Search This Blog

Tuesday, June 4, 2013

2 pekerja asing rentung dalam kebakaran kilang kain


BAGAN SERAI 4 Jun - Dua lelaki warga Myanmar ditemui rentung manakala nasib beberapa lagi pekerja belum dikenal pasti apabila sebuah kilang kain di Kampung Sungai Labu Bawah, Bagan Tiang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 4 petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memberitahu, mayat kedua-dua pekerja itu berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian kira-kira pukul 5.30 petang dan usaha menyelamatkan pekerja lain sedang giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130604/je_10/2-pekerja-asing-rentung-dalam-kebakaran-kilang-kain#ixzz2VIRxB1RP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mat despatch disamun 2 lelaki bersenjatakan pistol, pedang samurai



4 Jun 2013
KUANTAN - Seorang penghantar surat kerugian wang tunai RM500 apabila disamun dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan sebilah pedang samurai di sini.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 4.50 petang tadi, Mohd Shahril Mohd Sehu, 24, disamun suspek di Jalan Pintas Kuantan selepas diarah menghentikan motosikal, dan seorang daripada mereka mengacu sepucuk pistol manakala rakannya meletakkan pedang samurai di leher mangsa.
 
"Selepas menyamun mangsa, seorang daripada suspek bertindak membuang kunci motosikal mangsa ke atas jalan raya dan terus melarikan diri," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Beliau berkata polis kini memburu suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

16 GRO warga asing ditahan di Sunway Mentari


KUALA LUMPUR 4 Jun - Polis menahan 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam operasi di sebuah pub di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini malam tadi.
Dalam serbuan Ops Noda tersebut, seorang penjaga premis warga tempatan berusia 54 tahun turut ditahan.
Seramai dua pegawai dan 10 anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat ( D7 ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjalankan operasi bermula pukul 11 malam.
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130604/je_06/16-GRO-warga-asing-ditahan-di-Sunway-Mentari#ixzz2VIQGwCcY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjual mi tidak mengaku bunuh ibu saudara


SHAH ALAM 4 Jun - Seorang penjual mi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu saudara dan bapa saudaranya, tahun lalu.
Lee Chee Choy, 45, memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di kamar hakim tersebut.
Menurut peguam, K.A. Ramu yang mewakili tertuduh, mahkamah menetapkan perbicaraan pada 30 dan 31 Oktober ini manakala pengurusan kes pada 10 September ini.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh ibu saudaranya, Lee Kam Lin, 59, di rumah No. 1171, Jalan SK 8/6, Seri Kembangan dekat sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 20 Jun tahun lalu.
Pada waktu, tarikh dan di tempat sama, dia turut didakwa membunuh bapa saudaranya, Lee Yoke Mun, 73.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Toni mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, mayat Yoke Mun ditemui di dalam tandas manakala isterinya di sebelah katil di bilik tidur mereka.
Kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran mereka yang dipercayai mendengar bunyi bising dari arah rumah mangsa.
Siasatan awal polis mendapati tertuduh berasa tertekan kerana sering diejek sebagai orang bodoh dalam keluarganya lalu menyebabkan lelaki itu hilang kawalan.
Lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut menggunakan sebatang besi paip sepanjang dua meter.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130605/ma_01/Penjual-mi-tidak-mengaku-bunuh-ibu-saudara#ixzz2VITRR0PM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dijel tiga bulan kerana ceroboh lapangan terbang


Dijel tiga bulan kerana ceroboh lapangan terbang
Tertuduh (tengah) keluar diiringi polis selepas hukuman diputuskan, semalam.
KOTA BHARU - Angkara menceroboh lapangan terbang di sini, seorang tukang cat dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan selepas tertuduh, Sanusi Shafie, 34, didakwa menceroboh kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sini.

Kesalahan dilakukan pada jam 1.50 petang, 20 Mei lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukuman penjara dikenakan terhadapnya berikutan dia tidak mempunyai wang untuk menjelaskan denda.

Majistret Nik Habri Muhamad kemudian memutuskan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan hari kejadian.

Tertuduh juga mempunyai rekod mencuri sebelum ini. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Dua kedai pengurup wang disamun, rugi RM50,000


GEORGETOWN - Dua kedai pengurup wang di Batu Feringghi menjadi sasaran penjenayah apabila disamun dalam dua kejadian berasingan menyebabkan kerugian kira-kira RM 50,000 di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, tiga lelaki bersenjatakan pistol dan memakai topi keledar bertindak mengugut penjaga kedai berkenaan yang berusia 22 tahun sebelum mengarahkannya menyerahkan wang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, salah seorang daripada suspek bersenjatakan sepucuk pistol jenis automatik meletakkan senjatanya di atas kaunter menyebabkan mangsa ketakutan.

Ismail berkata, suspek kemudian meminta mangsa menyerahkan wang namun apabila mangsa cuba melawan suspek bertindak menarik picu pistol dan mengugut mahu menembak mangsa.

“Mangsa yang ketakutan kemudiannya menuruti apa kehendak penjenayah itu dan menyerahkan wang tunai termasuk mata wang asing bernilai kira-kira RM15,000 sebelum ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menunggang dua motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, selepas melarikan wang berkenaan, kumpulan penjenayah itu kemudian dikatakan pergi ke kedai kedua yang jaraknya kira-kira 100 meter dari lokasi pertama.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati dua suspek masuk ke dalam kedai berkenaan dan mengacukan pistol melalui ruang kaunter berkaca dan salah seorang suspek pula masuk ke dalam kaunter melalui pintu yang tidak berkunci.

“Suspek kemudian mengambil wang tunai bernilai RM30,000 dan RM5,000 wang wang asing, telefon bimbit di kedai kedua yang disamun mereka.

“Namun sebelum mereka mahu melarikan diri dari kedai berkenaan suspek terlihat kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai mangsa,” katanya.

Ismail berkata, penjenayah berkenaan mengarahkan seorang penjaga kedai itu menutup CCTV berkenaan namun dia yang tidak menuruti arahan itu menerima padah apabila dipukul oleh salah orang suspek menggunakan pistol.

Bimbang perbuatan mereka itu disedari orang ramai, kumpulan penjenayah itu melarikan diri.

Ismail berkata, pihaknya kini giat memburu ketiga-tiga suspek berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan bersenjata.

Menurutnya, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPDTL di talian 04-2181822.

Lelaki dituduh pecah rumah


AYER KEROH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri pelbagai barangan berjumlah RM7,000.

Zahiruddin Hisham Abu Samah, 33, dari Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Alor Gajah membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hapadan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Zahiruddin yang merupakan pemasang kanopi didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Mohd Yusof Hamzah, 35, dan mencuri beberapa barangan.

Antaranya, sebuah televisyen LCD jenama Panasonic, komputer riba jenama Compaq (1), mesin pencetak jenama Canon (1), gelang tangan emas, cincin emas, rantai leher emas.

Selain itu, tertuduh juga didakwa mengambil wang tunai kira-kira RM100 dan tiga jam tangan masing-masing jemana Casio, DKNY dan Brikling, semuanya bernilai RM7,000.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Saujana 2/2, Taman Saujana Seksyen2, Bukit Katil, Ayer Keroh, kira-kira 5.15 petang pada 12 Ogos 2009.

Lagak samseng ketika ditahan


Lagak samseng ketika ditahan
Faizal Fazri menyoal siasat warga asing yangt berjaya ditahan dalam operasi, semalam.
NILAI - Seorang wanita berlagak samseng ketika ditahan Jabatan Imigresen dalam satu operasi bersepadu di sebuah kolej swasta di Mantin, dekat sini, semalam.

Wanita berusia 20-an itu yang baru saja menamatkan pengajian di sebuah kolej di Kuala Lumpur ditahan bersama teman lelakinya seorang warga Iran dalam operasi dilakukan Jabatan Imigresen negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita itu dan teman lelakinya ditahan ketika sekatan jalan selepas didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Wanita terbabit tidak berpuas hati dia ditahan kerana mendakwa dirinya bukan penjenayah.

“Dia turut mempersoalkan perkara itu kepada teman lelakinya yang membawanya ke kolej berkenaan untuk berjumpa rakan, tetapi akhirnya ditahan,” katanya.

Selain itu, dalam serbuan berasingan, katanya, empat lelaki warga Nigeria yang melarikan diri melalui kebun durian berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan penduduk kampung yang cuba menahan.

Menurutnya, cermin sisi sebuah motosikal seorang penduduk kampung turut pecah ditendang lelaki berkenaan, malah ada penduduk yang cedera.

Bapa rayu Ahmad pulang


Bapa rayu Ahmad pulang
Shahrul Anuar menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas Ahmad hilang.
Ahmad Zaiminuddin
Ahmad Zaiminuddin
KUANTAN - “Ahmad, ayah harap Ahmad balik la. Tak lama lagi sekolah dah nak buka,” demikian rayu Shahrul Anuar Mokhtar, 42, bapa kepada Ahmad Zaiminuddin, 11, yang hilang sejak Rabu lalu.

Shahrul berkata, anak kedua dari lima adik-beradik itu keluar dari rumah di Taman Guru kira-kira jam 4 petang selepas berselisih faham dengan adiknya yang berusia 10 tahun.

Menurutnya, sebelum ini anak lelakinya yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar itu tidak pernah bertindak sejauh itu malah tiada masalah jika bergurau dengan adik-beradik yang lain.

“Ketika kejadian, saya keluar bekerja sebelum dihubungi penjaganya, bahawa Ahmad keluar rumah.

“Pada mulanya saya tidak syak apa-apa, cuma fikirkan dia ke rumah kawan-kawan. Bagaimana pun, sehingga malam dia tak balik-balik juga dan saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah,” katanya kepada Sinar Harian.

Shahrul berkata, dia sudah menghubungi rakan-rakan Ahmad namun tiada sebarang maklumat diperoleh.

“Ahmad keluar rumah tanpa membawa apa-apa barang kerana beg sekolah yang dimuatkan dengan pakaian tidak dibawa bersama,” katanya.

Katanya, dia juga menampal poster anaknya di sekolah selepas tiga hari tiada maklumat  mengenai kehilangan anaknya itu.

“Saya dah cuba hubungi dia melalui Facebook dan menghantar mesej kepada rakan-rakannya namun semuanya gagal.

“Saya harap Ahmad balik semula dan dapat selesaikan masalah yang ada dengan baik,” katanya.

Shahrul berkata, selepas mengalami masalah dengan isteri, Ahmad dan adik perempuannya berusia 10 tahun berada di bawah jagaannya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat dan pernah ternampak Ahmad boleh menghubungi Shahrul Anuar di talian 011-1154 6375.

Penjara 9 bulan simpan motosikal curi


Penjara 9 bulan simpan motosikal curi
Baharudin dipenjara sembilan bulan dan didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah menyimpa motosikal curi di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang tukang masak menyimpan motosikal curi membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi turut memerintahkan Baharudin Abdullah, 40, dipenjarakan tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas dia mengaku bersalah menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Honda Ex5 milik Muhammad Shafiq Humaidy Ali, 19, di bawah blok Taman Kondo Rakyat, Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 2 petang, 5 Mei lalu.

Baharudin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Baharudin tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa hanya menyedari kehilangan motosikalnya kira-kira jam 5 petang ketika ingin menggunakan motosikalnya itu.

Sebelum itu, mangsa meninggalkan motosikalnya dalam keadaan berkunci. Dia yang mengesyaki motosikalnya dicuri membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu tidak lama kemudian.

Baharudin ditahan sepasukan polis ketika berada di blok berkenaan pada 22 Mei lalu.

Oku lembam dipukul


Oku lembam dipukul
NoorZainy (duduk dua kiri) dalam program Polis Bersama Masyarakat di DUN Jabi.
JERTIH - Seorang pemuda lembam bukan sahaja cedera ringan dipukul rakannya malah lebih malang motosikalnya juga musnah akibat dibakar dalam kejadian  di kawasan sawah Kampung Gong Penaga dekat sini pada minggu lepas.

Lelaki OKU itu, Nik Nashrie Hakim Nik Ab Jalil yang tinggal di kampung sama, lebam di bahagian belakang badan akibat dipukul suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP NoorZainy Mohd Noor berkata, kira-kira jam 10 malam bapa mangsa telah didatangi kawan anaknya memaklumkan mangsa telah dipukul oleh kenalannya yang lain.

Menurutnya, bapa mangsa bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keletihan akibat melarikan diri selepas dipukul suspek.

“Bapa mangsa telah membawanya ke Hospital Besut dan pemeriksaan mangsa didapati lebam di bahagian belakang badan dipercayai dipukul menggunakan kayu oleh suspek,” katanya.

NoorZainy berkata, menurut mangsa, suspek yang dikenalinya telah memukul sebanyak sekali di belakang badan kemudian dia melarikan diri sebelum rebah akibat kepenatan.

Menurutnya, akibat tidak berpuas hati terhadap mangsa, suspek dipercayai turut bertindak membakar motosikal jenis Legenda milik mangsa.

“Polis sudah mengenal pasti suspek dan sedang berusaha menangkapnya manakala motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324/435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan khianat dengan api.

Sementara itu, NoorZainy turut menasihatkan orang ramai tidak bertindak mengikut perasaan dengan mendatangkan kecederaan kepada orang lain kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan mereka menerima hukuman.

Katanya, sewajarnya setiap masalah diselesaikan dengan baik dan elakkan pergaduhan atau tindakan memukul kerana ia memberi banyak kesan negatif.

Lelaki didenda gagal tunjuk Mykad


KUANTAN - Seorang lelaki terpaksa membayar denda RM350 bagi mengelak dikenakan hukuman penjara selama dua minggu gara-gara sikapnya yang kurang peka terhadap kepentingan Mykad sebagai pengenalan diri yang sepatutnya sentiasa dibawa sepanjang masa.

Kerana kecuaian itu, Mohd Firdaus Nor Azlan, 25 berasal dari Jalan Pandan Indah 3/3, Kuala Lumpur gagal menunjukkan kad pengenalannya ketika ditahan polis untuk pemeriksaan ketika berada di hadapan sebuah rumah di Lorong Alor Akar 38 di sini, 28 Mei lalu.

Kegagalannya menunjukkan kad pengenalan itu merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara yang membawa hukuman agak berat.

Jika sabit kesalahan individu terlibat berdepan hukuman penjara tidak lebih daripada  tiga tahun dan denda tidak melebihi   RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu sebelum itu, tertuduh mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan tersebut di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar hukuman bagi kesalahan itu diringankan dan dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran termasuk kepada orang ramai supaya lebih peka terhadap kepentingan membawa Mykad sebagai pengenalan diri sepanjang masa.

Malang pengantin baru


Zamri Shamsuddin
Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana RM50, seorang abang bukan sahaja tergamak mengganggu majlis perkahwinan adik lelakinya, malah lebih melampau, dia turut mencederakan mangsa sejurus selesai majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan, di Kampung Gelong Bilal, Pasir Panjang, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek, 30, turut hadir ke majlis perkahwinan mangsa, 27, difahamkan semata-mata hendak meminta wang RM50 daripada mangsa.

“Sepanjang majlis berlangsung, suspek, bapa kepada tiga anak itu seperti cacing kepanasan setelah permintaannya tidak diendahkan oleh mangsa yang ketika itu sedang sibuk hendak akad nikad, seterusnya majlis bersanding dan makan beradab.

“Mangsa tidak sempat melayan kerenah suspek kerana dalam masa sama, terpaksa melayan tetamu yang hadir walaupun menyedari tingkah laku suspek yang sedikit sebanyak telah ‘merosakkan’ majlis serta perasaannya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, tidak tahan melihat perangai suspek yang boleh memalukannya di hadapan tetamu, mangsa mengambil tindakan membalingkan sekeping wang kertas RM50 ke atas jalan raya berhampiran meja makan beradab pengantin.

“Bagaimanapun, suspek, anak kelima daripada tujuh beradik itu berasa dirinya terhina dengan tindakan adiknya berlalu meninggalkan majlis berkenaan dan langsung tidak mengambil wang tersebut.

“Bagaimanapun, suspek bertindak menggigit leher mangsa sebelum berlalu pergi dengan lagak selamba,” katanya.

Katanya lagi, tidak cukup dengan itu, suspek bertindak mengugut mangsa menggunakan cangkul dan pisau rambo, kononnya untuk membalas dendam selepas menganggap mangsa telah menjatuhkan maruahnya di hadapan orang ramai.

Suspek melakukan perbuatan itu ketika terserempak dengan mangsa yang pulang sekejap ke kediaman mereka di Kampung Kuala Ibai, di sini, untuk mengambil pakaian selepas selesai majlis di rumah mentuanya.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat gigitan itu bimbang keselamatannya terancam selepas diugut menggunakan senjata berbahaya itu, kemudiannya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis daerah Kuala Terengganu.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, semalam, mengesahkan kejadian dan menjelaskan suspek ditahan di kediaman mereka pada hari sama selepas laporan diterima.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Marah mat rempit, penduduk baling kelapa


KULIM - Penduduk yang tinggal bersebelahan dengan Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE) meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan serius terhadap permasalahan mat rempit sering terlibat kegiatan lumba haram terutama pada hujung minggu.

Tinjauan mendapati lebih 100 motosikal di lebuh raya itu pada masa tertentu dan ada antaranya menunggang secara berbahaya.

Pemandu bas pekerja, Norizal Saad berkata, penunggang motosikal bimbang ditahan polis turut melawan arus untuk melepaskan diri.

Menurutnya, perbuatan mereka itu mengundang kemalangan apabila dia mendapat maklumat lebih enam kemalangan melibatkan penunggang motosikal maut setelah bertembung.

“Sebagai pemandu bas pekerja, kita turut bimbang keselamatan mereka. Perlakuan mereka menunggang motosikal secara merbahaya boleh akibatkan kemalangan. Saya mencadangkan polis mengadakan operasi besar-besaran selain membuat pemantauan secara berterusan.

"Masalah ini tidak akan diselesaikan selagi tindakan tegas tidak diambil terhadap mereka,” katanya.

Penduduk Taman Mewah, Mohd Rashid Harun berkata, sekiranya masalah lumba haram di lebuh raya BKE tidak dibanteras dengan seberapa segera, penduduk yang tinggal di taman berdekatan lebuh raya ini tidak dapat tidur lena kerana diganggu bunyi bising hasil aktiviti mat rempit.

Selain bising, ada kalangan penduduk taman dan kampung yang mengambil tindakan membaling objek seperti batu dan buah kelapa di atas lebuh raya.

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila beberapa kelapa tua kelihatan berada di tengah jalan.

“Pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera. Penduduk di sepanjang lebuh raya BKE terganggu dengan aktiviti lumba haram. Saya tentu akan marah apabila rumah yang saya beli diganggu dengan bunyi bising pada malam minggu.

"Pihak tersebut harus ingat penduduk di kawasan ini membeli rumah ratusan ribu ringgit bukan untuk diganggu dengan bunyi ekzos motosikal mat rempit yang bising.

Untuk mengatasi masalah itu, pihak berkuasa harus melaksanakan tanggungjawab cegah kegiatan lumba haram ini dengan seberapa segera kerana penduduk sudah mula hilang sabar,” katanya.

Anggota trafik patah kaki ketika bertugas


Anggota trafik patah kaki ketika bertugas
Salehhudin menyampaikan sumbangan kepada Abdul Halim yang terlantar di Hospital Melaka, semalam.
MELAKA - Seorang anggota polis trafik patah tulang paha kiri apabila terjatuh dan dihempap motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya ketika sedang bertugas, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, Korperal Abdul Halim Haron, 49, sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas sekitar bandaraya ini.

Menurutnya, sebaik melalui persimpangan Jalan Bendahara di sini, beliau gagal mengawal motosikalnya semasa mengelak kesesakan trafik di laluan terbabit.

“Saya kemudian dibantu orang awam yang berada di kawasan itu sebelum saya dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans.

“Ini adalah kali pertama kejadian ini menimpa diri saya sepanjang bertugas sebagai anggota polis trafik,” katanya ketika menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman di Hospital Melaka, semalam.

Abdul Halim juga menganggap kejadian yang menimpanya sebagai satu cabaran untuk terus menjadi anggota trafik cemerlang pada masa akan datang.

Sementara itu, Salehhudin berkata, beliau simpati dengan nasib anggota yang ditimpa kemalangan ketika menjalankan tugas seperti berlaku ke atas Abdul Halim.

“Saya difahamkan Abdul Halim adalah salah seorang anggota berdedikasi dan saya mewakili warga IPD Melaka Tengah bersimpati dengan kejadian menimpa dirinya.

“Kita harap dia dapat pulih segera dan kembali menjalankan tugasnya seperti biasa selepas ini dan semoga anggota trafik lain lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas supaya tidak berlaku kejadian seumpama ini," katanya.

Salehhudin turut menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan IPD Melaka Tengah kepada Abdul Halim.

Turut serta, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah.

Ratusan maut kilang terbakar



4 Jun 2013
Ratusan maut kilang terbakar
Pintu keluar sempit dan pagar berkunci menyebabkan pekerja sukar menyelamatkan diri di kilang Baoyuanfeng, Dehui, Wilayah Jilin.
BEIJING - Lebih 112 orang dilaporkan terbunuh (sehingga jam 10 malam) dan berpuluh lagi cedera dalam kebakaran kilang pemprosesan ternakan di Wilayah Jilin, timur laut China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, angka korban dijangka meningkat berikutan ketika kejadian, lebih 350 pekerja dipercayai terperangkap di dalam bangunan  kilang Baoyuanfeng di bandar Dehui di Wilayah Jilin.

Jurucakap Jabatan Bomba Jilin berkata, api mungkin tercetus daripada kebocoran gas ammonia.

“Sehingga jam 3.20 petang (waktu tempatan), seramai 112 orang disahkan meninggal dunia dan kira-kira 100 pekerja dapat melarikan diri,” katanya dipetik dari AFP.

Menurutnya, pegawai keselamatan kini sedang melancarkan siasatan terhadap punca kebakaran.

Klip video disiarkan stesen CCTV pula menunjukkan, berlaku kepulan asap hitam tebal keluar dari struktur bangunan simen berkenaan.

Mangsa terselamat sebagai berkata, keadaan bangunan yang mempunyai pintu keluar yang sempit serta pagar depan berkunci menyebabkan mangsa sukar menyelamatkan diri.

Difahamkan kilang terbabit ditubuhkan pada 2009, dengan memiliki 3,000 pekerja untuk menghasilkan 67,000 tan daging setahun.

Cedera patung jatuh


Cedera patung jatuh
Keadaan kepala patung yang jatuh mengakibatkan pinggang kiri Coon Chok cedera.
KUANTAN – Seorang pengunjung Terowong Sungai Lembing di sini cedera di pinggang kiri selepas patung replika pekerja lombong dikatakan terjatuh ketika mangsa berada berhampiran dengan patung tersebut.

Mangsa, Chai Coon Chok, 52 bernasib baik kerana objek  seberat 30 kilogram tersebut tidak menghempap kepalanya yang boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius dan mengancam nyawanya.

Dalam kejadian kira-kira jam  3 petang Sabtu lalu, Coon Chok yang berasal dari Kulai Jojor Bharu bersama 22 rombongan daripada Singapura datang untuk mengunjungi terowong yang terpanjang dan terdalam di dunia ini.

“Kami sampai pada jam 12 tengah hari dan selepas menikmati hidangan tengah hari, kami berhajat untuk masuk melihat keunikan terowong.

“Tidak sangka pula sebaik selepas menaiki kereta api di dalam terowong ini, saya meninjau keadaan persekitaran dan kebetulan pula berdiri berhampiran dengan patung tersebut.

“Ketika sedang duduk sambil melihat pemandangan, saya terkejut apabila kepala patung itu yang hanya diikat dengan besi dawai terjatuh dan terkena pinggang mengakibatkan saya rebah ke tanah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Lembing, kira-kira jam 4 petang.

Selepas itu, Coon Chok terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Kuantan (KPJ).

Dia juga tidak menyangka kenangan bersama rombongannya yang dianggap manis itu menjadikan dia trauma dan fobia.

Lelaki dihukum penjara 8 bulan curi rantai, loket ibu



4 Jun 2013
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini selepas mengaku bersalah mencuri rantai emas dan loket milik ibunya, April lepas.
 
Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki memerintahkan Muhammad Kamal Maniandy, 42, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 April lalu selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini.
 
Tertuduh didakwa mencuri seutas rantai emas bersama loket yang kesemuanya bernilai RM2,500 milik N. Navamani Devi di rumah No.114E, Indian Settlement, Jalan 13, Batu Caves, Gombak di sini pada 6 petang 7 April lepas.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
 
Mengikut fakta kes, pada 7 April lepas, ibunya mendapati rantai emas dan loket yang disimpan di dalam almari telah hilang.
 
Wanita itu mengesyaki anaknya mencuri selepas menjumpai dua resit deposit wang masuk bernilai RM1,400 ke dalam akaun tertuduh yang kemudiannya mengaku mengambil barang kemas itu dan menjualnya di sebuah kedai pajak gadai di Taman Sri Selayang.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Rentung dalam bilik


Rentung dalam bilik
Anggota bomba masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui rentung selepas gagal menyelamatkan diri dalam satu kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat di Taman Sri Tebrau, di sini, kira-kira jam 8.34 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa, Teoh Siang Kiang, 23, bekerja di Singapura dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik yang terletak di tingkat atas rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap mayat berkenaan mendapati kesan terbakar lebih 80 peratus dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 8.34 malam mengenai satu kebakaran di alamat nombor 47 Jalan Badik 2, Taman Sri Tebrau.

“Rumah teres dua tingkat itu diubahsuai menjadi sembilan bilik sewa dan telah disewakan kepada sembilan penyewa,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Zainuddin berkata, hasil siasatan mendapati wujud elemen jenayah dalam kejadian kebakaran yang meragut nyawa seorang penyewa rumah berkenaan.

Menurutnya, seorang suspek berumur 45 tahun ditangkap di sebuah hotel bajet di bandar raya ini sekitar jam 1.40 pagi, semalam bagi membantu siasatan.

“Suspek yang berasal dari Muar bekerja sebagai penjual durian dan dipercayai seorang penagih dadah serta mempunyai masalah mental.

“Suspek juga mempunyai satu rekod kesalahan jenayah lampau berhubung kes rompakan,” katanya.

Katanya, siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 302 kanun yang sama kerana membunuh.

Menurutnya, dua jentera bomba bersama lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru berjaya mengawal kebakaran pada jam 8.45 malam.

Pencuri kereta kena kepung


Pencuri kereta kena kepung
Eng Khim (tengah) dan dua ahli PPKM bersama kereta yang cuba dilarikan oleh suspek.
KULIM - Hajat dua pemuda berusia 20-an untuk melarikan kereta jenis Nissan di garaj kereta di Jalan Air Merah tidak kesampaian apabila mereka ditahan oleh ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, dia mendapat maklumat orang awam terdapat dua lelaki menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dalam keadaan mencurigakan berlegar di sekitar kawasan tempat kejadian.

“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada semua ahli yang berada di Pekan Kulim  melalui alat perhubungan untuk pergi ke tempat kejadian. Apabila tiba di sana, ahli PPKM nampak dua lelaki berada dalam sebuah kereta dan cuba menghidupkan enjin kereta itu tanpa menggunakan kunci.

"Setelah dikepung, ahli PPKM minta kedua-dua suspek keluar dari kereta sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk mendapatkan bantuan unit kereta peronda (MPV). Dari pemeriksaan dijalankan mendapati suspek memiliki lebih 20 pil dipercayai pil khayal,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kedua-dua suspek berasal dari Sungai Kob ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek terlibat, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian kereta di Kulim.

Katanya lagi, tindakan pantas orang ramai membendung perlakuan jenayah sangat dihargai.

"Polis tidak dapat melakukan pencegahan jenayah tanpa bantuan orang ramai. Dengan adanya kerjasama baik ini, ia membantu polis menahan dan mendakwa penjenayah terlibat," katanya.

Tak sempat tinggal bersama


Tak sempat tinggal bersama
Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki dua beradik berkenaan.
Tak sempat tinggal bersama
Kenangan terakhir disimpan Zulkifli (kiri) ketika bersama Arwah Asri (kanan).
TAMPIN - Hajat seorang abang untuk tinggal bersama adiknya di rumah sewa dekat Seremban tidak kesampaian apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di kilometer empat, Jalan Tampin-Gemas, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.05 itu, mangsa, Amirul Asri Zainal, 23, dan adiknya, Amirul Naim, 21, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Permai, dekat sini selepas menjamu selera bersama rakan-rakan di bandar ini.

Rakan sekerja arwah Asri, Zulkifli Jamaludin, 36, berkata, arwah baru sahaja meminta dia mencari rumah sewa untuknya dan adiknya yang baru tamat pengajian di Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

“Arwah bekerja di sebuah kilang di sini, sebagai juruteknik sejak tiga bulan lalu. Jadi buat masa ini, dia menetap bersama keluarga saudaranya di Seremban dan berhasrat ingin mencari rumah sewa.

“Walaupun baru tiga bulan kenal arwah, saya semakin rapat dengannya berikutan waktu kerja yang sama dan arwah juga seorang yang selalu ingin belajar mengenai kerjanya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, dekat sini, semalam.

Zulkifli berkata, jika diikutkan, pada hari ini (semalam), dia dan arwah berjanji untuk berjumpa di Masjid Tanah bagi menambah perhiasan kereta di kedai rakan arwah.

“Memang dah janji berjumpa dengan rakan-rakan tengah hari ini, namun kami semua tidak menyangka perbualan kami malam tadi adalah yang terakhir," katanya.

Bapa mangsa, Zainal Sabu, 49, berkata, dia sangat terkejut apabila rakan anaknya datang ke rumah dan menyatakan kedua-dua anaknya terbabit dalam kemalangan.
“Kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang kelainan dan kami berbual-bual seperti biasa sehari sebelum kejadian," katanya.

Jenazah kedua beradik itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ulu Yoh dalam satu liang lahad.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, dua beradik itu disahkan maut sebaik sahaja sampai di Hospital Tampin sementara empat individu lagi termasuk seorang ibu mengandung cedera parah.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu bertembung dari arah bertentangan.

“Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Satria dalam perjalanan dari Tampin menghala ke Gemencheh.

“Manakala, sebuah lagi kenderaan jenis Proton Satria Neo dinaiki empat individu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Melaka," katanya.

Katanya, kesemua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk rawatan lanjut.

Nyawa di hujung celorek


Nyawa di hujung celorek
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut ditetak guna celorek.
LEMBAH KLANG - Seorang warga Indonesia yang sedang dalam perjalanan pulang selepas membeli makanan maut setelah ditetak oleh dua individu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Utama, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superitendan Othman Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 7.30 petang .

Menurutnya, pihaknya terus bergegas  ke lokasi kejadian bagi membolehkan proses siasatan dijalankan berhubung kes itu selepas menerima panggilan tersebut.

“Ketika sampai di lokasi, pihak kami mendapati seorang warga Indonesia  maut setelah ditetak oleh dua orang suspek dengan menggunakan celorek,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa ketika kejadian  dipercayai sedang dalam perjalanan untuk  pulang ke rumah selepas membeli makan sebelum ditetak oleh salah seorang daripada suspek tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian perut, dagu dan belakang kepala itu maut di tempat kejadian akibat tetakan berkenaan.

“Mangsa berkenaan ditetak oleh salah seorang suspek dan mengakibatkan dia maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius,” katanya.

Dalam pada itu,  Othman  berkata, pihaknya  telah berjaya  menahan dua individu warga asing bagi membantu menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan dua suspek yang berjaya melarikan diri dan dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh itu.

“Pihak forensik juga turut turun padang bagi membantu menjalankan siasatan berhubung kejadian bunuh tersebut.

“Turut ditemui sarung celorek yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian bunuh berkenaan,” katanya.

Van rempuh kedai makan


Van rempuh kedai makan
Abang Siti Rogayah, Mohd Nasarudin Yusoff (kiri) menunjukkan kerosakan pada kereta abang iparnya dan kedai makan adiknya.
Van rempuh kedai makan
Siti Rogayah melihat kerosakan di dinding kedainya akibat dirempuh van yang terbabas.
TEMERLOH - Keresahan seorang ibu tunggal yang tidak dapat tidur lena, malam kelmarin rupanya petanda kedai makan miliknya di simpang Kampung Jenderak, di sini, dirempuh sebuah van pada jam 5 pagi semalam.

Walaupun rempuhan kuat itu menyebabkan sebahagian besar kedai makannya roboh, namun Siti  Rogayah Yusoff, 35, bersama anak tunggalnya, Puteri Qarisha Abdullah 9, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, empat daripada tujuh penumpang van yang merempuh kedai makan berkenaan, cedera dan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), di sini.

Menceritakan detik kejadian, Siti Rogayah berkata, dia bersama anaknya, abang ipar, Mohamad Jak Masdor, 51, dan kakaknya, Noreha Yusoff, 46, bermalam di kedai tersebut yang baru sebulan beroperasi.

Menurutnya, rempuhan kuat awal pagi itu mengejutkan mereka apabila tangisan kanak-kanak dan penumpang van begitu kuat kedengaran.

“Bila saya keluar dari bilik, van itu sudah merempuh kereta abang ipar dan kereta saya, manakala bumbung van pula tersangkut pada bumbung kedai.

“Nasib baik saya dan abang ipar parkir kereta di hadapan kedai, kalau tidak, sudah tentu van itu akan merempuh dinding kedai dan masuk ke dalam bilik tempat kami tidur,” katanya.

Siti Rogayah berkata, dia dan keluarga kemudiannya membantu penumpang van keluar dan sempat melihat dua kanak-kanak serta dua penumpang dewasa mengalami kecederaan.

Katanya, mereka yang cedera dihantar penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Kuala Krau sebelum dibawa naik ambulans ke hospital.

Difahamkan, semua penumpang van terbabit berasal dari Jengka 25 dan dalam perjalanan pulang dari kenduri di Ipoh, Perak.

Siti Rogayah berkata, akibat rempuhan itu, dia mengalami kerugian RM10,000 apabila kedai makannya rosak teruk termasuk beberapa peralatan niaga.

“Itu tidak termasuk kerugian kereta kami, kereta Proton Saga abang ipar rosak dan tidak dapat dibaiki lagi,” katanya.

Menurutnya, dia membuka kedai makan itu dua bulan lalu dengan modal sendiri sebanyak RM30,000 di atas tanah disewa dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“Walaupun rugi, saya tidak mahu salahkan sesiapa, tapi saya harap sangat kerajaan atau mana-mana pihak dapat bantu baiki kedai makan ini supaya saya boleh berniaga seperti biasa.

“Saya ada mohon bantuan daripada Pertubuhan Peladang (PPK) Sri Kerdau dan harap sangat mereka boleh bantu saya dapatkan semula modal untuk berniaga,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Krau, pagi semalam.

Dua kanak-kanak lemas


Dua kanak-kanak lemas
Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan, semalam.
Dua kanak-kanak lemas
Ibu Sofrina Husna, Aslinda Nu Nuar, 39, (tengah) bersama Nor Humaira (kiri) dan Nor Amalia Husna (kanan) sedih dan terkejut melihat anak dan adik mereka dihanyutkan ombak.
Dua kanak-kanak lemas
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kepenggunaan, Tun Khairudin Abu Bakar berbincang dengan keluarga mangsa di lokasi kejadian.
TELOK KEMANG – Kegembiraan dua sepupu untuk berkelah dan mandi-manda bersama keluarga di Pantai 3, Pantai Telok Kemang, berakhir tragedi apabila mereka lemas kira-kira jam 4.55 petang, kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, mangsa pertama, Khairul Afrizal, 14, sempat
diselamatkan orang awam sebelum menerima bantuan pernafasan kecemasan (CPR) daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang.

Menurutnya, selepas itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson, namun disahkan meninggal dunia.

“Ketika pasukan bomba memberi bantuan CPR, orang awam melihat mangsa kedua, Sofrina Husna Herry Judra Jhcoendra, 11, dicelah ombak besar, namun gagal diselamatkan," katanya.

Ahmad Nizam berkata, operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sehingga jam 7 malam, kelmarin masih belum menemui mangsa.

“Operasi hari kedua dimulakan semula seawal jam 7.30 pagi, semalam membabitkan 63 anggota dari beberapa agensi penyelamat, dua bot daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta masing-masing sebuah bot dari Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia, Polis Marin dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di semua kawasan yang ada kemungkinan mangsa boleh ditemui,” katanya.

Katanya, keadaan ombak besar menyukarkan operasi mencari dan menyelamat, walau bagaimanapun pihaknya berharap orang ramai dapat mendoakan agar mangsa dapat ditemui dalam masa terdekat ini.

Terkilan anak meninggal

Sementara itu, bapa Khairul, Afrizal Muslim Nazir, 43, berkata, dia agak terkilan selepas mengetahui anaknya meninggal dunia walaupun berjaya diselamatkan.

"Namun saya reda dan berterima kasih kepada orang ramai yang berusaha menyelamatkan anak saya,” katanya.

Khairul adalah anak ketiga daripada lima beradik dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat dan dituntut keluarga bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kajang.

Dalam pada itu, kakak sulung mangsa, Nor Humaira Herry Judra Jhcoendra, 17, berkata, dia datang bersama keluarga dan saudara mara dari Kajang untuk berkelah serta mandi-manda di Pantai Telok Kemang.

“Kami tiba di sini pada jam 3 petang dan sebahagian daripada kami terus mandi termasuklah adik (Sofrina) tetapi saya tidak menyertai mereka.

“Saya hanya menyedari kejadian itu selepas melihat emak menangis dan memaklumkan mengenainya," katanya.

Tarik tangan mangsa

Pengusaha jet ski, Mohd Nazri Ali, 17, berkata, dia hanya sempat menarik tangan seorang mangsa sebelum membawanya ke darat.

Menurutnya, usaha mencari seorang lagi mangsa tidak dapat dilakukan kerana keadaan laut yang bergelora.

"Saya dan rakan cuba menyelamatkan Sofrina Husna selepas melihat dia terumbang ambing dilambung ombak menggunakan jet ski, namun gagal kerana ketika itu ombak sangat besar," katanya.


Patuhi amaran pihak berkuasa

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun menggesa pengunjung pantai supaya mematuhi amaran dan arahan yang dikeluarkan pihak keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak dingini berlaku.

Menurutnya, apabila siren amaran dibunyikan, pengunjung mesti mematuhinya.

“Kita tahu Port Dickson merupakan kawasan tumpuan pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah, namun demi keselamatan, pengunjung perlu mematuhi nasihat ini dan peka dengan siren amaran yang dikeluarkan.

“Pengusaha bot juga dinasihatkan agar menghentikan operasi mereka buat sementara waktu apabila amaran kecemasan dikeluarkan,” katanya.

Katanya, keadaan laut bergelora hanya pada waktu tertentu dan apabila laut kembali tenang pengunjung boleh melakukan aktiviti mereka.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mini konsert yang sepatutnya diadakan di tapak bazar Dataran Sri Kemang malam semalam, dibatalkan dan digantikan dengan bacaan surah Yasin bagi menghormati insiden lemas berkenaan.

APMM tahan dua bot nelayan Vietnam di perairan negara



4 Jun 2013
PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot laut dalam Vietnam bersama dua tekong dan 18 awak-awak kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara di lokasi 77 batu nautika dari muara Tok Bali, semalam.
 
Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata kesemua tekong dan awak-awak berumur antara 20 dan 45 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
 
"Ketika ditahan jam 4 petang semalam, sebuah daripada dua bot itu menyamar sebagai bot nelayan tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu PAF 4520 untuk mengelabui pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di ibu pejabat APMM Tok Bali di sini hari ini.
 
Beliau berkata dua bot itu yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta serta hasil tangkapan pelbagai jenis ikan seberat 1,000 kilogram bernilai RM6,000 turut dirampas.
 
Wan Burhanuddin berkata operasi yang dijalankan di kawasan pelantar minyak itu mendapati banyak bot nelayan asing menangkap ikan di perairan negara walaupun dalam keadaan laut bergelora dan angin kencang.

"Kami mengusir lebih lapan bot lain keluar dari perairan negara kerana tidak mahu melihat pendapatan nelayan tempatan terjejas," katanya.  
 
Wan Burhanuddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang jika sabit kesalahan tekong boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala awak-awak boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
 
Beliau berkata sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, 10 bot nelayan Vietnam dengan 119 awak-awak dan tekong ditahan atas kesalahan sama. - Bernama

Mangsa kebakaran pusat penyembelihan cerita detik cemas


Beberapa ahli keluarga mangsa kebakaran menangis sambil menenangkan seorang wanita selepas pusat penyembelihan Baoyuan, di Dehui, wilayah Jilin, timur laut China terbakar kelmarin. - REUTERS/AFP
CHINA 4 Jun - Beberapa mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran pusat penyembelihan ayam dan itik di Dehui, wilayah Jilin, timur laut China semalam, menceritakan detik-detik cemas apabila terpaksa berdepan dengan 'lautan api' ketika menyelamatkan diri.
Akhbar China Daily memetik kenyataan pekerja pusat penyembelihan Baoyuan, Guo Yan, 39, sebagai berkata, dia pada mulanya terdengar bunyi letupan sebelum mendengar orang menjerit 'Api!' berulang-kali.
Katanya, sebaik-baik ternampak api mulai marak, dia cuba menyelamatkan diri mengikut pagar bengkelnya namun terhalang, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri mengikut pintu keluar yang lain.
"Kebakaran itu merebak seperti lautan api dan kesemua pekerja mulai panik dan berlari menyelamatkan diri.
"Ramai pekerja mengikut arah pintu keluar yang sama, menyebabkan berlakunya perlanggaran dan ada mangsa yang terjatuh," katanya.
Seorang lagi mangsa yang terselamat tanpa sebarang kecederaan, Chen Hengwu berkata, insiden itu mencetuskan suasana kelam-kabut disebabkan ramai orang lari tidak tentu arah untuk menyelamatkan diri.
"Semasa melarikan diri, saya teringat isteri yang bekerja di bahagian bengkel, namun keadaan api yang marak dan asap tebal, menyebabkan saya tidak dapat masuk mencarinya," katanya.
Isteri Hengwu, Pan Xijie bagaimanapun terselamat dalam tragedi itu dan hanya mengalami luka kecil.
Dalam kejadian semalam, sekurang-kurangnya 119 orang maut dan 70 lagi cedera apabila pusat penyembelihan Baoyuan terbakar ketika lebih 300 orang sedang bekerja.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui tetapi beberapa laporan mendakwa, kebakaran itu berpunca akibat kebocoran cecair ammonia.
Sementara itu, pihak berkuasa China hari ini menahan seorang pengawai kanan kilang untuk siasatan lanjut dan aset syarikat berkenaan turut dibekukan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130605/lu_06/Mangsa-kebakaran-pusat-penyembelihan-cerita-detik-cemas#ixzz2VIQlYaAZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Juruteknik mati tergelincir



Bumbung di tingkat satu premis berkenaan pecah selepas mangsa terhempas di atasnya.
Elvin Hor Yaw Choy
GEORGETOWN - Nasib malang menimpa seorang juruteknik penghawa dingin apabila ditemui mati selepas terjatuh dari bumbung sebuah premis di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Elvin Hor Yaw Choy, 33, dikatakan sedang membaiki sistem kompresor yang berada pada ketinggian tiga meter DARI premis berkenaan sebelum dikatakan tergelincir dan terjatuh.

Menurut sumber, mayat mangsa ditemui oleh pemilik premis berkenaan selepas terdengar bunyi dentuman kuat apabila mangsa terjatuh di atas bumbung di tingkat satu premis berkenaan.

"Siasatan polis mendapati mangsa mati di tempat kejadian setelah kepalanya dikatakan terhentak di bahagian dinding dan lantai kedai dua tingkat itu.

"Mangsa difahamkan baru menimang cahaya mata pertama pada minggu lalu itu dikatakan mengalami kecederaan dalaman kerana tiada kesan darah pada badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, suasana pilu di lokasi kejadian selepas ahli keluarga mangsa yang hadir menangis teresak-esak melihat keadaan mayatnya.

Bagaimanapun, mereka dapat ditenangkan oleh orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Menurutnya, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Pencuri putus pergelangan kaki

Pencuri putus pergelangan kaki
Suspek ketika dibawa ke mahkamah, semalam.



KOTA BHARU - Angkara didakwa curi besi, seorang lelaki terpaksa menganggung azab apabila kakinya terputus dipercayai terkena libasan golok ketika bergelut dalam kejadian di Kampung Gong Puyuh, Kadok, Ketereh di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika mangsa yang berusia 32 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri selepas didakwa mencuri besi di sebuah kolam ikan.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Idris Abd Rafar berkata, pemilik kolam berusia, 34, sebelum itu menerima panggilan sepupunya mengatakan mangsa sedang mencuri besi di kolam ikan miliknya.

Katanya, lelaki itu kemudian berkejar ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sedang membawa beberapa batang besi dengan motosikal.

“Dia yang menaiki van kemudian mengarahkan suspek pencuri itu berhenti tetapi permintaan itu tidak diendahkan dan dia terlanggar dengan motosikal mangsa sebelum terjatuh.

“Sebaik turun dari van, suspek pencuri bertindak menyerang pengadu dengan beberapa kali melibas besi ke arahnya.

"Dia kemudian mencapai golok di raga motosikal suspek sebelum terkena pada kaki lelaki yang didakwa mencuri itu hingga menyebabkan pergelangan kaki kirinya terputus,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pemilik kolam itu cuba mempertahankan diri, bagaimanapun dia disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, manakala suspek pencuri itu disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dari Kampung Pangkal Pisang, Peringat di sini, masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II manakala pemilik kolam ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, suspek ditahan reman semalam atas perintah dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

10 maut, ribuan dipindahkan banjir landa Eropah


PRAGUE: Ribuan terpaksa meninggalkan kediaman manakala sekurang-kurangnya 10 maut selepas banjir melanda Eropah sejak semalam, termasuk ibu negara Republik
Czech, Prague.

Kedai dan sekolah ditutup manakala jalan raya dan sistem kereta api terjejas di Republik Czech, Austria dan Jerman berikutan hujan lebat. Banjir menyebabkan keadaan panik di Zoo Prague apabila lebih 1,000 haiwan terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih tingi selepas paras air Sungai Vltava melimpahi tebing sejak Ahad.


Pasukan penyelamat Czech terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dan persaya lebih ramai terbunuh manakala bekalan elektrik kepada lebih 10,000 kediaman terputus.

Jumlah hujan yang luar biasa mengingatkan bencana sama menimpa Republik Czech pada 2002 apabila berpuluh penduduk terkorban.

Kerajaan Czech mengisytiharkan darurat kecemasan di seluruh negara semalam dan mengerahkan lebih 2,000 anggota tentera membantu kerja menyelamat lebih 8,000 penduduk yang terperangkap. - AFP 

Pegawai media sosial Exco kerajaan Kedah maut kemalangan di Slim River


ALOR SETAR: Pegawai media sosial kepada EXCO kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain iaitu Meor Johari Meor Ahmad, 37, maut manakala pemandu, Ridzuan Hashim, 37, cedera selepas kereta jenis Toyota Harrier dinaiki mereka terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Slim River awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan menaiki kereta milik EXCO berkenaan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur. 

Seorang maut ditembak lelaki tidak dikenali di Taiping


TAIPING: Seorang maut manakala seorang lagi parah ditembak lelaki tidak dikenali di sebuah restoran di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang bersarapan sebelum seorang lelaki menaiki motosikal masuk ke restoran itu dan melepaskan tiga das tembakan dari jarak dekat terhadap mereka.
Tembakan itu mengenai leher kedua-dua mangsa.

Seorang mangsa K Govintaraju, 36, meninggal dunia di Hospital Taiping manakala seorang lagi juga berusia 36 tahun parah dan masih dirawat di hospital sama. 

Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam kenyataan di sini berkata, wanita itu ditahan untuk membantu siasatan.
“SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia mengesan dan menahan wanita itu hasil siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog mendedahkan identitinya," kata suruhanjaya itu.

SKMM itu turut meminta rakan-rakan wanita itu untuk tampil membantu siasatan.

Menurut SKMM, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Suruhanjaya itu menegaskan ia memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur menghina terutama membabitkan institusi Diraja Malaysia.
Beberapa laporan polis dibuat selepas komen-komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar dalam laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena Hari Keputeraan ketua negara itu, Sabtu lalu. - BERNAMA

Seorang pendaki misi Everest Malaysia meninggal dunia


PUTRAJAYA: Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness)

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu. 

Dua lelaki didakwa bunuh rakan


KUALA LUMPUR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakannya bulan lalu.

V Rajan, 30, dan S Sasthiaseelan, 20, didakwa membunuh M Kanapathy, 20, di Kilometer 14.5, Jalan Ulu Yam, Batu Caves, Gombak di sini pada 12.13 tengah malam, 5 Mei lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Rajan yang bekerja sebagai operator mesin dan Sasthiaseelan adalah pekerja kontrak.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menetapkan 9 Julai untuk sebutan, sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Polis tahan suspek kes samun kenderaan


JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam empat kes samun kenderaan, selepas trak pikap yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Air Manis, Bakri, dekat Muar, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kemalangan terbabit berlaku pada 10 pagi dan hasil pemeriksaan polis, mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux itu dilaporkan hilang dalam kejadian samun.
"Polis menemui sejumlah mata wang negara ini dan asing dipercayai hasil samun iaitu RM3,668, 50 dolar Singapura, 122 dolar Amerika Syarikat, 6 dolar Brunei, 60 dolar Hong Kong, 20 baht Thailand dan 10,000 rupiah Indonesia, kad pengenalan, dokumen serta empat telefon bimbit milik mangsa samun dalam kenderaan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, kedua-dua mereka yang berumur lingkungan 30-an itu dipercayai terbabit kes samun kenderaan di Muar dan Batu Pahat dan kini direman sehingga Khamis.

Katanya, suspek mempunyai rekod berkaitan samun dan mendatangkan kecederaan serta ujian air kencing juga menunjukkan mereka positif dadah.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan satu kes samun kenderaan dan 10 kes pecah rumah selepas menahan dua lelaki di Taman Pelangi, di sini minggu lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Chevrolet, ditahan selepas polis menerima maklumat dan pemeriksaan ke atas kereta itu kemudian menemui sepucuk pistol revolver .38 bersama 11 butir peluru hidup.
"Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di bandar raya ini dan menemui sepasang gari, dua pucuk pistol palsu, selaras senapang gas, selaras senapang kayu buatan sendiri, dokumen diri dan dua telefon bimbit dipercayai hasil samun.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod berkaitan samun dan pecah rumah. Seorang daripada mereka baru dibebaskan daripada Penjara Kluang pada 30 April lalu, selepas empat tahun dipenjara atas kesalahan samun," katanya.

Kedua-dua mereka yang berumur 32 dan 42 tahun itu kini direman untuk siasatan. - BERNAMA

Anggota polis cedera tangan kiri ditembak penjenayah


ALOR SETAR: Seorang anggota polis cedera tangan kiri apabila terkena satu das tembakan dilepaskan dua penjenayah dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di Kuala Sungai, di sini, sebentar tadi.

Anggota polis itu yang dikatakan kebetulan berada di lokasi dan di luar tugasan bagaimanapun dilapor stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. 

Pegawai media sosial Exco Kedah maut nahas


SUNGAI PETANI 4 Jun - Pegawai media sosial kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain iaitu Meor Johari Meor Ahmad, 37, maut manakala rakannya, Rizuan Hashim, 37, cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Slim River, Perak awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa menaiki kereta Toyota Harrier milik majikannya itu untuk urusan kerja dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.
Tajul Urus berkata, Meor Johari yang memandu kereta itu dan ditemani Rizuan keluar dari Sungai Petani lewat malam tadi.
"Mereka dijadualkan sampai di ibu negara pagi ini untuk urusan kerja. Saya tidak pergi bersama kerana ada urusan lain di Sungai Petani.
"Saya dimaklumkan bahawa kereta milik saya yang dipandu Meor Johari itu terbabas sebelum terbalik beberapa kali. Dia yang cedera parah di bahagian kepada meninggal dunia di tempat kejadian sementara Ridzuan hanya mengalami kecederaan ringan,'' katanya kepada pemberita di sini.
Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai memberitahu, Meor Johari meninggalkan seorang isteri dan enam anak berusia antara 10 bulan hingga 11 tahun.
"Dia merupakan seorang petugas yang berdedikasi sejak berkhidmat dengan saya pada tahun 2009,'' katanya.
Jenazah Meor Johari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Peruda petang ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130604/je_07/Pegawai-media-sosial-Exco-Kedah-maut-nahas#ixzz2VIR89MTa
© Utusan Melayu (M) Bhd