LUCKNOW 10 April - Dua anggota polis wanita berpangkat konstabel di India digantung tugas selepas memenjarakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang datang ke sebuah balai polis di sini untuk membuat laporan bahawa dia dirogol, dalam satu kejadian malam kelmarin.
Selain wanita itu, dua pegawai berpangkat Subinspektor termasuk seorang ketua balai kini disoal siasat polis, lapor akhbar Press Trust of India (PTI) yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan polis, Gulab Singh.
Mangsa terpaksa menghabiskan masa beberapa jam di dalam lokap selepas datang ke balai itu bersama ibunya bagi membuat laporan bahawa dia dirogol seorang lelaki.
Dia kemudiannya diselamatkan selepas penduduk tempatan membuat tunjuk perasaan ekoran penahan kanak-kanak itu. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130410/lu_01/Polis-digantung-tugas-setelah-penjarakan-kanak-kanak-mengadu-dirogol#ixzz2Q4jWQP8H
© Utusan Melayu (M) Bhd