Search This Blog

Sunday, April 14, 2013

14 maut bom letup luar masjid di utara Iraq




13 April 2013
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 40 yang lain cedera akibat letupan bom yang disasarkan ke atas jemaah selepas solat Jumaat, semalam.

Sepasang bom letup di luar sebuah masjid Sunni di Kanaan, yang terletak kira-kira 75 kilometer ke timur laut ibu negara, sekaligus meningkatkan lagi kebimbangan lebih banyak keganasan berlaku menjelang pilihan raya minggu depan.

Sebelum ini, bandar berdekatan Baquba turut menjadi tapak letupan bom terbesar minggu lalu.

Kenderaan pelanggan rentung



DIANA SURYA ABD WAHAB
14 April 2013
Kenderaan pelanggan rentung
Kenderaan dan alat kelengkapan bengkel musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Kempadang, petang kelmarin.
KUANTAN - “Baru dua minit saya tinggalkan bengkel untuk menguji kereta pelanggan, saya lihat asap hitam berkepul-kepul dari arah belakang bengkel lalu terus berpatah balik untuk melihat dari dekat," kata pemilik bengkel kereta yang musnah dalam kebakaran di Kampung Kempadang, petang kelmarin.

Mohd Arrifaei Muad, 33, berkata, semasa kejadian, ada dua pelanggan berada di bengkel berkenaan sementara menunggunya menguji kereta pelanggan yang baru siap dibaiki.

Menurutnya, kebakaran berlaku terlalu pantas dan dia hanya mampu menyelamatkan empat kereta pelanggan daripada rentung.

“Manakala yang lain habis terbakar termasuklah empat kereta, sebuah lori dan motosikal milik saya sendiri,” katanya.

Mohd Arrifaei berkata, selama tujuh tahun menjalankan perniagaan di situ, kejadian itu adalah kali pertama menimpanya.
Katanya, dianggarkan kerugian dialami sebanyak RM50,000 termasuk kereta yang terbakar.

Sementara itu, Penguasa Bomba Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.55 petang dan sampai ke lokasi 20 minit kemudian.

“Bomba mengambil masa sampai ke tempat kejadian kerana kesesakan lalu lintas berikutan waktu puncak orang ramai pulang bekerja.

“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati kebakaran sudah berada pada tahap 80 peratus. Dengan menggunakan kecekapan 19 anggota, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.50 petang,” katanya.

Anak bilal kena pukul



MOHD AZLIM ZAINURY
14 April 2013
Anak bilal kena pukul
Yusoh menunjukkan mata kirinya yang lebam akibat dipukul suami bekas isterinya.
MARANG – Anak seorang bilal sebuah masjid bukan sahaja ditampar dan dipukul tetapi turut diheret atas jalan oleh seorang lelaki, yang juga suami kepada bekas isteri mangsa dalam dua kejadian berlaku berasingan di sini, kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila mangsa, Yusoh Hasan, 40, ditampar lelaki berusia sekitar 30-an itu sewaktu dia  menghantar anak sulungnya ke rumah bekas isterinya di Kampung Seberang Marang.

Menurut Yusoh, anak sulungnya itu ingin berjumpa dengan ibunya sebelum pulang untuk meneruskan pengajiannya di sebuah pusat pengajian agama di Kuala Lumpur dan bertolak ke bandaraya itu semalam.

“Saya ketika itu di tepi pagar rumah mereka sebelum suami bekas isteri datang menghampiri dan secara tiba-tiba cuba menampar muka saya, namun sempat juga menepis,” katanya di sini, semalam.

Mangsa yang bimbang jika dikatakan menceroboh, kemudiannya beredar dari rumah terbabit namun sejam kemudian terserempak semula dengan lelaki terbabit di sebuah kedai makan lalu menghampirinya untuk bertanyakan mengenai perkara itu.

“Saya hendak tahu kenapa saya ditampar tetapi dia terus tumbuk muka hingga saya terjatuh dan memijak sambil memukul. Saya hanya mampu menahan kesakitan,” katanya.

Yusoh mendakwa, semasa dalam keadaan lemah itu juga, suami bekas isterinya itu turut menarik dan menyeretnya di atas jalan raya sebelum pergaduhan itu dileraikan seorang warga emas.

Difahamkan lelaki terbabit bertindak demikian disebabkan tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwanya sering membawa cerita buruk mengenai dirinya.

Berikutan kejadian itu, mangsa lebam mata kiri, luka di pipi, siku dan lengan serta belakang badan.

Mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 9.45 malam pada hari sama di Balai Polis Marang dan Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Ibu sakit rindu anak lelaki merajuk



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
Ibu sakit, rindu anak lelaki merajuk
Ab Rahim menunjukkan gambar Hafizul yang dirakam kira-kira lima tahun lalu.
BESUT - Seorang ibu merayu anak lelakinya, Hafizul Che Mat, 28, pulang ke pangkuan keluarga selepas lima tahun menghilang diri tanpa sebarang berita.

Bapa tiri Hafizul, Ab Rahim Ab Rashid, 48, berkata, isterinya, Siti Fatimah Abdullah, 46, kini amat merindui anak keduanya itu selepas tidak pulang ke rumah sejak 2008.

Menurutnya, kesihatan isterinya kini terjejas akibat amat merindui Hafizul yang gagal dihubungi malah usaha mencarinya di merata tempat tidak berhasil.

“Kali terakhir Hafizul dikatakan bekerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah restoran di Johor Bahru, Johor namun setelah mencari dia didapati tidak bekerja di situ lagi,” kata Ab Rahim yang membela Hafizul sejak berusia 2 tahun lagi.

Ab Rahim berkata lagi, anaknya yang bekerja di sana sejak 2005 dipercayai merajuk selepas ibunya melarang dia membawa pulang calon isteri ke rumah pada 2008.

Menurutnya, ibunya hanya menasihatkannya secara baik agar tidak membawa pulang calon pilihan hatinya lagi buat masa itu.

Namun katanya, sejak itu Hafizul tidak dapat dihubungi dan dikesan hingga sekarang meskipun  pelbagai usaha mencari dilakukan.

“Bagaimanapun kami percaya dia masih berada di Johor. Sehubungan itu saya merayu dia pulang ke pangkuan keluarga dan menerima sahaja pilihan hatinya memandangkan ibu amat merinduinya,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu dekat Kuala Besut, di sini.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Hafizul boleh menghubungi Ab Rahim  menerusi talian 013- 9953677.

Mayat berulat dalam bilik tidur



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
Mayat berulat dalam bilik tidur
Anggota polis membalut mayat mangsa yang ditemui kembung dan berulat di lantai bilik tidur rumahnya di Kampung Serigala.
SUNGAI SELISEK - Kegelisahan seorang cucu apabila panggilannya tidak bersahut terjawab apabila menemui mayat neneknya yang sudah kembung dan berulat di lantai bilik tidur.

Muhd Al-Amin Md Razak, 20, berkata, dia datang ke rumah neneknya, Hamsiah Sulong, 72, di Kampung Serigala, di sini, kerana cuti hujung minggu, tambahan pula sudah lebih dua minggu tidak melawat mangsa.

Dia yang mengikuti latihan amali di Kilang Perodua, Sungai Choh, tiba bersendirian di rumah itu kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Saya beri salam dan ketuk pintu beberapa kali sambil panggil opah tapi tidak berjawab. Cuba juga buka pintu tapi tidak boleh sebab berkunci dan saya dapat lihat melalui tingkap dapur, kuih yang masih tidak berusik dalam bungkusan plastik.

“Ketika itu saya sudah rasa tidak sedap hati kerana telefon bimbit opah pun tidak dapat dihubungi," katanya.

Bimbang terjadi sesuatu, Muhd Al-Amin keluar meminta pertolongan rakan dan orang kampung kerana percaya neneknya masih berada di dalam rumah itu.

“Saya rasa tidak sedap hati dan terus memanggil opah walaupun rakan dan orang kampung meminta saya bertenang kerana kemungkinan opah keluar ke rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur.

“Setelah usaha membuka pintu gagal, saya terus ke tingkap bilik tidur opah dan alangkah terkejut apabila melihat sekujur tubuh kembung dan berulat. Saya tidak dapat bayangkan perasaan ketika itu, jadi saya tanya rakan-rakan betulkah apa yang saya lihat itu opah,” katanya.

Penemuan mayat itu kemudian dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pirus Ahmad sebelum laporan polis dibuat.

Muhd Al-Amin berkata, neneknya tinggal bersendirian kerana kesemua empat anaknya menetap di Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Sementara itu, seorang jiran mangsa berkata, kali terakhir arwah dilihat keluar rumah kira-kira 10 hari lalu.

Menurutnya, arwah seorang yang pembersih dan rajin mengemas, namun kedudukan mayatnya mengiring ke kiri dengan keadaan bilik tidur berselerak serta kehilangan beg duit dan kad pengenalan menimbulkan tanda tanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan penemuan mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dua maut motosikal bertembung



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
Dua maut motosikal bertembung
Kedua-dua mangsa maut serta merta di tempat kejadian.
LUNAS - Dua lelaki berusia 20-an maut apabila motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE), kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Ketua Trafik Kulim, Assisten Superintendan Ismail Ayob berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 terbunuh di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, seorang mangsa datang dari Butterworth ke Baling, manakala seorang lagi datang dari arah bertentangan dengan mengikut laluan sama.

“Dari siasatan dijalankan mendapati, mangsa yang datang dari arah Butterworth ke Baling dalam perjalanan balik ke rumah selepas selesai waktu bekerja, manakala seorang mangsa lagi menunggang motosikal yang baru dibelinya beberapa bulan lalu melawan arus dari arah Baling menuju ke Tol BKE.

“Dari maklumat diterima, sebuah motosikal yang ditunggang itu tidak memasang lampu. Apabila tiba di tempat kejadian kedua-dua motosikal terlibat bertembung dan mengakibatkan kedua-dua mangsa maut serta merta,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan pemeriksaan mendapati mayat mangsa cedera parah di kepala dan badan.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa yang terbunuh bersalah kerana tidak menggunakan laluan motosikal, sebaliknya menggunakan laluan kereta.

Remaja maut nahas motosikal



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
Remaja maut nahas motosikal
Ahli keluarga sebak melihat jenazah mangsa di tempat kejadian, kelmarin.
JEMPOL - Seorang remaja maut setelah motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan setelah gagal memotong dua kenderaan lain di hadapannya di kilometer 6 jalan Bahau-Tampin, tengah hari kelmarin.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa, Mohamad Norraizi Mohamad, 18, menunggang motosikal jenis Yamaha Legenda secara bersendirian dari arah Jelai menghala ke Bahau.

“ Ketika mangsa tiba di tempat kejadian sekitar jam 12.55 tengah hari, mangsa cuba memotong dua kenderaan lain di hadapannya yang tidak diketahui jenisnya, namun gagal.

“ Kemudian motosikal mangsa bergesel dengan kereta yang berada di hadapan sekali lalu menyebabkannya hilang kawalan.

“ Susulan itu, motosikal mangsa masuk ke laluan bertentangan, dan pada masa sama terdapat sebuah lori kren melalui jalan itu tetapi bergerak perlahan,” katanya.

Hamzah berkata, pemandu lori kren berumur 46 tahun cuba mengelak tetapi tidak sempat lalu melanggar mangsa.

“Akibatnya mangsa tercampak semula ke laluan asal (jalan Bahau-Tampin) manakala motosikalnya diseret lori iaitu lebih kurang 10 meter.

“Hasil siasatan awal pihak polis juga mendapati mangsa disyaki dilanggar pula oleh sebuah kereta yang juga tidak diketahui jenisnya dekat laluan asalnya. Berikutan itu mangsa mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala kereta yang melanggar mangsa tidak memberhentikan kenderaannya dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis daerah (IPD), di talian 06-4582222.

Nyaris ditimpa lori terbalik



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
Nyaris ditimpa lori terbalik
Keadaan lori muatan pakaian yang terbalik di Kilometer 186.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara.
BAGAN SERAI - Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila hampir ditimpa sebuah lori muatan pakaian yang terbabas ke laluan kecemasan lebuh raya sebelum terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 186.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Utara, di sini, Khamis lalu.

Mangsa dikenali Hazieq, 24, berkata, pada jam 7.30 pagi itu, dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di kawasan perindustrian Parit Buntar dengan menggunakan laluan kecemasan sebelum menyedari sebuah lori cuba menghimpitnya secara tiba-tiba.

Menurutnya, dia terkejut apabila lori itu semakin mendekati motosikalnya dan segera bertindak menekan brek bagi memberhentikan motosikal ditunggangnya.

“Saya sungguh bernasib baik kerana keadaan lori yang menghimpit motosikal saya mula senget dan akhirnya terbalik di laluan kecemasan sejurus selepas itu.

“Walaupun saya hanya mengalami luka kecil akibat terbabas ketika mengelak ditindih lori tersebut, namun saya bersyukur kerana nyawa saya masih panjang,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Hazieq berkata, meskipun motosikalnya terbabas, dia segera bangkit dan bergegas meninjau keadaan lori yang terbalik untuk mengetahui keadaan pemandu dan penumpangnya.

“Mujurlah pemandu dan kelindannya selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mereka juga tidak mengetahui punca sebenar kemalangan ini berlaku memandangkan mereka memberitahu lori berkenaan terbalik secara tiba-tiba sewaktu dipandu,” katanya.

Empat pelajar sekolah ditahan



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
Empat pelajar sekolah ditahan
Mohd Nor (dua, kiri) bersama anggotanya melihat motosikal yang berjaya dirampas berikutan penahanan suspek kes curi kenderaan berkenaan.
KOTA TINGGI - Penahanan tujuh suspek termasuk empat pelajar sekolah oleh polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi, sekaligus  berjaya menumpaskan antara geng remaja yang terlibat dalam kes kecurian motosikal di  daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, pihaknya mendapati semua suspek berusia  antara 13 hingga 18 tahun itu baru pertama kali  melakukan jenayah tersebut.

Menurutnya, polis berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang pelajar tingkatan  empat pada 29 Mac lalu, kira-kira jam  12.40 malam, berikutan laporan kehilangan dua motosikal di Taman Kota Jaya.

Jelasnya, ekoran penahanan tiga suspek itu, pihaknya berjaya melakukan tangkapan susulan ke atas empat lagi suspek termasuk seorang pelajar tingkatan satu dan dua pelajar  tingkatan tiga.

“Kita juga berjaya menemui motosikal  jenis Yamaha 125Z dan motosikal jenis Yamaha Lagenda serta beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kita percaya ekoran penahanan suspek, kita telah berjaya menyelesaikan  sekurang-kurangnya lima kes kecurian  motosikal di sekitar daerah ini,” katanya.

Mohd Nor berkata, kejayaan tersebut juga adalah hasil penubuhan ‘task force’ pada akhir Februari lalu, di mana pihaknya telah banyak menyelesaikan kes curi motosikal sama ada  melibatkan kumpulan atau individu.

Menurutnya, sebanyak tiga kes kecurian motosikal yang membabitkan daerah luar iaitu di Setia Indah, Johor Jaya dan juga Pasir Gudang juga berjaya diselesaikan berikutan tangkapannya lima suspek secara berasingan.

Pelajar cabul ibu muda



WARTAWAN SINAR HARIAN
14 April 2013
BATU GAJAH – Tidak padan gelaran budak sekolah, seorang remaja bertindak agresif apabila cuba mencabul seorang ibu muda dalam satu kejadian di belakang deretan kedai, Lorong Dewangsa 1, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya mengganggu wanita berusia 35 tahun yang melalui lorong berkenaan untuk mengambil kenderaan diletakkan di belakang deretan kedai sebaik pulang bekerja.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, remaja terbabit yang masih bersekolah di tingkatan enam di bandar raya Ipoh menghimpit mangsa berulang kali dengan motosikal.

“Sebaik mangsa sampai ke keretanya, remaja tersebut berpatah kembali ke arah mangsa sebelum bertindak meraba dan meramas punggung wanita itu dan berlalu pergi.

“Tidak habis di situ, remaja terbabit kembali menuju ke arah mangsa. Melihat keadaan itu, mangsa menjerit dan didengari dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran polis berjaya memberkas remaja berkenaan untuk di tahan reman hingga esok bagi membantu siasatan.

“Wanita dinasihatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di lokasi sunyi dan terasing dari pandangan ramai serta berwaspada keadaan sekeliling supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul.

'Ceroboh' tandas, wanita transgender dilarang masuk kedai runcit




13 April 2013
SALMON, Idaho - Seorang wanita transgender yang menggunakan tandas perempuan sebuah kedai runcit di sini dilaporkan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum ibu sehingga dilarang daripada memasuki premis itu selama setahun, kata polis semalam.

Premis Rosauers yang terletak di Lewiston meminta polis mengenakan tuduhan menceroboh ke atas Ally Robledo, 25, yang dilahirkan sebagai lelaki, kerana melakukan perkara tidak sopan, Isnin lalu.

“Pegawai keselamatan pasar raya itu mengatakan bahawa wanita itu menghadapi masalah dan terpaksa masuk ke tandas wanita dan kencing sambil berdiri,” kata pegawai polis Kapten Roger Lanier, dipetik CNN hari ini.

Beliau menambah, pemilik kedai melaporkan yang perbuatan Robledo  menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengguna wanita lain.

Robledo bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan berkata ia satu diskriminasi terhadapnya.

“Saya hanya seorang wanita yang terperangkap dalam badan seorang lelaki. Secara semula jadinya saya pergi ke tandas wanita dan tuduhan menceroboh tandas awam itu amat menyakitkan,” katanya.

Kejadian ini mencetuskan debat awam mengenai sempadan identiti jantina dan hak golongan transgender dalam menggunakan perkhidmatan seperti tandas awam yang dibuka buat orang ramai.

Februari lalu ibu bapa seorang kanak-kanak transgender di Colorado membuat aduan di agensi hak asasi awam berhubung keputusan seorang pegawai pelajaran melarang kanak-kanak itu daripada menggunakan tandas pelajar perempuan di sekolah.

17 pelarian Iraq ditahan

17 pelarian Iraq ditahanAnggota PPM Pelabuhan Klang memeriksa dokumen perjalanan warga Iraq yang ditahan dalam Ops Pensura di Sungai Chondong, Pelabuhan Barat, semalam. - Foto Norul Awatif Romli 

Perjalanan 2 bot ke negara jiran secara haram berjaya digagalkan

Pelabuhan Klang: Hasrat 17 pelarian warga Iraq memasuki negara jiran secara haram tidak kesampaian apabila mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam Ops Pensura di Sungai Chondong, Pelabuhan Barat, di sini, malam kelmarin.
Dalam operasi jam 9.30 malam itu, polis mengesan dua bot tidak bernombor dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia selepas menerima maklumat risikan mengenai kemungkinan ada aktiviti penyeludupan manusia.


Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said, berkata ketika pasukannya menghampiri bot berkenaan, dua tekong warga Indonesia dilihat terjun ke laut dalam percubaan mereka untuk meloloskan diri.

Tangkap tekong

Bagaimanapun, katanya, polis dapat menahan seorang tekong berusia 42 tahun manakala rakannya gagal dikesan selepas melarikan diri ke kawasan hutan paya bakau berhampiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak perempuan warga Iraq berumur antara sembilan hingga 50 tahun berada dalam bot berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Norzaid berkata, siasatan awal mendapati semua warga asing terbabit memasuki negara ini secara sah sebulan lalu, sebelum cuba memasuki negara ketiga melalui Indonesia, dengan Malaysia dijadikan transit.

Katanya, warga asing terbabit dipercayai membayar antara RM700 hingga RM900 seorang kepada sindiket penyeludupan manusia.

“Mereka kini ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (Pindaan 2010) dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Polis tahan "Doktor Ika" perdaya lima klinik di Melaka



MELAKA 13 April - Polis menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata, lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai "Doktor Ika itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.
Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.
"Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka bagi mengelak dikesan.
Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.
Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yang memberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.
Beliau berkata aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 April lepas.
Katanya bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya di Batu Berendam pada 11 April lepas.
Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan tampil bagi membantu siasatan.
Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130413/je_14/Polis-tahan-Doktor-Ika-perdaya-lima-klinik-di-Melaka#ixzz2QQbpjocp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita keluar dari bank dirompak RM20,600




KLANG 12 April - Seorang wanita terpaksa berputih mata setelah wang berjumlah RM20,600 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dilarikan oleh dua perompak bermotosikal di lampu isyarat di Batu Nilam, Bandar Botanik di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes Benz sedang berhenti di lampu isyarat di jalan tersebut apabila dua lelaki menaiki motosikal berhenti di sebelahnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, seorang daripada suspek kemudian bertindak memecahkan cermin di sebelah pemandu dan terus merampas beg tangan mangsa.

Beliau berkata, wang yang dilarikan itu adalah untuk membayar gaji pekerja sebuah syarikat pengangkutan yang diusahakan oleh suami mangsa.

"Wanita tersebut memaklumkan dia tidak dapat mengecam wajah suspek kerana penjenayah memakai topi keledar dan jaket tetapi berdasarkan susuk tubuh mereka, mangsa percaya suspek berusia dalam lingkungan 20-an.

"Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang suspek kerana jalan ketika waktu kejadian sedikit sesak," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini hari ini.

Menurut Mohamad, polis percaya suspek telah memerhatikan mangsa bermula dari dalam bank tersebut sebelum bertindak merompaknya ketika berhenti di lampu isyarat.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya menghubungi IPD Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

"Saya nasihatkan orang awam terutama golongan wanita yang keluar dari bank supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berjalan keseorangan jika membuat transaksi dalam jumlah yang banyak," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130413/je_08/Wanita-keluar-dari-bank-dirompak-RM20600#ixzz2QQY11zhP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Video pelajar perempuan bergaduh tersebar



Aksi pelajar bergaduh dalam klip video yang kini tersebar luas di laman sosial.
KUALA LUMPUR 12 April - Selepas dikejutkan dengan klip video memaparkan seorang remaja lelaki berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lelaki lain, kini muncul pula klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan.
Klip video itu kini menjadi perbualan hangat di laman-laman media sosial terutama blog.
Namun, aksi dalam klip video yang berdurasi 8:31 minit itu dipercayai bukan perbuatan buli seperti klip video sebelum ini kerana dua watak utamanya saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan oleh tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam sebuah tandas.
Remaja yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bukan sahaja tidak cuba untuk meleraikannya, malah menghasut kedua-dua remaja tersebut untuk terus bergaduh.
Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari Kelantan.
Di akhir klip tersebut, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh 'penonton-penonton' di lokasi semakin riuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130413/je_05/Video-pelajar-perempuan-bergaduh-tersebar#ixzz2QQXcmigy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

44 PATI Myanmar redah hutan diberkas



Sebahagian daripada 44 orang warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan ditahan di Kompleks UPP Kuala Perlis, Kangar, semalam.
KANGAR 13 April - Penat lelah 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar meredah hutan, mendaki dan menuruni bukit berhari-hari untuk masuk ke Malaysia sia-sia selepas ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis, awal pagi ini.
Komander UPP Kuala Perlis, Inspektor Azizan Saman berkata, kumpulan PATI yang ditahan di kawasan sawah di tepi bukit berkenaan terdiri daripada 32 lelaki dan 12 wanita yang berumur antara tiga hingga 40 tahun.
"Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi di Jalan Kampung Wai berhampiran Bukit Kechil, Kuala Perlis di sini. Ketika ditahan, mereka dalam keletihan dan kebingungan.
"Difahamkan, PATI itu akan dihantar ke selatan negara ini," katanya yang turut memberitahu, kejayaan itu adalah hasil rondaan dan risikan sekumpulan anggota yang diketuainya.
Azizan berkata, kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah akan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1059/64 Pindaan 2002.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130414/je_05/44-PATI-Myanmar-redah-hutan-diberkas#ixzz2QQX9ujjO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjaga pusat siber maut dibelasah, ditikam



Serdang: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga penjaga pusat siber maut dibelasah sekumpulan lima lelaki bersenjatakan besi dan pisau dalam kejadian samun di Bandar Kinrara, Puchong, awal pagi semalam.

Difahamkan, kumpulan lima lelaki terbabit berang selepas mangsa dan dua rakannya tidak membenarkan mereka masuk ke premis itu sebelum memecahkan pintu dan menyerang mangsa.


Dalam kejadian jam 3.15 pagi, mangsa yang cedera di kepala dan badan dibawa ke hospital swasta berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa dan dua lagi rakannya bekerja di premis berkenaan.


“Mereka kemudian didatangi sekumpulan lima lelaki, namun dimaklumkan premis itu ditutup.


“Tidak berpuas hati, kumpulan terbabit memecahkan pintu premis itu menggunakan besi sebelum masuk dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, dalam pergelutan itu pihaknya percaya seorang suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau yang menyebabkan mangsa cedera parah.


“Mangsa yang cedera di kepala dan badan kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan mati tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu dipercayai melarikan diri menggunakan kereta Toyota Vios selepas berjaya melarikan sejumlah wang.


Katanya, pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa di lokasi kejadian mendapati premis itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak berfungsi.


“Siasatan lanjut mendapati premis yang baru beroperasi sejak seminggu lalu itu tidak mempunyai lesen sah,” katanya.


Difahamkan, sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan, namun usaha memburu kumpulan penjenayah itu giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dilakukan.

Banduan melarikan diri guna bahan letupan



LILLE, Perancis 14 April - Seorang banduan berjaya meloloskan diri dengan menggunakan bahan letupan dalam satu kejadian di bandar Sequedin, utara Perancis semalam.
Banduan tersebut yang dikenali sebagai Redoine Faid menggunakan bahan letupan untuk memecahkan lima pintu penjara, selain menjadikan empat warden sebagai tebusan ketika cuba melarikan diri.
Sehubungan itu, pasukan polis kini giat menjalankan usaha mengesan Faid yang terkenal dengan kes jenayah rompakan.
Polis menyifatkan suspek sebagai berbahaya kerana memiliki senjata dan bahan letupan.
Bagaimanapun, kesemua warden tersebut dibebaskan di beberapa tempat berasingan dan berada dalam keadaan selamat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130414/lu_01/Banduan-melarikan-diri-guna-bahan-letupan#ixzz2QQV2SOD4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terperangkap dalam mesin basuh



Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Hang Tuah sedang mengeluarkan pekerja hotel yang terperangkap dalam sebuah mesin basuh besar di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay, semalam.
KUALA LUMPUR 12 April - Sebuah hotel bertaraf lima bintang di Jalan Conlay di sini, terpaksa meminta bantuan bomba untuk membantu mengeluarkan seorang pekerjanya yang terperangkap dalam mesin basuh.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 20-an itu terperangkap dalam mesin bersaiz besar itu ketika mahu membasuh pakaian.
Mangsa yang masuk ke dalam mesin semasa mahu memasukkan pakaian terperangkap apabila penutup mesin itu tiba-tiba tertutup dan terkunci secara automatik.
Rakan setugas yang cuba mengeluarkan mangsa bagaimanapun gagal menyebabkan pihak hotel terpaksa menghubungi bomba untuk membantu mengeluarkannya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, anggotanya yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.15 pagi, mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa.
"Sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berjaya mengeluarkan mangsa tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130413/dn_10/Terperangkap-dalam-mesin-basuh#ixzz2QQRjw6pC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Klinik ambil doktor palsu dikenakan tindakan tegas



KUALA LUMPUR 14 April - Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap dua buah klinik swasta di Melaka yang dilaporkan menggunakan khidmat doktor palsu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau telah mengarahkan kementeriannya menjalankan siasatan dan jika didapati bersalah kedua-dua klinik serta doktor palsu itu akan dikenakan tindakan.
"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan menyiasat perkara itu kerana hal demikian membabitkan soal nyawa selain menjejaskan profesion kedoktoran," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo I Want: Sihat Bersamamu 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130414/dn_18/Klinik-ambil-doktor-palsu-dikenakan-tindakan-tegas#ixzz2QQQP6Vrq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Doktor ‘mak nyah’ dicekup

Doktor ‘mak nyah’ dicekup
Hock Sing (kanan) menunjukkan gambar suspek manakala Sarjan Mohd Yusoff Othman menunjukkan sijil perakuan amalan palsu di IPK Bukit Beruang, Melaka, semalam. - Foto Khairul Helmy 

Ayer Keroh: Polis menahan seorang ‘mak nyah’ yang menyamar sebagai doktor sambilan di lima klinik swasta di negeri ini sejak awal tahun ini, Khamis lalu.

Lelaki berusia 26 tahun itu yang menggunakan gelaran ‘Dr Ika’ dan berlagak wanita dengan berbaju kurung dan bertudung dipercayai menggunakan sijil perakuan amalan tahunan dan cop tidak sah untuk merawat pesakit.
Difahamkan, suspek yang berasal dari Sabah pernah menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor dalam jurusan kejuruteraan dan kolej kejururawatan di Selangor namun gagal menamatkan pengajiannya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintendan Soh Hock Sing, berkata suspek ditangkap ketika pihaknya melakukan serbuan di sebuah klinik di Batu Berendam di sini pada jam 6 petang.

Pelanggan buat aduan

“Pengusaha klinik itu mendakwa menerima aduan daripada pelanggan yang mencurigai lelaki lembut berkenaan dan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati suspek menggunakan sijil perakuan amalan palsu.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat, kita menjalankan siasatan dan pemantauan sebelum menyamar sebagai pelanggan dan menahan suspek bagi membantu siasatan,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini, semalam.
Hock Sing berkata pihaknya turut merampas sijil perakuan amalan tahunan palsu tertera nama suspek yang didakwa dikeluarkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) selain cop berkaitan yang digunakan ketika memohon berkhidmat di klinik terbabit.

“Siasatan awal mendapati nama suspek tidak wujud dalam sistem MMC. Kita percaya suspek sudah bekerja di lima klinik swasta di sekitar Batu Berendam, Sungai Udang dan Melaka Baru sejak awal tahun ini.

“Selain itu, dia dipercayai aktif sejak tahun lalu dan pernah bekerja di klinik di dua negeri lain iaitu Perak dan Pahang,” katanya.

Beliau berkata suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu menyamar untuk melakukan penipuan.

Sehubungan itu, beliau meminta pengusaha klinik supaya terlebih dulu menjalankan pemeriksaan menyeluruh termasuk mendapatkan pengesahan daripada MMC jika mahu mengambil doktor bekerja di premis mereka.

“Ini kerana dalam kes ini misalnya, kita khuatir ubat-ubatan yang diberikan suspek berkemungkinan mendatangkan mudarat kepada pesakit,” katanya sambil menambah pesakit yang pernah dirawat suspek perlu tampil bagi membantu siasatan.

Pesawat terbabas ke laut



 
Foto
Keadaan pesawat Lion Air yang patah dua selepas terbabas dan jatuh di laut Bali semalam. - Foto AP

Foto
Seorang penumpang pesawat dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Lebih 100 penumpang Lion Air terselamat

Denpasar: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan tambang murah Lion Air, terbabas dari landasan di lapangan terbang Bali dan jatuh ke laut semalam , namun semua 108 penumpang dan krew terselamat.
“Pesawat Boeing 737-80 itu membawa kira-kira 101 penumpang dan tujuh krew tersasar dari landasan ketika mendarat dalam keadaan cuaca baik di lapangan terbang Denpasar dan patah dua,” kata pegawai kementerian pengangkutan Herry Bhakti kepada AFP.
“Pesawat terbabit mahu mendarat tetapi tiba-tiba terjatuh ke laut. Penumpang di dalamnya panik dan mula menjerit” Dewi, Penumpang

Bakhti pada awalnya berkata pesawat terbabit tersasar dari landasan tetapi kemudian mengesahkan bahawa ia mendarat terus dalam air.

Imej di tempat kemalangan menunjukkan pesawat terbabit separuh tenggelam di dalam air dengan gelungsur terbuka di bahagian pintu hadapan dan retakan besar pada bahagian belakang pesawat.

Penumpang dengan memakai jaket keselamatan turut kelihatan di dalam air.

Penumpang jerit
“Pesawat terbabit mahu mendarat tetapi tiba-tiba terjatuh ke laut. Penumpang di dalamnya panik dan mula menjerit,” kata seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Dewi kepada AFP dalam suara masih lagi bergetar.

Beliau cedera ringan di kepala dan dibawa ke hospital Denpasar di mana sekurang-kurangnya sembilan yang lain turut dirawat.

Seorang jurucakap Lion Air berkata pesawa itu membawa 101 penumpang dan tujuh krew. Penumpang termasuk 95 orang dewasa, lima kanak-kanak dan seorang bayi. Bhakti pada awalnya berkata pesawat itu membawa lebih 130 penumpang.

Katanya pesawat terbabit mula beroperasi pada 2012 dan adalah pesawat baru.

“Jawatankuasa keselamatan pengangkutan kebangsaan akan menyiasat punca kemalangan. Namun memang luar biasa kerana semua penumpang terselamat,” katanya. - AFP

Penjaga pusat siber maut dibelasah, ditikam



Serdang: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga penjaga pusat siber maut dibelasah sekumpulan lima lelaki bersenjatakan besi dan pisau dalam kejadian samun di Bandar Kinrara, Puchong, awal pagi semalam.

Difahamkan, kumpulan lima lelaki terbabit berang selepas mangsa dan dua rakannya tidak membenarkan mereka masuk ke premis itu sebelum memecahkan pintu dan menyerang mangsa.


Dalam kejadian jam 3.15 pagi, mangsa yang cedera di kepala dan badan dibawa ke hospital swasta berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa dan dua lagi rakannya bekerja di premis berkenaan.


“Mereka kemudian didatangi sekumpulan lima lelaki, namun dimaklumkan premis itu ditutup.


“Tidak berpuas hati, kumpulan terbabit memecahkan pintu premis itu menggunakan besi sebelum masuk dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, dalam pergelutan itu pihaknya percaya seorang suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau yang menyebabkan mangsa cedera parah.


“Mangsa yang cedera di kepala dan badan kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan mati tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu dipercayai melarikan diri menggunakan kereta Toyota Vios selepas berjaya melarikan sejumlah wang.


Katanya, pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa di lokasi kejadian mendapati premis itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak berfungsi.


“Siasatan lanjut mendapati premis yang baru beroperasi sejak seminggu lalu itu tidak mempunyai lesen sah,” katanya.


Difahamkan, sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan, namun usaha memburu kumpulan penjenayah itu giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dilakukan.

Mayat lelaki ditemui terapung



Kuala Lumpur: Mayat seorang lelaki dipercayai pemancing ditemui terapung di Sungai Klang, di sini, semalam.

Azidin Ahmad, 36, ditemui jam 10.23 pagi oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.


Menurut sumber, mangsa dipercayai tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras menyebabkannya lemas.

“Selepas menerima laporan mengenai penemuan berkenaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan bergegas ke lokasi kejadian membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan mayat Azidin dari sungai yang memakan 20 minit,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Az-Lee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

17 pelarian Iraq ditahan



Pelabuhan Klang: Hajat 17 pelarian warga Iraq memasuki negara jiran secara haram tidak kesampaian apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam Ops Pensura di Sungai Chondong, Pelabuhan Barat, di sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 9.30 malam itu membabitkan dua bot tidak bernombor yang dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia ditahan hasil maklumat dan risikan pihak berkuasa mengenai aktiviti penyeludupan manusia.


Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, ketika bot berkenaan dihampiri pasukannya, dua tekong warga Indonesia terjun ke laut untuk meloloskan diri.

Bagaimanapun, katanya, seorang tekong berusia 42 tahun berjaya ditahan, manakala rakannya melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran.


“Pemeriksaan terhadap kedua-dua bot itu mendapati 12 lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak perempuan warga Iraq berusia antara sembilan dan 50 tahun berada di dalam bot,” katanya.


Norzaid berkata, siasatan mendapati semua warga asing terbabit memasuki negara ini secara sah sebulan lalu, namun dipercayai mahu ke negara ketiga melalui Indonesia, manakala negara ini dijadikan transit,” katanya.

Ugut campak anak ke lantai



Ipoh: Seorang wanita terpaksa meminta bantuan polis apabila kerap diugut dengan puluhan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bekas suami yang mengancam mencederakan serta mencampakkan kedua-dua anak kembarnya ke lantai.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rohayu, 30-an, berkata, bekas suaminya yang tinggal di Batu Arang, Selangor, sering menghantar SMS berbaur ugutan sejak lebih tiga bulan lalu.


Mangsa yang bekerja sebagai peniaga makanan dan berasal dari Taman Song Choon, Gunung Rapat, di sini berkata, dia bercerai tahun lalu selepas suami cuba memukulnya.

“Bekas suami kemudian meninggalkan rumah bersama tiga anak kami berusia antara satu hingga empat tahun tanpa pengetahuan saya.


“Yang menjadi masalah ialah perkahwinan kami dilangsungkan di Narathiwat, Thailand pada 2007. Walaupun perkahwinan itu tidak mengikut undang-undang syariah Malaysia, ia diwalikan bapa saya,” katanya.


Menurutnya, hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga cahaya mata. Pada mulanya bekas suami berjanji mendapatkan dokumen pengesahan perkahwinan di Malaysia, namun semuanya janji kosong.

“Dia yang tidak bekerja bagaimanapun melarikan semua anak kami, menyebabkan saya hampir gila kerana merindui mereka,” katanya.


Dia mendakwa pernah berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya, namun bekas suami mengugut mencederakannya.

“Pada masa sama, saya turut membawa masalah perkahwinan itu ke Mahkamah Syariah Ipoh bagi memastikan hak saya dan anak terbela.


“Bekas suami sepatutnya menghadiri perbicaraan tapi dia enggan datang, sebaliknya menghantar SMS ugutan kepada saya,” katanya.


Tambah tertekan apabila bekas suaminya kerap menghantar SMS mahu mencederakan anak mereka jika dia masih berkeras membawa kes perceraian itu ke mahkamah.


“Saya bimbang jika dia bertindak gila mencederakan anak kami yang masih kecil. Susulan itu saya terpaksa membuat empat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, di sini.


“Saya khuatir keselamatan anak berikutan bekas suami sebelum ini panas baran dan kerap memukul saya. Saya bimbang anak didera,” katanya.


Pada masa sama, dia turut meminta pertolongan bapanya, Ibrahim Mad ,59, untuk menyiasat keadaan anaknya yang tinggal bersama suami.


“Saya tambah tertekan apabila lori digunakan untuk berniaga dilarikan bekas suami, baru-baru ini.


“Malah, rumah yang saya diami ketika ini bakal dilelong apabila bekas suami enggan meneruskan bayaran yang sudah lama tertunggak.


“Malah, suami menghantar SMS berbunyi: ‘Sorry (maaf) rumah lelong! Anak lelong’,” katanya.


Sementara jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dilakukan bagi menjejaki bekas suami mangsa.

‘Port’ dadah kena serbu

Foto
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
Jasin: Tiga lelaki yang lena tidur, dipercayai selepas selesai membungkus ratusan paket dadah di pondok ladang kelapa sawit Kampung Bukit Katong, Rim di sini, hanya terpinga-pinga apabila ‘dikejutkan’ pihak berkuasa, awal pagi Khamis lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia 19 hingga 28 tahun menjadikan pondok itu sebagai ‘port’ membungkus bahan haram yang kemudian dijual kepada pelanggan di sekitar daerah ini.

Kegiatan mereka yang turut mempunyai rekod jenayah lampau itu terbongkar apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah diketuai Sub Inspektor Md Ishak Tajuddin menyerbu kawasan itu, jam 7.15 pagi.
Mengejutkan apabila pemeriksaan lanjut menemui 160 paket dadah, disyaki heroin seberat 265 gram, yang disembunyikan di sebalik pelepah kelapa sawit berhampiran pondok terbabit.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya selama tiga minggu berhubung kewujudan aktiviti pembungkusan dadah di kawasan itu.

“Ketika serbuan, tiga lelaki didapati tidur di dalam sebuah pondok dan mereka gagal meloloskan diri apabila menyedari kehadiran polis.

“Hasil pemeriksaan seterusnya menjumpai 160 paket plastik lut sinar berisi serbuk, disyaki dadah jenis heroin yang nilai pasarannya dianggarkan RM35,000,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati semua penganggur itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan.
“Selain itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan heroin,” katanya yang tidak menolak kemungkinan kegiatan itu aktif sejak beberapa minggu lalu.

Hishamuddin berkata, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, rampasan dadah itu yang terbesar bagi pihaknya sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Kita akan sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan bagi membanteras kegiatan seumpama itu di daerah ini. Kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat sangat dihargai,” katanya.

Lima terbunuh helikopter tentera Mali terhempas



BAMAKO 13 April - Lima askar Mali disahkan terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di wilayah tengah negara ini semalam.
Sumber kerajaan berkata, kejadian berkenaan berlaku di Savare dan masalah teknikal dipercayai punca pesawat tentera itu terhempas.
"Lima askar terbunuh dalam insiden tersebut, termasuk seorang berpangkat kolonel," jelas sumber terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130413/lu_06/Lima-terbunuh-helikopter-tentera-Mali-terhempas#ixzz2QPRAxPib
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penumpang pesawat bungkus diri dalam plastik



London: Seorang penumpang pesawat membungkus dirinya dengan plastik ketika dalam penerbangan.

Lelaki yang berpakaian serba hitam itu membungkus dirinya dalam plastik, duduk dengan kepalanya sedikit tunduk dan ikatan plastik itu di atas kepalanya.


Gambar itu dimuat naik ke laman Reddit kelmarin dan ada pembaca mendakwa lelaki itu keturunan Kohein, golongan paderi kuno Yahudi yang diharam terbang melintasi tanah perkuburan.

Ramai di kalangan anggota keturunan itu membungkus diri mereka sebagai tindakan mengatasi larangan berkenaan.


“Masyarakat Kohein dilarang berhubung dengan orang yang sudah mati, termasuk melawat tanah perkuburan kecuali menghadiri majlis pengebumian anggota keluarga yang rapat,” kata paderi Yahudi Rabbi Jeffrey W Goldwasser ketika mengulas gambar itu.


Menurutnya, sebagai penyelesaian untuk mengatasi larangan berkenaan, penganut agama ortodoks Yahudi itu membungkus diri mereka untuk menghalang daripada ‘berhubung’ dengan orang mati, termasuk melintasi tanah perkuburan ketika dalam penerbangan.

Terdapat beberapa kejadian penerbangan ditunda atau berpatah balik kerana enggan membawa penumpang yang membungkus diri dengan plastik atas alasan keselamatan. - Agensi

Pesawat Lion Air masuk laut



Denpasar: Sebuah pesawat membawa lebih 130 penumpang terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Bali lalu termasuk ke dalam laut semalam.

Bagaimanapun, semua penumpang dan anak kapal dilapor selamat.


Pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Lion Air itu terbabas dari landasan ketika mendarat selepas tiba dari Bandung, kata pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Herry Bhakti.

“Lebih 130 orang berada dalam pesawat itu,” katanya.


Seorang wartawan di Denpasar berkata, dia melihat tujuh penumpang, semuanya rakyat Indonesia, tiba dengan ambulans di hospital berhampiran dengan cedera ringan di kepala, tangan dan kaki.


Tidak dapat dipastikan jumlah mereka yang cedera atau kerakyatan penumpang.

Bali, destinasi percutian popular, dikunjungi jutaan pelancong asing dari seluruh dunia setiap tahun.


Lion Air ialah syarikat penerbangan tambang murah utama di Indonesia. Syarikat berkenaan baru-baru ini menandatangani dua kontrak yang mencatat rekod baru dari segi penempahan pesawat dengan dua pengeluar kapal terbang, Boeing dan Airbus. - AFP

Anggota tentera Congo mengaku rogol 53 wanita



Goma: Seorang anggota tentera Congo mengaku merogol 53 wanita, termasuk kanak-kanak semuda lima tahun apabila dia dan anggota lain menyerbu sebuah bandar ketika perang saudara di negara itu.

Anggota tentera terbabit adalah antara mereka yang menyerang bandar Minova berhampiran Tasik Kivu di Republik Demokratik Congo dan menghabiskan masa dua hari merogol, menjarah dan membunuh sebelum pegawai mengambil alih keadaan.


Pengakuan mengejutkan itu dibuat ketika Setiausaha Luar Britain William Hague berikrar untuk membelanjakan RM50 juta bagi menangani keganasan dan ancaman terhadap wanita di zon perang, semalam. Dalam wawancara dengan akhbar The Guardian di tempat dia melakukan jenayah itu, anggota tentera berusia 22 tahun terbabit menceritakan bagaimana dia dan lebih 40 anggota lain berbincang dan mengambil keputusan merogol 10 wanita setiap seorang.

“Saya merogol 53 wanita dan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun,” kata anggota tentera itu.


Menurutnya, dia dan rakannya baru saja tewas dengan kumpulan pemberontak M23 berhampiran Goma sebelum kejadian.


Mereka bertindak demikian kerana malu, marah dan kerana inginkan keseronokan. - Daily Mail

Indonesia haram import ayam China



Pegawai-pegawai pengurusan bandar raya, cuba menangkap seekor ayam di sebuah kawasan perumahan di Jiaxing, wilayah Zhejiang, China, kelmarin. - REUTERS
BOGOR, Jawa Barat 12 April - Indonesia mula mengambil langkah berjaga-jaga ekoran selesema burung H7N9 dengan mengharamkan import ayam dari China buat sementara.
Agensi berita Antara melaporkan, tindakan itu diambil ekoran selesema burung itu setakat ini telah meragut 10 nyawa penduduk China.
Pengharaman import ayam dari China itu ditandatangani oleh Menteri Pertanian Indonesia, Suswono.
''Saya telah menandatangani surat pengharaman import ayam dari China ke Indonesia.
''Bagaimanapun, langkah itu hanya bersifat sementara,'' katanya di sini, semalam.
Suswono berkata, Indonesia hanya akan kembali meneruskan import ayam dari China apabila negara itu berjaya menangani dan diumumkan bebas daripada penyebaran wabak selesema jenis baharu tersebut.
Bagaimanapun katanya, langkah pengharaman itu tidak akan memberi kesan kepada stok ayam sedia ada di Indonesia.
''Langkah itu tidak akan memberi kesan besar kerana jumlah import ayam China ke Indonesia adalah kecil,'' katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130413/lu_09/Indonesia-haram-import-ayam-China#ixzz2QPODqZe9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pencuri alat paparan teks Obama dipenjara 7 tahun



WASHINGTON 13 April - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun atas kesalahan mencuri alat paparan teks yang digunakan Presiden Barack Obama semasa kempen pilihan raya 2011.
Akhbar harian Washington Post hari ini melaporkan, Eric Brown, 49, dipenjarakan selepas didapati bersalah kerana mencuri sebuah trak yang mengandungi alat paparan teks dan beberapa peralatan lain, termasuk podium yang digunakan Obama pada Oktober 2011.
Brown cuba menjual beberapa barangan curi itu yang bernilai AS$200,000 (RM606,304) di beberapa kedai pajak gadai, namun dia ditangkap selepas aktiviti jenayahnya dirakamkan oleh kamera keselamatan, di mana dia mencuri trak terbabit di sebuah hotel. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130413/lu_03/Pencuri-alat-paparan-teks-Obama-dipenjara-7-tahun#ixzz2QPNxXTfw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut akibat aksi parkour



WANG Zijian berdiri di tepi jambatan sebelum melakukan aksi parkour dengan terjun ke dalam Sungai Tuojiang di Luzhou, wilayah Sichuan, kelmarin. - AGENSI
BEIJING 12 April - Seorang peminat aktiviti ekstrem parkour, mati lemas selepas dia terjun dari sebuah jambatan pada ketinggian 36.5 meter di selatan China, kelmarin.
Wang Zijian yang melakukan aksi parkour sewaktu terjun, maut setelah badannya terhempas ke permukaan air pada kelajuan tinggi dalam kejadian di Luzhou, wilayah Sichuan.
Menurut saksi, pemuda itu dilihat terkapai-kapai selepas 10 saat terjun, sebelum tenggelam.
Lebih tragik, kematian Zijian turut dirakamkan rakan-rakannya yang berada di tempat kejadian setelah diminta oleh mangsa untuk berbuat demikian.
"Zijian memberitahu bahawa dia mempunyai perasaan yang sangat kuat yang dia boleh melakukan aksi itu dan telah memanggil rakan-rakannya untuk bertemunya di jambatan tersebut.
"Bila kami tiba di lokasi, dia menyerahkan telefon bimbitnya dan meminta kami supaya terus merakam,'' kata satu daripada rakannya.
Namun, Zijian lemas di Sungai Tuojiang akibat impak hentakan ke dalam air yang mengakibatkan dia tidak sedarkan diri.
"Dia (Zijian) timbul sebentar dan mula berenang, namun kemudiannya tenggelam," kata seorang jurucakap polis.
Pihak berkuasa China melahirkan kebimbangan mereka akan risiko akibat aktiviti parkour kerana aksi itu membahayakan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130413/lu_12/Maut-akibat-aksi-parkour#ixzz2QPNnxukx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Filipina benar AS bina pangkalan tentera



MANILA 13 April - Amerika Syarikat (AS) akan dibenarkan membina pangkalan tentera mereka di negara ini jika berlaku peperangan dengan Korea Utara.
Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario berkata, kebenaran itu berdasarkan kepada perjanjian persefahaman ketenteraan di antara negara ini dengan AS.
"Perjanjian persefahaman ketenteraan ini memerlukan tindakan bersama, sama ada Filipina atau AS diserang," katanya kepada AFP berikutan dengan ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea sejak kebelakangan ini.
Beliau menambah, dalam hal itu, amat jelas sekiranya serangan berlaku terhadap Filipina atau pakatan sekutu dalam pertahanan itu, AS akan dibenarkan untuk menggunakan pangkalan tentera Filipina.
Semenanjung Korea kini kelihatan tegang dan diancam perang nuklear sejak Korea Utara melancarkan ujian roket pada Disember dan ujian nuklear pada Februari lalu.
Semalam, Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin berkata, kerajaan akan mengambil tindakan ekstrem termasuk membenarkan pembinaan pangkalan AS di sini.
AS dan Filipina merupakan rakan sekutu semenjak 1951 melalui perjanjian pertahanan bersama.
Pada awal tahun 1990-an, AS mempunyai Pangkalan Tentera Udara Clark dan Pangkalan Tentera Laut Subic di Filipina yang digunakan semasa Perang Vietnam.
Bagaimanapun, pangkalan itu tidak bertahan lama disebabkan masalah penyewaan yang menemui jalan buntu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130413/lu_17/Filipina-benar-AS-bina-pangkalan-tentera#ixzz2QPMRW2xE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesawat B 737 Lion Air terbabas ke laut



Keadaan pesawat Lion Air yang hampir putus dua dan terapung di luar kawasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali, semalam. - AGENSI
DENPASAR 13 April - Sebuah pesawat yang membawa 130 penumpang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di sini dan terapung di luar pantai Bali.
Jurucakap pengendali lapangan terbang, Farid Indra berkata, kejadian berlaku pada lewat tengah hari dan kesemua penumpang termasuk anak kapal pesawat Boeing 737 Lion Air itu berjaya diselamatkan.
Wartawan AFP yang berada di Denpasar melaporkan, 45 mangsa yang dipercayai penduduk tempatan mengalami cedera ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Bali, Arif Wahyunadi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian dan sehingga kini, punca sebenar masih belum dikenal pasti.
Menurutnya, pesawat itu berlepas dari Bandung dan dipercayai mengalami masalah sebelum melakukan pendaratan.
Televisyen tempatan menyiarkan rakaman pesawat tersebut yang hampir putus dan terapung dengan peluncur keselamatan terpasang pada pintu kecemasan pesawat. - AFP/ DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130414/lu_07/Pesawat-B-737-Lion-Air-terbabas-ke-laut#ixzz2QPMJm0gu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa bumi kuat gegar barat Jepun



Tembok konkrit ranap akibat gempa bumi kuat di Sumoto, pulau Awaji, Hyogo, Jepun, semalam. - AFP
TOKYO 13 April - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan barat Jepun awal pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 cedera dan beratus-ratus rumah rosak, lapor media tempatan.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Jepun berkata, gegaran itu tidak mencetuskan risiko tsunami.
Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 5.33 pagi (waktu tempatan), berdekatan pulau Awaji di Laut Seto, barat daya Kobe pada kedalaman 15 kilometer.
Kejadian itu merupakan gegaran paling kuat melanda wilayah Hyogo sejak gempa bumi kuat berukuran 7.2 skala Richter melanda Kobe pada 1995, menyebabkan lebih 6,000 penduduk maut.
Menurut polis, seorang wanita warga emas berusia 82 tahun cedera di Fukui selepas terjatuh, sementara seorang lagi wanita berusia 74 tahun cedera tulang pinggul dalam kejadian tersebut.
Perkhidmatan kereta api tempatan dan Lapangan Terbang Kansai di Teluk Osaka ditutup buat sementara waktu, lapor siaran televisyen NHK. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130414/lu_06/Gempa-bumi-kuat-gegar-barat-Jepun#ixzz2QPLahBhT
© Utusan Melayu (M) Bhd