Search This Blog

Saturday, April 6, 2013

Potong kemaluan: Bapa telah sedarkan diri, suspek perlu jalani pembedahan




6 April 2013
KUALA TERENGGANU - Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anak kandungnya telah sedarkan diri dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, mangsa yang berusia 67 tahun itu mula sedarkan diri pada Rabu lalu dan kini stabil setelah menjalani pembedahan untuk menyambung kembali kemaluannya 24 Mac lepas.

Beliau berkata suspek yang berusia 40 tahun, terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi kerana belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan.

"Suspek terpaksa jalani pembedahan dalam masa terdekat kerana luka yang dihadapi masih belum sembuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manoharan berkata setakat ini pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital untuk mengetahui keadaan sebenar suspek.

Beliau berkata tangkapan dan siasatan akan dilakukan sebaik pihak hospital memaklumkan keadaan kesihatan suspek.

Pada 24 Mac lepas seorang penyelia di sebuah kilang di ibu negara bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Dalam kejadian 1.30 pagi di kediaman keluarganya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya Dungun, suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan 'semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun iparnya itu berjaya melarikan diri. - Bernama

Kes dadah, rumah polis ditembak bertalu-talu di Seremban




6 April 2013
SEREMBAN - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.

"Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan polis menemui sembilan kelongsong peluru di hadapan rumah mangsa dan dipercayai pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.

Katanya, tembakan rambang itu tidak mengenai mangsa dan keluarganya sebaliknya beberapa bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu rumah mangsa.

"Kita syaki kejadian ini ada kaitan dengan satu ugutan yang diterima mangsa berhubung dengan satu tangkapan berkaitan dengan dadah baru-baru ini dan buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk memburu suspek yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

2 pencuri pecah mesin ATM, larikan lebih RM224,570




6 April 2013
KUALA LUMPUR - Dua pencuri melarikan wang tunai dianggarkan RM224,570 dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) apabila mereka memecah masuk sebuah stesen minyak di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli berkata kejadian itu disedari oleh seorang pekerja stesen minyak, Sapiah Abidin, 42, ketika itu yang datang bertugas bersama rakannya pada jam 5 pagi dan menyedari pintu kaca utama telah dicungkil dari bawah.
 
Beliau berkata dipercayai dua suspek lelaki itu telah masuk ke dalam premis untuk mengalihkan sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dan telah menyembur dua kamera CCTV dengan cat merah.
 
"Berdasarkan rakaman kamera CCTV pada jam 3 pagi tadi mendapati suspek pertama dan kedua memakai baju putih dan hitam berlengan panjang, bersarung tangan dengan masing-masing memakai topeng 'sky mask' serta berhelmet biru berserta visor tertutup.

"Suspek bertindak masuk ke bilik rakaman kamera CCTV dan memotong wayar telefon serta bekalan elektrik. Disyaki suspek memotong permukaan mesin ATM menggunakan gas Oxy," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Yahya berkata sebanyak empat kotak berisi wang telah dilarikan dan kali terakhir wang yang dimasukkan pada peti mesin ATM itu ialah sebanyak RM395,000 pada Rabu lepas.
 
Katanya hasil siasatan polis menemui sebanyak 21 kesan cap jari manakala kenderaan yang digunakan suspek tidak diketahui.
 
Lain-lain barang yang dilarikan adalah 40 kotak rokok jenis Dunhill," katanya sambil menambah kes masih dalam siasatan.  - Bernama

Dua pemandu bot ditikam dan diacu pistol di Pulau Perhentian




6 April 2013
KUALA TERENGGANU - Dua pemandu bot, seorang daripadanya cedera di bahu kiri akibat ditikam menggunakan badik, setelah diserang dalam dua kejadian berasingan di Pulau Perhentian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP, K Manoharan berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira 8.15 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun berada di Pasir Panjang untuk menunggu pelancong sebelum didatangi lima lelaki tidak dikenali dan seorang daripada mereka tiba-tiba terus menikam bahu mangsa.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, pemandu bot yang takut dengan serangan itu, berjaya melepaskan diri untuk mendapatkan bantuan penduduk kampung, mengakibatkan kelima-lima suspek terus melarikan diri.

Katanya mangsa dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, polis percaya motif serangan berpunca daripada hutang lama dan serangan dipercayai dilakukan orang luar.

Manoharan berkata dalam kejadian kedua 45 minit selepas itu, enam lelaki dan seorang wanita bertindak menyerang seorang pemandu bot di pulau itu dan memaksa pemandu bot berusia 28 tahun itu membawa mereka ke jeti Kuala Besut.

Katanya semasa di dalam bot suspek bertindak mengajukan senjata dipercayai pistol ke kepala mangsa dan mangsa yang takut dengan tindakan itu membawa kesemua suspek ke jeti Pasir Panjang.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan merupakan orang pulau itu kerana mereka menginap di sebuah chalet di pulau berkenaan. Namun ketika serbuan dilakukan kesemua suspek telah melarikan diri," katanya.

Manoharan berkata, polis tidak menolak kemungkinan serangan dalam kedua-dua kes itu dilakukan suspek yang sama dan turut bermotifkan balas dendam serta hutang.

Katanya hasil siasatan polis berjaya mengenal pasti seorang suspek berusia 26 tahun yang berasal dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut dipercayai terlibat dalam kes serangan membabitkan dua pemandu bot berkenaan.

"Kita telah menyerbu ke rumah suspek namun suspek melarikan diri dan kini kami masih memburu enam lelaki dan seorang wanita yang berusia 20 hingga 30 tahun," katanya. - Bernama

Remaja ditahan mengedar dadah



Remaja ditahan mengedar dadah
Arjunaidi menunjukkan pistol yang dirampas dari suspek
PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya  berjaya menumpas sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak dua tahun yang lalu  dengan tertangkapnya  enam suspek d Taman medan  Baru,malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam serbuan pertama polis menahan seorang lelaki  dan menemui sepaket heroin (470 gram) disembunyikan di dalam 'dashboard' kereta  bersama sepucuk pistol Ruger P85 serta kelopak berisi 5 butir peluru hidup.

 “Pemeriksaan mendapati suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes samun dan dadah," katanya di sini, semalam.

Beberapa jam kemudian, lima lagi suspek ditahan di  restoran di kawasan yang sama.

Katanya, ketiga-tiga suspek lelaki yang ditahan berusia lingkungan 20-an. Manakala dua daripada wanita masing-masing berusia 15 dan 15 tahun dipercayai berada di situ untuk menunggu pelanggan.

“Kami akan menyiasat sama ada remaja berkenaan turut menjual dadah di sekolah.

Katanya, dalam serbuan itu polis merampas 50 keping foil aluminium yang berisi 500 biji Eramin 5 (150 gram) dan 19 bungkus syabu 11 gram.

“Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM65,000,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti lebih berat 1971.

3 termasuk pasangan pengantin baru maut




6 April 2013
MUAR - Tiga termasuk pasangan pengantin baru maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah dalam   kemalangan membabitkan kereta, lori dan bas persiaran di Km162.5, Lebuh Raya Utara Selatan di sini malam tadi.

Pasangan pengantin itu, Kumar Arunasalam, 34, dari Kampung Serani, Melaka dan isterinya Rita Maria Gilrelt, 42, warganegara   Singapura dan Carrieanne Fransisca Dicosta, 22, dari Kampung Portugis, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pang Yun, 59, dari Tangkak Jaya yang cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tangkak manakala Brian Jeremieh Sta Maria, 21, dari Kampung Portugis, Melaka hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di hospital sama, kata Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris.

Katanya kemalangan tersebut berlaku pada kira-kira pukul 10.45 malam tadi semasa kelima-lima mereka yang menaiki kereta      Proton Waja yang dipandu Pang dalam perjalanan dari Singapura ke kampung pasangan pengantin itu di Melaka.

Katanya pasangan suami isteri itu baru dua minggu mendirikan rumah tangga. Beliau berkata 12 anggota Jabatan Bomba dan  Penyelamat Tangkak dan  Muar mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk itu.

Pemandu bas persiaran dan lori satu tan yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. - Bernama

Cuba serang polis: Lelaki cedera ditembak di punggung



6 April 2013
GEORGETOWN - Akibat cuba menyerang anggota polis dengan sebilah parang, seorang lelaki disyaki penyamun cedera ditembak di bahagian punggung di Lorong Madras semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 9.15 malam itu, suspek yang menunggang motosikal dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum ditahan dua anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Suspek bagaimanapun bertindak agresif dan melibas seorang daripada anggota kita dengan parang yang dibawanya sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan dan mengenai punggung sebelah kanannya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sejurus sebelum kejadian, lelaki berusia 49 tahun yang tinggal di Lone Pine, Air Itam itu baharu selesai menyamun sebuah kedai serbaneka dan stesen minyak.

Katanya, suspek yang memiliki dua rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil. - Bernama

Bangunan runtuh 34 maut




5 April 2013
MUMBAI - Sekurang-kurangnya 34 maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera selepas sebuah bangunan sedang dalam pembinaan runtuh.

Seramai 57 orang cedera.

Kebanyakan mangsa terlibat ialah pekerja pembinaan bangunan tersebut.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, masih ramai lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan tujuh tingkat itu.

Menurut pegawai polis, sebahagian bangunan itu telah runtuh semalam dan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak maut akibat runtuhan bangunan itu.

Tambah pihak polis, bangunan itu dibina secara haram dan setakat ini, empat tingkat sudah pun diduduki.

Usaha mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan setakat ini.

Dalam pada itu, fenomena bangunan runtuh merupakan perkara biasa berlaku di India manakala bahan tidak berkualiti dan cara pembinaan yang tidak memenuhi piawaian dikatakan sebagai faktor penyebab.

Peningkatan jumlah penduduk di India dan kekurangan tanah bagi membina kediaman juga dikatakan menjadi punca kontraktor

2 lagi maut akibat selesema burung di China




5 April 2013
SHANGHAI - Dua lagi maut akibat virus H7N9 di China sekali gus menjadikan jumlah meninggal dunia ketika ini kepada lima orang.

Virus ini tidak dapat dikesan pada mulanya tetapi sudah mula menjadi salah satu kebimbangan di negara itu selepas media melaporkan kematian akibat virus itu bermula Ahad lalu.

Menurut agensi berita tempatan, setakat ini, 14 kes dilaporkan dan semua kes berkenaan melibatkan pesakit yang berada di timur China.

“Setakat ini, kami tidak pasti bagaimana manusia boleh mendapat virus ini,” kata Ketua Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Joseph Bresee.

Tambahnya, virus ini tidak mudah merebak di antara manusia.

Lelaki serang guna kapak bunuh 9 orang




5 April 2013
RAIPUR - Seorang lelaki  mengamuk menggunakan kapak di sebuah kampung sehingga membunuh empat wanita dan lima kanak-kanak perempuan di Chhattisgarh, India.

Menurut polis, motif penyerang masih tidak diketahui tetapi lelaki itu didakwa mempunyai masalah mental.

Lelaki yang dikenali sebagai Panduram, 35 itu juga difahamkan baru saja ditinggalkan isterinya.

Ketika kejadian, semua mangsa yang terlibat adalah wanita kerana semua lelaki keluar bekerja di siang hari.

Lelaki itu kemudian ditahan dan senjata yang digunakan turut dirampas pihak polis.

Menurut media tempatan, keluarga mangsa akan menerima pampasan sebanyak AS$25,000 (RM77,000) oleh pihak berkuasa tempatan.

Mangsa banjir kecewa



6 April 2013
Mangsa banjir kecewa
Paras air meningkat dengan cepat berikutan hujan lebat berterusan sejak Selasa lalu. Foto: AP
BUENOS AIRES - Lebih 250,000 penduduk di wilayah Buenos Aires terjejas, kelmarin selepas bekalan elektrik terputus akibat banjir sejak Rabu lalu.

Selain itu dalam laporan yang dipetik  dari Al Jazeera juga mengatakan bekalan air minuman juga dilaporkan tidak mencukupi dan situasi tersebut menyebabkan ramai penduduk kecewa kerana pihak berkuasa didakwa lambat memberi bantuan kepada mereka.

Kunjungan Presiden Argentina, Cristina Fernandez dan Gabenor Daniel Scioli bersama beberapa pegawai kerajaan juga tidak disenangi kebanyakan mangsa banjir.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa meneruskan operasi mencari mayat dan menyelamatkan penduduk yang masih terperangkap di kediaman mereka berikutan paras air di kawasan La Plata kini meningkat hampir dua meter.

Media melaporkan angka kematian  telah meningkat  kepada sekurang-kurangnya 57 orang.

Puluhan maut bangunan runtuh



Puluhan maut bangunan runtuh
Pasukan paramedik dan orang awam membantu mengeluarkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan.
MUMBAI - Sebuah bangunan lapan tingkat sedang dalam pembinaan di pinggir Mumbai, India, runtuh menyebabkan sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh termasuk 17 kanak-kanak dan 59 yang lain cedera (sehingga jam 10.30 malam).

Pegawai polis, K.P Raghuvanshi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan masih ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

"Pihak pemaju melanggar peraturan binaan apabila menambah empat lagi tingkat tanpa kebenaran," katanya yang dipetik dari laporan AP.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ruang empat tingkat yang disiapkan itu mempunyai penghuni. Runtuhan dipercayai berpunca daripada struktur bangunan yang tidak kukuh," katanya.

"Anggota polis kini sedang memburu pihak pemaju untuk siasatan," katanya.

Insiden bangunan runtuh di India sering berlaku disebabkan sikap pemaju yang cuba mengaut keuntungan dengan menggunakan bahan binaan berkualiti rendah serta tidak mengikut pelan binaan yang diluluskan.

Kematian bangunan runtuh meningkat kepada 62




6 April 2013
MUMBAI - Angka kematian tragedi runtuhan bangunan di India meningkat kepada 62, sekaligus menipiskan lagi harapan bagi mencari mangsa masih hidup.

Sekurang-kurangnya 70 mangsa lagi cedera apabila bangunan lapan tingkat itu runtuh petang Khamis lepas.

Menurut pegawai polis, kerja menyelamat dimulakan sejak malam Jumaat lalu dan enam jentolak dibawa ke tempat kejadian bagi mengalihkan serpihan runtuhan bangunan bagi mencari mangsa yang masih selamat.

Pegawai polis, Prithviraj Chavan berkata, siasatan berhubung punca runtuhan sedang dijalankan ketika ini.

Jurucakap kerajaan Thane, Sandeep Malve berkata, ketika kejadian, kira-kira 100 hingga 150 orang berada dalam bangunan tersebut dan ramai di kalangan mereka merupakan pekerja binaan yang menginap sementara di bangunan yang belum siap sepenuhnya itu.

Setakat ini, lebih 20 orang masih hilang dan pihak penyelemat masih lagi menjalankan kerja menyelamat di  tiga tingkat bangunan.

Menurut polis, 17 kanak-kanak disahkan maut dalam kejadian berkenaan.

36 maut nahas libatkan lori, bas di Nigeria




6 April 2013
BENIN - Sekurang-kurangnya 36 termasuk kanak-kanak maut dalam nahas lebuh raya buruk di selatan negara itu.

Insiden di lebuh raya Benin itu, di negeri Edo, melibatkan bas, lori dan lori tangki membawa muatan petrol.

Menurut pihak berkuasa, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sejurus nahas, lori tangki dilaporkan meletup.

Nigeria mempunyai rekod kemalangan jalan raya paling buruk di Afrika.

Menurut pegawai, kemalangan berlaku semalam jam 1.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran dengan kampung Ugboguii.

Jurucakap Persekutuan Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya, Jonas Agwu berkata, 30, mangsa yang maut melibatkan penumpang bas.

Empat penumpang yang berada dalam lori tangki meninggal dunia manakala tiga lagi berjaya diselamatkan.

Kes rasuah: Timbalan Pengarah SKMM, isteri dipenjara

Kes rasuah: Timbalan Pengarah SKMM, isteri dipenjara
NOOR Mohamed Khan diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria Shah Alam: Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan isterinya masing-masing dihukum penjara lima dan empat tahun serta didenda RM2.5 juta oleh Mahkamah Seksyen semalam, selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah, Mac tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid turut mengarahkan pasangan itu, Noor Mohamed Khan Mohamad Maslan, 40 dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 32, menjalani hukuman setahun penjara lagi jika gagal membayar denda.
Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.


Noor Mohamed Khan didapati bersalah bersubahat dengan isterinya yang juga pengurus akaun sebuah syarikat, menerima suapan sebanyak RM250,000.

Isteri terima suapan

Suapan itu daripada Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat pembekal peralatan forensik, Siaga Informatics Sdn Bhd, Mohd Shukri Othman, kerana kononnya Suraya Hani boleh membantu syarikat itu mendapat surat tawaran untuk mereka bentuk, memasang, menguji dan memulakan makmal forensik digital bagi SKMM.

Suraya pula didakwa menerima suapan berkenaan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat berkenaan di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/7, Subang Business Centre, Subang Jaya, pada jam 10.25 malam, 14 Mac tahun lalu.

M Bakri berkata, tertuduh pertama membabitkan isterinya dalam kesalahan itu sedangkan mereka sepatutnya memikirkan kesalahan dibuat sebelum didapati bersalah.

“Tertuduh pertama adalah kakitangan awam yang sepatutnya memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran atau rasuah. Perbuatan tertuduh pertama dibantu tertuduh kedua, menjejaskan imej baik kakitangan awam.

“Mahkamah juga perlu memberikan hukuman lebih tinggi kepada tertuduh pertama kerana dia bertindak sebagai perancang dalam kes ini,” katanya.

Terdahulu, peguam Nasir Aziz yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika merayu hukuman diringankan memberi alasan tertuduh pertama perlu menyara lapan anaknya hasil perkahwinan pertama dan ia kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wong Poi Yoke, berkata kedua-dua tertuduh mencemar nama baik SKMM.

Katanya, tujuan menubuhkan makmal forensik itu adalah untuk menyiasat kes.

Tahanan Buddha, Rohingya gaduh

Tahanan Buddha, Rohingya gaduh
Anggota polis Indonesia membawa mayat seorang pendatang haram dari Myanmar yang maut selepas pergaduhan antara penganut Buddha dan Islam tiba di hospital Medan, Sumatera Utara, semalam. Lapan terbunuh selepas guru agama, nelayan berdebat

BELAWAN: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 15 lagi cedera apabila sekumpulan nelayan Buddha dan Islam di sebuah pusat tahanan imigresen Indonesia bergaduh semalam, kata polis.

Ketua polis tempatan Endro Kiswanto berkata, pergaduhan tercetus di wilayah Sumatera Utara, di mana lebih 100 pendatang Rohingya yang memasuki Indonesia menggunakan bot serta 11 nelayan haram dari Myanmar ditahan bersama.
Beliau berkata, saksi memberitahu polis bahawa pergaduhan bermula selepas seorang guru agama Islam Rohingya dan seorang nelayan Buddha berdebat mengenai keganasan kaum yang tercetus di negara mereka bulan lalu.


Ketua pusat tahanan Yusuf Umardani berkata, perdebatan bertukar menjadi pertengkaran sebelum nelayan itu menikam guru agama berkenaan.

“ Apabila mangsa menjerit, rakannya membantu beliau. Bermula dari situ pergaduhan tercetus dengan cepat menyebabkan pengawal keselamatan terlalu lambat untuk menghentikannya.

“Keganasan berlaku dengan cepat, dan ia sukar dijangka kerana mereka setakat ini tinggal dalam keadaan aman. Kebanyakan mangsa yang mati kerana mengalami kecederaan teruk di kepala. Mereka dikatakan bergaduh menggunakan apa saja yang ada termasuk kayu, batu, kerusi dan pisau,” katanya.

Sekurang-kurangnya lapan penganut Buddha terbunuh dan 15 penduduk Rohingya cedera. Tiga lagi penganut Buddha tidak mengalami kecederaan, kata Kiswanto.
“Saya keluar bersama dua rakan dan apabila pulang semula kami nampak mereka,” kata Win Thike Oo, seorang daripada nelayan yang memberitahu jurugambar Associated Press di tempat kejadian.

“Rakan kami berlumuran darah. Jika kami berada di situ ketika itu, kami juga akan mati.”

Semua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota, Medan, kira-kira 23 kilometer ke selatan Belawan.

Tiga nelayan yang terselamat dipindahkan ke bangunan berasingan dan beratus-ratus polis dikerah untuk mengawal keselamatan di pusat terbabit.
Sepasukan forensik turut ditugaskan untuk mencari bukti dan menentukan bagaimana mereka memiliki pisau.

Kiswanto berkata seramai 25 penduduk Rohingya disoal siasat polis dan akan didakwa di bawah undang-undang Indonesia kerana terbabit dalam pembunuhan. – AP

31 pengikut ‘Tuhan Harun’ ditahan

31 pengikut ‘Tuhan Harun’ ditahan
Lelaki dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan untuk disoal siasat. Pengasas ajaran sesat rekrut lebih 100 ahli

Kuantan: Seramai 31 individu, termasuk enam wanita dipercayai pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam serbuan di sebuah premis, Lorong Pandan Damai, di sini, petang kelmarin.

Maklumat orang awam
Serbuan dibuat kira-kira jam 6.50 petang berdasarkan maklumat orang awam bahawa terdapat kegiatan mencurigakan dilakukan Harun Mat Saat atau bergelar Tuhan Harun.


Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati Harun yang berusia 48 tahun sudah merekrut lebih 100 pengikut terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk doktor dan ahli perniagaan.

“Kegiatan ajaran sesat ini dipercayai sudah wujud setahun lalu dan mereka aktif mencari ahli baru terutama remaja dan individu bekerjaya.

Ritual bermain muzik

“Mereka mengamalkan ajaran sesat dengan melakukan ritual bermain muzik secara ‘live band’ setiap kali pertemuan diadakan pada waktu senja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber berkenaan berkata, turut ditahan ialah orang kanannya berusia 40-an yang turut dikenali sebagai ‘Doctor of God’ yang turut membantu menyebar ajaran sesat terbabit.

Beliau berkata, semua mereka yang ditahan berusia antara 12 tahun dan 50 tahun dan kini ditempatkan sementara di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Selain itu, sumber itu berkata, penahanan Tuhan Harun turut membongkar kegiatan penipuan pelaburan skim cepat kaya yang dikenali ‘program ganda wang’ dan dipercayai sudah memperdayakan orang ramai dengan anggaran kerugian lebih RM200 juta.

Skim cepat kaya

“Kami menemui wang tunai kira-kira RM70,000 dalam kereta suspek dan dipercayai ia hasil pelaburan orang ramai terhadap skim cepat kaya yang dianjurkannya.

“Saya difahamkan Harun juga dalam senarai antara individu paling dikehendaki Bank Negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan kumpulan berkenaan.

47 maut bangunan runtuh

47 maut bangunan runtuh
Pekerja penyelamat dan penduduk sekitar berhimpun berhampiran runtuhan bangunan di pinggir Mumbai yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang, semalam. Struktur tak kukuh dipercayai punca bangunan dibina secara haram roboh

Mumbai: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala 70 lagi cedera, apabila sebuah bangunan separuh siap yang dibina secara haram di pinggir hab kewangan India itu runtuh semalam, kata polis.

Pekerja penyelamat menggunakan kren dan jentolak bagi mencari mangsa di celah runtuhan konkrit dan besi selepas bangunan tujuh tingkat itu runtuh. Seorang bayi berjaya diselamatkan dari celah runtuhan itu.
“Ramai lagi dikhuatiri terperangkap di dalamnya ketika ini. Antara yang maut termasuk 11 kanak-kanak,” kata Pesuruhjaya Polis tempatan, K.P Raghuvanshi.


Polis buru pemaju

Punca runtuhan tidak dapat dipastikan, tetapi Raghuvanshi berkata struktur bangunan terbabit adalah lemah. Polis turut mencari pemaju untuk menahan mereka, katanya.

“Siasatan sedang dijalankan. Kerja menyelamat juga diteruskan, keutamaan kami kini adalah untuk menyelamatkan seramai mangsa yang boleh,” katanya.

Penduduk tempatan berkata, buruh membayar AS$5 (RM15.30) sehari untuk tinggal di bangunan itu.
Inspektor polis, Digamber Jangale berkata, sekurang-kurangnya empat tingkat bangunan terbabit sudah siap dan didiami. Pekerja sedang menyiapkan tiga tingkat lagi dan menambahkan tingkat ke lapan apabila bangunan terbabit runtuh.

Beliau berkata, antara yang maut adalah pekerja pembinaan yang tinggal di dalam bangunan terbabit.

Runtuh tiga saat

“Bangunan itu runtuh seperti kepingan kad dalam masa dua atau tiga saat. Ia hanya bergegar sedikit sebelum runtuh,” kata seorang penduduk tempatan.
Bangunan terbabit tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, katanya.

Polis bersama anjing penyelamat melakukan kerja pencarian di bangunan terbabit semalam. Mereka juga sedang mengesan pemilik bangunan itu untuk dikenakan dakwaan.

Peningkatan harga hartanah di kota paling padat India itu menyebabkan berpuluh ribu penduduknya tidak mampu memiliki rumah sendiri manakala beribu-ribu lagi terpaksa tinggal di tepi jalan atau kawasan setinggan. - AP

Jurugambar tipu polis kena 13 tahun


 
Kuala Lumpur: Seorang jurugambar sambilan, semalam dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah menipu dan menyamar sebagai timbalan pendakwa raya.

Hakim Hasbi Hasan membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan M K Ravi, 45, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagi kesalahan menipu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan terhadap Ravi manakala bagi tuduhan menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, dia dihukum penjara lima tahun.

Hukuman serentak

Bagaimanapun, Ravi bernasib baik kerana hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun apabila mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula semalam.

Ravi didakwa menipu seorang anggota polis untuk mempercayai dia adalah timbalan pendakwa raya bernama Mohd Sophian Zakaria, yang akan menyelesaikan kes rasuah membabitkan anggota polis itu hingga mendorong anggota polis itu menyerahkan wang berjumlah RM5,000.

BERNAMA

Enam disyaki edar dadah kena tahan




Petaling Jaya: Polis menahan enam individu, termasuk seorang remaja yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di daerah ini dalam dua operasi berasingan di Taman Medan Baru, di sini, Rabu lalu.

Seorang daripada suspek yang berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki satu paket dadah heroin dan sepucuk pistol, yang ditemui di dalam keretanya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata dalam serbuan pertama pada jam 10 malam itu, polis menemui 470 gram dadah heroin, sepucuk pistol jenama Ruger P85 MK II 302-43625 bersama satu kelopak berisi lima butir peluru hidup di dalam kereta.


Enam rekod jenayah lampau

“Polis menyiasat tujuan senjata itu dimiliki dan tidak menolak kemungkinan suspek menggunakannya untuk menyamun.

“Siasatan juga mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan samun, dadah dan perintah sekatan sejak beberapa tahun lalu.
“Suspek ditahan reman lima hari bermula kelmarin (Khamis lalu) mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, semalam.

Pemandu teksi cabul dipenjara 24 tahun


 
Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara berjumlah 24 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul dan menyamun penumpangnya di dalam sebuah teksi dua tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi M Saravanan, 30.
Hanya penjara 12 tahun

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara lima tahun dan satu sebatan serta penjara tujuh tahun, masing-masing bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Hakim Hasbi memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 16 Jun 2011.

Bagi pertuduhan pertama, Saravanan didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 31 tahun di dalam sebuah teksi dalam perjalanan di antara Jalan P Ramlee hingga ke Kondo Kenanga Point, Jalan San Peng, Dang Wangi, di sini, pada jam 3.30 pagi, 6 Mac 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebatan.
Cabul, samun guna parang

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mencabul dan menyamun telefon bimbit Blackberry serta wang tunai RM500 milik wanita yang bekerja sebagai pembantu pengurus restoran dengan menggunakan sebilah parang pada masa dan lokasi sama.

Bagi pertuduhan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau boleh dikenakan sebatan manakala bagi pertuduhan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han yang membantu rakan sejawatannya Ooi Chean Ling, memohon hukuman berat dikenakan terhadap Saravanan dengan alasan tertuduh mengambil kesempatan terhadap penumpangnya.

“Perbuatan tertuduh merosakkan imej pemandu teksi di negara ini dan tertuduh juga menggunakan sebilah parang bagi memaksa mangsa menyerahkan barang miliknya,” katanya.

BERNAMA

13 penumpang maut, bas hilang kawalan jatuh di Banjaran Peru



 
LIMA: Sekurang-kurangnya 13 penumpang maut apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum jatuh dari Banjaran Peru, iaitu berdekatan sempadan Bolivia.

Pegawai Polis Daerah Puno, Amador Vilca berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan 14 penumpang lain cedera selepas ia terjatuh pada ketinggian 80 meter, lebuh raya Banjaran itu.

Punca kemalangan difahamkan, katanya, adalah kegagalan pemandu bas berkenaan mengawal pemanduannya ketika mengambil satu selekoh di lebuh raya yang berdekatan dengan bandar Iskaycruz. - AFP

Dituduh miliki MyKad palsu



Oleh Iskandar Shah Mohamed

Melaka: Seorang lelaki Suluk yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan ke dua mahkamah berasingan di sini, semalam, atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap di negara ini secara tidak sah, bulan lalu.

Tertuduh, Iskandar Azlan Shah Mohd Nazal Al Shah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan memohon dibicarakan di Mahkamah Majistret dan Sesyen itu.


Terdahulu, tertuduh yang berpakaian lokap jingga kelihatan tenang dan mengangguk faham akan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu. Mengikut pertuduhan awal di Mahkamah Majistret, dia didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu dengan menggunakan surat beranak seorang bernama Sharif Abdila di sekitar Taman Seri Mangga, Melaka Tengah, kira-kira jam 7 malam, 8 Mac lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25 (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan berikutnya di Mahkamah Sesyen, dia sebagai seorang yang bukan warga negara Malaysia turut didakwa masuk dan berada di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah di lokasi, waktu dan tarikh sama. Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan tidak lebih enam sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abdul Aziz, manakala Iskandar tidak diwakili peguam.


Tiada kos jaminan ditawarkan pendakwaan berikutan tertuduh adalah warga asing.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar masing-masing membenarkan permohonan itu.


Tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes ditetapkan pada 7 Mei depan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika ditemui mengesahkan penahanan lelaki itu yang bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat minyak.

Wanita asing, lelaki tempatan diberkas



Lahad Datu: Seorang wanita warga asing yang memiliki kad pengenalan Kesultanan Sulu ditahan selepas risikan polis mendapati individu terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan pencerobohan pengganas di negeri ini, petang kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata, susulan penahanan wanita itu, polis turut memberkas seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Tanjung Aru, Kota Kinabalu untuk membantu siasatan.


“Wanita berusia 45 tahun itu ditahan ketika terserempak dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Bilis, Felda Sahabat, kelmarin,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

“Sebaik ditahan dan melakukan pemeriksaan, polis hanya menemui kad identiti Kesultanan Sulu selain tidak menemui sebarang dokumen pengenalan atau perjalanan,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.


Tan berkata, wanita itu disiasat mengikut Akta Imigresen.

Kereta diconteng selepas panggilan ugutan



Bukit Mertajam: Mula-mula terima panggilan berbaur ugutan daripada lelaki tidak dikenali dan 12 jam kemudian keretanya yang diletak di rumahnya diconteng menyebabkan Ketua Kaum India Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh N Ponnusamy bimbang dengan keselamatan diri serta keluarganya.

Ugutan itu menyebabkan dia membuat laporan polis pada jam 11.30 pagi semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.


Ponnusamy mendakwa menerima panggilan telefon daripada lelaki tidak dikenali pada jam 8.23 malam kelmarin, memberi amaran tidak mengaitkan nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam sebarang kenyataannya jika tidak mahu mendapat susah.

Suspek kes bunuh, isteri ditahan



Klang: Suspek kes bunuh yang melarikan diri bersama isterinya Rabu lalu akhirnya diberkas selepas dilihat berlegar-legar di hadapan premis rumah kedai berhampiran rumah mereka di Jalan Goh Hock Huat, awal pagi semalam.

Suspek berusia 27 tahun dan isterinya berusia 26 tahun dipercayai cuba masuk ke rumah untuk berehat selepas beberapa jam menjadi pelarian sejurus menyedari menjadi orang buruan.


Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Raja, Klang ketika mereka sedang berlegar-legar di depan premis alat pertukangan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi itu kira-kira jam 12 tengah malam sebelum terserempak dengan pasangan itu lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis.


“Sejurus dihampiri, kedua-duanya cuba melarikan diri namun gagal sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Raja untuk disoal siasat. Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek tiada dokumen perjalanan.


“Dia (suspek) kini direman tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Sementara itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa turut mengalami kecederaan pada belakang jari tangan kanan dipercayai terkena permukaan kasar.


Harian Metro semalam melaporkan hanya kerana menghantar ayat cinta melalui SMS kepada isteri rakan, seorang pemuda berusia 22 tahun tersungkur tidak bernyawa selepas ditikam di leher oleh suami wanita itu yang juga rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan marah dan cemburu sebelum suspek dan isterinya menghilangkan diri sejurus mayat mangsa ditemui pihak berkuasa.


Mohamad Shukor berkata, polis belum menemui senjata digunakan dalam kejadian itu dan memberitahu usaha mencari senjata tajam itu sedang dilakukan.


Mohamad Shukor meminta orang ramai menyaksikan kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-32912222 atau balai polis terdekat.

Rumah neraka



Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Rumah neraka itu didiami seorang wanita yang sering dibelasah suami dan ibu bapa mentua jika berlaku perselisihan faham antara mereka hingga menyebabkan dia keguguran tiga kali sejak tiga tahun lalu.

Lebih parah, dia yang tidak bekerja dijadikan seperti ‘hamba abdi’ apabila dipaksa melakukan semua kerja di dalam rumah mereka di pangsapuri di Dang Wangi, di sini dan akan dimarahi jika tugasan diberikan itu tidak dibuat selain dibelasah sehingga mendatangkan kecederaan.
Malah, mangsa berusia 28 tahun bukan sahaja dipukul suaminya berusia 30-an tetapi ibu bapa mentuanya turut campur tangan dengan memaki-hamun dan membelasahnya dengan teruk serta sering mengambil wang tunai dan barangan kemas miliknya.

Dalam kejadian terbaru jam 8 pagi kelmarin, mangsa sekali lagi dipukul suami dan mentuanya gara-gara dituduh tidak membuat kerja rumah dan enggan memberi mereka wang.


Menurut sumber, walaupun mangsa menafikan tuduhan suaminya yang mendakwa dia tidak mengemas rumah, namun suaminya tidak mempercayai dan terus memaki-hamun dan memukul mangsa.

Dua kereta berpusing



Jempol: Seorang lelaki terbunuh manakala enam lagi cedera termasuk seorang bayi berusia tiga bulan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 20, Jalan Bahau-Keratong di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.55 malam itu, P Kumaran, 37, yang memandu Proton Iswara maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Perodua Viva dari Keratong dinaiki dua lelaki berusia 50-an cuba memotong sebuah kenderaan.


“Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak sempat memasuki kembali laluannya lalu bertembung lori enam tan dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, Perodua Viva bergesel dan merempuh kereta Proton Iswara dipandu Kumaran yang datang dari Bahau,” katanya di sini, semalam. Hamzah berkata, rempuhan itu menyebabkan kereta Perodua Viva berpusing bersama Proton Iswara sehingga ke kanan jalan.


“Kumaran maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala isterinya berusia 30-an, anak perempuan berusia dua tahun dan bayi lelaki berusia tiga bulan cedera ringan.


“Dua lelaki yang menaiki Perodua Viva dan pemandu lori cedera dan mereka kini dirawat di Hospital Jempol,” katanya.

Transaksi tangan ghaib

Foto
ZAKIAH menunjukkan laporan polis dibuatnya.
Klang: Seorang kerani pelik apabila wang simpanannya lesap walaupun budak penghantar surat pejabatnya yang diarahkan untuk mengeluarkan duit dalam akaun ditahan polis di Meru pada 29 Mac lalu kerana dipercayai terbabit kes penyalahgunaan dadah dan kini masih direman untuk siasatan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zakiah, 34, berkata, pada hari kejadian dia memberi kad bank kepada penghantar surat itu untuk mengeluarkan wang gajinya RM1,500 jam 11 pagi, tetapi tidak menerima sebarang berita dan tidak mengesyaki lelaki berusia 21 tahun itu mengambil wangnya.

Menurutnya, remaja itu sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Klang dan sudah mendapat kepercayaannya sehingga dia berani memberikan kad banknya tanpa syak.
“Saya menghubungi lelaki itu untuk bertanyakan status wang yang dikeluarkan, tetapi panggilan itu tidak dijawab. Dua hari selepas itu, saya cuba menghubungi bapanya dan diberitahu dia ditahan pada 29 Mac jam 1.30 petang.

“Saya menghubungi bank untuk mengetahui status wang dan dimaklumkan berlaku dua transaksi pada 29 Mac jam 10.11 malam dan 30 Mac jam 6.23 petang sebanyak RM2,070 tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Beliau berkata, apabila membuat semakan bank mendapati baki wang simpanannya tinggal RM10.

Zakiah berkata, dia pelik kerana dimaklumkan lelaki terbabit ditahan polis pada tengah hari, tetapi transaksi wangnya berlaku pada malam hari sama dan dia cuba mendapatkan pengesahan daripada bapa lelaki terbabit mengenai kejadian itu.

“Saya difahamkan, ketika ditahan lelaki itu berada dalam rumah rakan dan beg galasnya ada dalam rumah itu serta semua barang miliknya dibawa anggota polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan.
“Bapanya meminta bantuan saya membuat laporan polis dengan menyatakan anaknya tidak terbabit dalam transaksi itu kerana ketika transaksi, anaknya berada dalam tahanan polis yang tidak memungkinkan dia membuat pengeluaran di bank,” katanya.

Zakiah membuat laporan di Balai Polis Pandamaran pada Rabu lalu untuk mengetahui bagaimana transaksi itu berlaku dan terus mendapatkan kerjasama pihak bank untuk mengetahui individu yang melakukan transaksi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dilakukan.

Bom bawah pikap



Phatthalung: Seorang pegawai polis terselamat apabila teman wanitanya menyedari terdapat seutas tali yang diikat pada sebatang pokok dihubungkan pada sebutir bom di bawah trak pikap miliknya.

Inspektor unit kawalan jenayah balai polis Khuan Meed, Leftenan Muda Pitak Suwanmalai berkata, dia meletakkan trap pikapnya di kediaman teman wanitanya di daerah Tamod pada malam sebelumnya.


Keesokan hari, teman wanitanya menyedari ada seutas tali diikat pada pokok berhampiran. Wanita itu lalu memeriksa di bawah trak pikap berkenaan dan mendapati tali itu disambung pada sebutir bom di bawah kenderaan terbabit. Dia kemudian segera menghubungi balai polis untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

Skuad bom wilayah Phatthalung kemudian bergegas ke kawasan itu untuk melakukan pemeriksaan. Skuad itu mengesahkan terdapat sebutir bom di bawah trak pikap berkenaan sebelum memusnahkan bom berkenaan.


Sementara itu, polis berkata, serangan itu mungkin bermotifkan konflik peribadi. - Bangkok Post

Terbenam bersama lori tangki

Foto
Keadaan lori yang dinaikkan.


Foto
KREN menarik lori tangki minyak yang terjunam
 ke dalam Sungai Klang, awal pagi semalam.
Shah Alam: Seorang lelaki hampir maut selepas lori tangki membawa diesel dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Klang di Jalan Lama Kota Kemuning, berhampiran Kilometer 31.9 Lebuhraya Kesas menghala ke Kota Kemuning, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang untuk menghantar bahan api itu.

Setiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal lori 12 tayar itu menyebabkannya terjunam ke dalam sungai sedalam dua meter.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.40 pagi dan sepasukan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.



Katanya, anggota penyelamat mendapati mangsa terperangkap dalam lori berkenaan kerana kakinya tersepit di ruang pemandu lori yang remuk.

Lukis gambar arwah adik

Foto
RAFEAH menunjukkan lukisan Norqaseh.


Oleh Suraya Roslan

Seremban: “Hampir setiap hari anak kedua melukis gambar adiknya bagi melepaskan rindu,” kata Rafeah Zainal Abidin, 35, ibu Nurdamia Husnina, 18 bulan, yang maut terkena kipas helikopter kawalan jauh di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, 20 Mac lalu.

Rafeah berkata, anak keduanya, Norqaseh Hanisa, 6, akan melukis gambar adiknya bersama ahli keluarga lain apabila teringatkan adiknya itu.

“Norqaseh memang rapat dengan arwah, setiap hari melukis gambar ahli keluarga dan apabila ditanya, dia beritahu rindukan adiknya itu.

“Malah, dia melihat sendiri ketika kejadian itu menyebabkan dia demam,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin dan 25 ahli Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Tinggi Kerajaan (PEKERTI) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di rumahnya di Taman Bakawali, di sini, semalam.




Rafeah berkata, lebih memilukan apabila suaminya, Banee Yamin Idris, 35, kerap tidak sihat dan terbaru terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ampangan berikutan sakit dada, Selasa lalu.

‘Mana anak aku’



Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Shahrul Nizam Mohamad

Kuantan: “Ya Allah Ya Rabbi....anak aku. Astaghfirullahallazim, mana anak aku?.

Demikian jeritan seorang ibu, Zaituni Radimus Ali Ahmad, 40, ketika mencari anaknya yang ditinggalkan di rumah sejurus melihat kediamannya itu hangus dalam kebakaran di Kampung Haji Ali, Batu 6, Jalan Gambang, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Zaituni yang mengandung empat bulan berlari sambil menjerit ketika melihat api ‘menjilat’ rumahnya sejurus pulang daripada melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Jaya Gading, di sini.

Dalam keadaan kelam-kabut, ibu enam anak itu meraung mencari anak bongsunya yang berusia enam tahun, Mohd Haikal Mohd Saipul, yang ditinggalkan di rumah jiran sebelah rumahnya yang turut hangus dalam kebakaran berkenaan.

Foto
ZAITUNI memeluk anaknya Mohd Haikal selepas melihat anaknya selamat dalam kebakaran. Sementara itu sebuah kereta (kiri) berjaya diselamatkan penduduk.

Foto
ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kampung Haji Ali, Batu 6 Jalan Gambang, semalam.

Dalam kejadian membabitkan lapan rumah itu dan sebuah kedai makan serta sebuah kereta Perodua Kancil hangus dijilat api menyebabkan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

'Jamming' menjelang Maghrib

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
Foto
KETUA pengamal ajaran sesat dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan.

Kuantan: Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.
Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.
Kegiatan pengikut dan ketua ajaran sesat itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu studio menjadi pusat pertemuan mereka di Lorong Pandan Damai, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, 31 individu termasuk enam wanita berusia antara 12 dan 49 tahun ditahan termasuk ketua mereka, Tuhan Harun atau dikenali juga sebagai Ustaz Harun.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada 2011.

Lebih 45 maut apartmen haram di pinggir Mumbai runtuh



06/04/2013 4:07am

MUMBAI - Sekurang-kurangnya 45 orang maut tertimbus apabila blok apartmen haram yang sedang dibina di pinggir bandar raya ini runtuh, kata beberapa pegawai semalam.
Bangunan tujuh tingkat itu runtuh petang kelmarin menjadi timbunan besi dan konkrit setinggi lapan meter yang menyukarkan kerja-kerja menyelamat.
“Angka kematian terkini adalah 45 maut manakala 69 lagi cedera,” kata seorang jurucakap Majlis Perbandaran Thane, Sandeep Malvi.
Bandar Thane terletak sekitar 35 kilometer dari sini.
Media India melaporkan jumlah kematian mencecah 49 orang dengan polis memberitahu sekurang-kurangnya tujuh wanita dan 15 kanak-kanak turut terkorban. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2PdYZBKtU 
Hakcipta terpelihara 

Jeneral AS digantung tugas berhubung salah laku seks



06/04/2013 3:36am

WASHINGTON - Seorang jeneral tentera Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai operasi di timur Afrika digantung tugas berhubung dakwaan salah laku seks, kata seorang pegawai Pentagon kelmarin.
Komander berkenaan, Mejar Jeneral Ralph Baker dilepaskan daripada tanggungjawabnya oleh pemerintah Tentera AS di Afrika (AFRICOM), Jeneral Carter F. Ham, pada 28 Mac.
“Kami tidak dapat mengulas lanjut tentang perkara ini kerana semua dakwaan tersebut masih dalam siasatan,” kata Firman.
Seorang pegawai Pentagon menyatakan, Baker hilang jawatan tersebut kerana dakwaan salah laku seks dan ketagihan alkohol terhadapnya didapati benar.
Baker kini diberikan tugas pejabat di Washington sementara menunggu siasatan disiplin terhadap dirinya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2PdXIE2lm 
Hakcipta terpelihara 

Geng Nizam samun kedai, hotel bajet diberkas



MELAKA - Kegiatan 11 penjenayah bergelar Geng Nizam menyamun kedai serbaneka 24 jam dan hotel bajet di sekitar negeri ini sejak tiga bulan lalu berakhir apabila kesemuanya diberkas dalam operasi khas baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd. Rahman berkata, tangkapan pertama dilakukan Selasa lalu apabila polis memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun pada pukul 3 pagi di Taman Krubong.
Katanya, operasi khas itu dilakukan selepas pihaknya menerima 11 laporan samun membabitkan dua jenis premis tersebut.
"Hasil soal siasat, polis kemudian menahan 10 lagi suspek termasuk dua wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di sekitar Tanjung Minyak dan Taman Rambai Utama di sini.
"Selain tangkapan, kami turut merampas sebilah parang, dua bilah pedang samurai, 10 buah telefon bimbit, lima buah motosikal, tiga buah kereta, tiga buah topi keledar, dua buah walkie-talkie dan tiga buah komputer riba," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, modus operandi Geng Nizam ialah melakukan samun bersenjatakan pedang dan parang pada lewat malam hingga awal pagi dan akan bertindak agresif jika ditentang.
Menurut Salehuddin, suspek akan merampas rokok, wang dan telefon bimbit pekerja sebelum melarikan diri.
Kesemua suspek didapati positif syabu selain dua daripada mereka pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat berkaitan kes samun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2PdWyoyln 
Hakcipta terpelihara 

Angkara dendam




ANGGOTA polis mengangkat mayat Keng Yong yang mati ditembak oleh dua lelaki di Taman Mas, Sepang kelmarin.


SEPANG - Angkara dendam kesumat, dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila menembak mati seorang tauke premis judi haram dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Dagang Mas 5, Taman Mas di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 malam itu mengakibatkan Ng Keng Yong, 53, dari Taman Ipoh Impian, Ipoh, Perak mati di tempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di badan.
Difahamkan, mangsa adalah tauke premis judi haram yang beroperasi tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan baru sahaja keluar daripada kereta Proton Iswara selepas meletakkan kenderaan itu di hadapan sebuah kedai motosikal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2PdWgRbHE 
Hakcipta terpelihara 

Bapa sempat beri wang saku sebelum nahas




KEADAAN motosikal Affendi selepas bertembung dengan sebuah lori di Kuching semalam


KUCHING – Seorang remaja tidak menyangka pertemuan singkat dengan bapanya adalah kali terakhir dia melihat wajah insan disayanginya itu sebelum maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Matang di sini semalam.
Kejadian pukul 2 petang itu mengorbankan Affendi Baki, 49.
Mengimbau semula kejadian itu, anak mangsa, Mohd. Noraffizan, 19, memberitahu, sebelum kejadian, dia sempat berjumpa dengan bapanya di rumah di Kampung Matang semasa lelaki itu sedang berehat selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
Kata Pelajar Pusat Giatmara Santubong itu, ketika itu, bapanya sempat memberi wang RM20 kepadanya kerana dia akan menghadiri satu seminar Giatmara pada pukul 3 petang di Batu 5 di sini.
“Kami hanya sempat berbual ringkas dan jika tahu itu merupakan pertemuan kali terakhir, saya akan mendakap erat tubuh ayah,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2PdVC1XyU 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan dijel angkara rasuah



NOR MOHAMED KHAN dan Suraya Hani diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan dihukum penjara lima tahun dan denda RM1.25 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana bersubahat dengan isterinya menerima rasuah RM250,000.
Isterinya, Suraya Hani Ahmad Zaki, 32, pula dipenjara empat tahun dan denda RM1.25 juta kerana menerima wang suapan sebagai upah bagi membantu mendapatkan tender mereka cipta makmal forensik digital SKMM.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2PdUz8Uwa 
Hakcipta terpelihara 

Bangkai gajah yang dilapah ditemui di dalam hutan




BANGKAI seekor gajah ditemui di dalam hutan di daerah Minh Hoa, wilayah tengah Quang Binh, Vietnam pada Ahad lalu.- AFP


HANOI - Bangkai seekor gajah betina yang telah dilapah ditemui di sebuah hutan di daerah Minh Hoa, wilayah tengah Quang Binh, Vietnam pada Ahad lalu.
Menurut media tempatan, kulit, ekor, dua gading dan dua telinga gajah tersebut bagaimanapun tidak ditemui pada bangkai tersebut.
Beberapa pegawai renjer berkata, haiwan tersebut ketika hidup dianggarkan seberat empat tan, 3.2 meter (m) panjang dan setinggi 1.3m.
Mereka berkata, gajah tersebut mungkin telah mati dibunuh sehari atau dua hari selepas bangkai haiwan itu ditemui. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2PdSrDtT4 
Hakcipta terpelihara