih lambat


GEORGETOWN 11 Jun - Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion itu mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakan runtuh Khamis lepas, namun Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata mereka akan berusaha mengikut jadual.
Pengarah Pembinaan JKSB Mohd Ashari Alias berkata pihaknya kehilangan masa kerja ekoran pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan siasatan.
Kerja-kerja siasatan itu dijangka mengambil masa sebulan dan kami hanya boleh menyambung semula kerja selepas siasatan selesai, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km daripadanya berada di atas permukaan air dijadual siap pada September ini, namun kini mungkin lewat selama dua bulan kepada November.
Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kejadian itu membabitkan Tanjakan Dua yang menghubungkan Batu Maung ke jambatan, namun kerja di tiga lagi tanjakan turut dihentikan.
Jelas beliau tiga lagi tanjakan ialah Tanjakan Satu yang menghubungkan jambatan dengan George Town, Tanjakan Tiga (jambatan ke Batu Maung) dan Tanjakan Empat (George Town ke jambatan).
JKSB merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan itu yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_27/Runtuh-Jambatan-Kedua-mungkin-siap-lebih-lambat#ixzz2VuSDSFhn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga warga asing dicari bantu siasatan kes bunuh


Tiga warga asing dicari bantu siasatan kes bunuh
Mohd Adnan (kanan) menunjukkan gambar tiga lelaki warga asing yang dicari bagi membantu siasatan tiga kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SHAH ALAM - Polis sedang menjejaki tiga lelaki warga asing yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung tiga kes bunuh membabitkan kejadian di Subang Jaya, Seri Kembangan dan Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dua daripada lelaki dicari adalah warga Myanmar iaitu Tin Than Maung, 36, dan Myo Tun, 37, manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh dikenali sebagai Parman, 30-an.

Beliau berkata, Than Maung dikesan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pembaiki penyaman udara yang juga warga Myanmar di Jalan SS5/4B Subang Jaya 26 April lalu.
Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dalam bilik yang disewa bersama Than Maung.

Katanya, Than Maung kemudiannya menghilangkan diri selepas kejadian.

Mohd Adnan berkata, dua lagi iaitu Myo Tun dan Parman dipercayai ada maklumat kes bunuh yang berlaku masing-masing di Kampung Sungai Indah, Sungai Buloh dan Seri Kembangan pada 7 Mei lalu.
"Dalam kejadian di Sungai Buloh, kita terima maklumat berlaku pergaduhan antara mangsa dengan Myo Tun, sebelum mangsa yang dilaporkan cedera mati ketika tiba di Hospital Sungai Buloh.

"Bagi kes ketiga, Parman dikesan kerana dipercayai ada kaitan dengan kes bunuh seorang penjual sayur wanita warga Indonesia yang ditemui mati akibat ditikam di atas tangga di Tingkat 2, Jalan Besar Seri Kembangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Menurutnya, mangsa disahkan mati akibat kecederaan parah di bahagian usus kiri.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung ketiga-tiga lelaki berkenaan diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, ASP Mohamad Zainal Abdullah di talian 019-2682835, ASP Leong Mun Choon, 0192982006 dan ASP Sobberi Ismail, 019-4448778 bagi membantu siasatan.

Pemandu lori maut kemalangan


Lori maut
Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mayat pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 284 PLUS menghala selatan berhampiran Plaza Tol Nilai hari inil. - Foto Bernama
NILAI - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan dalam kemalangan di Km 284, Lebuhraya Utara-Selatan di sini awal hari ini.
  
Jurucakap polis berkata pemandu yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohd Fadli Mohd Isa, 26, manakala kelindannya Mohd Nasrul Md Yahya, 19, hanya mengalami kecederaan ringan setelah dia tercampak keluar dari lori itu.
  
Katanya dalam kejadian pukul 4 pagi, lori yang penuh dengan muatan barangan alat ganti kenderaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor apabila terbabas lalu melanggar papan tanda di tepi lebuh raya berkenaan.
  
Sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai yang menerima panggilan pada 4.14 pagi bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
  
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat. - Bernama

Ombak besar landa pantai Pulau Pinang

GEORGETOWN - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.
 
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.
 
"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.
 
"Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.
 
Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.
 
"Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi," katanya. - Bernama

Lelaki maut dipecayai terkena bom buatan sendiri

SEMPORNA - Seorang lelaki Pakistan maut apabila sebutir bom, dipercayai buatan sendiri, meletup di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Air, Semporna awal pagi ini.
 
Kejadian pada pukul 4.20 pagi itu menyebabkan Attaulah Hukmat Khan, 35, yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu, mati di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata rumah yang tidak bernombor itu didiami empat lagi rakan Attaulah dan ketika kejadian kesemua lelaki Pakistan yang berumur antara 22 dan 50 tahun itu sedang tidur dalam sebuah bilik.
 
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat tanda goresan di bahagian perut dan dada mangsa namun polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,"  katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Mohd Firdaus berkata empat lagi rakan mangsa tidak cedera.

Mohd Firdaus berkata kesan letupan itu dapat dilihat pada dinding ruang tamu yang pecah dengan tingkap kaca rumah berkenaan serta tingkap kaca beberapa rumah berhampiran turut bekecai.
 
Beliau berkata Unit Letupan dan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jenis sebenar bahan letupan itu.
 
Motif kejadian belum dikenal pasti namun polis mendapati kejadian itu lebih kepada kes jenayah.
 
Beliau menegaskan bahawa letupan berkenaan tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna Februari lepas dan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik.
 
"Orang ramai tidak perlu membuat andaian yang bukan-bukan. Mana-mana pihak yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta terus berhubung dengan pegawai penyiasat ASP Zairul di talian 089-781244 di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna," katanya.  - Bernama

Polis Selangor buru 3 lelaki suspek kes bunuh



10 Jun 2013


SHAH ALAM - Polis Selangor sedang memburu tiga suspek lelaki warga asing bagi membantu siasatan tiga kes bunuh yang berlaku di sekitar negeri ini, pada April dan Mei lepas.
 
Ketua Polis Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek mengenali mangsa, termasuk seorang daripadanya dipercayai suami kepada si mati.
 
Beliau berkata suspek pertama dikenali sebagai Tin Than Maung, 36, yang merupakan teman sebilik kepada mangsa dalam kejadian di SS15 Subang Jaya dekat sini, pada 25 April lepas.
 
"Dalam kes ini, mangsa yang bekerja sebagai tukang baiki pendingin hawa ditemui dengan kesan tikaman di dada di dalam bilik yang disewa dengan suspek terbabit," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
 
Beliau berkata suspek kedua dikenali sebagai Myo Tun, 37, warga Myamnar dipercayai terlibat dalam kes bunuh yang berlaku pada 7 Mei lepas, di Kampung Sri Indah, Sungai Buloh.

Mohd Adnan berkata suspek merupakan rakan serumah mangsa dan dilaporkan bergaduh dengan mangsa yang juga rakan senegaranya serta bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.
 
Beliau berkata seorang lagi suspek yang diburu polis ialah lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Parman berumur 30-an, dipercayai suami kepada mangsa seorang wanita rakyat Indonesia.
 
"Mangsa bekerja sebagai penjual sayur ditikam di rusuk kiri dan bahagian belakang dalam kejadian di Seri Kembangan, juga pada 7 Mei lepas. Kita percaya suspek adalah suami atau mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa," katanya. - Bernama

Mayat remaja ditemui dalam longkang


Mayat remaja ditemui dalam longkang setelah dua ha
Keadaan mayat mangsa ketika ditemui di dalam longkang di Kilometer 198.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, semalam.
GUNUNG SEMANGGOL - Misteri kehilangan seorang remaja yang tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui bersebelahan motosikalnya di dalam longkang di Kilometer 198.8, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini, semalam.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, dia bersama beberapa rakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum memberhentikan motosikal di bawah sebuah persimpangan
bertingkat di sini untuk berteduh akibat hujan lebat.

Menurutnya, dia kemudiannya berhasrat membuang air kecil di kawasan longkang berhampiran tempat mereka berteduh sementara menanti hujan lebat kembali reda.

“Bagaimanapun, niat saya terbantut setelah melihat sebuah motosikal dalam keadaan remuk berada di dalam longkang itu dan segera memanggil beberapa lagi rakan setelah terhidu bau yang sangat busuk.

“Kami segera mendekati motosikal itu dan terkejut apabila terlihat susuk tubuh manusia yang tidak bergerak berada di samping motosikal berkenaan," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Kata saksi, mereka segera menghubungi polis setelah mengenal pasti susuk tubuh manusia itu tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, hasil siasatan mendapati identiti mayat berkenaan ialah Muhammad Amirul Asraf Ahmad, 19, dan jenis motosikal yang dinaiki adalah Yamaha Lagenda.

Katanya, polis mengesahkan menerima panggilan telefon terhadap penemuan mayat mangsa sekitar jam 10 pagi dan mempercayai punca kematian disebabkan kecederaan parah akibat motosikal ditungganginya terbabas.

“Berdasarkan siasatan, polis mempercayai motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang setelah tayar hadapannya pancit.

“Mangsa dipercayai tercampak beberapa meter dari lokasi kejadian dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan serius selain patah tulang selangka,” katanya.

Mat Fauzi berkata, penemuan mayat mangsa menyelesaikan kes kehilangan seorang remaja seperti dilaporkan ahli keluarga mangsa di Balai Polis Semanggol pada 8 Jun lalu.

Katanya, menurut keterangan ahli keluarga, mangsa berasal dari Taman Saujana Jaya, Kamunting dan bekerja sebagai tukang masak dikatakan keluar dari rumah pada petang hari kejadian untuk ke tempat kerja di sebuah
restoran di Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah dan telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi setelah semalaman meninggalkan rumah, menyebabkan ahli keluarganya membuat laporan polis

“Penemuan mayat mangsa menyelesaikan kes itu dan saya meminta pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar lebih berhati-hati sewaktu mengendalikan kenderaan di lebuh raya,” katanya.

Fobia dihidang mi berulat


Fobia dihidang mi berulat
Mi goreng ayam yang berulat.
Fobia dihidang mi berulat
Anuar memegang laporan polis sambil menunjukkan gambar mi goreng ayam yang berulat
BUKIT BERUNTUNG - Memualkan. Begitulah keadaan dialami sebuah keluarga apabila dihidangkan mi goreng ayam berulat ketika mahu menjamu selera di sebuah restoran mamak terkenal di kawasan peranginan Tanjung Piai, Pontian Kecil, Johor.

Anuar@Jaffar Jema’at, 44, berkata, mereka sekeluarga singgah di restoran itu ketika menghabiskan cuti sekolah bersama anak-anak di situ.

Menurutnya, mereka kemudiannya memesan tiga hidangan mi dan maggi goreng ayam.

“Makanan sampai satu-satu, tapi isteri saya terima  dan makan dahulu. Tetapi alangkah terkejut apabila dia lihat beberapa ulat keluar daripada celah mi goreng dan ayam di dalam pinggannya.

"Malah, ketika hidangan maggi goreng ayam dan mi goreng dipesan saya serta anak sampai, kami dapati makanan itu turut berulat. Walaupun tiada keracunan makanan, tetapi bimbang disebabkan kejadian itu, anak isteri trauma makan makanan goreng," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, ulat-ulat itu dipercayai datang daripada ayam goreng yang tercemar dan kotor, tetapi tetap dijual.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati kemudiannya memanggil pengurus dan penyelia, namun hanya pekerja warga Bangladesh mengendalikan restoran itu.

“Saya tanya di mana pengurus, mereka kata tidak ada. Kemudian saya minta nombor telefon sebelum seorang lelaki juga rakan pengurusnya datang. Mereka langsung tidak ada penyelia dan wakilkan orang lain selesaikan aduan.

"Saya minta segala dokumen berkaitan pendaftaran restoran itu bagi tujuan rekod serta laporan polis," katanya.

Anuar berkata, dia kemudiannya membuat laporan polis dan aduan di pejabat kesihatan bagi mengelakkan perkara sama berlaku lagi.

Anuar juga membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Selangor dan dicadangkan membawa perkara itu kepada mahkamah sivil.

Menurutnya, kementerian kesihatan dan pihak berkuasa tempatan perlu bertindak tegas kerana difahamkan, bukan sekali masalah itu berlaku di restoran tersebut.

Ribut ragut 31 nyawa di Sri Lanka


COLOMBO 10 Jun - Kapal-kapal penyelamat dan helikopter pasukan tentera Sri Lanka, hari ini meneruskan operasi menyelamat di sekitar luar perairan negara bagi mencari nelayan yang hilang akibat ribut.
Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana (DMC), Sarath Lal Kumara berkata, seramai 31 lagi nelayan dilaporkan masih hilang di lautan.
"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua nelayan yang hilang ditemui," katanya.
Hujan monsun berserta angin kencang yang melanda negara ini pada awal pagi kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nelayan, manakala 35 penduduk awam cedera.
Bencana alam itu turut memusnahkan lebih 100 buah kediaman dan merosakkan kira-kira 2,185 buah bangunan.
Dalam pada itu, sekumpulan sami Buddha mengadakan tunjuk perasaan di luar pejabat meteorologi, di sini ekoran berang dengan kegagalan jabatan itu memaklumkan kepada orang ramai tentang kekuatan ribut yang bakal melanda negara ini.
Seramai tujuh orang terkorban ketika siklon tropika melanda kawasan perairan timur negara ini pada bulan lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130611/lu_06/Ribut-ragut-31-nyawa-di-Sri-Lanka#ixzz2VuKeli17
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lelaki dituduh tipu peniaga


Dua lelaki dituduh tipu peniaga
Kok Chai (kiri) dan Hamizan ketika tiba di Mahkamah Majistret Kluang, semalam.
KLUANG - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, dekat sini, semalam, atas pertuduhan menipu seorang peniaga di  Simpang Renggam, dekat sini, tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat Lau Kok Chai, 65, dan Hamizan Maspar, 39, di hadapan Majistret, Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan dengan niat untuk menipu dan memperdaya Jamaluddin Samad bagi mendapatkan gerai jualan dan keistimewaan ditawarkan sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM3,600 di kedai makan terbabit pada 5 September 2012.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kok Chai dan Hamizan juga dituduh di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan di atas kesalahan yang sama kerana melakukan penipuan secara berkumpulan.

Mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak RM20,000 seorang bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang ikat jamin dengan alasan mempunyai tanggungan lain, sudah tua dan insaf atas perbuatan dilakukan sekaligus mahu bertaubat.

Majistret Azureen Sahira kemudiannya memutuskan wang jaminan RM10,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Hilang ketika beli-belah


Hilang ketika beli-belah
Hanisah menunjukkan kad pengenalan OKU milik Dollah dan laporan polis dibuat mereka sekeluarga. Gambar kecil:Abdullah
JENGKA - Keluarga seorang pemuda OKU di sini merayu bantuan orang ramai untuk mencari anak lelaki mereka yang hilang sejak Khamis minggu lalu.

Hanisah Awang, 56, berkata, anaknya, Abdullah Sulaiman, 28, atau Dollah yang mengalami masalah lembam dan tidak boleh bercakap, hilang ketika mereka sekeluarga membeli-belah di sebuah pasar raya di Jerantut, sekitar jam 11 pagi hari kejadian.

“Dia bersama ayahnya duduk dalam kereta. Ketika ayahnya hendak ambil barang di troli untuk dimasukkan ke dalam kereta, kami tengok dia tiada.

“Dollah kalau berjalan memang laju. Sekejap saja sudah hilang. Puas kami cari di sekeliling pasar raya itu, tetapi tidak jumpa. Padahal jarak bukannya jauh,” katanya.

Kakak ipar Dollah, Suriati Sarin, 28, pula berkata, setelah puas mencari, mereka melaporkan kehilangan Dollah di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut pada jam 3 petang.

“Pada jam 5.30 petang, kami dimaklumkan Dollah ditemui di Kampung Pedah, Jerantut, namun dikatakan dibawa ke JKM. Kami periksa di JKM itu, namun dimaklumkan Dollah dibawa pergi dan ditinggalkan di hentian bas bandar Jerantut,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga tidak putus asa mencari, selain menampal gambar Dollah di beberapa kawasan.

“Ada orang beritahu kami terserempak dengan Dollah di Temerloh, ada kata di Chenor.  Kali terakhir kami dimaklumkan Dollah ditemui di simpang Pekan Tajau, Jumaat lepas. Selepas itu, kami tidak tahu ke mana dia menghilang.

“Bagi sesiapa ada maklumat berkaitan, harap dapat hubungi saya di talian 013-9270650 atau 010-9898258,” katanya.

Marah rakan perhati kerja memotong rumput


Marah rakan perhati kerja memotong rumput
Mohd Lukman Nurhakim didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin
SETIU - Hanya kerana tidak suka diperhatikan oleh rakannya semasa sedang melakukan kerja memotong rumput di tepi jalan, seorang lelaki sanggup melanggar mangsa yang sedang menunggang motosikal dengan keretanya.

Sebelum itu, Mohd Lukman Nurhakim Hamzah, 29, dari Bandar Permaisuri, di sini, turut memukul mangsa, Supratman Yahya, 41, dengan penyodok.

Bagaimanapun perbuatan Mohd Lukman Nurhakim yang dikenali sebagai Kemel terbalas apabila dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.

Hukuman itu diputuskan oleh Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat selepas Mohd Lukman Nurhakim mengaku bersalah menakutkan secara jenayah iaitu menggunakan sebatang penyodok dan melanggar motosikal mangsa dengan keretanya.

Perbuatannya itu dilakukan di jalan kilang sawit, Chalok, Setiu, kira-kira jam 1.30 petang pada 1 Jun lalu.

Mohd Lukman Nurhakim didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Musa Ali, manakala Mohd Lukman Nurhakim tidak diwakili peguam.

Gigit jari penyamun

11 Jun 2013


MARANG – Gigit jari penyamun sampai patah gigi! Itulah tindakan nekad seorang ibu dua anak apabila mendapati seorang lelaki tidak dikenali menceroboh rumahnya sebelum gelang tangannya bernilai RM2,500 disamun di Kampung Binjai Bongkok di sini, kelmarin.

Tindakan mangsa, Nurul Amy Juliana Daud, 25, itu bagaimanapun gagal untuk menghalang lelaki terbabit yang memakai topeng dan sarung tangan daripada melarikan gelang emas miliknya itu dalam kejadian jam 4 pagi itu.

Mangsa berkata, sebelum kejadian berlaku, kira-kira jam 12 tengah malam, dia masuk tidur bersama dua anaknya ke bilik tidur ibunya kerana suaminya yang bekerja sendiri tiada di rumah berikutan bekerja di luar daerah.

Bagaimanapun katanya, kira-kira jam 4 pagi, dia tersedar daripada tidur apabila terasa tangan kanannya dipegang orang dan terkejut setelah melihat ada seorang lelaki sedang duduk berhampiran katil cuba membuka gelang tangannya.

“Saya terus menjerit memanggil ibu dan ketika itu lelaki terbabit menunjukkan isyarat supaya saya mendiamkan diri tetapi saya bertindak nekad menarik tangannya dan menggigit jarinya sekuat hati,” katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Amy Juliana berkata, dalam keadaan cemas itu, ibunya yang berusia 53 tahun juga tersedar daripada tidur setelah terdengar bunyi bising dalam bilik tidur berkenaan, lalu membuat pemeriksaan.

“Lelaki terbabit terkejut melihat ibu dan segera merentap tangannya hingga menyebabkan sebatang gigi saya di bahagian atas tercabut kerana ketika itu saya masih lagi tidak melepaskan gigitan pada sebatang jarinya,”
katanya.

Menurutnya, penyamun yang panik itu segera melarikan diri melalui tingkap dapur.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Payung. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Pangsapuri runtuh: Usaha menyelamat digiatkan



11 Jun 2013


NEW DELHI - Sebahagian daripada bangunan kediaman di sini runtuh petang semalam sehingga membunuh empat orang dan mencederakan enam lagi yang lain.

Usaha kini sedang giat dijalankan oleh penyelamat dan usaha mencari mangsa terperangkap kini sedang diteruskan.

Pesuruhjaya  Perbandaran, Sitaram Kunte memberitahu CNN semalam empat disahkan meninggal dunia setakat ini manakala enam yang lain cedera.

Beliau berkata, salah sebuah apartment dalam dua atau tiga tingkat runtuh.

“Kami menganggarkan tiga atau empat orang lagi mangsa masih terperangkap di dalam bangunan itu,” katanya.

Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian dan video turut menunjukkan berpuluh-puluh pekerja penyelamat sedang cuba membersihkan runtuhan bangunan.

Media India pula melaporkan kejadian runtuhan mungkin berpunca akibat hujan lebat yang melanda ibu negara itu.

Bulan lalu, sebuah bangunan menempatkan kilang pakaian turut runtuh sehingga mengorbankan 1,130 dan mencederakan lebih 2,400 orang.

Pekerja tergaman dihukum penjara



Pekerja tergaman dihukum penjara
Seorang anggota polis cawangan mahkamah membawa parang dan besi yang dirampas daripada tertuduh untuk dikemukakan sebagai barang bukti kes tersebut, semalam
KUANTAN- Seorang pekerja sebuah pusat snuker di sini tergamam apabila mendapati kesalahannya memiliki dan membawa sebilah parang serta sebatang besi boleh laras tanpa sebab munasabah boleh menyebabkan dia di penjara sehingga dua tahun dan sebatan.

Edmund Lee Mun Chun, 28 dari Taman Tas dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Dia ditahan kira-kira jam 3.30 pagi oleh anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dalam satu pemeriksaan selepas didapati membawa dua senjata merbahaya terbabit ketika berada di
hadapan sebuah pusat snuker di Jalan Haji Ahmad di sini.

Tertuduh ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah berhubung pemilikan senjata tersebut.

Dalam sidang mahkamah semalam, tertuduh menyangka kesalahan yang dilakukan itu boleh dilepaskan dengan membayar denda bagaimanapun tekaannya meleset apabila diberitahu bahawa hukuman penjara adalah wajib seperti yang diperuntukkan seksyen tersebut.

Gerun dengan hukuman itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat keputusan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail yang tampil mengemukakan pertuduhan menawarkan jaminan RM4,000 ke atas tertuduh.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon agar jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya bekerja sebagai penjaga premis snuker dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Mengambil kira rayuan tertuduh itu, Majistret Jesseca Daimis membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan seorang penjamin.

Tertuduh difahamkan menjelaskan jaminan tersebut sebelum dibebaskan sementara menunggu tarikh prabicara kes itu yang ditetapkan pada 26 Jun depan.

Warga Thai dijel 10 tahun


Warga Thai dijel 10 tahun
Tertuduh (kanan) keluar dari mahkamah sebelum menyelesaikan urusan jaminannya, semalam.
KOTA BHARU - Angkara ragut beg tangan seorang wanita tahun lalu, seorang warganegara Thailand dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Azman Mustapha terhadap Asaman Sayeh, 27, pada keputusan di akhir kes pembelaan.

Dia didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak Roslina Said, 46, dengan mengambil beg tangan hitam yang mengandungi empat buku bank bernilai RM50 di Jalan Kuala Krai di sini, pada jam 1.45 pagi, 31 Ogos 2012.

Azman dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh yang tidak mengaku memegang beg mangsa selepas kejadian ragut itu hanyalah penafian semata-mata.

“Mustahil tertuduh yang membonceng motosikal bersama rakannya itu tidak menyedari perlakuan ragut tersebut. Sekalipun tertuduh tidak melakukannya (ragut), tetapi ada bersama ketika itu, dia sudah dikira bersubahat dan bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, peguam bela, Nur Aireene Ahmad Nas Ruddin pula memohon penangguhan hukuman berikutan anak guamnya berhasrat memfailkan rayuan.

“Tertuduh ialah bapa tunggal seorang anak dan menetap di negara ini sejak berusia tujuh tahun. Bapanya sudah meninggal dunia dan masuk ke negara ini melalui permit yang sah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali bagaimanapun membantah permohonan itu berikutan tidak ada alasan istimewa yang dikemukakan tertuduh.

Azman bagaimanapun membenarkannya dengan syarat jaminan RM20,000 dibuat oleh warganegara Malaysia yang menetap di Kota Bharu, notis rayuan difailkan segera dan pasport tertuduh diserahkan kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai. Dia kemudiannya membayar wang jaminan itu.

Amukan mat rempit



Amukan mat rempit
Keadaan kereta mangsa yang rosak teruk akibat amukan geng mat rempit Ahad lalu.
IPOH – Hanya kerana salah faham, tiga sekawan terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila dikepung dan diserang sekumpulan ‘mat rempit’  ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Tambun berhampiran Hospital Pantai Puteri, di sini, malam minggu lalu.

Kejadian sekitar jam 4 pagi itu turut mengakibatkan salah seorang daripada mereka mengalami cedera parah setelah  dibelasah teruk oleh kumpulan berkenaan.  

Mangsa, B Patmaraj, 28, dilaporkan mengalami kecederaan serius di dada serta kepala dipercayai akibat hentakan topi keledar serta alatan kunci motosikal.  

Sehingga semalam, Patmaraj dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad awal pagi Ahad lalu dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Terkandas dalam  kepungan motosikal

Mengimbas detik mencemaskan itu, salah seorang rakan mangsa K Yogan, 32, berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke Simpang Pulai setelah  menjamu selera di sebuah restoran di bandar raya.
Menurut nya, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat tersebut, mereka mendapati keadaan menjadi sesak dengan kehadiran puluhan penunggeng motosikal  hingga mengakibatkan mereka tersekat di situ.
“Kami tidak dapat bergerak kerana mereka terlalu ramai. Oleh itu, kami sekadar duduk di dalam kereta sambil berbual sesama sendiri serta mendengar lagu.
“Bagaimanapun dengan tidak semena-mena seorang daripada penunggang motosikal itu  menendang kereta yang kami naiki dari arah belakang sambil menunjukkan  isyarat agar kami keluar daripada kereta,” katanya.

Yogan berkata, penunggang motosikal itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan gelagat mereka bertiga yang didakwanya seakan mengejek mereka.
Katanya, penunggang motosikal itu kemudiannya memanggil rakan-rakannya yang lain dan dalam sekelip mata kereta yang mereka naiki 'terkepung' dengan puluhan motosikal selain ada di antara mereka yang menendang kereta, menghentak topi keledar hingga ada yang menaiki bumbung kereta berkenaan.
“Mereka (mat rempit) bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta serta memukul kami yang berada di dalam kereta. Saya sendiri terperosok di dalam kereta diterajang oleh kumpulan berkenaan.
“Lebih malang apabila rakan saya, Patmaraj yang keluar untuk melarikan diri berjaya dicekup oleh kumpulan berkenaan sebelum dibelasah tanpa belas kasihan sebelum seorang lagi rakan saya berjaya melarikan diri.

“Saya telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kelmarin dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengenal pasti mat rempit yang terlibat,” katanya.

Mahu tindakan tegas

Sementara itu, bapa mangsa, M Balakrishnan, 60 berkata, sudah tiba masanya tindakan sekeras-kerasnya dikenakan kepada golongan mat rempit berkenaan.
Katanya, insiden melibatkan golongan ‘mat rempit’ ini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan malah pernah mengakibatkan kesan yang lebih serius.
Oleh itu menurutnya, semua pihak termasuk pihak polis, orang ramai malah pihak kerajaan sendiri perlu bekerjasama bagi membendung dan seterusnya membasmi kegiatan ini daripada terus berleluasa.

“Bagi saya, perkara seperti ini bukan hanya melilbatkan pihak polis semata-mata, tetapi pihak kerajaan juga perlu ‘turun padang’ bagi membasmi kegiatan ini.

“Sudah tiba masanya ‘mat-mat rempit’ ini dikenakan tindakan tegas supaya perkara-perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bapa mertua mangsa, K Ananthan, 47, pula berkata, dirinya agak pelik kerana dalam tempoh setengah jam, kumpulan mat rempit berkenaan ‘bermaharajalela’ dengan merosakkan kereta serta membelasah menantunya,
Patmaraj, tidak kelihatan pun anggota polis di kawasan berkenaan.

Katanya, adalah mustahil pihak polis tidak melakukan rondaan di kawasan berkenaan, kerana seringkali diadakan sekatan jalan di situ.

“Saya bukan pertikaikan tugas polis, tetapi saya sangat berharap agar perkara sebegini diberi perhatian serius. Bagaimana kawasan berhampiran sebuah hospital boleh dipenuhi dengan golongan ‘mat-mat rempit’ ini?

“Dah banyak kali perkara  seperti ini berlaku dan golongan mat rempit ini pun semakin hari semakin banyak,” katanya lagi.

Pekerja cuak diacu 'pistol' lompat kaunter


SUBANG JAYA – Cuak diacu senjata menyerupai pistol, dua pekerja warga Myanmar di sebuah kedai serbaneka di sini nekad melompat kaunter bayaran dan berlari keluar meninggalkan premis terbabit.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu, kedua-dua pekerja dikatakan berada di dalam kaunter bayaran dipercayai untuk melayan pelanggan yang baru memasuki kedai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dua suspek memakai topeng masuk ke dalam kedai dan mengacu sebilah parang serta sebuah objek menyerupai sepucuk pistol.

Takut dengan ugutan dan senjata yang dipegang kedua-dua suspek, pekerja lelaki kedai itu dikatakan terus memanjat kaunter bayaran dan berlari meninggalkan kedai dengan tergesa-gesa.

Ketika kejadian katanya, datang sepasang kekasih yang kebetulan mahu membeli barang di kedai itu.

Tanpa mengetahui mengapa pekerja melarikan diri dan meninggalkan kedai, pasangan itu masuk ke dalam premis sebelum terserempak dengan suspek terbabit.

“Suspek mengambil sejumlah wang tunai di dalam mesin tunai kedai. Tidak cukup dengan itu, suspek turut menyamun sebuah telefon bimbit bernilai ribuan ringgit milik pelanggan wanita yang berada dalam kedai berkenaan.

“Mangsa mendakwa terpaksa menyerahkan telefon bimbit itu kerana suspek mengugut akan menembaknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Yahaya berkata, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri sejurus selepas kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu.

Beliau berkata, polis masih melakukan siasatan berhubung perkara itu dan masih menyiasat senjata digunakan kedua-dua penyamun terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Blogger rugi RM350,000 kereta BMW dilarikan

Blogger rugi RM350,000 kereta BMW dilarikan(Kanan) Blogger BeautifulNara, Nazuwan.
SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.
Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.

Gadis India maut disimbah asid

Gadis India maut disimbah asid
Preeti

NEW DELHI - Seorang gadis India dilaporkan meninggal dunia selepas hampir sebulan menderita kecederaan disimbah asid oleh individu yang dipercayai cemburu akan pekerjaannya.

Menurut laporan MailOnline, Preeti Rathi, 24, disahkan buta dan mukanya rosak teruk selain tidak mampu bercakap sebelum meninggal dunia pada minggu lalu.

Menurut pegawai, Preeti diserang seorang lelaki sewaktu di perhentian bas bersama bapanya, Amar Singh Rathi pada awal Mei.

"Sewaktu kejadian, beliau sedang dalam perjalanan ke bandar untuk bekerja sebagai jururawat tentera," katanya tidak menolak penyerang dipercayai telah diupah oleh seseorang individu berdasarkan bukti pada suspek.

Sementara itu, Amar berkata, beliau yakin kejadian berkaitan dengan perasaan cemburu berikutan jawatan yang ditawarkan kepada Preeti menjadi rebutan kumpulan belia lain di kejiaranan mereka.

"Kami mahu Biro Siasatan Jenayah India melaksanakan siasatan terperinci ke atas kematian Preeti," kata Amar.

Setakat ini, kes membabitkan serangan asid di kalangan wanita India dilaporkan meningkat dipercayai berpunca daripada sifat cemburu termasuk jenayah rogol berkumpulan.

2 pembunuh upahan ditahan


Foto
YUSUF (dua dari kanan) menunjukkan pistol yang digunakan suspek.
Foto
PISTOL Smith & Wesson yang dirampas.
Taiping: Dua lelaki dipercayai pembunuh upahan yang kerap menyerang beberapa ahli perniagaan diberkas polis selepas sarang persembunyian mereka di Kampung Seberang, Kuala Sepetang, di sini, diserbu polis Khamis lalu.

Dalam operasi khas jam 2.50 petang itu, sepasukan anggota polis turut merampas pistol model Smith & Wesson dan 47 peluru hidup selain dadah heroin, syabu dan eramin 5 milik penjenayah.

Ketua polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Polis Yusuf Mohd Diah berkata, suspek masing-masing berusia 53 dan 59 tahun dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes tembakan dan cubaan bunuh yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Seberang, Kuala Sepetang, di sini, polis terpaksa memecahkan pintu rumah suspek yang berkunci sebelum menangkap suspek.



Beliau berkata, anggota polis menemui pistol model Smith & Wesson dan 47 butir peluru hidup.

Telinga tinggal separuh

Foto
SIN Yee menunjukkan gambar sebahagian telinganya yang dipotong.
Seremban: Seorang gadis mendakwa terpaksa menanggung malu akibat tindakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta, di sini, memotong sebahagian cuping bawah telinganya selepas gagal merawat benjolan keloid yang terbentuk di bahagian itu.
Gadis terbabit, Phooi Sin Yee, 18, mendakwa berasa malu untuk berdepan orang ramai kerana insiden itu apatah lagi dia kini menjadi pelatih di sebuah pusat kecantikan.
“Memang saya rasa malu dan saya berharap kecacatan pada cuping telinga ini dapat dipulihkan semula seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Phooi Can Wah, 49, berkata, masalah bermula pada 2011 apabila telinga kiri Sin Yee dipercayai mengalami alahan dan membengkak selepas dipercayai memakai anting-anting tidak sesuai.


Katanya, dia dan isteri membawa anaknya ke hospital swasta lain dan pulih selepas menjalani pembedahan kecil, namun selepas dua tahun muncul keloid yang semakin membengkak kesan parut pembedahan itu.

Pengorbanan sejati cucu

Foto
MOHAMAD Fakhruddin (dua dari kanan) meninjau tempat kejadian.
Pekan: Seorang remaja bertindak berani menyelamatkan neneknya dalam kebakaran rumah mereka kelmarin, biarpun dia sendiri akhirnya parah apabila lebih 50 peratus badannya melecur.
Mohd Irham Abu Bakar, 13, melecur dari dada ke bawah selepas seluar dipakainya disambar api ketika dia menyelamatkan neneknya, Sum Harun, 72, apabila rumah mereka di Kampung Permatang Durian 1, Merchong, dekat sini, terbakar pada jam 9 pagi.
Berikutan itu, Mohd Irham yang juga anak ketiga daripada enam beradik kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Bapanya, Abu Bakar Abu Seman, 52, berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nenasi, di sini, disambar api ketika cuba menyelamatkan neneknya yang terjatuh ketika keluar dari rumah mereka yang terbakar.


Menurutnya, selepas melihat neneknya tidak boleh bangun, Mohd Irham masuk ke dalam rumah walaupun ketika itu api sedang marak.

Mantera ragut dara

Foto
NURUL dakwa dijampi lelaki pertengahan usia.
Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.


“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Anak gadis 13 tahun lari ikut kekasih



SITI RAHAYU (kiri) dan suaminya, Zamri bersama anak kedua mereka, Siti Nur Ratna Sari menunjukkan gambar dan poster Siti Nur Nilam Sari di Melaka semalam.


MELAKA - Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu.
Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.
Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.
Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.
"Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2VsAAXezv 
Hakcipta terpelihara 

Janin atas tangga masjid

Janin atas tangga masjidAnggota polis memeriksa janin yang diletakkan di dalam bungkusan di Masjid Jamek Gemereh, semalam.
SEGAMAT - “Maaf, saya sudah melakukan kesalahan yang amat berat. Minta tolong imam kebumikan janin ini mengikut cara Islam,” itu antara isi kandungan nota yang ditemui di dalam plastik hitam yang diletak di atas tangga Masjid Jamek Gemereh, di sini, awal pagi semalam.

Mayat janin terbabit ditemui oleh Isa Md Amin, 65, noja masjid yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan rumah ibadat berkenaan selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Isa berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perkara yang ganjil pada bungkusan berkenaan kerana menganggap itu hanyalah sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung masjid.

“Namun, saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada bungkusan hitam berkenaan apabila terpandang nota tulisan tangan yang ditinggalkan di dalam beg tersebut dan ketika itu saya mula terhidu bau yang kurang enak.

“Saya hampir pengsan apabila baca nota itu yang meminta sesiapa menjumpai janin ini supaya mengebumikannya mengikut cara Islam.

“Ketika itu saya sudah tak senang duduk dan tidak berani melihat isi kandungan beg tersebut dan segera menghubungi imam masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Isa berkata, dia segera menghubungi imam masjid, Zakaria Yaacob, 78, yang ketika itu baru saja pulang ke rumah terletak tidak berapa jauh dari masjid.

Sementara itu, Zakaria berkata, ketika dihubungi Isa pada jam 7.10 pagi, dia baru saja sampai ke rumah dan bergegas kembali ke masjid untuk melihat sendiri janin berkenaan.

“Sampai-sampai saja, saya segera menyuruh anak saya yang ikut sama untuk memaklumkan perkara ini kepada polis sebab saya sendiri tidak berani untuk membuka bungkusan tersebut.

“Ini kejadian pertama orang buang janin di sini. Lima tahun lepas ada orang yang pernah buang bayi di kawasan masjid. Hari ini (semalam) ada orang buang janin pula. Pagi tadi ada jemaah yang sudah perasan beg itu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung penemuan janin berkenaan.

“Kami terima panggilan daripada pengadu pada jam 7.20 pagi berhubung penemuan tersebut sebelum anggota yang bertugas bergegas ke lokasi kejadian.

“Janin tersebut dibungkus empat lapis oleh plastik hitam dan keadaannya sudah berbau dan hingga kini siasatan sedang dijalankan dan kami menunggu laporan pihak hospital mengenai perkara ini,” katanya.

‘Tolong kebumi ikut cara Islam’


Segamat: “Salam, saya mengaku apa yang saya lakukan ini salah, tetapi saya mohon pihak masjid mengebumikan janin ini dengan cara Islam”. Itu kandungan nota ditinggalkan seorang wanita bersama satu beg hitam mengandungi mayat janinnya di Masjid Jamek Gemerih di sini, awal pagi semalam.

Mayat janin dipercayai perempuan yang dibalut dalam beg hitam bersama nota itu ditemui noja masjid Isa Mohd Amin, 65, selepas solat Subuh jam 5.50 pagi. Menurut Isa, ketika kejadian, semua jemaah sudah pulang selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah manakala dia yang sedang berkemas terkejut apabila terhidu bau busuk di belakang pintu utama masjid.


“Selepas selesai solat berjemaah, saya membersihkan ruang dalam dan luar masjid termasuk menyusun sejadah sebelum melihat beg kertas itu masih di tempat ia ditinggalkan.

“Pelik dengan penemuan beg itu, saya cuba membuka sebelum melihat nota dalam bahasa Melayu,” katanya.


Menurutnya, dia yang panik selepas membaca nota itu terus menghubungi imam masjid, Zakaria Yaakub, 78, sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat. Zakaria pula berkata, ia penemuan bayi dan janin kedua di masjid berkenaan selepas kali pertama beberapa tahun lalu.


Menurutnya, dalam kejadian pertama, jemaah menemui bayi perempuan cukup sifat dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan sihat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat.

“Walaupun mempunyai empat kamera litar tertutup (CCTV) dalam masjid yang dipasang tahun lalu dengan kos RM4,500 bertujuan menjaga keselamatan harta benda, kami gagal mengesan individu yang meninggalkan beg kertas mengandungi janin bayi itu kerana kejadian berlaku di luar kawasan CCTV.


“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat janin itu diletakkan dalam dua lapis plastik sampah hitam dalam sebuah beg kertas hitam.


Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan janin itu kepada Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Jurucakap Hospital Segamat berkata, pemeriksaan mendapati janin itu dipercayai perempuan dan disahkan meninggal dunia.