Search This Blog

Thursday, May 23, 2013

Lampias nafsu dalam kereta

Memadu kasih dalam kereta Anggota polis memeriksa kenderaan pasangan yang ditahan.
KULIM - Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.
"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.

"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Mangsa terakhir lombong runtuh ditemui


 
Timika: Penyelamat semalam menemui mangsa terakhir daripada 28 pelombong yang terbunuh minggu lalu apabila bilik bawah tanah di sebuah lombong emas dan tembaga gergasi di Indonesia runtuh, kata pengendali kemudahan Amerika Syarikat itu.

Tiga puluh lapan pekerja sedang menjalani latihan keselamatan di dalam kemudahan Big Gossan di wilayah Papua apabila bumbung runtuh 14 Mei lalu. Sepuluh pelombong yang cedera berjaya diselamatkan.
Satu kenyataan daripada PT Freeport Indonesia berkata Pasukan Maklum Balas Kecemasan seramai 200 anggota bekerja tanpa henti di dalam terowong sempit dan batuan poros sebelum akhirnya menemui dan mengenal pasti mangsa terakhir awal pagi semalam.

“Kami terus berkabung bersama keluarga walaupun ketika kami menutup peristiwa ngeri insiden Big Gossan,” kata Rozik B. Soetjipto, pengarah syarikat.

“Masih banyak kami perlu lakukan untuk menyediakan penjagaan terbaik dan sokongan buat mangsa yang cedera dan keluarga yang berkabung.”

Hormati mangsa

Operasi di lombong Grasberg, milik Freeport-McMoRan Copper & Gold Inc berpusat di Phoenix, Arizona, digantung operasi sejak kemalangan untuk menghormati mangsa dan memberi tumpuan usaha menyelamat.
Syarikat berkata ia menjangka kemalangan itu tidak memberi kesan ketara terhadap operasi satu daripada pengeluar tunggal terbesar dunia emas dan tembaga.

Di ibu kota Jakarta, Richard Adkerson, presiden dan ketua eksekutif Freeport-McMoRan berkata syarikat akan mengambil semua langkah diperlukan untuk menjamin keselamatan pekerjanya.

“Kami mengakui ini adalah tanggungjawab kami dan kami perlu bertanggungjawab serta merta,” kata Adkerson dalam sidang media di pejabat kementerian tenaga dan perlombongan Indonesia. - AP 

20 usahawan internet rugi RM1j


   
Kuala Lumpur: Lebih 20 usahawan yang menjalankan perniagaan melalui internet, dipercayai kerugian lebih RM1 juta sejak pertengahan tahun lalu kerana tertipu dengan seorang wanita yang mendakwa mampu membekalkan telefon bimbit pelbagai jenama dengan harga murah.

Modus operandi wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Linda, adalah menyasarkan mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet. Mangsa dikatakan mampu memperoleh keuntungan lebih besar jika mengambil stok telefon bimbit daripadanya.
Mangsa yang membuat tempahan telefon perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun wanita terbabit dan dijanjikan barang akan diserahkan dua bulan kemudian. Kebanyakan mangsa kerugian antara RM50,000 hingga RM100,000.
Modus operandi wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Linda, adalah menyasarkan mereka yang menjalankan perniagaan melalui internet. Mangsa dikatakan mampu memperoleh keuntungan lebih besar jika mengambil stok telefon bimbit daripadanya.

Sebahagian mangsa yang bekerja sebagai kakitangan awam tertipu kerana pada peringkat awal, mereka menerima tempahan sehingga menyebabkan ghairah untuk mendapatkannya dalam jumlah lebih banyak.

Dakwa rugi RM80,000

Mangsa, Suhaili Mohamad Tauhid, 31, yang bekerja sebagai Penolong Pegawai di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), mendakwa kerugian lebih RM80,000 akibat ditipu wanita terbabit.

Dia yang menjalankan perniagaan melalui internet sejak 2008, menjual pelbagai jenis barang sebelum mengenali Linda pertengahan tahun lalu.
“Saya berurusan sejak Julai tahun lalu dan memasukkan wang RM20,000 secara berperingkat apabila sambutan daripada pelanggan menggalakkan. Pada mulanya, barang diperoleh dengan baik seperti dijanjikan yang membuatkan saya percaya kepadanya.

“Bagaimanapun, sebaik memasukkan wang lebih RM80,000 untuk pembelian lebih 50 telefon bimbit pelbagai jenama, dia mula berperangai pelik dan memberi pelbagai alasan apabila barang dijanjikan gagal diperoleh,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Selepas menyedari ditipu, Suhaili membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan sehingga kini dia membuat tiga laporan polis termasuk yang terbaru, semalam.

Hampir tersungkur

“Saya hampir tersungkur dalam perniagaan kerana perlu membayar balik RM80,000 kepada pelanggan. Ketika itu, saya berada di hospital untuk bersalin dan bayangkan saya didatangi pelanggan sambil memaki hamun di hospital sedangkan saya juga mangsa,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Azro Arifin, 31, yang kerugian RM40,000, berkata pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan semula wangnya tetapi gagal.

Suspek kes tembak mati dalam lokap


 
Kuala Lumpur: Seorang suspek kes tembak dua lelaki di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, baru-baru ini, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), kelmarin.

N Dharmendran, 32, mengadu sakit dada dan sukar bernafas kira-kira jam 9 malam sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.
BH difahamkan, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Kes bunuh

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan malam tadi mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bedah siasat pakar perubatan HKL mendapati ada unsur jenayah dalam kes kematian tahanan berkenaan.

“Kita sudah merujuk kes itu kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut. Pegawai Penyiasat Jenayah Bukit Aman akan dilantik untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Polis tumpas sindiket dokumen palsu

Polis tumpas sindiket   dokumen palsu
Amiruddin melihat dokumen palsu pendatang asing selepas sidang akhbar di IPD Ampang Jaya. - Foto Surianie Mohd Hanif 62 individu ditahan termasuk CEO syarikat

Ampang: Polis menumpaskan satu sindiket mengeluarkan dokumen palsu dikenali 'Rekod Pengenalan Warga Asing' (RECOF) dengan tertangkapnya 62 individu termasuk 'ketua pegawai eksekutif' (CEO) syarikat yang mengendalikan kegiatan itu dalam dua serbuan dekat sini, Sabtu lalu dan kelmarin.
Serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah premis di Pandan Perdana, kira-kira jam 4.30 petang Sabtu lalu, manakala serbuan kedua di Jalan Gombak, Setapak, pada jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Sindiket mengeluarkan dokumen yang dikatakan memberi ‘kekebalan’ kepada warga asing untuk mengelak ditahan pihak berkuasa” Amiruddin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya

Seorang lelaki berjawatan ‘CEO’ berusia 46 tahun ditahan dalam serbuan pertama bersama 59 anggota sindiket serta pekerja asing yang sedang berurusan untuk mendapatkan dokumen itu.

Seramai 37 orang daripada tangkapan itu adalah warga Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Vietnam, Filipina, China, India, Myanmar dan Sri Lanka.

Dalam serbuan berikutnya, dua lagi lelaki warga tempatan ditahan. Semua tangkapan dalam kedua-dua serbuan itu berusia antara 20 hingga 46 tahun.

Dokumen beri ‘kekebalan’ 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata sindiket terbabit mengeluarkan dokumen yang dikatakan memberi ‘kekebalan’ kepada warga asing untuk mengelak ditahan pihak berkuasa.

Katanya, sindiket itu yang menubuhkan dua syarikat bagi mengeluarkan dokumen berkenaan, dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan mensasarkan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin yang mempunyai masalah berkaitan dokumen perjalanan.

“Sindiket itu akan mengeluarkan permit atau tanda pengenalan diri sebagai dokumen dengan harga RM1,500 hingga RM5,000, bergantung kepada kelas pekerjaan, yang didakwa boleh melindungi mereka daripada ditahan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, semalam.

Polis rampas dokumen

Polis turut merampas pelbagai dokumen serta peralatan bagi memproses RECOF seperti komputer, pencetak, ipad, kamera dan mesin pengimbas cap jari dalam serbuan berkenaan.

Amiruddin berkata, kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada enam majikan yang mendakwa kerugian lebih RM175,000 selepas membayar kepada sindiket terbabit untuk mendapatkan dokumen bagi pekerja mereka.

Bertindak atas laporan itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi membuat risikan dan siasatan.

Siasatan mendapati sindiket terbabit melantik ejen untuk membuat bancian terhadap pekerja atau majikan warga asing khususnya mereka yang mempunyai masalah dengan dokumen perjalanan.

Penyamun pejabat pos diberkas


BAGAN SERAI 23 Mei - Polis menahan seorang penjenayah yang dipercayai menyamun wang tunai sebanyak RM6,600 di Pejabat Pos Semanggol pada 6 Mei lalu.
Suspek berusia 46 tahun dan merupakan graduan luar negara itu ditahan di sebuah rumah di Taman Selinsing di sini tidak jauh dari tempat kejadian, kira-kira pukul 1.30 pagi pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Fauzi Nayan berkata, ketika melakukan jenayah itu, suspek berpura-pura berurusan dengan seorang kerani sebelum mengacukan sepucuk pistol.
"Kerani yang ketakutan telah menyerahkan wang kepada suspek. Namun, hasil pemeriksaan kita mendapati pistol yang digunakan hanyalah pistol tiruan. Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes curi di Teluk Mas, Melaka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130524/je_02/Penyamun-pejabat-pos-diberkas#ixzz2UAIiaPXk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Usaha menyelamat diteruskan di Moore


 
  Foto

Pembantu guru, Amber Ford meninjau kerosakan akibat puting beliung di sekolah tempat beliau mengajar di Sekolah Rendah Brianwood di Bandaraya Oklahoma, semalam. - Foto AP

Foto
Sukarelawan mengedarkan makanan panas kepada mangsa puting beliung dan pekerja penyelamat di Moore, Oklahoma, semalam. - Foto AFP

Pasukan kecemasan guna anjing kesan mangsa puting beliung

Moore: Usaha menyelamat di kawasan yang dilanda puting beliung diteruskan sepanjang malam kelmarin sehingga pagi semalam, dengan pegawai yakin semua yang terperangkap dalam bencana itu sudah diambil kira.
Puting beliung besar yang melanda pinggir Moore di Bandaraya Oklahoma malam Isnin lalu memusnahkan rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan kira-kira 240.
Pasukan penyelamat mengangkat tembok dan kanak-kanak berlari keluar. Mereka mengeluarkan kanak-kanak daripada bawah blok tanpa cedera sedikit pun” Jeremy Lewis, Wakil Jabatan Polis Oklahoma

Jurucakap Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Jerry Lojka, berkata pasukan mencari dan menyelamat menggunakan anjing akan mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tetapi perhatian juga diberikan kepada usaha membersihkan kawasan itu.

“Mereka akan terus mencari di kawasan untuk memastikan tiada yang terlepas pandang,” katanya.

Selepas seharian mencari di kawasan rumah musnah yang perlahan akibat musim hujan, pesuruhjaya Mukim Oklahoma, Brian Maughan, berkata tiada seorang pun yang hilang.

“Setakat saya tahu, daripada senarai yang kami ada mereka semua dikira,” katanya.
Petang kelmarin, pasukan yang menggunakan anjing dan anggota pengawal kebangsaan bertukar syif untuk bekerja sepanjang malam.

Angka kematian seramai 24 orang lebih daripada dikhuatiri sebelumnya, tetapi sembilan kanak-kanak antara yang maut termasuk tujuh meninggal dunia di Sekolah Rendah Tower Plaza yang diserang secara langsung oleh puting beliung paling ganas pernah melanda Amerika dalam masa dua tahun.

Lebih 100 mangsa dikeluarkan

Pekerja kecemasan mengeluarkan lebih 100 mangsa terselamat daripada sisa runtuhan rumah, sekolah dan hospital selepas puting beliung melanda wilayah bandar raya itu dengan angin melebihi 320 kilometer sejam, meninggalkan jejak kemusnahan 23 kilometer panjang dan dua kilometer lebar.

Sekolah Rendah Menara Plaza adalah antara lima sekolah yang berada dalam laluannya.

“Pasukan penyelamat mengangkat tembok dan kanak-kanak berlari keluar. Mereka mengeluarkan kanak-kanak daripada bawah blok tanpa cedera sedikit pun,” kata Sarjan Jeremy Lewis daripada Jabatan Polis Oklahoma.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menaikkan kiraan kekuatan ribut itu kelmarin, berkata ia adalah EF5 yang jarang berlaku, senarai paling kuat dalam Skala Fujita.

Kali terakhir puting beliung gergasi menyerang kawasan itu adalah pada 3 Mei 1999 yang membunuh lebih 40 orang dan memusnahkan ribuan rumah. Ia juga disenaraikan sebagai EF5.

Walaupun Lojka berkata jejambat di kawasan terjejas kelmarin menunjukkan 2,400 rumah rosak dengan anggaran 10,000 penduduk turut menerima kesan, angka kematian lebih rendah daripada jangkaan.

Angka itu sedikit daripada mangsa puting beliung 2011 yang melanda Joplin, Missouri, yang membunuh 161 orang. - REUTERS

Nenek 7 cucu tauke dadah

Foto
SAHADAN (kiri) memeriksa pelbagai jenis dadah yang dirampas.
Muar: Usaha seorang nenek berusia 60 tahun meneruskan perniagaan menjual dadah mendiang suami di rumah sendiri membawa padah, apabila kegiatannya dikesan polis dalam serbuan, pada 19 Mei lalu.
Warga emas yang menjadikan rumahnya di sebuah taman perumahan di Bakri, di sini, sebagai pusat pengedaran dadah sejak enam bulan lalu, kini berdepan hukuman gantung sampai mati selepas polis menemui dadah jenis heroin 266 gram (g), jam 3.30 petang.
Wanita yang mempunyai tujuh cucu dipercayai sudah enam bulan terbabit dalam pengedaran dadah, selepas kematian suaminya, kira-kira lima tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar berkata, wanita berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah dari rumahnya untuk pasaran sekitar Muar.


Katanya, hasil serbuan, polis turut menahan anak perempuan wanita berkenaan berusia 26 tahun dan menantunya berusia 27 tahun yang tinggal di rumah sama untuk siasatan lanjut.

Menghitung nasib

Foto
NASIB Pathmanahan (dua dari kiri) dan tiga tertuduh lain ditentukan hari ini.
Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.
Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.

Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.


Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38.

Ajal ketika lepas hajat

Foto
ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat mangsa yang digilis kereta api.
Alor Gajah: Hasrat seorang lelaki yang baru sebulan bertugas mengawal landasan kereta api untuk ‘melepaskan hajat’ bertukar tragedi apabila maut dalam keadaan mengerikan akibat digilis kereta api penumpang di Saluran 504 laluan Tampin-Rembau berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Payung, Simpang Ampat, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 1.30 pagi itu menyebabkan anggota badan mangsa, Azmil Talib, 27, yang juga lelaki Orang Asli bersepai selepas dipercayai diseret sejauh kira-kira 200 meter.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa ditugaskan bersama seorang rakan sekerjanya, Amiruddin Yahya, 27, di laluan berkenaan.

Katanya, Azmil yang masih bujang bertugas dari jam 7 malam kelmarin hingga jam 7 pagi semalam di pos Saluran 504- 512 landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM).


“Ketika kejadian, mangsa yang ditugaskan bersama rakannya itu mengadu sakit perut sebelum meminta diri melepaskan hajat di sekitar landasan kereta api.

Tak sanggup lihat jenazah

Foto
BAS persiaran yang terbabit kemalangan, semalam.

Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Azlan Hafeedz
Foto
AHLI keluarga mengangkat jenazah Fatin Nabila untuk disembahyangkan.

Tanah Merah: “Saya hanya mampu menangis dalam kereta dan tidak sanggup melihat keadaan adik yang sudah tidak bernyawa,” kata Fatin Nazira Mazelan, 18, kakak kembar Fatin Nabila, 18, antara tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah bas persiaran di Kilometer 3, Jalan Ismail Petra, berhampiran Depoh Tahanan Imigresen, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Fatin Nabila yang menaiki Nissan Sunny dipandu rakannya, Mohd Zaki Ibrahim, 22, bergesel dengan Proton Saga dipandu seorang lagi rakan mereka, Mohd Faiz Adnan, 20.


Akibat geselan itu menyebabkan kereta dipandu Mohd Zaki gagal dikawal sebelum merempuh belakang sebuah bas yang diletakkan di tepi jalan manakala kereta dipandu Mohd Faiz terbabas dalam longkang dengan keempat-empat tayar ke atas.

Fatin Nabila dari Alor Pasir dan Mohd Zaki dari Kampung Kubang Rusa, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.



Mohd Faiz dari Kampung Bukit Mas, dekat sini, meninggal dunia di HTM jam 5 pagi semalam. Jenazah semua mangsa dikebumikan, petang semalam.

Sorok ganja dalam guni


Shah Alam: Helah dua lelaki yang menyorokkan ganja mampat seberat 15 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM40,000 dalam kotak dan guni sebelum dibawa menggunakan motosikal, gagal apabila mereka ditahan polis di tepi jalan Dataran Pandan Prima, Ampang, Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ketika menunggang motosikal dipercayai untuk mengedar dadah berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, penahanan kedua-dua suspek masing-masing seorang pekerja swasta dan penganggur itu dibuat selepas polis melakukan intipan kerana mereka dipercayai aktif mengedar dadah di daerah berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menjadikan kawasan sekitar Lembah Klang sebagai lokasi pengedaran dadah sejak enam bulan lalu. “Pada mulanya, polis menemui 10 peket dadah berkenaan disorokkan di dalam sebuah kotak manakala baki lima peket disorok dalam guni dan diletakkan dalam bakul motosikal yang mereka tunggangi. “Kita percaya suspek memperoleh dadah berkenaan daripada negara jiran dan akan mengedarkannya kepada individu tertentu di kawasan Lembah Klang,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, di sini, semalam. Katanya, dadah seberat 15 kg yang dirampas boleh dijual kepada 3,000 penagih dengan harga sepaket RM50 untuk berat lima gram sekaligus membolehkan mereka memperoleh pendapatan RM150,000. Mereka kini direman tujuh hari bermula Ahad lalu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Warga emas maut digilis lori


Tanjung Karang: Seorang warga emas yang menunggang basikal maut digilis lori dalam kemalangan langgar lari di lampu isyarat berhadapan Hospital Tanjung Karang, di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, mangsa Lias Mat, 62, baru melewati tempat kerja seorang daripada anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Taman Seri Setia, dekat sini selepas bekerja di sebuah restoran di Baru 7.


Anak kedua mangsa, Samsul Lias, 32, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di hospital berdekatan hanya mampu berlari mendapatkan mayat bapanya sejurus dimaklumkan rakan setugas yang menyaksikan kejadian itu.

“Saya sungguh terkejut sebaik dimaklumkan rakan dan terkilan kerana tidak dapat membantu walaupun saya berada di hospital yang tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sejurus digilis tayar sebuah lori.


Menurutnya, siasatan awal polis mendapat kenderaan berat yang melanggar mangsa gagal berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan.

“Ada saksi memaklumkan melihat lori yang melanggar mangsa tidak berhenti dan terus bergerak seolah olah tidak menyedari kenderaannya melanggar seseorang dan kita sedang berusaha mengesan kenderaan itu.


“Kami berharap sesiapa yang mengetahui atau boleh menjadi saksi kejadian kemalangan langgar lari ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Selangor, Inspektor Nor Azman melalui Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Tiada sindiket jual lesen



Kuala Lumpur: Tidak timbul isu sindiket penjualan lesen penjaja kerana permohonan tapak bazar Ramadan sudah ditutup sejak sebulan lalu.

Demikian tegas Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berhubung dakwaan wujudnya sindiket itu oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, di sini semalam.


“Perlu diingatkan permohonan lesen penjaja tidak hanya boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Semua individu memohon tapak bazar Ramadan tahun ini terdiri daripada peniaga kecil dan penjaja yang sedia ada dan sudah lama mempunyai lesen penjaja sendiri.

“Justeru, tidak timbul langsung isu sindiket penjualan lesen penjaja diutarakan Presiden IKHLAS,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Difahamkan peniaga kecil dan penjaja perlu memiliki lesen penjaja sebagai antara syarat digariskan DBKL bagi membolehkan mereka memohon tapak bazar Ramadan tahun ini.


Menurut Amin Nordin, DBKL kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dari awal sehingga selesai operasi bazar Ramadan nanti pada Ogos depan.

“Tahun ini, sejak awal lagi SPRM sudah terbabit secara langsung bagi menangani isu penjualan tapak bazar Ramadan.


“Misalnya, dalam sesi perjumpaan antara DBKL dengan semua lima persatuan peniaga kecil dan penjaja yang berdaftar pada Januari lalu, SPRM turut terbabit dalam memberikan cadangan serta langkah menangani masalah itu.

“Malah melalui perjumpaan di Port Dickson itu, kami (termasuk lima persatuan yang terbabit) sebulat suara bersetuju pemberian tapak bazar dibuat secara langsung kepada peniaga kecil dan penjaja dan bukan lagi menerusi persatuan seperti sebelum ini.


“Ini membolehkan SPRM mudah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang bertindak menyewa atau menjual tapak kepada pihak lain.


“Ketika itu, IKHLAS tidak berada dalam perbincangan itu kerana persatuan itu bukanlah berdaftar di bawah persatuan peniaga kecil dan penjaja dengan DBKL.


“Justeru, mungkin IKHLAS tidak mengetahui pembabitan SPRM secara langsung dalam pengagihan tapak bazar Ramadan kali ini. Bagaimanapun, sekiranya IKHLAS ada bukti kukuh dakwaan mereka, sila kemukakan terus kepada SPRM bagi membolehkan tindakan tegas diambil,” katanya.


Sebelum itu, Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa menerima 10 aduan peniaga dan penjaja kecil di sini berhubung isu penjualan tapak bazar Ramadan.


Menerusi sidang media semalam, Mohd Ridzuan berkata, penjualan satu tapak itu boleh mencecah sehingga RM50,000 dan ia turut dijual kepada warga asing, “Selain itu, terdapat desas-desus mengatakan terdapat sindiket penjualan lesen penjaja antara RM300 hingga RM400 kepada orang ramai bagi membolehkan mereka membuat permohonan tapak bazar nanti.


“Dalam masa sama, saya mencadangkan tapak di bahagian hadapan kedai (siar kaki) diberikan kepada pemilik premis bangunan bagi mengelakkan pergaduhan selain membantu mereka menjual bekalan tambahan sempena perayaan nanti.


“Melalui cara ini juga, tidak akan timbul isu tidak puas hati dan kedai pemilik premis jualan tidak terhalang oleh gerai tambahan di hadapan premis mereka,” katanya.


Sementara itu, IKHLAS turut bercadang menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebanjiran peniaga asing yang semakin ramai di sekitar bandar raya ini.

Seksa angkara hutang 2 rakan



Kuala Terengganu: Gara-gara dua rakannya gagal melunaskan hutang, seorang buruh bukan saja dijadikan tebusan, malah diseksa hingga cedera akibat ditembak menggunakan senapang angin selain paha ditoreh dalam kejadian di Kampung Batu Putih, Pulau Serai, Dungun, Khamis lalu.

Bagaimanapun, penderitaan mangsa yang berusia 27 tahun dari Kampung Tanjung Pagar, Dungun berakhir tujuh jam kemudian selepas berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk kampung selepas dibuang ke dalam semak dalam keadaan kedua-dua tangan diikat dan mulut disumbat dengan kain.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumah rakannya di Kampung Rajawali, Dungun didatangi empat lelaki dikenali kira-kira jam 10.30 malam.

Katanya, empat suspek dipercayai datang ke rumah berkenaan untuk mencari rakan mangsa, namun ketika itu, hanya mangsa yang ada di rumah berkenaan.


“Suspek dikatakan bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa dan kegagalan mangsa memberitahu di mana rakannya menyebabkan seorang daripada suspek melibas parang di belakang badan mangsa sebelum membawanya ke kawasan semak.


“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya melarikan diri sebelum bersembunyi dalam semak, namun seorang daripada suspek melepaskan tembakan dan terkena pada dada kiri dan betis kanan mangsa menyebabkannya terpaksa menyerah diri.

“Kedua-dua tangan mangsa kemudian diikat sebelum mulut disumbat dengan kain dan dibelasah lalu ditinggalkan bersendirian di kandang lembu berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.


Katanya, mangsa yang kesakitan berjaya membuka ikatan tangannya sebelum mendapatkan bantuan penduduk kampung, jam 3 petang keesokannya.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesan torehan di kedua-dua paha, lebam di muka dipercayai ditumbuk dan kesan tembakan di dada kiri dan betis kanan mangsa selain cedera di bahagian belakang dipercayai akibat dilibas dengan senjata tajam.


“Mangsa yang pada mulanya dihantar ke Hospital Dungun kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, untuk rawatan lanjut termasuk mengeluarkan bebola dipercayai peluru senapang angin. “Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai akibat tidak puas hati disebabkan hutang dalam urusan jual beli dadah antara suspek dengan rakan mangsa.


“Namun, disebabkan dua rakan mangsa berusia 20-an gagal dikesan, keempat-empat suspek berusia antara 23 hingga 29 tahun itu menjadikan mangsa sebagai sasaran melepas geram,” katanya.


Menurutnya, suspek dipercayai menggunakan senjata seperti badik, parang, pisau Rambo dan senapang angin.


Katanya, dua rakan mangsa berusia 20-an sudah dipanggil untuk membantu siasatan dan identiti keempat-empat suspek juga sudah dikenal pasti.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 367 kanun sama kerana menculik atau melarikan orang dengan tujuan mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Katil dipenuhi darah


Langkap: Seorang buruh binaan ditemui mati dalam keadaan tragik apabila ketumbuhan berhampiran kemaluannya pecah menyebabkan bilik sewa yang dihuni mangsa di Jalan Pasar, di sini, bermandi darah, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi semalam, mangsa, Leong Kok San, 56, ditemui mati di atas katil oleh penyewa di bilik berasingan.


Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, 30-an, berkata, dia terdengar bunyi bising dari bilik mangsa ketika tidur bersama rakannya di bilik bersebelahan.

“Saya segera mengejutkan rakan yang tidur kerana menyangka sesuatu buruk berlaku pada Leong. Namun, sebaik pintu bilik mangsa dibuka, saya terkejut apabila mendapati dia terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui , semalam.


“Saya tidak berani menyentuhnya. Kami segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan bagi membantunya,” katanya yang bekerja di sebuah kedai mamak berhampiran premis lokasi kejadian.


Menurutnya, mangsa disahkan sudah tidak bernyawa dan darah memenuhi katil, lantai hingga ke tandas rumah sewa berkenaan.

Sementara itu, rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 40-an, berkata, dia sempat bertemu mangsa kira-kira jam 5 petang kelmarin apabila Leong meminta dihantar ke Klinik Kesihatan Langkap untuk mendapatkan rawatan. “Apa yang saya tahu, dia mengalami ketumbuhan dan bengkak di bahagian peha kiri dan kemaluannya. Bagaimanapun, saya tidak sangka ia akhirnya membawa kepada kematiannya,” katanya.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pemeriksaan awal polis turut menemui kesan tompokan darah di kawasan bilik mandi selain di tilam milik mangsa. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami bengkak berhampiran dengan kemaluannya dan didapati pecah pagi kejadian.

Adik ugut bakar rumah


Pasir Mas: “Dua hari sebelum kejadian, adik lelaki saya mengamuk dan menyepahkan seluruh rumah serta mengugut ibu mahu membakar rumah,” kata Raihan Abd Rahman, 50, anak kepada Zainab Ahmad, 65, yang rumahnya di Kampung Kasar, terbakar, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, Zainab tiada di rumah kerana bermalam di rumah Raihan di Kampung Lati dekat sini.


Menurut Raihan, sebelum ini, adiknya pernah beberapa kali mengugut ibunya untuk membakar rumah jika permintaannya mendapatkan wang tidak dipenuhi.

“Kali terakhir saya terserempak dengan adik lelaki ketika menjemput ibu di rumah untuk bermalam di rumah saya selepas adik mengamuk,” katanya.


“Sebagai wanita, saya tidak berani menegur perbuatannya kerana takut dicederakan kerana sejak kebelakangan ini dia bersikap panas baran dan suka mengamuk jika ibu tidak memberinya wang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurutnya, ibunya sentiasa bermalam di rumahnya kerana bimbang adik lelakinya itu bertindak luar batasan, namun ibu tetap pulang ke rumah pada waktu pagi untuk mengemas rumah dan akan datang semula ke rumahnya pada waktu petang.

“Ibu ada memaklumkan kepada saya yang dia tidak sedap hati. Saya memang mengesyaki dia (adik) membakar rumah kerana setiap kali mengamuk, dia akan mengugut mahu membakar rumah ibu. Hari ini (semalam), hajatnya untuk membakar rumah ini tercapai.


“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ketika rumah terbakar, ibu tiada,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Raihan membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas kerana mengesyaki adik lelakinya membakar rumah ibu mereka.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.03 pagi.


“Sebaik menerima panggilan, empat anggota bersama sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian. Api berjaya dikawal 13 minit kemudian, namun punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat pengadu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tiga suspek dera isteri ditahan


Kuala Lumpur: Kes kematian seorang isteri dipercayai didera suami di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, Jumaat lalu dianggap selesai selepas polis menahan tiga suspek termasuk suami mangsa yang berusia 39 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain suami mangsa, turut ditahan adalah rakan suspek berusia 38 tahun yang bersama menghantar mangsa ke hospital selain teman wanita lelaki berkenaan.


“Kami anggap kes ini selesai dengan penahanan tiga suspek berkenaan termasuk suspek utama yang dipercayai mendera mangsa hingga mati,” katanya.

Metro Ahad sebelum ini melaporkan Nurhidayah A Ghani, 29, didera kejam oleh suaminya hingga mati termasuk dipijak di muka dan dicucuh dengan puntung rokok.


Mangsa yang mempunyai empat anak berusia antara dua hingga 10 tahun dikatakan berkahwin dengan suspek sejak 11 tahun lalu.

Spesimen 2 lelaki tak sepadan


Shah Alam: Hasil ujian DNA terhadap spesimen ditemui pada kemaluan Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, atau panggilan manjanya Cinnang tidak sepadan spesimen dua lelaki yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol kanak-kanak malang itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ujian kimia yang diperoleh Isnin lalu menunjukkan spesimen pada kemaluan mangsa tidak sama dengan spesimen dua suspek berusia 19 dan 24 tahun yang ditahan beberapa jam selepas kejadian.


Selain itu, Mohamad berkata, polis menahan seorang lagi suspek iaitu, seorang pemandu van Jumaat lalu dan kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut terhadap suspek diteruskan bagi mengenalpasti pembabitannya dalam kes berkenaan,” katanya.

Tetak tengah makan


Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.


“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.


“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Melambung kaki terlipat



Kota Kinabalu: “Saya menyangkakan dia sudah mati apabila melihat tubuhnya melambung sebelum tercampak kira-kira tiga meter selepas dirempuh pikap ketika cuba menyeberangi jalan.

“Namun sebaik menghampirinya, mangsa membuka mata dan merintih kesakitan sebelum orang ramai menghubungi ambulans,” kata Rahman Saman, 34, saksi nahas jalan raya di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.


Kejadian jam 7.30 malam berhampiran KK Times Square menyebabkan mangsa Noraisa Kahar, 32, parah termasuk patah kaki dan tangan kiri.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh di kawasan pembinaan berhampiran KK Times Square dikatakan mahu pulang ke rumahnya di Kampung Sembulan Lama, 500 meter dari tempat kejadian.


Rahman yang juga rakan sekerja mangsa berkata, ketika kejadian, dia bersama rakan lain dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.


“Saya mengenali mangsa dan melihatnya berlari untuk menyeberangi laluan tiga lorong. Tiba-tiba sebuah pikap Chevrolet Colorado gagal mengelak lalu merempuh mangsa sebelum tercampak di atas jalan raya,” katanya.

Katanya, pemandu pikap kemudian memberhentikan kenderaannya lalu bergegas mendapatkan mangsa untuk meninjau keadaannya.


“Pada masa sama, saya turut meluru ke tempat kejadian dan lihat mangsa dalam keadaan kaki terlipat dipercayai patah selain tidak bergerak lagi.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian menyangka mangsa sudah meninggal dunia tetapi sebaik saya menghampirinya, dia tiba-tiba membuka mata lalu mengerang kesakitan,” katanya.


Mangsa dihantar ke hospital Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan.


“Mangsa kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) dan keadaannya dilaporkan stabil.


“Pemandu kenderaan berusia 30-an sudah membuat laporan mengenai kejadian ini,” katanya.


Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

‘Geng Pikap’ sasar curi pacuan empat roda


Batu Gajah: Sekumpulan ahli sindiket curi kenderaan dikenali ‘Geng Pikap’ menjadi buruan polis selepas dipercayai terbabit tujuh kes samun dan curi kenderaan model pacuan empat roda di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Berdasarkan laporan diterima, tujuh kes membabitkan lapan pacuan empat roda sejak Julai tahun lalu termasuk kes kecurian terbaru pada 12 Mei lalu.


Tujuh laporan diterima membabitkan Toyota Hilux masing-masing pada Julai dan Ogos 2012 di Kampung Bali dan Batu 8, Tanjung Tualang. Selain itu, sebuah Nissan Frontier dilarikan suspek di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Piandang, Pusing pada Ogos 2012, selain sebuah Nissan Navara dan Toyota Hilux milik pasangan dua beradik yang dilarikan dari kebun sayur di Kilometer 16, Jalan Ipoh-Pusing, pada September 2012.

Malah, tahun ini saja, tiga kes samun kenderaan itu dilaporkan membabitkan tiga pacuan empat roda model Toyota Hilux masing-masing di kebun sayur di Siputeh; kawasan perlombongan pasir di Batu 10, Tanjung Tualang dan kawasan kolam ikan di Tanjung Tualang masing-masing pada 1 Februari; 3 Mei dan 12 Mei lalu.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah Shaharon Anuar Abdul Latif mengesahkan kejadian.

‘Saya bagai dipukau’



Kuala Lumpur: “Saya seperti dipukau apabila sukar bangun daripada tidur. Ketika itu saya dalam separuh sedar dan boleh mendengar ada orang lain berada di ruang tamu tetapi saya tidak mampu bangun,” kata penyanyi, Aweera mengalami kejadian pecah rumah di rumahnya di sini, kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika dia masih berada dalam bilik seorang diri. Dia pada mula mengesyaki sesuatu apabila pintu depan rumahnya diketuk seseorang.


“Ketika pintu diketuk berulang kali, saya buat tidak tahu. Sebaliknya, apabila saya terjaga semula jam 2 petang saya dapati pintu depan sudah terbuka manakala kunci mangga hilang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aweera atau nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham berkata, dia bersyukur kerana tidak dicederakan, tetapi hanya kehilangan TV 32 inci dan set permainan Playstation 3 yang baru dibeli seminggu lalu dan kerugian dianggarkan semuanya, RM2,000.


Katanya, dia yang tinggal di flat Seksyen 16, Shah Alam mengesyaki perbuatan pecah rumah itu dilakukan penagih dadah kerana gitarnya yang diletakkan di ruang tamu masih ada.


“Saya baru pindah di kawasan ini sejak tiga bulan lalu dan tinggal seorang diri. Sebelum ini, saya ada dengar banyak kes kecurian motosikal berlaku di kawasan ini tetapi saya tidak sangka rumah saya pula dipecah masuk,” katanya.

Susulan kejadian itu, Aweera yang popular menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi bersama kumpulan Mojo tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam.

Kakak masih tanya arwah adik


Kuantan: Walaupun melihat sendiri jenazah Mohamad Bilal Mohd Zawawi, 14 bulan, sudah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jaya Gading, Nur Arina Damia Mohd Zawawi, 5, masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan adik bongsunya dan sejak insiden pada Isnin lalu, dia cuba mencari jawapan sebenar termasuk bertanyakan kepada ibu bapanya.

Isnin lalu, Mohamad Bilal meninggal dunia akibat lemas selepas tertonggeng dalam baldi berisi air dalam kejadian di rumah sewa keluarganya di Taman Putra Putri, Permatang Badak di sini, dan bapa bayi malang itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, mungkin kerana terlalu sedih dan rindukan adiknya, Nur Arina masih belum dapat menerima hakikat sebenar menyebabkan mereka sekeluarga terasa kehilangannya.


“Ketika kejadian, Nur Arina bermain bersama Bilal dan seorang sepupu mereka dalam bilik tidur utama.

“Dalam sekelip mata, Bilal tiba-tiba meluru masuk ke bilik air dan tertonggeng dalam baldi menyebabkannya lemas. Mungkin dia (Nur Arina) begitu terasa kehilangan Bilal, apatah lagi mereka bermain bersama-sama sebelum adiknya itu lemas,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Mohd Zawawi, seorang pegawai bank di Kemaman, Terengganu berkata, walaupun reda dan menerima ketentuan Ilahi, isterinya, Surianti Zahari, 34, masih trauma dan sedih dengan kejadian menimpa anak bongsu mereka.


Bapa kepada tiga anak itu turut memaklumkan mereka sudah membatalkan niat untuk membeli rumah baru, sebaliknya akan terus menetap bersama ibunya di Jaya Gading di sini.

“Saya mengambil keputusan terus menetap bersama ibu dan tidak jadi membeli rumah baru di kawasan berdekatan (Permatang Badak),” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan tragedi kira-kira dua minit meninggalkan anaknya untuk menelefon suami, seorang guru menanggung sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya.

Geng Botak diberkas dalam sekatan jalan raya


Ipoh: Seorang perogol bersiri yang juga ketua kumpulan perompak digelar ‘Botak’, berjaya diberkas polis selepas membawa tiga konconya untuk melakukan rompakan menggunakan pistol palsu awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, suspek berusia 38 tahun terbabit yang menubuhkan kumpulan penjenayah ‘Geng Botak’ diberkas polis dalam satu sekatan jalan raya berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Kangsar.


Tiga lagi anggota kumpulan itu berusia antara 16 hingga 34 tahun turut diberkas ketika menaiki sebuah kereta model Proton Wira dan dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh melalui Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ke Kuala Kangsar untuk merompak kedai serbaneka 24 jam.

Difahamkan sebelum ini, kumpulan itu dikesan terbabit dalam 20 kes samun premis perniagaan 24 jam di sekitar Perak, Selangor dan Kuala Lumpur sejak setahun lalu. Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, pihaknya mengesahkan berjaya memberkas ketua kumpulan itu yang amat dikehendaki polis sejak setahun lalu.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut yang dilakukan pada kenderaan dinaiki suspek turut menemui dua pistol palsu berwarna hitam dan kelopak peluru palsu, dua unit walkie-talkie model Kenwood, sebuah komputer riba jenama Acer, satu gari jenama ‘The Smits Handcuff co’, 16 telefon bimbit pelbagai jenama, sebatang kunci pelbagai guna yang ditajamkan serta satu topeng mulut warna hitam.


“Siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan mensasarkan rompakan dan samun terhadap butik serta premis perniagaan khususnya yang beroperasi 24 jam sekitar daerah Ipoh, Manjung dan Perak Tengah di Perak serta di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Mereka bergerak menggunakan kereta yang disewa dengan seorang menunggu dalam kenderaan, seorang memegang walkie-talkie memantau keadaan manakala dua orang lagi melakukan rompakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Ketua samun upah gula-gula



Gombak: Polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejak mereka selepas lebih 20 kedai disamun dan hasilnya amat mengejutkan kerana kumpulan penjenayah disyaki terbabit adalah remaja belasan tahun yang menerima upah cuma RM5 hingga RM10.

Mereka yang baru berusia 14 hingga 17 tahun dikatakan turut menerima habuan gula-gula selepas menyerahkan hasil samun kepada ketua mereka yang berusia 23 tahun.


Sumber polis berkata, empat remaja yang masih bersekolah itu bersama ketua mereka yang tinggal di sebuah taman perumahan di Batu Muda, di sini, dalam beberapa siri tangkapan sejak Isnin lalu hingga kelmarin.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit disyaki sudah melakukan lebih 20 kes samun dengan mensasarkan kedai 24 jam di sekitar daerah ini sejak dua bulan lalu.


“Kumpulan penjenayah cilik ini dipercayai mula bergiat aktif awal April lalu dan mengenali antara satu sama lain kerana tinggal di kawasan sama.


“Siasatan awal polis mendapati ketua kumpulan itu yang berusia 23 tahun bertanggungjawab sebagai perancang termasuk mengenal pasti kedai 24 jam yang menjadi sasaran,” katanya. Sumber itu berkata, ketika samun dilakukan ketua kumpulan tidak menyertainya, sebaliknya hanya empat suspek remaja yang melakukannya.

“Mereka melakukan samun dengan bersenjatakan pisau untuk mengugut petugas kedai 24 jam yang dijadikan sasaran. Siasatan juga mendapati mereka menaiki dua motosikal milik ahli keluarga masing-masing,” katanya. Menurutnya, dalam serbuan ke rumah ketua kumpulan terbabit, polis merampas semula pelbagai barangan samun yang nilainya dianggarkan RM20,000.


“Hasil soal siasat juga mendapati remaja terbabit hanya menerima upah sebanyak RM5 hingga RM10 selain diberi gula-gula sementara lebihan hasil samun untuk ketua,” katanya.

Sumber itu berkata, kebanyakan barangan yang disamun termasuk pemetik api, pencuci rambut, wang tunai dan gula-gula.


“Suspek berusia 23 tahun juga mempunyai rekod jenayah dalam kegiatan samun,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, semua suspek kini direman selama enam hari.

Lelaki minta wang perlindungan dicekup


Kuala Lumpur: Mereka dipaksa membayar RM500 setiap bulan sejak setahun lalu kononnya bagi bayaran kawalan keselamatan kepada puluhan peniaga di Bandar Tun Razak, di sini, daripada diganggu kumpulan penjenayah.

Sekiranya enggan, lelaki berusia lewat 20-an itu yang dibantu beberapa konconya akan memecahkan kedai dan mengganggu perniagaan mereka.


Tidak tahan diperlakukan demikian, seorang daripada puluhan peniaga itu tampil membuat laporan polis sebelum dia dan pihak berkuasa bekerjasama bagi mengatur perancangan memerangkap lelaki terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin, lelaki terbabit ditahan pihak berkuasa ketika datang mengambil wang perlindungan itu bersendirian.


Menurut sumber, suspek tidak mengetahui dia sebenarnya diperangkap peniaga terbabit yang sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa. Beliau berkata, sebelum itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, mendakwa dia dan peniaga lain di sekitar kawasan berkenaan dipaksa membayar wang perlindungan oleh seorang lelaki.


“Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dipaksa membuat bayaran berkenaan sejak setahun lalu dan jika enggan, perniagaan mereka akan diganggu termasuk kedai dipecahkan selain kemungkinan dicederakan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dengan kerjasama pihak berkuasa kemudian menyusun strategi bagi memerangkap lelaki terbabit.


“Kelmarin, ketika mangsa datang mengambil wang berkenaan, beberapa anggota polis berpakaian preman bersedia di sekitar kedai milik mangsa.

“Ketika suspek keluar dari kedai mangsa selepas mendapatkan wang berkenaan, dia segera ditahan,” katanya.


Katanya, suspek kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

RM70,000 lesap kejar aset RM50j



Shah Alam: Gelap mata kerana ingin memiliki aset bernilai lebih RM50 juta, seorang lelaki berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian sehingga RM70,000 selepas melakukan transaksi wang 20 kali kepada beberapa wanita yang hanya dikenali melalui perbualan telefon bermula Ogos 2011 sehingga Februari tahun lalu.

Bagaikan dipukau, duda yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 47, melakukan transaksi pertama sebanyak RM3,000 kononnya bagi menampung kos perubatan seorang wanita misteri bernama Nur Heliza Helmi iaitu sepupu kepada seorang wanita lain dikenali Saodah di Hospital Singapura dan ia kemudian berlarutan kepada bantuan kewangan kepada Saodah.


Din berkata, Saodah sering mengadu mengenai masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan dia yang bersimpati melakukan transaksi minimum RM5,000 kepada Saodah sebelum menyedari ditipu apabila wanita itu enggan berjumpa dengannya selain gagal membayar semula pinjaman itu.

Bagaimanapun, wanita itu memberi tawaran untuk memberi aset miliknya berharga RM50 juta sebagai membayar hutang dan membalas budi baik lelaki itu.


Beliau berkata, dia bersetuju dengan cadangan wanita itu tetapi pada masa sama terpaksa mengeluarkan wang lagi kononnya untuk kos pengurusan mahkamah bagi pemindahan hak milik aset itu.


Dia yang juga bapa kepada tujuh anak berusia antara tujuh hingga 20 tahun itu turut menggadaikan aset peribadinya seperti tanah, van dan motosikal bagi mendapat wang tunai untuk membayar kos pindah nama pemilik aset itu di mahkamah.

“Saya mula mengenali Saodah selepas mendapat satu mesej dalam laman sosial Facebook melalui adik saya yang menyatakan kawannya memerlukan bantuan kewangan akibat kanser serta memerlukan rawatan segera. Atas dasar simpati itu saya bersetuju membantu.


“Kami tidak pernah berjumpa kecuali mengadakan perbincangan melalui telefon. Akibat kesempitan wang, saya menuntut Saodah untuk membayar semula wangnya bagaimanapun dia menawarkan penyerahan aset hartanya sehingga saya bertindak menjual semua aset peribadi bagi menampung kos pengurusan mahkamah,” katanya ketika ditemui di Balai Berita NSTP Bukit Jelutong di sini, semalam.

kereta terbakar di tepi lebuhraya di Kilometer 363.7, Lebuhraya Utara-Selatan

Foto MenarikANGGOTA bomba berusaha memadamkan kereta yang terbakar di tepi lebuhraya di Kilometer 363.7, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Slim River.

Remaja maut terperosok di bawah lori


KOTA BHARU 22 Mei - Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori sebelum terperosok di bawah kenderaan berat tersebut di Kampung Tapang dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa Nurul Ayuni Yusoff, 19, dikatakan cuba memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal sebelum dirempuh lori terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada pukul 6.20 petang semalam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_11/Remaja-maut-terperosok-di-bawah-lori#ixzz2U4HAJ6zg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan


TANAH MERAH 22 Mei - Dua pemandu kereta dan seorang gadis terbunuh selepas kedua-dua kenderaan itu bergesel sesama sendiri sebelum sebuah daripadanya terbabas lalu merempuh sebuah bas ekspres yang berhenti di tepi jalan manakala sebuah lagi terhumban ke dalam longkang, tengah malam tadi.
Kejadian berlaku di Jalan Manal-Tanah Merah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Manal menghala ke Tanah Merah.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta Nisaan, Mohd. Zaki Ibrahim, 22, dari Kampung Kubang Rusa, Bukit Gading dan penumpangnya, Fatin Nabila Mazelan, 18, dari Kampung Alor Stol, Bukit Emas di sini. Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi ialah pemandu kereta Proton Saga, Muhammad Faiz Adnan, 20, yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah kira-kira pukul 5 pagi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_10/3-maut-dalam-kemalangan-tiga-kenderaan#ixzz2U4H4jdXm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia


A. THAIVEEGAN (kanan) melihat barangan curi yang ditemui semula selepas menahan enam suspek di Sri Andalas, Klang pada sidang media IPK Selangor, Shah Alam hari ini. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
SHAH ALAM 22 Mei - Polis Selangor menahan sepasang suami isteri rakyat tempatan dan empat lelaki Indonesia di Sri Andalas, Klang dekat sini semalam selepas disyaki menyamun sebuah rumah di Seksyen 15 di sini.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 38 tahun itu ditahan pada 9.30 pagi selepas polis menyiasat kejadian pecah rumah yang dilapor pada 4.20 pagi sama.
Hasil penahanan itu, polis menemui tiga bilah parang, pemutar skru, pemotong dawai, dua komputer riba, 18 telefon bimbit, 22 jam tangan, barangan kemas dan wang tunai RM43,000, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebahagian daripada barangan rompakan itu adalah daripada sebuah rumah yang disamun di Mantin, Negeri Sembilan beberapa hari lepas.
Polis akan memanggil mangsa itu bagi mengenal pasti barangannya, katanya.
Dalam kes berasingan, Thaiveegan berkata, polis juga menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 33 tahun di Dataran Pandan Prima, Ampang dekat sini setelah dipercayai cuba mengedar dadah.
Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek, polis menemui satu guni dan satu kotak yang mengandungi 15 ketulan daun-daun kering disyaki ganja seberat 15 kilogram yang dianggar bernilai RM150,000, katanya.
Kedua-dua lelaki itu juga positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan enam kes dadah dan satu kes menyimpan barangan curi.
Mereka ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_07/Samun-Polis-tahan-dua-warga-tempatan-4-lelaki-Indonesia#ixzz2U4GoevT0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Geng Botak tumpas di Perak


MOHD. Shukri Dahlan (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas anggota polis dari Geng Botak ketika mengadakan sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ROY AZIS ABDU. AZIZ
IPOH 22 Mei - Empat anggota 'Geng Botak' yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun ditahan dalam sekatan jalan raya di susur keluar plaza tol Kuala Kangsar awal pagi semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, mereka ditahan semasa sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar mengadakan sekatan jalan raya berhampiran plaza tol berkenaan pada pukul 2.30 pagi.
Beliau berkata, pihak polis turut menyita kereta yang dinaiki mereka serta merampas dua pucuk pistol tiruan bersama kelopak pelurunya, dua unit walkie-talkie, sebuah komputer riba, seutas gari, 16 buah telefon bimbit, sebatang Allen Key serta sehelai topeng mulut.
Kumpulan ini yang diketuai seorang lelaki berkepala botak yang berumur 38 tahun berserta tiga anggota yang berumur antara 16 hingga 34 tahun dipercayai terbabit dalam 20 kes samun butik, kedai runcit dan serbaneka.
"Mereka dipercayai menjalankan kegiatan jenayah secara aktif di sekitar Perak, Kuala Lumpur dan Selangor sejak setahun lepas. Kumpulan ini menggunakan kereta sewa bagi mengelak dikesan dan pistol tiruan bagi menakutkan mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, tiga orang daripada kumpulan itu memiliki rekod jenayah lampau kecuali remaja yang berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah lagi.
"Lelaki yang berusia 34 tahun mempunyai dua rekod jenayah manakala yang berumur 24 tahun juga memiliki dua rekod jenayah berkaitan mencuri dan rogol.
Ketua mereka yang berkepala botak pula ada lapan rekod jenayah lampau antaranya empat rekod jenayah rogol dan satu kes mencuri," katanya.
Keempat-empat mereka yang berasal dari Ipoh direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_06/Geng-Botak-tumpas-di-Perak#ixzz2U4Gi1EVo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahanan mati akibat sakit dada


KUALA LUMPUR 22 Mei - Seorang tahanan mati selepas mengadu sesak nafas di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur malam tadi.
Lelaki itu mengadu sakit dada kira-kira 9 malam sebelum dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.
Beliau berkata, tahanan berusia 32 tahun itu adalah salah seorang daripada empat suspek yang ditahan berhubung kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lepas.
Mayat lelaki itu dibedah siasat di HKL, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Chin Wah berkata, polis menyambung tempoh reman suspek kedua yang ditahan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim bulan lalu.
"Tempoh reman disambung sehingga Isnin ini dan kesnya dijangka mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan," katanya.
Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_05/Tahanan-mati-akibat-sakit-dada#ixzz2U4Gai4TS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun


KUALA TERENGGANU 22 Mei - Seorang peniaga besi buruk dan barang terpakai disuntik dengan cecair dipercayai dadah ketika disamun di Felda Cerul, Kemaman, Isnin lalu.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun itu memandu lori membawa muatan besi buruk dan surat khabar lama sebelum tiba-tiba ditahan oleh tiga hingga empat lelaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, sejurus selepas ditahan mangsa disuntik dengan sejenis cecair menyebabkan dia khayal dan menjadi lemah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130522/je_12/Peniaga-besi-buruk-disuntik-dadah-sebelum-disamun#ixzz2U4GUuaOO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler


Keadaan kereta Perodua Viva milik Shazwani Shafiee (gambar kecil) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 48, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI 22 Mei - Seorang kakitangan sebuah hotel di sini maut dalam keadaan mengerikan selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah treler di Kilometer 48, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Bedong di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Shazwani Shafiee, 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Ibu mangsa, Raziah Abd. Jabar, 63, berkata, kejadian itu berlaku ketika anak keempat daripada lima beradik tersebut dalam perjalanan ke tempat kerjanya di pusat bandar Sungai Petani.
"Dia keluar dari rumah di Taman Rasa Sayang, Bedong seorang diri. Polis maklumkan apabila sampai di tempat kejadian, sebuah treler yang datang dari arah bertentangan bertembung dengan kereta anak saya.
"Treler itu rempuh bahagian pemandu dan menyebabkan anak saya tersepit. Dia kemudian dikeluarkan oleh bomba sebelum dihantar ke HSAH," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.
Raziah memberitahu, anaknya yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta pendarahan teruk disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HSAH.
Katanya, sebelum kejadian, anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh kecuali menutup pintu pagar rumah sebelum keluar.
"Selalunya Shazwani pergi kerja tak tutup pagar rumah tetapi hari ini dia tutup. Dia juga tak pandang muka saya dan bapanya, Shafiee Said, 70, semasa bersalaman sebelum keluar pagi ini," katanya sebak.
Raziah berkata, jenazah anaknya telah dituntut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bedong, dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130523/je_03/Pekerja-hotel-maut-kereta-dirempuh-treler#ixzz2U4FyuLSH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kematian tahanan ada unsur jenayah


KUALA LUMPUR 22 Mei - Seorang tahanan lelaki kes pergaduhan di Jalan Budiman 19, Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lalu, ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil bedah siasat menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes kematian suspek yang berusia 32 tahun itu.
Menurut beliau, bedah siasat yang dijalankan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur lewat petang ini menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian suspek.
"Oleh itu, kita telah merujuk kes tersebut ke Bukit Aman dan menerima arahan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk tujuan siasatan.
"Pegawai penyiasat Bukit Aman akan dilantik bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Suspek merupakan antara empat yang ditahan pada 13 Mei lalu bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.
Dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata, tempoh tahanan reman suspek kedua dilanjutkan sehingga 27 Mei ini.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan akan mengambil masa panjang memandangkan ini kes berprofil tinggi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130523/je_02/Kematian-tahanan-ada-unsur-jenayah#ixzz2U4FnfYUx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam ditahan, barang samun RM200,000 dirampas


SHAH ALAM 22 Mei - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita, kurang lima jam selepas mereka memecah masuk sebuah banglo di Seksyen 15 di sini, awal pagi semalam.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai turut terlibat dengan kegiatan samun rumah adik perempuan kepada seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Mantin, Negeri Sembilan pada 19 Mei lalu.
Dalam serbuan semalam itu di sebuah rumah di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas Klang di sini pada pukul 9.30 pagi, polis menahan pasangan suami isteri berasal dari Sabah serta empat lelaki warga asing. Kesemuanya berusia antara 25 hingga 38 tahun.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, dalam serbuan tersebut, polis menemukan wang tunai RM43,000, 22 utas jam tangan pelbagai jenama, 18 buah telefon bimbit, tiga bilah parang, dua buah komputer riba jenis Apple dan pelbagai jenis barang kemas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM200,000.
"Pemeriksaan awal mendapati sebahagian barangan tersebut dipercayai kepunyaan pemilik rumah banglo yang disamun semalam.
"Kita akan memanggil mangsa untuk membuat pengecaman ke atas barangan yang dirampas dalam masa terdekat.
"Buat masa ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut ke atas semua suspek untuk mengenal pasti sama ada mereka terlibat dengan kes pecah masuk di sekitar Selangor dan sudah berapa lama mereka melakukan kegiatan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Thaiveegan berkata, pihaknya juga sedang melakukan pemeriksaan bagi memastikan kesahihan dokumen perjalanan suspek yang kesemuanya didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Suspek ditahan reman bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata," katanya.
A.Thaiveegan (kanan) diiringi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Adnan Abdullah (kiri) melihat barangan curi yang di temui semula pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130523/je_01/Enam--ditahan-barang-samun-RM200000-dirampas#ixzz2U4FhTnUA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa puting beliung diteruskan


OKLAHOMA 22 Mei - Pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS) hari ini meneruskan operasi mencari mangsa di celah-celah runtuhan rumah yang musnah di Moore di sini akibat dilanda puting beliung.
Dalam kejadian kelmarin, seramai 24 orang disahkan terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan kira-kira 240 lagi cedera dalam bencana puting beliung yang paling buruk di AS sepanjang tempoh dua tahun.
Kira-kira 100 orang berjaya diselamatkan daripada celah-celah runtuhan rumah, bangunan sekolah dan sebuah hospital selepas puting beliung tersebut melanda Oklahoma City dengan kelajuan angin 321 kilometer sejam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130522/lu_07/Operasi-mencari-dan-menyelamat-mangsa-puting-beliung-diteruskan#ixzz2U4F1r800
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Angka korban terowong lombong runtuh meningkat 28 orang


JAKARTA 22 Mei - Angka korban akibat runtuhan terowong di lombong tembaga kedua terbesar di dunia yang dikendalikan oleh Freeport McMoRan Copper & Gold Inc cawangan Indonesia, meningkat kepada 28 orang hari ini.
Pasukan penyelamat dalam pada itu berkata, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat sudah tiada.
Lombong yang terletak di Papua itu ditutup Rabu lalu, sehari selepas satu terowong runtuh dan menyebabkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap.
Sebanyak 10 orang berjaya ditemui, tetapi usaha mencari tujuh lagi pekerja lombong yang masih hilang kini bertukar kepada mencari mayat. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130522/lu_08/Angka-korban-terowong-lombong-runtuh-meningkat-28-orang#ixzz2U4Eu06LK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hanya 24 maut dalam kejadian puting beliung


Standy Stewart (kanan) dan menantunya yang mengandung, Robyn Rojas, menjamah makanan di tengah-tengah puing rumah mereka yang musnah akibat puting beliung di Moore, Oklahoma, Amerika Syarikat, kelmarin. - AFP
OKLAHOMA, Amerika Syarikat 22 Mei - Operasi mencari mangsa yang terbunuh atau terselamat dalam kejadian puting beliung di Moore di sini, hampir selesai selepas 24 orang termasuk sembilan kanak-kanak disahkan terbunuh dalam bencana tersebut.
Jumlah kematian keseluruhan diturunkan daripada 51 orang kepada 24 selepas pasukan perubatan mengesahkan sejumlah nama mangsa dikira sebanyak dua kali.
Sehingga semalam, kira-kira 240 orang masih dirawat di hospital-hospital berdekatan.
Ketua Pasukan Bomba Moore, Gary Bird berkata, operasi yang dijalankan hampir 24 jam itu akan dihentikan selepas pihaknya yakin tiada lagi mayat atau mangsa yang terselamat tertimbus di bawah runtuhan rumah atau bangunan.
Pihak berkuasa memberi tumpuan sepenuhnya dalam operasi mencari dan menyelamat di sepanjang laluan puting beliung berkenaan dan anggaran kerugian akibat kejadian itu masih belum dapat dipastikan.
Jumlah rumah yang musnah masih tidak diketahui dan begitu juga dengan jumlah keluarga yang dipindahkan.
Pasukan kecemasan mengalami kesukaran untuk tiba ke lokasi bencana disebabkan kesemua papan tanda arah diterbangkan dalam kejadian puting beliung itu.
Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menganggarkan puting beliung yang melanda Oklahoma City membawa angin selaju 320 kilometer sejam dan dikategorikan sebagai EF5.
Saintis berkata, puting beliung yang melanda bandar berkenaan selama 40 minit itu berukuran hampir satu kilometer lebar dan merupakan kategori EF5 yang pertama pada tahun ini.
Sementara itu, Presiden Barack Obama menyatakan kesedihannya berhubung kejadian itu, lebih-lebih lagi dengan berita kematian kanak-kanak sekolah yang cuba mencari tempat perlindungan.
Obama turut memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130523/lu_04/Hanya-24-maut-dalam-kejadian-puting-beliung#ixzz2U4Ejgu8I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bunuh diri kerana bantah perkahwinan sejenis



Dominique Venner
PARIS 22 Mei - Seorang aktivis dan penulis berhaluan kanan di Perancis membunuh diri di depan altar Gereja Besar Notre Dame dan meninggalkan satu nota yang mengecam perkahwinan sejenis serta imigrasi.
Polis mengesahkan mangsa sebagai Dominique Venner, 78, aktivis yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kebangsaan dan pergerakan berhaluan kanan di negara ini.
Menurut polis, mangsa menembak dirinya sendiri menggunakan pistol pada pukul 4 petang (10 malam waktu Malaysia), semalam ketika gereja besar itu dipenuhi kira-kira 1,500 orang.
Venner meninggalkan satu pesanan yang turut dibacakan oleh rakannya selepas kematiannya di stesen Radio Courtoisie dan dipos di dalam laman webnya.
Mesej itu mengecam kelulusan rang undang-undang perkahwinan sejenis dan imigrasi dari Afrika oleh kerajaan Perancis baru-baru ini.
"Saya percaya adalah penting untuk mengorbankan diri saya untuk memecahkan kelesuan yang membelenggu kita.
"Saya membunuh diri untuk membangkitkan hati nurani yang ada di dalam diri kita," katanya dalam mesej yang ditinggalkan di atas altar gereja itu sebelum membunuh diri.
Menurut satu sumber polis, kandungan surat itu sama seperti yang dipos di laman web Venner. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130523/lu_03/Bunuh-diri-kerana-bantah-perkahwinan-sejenis#ixzz2U4ET3lpz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesakit mental tikam pelajar



BEIJING 22 Mei - Seorang lelaki pesakit mental menikam enam pelajar sekolah rendah dan seorang dewasa di selatan wilayah Guangdong, semalam.
Seorang jurucakap kerajaan tempatan berkata, kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan suspek yang dikenali sebagai Liao berusia 32 tahun telah diberkas.
Kejadian yang berlaku di pinggir bandar Maoming itu terjadi selepas sesi persekolahan baru sahaja tamat.
Siri serangan dan pembunuhan pelajar sekolah di China sering berlaku sejak kebelakangan ini yang kebanyakanya melibatkan pesakit mental.- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130523/lu_01/Pesakit-mental-tikam-pelajar#ixzz2U4E6atfA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pasangan kekasih kaki pecah rumah


MIRI – Polis menahan seorang gadis berusia 18 tahun serta teman lelakinya warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah rumah dan samun di sekitar bandar raya ini.
Pasangan tersebut ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Rakyat Batu 6, Lutong di sini minggu lalu.
Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan melakukan kegiatan pecah rumah pada siang hari ketika penghuni tiada di rumah atau keluar bekerja.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, dengan tertangkapnya gadis terbabit dan teman lelakinya yang berumur 24 tahun, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes pecah rumah dan satu kes samun sejak Mac lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2U4DRHqCP 
Hakcipta terpelihara