Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Bomoh cabul pelajar mahu rawat histeria dipenjara




10 April 2013
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang bomoh menjalani hukuman penjara sembilan bulan bagi dua pertuduhan mencabul seorang pelajar perempuan yang mendapatkan rawatan untuk histeria di rumahnya pada 2005.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membuat keputusan itu sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepas serta membebaskan Mohd Yazid Yahaya, 54, daripada kedua-dua pertuduhan.

Mohd Yazid didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap mangsa, yang ketika itu berusia 17 tahun dan merupakan rakan anak gadisnya, di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 8 dan 11 Mei, 2005.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, mengembalikan keputusan Mahkamah Majistret mensabitkan tertuduh atas kedua-dua pertuduhan serta hukuman penjara enam bulan bagi kesalahan pertama dan sembilan bulan bagi pertuduhan kedua.

Mohamed Apandi memerintahkan Mohd Yazid menjalani hukuman itu secara serentak mulai hari ini.

Mohd Yazid sebelum ini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuan kes.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Mahkamah Majistret melakukan kesilapan kerana didakwa gagal memenuhi kehendak Seksyen 257 Kanun Tatacara Jenayah iaitu menjelaskan prosedur kepada
seorang tertuduh yang tidak diwakili peguam.

"Berdasarkan fakta kes, mahkamah ini mendapati tidak ada kesilapan yang dilakukan," katanya.

Mohamed Apandi berkata pada prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen, Mohd Yazid menyoal balas saksi pendakwaan dan ini menunjukkan tertuduh memahami prosedur yang berkaitan. - Bernama

Polis Pahang tubuh pasukan khas cegah gangterism, bookie PRU13




10 April 2013
Sharifuddin Ab Ghani
Sharifuddin Ab Ghani (tengah) beramah mesra dengan salah seorang pesakit, Khairuddin Awang, 55, semasa melawat HTAA sempena Hari Polis Ke-206 di Kuantan hari ini.
KUANTAN - Polis Pahang menubuhkan pasukan khas mencegah 'gangsterism' yang akan memantau kegiatan jenayah berunsur gengster sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pasukan itu ditempatkan di setiap daerah.
"Selain itu pasukan ini juga akan menjalankan risikan khas mengawal kegiatan ‘bookie’ pada pilihan raya umum itu nanti," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sempena Peringatan Hari Polis ke-206, di sini, hari ini.
Beliau juga mengingatkan semua pihak terutamanya parti politik dan penyokong mereka agar mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya itu nanti.
Turut hadir Pengarah Hospital HTAA Datuk Dr Marlia Mohammed Salleh, Timbalan Ketua Polis Datuk Jamaluddin Abd Majid dan Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontijen Pahang, Datin Alina Abdullah.
Pada majlis itu juga Polis Pahang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 44 pesakit dari wad kanak-kanak HTAA. - Bernama

4 lelaki larikan RM300,000 dari syarikat pengiriman wang di Seremban




10 April 2013
SEREMBAN - Empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang melarikan wang tunai berjumlah RM300,000 selepas merompak sebuah syarikat pengiriman wang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang, empat lelaki terbabit datang ke syarikat itu yang terletak di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini dengan menunggang tiga buah motosikal.

Jurucakap polis berkata mereka yang bersenjatakan beberapa bilah parang dan sepucuk pistol terus menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan yang ketika itu tiada pelanggan.

"Seorang daripada penjenayah yang bersenjatakan pistol telah mengacukan senjatanya ke arah seorang pengawal keselamatan di premis itu manakala tiga lagi kemudiannya mengarahkan pekerja di dalam premis supaya mengisi wang tunai di dalam beg dibawa mereka," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selepas beberapa minit kumpulan itu terus melarikan diri dengan menunggang tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran premis itu dan meninggalkan empat pekerja premis terbabit yang tidak dicederakan.

Katanya seorang daripada pekerja kemudiannya menghubungi majikannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. "Kita sedang melakukan siasatan rapi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis terbabit untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat," katanya. - Bernama

Ibu tunggal rugi hampir RM30,000 ditipu lelaki ajak berniaga




10 April 2013
PETALING JAYA - Seorang ibu tunggal di Muar, Johor mendakwa kerugian hampir RM30,000 apabila ditipu seorang lelaki yang kononnya ingin menjalankan perniagaan bersamanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Fatimah, 42, berkata beliau berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai Ally, 35, itu dalam satu program di Melaka pada 2011.

Fatimah yang juga seorang penjawat awam di Melaka berkata selepas beberapa bulan berkenalan, lelaki tersebut menawarkan peluang untuk menjana pendapatan sebelum Fatimah melaburkan sebanyak RM12,000.

"Beliau menawarkan membuat perniagaan membekalkan komputer riba dan minta saya keluarkan modal RM12,000 dan berjanji akan memulangkan kembali duit saya beserta keuntungan RM20,000," katanya pada sidang media di pejabat Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, dekat sini hari ini.

Katanya selepas pemberian RM12,000 itu, beliau telah beberapa kali memberikan wang kepada lelaki itu kononnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan perniagaan.

Ibu kepada dua orang anak itu menyedari ditipu pada penghujung tahun lepas apabila lelaki tersebut sukar untuk dihubungi malah beliau pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat kerana asyik menghubunginya.

"Bulan Mac baru-baru ini saya telah ke rumahnya dan memberitahu isterinya tentang penipuan tersebut, hal itu menyebabkan beliau berang dan mengugut untuk melakukan sesuatu yang buruk," katanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.

Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya berkata, sebanyak empat aduan diterima pihaknya mengenai penipuan terhadap individu yang sama membabitkan kerugian sehingga RM50,000.

Beliau berkata, daripada aduan yang diterima kebanyakan mangsa adalah rakan atau saudara yang memang dikenali lelaki terbabit.

"Saya meminta sesiapa yang merasakan ditipu oleh individu yang sama atau menjadi mangsa tipu dalam pelaburan supaya menghubungi pejabat saya di talian 03-5622 5717," katanya. - Bernama

Maut ketika pasang bendera



WARTAWAN SINAR HARIAN
11 April 2013
Maut ketika pasang bendera
Lokasi kejadian mangsa jatuh dari pokok rambutan, di jalan Kampung Sawah Pekan Nenas, tengah hari kelmarin. Gambar kecil: Abdul Jalil.
PEKAN NENAS - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok rambutan di Jalan Sawah Pekan Nenas di sini, kelmarin, ketika memasang bendera parti sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Mangsa, Abd Jalil Buyamin, 58, dijumpai seorang pelajar  sekolah menengah yang  secara kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke sekolah  berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari.

Isteri mangsa, Khatijah Md Dom, 51, reda dengan pemergian suaminya itu  dan menganggap ia takdir.

Dia menerima berita kematian suaminya itu ketika sedang menyapu di hadapan rumahnya.

“Seorang lelaki memberitahu Pak Jalil (suaminya) sudah meninggal dunia jatuh dari pokok, saya rasa seperti hendak pengsan ketika itu.

“Tidak lama selepas itu, ahli keluarga saya datang beritahu  perkara yang sama dan membawa saya ke tempat kejadian.

"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa lagi, darah banyak keluar dari belakang kepalanya, saya  terus memeluk dan mencium dahinya,” katanya kepada Sinar Harian, di kediamannya semalam.

Khatijah berkata, arwah seorang bapa yang periang, peramah dan suka menolong orang selain aktif dalam politik serta gemar memasang bendera parti sejak dari dahulu lagi.

Menurutnya, arwah aktif memasang bendera terutama ketika menjelang pilihan raya sama seperti yang lepas.

“Sejak muda lagi dia aktif bersama Umno dan gemar melakukan aktiviti parti biarpun sudah tidak memegang sebarang jawatan lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa mungkinan memanjat pokok rambutan itu untuk membersihkan ranting pokok bagi memasang bendera parti.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan dan menyifatkan kes  sebagai mati mengejut,” katanya.

Nelayan 13 anak dipenjara 18 tahun rogol anak tiri

PUTRAJAYA 8 April - Seorang bapa kepada 13 orang anak kekal menjalani hukuman penjara 18 tahun atas sabitan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya yang berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Kelantan pada 2007.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun membenarkan sebahagian rayuan lelaki itu agar hukuman penjara berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan pada 21 Januari 2007.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin meminda hukuman agar bermula dari tarikh tangkapan, bukannya dari tarikh keputusan diumumkan iaitu pada 17 Disember 2009.
Nelayan berusia 75 tahun itu disabitkan melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah rumah di Daerah Tumpat, Kelantan di antara pukul 4 petang dan 7 malam, 19 Januari 2007.
Keterangan kes menyatakan, mangsa mengadu kepada neneknya bahawa kemaluannya sakit dan berdarah ketika membuang air kecil sebelum memberitahu dia dirogol bapa tiri.
Penghujahan bertulis pihak pendakwaan turut menyatakan, ibu mangsa telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan bersubahat membantu suaminya merogol mangsa.
Fakta dalam kes itu menyatakan, ibu mangsa memegang kedua-dua tangan anak perempuannya dan menutup mulut kanak-kanak tersebut ketika dirogol perayu.
Sebelum itu, peguam Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili perayu berhujah, wujud percanggahan material pada keterangan mangsa berhubung kekerapan kejadian rogol seperti yang dimaklumkan kepada neneknya.
Peguam bela menghujahkan, mangsa memberitahu neneknya kejadian hanya berlaku sekali sedangkan wanita itu dalam keterangannya kepada mahkamah memaklumkan, kejadian berlaku lebih 10 kali di tempat-tempat berasingan termasuk di tepi sungai.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Bache menghujahkan, mahkamah perlu mengambil kira faktor umur kedua-duanya iaitu seorang kanak-kanak yang ketika kejadian berumur tujuh tahun manakala seorang lagi merupakan wanita tua.
Menurut pendakwa raya, perbezaan keterangan itu bukan satu percanggahan kerana perkara itu tidak memberi kesan kepada asas pertuduhan iaitu perayu memang berada di tempat kejadian.
Ahmad Nizam kemudian memohon agar hukuman bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 21 Januari 2007, bukannya pada tarikh Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman iaitu pada 17 Disember 2009.
Pendakwa raya pula menyerahkan perkara itu kepada mahkamah. Beliau bagaimanapun, memohon agar hukuman penjara 18 tahun itu dikekalkan atas keseriusan kes kerana perayu sepatutnya menjadi penjaga kepada mangsa selepas mengahwini ibu kanak-kanak itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130409/ma_03/Nelayan-13-anak-dipenjara-18-tahun-rogol-anak-tiri#ixzz2Q9Th45df
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerana RM50, dua rakyat asing diusir ke negara asal



PUTRAJAYA 9 April - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dua lelaki warganegara asing untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap mereka atas kesalahan menyembunyikan wang RM50 milik seorang pekedai.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun memerintahkan warga Turki, Ali Burak Coskundeniz, 31, dan rakyat Iran, Rouhollah Ghasem Khan Hassankiadeh, 34, diusir serta-merta ke negara asal masing-masing.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebulat suara membuat perintah tersebut selepas permit kedua-duanya untuk memasuki negara ini tamat tempoh.
Kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret yang mengenakan denda RM1,000 atau penjara tiga bulan terhadap mereka. Kedua-duanya membayar denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba manakala peguam-peguam Karpal Singh dan Zaleha Al-Hayat mewakili kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130409/ma_06/Kerana-RM50-dua-rakyat-asing-diusir-ke-negara-asal#ixzz2Q9TNGfmH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bomoh dipenjara raba rakan anak perempuan



PUTRAJAYA 10 April - Seorang bomoh diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas dua kesalahan mencabul kehormatan rakan anak perempuannya yang datang berubat kerana diserang histeria, lapan tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian terhadap Mohd. Yazid Yahaya, 59, selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
Dengan perintah itu, kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 1 September 2010 yang melepas dan membebaskan bomoh berkenaan daripada kedua-dua tuduhan tersebut.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali manakala responden diwakili oleh peguam S. Yagoo. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130410/ma_03/Bomoh-dipenjara-raba-rakan-anak-perempuan#ixzz2Q9TGCjhU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kastam rampas dadah bernilai RM369,250 disorok dalam peralatan senaman

SEPANG 10 April - Sindiket dadah antarabangsa sentiasa ada taktik baharu untuk menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara ini agar tidak dikesan pihak berkuasa.
Namun, taktik licik tersebut tetap berjaya dihidu oleh pihak berkuasa yang cekap menjalankan tugas semasa pemeriksaan di pintu masuk negara termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Terbaharu pada Khamis lalu, pegawai penguatkuasa Kastam berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki warga India menyeludup 10.55 kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai RM369,250 yang menyorok bahan terlarang itu dalam peralatan senaman.
Ketua Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dengan penerbangan dari Colombo, Sri Lanka pada pukul 8.10 pagi.
"Semasa diperiksa, kita menemui ketamin seberat 10.55kg bernilai RM369,250 dalam peralatan senaman yang dimasukkan ke dalam satu kotak kertas.
"Berdasarkan rekod perjalanan suspek, lelaki itu didapati sudah tiga kali datang ke negara ini dan pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di Sabah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Chik Omar berkata, tangkapan tersebut adalah kes menyeludup dadah kelapan berjaya dipatahkan oleh pihaknya di KLIA dalam tempoh 15 Mac hingga 4 April lalu.
Beliau berkata, melalui lapan kes tersebut, pihaknya telah merampas dadah jenis ketamin, methamphetamine dan amphetamine sebanyak 39.80 kg bernilai RM3.6 juta.
Katanya, empat kumpulan sindiket yang ditangkap menggunakan modus operandi menyorok dadah dibawa dalam ruang bagasi khas, manakala selebihnya menggunakan kiriman kepada penerima di Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kes pertama melibatkan penahanan wanita warga Filipina berusia 38 tahun yang membawa dadah jenis methamphetamine seberat 2.68 kg bernilai hampir RM509,200 dari Kathmandu, Nepal pada 4 April lalu.
"Dalam kes kedua pula, seorang lelaki India berusia 30 tahun ditahan pada Jumaat lalu, di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama amphetamine seberat 5.05 kg yang disembunyi dalam bagasi," katanya.
Selepas itu, katanya, pihaknya menahan seorang penumpang lelaki dan wanita dari Iran yang membawa methamphetamine seberat 2.26 kg bernilai RM429,400 di KLIA dan seorang lelaki India bersama ketamin seberat 14.05 kg bernilai RM491,750.
Dalam pada itu, beliau berkata, kes melibatkan kiriman barang pula terbongkar selepas pihaknya berjaya mengesan satu bungkusan makanan yang di dalamnya terdapat tiga tin susu mengandungi dadah methamphetamine seberat 3.08 kg dikirim dari Chennai, India.
"Kes-kes lain ialah penemuan sekilogram ketamin bernilai RM35,000 dari Mumbai, India pada 29 Mac lalu dan 0.41 kg methamphetamine bernilai RM77,900 pada 2 April lalu yang disorok dalam empat kasut wanita dikirim dari Bangalore, India," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_09/Kastam-rampas-dadah-bernilai-RM369250-disorok-dalam-peralatan-senaman#ixzz2Q9SuIOtD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 warga Myanmar termasuk seorang wanita ditahan seludup arak

LEDANG 10 April - Cubaan 10 warga Myanmar termasuk seorang wanita menyeludup 346 kotak berisi 4,152 botol minuman keras bernilai lebih RM100,000 digagalkan oleh polis dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Merbau Berdarah, Sungai Mati dekat sini baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia 20 hingga 40-an yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari pada awal bulan ini, ketika sedang leka menjalankan kerja menampal label pelekat pada botol minuman keras untuk diisi ke dalam kotak.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris berkata, suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita tidak sempat melarikan diri setelah dikepung oleh sepasukan lapan anggota polis yang menjalankan serbuan di premis berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati gudang lama yang terletak dalam ladang kelapa sawit itu dijadikan tempat untuk menjalankan kerja-kerja menampal label pelekat pada botol minuman keras yang diseludup sebelum dijual.
"Kita percaya minuman keras itu diproses di tempat lain sebelum dibawa ke gudang terbabit kerana pemeriksaan tidak menemui peralatan digunakan untuk memprosesnya di situ," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di sini hari ini.
Menurut Harun, pihaknya percaya minuman keras tersebut adalah untuk dijual kepada rakyat Myanmar yang tinggal di negara ini.
Beliau berkata, kesemua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dipercayai sudah melakukan kegiatan itu sejak awal tahun ini tetapi tidak disedari penduduk setempat kerana lokasi gudang tersebut jauh dari rumah mereka.
Katanya, polis masih menyiasat dalang di sebalik sindiket berkenaan dan tidak menolak kemungkinan terdapat lagi rakyat Myanmar yang terlibat.
"Kita juga masih menyiasat siapa pemilik gudang lama tersebut. Kesemua suspek direman sehingga 17 April ini untuk siasatan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_08/10-warga-Myanmar-termasuk-seorang-wanita-ditahan-seludup-arak#ixzz2Q9SgrhJr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis temui semula kereta mewah hadiah utama ABP



KUALA LUMPUR 10 April - Sebuah kereta mewah Nissan Fairlady yang merupakan hadiah utama untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) 2013 yang dicuri di pusat servis dan pameran kenderaan tersebut di Segambut di sini dua hari sebelum majlis itu berlangsung pada Ahad lalu, ditemukan semula di Skudai, Johor, awal pagi ini.
Kereta bernilai RM400,000 itu ditemukan dalam keadaan baik bersama kuncinya di sebuah lokasi pukul 1 pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 10.25 malam, kereta tersebut yang menunggu untuk diservis telah dilarikan seorang suspek yang menyamar sebagai pelanggan.
"Ketika dilarikan suspek, kunci kenderaan itu ditinggalkan di dalam kereta tersebut.
"Polis percaya kereta itu yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor plat palsu, telah dijual kepada orang tengah dengan harga RM30,000.
"Kereta itu kemudian dijual kepada seorang pembeli di Johor," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan di Hotel Majestic, Jalan Hishamudin di sini hari ini.
Difahamkan, kes berkenaan dilaporkan di Balai Polis Segambut pada hari kejadian.
Mohmad seterusnya berkata, berdasarkan modus operandi digunakan, polis percaya suspek merupakan individu sama yang melarikan kereta mewah Porsche Panamera di Bukit Bintang dan Audi di Jalan Chan Sow Lin, masing-masing pada Oktober dan Disember lalu.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis itu juga berjaya merakam imej suspek. Oleh itu, polis kini menjejaki Mohd. Azri Mohd. Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.
Menurut Mohmad, Mohd. Azri pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan melarikan dua kereta mewah itu tetapi dibebaskan dengan ikat jamin polis sebanyak RM15,000 pada Februari lalu.
Beliau berkata, suspek bagaimanapun tidak hadir di mahkamah sebanyak tiga kali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_07/Polis-temui-semula-kereta-mewah-hadiah-utama-ABP#ixzz2Q9Sa9pv7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syarikat kiriman wang dirompak



Anggota polis berkawal di hadapan syarikat kiriman wang yang dirompak oleh empat penjenayah melibatkan wang berjumlah RM300,000 di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin.
SEREMBAN 10 April - Sekumpulan empat perompak bersenjatakan pistol dan parang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk melarikan sejumlah RM300,000 dari sebuah syarikat kiriman wang di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, suspek yang datang menaiki tiga motosikal bersenjata sepucuk pistol dan parang menyerbu masuk ke premis itu semasa tiada pelanggan.
Jurucakap polis berkata, salah seorang penjenayah yang bersenjatakan pistol telah mengacukan senjatanya ke arah seorang pengawal keselamatan di premis itu.
"Tiga lagi suspek mengarahkan empat pekerja di premis berkenaan supaya diam sebelum meminta mereka memasukkan wang tunai berjumlah kira-kira RM300,000 ke dalam sebuah beg," kata jurucakap itu di sini hari ini.
Beliau berkata, selepas mendapat wang, kumpulan penjenayah tersebut melarikan diri menaiki tiga motosikal yang diletakkan berhampiran premis berkenaan.
Katanya, pekerja syarikat yang panik kemudian menghubungi majikan mereka untuk memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.
Tambahnya, dalam kejadian itu, tiada mangsa yang cedera dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan suspek yang terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_06/Syarikat-kiriman-wang-dirompak#ixzz2Q9SU0H9l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua bot laut dalam, 14 awak-awak Vietnam ditahan ceroboh perairan



PASIR PUTEH 11 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan dua bot nelayan asing bersama 14 awak-awak warganegara Vietnam dalam satu operasi malam tadi, kerana menceroboh perairan negara.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, bot terbabit ditahan kira-kira pukul 8.30 malam di lokasi 138.9 kilometer dari muara Tok Bali dekat sini dengan cuba menyamar sebagai bot nelayan tempatan dan menggunakan nombor pendaftaran KNF 7832 dan KNF 7873.
Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati kesemua awak-awak dan tekong bot itu tidak mempunyai dokumen yang sah untuk menangkap ikan dan dipercayai memukat tunda secara ganding berhampiran pelantar minyak Cekerwala.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat pencerobohan bot dan nelayan asing itu daripada Unit Pesawat Bombadier 493 Maritim Malaysia.
"Bot Penggalang 18 bersama enam anggota diketuai Pegawai Earan II Maritim Mohd. Fauzi Ismail berjaya menahan bot KNF7832 bersama enam awak-awak selepas mengejar lebih setengah jam dengan cuba meloloskan diri ke sempadan perairan antarabangsa.
"Manakala Kapal Maritim (KM) Ligitan dalam Operasi Perkasa Timur diketuai Leftenan Maritim Elmi Shafiq Mad Shariff berjaya menahan bot KNF7873 bersama lapan awak-awak warga Vietnam yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya dalam sidang akhbar di Tok Bali, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_11/Dua-bot-laut-dalam-14-awak-awak-Vietnam-ditahan-ceroboh-perairan#ixzz2Q9R562cC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjawat awam maut, suami parah, anak cedera



TUMPAT 11 April - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas lalu melanggar pokok di Kilometer 6, Jalan Wakaf Bharu-Tumpat berdekatan Kampung Hujung Tanjong di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Norliza Razali, 32, yang bertugas sebagai penjawat awam di Putrajaya, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk, manakala suaminya Mohd. Farid Md. Zain, 32, anggota tentera cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (HRPZ II).
Sementara anak mangsa, Nur Syazamia Mohd. Razali,3, yang cedera kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tumpat (HT).
Difahamkan mangsa bersama suami dan anak serta adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Dalam Rhu bagi melawat ibunya yang sakit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Supritendan Shariffuddin Yusof berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki oleh mangsa terbabas ke kanan jalan dipercayai kerana pemandunya mengantuk dan melanggar pokok berhampiran kawasan tersebut.
"Mangsa (Norliza) yang merupakan penumpang tempat duduk hadapan sebelah kiri meninggal dunia ditempat kejadian. Pemandu kereta Mohd. Farid cedera parah, manakala anaknya Nur Syazamia cedera.
"Mayat mangsa telah dihantar ke HT untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_12/Penjawat-awam-maut-suami-parah-anak-cedera#ixzz2Q9Qxm46w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu negara sesak teruk akibat hujan lebat, banjir



KEADAAN Jalan Dang Wangi yang dinaiki air ekoran hujan lebat selama beberapa jam di ibu negara mulai 5 petang tadi. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 10 April - Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak 5 petang tadi menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk ekoran penutupan beberapa jalan utama.
Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Persiaran Kewajipan, Jalan Ampang, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Genting Klang dan Jalan Syed Putra.
Turut terjejas adalah kawasan Titiwangsa, Kampung Baru, Jalan Rumbia dan Maharajalela di Bukit Bintang, sekitar Kompleks Wilayah Dang Wangi, Jalan Padang Tembak dan Jalan Semarak serta Jalan Raja Chulan.
Hujan lebat dan banjir yang berlaku ketika warga kota baharu keluar dari pejabat untuk pulang itu menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan teruk dan ada yang terkandas sehingga beberapa jam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130410/dn_21/Ibu-negara-sesak-teruk-akibat-hujan-lebat-banjir#ixzz2Q9QocV1z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja kilang maut dirempuh kereta



MELAKA 10 April - Seorang pekerja kilang bukan sahaja bernasib malang apabila tertinggal bas ke tempat kerja tetapi dia turut menemui ajal setelah dirempuh sebuah kereta yang terbabas semasa menunggu rakannya di Jalan Duyong, Bukit Katil di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Zainah Adam, 53, sedang menunggu untuk diambil seorang rakannya ke tempat kerja setelah tertinggal bas sebelum itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja di Kilang Infineon Batu Berendam di sini, sedang berdiri di tepi jalan menunggu rakannya apabila berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dan van berhampiran dengannya.

"Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun telah berlanggar dengan sebuah van sebelum hilang kawalan dan terbabas merempuh mangsa.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sementara itu, rakan mangsa, Norhafiza Omar, 27, berkata, dia tidak menyangka tragedi malang menimpa sahabatnya itu.

Norhafiza mendakwa, sebelum kejadian, dia ada melihat sebuah kereta dipandu secara merbahaya memintasnya di Jalan Perigi Hang Tuah di sini.

"Tiba di tempat kejadian, saya melihat berlaku kemalangan tetapi langsung tidak menyangka yang menjadi mangsa ialah Zainah dan saya cuba menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab.

"Saya kemudian keluar dari kereta untuk melihat kemalangan itu dan terkejut apabila seorang individu yang berada di tempat kejadian menunjukkan kad kerja milik Zainah," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Piatu di sini hari ini.

Menurut Norhafiza, Zainah yang mempunyai tiga anak dan telah bekerja di kilang tersebut sejak 35 tahun lalu.

Sementara itu, suami kepada Zainah, Saidin Sidek, 59, memberitahu, dia menerima semua apa yang berlaku dengan reda dan menganggap pemergiannya sebagai takdir Allah.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130411/dn_15/Pekerja-kilang-maut-dirempuh-kereta#ixzz2Q9OfQEOn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut jatuh pokok ketika pasang bendera



PONTIAN 10 April - Seorang sukarelawan sebuah parti politik maut selepas terjatuh dari sebatang pokok rambutan ketika memasang bendera di Jalan Sawah, Pekan Nanas di sini, semalam.

Mayat Abd. Jalil Buyamin, 58, yang mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala ditemui dalam longkang berhampiran rumah ibunya oleh sekumpulan pelajar sekolah yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

Isteri mangsa, Khatijah Md. Dom, 51, berkata, dia mengetahui tragedi menimpa suaminya selepas dimaklumkan oleh seorang kenalan arwah dan juga saudaranya semasa sedang membersihkan halaman rumah di Taman Sentosa, Pekan Nanas.

"Pagi tadi (semalam), suami menghantar anak kami belajar komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd. Yunos Sulaiman sebelum ke rumah ibunya di Jalan Sawah.

"Biasanya dia akan pergi ke rumah ibu mertua sementara menunggu anak bongsu kami yang belajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas itu tamat kelas komputer," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130411/dn_09/Maut-jatuh-pokok-ketika-pasang-bendera#ixzz2Q9OT3snb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta hadiah Bintang Paling Popular ditemui


Kereta hadiah Bintang Paling Popular ditemui
Polis menemui semula kereta Nissan Fairlady yang dicuri. - Foto Che Rani Che Din 

Kuala Lumpur: Polis menemui semula kereta mewah, Nissan Fairlady 370Z Coupe, yang juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) di Taman Skudai, Johor Bahru, selepas dilarikan dari sebuah pusat servis di Segambut, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, kereta itu yang sepatutnya diserahkan kepada Bintang Paling Popular ABPBH2012, Shahiezy Sam, ditemui ditinggalkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan berkenaan, kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan penemuan itu, berkata hasil siasatan tidak menolak kemungkinan kereta berkenaan, yang masih belum didaftarkan, sudah mempunyai pembeli dan sengaja ditinggalkan di lokasinya ditemui untuk diambil pembeli terbabit.


Tunggu diambil pembeli

“Polis mengesyaki kereta itu ditinggalkan untuk diambil pembelinya. Ketika ditemui, kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa dan orang ramai,” katanya.

Sabtu lalu, sebuah kereta Nissan Fairlady 370Z Coupe bernilai kira-kira RM350,000 dilaporkan hilang dari pusat servis Edaran Tan Chong Motors Berhad di Segambut, di sini, selepas dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kereta berkenaan dikatakan dalam proses perincian terakhir untuk diserahkan kepada penganjur ABPBH2012 sebagai hadiah utama Bintang Paling Popular.
Mohmad ketika mengulas lanjut, berkata polis sedang mengesan suspek utama, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit, selain modus operandi digunakannya dalam beberapa kejadian curi kereta sebelum ini.

“Ketika kejadian, suspek dilihat memasuki pusat servis terbabit membawa bersama fail kuning dan mengambil gambar kereta itu sebelum berpura-pura mahu memandu uji kenderaan terbabit.

“Melihat ada kunci ditinggalkan dan tiada sesiapa mengawasinya, suspek bertindak menghidupkan enjin kereta dan terus memecut keluar dari premis itu. Kita percaya kereta itu sudah dijual kepada orang tengah pada harga RM30,000 sebelum dibawa ke Johor Bahru,” katanya.

Polis buru enam saki baki kumpulan Morning Glory



Kuala Lumpur: Polis memburu enam saki baki kumpulan samun bersenjata ‘Morning Glory’ bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun dan tembak mati seorang lelaki pada 21 Mac lalu.

Sebelas anggota lain kumpulan itu termasuk seorang wanita berusia di antara 30 dan 40 tahun sudah ditahan reman selama 14 hari bermula 28 Mac lalu hingga kelmarin, bagi membantu siasatan bagi 18 kes samun di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata tiga daripada 11 suspek itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat, manakala selebihnya masih ditahan reman bagi membantu siasatan kes jenayah lain di Selangor.

Katanya, kebanyakan suspek menyerah diri kepada polis selepas gambar mereka disiarkan media tempatan.

Rampas kereta curi

“Tangkapan terbaru seorang suspek dilakukan di Kedah, pada jam 4.30 petang Isnin lalu dan polis merampas tiga kereta curi disyaki dalam perjalanan ke negara jiran.

“Tangkapan terbabit berjaya menyelesaikan 12 kes samun di sekitar Lembah Klang, lima kes di Selangor dan dua di Melaka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.
Polis semalam turut mengedarkan enam gambar saki baki kumpulan itu iaitu Yong Kok Wai @ Ah Wai, 41; Sin Wei Kit, 26; Liew Wan Keng, 41; Foo Kim Lai, 36; Yang Kim Fook, 37 dan Leong Beng Hoe, 35.

Buru suspek kes tembak mati

Pada 27 Mac lalu, polis memburu 17 suspek yang dipercayai terbabit dalam kes tembak mati seorang lelaki yang dipercayai menganggotai kumpulan ‘Morning Glory’ di Jalan Ampang.

Sementara itu, dalam kes berlainan, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an dalam satu serbuan di sebuah gudang di Kundang, Rawang serta merampas enam kereta curi yang dimuatkan dalam sebuah kontena, Isnin lalu.

“Enam kenderaan itu ialah empat Toyota Hilux serta masing-masing sebuah Toyota Harrier dan Honda CRV.

“Semua kereta itu diletakkan di dalam kontena dipercayai untuk eksport ke negara luar.

“Polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek, sejauh mana pembabitan mereka termasuk tempoh kegiatan dan pasaran kereta curi itu,” katanya.

Keluarga rayu 2 remaja pulang

Keluarga rayu  2 remaja pulang
Siti Nur Faezah Abdul Ghani dan Nurul Aida Abdul Rahman (kanan)

 Kuantan: Dua sahabat baik dirayu pulang oleh ahli keluarga masing-masing selepas dipercayai keluar dari rumah kerana mengikut teman lelaki masing-masing, sejak Jumaat lalu.

Remaja terbabit, Siti Nor Faezah Abd Ghani dan Nurul Aida Abdul Rahman, masing-masing berusia 14 tahun dikatakan berbuat demikian kerana terpengaruh dengan rakan sebaya serta ingin menikmati kehidupan bebas.
Ibu Nurul Aida, Zaini Muhamad, 42, berkata anaknya tidak pulang ke rumah dari Khamis lalu menyebabkan dia sekeluarga risau dan mencarinya di sekolah pada keesokan hari, namun terkejut apabila dimaklumkan Nurul Aida tidak hadir sejak tiga hari lalu.


“Hasil bantuan rakan sekelasnya, mereka memberitahu Nurul Aida bermalam di rumah Siti Nor Faezah di Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini, dan segera mencarinya, namun mereka tiada di rumah berkenaan. katanya ketika ditemui di Pejabat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), di sini, semalam.

Kena tahan jika tak bayar nafkah isteri


Mumbai: Mahkamah di sini memutuskan bahawa seorang lelaki boleh ditahan kerana tidak membayar nafkah kepada isterinya.

Hakim menetapkan, satu waran yang tidak boleh diikat jamin boleh dikeluarkan terhadap lelaki itu mengikut Akta Perlindungan Wanita daripada Keganasan Domestik.
Lelaki terbabit mencabar waran mahkamah rendah mengarahkannya membayar nafkah kepada isterinya.

Wanita itu memohon keputusan mahkamah ke atas suaminya mengikut Akta Keganasan Domestik.

Mahkamah mengarahkannya membayar nafkah itu tetapi dia enggan dan tunggakannya kini mencapai 56,000 rupee (RM3,130).

Mohon penahanan

Berikutan itu, wanita berkenaan memohon mahkamah sekali lagi supaya mengeluarkan arahan menahan lelaki berkenaan.
Flavia Agnes yang dipilih membantu mahkamah, merujuk kepada fasal 28(2) yang memutuskan tidak kira seksyen yang ada, hakim boleh mengarahkan sesiapun membayar nafkah mengikut Seksyen keganasan rumahtangga.
AGENSI

9 lagi ditahan ada kaitan pengganas


Kota Kinabalu: Polis menahan sembilan individu lagi, termasuk dua wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas dalam beberapa serbuan di Beluran, malam kelmarin dan pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata tujuh daripada suspek adalah warga Filipina, manakala dua lagi warga tempatan.
Beliau berkata, sembilan suspek berusia 20 hingga 50-an itu ditahan dalam serbuan antara jam 8 malam kelmarin hingga jam 10 pagi semalam.

“Beberapa suspek warga asing, yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen dan kita turut merampas sejumlah parang, dokumen dan wang tunai RM1,500,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Tiada pertempuran

Hamza berkata, tiada pertempuran atau pergelutan berlaku ketika pasukan keselamatan menahan semua suspek terbabit.

“Semua sembilan suspek ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut.
“Sekiranya ada bukti mereka terbabit dengan pengganas, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan dibaca bersama SOSMA kerana menjadi ahli dalam kumpulan pengganas,” katanya.

Hamza berkata, seramai 181 individu ditahan mengikut SOSMA sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, manakala 334 individu ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

“Kebanyakan yang ditangkap disebabkan mereka menyokong dan menjadi tali barut kepada pengganas,” katanya.

Selamat dikebumikan

Sementara itu, beliau berkata, 17 mayat pengganas yang selesai dibedah siasat sudah dikebumikan di beberapa lokasi di negeri ini.

“Sebelum dikebumikan, semua mayat berkenaan dimandi, dikafankan dan disembahyangkan terlebih dulu. Walaupun mereka pengganas, kita tetap mengebumikan semua mayat mengikut cara Islam,” katanya.

Ibu negara dilanda banjir kilat


 
Foto
Pengguna jalan raya di Jalan Raja Chulan berdekatan Muzium Telekom meredah banjir apabila hujan lebat melanda ibu negara, semalam. - Foto Yusof Mat Isa

Foto
Banjir kilat di ibu negara menyebabkan kenderaan terperangkap. - Foto Yusof Mat Isa

Kuala Lumpur: Hujan lebat hampir sejam menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat termasuk empat kereta ditenggelami air di Jalan Raja Chulan, di sini, petang semalam.

Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor, turut mengalami banjir kilat hingga air mencecah satu meter sebelum keadaan kembali pulih sejam kemudian. Berikutan banjir kilat, hampir kebanyakan laluan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya mula menerima beberapa panggilan bermula jam 5.55 petang memaklumkan beberapa lokasi mengalami banjir kilat.

Katanya, antara lokasi terbabit ialah Titiwangsa, Kampung Baru, Jalan Rumbia dan Maharajalela di Bukit Bintang, sekitar Kompleks Wilayah Dang Wangi, Jalan Padang Tembak dan Jalan Semarak serta Jalan Raja Chulan.

“Lokasi paling teruk ialah Jalan Raja Chulan sehingga menyebabkan empat kereta yang diletakkan di bahu jalan ditenggelami air sehingga paras tingkap,” katanya.

Sindiket atur kahwin palsu tumpas


Madrid: Polis di Sepanyol dan tiga negara Eropah lain berjaya menumpaskan satu sindiket mengatur perkahwinan palsu lelaki Pakistan tanpa dokumen dengan wanita Portugis untuk bagi membolehkan mereka mendapatkan permit penduduk.

Antara 26 ditahan termasuk ketua sindiket terbabit, kata polis Sepanyol.
“Beliau ditahan Februari lalu di Barcelona,” kata pegawai polis Sepanyol yang menjalankan siasatan bersama polis Portugis, Britain dan Perancis, dalam satu kenyataan.

Tujuh suspek anggota rangkaian itu ditahan di Portugal, di mana sindiket terbabit mengupah wanita untuk berkahwin, manakala 11 suspek ditahan di Perancis di mana sindiket berkenaan memiliki cawangan untuk merekrut pendatang haram Pakistan.

Tujuh lagi suspek ditahan di Britain.

“Bagi mengesahkan perkahwinan pendatang haram Pakistan terbabit, mereka mengatur perkahwinan dengan wanita Portugis yang diupah kumpulan itu,” kata polis dalam kenyataan itu.

Kumpulan berkenaan beroperasi di Sepanyol, Perancis, Portugis, Jerman, Denmark dan Belanda.
Polis juga mengesyaki kumpulan terbabit melakukan penipuan bank dan pemalsuan dokumen.

Guna nama palsu

Polis Sepanyol berkata kumpulan terbabit akan membawa wanita Portugis itu ke Perancis di mana mereka akan membuka akaun bank dalam jumlah wang yang banyak di bawah nama palsu untuk meyakinkan pengurusan bank.

Wanita Portugis yang direkrut kumpulan terbabit kemudian akan memohon pinjaman yang tidak akan dibayar semula sebelum menutup akaun.
AGENSI

Dua melecur tangki najis meletup

Dua melecur tangki najis meletup
Surani menyapu ubat di muka Zakuan yang melecur keseluruhan muka dan sebahagian badan kini dirawat di HAG, Melaka, semalam. - Foto Arifin Salleh 

Masjid Tanah: Dua beranak melecur selepas tangki najis berhampiran rumah mereka di Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini, tiba-tiba meletup selepas dimasukkan kar-baid, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Zakuan Syahmi Zaili, sembilan tahun, melecur di muka, manakala ibunya, Surani Jayali, 48, turut menerima nasib sama akibat disambar api letupan.
Kedua-duanya dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk rawatan lanjut sejurus kejadian. Sehingga petang semalam, keadaan mereka terutama Zakuan semakin stabil dan masih menerima rawatan lanjut.


Bakar jentik-jentik

Ketika ditemui di HAG semalam, Surani berkata, sejurus sebelum insiden, dia dan anaknya itu merancang membakar jentik-jentik di dalam tangki berkenaan kerana tidak tahan dengan gangguan nyamuk yang banyak.

“Ketika memasukkan ketulan karbaid, saya menyalakan api pada sehelai kertas manakala Zakuan pula mencangkung di hadapan tangki sambil membuka penutupnya. Entah macam mana tiba-tiba berlaku letupan menyebabkan anak saya tercampak kira-kira tiga meter.

“Saya pula terpelanting jauh ke belakang. Sebaik sedar, saya melihat Zakuan terbaring mengerang kesakitan,” katanya.
Tudung melekat di muka

Surani berkata, dalam keadaan panik itu dia segera mendukung anaknya bergegas masuk ke bilik air rumah.

Katanya, ketika itu dia dapat merasakan tudung dipakainya melekat pada kulit muka Zakuan yang melecur sambil tidak henti mengerang kesakitan.

“Sejurus kemudian, seorang jiran datang membawa kami ke HAG untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Masjid Tanah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu. 

Tujuh buaya berjemur jadi tarikan

Tujuh  buaya berjemur jadi tarikan
Kemunculan seekor buaya di tasik Kampung Permatang Arang, Pekan menyebabkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai. - Foto Eddy Osman 

Pekan: Penduduk di kawasan Kuala Pahang, dekat sini, dikejutkan dengan kemunculan tujuh buaya di tasik Kampung Permatang Arang, di sini, kelmarin.

Berikutan itu, kawasan sekitar tasik itu yang terkenal dalam kalangan kaki pancing di daerah ini, kini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat sendiri reptilia berkenaan.
Nelayan, Ramli Muda, 43, berkata dia melihat kelibat buaya itu ketika memancing di tasik berkenaan kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu.


“Saya sendiri nampak dua buaya muncul di permukaan air tasik sebelum tenggelam dan hilang daripada pandangan.

“Tiba-tiba seekor daripadanya timbul semula sebelum berenang ke pinggir tasik dan merangkak ke Sungai Siong yang juga anak Sungai Pahang,” katanya.

Ramli yakin bahawa reptilia itu dari sungai berkenaan dan muncul di tasik untuk mencari makanan.

Sementara itu, seorang remaja, Sheikh Mohd Kahirul Anuari Sheikh Abdul Rahman, 19, berkata dia sempat merakam gambar buaya berkenaan ketika mengunjungi tasik berkenaan bersama dua lagi rakannya pada Isnin lalu.
Buaya berjemur

“Buaya ini bersaiz tiga meter panjang. Walaupun takut, saya kuatkan semangat untuk pergi lebih dekat untuk merakam gambar kerana saya yakin reptilia berkenaan sedang berjemur,” katanya yang berasal dari Kampung Beruas, di sini.

Sementara itu, seorang guru, Abdul Rahim Omar berkata, tasik itu terbentuk akibat aktiviti mengorek pasir bagi projek pembinaan kampus Universiti Malaysia Pahang.

“Sebelum ini tiada tasik di situ sebaliknya ia kawasan hutan. Sekarang, air sungai mengalir ke dalam tasik terutama ketika air pasang dan hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meletakkan papan tanda bagi memberi amaran kepada pengunjung tasik berkenaan.

Belanda arah tarik balik 50,000 tan daging lembu



AMSTERDAM 11 April - Pihak berkuasa keselamatan makanan Belanda mengarahkan penarikan balik kira-kira 50,000 tan daging lembu daripada pasaran selepas dikhuatiri ia mengandungi daging kuda.
Pihak Berkuasa Keselamatan Produk Pengguna dan Makanan Belanda (NVWA) dalam satu kenyataan semalam berkata, lebih 130 syarikat pemprosesan daging di Belanda telah diarahkan supaya mengesan daging itu, yang diedarkan dua pemborong dari negara ini.
Pemborong itu ialah Wiljo Import en Export B.V. dan Vleesgroothandel Willy Selten B.V.
"Ia mungkin mengandungi daging kuda namun kami masih tidak pasti sama ada wujud kes atau tidak," kata jurucakap pihak berkuasa itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130411/lu_04/Belanda-arah-tarik-balik-50000-tan-daging-lembu#ixzz2Q9GO9GvX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korban virus H7N9 di China meningkat 9 orang



SHANGHAI 10 April - Jumlah korban akibat virus maut H7N9 di China kini meningkat kepada sembilan orang, lapor media tempatan, semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, mangsa terbaharu virus tersebut berasal dari wilayah Anhui.
Xinhua yang memetik data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan melaporkan, virus berbahaya yang mula dikesan pada manusia pada bulan lalu itu kini, menjangkiti 28 orang yang kebanyakannya di timur China.
Kes itu antaranya melibatkan empat individu dengan dua daripada mereka di Shanghai dan dua lagi di wilayah Zhejiang. Seorang daripada mereka kini berada dalam keadaan kritikal.
Jurnal Keselamatan China, hari ini melaporkan, Pentadbiran Makanan dan Dadah China telah meluluskan vaksin H7N9 dan dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.
Punca penularan virus berbahaya itu sehingga kini masih belum dikenal pasti, biarpun beberapa sampel yang diuji menunjukkan virus itu dikesan pada burung serta ternakan itik dan ayam yang dijual di pasar.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menjelaskan bahawa pihaknya sedang memantau dua orang daripada dua keluarga di negara ini yang mungkin dijangkiti virus itu, sekali gus boleh mengkaji sama ada virus itu boleh merebak menerusi manusia atau sebaliknya.
Bagaimanapun, tiada sebarang bukti kukuh menyatakan virus itu boleh disebarkan menerusi manusia sehingga mencetuskan wabak dan perkara itu disokong oleh pihak kesihatan China. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130411/lu_07/Korban-virus-H7N9-di-China-meningkat-9-orang#ixzz2Q9Fps6xW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 cedera ditikam pelajar lelaki



Elena Tokarew (kanan) memeriksa leher anak saudaranya, pelajar Kolej Lone Star, Michelle Alvarez (dua dari kanan) selepas dia ditikam oleh seorang penuntut lelaki di kampus itu di Cyprus, Texas. semalam. - AGENSI
TEXAS 10 April - Seorang penuntut lelaki sebuah kolej komuniti di sini, ditahan polis selepas menyerang dan menikam sekurang-kurangnya 14 orang, semalam.
Timbalan Syerif daerah Harris, Thomas Gilliland berkata, suspek, Dylan Quick, 21, menggunakan pisau pencukur untuk melakukan serangan tersebut pada kira-kira pukul 11.20 pagi (1.20 pagi waktu Malaysia hari ini) di kampus Kolej Komuniti Sistem Lone Star.
Katanya, Quick kini ditahan polis dan didakwa atas tiga tuduhan melakukan serangan ganas.
"Siasatan polis mendapati, suspek sering berfantasi untuk menikam orang ramai sehingga mati sejak dia bersekolah rendah lagi.
"Dia juga mengaku telah lama merancang untuk melakukan serangan itu," katanya.
Pihak polis turut menemui pisau yang digunakan Quick dalam beg galas yang dibawanya.
Jurucakap jabatan bomba, Robert Sasa pula berkata, seramai 12 orang yang cedera dalam serangan itu terpaksa dibawa ke hospital berhampiran dan empat daripada mereka dibawa menggunakan helikopter.
Katanya, beberapa individu yang cedera enggan dirawat di lokasi kejadian dan kesemua mangsa mempunyai kesan luka akibat ditikam.
"Dua daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala yang lain hanya luka ringan," katanya.
Seorang pelajar, Diante Cotton, 20, berkata, dia sedang duduk bersama rakannya di kafeteria sebelum seorang pelajar perempuan menjerit memberitahu tentang tindakan suspek menikam pelajar lain.
Katanya, dia dan rakannya bergegas keluar dan mendapati ramai orang yang mempunyai kesan luka di muka dan leher dibawa masuk ke dalam ambulans dan helikopter.
Serangan terbaharu semalam berlaku hanya tiga bulan selepas kejadian tembakan rambang di cawangan kampus Lone Star, di mana dua orang cedera dalam kejadian terbabit. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130411/lu_08/14-cedera-ditikam-pelajar-lelaki#ixzz2Q9FgzP3n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak mati ditembak rakan



NEW YORK 10 April - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, secara tidak sengaja tertembak rakannya berusia enam tahun di kepala, menyebabkan kanak-kanak itu maut dalam satu kejadian di New Jersey, semalam.
Kes itu merupakan yang kedua melibatkan tembakan oleh kanak-kanak dalam tempoh sehari.
Ketua Polis di bandar Toms River, Michael Mastronardy berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu menembak rakannya, Brendon Holt menggunakan raifal .22 kaliber pada jarak kira-kira 14 meter.
"Ketika kejadian, kedua-dua kanak-kanak tersebut sedang bermain, sebelum suspek masuk ke dalam rumahnya dan membawa keluar raifal tersebut, lalu menembak Holt di kepala," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130411/lu_11/Kanak-kanak-mati-ditembak-rakan#ixzz2Q9F9JzZ4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

JANGAN LAGI DIPERBODOHKAN DAN JANGAN MENJADI BODOH KERANA MEMILIH BEE END..

Memang sesuai benar dengan benderaBN!

Angkara bawa telefon bimbit

Seberang Jaya: Kejadian tiga pelajar membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang ‘hangat’ di laman video sosial, YouTube, sejak beberapa hari lalu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa mahu melaporkan tindakan kumpulan terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.
Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.

Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.
Foto
RAKAMAN satu minit 31 saat yang dapat ditonton dalam YouTube.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.

Seksa lif rosak



Subang Jaya: “Sudah lebih dua minggu penduduk dibebani masalah kerosakan lif dan terpaksa menggunakan tangga sehingga ke tingkat 18,” kata penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Masayu Hassan, 30 yang kecewa dengan pihak pengurusan Pangsapuri Lagoon Perdana kerana gagal menangani masalah lif rosak di situ.

Masayu berkata, dia yang tinggal di tingkat dua blok enam kediaman berkenaan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang menjanjikan pembaikan lif pada 2 April lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak diselenggara.

“Kedua-dua lif rosak pada penghujung Mac lalu dan pihak pengurusan berjanji untuk membaikinya pada 2 April lalu kerana ketiadaan alat ganti namun sampai sekarang tiada tindakan,” katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, sudah banyak kali dia mengajukan pertanyaan itu namun jawapan sama diberikan kepadanya oleh pihak terbabit.


MASAYU menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya di tingkat dua rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana.


“Saya mengharapkan jiran yang lalu lalang bagi membantu saya naik serta turun setiap hari dan nasib baik ramai yang membantu,” katanya.


Lebih memberi tekanan apabila dia berasa kurang selesa kerana tangga mudah berpasir apabila kerap digunakan sepanjang lif rosak, malah sampah berselerakan termasuk ada yang meludah di tangga.

Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia tidak tahan dengan keadaan itu jika ia berlarutan kerana keadaannya yang menghidap asma.

“Saya tinggal di tingkat 15 dan terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik setiap hari. Saya risau dengan tahap kesihatan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Asfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, ia tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menguruskan penyelenggaraan pangsapuri namun pihak MPSJ akan melihat tindakan yang boleh dilakukan jika JMB gagal bertindak.

Selesai 8 kes curi, tahan 66 lelaki



Alor Setar: Polis berjaya menyelesaikan lapan kes kecurian motosikal di Daerah Kota Setar, dekat sini, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sejak Januari lalu termasuk mendakwa 16 individu ke muka pengadilan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, pihaknya turut menahan 66 lelaki berusia antara 13 hingga 20-an untuk siasatan selain menemui semula 37 rangka motosikal termasuk beberapa buah motosikal yang belum dileraikan.


“Berdasarkan siasatan terhadap individu berkenaan, polis berjaya menyelesaikan lapan kes sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan operasi ‘Ops Lejang’ akan diteruskan bagi melumpuhkan kegiatan kecurian motosikal di daerah ini.

“Kes kecurian motosikal di daerah ini tidak membabitkan sindiket, namun kebanyakan kecurian yang berjaya diselesaikan adalah perbuatan individu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Menurutnya, pihaknya turut mengesan beberapa lokasi pelupusan rangka motosikal selepas ia dileraikan dan polis akan menjalankan pemantauan di sekitar kawasan berkenaan untuk menahan dalang di sebalik kes itu.


Katanya, kebanyakan individu yang ditahan terdiri daripada juvana yang masih bersekolah dan mereka melakukan kegiatan itu untuk memperoleh pendapatan mudah selain digunakan bagi tujuan perlumbaan haram.

“Pada masa sama, jumlah kes kecurian bagi tiga bulan pertama tahun ini turut menunjukkan penurunan kira-kira 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan jumlah kes sebanyak 309,” katanya.

Buru baki geng ‘Morning Glory’



Kuala Lumpur: Polis yakin dapat menumpaskan kumpulan samun bersenjata geng Morning Glory ekoran penahanan 11 anggota kumpulan itu termasuk seorang wanita manakala enam lagi masih diburu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, berikutan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan 19 kes jenayah samun, pecah rumah dan curi kereta mewah membabitkan 12 kes di Kuala Lumpur, lima kes di Selangor dan dua kes di Melaka.


“Tangkapan terbaru pada Isnin lalu, kira-kira jam 4.30 petang apabila seorang anggota kumpulan itu berusia 20-an ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah.

“Polis turut merampas tiga kenderaan curi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya.


Sebelum ini, polis menyiarkan fotofit dan identiti kumpulan terdiri 17 ahli itu ekoran kematian salah seorang anggota kumpulan terbabit yang ditembak selepas tidak berpuas hati dengan pembahagian hasil samun sesama mereka.


Dalam kejadian 21 Mac lalu, seorang wanita ditemui polis dalam keadaan tergamam dan hanya mampu menangis apabila kekasihnya mati ditembak dalam kereta BMW di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini.

Difahamkan, kumpulan itu terbahagi kepada lima kumpulan kecil dan melakukan samun antara jam 4 dan 11 pagi. Taktik digunakan ialah dengan masuk ke rumah mangsa dengan memakai topeng dan sarung tangan serta bersenjata parang.


Mereka yang masih diburu ialah Yong Kok Wai, 41, Sin Wei Kit, 26; Liew Wang Keng, 41, Foo Kim Lai, 36, Yang Kim Fook, 38 dan Leong Beng Hoe, 35.

‘Bunian’ rumah Mawi

Foto
TINGKAP dapur rumah pecah dibaling batu.
 Kuala Lumpur: “Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.
“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya.

Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja.


Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.


Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.

Wanita separuh bogel sorok dalam almari



Kuala Lumpur: Seorang wanita berpakaian separuh bogel ditemui sedang menyorok dalam sebuah almari pakaian sebuah bilik unit pangsapuri di Jalan Pasar Baru Pudu, di sini, kelmarin.

Tindakan wanita berusia 30-an yang hanya memakai coli dan seluar dalam menyorok disebabkan takut dengan kehadiran pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya yang menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin.


Difahamkan, wanita warga China disyaki pelacur itu berjaya diberkas bersama 24 lagi warga asing lain sekitar lokasi serbuan berkenaan.

Malah, seorang lelaki warga asing yang dipercayai berang dengan serbuan pihak berkuasa itu cuba bertindak menghalang pihak berkenaan melaksanakan tugas dengan menumbuk seorang pegawai imigresen sebelum dia turut ditahan.


Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya Abdul Malik Bujang berkata, serbuan itu berikutan aduan orang awam mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.


“Serbuan dengan kekuatan 38 pegawai dan anggota bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu berjaya menahan 24 pendatang asing tanpa izin masing-masing 22 wanita dan dua lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Daripada jumlah itu, 22 wanita warga China, empat Myanmar dan seorang Indonesia manakala masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar,” katanya ketika ditemui sebaik tamat operasi, kelmarin.


Menurutnya, wanita yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti tidak bermotal termasuk pelacuran.

“Sebelum menyerbu kawasan itu, kita sudah melakukan risikan selama tiga bulan,” katanya

Lelaki buat bising dikeroyok


Chukai: Tindakan seorang lelaki sengaja membuat bising bunyi enjin kenderaan di hadapan satu majlis santai dihadiri 30 orang membawa padah apabila dia ditumbuk dan disepak dalam kejadian jam 10 malam di FELDA Neram, di sini, malam kelmarin.

Berikutan itu, lelaki terbabit berusia 48 tahun yang juga peneroka cedera di muka dan kaki.


Sumber berkata, sebelum kejadian, sekumpulan ahli parti terbabit berusia 20 hingga 50 tahun mengadakan majlis santai di kawasan berkenaan yang dihadiri 30 orang.

“Tindakan mangsa yang dianggap kurang ajar kerana tidak menghormati majlis berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung majlis itu yang kemudian menegur tindakan mangsa supaya tidak berbuat demikian.


“Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan teguran sebaliknya menguatkan bunyi enjin kenderaan beberapa kali menyebabkan dua lelaki di majlis berkenaan masing-masing berusia 36 dan 43 tahun membelasahnya,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 11.30 malam hari sama.

Lelaki buat bising dikeroyok


Chukai: Tindakan seorang lelaki sengaja membuat bising bunyi enjin kenderaan di hadapan satu majlis santai dihadiri 30 orang membawa padah apabila dia ditumbuk dan disepak dalam kejadian jam 10 malam di FELDA Neram, di sini, malam kelmarin.

Berikutan itu, lelaki terbabit berusia 48 tahun yang juga peneroka cedera di muka dan kaki.


Sumber berkata, sebelum kejadian, sekumpulan ahli parti terbabit berusia 20 hingga 50 tahun mengadakan majlis santai di kawasan berkenaan yang dihadiri 30 orang.

“Tindakan mangsa yang dianggap kurang ajar kerana tidak menghormati majlis berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung majlis itu yang kemudian menegur tindakan mangsa supaya tidak berbuat demikian.


“Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan teguran sebaliknya menguatkan bunyi enjin kenderaan beberapa kali menyebabkan dua lelaki di majlis berkenaan masing-masing berusia 36 dan 43 tahun membelasahnya,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 11.30 malam hari sama.

4 ditipu lelaki bermulut manis



Oleh Na’imah Mohamed
Subang Jaya: Hasrat seorang ibu tunggal menggandakan wangnya dengan melabur dalam perniagaan bersama seorang lelaki yang dikenalinya terkubur apabila dia kerugian lebih RM30,000 selepas lelaki terbabit gagal memulangkan wang dilaburnya sejak 2011.

Wanita terbabit yang ingin dikenali sebagai Fatimah, 42, membuat pendedahan mengenai rakan kongsinya itu selepas dia mengetahui ramai wanita terutama penjawat awam serta ibu tunggal menjadi mangsa lelaki bermulut manis itu membabitkan kerugian lebih RM50,000.


Menurut Fatimah yang juga penjawat awam di Melaka, dia mengenali lelaki terbabit berusia 35 tahun dalam satu program di Melaka dan sejak itu mereka berkawan baik sehingga ditawarkan menjadi rakan perniagaannya.

“Lelaki terbabit menawarkan saya peluang untuk menjana pendapatan dengan membekal barangan seperti komputer riba dan sebagainya ke pejabat kerajaan di Melaka dan menjanjikan keuntungan lumayan.


“Saya keluarkan modal RM12,000 dan dia berjanji memulangkannya berserta keuntungan RM8,000,” katanya ketika sidang media di pejabat Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, dekat sini, semalam.


Fatimah berkata, dia menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan apabila lelaki itu sukar dihubungi setiap kali mahu meminta wangnya semula, malah dia turut dimaki dengan kata-kata kesat kerana selalu menghubunginya.

“Mac lalu, saya pergi ke rumah lelaki itu dan memberitahu isterinya mengenai penipuan terbabit. Lelaki terbabit berang dan mengugut akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap saya,” katanya.


Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya berkata, sebanyak empat aduan diterima pihaknya terhadap individu sama membabitkan kerugian lebih RM50,000.

Beliau berkata, daripada aduan diterima pihaknya percaya kebanyakan mangsa adalah rakan atau saudara yang mengenali suspek terbabit dan pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk mengesan lelaki itu.


“Saya menyeru kepada sesiapa yang ingin membuat aduan berkenaan kes seumpama ini supaya menghubungi pejabat saya di talian 03-56225717,” katanya.