Search This Blog

Saturday, April 20, 2013

Budak 5 tahun kritikal akibat diculik dan dirogol kejam



Budak 5 tahun kritikal akibat diculik dan dirogol kejam
Pihak berkuasa masih memburu individu bertanggungjawab yang sanggup melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap budak ini.
NEW DELHI - Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu.

Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital.

"Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan," jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya.

Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka.

"Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa," menurut bapa mangsa.

Maut dilanggar kereta bapa



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 April 2013
Anak ketiga pasangan Alias dan Mariam, Nuramirah, 14, menunjukkan gambar Norain, 4, ketika ditemui d
Anak ketiga pasangan Alias dan Mariam, Nuramirah, 14, menunjukkan gambar Norain, 4, ketika ditemui di rumah mereka di Pulau Kerengga, Marang.
Maut dilanggar kereta bapa
Suasana sedih menyelubungi ahli keluarga sewaktu jenazah Norain tiba di rumah keluarga itu petang kelmarin.
MARANG – Malang. Itulah nasib sebuah keluarga apabila anak bongsu mereka meninggal dunia akibat dilanggar kereta dipandu bapa sendiri di Kampung Pulau Kerengga di sini, kelmarin.

Kejadian menyayat hati kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika bapa mangsa, Alias Ismail, 49, memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier miliknya untuk memasuki bahagian tempat meletak kereta dekat rumahnya.

Sebelum kejadian, Alias memberhentikan kenderaan sambil menunggu isterinya, Mariam Mohd Sidek, 44, menghantar kunci sebuah lagi kenderaan namun tidak menyedari anaknya, Norain, 4, mengikut rapat di belakang isterinya.

“Saya langsung tidak nampak atau menyedari Norain berada di situ. Saya hanya sedar apabila terasa seperti kenderaan terlanggar sesuatu.

“Saya macam bermimpi apabila mendapati Norain berada di bawah kenderaan,” katanya, semalam.

Berikutan kejadian itu, Alias segera membawa anak bongsunya yang mengalami kecederaan di kepala ke Klinik Kesihatan Marang, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, menurut ibu mangsa, Mariam Mohd Sidek, 44, anaknya disahkan meninggal dunia di HSNZ kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mariam berkata, beberapa hari sebelum tragedi berlaku, anak bongsunya itu sangat manja dengan bapanya.

“Kelakuannya agak pelik kerana dia sebenarnya rapat dengan saya,” katanya.

Jenazah Norain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pulau Kerangga petang kelmarin.

Alias juga telah memberikan keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wanita nyaris rentung



Wanita nyaris rentung
Kereta Toyota Camry yang hangus dalam kebakaran, malam kelmarin.
KOTA BHARU - Seorang wanita terselamat dari kebakaran selepas kereta jenis Toyota Camry, miliknya terbakar secara tiba-tiba di bahagian enjin ketika memandu di kawasan Lundang, di sini, malam kelmarin.

Wanita itu yang memandu berseorangan berjaya memberhentikan keretanya lalu bergegas menyelamatkan diri masuk ke dalam bangunan Tenaga Nasional berhad (TNB).

Salah seorang pengawal keselamatan di bangunan TNB, Ahmad Rozali Mat Junoh berkata, kejadian disedari kira-kira jam 8 malam selepas kereta terbabit diberhentikan di hadapan bangunan berkenaan.

“Saya terkejut apabila melihat kereta terbabit terbakar di bahagian enjin dan melihat seorang wanita keluar dari kereta dalam keadaan cemas.

“Melihatkan keadaan itu, salah seorang rakan yang juga bekerja pada waktu yang sama menggunakan alat pemadam api cuba mengawal kebakaran dari merebak,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.56 malam.

“Dengan kekuatan tujuh anggota dan sebuah jentera kita tiba d tempat kejadian kira-kira jam 8 malam dan berjaya mengawal kebakaran lebih kurang 20 minit selepas kejadian.

“Setakat ini kita masih menyiasat punca kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Dua maut kemalangan ngeri



Dua maut kemalangan ngeri
Seorang anggota polis trafik menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Gambar kecil, Che Yang Samsudin.
SENAWANG - Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (NSE) arah Utara, di sini, awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dari arah Selatan sambil ditemani Lt Kol (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54.

“Siasatan awal mendapati, semasa insiden berlaku, dipercayai kenderaan dinaiki mangsa yang sedang dipandu di lorong tengah hilang kawalan secara tiba-tiba menyebabkan mereka terbabas ke lorong kanan.

“Akibatnya, sebuah kenderaan berat yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lantas merempuh kereta mangsa dengan kuat,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurutnya, impak perlanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar, manakala kereta dipandu pula terbakar serta-merta dan bahagian enjinnya tercabut.

“Selepas terhumban ke atas jalan, mereka (mangsa) dirempuh beberapa lagi kenderaan yang gagal mengelak berikutan kejadian berlaku terlalu pantas, selain persekitaran yang gelap menghadkan jarak penglihatan.

“Kedua-duanya mengalami kecederaan serius di kepala dan seluruh badan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar  untuk bedah siasat,” katanya.

Jurucakap polis berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti pemandu serta jenis kenderaan berat yang melanggar mangsa setelah pemandu tersebut menghilangkan diri selepas kemalangan berlaku.

“Justeru, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan diminta menghubungi Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033394,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Larikan ayam tak sampai dua jam

JEMPOL- Seorang penjenayah hanya sempat melarikan 360 ekor ayam tidak sampai dua jam susu-lan dia dicekup sekumpulan anggota polis selepas insiden kejar mengejar lebih satu jam berlaku pada 15 April lalu.
Ketua polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian disedari rakan mangsa yang berusia 20 an, sebelum berlaku insiden kejar mengejar dari pekan Bahau sehingga Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Hamzah berkata, pemilik kedai ayam berusia 47 tahun bersama anaknya, 20-an segera mengejar suspek selepas dimaklumkan rakannya,  namun suspek bertindak melanggar kenderaan mangsa lalu melarikan diri menghala ke Kuala Pilah.

“Dalam masa yang sama, anggota polis peronda cegah jenayah berjaya mengesan suspek lalu berlaku pula insiden kejar mengejar sehingga ke Ulu Bendul, " katanya.

Hamzah berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek mengaku bahawa kes kehilangan ayam beberapa bulan lalu membabitkan kedai lain di kawasan yang sama adalah perbuatannya bersama dua lagi rakannya.

“Dua lagi rakan suspek berjaya melarikan diri namun, kita percaya boleh mengesan rakannya itu dalam masa terdekat, " katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tidak padan dengan umur



Tidak padan dengan umur
Abd Razak (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada dua anggota URB, semalam.
PUCHONG – Tidak padan umur baru setahun jagung, sembilan remaja berusia antara 14 hingga 19 tahun bergiat aktif melakukan jenayah pecah kenderaan di sekitar Puchong, di sini.

Difahamkan, mereka menjadikan kenderaan ditinggalkan di tepi jalan sebagai sasaran sebelum melarikan barang berharga di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai

Puchong Jaya terserempak dengan beberapa remaja lelaki yang kemudian bertindak melarikan diri. Menurutnya, kesemua suspek melarikan diri ke sebuah taman permainan di Wawasan 4 sebelum berjaya diberkas.

Katanya, sembilan remaja itu diperiksa dan polis menemui alatan dipercayai digunakan untuk memecah cermin kenderaan.

Pemeriksaan tubuh badan ke atas dua suspek juga menemukan polis dengan pelbagai jenis barang dipercayai hasil pecah kenderaan di Jalan Wawasan 4/12 sebelum itu.

Abd Razak berkata, suspek mengakui melakukan jenayah itu ke atas sembilan kenderaan pada hari sama mereka diberkas.

“Kita percaya dapat selesaikan sekurang-kurangnya 19 kes di sekitar Puchong Jaya dengan penangkapan kumpulan ini,” katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada dua anggota URB atas kejayaan kes itu, semalam.

Porsche dalam gudang musnah



Porsche dalam gudang musnah
Api kelihatan marak di salah sebuah gudang tersebut.
IPOH - Sebuah kereta mewah jenis Porsche bernilai jutaan ringgit dipercayai antara yang musnah dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga gudang di Kawasan Perindustrian Ringan Bercham, awal pagi semalam.
Dua daripada tiga gudang  itu adalah tempat penyimpanan sarung tangan manakala sebuah lagi menyimpan barangan jualan sebuah pasar raya terkemuka di bandar raya ini.

Selain itu, beberapa letupan kecil berlaku dipercayai akibat bahan kimia yang terdapat dalam gudang penyimpanan sarung tangan.

Seorang pekerja gudang yang enggan dikenali menyatakan, premis itu mula berpindah di kawasan berkenaan sejak 2007.

Menurutnya, ketika kejadian, seorang pengawal keselamatan berada di kawasan gudang dan dia sempat menyelamatkan diri.

“Manakala, Porsche yang dianggarkan bernilai RM6 juta disimpan majikan yang bercuti ke Indonesia dan sebuah lori  musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kerugian akibat kemalangan itu dianggarkan mencecah lebih RM10 juta ringgit.

Sementara itu, Ketua Zon Perak Pusat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.47 pagi.

Jelasnya, ketika jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.08 pagi, ketiga-tiga kilang tersebut sudah 70 peratus terbakar.

"Seramai 42 anggota dan pegawai termasuk empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Simpang Pulai dan Pasir Putih dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira jam 6.40 pagi,” ujarnya.

Ruhisha berkata, anggotanya terus menjalankan pemantauan di bahagian luar kerana struktur bangunan didapati tidak selamat.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pemandu teksi didakwa culik pelajar Korea




19 April 2013
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menculik seorang pelajar perempuan warga Korea pada Februari lepas.
  
S. Prakash Kumar, 39, dan seorang tukang cuci kereta A.J. Joseph Aaron, 26, bersama-sama didakwa menculik pelajar berusia 15 tahun itu bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM40,000 di hadapan sebuah restoran di Jalan Solaris, Brickfields di sini pada 4.30 petang 12 Feb lepas.
  
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin dan mahkamah menetapkan 18 Jun untuk sebutan.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne.

Di Mahkamah Sesyen di sini, beliau juga  mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyamun tiga mangsa, dua bulan lepas.
  
Bagi pertuduhan pertama, Prakash Kumar dan Joseph Aaron bersama-sama didakwa melakukan samun wang tunai RM11, kad pengenalan dan telefon bimbit milik Yew Lioh Wen, 24, di Jalan Sri Petaling, Brickfields, di sini pada 8 pagi 4 Feb lepas.
  
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan samun wang tunai RM5,600, dan tujuh barang kemas termasuk sepasang subang emas dan dua rantai leher emas milik seorang warga asing Ruqiya Abdul Hussein di Jalan Bukit Desa, Brickfields di sini pada 6 petang, 7 Feb lepas.
  
Mereka yang tidak diwakili peguam itu juga didakwa melakukan rompak berkumpulan wang tunai RM3,800 milik Fung Yizhen, 24, di Kondominium Pantai Hill Park, Brickfields di sini pada 10.43 malam 9 Mac lepas.
  
Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman Mustapha membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 9 Mei untuk sebutan.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat.
  
Pada Rabu lepas, Prakash Kumar didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan merogol seorang pelancong warganegara Amerika Syarikat pada 12 Mac lepas manakala di Petaling Jaya, dia bersama-sama dua lelaki didakwa di tiga mahkamah berasingan terhadap pertuduhan culik dan rompak berkumpulan ke atas wanita itu. - Bernama

Semai fahaman ‘Tuhan Harun’



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 April 2013
Semai fahaman ‘Tuhan Harun’
Pengasas ajaran Tuhan Harun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan sebelum ini atas tuduhan menipu.
KUANTAN - Pengasas ajaran ‘Tuhan Harun’ dipercayai menubuhkan sistem pengajian dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ dalam usaha menyebar fahaman songsang kepada pengikutnya.

Melalui sistem pengajian itu, lelaki berusia 46 tahun itu membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat iaitu Intake (baru), Doktorat dan Doktor World of God (tertinggi).

Berdasarkan bahan bercetak dirampas daripada kumpulan itu, lelaki terbabit dipercayai cuba menerap fahaman kepada ahli bahawa dia adalah ‘Tuhan’.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raflii Abdul Malek berkata, pengasas ajaran songsang itu juga dipercayai menubuhkan beberapa persatuan atas nama kebajikan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan kumpulan terbabit.

Menurutnya, sebelum ini pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak berhubung ajaran itu yang jelas bercanggah dengan hukum syarak.

“Antara dirampas termasuk bahan penulisan bertajuk ‘Tuhan 2013’ disyaki dimaksudkan kepada pengasas ajaran itu," katanya.

Ahmad Rafli berkata, lelaki tersebut bersama 30 pengikutnya termasuk enam wanita ditahan dalam sebuah premis di Lorong Pandan Damai 2 di sini ketika menjalani ritual diiringi persembahan muzik kira-kira jam 6.30 petang, 4 April lalu.

“Susulan penahanan kumpulan terbabit, pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak selain komputer riba, Ipad, pemacu dan cakera padat mengandungi bahan perisian yang bercanggah dengan hukum syarak.

“Rampasan bahan-bahan bercetak itu turut dilakukan hasil serbuan ke atas sebuah premis  di tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi di sini yang dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi,” katanya.

Pembuat keropok ditahan miliki dadah



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 April 2013
BESUT - Seorang pembuat keropok di Pachakan dekat Kuala Besut, di sini bakal berdepan hukuman gantung apabila ditangkap memiliki 687 biji dipercayai dadah jenis methamphertamine (pil kuda) bernilai RM13, 740.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di tepi jalan utama di Kampung Pachakan, Kuala Besut, jam 9 malam, Rabu lalu.

Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 7 tahun itu baru dibebaskan dari penjara pada Mei tahun lalu.

“Suspek mempunyai rekod lampau kerana memiliki dadah dan ketika ditangkap dia dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, di sini, semalam.

Kamaruddin berkata, dadah tersebut ditemui di dalam salah satu poket seluar suspek.

"Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati dan Seksyen 15(1) akta yang sama," katanya.

Anggota Polis mati dipercayai alami serangan jantung di Politeknik Merlimau




20 April 2013
MELAKA - Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu.

Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.

Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16. - Bernama

2 maut kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini




19 April 2013
SEREMBAN - Dua maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan kemudiannya dirempuh sebuah kenderaan berat dari arah belakang, di kilometer 245.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini, pagi ini.
  
Pemandu kereta Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, dan penumpangnya Lt Kol (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, meninggal dunia di tempat kejadian pada kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu
  
"Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan jatuh atas jalan, di lorong kanan, sebelum dipercayai dirempuh beberapa lagi kenderaan menyebabkan kepala mereka hancur," kata jurucakap polis.
  
Beliau berkata siasatan awal mendapati impak kemalangan itu mengakibatkan enjin tercabut dan kereta mangsa terbakar sepenuhnya.
  
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.
  
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
  
Saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Insp Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033394.  - Bernama

100 orang dikhuatiri maut dalam gempa bumi kuat di China



SHANGHAI 20 April - Kira-kira 100 orang dikhuatiri maut atau cedera dalam gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter berdekatan bandar Ya’an, wilayah Sichuan hari ini.
Agensi berita, Xinhua melaporkan gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 8.02 pagi waktu tempatan (8.02 pagi waktu Malaysia) di Lushan.
Xinhua melaporkan, setakat ini dua orang disahkan maut dalam kejadian itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130420/lu_11/100-orang-dikhuatiri-maut-dalam-gempa-bumi-kuat-di-China#ixzz2R0VNAvrt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki ancam bom Singapura ditahan



SINGAPURA 20 April - Seorang lelaki di Singapura ditahan kerana membuat ancaman di dalam talian untuk mengebom beberapa lokasi di negara ini, menurut polis hari ini.
Polis Singapura dalam satu kenyataan berkata, lelaki yang berumur 34 tahun dan tidak didedahkan namanya itu ditahan Khamis lalu selepas mengepos ancaman itu ketika mengulas tentang berita pengeboman Maraton Boston.
"Siasatan awal menunjukkan suspek tidak berniat untuk membuat ancaman itu," tambah kenyataan itu.
Akhbar harian tempatan, The Straits Times melaporkan, lelaki itu mengepos komennya di laman web Yahoo! Singapura. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130420/lu_14/Lelaki-ancam-bom-Singapura-ditahan#ixzz2R0OJ9uZc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat hilang tertimbus runtuhan sampah-sarap



MANILA 20 April - Empat orang dilaporkan hilang, dikhuatiri ditimbus sampah-sarap di bandar Rodriguez semalam.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Awam, Fred Bragas berkata, kesemua mangsa yang merupakan pekerja penyelenggaraan itu tidak dapat dikesan selepas timbunan sampah yang dilonggokkan runtuh secara tiba-tiba.
"Ketika kejadian, kesemua pekerja itu sedang membina saluran air di kawasan tersebut.
"Sampah-sarap itu runtuh berkemungkinan disebabkan longgokan yang terlalu tinggi," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130420/lu_04/Empat-hilang-tertimbus-runtuhan-sampah-sarap#ixzz2R0GV9DZz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi kes kanak-kanak dirogol kejam di India



NEW DELHI 19 April - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kini bertarung untuk hidup selepas dia diculik dan dirogol secara kejam dalam satu kejadian jenayah seksual terbaharu di India, hari ini.
Menurut pegawai polis Rajan Bhagat, kanak-kanak malang itu dirogol dalam tempoh 48 jam lalu di dalam sebuah bilik, selepas diculik ketika dia sedang bermain di satu kawasan perumahan di sini pada Isnin lalu.
"Polis kini menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek yang dipercayai merupakan jiran mangsa," katanya.
Kanak-kanak itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital di sini kelmarin dan doktor memberitahu bahawa mangsa berada dalam keadaan kritikal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130419/lu_09/Lagi-kes-kanak-kanak-dirogol-kejam-di-India#ixzz2R0FE9VJK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota tentera pengaman ditembak mati di Darfur



KHARTOUM 19 April - Seorang anggota tentera pengaman Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Kesatuan Afrika (UNAMID) ditembak mati dalam satu serangan di pangkalan tentera di Darfur, Sudan hari ini.
Jurucakap UNAMID, Aicha Elbasri berkata, anggota tentera pengaman itu maut selepas ditembak sekumpulan lelaki bersenjata, manakala dua lagi rakannya cedera.
"Kita sedang menyiasat kejadian yang berlaku dan akan memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
UNAMID bagaimanapun tidak mendedahkan warganegara anggota tentera yang ditembak. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130419/lu_10/Anggota-tentera-pengaman-ditembak-mati-di-Darfur#ixzz2R0CrEb7L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

50 peratus pesakit H7N9 bukan kerana jangkitan ternakan



BEIJING: Lebih 50 peratus pesakit yang dijangkiti virus baru selsema burung di China tidak mempunyai hubungan dengan ternakan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, mencetuskan persoalan mengenai sama ada virus terbabit boleh dijangkiti di kalangan manusia.

Virus H7N9 setakat ini menyerang 87 orang di China dan membunuh 17 orang, tetapi ia masih belum jelas bagaimana mereka dijangkiti penyakit itu. Seorang pegawai rasmi China awal minggu ini berkata kira-kira 40 peratus pesakit tidak mempunyai kaitan langsung dengan penternakan burung.
Wakil WHO China, Michael O’Leary mengeluarkan data terbaru tetapi berkata jangkitan manusia kepada manusia adalah jarang.

“Berikutan siasatan semakin mendalam kami mendapati bahawa lebih separuh daripadanya tidak mempunyai hubungan dengan ternakan,” kata O’Leary.

“Ia masih sejenis virus haiwan yang jarang menjangkiti manusia. Dengan pengecualian yang jarang berlaku, kita tahu bahawa orang ramai tidak mendapat sakit daripada orang lain.”

O’Leary berkata penyiasat menguji 80,000 burung bagi selsema tetapi hanya 40 yang diuji positif dan tiada daripadanya yang sakit.

Sepasukan pakar epidemiologi antarabangsa dan pakar lain diketuai WHO dan pegawai kerajaan China akan melawat pasar ayam hidup dan hospital dalam masa beberapa hari lagi di Beijing dan Shanghai.
Ada di antara sampel burung di pasar diuji positif.

China memusnahkan beribu-ribu burung dan menutup beberapa pasar menjual ternakan hidup untuk cuba mengelak jangkitan.

Penyembelihan ternakan secara besar-besaran adalah terlalu awal, O’Leary berkata beliau bagaimanapun tidak mengkritik apa yang sudah dilakukan.

China memberi amaran lebih banyak jangkitan. Kebanyakan 87 kes dan 11 kematian berlaku di pusat komersial di Shanghai. – REUTERS

Peminat Elvis hantar surat beracun

Peminat Elvis hantar surat beracunPaul Kevin Curtis beraksi sebagai Elvis dalam satu gambar yang dirakam pada 1999. WASHINGTON: Lelaki yang menghantar surat beracun kepada Presiden Barack Obama dipercayai bertindak demikian kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan mengenai pendedahannya bahawa sebuah hospital Mississippi menjual organ manusia ke pasar gelap.

Paul Kevin Curtis, 45, berkata dia yang menemui skandal hospital itu dan menulis surat kepada pegawai kerajaan selain cuba menemui Senator Roger Wicker untuk memintanya bertindak.
Perkara ini ditulis oleh Curtis dalam satu laman web miliknya. Curtis dikenali di Mississippi sebagai peniru lagak Elvis Presley dan pernah memakai kostum penyanyi itu di penjara.


Kelmarin, Jabatan Kehakiman Amerika disifatkan membuat siasatan pantas diketuai oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sesuatu yang dianggap luar biasa.
Jabatan itu menuduh Curtis menghantar surat berisi racun ‘ricin’ yang boleh membawa maut, kepada Wicker dan Obama.

Surat itu dipintas pihak berkuasa sebelum ia sampai ke destinasi. Dalam surat itu, Curtis merujuk kepada pasaran gelap organ manusia dan berkata: “Mungkin anda baru mahu memberi perhatian, sekalipun ada orang perlu mati.”

“Dia beritahu saya mengenai tindakan hospital mengambil organ mayat dan memaklumkannya kepada ahli perundangan tetapi tiada siapa mahu mendengarnya.
“Dia menjadi seorang suka membuat teori konspirasi,” kata Verna Gates dari Birmingham, Alabama.

Gates mengenali Curtis beberapa tahun lalu lelaki itu tinggal di Alabama. Gates adalah wartawan bebas yang bertugas untuk Reuters.

Bekas isteri Curtis, Laura pula menyatakan: “Dia ada masalah kemurungan. Mungkin dia tidak makan ubat.”

Curtis ditahan Rabu lalu di rumahnya di Corinth, Mississippi, kira-kira 80 kilometer ke utara Tupelo, tempat lahir Elvis Presley.

Wicker, seorang anggota Parti Republikan dari Mississippi, memberitahu akhbar Roll Call bahawa dia sudah menemui Curtis.

Lebih 24 video menunjukkan seorang lelaki bernama Kevin Curtis meniru aksi Elvis dan orang lain di YouTube. - REUTERS

Penuntut Malaysia ditahan di Yogjakarta



Kuala Lumpur: Seorang pelajar Malaysia ditahan di Yogjakarta, Indonesia atas kesalahan memiliki ganja, 17 April lalu dalam operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan siswa di republik itu.

Anak usahawan dari Selangor
Difahamkan, pelajar berusia lingkungan 20-an itu yang juga anak kepada usahawan dari Selangor ditahan di rumah sewanya di Ngemplak, Sleman, tidak jauh dari universitinya.

Sumber memberitahu, pelajar terbabit adalah sebahagian daripada 28 individu yang ditahan Bahagian Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam operasi berkenaan, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit berdaftar di sebuah universiti di Jogyakarta. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, malah keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu.

“Semua individu terbabit, yang kebanyakannya pelajar universiti ditahan dalam serbuan di 12 lokasi berbeza sekitar Sleman dan Bantul, dua bandar yang menempatkan banyak pusat pengajian tinggi di Yogjakarta,” katanya.

Rampas dadah
Selain ganja, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk methaphetamine dan hashish, yang mendapat tumpuan di kalangan pelajar universiti di bandar berkenaan.

Penuntut Malaysia ditahan di Yogjakarta



Kuala Lumpur: Seorang pelajar Malaysia ditahan di Yogjakarta, Indonesia atas kesalahan memiliki ganja, 17 April lalu dalam operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan siswa di republik itu.

Anak usahawan dari Selangor
Difahamkan, pelajar berusia lingkungan 20-an itu yang juga anak kepada usahawan dari Selangor ditahan di rumah sewanya di Ngemplak, Sleman, tidak jauh dari universitinya.

Sumber memberitahu, pelajar terbabit adalah sebahagian daripada 28 individu yang ditahan Bahagian Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam operasi berkenaan, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit berdaftar di sebuah universiti di Jogyakarta. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, malah keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu.

“Semua individu terbabit, yang kebanyakannya pelajar universiti ditahan dalam serbuan di 12 lokasi berbeza sekitar Sleman dan Bantul, dua bandar yang menempatkan banyak pusat pengajian tinggi di Yogjakarta,” katanya.

Rampas dadah
Selain ganja, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk methaphetamine dan hashish, yang mendapat tumpuan di kalangan pelajar universiti di bandar berkenaan.

Tiga gudang musnah terbakar

Tiga gudang musnah terbakarAnggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Bercham, semalam. 

Ipoh: Tiga gudang, termasuk premis menyimpan sarung tangan, musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta di Kawasan Perindustrian Ringan Bercham, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian pada jam 4.40 pagi itu turut menyebabkan sebuah kereta Porsche dianggar bernilai jutaan ringgit terbakar.
Ketua Zon Perak Pusat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Ruhisha Haris, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.47 pagi.


70 peratus terbakar

“Pengadu memaklumkan melihat asap keluar dari sebuah kilang dan jentera pertama yang tiba di lokasi kejadian pada jam 5.08 pagi mendapati ketiga-tiga kilang terbabit sudah 70 peratus terbakar.

“Seramai 42 anggota terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Simpang Pulai dan Pasir Puteh,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, kebakaran dikawal sepenuhnya pada jam 6.40 pagi dan anggota terpaksa menggunakan alat pernafasan berikutan asap terlalu tebal.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat.

Beberapa letupan kecil

Sementara itu, seorang pekerja gudang itu berkata, beberapa letupan kecil berlaku dipercayai berpunca daripada bahan kimia di gudang menyimpan sarung tangan.

Tercampak, digilis atas jalan

Tercampak, digilis atas jalanDua pengasas syarikat dalam talian maut selepas kereta dirempuh

Seremban: Dua pengasas sebuah syarikat perniagaan dalam talian maut selepas tercampak dari kereta dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 245.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam.

Maut di tempat kejadian
Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dilanggar kenderaan lain.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan awal mendapati PERODUA Viva dipandu Ahmad Zamakhsyari dari Muar, Johor menuju Ampang, Selangor hilang kawalan sebelum berhenti di tengah jalan.

Mangsa tercampak keluar

Katanya, sebuah kenderaan lain merempuh kereta itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas laluan kanan lebuh raya, manakala kenderaan dinaiki terbakar rentung.

“Berikutan keadaan gelap beberapa kenderaan lain, yang tidak melihat mangsa terbaring di atas jalan menggilis mereka,” katanya, di sini, semalam.
Saiful Azly berkata, kejadian turut mengakibatkan kemalangan kecil tiga kenderaan lain, yang cuba mengelak daripada merempuh kereta mangsa.

Katanya, polis kini giat mengesan kenderaan, yang melanggar mangsa hingga tercampak keluar dan beberapa kenderaan yang menggilis mereka.

Dua didakwa culik remaja warga Korea



Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi dan tukang cuci kereta didakwa di Mahkamah Majistret, semalam terhadap tuduhan menculik seorang pelajar sekolah antarabangsa warga Korea, Februari lalu.

S Prakash Kumar, 39, didakwa bersama A J Joseph Aaron, 26, menculik pelajar berusia 15 tahun bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM40,000 di hadapan Restoran Ravi’s, Jalan Solaris, Brickfields, jam 4.30 petang pada 12 Februari.
Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, sebelum Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Prakash Kumar dan Joseph Aaron berdepan tiga lagi pertuduhan menyamun secara berkumpulan antara Februari dan Mac lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menyamun wang tunai RM11, kad pengenalan dan telefon bimbit milik Yew Lioh Wen, 24, di Jalan Sri Petaling di sini, kira-kira jam 8 pagi, pada 4 Februari lalu.
Pertuduhan kedua, mereka didakwa menyamun wang tunai RM5,600 dan barangan kemas milik Abdul Hussein di Jalan Bukit Desa, Taman Desa di sini, kira-kira jam 6 petang, pada 7 Februari lalu.

Rompak berkumpulan

Pertuduhan ketiga, mereka melakukan kesalahan melakukan rompakan berkumpulan wang tunai sebanyak RM3,800 milik Fung Yizhen di Kondominium Pantai Hill Park kira-kira jam 10.43 malam, pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan sebelum Hakim, Azman Mustapha menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, serta 9 Mei depan sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan di Mahkamah Majistret dilakukan S Malini Anne, manakala di Mahkamah Sesyen, Nurmardiana Mamat.

Rogol guru warga AS

Rabu lalu, Prakash Kumar didakwa di Mahkamah Sesyen, Sepang terhadap tuduhan merogol seorang guru warga Amerika Syarikat, di Lakeside Villa Homestay, Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 12 Mac 2013.

Ajal dirempuh pengiring polis



Seorang pemain hoki Sekolah Kebangsaan Kampung Salang dalam perjalanan menjalani latihan menemui ajal apabila dirempuh kereta pengiring polis dalam kemalangan di Jalan Kaki Bukit, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika murid Tahun Lima Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, dikatakan mengayuh basikal untuk menyeberangi jalan menuju ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, terletak kira-kira dua kilometer dari sekolahnya.


Bagaimanapun, kereta berkenaan yang datang dari arah Padang Besar gagal mengelak lalu merempuh mangsa menyebabkannya tercampak kira-kira 100 meter.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mewakili sekolahnya untuk perlawanan hoki hari ini mati serta-merta di tempat kejadian dengan badannya hampir putus di bahagian pinggang.

MAUT DIREMPUH KERETA PERONDA



Mangsa yang berbasikal dipercayai cuba menyeberang jalan berkembar berkenaan tanpa menyedari kehadiran kereta peronda polis yang datang dari arah Padang Besar sebelum dirempuh dan tercampak lebih 100 meter mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian. - BERNAMA
PEGAWAI Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar melakukan siasatan di tempat kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah kereta peronda polis merempuh murid sekolah di Jalan Kaki Bukit dekat Kangar, semalam.
Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Salang maut ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan hoki di sebuah sekolah yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kemalangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130420/je_03/MAUT-DIREMPUH-KERETA-PERONDA#ixzz2R3GRIzqC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

140 banduan di penjara Makkah lancar mogok lapar



Makkah: Direktorat Penjara Arab Saudi akan memberi reaksi kepada tuntutan 140 banduan di penjara Makkah yang melancarkan mogok lapar selama dua hari baru-baru ini.

Akhbar Al-Hayat melaporkan semalam, banduan berkenaan menuntut pihak berkuasa penjara membekalkan mereka perkakasan elektrik seperti cerek elektrik dan penggosok baju.


Pihak berkuasa mulanya menolak tuntutan itu dengan alasan ia mengancam keselamatan banduan.

Jurucakap direktorat Kolonel Ayoub Naheet memberitahu akhbar berkenaan, beliau bersama Pengarah Penjara Makkah dan anggota Suruhanjaya Hak Asasi serta Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NSHR) menemui banduan terbabit dan mendengar tuntutan mereka.


Beliau kemudian menyediakan laporan mengandungi tuntutan itu dan menghantarnya kepada pejabat Emir Makkah. Menurut Ayoub, beliau masih menanti jawapan daripada pejabat berkenaan.


“Semua tuntutan banduan itu adalah sah tetapi pihak direktorat tidak boleh menerima penggunaan mogok lapar sebagai cara untuk menyuarakan tuntutan mereka kerana tindakan seumpama itu mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mereka,” katanya.

Beliau berkata, banduan berkenaan mengadu mereka tidak dipedulikan oleh pelbagai pertubuhan dan dokumen mereka mengambil masa terlalu lama untuk diproses.


Timbalan Penyelia NSHR cawangan Makkah, Ibrahim Al-Nihyani berkata, banduan itu sudah menghentikan mogok lapar selepas tuntutan mereka didengar.

Menurutnya, NSHR juga akan menghantar laporan kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan.


Peguam Ahmad Al-Sidiri berkata, sebahagian banduan sudah mengakhiri tempoh hukuman tetapi masih kekal di penjara kerana hak peribadi mereka masih belum dipenuhi. Untuk dibebaskan, mereka perlu memenuhi hak itu.


Bagaimanapun, prosedur birokrasi kadang kala menjadi punca mereka terus ditahan meskipun sudah menamatkan tempoh hukuman.


“Jika seorang banduan sudah menjalani tempoh hukuman tetapi tidak mampu memenuhi hak peribadi, dia sepatutnya sudah dibebaskan. Bagaimanapun, jika dia sudah menamatkan tempoh hukuman itu tetapi masih dipenjara kerana layanan yang tidak adil, banduan itu patut memfailkan tuntutan pampasan,” kata Ahmad.

27 korban bom dalam kafe siber



Seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya dalam sebuah kafe popular di kalangan golongan muda yang mengguna Internet, menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Kejadian yang disifatkan sebagai serangan tunggal terburuk tahun ini di ibu negara Iraq itu turut menyebabkan puluhan orang cedera.


Serangan lewat malam di barat Baghdad itu dilakukan dua hari menjelang pilihan raya peringkat wilayah yang akan menjadi ujian penting terhadap kestabilan politik Iraq selepas lebih setahun askar terakhir Amerika Syarikat meninggalkan negara itu.

Polis dan saksi berkata, petugas kecemasan bergelut untuk menarik keluar mangsa yang terperangkap apabila letupan itu memusnahkan sebahagian bangunan yang turut menempatkan sebuah pusat beli-belah di bawah kafe Dubai yang terletak di tingkat tiga.


“Letupan itu amat kuat. Sebahagian bangunan runtuh menyebabkan mereka yang membeli-belah di bawah juga cedera,” kata polis.


Sepuluh tahun selepas pencerobohan yang diketuai tentera Amerika Syarikat, pejuang Sunni yang ada kaitan dengan al-Qaeda melakukan sekurang-kurangnya satu serangan besar dalam sebulan. Bagaimanapun, kumpulan berkenaan meningkatkan serangan berani mati sejak awal tahun ini sebagai sebahagian daripada kempen untuk mencetuskan konfrontasi antara penduduk Syiah dengan Sunni.

Lebih 30 orang terbunuh dalam beberapa siri pengeboman di seluruh Iraq Isnin lalu dan lebih 12 calon pilihan raya maut menjelang hari pengundian hari ini. Pilihan raya untuk memilih ahli majlis wilayah akan menjadi kayu pengukur bagi Perdana Menteri Nuri al-Maliki sebelum pilihan raya Parlimen diadakan tahun depan.


Peningkatan dalam keganasan di Iraq menyebabkan krisis politik berlaku dalam kerajaan Nuri yang berfahaman Syiah. Kerajaannya yang turut dianggotai kumpulan Arab Sunni dan Kurdis hampir lumpuh sejak tentera Amerika Syarikat meninggalkan Iraq pada Disember 2011.

Kumpulan tempatan al-Qaeda, Negara Islam Iraq sebelum ini berikrar untuk meningkatkan serangan. Pegawai keselamatan berkata, pengaruh kumpulan itu semakin meningkat.

Anggota badan manusia dalam tali air



Chai Nat: Beberapa anggota badan manusia ditemui dalam dua beg dalam tali air di daerah Manorom semalam dipercayai milik seorang lelaki warga asing yang dibunuh ditempat lain sebelum dibuang di situ.

Penyiasat di Balai Polis Hangnam Sakhon, Cherd Thongchaiwattana berkata, penemuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa malam kelmarin.


Sebelum itu, katanya, orang awam melihat seekor anjing menggonggong objek dipercayai organ manusia.

“Kedua-dua beg itu ditemui di terusan yang kering dan terletak kira-kira 200 meter antara satu sama lain,” katanya.


Beg pertama, kata Cherd, mempunyai tiga lapisan dan mengandungi dua kaki - yang dipotong rapi di bahagian lutut - berseluar jeans, selain tangan kiri dan sebahagian daripada bahu.


Beg kedua pula, katanya, adalah bekas karung baja yang mempunyai enam lapisan. “Ia mengandungi bahagian atas tubuh yang berpakaian kemeja lengan pendek hitam, seluar dalam pendek, paha dan tali pinggang coklat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun, bahagian kepala gagal dikesan. Siasatan awal menunjukkan, mayat itu adalah seorang lelaki berusia antara 25 dan 30 tahun.


Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. - AP

‘Tak nak jumpa korang’

“Tak nak jumpa korang (kamu) lagi dah,” itu gurauan terakhir seorang lelaki yang maut bersama rakannya dalam kemalangan menyayat hati apabila digilis beberapa kenderaan di Kilometer 245.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, mangsa, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari kereta dinaiki selepas dirempuh sebuah kenderaan yang masih dikesan sehingga kini.

Rakan mangsa, Rohaya Mohd Aziz, 36, tidak menyangka gurauan ketuanya yang memiliki syarikat perniagaan dalam talian dikenali sebagai Double Maths menjadi petanda akan meninggalkan mereka selamanya. “Sebelum kejadian saya bersama kedua-dua mangsa dan beberapa rakan lagi berada di Parit Jawa, Muar untuk bertemu pelanggan bagi memperkenalkan perniagaan ini kepada orang ramai dan merekrut perwakilan.
“Kemudian, kami ke sebuah restoran untuk makan sebelum beberapa perwakilan bergurau dengan arwah Che Yang. “Tiba-tiba arwah mengeluarkan kenyataan tidak mahu jumpa kami lagi, bagaimanapun kami tidak perasan sehinggalah kejadian ini berlaku,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam. Katanya, dia dan suami yang menaiki kereta sama untuk pulang ke Melaka berpisah dengan kedua-dua mangsa di Lebuhraya AMJ berikutan arwah pulang ke rumah di Ampang, Selangor. “Saya mengetahui kejadian ini kira-kira jam 6 pagi sebaik isteri Che Yang menghubungi saya memberitahu suaminya meninggal dunia dalam kemalangan sebelum ke tempat kejadian,” katanya. “Kemudian saya bergegas ke Seremban sebelum terserempak lori penunda yang membawa kereta Perodua Viva milik arwah,” katanya.

Rohaya berkata, hancur luluh hatinya sebaik melihat kereta mangsa rentung terbakar. “Mereka adalah pengasas syarikat itu yang baru beroperasi lebih enam bulan dan kini sedang sibuk untuk mencari perwakilan setiap negeri,” katanya.

“Malah, arwah Che Yang sempat meninggalkan pesanan supaya menjaga syarikat itu berikutan saya adalah orang harapannya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, Che Yang dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan sebelum digilis beberapa kenderaan sehingga pecah kepala.
“Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Muar, Johor dipercayai menuju ke rumah di Ampang, Selangor selepas berjumpa pelanggan kira-kira jam 3.30 pagi.

“Kemalangan berlaku apabila Perodua Viva dipandu Ahmad Zamakhsyari dipercayai hilang kawalan sebelum melintang ke tengah lebuh raya. Bagaimanapun, datang sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti melanggar kereta mangsa menyebabkan masing-masing tercampak keluar ke laluan kanan lebuh raya,” katanya. Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan terbakar manakala kenderaan yang merempuh dan menggilis mangsa melarikan diri.
siasatan awal mendapati berikutan keadaan lebuh raya yang gelap, beberapa kenderaan dipercayai tidak perasan kedua-dua mangsa hingga menggilis mereka.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta Perodua Viva berkenaan terbakar manakala kenderaan yang merempuh dan menggilis mangsa melarikan diri. “Pada masa sama, sebuah lori yang terkejut melihat kemalangan itu menekan brek secara mengejut mengakibatkan sebuah kereta Proton Waja di belakang merempuh kenderaan itu manakala sebuah lagi kereta Honda Civic turut terbabit kemalangan dipercayai hilang kawalan selepas melanggar serpihan komponen kereta Perodua Viva.

Saiful Azly berkata, pihaknya kini sedang mengesan kenderaan yang melanggar kedua-dua mangsa.

“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Polis panggil 20 pelajar



Polis sudah memanggil 20 pelajar yang dipercayai terbabit dalam kejadian pukul seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah sukan di Seksyen 11, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, semua pelajar terbabit dipanggil untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Katanya, pihaknya melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian dan meminta pihak sekolah serta ibu bapa mangsa termasuk pelajar terbabit memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.
“Polis juga dimaklumkan pihak sekolah sudah mengambil tindakan drastik dengan menggantung persekolahan semua pelajar tingkatan lima itu.

“Saya minta ibu bapa mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kejadian memberi kerjasama dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat punca kejadian,” katanya.

Zahedi berkata, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat undang-undang sendiri sekiranya berlaku sebarang jenayah sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan dengan senjata dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kepada pihak sekolah, saya minta mereka pantau setiap aktiviti dan pelakuan pelajar ketika dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.
“Sekiranya sekolah menghadapi masalah disiplin pelajar yang teruk dan tidak dapat mengawalnya, mereka boleh merujuk Pegawai Hal Ehwal Awam Polis di mana-mana IPD untuk tindakan lanjut,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan mangsa Kamarul Aiman Kamarul Hadi, 13, cedera pada rusuk kanan, tulang belakang dan kaki akibat dibelasah menggunakan batang penyapu selain dipijak menggunakan kasut bola hanya kerana dituduh mencuri kasut bola milik seniornya.

Kejadian kali ketiga itu menyebabkan mangsa tidak boleh bergerak dan terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam hingga 1 pagi itu, mangsa melarikan diri mendapatkan bantuan di rumah rakannya yang terletak berhampiran sekolah sebelum kejadian itu dimaklumkan pula kepada ibu bapa mangsa.

Sementara itu, bapa mangsa, Kamarul Hadi Che Harun, 37, berkata, anaknya sudah dibenarkan pulang pada jam 1.30 tengah hari semalam dan berehat di rumah mereka di Kuarters Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya.

Katanya, keadaan anaknya kini dilaporkan stabil dan berharap pihak sekolah serta polis mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar yang memukul anaknya itu.

“Ketika ini saya tidak tahu siapa yang salah dan betul dalam hal ini, tapi saya minta mereka menyelesaikan masalah ini dengan adil,” katanya.

Polis Jerman musnahkan bungkusan yang disangkakan bahan letupan



20/04/2013 4:31am

BERLIN - Seorang anggota skuad pemusnah bom Jerman telah memusnahkan sebuah bungkusan surat yang dikhuatiri mengandungi bahan letupan dan dihantar ke istana presiden. Bagaimanapun, kementerian dalam negara telah mengesahkan bungkusan itu tidak mempunyai sebarang bahan seperti yang disangkakan.
Anggota keselamatan memberitahu, pada mulanya terdapat kemungkinan bungkusan tersebut mengandungi serbuk letupan, namun hal itu telah dinafikan pegawai dari kementerian berkenaan sambil menambah bahawa pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.
Presiden Jerman, Joachim Gauck tidak berada di Istana Bellevue dan tiada petugas istana yang terjejas ketika kejadian itu berlaku.
Terdapat sangkaan awal bahawa bungkusan itu mengandungi sejenis bahan yang lazimnya digunakan sebagai peledak dalam industri perlombongan.
Gauck yang menyambung penggal perkhidmatannya awal tahun lalu dianggap sebagai figura awam yang tidak mempunyai ramai musuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2QxxiQZ17 
Hakcipta terpelihara 

Bot pesiaran di Sungai Amazon karam, lebih 13 orang dikhuatiri maut



20/04/2013 4:09am

BRAZIL - Sekurang-kurangnya 13 orang mati lemas apabila sebuah bot pesiaran yang sesak dengan pelancong karam di hilir Sungai Amazon semalam.
Pasukan penyelam kini giat menjalankan operasi menyelamat untuk mencari kira-kira 12 penumpang yang masih hilang. Seramai 45 orang mangsa karam itu berjaya diselamatkan.
Kebanyakan penumpang bot sedang tidur apabila pengangkutan air itu karam akibat dibadai arus kuat di sebuah lengkok sungai berdekatan Pulau marajo yang menjadi laluan ke bandar pelabuhan Belem iaitu ibu negeri Para.
"Kami tidak dapat memastikan berapa ramai lagi penumpang yang hilang kerana kapten bot itu sendiri tidak tahu bilangan penumpang yang dibawanya," ujar ketua operasi menyelamat, seorang polis tentera Sarjan Orivaldo Santos.
Bot tersebut sepatutnya hanya boleh menampung seramai 25 orang penumpang, namun kapten bot tersebut memberitahu polis bahawa terdapat lebih daripada 60 penumpang yang mengikuti pelayaran selama 10 jam itu.
Ketika kejadian, arus sangat kuat hinggakan ia karam sejauh lebih daripada dua kilometer ke hilir sungai. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2QxxSGL2u 
Hakcipta terpelihara 

Adik-beradik suspek pengebom Boston tidak dikenali di Chechnya



20/04/2013 3:49am

MOSCOW - Ketua penduduk Muslim di Chechnya telah mengesahkan bahawa dua beradik etnik Chech yang dituduh sebagai suspek utama pengeboman di Boston, Amerika Syarikat (AS) tidak ada pertalian dengan kawasan di selatan Rusia itu.
Beliau bagaimanapun menyalahkan persekitaran hidup mereka di AS sebagai punca utama kejadian pengeboman itu terjadi.
"Mereka membesar di AS, maka haluan hidup dan perspektif mereka terbentuk di situ. Malah mereka telah mencontohi dan mempraktikkan budaya negatif di negara tersebut," kata pemimpin di wilayah Utara Caucasus, Ramzan Kadyrov dalam satu kenyataan pada akaun Instagram beliau.
Kadyrov turut mengkrikik tindakan penguatkuasa yang membunuh Tamerlan Tsarnaev kerana sepatutnya mereka boleh membiarkan dia hidup untuk menjalankan soal siasatan keatasnya.
"Yang pasti, kami tidak mengenali adik-beradik itu kerana mereka tidak hidup di Chechnya. Mereka hidup dan belajar di AS dan apa yang berlaku adalah salah negara itu.
"Bagaikan lumrah, semua yang berlaku akan dikaitkan dengan daerah kami, termasuklah kejadian tsunami yang berlaku," tambahnya lagi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2QxyUM4rB 
Hakcipta terpelihara 

Wanita maut jatuh dari tingkat 5 pasar raya




ORANG RAMAI melihat seorang wanita yang terjatuh dari tingkat lima pusat beli-belah Wisma Sanyan, Sibu semalam.


SIBU – Orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah Wisma Sanyan di sini semalam gempar apabila terdengar dentuman kuat seorang wanita terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut.
Seorang pengunjung yang enggan dikenali memberitahu, semasa kejadian pada pukul 11 pagi, dia nampak bagaimana mangsa tiba-tiba terjatuh dari tingkat lima pasar raya itu sebelum badannya menghempap meja yang diletakkan di ruang legar bangunan tersebut.
Mangsa yang berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah kaki kiri. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, selepas dua jam dirawat mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 1 petang di hospital itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2QxwzDD00 
Hakcipta terpelihara