Search This Blog

Monday, April 22, 2013

5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan



HASNIZA HUSSAIN
21 April 2013
grafik - 5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan
terbunuh - 5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan
kemalangan ngeri
Kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi ini. - Foto ihsan Facebook Harimau Malaya
SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk seorang warga emas maut, selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan empat motosikal serta dua kereta di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi, semalam.

Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, dua mangsa yang menunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, dan seorang lagi rakan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Klang.
Bagaimanapun, motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan, menyebabkan ketiga-tiga penunggang itu berhenti di lorong kecemasan lebuh raya untuk membaiki motosikal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika ketiga-tiga mangsa sedang membaiki motosikal tersebut, datang sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang penyelia sebuah kilang iaitu, Wilson Lee, 22, terus merempuh mereka.
“Kenderaan dipandu Wilson dipercayai hilang kawalan dan melanggar Muhammad Faridzuan serta Amirul Faiq, manakala seorang lagi rakan mereka sempat menyelamatkan diri.
"Selepas merempuh dua mangsa terbabit, kereta dipandu Wilson berpusing beberapa kali, sebelum terhumban ke dalam longkang kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, Wilson turut tercampak keluar sejauh lima meter dari kenderaannya.

"Dua mangsa yang menunggang motosikal serta pemandu kereta itu mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.

Zahedi berkata, tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat sebuah kereta jenis BMW dinaiki empat lelaki berhenti kira-kira 100 meter selepas lokasi kejadian.

Beliau berkata, seorang daripada penumpang kereta itu, keluar untuk membantu semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

Katanya, namun malang bagi penumpang itu, M Kalaychelven, 50, apabila dia pula dirempuh oleh sebuah motosikal lain sehingga menyebabkannya putus kaki kiri serta cedera parah di kepala.

"Kalaychelven serta penunggang motosikal yang melanggarnya, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Ketika ditanya berhubung dakwaan mengatakan pemandu Honda City iaitu Wilson mabuk, Zahedi berkata, pihaknya sudah mengambil sampel darah mangsa untuk diuji bagi mengesahkan sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol atau tidak ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing tengah hari semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bendera PSM dibakar



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 April 2013
Bendera PSM dibakar
Tiga ahli PSM menunjukkan bendera yang dibakar individu tidak bertanggungjawab, semalam.
JELAPANG - Walaupun bendera Parti Sosialis Malaysia (PSM) dibakar namun tidak mematahkan semangat calon PSM,  M Saraswathy untuk terus berjuang demi rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau mendakwa tindakan membakar bendera ini adalah sabotaj pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan pencalonan di Dun Jelapang.

Menurutnya, jika bukan sabotaj mengapa mereka membakar bendera PSM walaupun sedar kehadiran beliau bertanding di kerusi berkenaan hanya untuk memberi khidmat kepada rakyat?

“Kita mahukan pilihan raya yang aman bukan seperti apa yang berlaku dan ini menunjukkan tahap pemikiran individu berkenaan masih rendah,” katanya.

Saraswathy berkata, dia sentiasa bersama rakyat untuk memberikan khidmat kepada mereka dan walau apa pun terjadi perjuangan perlu diteruskan.

Katanya, satu laporan polis dan aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan hal tersebut.

Semalam, dua bendera PSM dibakar individu tidak bertanggungjawab di Kampung Jelapang yang akan menjadi lokasi bagi Saraswathy berkempen.

Topi keledar jadi penyelamat



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 April 2013
Topi keledar jadi penyelamat
Mansor menunjukkan dahan pokok yang menghempap bahagian tengah rumahnya.
PONTIAN - Seorang pemandu ambulans nekad memakai topi keledar bagi menyelamatkan diri dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Bugis Penerok, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, Shahril Amran, 49, mengakui topi keledar yang dipakai itu menjadi penyelamat buat dirinya.

Menurutnya, kejadian ribut itu berlaku ketika dirinya sedang beristirehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi tiupan angin yang kuat di luar rumah.

“Angin cukup kuat ketika itu sehinggakan saya sendiri tidak dapat membuka pintu rumah.

“Bumbung dan atap di ruang tamu juga diterbangkan angin menyebabkan beberapa keping atap rumah jatuh,” katanya.

Shahril berkata, dia juga sempat mengelak sekeping atap rumah daripada menimpanya ketika berada di ruang tamu.

Pada kejadian itu, sebanyak enam buah rumah di kampung terbabit dan sebuah surau terjejas akibat kejadian ribut berkenaan.

Seorang lagi mangsa ribut, Mansor Abd Rahman, 48, berkata, bahagian tengah rumahnya ditimpa dahan pokok durian yang secara tiba-tiba patah.

“Melihat kejadian itu, anak-anak saudara saya yang berada di dalam rumah telah melaungkan Azan dengan harapan hujan serta ribut akan berhenti serta merta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (2) Mukim Air Masin, Hamzah Isa berkata, kejadian itu merupakan yang pertama kali dialami penduduk di kampung terbabit.

“Kesemua yang terjejas mengalami kerosakan pada bahagian bumbung, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Rampasan kedua terbesar kastam



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 April 2013
Rampasan kedua terbesar kastam
Abdullah Zawawi menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas.
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya merampas sebanyak 730,000 batang rokok putih yang dipercayai belum lulus kastam, dengan nilai taksiran termasuk cukai berjumlah RM365,146 apabila berjaya menahan sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai pada 16 April lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Abdullah Zawawi Abdul Latiff berkata, rampasan rokok sebanyak 3,650 karton itu adalah merupakan kedua terbesar daripada tiga rampasan dalam masa empat bulan yang berjaya diperoleh oleh JKDM pada tahun ini.

Menurutnya, pasukan yang diketuai Pegawai Kastam Kanan JKDM Terengganu, Ahsan Sulahadi Mat Husin dan dibantu tiga anggota itu, pada jam 5 petang mengekori dan menahan sebuah kenderaan selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti penyeludupan rokok tersebut.   

“Hasil pemeriksaan ke atas mini van tersebut, pasukan telah menemui sejumlah kotak rokok yang disyaki belum lulus kastam dipercayai dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

“Rokok-rokok ini dipercayai untuk edaran sekitar kawasan Terengganu dan besar kemungkinan ia dari Pantai Barat. Rokok ini juga disyaki dari Batam, Indonesia yang merupakan pulau bebas cukai.

“Susulan itu, pemandu van tersebut yang berumur 39 tahun yang beralamat Puchong, Selangor kini ditahan sehingga Selasa (23 April) bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Jalan Panji Alam, di sini, semalam.       

Mengulas lanjut, Abdullah Zawawi turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti pemilikan, pengedaran dan penjualan rokok tidak sah kerana ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barang dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Sehingga kini, JKDM Terengganu melalui tiga rampasan tersebut, telah berjaya merampas lebih tiga juta batang rokok atau dengan nilaian RM1.5 juta cukai.               

Katanya, rokok asli dijual pada harga tidak kurang RM7, dan jika kurang daripada harga itu ia adalah merupakan rokok tiruan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan kepada Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Terengganu melalui talian 09-6228477, 09-6204073 atau talian bebas tol 1800-88-8855.

Katanya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran sagu hati akan dipertimbangkan kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes.

Tak bagi duit, jual televisyen beli dadah



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 April 2013
Zamri Shamsuddin
Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjual televisyen di rumahnya semata-mata ingin mendapatkan wang, dipercayai untuk membeli dadah selepas bengang permintaannya sebelum ini tidak dilayan ibunya.

Tidak cukup dengan itu, suspek, 27, turut bersikap biadab dengan mengacukan pisau ke arah mangsa, 49, apabila tidak mengendahkan keinginannya.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Kampung Pulau Duyong Kecil, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek yang menganggur meminta sejumlah wang daripada mangsa dengan alasan ingin membeli dadah.

“Mangsa tidak mengendahkan permintaan itu kerana sudah tidak larat melayan kerenahnya yang selalu meminta wang untuk membeli dadah.

“Bagaimanapun, ia membuatkan suspek naik angin sebelum bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa dan melarikan televisyen di ruang tamu dipercayai hendak dijual bagi mendapatkan wang dikehendaki,” katanya, semalam.

Sumber berkata, walaupun tidak diapa-apakan, namun, mangsa nekad membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ahli keluarga lain pada masa akan datang.

Pada masa sama, mangsa sudah tidak tahan menanggung derita kerana sebelum ini, suspek, seorang penagih dadah yang masih di bawah pengawasan selalu mengamuk dan memecahkan peralatan di dalam rumah setiap kali tidak memberi wang yang diminta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan suspek telah ditangkap beberapa jam selepas laporan diterima.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Naluri abang sebelum ajal adik



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 April 2013
Naluri abang sebelum ajal adik
Anggota polis mengangkat mayat mangsa (gambar kecil).
KUALA NERUS – Zuliya Zaki, 46, sama sekali tidak menyangka perasaan kurang enak dirasainya sejak awal pagi merupakan petanda adik disayanginya, Zuriman Zuki, 36, akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

Zuriman, bapa kepada dua anak maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan apabila motosikal ditungganginya terbabas, dan melanggar pagar di tepi jalan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang di Kampung Mengabang Telipot di sini.

“Patutlah sejak pagi tadi (semalam) saya rasa tidak sedap hati dan mungkin ia menjadi petanda bahawa kami sekeluarga akan kehilangan adik bongsu (Zuriman), namun kami reda,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, adiknya yang juga bapa tunggal itu keluar dari rumah kira-kira jam 3.20 petang untuk mengambil anaknya di sebuah sekolah agama di Tok Jiring, di sini.

“Saya sedang berehat di rumah sebelum seorang jiran memaklumkan, adik terbabit dalam kemalangan dan saya segera ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, dia sudah tidak bernyawa, manakala anaknya yang berusia sembilan tahun hanya mengalami luka-luka kecil di badan,” katanya.

Menurutnya, adik itu tinggal bersamanya sekeluarga di rumah pusaka bersama dua anaknya setelah berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu.

“Sebelum kejadian, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan atau berkelakuan pelik, sebaliknya saya pula rasa kurang sihat dan tidak selesa sepanjang hari ini (semalam) dan mungkin ia petanda,” katanya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Wanita nekad lawan peragut



RUBIAH OMAR
22 April 2013
Wanita nekad lawan peragut
Suspek, 22, terbaring di bahu jalan sementara menunggu kehadiran anggota polis untuk dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita bertindak nekad menarik beg tangan miliknya daripada diragut oleh dua lelaki walaupun terpaksa menahan kesakitan, dalam satu kejadian ragut di Jalan Bukit Kecil, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, 51, yang bekerja sebagai pembantu kedai sedang berjalan kaki bersama anak perempuannya dari arah Jalan Bukit Kecil menuju ke Pulau Kambing, di sini, sebelum dihampiri dua suspek yang menunggang motosikal.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dihampiri dua suspek sebelum pemboncengnya cuba meragut beg tangan milik mangsa.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba menarik semula beg tangannya menyebabkan berlaku adegan tarik menarik antara mangsa dan suspek,” katanya, semalam.

Sumber berkata, susulan itu, tali beg putus sebelum mangsa tersembam di atas jalan.

“Ketika itu, beg tangan masih berada dalam tangan mangsa yang sedang mengerang kesakitan akibat terjatuh, sementara kedua-dua suspek segera melarikan diri sebaik menyedari orang ramai mula menghampiri tempat kejadian.

“Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut itu, suspek yang melarikan diri gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan melanggar sebuah pacuan empat roda yang ada di tepi jalan,” katanya.

Jelasnya, suspek yang menunggang motosikal sempat melarikan diri sementara rakannya berjaya ditahan orang ramai yang kebetulan berada di lokasi.

“Suspek berusia 22 tahun dari Kuala Ibai, di sini, itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan usaha memburu rakan suspek berusia 20-an sedang dijalankan.

Angota tentera maut nahas jalan raya di Tawau




21 April 2013
ALOR SETAR - Jenazah seorang anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya sewaktu bertugas di Tawau, Sabah semalam dibawa pulang ke kampungnya di Kodiang, malam ini.
  
Penerbangan yang membawa jenazah Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 9.15 malam.
 
Mohd Idris, 26, berkhidmat dengan Pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau.
  
Jenazah Mohd Idris kemudian dibawa ke rumah keluarganya Kampung Pida 2, Jalan Sanglang, Kodiang sebelum dikebumi di Masjid Paya, Kampung Pida 1.
 
Turut hadir di lapangan terbang adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

BN menyumbang sebanyak RM10,000 yang diserah kepada kakak sulung Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31.
  
Ahmad Bashah berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga Allahyarham.
   
Mohd Idris, anak keempat daripada enam beradik, disifatkan sebagai seorang yang amat ceria oleh kakaknya.
   
"Kali terakhir kami jumpa dia pada bulan April tahun lepas. Baru-baru ini pada Jumaat lepas, dia ada telefon dan menyatakan hasratnya untuk bertunang menjelang Aidilfitri nanti," katanya.
 
Pegawai yang mengiringi jenazah Mohd Idris dari Tawau iaitu Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie berkata kemalangan melibatkan Mohd Idris berlaku pada kira-kira 8.30 malam.
  
"Dia berseorangan ketika itu, setahu saya, dia dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ketika baharu keluar dari Kem Kukusan, Tawau (menaiki motosikal)," katanya.  - Bernama

Padah kibar bendera parti guna kapal terbang kawalan jauh



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 April 2013
Padah kibar bendera parti guna kapal terbang kawalan jauh
Che Mahazan menunjukkan laporan polis yang terima membabitkan tiga kejadian yang berlaku di Pasir Puteh, pada hari penamaan calon.
KOTA BHARU - Gara-gara perbuatan ‘nakal’ dengan menerbangkan bendera sebuah parti menggunakan kapal terbang kawalan jauh, seorang lelaki ditahan polis ketika proses penamaan calon di Pasir Puteh, kelmarin.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Superintenden Che Mahazan Che Aik berkata, suspek berusia 37 itu didakwa mengibarkan bendera sebuah parti berkenaan di padang Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, pada jam 9 pagi.

Katanya, tindakan lelaki itu mengibarkan bendera menjadi kesalahan apabila bendera berkenaan dipercayai melepasi jarak 50 meter yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis yang sedang menjalankan Ops Cantas. Dia ketika itu sedang menerbangkan bendera itu dengan menggunakan alat kawalan jauh.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kapal terbang dan alat kawalan jauh itu pula dirampas,” katanya ketika sidang media di IPK di sini, semalam.

Sementara itu, juga di lokasi sama, dua penuntut sebuah kolej swasta ditahan dipercayai menyamar sebagai Pasukan Pemantau Pilihan Raya ketika cubaan mereka masuk ke kawasan penamaan calon.

“Kedua-dua suspek ketika itu mengenakan baju bertulis ‘pasukan pemantau PRU’. Ketika cuba masuk, mereka berjaya ditahan dan siasatan awal mendapati kedua-dua pemuda berusia 23 dan 25 itu melakukan penyamaran.

“Mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis tetapi kes masih dalam siasatan dan akan dibawa kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, satu kejadian ugutan jenayah membabitkan seorang lelaki berlaku di Kg Permatang Gading, Selising apabila dua pihak dikatakan berperang mulut kerana berselisih faham.

“Suspek yang berang mengugut mangsa dengan besi paip sambil mengeluarkan kata-kata ‘aku nak bunuh mu, aku tempuh (langgar) mu dengan kereta’. Suspek kini sedang diburu polis.

“Dengan itu, saya nasihatkan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pihak polis bagi bersama-sama memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berjalan lancar,” katanya.

Topi penyelamat 3 beradik OKU



Topi penyelamat 3 beradik OKU
Keadaan rumah mangsa.
KUALA TERENGGANU - Sejurus menyedari rumahnya terbakar, seorang lelaki OKU, Mohd Johari Omar, 41, segera mengejutkan dua adiknya yang sedang lena tidur untuk menyelamatkan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin di Kampung Nibong, Jalan Panji Alam, rumah pusaka yang didiami tiga beradik OKU lembam itu musnah sama sekali.

Mohd Johari berkata, dia hanya tersedar rumah pusaka ditinggalkan kedua orang tuanya itu terbakar setelah terpandang api dari bahagian atas rumah semasa pulang semula untuk mengambil topinya yang tertinggal.
“Saya sudah keluar rumah seawal jam 7.30 pagi untuk ke tempat penamaan calon, tetapi topi Barisan Nasional (BN) tertinggal di rumah. Saya pulang semula untuk ambil.

“Semasa itulah, saya nampak api dari bahagian atas lalu terus mengejutkan kedua-dua adik yang ketika itu tidur di dalam bilik di bahagian atas,” katanya dalam percakapan yang agak pelat dan gagap kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Johari, anak sulung daripada lima beradik itu berkata, sejak ibunya meninggal dunia tiga tahun lalu, hanya dia bersama dua adik lelakinya tinggal di rumah itu, manakala adik bongsu, Munirah, 18, yang juga OKU lembam tinggal bersama adik keduanya, Mohd Jamani, 38.

“Ayah meninggal dunia 0 tahun lalu, dan semasa arwah ibu ada, dialah tempat kami bergantung. Tetapi sejak kedua-duanya tiada, adik kedua saya, Mohd Jamani yang menyara makan minum kami semua.

“Rumah ini hanya sebagai tempat tidur untuk kami tiga beradik, apabila hendak makan, kami pergi ke rumah Mohd Jamani yang terletak bersebelahan,” katanya.
Susulan kejadian itu, rumah pusaka dua tingkat yang berusia kira-kira 50 tahun itu musnah sama sekali, namun ketiga-tiga beradik itu bernasib baik kerana dokumen penting milik mereka termasuk kad pengenalan dan kad OKU dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terselamat kerana ditinggalkan di rumah Mohd Jamani.

Suami isteri tinggal sehelai sepinggang

SEMENTARA itu, sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar semalam.

“Walaupun hilang harta benda sekelip mata, tapi saya tetap bersyukur kerana dua anak yang masih kecil selamat. Nasib baik semasa kejadian, mereka berada di rumah jiran,” demikian luah Nik Zainab Nik Aziz, 32.

Nik Zainab dan suaminya, Mohd Azahari Sulaiman, 42, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa yang didiami sejak empat tahun lalu musnah sama sekali dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Pusara, Taman Jaya 1, semalam.

Menurut Nik Zainab, kerani sambilan di sebuah agensi insurans, semasa kejadian kira-kira jam 3.45 petang, dia berada di pejabatnya yang terletak berhampiran rumah sebelum menerima panggilan telefon daripada pemilik rumah memberitahu mengenai kejadian itu.

“Ketika itu saya hanya terfikirkan nasib dua anak iaitu Damia Batrisya, 6 tahun dan Danish Adib, 2 tahun, yang ditinggalkan sementara di rumah jiran sebelum ke pejabat.

“Ini kerana, mereka berdua kadang-kadang suka bermain di rumah walaupun saya dan suami tiada, kerana rumah jiran yang menjadi rumah kedua mereka selama ini terlalu hampir dengan rumah kami,” katanya.
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri ini kehilangan harta benda termasuk barang kemas bernilai kira-kira RM3,000, dokumen penting dan wang tunai lebih kurang RM100 yang dikepil khas untuk membayar bil api dan elektrik hujung bulan nanti.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkhairul Razilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.07 petang dan tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Semasa tiba, kami dapati rumah itu telah terbakar 100 peratus dan dengan kekuatan anggota seramai 19 orang, kami mengambil masa beberapa minit untuk memadam api sepenuhnya,” katanya.

Gempa bumi bermagnitud 6.1 gegar Jepun



TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 6.1 menggegarkan selatan pesisir pantai kepulauan Honshu, Jepun, demikian menurut jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa yang berlaku pada jam 12.22 petang (waktu tempatan) dicatatkan pada jarak 644 kilometer (km) selatan Tokyo dan pada kedalaman 424 km. - AFP

Pertempuran pasukan keselamatan-pelampau ragut 185 nyawa di Nigeria



BAGA (Nigeria): Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh susulan pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan pelampau di timur laut Nigeria, kata pegawai tempatan hari ini.

Pertempuran itu menyaksikan pemberontak melancarkan serangan bom tangan manakala tentera membalas dengan tembakan mesin-gan di kawasan padat dengan orang awam.
Serangan itu bermula pada Jumaat dan tercetus selama beberapa jam, menyebabkan kumpulan pemberontak lari ke kawasan belukar di sekitar Tasik Chad. - AP

Maraton Singapura pula diancam bom



 
Singapura: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan, di sini, berhubung satu ancaman bom online ke atas beberapa lokasi di republik ini, yang memperketat kawalan selepas dua letupan di Maraton Boston.

Nama dan kewarganegaraan lelaki itu, yang ditahan Khamis lalu tidak didedahkan. Dia ditahan selepas menulis ugutan itu dalam satu ulasan artikel berita mengenai pengeboman di Boston, kata polis dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Hanya sekadar ugutan

Siasatan awal menunjukkan suspek tidak berhasrat atau berniat untuk meneruskan ugutannya, kata kenyataan itu.

Akhbar perdana The Straits Times melaporkan lelaki itu menghantar ulasannya dalam laman web Yahoo! Singapura.

Tindakan membuat ugutan melakukan serangan bom di republik ini adalah satu kesalahan.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda sehingga S$100,000 (RM245,412) atau kedua-duanya sekali.
Dalam satu lagi kenyataan berasingan, polis berkata, mereka juga sedang menyiasat satu ancaman untuk mengebom Maraton Singapura pada Disember depan tetapi belum ada sesiapa ditahan setakat ini.

Kenyataan polis memberitahu, pihak berkuasa memandang serius sesiapa, yang mengambil kesempatan atas kebimbangan keselamatan terbaru.

Polis menekankan, sebarang langkah menakut-nakutkan orang ramai dengan membuat ugutan palsu akan menyebabkan pihak berkuasa mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Selain itu, sebuah pesawat Singapore Airlies (SIA) membawa 280 penumpang dari Manila diperiksa polis selepas insiden keselamatan dilaporkan berlaku.

Penumpang dibenarkan keluar pada jam 3 pagi waktu tempatan, empat jam selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini.

Panggilan bom palsu

Polis berkata, tiada siapa ditahan dan enggan mendedahkan butir-butir kes, namun sumber memberitahu, ia berpunca daripada panggilan bom palsu.

Jumaat lalu, polis Amerika Syarikat menahan seorang remaja etnik Chechen disyaki meletakkan bom ketika Maraton Boston.

Tiga orang terbunuh dan 180 lagi cedera. Seorang suspek diburu dan ditahan selepas tembak menembak berlaku manakala seorang lagi mati ditembak polis.

Penagih ugut cederakan ibu



Kuala Terengganu: Seorang penagih mengugut ibunya dengan mengacukan pisau bagi memenuhi desakan mendapatkan wang membeli dadah.

Sumber berkata, mangsa berusia 49 tahun itu berada di rumah di Kampung Pulau Duyong di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika didatangi suspek berusia 27 tahun yang membawa pisau.
Suspek didakwa mengacukan pisau ke arah ibunya dan mendesak diberi wang untuk membeli dadah.

Suspek berang

Bagaimanapun, mangsa enggan memenuhi permintaan itu, menyebabkan suspek berang dan mengambil televisyen di ruang tamu yang dipercayai untuk dijual, katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, suspek adalah penagih tegar dan masih dalam pengawasan.
Katanya, suspek dilaporkan kerap mengamuk dan memecahkan barang jika permintaannya mendapatkan wang tidak dipenuhi.
Beliau berkata, mangsa yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga sebaik anaknya meninggalkan rumah manakala suspek ditahan tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak OKU mangsa dera seksual




Rashidah menunjukkan salinan laporan polis berkaitan kes anaknya yang diliwat dan dicabul di Seremban. - Foto Dzulkeffli Mustapha
Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang lumpuh kedua-dua kakinya dipercayai menjadi mangsa penderaan seksual seorang penghuni lebih tua di sebuah pusat jagaan, di sini.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, 40, mendakwa suspek berusia 14 tahun, meliwat dan memasukkan dawai besi ke dalam dubur mangsa dalam kejadian 16 April lalu.
Dimasukkan ke hospital

Anak saya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dimasukkan ke pusat itu, empat bulan lalu, namun 17 April lalu saya dihubungi memaklumkan anak saya dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Dia ditemui dalam keadaan lemah dan duburnya berdarah, kira-kira jam 8.40 malam, 16 April lalu, katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata suspek diletakkan dalam pemerhatian di wad psikiatri.

5 maut kereta rempuh tiga motosikal berhenti di lorong kecemasan



SHAH ALAM: Sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan awal hari ini, mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian.

Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti di untuk membantu mangsa kemalangan.
Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M Kalaychelven, 50.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, kereta yang dipandu Lee menghala ke Klang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiga motosikal sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya.

Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

"Pada masa sama, sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.
"Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.

Ditanya mengenai kemungkinan pemandu kereta yang hilang kawalan itu dalam keadaan mabuk, Zahedi berkata, pihaknya sudah mengambil contoh darah mangsa untuk ujian dan keputusannya hanya diketahui dalam tempoh dua minggu.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya kesemua mangsa penunggang motosikal itu terbabit dalam aktiviti merempit sebelum kejadian itu.

Beliau turut menasihatkan semua penunggang motosikal supaya menggunakan lorong motosikal bagi menjamin keselamatan mereka.

"Bagi mereka yang ingin memberhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri terlebih dulu sebelum mengambil tindakan membantu orang lain," katanya. - BERNAMA

Empat sekeluarga hilang tempat tinggal rumah hangus terbakar



KUALA TERENGGANU: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Taman Jaya, Jalan Pusara di sini kira-kira 3.45 petang tadi.

Mangsa, Nik Zainab Nik Aziz, 32, berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari dapur rumahnya selepas dia terlupa menutup api dapur selepas memasak air.
Katanya, sebelum kejadian itu dia dihubungi majikannya yang memintanya pergi ke pejabat menyebabkan dia bergegas keluar dari rumahnya menuju ke pejabat yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

"Ketika sedang berbincang dengan majikan, saya dimaklumkan berlaku kebakaran di rumah saya, panik dengan berita itu saya terus bergegas pulang ke rumah setelah teringat saya terlupa menutup api ketika menjerang air," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian suaminya keluar bekerja manakala dua anaknya berusia dua dan enam tahun ditinggalkan di rumah jiran.

Sementara itu Pegawai Pusat Gerakan dan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat negeri, Abdullah Zawawi Mohamed menjelaskan pihaknya menerima panggilan pada 4.07 minit petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - BERNAMA

23 pegawai polis Brazil dipenjara 156 tahun



SAO PAULO 22 April - Sebanyak 23 pegawai polis Brazil dijatuhi hukuman penjara sehingga 156 tahun setiap seorang semalam atas peranan mereka dalam pembunuhan sebanyak 111 penghuni penjara dalam rusuhan berdarah di dalam fasiliti itu pada 1992.
Kesemua mereka merupakan antara 26 pegawai yang dibicarakan oleh sebuah tribunal di Sao Paulo manakala tiga lagi bebas daripada tuduhan itu.
Pegawai itu, yang kebanyakannya kini telah bersara, didakwa membunuh 15 banduan di penjara Carandiru, Sao Paulo semasa operasi mematahkan pemberontakan pada 2 Oktober 1992 yang kemudiannya dikenali sebagai 'pembunuhan beramai-ramai Carandiru'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130422/lu_05/23-pegawai-polis-Brazil-dipenjara-156-tahun#ixzz2R9eFJfuo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 maut nahas 2 kereta, 4 motosikal di Shah Alam



SHAH ALAM 21 April - Lima lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan empat buah motosikal di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang selepas susur Persiaran Kayangan di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kesemua mangsa, Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz, 21; Amirul Faiq Zainuddin, 22; Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21; Wilson Lee, 22; dan M. Kalaychelven, 50, mati di tempat kejadian.
Menurut jurucakap Polis Trafik Daerah, kemalangan berlaku pukul 3 pagi apabila sebuah kereta jenis Honda City merempuh tiga penunggang motosikal yang berhenti di tepi lebuh raya itu selepas kenderaan mereka mengalami kerosakan.
Katanya, sejurus selepas kemalangan yang meragut nyawa pemandu kereta dan tiga penunggang itu, seorang lagi penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti tidak jauh dari lokasi kemalangan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130421/je_02/5-maut-nahas-2-kereta-4-motosikal-di-Shah-Alam#ixzz2R9e1rMW5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua pelajar UMP mati lemas



KUANTAN 21 April - Kegembiraan tiga pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama berakhir dengan tragedi selepas dua daripada mereka mati lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah di Maran petang ini.
Mangsa ialah Amir Fahmi Othman dari Pulau Pinang dan Mohd. Kamal Ismail dari Pasir Gudang, Johor, yang kedua-duanya berusia 20 tahun.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.09 petang.
Katanya, sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini dikejarkan bagi menjalankan operasi menyelamat dengan dibantu Unit Penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.
"Kedua-dua mangsa ditemui di lokasi kejadian pada pukul 6.05 petang. Salah seorang mangsa yang juga rakan mereka dipercayai trauma akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) di sini untuk bedah siasat manakala rakannya yang trauma juga dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut.
Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130422/je_03/Dua-pelajar-UMP-mati-lemas#ixzz2R9d9v7IF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa tikam sempat ucap 'saya sayang awak'



ONG AI SAM

KUALA LUMPUR 21 April - Mangsa pembunuhan kejam, Ong Ai Sam, 52, yang mati ditikam ketika menyertai larian amal bersama keluarganya di Bukit Gasing, Petaling Jaya semalam, sempat mengucapkan 'saya sayang awak' kepada anak perempuannya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menurut status terbaru di laman sosial Facebook milik kenalan mangsa yang dikongsi oleh rakannya dikenali sebagai Zakk Vee dan Thom Wong Hanyang, Ai Sam ditikam empat kali oleh dua lelaki bermotosikal yang datang dari arah belakang.
"Mangsa menyuruh anaknya lari menyelamatkan diri sebelum ditikam empat kali di bahagian bahu dan paha. Ketika rebah, dia ditikam lagi," ujarnya kesal.
Ai Sam ketika kejadian dikatakan bersama suami dan anaknya menyertai larian amal itu sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal yang dipercayai cuba menyamun mangsa.
Difahamkan, anaknya berlari mendapatkan bantuan orang ramai semasa kejadian namun sebaik sahaja tiba mendapati ibunya itu sudah terbaring berlumuran darah. Mangsa kemudian meninggal dunia 20 minit selepas dikejarkan ke hospital akibat pendarahan teruk.
Kenalan mangsa itu yang kesal dengan kejadian tersebut seakan tidak percaya dengan berita kematian Ai Sam kerana wanita tersebut baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya sehari sebelum kejadian.
"Mangsa seorang yang baik hati dan selalu terlibat dengan aktiviti amal. Kejadian ini amat menyayat hati kami semua," katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130422/je_02/Mangsa-tikam-sempat-ucap-saya-sayang-awak#ixzz2R9crV9NB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pecah tingkap kebas senapang patah, 48 peluru



Raub: Seorang lelaki sanggup membiarkan badannya tercalar selepas memecahkan beberapa tingkap kaca untuk menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah di Batu 2, Jalan Cheroh, dekat sini, dan melarikan selaras senapang patah, 48 peluru serta wang tunai RM2,500, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai menggunakan objek keras untuk memecahkan kaca tingkap sebelum mengumpilnya.


Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, ketika berada dalam rumah mangsa, suspek menggeledah sebelum menemui selaras senapang patah dan wang tunai RM2,500 serta komputer riba yang disimpan dalam almari.


Menurutnya, suspek mengambil semua harta termasuk senjata api berkenaan sebelum melarikan diri.


Katanya, bagaimanapun kejadian itu hanya disedari mangsa berusia 50 tahun kira-kira jam 10 malam selepas melihat tingkap pecah manakala rumahnya berselerak sebelum mendapati senapang patah, wang tunai dan peluru serta komputer riba lesap.


Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin.

Wan Samsudin berkata, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat awam membuat serbuan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan rumah mangsa sebelum menahan suspek terbabit.


“Pada masa sama, polis turut menemui semula senjata api berkenaan bersama 48 peluru dan komputer riba.

“Suspek mengaku memecah masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap sebelum menggeledah dan melarikan harta berharga milik mangsa, katanya.


Menurutnya, susulan tangkapan itu, suspek kini ditahan reman empat hari di lokap Balai Polis Raub bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Padah keluar asrama



Ampang: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun keluar dari asrama sekolah untuk ke rumah teman lelakinya membawa padah apabila dia diperkosa lelaki itu.

Difahamkan, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Selayang, di sini, ‘dikurung’ dalam rumah keluarga kekasihnya di Lembah Jaya, di sini, selama seminggu sebelum meminta bantuan rakannya untuk melarikan diri.


Menurut sumber, mangsa dijemput teman lelakinya berusia 19 tahun di sekolahnya kira-kira jam 2 petang 9 April lalu. “Mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah lelaki itu dan bermalam di situ. Namun, selepas tiga hari berada di rumah kekasihnya itu, lelaki terbabit dikatakan bertindak masuk ke bilik mangsa dan mengajak melakukan hubungan seks.

“Mangsa bagaimanapun menolak ajakan teman lelakinya itu namun diugut akan memutuskan hubungan cinta mereka sekiranya mangsa enggan sebelum bertindak memperkosanya,” katanya.


Beliau berkata, keesokannya mangsa menceritakan kepada keluarga lelaki terbabit apa yang berlaku sebelum keluarga lelaki terbabit membawa mangsa ke klinik untuk pemeriksaan.


Nasib malang gadis terbabit bagaimanapun belum berakhir apabila lelaki itu sekali lagi memperkosanya, malah tidak membenarkan dia pulang ke rumahnya.

“Mangsa yang takut kejadian sama berulang akhirnya menghubungi salah seorang rakan meminta bantuan. Mangsa bertindak keluar rumah namun tindakannya disedari lelaki itu yang menghalangnya berbuat demikian.


“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa berjaya melepaskan diri. Mangsa kemudian menetap sementara di rumah rakannya itu,” katanya.

Sumber itu berkata, teman lelaki mangsa yang bimbang perbuatan kejinya itu terbongkar bertindak ke rumah rakan mangsa dan mengugut supaya tidak membongkarkan kejadian itu dan tidak mahu bertanggungjawab sekiranya mangsa mengandung.


Katanya lagi, mangsa yang pulang ke rumahnya kelmarin akhirnya nekad menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 kerana merogol.

Ditembak mati di lampu isyarat



Bukit Mertajam: Seorang pengusaha kedai makan warga Myanmar mati apabila terkena empat das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki yang tidak dikenali, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Ang Kang Chin, 43, yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux bersama isteri, anak perempuan dan seorang pekerja, dikatakan dalam perjalanan ke Perai dari Permatang Rawa.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, ketika mangsa memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat Permatang Batu, mangsa dihampiri sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki.


Katanya, penumpang di sebelah pemandu keluar melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa mengenai pipi dan bahu kanannya.

Trauma dua rakan lemas



Kuantan: Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, di sini, yang sedang mandi bersama dua rakannya trauma selepas dua rakannya itu ‘ghaib’ sebelum ditemui lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengah hari itu, mangsa, Amer Fahmi Othman dari Pulau Pinang dan Mohd Kamal Ismail dari Pasir Gudang, Johor masing-masing berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.


Difahamkan, kejadian disedari mangsa berusia 20 tahun apabila mendapati dua rakannya tiba-tiba hilang lalu meminta bantuan orang ramai yang beriadah di air terjun berkenaan.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini, yang diketuai Rosdi Daud bergegas ke tempat kejadian sebelum empat anggotanya menyelam di lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang.


Menurutnya, selepas dua jam mencari dan menyelam, kedua-dua mayat mangsa ditemui di dasar air terjun berkenaan sedalam lebih dua meter sebelum dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Dijolok dawai besi



Oleh Amir Hamid
Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang lumpuh kedua-dua kaki berusia tujuh tahun didakwa diliwat seorang remaja termasuk duburnya dijolok dawai besi di sebuah pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini.

Kejadian berlaku pada 16 April lalu dan mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).


Ibu mangsa dikenali sebagai Intan, 40-an, berkata, kejadian itu sangat menyedihkan kerana dia baru menghantar tiga anaknya termasuk mangsa untuk dijaga di pusat jagaan berkenaan sejak empat bulan lalu selepas mereka dihalau keluarga mentuanya, manakala suaminya masih menjalani rawatan di sebuah pemulihan dadah. Dia yang berasal dari Sandakan, Sabah berkata, selepas dihalau, dia buntu kerana tiada rumah dan pekerjaan menyebabkannya mengambil keputusan menghantar anak kembarnya berusia tujuh tahun termasuk mangsa serta seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun ke pusat jagaan itu.


“Selepas menghantar anak dan yakin mereka selamat dijaga, saya mendapat kerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor dengan bantuan rakan. “Kali terakhir jumpa anak pada Mac lalu dan saya berasa syak apabila melihat muka anak saya yang lumpuh itu ada kesan lebam. Pihak pusat jagaan berkenaan mendakwa anak saya jatuh katil. “Bagaimanapun, pada jam 2 petang 17 April lalu, saya terkejut mendapat panggilan mengenai anak saya cedera dan saya dijemput dari rumah majikan di Rawang kira-kira jam 5 petang hari yang sama oleh pegawai JKM ke hospital HTJS.


“Doktor meminta saya tandatangani surat supaya mereka boleh melakukan prosedur perubatan termasuk untuk memasukkan kamera menerusi lubang dubur. Anak saya dikatakan dicucuk menggunakan dawai besi ke dalam lubang duburnya oleh penghuni di pusat jagaan. “Barang bukti diambil pihak polis untuk membantu siasatan. Kesan air mani turut ditemui dalam lubang duburnya,” katanya.


Menurutnya, ada pegawai kebajikan memberitahu anaknya ditemui lemah dan berdarah di bahagian lubang dubur manakala perbuatan berlaku pada jam 8.40 malam, 16 April lalu.

Dia yang diberi pelepasan bercuti oleh majikan untuk menyelesaikan masalah itu berkata, dia tidak dapat menyembunyikan rasa pilu dengan kejadian itu dan bertekad membela nasib anaknya.


“Saya memerlukan peguam, tetapi tiada duit, jadi saya perlukan bantuan Baitulmal. Saya juga merayu mana-mana pihak yang mahu membantu.

“Dia buah hati saya, anak yang saya sayang. Saya tak mahu anak hidup merempat macam saya,” katanya yang juga mualaf.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, buat masa ini suspek diletakkan dalam pemerhatian di wad psikiatri.

Detik lima maut



Shah Alam: “Saya sudah tarik tangan mereka berdua, tapi kedua-duanya kaku, mungkin kerana panik. Melihat kereta itu makin dekat, saya segera melompat ke tengah jalan. Kalau tidak mungkin saya juga terbunuh.”

Demikian kata Muhammad Hakim Suharman, 17, menceritakan situasi beberapa saat sebelum dua rakannya terbunuh bersama tiga yang lain dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.


Kemalangan meragut lima nyawa itu membabitkan empat motosikal serta dua kereta dan berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang pada kira-kira jam 3 pagi.


Dua rakan Muhammad Hakim yang terbunuh ialah Amirul Afiq Zainuddin, 22, dan Mohd Faridzuan Mohd Aziz, 21. Muhammad Hakim berkata, sebelum kejadian dia dan kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah restoran di Shah Alam, berhenti di laluan kecemasan apabila rantai motosikal Yamaha milik Amirul Afiq tercabut.


“Kami berada di situ kira-kira 15 minit dan ketika hendak meneruskan perjalanan semula, tiba-tiba saya lihat sebuah kereta Honda City berpusing ligat menuju ke arah kami.


“Dari tengah jalan, saya melihat dengan jelas kereta Honda City itu merempuh sebelum mengheret Amirul (Afiq) dan (Mohd) Faridzuan beberapa meter. Ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya,” katanya.

Menurutnya, selepas merempuh kedua-dua mangsa, Honda City itu bersama pemandunya terhumban ke dalam longkang di tepi lebuh raya dan pemandunya turut mati di tempat kejadian.


Seorang saksi kejadian, Zaid Marsum, 17, pula berkata, tidak lama selepas kejadian itu sebuah kereta BMW yang lalu di situ dan berhenti, mungkin kerana pemandu dan seorang penumpangnya mahu memberi bantuan.

“Kereta BMW itu sudah ke depan, namun mengundur semula kira-kira 100 meter sebelum berhenti. Malangnya, sebaik saja penumpang kereta itu turun dari kereta, dia dilanggar sebuah motosikal lain,” katanya.


Akibatnya, Syahmie Farid Izzat, 21, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR dan Kalaychelven turut terbunuh di tempat kejadian. Syahmie Farid Izzat dipercayai gagal mengawal motosikalnya selepas cuba mengelak daripada melanggar Amirul Afiq dan Mohd Faridzuan yang ketika itu terbaring di atas jalan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata Amirul Faiq berasal Meru, Mohd Faridzuan dari Bukit Kapar, Klang manakala Syahmie Farid Izzat tinggal di Seksyen 24, Shah Alam.


“Dua lagi mangsa iaitu Wilson Lee, 22, dan M Kalaychelven, 50, juga beralamat di Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.


Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


“Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Maut ditikam ketika berjoging



Oleh Asmah Rusman
Petaling Jaya: Malang bagi seorang wanita yang sedang berjoging bersama keluarganya apabila ditikam beberapa kali sehingga maut oleh dua lelaki yang cuba meragut mangsa di Bukit Gasing, di sini, kelmarin.

Mangsa, Ong Ai Sam, 52, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian badan, dada dan paha.


Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikatakan datang ke lokasi berkenaan untuk beriadah bersama suami, anak perempuannya yang berusia 20-an serta seorang lagi rakan.


Ketika suami dan rakannya berada jauh di depan, mangsa dan anak perempuannya didatangi dua lelaki menunggang motosikal dan memakai topi keledar.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa cuba melawan dan berlaku tolak menolak antara kedua-duanya sebelum suspek menikam mangsa.


Katanya, anak mangsa melarikan diri dan cuba meminta bantuan daripada orang awam tetapi apabila kembali semula ke situ, ibunya sudah terbaring dan berlumuran darah.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa kemungkinan terkena empat atau lebih tikaman sehingga mengalami pendarahan yang banyak selain paru-parunya didapati bocor dipercayai terkena salah satu tikaman itu,” katanya.


Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Katanya, kedua-dua suspek melarikan diri dan gagal meragut beg sandang mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pakar akademik AS dirogol dalam hutan



Port Moresby: Seorang ahli akademik AS menjadi mangsa rogol berkumpulan di Papua New Guinea, kira-kira seminggu selepas seorang warga Australia dibunuh dan teman wanitanya dirogol di negara itu.

Dalam kejadian terbaru, ahli akademik berkulit putih itu berkata, dia diserang Jumaat lalu ketika menjalankan penyelidikan mengenai burung dan kesan perubahan iklim di hutan terpencil di Pulau Karkar, Madang. Polis di Port Moresby mengesahkan kejadian itu.


Jurucakapnya berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa tetapi tiada tangkapan dibuat setakat ini. “Insiden ini sangat serius,” katanya.

Menurut mangsa berusia 32 tahun itu, dia sedang meredah belukar bersama suaminya dan seorang penunjuk jalan apabila diserang sembilan lelaki bersenjata raifal dan pisau.


Penjenayah terbabit kemudian membogel dan mengikat suami serta penunjuk jalan terbabit.


Dia kemudian dibogelkan, diikat dan kepalanya dibotakkan sebelum dirogol bergilir-gilir selama kira-kira 20 minit.

Bagaimanapun, lelaki terbabit melarikan diri selepas ada sesuatu yang menakutkan mereka di dalam hutan. - AFP

Sukar hantar bantuan



Lushan: Anggota penyelamat terus menghadapi kesukaran untuk tiba ke kawasan terpencil di barat daya China semalam ketika jumlah kematian dan mangsa hilang akibat gempa bumi terburuk di negara dalam tempoh tiga tahun meningkat kepada 203 orang.

Hampir 1,000 orang mengalami kecederaan parah. Gempa sekuat 6.6 magnitud itu berlaku di daerah Lushan, dekat Yaan di wilayah Sichuan.


Satu gempa bumi sekuat 7.9 magnitud pernah berlaku di kawasan berhampiran pada Mei 2008 mengakibatkan kira-kira 70,000 orang terbunuh.


Kebanyakan mangsa yang maut berada di Lushan tetapi gerakan menyelamat dibatasi oleh laluan yang sempit dan tanah runtuh.


Pegawai Pertubuhan Palang Merah Antarabanga, Kevin Xia berkata, bantuan kecemasan sukar dihantar ke kawasan bencana kerana masalah kesesakan lalu-lintas. “Kebanyakan bantuan kami masih dalam perjalanan,” katanya. Di Yaan, pekerja bantuan dari seluruh China menyatakan kekecewaan mereka kerana gagal masuk ke Lushan serta perkampungan yang lebih jauh di kawasan pergunungan.


Sukarelawan dari Shandong berkata, mereka perlu sampai ke kawasan bencana secepat mungkin.

“Di sana ada mangsa yang perlukan bantuan dan bekalan kami masih ada di dalam kenderaan,” katanya. Sementara itu, kenyataan Kementerian Luar China menghargai bantuan dari negara asing tetapi menyatakan, mereka mampu menangani masalah itu sendiri. “Ketika ini kemampuan penyelamat dan anggota perubatan China terjamin dan bekalan yang diperlukan mencukupi,” katanya. Agensi berita Xinhua melaporkan, 18,000 tentera berada di kawasan itu untuk membatu kerja menyelamat. - Reuters

Wanita disyaki ahli sihir mati ditikam



Mindanao: Seorang wanita dipercayai jirannya sebagai ahli sihir mati ditikam di sebuah kampung terpencil di Zamboanga del Sur, kata polis semalam.

Mangsa dikenali sebagai Rosalita Requina, 33, yang menetap di kawasan Aurora.


Jurucakap polis berkata, Rosalita ditikam di punggungnya kira-kira jam 12.15 pagi Jumaat ketika dia tidur di sebuah bangsal bersama beberapa orang anaknya. “Disebabkan mangsa tidak berasa sakit, dia menyangka hanya datang bulan apabila ternampak darah pada pakaiannya.


“Dia hanya sedar ditikam apabila menyalin pakaian,” katanya. Rosalita kemudian meninggal dunia sebelum sempat dirawat di hospital. - Agensi

Warga Pakistan dibunuh depan anak



London: Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan untuk disoalsiasat malam kelmarin selepas seorang ibu ditemui mati dengan lehernya dikelar.

Mayat ibu dua anak itu ditemui polis pagi kelmarin selepas pihak berkuasa menerima panggilan seseorang yang bimbang terhadap “keadaan” di rumah berkenaan.


Jiran berkata, mereka nampak anak lelaki mangsa dipercayai berusia tujuh tahun dibawa polis keluar dari rumah itu sejurus kemudian. Budak itu dipercayai berada di rumah berkenaan ketika ibunya dibunuh.


Jabeen Younis, 30, berasal dari Pakistan dan menetap di Oldham untuk memulakan hidup baru selepas berpisah dengan suaminya yang dikahwini selama lima bulan. Rakan mangsa berkata, Jabeen berkahwin semula tahun lalu selepas suami pertamanya menceraikannya.


Namun, kata rakan mangsa, Jabeen bercerai sekali lagi baru-baru ini.


“Saya ada bercakap dengan Jabeen sehari sebelum dia ditemui mati.

“Jabeen berkata, perkahwinannya berakhir dan dia bercadang kembali ke Pakistan untuk melupakan pengalaman pahitnya,” katanya.


Jabeen dipercayai pindah dari Pakistan ke Oldham kira-kira 10 tahun lalu sejurus selepas kelahiran anak perempuannya. Jurucakap polis berkata, seorang wanita berusia 20 tahun ditahan kerana disyaki membunuh.

“Dia masih disoal siasat,” katanya.-The Sun

Malang hari pertama

Foto
ANGGOTA polis memeriksa kereta yang merempuh pasar mini stesen minyak di Jalan Hospital, semalam.
Jitra: “Saya terdengar bunyi kesan brek kuat sebelum Perodua Kancil dipandu seorang wanita belajar memandu merempuh cermin pasar mini di stesen minyak hingga menyebabkan seorang pelanggan membeli minuman cedera.
“Bagaimanapun, saya bersyukur pelanggan lain sempat menyelamatkan diri, sedangkan saya dan seorang lagi pekerja wanita di kaunter tergamam melihat kejadian di depan mata,” kata Zamri Sharif.
Zamri, 56, yang juga pekerja stesen minyak itu berkata, pelanggan lain yang berada dalam pasar mini di stesen minyak itu bernasib baik apabila rak makanan diletakkan di situ menghalang kereta berkenaan merempuh orang lain. “Jika tidak sudah tentu perkara buruk berlaku,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, Perodua Kancil dipandu wanita berusia 36 tahun merempuh pasar mini stesen minyak itu akibat tertekan pedal minyak.


Ketika kejadian, tenaga pengajarnya, Zamri Abdul Rahman, 48, membayar duit di kaunter dalam premis berkenaan dan terkejut apabila melihat kereta dipandu pelajarnya tiba-tiba merempuh cermin pasar mini itu.

30 minit tak berjawab

Foto
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, semalam.
Foto
ORANG ramai di tempat kejadian.


Oleh Hadzlan Hassan, Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
Shah Alam: “Saya hanya mengetahui anak saya terbabit kemalangan itu melalui Facebook (FB),” kata Mohd Aziz Saleh, 47, bapa Mohd Faridzuan, 21, yang terbunuh bersama empat lagi mangsa dalam kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, awal pagi semalam.

Menurut Mohd Aziz, anak keduanya (adik Mohd Faridzuan) mengejutkan dia dan isteri jam 3.40 pagi selepas menonton rakaman video kemalangan ngeri yang dimuat naik di FB.


“Dia bertanya kami berdua sama ada abangnya sudah pulang atau belum kerana berasa seperti ada sesuatu yang buruk menimpa Faridzuan.

“Saya segera mencapai telefon dan menghubungi Faridzuan berulang kali hampir 30 minit namun panggilan itu tidak berjawab,” katanya mula bimbang mengenai keselamatan anak sulungnya itu.



Mohd Aziz berkata, anak keduanya mengesyaki abangnya terbabit kemalangan itu selepas mengecam plat motosikal milik Faridzuan yang terpapar dalam FB.

Angka kematian akibat H7N9 di China kini 20



22/04/2013 2:26am

BEIJING - Angka kematian terkini akibat varians ter baharu virus H7N9 di China kini meningkat kepada 20 lapor Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan keluarga negara itu.
Setakat ini, varians terbaharu selesema burung yang masih belum terbukti tersebar dari manusia ke manusia itu telah dikesan menjangkiti 102 orang kebanyakannya di timur China. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2R8fonYWd 
Hakcipta terpelihara 

Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal



22/04/2013 2:26am

BOSTON - Gabenor Massachusetts, Deval Patrick se malam mengumumkan, seorang lelaki yang disyaki pen gebom Maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev, 19, telah ber jaya ditahan.
Bagaimanapun, Tsarnaev kini sedang dalam keadaan kritikal di sebuah hospital dan tidak mungkin dapat ber komunikasi.
Suspek dirawat di Pusat Perubatan Beth Israel Deaconess, tempat yang sama di mana 11 orang mangsa pengeboman masih dirawat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2R8eF67P9 
Hakcipta terpelihara 

Maut ketika berjoging




LOKASI kejadian Ai Sam yang mati ditikam penjenayah di Bukit Gasing, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh dua lelaki yang cuba meragut beg tangannya ketika dia sedang berjoging di Seksyen 1, Bukit Gasing berdekatan kuil Selva di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Ong Ai Sam, 52, mati di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah selepas terkena tikaman tersebut.
Lebih memilukan, perbuatan kejam dua suspek itu telah disaksikan oleh suami dan anak perempuan mangsa yang berusia 17 tahun.
Menurut sumber, ketika kejadian, tiga beranak itu dikatakan sedang berjoging di kawasan berkenaan sebelum didatangi oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
"Dua suspek terbabit yang memakai topi keledar bertutup penuh kemudian menghampiri mangsa dan cuba meragut beg milik wanita itu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2R8e9a9YY 
Hakcipta terpelihara