Search This Blog

Thursday, April 18, 2013

Batal mengajar




ANGGOTA bomba bergegas ke SMK Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai sisa kimia terbakar dan meletup semalam.


KUALA LUMPUR - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini bertukar kecoh apabila 21 warganya mengalami muntah-muntah dan sesak nafas selepas terhidu asap beracun semalam.
Kejadian pukul 11.32 pagi itu berlaku apabila salah satu daripada lapan tong bahan sisa kimia terbakar dan meletup ketika hendak dipunggah ke dalam lori khas yang berada di dalam kawasan sekolah oleh dua pekerja.
Tong itu hendak dibawa ke loji pelupusan bahan kimia di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.
Tong itu mengandungi 229 jenis sisa bahan kimia seperti ammonia, magnesium, sodium dan zink.
Ketika kejadian, enam tong tersebut telah diletakkan ke dalam lori sebelum salah satunya terbakar.
Lori tersebut berada dekat dengan makmal dan bahan kimia itu kepunyaan sekolah yang hendak dilupuskan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menggunakan serbuk kering untuk memadamkan api dari merebak ke tong lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2QpHBK8LK 
Hakcipta terpelihara 

Wartawan ceroboh majlis Grammy bakal dipenjarakan



GAMBAR fail menunjukkan Sediuk (kiri) berjalan di atas pentas ketika Lopez (dua dari kiri) dan penyanyi rap, Pitbull (kanan) menyampaikan anugerah kepada Adele pada Anugerah Grammy pada 10 Februari lalu.- AFP


LOS ANGELES - Seorang wartawan Ukraine, Vitalii Sediuk mungkin dipenjarakan sehingga enam bulan selepas dia didakwa menceroboh Anugerah Grammy pada 10 Februari lalu, kata beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Dalam kejadian itu, Sediuk berjaya melepasi kawalan keselamatan sebelum dia duduk di kerusi untuk tetamu undangan di depan pentas.
Dia kemudian berjalan di atas pentas ketika penyanyi terkenal, Adele menerima anugerah.
Bagaimanapun, penyanyi Jennifer Lopez yang menyedari kehadiran Sediuk bertindak mengiringinya keluar dari pentas bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Sediuk yang berumur 24 tahun sebelum ini pernah mencium aktor Will Smith di atas karpet merah pada satu majlis di Moscow pada tahun lalu.
Dia kemudian ditampar oleh Smith dalam kejadian itu.
Kelmarin, Pejabat Pendakwa Raya Los Angeles mendakwa wartawan televisyen itu kerana memasuki kawasan untuk digunakan dalam satu acara persembahan, mengganggu dan menangguhkan program tersebut serta dengan sengaja meninggalkan kerusi untuk penonton.
Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara sehingga senam bulan dan denda AS$1,000 (RM3,030) untuk setiap pertuduhan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2QpGlFZe2 
Hakcipta terpelihara 

Tujuh rumah hangus dijilat api



ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah dan sebuah stor barangan perabot di Jalan Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang turut melibatkan sebuah stor barangan perabot di Jalan Kepong berhampiran Masjid Al-Amaniah, Kepong di sini semalam.
Pegawai Operasi Balai Bomba Jinjang, Zainal Abidin Mukri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 10.37 pagi sebelum mengarahkan 35 anggota daripada empat balai bomba berhampiran ke lokasi kejadian.
Balai-balai bomba yang terlibat ialah Balai Bomba Jinjang, Hang Tuah, Taman Tun Dr. Ismail dan Chow Kit.
"Jentera pertama tiba pada pukul 10.46 pagi sebelum berjaya mengawal api kira-kira 30 minit kemudian. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.55 tengah hari.
"Sebanyak tujuh buah rumah setinggan dan satu stor barangan perabot hangus sepenuhnya. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," ujarnya ketika dihubungi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2QpGdvAZa 
Hakcipta terpelihara 

Polis AS buru dalang serangan bom



BEBERAPA penyiasat memeriksa salah satu lokasi letupan bom di Jalan Boylston, Boston kelmarin.


BOSTON, Massachusetts - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam menumpukan siasatan ke atas bom buatan sendiri yang meletup pada acara Maraton Boston di sini yang membunuh tiga orang dan mencederakan lebih 180 lagi.
Perkembangan itu berlaku ketika pihak berkuasa AS memburu dalang yang melakukan serangan tersebut.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan serpihan-serpihan logam dan cebisan beg sandangmengandungi sebutir bom yang meletup itu.
Menurut FBI, bom-bom tersebut diisi dengan paku dan bebola besi yang menyebabkan kematian dan kecederaan parah kepada orang ramai.
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dengan polis belum mengesyaki pembabitan pihak militan asing atau dari dalam AS.
"Barang-barang itu (serpihan logam itu) mengambil masa beberapa hari untuk diperiksa dengan rapi," kata seorang ejen FBI, Gene Marquez.
"Kami akan menyiasat sehingga ke hujung dunia bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini," tambahnya.
Menurut FBI, setakat ini tiada maklumat yang menunjukkan bahawa Al-Qaeda atau sebarang kumpulan pengganas asing mendalangi pengeboman tersebut.
Dalam serangan tersebut, dua butir bom meletup selang 13 saat berhampiran garisan penamat pada Isnin lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2QpGKMkrk 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki didakwa beri 86 dokumen palsu kepada bank



18/04/2013 7:43pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 86 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen membabitkan RM41 juta, lapan tahun lepas.
Kuan Pek Seng, 46, didakwa menggunakan 86 invois palsu bagi tujuan permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank yang berjumlah RM41 juta kepada beberapa bank, antara Februari dan November 2005.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
Bagaimanapun, peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM50,000 kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan.
"Selain itu, anak guam saya memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya,” katanya.
Hakim Murtazadi Amran BCK kemudian membenarkan Kuan diikat jamin RM350,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan. - Bernama

Sanjay Dutt diberi tempoh sebulan

Sanjay DuttDutt (kanan) kesal rayuannya ditolak Mahkamah India di New Delhi
NEW DELHI - Mahkamah Agung India memberikan tempoh sebulan kepada pelakon popular Bollywood, Sanjay Dutt untuk menyelesaikan pembikinan filem sebelum beliau dipenjarakan bersabit kesalahan pemilikan senjata api hingga mencetuskan keganasan pada 1993.

Beliau sebelum ini merayu kepada mahkamah apabila mendakwa memerlukan tempoh enam bulan untuk menyiapkan filem arahannya namun permohonan itu ditolak.

Memetik laporan Bulan lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana memiliki senjata secara haram dan dikaitkan dengan serangan pengganas yang membunuh 257 orang di Mumbai.

Namun, pelakon itu menegaskan, beliau tidak mengetahui tentang plot pengeboman dan memberi alasan pemilikan senjata itu sebagai melindungi keluarganya ketika rusuhan itu tercetus. - Reuters

Polis KL terima 46 laporan berkaitan PRU




17 April 2013
KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menerima 46 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sejak Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, termasuk tiga kes ugutan jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghani berkata, kes ugutan jenayah itu melibatkan tindakan parti-parti politik menaikkan bendera di kawasan parti lawan, dan telah diugut oleh penyokong parti lawan dengan menggunakan senjata tajam seperti parang.

Bagaimanapun jumlah terbesar laporan yang diterima melibatkan perhimpunan atau ceramah parti politik tanpa permit, iaitu sejumlah 18 kes, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Izany berkata, polis juga menerima laporan mengenai halangan atau provokasi semasa memasang bendera parti iaitu sebanyak 16 kes, membakar bendera parti (empat kes), curi bendera (dua), pengedaran risalah (satu), dan penyerahan memorandum tidak berpuas hati terhadap manifesto parti-parti politik (dua).

Beliau berkata, pihak olis telah menyiasat kesemua kes berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada tanpa mengambil kira individu atau mana-mana parti yang terlibat.

Izany turut menasihatkan calon-calon dan penyokong parti supaya mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan atau ceramah bagi memudahkan polis memantau dan mengawal perhimpunan yang diadakan.

"Penyokong parti diminta supaya tidak memasang bendera di lampu-lampu isyarat atau mana-mana tempat yang boleh menghalang perjalanan trafik dan pandangan pengguna lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang tidak menentukan juga turut menyebabkan bendera parti rosak dan untuk itu, petugas-petugas parti politik dinasihatkan supaya sentiasa memantau dan membersihkan kawasan mereka memasang bendera bagi mengelakkan salah sangka atau tanggapan bendera atau lambang parti berkenaan dirosakkan oleh pihak lawan.

"Sedangkan bendera parti berkenaan rosak, tumbang atau jatuh disebabkan oleh faktor cuaca," katanya.

Justeru itu, beliau berharap semua aktivis parti supaya mengamalkan sikap berbaik sangka dan bertoleransi serta mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.- Bernama

Siasatan dapati kematian 14 gajah pigmi kerana keracunan makanan




18 April 2013
KOTA KINABALU - Ujian awal mendapati kematian 14 gajah pigmi Borneo di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau awal tahun ini berpunca daripada keracunan toksin, kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu.
 
Katanya ujian itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti jenis toksin.
 
"Kita juga masih belum mengetahui sama ada toksin itu sengaja diberi kepada gajah terbabit atau haiwan berkenaan termakan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
 
Menurut Dr Laurentius, sampel daripada bangkai gajah terbabit dihantar ke pelbagai institusi tempatan dan juga ke Universiti Mahidol serta Pusat Racun Ramathibodi di Thailand dan ke Makmal Sains Biokeselamatan Queensland di Australia.
 
"Makmal di Australia masih mengkaji sampel yang dihantar," katanya menambah sampel dihantar ke Thailand dan Australia masing-masing pada 6 dan 13 Mac lepas.
 
Katanya jabatan itu membelanjakan kira-kira RM500,000 setakat ini dan memerlukan lebih banyak dana bagi menyiasat insiden berkenaan.
 
Selain itu katanya, pada masa ini jabatan berkenaan bekerjasama dengan danau Girang Field Centre dan WWW-Malaysia bagi memasang kolar pengesan kepada kira-kira 30 ekor gajah bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pemuliharaan haiwan berkenaan, khususnya di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara,
 
Mengenai anak gajah yang ditemui bersama bangkai gajah dewasa terbabit, beliau berkata haiwan yang dinamakan 'Kejora' itu berada dalam keadaan baik di bawah jagaan staf di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.  - Bernama

Lelaki menyamar anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor ditahan



18 April 2013
IPOH - Seorang lelaki yang menyamar sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor diberkas selepas memalsukan surat tawaran kemasukan kerja sebagai polis.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak Supt Maszely Minhad berkata suspek ditahan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur pada 9 April lepas kira-kira pukul 11.30 pagi oleh sepasukan JSJK Perak.
  
Katanya suspek menipu seorang wanita berusia 18 tahun dengan menyerahkan surat tawaran kononnya dia ditawarkan jawatan konstabel wanita.

"Pada 8 Januari kira-kira pukul 2 petang, mangsa ketika di rumahnya di Taman Lawan Kuda Baharu, Gopeng didatangi suspek yang mendakwa boleh membantunya mendapatkan kerja polis.
  
"Suspek yang sedang dalam usaha mengahwini kakak mangsa kemudiannya menolong wanita itu mengisi borang permohonan polis secara manual," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Maszely berkata suspek kemudian menyerahkan salinan permohonan kepada mangsa tetapi borang permohonan yang asal dikoyak dan dibuang.
  
Beliau berkata selepas dua minggu suspek membawa surat tawaran kepada mangsa dan menyatakan bahawa dia layak serta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.
  
"Suspek telah membawa mangsa dan ibunya pergi ke Pusat Latihan Polis Zon Selatan di Muar, Johor dengan menaiki kereta suspek dan apabila tiba di sana suspek memaklumkan bahawa mangsa gagal dalam ujian kesihatan dan perlu mengambil ujian sekali lagi.
  
"Suspek kemudiannya membawa mangsa menjalani ujian kesihatan di Klinik Kesihatan Maharani Muar sebelum singgah ke rumah ibu saudara mangsa di Ampang, Selangor," katanya.
  
Beliau berkata mangsa kemudiannya menceritakan kepada ibu saudaranya mengenai kegagalan ujian kesihatannya dan menunjukkan surat itu, bagaimanapun ibu saudaranya berasa sangsi dengan surat tawaran itu.
 
Katanya ibu saudaranya seterusnya membawa pengadu berjumpa Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan menunjukkan surat itu.
  
"Mangsa membuat laporan polis setelah diberitahu bahawa surat tersebut adalah palsu dan bukan daripada Polis Diraja Malaysia," katanya.
  
Beliau berkata dokumen yang dipalsukan ialah 'Borang Permohonan Untuk Jawatan Dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia', 'Surat Tawaran Kemasukan Latihan Polis Wanita' dan 'Surat Jawapan Pemeriksaan Perubatan'.
  
Dalam pada itu, Maszely yang juga jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen Perak berkata sehingga hari ini sebanyak 100 laporan polis diterima mengenai kesalahan pilihan raya.
  
"Sehingga pukul 12 malam tadi, sebanyak lapan laporan polis telah diterima dan satu kertas siasatan dibuka antaranya melibatkan kejadian mencabut bendera, kain rentang, gambar calon dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong parti lain," katanya. - Bernama

Kastam rampas 84 kg dadah bernilai RM3.36 juta




18 April 2013
NILAI - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 84 kilogram dadah dipercayai jenis ketamin bernilai RM3.36 juta yang cuba diseludup ke negara ini menggunakan sebuah kontena yang diikrarkan mengandungi ubi kentang di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor, Selasa lalu.
 
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kontena yang tiba dari Pelabuhan Kolkata, India beberapa hari sebelum itu, mengandungi 280 guni ubi kentang dengan sembilan daripadanya berisi dadah tersebut.
 
"Kontena itu telah diikrarkan mengandungi ubi kentang berjumlah 280 guni yang diimport oleh sebuah syarikat pengimport tempatan.
 
"Bagaimanapun setelah mendapat maklumat daripada orang awam, unit risikan KDRM cawangan narkotik ibu pejabat dan KDRM Perak, melakukan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap kontena berkenaan selama dua hari mulai Selasa lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Narkotik Kastam, di sini hari ini.
 
Beliau berkata hasil pemeriksaan itu, pihaknya mendapati sembilan daripada 280 guni ubi kentang itu mengandungi dadah jenis ketamin.

Khazali berkata, seorang warga tempatan berumur 37 tahun yang disyaki terbabit dalam penyeludupan barang terlarang tersebut berjaya ditahan dan kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  
 
Katanya, KDRM juga kini bekerjasama dengan syarikat tempatan yang mengimpot ubi kentang tersebut bagi mengesan suspek lain yang terlibat.
 
Dalam pada itu, Khazali berkata sebanyak 44 kes membabitkan penyeludupan barangan dan dadah yang keseluruhan bernilai RM39 juta dicatatkan dari Januari hingga Mac tahun ini.
 
Beliau meminta orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan kepada Kastam di talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi terus di Ibu Pejabat Narkotik Kastam di 06-7917792 atau 06-7917587.
 
Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan, malah mereka yang membantu membawa kepada penangkapan penyeludup, akan menerima ganjaran wang tunai, katanya. - Bernama

Terkandas selepas pengganas bom Maraton Boston



Terkandas selepas pengganas bom Maraton Boston
Azrina (kiri) sempat bergambar bersama Scott Emus (tengah) yang membantunya dalam kejadian pengeboman di Boston, Amerika Syarikat.
Kuala Lumpur: “Jauh saya mengembara untuk menyertai Maraton Boston, tak sangka saya terpaksa berhenti sebelum garisan penamat susulan letupan bom,” kata Azrina Naimuddin, 33.

Beliau antara sembilan warga Malaysia yang terselamat dalam insiden letupan bom ketika berlangsungnya larian Maraton Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, Isnin lalu.
Menceritakan detik itu, Azrina berkata, ledakan itu berlaku empat jam selepas perlumbaan dimulakan, yang mana ada peserta sudah menamatkan larian.

3.2km dari garisan penamat

“Jarak larian untuk setiap peserta adalah 42 kilometer dan saya berada 3.2 kilometer dari garisan penamat sebelum pasukan keselamatan Boston mengepung kawasan itu.

“Saya dan seorang lagi peserta tempatan terkejut dengan kehadiran pasukan keselamatan yang begitu ramai dan kami tertanya-tanya apa yang berlaku sebelum dimaklumkan mengenai kejadian,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang (Isnin waktu tempatan), dua bom meletup tidak jauh dari garisan penamat acara larian itu, diikuti letupan kedua berlaku 10 saat kemudian. Insiden itu menyebabkan tiga kematian, 134 cedera, dengan 17 orang dalam keadaan kritikal manakala 25 orang lagi parah.
Dibantu penduduk

Dalam cuaca sejuk, Azrina berkata beliau terkandas di tengah-tengah kota Boston dan keadaan bertambah rumit apabila pihak berkuasa tempatan mengarahkan semua pengangkutan awam diberhentikan sementara waktu.

“Namun, dalam keadaan kelam-kabut dan masih terkejut dengan berita ledakan bom itu, seorang lelaki tempatan bernama Scott Emus tampil memberikan bantuan dan menghantar saya pulang ke hotel dengan selamat,” katanya.

Ditanya sebab menyertai perlumbaan itu, Azrina berkata, Maraton Boston adalah pertandingan impian bagi setiap pelari di seluruh dunia dan ia acara tahunan paling berprestij.

Azrina turut memberitahu BH, lapan lagi warga Malaysia yang menyertai perlumbaan terbabit selamat keluar dari Boston dan beliau akan pulang ke tanah air beberapa hari lagi sebaik urusannya di bandar raya itu selesai.

Dua lagi korban H7N9

Dua lagi korban H7N9
Doktor di Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Beijing menjalankan ujian apabila seorang kanak-kanak disahkan positif H7N9. 

14 kes baru dikesan di China

Beijing: China mengesahkan 14 kes baru selesema burung H7N9, dengan dua lagi kematian dilaporkan di Shanghai sejak jam 6.00 petang Isnin lalu hingga 8.00 malam kelmarin.

Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan berkata, dalam kemas kini hariannya mengenai kes H7N9 keseluruhan 77 kes itu dilaporkan di China, termasuk 16 kes yang berakhir dengan kematian.
Keseluruhan 30 kes, termasuk 11 yang membawa maut, dilaporkan di Shanghai. Dua puluh kes, termasuk dua kematian, dilaporkan di Wilayah Jiangsu dan 21 kes, termasuk dua kematian di Wilayah Zhejiang. Wilayah Anhui pula melaporkan tiga kes, dengan satu kematian. Beijing melaporkan satu kes dan dua di Henan.


China secara rasmi mengesahkan kes manusia dijangkiti virus H7N9 lewat bulan lalu.
Mereka yang bersentuhan dengan pesakit yang dijangkiti virus berkenaan diletakkan di bawah pemerhatian perubatan dan tidak menunjukkan gejala tidak normal, kata suruhanjaya itu.

Kes terpencil

Menurut suruhanjaya, China mengesahkan kes H7N9 terpencil dan tidak petanda mengenai pemindahan manusia kepada manusia.
Menurut kumpulan pemeriksaan bersama suruhanjaya itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, manusia mendapat virus itu daripada ayam yang dijangkiti atau persekitaran tercemar. Kes H7N9 mungkin terus meningkat sehingga sumber pencemaran dikawal.

Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Yao, diuji positif virus H7N9 dibenarkan keluar hospital semalam, kata pihak berkuasa kesihatan kelmarin.

“Selepas enam hari mendapat rawatan, suhu budak itu kembali stabil dan pernafasan dan ujian darahnya juga semakin baik,” kata jurucakap Hospital Ditan di Beijing.

Yao, yang disahkan sebagai kes jangkitan H7N9 yang pertama di Beijing pada 13 April lalu, diuji negatif virus berkenaan sejak tiga hari lalu, katanya. - Agensi

Biaya hidup hasil upah dadah



Kuala Lumpur: Sepasang kekasih warga Afrika dikesan menjadikan upah penghantaran dadah yang diperoleh daripada sindiket sebagai sumber pendapatan bagi menampung perbelanjaan mereka di sini.

Pasangan dari Nigeria dan Madagascar itu dipercayai memperoleh upah lumayan sehinggakan mereka mampu menyewa apartmen dan kereta mewah sepanjang berada di Malaysia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, berkata lelaki berusia 26 tahun dan perempuan berusia 23 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar sejak Februari lalu dipercayai berselindung di sebalik status berkenaan untuk menjalankan aktiviti itu.

Ditahan ketika berurusan

Katanya, pasangan itu ditahan ketika menjalankan urusan jual beli dengan lapan pelanggannya di sebuah apartmen mewah di Jalan Tun Razak, di sini, Ahad lalu.

“Dua daripada pelanggan yang ditahan adalah wanita warga Vietnam yang baru hendak mengenali suspek utama berkenaan manakala selebihnya warga tempatan.

“Pemeriksaan terhadap kesemua mereka, kami menjumpai satu bungkusan mengandungi ketulan jernih disyaki syabu seberat sekilogram,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua mereka mendapati tujuh daripada suspek positif dadah jenis syabu.

Semua mereka kini direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bom kerap diguna puak militan



Bom kerap diguna  puak militan
Serpihan bom dipercayai dihasilkan menggunakan periuk tekanan.
Kaherah: Bom buatan sendiri yang dihasilkan daripada periuk tekanan, dalam kejadian pengeboman ketika Maraton Boston adalah senjata kerap digunakan militan di Afghanistan, India dan Pakistan.

Cawangan al-Qaeda di Yaman pernah menyiarkan manual secara online mengenai cara membuatnya, menggesa anggota jihad bertindak sendiri melakukan serangan.
Presiden Barack Obama kelmarin, menggariskan penyiasat tidak tahu sama ada pengeboman berganda sehari sebelum itu yang meragut tiga nyawa dan mencederakan lebih 170 lagi dilakukan pertubuhan antarabangsa, kumpulan tempatan atau individu jahat. Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab.

Periuk tekanan bahan asas bom

Individu yang diberi taklimat mengenai siasatan memberitahu The Associated Press bahan letupan yang dibina daripada periuk tekanan dan disumbat dengan logam, paku dan gegelang besi boleh menyebabkan kematian ramai.

“Kemudahan menghasilkan bom dan kuasa kuat yang dihasilkan menjadikan ia menarik kepada militan, terutama di Asia Selatan,” kata penganalisis.

Ia digunakan dalam rancangan pengeboman oleh militan di Barat, termasuk pelan seorang tentera Amerika Syarikat meletupkan restoran yang kerap dikunjungi di luar Fort Hood di Texas.
Satu daripada tiga peranti digunakan dalam cubaan mengebom Times Square pada Mei 2010 adalah periuk tekanan, menurut laporan perisikan Biro Siasatan Persekutuan dan Keselamatan Dalam Negara yang dikeluarkan pada Julai 2010.

Cawangan al-Qaeda di Yaman memberikan maklumat bagaimana membina bom periuk tekanan dalam isu pertama Inspire, majalah online 2010, bertajuk ‘Bagaimana membina bom di dapur ibu anda.’

“Periuk tekanan adalah kaedah berkesan membina bom,” menurut artikel itu, menggambarkan cara memenuhkan periuk dengan serpihan tajam dan serbuk senjata dan mencipta peletup menggunakan filamen mentol lampu dan jam. - AP

Jururawat ditemui mati tergantung di bilik asrama



KUANTAN: Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 11.40 malam.
"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya, hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.

Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 30 tahun adalah seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.

Kes turut diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Penagih cilik dicekup



NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
18 April 2013
Superintendan Yap Toon Khuan
Superintendan Yap Toon Khuan
KUANTAN - Seorang pelajar darjah enam sebuah sekolah di sini yang ditahan bersama 22 penagih dalam Ops Tapis di sekitar Kuantan bermula 15 hingga 16 April lalu mengakui mula terlibat dalam penagihan pil kuda sejak setahun lalu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dari Gudang Rasau dekat sini turut mendedahkan dia terlibat dengan tabiat merokok sejak usia sembilan tahun sebelum berjinak-jinak dengan dadah ketika berada dalam darjah lima.

Pendedahan memeranjatkan itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan.

Beliau berkata, kanak-kanak itu ditahan bersama beberapa rakan ketika berada di sebuah bengkel besi di Gudang Rasau, malam kelmarin.

“Hasil ujian air kencing terhadap kanak-kanak itu mendapati dia positif dadah manakala rakan-rakannya negatif dan dilepaskan.

“Kanak-kanak terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagaimana pun penahanan itu sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga,” katanya.

Toon Khuan berkata, setakat ini, kanak-kanak terbabit mungkin penagih termuda yang pernah dicekup pihaknya.

“Dalam operasi selama dua hari itu, kita turut menahan 22 individu atas pelbagai kesalahan dadah.

“Daripada jumlah itu, lapan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan dua orang mengikut Seksyen 12(2) Akta
Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan selebihnya mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang wanita berstatus isteri orang bersama seorang lelaki bujang dalam sebuah rumah di Taman Bahagia, Temerloh, kelmarin.

Toon Khuan berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 36 dan 31 tahun itu, polis menemui 114.68 gram dadah heroin dalam poket seluar dan jaket lelaki terbabit.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek lelaki mendapati dia positif dadah jenis Morphine,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Rutin harian selamat mangsa


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 April 2013
Rutin harian selamat mangsa
Penduduk melihat api marak dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Gulang-Gulang 6/5.
TANJONG KARANG - Rutin harian menyiram bunga di hadapan rumah setiap petang menjadi penyelamat buat seorang warga emas, Taslim Nor, 62, daripada menjadi mangsa kebakaran dalam kejadian di rumahnya di Jalan Sungai Gulang-Gulang 6/5, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Taslim yang juga penghidap Parkinson, dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana ketika kejadian, dia berada di luar rumah sebelum penduduk melaporkan kebakaran berpunca dari dalam rumah itu yang marak secara tiba-tiba.

Ketua Operasi, Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Musa Masud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Bilik Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam pada jam 7.05 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Dua jentera dari Balai Bomba Tanjong Karang dan Sekinchan dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Keadaan api ketika itu sudah marak hingga memusnahkan keseluruhan rumah kelas C tersebut.

“Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran, namun punca dan kos kerugian termasuk sebuah kereta, masih dalam siasatan,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Selangor, Mohd Zamri Kahar berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa penduduk terbabit dan turut memberikan sumbangan kilat bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

“Difahamkan, mangsa kebakaran kini ditempatkan sementara di rumah anaknya di Taman Desa Mawar,” katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri dan Lembaga Zakat Selangor turut tidak ketinggalan menziarahi mangsa dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Pasangan kekasih diberkas



AHMAD ISMADI ISMAIL
18 April 2013
Pasangan kekasih diberkas
Wan Abdullah Ishak bersama pegawai penyiasat menunjukkan hasil rampasan.
KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu termasuk sepasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah, diberkas dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Tun Razak, di sini, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, polis menemui ketulan jernih dipercayai dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira satu kilogram yang dianggarkan bernilai RM120,000.

“Pasangan kekasih warga asing berusia 23 dan 26 tahun itu dipercayai aktif mengedar dadah di ibu kota sejak tiga bulan lalu.
"Kedua-dua suspek berasal dari Nigeria dan Madagascar itu merupakan pelajar di sebuah kolej di sini, manakala lapan suspek lain pula dipercayai sebagai pembeli," katanya.
Wan Abdullah berkata, pihaknya turut menahan lima lelaki tempatan, dua wanita warga Vietnam dan seorang wanita tempatan dalam serbuan tersebut.
Menurutnya, semua pembeli dipercayai menghubungi kedua-dua suspek itu sebelum mereka berkumpul di apartmen tersebut.

“Kedua-dua suspek itu dipercayai memperoleh keuntungan sebanyak RM30,0000 hasil daripada menjual dadah.

”Hasil siasatan juga mendapati mereka sudah menjual dadah itu kepada individu terbabit sebanyak tiga kali,” katanya.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing juga mendapati, tujuh daripada individu ditangkap itu positif dadah jenis methamphetamine.
Semua suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

'Perangai tak macam hero'



'Perangai tak macam hero'
Wira dibawa ke Mahkamah Sesyen, semalam.
KUALA TERENGGANU - “Nama awak Wira tapi perangai tak macam hero. Awak rasa hero lawan dengan apa? Hero lawannya penyangak.

Saya harap awak boleh berubah,” seloroh Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang menggamatkan seketika suasana galeri awam Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Gurauan spontan Zainal Abidin itu ketika penghakimannya terhadap tertuduh, Wira Sulaiman, 28, sebelum menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan selepas Wira mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata, 6 Mac lalu.
Wira yang beralamat di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini, mengaku bersalah melakukan rompakan bersenjata ke atas sebuah kedai runcit Dania Mart di Chendering, milik Siti Norasikin Abdullah, 22, pada 6 Mac lalu, kira-kira jam 2 petang.
Dalam kejadian itu, Wira turut mengaku merompak seutas rantai leher dan seutas gelang tangan serta sejumlah wang milik mangsa.
Semasa melakukan rompakan berkenaan, Wira mengaku menggunakan senjata yang boleh mendatangkan maut iaitu sebilah pisau.
Dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Pendakwaan berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat.
Manakala Wira tidak diwakili peguam.

Kanak-kanak 6 tahun dilarikan bersama kereta ibu




17 April 2013
SUNGAI PETANI - Tindakan prihatin orang awam berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilarikan bersama kereta ibunya dalam kejadian di Taman Ria di sini petang tadi.
   
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Adam Hanif Abu Mansor, 6, yang ditinggalkan dalam kereta Perodua Myvi oleh ibunya yang keluar sebentar untuk urusan di sebuah bank di sini, dilarikan seorang lelaki berusia 30-an.
 
Ibunya, Faridah Osman, 47, yang menyedari kereta dan anaknya hilang sebaik selesai urusan segera memaklumkan perkara terbabit kepada polis.
 
Tindakan pantas sekumpulan kira-kira 50 anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bersama anggota polis yang menjalankan operasi mencari berjaya menahan suspek yang sedang menuju ke arah Bedong, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
 
Suspek berada dalam kenderaan tersebut tetapi kanak-kanak tersebut tiada dan dikatakan telah ditinggalkan di Taman Wira di sini, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata suspek berusia 27 tahun berjaya ditangkap oleh polis dengan kerjasama orang awam manakala kanak-kanak itu ditemui tanpa sebarang kecederaan.
 
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana cubaan menculik.
 
"Suspek ditahan dan kami akan dapatkan perintah reman esok. Nasihat saya kepada orang awam, jangan tinggalkan anak bersendirian dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku," katanya ketika dihubungi.
 
Sementara itu, bapa mangsa, Abu Mansor Ahmad, 49, berkata dia dimaklumkan bekas isteri mengenai kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu.
 
"Saya turut mencari mangsa di beberapa lokasi. Saya mendapat panggilan daripada saudara kira-kira 4 petang mengatakan Adam telah dihantar pulang oleh orang awam yang menjumpainya," katanya.  - Bernama

Hampir 70 maut kilang baja Texas letup




18 April 2013
Hampir 70 maut kilang baja Texas letup
Kira-kira 60 hingga 70 maut dan beratus-ratus lagi cedera disebabkan letupan di sebuah kilang baja di sini, semalam. - Foto EPA
Hampir 70 maut kilang baja Texas letup
Kira-kira 60 hingga 70 maut dan beratus-ratus lagi cedera disebabkan letupan di sebuah kilang baja di sini, semalam . - Foto Ihsan Khabar Kini
WACO - Kira-kira 60 hingga 70 maut dan beratus-ratus lagi cedera disebabkan letupan di sebuah kilang baja di sini, semalam.
Pihak bomba yang cuba menyelamatkan keadaan turut cedera.
Ketua Penolong Bomba, Don Yeager berkata, letupan di kilang baja itu berlaku kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (9 pagi tadi waktu Malaysia).
“Pihak kami juga sudah menyediakan satu unit penyelamat di bangunan apartmen di mana  ramai mangsa terperangkap.
"Pasukan bomba dari bandar berhampiran turut dikerah ke kawasan kilang kerana letupan yang berlaku terlalu kuat hingga boleh memberi risiko kepada bangunan berhampiran.
“Kami mendapati, bahan letupan diletakkan bersebelahan kilang,” kata Yeager.
Pihaknya menambah punca letupan masih lagi disiasat.
Mangsa yang cedera dikejarkan segera ke hospital berhampiran.
Letupan itu berlaku susulan letupan di Boston, Isnin lalu.

Pekerja bengkel dijel 12 bulan


Kuala Lumpur: Seorang pekerja bengkel dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, awal bulan ini.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ezuwan Mohd Sidek, 23, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 April 2013.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Aszeman Jalaludin, 30, di pondok rehat PPR Pudu Ulu, Cheras dekat sini, jam 3 hingga 5 pagi pada 8 April 2013.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memohon dikenakan hukuman ringan kerana dia pesakit barah otak dan sudah insaf.

Budak terkurung dalam van mati


Bangkok: Pengurusan dan guru di sebuah tadika di Samut Perakan akan berdepan dengan tuduhan baru berhubung kematian seorang kanak-kanak, Manassanan Thongphu selepas dia terkurung dalam sebuah van selama beberapa jam di luar tadika itu.

Bapa kanak-kanak terbabit, Ekachai Thongphu mengumumkan kematian mangsa di laman Facebook ‘Nong Oey’ awal semalam.


Menurutnya, dia ingin memaklumkan kepada lebih 21,000 pengikut bahawa anaknya yang berusia tiga tahun sudah meninggal dunia “Kira-kira jam 8.50 pagi pada 17 April 2013, semoga anak saya terus tidur dalam aman,” tulis Ekachai dalam mesejnya di laman sosial itu.

Manassanan dirawat di Hospital Bangkok selepas koma dengan mengalami bengkak di otak akibat terlalu lama terdedah kepada kepanasan di dalam van yang tertutup rapat. Dia menaiki kenderaan itu bersama-sama kanak-kanak lain untuk ke tadika berkenaan.


Kanak-kanak itu tertinggal di dalam van berkenaan tanpa disedari selepas tertidur di satu sudut apabila kenderaan itu tiba di Tadika Anongvet di daerah Muang pada pagi 3 April.


Pengarah Hospital Bangkok Paisal Chantarapitak berkata, Manassanan hanya ditemui selepas terperangkap selama lima jam di dalam van itu, menyebabkan dia mengalami dehidrasi dan kesan daripada kekurangan oksigen yang mengalir ke otaknya menyebabkan serebrumnya membengkak.

Dua guru, Daorong Srisumang, 37, dan Santiphap Wanchai, 42, yang bertanggungjawab terhadap van berkenaan pada hari kejadian, sebelum ini mengakui kepada polis bahawa mereka cuai. Manassanan adalah antara 13 murid dalam van itu dan Daorong ditugaskan menjaga mereka. Kedua-dua guru itu, bersama pengarah tadika, Banong Kiriwong, 77, dan Yuwares Kiriwong, 42, akan dipanggil untuk mengakui tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian, kata polis. - Bangkok Post

Pelajar kita ditahan polis Jogjakarta


Kuala Lumpur: Seorang penuntut Malaysia dikenali sebagai SFK ditahan pihak berkuasa Jogjakarta di kediaman asramanya di Ngemplak, Sleman kerana memiliki rokok ganja dalam serbuan yang dijalankan bahagian narkotik polis Yogyakarta sejak sebulan lalu.

Penuntut terbabit yang juga anak jutawan minyak dari Selangor antara 28 orang yang ditahan dalam operasi sejak 17 Mac lalu sehingga semalam.


Pengarah Bahagian Narkotik Polis Jogjakarta Komisioner Widjanarko berkata, semua mereka ditahan di 12 lokasi berbeza iaitu di Bantul, Kabupaten Sleman dan bandar Jogjakarta Menurutnya, 10 daripada mereka yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.

“Dalam operasi terbabit, polis turut merampas syabu, corong tiub untuk menghisap dadah, telefon bimbit dan wang tunai. “Kami sudah memaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengenai penangkapan rakyat mereka supaya pihak terbabit dapat menghantar wakilnya ke Balai Polis Jogjakarta,” katanya.

Terkilan ayah tak sempat jadi wali


Kuantan: “Saya terkilan kerana ayah tidak sempat menjadi wali pernikahan saya,” rintih Nurhazilatul Hajjar, 27, yang bapanya, Yaacob Mohd Shariff, 59, terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan, berhampiran Taman Pertanian dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Yaacob yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Bangsar, Kuala Lumpur, terbunuh di tempat kejadian akibat cedera parah di dada.


Nurhazilatul berkata, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya ialah pagi Isnin lalu sebelum ke Kuala Lumpur menyelesaikan urusan kerja dan dijangka pulang ke Kuantan kelmarin.

Bagaimanapun menurutnya, petang kelmarin ibu sempat menghubungi arwah bapanya jam 6 petang dan bapanya beritahu berada di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran.


Katanya, selepas hampir sejam menunggu kepulangan bapa, kakaknya, Nor Hazlin, 32, menerima panggilan daripada seseorang pada jam 7.50 petang memberitahu Yaacob terbabit dalam kemalangan.


“Setiba di tempat kejadian saya sempat melihat ayah dirawat petugas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebelum ayah meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya yang bakal berkahwin Disember ini ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Beserah di sini, semalam.

Jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Beserah, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Waja dalam perjalanan pulang dari Gambang.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van dipandu Mohd Asmera Rashid, 36,” katanya.

Asap tayar menjulang

Foto
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah gudang penyimpanan tayar lama di Batu 5 1/2, Jalan Teratai di Meru.
Klang: Tiga rumah kedai yang dijadikan stor penyimpanan tayar lama musnah dalam kebakaran di Batu 5 1/2, Jalan Teratai, Meru, di sini, semalam.
Kebakaran jam 1 tengah hari itu dipercayai bermula dari bahagian tengah rumah kedai itu sebelum merebak ke bahagian lain menyebabkan keseluruhan gudang seluas 2,400 meter persegi berkenaan hangus.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikejarkan ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi, anggota penyelamat meminta bantuan kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Sungai Pinang berikutan faktor cuaca panas dan bekalan air tidak mencukupi.


“Jentera pertama tiba di lokasi kejadian 20 minit selepas menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba, api sedang marak serta asap hitam tebal menjulang di udara.

Geng samseng dibuang sekolah


Miri: Tindakan sewajarnya dikenakan terhadap beberapa pelajar kaki buli yang juga ‘pelakon’ utama dalam rakaman video yang tersebar di YouTube membabitkan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Daerah Miri ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian itu membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah vokasional di sini dan tindakan sudah diambil pihak pengurusannya.


Katanya, beberapa pegawai dari pejabat Pelajaran Daerah Miri menemui pengurusan sekolah berkenaan apabila beberapa pelajar yang dipercayai terbabit dalam insiden itu sudah diambil tindakan sewajarnya termasuk dibuang sekolah.

“Bagaimanapun, perkara ini dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar dan kes dirujuk ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, pihaknya mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan daripada pengurusan sekolah terbabit.


Katanya, hasil maklumat dan siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 20 Mac lalu dan hasil pertemuan mangsa dengan kumpulan pelajar terbabit yang turut disertai ibu bapa masing-masing diadakan di Balai Polis Pusat Miri sebelum ini.

“Dalam pertemuan itu, ibu bapa mangsa bersetuju menyelesaikan perkara itu tanpa membabitkan pihak polis.


“Kes dianggap selesai dan tindakan disiplin sudah dikenakan terhadap pelajar terbabit oleh pihak pengurusan sekolah,” katanya sambil menegaskan tiada laporan dibuat mengenai kes itu oleh mangsa atau keluarganya.

Harian Metro semalam, melaporkan rakaman keganasan sekumpulan kaki buli membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah membelasah seorang pelajar lain yang didakwa berlaku di bandar raya.


Perbuatan melampau batas itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik di laman sosial Facebook sebelum tersebar luas di YouTube sejak beberapa hari lalu.


Rakaman selama 1 minit 40 saat itu memaparkan aksi kejam sekumpulan pelajar menumbuk muka mangsa, selain berulang kali ditampar dan ditendang dalam bilik asrama sekolah terbabit.

Adam ‘hilang’ sejam

Foto
FARIDAH dan suaminya Kamaruddin Ismail memeluk Adam yang ditemui semula.
Sungai Petani: “Hanya Allah SWT saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu apabila melihat Adam yang ditinggalkan di dalam kereta, ‘hilang’ dalam sekelip mata sebaik keluar dari bank.”
Begitu kata seorang ibu, Faridah Osman, 47, apabila anaknya, Adam Hanif Abu Mansor, 6, dilarikan seorang lelaki bersama kereta Perodua Myvi di hadapan sebuah bank di Wisma Ria, Taman Ria, dekat sini, sebelum ditemui semula kira-kira sejam kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila Faridah meninggalkan Adam dalam kereta seketika untuk mengambil wang di mesin juruwang automatik (ATM) tanpa mengunci pintu.

Ketika kejadian, mangsa bermain gajet iPadnya dan secara tiba-tiba seorang lelaki berusia 30 tahun masuk ke dalam kereta itu lalu melarikannya sebelum ditinggalkan di Taman Wira, dekat sini, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Tindakan pantas polis sebaik menerima laporan dapat mengesan kereta itu di Sungai Tukang, Jalan Sungai Lalang, dekat sini, dan menahan suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Letupan kimia makmal

Foto
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan rapi pada tong bahan kimia yang dipindahkan.
Kuala Lumpur: Sembilan belas pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Dato Lokman, Jalan Kampung Pandan, di sini, dikejarkan ke hospital selepas pening serta muntah akibat terhidu bahan kimia luput tarikh yang dalam proses pemindahan untuk dilupuskan, semalam.
Kejadian itu berlaku selepas satu daripada lapan tong mengandungi 229 jenis bahan kimia dari makmal sekolah berkenaan, ada di antaranya tersimpan sejak 28 tahun lalu, tiba-tiba meletup dan terbakar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi sebelum sebuah jentera bomba dibantu pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia berkenaan ke dalam lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bahan buangan oleh Kualiti Alam Sekitar di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

“Ketika proses pemindahan dari bilik makmal sekolah ke lori dijalankan, satu daripada lapan tong berisi botol kecil pelbagai jenis bahan kimia seberat 250 kilogram yang sudah dimasukkan ke dalam lori meletup dan terbakar.

Kereta api terbakar

Foto
Foto
Foto

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan simen sempat menyelamatkan diri apabila menyedari enjin lokomotif itu terbakar ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian.




“Hasil pemeriksaan kita mendapati punca kebakaran disebabkan berlaku kerosakan di bahagian enjin sehingga menyebabkan ia terbakar.


“Sebanyak dua jentera bomba terbabit dalam operasi ini dibantu dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan sebuah 'water tanker' membabitkan 22 anggota pelbagai pangkat,” katanya.

Azizan berkata, unit siasatan forensik juga telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit.


VIDEO:



Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18

Takut keluar rumah

Takut keluar rumah
Fatimah menunjukkan salinan sijil kelahirannya yang
 didaftarkan di Singapura.
KOTA TINGGI - Seorang warga emas dari Felda Aping Timur, di sini, hidup dalam kegelisahan gara-gara tidak memiliki MyKad.

Fatimah Ab Bari, 66, berkata, sebelum berkahwin, dia menetap di Singapura dan pernah memiliki kad pengenalan warganegara berkenaan sebelum ia hilang selepas berpindah ke Felda.

Ibu lapan anak itu berkata, latar belakang kehidupannya yang susah satu ketika dahulu menyebabkan dirinya tidak dapat membuat kad pengenalan di negara ini.

Malah menurutnya, kad pengenalan rakyat Singapura yang hilang menyebabkan dirinya sukar untuk memohon MyKad di sini.

“Selepas bernikah mak cik tinggal bersama suami di Pontian, kemudian pada tahun 1977 berpindah ke Felda di sini.

“Surat beranak masih ada, nombor kad pengenalan warganegara Singapura pun masih ingat, namun permohonan untuk membuat kad pengenalan diri, mak cik menghadapi masalah sebab dokumen tak lengkap.

“Kadang kala bimbang juga sebab sampai sekarang tak ada kad pengenalan diri. Kalau keluar rumah pun mak cik tak pergi jauh-jauh, hanya sekitar Kota Tinggi dan rumah anak-anak di Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu anaknya, Aemran Mohd Sarlan, 24, berkata, susulan masalah itu, ayahnya juga sudah dua kali terpaksa membatalkan hajat untuk menunaikan haji kerana ibunya tidak dapat pergi bersama.

Katanya, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah berjumpa dengan kedutaan Singapura dan bertemu pihak JPN, namun kehilangan kad pengenalan Singapura ibunya menyukarkan keadaan.

“Kakak saya telah berusaha pelbagai cara mendapatkan kad pengenalan untuk ibu, namun selepas dia berkahwin dan mempunyai komitmen terhadap keluarganya saya pula yang menyambung usahanya.

“Anak mana yang tidak bimbang lihat ibunya yang tidak mempunyai kad pengenalan diri meskipun telah berpuluh tahun menetap di sini. Apa yang lebih dirisaukan jika ibu jatuh sakit.

“Walaupun kesihatan ibu sekarang dalam keadaan baik, namun setiap orang pasti akan mengalami kematian. Tanpa kad pengenalan diri, segala urusan menjadi sukar walaupun untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital sekalipun,” katanya.

Aemran sangat berharap supaya ada pihak yang sudi membantu ibunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sementara itu, penyandang kerusi Dun Sedili, Rasman Ithnain berkata, pihaknya sedia maklum dengan masalah yang dihadapi keluarga berkenaan sekaligus bersedia untuk membantu.

Angka kematian H7N9 di China 16 orang

Angka kematian H7N9 di China 16 orangPesakit diberi rawatan dan kawalan rapi bagi mengelakkan penularan wabak H7N9 di Shaghai.
SHANGHAI -  Virus selesema burung H7N9 meragut dua lagi nyawa dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 16 orang, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, China mengesahkan 77 orang dijangkiti virus berkenaan sejak dua minggu lalu.
"Wabak itu kian menular dan membimbangkan. Penyakit itu menyerang manusia buat kali pertama di China dan tidak mustahil turut merebak ke negara jiran," menurut laporan AFP.
Virus terbaru itu dikesan di timur bandar Shanghai, Zhejiang, Jiangsu dan Anhui sehingga Sabtu lalu dengan kes pertama dilaporkan di Beijing.

Ia kemudiannya merebak ke tengah wilayah Henan apabila dua kes dilaporkan Ahad lalu.

2 beranak nyaris rentung dalam kebakaran rumah setinggan di Kepong




17 April 2013
KUALA LUMPUR - Dua beranak nyaris rentung apabila rumah papan setingkat yang dihuni mereka di Jalan Kepong di sini musnah dijilat api hari ini.
   
Kejadian pada kira-kira 10.30 pagi itu turut menyebabkan tujuh keluarga yang mendiami rumah berkenaan hilang tempat tinggal selain memusnahkan sebuah stor perabot berdekatan, kata Ketua Operasi Balai Bomba Jinjang Zainal Abidin Mukri.
   
"Empat jentera dan 35 anggota dari Balai Bomba Jinjang, Hang Tuah, Taman Tun dan Chow Kit dihantar ke kawasan itu, dan kami dapat mengawal kebakaran dalam masa 10 minit," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
   
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
   
Sementara itu, mangsa, Anna Chiew, 45, berkata ketika kejadian, beliau dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun berada dalam rumah dan menyedari kebakaran berkenaan selepas mendengar salakan anjing.
   
"Semasa saya melihat di belakang rumah, api sudahpun marak dan menyambar pokok di belakang rumah saya. Kami segera menyelamatkan diri," katanya sambil menambah ketika kejadian, anggota keluarga yang lain keluar bekerja.
   
Suri rumah itu juga berkata keluarganya kerugian kira-kira RM70,000 dan mendakwa kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah secara terbuka.- Bernama

Ajaran sesat 'Tuhan Harun' sebar sistem pengajian mirip universiti




17 April 2013
KUANTAN - Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
 
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.
 
Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD.
 
"Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
 
"Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.
 
"Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam.
 
"Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu," katanya.
 
Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.
 
Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan.  - Bernama

'Saiznya cukup untuk telan kami'



'Saiznya cukup untuk telan kami'
Penduduk mengangkat ular sawa gergasi itu.
SIONG - Dua sahabat berhadapan situasi cemas bergelut selama dua jam dengan seekor ular sawa batik sepanjang tujuh meter dianggarkan seberat hampir 150 kilogram ketika melakukan rondaan di kawasan kebun getah di Kampung Becah Sawa kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Penduduk, Mohd Hafiz Mohd Noor, 31, berkata, dia bersama seorang rakannya, Nasir Yaakup, 41, terpaksa bergelut mengatasi tenaga kuat ular itu yang dipercayai baru menetaskan kira-kira 80 telur dalam sebuah lubang di kebun itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama rakannya itu sedang melakukan rondaan bagi mengelakkan kecurian getah sebelum ternampak sesuatu seperti badan ular sawa di dalam sebuah lubang di kawasan kebun itu.

“Saya cuba dekatkan diri dan melihat memang terdapat ular sawa dalam lubang itu. Saya dan rakan cuba menarik ular itu, tapi tidak berjaya. Tenaganya begitu kuat. Hampir dua jam bergelut barulah saya dapat pegang kepala ular itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia dan rakannya terpaksa mengheret ular itu sepanjang beberapa meter sebelum dipindahkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

“Ketika itu, saya memang tidak ingat apa dah. Saya cuma nak keluarkan ular itu. Saya takut, ada orang kampung yang akan jadi mangsa.

"Saiz ular ini cukup untuk telan kami berdua,” katanya.

Kejayaan menangkap 'ular gergasi' itu turut mendapat perhatian penduduk.

Puluhan penduduk tidak putus-putus mengambil gambar termasuk melihat ular itu dari jarak dekat.

Mohd Hafiz berkata, dia belum membuat keputusan sama ada untuk melepaskan ular itu mahupun menyerahkan kepada pihak berkuasa.