Search This Blog

Saturday, May 11, 2013

Meraung dihukum gantung



SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
11 Mei 2013
Meraung dihukum gantung
Bob diiringi anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar 1,831 gram kanabis, tiga tahun lalu.
AYER KEROH - Seorang lelaki jatuh terduduk sambil menangis teresak-esak sebaik sahaja dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam kerana mengedar dadah hampir dua kilogram, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Nizam Zulkifli, 30, atau lebih dikenali sebagai Bob turut meraung sambil berkata “Kenapa macam ni ayah, saya tak bersalah” di dalam kandang pesalah setelah mahkamah bersurai.

Hukuman itu dijatuhi Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas memutuskan Bob bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,831 gram di dalam kereta Proton Wira Aeroback yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Jalan Bukit Baru, Solok Bukit Baru pada jam 6.40 petang, 24 Disember 2010.

Bob turut berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 26.91 gram pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama.

Terdahulu, Abdul Karim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh lima tahun penjara dari tarikh ditangkap iaitu 24 Disember 2010 selepas mensabitkan kesalahan bagi pertuduhan 39A (1). Namun hukuman akan dijalankan sekiranya pertuduhan mengikut Seksyen 39B(2) diketepikan.

Karim dalam alasannya berkata, tertuduh didapati memberi keterangan saling bercanggah mengenai beg hijau berisi dadah di dalam kereta tersebut selain keterangan salah seorang saksi pembelaan tidak boleh percayai dan diketepikan.

“Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan ke atas kesalahan yang hanya ada satu sahaja hukuman. Dengan kuasa undang-undang diperuntukkan kepada saya, dengan ini tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar melawan Bob yang diwakili peguam, Andrew Louders itu mula dibicarakan pada 2012.

Bob sebelum ini dipanggil membela diri pada 8 Mac 2013 selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan yang mengemukakan 16 saksi berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan sebelum dia membuat keterangan bersumpah dan memanggil empat saksi pembelaan.

Cucu kurang siuman pukul nenek hingga mati




11 Mei 2013
TUMPAT - Seorang nenek mati dipercayai akibat dipukul cucunya yang dikatakan kurang siuman ketika mengamuk di rumah mereka di Kampung Pasir, Pekan Hilir, Wakaf Baharu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip berkata Che Minah Hassan, 84, meninggal dunia di rumah itu akibat cedera parah di muka setelah ditumbuk cucunya berumur 35 tahun itu dalam kejadian 7 pagi.

Zaharudin berkata dalam kejadian itu, suspek turut dipercayai menumbuk ibunya, Rahimah Che Will, 60, di muka dan keadaannya (Rahimah) dilaporkan stabil di Hospital Tumpat.

Suspek ditahan di rumah tersebut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh, katanya.

Menurutnya suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Hospital Psikiatri, Kota Baharu dua tahun lalu dan kini tinggal di rumah itu. - Bernama

Rogol dan bunuh: Suspek tinggal berhampiran



NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
11 Mei 2013
Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
SHAH ALAM – Dua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak malang, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor atau Cinang, 11, tinggal berhampiran rumah mangsa di rumah kedai di Lorong Batu Nilam 1D, Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, bagaimanapun polis belum dapat memastikan sama ada Nur Amyliana dibawa pulang ke rumah suspek sebelum mayatnya ditemui.

“Kita masih siasat kejadian sebenar. Siasatan awal hanya mendapati mangsa mungkin dibunuh di tempat lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu antaranya keluarga mangsa, jiran dan peniaga di kawasan berhampiran.

Katanya, suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati jarak mayat Cinang dengan rumahnya hanya sejauh 200 meter.

Kawasan itu juga dijadikan tempat parkir bas kilang dan lori.

Lokasi itu juga dilihat sibuk dengan kehadiran orang awam dan penjaja di sepanjang jalan tempat mayat Cinang ditemui.

Kelmarin, mayat Cinang ditemui dalam keadaan terbaring dan polis turut menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Dia tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.

Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari bekerja di Kuala Lumpur.

Pada awalnya keluarga berkenaan menyangka Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas dia gagal dikesan.

Gerakan mencari dilakukan serta-merta oleh ahli keluarga dan jiran, namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.

Siasatan polis mempercayai Cinang dirogol sebelum dibunuh berdasarkan kesan pendarahan pada kemaluannya.

Bekas PM Itali didakwa rasuah senator


11 Mei 2013
Silvio Berlusconi
Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi
NAPLES - Pendakwa raya Itali memfailkan tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi atas dakwaan rasuah kepada seorang senator berhaluan kiri bagi menyertai partinya.

Perkara itu didedahkan pejabat pendakwa kelmarin sehari selepas mahkamah Milan mengekalkan sabit kesalahan Berlusconi dalam kes berasingan berkaitan penipuan cukai dalam perniagaan beliau.

Hakim menjatuhkan hukuman empat  tahun penjara terhadap bekas pemimpin negara itu dengan pengampunan selama tiga tahun.

Oleh itu,  Berlusconi hanya perlu melalui hukuman penjara semalam setahun.

Rayuan kini sedang diusahakan untuk meringankan hukuman tersebut.

Senator yang dikenali sebagai De Gregorio difahamkan menyertai pakatan pembangkang Berlusconi pada tahun 2008.

Kini muncul pula dakwaan sama ada caj baru akan dikenakan terhadap bekas pemimpin negara itu atau tidak.

Berlusconi sebelum ini juga mempunyai sejarah skandal seks apabila dituduh membayar sejumlah wang bagi mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah 17 tahun semasa pemerintahannya sebagai perdana menteri.

Terkejut lihat kereta anak hancur



WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Mei 2013
Terkejut lihat kereta anak hancur
Kereta mangsa ditarik untuk dibawa ke bengkel Perodua di pekan Bahau, semalam.
JEMPOL - Seorang ibu tunggal tidak menyangka sebuah kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lori satu tan muatan kicap di Kilometer 12 Jalan Bahau-Keratong di sini, pagi semalam merupakan kereta dipandu anaknya.

Anak sulungnya, Mohamed Nor Hadi Adi Nor Syam, 18, bersama ibu saudaranya, Siti Fatimah Mohd Yusof, 32, dan seorang lagi rakannya Noor Fazlina Mohammad, 27, dari arah Serting Hilir Kompleks dalam perjalanan ke Kolej Komuniti Jempol (KKJ) untuk menghantar makanan.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu, Siti Zaitun Mohd Yusof, 45, berkata, dia dalam perjalanan ke Pejabat Felda dekat Bandar Seri Jempol (BSJ) terkejut melihat Perodua Viva warna biru miliknya hancur teruk di bahagian depan.

“Luluh hati apabila lihat anak sendiri terlibat dalam kemalangan, malah saya difahamkan dia (Mohamed Hadi) tersepit di tempat duduk pemandu. Namun, ketika saya tiba dia sudah terlantar dekat bahu jalan tapi masih sedar. Manakala ibu saudara dan rakannya itu juga selamat.

“Keadaan kereta berkenaan begitu teruk, macam-macam saya fikir, hati pun tidak sedap. Tetapi Alhamdulillah dia selamat,” katanya ketika ditemui di pekarangan wad kecemasan Hospital Jempol.

Manakala kelindan lori satu tan, Tan Yoke Hoong, 44, berkata, dia bersama rakannya yang merupakan pemandu lori, 40-an datang dari arah Bahau menghala ke Kuantan.

“ Tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dari arah bertentangan hilang kawalan lalu masuk ke laluan kami.

“ Kawan saya sudah membunyikan hon banyak kali, dan cuba mengelak dengan masuk ke bahu jalan tetapi gagal lalu berlaku pertembungan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Mohd Fahmi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.57 pagi.

“ Namun setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 11.06 pagi tiga mangsa iaitu seorang lelaki, 18, yang tersepit di tempat duduk pemandu dan dua perempuan berumur 27 dan 32 diselamatkan oleh orang awam.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan susulan,” katanya yang turut memberitahu seramai lima anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

3 cedera kereta bertembung lori kicap



KEADAAN kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Bahau-Keratong, dekat Jempol, Negeri Sembilan, semalam.
JEMPOL 10 Mei - Seorang remaja lelaki dan dua penumpang sebuah kereta terselamat walaupun kenderaan dinaiki mereka remuk selepas bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kicap di Kilometer 12, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, pemandu kereta berkenaan, Mohamed Nor Hadi Adi Nor Syam, 18, bersama ibu saudaranya, Siti Fatimah Mohd. Yusof, 32, dan rakan mereka, Noor Fazlina Mohammad, 27, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan.
Ibu kepada remaja lelaki berkenaan, Siti Zaiton Mohd. Yusof 45, memberitahu, dia ternampak kemalangan itu ketika melalui jalan itu bersama rakannya dari Felda Serting Hilir Enam untuk ke pejabat Felda di Bandar Seri Jempol.
Katanya, ketiga-tiga mangsa termasuk anaknya itu dalam perjalanan dari Felda Serting Hilir untuk menghantar makanan ke Kolej Komuniti Jempol.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, saya terkejut apabila mendapati kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu milik saya dan dipandu anak lelaki saya.
"Saya bersyukur selepas orang ramai memberitahu bahawa anak dan adik saya serta rakannya terselamat walaupun anak saya tersepit dalam kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Fahmi Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Viva itu hilang kawalan dan merempuh sebuah lori muatan satu tan membawa kicap dari arah bertentangan.
"Pemandu lori itu hanya cedera ringan manakala ketiga-tiga mangsa dalam kereta dibawa ke hospital," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130511/dn_11/3-cedera-kereta-bertembung-lori-kicap#ixzz2Swh3rQ8e
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nasib didakwa amal ilmu hitam



Hendrik Moa duduk di tempat tidur rotan dalam keadaan kakinya diikat dengan rantai oleh anak-anaknya di Sikka, Flores baru-baru ini.
MAUMERE, Flores - Gara-gara dituduh mengamalkan ilmu hitam sehingga menyebabkan ahli keluarganya sakit, seorang warga emas di daerah Sikka, Flores diikat kakinya dengan rantai anjing dan tali.
Apa yang lebih menyedihkan, perbuatan kejam terhadap Hendrik Moa, 99, itu dilakukan sendiri oleh anak kandungnya.
Hendrik yang diikat di belakang dapur rumahnya juga hanya mengenakan kain dan tidak berbaju dan dikatakan berada dalam keadaan begitu sejak lebih sebulan lalu.
Anak-anaknya menuduh Hendrik mengamalkan ilmu hitam yang menyebabkan mereka sekeluarga jatuh sakit.
"Bapa kami telah membuatkan kami susah. Dia santau kami sekeluarga sehingga menyebabkan kami sakit.
"Kalau dia dilepaskan, kami risau dia akan berkeliaran di jalan raya dan disebabkan itu, kami tujuh beradik sepakat untuk mengikatnya di belakang rumah," kata seorang anaknya, Kristoforus ketika ditemui anggota polis yang dipetik oleh Pos Kupang.
Polis yang datang ke rumah mangsa meminta tali yang diikat di kaki Hendrik dilepaskan dan membawanya ke depan rumah.
Hendrik kemudiannya berbicara dengan waras dan tidak kelihatan seperti orang sakit jiwa yang didakwa oleh keluarga dan orang kampung.
"Sudah lebih sebulan saya diikat dan saya mempunyai tujuh orang anak serta ramai cucu," katanya.
Ketua kampung, Seprianus Nerius turut datang ke rumah Hendrik selepas mengetahui kejadian itu dan menasihatkan keluarga mangsa.
Seprianus turut memberi jaminan kepada pihak polis yang masalah itu akan diselesaikan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130511/lu_10/Nasib-didakwa-amal-ilmu-hitam#ixzz2SwgQgB6u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu dengar suara lelaki berbual dengan anak



KLANG 10 Mei - Ibu kepada kanak-kanak berusia 11 tahun yang dirogol dan dibunuh di Bukit Tinggi di sini kelmarin, mendakwa dia terdengar suara lelaki tidak dikenali berbual dengan anak perempuannya itu pada hari kejadian.
Perkara itu diceritakan ibu Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor, Acha Kusain, 42, kepada sepupunya, Muktar Robi, 23, di sini.
Menurut Muktar, berdasarkan cerita Acha, sewaktu Nur Amyliana yang mesra dengan panggilan Cinang itu menunggu kakaknya pulang membawa kunci di tingkat bawah rumahnya, Acha ada terdengar suara lelaki sedang bercakap dengan anaknya.
Katanya, oleh kerana dia tidak dapat turun melihat siapa yang bercakap dengan anaknya itu kerana pintu jeriji rumahnya terkunci, Acha bertanya siapa lelaki itu dan anak perempuannya hanya menjawab tidak tahu.
"Ekoran takut terjadi perkara buruk ke atas arwah, kakak sepupu saya (Acha) mengarahkan Cinang agar tidak pergi ke mana-mana dan mencari alat yang boleh mematahkan mangga pada pintu jeriji. Malangnya, ketika sedang cuba membuka pintu, dia tidak lagi mendengar suara Cinang," ceritanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mangsa dikatakan keluar bermain dan tidak dapat memasuki rumah kerana kunci pintu jeriji dibawa oleh kakak sulungnya.
Muktar berkata, pada hari kejadian, dia ada menerima panggilan telefon daripada bapa mangsa, Mohd. Noor Mustapha mengatakan Cinang sudah hilang.
"Tidak lama kemudian, ayah arwah telefon lagi dan memberitahu Cinang ditemui di tempat letak kereta 200 meter dari rumah mereka tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130511/je_04/Ibu-dengar-suara-lelaki-berbual-dengan-anak#ixzz2SwgCwplS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu rayu bantuan cari anak hilang

NORASHIKIN Ekram menunjukkan gambar Nur Sharel Syazlyn Abu Kasim yang hilang ketika mengikuti rombongan Sekolah Latihan Wanita ke Kuala Lumpur pada 27 April lalu.
IPOH 10 Mei - Seorang ibu tunggal, Norashikin Ekram merayu bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya berusia 15 tahun yang hilang semasa menyertai rombongan sekolahnya ke Kuala Lumpur, dua minggu lalu.
Norashikin, 49, berkata, anak bongsunya itu, Nur Sharel Syazlyn Abu Kasim gagal ditemui sehingga kini meskipun pelbagai ikhtiar digunakan termasuk menggunakan khidmat bomoh.
Sewaktu kejadian, katanya, dia berada di rumah di Bercham sebelum dihubungi anaknya kira-kira pukul 7.30 pagi, 27 April lalu memaklumkan dia akan mengikuti rombongan sekolahnya, Sekolah Latihan Wanita (Selawa) ke Kuala Lumpur.
"Saya tanya Nur Syazlyn mengapa tidak beritahu saya dulu. Dia cakap dia nak ikut rombongan dan tidak boleh berpatah balik sebab sudah berada dalam bas.
"Apa yang saya kesal mengapa pihak sekolah tidak mendapatkan kebenaran saya terlebih dahulu untuk membawa anak saya itu. Maklum pun tidak. Bila sudah jadi macam ini, mereka lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab," kata Norashikin sebak ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia cawangan Perak di sini hari ini.
Menurut Norashikin, dia hanya mengetahui kehilangan anaknya itu yang dipanggil 'Lin' apabila dihubungi guru sekolah tersebut kira-kira pukul 8 malam hari kejadian.
Katanya, guru yang memperkenalkan dirinya sebagai Puan Suraya memberitahu anaknya itu hilang semasa mereka berhenti untuk solat maghrib di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
"Dua hari selepas itu, saya pergi ke sekolah dan berjumpa dengan guru tersebut. Dia memaklumkan bahawa anak saya belum dijumpai.
"Salah seorang kawan rapat Lin pula memberitahu anak saya ketika ini berada di Ampang. Pening kepada saya memikirkan tentang keselamatan anak saya itu. Saya berdoa dia selamat dan kembali kepangkuan saya secepat mungkin," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat di sini pada 1 Mei lalu.
Orang ramai yang mengetahui di mana Nur Sharel Syazlyn berada diminta menghubungi Norashikin di talian 017-5930065.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130511/je_05/Ibu-rayu-bantuan-cari-anak-hilang#ixzz2Swg7twno
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lelaki didakwa pecah cermin bas pada hari mengundi

YAP Kwee Heng (dua dari kanan) dan Lim Siong Kuan (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor semalam atas tuduhan membaling batu dan memecahkan cermin bas ketika PRU-13 pada 5 Mei lalu.
KLANG 10 Mei - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan terlibat dalam rusuhan yang melibatkan perbuatan memecahkan cermin sebuah bas di Pandamaran pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.
Yap Kwee Heng, 37, yang bekerja sebagai juruteknik didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin bas milik City Liner Sdn. Bhd. bernombor pendaftaran BKF 6758 dan menyebabkan kerugian dianggarkan RM5,000.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga menghadapi tuduhan kedua bersama-sama seorang peniaga barangan sembahyang, Lim Song Kuan, 32.
Mereka berdua bersama beberapa orang lain yang masih bebas didakwa berada dalam rusuhan tersebut dan memiliki topi keledar serta besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin bas berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Jalan Mesra, Pandamaran di sini pada pukul 4.30 petang, 5 Mei lalu.
Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan.
Peguam bela R. Ramesh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan yang lebih rendah memandangkan kedua-dua tertuduh masing-masing menanggung isteri dan tiga anak.
Majistret Maslina Mohamed kemudian menetapkan jaminan RM5,000 terhadap Kwee Heng dan RM2,000 terhadap Song Kuan masing-masing dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Jun ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130511/ma_02/Dua-lelaki-didakwa-pecah-cermin-bas-pada-hari-mengundi#ixzz2Swg3PNnE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ujian DNA sahkan Castro bapa kepada budak perempuan yang ditahan



WASHINGTON 11 Mei - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap suspek utama kes rogol dan culik di Amerika Syarikat (AS), Ariel Castro semalam menunjukkan dia merupakan bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui di rumahnya bersama tiga wanita lain, baru-baru ini.
Peguam Negara, Mike DeWine dalam kenyataannya berkata, Biro Siasatan Jenayah (BCI) telah menjalankan ujian DNA terhadap sampel darah Castro dan mendapati suspek adalah bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu yang dipercayai dilahirkan oleh seorang daripada tiga wanita yang diculik dan ditahan di rumahnya di Ohio.
Kelmarin, suspek berusia 52 tahun itu didakwa di mahkamah atas empat tuduhan menculik dan tiga tuduhan merogol terhadap tiga wanita iaitu Amanda Berry, Gina DeJesus dan Michelle Knight.
Kanak-kanak tersebut merupakan anak perempuan kepada Berry. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130511/lu_01/Ujian-DNA-sahkan-Castro-bapa-kepada-budak-perempuan-yang-ditahan#ixzz2SwfrIimV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lori terbalik, beras bertaburan di jalan raya



Beras bertaburan akibat lori yang membawa muatan beras terbabas lalu terbalik di KM29.5 Lebuhraya ELITE (hala selatan) dekat Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 10 Mei - Sebuah lori yang membawa muatan beras seberat tiga tan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 29.5 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) kira-kira pukul 8.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, lori jenis Nissan dengan nombor kenderaan WQD 5395 itu terbabas dan terbalik disebabkan salah satu tayar belakang sebelah kirinya pecah.
"Lori itu dipercayai dalam perjalanan dari Rawang, Selangor ke Bahau, Negeri Sembilan.
"Kemalangan tersebut tidak melibatkan kenderaan lain yang lalu di kawasan itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Imran berkata, pemandu lori yang berumur 27 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan melibatkan luka di bahagian tangan.
Katanya, seorang rakyat tempatan berumur 27 tahun dan warga Nepal yang menjadi kelindan lori itu turut mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
"Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130511/dn_05/Lori-terbalik-beras-bertaburan-di-jalan-raya#ixzz2Swf7cU3B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja kontrak ‘terbelai’ bom lama

Foto
ANGGOTA Unit Pemusnah Bom memeriksa tempat bom ditemui
Ipoh: Seorang pekerja kontrak yang sedang leka melakukan kerja memunggah tanah di tapak Terminal Kargo Ipoh, di sini, tergamam apabila menemui dua bom lama yang masih aktif, semalam.
Sebelum kejadian, pekerja terbabit, S Vikneshvaran, 42, dan rakannya sedang memunggah tanah menggunakan jentolak dan tidak menyangka dua objek menyerupai botol minuman plastik itu adalah bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua, kira-kira jam 9 pagi.
“Pada mulanya saya menyangka bom berkenaan hanyalah botol minuman plastik yang mungkin tertanam di dalam tanah.

“Saya kemudian memberanikan diri mengangkat dan membersihkan objek berkenaan. Namun terkejut apabila mendapati objek berat itu adalah sebutir bom lama,” katanya.


Menurutnya, tidak lama kemudian, rakannya pula menemui bom kedua yang disangkakan besi buruk berhampiran lori yang dipandunya di tapak pembinaan itu.

Raungan isteri disambar api

Foto
KEADAAN rumah mangsa selepas dijilat api dalam kejadian pagi semalam.
Melaka: “Isteri saya cuba mencabut hos yang terbakar dari tong gas, namun secara tiba-tiba api menyambar tangan kiri dan kedua-dua kakinya sebelum dia jatuh serta meraung kesakitan.”
Begitu kata peniaga, Ahmad Abu Hassan, 47, menceritakan detik cemas menimpa isterinya, Halimah Che Nor, 42, yang cuba memadam kebakaran pada hos berkenaan sebelum ia memusnahkan keseluruhan kediaman mereka di Jalan Pulau Gadong, Klebang di sini, semalam.
Kebakaran kira-kira jam 11.40 pagi itu mengakibatkan Halimah yang melecur di tangan kiri dan kedua-dua kaki dikejarkan ke Hospital Melaka.

Ahmad berkata, sebelum kejadian dia sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat, manakala isterinya menyediakan tempahan katering sebelum mendapati hos yang menyambungkan dapur memasak dan tong gasnya terbakar.


“Saya hanya menyedari kejadian selepas mendengar isteri menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat dia jatuh dan mengalami kecederaan, manakala hos berkenaan terbakar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Tabung khas vila maksiat

Batu Pahat: Penggunaan tabung khas untuk membuat bayaran dan tidak perlu bersemuka menjadikan sebuah rumah tumpangan di Taman Nira, di sini, amat popular di kalangan kaki maksiat.
Rumah tumpangan yang diubah suai daripada sebuah vila itu mengenakan bayaran cuma RM50 satu malam dan setiap pembayaran yang dibuat pelanggan dipantau pemilik melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berdekatan tabung berkenaan.
Selepas membuat bayaran, pelanggan kemudian hanya perlu mencari bilik kosong dengan melihat kunci yang tergantung pada tombol pintu sebagai tanda bilik berkenaan belum dihuni.

Taktik perniagaan pemilik rumah tumpangan itu dikesan hasil serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Batu Pahat baru-baru ini, selepas menyoal siasat beberapa pasangan beragama Islam yang disyaki berkhalwat di situ.
Foto
ANGGOTA penguat kuasa JAJ Daerah Batu Pahat mengambil keterangan pasangan yang ditahan di vila terbabit.


Timbalan Penguat Kuasa JAJ Daerah Batu Pahat Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya membuat serbuan jam 2 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai rumah tumpangan itu yang kerap digunakan untuk pasangan berkhalwat.

Melecur redah api



Foto
PENDUDUK Rumah Panjang Agan menyelamatkan
barang berharga ketika api marak.
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
Kapit: Dua penghuni Rumah Panjang Agan, di sini, melecur teruk apabila api menyambar baju dan seluar dipakai mereka ketika kedua-duanya meredah api bagi menyelamatkan barangan berharga selepas kediaman mereka di Kilometer 3, Bukit Guram, di sini, terbakar, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan dua penghuni lelaki terbabit yang berusia 20-an terpaksa dikejarkan ke Hospital Kapit akibat kecederaan dialami.


Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah bilik rumah panjang 30 pintu yang didiami 380 penghuni itu sebelum merebak ke bahagian lain, sekali gus meranapkan rumah berusia puluhan tahun.

Sumber berkata, kedua-dua penghuni terbabit dikatakan sudah keluar dari rumah sebaik menyedari kediaman mereka terbakar, namun berpatah balik untuk menyelamatkan barang berharga.




“Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, api menyambar baju dan seluar dipakai kedua-dua mangsa. Tindakan pantas orang ramai menarik mangsa keluar dari satu rumah yang terbakar itu berjaya menyelamatkan nyawa dua lelaki berkenaan.

Tanam janin belakang rumah



Arau: Tanda tanya kehadiran anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di belakang sebuah rumah di Pauh, dekat sini, terjawab selepas penemuan janin berusia hampir lima bulan ditanam di kawasan itu, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, sepasukan anggota polis menggali tanah di kawasan itu sebelum menemui janin dalam keadaan sudah berbau selepas menerima maklumat.


Sebelum itu, seorang wanita berusia 26 tahun mengalami keguguran di rumah sewanya di Jitra, Kedah, pada Sabtu lalu sebelum dibawa teman lelakinya ke sebuah klinik swasta dan dirujuk ke Hospital Jitra untuk rawatan.

Sumber berkata, lelaki berusia 26 tahun berkenaan menghantar teman wanitanya ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar sebelum membawa pulang janin berkenaan ke rumahnya.


Menurutnya, suspek menanam janin berusia hampir lima bulan berkenaan bagi mengelak rahsianya terbongkar selepas wanita itu mengaku belum berkahwin kepada doktor.


“Doktor mendapati sesuatu mencurigakan pada wanita berkenaan lalu membuat pemeriksaan lanjut, semalam (kelmarin) sebelum dia memaklumkan mengalami keguguran. Doktor itu kemudian membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit ditahan hari ini (semalam) untuk siasatan.

“Hasil soal siasat, lelaki terbabit membawa anggota polis ke belakang rumahnya sebelum menemui janin yang ditanam di situ,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Mohd Nadzri Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beras bertaburan



Oleh Hayati Ibrahim
Putrajaya: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan yang membawa muatan beras itu terbalik akibat tayar belakang pecah dan tercabut di kilometer 29.5 Lebuhraya Elite selepas susur keluar Putrajaya, dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, S Ramasamy, 27, bersama dua kelindan dalam perjalanan dari Rawang ke Bahau, Negeri Sembilan dengan membawa muatan tiga tan beras.


Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya apabila tayar belakang sebelah kiri lori pecah sebelum tercabut menyebabkan kenderaan itu terbabas dan terbalik.


Akibat kejadian itu, ratusan kampit beras yang dibawa berteraburan di tepi dan atas jalan raya, namun tiada kesesakan berlaku.


Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, siasatan mendapati lori tiga tan itu hilang kawalan selepas tayar sebelah kiri kenderaan itu tercabut.


“Pemandunya hanya cedera di tangan, manakala dua kelindannya seorang warga tempatan dan seorang warga Nepal cedera dan dirawat di Hospital Putrajaya.

“Tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Cedera langgar kereta buat pusingan U haram



Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: Akibat tindakan seorang pemandu kereta membuat pusingan ‘U’ di kawasan dilarang di Jalan Semarak, di sini dua penunggang motosikal cedera di kepala dan kaki dalam kejadian kemalangan petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kereta jenis Kia Spectra dipandu seorang lelaki berusia 30-an yang baru keluar dari Lebuhraya Duke pada mulanya berlanggar dengan motosikal jenis Yamaha Lagenda dipandu pemuda berusia 20-an.


Beberapa minit kemudian, sebuah lagi motosikal jenis Nouvo LC yang ditunggang seorang lelaki melanggar kenderaan sama yang masih berada di tengah jalan.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal itu cedera di bahagian kepala dan kaki manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Ia berpunca daripada tindakan pemandu kereta yang membuat pusingan U di kawasan dilarang sedangkan ada kawasan yang dibenarkan membuat pusingan U kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Helah buang air besar sebelum perkosa



Petaling Jaya: Seorang lelaki menggunakan helah untuk membuang air besar di rumah rakan wanitanya di sebuah flat di Sungai Way, di sini, sebelum bertindak seperti binatang apabila merogol mangsa dalam kejadian Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang juga pengawal keselamatan dihubungi lelaki terbabit memaklumkan dia mahu bertandang ke rumah wanita berkenaan.


Menurut sumber, mangsa dan suspek bertemu di luar rumah dan kedua-duanya bersembang sebelum lelaki terbabit tiba-tiba mengadu sakit perut dan hendak menumpang tandas bagi melepaskan hajat.


“Wanita itu membenarkan suspek masuk rumah untuk menggunakan tandas. Pada masa sama, mangsa dihubungi tunangnya menerusi panggilan video 3G.


“Mangsa kemudian masuk ke bilik tidur untuk bercakap dengan tunangnya dan tidak mengunci pintu bilik itu,” katanya.


Katanya, ketika mangsa berbual dengan tunangnya, tanpa disedari suspek masuk dalam bilik dan menyerang mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek membuka pintu bilik dan walaupun mangsa menegah suspek supaya jangan masuk, tetapi tidak dihiraukan.


“Lelaki terbabit mengunci pintu bilik dan menghampiri mangsa. Mangsa cuba menolak suspek, tetapi dia ditampar, manakala rambutnya ditarik,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit mencabul bahagian dada mangsa dan mengarahkan wanita itu supaya melucutkan pakaian.


“Mangsa yang enggan menurut kehendak suspek ditolak sehingga rebah di atas katil sebelum dipaksa melakukan seks oral.


“Lelaki terbabit kemudian membogelkan mangsa dan merogolnya. Selesai melampiaskan nafsu, lelaki itu beredar dan mengugut mencederakan mangsa sekiranya memaklumkan kejadian itu kepada orang lain,” katanya.


Katanya, mangsa yang mengadu sakit pada kemaluannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Way, semalam, untuk tindakan lanjut.

Bayi 16 bulan lemas di bilik air



Sungai Buloh: Seorang bayi lelaki maut selepas lemas di dalam bilik air taska di Saujana Utama, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Aiman Jazil Rizal berusia 16 bulan, dikatakan merangkak ke dalam bilik air dan ditemui pengasuhnya dalam keadaan lemah.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, selepas memberi kanak-kanak itu minum susu pengasuh meninggalkannya seketika.


“Malangnya ketika pengasuh kembali, dia mendapati kanak-kanak itu tiada di tempat dia baring,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, pengasuh bersama pengurus taska mencari mangsa sebelum menemui kanak-kanak itu terbaring di dalam bilik air dalam keadaan tidak bermaya.


“Mereka membawa kanak-kanak itu ke klinik sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan sebuah ambulans, namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan lemas.


Jenazahnya dituntut bapa mangsa sebelum dibawa ke Johor untuk dikebumikan di kampung halaman keluarga terbabit.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Nelayan Taiwan ditembak mati



Manila: Insiden seorang nelayan Taiwan yang ditembak mati oleh pengawal pantai Filipina menjadi insiden terbaru yang meningkatkan ketegangan ekoran perebutan wilayah di sekitar Laut China Selatan.

Taipei semalam menggesa Manila meminta maaf terhadap kejadian itu yang menyebabkan kematian nelayan Taiwan berusia 65 tahun di perairan yang dituntut oleh kedua-dua negara berkenaan. Bercakap kepada wartawan di Taipei, Menteri Luar David Lin menyalahkan pengawal pantai Filipina kerana melepaskan tembakan ke arah bot nelayan di Selat Bashi yang terletak di antara selatan Taiwan dan utara Filipina. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tembakan ke atas rakyat Taiwan yang dilakukan pihak berkuasa Filipina.


“Kami menggesa Filipina menjalankan siasatan lengkap terhadap kes ini dan membuat permohonan maaf kepada kerajaan Taiwan,” katanya.


Manila mengakui dakwaan Taiwan tetapi berkata, kakitangannya bertindak untuk membela diri.


Sementara itu, kerajaan Filipina mengakui pengawal pantai mereka menembak bot milik nelayan warga Taiwan dalam satu insiden yang dikatakan pihak berkuasa Taipei menyebabkan seorang nelayan maut dan mencetuskan kemarahan di pulau terbabit.


Bagaimanapun, jurucakap pengawal pantai Armand Balilo berkata, insiden itu berlaku di perairan Filipina dan pihaknya hanya menjalankan tugas bagi menghalang kegiatan perikanan haram.

“Jika seseorang maut akibat kejadian itu, mereka berhak mendapat simpati kami tetapi bukan kemaafan,” katanya. - Philippines Inquirer

Pendakwa cadangkan bunuh



Cleveland: Pendakwa raya akan mencadangkan Ariel Castro dihukum mati atas kesalahan mengurung tiga wanita di kediamannya selama sedekad.

Polis juga bakal mendakwa Castro menghamilkan seorang daripada tawanannya sekurang-kurangnya lima kali dan membuatkan mangsa keguguran dengan membiarkan wanita itu kelaparan dan menumbuk perutnya.


Tuduhan itu terdapat dalam kandungan laporan polis yang turut mengatakan seorang lagi wanita, Amanda Berry dipaksa melahirkan anak dalam kolam renang plastik kanak-kanak.

Pendakwa Timothy McGinty berkata, pejabatnya akan memutuskan sama ada untuk mengenakan tuduhan membunuh yang membawa kepada hukuman mati.


“Hukuman mati patut diberikan untuk jenayah yang benar-benar menunjukkan contoh paling buruk tingkah laku manusia.


“Hakikatnya, kita masih ada penjenayah kejam di kalangan masyarakat yang tidak menghormati peraturan dan undang-undang kehidupan manusia,” katanya ketika ditemui. Castro berada ditahan dengan ikat jamin AS$8 juta di bawah pengawasan ketat penjara.

McGinty berkata, Castro akan didakwa untuk setiap perbuatan keganasan seksual, serangan dan jenayah lain yang dilakukan terhadap wanita, mencadangkan pertuduhan itu mungkin disenarai ratusan hingga ribuan. - AP

Maut pulang kerja



Oleh Shahrul Nizam Mohamad
Kuala Lipis: Seorang mekanik yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membaiki kereta pelanggan, maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang diletak di tepi jalan kerana rosak di Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, mangsa, S Jeevananthan, 19, dari Padang Tengku, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian pemandu kenderaan berat berkenaan yang menghala ke Merapoh dari Lipis terpaksa berhenti di tepi jalan kerana kenderaannya mengalami masalah enjin sebelum meletakkan tanda tiga segi sebagai amaran.

Menurutnya, tanda amaran itu dipercayai sukar dilihat hingga menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang lori.


“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak kira-kira satu meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.


“Kemalangan terbabit disedari orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum menghubungi Balai Polis Kuala Lipis dan siasatan awal mendapati pemandu berkenaan tiada kerana pergi mendapatkan bantuan untuk membaiki lori yang rosak,” katanya.

Dua lelaki tempatan ditahan



Klang: Dua lelaki warga tempatan berusia 19 dan 24 tahun ditahan polis jam 6 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 di Bukit Tinggi, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, suspek dipercayai terbabit kejadian itu selepas mereka dilihat berkeliaran di sekitar lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan.


“Kedua-dua suspek melarikan diri selepas melihat kehadiran saksi yang menemui mangsa. Pemeriksaan lanjut sekitar kawasan berkenaan turut menemui penyodok tanah 10 hingga 20 meter dari tempat mangsa ditemui.

“Setakat ini kami belum dapat mengaitkan penemuan itu dengan kes berkenaan, tetapi apa yang pasti suspek tinggal berhampiran rumah mangsa,” katanya.


Menurutnya, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Mohamad berkata, polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu.

“Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik mendapati terdapat kesan pendarahan pada kemaluan menyebabkan polis percaya kematiannya ada unsur jenayah,” katanya.

Parah disamun kali ketiga



Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Seorang lelaki terpaksa menerima lima jahitan di kepala dan kerugian RM35,000 selepas kedai aksesori telefon bimbit miliknya di Jalan Raja Laut, di sini, disamun Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Looh Boon Hing, 41, turut mengalami kecederaan di tangan kiri selepas diserang dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang.


Beliau berkata, ketika kejadian, dia sedang melayan dua pelanggan yang ingin membeli telefon bimbit sebelum masuk ke dalam stor untuk mengambil barang.

“Bagaimanapun, sebaik keluar saya terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh dan bersenjatakan parang mengarahkan saya dan pelanggan berdiam diri dan tidak melawan.


“Dalam keadaan terkejut itu, saya cuba melawan namun gagal apabila seorang daripada mereka terus menetak di kepala dan tangan saya lima kali,” katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit kemudian mengambil wang tunai, telefon bimbit dan kad prabayar berjumlah RM35,000 sebelum melarikan diri.

“Saya yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan terpaksa menerima lima jahitan di kepala.


“Bimbang kejadian sama berulang, saya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya. Beliau berkata, kejadian itu kali ketiga berlaku, namun dua kejadian sebelum ini, perompak gagal melarikan sebarang barangan atau wang tunai.

“Bagaimanapun, kali ini saya tidak bernasib baik apabila menjadi mangsa samun dan cedera,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Darah tak berhenti mengalir



Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Khairul Hamizy Ramlee
Kuala Terengganu: “Luluh hati melihat suami terbujur dengan darah tidak berhenti mengalir di kepalanya,” kata Rafiah Mamat, 61, isteri Salleh Abdullah, 59, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Pusara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa yang menunggang motosikal Honda C70 dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Titian Lembut di sini, kira-kira 300 meter dari lokasi kemalangan.


Bagaimanapun, mangsa yang baru keluar dari simpang kiri Jalan Pusara dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal Yamaha Lagenda ZR ditunggang seorang remaja berusia 14 tahun.


Rafiah yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata, suaminya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak beberapa meter sebaik dirempuh motosikal remaja terbabit.


Menurutnya, ketika kejadian, suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari.


“Seorang jiran datang memberitahu suami sedang nazak akibat kemalangan itu.

“Ketika itu, saya baru selesai menggoreng ikan untuk makan tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan suami.


“Kaki saya jadi lemah dan sukar berjalan apabila melihat suami yang sudah tidak bernyawa,” katanya.

Rafiah berkata, kebiasaannya suaminya yang sudah tidak bekerja akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari selepas keluar bertemu rakan pada sebelah pagi.


“Sejak beberapa hari lalu, dia banyak mendiamkan diri dan asyik termenung,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, Salleh meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja terbabit yang patah kaki kiri dibawa ke Unit Kecemasan HSNZ untuk mendapatkan rawatan.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

300 penduduk rumah panjang tinggal sehelai sepinggang


KAPIT: Kira-kira 300 penduduk Rumah Panjang Agan di Bukit Goram, tiga kilometer dari sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, hari ini.

Menurut pegawai di Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Jackson Anyie, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.11 pagi tadi dan dua jentera bomba bersama 18 anggota serta enam anggota sukarela, digegaskan ke tempat kejadian.
Kebakaran berjaya dikawal sejam kemudian namun rumah panjang yang diperbuat daripada kayu itu musnah keseluruhannya, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurutnya punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.


Sementara itu dua penghuni rumah panjang 30 pintu tersebut mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkan harta mereka.


Kedua-duanya dihantar mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian itu yang berlaku ketika kebanyakan penduduk dewasa berada di bandar turut memusnahkan kenderaan yang diletak di kawasan rumah panjang berkenaan. - Bernama

Nur Amyliana mati kerana lemas


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Noraizura Ahmad
SHAH ALAM: Polis mengesahkan arwah Nur Amyliana Mohd Noor, 11, yang ditemui mati di parkir bas Lorong Batu Nilam 1E, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Rabu lalu, dirogol.

Ini berdasarkan penemuan kesan kemasukan pada kemaluan mangsa selain penemuan kesan darah sewaktu pemeriksaan polis dijalankan di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, hasil bedah siasat juga mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Menurutnya, bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang petang semalam dan jenazah mangsa selamat dikebumikan hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang.


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut melawat keluarga mangsa di kediaman mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang, ptang tadi.

Cinang mati akibat muka ditekup



Nur Amyliana Shuhada


SHAH ALAM – Cinang atau nama sebenarnya Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor yang mayatnya ditemui di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, Klang pada Rabu lalu menemui ajal selepas pembunuhnya dipercayai menekup muka mangsa menggunakan objek seperti tuala atau bantal.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, kematian mangsa yang disebabkan lemas itu adalah hasil bedah siasat ke atas mayatnya yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang lewat petang kelmarin.
“Doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan lain ditemui pada badan kanak-kanak itu kecuali ada kesan pendarahan pada kemaluannya akibat dirogol sebelum dibunuh,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamad memberitahu, polis masih menyoal siasat dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun yang kini direman selama seminggu bermula kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2SvXsjk7S 
Hakcipta terpelihara 

Tiga parah, Perodua Viva bertembung lori kicap




KEADAAN Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Bahau-Keratong, Negeri Sembilan semalam.


JEMPOL – Tiga termasuk dua bersaudara cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kicap di Kilometer 12, Jalan Bahau-Keratong dekat sini semalam.
Tiga mangsa yang cedera parah dalam kemalangan pada pukul 10.40 pagi itu ialah pemandu kereta Perodua Viva, Mohamed Nor Hadi Adi Nor Syam, 18, Noor Fazlina Mohammad, 27, dan Siti Fatimah Mohd. Yusof, 32.
Mohamed Nor Hadi merupakan anak suadara kepada Siti Fatimah. Ketiga-tiga mangsa dikatakan stabil dan masih dirawat di Hospital Jempol.
Jurucakap polis berkata, ketika kemalangan ketiga-tiga mangsa itu dalam perjalanan dari Felda Serting Hilir menuju ke Jempol.
“Polis mengesyaki kereta Viva itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kicap,” kata jurucakap itu semasa dihubungi semalam.
Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta itu cedera parah manakala pemandu lori membawa kicap yang berusia 40 tahun hanya cedera ringan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2SvXhSwel 
Hakcipta terpelihara 

Ismail bersara wajib 17 Mei




SALAH sebuah laman sosial yang menyiarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Ismail yang didakwa kerana tekanan politik.


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, penyebaran berita mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat.
“Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraan beliau,” kata Ramli dalam kenyataan di sini semalam.
Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial.
Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2SvXWxC6t 
Hakcipta terpelihara 

85 ahli sindiket Macau Scam direman empat hari




SEBAHAGIAN anggota sindiket Macau Scam yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching semalam.


KUCHING – Kesemua 85 individu warga China dan Taiwan termasuk tiga warga tempatan yang terlibat dalam sindiket Macau Scam dan dipercayai sudah mengaut keuntungan sebanyak RM4 bilion direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes jenayah tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, perintah tahanan reman sehingga 14 Mei itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuching bermula semalam.
“Perintah reman ini membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua suspek itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan penipuan wang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2SvXF0z49 
Hakcipta terpelihara 

Mati ditetak ketika tunggu bas





JOHOR BAHRU – Hasrat seorang penyelia tukang cuci di sebuah syarikat di Singapura mahu bertugas seperti biasa tidak kesampaian apabila dia mati akibat ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan lain berhampiran rumahnya di Taman Skudai Baru di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa T. Thulukanam (gambar kecil), 53, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira sejam dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Anak mangsa, Parimala Dewi, 23, berkata, sebelum tragedi itu, ayahnya sedang menunggu bas seperti biasa di perhentian bas yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah untuk pergi bekerja di Singapura.
Bagaimanapun, difahamkan semasa menunggu bas itu, secara tiba-tiba tiga lelaki muncul dan terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.
Parimala memberitahu, dia dan keluarga hanya mengetahui kejadian menimpa ayah apabila ayah pulang dalam keadaan berlumuran darah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2SvX4JLkS 
Hakcipta terpelihara 

Penjenayah gagal merompak




IMEJ seorang lelaki yang dirakam televisyen litar tertutup cuba merompak sebuah bank di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Cubaan seorang lelaki menyamun sebuah bank di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Tengah di sini semalam tidak menjadi malah suspek itu terpaksa berlari keluar dari bank selepas disyaki terkejut melihat pengawal keselamatan yang melihat gelagatnya.
Sebelum kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, suspek yang memakai topi dan menutup mulut dengan topeng meluru masuk ke dalam bank dengan membawa bersama dua objek berbentuk silinder berwarna putih sebesar air botol mineral 600 milimeter berserta sebuah beg pakaian.
Suspek berusia 30-an terus menghampiri sebuah kaunter yang ketika itu terdapat seorang kakitangan wanita yang bertugas. Terdapat empat orang pelanggan di dalam bank tersebut ketika kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek yang bertindak bersendirian itu kemudian meletakkan beg pakaian tersebut di atas kaunter sebelum memaksa juruwang itu memasukkan wang.
Menurut beliau, juruwang wang yang terkejut dan takut dengan permintaan suspek terus melarikan diri ke belakang tanpa memberikan wang kepada suspek.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2SvWw7esC 
Hakcipta terpelihara 

Wanita terperangkap di celah runtuhan selama 17 hari



SEORANG anggota penyelamat (kanan) memeriksa Reshma selepas dia dikeluarkan daripada celah runtuhan bangunan kilang pakaian di Savar, Dhaka, Bangladesh semalam.


SAVAR - Seorang wanita diselamatkan oleh beberapa anggota kumpulan penyelamat selepas dia terperangkap di celah runtuhan sebuah bangunan kilang pakaian selama 17 hari sejak 24 April lalu di sini, dekat Dhaka, Bangladesh.
Anggota-anggota penyelamat itu menarik wanita tersebut yang dikenali sebagai Reshma selepas mereka menggali lubang dengan menggunakan alat menggerudi di tempat dia terperangkap.
Menurut beberapa anggota penyelamat, berat badannya berkurangan dengan banyak dan tubuhnya tidak mengandungi sebarang kecederaan.
Dia dipercayai masih hidup kerana lokasi tempatnya terperangkap di tingkat bawah tanah mungkin mengandungi sumber air.
Kerja-kerja menyelamatnya mengambil masa selama 45 minit.
Seorang anggota penyelamat mendengar suaranya yang memintanya diselamatkan semasa kerja-kerja mencari mangsa di celah runtuhan itu dilakukan.
Seramai, 1,045 orang terbunuh selepas bangunan kilang setinggi lapan tingkat itu runtuh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2SvWQwmQK 
Hakcipta terpelihara