Search This Blog

Sunday, May 12, 2013

Pembantu kedai maut terkena 10 das tembakan




12 Mei 2013
KULIM - Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan, di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas malam tadi.
 
Mangsa yang dikenali sebagai K.Thangaraja, 31, dari Taman Perak di sini dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah lebuh raya Butterworth-Kulim, sebelum diserang pada pukul 8.43 malam.
 
"Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bersenjatakan pistol mendekati kereta Perodua Alza yang disewa mangsa, yang sedang berhenti di persimpangan tersebut. Suspek kemudiannya melepaskan l0 das tembakan ke arah mangsa.
 
"Beberapa das tembakan mengenai muka dan lengan mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh ketika di hubungi hari ini.
 
Beliau berkata pihak polis menjumpai 10 kelongsong peluru berukuran 9 mm di dalam kereta dan kawasan kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
 
Mangsa dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dipercayai baharu berpindah di taman tersebut.  - Bernama

Sebuah bilik di Kuarters Kerajaan Jalan Duta terbakar




12 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Sebuah 'bilik sembahyang' di sebuah unit di Tingkat 14, Blok F, Kuarters Kerajaan Jalan Duta di sini terbakar pagi tadi.    

Penghuninya A.Vijayan, 54, seorang pegawai penerangan di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata sebuah pelita yang ditinggalkan di bilik itu mungkin menjadi punca kebakaran kira-kira 7.45 pagi itu.
   
"Ketika keluar rumah, saya juga ada meninggalkan pelita dalam keadaan menyala dan mungkin itu menjadi punca bilik sembahyang saya terbakar," katanya yang bergegas pulang apabila diberitahu tentang kejadian tersebut oleh anak sulungnya.
   
Beliau yang mendiami kuarters berkenaan sejak 10 tahun lepas berkata beliau bersama isteri dan seorang anak lelakinya pergi ke pasar dan meninggalkan dua anak perempuannya yang sedang tidur.
   
Dua beradik tersebut hanya menyedari kejadian itu apabila dikejutkan jiran yang melihat asap tebal keluar dari tingkap bilik air unit tersebut.

Mohd Syamim Azmeer Sabaruddin, 23, berkata beliau yang baharu keluar dari lif di tingkat berkenaan pada mulanya melihat seorang kanak-kanak sedang mengetuk pintu rumah itu.
   
"Saya juga mengetuk pintu rumah jiran saya itu. Pintu hanya dibuka beberapa minit kemudian oleh dua orang anak jiran saya sebelum kami bergegas turun ke bawah untuk menyelamatkan diri dan menghubungi bomba," katanya kepada pemberita.
   
Sebelum pihak bomba dan penyelamat tiba, kebakaran turut dikawal oleh para jiran dengan menggunakan alat pencegahan yang terdapat di premis berkenaan.    

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 pagi dan menghantar 26 anggota dan tiga jentera dari balai Sentul dan dua dari balai Hang Tuah.
   
Pihak penyelia kuarters tersebut berkata mangsa sekeluarga akan diberi penempatan sementara di blok lain sebelum diberi unit baharu. - Bernama

Remaja maut, tiga rakan cedera ketika berlumba

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut manakala tiga lagi rakan sebayanya cedera dalam kemalangan motosikal di Kilometer 308.3 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Kuala Lumpur menghala Seremban, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Serdang, awal pagi semalam.
Difahamkan, sebelum terbabit dalam nahas itu, kumpulan remaja berkenaan dipercayai sedang berlumba.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, remaja yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikalnya melanggar pembahagi jalan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, ketika kejadian, keempat-empat remaja itu bersama seorang lagi individu dipercayai terbabit dalam perlumbaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mereka bergesel sesama sendiri dan hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian remaja yang terbabit dalam kemalangan itu kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa dan tiga rakan yang tercedera.

Lapor polis dakwa dihalang mengundi



Kuala Lumpur: Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Dewan Ekonomi (IRIMM) dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) membuat dua laporan polis terhadap kumpulan yang menahan serta menghalang individu untuk membuang undi dalam proses pilihan raya pada 5 Mei lalu.

Dua laporan yang dibuat secara serentak itu bagi mendesak siasatan dan tindakan dikenakan kepada kumpulan itu yang secara salah di sisi undang kerana menahan tanpa kuasa.


Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pihaknya menerima aduan selain bukti terhadap tindakan kumpulan itu dalam bentuk gambar dan sedutan video.

Katanya, tindakan kumpulan itu jelas menyalahi undang-undang berikutan mereka tidak mempunyai kuasa berbuat demikian, selain menghalang rakyat di negara ini mengeluarkan undi.

Umpan GRO warga asing

Puchong: GRO antarabangsa. Itu taktik digunakan sebuah pusat hiburan di sini yang hanya menggajikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing, termasuk dari Russia, bagi menarik pelanggan.
Difahamkan, pusat hiburan yang baru beroperasi seminggu lalu itu hanya menggajikan GRO warga asing bagi menepati cita rasa pelanggan.
Hasil risikan dan maklumat orang awam, sepasukan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 11 malam kelmarin.
Jurucakapnya berkata, dalam serbuan itu, 21 GRO yang leka melayan pelanggan dicekup dan tiga daripada mereka adalah pondan.
“Daripada 21 ditahan, 18 adalah warga Thailand, dua Russia dan seorang dari China berusia antara 20 hingga 25 tahun.
“Risikan mendapati semua GRO terbabit menawarkan pakej RM180, termasuk khidmat seks kepada pelanggan,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan, lebih 50 pelanggan berusia antara 25 hingga 45 tahun berada di pusat hiburan itu.
Katanya, semua GRO ter babit ditahan mengikut Seksyen 55B dan 39 (b) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial, manakala dua daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Mereka dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Penyamun lembu kantoi



Lenggong: Tiga ‘penyamun lembu’ gagal melarikan tiga haiwan milik penduduk di sini, malam kelmarin, selepas gerak-geri mereka berjaya dihidu penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung Bukit Sapi, tiga penyamun itu menumbangkan tiga lembu dengan menggunakan ubat pelali di satu kawasan ladang kelapa sawit di kampung berkenaan.


Bagaimanapun, kejadian itu disedari penduduk yang kemudian menjalankan gerakan rondaan, membuat sekatan jalan raya dan mengepung kawasan itu.

Difahamkan, tiga penyamun itu tiba di ladang berkenaan jam 7 malam dengan sebuah kereta jenis Proton Wira sebelum dua daripada mereka menembak dan melapah lembu, sementara seorang lagi menunggu di warung kopi di Kampung Gua Badak.


Penternak lembu Mohd Latif Ali, 50, berkata, setengah jam selepas lembu ditembak, seorang penduduk memaklumkan kepadanya bahawa lembu itu milik iparnya.


“Sejurus menerima maklumat berkenaan, saya bersama beberapa penduduk lain memeriksa lembu itu sebelum memasang perangkap untuk menangkap penyamun, termasuk menghubungi Balai Polis Lenggong.

“Sebahagian penduduk sudah menunggu di sekitar lembu itu manakala yang lain membuat sekatan jalan raya dan rondaan di sekitar kampung,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sementara itu, Zainudin Ghazali, 56, berkata, sejam selepas kejadian, seorang penduduk memaklumkan dia terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali minum di warung kopi sebelum dilihat bergegas memecut kenderaan meninggalkan warung itu, jam 8 malam.

“Bagaimanapun, kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori berhampiran simpang tiga ke Kampung Bukit Sapi, menyebabkan kereta itu remuk teruk.


“Pemandunya kemudian meloloskan diri ke arah hutan berdekatan. Penduduk bersama lapan anggota polis memburu ketiga-tiga suspek sehingga jam 11.30 malam, namun gagal ditemui,” katanya.


Zainudin berkata, suspek dipercayai sindiket geng curi lembu kerana sekitar jam 3 petang hari sama, mereka melarikan seekor lembu milik penduduk di Kampung Cherakoh, Raban, di sini.


Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menggunakan kereta curi yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang.


“Kami masih memburu suspek dan percaya mereka masih ada di daerah ini,” katanya.

Dapur ranap dihempap pokok



Parit:“Mak cik sangka hujan biasa, namun selang beberapa minit ribut petir melanda sebelum bahagian dapur rumah mak cik ranap ditimpa pokok nangka,” kata seorang warga emas, Saerah Pilus, 68, mangsa banjir kilat di Kampung Raja di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 4 petang hingga 7 malam itu, empat rumah dinaiki air sedalam 0.1 meter.


Saerah ketika ditemui semalam berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah dapur.

Katanya, pada mulanya dia menyangka bunyi petir, namun sejurus mendapati bahagian dapur rumahnya ranap ditimpa pokok menyebabkan dia kerugian lebih RM3,000.


“Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Sementara itu, Rosidah Isa, 52, berkata, hujan lebat selama tiga jam itu menyebabkan rumahnya dimasuki air sehingga paras betis.

Katanya, ia kejadian kedua selepas Februari lalu dan banjir kali ini lebih teruk kerana membawa bersama lumpur.


“Saya terpaksa memohon cuti kerana perlu membersihkan rumah yang dipenuhi air lumpur dan kekotoran akibat banjir itu.

“Memang menyedihkan kerana setiap kali hujan lebat, pasti rumah kami dinaiki air,” katanya.


Beban dihadapi mangsa banjir kilat itu sedikit terubat apabila Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Zaim Abu melawat mereka selain menghulurkan sumbangan.


Mohd Zaim berkata, kampung berkenaan sering dilanda banjir terutama apabila musim tengkujuh.


Beliau berkata, pihaknya mendapati banjir kilat itu berpunca daripada saluran perparitan yang agak sempit menyebabkan air mudah limpah seterusnya memasuki kediaman penduduk.


“Dalam kejadian banjir kilat pada Februari lalu, ada penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana keadaan yang berbahaya selain air lambat surut.


“Saya akan memberi jaminan kejadian itu tidak akan berulang lagi berikutan Jabatan Pengairan dan Saliran sudah membuat beberapa langkah pencegahan banjir di kawasan itu termasuk membersihkan perparitan dan mendalamkan sungai bagi melancarkan pergerakan air,” katanya.

Pelakon disamun di stesen minyak



Kuala Lumpur: “Saya merayu dikasihani tapi mereka mengugut mahu rampas beg bimbit pula,” kata pelakon, Suriati Baharom, 42, menceritakan detik cemas dia disamun sekumpulan empat lelaki bermotosikal di depan sebuah stesen minyak di sini, pagi semalam, ketika dalam perjalanan membeli barang.

Dalam kejadian jam 7 pagi, Suriati berkata, dia berhenti di stesen minyak berkenaan untuk membeli minuman.


“Selepas membeli minuman di kaunter stesen minyak itu dan menoleh ke belakang, saya lihat empat motosikal dinaiki remaja berusia 20-an berpusing-pusing mengelilingi kereta saya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian melihat seorang daripada lelaki itu memecahkan cermin sebelah penumpang lalu mengambil telefon Samsung Galaxy Tab miliknya yang diletakkan di tempat letak kaki sebelah penumpang.


“Saya berlari ke arah kereta sebelum merayu dikasihani, namun empat lelaki itu hanya ketawa sebelum seorang daripada mereka mengugut merampas beg bimbit yang digalas.


“Saya yang ketakutan berlari semula ke kaunter stesen minyak itu bagi mendapatkan bantuan,” katanya sambil menambah, pekerja stesen minyak itu juga bagaikan tergamam dan tidak tahu berbuat apa-apa.


KERETA dipecah penyamun untuk merampas telefonnya.

Menurutnya, dia bernasib baik apabila sebuah teksi berhenti di stesen minyak, menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri walaupun dia kerugian lebih RM1,500.


“Dengan bantuan pemandu teksi terbabit dan tiga lagi pemuda yang datang ke stesen minyak itu, saya dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.


Katanya, biarpun masih trauma dengan insiden berkenaan, dia bersyukur kerana tidak cedera dan menasihatkan orang ramai, terutama wanita, supaya lebih berhati-hati.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan.

Bunuh nenek sendiri

Foto
BAPA saudara suspek, Mohd Ghani Zakaria melihat kesan darah selepas Che Minah dan anaknya, Che Rahmah ditumbuk suspek di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, semalam.

Tumpat: Hari Ibu yang sepatutnya disambut gembira di seluruh negara hari ini menjadi peristiwa paling hitam buat seorang wanita apabila ditumbuk anak lelakinya hingga cedera, manakala ibunya mati dibelasah suspek di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, pagi semalam.
Kejadian jam 7 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan mengamuk sebelum menumbuk ibunya, Che Rahmah Che Will, 60, dan neneknya, Che Minah Che Hassan, 84.
Che Minah maut di tempat kejadian akibat pendarahan dalaman di kepala selain cedera di telinga kiri serta lebam di mata kanan, manakala Che Rahmah lebam di mata kiri dan dahi kanan.

Berikutan itu, Che Rahmah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk mendapat rawatan dan kini dilaporkan stabil, manakala mayat Che Minah dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut ahli keluarga.


Cucu Che Minah yang melihat kejadian itu, Farish Danish Farid, 8, berkata, ketika kejadian dia bersama ibunya tidur di bilik di tingkat atas sebelum terdengar jeritan suspek di tingkat bawah.

2 penyokong terbunuh



Puerto Princesa (Filipina): Dua orang terbunuh, termasuk pegawai majlis perbandaran dan sekurang-kurangnya enam lagi cedera dalam insiden tembak-menembak di antara penyokong dua calon datuk bandar di bandar Bataraza, kata polis.

Menurut jurucakap polis Filipina, beberapa penyokong bersenjata dua calon yang bertanding itu turut ditahan malam kelmarin.
Katanya, dua mangsa yang terkorban ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Bataraza, Alrazid Balidin dan anak perempuan pentadbir kampung, Myra Ossop Bazari, 16.

Jurucakap polis Pearl Lamban Marzo berkata, insiden itu berlaku jam 11.45 malam di Kampung Igang-Igang. - Philippines Inquirer

Jambatan runtuh hempap pikap



Bangkok: Sebuah treler 18 roda merempuh jambatan laluan pejalan kaki sebelum binaan itu runtuh dan menghempap lori pikap yang kebetulan lalu di bawahnya, menyebabkan pemandu kenderaan itu terbunuh pagi kelmarin.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di daerah Thawi Watthana, Bangkok.
Lori yang membawa sebahagian pelantar minyak itu merempuh jambatan yang berketinggian enam meter dari jalan raya.


Jambatan itu terangkat dari tiang penyokongnya sebelum jatuh menghempap kenderaan yang lalu di bawah.
Menurut pegawai Balai Polis Thammasala, Wasan Mankong, pemandu trak pikap berkenaan mati di tempat kejadian.

Pemandu lori, Thanongsak Sathitpao, 43, dalam perjalanan membawa jentera gerudi itu ke Hat Yai di Songkhla.

Menurutnya ada tiga lagi lori turut membawa peralatan sama dan sebuah kereta polis hanya mengiringi kenderaan mereka separuh jalan.

Kemalangan berlaku jam 3 pagi dan mengambil masa sehingga jam 2 petang semalam untuk membersihkan tempat kejadian. - Bangkok Post

Askar dalang rompak



Jakarta: Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) disyaki menjadi dalang dalam kes rompakan van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai berjumlah 5.49 bilion rupiah (RM1.6 juta) kata pihak berkuasa semalam.

Suspek, Korporal Darojdat yang ditahan di Cianjur, Jawa Barat didakwa merompak wang tunai milik empat bank dalam kejadian pada 27 April lalu.
Dia diarah mengawal van terbabit ketika ia dalam perjalanan ke 11 lokasi mesin juruwang automatik (ATM) di Bandung.

Polis mengesyaki suspek merancang melakukan jenayah itu dengan bantuan dua lagi rakannya, Agus dan Defri tiga minggu sebelum kejadian.


Ketua Polis Bandung Abdul Rakhman Baso berkata, pada hari kejadian, Agus dan Defri mengekori van yang diiringi suspek kira-kira jam 7 petang.


Katanya, di dalam kenderaan itu terdapat dua petugas PT Securicor Indonesia dan seorang pemandu van berkenaan.

Selepas dua petugas mengisi wang di ATM di Jalan Sunda, kata Rakhman, Agus dan Defri tiba-tiba muncul mengacukan pisau dan pistol ke arah mereka.

“Suspek berpura-pura tidak mengenali dua rakannya yang melakukan jenayah itu,” katanya.- Jakarta Post

Bomoh tua kemaruk seks



WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Mei 2013
Bomoh tua kemaruk seks
Deputi Superintendan Johari Jahaya
ROMPIN - Gara-gara ingin mendapatkan zuriat, seorang kerani sebuah syarikat swasta yang menjalani rawatan tradisional dicabul seorang bomoh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa berusia 31 tahun itu dipercayai dicabul suspek kira-kira jam 6.15 petang di dalam bilik air rumah mangsa di Muadzam Shah.

Menurutnya, suspek berusia 62 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sedang memandikan mangsa, kononnya sebagai rawatan pemulihan.

“Semasa memandikan mangsa, suspek memeluk, meraba dan mencium mangsa sebanyak dua kali,” katanya.

Bagaimanapun Johari berkata, wanita terbabit tidak berani melawan kerana menganggap ia sebagai prosedur yang perlu dijalaninya bagi mendapatkan rawatan tersebut.

“Mangsa yang berasa curiga kemudiannya mengadu kepada suaminya yang dia dicabul bomoh tersebut dan setelah berbincang mereka memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Johari berkata, mangsa dan suaminya itu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah pada jam 2.30 petang, Rabu lalu.

Beliau berkata, polis kini menahan reman suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Remaja maut, 3 cedera kemalangan motosikal awal pagi ini




11 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan motosikal di Km308.3, Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban, berhampiran Hentian Rehat Serdang awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Mohamad Asri Mohamad Desa, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abdul Razak Elias berkata ketika kejadian, keempat-empat remaja itu bersama seorang lagi individu dipercayai terlibat dalam perlumbaan motosikal.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mereka bergesel sesama sendiri dan hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Bagaimanapun, individu kelima itu dipercayai melarikan diri.
Abdul Razak berkata tiga penunggang motosikal yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan manakala mayat Mohamad Asri dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. - Bernama

Penunggang maut, motosikal bertembung pacuan empat roda



11 Mei 2013
TAWAU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Dr Yamamoto, di sini semalam.
Andi Baso Andi Nalol, 37, meninggal dunia di Hospital Tawau pada pukul 7.30 malam susulan kecederaan parah yang dialaminya dalam nahas itu.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kejadian berlaku pukul 5.30 pagi.
Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda itu yang datang dari arah Jalan Mawar ke Jalan Tengku Osman masuk secara tiba-tiba ke laluan motosikal tersebut, menyebabkan pertembungan, katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama

2 lelaki cedera parah ditembak



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Dua lelaki cedera parah ditembak oleh satu kumpulan samseng susulan insiden pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia, Cheras dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam  7.30 malam itu dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun terebut menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, tindakan tersebut menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil sebelum kedua-dua mangsa melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, dipercayai tiga ahli kumpulan samseng itu mengejar kedua-dua mangsa itu sejauh kira-kira 600 meter sebelum ditembak.

"Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kedua-dua mangsa. Kedua-dua mangsa terkena tembakan di bahagian perut, salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam longkang selepas terkena tembakan itu," katanya.

Menurutnya, polis menjumpai satu kelongsong peluru, sebilah parang dan kasut sukan berhampiran dengan lokasi mangsa ditembak.

"Kami masih menyiasat motif sebenar kejadian. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan, keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

2 lelaki cedera parah ditembak



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Dua lelaki cedera parah ditembak oleh satu kumpulan samseng susulan insiden pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia, Cheras dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam  7.30 malam itu dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun terebut menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, tindakan tersebut menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil sebelum kedua-dua mangsa melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, dipercayai tiga ahli kumpulan samseng itu mengejar kedua-dua mangsa itu sejauh kira-kira 600 meter sebelum ditembak.

"Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kedua-dua mangsa. Kedua-dua mangsa terkena tembakan di bahagian perut, salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam longkang selepas terkena tembakan itu," katanya.

Menurutnya, polis menjumpai satu kelongsong peluru, sebilah parang dan kasut sukan berhampiran dengan lokasi mangsa ditembak.

"Kami masih menyiasat motif sebenar kejadian. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan, keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Seorang lelaki ditahan berhubung kes bunuh Timbalan KP Kastam



AHMAD ISMADI ISMAIL
12 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 26 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi semalam.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Sebelum ini, polis telah merakam percakapan 35 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi 26 April lalu,  Shaharuddin mati akibat ditembak dua lelaki yang bermotosikal semasa Allahyarham dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, polis turut menahan dua lelaki berusia 35 dan 40 tahun bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman di Bulatan Billion Cheras pada jam 11.30 pagi, 26 April lalu.

"Suspek berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan," katanya.

Mangsa, R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Kejadian itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.

Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke rumahnya di Taman Puchong Hartamas.

Polis percaya kemungkinan mangsa dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum ini.

Suspek culik, rogol berdepan hukuman mati




11 Mei 2013
Suspek culik, rogol berdepan hukuman mati
Castro mendengar pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, kelmarin.
OHIO - Pihak berkuasa Ohio, Amerika Syarikat, semalam, dilaporkan berusaha membawa pertuduhan membunuh terhadap bekas pemandu bas sekolah daerah Cleveland yang didakwa menculik dan merogol tiga wanita sejak lebih sedekad lalu.

Dipetik AP, menurut jurucakap pegawai, Areil Castro bakal dituduh melakukan pembunuhan kejam menyebabkan mangsa menderita akibat menggugurkan kandungannya secara paksa.

Pendakwa Daerah, Timothy McGinty bagaimanapun berkata, pihaknya tetap mengekalkan pertuduhan menculik dan serangan seksual terhadap Castro, 52, selain pertuduhan membunuh yang membawa hukuman mati.

"Undang-undang Ohio memutuskan tertuduh perlu dijatuhi hukuman mati," kata McGinty.

Sementara itu, dua pertuduhan difailkan terhadap Castro membabitkan jenayah culik dan rogol di Mahkamah Munisipal Cleveland. 

Tiga lelaki curi lembu lolos



ROSDALILAH ZAHARI
12 Mei 2013
Tiga lelaki curi lembu lolos
Kawasan tiga ekor lembu penduduk Kampung Bukit Sapi, Lenggong yang ditembak sindiket curi lembu Khamis lalu.
IPOH - Hasrat sekumpulan tiga lelaki melarikan tiga ekor lembu di sebuah ladang kelapa sawit, tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka dihalang penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Khamis lalu.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7 malam itu, tiga suspek terbabit dipercayai anggota sindiket curi lembu telah menembak haiwan ternakan itu menggunakan senapang angin buatan sendiri berserta ubat pelali di kawasan berkenaan.

Selepas selesai kerja menembak, dua daripada suspek menunggu di ladang berkenaan untuk kerja penyembelihan manakala seorang lagi terus memandu kereta Proton Wira ke sebuah warung di simpang tiga Kampung Gua Badak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Penternak lembu, Mohd Latif Ali, 50 berkata, lembu berkenaan adalah milik adik iparnya yang bekerja di Kedah dan perkara itu hanya dimaklumkan kepadanya setengah selepas kejadian oleh seorang penduduk kampung.

“Sekumpulan penduduk kampung berkumpul selepas mengetahui kejadian itu dan kami turut menghubungi Balai Polis Lenggong untuk bantuan.

“Sebahagian mereka (penduduk) menunggu di lokasi lembu ditembak selain membuat sekatan jalan raya dan rondaan di sekitar kampung,” katanya.

Seorang penduduk, Zainudin Ghazali, 56, berkata kira-kira jam 8 malam, suspek pemandu kereta yang berada di warung tersebut bergegas memecut kereta setelah mendengar penduduk mengesyaki dia adalah salah seorang suspek terbabit.

“Kereta dipandu suspek kemudian merempuh sebuah lori yang cuba menghalangnya berhampiran simpang tiga masuk ke kampung sehingga menyebabkan kenderaan itu remuk teruk tetapi suspek berjaya melarikan diri ke hutan.

“Berikutan itu, penduduk bersama beberapa anggota polis giat memburu ketiga-tiga suspek namun gagal ditemui.

“Kami difahamkan sebelum itu, mereka (suspek) telah berjaya membawa lari seekor lembu selepas di sembelih di Kampung Cherakoh, Raban,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang digunakan suspek adalah kenderaan yang dicuri di Pulau Pinang.

Katanya, polis dengan bantuan penduduk kampung masih memburu suspek yang dipercayai dari luar daerah Lenggong itu masih bersembunyi di hutan berhampiran.

Khalwat: 'Kami tak buat apa-apa lagi'



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
Khalwat: 'Kami tak buat apa-apa lagi'
Remaja lelaki yang ditahan bersama pasangannya memberikan pelbagai alasan untuk mereka melepaskan diri.
BATU PAHAT - Seorang pemuda memberi alasan tidak sempat untuk pulang ke rumah selepas bersia-siar sekitar bandar ini ketika ditahan bersama pasangannya di sebuah rumah tumpangan, semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, pemuda berusia 20an berkenaan ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang wanita yang didakwa kawannya lingkungan usia sebaya.

“Betul ustaz! Kami baru saja masuk dan kami tak buat apa-apa lagi. Saya hanya temankan dia,” katanya cuba memujuk anggota  operasi daripada mengambil tindakan ke atasnya dan pasangan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pemuda  berkenaan memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada ditahan pihaknya.

Menurutnya, ketika pemuda itu sibuk memberi pelbagai alasan, pasangannya hanya mendiamkan diri dalam ketakutan.

“Pemeriksaan mendapati pasangan ini masih belum mempunyai ikatan perkahwinan dan juga berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung.

“Alasan yang diberikan antaranya menemani pasangannya tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan diberikan, mereka masih belum mempunyai ikatan sah.

“Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini, turut memberi alasan mereka mempunyai hubungan yang serius dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit  ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses  dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

3 'maknyah' dicekup



NUR FARHANA ABDUL MANAN
12 Mei 2013
3 'maknyah' dicekup
Kesemua 21 GRO yang ditahan hanya mempunyai pas lawatan sosial ke negara ini.
PUCHONG – Bermodal wajah ayu dan layanan manja, tiga ‘maknyah’ dikesan antara yang memberikan khidmat seks kepada pengunjung di sebuah pusat hiburan di Pusat Bandar Puchong di sini.

Difahamkan, dengan lenggok mengalahkan seorang gadis, tiada pelanggan di pusat hiburan terbabit mengetahui mereka sebenarnya lelaki sebelum dicekup bersama 18 yang lain.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, 21 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari pelbagai negara termasuk dua dari Russia dicekup lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan dijalankan terdapat lebih 50 pelanggan berusia antara 25 hingga 45 di dalam premis terbabit.

Pegawai D7 IPD Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan sejak seminggu lalu, pihaknya menyerbu premis terbabit kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan  maklumat awal dua gadis Russia terbabit dipercayai akan melakukan persembahan tarian ghairah menjelang tengah malam.

Bagaimanapun, katanya aktiviti tidak bermoral itu berjaya ditumpaskan dengan penahanan 18 gadis Thailand dan seorang lagi warga China.

Hasil pemeriksaan, katanya, 19 daripada ditahan tidak mempunyai permit kerja dan hanya mempunyai pas lawatan sosial manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.

Kesemua yang ditahan di premis haram tidak mempunyai lesen perniagaan sah itu berumur antara 20 hingga 25 tahun.

“Polis mendapat maklumat pusat hiburan ini baru sahaja dibuka sejak seminggu lalu. Pelanggan perlu membayar harga pakej sehingga RM180 untuk mendapat layanan mesra GRO selain boleh membawa gadis genit itu pulang untuk aktiviti seks.

“Ketiga-tiga ‘maknyah’ warga Thailand terbabit turut dipercayai terlibat dengan aktiviti persundalan bersama pelanggan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen. Operasi semalam disertai turut disertai tujuh anggota D7 IPD Serdang.

4 kali masjid dipecah masuk



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
4 kali masjid dipecah masuk
Laluan penjenayah masuk melalui tingkap di sebelah belakang Pejabat Pentadbiran.
KUALA KUBU BHARU - “Pagi tadi, sudah kali keempat masjid ini dipecah masuk sepanjang tempoh dua tahun ini. Kali terakhir pada hari raya tahun lepas,”.

Demikian kata seorang ahli kariah Masjid Jamek Ar Rahimah, Mohd Salleh Nordin ketika ditemui di sini semalam.
Beliau yang mengusahakan kedai gunting rambut di masjid tersebut juga pernah mengalami kerugian setelah disamun penjenayah awal tahun ini.

“Walaupun sedikit, tapi nilai lebihi RM100 yang dilarikan pencuri tetap berharga.

“Kejadian samun kedai saya berlaku selang seminggu selepas kes tiga tabung masjid ini dikopak pencuri,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Masjid Jamek Ar Rahimah, Supian Khalid berkata, kejadian semalam berlaku jam 1.57 pagi dan disedari selepas alat penggera berbunyi dan sistem menghubungi nombornya.

Menurutnya, tanpa berfikir panjang beliau segera menghubungi polis sebelum rondaan dilakukan sekitar jam 2.30 pagi.

“Maklumat polis pagi tadi (semalam) tidak menemui sebarang petunjuk. Hanya laporan dua lelaki bermotosikal meluru keluar daripada persimpangan di depan masjid, tapi polis tidak mengesyaki apa-apa,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihak masjid mendapati besi jeriji tingkap sebelah belakang Pejabat Pentadbiran dan tingkap cermin tertanggal dipercayai perbuatan penjenayah terbabit.

Menurutnya, tabung berisi duit syiling juga dipercayai sudah pun berusik dan dilarikan suspek.

“Jika dihitung, kerugian sudah melebihi RM8,000 kerana pernah sekali peti besi simpanan berisi wang dilarikan dan tidak dijumpai sehingga kini.

“Kita percaya, pencuri adalah orang yang sama berdasarkan kaedah dan kesan umpil pada besi jeriji dan ia dilakukan lebih dari seorang,” katanya.

Maut dirempuh ketika melintas



NORIZZAH BAHARUDDIN
12 Mei 2013
Maut dirempuh ketika melintas
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang terbaring atas jalan.
ALOR GAJAH - Seorang warga emas yang baru kematian isteri beberapa minggu lalu, maut selepas dilanggar kereta semasa melintas jalan dari sebuah kedai makan di Jalan Guan, Kuala Sungai Baru, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Ismail Omar, 76, baru saja keluar dari kedai makan itu sebaik saja hujan reda menyebabkan beberapa pelanggan kedai berkenaan terkejut mendengar dentuman kuat.

Menurut sumber, mangsa dirempuh kereta jenis Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia awal 40-an yang dinaiki bersama keluarga dari arah Port Dickson, Negeri Sembilan ke Kampung Air Hitam Darat, Tanjung Bidara.

“Pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui tempat kejadian sebelum bahagian depan sebelah kanan cermin sisi kereta merempuh mangsa yang melintas jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan cedera parah di kepala selepas terhentak atas jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang baru kematian isteri beberapa minggu lalu maut akibat parah di kepala.

“Mangsa dikatakan berada di kedai makan berkenaan sejak 7 petang sebelum pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari kedai berkenaan dengan berjalan kaki.

“Ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan di kedai makan kampung itu sebelum meminta diri untuk pulang ke rumahnya selepas hujan reda,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Suziliana Ismail, 46, yang ketika kejadian sedang bekerja di sebuah medan ikan bakar di sini, terkejut selepas dimaklumkan insiden menimpa bapanya itu.

“Saya sangkakan ia hanya gurauan, tapi selepas pergi ke tempat kejadian, saya lihat beberapa petugas perubatan sedang memeriksa keadaan ayah yang cedera parah di kepala.

“Tak banyak perubahan yang dilihat pada ayah kerana sejak emak meninggal dunia. Ayah lebih banyak menghabiskan masa di kedai makan itu bersama rakan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Wanita tercicir ubat seks



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
Wanita tercicir ubat seks
Ubat seks yang tercicir daripada tangan seorang wanita di kaki lima sebuah bangunan di Bandar Utama Batang Kali selepas terlanggar pintu kereta ketika cuba melarikan diri.
BATANG KALI - Mungkin kerana ketakutan dikejar ‘taiko’, seorang wanita berusia lewat 40-an tercicir sepeket ‘ubat seks’ setelah tangan kirinya terlanggar pintu kereta seorang pelanggan premis di Bandar Utama Batang Kali, di sini semalam.

Menurut saksi, Mohd Aidil Zamri, 32, ketika kejadian dia sedang membuka pintu sebelum secara tiba-tiba diterjah wanita tersebut.

“Mungkin wanita ini diburu sekumpulan lelaki yang berselindung di sebalik kegiatan seks juga.

“Siapa tahu? Sebab tingkah-lakunya juga pelik sedikit dan kelam kabut saja,” katanya ketika ditemui sebaik keluar dari sebuah premis makanan di sini.

Menurutnya, selang beberapa minit sebelum dia beredar, sekumpulan lelaki mencurigakan turut melalui kawasan tersebut dipercayai kumpulan yang mengejar wanita tersebut.

Katanya, kelibat wanita tersebut hilang di celah-celah kesibukan peniaga makanan di Jalan Meranti.

“Kejadian begini bukan baru di sini. Kalau sebut ubat seks memang ada dijual, tapi sorok-sorokla.

“VCD lucah bersepah. Bukan ada pemantauan pun. Jadi tidak hairanlah aktiviti seks semakin berleluasa, di sini” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ubat seks tersebut secara terang memaparkan gambar tidak senonoh dan bukti jelas wujud kegiatan tidak sihat di kawasan itu.

Secara umumnya, Bandar Utama Batang Kali kini semakin membangun dan mula dipenuhi dengan hotel bajet dan pusat hiburan keluarga.

Serbuan pihak berkuasa di premis perjudian setiap tahun turut membuktikan wujud kegiatan haram di kawasan tersebut.

Wanita berbogel gemparkan penduduk



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
Wanita berbogel gemparkan penduduk
Polis membawa wanita yang dipercayai kurang siuman ke Balai Polis Jertih.
LUBUK KAWAH - Seorang wanita dipercayai kurang siuman menggemparkan penduduk kampung ini apabila berjalan kaki di tepi jalan utama dekat Masjid Lubuk Kawah di sini, dalam keadaan bogel, petang semalam.

Wanita dipercayai berusia 40-an itu dilihat berbogel menyebabkan orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, penduduk kampung telah memberikan sepasang baju kurung kepada wanita yang tidak diketahui identiti itu sebelum dibawa ke Balai Polis Jertih oleh anggota polis.

Difahamkan usaha pihak polis mendapatkan maklumat diri dan keluarga wanita berkenaan gagal kerana wanita terbabit enggan bercakap.

Orang ramai juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat wanita berkenaan sebelum ini di kawasan Jertih dan usaha mengesan warisnya sedang dilakukan.

Bergelut dalam bilik tidur



NOOR HAYATI MAMAT
12 Mei 2013
Bergelut dalam bilik tidur
Jehari menunjukkan hidungnya yang masih bengkak.
Bergelut dalam bilik tidur
Hafiz Khalish menunjukkan kesan jahitan di kepala datuknya.
Bergelut dalam bilik tidur
Jehari menceritakan kembali detik cemas dihadapinya kepada cucunya, Hafiz Khalish Mokhtar (kanan) dan Mohd Na’imullah Mokhtar.
KUALA TELEMONG - “Ketika bergelut, tiba-tiba kepala pakcik dipukul objek keras keras hinggakan badan dipenuhi darah. Pakcik juga ditumbuk di bahagian muka dan dicekik ketika cuba mempertahankan diri,” cerita Jehari Ahmad, 77.

Menceritakan kejadian disamun seorang lelaki bertopeng di rumahnya di Kuala Telemong, kira-kira jam 2 pagi malam kelmarin, warga emas itu bukan sahaja kerugian wang tunai kira-kira RM12,000 tetapi turut menerima 10 jahitan di kepala dan patah tulang hidung.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak empat tahun lalu baru sahaja melelapkan mata sebelum secara tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu lalu bingkas bangun.

“Pintu bilik tidur pakcik separuh cermin. Mulanya, pakcik terfikir mungkin terlupa menutup televisyen kerana ternampak cahaya dari arah ruang utama rumah sebelum ternampak kelibat seseorang berjalan melintasi pintu bilik.

“Pakcik terus membuka suis lampu utama rumah yang terletak dalam bilik tidur lalu menjenguk untuk melihat keadaan," katanya.

Didatangi lelaki bertopeng

Jehari berkata, secara tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki bertopeng yang sebelum itu dipercayai telah bersembunyi di satu sudut dalam rumahnya.

“Lelaki terbabit turut memegang parang. Pakcik cuba mempertahankan diri dan berlaku pergelutan kira-kira 20 minit.

"Kami bergelut dalam bilik tidur pakcik dan ketika itu, pakcik turut dicekik beberapa kali serta ditumbuk di bahagian muka," katanya.

Menurutnya, ketika itu dia masih mampu melawan tetapi setelah kepalanya dipukul objek keras beberapa kali menyebabkan dia semakin lemah.

"Pakcik dapat rasakan darah menitis dan mengalir sehingga memenuhi tubuh serta kain pelikat yang dipakai. Disebabkan keadaan lemah, pakcik hanya mampu melihat penyamun terbabit menggeledah bilik," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri dipercayai terjun daripada pintu utama dapur.

Jalan kaki 200 meter

“Pakcik sempat mengambil parang dalam bilik dan melibas penyamun terbabit tetapi tidak kena, sebaliknya terkena tiang seri sebelum dia lari. Walaupun pakcik menjerit meminta tolong, namun tiada yang mendengarnya.

“Hanya selepas itu, dengan keadaan berlumuran darah, pakcik berjalan kaki kira-kira 200 meter ke rumah anak, Mazlan, 40-an di Kampung Lubuk Batu untuk meminta tolong," katanya.

Jehari berkata, berikutan kecederaan dialaminya, dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Telemong dan menerima 10 jahitan di kepala.

"Pakcik buat laporan polis di Balai Bolis Kuala Telemong kira-kira jam 5 pagi dan seterusnya ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

"Wang tunai tersebut sebenarnya untuk digunakan bagi kerja mengubah suai rumah dan tidak menyangka kejadian ini pula yang berlaku walaupun telah mengambil langkah dengan menyimpan duit tersebut di beberapa tempat berasingan," katanya.

Pencuri masuk ikut tingkap

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal dipercayai suspek memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap nako di bahagian dapur.

Menantu Jehari, Mokhtar Che Awang, 55, berkata, buat masa ini ayah mertuanya itu akan tinggal di rumahnya di kawasan Rumah Awam Kos Rendah Kuala Telemong.

"Ayah akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Khamis depan," katanya.

Projek dengan 30 ‘pucuk muda’

Foto
RINA sedang berbual dengan wartawan.
Kuala Lumpur: Kurang belaian daripada suami menjadi alasan kepada seorang isteri berusia 53 tahun menjadi liar dengan ‘memburu’ lelaki muda untuk memenuhi tuntutan batinnya.
Walaupun bergelar nenek, Rina (bukan nama sebenar) membuat pengakuan mengejutkan kepada wartawan Metro Ahad apabila mendakwa melakukan hubungan kelamin berulang kali dengan lebih 30 lelaki muda berusia 20-an hingga 30-an sejak lapan tahun lalu.
Rina yang bertugas sebagai eksekutif syarikat swasta di ibu kota mendakwa tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan ‘pucuk muda’ secara percuma selepas menjadi ahli aktif dalam sebuah laman sosial antarabangsa untuk mencari kenalan baru lelaki yang boleh dijadikan teman ranjang.

Pemantauan Metro Ahad mendapati lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, mendaftar dalam laman sosial itu. Individu terbabit yang berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.


Wartawan berjaya mendapatkan pengakuan eksklusif Rina selepas bertemunya di sebuah restoran di Shah Alam, setelah beberapa kali berbual di laman sosial itu dan bertukar-tukar gambar dengannya.

Perompak cekik datuk

Foto
HAFIZ Khailsh Mokhtar melihat kepala datuknya yang dipukul penyamun sehingga menerima 10 jahitan.
Kuala Berang: Seorang warga emas bukan saja terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat bergelut dengan penyamun, tetapi turut kerugian RM12,000 apabila rumahnya diceroboh seorang lelaki tidak dikenali di Kampung Kuala Telemong, Khamis lalu.
Jehari Ahmad, 76, berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi ketika dia berada di bilik tidurnya sebelum terdengar sesuatu dari arah ruang tamu rumahnya.
Katanya, ketika memeriksa ruang tamu, dia terlihat bayang seseorang melalui cermin bilik tidurnya sebelum membuka lampu untuk melihat kelibat itu.

“Saya tersentak melihat seorang lelaki bertopeng di satu sudut sambil memegang sebilah parang sebelum saya menegurnya, menyebabkan berlaku pergelutan.


“Lelaki itu menolak saya ke atas katil lalu menindih dan memukul kepala saya dengan objek tumpul sebelum dia menumbuk muka saya hingga berdarah.

Maut ditumbuk cucu


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
Maut ditumbuk cucu
Menantu Che Minah, Mohd Ghazali Zakaria, 46, menunjukkan kesan tompokan darah mangsa ditumbuk di dalam rumahnya.
TUMPAT – Seorang nenek menemui ajal dipercayai ditumbuk oleh cucunya yang kurang siuman dalam kejadian amukkan di rumah mereka di Kampung Pasir Pekan Hilir, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa Che Minah Hassan, 84, maut di tempat kejadian dipercayai ditumbuk suspek.

Turut cedera, ibu suspek, Rahimah Che Will, 60, juga dipercayai ditumbuk ketika dia sedang mengamuk di rumahnya itu.

Rahimah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan selepas mengalami kecederaan lebam di mata kiri dan dahi kanan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip berkata, ketika kejadian didapati suspek mengamuk dan memukul dengan tangan ibu dan neneknya.

“Mungkin mangsa ditumbuk suspek, neneknya meninggal dunia di tempat kejadian apabila luka di telinga kiri,  lebam di bahagian sekitar mata kanan.

“Ibu suspek juga turut  mengalami kecederaan apabila lebam mata kiri dan dahi kanan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek pernah menjalani rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan dan Wad Psikiatri di HRPZ II sebagai pesakit mental.

“Suspek baru dua tahun keluar dari menjalani rawatan di hospital tersebut,” katanya.

Menurutnya, suspek ditangkap di dalam rumah terbabit sejurus pihak polis menerima maklumat berkaitan kejadian itu.

“Suspek akan ditahan reman mulai esok (hari ini),” katanya.

Zaharudin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sementara itu, anak saudara suspek, Faris Danish Farid, 8, berkata, ketika kejadian dia tersedar dari tidur selepas terdengar suspek menjerit-jerit di tingkat bawah.

“Saya intai melalui tingkap, nampak dia (suspek) pukul nenek dan moyang,” katanya yang berada di tingkat atas bersama ibunya, Norlaila Mohd Zaidi, 30-an.

Faris berkata, dia bersembunyi di tingkat atas sehinggalah polis datang menangkap bapa saudaranya itu.

2 lelaki cedera parah ditembak



KUALA LUMPUR - Dua lelaki cedera parah ditembak oleh satu kumpulan samseng susulan insiden pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia, Cheras dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam  7.30 malam itu dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun terebut menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, tindakan tersebut menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil sebelum kedua-dua mangsa melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, dipercayai tiga ahli kumpulan samseng itu mengejar kedua-dua mangsa itu sejauh kira-kira 600 meter sebelum ditembak.

"Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kedua-dua mangsa. Kedua-dua mangsa terkena tembakan di bahagian perut, salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam longkang selepas terkena tembakan itu," katanya.

Menurutnya, polis menjumpai satu kelongsong peluru, sebilah parang dan kasut sukan berhampiran dengan lokasi mangsa ditembak.

"Kami masih menyiasat motif sebenar kejadian. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan, keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Terkejut lihat deretan pokok ‘sujud’

Terkejut lihat deretan pokok ‘sujud’Abdul Manan meninjau keadaan bumbung rumah yang rosak akibat ribut di Taman Pandan Damai, Kuantan. 

Kuantan: Seorang suri rumah terkejut melihat deretan pokok di hadapan surau berhampiran rumahnya seolah-olah ‘bersujud’ dalam kejadian ribut di Taman Pandan Utama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, lapan rumah teres di Taman Pandan Damai dan dua rumah di Kampung Pandan 2, rosak di bahagian bumbung akibat pusaran angin kencang.
Suri rumah, Norlela Jusoh, 46, berkata dalam kejadian itu, pokok hampir tumbang seolah-olah seperti sujud sebelum ternampak pusaran angin menerbangkan atap rumah.


Pusaran angin 

Dia yang tidak menduga berlaku pusaran angin sangat kencang, cemas dan menjerit meminta kanak-kanak mencari tempat berlindung.

“Ini kejadian pertama selepas menetap di sini lapan tahun lalu. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan.

“Rumah saya selamat tetapi sedih melihat rumah jiran yang tercabut bumbung, sekali gus menyebabkan bahagian dalam rumah dibasahi air hujan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, yang melawat tempat kejadian menyalurkan bantuan segera RM2,000 bagi membeli atap dan kayu bagi menggantikan bumbung yang rosak.

“Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pandan supaya membeli peralatan diperlukan untuk kerja membaiki rumah berkenaan,” katanya.

Asmara dengan isteri orang



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2013
Asmara dengan isteri orang
Pasangan suami dan isteri orang yang ditahan Penguatkuasa JAIJ Batu Pahat memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.
BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan  selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di  sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di  bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan  tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi  kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi ‘memujuk’ pasangan terbabit untuk  membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

“Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka  berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam  keadaan mencurigakan.

“Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak  didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

“Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di  dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

“Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran  kepada mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya  sekali,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.