8 Mei 2013

Mohd Sabri (empat, kanan) bertanya khabar kepada Mohd Syamsuri dan dua lagi mangsa di tempat kejadian.
KOTA BHARU - Seorang suami mempertaruhkan nyawa dengan menyelamatkan isterinya yang mengandung dan dua anak dalam kejadian kebakaran di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, kira-kira jam 1.48 pagi semalam.
Mohd Syamsuri Che Mud, 34, berkata, dia yang sedang nyenyak tidur bersama ahli keluarga dikejutkan dengan laungan jiran tetangga yang memberitahu tentang kejadian tersebut.
“Saya yang terkejut dengan jeritan tersebut hanya memikirkan tentang keselamatan isteri yang mengandung enam bulan dan anak-anak sahaja pada waktu itu.
“Walaupun semua barangan kelengkapan rumah tidak dapat diselamatkan tetapi saya bersyukur kerana mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di
sini, semalam.
Menurutnya, rumah tersebut disewa lebih setahun lalu dan kejadian itu menyebabkan mereka mengalami kerugian kira-kira RM200,00.
Kejadian tersebut turut melibatkan dua keluarga lain yang merupakan jiran mereka.
Kedua-dua keluarga tersebut mengalami kerugian hampir RM16,000 apabila kesemua kelengkapan rumah tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin turut meluangkan masa melawat mangsa kebakaran serta menyumbangkan sumbangan kepada mereka.
Hadir sama, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mohd Sabri Abdullah.