Search This Blog

Thursday, May 9, 2013

24 maut, lori tangki gas meletup




9 Mei 2013
Lori tangki gas meletup
Lori tangki gas meletup memusnahkan puluhan kediaman dan kenderaan di Ecatepec.
ECATEPEC -  Sebuah lori tangki gas meletup di lebuh raya di pinggir bandar Mexico City mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh serta berpuluh lagi cedera.

Menurut jurucakap polis, letupan itu menggegarkan Ecatepec, di utara ibu kota Mexico selain mencederakan 36 orang serta merosakkan kira-kira 15 kereta dan 40 kediaman terbakar.

“Sepuluh kanak-kanak adalah antara mangsa maut dan angka kematian dijangka meningkat. Bangunan berdekatan dan kereta turut meletup dalam kejadian awal subuh di kawasan penempatan masyarakat San Pedro Xalostoc itu,” katanya.

Beliau berkata, haiwan ternakan seperti kambing biri-biri, arnab dan anjing milik penduduk juga mati.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Gerardo Ruiz Esparza berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan sebuah trak mengawal kenderaannya ketika memotong, laporan dipetik daripada AP.

Video penderaan harimau cetus kemarahan




9 Mei 2013
Seorang pekerja zoo dilihat duduk di atas seekor harimau di Zoo Wenling.
Seorang pekerja zoo dilihat duduk di atas seekor harimau di Zoo Wenling.
BEIJING - Media tempatan mendesak pengurusan zoo negara itu memohon maaf selepas sekumpulan pekerja zoo berkenaan melakukan penderaan terhadap seekor harimau  di Zoo Wenling, wilayah Zhejiang, timur China.

Video dimuat naik ke laman You Tube itu mencetuskan kemarahan orang awam apabila menyaksikan kelibat dua lelaki berpakaian seragam zoo menampar, memukul kepala dan duduk di atas harimau berkenaan.

Media China News memetik, seorang pegawai tempatan sebagai berkata, kerajaan telah meminta Zoo Weling untuk meminta maaf dan memastikan harimau itu menerima rawatan dan berjanji kejadian sama tidak akan berulang, laporan dipetik daripada AP.

Lapan lelaki ditahan selepas larikan empat lori




9 Mei 2013
MELAKA - Polis menahan lapan lelaki kira-kira 10 jam selepas mereka disyaki melarikan empat lori 10 tan milik sebuah syarikat sewaan lori di Alor Gajah di sini, semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mereka yang ditahan ialah empat rakyat tempatan, dua Myanmar dan dua Nepal berusia antara 23 dan 34 tahun.
 
Kesemua mereka ditahan dengan bantuan polis Perak di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak pada 11 pagi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan parang bertindak mengikat tangan dan menutup muka seorang pengawal keselamatan rakyat Bangladeh di premis syarikat sewaan lori berkenaan kira-kira 1 pagi.
 
Raja Shahrom berkata pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan dalam sebuah kereta sebelum kesemua suspek melarikan empat lori yang tidak mempunyai muatan.
 
Beliau berkata lori itu dikesan di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak dan polis berjaya menemui semula tiga lori berkenaan dengan satu daripadanya telah dileraikan untuk dijual sebagai 'kenderaan potong'.
 
Polis sedang mengesan sebuah lagi lori milik syarikat itu yang dipercayai dilarikan beberapa lagi anggota kumpulan penjenayah terbabit, katanya. - Bernama

Mayat dalam ladang sawit



Ledang: Seorang jurutera ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di badan di sebuah ladang sawit di Jalan Bekok, Tangkak, di sini, kelmarin.

Muthu Pillai, 41, berasal dari Batu Berendam, Melaka ditemui orang awam pada jam 7.30 malam dalam keadaan masih berpakaian lengkap.


Adiknya dikenali sebagai Sivan, 38, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa abangnya melalui isteri mendiang pada jam 2.30 pagi, semalam.


Sivan berkata, kakak iparnya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang memaklumkan penemuan mayat mangsa.


“Saya memang tidak percaya dengan kejadian menimpa Muthu sehingga membuat pengecaman mayatnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tangkak.


Katanya, pada hari kejadian, abangnya bekerja separuh hari dan sempat menikmati makan tengah hari bersama keluarga.

Bagaimanapun, menurutnya, pada jam 2.30 petang, mendiang dikatakan tergesa-gesa keluar rumah dan memberitahu mahu menemui rakan tanpa menyatakan lokasi pertemuan mereka.


“Muthu sering pulang lewat jika keluar menemui rakannya menyebabkan kakak ipar tidak mengesyaki perkara buruk menimpanya.

“Kami sekeluarga terkejut dengan kejadian ini kerana Muthu tiada musuh selain tidak pernah mengadu diganggu mana-mana individu tidak dikenali,” katanya.


Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris (gambar) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan mayat mangsa.


“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan mangsa. “Kami sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Air paras bahaya!

Kuala Selangor: Seramai 110 mangsa banjir daripada 31 keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Rantau Panjang, dekat sini belum dibenarkan pulang selepas paras air sungai yang melimpah ke penempatan penduduk berada pada paras bahaya, sekali gus memungkinkan ia meningkat jika berlaku lagi hujan dalam masa terdekat.
Setakat ini, paras air berada pada ketinggian 5.6 meter berbanding 7.3 meter kelmarin.

Semua mangsa terutama penduduk Kampung Bestari Jaya, Kampung Jaya Setia dan Kampung Rantau Panjang juga sudah diarah berpindah.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang dipindahkan semalam tidak dibenarkan pulang kerana air sungai masih berada pada paras berbahaya.

Katanya, buat masa ini, pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa berikutan hujan yang tidak menentu pada waktu petang dan bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

“Kita akan sentiasa memastikan keadaan paras air naik atau turun dari semasa ke semasa. Sekiranya hujan tidak berhenti dalam beberapa hari ini, mangsa banjir tidak akan dibenarkan pulang sebagai langkah keselamatan,” katanya.
Foto
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Selangor menjalankan misi menyelamat mangsa banjir di Kampung Rantau Panjang.
Katanya, penduduk kampung diharapkan sentiasa peka kepada keadaan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa selain mengambil tindakan segera dengan keluar dari rumah sekiranya hujan lebat masih berlaku.

“Kepada ibu bapa saya adalah ingatkan agar jangan membenarkan anak bermain air pada musim banjir bagi mengelak kejadian lemas atau berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya. Kelmarin, hujan lebat pada sebelah petang menenggelamkan tiga kampung iaitu Kampung Bestari Jaya, Kampung Jaya Setia dan Kampung Rantau Panjang.
Seorang mangsa, Junaidah Marasid 34, dari Kampung Rantau Panjang, berkata dia terkejut apabila air secara tiba-tiba masuk ke dalam rumah berserta arus deras sehingga memenuhi ruang tamu, bilik dan dapur.

“Selama menetap di sini, ini adalah kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Air masuk ke dalam rumah dengan deras menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya tidak sangka air boleh naik mendadak kerana kejadian banjir pernah berlaku sebelum ini tetapi tidak seteruk kali ini. Tapi saya bersyukur kerana tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku terhadap ahli keluarga,” katanya ketika ditemui.

Menurut Junaidah, ketika kejadian berlaku, dia dan suami tidak memikirkan barang serta peralatan rumah yang dihanyutkan air tetapi menyelamatkan anak-anaknya yang masih kecil.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memberi bantuan makanan dan pakaian,” katanya.

Remaja tak pulang dua hari ditemui terapung



Mersing: “Arwah pernah memaklumkan kepada seorang ahli keluarga supaya jangan mencarinya selepas ini kerana dia mahu pergi jauh. Tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Rosita Yusof, 44, ibu seorang remaja, Mohd Yusaini Yusri, 19, yang ditemui terapung di Sungai Mersing, semalam.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi, penduduk Kampung Bahagia, Seri Lumpur, Fadzil Ibrahim, 32, menemui mayat mangsa sebelum memaklumkannya kepada polis.


Menurut Rosita, kali terakhir dia bertemu anaknya pada malam Isnin lalu.


“Yusaini anak ketiga daripada tujuh beradik dan keluar rumah pada jam 9 malam sebelum terus tidak pulang selama dua hari.


“Kami gagal mengesannya sebelum terkejut apabila dimaklumkan penemuan mayatnya di Sungai Mersing,” katanya ketika ditemui di Hospital Mersing.


Katanya, dia mengetahui penemuan mayat arwah menerusi seorang lagi anaknya.

Menurutnya, dia mengecam mayat arwah berdasarkan baju merah dan seluar gelap dipakainya pada malam ketika keluar rumah.

Rumah 15 keluarga tenggelam dek bah



Kajang: Hujan lebat lebih lapan jam menyebabkan kawasan penempatan penduduk di Batu 18, Dusun Tua dan Sungai Serai di Hulu Langat, di sini, dinaiki air menyebabkan lebih 15 keluarga terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat, kelmarin.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang Safiq Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada jam 9.52 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama anggotanya yang turut dibantu anggota bomba sukarela dari Batu 18 dan Dusun Nanding.


“Kawasan berkenaan mula ditenggelami air pada jam 9 malam hingga memaksa semua penduduk berpindah keluar dari rumah masing-masing.

“Air naik secara mendadak sebelum beransur surut selepas jam 12 tengah malam,” katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, penduduk hanya dipindahkan di kawasan selamat disebabkan bilik gerakan banjir tidak dibuka.

Mangsa perkosa cair SMS manis



Batu Gajah: Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, di sini, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.

“Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang dipaksa masuk ke dalam rumah dipujuk melakukan hubungan seks.


“Suspek mendesak dengan menarik tangan mangsa ke dalam bilik lalu menolak mangsa ke katil sebelum memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa cuba melawan suspek namun gagal,” katanya.

Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.


“Bimbang dengan kejadian itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.


“Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek berusia 35 tahun. Suspek dikenal pasti bekerja sebagai buruh kasar dan menetap di Kampung Timah, Tanjung Tualang,” katanya.

Kejutan suami atas katil



Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Amat malang nasib seorang isteri apabila suami yang dicintai bertindak ganas menarik rambut dan menghentak kepalanya menggunakan topi keledar, selain mengugut menetaknya dengan parang hanya kerana wanita itu mengejutnya bangun daripada tidur.

Kejadian berlaku di rumah pasangan suami isteri itu di Dang Wangi di sini, Isnin lalu selepas mangsa yang berusia 23 tahun mengejutkan suaminya daripada tidur pada jam 12.30 tengah hari.


Sumber polis berkata, mangsa meminta suaminya bangun kerana ketika itu sudah lewat dan mahu mengemas bilik tidur mereka.

“Bagaimanapun, suspek yang berusia 20-an bukan saja tidak puas hati, malah tiba-tiba mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa. “Biarpun mangsa meminta maaf kerana tidak menyangka suaminya bertindak sedemikian, usaha itu tidak meredakan kemarahan suspek, sebaliknya lelaki itu bertindak lebih ganas,” katanya.


Menurutnya, suspek menarik rambut dan menghentak kepala isterinya itu ke dinding sebelum keluar dari bilik. “Mangsa terus mendapatkan suaminya dan sekali lagi meminta maaf, namun suspek terus bertindak ganas mengambil topi keledar dan menghentaknya ke kepala mangsa beberapa kali tanpa belas kasihan.


“Tidak cukup dengan itu, suspek mengambil parang yang bersarung dan mengugut menetak mangsa dengan senjata itu,” katanya.

Sumber itu berkata, akibat kejadian mangsa yang cedera di kepala dan badan menghubungi keluarganya meminta mereka membawanya keluar dari rumah.


Menurutnya, atas nasihat keluarganya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sahabat baik pecah kedai

Foto
GOH menunjukkan tempat barangan yang dikebas perompak.
Alor Gajah: Seorang pemilik sebuah kedai perkakasan rumah terkejut dan hampir pengsan selepas melihat individu dalam kamera litar tertutup (CCTV) yang memecah masuk kedainya itu rakan baiknya sendiri di Lubok Cina, di sini, kelmarin.
Kejadian disedari kira-kira jam 7.30 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian lebih RM5,000 selepas beberapa barangan elektrik diletakkan di dalam almari kaca lesap.
Mangsa Goh Kian Seng, 50, berkata, dia yang datang untuk memulakan perniagaan terkejut selepas mendapati beberapa kotak berselerakan dan barang perkakasan tergantung kurang.

“Apabila ke bahagian belakang kedai, saya lihat terdapat kesan umpil di tiga lapisan pintu dan mengesyaki kedai dimasuki pencuri lalu membuat pemeriksaan. “Ketika meninjau sebuah bilik yang dijadikan tempat simpanan barang, saya mendapati tingkap terbuka dan syak pencuri itu keluar mengikut tingkap menuju ke belakang kedai.


“Pemeriksaan lanjut di belakang kedai menemui satu tiang kayu yang disandarkan pada tembok pagar dipercayai digunakan pencuri masuk ke dalam kawasan kedai,” katanya.

Maut motosikal bergesel lori



Butterworth: Seorang lelaki warga Myanmar maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan lori sampah yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Lokan, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.35 petang ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari Kawasan Perindustrian Sungai Lokan menghala Sungai Puyu.


Tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui kecuali resit pembayaran bulanan motosikal atas nama Min Myo Min Tun beralamat di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas.

Menurut saksi, mangsa tidak sempat mengelak lori sampah itu ketika melalui laluan selekoh bersebelahan susur keluar Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Sungai Lokan.


“Mangsa mungkin tidak nampak lori dari arah hadapan kerana ada selekoh menyebabkan motosikalnya bergesel dengan lori berkenaan sebelum terbabas.


“Berikutan itu, mangsa jatuh terlentang manakala topi keledar dipakainya tertanggal. Pemandu lori sampah berkenaan pula berhenti kira-kira 150 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Jurucakap polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Kanak-kanak 12 tahun ditemui mati di Bukit Tinggi



KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemui mati di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, malam semalam.

Mayat mangsa ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang bekenaan kira-kira jam 10.30 malam.
Mangsa ditemui terbaring tidak benyawa tanpa sebarang kesan kecederaan pada tubuh tetapi siasatan mendapati terdapat pendarahan pada kemaluan mangsa.

Pelajar maut motosikal rempuh kereta di Temerloh



KUANTAN: Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta di Km12 Jalan Lanchang-Mempaga dekat Temerloh semalam.

Iskandar Baharudin, 16, dari Felda Lakum, Lanchang mati di tempat kejadian dalam kemalangan 11.15 pagi itu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata motosikal mangsa yang turut dibonceng rakannya ditunggang secara bahaya.

"Motosikal itu dilapor secara tiba-tiba meluru keluar dari kawasan semak dalam keadaan tayarnya diangkat (wheelie) dan memasuki jalan utama di hadapan kereta terbabit.


"Pemandu kereta terbabit cuba membrek namun gagal sebelum keretanya merempuh motosikal mangsa," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata rakan mangsa kemudiannya melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

Mohamed Fauzi berkata seorang lagi penungggang motosikal juga terbunuh selepas merempuh sebuah lori rosak yang diletak di bahu jalan di Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis kira-kira 8.50 malam tadi.

S Jeevananthan, 19, dari Padang Tengku, Lipis maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Bernama

Nawaz mahu henti serangan militan di India


Islamabad: Nawaz Sharif - dilihat calon paling popular dalam pilihan raya Pakistan - berkata dia tidak akan membiarkan kumpulan militan menyerang India dari negaranya, serta berjanji memperbaiki hubungan dengan New Delhi jika dilantik sebagai presiden.

“Jika menjadi perdana menteri, saya akan pastikan tanah Pakistan tidak digunakan sebagai tapak untuk menyerang India,” katanya.


Berdasarkan undian awam, parti Liga Muslim Pakistan pimpinan Nawaz dijangka memenangi pilihan raya umum pada Sabtu ini selepas mereka memanfaatkan kegagalan Parti Rakyat Pakistan menangani pelbagai masalah, daripada gangguan bekalan elektrik hingga ke pemberontakan Taliban.


Bekas bintang kriket, Imran Khan, yang mengetuai partinya sendiri kini menjadi tokoh paling popular di Pakistan dan mungkin menjadi rakan sekutu utama dalam kerajaan gabungan Nawaz.


Penganalisis berkata, insiden Imran terjatuh dan cedera ketika berkempen kelmarin mungkin mengundang simpati saat-saat akhir di kalangan pengundi. - Reuters

Pesawat terbakar ketika punggah minyak



Wamena: Sebuah pesawat kargo yang memunggah turun minyak, terbakar di lapangan terbang di timur Indonesia semalam dan sekurang-kurangnya seorang cedera.

Api menjulang ke udara selepas satu tong minyak jatuh dari pesawat itu ketika ia diparkir di landasan lapangan terbang, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.
Menurutnya, tong itu kemudian terbakar dan api menjilat badan pesawat BAe-146/Avro RJ buatan Britain itu di lapangan terbang bandar Wamena, wilayah Papua.

Ketua polis tempatan, Leftenan Kolonel Frenando Napitupulu berkata, api merebak dengan cepat menyebabkan gumpalan asap hitam. Ia mengambil masa dua jam untuk memadam kebakaran itu.


Saksi berkata, sekurang-kurangnya seorang lelaki dikejarkan ke hospital. Dia dipercayai bekerja di lapangan terbang itu.


Pengangkutan udara penting di Papua, pulau tersebut adalah kedua terbesar di gugusan kepulauan Indonesia. - tribunenews

Budak 5 tahun maut dibelasah ibu tiri



Depok: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Widia Astuti meninggal dunia kira-kira jam 10 malam kelmarin ekoran cedera parah di kepala, didakwa angkara ibu tirinya, Novi Susanti, 30, di Depok, Jawa Barat.

Widia yang tinggal bersama bapanya, Aa Supriadi dan Novi di daerah Tapos mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Bhati Yudha. Beberapa jiran mendakwa melihat layanan buruk Novi kepada mangsa. Seorang jiran berkata, dia pernah mendengar Novi memukul kanak-kanak itu ketika mereka berada di tandas awam, manakala yang lain menyaksikan Novi mencubit mangsa. “Apabila saya tiba di kediaman Widia, saya lihat dia menggeletar. Saya fikir mungkin ada yang tidak kena kerana dia mengalami pendarahan di kepala, dahi dan telinga,” kata bapa saudara mangsa, Ismail.


Widia dibawa ke Hospital Cibinong di Cikaret, Bogor sebelum dipindahkan ke Hospital Dompet Dhuafa Republika di Parut berikutan masalah kewangan.

Bagaimanapun, petugas perubatan di sana tidak mempunyai peralatan mencukupi untuk merawatnya. Mereka menasihatkan agar mangsa dibawa ke Hospital Depok yang mempunyai peralatan lebih lengkap.


Namun, Widia maut dalam perjalanan menuju ke hospital terbabit. - Jakarta Post

Perompak berlian ditahan



Brussels: Polis semalam mendakwa mencapai kejayaan terbesar dalam siasatan terhadap rompakan berlian AS$50 juta (RM161.3 juta), menahan 31 orang di tiga negara kira-kira tiga bulan selepas perompak melakukan rompakan itu di Lapangan Terbang Brussels.

Seorang lelaki Perancis dipercayai seorang daripada perompak sebenar ditahan di Perancis, manakala enam yang lain ditahan di Switzerland dan 24 lagi di Belgium.


Polis berkata, mereka mempunyai bukti bahawa berlian ditemui di Switzerland dan adalah sebahagian daripada barangan berharga dilarikan dalam rompakan berani 18 Februari lalu yang tersenarai antara rompakan berlian terbesar sejak kebelakangan ini.

Suspek di Perancis dan Switzerland ditahan kelmarin dan keesokan harinya polis Belgium melakukan operasi awal pagi secara besar-besaran dengan 250 anggota terbabit dalam operasi mencari di 40 kediaman. “Di Switzerland, kami menemui berlian yang boleh kami katakan berasal dari rompakan itu dan di Belgium sejumlah besar wang ditemui. Dan siasatan masih dilakukan,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya Brussels, Jean-Marc Meilleur.


Meilleur tidak mengulas mengenai maklumat lanjut dan tidak menyatakan bagaimana polis dapat menjejaki suspek. Pihak berkuasa dijangka mengumumkan bilangan suspek yang akan didakwa dan ditahan. Ia adalah kejayaan pertama dalam rompakan apabila ramai yang membandingkannya dengan ‘Ocean’s Eleven’ - skrip filem Hollywood kerana teknik rompakannya yang bersih tanpa seorang pun tercedera.


Pada petang musim sejuk yang dingin Februari lalu, berlian terbabit dipunggah ke dalam pesawat yang menuju ke Zurich apabila kumpulan perompak berpakaian polis memandu melalui lubang yang dipotong di pagar lapangan terbang menaiki dua kereta hitam dengan lampu biru siren polis yang berkelip-kelip. - AP

Tiga militan ditembak mati



Bandung: Skuad antikeganasan Indonesia semalam menyerbu lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian suspek militan yang merancang untuk meletupkan bangunan Kedutaan Myanmar.

Beberapa tembakan dilepaskan ketika polis mengepung kediaman itu selama beberapa jam dan menggesa mereka yang berada di dalamnya agar menyerah diri, namun mereka melepaskan tembakan ke arah polis.


Timbalan Ketua Polis Nasional, Leftenan Kolonel Nanan Sukarna berkata, serbuan di kampung Cigondewah di Jawa Barat itu bertujuan untuk menangkap empat militan dipercayai terbabit dalam insiden serangan yang gagal di kedutaan berkenaan minggu lalu di Jakarta.


Suspek menginap di rumah sewa itu sejak empat bulan lalu, kata Sukarna.


Ketua Polis Nasional, Jeneral Timur Pradopo memberitahu wartawan selepas memaklumkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bahawa tembakan dilepaskan kerana terdapat tentangan daripada suspek militan yang bersembunyi dalam rumah itu. “Tiga militan berjaya ditembak mati,” kata Timur sambil menambah penduduk yang tinggal berdekatan rumah berkenaan sudah dipindahkan.


Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, polis menjerit menggesa militan menyerah diri. Mereka menghitung hingga tiga sebelum melepaskan tembakan.

Stesen penyiaran tempatan, MetroTV menyiarkan siaran langsung insiden itu, menunjukkan anggota skuad berkenaan berpakaian serba hitam berdiri di belakang rumah berwarna merah sambil memegang raifal di kejiranan yang sesak dengan kediaman dan sawah padi. Minggu lalu, polis menahan dua suspek militan di Jakarta dan merampas lima bom buatan sendiri dari beg galas dibawa mereka. Siasatan terhadap mereka membawa kepada penemuan bahan letupan lain di sebuah rumah sewa. Militan memberitahu pihak berkuasa, mereka mahu membalas dendam terhadap Myanmar ekoran serangan ke atas umat Islam di negara itu sejak kebelakangan ini.- AP

22 maut lori tangki meletup



22 maut lori tangki meletup
Pemandangan dari udara menunjukkan kawasan kejiranan yang musnah selepas sebuah lori tangki membawa gas asli meletup menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh di Bandaraya Mexico, semalam.

Bandaraya Mexico: Sebuah lori tangki gas asli hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan meletup dalam kejadian di sebuah lebuh raya bersebelahan kawasan perumahan di Ecatepec, di Bandaraya Mexico awal kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan mencederakan berpuluh yang lain, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa di Jabatan Keselamatan Negeri Mexico tidak menolak kemungkinan angka kematian akan meningkat. Sekurang-kurangnya satu dozen penduduk masih dimasukkan ke hospital lewat kelmarin, dengan beberapa orang di antara mereka dalam keadaan kritikal.
Gabenor Eruviel Avila berkata bahawa seramai 22 orang dikenal pasti mati, katanya dalam satu surat kepada Pope Francis dan sepatutnya ditemui beliau di Vatican semalam. Avila berkata beliau terpaksa berpatah semula ke Mexico.

Pencarian diteruskan

Jurucakap jabatan keselamatan negeri, Cesar Diaz berkata pekerja kecemasan meneruskan pencarian sepanjang malam terhadap kenderaan yang terbakar dan rumah berhampiran lebuh raya di utara metropolis berkenaan.

Penduduk membantu menyelamatkan mangsa dari kawasan kemalangan kira-kira 5.30 pagi itu yang menyebabkan letupan dan kebakaran kereta serta rumah.
Rakaman televisyen menunjukkan api menjulang di kawasan perumahan itu pada waktu subuh yang gelap.
Trak tangki gas terbabit meletup sejauh 50 meter, terpelanting hingga ke dinding sebuah rumah dan kereta yang diletakkan di luar rumah berkenaan. Sejumlah ternakan termasuk kambing dan binatang ternakan lain juga terbunuh dalam kemalangan itu. - AP

Justin Bieber kena 6 saman di Dubai



Dubai: Polis di sini mengesahkan bahawa Justin Bieber mengumpul enam saman had laju ketika berada di bandar ini, dengan memecut di sepanjang lebuh raya Shaikh Zayed sambil memandu Lamborghini Avendator malam Ahad lalu.

Penyanyi berusia 19 tahun itu, yang mengadakan dua konsert di sini iaitu pada Sabtu dan Ahad, memandu kereta super itu bernilai Dh1.5 juta (RM1.22 juta) ke konsertnya Ahad lalu dan dirakam kamera pengawasan di Lebuh Raya Shaikh Zayed serta dalam perjalanan ke Sevens Stadium di Al Ain Road.
Kereta Lamborghini Aventador itu adalah model terkenal Itali dan memiliki kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dan 691 kuasa kuda.

Polis berkata, kereta sports mewah dipandu Bieber dirakam kamera radar beberapa kali di jalan Shaikh Zayed dan dia memandu secara melulu.

Melebihi had laju

Lamborghini itu dikesan polis peronda melebihi had laju dibenarkan dan polis cuba menahannya, tambah sumber polis serta beberapa denda dikeluarkan.

Denda had laju biasa di sini ialah Dh600 (RM486.39), bermaksud Bieber perlu membayar sekurang-kurangnya Dh3,600 (RM 2,914.79) walaupun tidak jelas bagaimana denda itu akan dikumpul.
“Denda lebih tinggi akan dikenakan mengikut kelajuan. Lebih laju kereta dipandu lebih tinggi denda dikenakan,” kata pegawai berkenaan.

Seorang ejen jualan Lamborghini berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Gulf News bahawa tidak mustahil untuk seorang pemandu semuda Bieber diinsuranskan ketika memandu kenderaan itu.

Bieber terkenal dengan koleksi kereta laju dan memiliki antaranya, sebuah Fisker Karma berwarna perak dan Ferrari putih.

Bieber lewat dua jam untuk konsertnya Ahad lalu, di mana seorang peminat memanjat pentas ketika persembahan. Jabatan siasatan dan jenayah polis di sini (CID) berkata tiada siapa ditahan berhubung kejadian itu. - AGENSI

Laman web pejabat Yingluck diserang



Laman web pejabat Yingluck diserang
Perdana Menteri Thailand dihina penggodam



Bangkok: Penggodam menyusup masuk ke dalam laman web pejabat Perdana Menteri Thailand semalam, menghantar ulasan menghina dalam serangan terbaru ke atas dirinya.

Perkataan ‘Saya pelacur dungu’ muncul seketika bersama gambar Yingluck yang tersenyum diikuti oleh ‘Saya tahu saya adalah Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Thailand!!!’.

Ia ditandatangani oleh ‘Pasukan Penggodam Unlimited’.

Penjenayah diberi amaran

Kerajaan segera menutup laman web berkenaan dan memberi amaran penjenayah berdepan hukuman keras jika ditangkap.

“Ia mungkin dilakukan sesetengah remaja atau mungkin tujuan politik,” kata ketua setiausaha perdana menteri, Suranand Vejjajiva.

“Menggodam laman web adalah mudah, namun jangan lupa bahawa untuk memeriksa siapa yang melakukannya juga tidak sukar,” katanya kepada media.
“Jika kami menemui mereka, mereka akan didakwa mengikut akta jenayah komputer,” katanya merujuk kepada undang-undang perbalahan yang mana kumpulan hak asasi mengatakan ia kadang kala digunakan untuk menghalang tentangan online.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Yingluck memfailkan satu kes fitnah ke atas seorang kartunis kerana didakwa membandingkannya dengan seorang pelacur dalam ruangan Facebooknya.

Chai Rachawat, seorang kartunis dengan akhbar harian terkenal, menghantar gambar Yingluck dengan tulisan.. ‘seorang pelacur bukan seorang yang jahat, pelacur hanya menjual tubuhnya. Namun seorang wanita jahat menjual negara.’ - AFP

Polis geledah rumah penculik



Polis geledah rumah penculik  
Anggota Biro Siasatan Persekutuan membawa keluar bukti dari rumah yang menjadi kediaman tiga mangsa culik selama 10 tahun, di Cleveland semalam.
Tiga wanita mangsa culik bertemu keluarga 


CLEVELAND: Polis Amerika Syarikat semalam menggeledah sebuah rumah di kawasan kejiranan pekerja di Cleveland selepas tiga wanita yang didapati hilang kira-kira sedekad lalu diselamatkan daripada penculik mereka. Tiga beradik ditahan di bandaraya Midwestern selepas seorang daripada mangsa culik mereka memaklumkan kepada jiran, yang kemudian memecahkan pintu untuk menyelamatkan mangsa dan anak perempuannya yang ditahan di rumah terbabit.


Polis yang mengambil tindakan selepas menerima satu panggilan kecemasan 911 menemui dua lagi wanita di dalam rumah berkembar sederhana yang tertera bendera Amerika Syarikat dan Puerto Rico pada garajnya.

Semua mangsa dilaporkan hilang dalam insiden berasingan kira-kira 10 tahun lalu.

Dibebas malam Isnin
Sekumpulan wartawan dan penduduk tempatan memenuhi Seymour Avenue, tetapi pihak berkuasa sudah membuat halangan dengan pita tempat kejadian kejadian.

Mangsa culik berkenaan, Amanda Berry, 27, Gina DeJesus, 23 dan Michelle Knight, 32 dibebaskan malam Isnin lalu dan kini ditempatkan di sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan sebelum dibebaskan dan dipertemukan dengan keluarga mereka. Biro Penyiasatan Persekutuan juga akan menemubual mereka. - AGENSI

Seksa tersepit tiga jam

pix_topright
Alor Gajah: Seorang pemandu lori kontena yang hampir putus kaki kiri menanggung azab hampir tiga jam akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandu hilang kawalan dan terbalik dengan empat tayar ke atas di Kilometer 216.7 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Raja Ahmad Putera Raja Ahmad, 51, dalam perjalanan dari Simpang Ampat menuju Kuala Lumpur sebelum treler dipandu hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum terbalik.

Mangsa yang tersepit meraung meminta segera dikeluarkan dari lori berkenaan dan dia dikeluarkan sepasukan anggota bomba hampir tiga jam selepas kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, mangsa baru selesai menghantar bekalan perkakasan kenderaan di sebuah kilang automotif di kawasan perindustrian Pegoh, di sini, bergerak pulang ke Balakong, Selangor sebelum terbabit kemalangan.
Foto
LORI kontena yang terbalik di tempat kejadian.




Menurut sumber, ketika melalui selekoh susur keluar dari Tol Simpang Ampat, treler dipandu mangsa hilang kawalan merempuh dan merentasi besi penghadang jalan hingga kenderaan berat terbabit terbalik dengan kedudukan empat tayar ke atas.

9 maut kapal langgar menara



9 maut kapal langgar menara
Anggota penyelamat memeriksa lokasi menara kawalan yang tumbang selepas dilanggar sebuah kapal kargo, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di pelabuhan Genoa, Itali semalam.
Mangsa tercampak ke laut, terperangkap dalam lif

Rome: Sekurang-kurangnya sembilan orang dikhuatiri terbunuh selepas sebuah kapal kargo Jolly Nero melanggar menara kawalan hingga tumbang ke pelabuhan Genoa, Itali, kata pegawai penyelamat semalam.

Kira-kira 15 orang berada di dalam menara terbabit ketika ia dilanggar, menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air dan terperangkap di dalam sebuah lif di menara kawalan itu.
Kemalangan berlaku ketika penduduk Itali masih trauma dengan kejadian kapal Costa Concordia yang karam pada waktu malam di pulau Giglio pada Januari 2012 menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh.

Seorang mangsa dikenal pasti sebagai Daniele Frantantonio, 30, yang bekerja di pusat operasi pengawal pantai, manakala mangsa yang lain masih belum dikenal pasti.

Pelabuhan paling sibuk

Pasukan penyelamat menyelam ke kawasan perairan di sekitar pelabuhan paling sibuk di Itali itu dan masih mencari enam hingga tujuh orang yang dipercayai hilang selepas kemalangan, di mana sekurang-kurangnya empat mangsa dilaporkan cedera parah.

Anjing pengesan yang dilatih untuk mencari mangsa di zon gempa bumi juga digunakan bagi mengesan mereka yang terperangkap dalam runtuhan terbabit.
Bilangan sebenar mangsa yang hilang tidak dapat dikenal pasti disebabkan kemalangan pada jam 11 malam itu berlaku ketika pertukaran syif di menara yang condong sehingga 45 darjah sebelum ia runtuh sebahagiannya.

Jurucakap bomba di tempat kejadian, Luca Cari, memberitahu Associated Press (AP) bahawa mayat keempat ditemui di kawasan lif dan usaha menyelamat masih diteruskan.

Sehingga pagi semalam, apa yang tinggal hanyalah tangga luar menara kawalan terbabit yang condong ke tepi. Menara itu sendiri terkeluar dari pelabuhan, sama ada di dalam air atau dalam timbunan runtuhan.

Seorang doktor, Andrea Furgani, yang juga anggota pasukan penyelamat berkata krew pada awalnya membawa empat mangsa cedera ke hospital di Genoa.

“Keadaan mereka kritikal. Mereka mengalami kecederaan akibat daripada ditindan, patah tulang dan cedera pada bahagian dada,” katanya kepada AP.

Kapal Jolly Nero adalah milik syarikat perkapalan Itali, Ignazio Messina & C. SpA.

Berdasarkan laman webnya, Messina Line yang berpejabat di Genoa, memiliki 14 kapal kargo dengan kapal Jolly Nero berukuran 239 meter panjang dan 30 meter lebar.

Agensi berita ANSA memetik pegawai syarikat itu, Stefano Messina, berkata bahawa kejadian seperti ini tidak pernah berlaku kepada syarikat itu yang diasaskan pada 1921. - AP/AGENSI

Lidah mangsa terjelir

Foto
KERETA milik mangsa yang terbakar sejurus selepas berlaku kemalangan.
Padang Besar: Seorang lelaki ditemui rentung apabila menyelamatkan diri selepas kereta dipandunya terbakar sejurus melanggar pokok akibat hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 12.4, Jalan Padang Melangit-Guar Jentik, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, mangsa, Chong Swee Voon, 43, dikatakan masih hidup tetapi badannya terbakar apabila minyak petrol dari tangki minyak ubah suai di bahagian penumpang belakang dalam kenderaan itu melimpah. 
Sumber berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan dengan lidahnya terjelir, selain tertiarap dengan kedua-dua tangannya sedang menggenggam rumput dan pasir.


“Mangsa dipercayai berjaya merangkak keluar dengan keadaan tubuhnya terbakar.


“Dia dipercayai cuba memanjat tebing parit berkenaan dengan merangkak bagi meminta pertolongan orang ramai, namun gagal selepas tiada orang di kawasan berkenaan ketika itu,” katanya.

Tanah gelongsor setinggi 20 meter

Foto
AHMAD Phesal (kanan) meninjau kawasan gelongsoran tanah, semalam.
Kuala Lumpur: Rata-rata pengguna lalu lintas yang dalam perjalanan ke tempat kerja melalui Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak, di sini, menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk sejak pagi, semalam.
Difahamkan, kesesakan bermula dari Tol Sungai Besi menghala ke Jalan Mahameru membabitkan lebih 15 kilometer (km) berikutan penutupan jalan berkenaan dan beberapa jalan lain akibat gelonsoran tanah iaitu Jalan Sultan Salahuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua hala Jalan Ampang ke Bukit Nanas.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, berlaku gelongsoran tanah setinggi 20 meter dengan keluasan 60 meter persegi jam 2 pagi tadi (semalam).

“Runtuhan berlaku ekoran hujan lebat bermula petang semalam (kelmarin) menyebabkan pokok tumbang dan gelongsoran tanah merentasi Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak.


“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan itu termasuk di lokasi kejadian sama di Jalan Kasah, Bukit Damansara dan Taman Shanghai, Jalan Klang Lama,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tanah runtuh di Bukit Nanas, di sini.

Tanah gelongsor setinggi 20 meter

Foto
AHMAD Phesal (kanan) meninjau kawasan gelongsoran tanah, semalam.
Kuala Lumpur: Rata-rata pengguna lalu lintas yang dalam perjalanan ke tempat kerja melalui Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak, di sini, menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk sejak pagi, semalam.
Difahamkan, kesesakan bermula dari Tol Sungai Besi menghala ke Jalan Mahameru membabitkan lebih 15 kilometer (km) berikutan penutupan jalan berkenaan dan beberapa jalan lain akibat gelonsoran tanah iaitu Jalan Sultan Salahuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua hala Jalan Ampang ke Bukit Nanas.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, berlaku gelongsoran tanah setinggi 20 meter dengan keluasan 60 meter persegi jam 2 pagi tadi (semalam).

“Runtuhan berlaku ekoran hujan lebat bermula petang semalam (kelmarin) menyebabkan pokok tumbang dan gelongsoran tanah merentasi Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak.


“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan itu termasuk di lokasi kejadian sama di Jalan Kasah, Bukit Damansara dan Taman Shanghai, Jalan Klang Lama,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tanah runtuh di Bukit Nanas, di sini.

UPP Kelantan rampas tembakau seludup hampir RM300,000



KOTA BHARU 8 Mei - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas 3,800 kilogram daun tembakau seludup dianggar bernilai RM298,870 dalam satu serbuan di sebuah stor di kampung Permatang Pusu, Melor di sini semalam.
Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggotanya diketuai Koperal Ghazali Yusoff kira-kira pukul 1 petang hasil risikan dan maklumat daripada orang ramai.
Menurutnya, hasil serbuan ke atas stor berkenaan pihaknya telah menemui 190 bungkusan daun tembakau seberat 3,800 kilogram dipercayai diseludup dari negara jiran.
"Kesemua rampasan tersebut telah dibawa ke ibu pejabat UPP negeri dan akan diserahkan kepada pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LTKN) untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130508/je_06/UPP-Kelantan-rampas-tembakau-seludup-hampir-RM300000#ixzz2SlVhr4m4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kuil Hindu nafi bantu daftar pengundi secara haram



KLANG 8 Mei - Sebuah kuil Hindu di sini hari ini menyatakan ia telah membuat laporan polis berhubung dakwaan ia menganjurkan pendaftaran pengundi secara haram dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di premis kuil itu beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lepas.
Kuil Sri Sundaraja Perumal berkata, kuil itu hanya menganjurkan kempen 'My Daftar' dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Mac 2011 untuk membantu warga kelahiran Malaysia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Setiausaha Kehormatnya, Nehru Nagappan memberitahu pemberita, laporan polis dibuat berhubung klip video disiarkan di YouTube pada 1 Mei yang memberikan tanggapan jawatankuasa kuil memberikan kad pengenalan kepada pekerja Indonesia dan pendatang tanpa izin, dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam berbuat demikian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130508/je_09/Kuil-Hindu-nafi-bantu-daftar-pengundi-secara-haram#ixzz2SlVcp7Xo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat jurutera ditemui dengan kesan tembak di ladang sawit



LEDANG 8 Mei - Seorang jurutera dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit di Jalan Bekok, Tangkak, dekat sini malam tadi.
Mayat Muthu Pillai, 41, dari Batu Berendam, Melaka yang lengkap berpakaian ditemui dengan kesan tembakan di bahagian kiri kepala, dada dan pinggang dijumpai orang awam pukul 7.30 malam.
Adik mangsa, P. Sivan, 38, berkata, dia mengetahui berita sedih itu melalui kakak iparnya pukul 2.30 pagi ini yang menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang.
"Pada mulanya, saya tidak percaya perkara itu sehinggalah selepas membuat pengecaman mayat abang di rumah mayat Hospital Tangkak. Saya sedih tetapi terpaksa menerima hakikat abang sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di hospital itu, di sini hari ini.
Sivan berkata, pada hari kejadian, Muthu bekerja separuh hari dan sempat makan tengah hari bersama keluarganya dan pukul 2.30 petang semalam memberitahu isterinya mahu keluar rumah menemui rakan tetapi tidak dinyatakan lokasinya.
Sebelum ini Muthu sering kali pulang lewat ke rumah jika keluar menemui rakannya menyebabkan kakak ipar tidak mengesyaki perkara buruk menimpa suaminya, katanya.
Sivan mengakui terkejut dengan kejadian itu dan mendakwa abangnya tidak mempunyai musuh serta tidak pernah mengadu diganggu individu tidak dikenali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian dan mengesan suspek terlibat.
"Kita juga sedang siasat untuk pastikan sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum ditemui di tempat kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130509/je_08/Mayat-jurutera-ditemui-dengan-kesan-tembak-di-ladang-sawit#ixzz2SlVYBzCK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilik FB dikesan hasut hapuskan Agong, PDRM, SPR



KUALA LUMPUR 8 Mei - Satu tindakan biadab dan kurang ajar dikesan dalam laman sosial Facebook yang meminta supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihapuskan serta memansuhkan jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Pemilik akaun yang menggunakan gelaran San Kai Man bertulisan Jepun memuat naik komen biadab itu baru-baru ini meminta pemimpin pembangkang agar segera menghantar pengikut mereka menyerang balai polis.
Bagaimanapun, polis sudah mengenal pasti identiti penulis terbabit dan sedang mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan.
Melalui blog http://theflyingkick.blogspot.com yang menyiarkan kenyataan biadab itu, penulis tersebut berkata, sekarang adalah masa paling sesuai untuk bertindak membina 'Malaysia Baru' kerana penyokong-penyokong pembangkang masih berada dalam keadaan 'panas'.
Selain itu, penulis yang menulis hampir keseluruhan dalam Bahasa Inggeris itu menyatakan sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang tidak bertindak sekarang, mereka perlu menunggu lima tahun lagi untuk berbuat demikian.
Lebih memualkan, penulis itu turut mencadangkan pengikut-pengikut terbabit menyerang balai polis dan mengikat anggota-anggota polis berkenaan sekiranya mereka enggan menyerah diri.
Katanya, selepas semua tindakan itu dilakukan maka pilihan raya akan dilakukan semula serta ketika itulah tiada lagi jawatan Yang di-Pertuan Agong di negara ini.
Menurut penulis itu, mereka sebagai penyokong pembangkang sedang menunggu gerakan tersebut dilakukan dan mahu perkara itu dilakukan secepat mungkin.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Pihak kami amat memberi perhatian mengenai perkara ini dan sedang menjalankan siasatan bagi mengesan penulis terbabit," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130509/je_04/Pemilik-FB-dikesan-hasut-hapuskan-Agong-PDRM-SPR#ixzz2SlV4SpHH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki parah ditembak di kepala



Mazlan Kesah

PULAU PINANG 8 Mei - Seorang lelaki cedera parah di kepala akibat ditembak dari jarak dekat di sebuah kedai makan di Sungai Daun, Nibong Tebal di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa bersama beberapa rakan dikatakan sedang minum di kedai berkenaan sebelum dihampiri seorang suspek memakai topi keledar lalu melepaskan dua tembakan ke arahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek meninggalkan tempat kejadian selepas menembak mangsa berusia 43 tahun.
Katanya, suspek melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.
"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan koma.
"Polis menjumpai sebuah beg berisi peluru dan topi keledar yang tercicir berhampiran tempat kejadian dipercayai dibawa suspek," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian tembakan itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130509/je_07/Lelaki-parah-ditembak-di-kepala#ixzz2SlVJZF4g
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyebar fitnah babitkan kredibiliti pasukan keselamatan diburu



JOHOR BAHRU 8 Mei - Polis negeri ini akan segera melakukan siasatan bagi mengesan dan menangkap individu yang menyebarkan fitnah membabitkan kredibiliti pasukan keselamatan.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
Menurut beliau, satu kenyataan bergambar yang disebarkan dalam laman sosial Facebook mendakwa kononnya empat trak polis digunakan bagi membawa pendatang asing untuk mengundi di sebuah sekolah di Batu Pahat pada Ahad lalu.
"Budaya memfitnah ini telah berleluasa dan melampau. Tuduhan yang dilemparkan ini amat serius dan tidak berasas sama sekali sedangkan keempat-empat trak berkenaan sebenarnya membawa Unit Pasukan Penggempur Kecil (PORU) yang memantau keselamatan di lokasi tersebut.
"Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam bagi menyiasat individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan kes ini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.
Mohd. Mokhtar melahirkan rasa kesal dengan tuduhan tersebut kerana polis telah melaksanakan tugas dengan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu namun dibalas dengan tohmahan.
Dalam nada kecewa, beliau berkata, fitnah yang dilemparkan ini tidak adil kepada semua anggota polis yang bersengkang mata siang dan malam menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang pilihan raya berlangsung.
"Sejak hari pertama Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu sehingga selesai hari pengundian, anggota polis di seluruh negara berkorban masa dan kudrat mereka memastikan perjalanan PRU-13 lancar dan aman.
"Ini dibuktikan apabila tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam tempoh tersebut. Namun, sebaliknya kami difitnah dengan dakwaan sebegini," katanya.
Justeru, beliau tekad untuk menyegerakan proses siasatan dan membawa pihak terlibat ke muka keadilan demi membela maruah pasukan keselamatan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130509/je_02/Penyebar-fitnah-babitkan-kredibiliti-pasukan-keselamatan-diburu#ixzz2SlUXTZ2l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyebar fitnah babitkan kredibiliti pasukan keselamatan diburu



JOHOR BAHRU 8 Mei - Polis negeri ini akan segera melakukan siasatan bagi mengesan dan menangkap individu yang menyebarkan fitnah membabitkan kredibiliti pasukan keselamatan.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
Menurut beliau, satu kenyataan bergambar yang disebarkan dalam laman sosial Facebook mendakwa kononnya empat trak polis digunakan bagi membawa pendatang asing untuk mengundi di sebuah sekolah di Batu Pahat pada Ahad lalu.
"Budaya memfitnah ini telah berleluasa dan melampau. Tuduhan yang dilemparkan ini amat serius dan tidak berasas sama sekali sedangkan keempat-empat trak berkenaan sebenarnya membawa Unit Pasukan Penggempur Kecil (PORU) yang memantau keselamatan di lokasi tersebut.
"Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam bagi menyiasat individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan kes ini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.
Mohd. Mokhtar melahirkan rasa kesal dengan tuduhan tersebut kerana polis telah melaksanakan tugas dengan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu namun dibalas dengan tohmahan.
Dalam nada kecewa, beliau berkata, fitnah yang dilemparkan ini tidak adil kepada semua anggota polis yang bersengkang mata siang dan malam menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang pilihan raya berlangsung.
"Sejak hari pertama Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu sehingga selesai hari pengundian, anggota polis di seluruh negara berkorban masa dan kudrat mereka memastikan perjalanan PRU-13 lancar dan aman.
"Ini dibuktikan apabila tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam tempoh tersebut. Namun, sebaliknya kami difitnah dengan dakwaan sebegini," katanya.
Justeru, beliau tekad untuk menyegerakan proses siasatan dan membawa pihak terlibat ke muka keadilan demi membela maruah pasukan keselamatan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130509/je_02/Penyebar-fitnah-babitkan-kredibiliti-pasukan-keselamatan-diburu#ixzz2SlUXTZ2l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sebar maklumat palsu dijel 2 tahun



KUALA LUMPUR 8 Mei - Semua pengguna yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan penyebaran maklumat palsu dan menjurus kepada unsur fitnah di dalam media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh dipenjara maksimum dua tahun.
Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, sehubungan itu, pengguna media sosial dan SMS diminta berhati-hati terutama ketika memberikan respons kepada setiap paparan seumpama itu kerana dibimbangi boleh terlibat dalam jenayah siber.
Mengikut Undang-Undang Jenayah pula katanya, di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, mereka yang terlibat boleh dipenjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
''Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan jangan mudah memberikan respons untuk setiap paparan, tidak mudah menekan butang like atau dislike, bertenang, jangan terlalu emosi ketika membaca, bertindak bijak, tidak percaya sepenuhnya pada setiap isi kandungan berita atau status di media sosial.
''Kami mengingatkan orang ramai supaya semak dahulu kesahihan maklumat diterima kerana siapa sahaja yang menyebarkannya sama ada secara langsung atau tidak, boleh dikenakan tindakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu penyebaran maklumat palsu berkaitan provokasi pihak pembangkang menerusi SMS selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini semakin meluas dalam kalangan orang ramai kini.
Didakwa, SMS yang disebar luas itu mengandungi sentimen pembohongan yang cuba menghasut penyokong parti pembangkang terutama DAP supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan pilihan raya umum itu.
Sheikh Raffie berkata, pihaknya dan polis sedang menyiasat isu penyebaran berita palsu dan fitnah itu.
''Polis dan SKMM pasti akan bertindak jika terbukti gerakan penyebaran itu. SKMM tidak akan membenarkan mana-mana pihak cuba memporak-perandakan negara ini,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130509/je_01/Sebar-maklumat-palsu-dijel-2-tahun#ixzz2SlU1ZSSL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jalan utama KL sesak teruk

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
pengarang@utusan.com.my
ALIRAN trafik mengalami kesesakan teruk di Jalan Maharajalela menghala ke pusat bandar raya akibat penutupan beberapa jalan ekoran tanah runtuh di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI
KUALA LUMPUR 8 Mei - Beberapa laluan utama di ibu negara mengalami kesesakan luar biasa hari ini berikutan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang ekoran hujan lebat di empat lokasi di sekitar Kuala Lumpur sejak malam tadi.
Jalan-jalan tersebut terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan dan penyelenggaraan berikutan tanah runtuh setinggi 25 meter yang melibatkan hutan simpan Bukit Nanas berhampiran Stesen LRT Dang Wangi di Jalan Ampang.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada hujan lebat tanpa henti lebih dua jam yang menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air hujan lalu menggelongsor dan akhirnya runtuh.
"Kejadian itu bukan disebabkan kerja-kerja pembangunan yang agresif berhampiran tempat kejadian tetapi akibat hujan lebat yang luar biasa, iaitu menjangkau paras setinggi sehingga 1.47 milimeter hanya dalam tempoh satu jam.
"Sesuatu yang sangat di luar jangkaan sehingga menyebabkan pokok-pokok tumbang dan menimpa kenderaan yang diletak di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pemahaman Penyata Aksesibiliti Penyediaan Kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Dewan Perdana Mestika Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.
Selain hutan simpan Bukit Nanas, kejadian tanah runtuh berlaku di beberapa lokasi lain iaitu di Jalan Mahameru, Jalan Kasah di Bukit Damansara, Jalan Klang Lama di Taman Shanghai dan Jalan Sultan Salahuddin.
Di Jalan Ampang, sekurang-kurangnya lapan buah kereta tertimbus apabila tanah runtuh berlaku di kawasan tempat letak kereta berhampiran Stesen LRT Dang Wangi.
Antara laluan yang ditutup hari ini adalah dari Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Salahuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua Jalan Ampang ke Bukit Nanas.
Penutupan laluan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk iaitu sejauh 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi ketika warga kota keluar bekerja pada awal pagi.
"Pihak DBKL mengambil tindakan yang sewajarnya di setiap lokasi kejadian dan terpaksa menutup jalan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di samping bagi mengurangkan risiko kejadian tanah berulang," kata Ahmad Phesal.
Menurutnya, DBKL melalui Jabatan Landskap dan Rekreasi akan memeriksa tahap keselamatan di setiap cerun, tebing dan pokok-pokok yang ada di sekitar ibu negara.
"Kita telah membeli beberapa peralatan untuk memeriksa tahap kesihatan setiap pokok sama ada untuk dirawat, tebang atau memangkas dahan-dahan yang risiko untuk patah dan tumbang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130509/dn_09/Jalan-utama-KL-sesak-teruk#ixzz2SlSxiLOZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga penyokong Pas bertindak samseng dijel, denda


TIGA penyokong Pas dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 atas tuduhan melakukan khianat dengan memukul dan menendang van kempen BN di Mahkamah Majistret, Kota Bahru, semalam.


KOTA BHARU 8 Mei - Akibat berkelakuan samseng pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tiga penyokong Pas hari ini menerima padah apabila dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga-tiga mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memukul, menendang van kempen Barisan Nasional (BN) dan mengoyakkan poster-poster parti pada kenderaan terbabit.
Kejadian berlaku dua hari sebelum hari mengundi pada Ahad lalu dan tertuduh-tertuduh, Mohd. Nabil Fikri Mohd. Zain, 21, Ahmad Redza Aziz, 22, dan Mohd. Aiman Muhammad, 28, ditangkap kelmarin.
Kesemua tertuduh yang berasal dari Baung Bayam di sini turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda masing-masing.
Hukuman ke atas ketiga-tiga mereka bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Mereka didakwa secara bersama melakukan perbuatan samseng itu di hadapan bangunan Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Jalan Stadium di sini pada pukul 2.30 pagi, 3 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.
Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md. Zukri, semasa kejadian, van Pemuda BN yang turut membawa penyokong parti itu telah melalui Jalan Stadium di sini.
Bagaimanapun secara tiba-tiba sekumpulan penyokong Pas yang sedang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV, datang menyerbu ke arah van tersebut.
Penyokong Pas tersebut telah bertindak memukul dan menendang van berkenaan serta mengoyakkan poster-poster BN sebelum menampal poster 'K' (Kekal Kelantan) serta meletakkan bendera Pas pada kenderaan itu.
Pemandu van tersebut berjaya mengecam tiga daripada penyokong Pas terbabit kerana tinggal sekampung di Baung Bayam dan ketiga-tiga lelaki itu ditangkap Isnin lalu.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd. Nabil Fikri mengaku tidak mengundi pada PRU-13 lalu, manakala dua lagi tertuduh mengaku mengundi.
Mohd. Nabil Fikri, pekerja tempat sewa kereta, manakala Ahmad Redza pula seorang tukang cuci dengan penampilan rambut berwarna perang dan Mohd. Aiman seorang tukang paip, turut memohon supaya dikenakan hukuman denda sahaja.
Mereka yang tidak diwakili peguam bela, hadir di mahkamah tanpa ditemani ahli keluarga atau penyokong-penyokong Pas lain.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Nik Habri mengingatkan setiap tertuduh serta orang awam supaya tidak taksub kepada parti politik.
''Hari ini, tidak ada siapa datang bersama kamu. Masa berlaku, ramai yang junjung kamu, bila ke mahkamah kamu tanggung seorang saja. Begitulah yang biasa berlaku.
''Jangan taksub sangat kepada parti politik. Saya tidak kisah nak sokong siapa-siapa. Tapi, ikutlah cara yang betul. Sampai hari mengundi pangkahlah.
''Saya memberikan kamu satu hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada kamu dan orang lain, supaya tidak akan berlaku lagi dalam pilihan-pilihan raya selepas ini. Kepentingan awam perlu dijaga,'' tegas Nik Habri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130509/ma_01/Tiga-penyokong-Pas-bertindak-samseng-dijel-denda#ixzz2SlSg9qKo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 ditahan kes serang bas pekerja warga asing



SHAH ALAM 8 Mei - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes 80 individu menyerang sebuah bas dinaiki 54 pekerja lelaki warga asing kerana didakwa pengundi hantu dalam kejadian di Jalan Young, Pandamaran Klang pada Ahad lalu.
Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 32 tahun ditahan kelmarin dan semalam dalam tiga serbuan.
Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Selangor, Senior Asisten Komisioner Hasanuddin Hassan, tangkapan pertama kira-kira pukul 4.45 petang kelmarin, polis menahan dua lelaki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Meru.
"Hasil soal siasat ke atas suspek, polis menahan seorang lagi lelaki di Jalan Persiaran Raja Muda Musa pada pukul 6 petang hari yang sama.
"Susulan itu, polis seorang lagi suspek di sebuah rumah di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang pukul 10 pagi semalam," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130508/dn_20/4-ditahan-kes-serang-bas-pekerja-warga-asing#ixzz2SlSVieSK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

33 maut, bas terjunam ke sungai di India



SHIMLA, India 9 Mei - Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh apabila sebuah bas yang penuh dengan penumpang terjunam ke dalam sungai di utara negara ini, semalam.
Menurut Ketua Polis tempatan, R. S Negi, sehingga kini pihaknya menemui 33 mayat di dalam sungai.
Katanya, 14 yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kemalangan maut itu berlaku berhampiran sebuah kawasan peranginan terkenal di Kullu yang terletak kira-kira 250 kilometer dari negeri Himachal Pradesh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_02/33-maut-bas-terjunam-ke-sungai-di-India#ixzz2SlRWMous
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Padah taksub pembedahan plastik



Perbezaan wajah Hang Mioku (kanan) semasa dia berusia 28 tahun dan (kiri) selepas dia menyuntik silikon serta minyak masak ke mukanya sendiri. - AGENSI
SEOUL 8 Mei - Seorang model dari Korea Selatan yang ketagih pembedahan plastik, bertindak menyuntik minyak masak ke wajahnya, mengakibatkan dia kini tidak lagi dikenali oleh ibu bapanya sendiri.
Wajah Hang Mioku menjadi hodoh berikutan rawatan kecantikan yang dijalaninya itu, sehingga kanak-kanak menggelarnya ‘kipas berdiri’ kerana saiz wajahnya yang besar berbanding tubuhnya yang kecil.
Wanita itu mula menjalani pembedahan plastik bagi menjadikan kulit wajahnya kekal lembut ketika berusia 28 tahun dan kemudiannya dia berpindah ke Jepun bagi memudahkannya menjalani rawatan itu dengan lebih kerap.
Bagaimanapun, selepas dia ketagih dengan rawatan itu, doktor enggan menjalankan pembedahan lagi ke atasnya selepas mendapati wajahnya mula membesar.
Seorang daripada doktor yang ditemuinya menyatakan, ketagihan itu mungkin petanda Mioku mengalami gangguan psikologi.
Namun, Mioku selepas itu masih menyuntik silikon setelah berjaya mendapatkan sebotol silikon dan setelah ia habis, dia mula menyuntik wajahnya dengan minyak masak selepas terpengaruh dengan dakwaan minyak masak dapat meningkatkan kesan penggunaan silikon.
Kisah sedih Mioku kemudiannya disiarkan dalam televisyen Korea dan penonton yang simpati mendermakan beribu-ribu pound bagi membiayai pembedahan merawat wajahnya.
Semasa Mioku menjalani pembedahan pertama daripada 10 rawatan itu, doktor mengeluarkan 60 gram silikon, minyak dan bahan-bahan asing lain dari wajahnya serta 200 gram lagi dari lehernya.
Bagaimanapun selepas pembedahan itu, wajah Mioku kekal cacat dan dia berharap akan dapat mengembalikan wajahnya seperti sebelum ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_07/Padah-taksub-pembedahan-plastik#ixzz2SlRNrfzX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam terkorban kapal kontena rempuh menara kawalan


Anggota keselamatan meninjau kerosakan yang berlaku di pelabuhan Genoa apabila sebuah kapal kontena merempuh menara kawalan di Genoa, Itali, kelmarin. - REUTERS


ROM 8 Mei - Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut, manakala empat yang lain cedera apabila sebuah kapal kontena melanggar menara kawalan di bandar pelabuhan Genoa, utara Itali, semalam.
Ketua Pihak Berkuasa Pelabuhan Genoa, Luigi Merlo berkata, tiga orang turut dilaporkan masih hilang dalam kejadian itu.
“Kemalangan ini merupakan satu tragedi dan tiada sebarang maklumat lanjut boleh diberitahu setakat ini," katanya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Dua daripada mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai pegawai pelabuhan, manakala seorang lagi merupakan jurumudi kapal tersebut. Identiti tiga lagi mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.
Menurut laman web akhbar tempatan, Il Secolo XIX, dua daripada mangsa yang terkorban merupakan lelaki manakala mangsa ketiga adalah wanita.
Menara kawalan setinggi 50 meter itu dilaporkan rosak teruk akibat pelanggaran tersebut.
Selain itu, tiga orang yang dipercayai terperangkap di dalam lif di menara tersebut berkemungkinan tercampak ke dalam laut.
Siaran televisyen menunjukkan pasukan penyelamat memenuhi tapak kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_06/Enam-terkorban-kapal-kontena-rempuh-menara-kawalan#ixzz2SlQkAV21
© Utusan Melayu (M) Bhd