Search This Blog

Tuesday, April 9, 2013

Empat pekerja restoran ditahan dadah



KUANTAN: Empat pekerja yang berada di bawah pengaruh dadah diberkas di dalam sebuah bilik di sebuah restoran di Brinchang, Cameron Highlands semalam.

Dalam serbuan 3.20 petang itu polis turut menemui satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 32.14 gram dan syabu 5.63 gram selain beberapa peralatan menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya.

"Semua suspek disahkan positif penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hasil maklumat awam.

Tiga ditahan gaduh rebut kawasan pasang bendera



KOTA BAHARU: Polis semalam menahan reman tiga penyokong sebuah parti politik disyaki terbabit dalam kes melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang penyokong parti lain, di Pasir Puteh Khamis lepas, dipercayai kerana berebut kawasan memasang bendera parti untuk pilihan raya umum ke-13.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

"Ketiga-tiga suspek itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh oleh penyokong parti itu, yang membawa bersama empat peguam dan 60 hingga 70 penyokong ke IPD pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Berikutan itu, kira-kira 60 hingga 70 penyokong parti lawan turut berhimpun di IPD Pasir Puteh semalam," katanya selepas merasmikan Himpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari Khamis lepas, tiga kereta yang dinaiki penyokong sebuah parti politik melanggar sebuah kereta yang dinaiki penyokong parti lawan di Pasir Puteh, dipercayai kerana merebut kawasan memasang bendera parti.

Penjawat awam didakwa ugut pesara



KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut seorang pesara dua tahun lepas.

Mohd Sanny Mohd Rashid, 35, didakwa mengugut dengan mengancam hendak mendatangkan cedera dan bunuh kepada Awang Safrah, 72, menggunakan kerusi di sebuah restoran di Jalan 13/2A, Taman Wilayah Selayang, Sentul di sini pada 3 petang, 17 Jun 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Sanny juga didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu mengugut dengan mengancam hendak mendatangkan cedera dan bunuh kepada Awang menggunakan pisau di dalam kereta di tempat, masa dan tarikh sama.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes.

Dua beradik kena tembak depan rumah



Bukit Mertajam: Dua beradik cedera dengan seorang daripadanya parah apabila ditembak seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumah mereka di Taman Bayu Mutiara, Juru, di sini jam 8.40 malam kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, N Ashok Charles, 36, dan adik perempuannya, N Elenges, 32, bersama dua lagi adik-beradik lain dikatakan berada di hadapan rumah mereka.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, ketika asyik berbual, mereka didatangi kereta Proton Waja.

“Seorang lelaki yang duduk di kerusi hadapan keluar sebelum melepaskan tembakan,” katanya.


Menurutnya, sebaik sahaja tembakan mengena kedua-dua mangsa, lelaki itu terus melarikan diri.


Katanya, siasatan mendapati, suspek menyasarkan adik lelaki mangsa berusia 22 tahun, namun dalam kejadian itu, lelaki berkenaan dapat menyelamatkan diri dengan berlari masuk ke dalam rumah.

Mazlan berkata, Ashok yang juga ahli perniagaan parah selepas terkena tembakan di dada, leher, punggung dan tangan, manakala adik perempuannya cedera di lengan dan badan.


“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Mati dalam pelukan suami

Foto
ANGGOTA polis trafik IPD Klang Utara melihat keadaan kereta pasangan terbabit yang rentung.


Klang: Tindakan pantas seorang suami mengusung keluar isterinya beberapa minit sebaik kereta mereka terbakar menyelamatkan isterinya itu daripada rentung selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di Kilometer 11.7 Lebuhraya Selat Klang Utara dari Meru ke Bandar Sultan Sulaiman, di sini kelmarin.

Namun, isterinya yang parah meninggal dunia dalam pelukan suaminya sebaik diselamatkan daripada kereta mereka yang terbakar.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun itu segera keluar dari kereta Alza dinaiki bersama isterinya sebaik menyedari kenderaan mereka terbakar.

Menyedari isterinya masih berada di tempat duduk pemandu, dia nekad membawa keluar isterinya berusia 36 tahun yang parah.


Kejadian itu menyebabkan seorang anggota polis marin cawangan Pelabuhan Klang, Mohd Herwazi Ismail, 29, patah kaki selepas kereta pasangan itu merempuh belakang keretanya menyebabkan kenderaan berkenaan remuk di bahagian belakang dan tepi.


Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan menghala Bandar Sultan Sulaiman.



“Mereka dalam perjalanan pulang namun setiba di lokasi kejadian, kenderaan mereka gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah kereta Perodua Kelisa dipandu seorang anggota polis marin.


“Anggota polis marin itu dalam perjalanan untuk bertugas di Pelabuhan Klang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Rantau Panjang.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu meletup lalu terbakar. Kedua-dua mangsa sempat keluar daripada kenderaan namun isteri pemandu itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah,” katanya.


Zawary berkata, pemandu kereta Alza itu turut cedera dan dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Arwah minta ‘kotak bertutup’



Kuantan: “Mak, Achik habis belajar nanti tolong carikan kotak simpan barang, tapi kotak itu mesti bertutup,” kata penuntut Kolej Matrikulasi Gambang di sini, Nur Ajlaa DZukarnain, 19, sebelum terbunuh apabila kereta Perodua Kancil dinaiki bersama empat rakan sekolejnya terbalik di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan Kuantan, berhampiran sebuah stesen minyak di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, permintaan terakhir mangsa sama sekali tidak diduga ibunya, Serifah Saiwah Syed Bakar, 49, dari Sungai Isap 2, di sini, apabila ‘kotak bertutup’ yang dimaksudkan itu ialah keranda.


Nur Ajlaa, penuntut semester akhir jurusan akaun yang disenaraikan pensyarah sebagai pelajar cemerlang kolej berkenaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayatnya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman TAS.

Empat lagi rakan mangsa yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, mendapatkan rawatan sebelum seorang daripada mereka dibenarkan pulang.


Serifah berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu sempat singgah di rumah selepas bersiar-siar sambil merakam gambar dengan rakannya di Pantai Cherating di sini, termasuk membeli alat tulis menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di bandar ini.


Menurutnya, sebelum Nur Ajlaa dan rakannya keluar dari rumah pada jam 6.15 petang untuk pulang ke kolej, dia sempat bersalam serta mencium pipi sebelum anaknya itu memesan kepadanya supaya mencari kotak bertutup.

“Malam tadi (kelmarin) ketika memikirkan maksud kotak bertutup yang dimintanya, baru saya dapat meneka ia adalah keranda.


“Lebih menyedihkan baru-baru ini dia menghubungi saya memberitahu tidak memakai baju kuning yang diberikan saya ketika majlis makan malam kolejnya sebaliknya memakai baju berwarna putih,” katanya.

Bapa, bayi maut dalam sungai

Foto
Foto
ANGGOTA penyelamat membawa keluar kereta sorong dari sungai, semalam.
Foto
Hangzhou: Seorang bapa melihat sendiri detik-detik akhir anak lelakinya tenggelam bersama kereta sorong dalam sebuah sungai sejurus selepas dia mengambil gambar.

Lebih tragik, tindakan lelaki terbabit terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya berakhir dengan dia sendiri mati lemas. Media semalam melaporkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit, Sun Wen, meletakkan bayinya, Lin Sun, di tebing sungai di Hangzhou di wilayah Zhejiang untuk merakamkan gambar.


Sun mengunjungi kawasan berkenaan bersama anaknya bagi melawat kubur keluarga mereka sempena perayaan tradisional masyarakat Cina.

Bagaimanapun, tiba-tiba kereta sorong dinaiki Lin bergerak dan menggelongsor ke dalam sungai.


Sun bergegas terjun untuk menyelamatkan anaknya yang baru berusia 18 bulan itu tetapi gagal.


Jurucakap penyelamat berkata, walaupun Sun tidak pandai berenang, dia nekad terjun ke sungai demi menyelamatkan anaknya.


Foto
“Sun dan anaknya hanya dapat ditarik keluar selepas 20 minit di dalam air,” katanya. Sementara itu, pegawai penyiasat polis berkata, ada kemungkinan Sun terlupa memasang brek pada kerusi tolak dinaiki Lin. - Daily Mail

Amuk ayam pedas



Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Hanya kerana ayam goreng yang dipesan terlalu pedas, 10 pelanggan sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, di sini, mengamuk dan memaki hamun pekerja restoran itu sebelum seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengugut ingin menembak pekerja terbabit.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, pelanggan terbabit yang datang dengan tiga kereta berhenti di hadapan restoran sebelum duduk di meja makan di bahagian luar restoran itu.


Menurut sumber, seorang pekerja berusia 22 tahun kemudian mengambil pesanan makanan mereka sebelum beredar ke bahagian dapur.

“Selang beberapa minit kemudian makanan yang dipesan siap dan pekerja terbabit menghantar makanan itu kepada semua lelaki itu.


“Bagaimanapun, tidak lama kemudian seorang daripada lelaki itu memanggil mangsa dan memberitahu ayam goreng dipesan terlalu pedas,” katanya.


Sumber berkata, mangsa memberitahu akan menukar semula ayam itu.

“Namun lelaki itu menghamburkan kata-kata kesat menyebabkan rakan pekerjanya yang lain datang untuk mendapatkan penjelasan.


“Keadaan bertambah tegang apabila seorang daripada lelaki itu berlari semula ke arah kereta sebelum datang membawa beg sandang,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg itu dan mengacukan ke kepala mangsa serta mengarahkannya supaya tidak melawan jika tidak mahu ditembak.


“Tindakan itu menyebabkan pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu melarikan diri sementara mangsa yang terkejut hanya berdiam diri.


“Lelaki itu mengugut akan datang sekali lagi selepas ini sambil memarahi mangsa sebelum menolaknya sehingga terjatuh. Mereka beredar tanpa membuat bayaran,” katanya.


Mangsa yang terselamat dan tidak cedera ditenangkan rakan-rakannya sebelum mereka menasihatinya membuat laporan polis.


Bimbang ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Az Lee Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu kes disiasat mengikut 506 Kanun Keseksaan.

Pemilik chalet mati ditembak



Manila: Seorang lelaki Australia maut ditembak di kepalanya dari jarak dekat di sebuah pusat percutian miliknya di Filipina, kata polis semalam.

Paul Dean Davy, 52, yang juga Pengurus Besar Blue Rock Beach Resort di Olongapo City mati di tempat kejadian selepas ditembak pagi Jumaat lalu.


Pegawai penyiasat, Tyrone Tecson berkata, Davy sedang bercakap dengan pekerja pusat peranginan itu apabila seorang lelaki menghampirinya dari belakang sebelum melepaskan tembakan.

“Penyerang hanya melepaskan satu das tembakan,” katanya.


Menurut Tecson, pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan pertikaian masalah pekerjaan kerana ada beberapa orang dipaksa berhenti atau dibuang kerja baru-baru ini. Katanya, polis melihat kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan dendam.


“Ramai pekerja yang diberhentikan marah atas tindakan yang dikenakan ke atas mereka,” katanya. Kejadian itu, kata Tecson, disaksikan ramai orang, termasuk pekerja pusat peranginan berkenaan. - AFP

Bas pelancong jatuh gaung



Bangkok: Lima orang maut, termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan dan seorang wanita Belgium apabila sebuah bas pelancong terhumban ke lereng bukit di utara Thailand, kata polis semalam.

Seramai 53 orang lagi cedera dalam kemalangan didakwa berpunca daripada kerosakan brek kenderaan berkenaan. Ketua Polis Wilayah Phitsanulok, Sane Promrut berkata, bas berkenaan terhuyung-hayang beberapa kali di laluan lereng gunung itu sebelum merempuh penghadang di bahagian tepi jalan dan terhumban ke jurang curam..


“Daripada lima yang terbunuh, seorang daripadanya bayi lelaki dan tiga wanita, termasuk seorang warga Belgium berusia lewat 20-an,” katanya. Menurut Sane, bas itu dalam perjalanan dari wilayah Udonthani di timur laut Thailand ke Chiang Mai.

Katanya, bas itu terhumban ke gaung sedalam kira-kira 20 meter pada awal pagi. Sementara itu, sumber hospital berkata, ibu kepada bayi yang maut itu kini dalam keadaan kritikal kerana mengalami pendarahan dalaman.


Bapa bayi itu pula patah kedua-dua kakinya.


Mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki Belgium dan seorang lelaki Jepun. - AFP

Dadah RM900,000 dalam bagasi



Kuala Lumpur: Seorang lelaki rakyat asing yang menjadikan negara ini sebagai transit menyimpan 3.1 kilogram (kg) kokain sebelum diseludup ke Vietnam, ditahan di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 42 tahun berasal dari Filipina itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin selepas menaiki penerbangan dari Colombia ke Rio De Janeiro sebelum melalui Dubai.
Suspek membawa dadah bernilai RM900,000 dalam sebuah bagasi dan disembunyikan dalam gulungan kertas faksimili, kertas pelekat dinding dan juga buku bagi melepasi pemeriksaan mesin pengimbas di KLIA.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan lelaki terbabit dipercayai keldai dadah itu di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, selepas menerima maklumat daripada pihak berkuasa UAE di Dubai mengenai kegiatannya.

Disimpan sementara

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuan itu, polis menemui 18 bungkusan dadah kokain bersama lelaki terbabit.

Beliau berkata, dadah terbabit dipercayai disimpan sementara waktu di negara ini sebelum diseludup ke Hanoi.
“Kita percaya keldai dadah ini menerima arahan dari sindiket dadah antarabangsa. Dia diarah berada beberapa hari di negara ini sebelum menaiki penerbangan ke Hanoi untuk membawa bekalan bagi edaran di Vietnam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, sindiket dadah antarabangsa terbabit berbuat demikian kerana pihak berkuasa Vietnam menganggap Malaysia bukan lokasi pemprosesan dadah sekali gus memudahkan mereka menyeludup dadah ke negara berkenaan.

Terdahulu seorang lagi keldai dadah warga Nigeria berusia 32 tahun ditahan di KLIA, pada hari sama selepas dikesan menyembunyikan empat bungkusan dadah syabu seberat 1.5 kg bernilai RM300,000 dalam ruang beg pakaiannya yang diubahsuai.
Noor Rashid berkata, suspek yang menaiki penerbangan dari Abuja, Nigeria ke Kaherah, sebelum mendarat di KLIA kira-kira jam 7 petang dikesan memasuki negara ini sebagai pelancong.

Dua orang cedera dalam pergaduhan penyokong kelab di Itali



ROME: Dua orang ditikam selepas kumpulan penyokong bergaduh di Rome menjelang perlawanan Serie A di antara AS Roma dan SC Lazio, kata polis hari ini.

Siaran televisyen menunjukkan polis anti rusuhan berdepan dengan kumpulan penyokong yang membaling batu dan botol berdekatan Stadium Olimpico, Rome.
Datuk Bandar Rome, Gianni Alemanno berkata, aktiviti perniagaan di sekitar kawasan berkenaan terpaksa ditutup ketika pergaduhan berlaku.

Tahun lalu, 10 penyokong kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur cedera selepas diserang dengan pisau oleh penyerang bertopeng di Rome menjelang perlawanan Liga Europa menentang Lazio. - Reuters

Empat pekerja restoran ditahan salah guna dadah



KUANTAN: Empat pekerja yang berada di bawah pengaruh dadah diberkas di dalam sebuah bilik di sebuah restoran di Brinchang, Cameron Highlands, semalam.

Dalam serbuan 3.20 petang itu polis turut menemui satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 32.14 gram dan syabu 5.63 gram selain beberapa peralatan menghisap dadah.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya.

"Semua suspek disahkan positif penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.

Beliau berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hasil maklumat awam.

Siasatan awal turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah termasuk melarikan diri dari sebuah pusat serenti di Kelantan.

Wan Mohd Zahari berkata, polis pernah membuat serbuan ke atas premis berkenaan pada 8 April tahun lalu dan berjaya memberkas empat pekerjanya yang didapati terbabit penyalahgunaan dadah. - BERNAMA

Polis sahkan temui 12 mayat pengganas dalam tiga lubang



Kota Kinabalu: Polis sahkan menemui 12 mayat pengganas Sulu yang mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan 1 Mac lalu dalam tiga lubang di Kampung Tanduo, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata tiga lagi mayat belum ditemui sehingga kini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan,dekat sini, hari ini.

31 bungkusan kain putih dalam kubur




Anggota polis menggali kubur misteri yang mengandungi 31 bungkusan kain putih berisi pasir pelbagai saiz di Tanah Perkuburan Islam Limau Manis, Bunut Payung, Jalan Hamzah, Kota Bharu, semalam. - Foto Zaman Huri Isa
Kota Bharu: Polis menemui 31 bungkusan kain putih dalam sebuah kubur misteri di Tanah Perkuburan Islam Limau Manis, Jalan Hamzah, di sini, petang semalam.

Bungkusan yang mengandungi pasir itu diikat dan disusun dengan rapi, ditemui dalam sebuah kubur sepanjang 2.1 meter dan sedalam 0.3 meter selepas anggota polis menggalinya bermula jam 1 tengah hari.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima laporan dari orang awam mengenai wujudnya sebuah kubur misteri yang digali tanpa kebenaran di tanah perkuburan itu, kelmarin.

Maklumat orang awam

“Maklumat dari orang awam terbabit mengatakan kubur berkenaan sudah digali kira-kira empat atau lima hari lalu oleh dua lelaki.

“Polis melakukan kerja menggali sebelum mengeluarkan 31 bungkusan kain putih yang mengandungi pasir. Bungkusan ini akan dihantar ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk ditimbang, dibuka dan dilihat apa kandungan dalam pasir itu,” katanya di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, kerja menggali kubur misteri itu dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah semalam mengikut Seksyen 335 (2) Kanun Prosedur Jenayah.
Ditanya sama ada kejadian ini ada kaitan dengan kegiatan pemujaan atau sebagainya, beliau enggan membuat sebarang ulasan mengenainya.

Dalam perkembangan mengenai seorang pemuda yang meninggal dunia selepas sehari menerima rawatan pemulihan di sebuah pusat rawatan dadah persendirian di Wakaf Baru, Jumaat lalu, Jalaluddin berkata, polis menahan reman 26 orang untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun, seorang daripadanya, iaitu pengusaha pusat berkenaan dibebaskan selepas diambil keterangannya manakala 25 yang lain, ditahan reman bermula hari ini selama tujuh hari.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mangsa, Mohd Illias Ibrahim, 26, dari Kampung Cherang Tok Rong, Pasir Mas, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tumpat, dipercayai akibat dipukul di pusat berkenaan.

2 anggota polis nyaris maut rumah, kenderaan terbakar



KLANG: Dua anggota polis nyaris maut apabila bahagian depan rumah dan kenderaan mereka disimbah petrol sebelum dibakar di Kapar, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, kedua-dua anggota polis terbabit berjaya memadam kebakaran di bahagian depan rumah serta kenderaan masing-masing.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukur Sulong, berkata akibat kejadian berkenaan kereta jenis Proton Saga dan Toyota Unser serta bahagian depan rumah, rosak.

Amuk ayam pedas



Kuala Lumpur: Hanya kerana ayam goreng yang dipesan terlalu pedas, 10 pelanggan sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, di sini, mengamuk dan memaki hamun pekerja restoran itu sebelum seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengugut ingin menembak pekerja terbabit.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, pelanggan terbabit yang datang dengan tiga kereta berhenti di hadapan restoran sebelum duduk di meja makan di bahagian luar restoran itu.


Menurut sumber, seorang pekerja berusia 22 tahun kemudian mengambil pesanan makanan mereka sebelum beredar ke bahagian dapur.

“Selang beberapa minit kemudian makanan yang dipesan siap dan pekerja terbabit menghantar makanan itu kepada semua lelaki itu.


“Bagaimanapun, tidak lama kemudian seorang daripada lelaki itu memanggil mangsa dan memberitahu ayam goreng dipesan terlalu pedas,” katanya.


Sumber berkata, mangsa memberitahu akan menukar semula ayam itu.

“Namun lelaki itu menghamburkan kata-kata kesat menyebabkan rakan pekerjanya yang lain datang untuk mendapatkan penjelasan.


“Keadaan bertambah tegang apabila seorang daripada lelaki itu berlari semula ke arah kereta sebelum datang membawa beg sandang,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg itu dan mengacukan ke kepala mangsa serta mengarahkannya supaya tidak melawan jika tidak mahu ditembak.


“Tindakan itu menyebabkan pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu melarikan diri sementara mangsa yang terkejut hanya berdiam diri.


“Lelaki itu mengugut akan datang sekali lagi selepas ini sambil memarahi mangsa sebelum menolaknya sehingga terjatuh. Mereka beredar tanpa membuat bayaran,” katanya.


Mangsa yang terselamat dan tidak cedera ditenangkan rakan-rakannya sebelum mereka menasihatinya membuat laporan polis.


Bimbang ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Az Lee Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu kes disiasat mengikut 506 Kanun Keseksaan.

7 jam sorok


Foto
Foto
PENJENAYAH memecah masuk kediaman mangsa melalui rumah jiran yang tidak berpenghuni.
Oleh Asmah Rusman dan Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Kuala Lumpur: Lima penjenayah bersenjatakan pistol dan parang dicekup selepas ‘bermain sorok-sorok’ dalam tiga rumah teres selama tujuh jam dalam cubaan mereka merompak satu daripada rumah itu di Persiaran Damansara Endah, Bukit Damansara, di sini, semalam.

Kejadian dilaporkan bermula pada jam 4.30 pagi apabila lima lelaki terbabit menceroboh dan meletakkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di pekarangan sebuah rumah tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan itu dikesan seorang penduduk pada jam 6.30 pagi lalu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan sebelum dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Baharin Mohd Rose kemudian bergegas ke tempat kejadian.




“Anggota kami mengepung dan memeriksa rumah berkenaan, namun usaha awal itu gagal mengesan kumpulan penjenayah terbabit,” katanya.

26 polis hadapi dakwaan membunuh banduan di Brazil



09/04/2013 3:18am

SAO PAULO - Seramai 26 anggota polis tentera dihadapkan ke mahkamah di sini semalam kerana membunuh sejumlah banduan ketika rusuhan penjara terburuk di Brazil yang meragut 111 nyawa.
Semua anggota polis tentera berkenaan dengan kebanyakan mereka kini bersara, dipersalahkan berhubung kematian 15 banduan dalam operasi mematahkan rusuhan di Penjara Carandiru di sini pada 2 Oktober, 1992.
Insiden itu turut dikenali sebagai “Pembunuhan Beramai-Beramai Carandiru.”
“Jelas berlaku pembunuhan beramai-ramai. Semua banduan itu dibunuh tanpa mereka diberi peluang untuk mempertahankan diri,” lapor laman berita G1 yang memetik kenyataan seorang pendakwa raya, Fernando Pereira da Silva.
Semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi itu tidak cedera.
Selain 111 banduan yang terbunuh, sekitar 87 lagi banduan cedera dalam kejadian tersebut.
Secara keseluruhan, seramai 79 anggota polis tentera akan dibicarakan berhubung peristiwa berdarah itu.
Penjara tersebut yang disifatkan terbesar di rantau Amerika Latin menempatkan seramai 8,000 banduan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2PuhHnhuT 
Hakcipta terpelihara 

Pemain kriket lari tuduhan dadah serah diri



09/04/2013 3:18am

MUMBAI - Pemain kriket Afrika Selatan, Wayne Parnell yang sebelum ini lari meninggalkan India selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menggunakan dadah pada tahun lepas menyerah diri di Mumbai semalam.
Parnell sebelum ini ditangkap bersama rakan sepasukan, Rahul Sharma serta 100 dalam satu serbuan ke atas sebuah parti lewat malam selepas kejohanan kriket Liga Perdana India (IPL) pada Mei lepas.
Beliau meninggalkan India selepas satu pemeriksaan kesihatan yang diadakan ekoran penemuan dadah oleh pihak polis sewaktu serbuan berkenaan.
Ahli skuad Pune Warriors itu kembali ke India untuk kejohanan IPL 2013 itu telah dibenarkan ikat jamin dengan bayaran 10,000 rupee (RM561) kata agensi berita, Press Trust semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2PugvxMT8 
Hakcipta terpelihara 

Air mata keluarga angkat




SEBAHAGIAN kakitangan JKM dan polis membawa bayi dan kanak-kanak yang dijadikan mangsa pemerdagangan orang ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Suasana di pekarangan Mahkamah Majistret di sini semalam bertukar riuh bercampur suka apabila lebih 100 ahli keluarga angkat menangis kegembiraan sebaik mahkamah mengarahkan mereka diberi hak penjagaan ke atas 28 bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan Februari lalu.
Keluarga angkat tersebut diberi hak penjagaan bersyarat untuk tempoh dua tahun ke atas bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan selepas menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Arif Mohamed Shariff berdasarkan arahan mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan kesemua mangsa berusia antara dua bulan hingga tiga tahun itu akan dijaga oleh keluarga angkat masing-masing.
Namun sepanjang tempoh siasatan polis, mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Johor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_20.htm#ixzz2PugE6GB9 
Hakcipta terpelihara 

Misteri kubur baharu terjawab, tertanam 31 guni pasir



JALALUDDIN (dua dari kanan) melihat sebahagian daripada bungkusan pasir yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Misteri kewujudan kubur baharu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis dekat sini sejak beberapa hari lalu yang menjadi tanda tanya penduduk akhirnya terjawab.
Ini apabila pihak polis yang menggali semula kubur tersebut menemui sebanyak 31 guni berisi pasir.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, melalui laporan yang dibuat oleh pengadu, kubur baharu berkenaan dipercayai digali kira-kira empat atau lima hari lalu.
Menurutnya, selepas mendapat perintah mahkamah semalam, pihak polis telah menjalankan kerja-kerja menggali semula kubur berkenaan antara pukul 12.30 hingga 1 petang semalam untuk siasatan lanjut.
Katanya, kubur tersebut digali sedalam hampir 1.07 meter, panjangnya 2.13 meter dan lebar hampir satu meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_23.htm#ixzz2Pufz7iol 
Hakcipta terpelihara 

Kastam rampas 1,542 karton rokok




ABDULLAH ZAWAWI (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rokok yang dirampas di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri merampas 1,542 karton rokok pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM162,426,60 termasuk cukai di sebuah premis setor di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang pada Rabu lalu.
Pengarahnya, Abdullah Zawawi Abd. Latif berkata, serbuan telah dilakukan kira-kira pukul 2 petang hasil maklumat orang ramai selepas melakukan pemerhatian selama hampir tiga jam di kawasan premis terbabit.
"Semasa melakukan serbuan, kita mendapati premis berkenaan dalam keadaan berkunci.
"Bagaimanapun, selepas berjaya memasuki premis itu, pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai rokok pelbagai jenama yang disyaki belum mendapat kelulusan pihak Kastam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata, pihaknya percaya rokok-rokok yang dirampas itu adalah untuk edaran sekitar kawasan Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_22.htm#ixzz2PuflAbGR 
Hakcipta terpelihara 

Gigi mayat sepadan dengan Dirang



NOOR AZMA


JOHOR BAHRU - Pakar Forensik Pergigian Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Noor Azma Sohari memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa ciri-ciri unik yang terdapat pada gigi mayat yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, dekat sini tahun lalu adalah sepadan dengan gigi Nurul Nadirah Abdullah.
Noor Azma dalam keterangannya berkata, padanan itu diketahui selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan secara visual dan X-ray ke atas gigi mayat tersebut.
MUIDIN


Beliau berkata, pihaknya juga turut membuat analisis secara matriks bagi mendapatkan kesepadanan antara gigi mayat dengan sekeping gambar mangsa dalam keadaan tersenyum.
"Selain pemeriksaan visual, kami turut menjalankan ujian terhadap pertumbuhan gigi kekal mangsa.
"Keputusan analisis menunjukkan terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa mayat yang ditemui adalah orang yang sama dengan mangsa," kata Noor Azma di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_21.htm#ixzz2PufbgUwr 
Hakcipta terpelihara 

2 pemancing maut bot bertembung




ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang mangsa yang mati selepas bot yang dinaiki bertembung dengan bot pukat tunda di Rompin kelmarin.


KUANTAN – Dua pemancing warga Singapura maut, seorang hilang manakala lima lagi cedera apabila bot yang mereka naiki karam selepas merempuh sebuah bot pukat tunda dalam kejadian di perairan Johor berhampiran Pulau Lalang kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang kira-kira 30 batu nautika dari Jeti Tanjung Gemok, Rompin itu mengakibatkan Raymond Cheng Yuen Chi, 35, dan Heng Choon Han, 37, maut akibat parah di kepala. Rakan mereka, Chen Wan Seng, 47, pula masih belum ditemui.
Selain tiga orang itu, lima lagi rakan mereka, Heng Soo Ai, 38, Tan Soo Lyinn, 39, Lim Wai Leng, 38, Yang Tsai Bing, 35, dan Hong Choon Han, 37, cedera. Soo Lyinn merupakan seorang wanita. Mereka telah dihantar pulang ke Singapura.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, siasatan awal pihaknya percaya kejadian berlaku apabila jurumudi bot kesemua pemancing tersebut tidak menyedari kehadiran bot pukat tunda yang datang dari arah Pulau Tioman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_18.htm#ixzz2PufDUSHO 
Hakcipta terpelihara 

Mayat busuk di Kampung Tanduo




ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia menggali dan mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang ditanam di dalam lubang di Kampung Tanduo semalam.


LAHAD DATU – Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.
Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.
Mayat itu dipercayai telah ditanam oleh pengganas Sulu yang terselamat dalam pertempuran tersebut.
Mayat itu dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan pegawai unit forensik dengan dikawal oleh anggota yang lengkap bersenjata api. Operasi mencari dan mengesan lubang itu bermula pada pukul 1 petang.
Wartawan Kosmo! yang turut berada di lokasi lubang yang digali mendapati kesemua 15 mayat pengganas itu telah ditanam di dalam tiga buah lubang bersaiz antara empat dan lima meter persegi. Jarak antara setiap lubang itu kira-kira tiga meter.
Lub


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_16.htm#ixzz2PueIOH3A 
Hakcipta terpelihara