Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Pegawai kanan mengaku salah khalwat dekat kawasan semak


WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2013
KAMPUNG RAJA - Seorang pegawai kanan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya, kakitangan sokongan, 41, yang bertugas di dua jabatan kerajaan berasingan mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, atas pertuduhan berkhalwat di kawasan semak Bukit Keluang  pada 5 Mac lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof berpuas hati pengakuan tertuduh dan menjatuhkan hukuman denda RM2,300 setiap seorang atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.

Mereka ditahan ketika berdua-duaan dalam kereta jenis Proton Inspira di kawasan semak tangki air Bukit Keluang dekat sebuah pusat pendidikan di situ pada jam 1 petang, sedangkan mereka tidak mempunyai ikatan sah yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral iaitu berkhalwat.

Pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dijalankan pendakwa syarie, Norzilawati Said manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Zukri Jusoh.

Norzilawati ketika membacakan fakta kes memberitahu, pengadu (penguat kuasa) yang melakukan rondaan di kawasan semak tangki air Bukit Keluang terserempak dengan sebuah kereta yang berada di sebuah simpang sunyi dan semak.

Rayuan kedua-dua tertuduh dibacakan Zukri yang menyebut pasangan itu mempunyai hubungan persaudaraan dan tujuh tahun mengenali, selain mempunyai perniagaan sambilan bersama.

Kedua-dua mereka yang mempunyai isteri dan suami turut merayu meringankan hukuman.

Tertuduh lelaki yang beralamat di Gong Nering, Jertih mempunyai empat anak manakala pasangan beralamat di Kampung Pinang, di sini mempunyai lima anak.

Kedua mereka membayar denda yang dikenakan dan dibebaskan.

Maut ketika panjat bukit



WAN NASRAH ABDUL RAHIM 
16 April 2013
Maut ketika panjat bukit
Mayat mangsa dibawa turun bomba dari Bukit Batu Putih, Taman Wangsa Cheras, semalam.
KUALA LUMPUR – Kegembiraan lima sekawan beriadah di Bukit Batu Putih, Taman Wangsa Cheras dekat sini, semalam berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki. 

Sumber Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memberitahu, mangsa Wong Tick Piu,40, gagal diselamatkan selepas pengsan dan mengalami sesak nafas.

Kata sumber itu,  Unit Pertolongan Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada, namun tidak berjaya berikutan jantungnya gagal berfungsi. 

“Mangsa dibawa turun oleh pihak bomba dan mengambil masa sejam berikutan keadaan bukit yang agak curam,” katanya.

Sementara itu, menurut rakan mangsa, sebelum itu Tick Piu berada dalam keadaan sihat sehinggalah dia tergelincir dan jatuh.

“Pada mulanya kami ingat dia hanya pengsan namun rupa-rupanya dia turut mengalami masalah jantung,” katanya. 

Mayat mangsa berjaya dibawa turun kira-kira jam 6 petang dan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis  mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Padah curi kerbau



WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2013
Padah curi kerbau
Ahmad Mazlan
MARANG – Tiga lelaki ditahan polis kerana dipercayai cuba mencuri seekor kerbau milik seorang penduduk dalam satu kejadian di hadapan Masjid Kubu di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan dekat sini, kira-kira jam 3.10 petang kelmarin.

Tangkapan ke atas tiga suspek menaiki sebuah lori itu dilakukan selepas pemilik ternakan itu menghubungi pihak polis apabila pengadu mengesyaki ketiga-tiga mereka termasuk salah seorang daripadanya suspek terbabit dikenalinya cuba mencuri haiwan itu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri.

“Ketiga-tiga suspek berumur 41, 32, dan 24 tahun itu kemudiannya ditahan sekumpulan pegawai dan anggota polis untuk siasatan lanjut.

"Manakala lori dan ternakan itu dibawa ke balai polis,” katanya semalam.

Penganggur dituduh rogol anak tiri berusia 13 tahun



WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2013
Penganggur dituduh rogol anak tiri berusia 13 tahun
Tertuduh (tengah) dikawal ketat anggota polis keluar dari mahkamah selepas tuduhan dibuat, semalam.

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun, sejak setahun lalu.
 
Tuduhan terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Yusoff Yunus.
 
Mohd Faizal Mohd Shaupi dari Dabong didakwa melakukan perbuatan itu antara tahun 2012 dan 10 Mac 2013 di alamat Taman Sentosa, Ladang Kuala Gris, Bukit Abu.
 
Akibat tuduhan itu, Mohd Faizal berdepan penjara tidak kurang lapan dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan merogol kanak-kanak yang perhubungannya tidak dibenarkan undang-undang atau hukum agama atau adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.
 
Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon tarikh bagi menyelesaikan pengurusan kes dan menunggu laporan perubatan mangsa.
 
Sementara itu, beliau tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh. Kes bersambung 20 Mei depan.

Budak maut sampah meletup



Foto
Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Safuri Kamarudin
Baling: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas tubuhnya melecur teruk akibat terkena letupan sewaktu melihat keluarganya membakar longgokan sampah di kuarters Klinik Kesihatan Kuala Ketil, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin dan mangsa, Amar Farhan Saiful Azhar yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama kembarnya dan kakak mereka berumur enam tahun dikatakan melihat seorang daripada anggota keluarga membakar sampah.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, tiba-tiba berlaku letupan dan Amar Farhan yang duduk paling dekat dengan longgokan sampah yang dibakar terus disambar api menyebabkan hampir seluruh tubuhnya melecur.


“Saya tidak pasti apa punca letupan itu berlaku, mungkin dalam longgokan sampah itu ada tin mengandungi aerosol yang digunakan untuk menghalau nyamuk atau mungkin juga ada bahan gas lain yang boleh meletup,” katanya.

Tukang urut warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.

Bogel urut pelanggan
KUALA LUMPUR - Kelekaan 11 tukang urut warga China melayan pelanggan tanpa seurat benang dikejutkan dengan serbuan anggota penguat kuasa Imigresen dalam Operasi Sayang, di Setapak, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tukang urut warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan urut daripada badan ke badan dan juga seks jika dikehendaki pelanggan.

Menurutnya, beberapa anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis berkenaan, sebelum menahan semua warga asing terbabit dalam serbuan kira-kira jam 10 malam.

"Semua tukang urut lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dipercayai melanggar syarat pas lawatan sosial, ditahan.

"Dua lelaki warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis itu juga ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa pas sah,” katanya.

Beliau berkata, Operasi Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama sembilan orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam.

"Operasi sama juga dijalankan secara berterusan bagi menangani isu sosial di kawasan ibu kota secara bersepadu.

“Kami memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan jika disabitkan kesalahan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

Industri ayam, itik China rugi RM4.8 bilion


BEIJING 16 April - Industri ternakan ayam dan itik di negara ini merekodkan kerugian lebih 10 bilion yuan (RM4.8 bilion), sejak kes melibatkan virus selesema burung dilaporkan dua minggu lalu, menurut Persatuan Industri Ternakan Ayam Itik Kebangsaan, hari ini.
Antara punca kerugian adalah disebabkan tindakan pihak berkuasa melupuskan beribu-ribu ekor burung, ayam dan itik hidup yang dijual di pasar-pasar basah di Shanghai dan Beijing sebagai usaha mengekang penularan H7N9 kepada manusia.
Sehingga kini, virus selesema burung di China telah meragut 14 nyawa. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_14/Industri-ayam-itik-China-rugi-RM48-bilion#ixzz2QjGsqfBJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

17 maut terperangkap dalam lombong di Ghana



ACCRA 16 April - Seramai 17 orang terbunuh selepas terperangkap di dalam sebuah lombong terbiar di tengah Ghana, hari ini.
Radio tempatan, Joy Ghana melaporkan, mangsa yang terbunuh merupakan 15 lelaki dan dua wanita yang terperangkap di dalam lombong di Kyekyewerewere sejak semalam.
Lima lagi mangsa dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130416/lu_16/17-maut-terperangkap-dalam-lombong-di-Ghana#ixzz2QjGQpZUt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami merajuk lari masuk kubur Cina



Georgetown: Gara-gara cemburukan isteri yang kerap bertemu sepupu lelakinya, seorang suami merajuk dan membawa diri dengan memilih tanah perkuburan Cina Batu Lanchang, di sini, untuk menenangkan fikirannya, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, pasangan terbabit bertengkar apabila mengetahui isterinya itu kerap bertemu sepupu lelakinya sebelum ini.


Menurut sumber, ketika itu pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu dan anak mereka baru pulang dari makan malam dan ketika berada dalam kereta berlaku salah faham serta pertengkaran antara mereka.

“Lelaki terbabit dikatakan berang dan cemburu dengan perbuatan wanita terbabit.


“Ketika pertengkaran itu, lelaki berkenaan secara tiba-tiba memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina,” katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit kemudian terus keluar dan berlari meluru masuk ke kawasan perkuburan meninggalkan isteri dan anaknya.

“Perbuatan lelaki itu turut dilihat pasukan peronda polis komuniti (CP) dan mereka yang khuatir lelaki itu kemungkinan mahu melakukan perkara buruk kemudian melancarkan gerakan mencari.


“Selain itu, mereka juga turut melaporkan kejadian kepada polis serta pasukan keselamatan lain, namun selepas dua jam mencari lelaki terbabit gagal ditemui,” katanya. Menurut sumber, selepas dua jam lelaki berkenaan akhirnya ditemui dan dia memberitahu terpaksa bersembunyi dalam gelap selepas melihat polis dan orang ramai mencarinya.

“Lelaki berkenaan mendakwa dia sebenarnya malu apabila melihat ramai pasukan keselamatan melakukan gerakan mencarinya sekitar kawasan perkuburan terbabit.


“Bagaimanapun, dia yang sudah tidak tahan berada dalam kawasan perkuburan itu terpaksa keluar dan menyerah diri sebelum dibenarkan pulang oleh anggota polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana tiada laporan polis dibuat.

Aksi pencuri komputer riba dirakam CCTV


Kajang: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah masuk Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, 7 April lalu.

Hasil siasatan polis, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu sempat merakam pergerakan dua lelaki.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis menjalankan siasatan dalam usaha memburu suspek berdasarkan rakaman CCTV yang diperoleh.

Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek menghubungi Inspektor Azrul di talian 012-8372793 atau Ibu Pejabat Daerah Kajang (IPD) talian 03-89114222. Harian Metro Isnin lalu melaporkan lebih 52 unit komputer riba jenama HP dan Acer dicuri selepas pusat khidmat itu dipecah masuk membabitkan kerugian lebih RM50,000.

Lelaki bongkar jenayah sendiri


Kuala Lumpur: Tindakan seorang bapa tiri membuat laporan polis atas kehilangan anak perempuannya berusia 11 tahun memakan diri apabila penemuan semula kanak-kanak itu membongkar rahsia dia sebenarnya dirogol lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki durjana itu mengambil kesempatan melakukan perbuatan keji itu ketika isterinya tiada di rumah mereka di sebuah flat di Jalan Raja Laut, di sini.


Berikutan rakaman keterangan terhadap kanak-kanak terbabit, polis yang menjalankan siasatan menahan bapa tirinya itu beberapa jam kemudian selepas rakaman keterangan itu selesai, awal pagi kelmarin.

Sumber mendedahkan, pada mulanya lelaki berusia 41 tahun itu membuat laporan kehilangan anaknya itu kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu, selepas kanak-kanak terbabit tidak pulang ke rumah.


“Kononnya bimbang keselamatan anak tirinya itu, lelaki terbabit ke Balai Polis Chow Kit membuat laporan dan meminta bantuan polis membawa anaknya pulang selepas dipercayai lari dan tinggal di rumah seorang rakannya di Chow Kit.


“Sepasukan polis bersama lelaki terbabit kemudian ke rumah berkenaan untuk mencari anak tirinya itu. Sebaik tiba di rumah itu, seorang wanita membuka pintu dan mengesahkan kanak-kanak terbabit berada, di situ,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut, namun hasil siasatan kanak-kanak itu mendedahkan dia melarikan diri kerana diperkosa bapa tirinya itu.


“Berikutan pengakuan mangsa, dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Polis kemudian mengambil tindakan dengan menahan lelaki terbabit untuk siasatan,” katanya.

Sumber berkata, kanak-kanak itu mendakwa sering dirogol bapa tirinya itu di rumah mereka ketika ketiadaan ibu dan bimbang diperlakukan sedemikian lagi menyebabkan dia bertindak nekad melarikan diri.

Saksi kes samun, bakar diminta tampil



Kajang: Polis meminta saksi kejadian kes samun dan bakar sebuah rumah di Saujana Impian di sini, kelmarin tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan usaha mengesan suspek juga masih dilakukan.


“Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.36 pagi sebelum memaklumkan kebakaran itu kepada pasukan bomba,” katanya.

Beliau berkata, sebaik api dipadamkan, pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati terdapat kesan umpil pada pintu belakang dan kesan pecah pada tingkap.


“Kami percaya suspek masuk melalui tingkap rumah sebelum membakar rumah itu dipercayai mahu menghilangkan bukti,” katanya.


Katanya, tiada saksi menyaksikan kejadian itu manakala pemilik tiada di rumah.

Guru maut rempuh kereta bomba



London: Seorang guru besar sekolah rendah terbunuh dalam kemalangan ngeri di Wareham, Dorset, semalam.

Ally Mullany sedang memandu keretanya sebelum bertembung sebuah kenderaan bomba dalam perjalanan ke lokasi kemalangan maut tidak jauh dari situ.


Jurucakap polis berkata, Ally terbunuh kira-kira 800 meter dari tempat seorang pemandu lelaki merempuh sebatang pokok sejurus sebelum itu.

“Dua anak Ally cedera parah,” katanya.


Menurut polis Dorset, kereta bomba itu sedang bergerak laju untuk memberi bantuan kecemasan membabitkan pemandu lelaki itu.


Bagaimanapun, katanya, ia bertembung dengan Mini Cooper dipandu Ally.

Semua enam anggota bomba terbabit tidak cedera dan segera menyelamatkan dua anak Ally.


Sumber berkata, anak mangsa berusia 10 dan 14 tahun dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter. - DM

Cucuran air gagal bunuh bayi

Foto
TANDAS tempat bayi perempuan ditemui, semalam.
Oleh Nor Aziah Othman
Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang, dekat sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.
Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.

Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.

Penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, dia dimaklumkan oleh wanita berusia 30-an itu mengenai penemuan seorang bayi perempuan di dalam lubang tandas dan hampir kelemasan.

Pelajar dirogol buruh kasar


Pelajar dirogol buruh kasar
Kok Liang
TELUK INTAN - Perkenalan singkat ketika menghadiri kenduri kahwin kakak di Kampung Gajah yang baru menjangkau tiga bulan mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila dia menjadi mangsa rogol oleh temannya itu.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar berjalan-jalan sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum mengajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah sekolah di Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar  tersebut.

“Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar itu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan.

“Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanyakan apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar itu terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, petugas HTI yang tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengakui dirogol lelaki itu.

Katanya, menyedari mangsa dirogol suspek, petugas HTI menghubungi keluarga mangsa dan satu laporan polis  dibuat oleh abang ipar pelajar perempuan tersebut.

"Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya

Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga




15 April 2013
tembak
Anggota polis forensik sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang lelaki yang mati ditembak di Pusat Komersil Oakland di Seremban malam tadi. - Foto Bernama
SEREMBAN - Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, di sini semalam.

Tan Kok Soon, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di bahagian belakang badan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan Supt Zazali Hashim berkata Tan ditembak oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang ketika sedang makan malam bersama isteri dan dua anaknya pada 6.55 petang.

"Kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang  berada di restoran itu tergaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah motosikal.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Lelaki ditembak depan isteri, anak



HAMIZAH BASIR
16 April 2013
Lelaki ditembak depan isteri, anak
Kok Soon maut ditembak ketika menjamu selera bersama keluarga di sebuah restoran.
SEREMBAN – Selang sehari selepas ahli perniagaan ditembak dalam kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, Jumaat lalu, seorang lagi ahli perniagaan maut ditembak penjenayah, petang kelmarin.

Kali ini, ahli perniagaan terbabit ditembak di hadapan isteri serta dua anaknya ketika menjamu selera di sebuah kedai makan di Pusat Komersial Oakland, jam 6.55 petang.

Mangsa, Tan Kok Soon, 56, maut di tempat kejadian selepas terkena tembakan di belakang badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Zazali Hashim berkata, tiga das tembakan dilepaskan seorang penjenayah dari jarak dekat dan kejadian berlaku  amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tergamam.

“Tembakan itu menyebabkan mangsa rebah di hadapan isteri dan dua anaknya.Penjenayah melarikan diri dengan motosikal.

“Siasatan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan di bahagian belakang badannya,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian turut menemui tiga kelongsong peluru dan tidak menolak kemungkinan penjenayah menggunakan pistol jenis semi automatik.

“Kita masih siasat motif kejadian dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Pelajar tingkatan 3 maut motosikal rempuh kereta




15 April 2013
KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di Batu 11, Jalan Kuantan-Maran dalam kemalangan kira-kira 4.20 pagi, semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata Muhammad Amri Abu Samah, 15, dari Felda Lepar Hilir 1, di sini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di dada.
Pelajar itu yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Maran telah merempuh belakang sebuah kereta di hadapannya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat di Km5, Jalan Jerantut-Kuala Tembeling, Jerantut.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, Wai Thin Soong, 55, dari Sungai Jan Jerantut, mati di tempat kejadian, katanya. - Bernama

Bogel urut pelanggan



AHMAD ISMADI ISMAIL
16 April 2013
Bogel urut pelanggan
Tukang urut warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.
KUALA LUMPUR - Kelekaan 11 tukang urut warga China melayan pelanggan tanpa seurat benang dikejutkan dengan serbuan anggota penguat kuasa Imigresen dalam Operasi Sayang, di Setapak, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tukang urut warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan urut daripada badan ke badan dan juga seks jika dikehendaki pelanggan.

Menurutnya, beberapa anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis berkenaan, sebelum menahan semua warga asing terbabit dalam serbuan kira-kira jam 10 malam.

"Semua tukang urut lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dipercayai melanggar syarat pas lawatan sosial, ditahan.

"Dua lelaki warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis itu juga ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa pas sah,” katanya.

Beliau berkata, Operasi Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama sembilan orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam.

"Operasi sama juga dijalankan secara berterusan bagi menangani isu sosial di kawasan ibu kota secara bersepadu.

“Kami memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan jika disabitkan kesalahan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

Ditembak lelaki tak dikenali

Dua ahli perniagaan dibunuh dari jarak dekat

Ipoh: Dua ahli perniagaan maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali ketika sedang menikmati hidangan dalam dua kejadian berasingan, masing-masing di Taiping, semalam dan di Seremban, lewat petang kelmarin.
Ditembak lelaki tak dikenali
Tan Kok Soon
Dalam kejadian jam 9.05 pagi di Taiping, mangsa seorang peniaga besi buruk berusia 47 tahun mati di tempat kejadian ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran Pasar Simpang.


Manakala, di Seremban, mangsa, Tan Kok Soon, 56, ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata sebelum kejadian, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang kemudiannya melepaskan tembakan.

Peluru tembus kepala 

“Peluru berkenaan mengenai belakang kepala mangsa dan menembusinya sehingga terkena sebuah kereta PERODUA ViVa yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
“Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah dan mengalami pendarahan serius,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping sebelum dihantar ke Unit Forensik Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa dan beberapa saksi kejadian bagi membantu siasatan. Kita masih mengumpul maklumat mengenai identiti suspek dan mengenal pasti motif pembunuhan.

“Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian di Seremban, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata siasatan awal polis mendapati mangsa ditembak di bahagian belakang badan oleh seorang lelaki menggunakan pistol semiauto.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, mangsa mati di tempat kejadian di depan isteri dan dua anak, yang berusia lima tahun dan 11 tahun.

Katanya, suspek yang memakai topi keledar penuh melepaskan tiga das tembakan dan melarikan diri menggunakan motosikal yang diparkir di kawasan berhampiran.

“Polis masih menyiasat motif daripada pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkinan serangan itu berunsurkan dendam,” katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Pekerja kafe internet warga Myanmar mati ditikam



KUALA LUMPUR 14 April - Seorang pekerja kafe internet warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kanannya di Jalan BG-2, Pusat Komersial BG, Rawang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui di belakang premis itu oleh orang awam kira-kira pukul 9 pagi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130414/je_07/Pekerja-kafe-internet-warga-Myanmar-mati-ditikam#ixzz2Qa7BIFrp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja maut semasa berlumba haram



BATU PAHAT 15 April - Seorang remaja berusia 18 tahun maut semasa menyertai perlumbaan haram di Kilometer 18, Jalan Kluang di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 2.16 pagi itu, mangsa Mohammad Shafiq Aripin dari Kampung Parit Burah, Seri Gading, dekat sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan Mohammad Shafiq bersama dua remaja sedang berlumba dari Parit Raja menghala ke Seri Gading sebelum ketiga-tiganya terlibat dalam kemalangan sesama sendiri. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130415/je_06/Remaja-maut-semasa-berlumba-haram#ixzz2Qa76PC8d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyamun mati terjerut tali beg silang sendiri



KUALA LUMPUR 15 April - Seorang penyamun warga Myanmar yang memecah masuk sebuah kedai barang perkakasan di Taman Salak Selatan di sini, maut setelah lehernya terjerut pada tali beg silang yang dipakainya.
Dalam kejadian pada awal pagi itu, suspek dipercayai cuba terjun dari tingkat dua kedai tersebut namun tali beg silang yang dibawanya tiba-tiba tersangkut pada palang besi di koridor premis tersebut lalu menjerut lehernya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat lelaki tersebut ditemui pemilik kedai ketika mahu membuka premis itu pada kira-kira pukul 9 pagi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130415/je_05/Penyamun-mati-terjerut-tali-beg-silang-sendiri#ixzz2Qa6nRORd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Makmal proses dadah dibongkar



HULU LANGAT 15 April - Polis membongkar sebuah makmal mini memproses dadah yang beroperasi di dalam perkampungan Orang Asli ekoran tertangkapnya tiga suspek warga tempatan dalam serbuan di Kampung Orang Asli Kacau, Ulu Semenyih dekat sini kelmarin.
Dalam serbuan di rumah yang dibina secara haram pukul 4 petang itu, polis turut merampas lebih dua kilogram dadah jenis heroin bernilai RM300,000 di dalam dan luar premis tersebut selain peralatan untuk memproses dadah seperti pengisar, besen dan penapis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, ketika serbuan, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 31 tahun itu sedang leka menyusun peralatan untuk memulakan operasi.
Beliau berkata, siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dua kes dadah serta curi dan kesemua mereka kini direman selama enam hari untuk membantu siasatan.
"Mereka menjalankan kegiatan tersebut di perkampungan Orang Asli bagi mengelak dikesan pihak polis. Sindiket memproses dadah itu dipercayai baru beroperasi memandangkan kebanyakan peralatan yang digunakan masih kelihatan baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Ab. Rashid seterusnya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga terbongkarnya makmal dadah itu dan tertangkapnya suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_08/Makmal-proses-dadah-dibongkar#ixzz2Qa6bYNYs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Taktik baharu gores dan menang perdaya mangsa



Abd. Kadir Mohd. Sharriff menunjukkan kad gores dan menang ketika mengadakan sidang akhbar di Kuantan, semalam.
KUANTAN 15 April - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengesan taktik terbaharu sindiket gores dan menang yang kini turut menawarkan hadiah pakej mengerjakan umrah selain kereta untuk memperdaya mangsa.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Kadir Mohd. Sharriff berkata, taktik itu dikesan selepas mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan mereka tersebut.
"Kita dapati ada syarikat gores dan menang menawarkan hadiah pakej umrah serta pelancongan selain hadiah kereta seperti Toyota Camry.
"Selain itu, sindiket penipuan ini juga kerap menukar nama syarikat dan lokasi premis bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya meminta kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tidak lagi membenarkan nama-nama pemilik syarikat yang didapati menjalankan kegiatan gores dan menang mendaftar syarikat baharu pada masa akan datang.
"Mereka menggunakan nama syarikat berlainan, tetapi kegiatan penipuan gores dan menang itu dijalankan oleh kumpulan individu yang sama," katanya.
Beliau memberitahu, sebanyak tiga kes dilaporkan kepada pihaknya berhubung kegiatan itu sejak Januari lalu.
"Seramai 17 pekerja syarikat terlibat berumur antara 19 hingga 25 tahun disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
"Modus operandi digunakan adalah sama iaitu menawarkan hadiah selepas kupon digores dan mengajak pengguna ke pejabat mereka.
"Ada mangsa memberitahu mereka dipaksa untuk membayar sejumlah wang, tetapi tidak menerima hadiah sebagaimana dijanjikan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna lebih peka dengan poster dan risalah yang diedar pihaknya di tempat awam berhubung kegiatan penipuan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_07/Taktik-baharu-gores-dan-menang-perdaya-mangsa#ixzz2Qa6RmKAM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tujuh remaja termasuk empat pelajar aktif curi motosikal diberkas



KOTA TINGGI 15 April - Tujuh remaja termasuk empat yang masih bersekolah ditahan polis kerana disyaki aktif dalam kegiatan curi motosikal di daerah ini.
Penahanan ketujuh-tujuh suspek berusia 13 hingga 18 tahun itu turut berjaya menyelesaikan lima kes kecurian motosikal yang dilaporkan sebelum ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, dalam tangkapan pertama kira-kira pukul 12.40 tengah malam pada 29 Mac lalu, pihaknya telah menahan tiga suspek berusia 16 hingga 18 tahun di hadapan kafe siber di Taman Hijrah di sini.
"Hasil siasatan lanjut, polis kemudian memberkas empat lagi rakan mereka berusia 13 hingga 17 tahun yang dipercayai bersubahat dengan kes curi motosikal.
"Berdasarkan maklumat suspek, polis berjaya menemukan dua motosikal jenis Yamaha 125Z dan Yamaha Lagenda serta beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini semalam.
Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil penubuhan pasukan khas pada akhir Februari lalu dan setakat ini, polis daerah itu sudah berjaya menyelesaikan kes curi motosikal melibatkan kumpulan atau individu.
Mohd. Nor berkata, tangkapan kes curi motosikal yang dibuat hampir setiap minggu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk meyakinkan masyarakat bahawa polis sentiasa menjalankan tugas dengan baik, selain mampu menghapuskan rasa takut orang ramai terhadap jenayah.
"Memandangkan kesemua suspek baru pertama kali melakukan kes jenayah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, maka kita benarkan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan ia disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor," katanya.
Dalam kejadian berasingan, Mohd. Nor berkata, pihaknya berjaya memberkas lima suspek yang disyaki terlibat dalam tiga kes kecurian motosikal di kawasan lain iaitu Setia Indah, Johor Jaya dan Pasir Gudang dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_05/Tujuh-remaja-termasuk-empat-pelajar-aktif-curi-motosikal-diberkas#ixzz2Qa6FFtlC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki warga India edar dadah dihukum gantung



ANGGOTA polis mengawal Sadiq Batcha Kaja Modeen yang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 15 April - Seorang juruelektrik warga India dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 5,830 gram dadah jenis ketamine yang disembunyikan di dalam kotak mesin pengisar, tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sadiq Batcha Kaja Modeen, 38, selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, hakim tersebut menyatakan, mahkamah tidak percaya dengan keterangan tertuduh yang mendakwa, kotak yang mengandungi dadah itu diberikan kepadanya oleh seorang individu di India.
''Keterangan Sadiq Batcha gagal mematahkan kes pendakwaan dan mahkamah mendapati bersifat penafian semata-mata,'' kata beliau.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1) Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 7.40 pagi, 1 Februari 2012.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azamuddin Abd. Aziz manakala Sadiq Batcha tidak diwakili peguam bela setelah peguam bela terdahulu menarik diri.
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lima saksi untuk memberi keterangan manakala pihak pembelaan menampilkan dua saksi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_06/Lelaki-warga-India-edar-dadah-dihukum-gantung#ixzz2Qa62bj4u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perbicaraan Nayati: Guru cerita percubaan halang kereta penculik



KUALA LUMPUR 15 April - Seorang guru menceritakan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagaimana beliau mendengar jeritan dari mangsa culik, Nayati Shamelin Moodliar, seorang kanak-kanak warga Belanda berusia 12 tahun, berdekatan Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini.
Jonathan Robert Daley, 38, seorang guru pendidikan jasmani di sekolah berkenaan, memberitahu bagaimana beliau cuba mengejar kereta penculik selepas melihat seorang lelaki tidak dikenali memasukkan mangsa ke dalam kereta.
"Saya mengejar kereta itu sebelum kereta itu bertukar arah ke arah saya.
Saya berada di sebelah jalan apabila kereta itu menuju ke arah saya.
"Pada ketika itu, saya berada di tengah jalan dan terpaksa mengelak kerana kereta itu dipandu laju dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hendak berhenti," katanya di hadapan Hakim Kamardin Hashim.
Daley, yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata, beliau hanya sempat menendang pintu sebelah kereta pemandu.
Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran apa yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian, Daley berkata beliau menendang pintu kereta kerana mengetahui ada seorang kanak-kanak di dalam kereta tersebut.
Beliau berkata demikan pada perbicaraan kes tiga lelaki yang didakwa menculik Nayati di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields di sini, kira-kira pukul 7.30 pagi, 27 April, 2012.
Tiga tertuduh tersebut, Chong Tat Siong, 24, yang bekerja sendiri, dan dua rakannya, Foong Khar Fai, 20, seorang jurujual telefon bimbit; Lee Phak Seng, 34, seorang penggangur dan seorang lagi yang masih bebas didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika disabit kesalahan.
Nayati dibebaskan penculiknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya PLUS, pada 7.55 pagi, 3 Mei, seminggu selepas diculik di hadapan sekolah mangsa.
Menjawab soalan lain, Daley berkata, beliau hanya mengenali identiti kanak-kanak itu selepas beliau dan beberapa guru lain melihat beberapa buku latihan mangsa yang bertaburan di atas jalan.
Guru itu berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti pemandu kereta itu kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.
Tat Siong diwakili peguam Rejinder Singh manakala Khar Fai dan Phak Seng masing-masing diwakili oleh Datuk Hanif Hashim dan K.T. Wong.
Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130415/ma_01/Perbicaraan-Nayati-Guru-cerita-percubaan-halang-kereta-penculik#ixzz2Qa5bw8tT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 rumah rosak dilanda ribut



S. Subramaniam (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan bantuan kepada Tan Poh Hian (dua dari kanan) pemilik kedai yang rosak akibat ditimpa pokok dalam kejadian ribut di pekan Jementah, Segamat, Johor, semalam.
SEGAMAT 15 April - Lebih 10 buah rumah serta sebuah kedai di daerah ini yang rosak dilanda ribut awal pagi semalam akan segera dibaiki menerusi bantuan pelbagai agensi kerajaan.
Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu menyebabkan banyak bumbung kediaman rosak selain ada yang dihempap pokok tumbang terutamanya di sekitar Pekan Jementah.
Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, kawasan lain yang turut dilanda ribut ialah sekitar bandar Segamat serta Batu Anam, namun hanya membabitkan beberapa rumah.
"Di Jementah, ribut menyebabkan sebuah kedai serta enam rumah penduduk rosak dan secara keseluruhan membabitkan 50 penduduk. Setiap keluarga kerugian antara RM3,000 hingga RM4,000," katanya semasa melawat kawasan itu di pekan Jementah di sini hari ini.
Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, pihaknya kini sedang membuat penilaian tentang kos kerosakan akibat ribut sebelum sebarang bantuan dapat diberikan kepada mangsa.
Beliau berkata, kerugian hanya membabitkan kerosakan bumbung yang diterbangkan ribut, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Seorang mangsa, Tan Po Hlan, 40, berkata, dia hanya menyedari kejadian menimpa premis kedai menjual barangan sembahyang miliknya kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Sebelum itu, ribut kuat melanda kira-kira pukul 3 pagi tetapi saya berada di rumah dekat Taman Perpaduan, di sini. Apabila pergi ke kedai, saya lihat pokok besar di tepi jalan sudah tumbang menimpa kedai saya," katanya.
Dia yang sudah sembilan tahun berniaga di pekan tersebut berkata, kejadian ribut berkenaan kali pertama berlaku di situ.
Ibu kepada tiga anak itu bagaimanapun berterima kasih kepada Subramaniam yang segera mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membersihkan pokok tumbang tersebut kerana bimbang ia boleh menyebabkan risiko lain.
"Saya masih tidak tahu berapa jumlah kerugian, ketika ini saya sudah meminta pekerja untuk membaiki bumbung yang rosak kerana dihempap pokok berkenaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130416/wj_01/10-rumah-rosak-dilanda-ribut#ixzz2Qa5PWYtP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 rumah rosak dilanda ribut



PONTIAN 15 April - Sebanyak tujuh rumah di Kampung Permata dekat sini, rosak di bahagian bumbung setelah atapnya diterbangkan ribut pada awal pagi semalam.
Kejadian berlaku pukul 5.16 pagi yang disertai hujan lebat itu memaksa mangsa menyelamatkan diri dengan mencari perlindungan di rumah jiran berhampiran.
Seorang mangsa, Jefri Apong, 38, memberitahu, dia yang mendiami rumah ibu angkatnya terkejut apabila mendapati keseluruhan bumbung zink kediaman itu diterbangkan ribut dalam beberapa saat sahaja.
Katanya, dia bersama adik angkat bernasib baik kerana tidak ditimpa siling bilik yang runtuh tetapi mereka terpaksa menyelamatkan diri berlari ke bahagian dapur.
"Saya terpaksa berpaut pada mangkuk tandas selama beberapa minit berikutan semua struktur rumah tersebut bergegar dengan kuat apabila dilanda ribut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Jefri berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana terselamat tetapi masih terkejut dengan kejadian itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang melawat ke tempat kejadian turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada semua mangsa.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pontian berkata, setiap mangsa menerima sumbangan antara RM200 hingga RM1,000 bergantung kepada kerosakan untuk membeli atap zink atau asbestos bagi memastikan mereka dapat mendiami semula rumah berkenaan dengan segera.
Katanya, sumbangan itu merupakan bantuan awal kepada semua mangsa dan mereka turut diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bentuk pakaian, makanan dan keperluan lain.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan perhatian kepada mangsa yang terlibat memandangkan kawasan tersebut terletak berhampiran pantai yang memungkinkan kejadian seperti ribut, air pasang besar dan sebagainya menjejaskan kediaman mereka," katanya.
Beliau turut meminta penduduk supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghubungi pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan ketua kampung sekiranya berlaku kejadian seumpama itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130416/dn_11/7-rumah-rosak-dilanda-ribut#ixzz2Qa5FaEkt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mati ditembak kali kedua



ORANG ramai melihat mayat K. Muthazagal yang ditembak mati di sebuah medan selera di Simpang, Taiping, Perak, semalam.
TAIPING 15 April - Seorang peniaga barangan lusuh pernah terselamat dalam satu kejadian tembakan berhampiran rumahnya di Sungai Mas di sini, kira-kira tiga tahun lalu.
Namun, nasib tidak memihak kepada K. Muthazagal, 41, kali ini apabila dia menemui ajalnya setelah sekali lagi ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol di Simpang, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak di bahagian belakang kepalanya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, mangsa ditembak semasa mengunjungi sebuah gerai makan Cina di Market Square, Simpang.
"Seorang lelaki berketurunan India yang memakai topi keledar telah melepaskan tembakan di bahagian belakang kepala mangsa.
"Peluru tersebut menembusi kepala mangsa dan terkena pada sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan kira-kira 15 meter di hadapan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Yusof, sejurus menembak mangsa, suspek terus melarikan diri bersama seorang rakannya menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna hitam.
Beliau berkata, semasa kejadian berlaku, terdapat kira-kira 20 pelanggan sedang menjamu selera di gerai tersebut.
Katanya, saksi kejadian mendakwa pistol yang digunakan oleh suspek untuk menembak mangsa adalah berwarna perak.
"Siasatan awal polis mendapati suspek berbadan tegap, mempunyai ketinggian kira-kira 175 sentimeter dan berpakaian kemas semasa kejadian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Yusof berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_03/Mati-ditembak-kali-kedua#ixzz2Qa564i1Z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut ditembak depan keluarga



ANGGOTA polis forensik menjalankan siasatan di tempat Tan Kok Soon dibunuh di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban, kelmarin.
SEREMBAN 15 April - Seorang ahli perniagaan maut selepas ditembak secara kejam di hadapan isteri dan dua anaknya ketika sedang menikmati makan malam di dalam sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland dekat sini petang semalam.
Mangsa, Tan Kok Soon, 56, maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki pada pukul 6.55 petang, ketika beberapa pelanggan lain turut berada di restoran berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim memberitahu, suspek yang dipercayai warga tempatan dan memakai topi keledar penutup penuh itu dipercayai datang ke restoran terbabit dengan menaiki motosikal.
Katanya, suspek kemudian meluru ke arah mangsa lalu melepaskan tiga das tembakan dari arah belakang lelaki itu menyebabkannya tersungkur di hadapan isteri dan dua orang anaknya.
"Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini malam tadi.
Menurut beliau, polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemukan sebanyak tiga kelongsong peluru dan tidak menolak kemungkinan penyerang mangsa menggunakan pistol jenis semi automatik.
Jelas beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar dekat sini untuk tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya untuk tujuan pengebumian.
"Polis masih menyiasat motif kejadian dan juga sedang mengenal pasti pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130416/je_02/Maut-ditembak-depan-keluarga#ixzz2Qa4x7iiT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilik gerai sabit kesalahan miliki 22.5 kilogram ganja dihukum penjara 16 tahun, 14 sebatan



SHAH ALAM 15 April - Seorang pemilik gerai terselamat daripada hukuman di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan sebatan 14 kali terhadapnya atas kesalahan memiliki ganja seberat lebih 22.5 kilogram, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian terhadap Mustafa Tambun, 47, selepas beliau meminda pertuduhan mengedar dadah yang dihadapi oleh lelaki itu kepada memiliki dadah tersebut yang disembunyikan di dalam sebuah kereta Audi.
Pindaan berkenaan dibuat setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh melakukan pengedaran dadah namun berjaya membuktikan tertuduh memiliki dadah itu.
Menurut hakim tersebut, pendakwaan gagal membuktikan kewujudan individu bernama Azman Hassan yang dikatakan menyuruh tertuduh membawa kereta mewah itu untuk dibaiki.
Pindaan dibuat daripada Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1957 yang memperuntukan hukuman gantung mandatori kepada Seksyen 6 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan minimum 10 kali.
Lelaki itu disabitkan atas tuduhan memiliki ganja seberat 22,503 gram di hadapan Bangunan Tower C, Mentari Court Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 5 petang, 27 Oktober 2010.
Sepanjang kes dibicarakan, sebanyak tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130416/ma_04/Pemilik-gerai-sabit-kesalahan-miliki-225-kilogram-ganja-dihukum-penjara-16-tahun-14-sebatan#ixzz2Qa4nQhcw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Guru sekolah antarabangsa dengar jeritan kuat kanak-kanak



KUALA LUMPUR 15 April - Seorang guru sekolah antarabangsa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau mendengar jeritan kuat seorang kanak-kanak yang dalam ketakutan pada pagi kejadian pelajar, Nayati Shamelin Moodliar diculik, tahun lalu.
Jonathan Robert Daley, 38, berkata, sejurus selepas mendengar jeritan itu, dia telah berlari keluar dari kediamannya dan ternampak seorang lelaki sedang menolak seorang kanak-kanak masuk ke dalam sebuah kereta.
Guru berkenaan yang mengajar Pendidikan Fizikal di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini turut berkata telah mengejar kereta berkenaan sehingga kenderaan itu membelok dan berada di hadapannya.
''Ketika ini saya berada di tengah-tengah jalan namun saya terpaksa mengelak ke tepi kerana kereta itu terus dipandu laju tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti,'' katanya.
Dia bagaimanapun sempat menendang pintu di sebelah bahagian pemandu kereta berkenaan.
Daley yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) berkata demikian sebagai saksi pendakwaan pertama pada perbicaraan kes tiga rakan yang didakwa menculik Nayati, seorang kanak-kanak warga Belanda yang bersekolah di sekolah berkenaan.
Chong Tat Siong, 24, yang bekerja sendiri; penjual telefon bimbit Foong Khar Fai, 20; penganggur, Lee Phak Seng, 24; dan seorang lagi yang masih bebas, didakwa menculik kanak-kanak berkenaan yang kini berusia 13 tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM300,000.
Kejadian didakwa berlaku di hadapan sekolah itu, di Jalan Kiara 1, Mont Kiara pada pukul 7.30 pagi, 27 April tahun lalu.
Kesemua mereka menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.
Nayati dibebaskan penculiknya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada pukul 7.55 pagi, 3 Mei tahun lalu, seminggu selepas diculik di hadapan Sekolah Antarabangsa Mont Kiara.
Dalam keterangannya, guru berkenaan berkata, ketika kejadian beliau dan anaknya baru keluar dari lif lobi kediamannya di Almaspuri Condo, Mont Kiara di sini, untuk ke sekolah berkenaan yang terletak 200 meter dari kediamannya.
Daley juga memberitahu, tidak tahu pelajar di dalam kereta itu adalah pelajar sekolahnya sehinggalah dia dan Guru Besar sekolah itu, Walter Morris menemui buku dan kerja sekolah yang bertaburan di jalan raya.
Guru berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam pemandu kereta terlibat kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.
Dalam perbicaraan itu juga sebanyak lima jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Mont Kiara dan Bukit Aman tampil memberi keterangan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dan Jean Sharmila Jesudesan.
Phak Seng diwakili peguam, Chong Joo Tian dan Rejinder Singh mewakili Tat Siong manakala Khar Fai diwakili peguam, Datuk Hanif Hashim.
Perbicaraan di hadapan Hakim Kamardin Hashim bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130416/ma_01/Guru-sekolah-antarabangsa-dengar-jeritan-kuat-kanak-kanak#ixzz2Qa3nLNj0
© Utusan Melayu (M) Bhd