Search This Blog

Saturday, June 8, 2013

Suspek rogol ditanam hidup-hidup


La Paz: Penduduk kampung di kawasan tanah tinggi selatan Bolivia menanam hidup-hidup seorang lelaki di dalam kubur wanita yang disyaki mangsa dirogol dan dibunuhnya.

“Polis mengenal pasti Santos Ramos, 17, sebagai bertanggungjawab menyerang Leandra Arias Janco, 35, di Quechua dekat Colquechaca, Ahad lalu,” kata ketua pendakwa wilayah Potosi, Jose Luis Barrios.
Lebih 200 penduduk kampung terbabit yang tidak dapat menahan marah dikatakan menangkap Ramos dan menanamnya hidup-hidup bersama dengan mangsa malam Rabu lalu, kata Barrios.

Beliau berkata, penduduk pada Khamis lalu menghadang jalan raya ke kawasan kampung terbabit, menyebabkan polis dan pendakwa tidak dapat masuk.

Pemberita tempatan dari sebuah stesen radio memberitahu, Ramos diikat ketika pengebumian wanita terbabit.

Campak dalam liang

Orang ramai kemudian menolaknya masuk ke dalam liang, meletakkan keranda wanita itu di dalamnya sebelum menimbusnya.
Colquachaca mempunyai 5,000 penduduk dan terletak kira-kira 333 kilometer ke tenggara ibu negara Bolivia, La Paz.

Dalam kejadian di Potosi, penduduk etnik Quechua dari kawasan Tres Cruces pada Rabu lalu dilaporkan merejam dengan batu hingga mati seorang lelaki yang disyaki mencuri dan membakar rakannya hidup-hidup, kata Barrios. - AP

Misteri bau busuk di Sungai Merab Luar terungkai


SEPANG 8 Jun - Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di sekitar Jalan Sungai Merab Luar di sini sejak beberapa hari lalu terungkai ekoran penemuan mayat hampir reput yang dibuang di tepi jalan berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin berkata, mayat lelaki yang dipercayai dibunuh itu ditemui penduduk kampung dalam plastik sampah berwarna hitam dalam keadaan tangan dan kakinya terikat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130608/je_12/Misteri-bau-busuk-di-Sungai-Merab-Luar-terungkai#ixzz2Vd8SJFNb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas terlantar selepas kemalangan

Warga emas terlantar selepas kemalanganJumaah melayan suaminya yang terlantar selepas diserang sawan.
FELDA KEPAYANG - Seorang peneroka hanya terlantar selepas terlibat dalam kemalangan setahun lalu.

Malah peneroka terbabit, Hamzah Amit, 67, tidak sedarkan diri selama dua minggu serta menerima rawatan di unit rawatan kecemasan (ICU) akibat kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Isterinya, Jumaah Saas, 61, berkata, aktiviti suaminya makin terbatas malah baru-baru ini terpaksa menerima lapan jahitan di kepala kerana tersungkur semasa menunaikan solat.

“Selain ubat-ubatan, saya membelanjakan hampir RM1,000 untuk membeli susu dan dan lampin pakai buang.

“Dengan keadaannya itu, suami saya hanya boleh minum susu yang berharga hampir RM100 untuk satu tin. Lampin pakai buang pun saya beli yang paling murah bagi menjimatkan kos,” katanya.

Jumaah berkata, dia hanya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta daripada anaknya bagi menampung kehidupan mereka berdua.

"Walaupun mempunyai 10 anak namun masing-masing mempunyai tanggungjawab kerana sudah berkeluarga tetapi masih menerima bantuan daripada mereka.

“Baru-baru ini, dia (Hamzah) diserang sawan. Sebab itu, dia terlantar sahaja sekarang dan tidak boleh bercakap.

“Dengan keadaan sekarang, saya hanya mampu melakukan apa yang patut lebih-lebih lagi darah beku di kepalanya tidak dapat dikeluarkan kerana faktor umur,” katanya.

Warga emas terlantar selepas kemalangan

Warga emas terlantar selepas kemalanganJumaah melayan suaminya yang terlantar selepas diserang sawan.
FELDA KEPAYANG - Seorang peneroka hanya terlantar selepas terlibat dalam kemalangan setahun lalu.

Malah peneroka terbabit, Hamzah Amit, 67, tidak sedarkan diri selama dua minggu serta menerima rawatan di unit rawatan kecemasan (ICU) akibat kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Isterinya, Jumaah Saas, 61, berkata, aktiviti suaminya makin terbatas malah baru-baru ini terpaksa menerima lapan jahitan di kepala kerana tersungkur semasa menunaikan solat.

“Selain ubat-ubatan, saya membelanjakan hampir RM1,000 untuk membeli susu dan dan lampin pakai buang.

“Dengan keadaannya itu, suami saya hanya boleh minum susu yang berharga hampir RM100 untuk satu tin. Lampin pakai buang pun saya beli yang paling murah bagi menjimatkan kos,” katanya.

Jumaah berkata, dia hanya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta daripada anaknya bagi menampung kehidupan mereka berdua.

"Walaupun mempunyai 10 anak namun masing-masing mempunyai tanggungjawab kerana sudah berkeluarga tetapi masih menerima bantuan daripada mereka.

“Baru-baru ini, dia (Hamzah) diserang sawan. Sebab itu, dia terlantar sahaja sekarang dan tidak boleh bercakap.

“Dengan keadaan sekarang, saya hanya mampu melakukan apa yang patut lebih-lebih lagi darah beku di kepalanya tidak dapat dikeluarkan kerana faktor umur,” katanya.

Warga emas terlantar selepas kemalangan

Warga emas terlantar selepas kemalanganJumaah melayan suaminya yang terlantar selepas diserang sawan.
FELDA KEPAYANG - Seorang peneroka hanya terlantar selepas terlibat dalam kemalangan setahun lalu.

Malah peneroka terbabit, Hamzah Amit, 67, tidak sedarkan diri selama dua minggu serta menerima rawatan di unit rawatan kecemasan (ICU) akibat kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Isterinya, Jumaah Saas, 61, berkata, aktiviti suaminya makin terbatas malah baru-baru ini terpaksa menerima lapan jahitan di kepala kerana tersungkur semasa menunaikan solat.

“Selain ubat-ubatan, saya membelanjakan hampir RM1,000 untuk membeli susu dan dan lampin pakai buang.

“Dengan keadaannya itu, suami saya hanya boleh minum susu yang berharga hampir RM100 untuk satu tin. Lampin pakai buang pun saya beli yang paling murah bagi menjimatkan kos,” katanya.

Jumaah berkata, dia hanya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta daripada anaknya bagi menampung kehidupan mereka berdua.

"Walaupun mempunyai 10 anak namun masing-masing mempunyai tanggungjawab kerana sudah berkeluarga tetapi masih menerima bantuan daripada mereka.

“Baru-baru ini, dia (Hamzah) diserang sawan. Sebab itu, dia terlantar sahaja sekarang dan tidak boleh bercakap.

“Dengan keadaan sekarang, saya hanya mampu melakukan apa yang patut lebih-lebih lagi darah beku di kepalanya tidak dapat dikeluarkan kerana faktor umur,” katanya.

Warga emas terlantar selepas kemalangan

Warga emas terlantar selepas kemalanganJumaah melayan suaminya yang terlantar selepas diserang sawan.
FELDA KEPAYANG - Seorang peneroka hanya terlantar selepas terlibat dalam kemalangan setahun lalu.

Malah peneroka terbabit, Hamzah Amit, 67, tidak sedarkan diri selama dua minggu serta menerima rawatan di unit rawatan kecemasan (ICU) akibat kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Isterinya, Jumaah Saas, 61, berkata, aktiviti suaminya makin terbatas malah baru-baru ini terpaksa menerima lapan jahitan di kepala kerana tersungkur semasa menunaikan solat.

“Selain ubat-ubatan, saya membelanjakan hampir RM1,000 untuk membeli susu dan dan lampin pakai buang.

“Dengan keadaannya itu, suami saya hanya boleh minum susu yang berharga hampir RM100 untuk satu tin. Lampin pakai buang pun saya beli yang paling murah bagi menjimatkan kos,” katanya.

Jumaah berkata, dia hanya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta daripada anaknya bagi menampung kehidupan mereka berdua.

"Walaupun mempunyai 10 anak namun masing-masing mempunyai tanggungjawab kerana sudah berkeluarga tetapi masih menerima bantuan daripada mereka.

“Baru-baru ini, dia (Hamzah) diserang sawan. Sebab itu, dia terlantar sahaja sekarang dan tidak boleh bercakap.

“Dengan keadaan sekarang, saya hanya mampu melakukan apa yang patut lebih-lebih lagi darah beku di kepalanya tidak dapat dikeluarkan kerana faktor umur,” katanya.

Mangsa maut virus MERS meningkat kepada 31


8 Jun 2013
NEW YORK -  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi mengumumkan kes kematian di Arab Saudi akibat virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah  (MERS)  meningkat kepada 31.

Dalam satu kenyataan semalam, pertubuhan itu berkata, mangsa terbaru merupakan lelaki berusia 83 tahun dari wilayah Al-Ahsaa.

Warga emas itu jatuh sakit pada 27 Mei dan meninggal dunia pada 31 Mei.

“Di peringkat global, dari bulan September 2012 hingga kini, WHO dimaklumkan daripada sejumlah 55 kes disahkan mendapat virus MERS dengan 31 kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut WHO lagi, setakat ini 41 kes virus itu disahkan di Arab Saudi dengan jumlah kematian 26.

Virus ini seakan-akan dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah mencetuskan kebimbangan global sekitar tahun 2003 dan meragut sehingga 800 nyawa.

Sama seperti SARS, MERS akan menyebabkan jangkitan paru-paru, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas, batuk tetapi sedikit berbeza kerana ia akan menyebabkan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk.

Pegawai kesihatan turut menyatakan kebimbangan mereka di atas kadar kematian semakin meningkat dan berpendapat virus MERS ini boleh mencetuskan krisis global yang baru jika ia tersebar dengan pesat.

Polis jumpa mayat dalam beg plastik



8 Jun 2013
SEPANG - Polis hari ini menemui mayat seorang lelaki di dalam beg plastik sampah berwarna hitam, di tepi jalan di Sungai Merab Luar, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata mayat itu yang dalam keadaan kaki dan tangan diikat, ditemui orang awam pada 10.45 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin dibunuh namun punca kematian, bangsa, umur dan warganegara masih belum dapat dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat itu yang ditemui tanpa sebarang dokumen, lengkap berpakaian dengan baju-T berwarna hijau dan seluar coklat.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Perumahan warga emas musnah terbakar



8 Jun 2013
KLANG - Seramai 26 penghuni sebuah perumahan warga emas di Jalan Solok Tamarind, Taman Selatan di sini terselamat apabila penempatan mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Yusri Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.17 malam dan terus mengerahkan tiga jentera bomba dengan 15 anggota ke tempat kejadian.

Pasukan bomba dapat mengawal api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 40 minit, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua penghuni terbabit tidak mengalami kecederaan dalam kebakaran yang memusnahkan hampir 80 peratus bangunan tersebut.

Katanya, semua warga emas itu akan dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ditempatkan sementara di pusat asuhan warga emas di Taman Sentosa, Klang.

Mohd Yusri berkata pihak bomba sedang menyiasat punca kejadian. - Bernama

Ambulans terbalik: 3 termasuk pesakit jantung cedera



8 Jun 2013
MUAR - Tiga orang termasuk seorang pesakit jantung cedera apabila ambulans yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Bakri di sini awal hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.45 pagi, pemandu ambulans, pembantu perubatan dan pesakit itu terpaksa dikeluarkan oleh orang ramai daripada ambulans yang terbalik itu setelah dikatakan dirempuh sebuah Toyota Camry di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintas-Jalan Bakri.

Ambulans tersebut dalam perjalanan membawa pesakit berusia 50an itu dari Hospital Pakar Putra, Batu Pahat untuk dirujuk ke Hospital Pakar Putra, Melaka manakala kereta Toyota Camry itu dalam perjalanan dari arah bandar Muar ke Bakri.

Ketika kejadian, tayar belakang Toyota Camry itu dikatakan meletup menyebabkannya terbalik.

Seorang saksi Abdullah Sariman, 76, yang tinggal berhampiran tempat kejadian menceritakan, dia terdengar dentuman kuat dan melihat sebuah ambulans terbalik dengan siren kecemasan masih berbunyi.

Dia bersama menantunya, Salihin Jaafar, 37, dan pengguna jalan raya lain segera membantu mengeluarkan mangsa dengan mengumpil pintu ambulans itu.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dengan sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Shahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama

Penunggang motosikal maut dirempuh lori



8 Jun 2013
BUTTERWORTH - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas membabitkan sebuah lori, kereta dan motosikal ditunggang mangsa di Kampung Teluk berhampiran susur masuk ke Butterworth, Sungai Dua di sini semalam.

Dalam kejadian pada 11.16 malam itu, Asmadi Darus, 48, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala akibat dirempuh lori dari arah depan.

Ketika kejadian, Asmadi, yang tinggal di Sungai Dua, dalam perjalanan pulang dari Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori gagal mengawal kenderaannya berikutan masalah brek ketika melalui kawasan itu.

"Lori itu dari arah Sungai Dua dan dalam perjalanan menghantar barangan ke Butterworth dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan.

"Asmadi terpelanting ke bahu jalan, manakala lori berkenaan merempuh pula sebuah kereta Honda Civic dari arah belakang sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar dinding dapur sebuah rumah di kawasan itu," katanya.

Abdul Rahman berkata kejadian itu menggemparkan pemilik rumah berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 50-an, yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama enam anggota keluarga lain.

Beliau berkata bahagian dapur rumah itu mengalami kerosakan kecil manakala semua anggota keluarga Din tidak cedera.

Abdul Rahman berkata kemalangan itu mengakibatkan kesesakan jalan raya selama hampir sejam namun tindakan pantas polis mengawal lalu lintas ketika kerja menyelamat dilakukan anggota bomba berjaya mengawal keadaan.

"Pemandu lori dan kelindannya yang merupakan orang tempatan mengalami kecederaan parah selepas tersepit di bahagian kepala lori yang remuk manakala pemandu kereta Honda Civic hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan secara berbahaya. - Bernama

Pelanggan tak sempat buka baju

Pelanggan tak sempat buka bajuSeorang lelaki sedang asyik menikmati urutan daripada wanita warga Thailand.
PORT DICKSON – Keasyikan beberapa pelanggan menikmati urutan badan oleh wanita warga Thailand di pusat refleksologi di Lukut di sini terbantut apabila premis tersebut diserbu pihak berkuasa semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan itu, lima lelaki separuh bogel sedang leka merasai urutan tangan wanita warga asing terbabit tanpa menyedari kehadiran premis terbabit telah diserbu.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya setelah mendapati premis terbabit menjalankan kegiatan lain selain daripada menyediakan perkhidmatan refleksologi.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kita berusaha menyerbu premis terbabit, tetapi gagal. Pengusaha premis bijak mengaburi mata pihak berkuasa apabila berselindung di sebalik nama urut refleksologi.

“Malah dia bijak menjalankan operasi kerana ketika serbuan dibuat premis terbabit seolah-olah masih belum dibuka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ketika pemeriksaan dilakukan, didapati lima lelaki warga tempatan separuh bogel dan yang hanya menutup badan menggunakan sehelai tuala sedang asyik menikmati urutan wanita warga Thailand.

Faizal berkata, seorang lelaki pula  dilihat baru sahaja membuka pakaian namun terbantut apabila menyedari premis diserbu.

“Kesemua mereka ditahan di bawah Peraturan 39 (b), Peraturan Imigresen 1963 manakala majikannya seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Perompak bersenjata samun polis


Kuala Lumpur: Seorang anggota polis dan keluarganya berdepan detik cemas selepas rumah mereka di Seksyen 6 Wangsa Maju di sini, dimasuki empat lelaki bersenjatakan parang, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa dikatakan berada di rumah bersama keluarga sebelum didatangi empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang.
Sumber memberitahu BH, mangsa dan keluarga kemudiannya diarahkan naik ke tingkat atas oleh penjenayah terbabit sebelum dia cuba mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis Revolver.

“Seorang daripada suspek yang melihat tindakan anggota polis mengeluarkan senjata api itu merampas pistol berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan.

Rampas pistol, bogel mangsa

“Suspek yang dapat merampas pistol itu kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan semua peluru hidup dalam simpanannya,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Sumber berkata, suspek kemudian menggeledah rumah mangsa dan melarikan dua telefon bimbit serta sejumlah barangan kemas dan jam tangan membabitkan kerugian lebih RM6,000.
Difahamkan, mangsa turut dibogelkan sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Seorang lagi didakwa kes Lahad Datu


Tawau: Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lalu didakwa di Mahkamah Tinggi, di sini, kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu antara 9 Februari lalu hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati.
Dia turut didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan didenda.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P Ravinthran, yang bersidang di Penjara Tawau.

Dengan pertuduhan terbaru semalam, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan kejadian itu menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, Koperal Hassan Ali Basri.

Lantik peguam

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding, Abdul Gani berkata, semua tertuduh melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.
Abdul Gani berkata, pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya semua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.

Katanya, semua kes itu, kecuali kes Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini, manakala perbicaraan Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.

Sementara itu, James Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu yang berdepan tuduhan dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, berkata setakat ini mereka mewakili 24 tertuduh.

Katanya, tertuduh yang belum diwakili peguam pula akan diwakili peguam yang dilantik mahkamah.

BERNAMA 

'Semalaman ku mencari mu'

'Semalaman ku mencari mu'Mayat pertama yang ditemui di tempat kejadian semalam selepas kerangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh di Batu Maung, Pulau Pinang, kelmarin. Gambar kecil, Sharifah Ramli. Isteri jumpa kereta milik suami terperangkap dalam runtuhan 

Georgetown: Usaha seorang isteri mencari suaminya di tempat biasa membeli makanan untuk keluarga berakhir apabila mengetahui kereta PERODUA Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah milik suaminya.

Sharifah Ramli, 40, dari Kampung Permatang Damar Laut, dekat sini, berkata beliau hairan apabila suaminya, Tajudin Zainal Abidin, 45, masih belum sampai ke rumah pada jam 6.30 petang kelmarin seperti kebiasaan.
“Saya nekad mencarinya di medan selera berhampiran Seagate Batu Maung kerana lazimnya dia membeli makanan kepada kami sekeluarga di situ.


“Namun apabila dia masih belum pulang, saya terus keluar mencarinya dan pelik apabila jalan menghala ke lokasi kejadian sesak teruk namun tidak mengesyaki apa-apa ketika itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini.

Terdahulu, mayat Tajudin ditemui dalam keadaan tersembam di papan pemuka tempat duduk bahagian pemandu kereta PERODUA Kelisa sebelum berjaya dikeluarkan kira-kira 25 jam selepas kejadian.

Mayat mangsa yang dikeluarkan anggota penyelamat itu dibawa ke HPP untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum jambatan yang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa.

Dapat petunjuk melalui nombor plat 
Sementara itu, ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali sebagai Boy memaklumkan dia mula mendapat petunjuk awal melalui nombor pendaftaran kereta mangsa tetapi belum pasti sehingga disahkan anak perempuan mangsa, Nor Aina Syazwani, 11.

Boy yang juga bekerja di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, ketika runtuhan itu berlaku dia berada di lokasi kejadian tetapi bekerja di fasa lain.

“Ketika kejadian, saya memang berada di lokasi kejadian tetapi tidak sangka bahawa mangsa adalah keluarga terdekat saya.

“Saya memang syak kereta yang tertimbus itu adalah kereta Tajudin melalui petunjuk awal polis tetapi tidak dapat disahkan lagi sehingga anak perempuan mangsa sendiri mengesahkannya.

“Nombor pendaftaran kereta yang ditemui hanya PKR347 tetapi nombor plat sebenar ialah PKR3470. Namun, selepas disahkan anak perempuan mangsa, kereta itu memang milik Tajudin kerana menurut anak perempuan mangsa angka ‘0’ itu sudah lama hilang sebelum kejadian,” katanya.

Difahamkan, kenderaan PERODUA Kelisa yang dipandu mangsa sedang melalui proses pertukaran nama kerana dilaporkan mangsa baru membeli kenderaan berkenaan secara tunai.

Jenazah mangsa akan disembahyangkan dan disemadikan di Kampung Perlis, Bukit Merah hari ini.

Pengusaha sawit disamun RM200,000


Sitiawan: Tiga perompak bersenjatakan parang panjang melarikan wang tunai lebih RM200,000 dalam kejadian rompakan di depan sebuah bank di Ayer Tawar, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, penjenayah yang menaiki sebuah kereta jenis Audi menahan kenderaan pacuan empat roda dipandu pengusaha sawit sebelum mengacu parang kepada mangsa.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba, berkata mangsa berusia 48 tahun melepaskan tiga das tembakan, iaitu dua ke arah kereta suspek, manakala satu das lagi ke arah salah seorang suspek tetapi tersasar.

“Ketiga-tiga suspek yang memakai topi besbol melarikan diri bersama wang yang disamun menghala ke arah Ipoh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Jaafar berkata, siasatan awal mendapati kereta digunakan penjenayah itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak berkumpulan menggunakan senjata.

Sementara itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kok berkata, dia baru saja mengeluarkan wang dari sebuah bank di situ untuk urusan pembayaran gaji pekerja dan perniagaan sawit.

Ambulans bawa pesakit jantung terlibat dalam kemalangan


08/06/2013 6:53pm

MUAR - Sebuah ambulans yang sedang memecut laju membawa seorang pesakit jantung dari Hospital Pakar Putra Batu Pahat terlibat dalam satu kemalangan di jalan pintas berdekatan persimpangan empat Jalan Bakri di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, ambulans berkenaan yang dalam perjalanan ke Hospital Pakar Putra Melaka terbalik selepas dilanggar sebuah kereta Toyota Camry dari arah Muar dan mengenai bahagian belakangnya.
Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua tayar belakang ambulans tersebut meletup sehingga hilang kawalan dan terbalik kira-kira 50 meter dari simpang empat tersebut manakala kereta berkenaan berpusing dan remuk di bahagian depan.
Keadaan tersebut membuatkan pesakit tersebut yang merupakan lelaki Cina berusia 50-an dan mengidap sakit jantung, terperangkap dalam ambulans bersama pemandu dan pembantunya. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2VcaStvz1 
Hakcipta terpelihara 

Remaja lemas ketika mandi tali air



TUMPAT - Seorang remaja, Muhammad Akimi Mohamad Anuar, 14, lemas ketika mandi bersama adik dan sepupunya di tali air berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Palekbang, dekat sini meninggal dunia awal pagi semalam.
Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.50 pagi selepas mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Ketua polis daerah, Pemangku Supritanden Zaharuddin Rasip berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 petang pada Khamis lalu dan mangsa telah pergi ke tali air berkenaan bersama adik dan sepupunya.
Zaharuddin memberitahu, doktor yang merawat mengesahkan mangsa mati akibat lemas. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2VcbyiiyB 
Hakcipta terpelihara 

25 jam dihempap


 

Foto
Foto

Bebanan konkrit 500 tan

Georgetown: Mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada jam 8.40 malam tadi.

Mayat lelaki yang dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45, ditemui anggota penyelamat, lebih 25 jam selepas operasi menyelamat dilancarkan.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertunduk dengan mukanya tersembam pada stereng di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Difahamkan, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya di Permatang Damar Laut, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat Tajudin dikenal pasti ahli keluarganya berdasarkan ciri fizikal dan pakaian yang dipakai pada hari kejadian.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan hanya satu mayat ditemui di lokasi kejadian, bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan itu.

"Kerja pembersihan akan terus dijalankan, namun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan mengenai kehilangan ahli keluarga.
"Begitupun, operasi masih diteruskan kerana kita lihat kemungkinan ada lagi mangsa yang terperangkap berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa terlihat ada kenderaan lain yang tersepit ketika runtuhan selain daripada Perodua Kelisa itu," katanya.

Dalam kejadian 7.15 malam kelmarin, sebahagian tanjakan konkrit di susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh.

Sementara itu, dua pekerja asing yang terbabit dalam kejadian runtuhan itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Warga Myanmar, Tin Maung Lwin, 39, dan warga Indonesia Slamat, 36, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan kecederaan mereka dilaporkan tidak serius.

Maung Lwin, yang cedera pada paha kanan, berkata ketika kejadian dia sedang melakukan kerja pembinaan di atas jambatan berkenaan.





"Ketika itu saya sedang menuang simen sebelum runtuhan berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di hospital, semalam.

Selamat, pula tidak boleh bercakap kerana mulutnya bengkak dan mengalami kecederaan di muka dan dada.

Manakala, seorang wanita Thilasheni Rajendran, 24, yang kebetulan melalui laluan itu cedera ringan di tangan selepas terkena serpihan runtuhan.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah pula berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa meskipun menggunakan bantuan jengangkat hidrolik.

Ia berikutan konkrit yang runtuh itu terlalu berat, mencecah 500 tan dan menyebabkan tanah menjadi mendap ketika mesin yang digunakan cuba untuk mengangkat bahan binaan itu.

"Bomba terpaksa menggunakan alternatif lain dengan bantuan kren dengan cara mengangkat sedikit konkrit sebelum menarik keluar kereta Kelisa yang tersepit seterusnya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalamnya," katanya.

Beliau berkata, operasi akan diteruskan dengan bantuan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kuala Lumpur bagi membantu mengesan sekiranya ada mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

'Unit K9 itu dijangka tiba hari ini akan membantu untuk mengesan sekiranya ada mangsa lagi yang terperangkap.

"Bagaimanapun, setakat ini kita belum menemui sebarang petunjuk kemungkinan ada kereta lain, namun, operasi ini akan diteruskan sehingga kita berpuas hati tidak ada mangsa lain di bawah runtuhan itu," katanya.

Untuk lebih gambar dan berita dapatkan BH hari ini atau layari BH Digital di di http://subscription.nstp.com.my/

Pengendali jentera berat disyor jalani ujian dadah


Pengendali jentera berat disyor jalani ujian dadah
Michael Nutter
PHILADELPHIA - Datuk Bandar, Michael Nutter semalam mencadangkan supaya ujian dadah dijalankan ke atas pengendali jentera berat ekoran kejadian bangunan runtuh yang melanda wilayah itu minggu lalu.

Nutter memberi cadangan itu selepas media tempatan melaporkan ujian darah pengendali kren di tapak pembinaan di kawasan kejadian menunjukkan positif ganja dan juga turut mengambil ubat tahan sakit.

Kejadian runtuhan  bangunan itu menyebabkan enam terbunuh dan 14 cedera.

“Jika benar pengendali kren mengambil dadah, dia secara tidak langsung terlibat juga dengan jenayah,” katanya dalam sidang media semalam.

Media tempatan turut melaporkan polis kini sedang mencari pengendali kren selepas dia melarikan diri dari rumahnya.

Rabu lalu, berlaku kejadian runtuhan di bangunan yang sedang dalam pembinaan yang terletak berhampiran dengan sebuah pusat membeli belah yang sedang dipenuhi dengan kakitangan dan pelanggan.

Isteri maut, suami parah


LEDANG - Seorang warga emas terbunuh selepas terbabit dalam nahas di Batu 10, Jalan Muar-Tangkak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Maheran Ibrahim, 62, berasal dari Larkin, Johor Bahru, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu suaminya, Ismail Abdullah, 67, dari arah Muar menghala Tangkak bertembung dengan sebuah kereta jenis Mazda 6 dari arah bertentangan.

Akibat rempuhan kuat itu kedua-dua kenderaan tersebut remuk teruk di bahagian hadapan dan mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ismail mengalami kecederaan parah, manakala pemandu kereta Mazda 6 berumur 45 tahun bersama seorang penumpang perempuan berusia 30an hanya cedera ringan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Suami mangsa dan penumpang kereta Mazda itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk mendapatkan rawatan.

“Manakala mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Kelar tangan, tikam perut


Kelar tangan, tikam perut
GOH KOK LIANG
TELUK INTAN - Dek kerana tidak sanggup menahan rasa sakit kaki sejak 20 tahun lalu, seorang pesara mengambil keputusan mengelar pergelangan tangan dan leher serta menikam perutnya sendiri dengan menggunakan pisau, dalam satu kejadian petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang  berkata, lelaki berkenaan berusia 52 tahun bertindak melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Hoo Seik Hong, dekat sini.

Menurutnya, ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada berada di rumah manakala isterinya keluar kerana ada urusan yang mahu diselesaikan.

"Suspek yang melakukan perbuatan mengelar pergelangan tangan, leher serta menikam perut sendiri ketika itu berseorangan di dalam rumah," katanya.

Beliau berkata, kira-kira 5 petang kelmarin, isteri suspek pulang ke rumah dan mencari lelaki itu selepas tidak dapat melihat kelibatnya.

“Isteri suspek kemudiannya memeriksa bilik tidur dan terkejut apabila melihat suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Bimbang dengan keadaan suaminya itu, isterinya membawa suspek ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini, semalam.

Sinar Harian difahamkan, suspek yang menerima rawatan di HTI kini berkeadaan stabil dan masih dalam pengawasan doktor.

Kok Liang berkata, pihak HTI yang curiga dengan keadaan kecederaan yang dialami oleh suspek, telah membuat satu laporan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya telah menyiasat berkenaan kes tersebut dan menyerahkan kepada pihak pendakwa raya untuk mengendalikan kes sama ada untuk melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

Menurutnya, perbuatan  mahu membunuh diri juga adalah satu perbuatan jenayah dan kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Acu parang pada mangsa


Acu parang pada mangsa
Lokasi kejadian rompakan yang melibatkan kerugian wang melebihi RM200,000.
Acu parang pada mangsa
Jaafar mendengar penerangan daripada mangsa mengenai kejadian rompakan yang berlaku di hadapan sebuah bank.
AYER TAWAR - Tiga perompak bertindak nekad melarikan wang lebih RM200,000 milik seorang peniaga di hadapan sebuah bank di jalan Ayer Tawar Ipoh,  semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang itu, ketiga-tiga penjenayah yang menaiki sebuah kereta jenis Audi  mengacu parang pada mangsa.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak melarikan wang yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan yang dinaiki mangsa.

“Mangsa berumur 48 tahun itu kemudian bertindak melepaskan tiga tembakan iaitu satu tembakan ke arah suspek manakala dua lagi ke arah kereta suspek.

“Namun, suspek berjaya melarikan diri ke arah Ipoh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kata beliau,  suspek hanya memakai topi dan bersenjatakan parang malah keretayang dinaiki mereka dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 dan Orang ramai diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak polis jika melihat kejadian itu.

"Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrin Mohamad di talian 0195152917,” katanya.

Lelaki simpan harimau diarah bela diri


SEREMBAN - Seorang lelaki diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menyimpan seekor harimau dahan di sebuah rumah dekat Tampin pada tahun lalu.

Hakim N Kanageswari mengarahkan tertuduh, P Virasingam, 50, supaya membela diri selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan wujudnya kes prima facie di akhir pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, Virasingam didapati menyimpan seekor harimau dahan atau nama saintifiknya Nofelis Nebulosa yang masih hidup di sebuah kediaman dekat Taman Seri Mutiara, Tampin pada 29 Mei 2012, kira-kira jam 10.05 malam.

Pemeriksaan dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Perhilitan negeri mendapati, tertuduh tidak mempunyai permit khas untuk membela haiwan berkenaan.

Muka penuh darah, kelongsong peluru tepi mayat


Kelongsong peluru tepi mayat
Pegawai penyiasat melakukan pemeriksaan ke atas mayat Chai Heng yang ditembak dari jarak dekat menggunakan pistol.
MUAR - Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditembak dari jarak dekat pada bahagian mukanya di sebuah taman permainan kanak-kanak di Taman Seri Temiang, Jalan Salleh, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Tee Chai Heng, 51, yang juga penjual tiket feri ditemui jirannya kira-kira jam 9 malam dalam keadaan berlumuran darah iaitu hanya 30 meter dari rumahnya.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kira-kira jam 8.30 malam, dia terdengar bunyi letupan seperti mercun dari arah taman permainan yang disangkanya dilakukan oleh kanak-kanak yang bermain di situ.

“Saya dengan rakan kemudiannya ke taman permainan itu untuk berehat dan mendengar bunyi telefon bimbit.

“Ketika cari arah bunyi telefon itu, kami dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa pakaian dalam keadaan terlentang dengan mukanya berlumuran darah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia dan rakan kemudiannya bergegas pulang ke rumah untuk memaklumkan kepada bapa mengenai penemuan mayat tersebut serta menghubungi polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis daerah, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, mangsa mati di tempat kejadian selepas ditembak menggunakan pistol.

Menurutnya, mangsa ditembak di bahagian bawah mata kanannya sebelum mayatnya ditemui jiran kira-kira jam 9 malam.

“Mangsa ditembak sebanyak satu kali dari jarak dekat dan dipercayai dia ditembak oleh seseorang yang mengenalinya.

“Kita menemui satu kelongsong peluru pistol tidak jauh dari tempat mangsa ditembak.

“Siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif pembunuhan sedang dijalankan,” katanya.

Sahadan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan, Hayati Shariff di talian 019-7788977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat dan kes  disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jambatan runtuh: 'Ayah janji nak beli aiskrim'


'Ayah janji nak beli aiskrim'
Sharifah (kiri) ditenangkan rakan terdekat. Gambar kecil: Tajudin.
GEORGETOWN - 'Ayah janji nak belikan aiskrim', demikian menurut anak mangsa runtuhan penyambung susur jalan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Nur Aina Shazwani Tajuddin, 11 ditemui ketika berada di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Ayah saya telefon dan kata hendak belikan aiskrim kalau dia balik, tapi dia tak balik-balik," katanya.

Selain Nur Aina Shazwani, mangsa, Tajuddin Zainal Abidin turut meninggalkan anak bongsunya, Nur Ain Maisara, 7 serta isteri Sharifah Ramli.

Sementara itu salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali dengan nama Boy mula berasa tidak sedap hati setelah nombor pendaftaran kenderaan mangsa didedahkan pihak polis.

Boy yang bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut terlibat dengan kerja pembersihan runtuhan.

Menurutnya, beliau mula berasa tidak sedap hati setelah hampir 24 jam kerja pembersihan dilakukan.

"Lebih meragukan apabila polis mula mendedahkan kereta yang terlibat adalah Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347, sementara angka 0 tiada.

"Saya mula rasa lain macam kerana memang nombor kereta Abang Ti (gelaran mangsa dalam keluarga) sudah lama tidak ada angka 0," katanya.

Anggota polis dipenjara, denda


JOHOR BAHRU -  Seorang anggota polis berpangkat korperal dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan denda RM10,000 oleh mahkamah sesyen di sini, atas tuduhan rasuah, tahun lalu.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhi hukuman tersebut ke atas Rostam Omar, 45, selepas berpuas hati dengan hujah sekaligus pendakwaraya telah berjaya menimbulkan kes keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, Rostam bertugas di Balai Polis Seri Alam, di sini didakwa telah secara rasuah memperoleh bagi dirinya satu suapan sebanyak RM600 dari seorang peniaga Yeow Boon Kee berhampiran Pasar Mini Lima Lima Lima di Jalan Jelatang, Taman Cahaya Kota Puteri, Masai di sini pada lebih kurang 10 malam, 12 Mei tahun lalu.

Suapan itu adalah sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap pasar mini itu kerana menjual rokok tanpa cukai.

Atas tuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 24 akta yang sama, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguambela,  Hanif Hassan memohon mahkamah agar memberikan hukuman yang ringan kerana tertuduh telah menerima hukuman yang berat dengan kehilangan kerja selepas disabit dengan kesalahan itu.

Jelasnya, Rostam yang kini digantung tugas sejak September lalu bekerja sebagai pengawal keselamatan terpaksa menanggung seorang isteri dan dua anaknya.

Pegawai Pendakwaan (SPRM), Mohd Sajori Martubi yang mewakili pegawai pendakwa raya asal kes Ridzuan Abd Malik memohon kepada mahkamah untuk menjatuhi hukuman yang setimpal kerana tertuduh telah mencemarkan imej polis.

Mohd Nasir kemudiannya menetapkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 ke atas Rostam dan turut memerintahkan sekiranya gagal melunaskan denda tambahan penjara tiga bulan boleh dikenakan.

Bagaimanapun Mohd Nasir membenarkan rayuan peguambela tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan selesai di  mahkamah tinggi dan mengarahkan Rostam membayar denda sebelum 11 Jun ini.

Pasangan mempelai terkejut dengar jeritan


WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Jun 2013
Pasangan mempelai terkejut dengar jeritan
Keadaan kereta mangsa yang terhumban di bahagian bahu jalan akibat hilang kawalan.
PARIT BUNTAR - Sesi penggambaran pengantin bagi sepasang mempelai  terganggu seketika apabila dikejutkan dengan insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta di persisiran Pantai Ban pecah, Sungai Burung di sini, kelmarin.

Saksi kejadian, Shaharudin Zaman, 28, berkata, dalam kejadian jam 5 petang, dia dan pasangannya menjalani penggambaran pengantin di sekitar kawasan pantai itu sebelum terdengar suara jeritan seseorang berdekatan lokasi penggambaran.

Menurutnya, dia bersama jurugambar bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut mendapati sebuah kereta berada dalam keadaan terbalik di bahu jalan sempit akibat berselisih dengan kenderaan lain.

“Sejurus selepas itu, saya melihat seorang pemandu dan rakannya berusaha menyelamatkan diri dengan keluar perlahan-lahan dari kenderaan tersebut.

“Kami segera menghulurkan bantuan bagi menarik kedua-dua mangsa naik ke atas dan seorang daripada mereka segera menghubungi perkhidmatan trak penunda untuk menaikkan kenderaan itu,” katanya sewaktu ditemui media di tempat kejadian, di sini, kelmarin.

Sementara itu, mangsa kemalangan yang enggan dikenali menjelaskan, sebahagian tanah runtuh sewaktu kereta dipandunya melalui lokasi itu menyebabkan dia hilang kawalan dan terus terbalik di bahagian bahu jalan berbukit.

“Mujurlah jalan itu tidak begitu curam dan hanya berketinggian beberapa meter sahaja. Jika tidak saya tidak dapat membayangkan perkara buruk berlaku terhadap kami,” katanya.

Kedai makan hangus, peniaga rugi RM70,000


Kedai makan hangus, peniaga rugi RM70,000
Yusnizal (kanan) bersama adik iparnya, Aidil mengumpulkan barang-barang yang masih elok selepas kedai makan ini hangus dalam kejadian kebakaran malam semalam.
Kedai makan hangus, peniaga rugi RM70,000
Pelanggan yang berada di kedai berkenaan pada malam kejadian juga dikatakan lari bertempiaran kerana bimbang tong gas meletup.
MARANG – Pasangan peniaga rugi RM70,000 dan hanya sempat menyelamatkan tiga anak serta seorang anak pelanggan yang berada di sebuah bilik apabila kedai makan milik mereka di Batu 9, Bukit Payung di sini, terbakar malam semalam.

Mangsa, Yusnizal Ghani, 37, berkata, kejadian berlaku semasa dia dan isteri, Intan Nazura Mat Dollah, 28, bersama dua adik iparnya, Fatin Fatihah, 20, dan Aidil Fakri, 17, sedang sibuk menyiapkan pesanan dan melayan pelanggan.

“Kebakaran bermula di bahagian dapur apabila salah seorang pelanggan yang sedang menjamu selera di kedai ini menjerit setelah dia terlihat api marak.

“Lalu saya pantas berlari ke arah bilik berdekatan dapur itu untuk menyelamatkan tiga anak dan seorang anak pelanggan dan segera membawa mereka keluar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, isterinya, Intan Nazura berkata, dia pula tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa termasuk wang hasil perniagaan.

Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak sempat untuk melakukan apa-apa malah, pelanggan yang berada di dalam kedai makan juga lari berkeliaran menyelamatkan diri kerana bimbang tong gas meletup.

“Mujur tiga anak kami dan seorang anak pelanggan berada di dalam bilik itu berjaya diselamatkan termasuk seorang lagi anak yang berada di luar,” kata ibu kepada empat anak itu.

Berikutan kejadian itu, pasangan Yusnizal dan Intan Nazura yang menetap di Rumah Murah Cherang  Guling, Pengkalan Barangan mengalami kerugian kira-kira RM70,000, malah mereka juga kini buntu memikirkan bagaimana hendak berniaga semula.

“Kami buntu memikirkan bagaimana hendak mendapatkan modal semula bagi meneruskan perniagaan ini dan menanggung keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di sini, bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran pada malam kejadian itu daripada terus merebak.

Kepala hancur digilis treler


Kepala hancur digilis treler
Mangsa digilis bahagian tayar belakang treler selepas keluar dari simpang.
SETIU – Seorang warga emas hancur kepala akibat digilis treler selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 67.7 Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu dekat Sungai Tarom, Permaisuri di sini petang kelmarin.

Akibat kemalangan kira-kira jam 1.11 petang itu, kepala Abdullah Mamat, 82, hancur dan bertaburan berhampiran tayar bahagian belakang treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP A Rahman Raja Mohamed berkata, lebih menyayat hati kerana kemalangan itu dikatakan berlaku selepas mangsa selesai menerima wang bantuan banjir di  Dewan Majlis Daerah berhampiran.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar dari simpang kiri jalan sebelum bahagian belakang treler terbabit melepasi simpang itu.

“Mangsa telah melanggar bahagian tengah kenderaan yang datang dari arah Jertih ke Kuala Terengganu itu, menyebabkan kepala mangsa dan badannya digilis bahagian tayar belakang treler tersebut dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

A Rahman berkata, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan memberhentikan kenderaannya apabila menyedari ia terlanggar sesuatu.

Mangsa mengalami kecederaan teruk dan mayatnya yang beralamat di Kampung Tasek, Bandar Permaisuri dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes ini disiasat oleh Pegawai Trafik Daerah, Inspektor Mohamad Musa Ali.

Mayat disangka lelaki mabuk


Mayat disangka lelaki mabuk
Unit anjing pengesan polis membuat siasatan di lokasi kejadian.
KLANG - Seorang pemandu lori yang hendak memulakan kerjanya pada jam 9 pagi terkejut apabila terserempak dengan mayat lelaki berlumuran darah di hadapan lorinya.

Pemandu lori terbabit, Gulan Kanniapan, 32, berkata, semasa berjalan menuju ke arah lori, dia menyangka ada seorang lelaki mabuk apabila terlihat seseorang terbaring di hadapan lori.

“Apabila saya mendekatinya, barulah saya sedar bahawa orang yang saya sangka mabuk itu adalah mayat setelah saya terlihat terdapat banyak kesan darah di tanah.

“Saya terus hubungi seorang rakan untuk memastikannya sebelum buat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusuf mengesahkan anggotanya ada menerima aduan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan berkenaan penemuan mayat.

Menurutnya, mayat adalah seorang lelaki berbangsa India ditemui mati di kawasan parkir lori berhampiran Lorong Jalan Datuk Mohamad Saidin.

“Terdapat 14 kesan tikaman di badan mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.

“Mangsa ditemui berlumuran darah dalam keadaan terlangkup memakai baju berwarna hitam dan berseluar jean,” katanya.

Mohamad berkata, unit forensik diarahkan membantu siasatan, punca dan sebab kematian masih belum dikenal pasti sehingga mereka selesai menjalankan tugas.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Samun dalam 10 minit


Samun dalam 10 minit
Lim Tee menunjukkan kesan pintu dipecah masuk, semalam.
Samun dalam 10 minit
Keadaan bilik yang berselerak.
BANTING - Sepasang suami isteri melalui detik cemas kira-kira 10 minit apabila dua penyamun menghunuskan parang dan besi ke leher mereka dalam kejadian samun di rumah mereka di Taman Delima, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Lim Tee, 61, yang sedang membaca akhbar dan isterinya yang menyidai pakaian di luar rumah, terperanjat apabila dua lelaki tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Lim Tee berkata, seorang penyamun tidak bertopeng mengarahkan dia dan isteri diam dengan mengugut akan mencederakan mereka sekiranya membuat bising.

Katanya, penyamun terbabit kemudiannya mengarahkan mereka masuk ke dalam bilik.

“Penyamun terbabit meminta kami meniarap di atas katil dan seorang lagi menghunus besi panjang sebelum minta barang bernilai.

"Bimbang dicederakan, saya serahkan RM1,600 dan seutas rantai dipakai isteri bagi mengelakkan mereka melakukan tindakan di luar jangkaan," katanya.

Lim Tee berkata, penyamun terbabit kemudiannya membawa dia dan isterinya ke ruang tamu sebelum tinggalkan mereka di situ.

Bagaimanapun katanya, sebelum melarikan diri, penyamun terbabit sempat mengambil kunci dan melarikan kereta Toyota Camry milik mereka.

"Penyamun terbabit sempat mengarahkan kami diam sebelum melarikan diri. Ketika itu, saya nampak mereka berdua berada dalam kereta bersama seorang lagi lelaki dipercayai rakan mereka yang menunggu di hadapan rumah ketika kejadian berlaku.

"Saya masih terperanjat kerana pada mulanya sangka akan dibunuh penyamun terbabit. Namun bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Pasangan mempelai terkejut dengar jeritan


Pasangan mempelai terkejut dengar jeritan
Keadaan kereta mangsa yang terhumban di bahagian bahu jalan akibat hilang kawalan.
PARIT BUNTAR - Sesi penggambaran pengantin bagi sepasang mempelai  terganggu seketika apabila dikejutkan dengan insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta di persisiran Pantai Ban pecah, Sungai Burung di sini, kelmarin.

Saksi kejadian, Shaharudin Zaman, 28, berkata, dalam kejadian jam 5 petang, dia dan pasangannya menjalani penggambaran pengantin di sekitar kawasan pantai itu sebelum terdengar suara jeritan seseorang berdekatan lokasi penggambaran.

Menurutnya, dia bersama jurugambar bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut mendapati sebuah kereta berada dalam keadaan terbalik di bahu jalan sempit akibat berselisih dengan kenderaan lain.

“Sejurus selepas itu, saya melihat seorang pemandu dan rakannya berusaha menyelamatkan diri dengan keluar perlahan-lahan dari kenderaan tersebut.

“Kami segera menghulurkan bantuan bagi menarik kedua-dua mangsa naik ke atas dan seorang daripada mereka segera menghubungi perkhidmatan trak penunda untuk menaikkan kenderaan itu,” katanya sewaktu ditemui media di tempat kejadian, di sini, kelmarin.

Sementara itu, mangsa kemalangan yang enggan dikenali menjelaskan, sebahagian tanah runtuh sewaktu kereta dipandunya melalui lokasi itu menyebabkan dia hilang kawalan dan terus terbalik di bahagian bahu jalan berbukit.

“Mujurlah jalan itu tidak begitu curam dan hanya berketinggian beberapa meter sahaja. Jika tidak saya tidak dapat membayangkan perkara buruk berlaku terhadap kami,” katanya.

Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal


Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal
Shaifudin meneliti beberapa kitab dan dokumen penting yang terselamat dalam kebakaran tersebut
LABU - Seramai 20 pelajar Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, di sini hilang tempat tinggal apabila sebahagian blok menempatkan asrama pelajar berkenaan terlibat dalam kebakaran, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam di Batu 10, Jalan Labu itu turut memusnahkan bilik pengetua sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Shaifudin Maulup, 38, bagaimanapun berkata, mujurlah tiada sesiapa di situ semasa kejadian berlaku berikutan kesemua 45 pelajar maahad tahfiz terbabit sedang bercuti sekolah.

“Ketika insiden berlaku, saya dan pembantu tadbir, Mohd Ezairy Ujang, 37, pula sedang menghadiri satu program ceramah keagamaan di Tampin sempena sambutan Israk Mikraj.

“Kami bergegas pulang selepas dimaklumkan isteri saya yang juga guru besar Sekolah Rendah Tahfiz Al-Quran Intergrasi Al-Irshad, Sharifah Norasyida Syed Nordin, 38, tentang kebakaran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. 

Menurut Shaifudin, sebaik sahaja tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 11.25 malam, pihaknya mendapati api sudah pun dipadamkan oleh bomba, namun pelbagai kitab dan dokumen penting hangus dijilat api.

“Justeru, kita akan berbincang dengan ahli lembaga sekolah bagi mencari jalan menempatkan 20 pelajar lelaki terbabit yang berusia antara 14 hingga 15 tahun.

“Bagaimanapun, perkara ini agak sukar dilaksanakan memandangkan pihak sekolah sedang menghadapi masalah kewangan untuk membaik pulih bangunan berusia 56 tahun itu,” katanya.

Mengulas tentang bantuan orang ramai pula, Shaifudin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang pertolongan atau derma bagi meringankan beban ditanggung .

“Orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah di alamat Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, Batu 10, Jalan Labu, 71900 Labu yang boleh dihubungi melalui talian 06-7911141 atau 013-3991359.

“Selain itu, bantuan kewangan juga boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran negeri, Jamaluddin Marawi berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 9.47 malam.

“Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai membabitkan 12 anggota dikejarkan ke lokasi bagi menangani kebakaran tersebut.

“Selain itu, kita turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dengan kekuatan lapan anggota, di mana menyaksikan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan dipadam sepenuhnya 20 minit kemudian,” katanya.

Berdentum kuat depan rumah


Berdentum kuat depan rumah
Keadaan Proton Saga yang dipandu anggota tentera yang terbabas ke dalam longkang selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan Seremban- Tampin, malam kelmarin.
Berdentum kuat depan rumah
Keadaan teksi yang remuk teruk di bahagian hadapannya dan terbabas ke hadapan rumah penduduk selepas terbabit dalam kemalangan di ilometer 22.5 Jalan Seremban-Tampin, malam kelm
REMBAU – Seorang anggota tentera dan pemandu teksi nyaris maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, teksi berkenaan ingin membuat pusingan U di jalan utama berkenaan dan dalam masa sama datang sebuah kenderaan jenis Proton Saga dari arah Seremban.

Saksi kejadian, Fatimah Mohd Nor, 26, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman.

"Saya segera menjenguk di tingkap dan terkejut melihat sebuah teksi sudah remuk di hadapan rumah.

"Malah, pemandu teksi juga dilihat keluar dari kenderaan tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika ditemui di Taman Chembong Jaya, dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, sebelum ini pernah juga berlakunya kemalangan di hadapan rumahnya namun kenderaan tidak pernah terbabas memasuki kawasan perumahan memandangkan terdapat pokok besar.

"Kejadian ini benar-benar mengejutkan kami," katanya.

Penduduk, Oon Md Kanan, 49, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya sedang minum di sebuah kedai yang terletak berhampiran lokasi kejadian sebelum terdengar dentuman kuat.

Menurutnya, mereka bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati orang ramai sedang mengeluarkan mangsa di dalam Proton Saga yang cedera di dagu dan kaki.

"Mangsa sempat memaklumkan dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Kem Syed Sirajuddin Gemas.

"Mangsa dihantar terlebih dahulu ke Klinik Kesihatan Pedas sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, teksi yang ingin membuat pusing u berkenaan merempuh Proton Saga dan terbabas ke longkang kanan jalan.

"Teksi berkenaan pula terbabas ke kiri jalan iaitu di hadapan sebuah rumah dia kawasan taman perumahan terbabit," katanya.