Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

'Saya rasa tak sedap hati'

'Saya rasa tak sedap hati'  Keadaan rumah sewa Khairuddin dan Mariana di Sungai Boh yang hangus selepas kebakaran, petang kelmarin.
SERKAT - Seorang ibu tidak menyangka tindakan membawa anaknya yang berusia dua tahun ke tandas yang terletak di luar rumah menyelamatkan nyawa mereka, apabila kediaman mereka terbakar di Kampung Sungai Boh, Serkat di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Mariana Saad, 21, tergerak hati untuk membawa  bersama anaknya, Rasul Iman ke tandas.

“Saya sebenarnya jarang membawa anak saya itu bersama ke tandas memandangkan ia terletak di luar rumah.

“Tetapi pada petang itu saya rasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang buruk hendak berlaku, saya seperti  tidak mahu berenggang  dengan anak itu,” katanya.

Jelasnya, dia terkejut melihat api sedang marak di bahagian dapur sebaik sahaja keluar dari tandas beberapa minit kemudian.

Menurutnya, dia terus menjerit meminta tolong dan jiran datang membantu untuk memadam kebakaran tetapi api marak menjulang tinggi membakar rumah kayu kami itu.

“Tiada apa yang sempat diselamatkan. Semua dokumen penting seperti kad pengenalan, surat nikah dan sebagainya hangus dijilat api memandangkan cuaca panas dan kering ketika itu,” katanya kepada  Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, ketika kejadian suaminya, Khariruddin Atan, 44, sedang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Tanjung Bin.

Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah sewa mereka itu.

“Sudah dua tahun kami tinggal di situ dengan kadar sewa RM100 sebulan.

“Sementara waktu ini, kami sekeluarga menumpang di rumah bapa saudara suami di Kampung Sungai Boh sebelum memikirkan untuk mencari rumah sewa lain,” katanya.

Beberapa pihak telah menghulurkan bantuan kepada keluarga ini antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pontian, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng dan Adun Kukup, Suhaimi Salleh.

Menangis tak dapat rasa siput sedut air tangan isteri


Menangis tak dapat rasa siput sedut air tangan isteri
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian. Gambar kecil: Allahyarham Borhan Adam
KRUBONG - Hasrat seorang pemandu lori untuk menikmati masak lemak siput sedut tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Krubong-Pantai Belimbing di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Borhan Adam, 46, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Corona yang datang dari arah bertentangan.

Menurut isteri mangsa, Roszimah Shaharudun, 45, ketika kejadian, suaminya itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Krubong Jaya ke tempat kerjanya di sebuah kedai menjual bahan binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Krubong.

“Suami keluar rumah awal pagi kerana dia perlu menghantar barang pembinaan ke Kuantan, Pahang.

“Hampir setiap hari dia keluar awal pagi kerana perlu menghantar barangan kepada pelanggan yang terletak di luar Melaka,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka semalam.

Roszimah berkata, dia bagaimanapun berasa terkilan apabila tidak dapat memenuhi hasrat terakhir suaminya itu untuk memakan masak lemak siput sedut.

“Tengah hari semalam (kelmarin), suami ada meminta saya memasak siput sedut namun saya tidak dapat masaknya kerana bahan-bahan seperti siput sedut, santan dan keladi tiada di rumah.

“Sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 petang, dia bertanyakan sama ada saya sudah memasak siput sedut dan berasa kecewa hingga menangis apabila diberitahu saya tidak sempat memasaknya kerana ketiadaan bahan,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian pergi ke Kuala Lumpur menziarahi ibunya dan hanya mengetahui suaminya itu ditimpa kemalangan apabila menerima panggilan telefon daripada anak saudaranya pada jam 6 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa ketika kejadian menunggang motosikal miliknya dari arah Taman Krubong Jaya menghala ke persimpangan lampu isyarat Krubong/Lebuh SPA di sini.

“Tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang datang dari arah bertentangan telah terbabas lalu memasuki laluan mangsa.

“Kereta ini kemudian melanggar motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke atas atas cermin kereta hadapan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Katanya, kereta terbabit ditinggalkan pemandunya kira-kira kira 100 meter dari tempat kejadian kerana bimbang akan keselamatannya namun telah melaporkan kemalangan berkenaan kepada pihak polis tengah hari semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suami isteri dicari bantu siasatan kes penipuan jual rumah



Suami isteri dicari  bantu siasatan kes penipuan jual rumah
Pasangan suami isteri yang dicari polis bagi bantu siasatan kes penipuan penjualan rumah di Selangor.
BANTING – Polis sedang mengesan suami isteri yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penipuan penjualan rumah di Selangor melalui iklan yang dikesan aktif sejak November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, polis menerima dua laporan daripada dua mangsa yang didakwa diperdaya melalui penjualan dua rumah di Bandar Saujana Putra.

Menurutnya, modus operandi mereka yang terlibat adalah dengan mengiklankan rumah untuk dijual.

“Suspek akan memperdayakan mangsa dengan meminta bayaran deposit sebanyak 10 peratus untuk jualan rumah.

“Difahamkan, setelah menerima bayaran berkenaan, suspek akan menghilangkan diri sehingga sukar dikesan," katanya.

Nordin berkata, suspek itu dipercayai aktif mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat memiliki sebuah syarikat teknologi maklumat di Petaling Jaya dan mengarahkan mangsa untuk membayar deposit melalui akaun syarikatnya.

Katanya, selain dua laporan diterima di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kuala Langat, enam lagi laporan sama turut diterima di enam lokasi di Selangor.

“Polis masih menjalankan siasatan walaupun difahamkan syarikat dan nombor akaun suspek tidak diaktifkan lagi,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat pasangan tersebut dikehendaki berhubung terus menghubungi IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 atau mana–mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak lemas di sungai ketika leka bermain di atas sampan


19 Mei 2013
Kanak-kanak lemas di sungai Terjatuh ketika leka bermain di atas sampan
Salleh terkilan tidak dapat menyelamatkan cucunya yang terjatuh ke dalam sungai Cherang Melintang selepas bermain di atas sampan miliknya.
TUMPAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Kampung Cherang Melintang di sini ketika leka bermain di atas sampan milik datuknya petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa Khairul Anwar Sudin dikatakan mengikut datuk tirinya, Salleh Deraman, 83 ke sungai itu, jaraknya 500 meter dari rumah mereka bersama dua sepupu tiri, Haikal Rozi, 10 dan Normalisa Rozi, 5.

Dua sepupu mangsa terselamat kerana ketika kejadian mereka berada di tebing sungai itu, hanya mangsa naik ke sampan yang diikat kemas pada sebatang kayu di tebing sungai terbabit.

Difahamkan mangsa terjatuh ke dalam sungai apabila dia tidak dapat mengimbangi badannya ketika berdiri kerana bot yang diikat di tebing bergerak.

Mangsa anak sulung daripada tiga beradik merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Teluk Jering.
Ketika kejadian ibu bapanya, Sudin Zakaria, 39 dan Norizan Salleh 32, tiada di rumah kerana menziarahi saudaranya di Kedai Buluh, Kota Bharu.

Salleh berkata, dia bersama arwah, Haikal dan Normalisa menunggang basikal  ke sungai tersebut, bagaimana pun  di pertengahan jalan dia singgah  di rumah Penghulu Mukim Cherang Melintang, Ismail Mat Yusof.

“Tiga cucu saya itu meneruskan perjalanan mereka ke sungai terbabit dengan basikal, saya kemudiannya menyusul selepas itu,” katanya.

Katanya, selepas selesai urusannya dengan penghulu itu, dia meneruskan perjalanan ke sungai tetapi berselisih dengan Haikal dan Normalisa yang nampak tergesa-gesa mengayuh basikal untuk pulang ke rumah.

“Saya tidak sempat bertanya apa-apa dengan dua cucu saya itu, lalu meneruskan perjalanan ke sungai tanpa mengesyaki apa-apa. Dari jauh nampak orang ramai berdiri di tebing sungai terbabit tetapi tidak menyangka ada kejadian lemas dan yang lemas itu adalah cucu sendiri.

Mujur ada orang kampung di seberang sungai terbabit ternampak cucu saya terjatuh,” katanya.
Menurutnya, dia terus terjun ke sungai mencari cucunya dan menyelam sebanyak lima kali tetapi gagal sebelum minta bantuan bomba.

Katanya, dia redha dengan pemergian cucunya walau pun beberapa jam sebelum kejadian arwah begitu manja  apabila memeluk dan merayu agar membenarnya mandi sungai Cherang Melintang itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Rosli Muhammad berkata, mayat mangsa ditemui berhampiran di lokasinya jatuh pada jam 7.30 petang.

“Operasi mencari dilakukan selepas pihak bomba terima panggilan jam 6.58 petang. Seramai 8 anggota termasuk tiga Pasukan Penyelamat Unit  di Air bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kedai Buluh Kota Bharu, pagi semalam.

Pesawah parah ditetak di Besut




19 Mei 2013
BESUT - Seorang pesawah parah ditetak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pak Wong, Jerteh di sini, Rabu lepas.

Suhaidi Zakaria, 34, ditetak dengan parang oleh dua lelaki yang menaiki motosikal dan datang dari arah bertentangan kira-kira pukul 7.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, akibat tetakan itu Suhaidi cedera parah di pipi dan betis kiri dan kini dirawat di hospital di Kota Baharu, Kelantan.

"Selepas ditetak, mangsa sempat menunggang motosikalnya ke rumah adiknya di Kampung Gong Nangka, tidak jauh dari tempat kejadian bagi mendapatkan pertolongan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Kumpulan penggodam muda dipenjara


18 Mei 2013
LONDON - Mahkamah Southwark Crown, Britain, menjatuhi hukuman penjara maksimum 30 bulan kepada empat penggodam muda yang mendalangi serangan siber terhadap beberapa syarikat antarabagsa termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA), kelmarin.

Jurucakap pendakwa berkata , tertuduh berumur antara 18 tahun dan 26 tahun yang pernah bekerjasama dengan kumpulan penggodam antarabangsa, Lulz Security mengaku bersalah.

"Tertuduh merancang serangan terhadap Syarikat Sony Pictures, media antarabangsa iaitu News International dimiliki jutawan media, Rupert Murdoch sekali gus menyebabkan kerugian jutaan dolar kepada mangsa," katanya kepada AP.

Tertuduh turut menyasarkan serangan ke atas laman web Perkhidmatan Kesihatan  dan Agensi Jenayah Berat Britain selain menyebarkan maklumat curi termasuk emel dan  kad kredit pengguna laman perkongsian Pirate Bay dalam 2011.

Hakim, Deborah Taylor berkata, kumpulan penggodam itu menerima padah setimpal perbuatan mereka .

Polis serbu premis judi



19 Mei 2013

Abdul Aziz (kiri) bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Temerloh, Deputi Superintendan Makhetar (kanan) menunjukkan sebahagian daripada komponen komputer dirampas polis.
TEMERLOH - Polis merampas sebanyak 72 komputer dan peralatan dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian serta tunai berjumlah RM535 dalam tiga serbuan berasingan, awal minggu ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan pertama jam 12.30 tengah malam, polis menyerbu dua premis di Taman Rimba seterusnya merampas sebanyak 32 komputer bersama pelbagai peralatan serta tunai RM350.

Menurutnya, dalam serbuan kedua jam 11 malam di sebuah premis di Taman Perindustrian Mentakab pula, polis merampas 40 komputer dan peralatannya serta tunai berjumlah RM185.

“Dalam kejadian terbaru, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bersama anggota dari cawangan D7, siasatan jenayah Temerloh dan Mentakab membuat tiga serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan mesin judi haram.

“Tiga penjaga premis dan 13 pelanggan turut ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 4B(A) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi  dirampas,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mengikut Seksyen 4(1)(B) Enakmen Hiburan 1993, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, polis akan sentiasa memantau kegiatan perniagaan di sekitar taman perumahan yang dipercayai dijalankan secara haram untuk memperoleh keuntungan cara mudah.

Menurutnya, pengusaha kegiatan perniagaan dinasihatkan mematuhi syarat pelesenan untuk menjalankan perniagaan supaya tidak dikenakan tindakan.

"Mengusahakan kegiatan perniagaan mesin judi haram memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara serta perkembangan masyarakat terutama golongan remaja," katanya.

Diserang lima lelaki bersenjata parang

SEGAMAT- Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-dua mangsa bersama dua orang lagi termasuk isteri mangsa sebelum itu sedang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat.

“Bagaimanapun ketika di pertengahan jalan iaitu kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis, kereta yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh sekumpulan lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini malam Sabtu.

Menurutnya anggota polis berkenaan yang keluar daripada kereta selepas itu telah ditetak dengan parang daripada belakang oleh salah seorang lelaki terbabit menyebabkan mangsa terpaksa menyelamatkan diri dan kembali masuk ke dalam kereta.

Katanya, melihat keadaan itu rakan mangsa bertindak memecut kenderaan ke arah balai polis, namun telah diekori oleh kumpulan lelaki tersebut dengan sebuah kereta.

“Rakan mangsa yang keluar untuk membuat laporan kemudian telah diserang di kawasan balai polis berkenaan sebelum anggota polis di balai polis berkenaan bertindak menahan mereka yang terlibat,” katanya.

Berikutan itu, polis menahan lima lelaki berusi 30 hingga 40-an di tempat kejadaian dan merampas empat bilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Anggota polis berkenan kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan manakala rakannya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar. -mStar

Dua peserta konvoi motosikal ke Desaru terbunuh nahas jalan ray



KOTA TINGGI: Kegembiraan 40 penunggang motosikal jenis Honda Wave yang mengikuti konvoi dari Klang, Selangor ke Desaru berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan Kulaijaya–Kota Tinggi di sini, petang semalam.

Dalam insiden pada kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Fadzirul Hakimi Abd Rahim, 21, dan rakannya, Muhammad Adib Jasmani, 23, terbunuh selepas motosikal mereka dipercayai bergesel sesama sendiri dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah van yang menghala ke Kulaijaya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Mohd Nor Rasid berkata berikutan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala seorang lagi penunggang cedera parah dan dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Beliau berkata jenazah mangsa dituntut keluarga masing-masing semalam selepas selesai dibedah siasat.

Mohd Nor turut menasihati penunggang motosikal yang menyertai konvoi supaya mengutamakan aspek keselamatan serta mematuhi peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan mereka.

Sementara itu, seorang peserta konvoi Firdaus Aqmal, 23, yang merupakan saudara Muhammad Adib, berkata ketika kejadian, mereka menyertai konvoi anjuran kelab motosikal Honda Wave ke Desaru.

Beliau berkata, mereka bertolak dari Selangor pada hari Jumaat pada kira-kira 10 malam dan sempat singgah di Skudai serta Kulai sebelum nahas itu berlaku.
"Ketika singgah berehat di Skudai, saya dan arwah Adib sempat menunaikan solat Subuh dan arwah ada mengadu dia penat, mengantuk, nak tidur. Malah ketika itu, saya turut tidur bersamanya sebelum meneruskan perjalanan ke Kulai kira-kira jam 7 lebih," katanya.

Firdaus berkata, mereka memulakan perjalanan pada kira-kira 2 petang semalam dan beliau berada dalam kumpulan belakang manakala arwah dalam kumpulan tengah konvoi.

"Saya sampai di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas kemalangan itu berlaku. Ketika itu, saya melihat Adib masih lagi bernafas malah saya sempat menyuruhnya mengucap, bagaimanapun, dia meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya. - BERNAMA

Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta



KOTA BHARU 19 Mei - Seorang ketua juruwang di sebuah pasar raya dekat sini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai lebih RM500,000 pada Mac dan April tahun lalu.
Tertuduh, Lee Goit Siau, 46, bagaimanapun tidak mengaku bersalah semasa dihadapkan di hadapan Hakim Mohd. Yusuff Yunus dan meminta dibicarakan.
Mohd. Yusuff membenarkan tertuduh dijamin sebanyak M15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Menurut pertuduhan, Goit Siau, sebagai orang yang diamanahkan untuk mengurus wang kutipan jualan pasar raya Econjaya (Kok Lanas) Sdn. Bhd. sebanyak RM504,156.32 didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu menyalah gunakan wang itu.
Wanita dari Kok Lanas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 4 Mac hingga 18 April tahun lalu di pasar raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130519/ma_01/Ketua-juruwang-didakwa-pecah-amanah-lebih-RM05-juta#ixzz2Tjsv2orV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lebih 40 hektar hutan musnah di Dungun akibat pembakaran terbuka



DUNGUN: Lebih 40 hektar kawasan hutan dan belukar di kawasan Kuala Abang di sini, musnah dalam kebakaran selama 12 jam dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran sampah secara terbuka, sejak 2 petang, semalam.

Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun, Abdullah Ahmad, berkata kebakaran yang bermula di kawasan lapang di Kampung Kuala Abang itu merebak sejauh lapan kilometer sehingga ke Kampung Rhu Batil di sini.
"Kebakaran ini menyebabkan sebahagian kawasan tanah pertanian dan tanah individu serta rizab kerajaan musnah.

"Kita mengalami beberapa kesulitan semasa operasi tetapi kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 2 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut Abdullah pihaknya mengambil tempoh lama bagi mengawal kebakaran berikutan faktor cuaca panas dan berangin yang menyukarkan kerja memadam kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiga jentera bersama 23 anggota dari Balai Bomba Dungun, Paka dan Marang dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.
"Semasa kami tiba, api agak besar dan merebak dengan cepat disebabkan kawasan ini berangin dan terdapat pokok-pokok kering di kawasan sekitar yang memudahkan api merebak.

"Api perlu dipadamkan sepenuhnya bagi mengelak kebakaran ini daripada berulang kerana ia membabitkan tanah jenis pertanian," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti pembakaran terbuka, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas dan kering. - BERNAMA

Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan




MANILA 18 Mei - Filipina hari ini menyangkal dakwaan Taiwan bahawa pengawal pantai negara ini secara sengaja membunuh seorang nelayan Taiwan yang kematiannya mencetuskan pertengkaran diplomatik besar kedua-dua negara.

Nelayan berusia 65 tahun itu ditembak mati oleh Pengawal Pantai Filipina yang mendakwa kapal lelaki itu menceroboh perairan Filipina.

Jurucakap bagi Presiden Benigno Aquino, Ricky Carandang menafikan dakwaan bunuh secara sengaja itu.

"Satu siasatan sedang dijalankan, justeru sebarang kenyataan awal yang cenderung untuk mengelirukan isu ini dan membangkitkan kemarahan perlu dielakkan," katanya. - AFP.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130518/lu_10/Kes-kematian-nelayan-Filipina-sangkal-dakwaan-Taiwan#ixzz2ThupvAxd
© Utusan Melayu (M) Bhd

2 maut nahas ngeri


18 Mei 2013
2 maut nahas ngeri
Anggota bomba dan orang ramai membawa salah seorang mangsa yang tersepit dalam kereta.
2 maut nahas ngeri
Pemandu Van, Sui Hong yang patah kedua belah kaki dibawa ke ambulans oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
2 maut nahas ngeri
Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 49 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu malam kelmarin.
PASIR PUTEH - Dua lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan negeri di Kilometer 49 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Wakaf Raja dekat sini, malam kelmarin.

Pemandu kereta, Fadzilhafizie Zakaria, 26, dari Kampung Pak Wong, Jerteh meninggal dunia di Hospital Jerteh jam 3 pagi semalam sementara rakannya, Tuan Mohd Rizuan Zakaria, 26, dari Kampung Telok, Alur Lintah, Jerteh meninggal dunia sejam selepas itu di Hospital Tengku Anis, di sini.

Kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu turut menyebabkan dua lagi penumpang kereta, Abdul Aziz Rapuzali, 23, dan Mohd Faisal Firdaus Harun, 23, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pemandu van yang membawa muatan alat ganti basikal dalam perjalanan dari Dungun ke Kota Bharu, Lee Sui Hong, 62, patah kedua belah kaki turut dirawat di HUSM.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada van dari arah Jerteh terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Perdana yang dinaiki empat lelaki.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya meminta saksi kejadian tampil membantu polis.

“Saya menasihati pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika melalui jalan tersebut kerana banyak kes kemalangan maut berlaku di kawasan itu,” katanya.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang diketuai Ketua Operasi, Kaharudin Yahya.

Penduduk, Mohd Zulani Sulaiman, 54, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia berada di rumah rakannya yang terletak hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

Katanya, penduduk sekitar sudah lali dengan kes kemalangan maut seperti itu kerana kawasan itu cukup berbahaya walaupun nampak lurus.

“Jika dilihat, jalan empat lorong itu seperti tidak berbahaya tetapi banyak kemalangan maut berlaku di situ, cari simpang Kampung Wakaf Raja hingga ke sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong.

“Saya terdengar dentuman kuat dan bergegas untuk melihat apa yang berlaku, ketika saya sampai kesemua mangsa masih berada dalam kereta.

“Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa sebelum anggota bomba sampai ke tempat kejadian, saya tidak tahu punca kejadian tapi percaya dua kenderaan itu bertembung yang menyebabkan bahagian depan kenderaan itu remuk teruk,” katanya.

Lelaki disyaki curi kabel diberkas



19 Mei 2013
Lelaki disyaki curi kabel diberkas
Suspek yang ditahan di pencawang TNB Kampung Raja.
KAMPUNG RAJA - Pasukan keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel di pencawang elektrik TNB di sini, kelmarin.

Suspek berusia 36 tahun diberkas sepasukan polis bantuan TNB di kawasan pencawang tersebut selepas kehadiran tetamu tidak diundang itu dikesan alat penggera TNB.

Difahamkan suspek dari Felda Tenang, Hulu Besut itu berjaya diberkas pada jam 4.55 petang ketika dipercayai mencuri keluli di kawasan tersebut selepas dikesan menceroboh kawasan larangan itu.

Ketika diberkas, pasukan keselamatan tersebut mendapati beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri, wayar dan keluli tembaga ada bersama suspek.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis pada jam 5.30 petang untuk tindakan lanjut dan laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Saringan air kencing juga mendapati suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Siasatan awal suspek mendakwa hanya kali pertama mencereboh tempat itu dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sementara itu menurut sumber, kejadian kecurian di pencawang tersebut telah berlaku hampir 10 kali melibatkan kehilangan tembaga di kawasan berbahaya itu sejak tahun lalu.

Rumah retak, siling bocor



18 Mei 2013
Rumah retak, siling bocor
Haminah kesal apabila rumahnya yang siap Februari lalu mengalami keretakan (dalam bulatan) pada bahagian dinding dan beberapa lagi kerosakan lain.
ROMPIN - Seorang peminjam Tabung Perumahan Peneroka Felda kesal dengan sikap lepas tangan sub kontraktor yang menjalankan kerja mengubah suai dan pembesaran rumahnya di Felda Keratong 4, di sini, yang didakwa berlaku banyak kerosakan sejak kediamannya itu siap Februari lalu.

Haminah Daud, 52, berkata, dia membuat pinjaman RM40,000 untuk mengubahsuai rumahnya, namun apabila siap, ia tidak seperti diharapkan.

Dakwanya, kerja pembinaan yang dijalankan tidak mengikut spesifikasi menyebabkan dinding rumahnya retak dan siling bocor.

"Saya percaya dinding retak kerana sub kontraktor gunakan kayu lama dengan alasan masih boleh digunakan, sedangkan pihak pengurusan Felda mengarahkan agar ia diganti baru.

“Saya tidak faham kenapa mereka masih gunakan tiang kayu lama, sepatutnya guna yang baru supaya lebih kukuh dan tidak berlaku keretakan selepas ia siap dibina,” katanya ketika ditemui, di sini.

Haminah berkata, lebih malang, sub kontraktor yang dilantik sebuah koperasi Felda untuk kerja pengubahsuaian itu seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat kepada pihak terbabit.

“Sudah tiga bulan masalah ini, tetapi masih tiada tindakan diambil. Dia (sub kontraktor) seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga tanpa memikirkan masalah yang saya hadapi,” katanya.

Haminah berkata, pihak terbabit juga pernah berjanji untuk membina beranda di hadapan rumahnya, namun tidak dibina, malah beberapa keperluan lain tidak dapat disediakan dengan sempurna.

Sebagai contoh katanya, saluran air pada bumbung yang dibina tidak mencukupi menyebabkan air hujan melimpah dan bertakung di hadapan pintu rumah jika hujan lebat.

"Saya juga terpaksa berhabis antara RM50 hingga RM60 sehari bagi menyediakan keperluan makan dan minum pekerja warga asing yang menjalankan kerja menyiapkan rumah tersebut.

“Sub kontraktor berjanji jika saya menyediakan makanan, dia akan bina beranda hadapan, tetapi apa yang dijanjikannya itu bukan saja tidak ditepati, malah kerja yang dibuatnya tidak memuaskan hati kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, jurucakap sub kontraktor itu berkata, pihaknya terlebih dahulu akan mengenal pasti kerosakan tersebut dan menelitinya dengan  lebih mendalam supaya ia dapat diselesaikan segera.

“Sebenarnya kami baru saja mendapat maklumat berhubung perkara ini dan saya sendiri akan ke rumah itu esok (hari ini) atau lusa (Ahad) untuk melihat kerosakan seperti yang didakwa,” katanya.

Tertembak rakan, buru kancil di hutan simpan



18 Mei 2013
KUALA LIPIS - Gara-gara terlalu asyik memburu kancil, seorang pemuda, 23 tahun, tidak menyedari tertembak rakannya sendiri di kawasan hutan simpan Sungai Yu, Merapoh di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, berikutan insiden yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Nazri Hadi, 40, maut, parah pada muka dan dada serta maut serta merta di tempat kejadian.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, suspek tertembak mangsa yang disangkanya seekor kancil.
"Suspek memberitahu ada terlihat dua mata melawan cahaya dipercayai haiwan buruan sebelum menembaknya. Haiwan itu bagaimanapun lari dan suspek bertindak mengejar serta melepaskan tembakan keduanya yang mengenai seekor kancil.
"Suspek kemudiannya memanggil mangsa untuk menyembelih kancil yang ditembak namun panggilan itu tidak disahut dan pergi semula ke lokasi tembakan pertama serta mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah," katanya.
Terdahulu, difahamkan mangsa dan suspek keluar menaiki motosikal dan berburu di hutan simpan berkenaan kira-kira jam 10 malam.
Tiba di lokasi, mangsa yang membawa selaras senjata api buatan sendiri menyerahkan senjata tersebut kepada suspek untuk menembak haiwan buruan sebelum berpecah dua.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, suspek menunggu hari cerah untuk keluar dari hutan dan selepas berbincang dengan ahli keluarga, suspek datang ke balai polis Merapoh bagi membuat laporan kejadian.
“Polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai selaras senapang patah buatan sendiri berhampiran mayat mangsa bersama seekor kancil.
“Polis turut menemui enam butir peluru penabur dalam beg digalas mangsa,” katanya.
Mayat mangsa kemudianya dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Mayat terbaring dalam tandas



19 Mei 2013
Mayat terbaring dalam tandas
Mayat yang ditemui terbaring di dalam tandas awam di pekarangan Bazar Mains.
SEREMBAN – Orang ramai yang sedang menjamu selera di pasar malam di pekarangan Bazar Mains di sini kelmarin gempar apabila seorang lelaki warga Indonesia ditemui terbaring di dalam tandas di bazar berkenaan.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu hanya disedari oleh orang awam yang ingin menggunakan kemudahan tandas di situ sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Pengawal keselamatan bazar berkenaan, Khairul Ridzuan Abdul Rashid berkata, dia bergegas pulang ke tempat kerja sebaik sahaja rakannya memaklumkan perkara itu.

“Ketika itu saya di Senawang dan kawan saya telefon beritahu ada orang terbaring di dalam tandas.

“Jadi saya bersama rakan dan ketua pengawal membuat pemeriksaan dan mendapati lelaki terbabit tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian itu lelaki dipercayai berusia lingkungan usia 50-an itu dilihat mundar-mandir di bazar ini sejak jam 6 petang.

Bagaimanapun Khairul Ridzuan berkata, keadaan lelaki itu tidak mencurigakan namun dia kelihatan letih seperti kurang sihat.

“Dia tidak buat apa-apa, tapi bila lama berjalan selepas itu dia mula duduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian berkata, kes tersebut tidak melibatkan unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai menghidap sakit jantung dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Padah dedah tubuh, lima di tahan Jaip



18 Mei 2013
KUANTAN - Lima wanita berusia antara 18 hingga 38 tahun antara 37 individu yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sekitar Kuantan, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Ab Malek berkata, wanita terbabit ditahan atas kesalahan berpakaian mendedahkan tubuh di khalayak ramai.

Menurutnya, perbuatan mereka adalah satu kesalahan mengikut Seksyen  183 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga  RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

“Dalam serbuan disertai 40 Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaip bermula kira-kira jam 5 petang 15 Mei hingga jam 2 pagi, 16 Mei lalu, kita turut menahan enam wanita berumur 21 hingga 34 tahun kerana minum arak.

“Lima wanita terbabit bersama enam lelaki berusia 23 hingga 50 tahun  ditahan dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Wong Ah Jang di sini,” katanya di sini, semalam.

Ahmad Rafli berkata, hasil ujian dan pemeriksaan ke atas 11 individu itu mendapati mereka berada di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 136 enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan enam sebatan,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi yang diketuai Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jaip, Mohd Anis Mohd Azmi, pihaknya  menahan 21 individu beragama Islam kerana berada dalam premis judi.

Menurutnya, kesemua lelaki berusia 37 hingga 80 tahun itu ditahan dalam beberapa premis judi sekitar bandar Kuantan yang diserbu.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum  RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Seorang maut, tujuh cedera



19 Mei 2013
Seorang maut, tujuh cedera
Pemandu Myvi ini tersepit dalam kereta sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.
Seorang maut, tujuh cedera
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
PASIR MAS – Seorang maut manakala tujuh yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kampung Bakong Luar, jam 5 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian adalah Suhaili Ismail, 38, iaitu pemandu kereta Myvi.

Manakala mangsa yang tercedera katanya, penumpang hadapan, Azhar Hasan, 47; isteri pemandu, Saifinah Mohd Yusof, 38; anaknya, Nur Aini Nazirah, 11, Ahmad Amrin Azfar, 9, Nor Amni Faqihah, 6, Ahmad Anaki Amsyar, 3 dan Ahmad Wafie, 8 bulan.

“Hasil siasatan awal mendapati Suhaili memandu kereta Myvi dari arah Pohon Tanjung ke Meranti, terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik. Kemalangan ini menyebabkan pemandu mengalami beberapa kecederaan parah dan maut di tempat kejadian,” katanya, semalam.

Beliau berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.46 pagi.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, katanya, seramai enam anggota ke tempat kejadian dengan satu jentera.

“Setibanya di sana, kami dapati mangsa lain berjaya dikeluarkan namun pemandu tidak dapat dikeluarkan kerana tersepit. Kita mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alat rescue,” kata Azuhan.

Aktor menggigil diacu pistol



Cannes (Perancis): Aktor pemenang Oscar, Christopher Waltz mengakui dia menggigil ketakutan ketika seorang lelaki tidak dikenali mengacu pistol ke arahnya dan mengancam untuk meletupkan studio ketika pelakon terbabit diwawancara secara langsung.

Waltz - memenangi Oscar untuk watak dalam dua filem arahan Quentin Tarantino - sedang diwawancara bersama seorang lagi aktor, Daniel Auteuil, apabila kedengaran dua das tembakan dilepaskan.


Rakaman detik itu menunjukkan penonton panik bertempiaran lari ketika pengawal keselamatan bergegas membawa Waltz dan Auteuil turun dari pentas. Bercakap kepada Daily Mail, Waltz memberitahu, untuk beberapa detik dia cemas dan bimbang dengan keselamatannya.

“Saya antara panel yang berada di pentas Studio Canal di tepi pantai apabila seorang lelaki mengacukan senjata api.


“Saya rasa senjata itu pistol dan dia melepaskan tembakan tetapi nasib baik tidak mengenai saya.


“Kemudian lelaki terbabit menjerit kepada saya dengan mengatakan dia ada bom tangan,” katanya ketika ditemui.

Foto
ANGGOTA keselamatan menahan penyerang terbabit.

Foto
WALTZ (kanan) dibawa ke tempat selamat.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku apabila anggota keselamatan bertindak pantas menahan penyerang terbabit. Waltz berkata, dia tidak tahu atau mengenali lelaki yang cuba menembaknya itu.


Sementara itu, saksi Arthur Laiguesse berkata, pengawal melompat melepasi penghadang dan menerpa penyerang sebelum menolaknya ke tanah. Tidak lama kemudian, katanya, polis tiba dan memberitahu semua orang agar pergi dari situ kerana mungkin ada bom.

Selepas diperiksa, polis mengesahkan lelaki terbabit hanya membawa pistol, bom dan pisau palsu.


Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dipercayai mengalami gangguan mental.


Pengacara rancangan France 24, Michel Denisot pula berkata, sejurus sebelum melepaskan tembakan, suspek berbisik kepada wanita di sebelahnya supaya pergi dari situ. - Daily Mail

Wanita mungkin dihukum mati



Jakarta: Seorang wanita Britain mungkin berdepan hukuman mati di Indonesia selepas ditahan menyeludup serbuk methamphetamine ke negara berkenaan dari China, kata pihak berkuasa semalam.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai AR ditahan di sebuah hotel di Surabaya, Jawa Timur bulan lalu bersama 1.47 kilogram dadah berkenaan. Jurucakap agensi antidadah Indonesia, Sumirat Dwiyanto berkata, disebabkan AR menyeludup dadah melebihi lima gram, dia mungkin berdepan hukuman mati.


Kes itu berlaku sebulan selepas seorang lagi wanita Britain, Lindsay Sandiford dijatuhi hukuman mati kerana cuba menyeludup kokain bernilai AS$2.4 juta (RM) ke pulau peranginan Bali.

Dalam kes terbaru itu, AR - yang tinggal di China - mengaku bahawa seorang lelaki Nigeria memintanya membawa dadah itu ke Indonesia. Kata Sumirat, lelaki Nigeria terbabit masih diburu. “Suspek turut mengenal pasti dua lagi individu yang perlu dihubunginya untuk menyerahkan dadah berkenaan di Surabaya dan Jakarta,” katanya.


Kedua-dua suspek terbabit sudah ditahan.


Kata Sumirat, AR dan dua suspek tempatan itu ditahan di ibu pejabat agensi berkenaan. - AFP

Kepala tikus dalam nasi goreng



Rui’an (China): Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin.

Penemuan itu menjadi sensasi apabial foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.


Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu. Dikatakan kepala tikus itu sebesar saiz jari kelingking orang dewasa.

Pengetua Sekolah Menengah Rui Xiang, Weng Heng Xuan memberitahu Beijing Times apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan pemeriksaan di sekolah itu pada 7 Mei lalu, mereka menemui rahang daripada seekor tikus bersaiz besar yang kelihatan seperti sudah dipanggang. Pihak berkuasa telah merampas sejumlah cendawan kering dan nasi pulut dari sekolah itu untuk siasatan lanjut.


Pegawai keselamatan makanan memberitahu wartawan kepala tikus itu ditemui bersama cendawan kering yang dipesan kantin sekolah daripada pembekal. Dia juga memberitahu menemui tulang dalam bungkusan cendawan kering, tetapi tidak dapat memastikan jenis haiwan berkenaan. - AsiaOne

Pelancong Britain maut minum racun disangka arak



Jakarta: Seorang pelancong Britain maut selepas meminum cecair beracun disangkanya alkohol ketika berfoya-foya di dalam hutan.

Cheznye Emmons, 23, sedang bersuka-ria bersama rakan-rakannya apabila meneguk minuman keras buatan tempatan tanpa menyedari bahawa botol berkenaan pernah diisi cecair methanol.


Teman lelaki mangsa, Joe Cook, 21, dan seorang lagi pelancong jatuh sakit dalam tempoh beberapa jam selepas meminum minuman itu.

Sumber polis berkata, Cheznye mengadu penglihatannya mulai kabur dan mereka berjalan selama berjam-jam untuk mencari klinik.


Katanya, Cheznye kemudian dibawa ke hospital dan diberikan rawatan sebelum dia koma.


Ibu bapa mangsa, Pamela dan Brendon dari Essex yang terbang ke Medan, Sumatera terpaksa membuat keputusan yang paling berat dalam hidup mereka untuk menghentikan mesin bantuan alat pernafasan anak mereka lima hari kemudian.

Sementara itu, kedai menjual minuman terbabit di Bukit Lawang yang terkenal dengan pelancong Britain sudah ditutup sementara polis dan penyiasat dari Kedutaan Britain melakukan siasatan. - Daily Mail

Lelaki China ditahan akibat didakwa hina al-Quran



Muzaffarabad: Seorang lelaki China ditahan selepas beratus-ratus penunjuk perasaan menyerang pejabat majikannya ekoran dakwaan dia menghina al-Quran, kata pihak berkuasa.

Pengurus pentadbiran sebuah konsortium China, Lee Ping dituduh oleh pekerja rakyat Pakistan mencampakkan al-Quran ke tanah.


Pegawai kanan polis, Sardar Gulfraz berkata, Lee dibawa ke tempat selamat selepas tunjuk perasaan tercetus di situ.

“Ada saksi mendakwa Lee mencampak barang milik pekerja tempatan, termasuk al-Quran,” katanya.


Lee adalah pegawai syarikat Neelum Ihelum yang terbabit dalam projek pembinaan stesen hidroelektrik di wilayah Kashmir yang ditadbir India.


Sardar berkata, Lee memindahkan barangan milik seorang doktor Pakistan selepas dia enggan mengosongkan biliknya untuk ke tempat baru.

“Doktor terbabit berbalah dengan pihak pengurusan syarikat mengenai pemindahan biliknya. “Dia enggan mengosongkan biliknya dan Lee mencampakkan semua barang miliknya dengan berang,” katanya.


Kira-kira 1,000 orang menyerang pejabat syarikat itu.

Sardar berkata, insiden itu berlaku tengah hari kelmarin ketika umat Islam bersedia untuk bersolat Jumaat.


“Mereka memecahkan tingkap kaca dan merosakkan kenderaan di syarikat itu. “Kami menghubungi polis bantuan untuk mengawal keadaan dan memindahkan Lee ke lokasi rahsia untuk dilindungi,” katanya. - AFP

Kumpulan bermotosikal tembak ketua polis



Kabul: Sekumpulan lelaki bermotosikal menembak mati seorang ketua polis yang terbabit dalam kempen memerangi Taliban, semalam.

Jurucakap kerajaan wilayah Farah berkata, Abdul Ghani baru saja memulakan pemanduan dari rumahnya ketika dua lelaki menunggang motosikal datang dan melepaskan tembakan. “Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan,” katanya.


Baru-baru ini Abdul Ghani melancarkan kempen menentang pemberontak di daerah Khaki Safad yang ditadbirnya.

Jurucakap itu berkata, operasi berkenaan berjaya membunuh dan menahan beberapa anggota serta pemimpin Taliban.


“Disebabkan Abdul Ghani aktif dalam kempen sebegitu, dia menjadi sasaran Taliban,” katanya. - AP

Kereta api berlanggar, 60 cedera



Petugas kecemasan memeriksa kerosakan dua buah kereta api komuter Metro North yang berlanggar di Fairfield, kelmarin. Kira-kira 60 orang cedera dalam kejadian tersebut. - AGENSI
NEW YORK 18 Mei - Sekurang-kurangnya 60 orang cedera dengan lima daripada mereka parah selepas dua buah kereta api di utara pinggir bandar New York City berlanggar pada waktu puncak, petang semalam.
Kejadian itu berlaku di bandar Bridgeport, Connecticut kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.
Seorang jurucakap bagi perkhidmatan komuter Metro North berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api yang sedang menghala ke bandar dan satu lagi menuju ke arah bertentangan menghala ke New Haven, Connecticut.
''Sebanyak 60 orang telah dikejarkan ke hospital,'' kata Gabenor Connecticut, Dan Malloy di dalam laman Twitternya.
''Lima daripada mereka dalam keadaan kritikal dengan seorang daripadanya amat serius,'' tambah beliau.
Seorang penumpang, Alex Cohen yang sedang menuju ke New York berkata, komuter itu berhenti secara tiba-tiba kemudian bergerak semula perlahan-lahan.
''Asap mula kelihatan menyebabkan para penumpang menjerit. Kami benar-benar terkejut. Mereka (pasukan penyelamat) terpaksa memecahkan tingkap bagi mengeluarkan kami,'' katanya.
Sementara itu, Malloy ketika ditemui pemberita berkata, kemalangan itu merupakan insiden yang amat serius, namun 'tiada sebab untuk mempercayai ia ada kaitan dengan hal-hal lain kecuali tidak disengajakan'.
Akhbar New York Post melaporkan, kemalangan itu berlaku di sepanjang landasan komuter yang sedang menjalani kerja-kerja baik pulih. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130519/lu_05/Kereta-api-berlanggar-60-cedera#ixzz2ThZ2eCoB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 pekerja kilang bunuh diri



Beijing: Tiga pekerja Foxconn membunuh diri di sebuah kilang di China sejak tiga minggu lalu, kata kumpulan hak asasi buruh dan media kerajaan semalam.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan melompat dari kilang elektronik yang beroperasi untuk syarikat gergasi Taiwan itu di bandar Zhengzhou, tengah China.


Agensi berita Xinhua melaporkan, seorang lelaki berusia 30 tahun dan sudah berkahwin membunuh diri Selasa lalu.

Pada 27 April lalu, seorang wanita di situ turut membunuh diri.


Tiga hari sebelum itu, seorang lelaki berusia 24 tahun membunuh diri situ.


Kumpulan hak asasi berkata, mereka masih belum mengetahui punca pekerja terbabit membunuh diri. Foxconn menghasilkan produk untuk syarikat Apple, Sony dan Nokia menjadi masyhur selepas kes bunuh diri dan konflik buruh berlaku di kilangnya di China sejak 2010.

Pada 2010, sekurang-kurangnya 13 pekerja Foxconn di China mati membunuh diri dan insiden itu dikaitkan dengan bebanan kerja berat.


Walaupun Foxconn menafikan tuduhan itu, syarikat terbabit menaikkan gaji pekerjanya di China hampir 70 peratus pada 2010.

Foxconn ialah pembuat komponen komputer terbesar dunia dan mempunyai 1.1 juta pekerja di China. - AFP

Bisa ‘objek terbang’

Oleh SAFURI KAMARUDIN
Baling: “Saya tiba-tiba rasa sakit sebelum melihat darah berlumuran pada muka dan membasahi pakaian sekolah lalu terus memanggil ibu dua kali kerana mahu pitam dan berpaut tiang gol di padang bola bagi mengelak rebah.”
Begitu kata murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong, Nuralia Shamimi Mohd Jefri, 10, apabila menerima 14 jahitan pada muka selepas terkena ‘objek terbang’ ketika berjalan pulang ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolahnya.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari Selasa lalu, selain pendarahan teruk akibat cedera pada muka, Nuralia patah tulang hidung berikutan objek misteri dipercayai besi ‘hinggap’ tepat pada mukanya.
Nuralia dari Kampung Terbak, Mukim Siong berkata, sebaik tamat sesi persekolahan, dia berjalan bersama dua rakan, Nur Ainun Mardiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Thaqifah Samsuri, 10, ke rumah masing-masing melalui kawasan padang bola sekolah.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, ketika berjalan, sebuah ‘objek’ terbang dan terkena mukanya menyebabkan dia hampir pengsan, tetapi sempat berpaut pada tiang gol.

“Objek itu betul-betul kena di muka dan tidak tahu datang dari arah mana. Sebaik melihat muka saya berlumuran darah, dua rakan saya berlari ke sekolah semula untuk memaklumkan kejadian kepada guru sebelum dihantar ke hospital.
Foto
KESAN kecederaan pada muka Nuralia akibat terkena objek terbang dipercayai besi.
“Saya tidak tahu nak buat apa kerana darah keluar begitu banyak sambil menangis kerana terlalu sakit dan rasa kebas. Saya hanya memanggil ibu sebanyak dua kali. Mujur saya bersama rakan, kalau seorang diri tentu keadaan lebih teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ditanya apakah objek yang terkena pada mukanya, Nuralia berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah akibat kesakitan teruk.
“Namun kawan cakap, objek itu mai (datang) dari sebuah traktor mesin rumput dekat padang sekolah. Mereka nampak, objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.

“Dua rakan saya sempat elak, tapi saya tak nampak objek itu lalu terus kena muka. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kedudukan kami,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, ketika kejadian menimpa anaknya, dia menggoreng pisang di gerai milik rakannya.

Menurutnya, guru sekolah menghantar Nuralia ke Hospital Baling dengan segera sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.

“Doktor memaklumkan kedalaman luka Nuralia hampir dua sentimeter dan ada sedikit retakan di tempurung kepala.

“Nuralia kini diberi cuti sakit selama 38 hari dan akan menjalani rawatan susulan, termasuk pemeriksaan mata dan kepala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Jun depan,” katanya.

Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV



Empat Geng Susu Kangkang dirakam keluar dari pasar raya besar di Taman Pelangi, Kajang selepas mencuri susu formula, bayi pada 12 Mei lalu.
KUALA LUMPUR 18 Mei - Polis sedang memburu empat penjenayah yang dipercayai saki-baki ahli Geng Susu Kangkang yang aktif mencuri susu formula bayi di pasar raya besar di sekitar daerah Kajang baru-baru ini.
Difahamkan, penjenayah terbabit diketuai seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang meneruskan kegiatan itu setelah beberapa rakan mereka ditahan polis dalam satu operasi besar-besaran sekitar Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, setakat ini polis mengesyaki kumpulan penjenayah itu seramai empat orang termasuk tiga wanita berusia 30 hingga 40 tahun.
“Modus operandi kumpulan ini sama seperti penjenayah yang ditahan tahun lalu iaitu menyorokkan susu di celah kangkang. Wanita itu akan berpakaian baju besar sama ada baju kurung atau jubah longgar untuk memudahkan kerja menyeludup keluar susu.
“Mereka juga akan melakukan kerja itu secara berkumpulan dengan suspek lelaki bertindak sebagai pemerhati untuk mengelak jenayah itu dikesan petugas pasar raya atau orang awam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Geng Susu Kangkang dikesan kembali aktif di sekitar Kajang apabila seorang pengawal keselamatan membuat laporan polis susulan kes curi barangan itu di sebuah pasar raya besar di Kajang.
Pada Ogos lalu, polis memberkas lapan ahli kumpulan itu yang dipercayai mencuri 160 kotak susu tepung berjenama dianggarkan berjumlah RM12,800 di sekitar Kajang.
Siasatan polis kemudian percaya suspek mempunyai kaitan dengan lima individu yang ditahan selepas mencuri susu tepung pelbagai jenama dari dua kedai runcit di Perlis, beberapa bulan sebelum itu.
Mengulas lanjut, Ab. Rashid memberitahu, setakat ini, polis telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya berkenaan dan sedang menjejaki suspek.
“Kita telah mendapat rakaman dan kerjasama pasar raya berkenaan dan setakat ini polis sedang membuat proses pengecaman wajah-wajah suspek berdasarkan CCTV itu," katanya.

2 cedera serangan di balai polis



KERETA yang dipercayai digunakan oleh sekumpulan lima lelaki yang menyerang dua lelaki dalam satu kejadian di pekarangan Balai Polis Labis, semalam.
LABIS 18 Mei - Dua lelaki termasuk seorang yang dipercayai anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Balai Polis Labis di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka dan isteri anggota polis tersebut yang menaiki sebuah kereta dipercayai ditahan seorang lelaki ketika memandu di Jalan Labis-Segamat, kira-kira dua kilometer dari Balai Polis Labis.
Beliau berkata, sebaik sahaja mangsa keluar dari kereta, dia ditetak oleh seorang lelaki lain yang datang dari arah belakang.
“Melihat keadaan itu, rakan mangsa yang memandu kereta tersebut bertindak memecut kereta menuju ke Balai Polis Labis untuk mendapatkan perlindungan dan membuat laporan tentang kejadian itu.
“Namun, mereka telah diekori oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta. Kumpulan itu kemudian bertindak menyerang rakan mangsa yang dipercayai anggota polis sebaik dia keluar dari kenderaan di kawasan balai. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan parang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd. Kamil berkata, berikutan itu, lima lelaki yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan di tempat kejadian bersama empat bilah parang bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Segamat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, polis masih menyiasat punca dan motif kejadian namun tidak menolak kemungkinan serangan tersebut berpunca daripada dendam dan masalah peribadi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130519/je_01/2-cedera-serangan-di-balai-polis#ixzz2ThUgO3Va
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kakitangan MPPP menyamun kerana terdesak

Georgetown: Terdesak kerana kesempitan wang, seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) nekad melakukan samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Lebuh Pantai, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, suspek yang bersenjatakan sabit dan menutup muka menggunakan baju pergi ke premis berkenaan berseorangan.

Menurut sumber, suspek mengacukan sabit ke arah pekerja dan mengarahkannya supaya menyerahkan semua wang tunai yang ada.
“Bimbang dicederakan, pekerja premis terbabit kemudian menyerahkan semua wang bernilai RM40 sebelum suspek bergegas melarikan diri.

“Suspek menaiki kereta Perodua Myvi yang diletakkan di luar premis dan perbuatannya yang mencurigakan serta tergesa-gesa dilihat polis yang kebetulan meronda di situ,” katanya.

Menurutnya, polis mengejar suspek dan berjaya menahannya di satu persimpangan lampu isyarat di Lebuh Carnavon, dan hasil pemeriksaan menemui peralatan digunakan suspek ketika melakukan samun.
“Hasil pemeriksaan polis menemui sabit serta baju digunakan suspek ketika menyamun selain wang tunai yang dilarikan daripada pekerja premis.

“Suspek dibawa ke balai polis dan hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.
Menurutnya, semakan juga mendapati suspek berusia 26 tahun itu adalah kakitangan penguat kuasa MPPP serta sudah berkahwin dan tinggal di Ayer Itam.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kesempitan wang hingga memaksanya melakukan samun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan (KK). Kita juga masih menunggu ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek,” katanya.

Kilang cat hangus

Kapar: “Sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya lihat api marak dari sebuah kilang. Sebaik tiba di kawasan itu, saya terdengar bunyi letupan dan bomba melarang orang ramai menghampiri kawasan itu,” kata saksi sebuah kilang cat terbakar di Jalan Sungai Puloh, Batu 5 Jalan Kapar, di sini, malam kelmarin.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mahabur, 28, berkata, letupan kuat itu menyebabkan kawasan kejadian bukan saja dipenuhi anggota bomba yang bertungkus-lumus memadam kebakaran, malah orang ramai turut berhenti menyaksikan kejadian.

Dalam kejadian jam 8.15 malam, kilang cat itu terbakar menyebabkan bekalan cat dan cecair kimia di sekitar kilang meletup dan terpelanting ke jalan dan kilang berhampiran.
Namun sewaktu kejadian, tiada pekerja di kawasan berkenaan dan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam jam 8.40 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya melihat api marak selain berlaku letupan, dipercayai berpunca daripada tong cat dan cecair kimia di kawasan kilang.
“Api dikawal sepenuhnya jam 12.06 tengah malam kerana sewaktu kejadian, bomba sukar menghampiri tempat kejadian memandangkan letupan masih berlaku dan membahayakan anggota yang bertugas.

“Bomba perlu mengawal api terlebih dulu dari tiga penjuru bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan lain sebelum api dikawal sepenuhnya,” katanya.
Katanya, operasi diketuai Penguasa Bomba Mustakim Rimon bersama empat pegawai dan 42 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Kota Raja, Andalas, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Kota Anggerik dan Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, pemilik kilang berada di Johor sewaktu kejadian dan hanya mengetahui kilangnya terbakar selepas dimaklumkan bomba.

Katanya, pasukan forensik bomba dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat punca kejadian dan setakat ini jumlah kerugian masih dalam siasatan.

5 kritikal kereta api berlanggar



Fairfield (New York): Dua kereta api bandar raya New York berlanggar di Connecticut ketika waktu puncak petang semalam, menyebabkan 60 orang dihantar ke hospital, termasuk lima yang dalam keadaan kritikal, kata Gabenor Connecticut, Dannel Malloy.

Kira-kira 700 orang berada dalam kereta api Metro-North yang dalam perjalanan dari New York City ke New Haven, timur bandar raya itu apabila ia tergelincir kira-kira jam 6.10 petang.


Kereta api itu kemudian dirempuh oleh sebuah lagi kereta api dari New Haven menuju ke Stesen Grand Central di landasan bersebelahan.

Jurucakap pihak berkuasa pengangkutan Metropolitan, Aaron Donovan berkata, beberapa gerabak kereta api kedua turut tergelincir akibat rempuhan itu.


Lola Oliver, 49, dari Bridgeport menaiki sebuah daripada kereta api berkenaan apabila nahas menyebabkan dia tercampak dari tempat duduknya.


“Apa yang saya tahu, saya sudah tercampak ke udara, melanggar tempat duduk, terbuai, melayang ke lorong di antara tempat duduk dan akhirnya berhenti atas satu tempat duduk. “Saya hanya berpaut erat kerana merasakan kereta api berkenaan menggelongsor,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lola berkata, semuanya berlaku dengan pantas.


Polis malam semalam belum dapat memastikan punca kereta api pertama itu tergelincir dari landasan. Malloy pula berkata, berkata tiada sebab lain untuk dipercayai selain ia adalah satu kemalangan. “Kami sangat bimbang dengan kecederaan dan akan membuka semula sistem itu,” katanya dari tempat kejadian kira-kira tiga jam selepas nahas.

Gabenor itu berkata, kebanyakan penumpang hanya cedera ringan tetapi ada antara mereka yang cedera parah, termasuk seorang daripadanya “sangat kritikal”. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional menghantar pasukannya untuk siasatan. - AP

Buru suspek kes bunuh

Seremban: Polis negeri ini memburu seorang lelaki dipercayai suspek utama yang mengelar leher seorang pemuda sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah pusat karaoke di Terminal 2, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki berusia 20-an itu yang berasal dari negeri ini menghilangkan diri selepas kejadian.

“Kami masih memburu suspek utama yang dipercayai mencederakan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dan kami yakin dia akan ditahan tidak lama lagi.
“Kami masih menyiasat punca dan motif serangan serta merayu sesiapa yang ada maklumat supaya segera menghubungi polis,’’ katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis mengenal pasti suspek dan memintanya menyerah diri segera di balai polis berhampiran atau diburu polis.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah pusat karaoke.
Dalam kejadian jam 2 pagi, Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, bersama empat rakan lelaki dan tiga wanita pergi ke pusat karaoke itu.