Search This Blog

Wednesday, April 3, 2013

Empat didakwa miliki gas sarin




THE HAGUE: Empat orang yang ditahan selepas disyaki memiliki simpanan tersembunyi gas sarin, dihadapkan ke mahkamah di selatan Belanda, ketika polis terus mencari bahan kimia yang boleh melumpuhkan saraf itu.

Pendakwa raya berkata, masing-masing dua lelaki dan wanita ditahan Jumaat lalu, selepas polis mendapat maklumat mereka mungkin cuba menjual sarin. - AP

Tiga samseng jalanan ditahan



 
Kuala Lumpur: Taktik kepung, ugut dan samun sekumpulan samseng jalanan yang menyasarkan pejalan kaki di Lembah Klang tumpas dengan penahanan tiga lelaki.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata penahanan dilakukan dalam serbuan di bilik hotel bajet, Jalan Dwitasik 3, Bandar Permaisuri, di sini Rabu lalu.
Katanya, penjenayah berusia antara 16 hingga 22 tahun itu menggunakan motosikal dengan membawa parang sebelum mengepung, mengugut dan menyamun mangsa di laluan pejalan kaki.

“Suspek dipercayai melakukan 27 samun di Cheras, Brickfields dan Ampang sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohan berkata, polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan ‘Langgar Belakang’ di Taman Cheras Mewah Batu 9, di sini, pada jam 11.40 malam Rabu lalu.

63 kediaman rosak dipukul ribut

63 kediaman  rosak dipukul ribut
Pelatih Giatmara membantu mengalihkan zink yang rosak di Kampung Paya Pida 1. - Foto Shahrizal Md Noor/bh] Kodiang: Sekurang-kurangnya 63 rumah dari tiga kampung sekitar sini rosak dipukul ribut, kelmarin, yang menyebabkan lebih 400 penghuni dipindahkan ke empat pusat pemindahan.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan rumah rosak berkenaan terutama di bahagian bumbung yang mengakibatkan kerugian mencecah RM1 juta.
Ia membabitkan 45 rumah di Kampung Paya, Kampung Pida (13) dan Kampung Kandis (lima).


Tinjauan BH mendapati ada bumbung rumah diterbangkan sejauh 50 meter, selain serpihan struktur itu tersangkut di atas pokok.

Sempat selamatkan cucu

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Warga tua, Habsah Ahmad, 69, mengakui bernasib baik kerana sempat menyelamatkan cucu lelakinya berusia lima tahun dan tiga bulan ketika rumah rumah mereka bergegar akibat tiupan angin.
“Kejadian begitu pantas... sebaik atap zink rumah saya bergegar kuat, saya tidak berfikir panjang dengan terus heret cucu saya keluar rumah, manakala menantu saya pula melarikan bayinya yang berusia tiga bulan.

“Beberapa saat kami melangkah keluar, bumbung zink dan kayu alang rumah jatuh di tempat cucu saya tidur. Jika kami lambat, pasti akan berlaku kecelakaan,” katanya.

Umum bantuan

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, yang melawat kampung itu, mengumumkan bantuan sebanyak RM20,000 kepada 63 keluarga yang yang disalurkan Kerajaan Pusat melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, setiap keluarga menerima RM300 sebagai bantuan awal bagi meringankan beban sementara menunggu laporan penilaian rumah yang rosak untuk proses pembaikan.

“Selepas proses penilaian, berkemungkinan bantuan lain akan diberikan kepada mangsa untuk membantu mereka membina semula rumah yang rosak.

“Kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan. Malah, semua mangsa terutama wanita dan kanak-kanak dipindahkan ke empat pusat pemindahan yang disediakan di kawasan ini,” katanya.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Zulkiply Ramli pula, berkata pihaknya sudah menyalurkan bantuan awal seperti barangan keperluan harian termasuk makanan dan selimut kepada mangsa sejak malam kelmarin.

“Bantuan bencana alam akan diberikan bergantung pada kerosakan rumah dan setakat ini kita sedang membuat bancian berhubung kerosakan dialami,” katanya. 

Serbu makmal dadah

Foto
RASHID (dua dari kanan) menunjukkan dadah dan peralatan yang dirampas.


Kuala Lumpur: Polis merampas dadah jenis syabu bernilai RM2.3 juta dalam tiga serbuan sekitar ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut membawa kepada penemuan makmal memproses dadah, minggu lalu.

Dalam serbuan pada 26 Mac hingga 31 Mac lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menahan 11 lelaki warga asing berumur 22 hingga 58 tahun iaitu tujuh rakyat Iran, Nigeria (tiga) dan Pakistan (satu).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama pada 26 Mac lalu, pihaknya memberkas tiga lelaki Nigeria dan merampas tiga kilogram (kg) syabu bernilai RM600,000 dalam kotak sabun di Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara, jam 4.30 petang.

Menurutnya, dalam serbuan kedua pada 31 Mac lalu, polis merampas syabu seberat 1.06 kg bernilai RM200,000 yang ditemui dalam sepasang kasut lelaki Pakistan yang tiba di KLIA dari Dubai.




“Pada hari sama, kami menahan tujuh warga Iran di dua kondominium iaitu di Jalan Kuching dan Taman Sri Hartamas.

Suspek bunuh anak jutawan ditahan



Bangkok: Polis Thailand berkata, mereka menahan seorang suspek yang dikehendaki Indonesia kerana terbabit membunuh seorang anak jutawan tahun lalu.

Pegawai imigresen, Chartchai Eimsaeng berkata, Mulyadi Budiman ditangkap di lapangan terbang di Bangkok semalam ketika dia dalam perjalanan ke sempadan di timur laut Thailand. “Mulyadi adalah suspek keempat dalam kes pembunuhan William Lim di Jakarta pada Mac lalu.


“Tiga suspek lain sudah ditahan pihak berkuasa sebelum ini,” katanya. Mulyadi, 19, dan suspek lain didakwa membungkus Lim, 23, dalam beg plastik sebelum membelasahnya sehingga mati dengan penukul dan paip.

Chartchai berkata, Mulyadi dihantar ke Indonesia serta-merta.


Lim adalah anak seorang ahli perniagaan barangan dapur yang dikenali di Indonesia. - AFP

Jari kelengkeng anak dalam perut anjing

Foto
FERNANDO masih dirawat di hospital kerana cedera di tangannya tetapi dia dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.


Florida: Seorang lelaki menembak mati seekor daripada anjing kesayangan keluarga dan membelah perut haiwan itu selepas ia membaham sebatang jari anaknya.

Sebelum itu, Fernando Brignoni, 11, sedang memanjakan anjing peliharaan mereka sekeluarga, Sassy, apabila haiwan berkenaan tiba-tiba membaham tangannya.


Mendengar Fernando menjerit kesakitan, bapa budak itu, Luis bergegas ke halaman dan memukul kepala Sassy.

Namun, selepas Luis, 43, menarik tangan Fernando dia mendapati jari kelengkeng anaknya telah putus dan dipercayai berada dalam perut Sassy.


Ketika itu, kata Luis, anjing berkenaan masih berlegar-legar di laman rumah mereka di Bradenton.


Dalam keadaan itu, Luis berkata, dia sedar tidak ada pilihan lain kecuali menyelamatkan jari Fernando dengan membunuh Sassy.



“Saya mengambil pistol dan menembak Sassy,” katanya.


Sebaik saja Sassy mati, Luis membelah perut anjingnya untuk mendapatkan semula jari Fernando. Menggunakan helikopter, Fernando kemudian diterbangkan bersama jarinya ke hospital. Kata Luis, dalam keadaan mencemaskan, seseorang boleh bertindak apa saja demi menyelamatkan anak mereka.

“Anda tidak tahu dari mana kekuatan itu datang,” katanya. Walaupun begitu, Luis mengakui dia amat sedih kerana kehilangan Sassy yang dipeliharanya sejak tujuh tahun lalu.


“Pada asasnya, kami kehilangan sebahagian daripada anggota keluarga,” katanya. Kata Luis, dia terpaksa membuat pilihan sukar.


“Saya terpaksa mengutamakan anak daripada Sassy dan ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang pilihan,” katanya. Di sebalik tindakan nekad Luis, jari Fernando tetap gagal diselamatkan kerana ia mengalami kerosakan saraf. - Metro

‘Malang menjelang nikah’

Foto
ANGGOTA bomba cuba mengawal api dari merebak
dalam kejadian kebakaran di Kampung Puah Lembah.


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: “Bukan hanya baju dan cincin, beras untuk kenduri kahwin pun dah jadi abu. Yang tinggal cuma tong gas,” keluh Permaisuri Abdullah, 58, selepas rumahnya musnah terbakar bersama 14 rumah lain di Kampung Puah Lembah, Sentul, di sini, semalam.

Permaisuri berkata, dia dan keluarga kini buntu kerana anak lelakinya bakal melangsungkan perkahwinan dengan majlis keraian di pihak pengantin perempuan dijadualkan berlangsung di Langkawi, Jumaat ini manakala kenduri di pihak keluarganya ditetapkan pada 27 April depan.

“Kami tak tahu apa nak buat kerana semua baju yang dibeli untuk kenduri sebelah pengantin perempuan dan tiket kapal terbang turut musnah.

“Kami sepatutnya berlepas ke Langkawi Khamis ini,” katanya yang menganggarkan kerugian RM50,000 akibat kebakaran yang berlaku jam 3 petang itu.




Permaisuri berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ishak Adam, 64, menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran memberitahu berlaku kebakaran.

15 peluru dendam

Foto
Oleh Na'imah Mohamed

SERDANG: Akibat dendam, seorang penganggur maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan padanya di perkarangan tempat letak kereta Flat Taman Seri Serdang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Mangsa, Bernard Ooi Poh Beng, 39, mati di tempat kejadian selepas enam daripada tembakan mengenai bahagian dada serta masing-masing satu di lengan kiri, ketiak kanan dan perutnya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika ditemui di tempat kejadian berkata, berdasarkan jumlah kelongsong peluru serta cara tembakan dilepaskan, polis tidak menolak kemungkinan dendam sebagai motif kejadian.

"Mangsa dikatakan sedang dalam berjalan pulang ke rumahnya yang terletak di blok satu flat berkenaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.




"Menurut saksi yang ditemubual, sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba berhenti berdekatan mangsa dan orang yang berada di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa das tembakan sebelum mangsa rebah," katanya kepada wartawan.


Menurut Abdul Razak lagi, polis menemui dua jenis peluru yang berbeza dan yakin suspek lebih daripada dua orang menggunakan dua senjata api berlainan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah.

Katanya, polis akan menyiasat latar belakang mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Letupan di lombong arang batu, enam terbunuh



BEIJING 2 April - Sekurang-kurangnya enam orang terkorban manakala 11 orang lagi dilaporkan hilang dalam satu letupan baharu yang berlaku di sebuah lombong arang batu yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu.
Letupan tersebut berlaku di lombong Baboo yang terletak di wilayah Jilin, timur laut China.
Seorang pekerja mengesahkan kejadian tersebut, berkata berlaku dua letupan di lombong yang sama, yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu.
Dia bagaimanapun tidak memberikan maklumat terkini bagaimana kejadian sama itu berlaku di kawasan yang sama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130402/lu_01/Letupan-di-lombong-arang-batu-enam-terbunuh#ixzz2PNgQcAJP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Geng Rempit tumpas, 30 kes samun jalanan selesai



KUALA LUMPUR 2 April - Polis percaya dapat menyelesaikan hampir 30 kes samun jalanan dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur yang menganggotai kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Rempit' dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Bandar Permaisuri, Cheras di sini, Rabu lalu.
Ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki aktif melakukan samun bersenjata secara berkumpulan sejak tiga bulan lalu di sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kumpulan yang digelar Geng Rempit itu melakukan samun dengan menaiki motosikal dan mengepung mangsa sebelum memukul dan melarikan barang berharga milik mereka.
"Kumpulan yang kita percaya dianggotai oleh lima hingga 10 lelaki tempatan ini menggunakan modus operandi iaitu melakukan kegiatan jenayah tersebut pada awal pagi antara pukul 6 hingga 9 pagi.
"Suspek bersenjatakan parang akan mengepung dan memukul mangsa bagi memaksa mereka menyerahkan barang berharga," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis telah merampas barang-barang hasil samun terdiri daripada sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, lima kad pengenalan milik orang lain, beberapa kunci kereta dan kunci motosikal serta kad bank dan kad kredit milik mangsa.
Katanya, turut dirampas ialah sebuah motosikal yang digunakan suspek untuk melakukan samun.
Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sedang menjejaki rakan-rakan suspek dipercayai seramai enam orang.
Dalam kes berasingan, beliau berkata, polis menumpaskan kumpulan samun kereta yang menggunakan modus operandi langgar belakang.
"Dalam kejadian pada Khamis lalu, polis berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun selepas mengejar sebuah kereta Toyota Vios yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di Batu 9, Cheras.
"Polis yang membuat pemeriksaan menemui sebilah parang panjang, enam komputer riba, satu beg berisi peralatan pecah rumah dan tiga gunting, manakala kereta Toyota Vios yang dipandu suspek dipercayai hasil samun," katanya.
Mohan berkata, hasil tangkapan itu polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes samun dan pecah rumah di sekitar Cheras.
Katanya, polis kini memburu dua lagi rakan suspek yang masih bebas dan kesemua suspek yang ditahan dalam dua kes tersebut direman sehingga esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130403/je_06/Geng-Rempit-tumpas-30-kes-samun-jalanan-selesai#ixzz2PNfVOzpD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Banglo lokasi filem Bollywood terbakar, kerugian cecah RM1 juta



KLANG 2 April - Sebuah banglo yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood musnah dalam kebakaran membabitkan anggaran kerugian mencecah RM1 juta dalam kejadian di Jalan Johan Setia di sini hari ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.
Kebakaran dipercayai bermula di tingkat atas banglo dua tingkat itu yang juga sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem tempatan, katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4 petang.
Kejadian itu menyebabkan tingkat atas banglo berkenaan musnah sepenuhnya, katanya menambah punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130402/je_17/Banglo-lokasi-filem-Bollywood-terbakar-kerugian-cecah-RM1-juta#ixzz2PNfKtaOu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis rampas RM2.3j dadah



NOOR Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan dadah dan peralatan memproses bahan tersebut yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kejayaan besar setelah menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas dadah bernilai RM2.3 juta minggu lalu.
Kejayaan itu termasuk membongkar kegiatan sindiket dadah didalangi warga Iran di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak di sini yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah.
Turut ditangkap ialah seorang keldai dadah warga Pakistan yang menyorok bahan terlarang itu dalam pelapik kasut yang dipakai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam tiga kes tersebut, polis memberkas 11 rakyat asing terdiri daripada tujuh lelaki Iran, tiga lelaki Nigeria dan seorang lelaki Pakistan.
Beliau berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga lelaki warga Nigeria dibuat di sebuah premis di Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara, Petaling Jaya dekat sini pada 26 Mac lalu.
"Dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas tiga bungkusan dadah jenis syabu seberat tiga kilogram (kg) yang diisi dalam kotak sabun," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Noor Rashid berkata, sindiket kedua didalangi warga Iran ditumpaskan Sabtu lalu, di tiga kondominium di Jalan Kuching, Taman Sri Hartamas dan Jalan Tun Razak di sini.
Beliau berkata, tangkapan pertama pada hari itu dilakukan kira-kira pukul 5.45 petang melibatkan dua lelaki Iran di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Kuching.
Selepas itu, katanya, polis menahan dua lagi lelaki Iran di Taman Sri Hartamas dan merampas satu bungkusan dadah jenis syabu seberat 485 gram daripada suspek.
"Susulan dua tangkapan itu, polis kemudian menyerbu seunit kondominium di Jalan Tun Razak yang membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu dan menahan tiga lagi lelaki Iran dipercayai anggota sindiket yang sama.
"Hasil pemeriksaan di makmal mini itu, polis menemukan tiga bungkusan plastik dadah jenis syabu seberat 2.9 kg yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta," katanya.
Beliau berkata, turut ditemukan ialah beberapa bahan kimia seperti 'red phosphorous', 'iodine pellets', 'acetone' dan cecair lain serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.
Pada hari yang sama juga, Noor Rashid berkata, pihaknya memberkas seorang lelaki warga Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini yang baru tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemukan dua bungkusan dadah jenis syabu seberat kira-kira 1.06 kg dianggarkan bernilai RM200,000 disembunyikan dalam kedua-dua belah tapak kasut lelaki tersebut.
"Kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 58 tahun kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130403/je_03/Polis-rampas-RM23j-dadah#ixzz2PNel3mZo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Edar 5kg ketamin, warga India berdepan hukuman mati


KOTA BHARU 2 April - Seorang lelaki warga India berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar lima kilogram dadah jenis ketamin pada bulan lepas.
SD Mohamed Idris, 29, dituduh melakukan kesalahan tersebut di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini, pada pukul 4.50 petang, 18 Mac lalu.
Lelaki tersebut menundukkan kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Mohamad.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Koh Joo Kai manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis ketamin seberat lima kilogram di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, pada pukul 4.50 petang, 18 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Mahkamah menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130402/ma_04/Edar-5kg-ketamin-warga-India-berdepan-hukuman-mati#ixzz2PNdkvxc8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lori bawa petrol terbalik, pemandu terbunuh



Anggota bomba dan penyelamat menyembur buih sabun bagi mengelakkan tumpahan petrol terbakar selepas lori tangki membawa petrol terbalik di Plaza Tol Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN 2 April - Sebuah lori tangki membawa muatan petrol terbalik di Plaza Tol Seremban-Port Dickson di sini hari ini mengakibatkan pemandunya terbunuh dan bahan bakar yang dibawanya tumpah di atas jalan.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu berusia 40-an itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur sebelum terlibat dengan kemalangan tersebut.
Katanya, siasatan awal polis percaya lori tangki itu dipandu laju semasa membelok memasuki ke plaza tol berkenaan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbalik.
"Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori cedera parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).
"Kemalangan itu turut menyebabkan sebahagian petrol yang dibawa tumpah di atas jalan, memaksa laluan masuk ke plaza tol ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Zulkefly Ahmad berkata, seramai 15 anggota bersama empat jentera bomba dibantu Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak.
Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat satu bahagian di lori tangki itu bocor menyebabkan ratusan liter petrol tumpah di atas jalan raya.
Menurut Zulkefly, pihaknya mengambil tindakan menyembur dengan sabun khas bagi mengelakkan tumpahan petrol itu terbakar.
"Wakil daripada syarikat minyak terbabit turut membantu memindahkan baki petrol yang masih ada dalam lori tangki tersebut sebelum kenderaan itu dialihkan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130403/je_05/Lori-bawa-petrol-terbalik-pemandu-terbunuh#ixzz2PNcvZSM5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 nelayan Bangladesh dibunuh oleh lanun



DHAKA 2 April - Sekurang-kurangnya 16 orang nelayan dibunuh oleh lanun di tenggara negara ini.
Lanun-lanun itu dipercayai mengikat kesemua mereka sebelum membuang mayat nelayan-nelayan itu ke dalam Teluk Benggala semalam.
Polis berkata, pihaknya menemui bot nelayan di Pulau Kutubdia di daerah Coz Bazaar bersama tiga mayat selepas nelayan lain menemukan mayat tersebut dalam keadaan terapung di laut.
"Kesemua mereka ditemukan dengan keadaan tangan dan kaki terikat dengan tali sebelum membawa kesemuanya ke pantai," kata Timbalan Ketua Polis tempatan, Imran Bhuiyan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130402/lu_02/16-nelayan-Bangladesh-dibunuh-oleh-lanun#ixzz2PNYVU0ej
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kedai komputer jual DVD lucah


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Kedai komputer jual DVD lucah
Anggota BKF KDN sedang memeriksa premis yang dipercayai menjual DVD permainan lucah di sebuah pasar raya, kelmarin.
IPOH - Sebuah premis menjual pelbagai jenis peralatan komputer diserbu anggota Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana didapati menjual cakera video digital (DVD) permainan lucah di sini, petang kelmarin.

Premis yang beroperasi di sebuah pasar raya di Jalan Kampar itu dipercayai pernah diserbu sebelum ini, namun tetap meneruskan perniagaan tanpa rasa bersalah.

Ketua Bahagian BKF KDN, Zaki Mohamed berkata, dalam serbuan jam 3.25 petang itu, tiada pelanggan yang mengunjungi premis tersebut.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan mereka hanya menemui seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an sedang sibuk menjalankan kerja di premis berkenaan.

“Hasil serbuan, kami berjaya merampas 35 DVD permainan yang dipercayai mempunyai unsur lucah dan tidak sesuai dijual kepada pelanggan.

“Selain itu, seorang wanita dipercayai pekerja premis turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zaki berkata, pihaknya akan memantau kawasan itu dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih ingkar.

Katanya, rampasan  dilakukan kerana mendapati DVD terbabit telah melanggar Seksyen 5  Akta Penapisan Filem 2002.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih RM50, 000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Polis cari lapan individu


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Polis cari lapan individu
Polis cari lapan individu
SELAMA – Pihak polis sedang mencari lapan individu yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, individu pertama dikenali sebagai Mohd Najib Mat Kassim, 35, dari Changkat Jering dan dipercayai terlibat dalam kes mencederakan orang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Individu kedua, Mohd Khairul Anuar Abd Hamid, 31 tahun dari Felda Gunung Besout 1, Sungkai  dicari atas kesalahan pecah rumah dan curi motosikal,” katanya.

Wan Jamil berkata, individu ketiga, Uthman Abd Rani, 31, tahun berasal dari Bagan Baharu, Ijok, dipercayai terlibat dengan kes memiliki senjata api dan kesalahan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.

Tambah beliau, individu keempat, Bakri Akuman, 37, yang dipercayai pernah tinggal di Jalan Menteri, Selama kemudian Kampung Baru, Kuala Lumpur dan alamat terakhirnya di Kota Bharu, Kelantan.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan melanggar syarat tahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(d) Akta Pencegahan Jenayah.

"Manakala individu kelima dan keenam, N Turaiemurugan, 38, dari Kamunting dan M Raju, 35, dari Ulu Sepetang," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes curi dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara individu dikehendaki, Ujang @ Mohd Sufian Kamarudin berumur 41 tahun yang tinggal di Kampung Tengah, Rantau Panjang, Selama dan alamat terakhir di Kampung Kuala Jempur, Bahau.

“Kes terlibat ialah rogol dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wan Jamil berkata, individu terakhir, R Maran, 34, dari Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.

“Kesalahan suspek disiasat di bawah Seksyen 15 (e) Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya.

Dalam perkembangan sama, adalah dinasihatkan agar semua penama-penama itu dapat tampil ke Balai Polis Daerah Selama, bagi membantu siasatan lanjut pihak polis.

“Malah kepada orang ramai yang mengenali atau mengetahui tempat tinggal penama-penama tersebut diminta untuk menghubungi IPD Selama di talian 05-839 5999 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tinggal nota mohon maaf



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Tinggal nota mohon maaf
Mohd Faizal menunjukkan dokumen perjalanan pembantu rumah yang berada dalam simpanannya.
ALOR GAJAH - Seorang majikan menanggung kerugian lebih RM50,000 selepas pembantu rumahnya melarikan diri sebelum meninggalkan nota memohon maaf dalam kejadian sekitar daerah ini, kelmarin.

Pembantu rumah berkenaan, Shella Afriani, 18, berasal dari Batam, Indonesia dikatakan baru dua minggu bekerja di rumah majikannya melarikan wang tunai RM5,000, seutas rantai emas dan gelang tangan, sehelai jaket berjenama, sepasang kasut dan telefon bimbit.

Mangsa, Mohd Faizal Md Nasir, 34, berkata, dia menyedari kehilangan pembantu rumahnya itu kira-kira jam 6 pagi selepas melihat pintu belakang rumah terbuka sementara ahli keluarga lain masih tidur.

Menurutnya, ketika kejadian pembantu rumahnya itu tidur di sebelah ibunya di ruang tamu namun tidak menyedari bila gadis itu melarikan diri.

"Sebaik terjaga, suasana jadi kecoh dan saya terkejut apabila melihat RM5,000 yang diletakkan di bilik sudah hilang termasuk sehelai jaket berjenama yang dihadiahkan oleh isteri serta sepasang kasut," katanya dekat sini, semalam.

Mohd Faizal berkata, pembantu rumahnya itu turut melarikan gelang tangan dan rantai leher milik ibunya yang diletakkan dalam almari.

"Seminggu selepas bekerja, Shella ada memberitahu hendak pulang ke Indonesia dengan alasan ibunya sedang sakit namun kejadian itu dinafikan keluarganya ketika dihubungi agen.

"Saya ada menegur sikapnya itu kerana menipu dan tindakannya melarikan diri menimbulkan tanda tanya kerana kami tidak pernah mengasarinya malah menganggap seperti keluarga sendiri," katanya ketika ditemui.

Mohd Faizal yang juga pegawai kanan Pejabat Tanah dan Galian Negeri berkata, dia mengambil pembantu rumah itu menerusi agen di Batu Pahat, Johor dengan perjanjian akan diberikan seorang pembantu rumah berusia 35 tahun namun tiada dan digantikan dengan pembantu rumah berusia 21 tahun.

“Tetapi selepas diselidik latar belakang pembantu rumah berkenaan rupanya baru berusia 18 tahun dan difahamkan sudah dua bulan berada di sini.

"Saya syak dia masih berada di sekitar Johor memandangkan bapanya ada bekerja di sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika ditemui mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Tergamam lihat suami peluk janda keadaan bogel



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
ALOR GAJAH - Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat sini.

Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan.

Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87 tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya itu.

"Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat suaminya dari arah salah satu bilik.

"Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil," katanya.

Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer Paabas, Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke atas rumah disyaki.

"Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10 minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak berkunci.

"Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat keletihan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut.

Bomoh ngecek kena cekup


ROSDALILAH ZAHARI
3 April 2013
Bomoh ngecek kena cekup
Mohd Shukri (dua, kanan) menunjukkan risalah bomoh Siam yang memperdaya orang ramai melalui penipuan nombor ramalan nombor ekor yang bergiat aktif sejak tahun 2005.
Bomoh ngecek kena cekup
Dua kereta mewah milik bomoh Siam terbabit berjaya dirampas polis.
IPOH - Kerakusan seorang lelaki menyamar bomoh Siam sejak lapan tahun lalu untuk mendapatkan wang secara mudah akhirnya terbongkar apabila ditahan  sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Perak di Alor Setar, Kedah, Rabu lalu.

Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai memperolehi hasil bernilai jutaan ringgit hanya dengan menjalankan kegiatan ngecek (penipuan) bomoh Siam sejak tahun 2005.

Malah, suspek mempunyai empat kereta mewah selain memiliki jumlah simpanan wang yang besar dalam beberapa akaun bank hasil ‘titik peluh’ penipuannya itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek yang bergerak secara solo itu memperdaya orang awam dengan menjanjikan ramalan nombor ekor.

Menurutnya, modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan mengedarkan risalah ke rumah mangsa.

“Mangsa yang terpedaya akan menghubungi suspek yang menyamar sebagai pembantu bomoh terbabit.

“Kemudian, suspek akan meminta mangsa untuk memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun miliknya untuk upacara sembahyang khas bagi mendapatkan nombor ramalan.

“Dalam masa sama, mangsa turut ditipu suspek yang menyatakan nasib malang akan menimpa jika upacara sembahyang tersebut tidak dilakukan segera,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, siasatan awal mendapati mangsa memasukkan wang serendah RM150 hingga RM70,000 bagi satu-satu transaksi  untuk memperolehi nombor ekor yang dijanjikan.

“Bagaimanapun selepas suspek mendapat wang tersebut, dia akan cuba mengelak daripada menerima sebarang panggilan daripada mangsa,” katanya.

Katanya, tangkapan ke atas suspek selepas polis menerima empat laporan yang berlaku di sekitar Manjung, Sitiawan dan Taiping. Malah, suspek juga dipercayai terbabit dalam kes penipuan nombor ramalan di Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Melalui tangkapan yang dibuat pihaknya berjaya merampas dua kereta mewah Honda Accord dan BMW M5 Sport, enam telefon bimbit, 10 kad ATM/kredit milik suspek dan wang tunai berjumlah RM1,650.

“Pihak kami juga sedang mengesan dua buah kereta mewah jenis Subaru Imprezza dan Nissan Skyline yang dipercayai miliknya untuk dirampas,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu direman selama tujuh hari mulai 27 Mac lalu bagi membantu siasatan,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Shukri menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik penipuan sedemikian semata-mata untuk memperolehi kekayaan melalui jalan yang mudah.

Pemandu lori belum ditemui



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Pemandu lori belum ditemui
Operasi menyelamat akan diteruskan sehingga mangsa ditemui. Gambar kecil: Abdul Mutalib.
JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori yang terjatuh ke dalam longkang besar di Flat Desa Mutiara, di sini ketika hujan lebat kira-kira jam 5 petang kelmarin, masih  belum ditemui.

Mangsa, Abdul Mutalib Mohamad Resak, 41, terjatuh selepas usaha menyeberangi longkang berkenaan untuk ke kawasan ternakan dan tanaman yang diusahakan sejak setahun lalu gagal.

Saksi kejadian, Naziera Daud, 18, berkata, mangsa menyeberangi longkang itu menggunakan titi kecil yang dibuat oleh penduduk tempatan semasa hujan lebat.

“Ketika itu hujan memang sangat lebat, tapi dia (mangsa) tetap pergi ke kebun itu kerana itu adalah rutin hariannya apabila pulang bekerja.

“Ketika mangsa nak patah balik, sebahagian titi itu telah ditenggelami air, tapi mangsa tetap menyeberanginya juga.

“Ketika tiba di tengah-tengah titi, kaki mangsa terkena dahan kayu yang dihanyutkan air deras menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya.

Dalam pada itu, Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Johor Bahru, Hamid Suari berkata, seramai 14 anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan sepanjang longkang berkenaan yang mengalir ke Sungai Tebrau.

“Operasi tersebut dihentikan sementara kira-kira jam 8 malam (kelmarin), memandangkan keadaan yang gelap dan disambung semula jam 7 pagi tadi (semalam).

“Sehingga tengah hari tadi (semalam), mangsa belum lagi ditemui dan pasukan mencari dan menyelamat telah meluaskan pencarian menyusuri Sungai Tebrau, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Operasi akan diteruskan sehingga mangsa ditemui dan jika cuaca tidak mengizinkan, ia akan disambung semula pada keesokannya,” katanya.

Penama tidak dikenali



M JEFFRI RAZALI
3 April 2013
Penama tidak dikenali
Poay Tiong (kanan) dan Mohd Yusof menunjukkan surat yang diterima orang awam.
AYER KEROH - Senarai daftar pemilih yang meragukan didakwa masih lagi wujud walaupun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan sudah mengemas kini  daftar berkenaan akibat tekanan dari pakatan pembangkang.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ini terbukti apabila Pakatan Rakyat (PR) Melaka terus menerima aduan orang awam mengenai pelbagai masalah berkaitan daftar pemilih ini.

Menurutnya, perkara ini terdedah apabila ada segelintir penduduk di negeri menerima surat kempen dari parti politik yang dialamatkan kepada penama yang tidak dikenali di alamat rumah mereka.

Malahan, katanya, ada di antara penama dalam surat ini adalah orang Melayu sedangkan penghuni di alamat yang digunakan adalah orang Cina.

“Surat-surat yang dikeluarkan oleh parti politik ini adalah menggunakan alamat dari maklumat yang diperolehi dari senarai pengundi yang disediakan SPR.

“Apabila ini berlaku (kesilapan penama dan alamat), ini jelas membuktikan bahawa senarai daftar pemilih yang ada pada SPR boleh diragukan. Inilah yang cuba kita ubah selama ini. Apa yang kita khuatirkan selama ini telah nyata berlaku,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil SPR di ibu pejabat SPR di sini, semalam.

Turut mengiringi beliau pada pertemuan itu adalah Pengarah Pilihan Raya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah.

Selain itu, menurut Poay Tiong, beberapa permasalahan lain turut dihadapi orang awam yang mana ianya kemudiannya telah dirujuk kepada PR untuk tindakan selanjutnya.

Ini termasuklah seorang bakal pengundi yang mendaftarkan namanya di Melaka tetapi apabila beliau menyemak dengan SPR, namanya disenaraikan di Johor.

Menurutnya, ada juga pengadu yang mendakwa tidak pernah mendaftar sebagai pemilih tetapi namanya disenaraikan sebagai pengundi di Kedah walaupun alamatnya di Melaka.

“Saya percaya kejadian ini hanya sebilangan kecil sahaja daripada apa yang kami tahu kerana besar kemungkinan ramai yang turut mendapat surat kempen parti politik tetapi tidak mengendahkannya.

“Saya berharap mereka yang menerima surat sebegini, datanglah berjumpa kami sekiranya ada yang meragukan supaya kami boleh mengumpulkan kesemua kes ini dan membawanya ke perhatian SPR.

“Pada masa sama, saya juga berharap SPR akan menyiasat perkara ini dan melakukan apa yang perlu bagi memperbetulkan kesilapan dan keraguan yang ada pada daftar pemilih ini,” katanya.

Mengaku dadah ‘teman’ hidup



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Mengaku dadah ‘teman’ hidup
Tertuduh dibawa anggota polis selepas dijatuhkan hukuman.
GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan mengakui menjadikan dadah sebagai teman hidupnya. Tertuduh mengakui perkara terbabit ketika membuat rayuan atas pertuduhan kesalahan menggunakan dadah.

Dia yang berusia 19 tahun itu juga mengaku menggunakan dadah kerana kekurangan kasih sayang.

Dalam rayuan berkenaan, peguamnya memberitahu, bapa tertuduh sudah meninggal dunia dan kerana itulah dia kekurangan kasih sayang.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badannya tanpa kebenaran.

Kejadian yang berlaku pada 20 Mac 2013 itu mengakibatkan dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2004) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Setelah disabitkan bersalah, peguam yang mewakili tertuduh juga merayu supaya mahkamah memendekkan tempoh hukuman kerana bimbang masa depannya akan menjadi tidak menentu.

“Tertuduh sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat kecantikan selepas tamat sekolah.

“Tertuduh bimbang sekiranya dia terlalu lama dihukum kemungkinan pekerjaannya akan hilang,” katanya.

Kemudiannya, Majistret Umma Devi Loganathan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kepada tertuduh dan tiga tahun pengawasan mengikut Seksyen 38 (B) Akta Dadah Berbahaya.

Polis tumpaskan 2 geng samun



AHMAD ISMADI ISMAIL
3 April 2013
Polis tumpaskan 2 geng samun
Mohan Singh menunjukkan alatan pecah rumah yang digunakan suspek.
CHERAS - Polis berjaya menumpaskan geng Rempit yang aktif melakukan samun bersenjata di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya tiga suspek, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek lingkungan 16 hingga 22 tahun ditahan ketika serbuan di sebuah hotel bajet di Bandar Permaisuri.

“Dalam serbuan itu, polis merampas tiga parang, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, lima kad pengenalan dan sebuah motosikal.

"Dalam pada itu, kita masih mengesan saki baki ahli kumpulan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, semalam.

Menurutnya, modus operandi kumpulan itu menyasarkan mangsa yang berjalan bersendirian sekitar jam 6 hingga 8 pagi.

“Mereka mengepung, mengacu parang sebelum menyamun barang berharga milik mangsa.

"Siasatan awal mendapati kumpulan yang terdiri daripada enam atau tujuh lelaki itu dipercayai terlibat dalam 27 kes samun jalanan sejak tiga bulan yang lalu,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan Langgar Belakang diberkas di Taman Cheras Mewah, Batu 9, hari sama.

Mohan berkata, suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis di Bukit Anggerik.

“Polis mengejar suspek kira-kira dua kilometer, sebelum berjaya memintas kereta Toyota Vios yang dinaiki suspek 26 tahun itu.

"Kita turut menemui enam komputer, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan beg berisi peralatan pecah rumah yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah," katanya.

Menurutnya, kumpulan itu melanggar belakang kenderaan mangsa sebagai modus operandi sebelum dilarikan.

“Kenderaan yang disamun terbabit akan ditinggalkan di tepi jalan, sebaik selesai melakukan samun dan pecah rumah.

"Kita percaya dapat menyelesaikan 16 kes samun dan pecah rumah melibatkan kumpulan itu di Cheras dan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes jenayah berkenaan masih diburu,” katanya.

Mangsa kebakaran rugi RM1j



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Mangsa kebakaran rugi RM1j
Ruang atas banglo yang terbakar.
Mangsa kebakaran rugi RM1j
Banglo mewah di Jalan Johan Setia yang terbabit dalam kebakaran, petang semalam.
KLANG – Bahagian atas sebuah banglo mewah yang sering dijadikan lokasi penggambaran filem dan drama tempatan di Jalan Johan Setia di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wang tunai, barang kemas, perabot dan pelbagai dokumen peribadi, berjumlah hampir RM1 juta musnah.

Mangsa, Nurul Syamin Abd Mutalib, 25, berkata, dia yang sedang bekerja di ibu negara bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh adiknya.

"Saya terkejut melihat bahagian atas rumahnya terbakar dan pelbagai barangan berharga gagal diselamatkan.

"Namun saya bersyukur ibu, adik dan pembantu rumah dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, ibu Nurul Syamin terlihat percikan api pada penghawa dingin tingkat atas rumah yang dipercayai menjadi punca kebakaran tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sejam kemudian.

Menurutnya, 22 pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Andalas dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan ketika operasi memadam kerana api marak.

“Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebanyak 15 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Puah, Sentol, semalam.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.27 petang.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, 15 rumah sudah musnah namun, kita berjaya mengawal api daripada merebak ke 30 rumah lain.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 6.20 petang, sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 25 minit kemudian,” katanya.

16 warga asing ditahan



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
16 warga asing ditahan
Warga asing yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - 10 warga asing termasuk penyelia premis dan tiga pelayan pelanggan Filipina ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, di sebuah pusat siber di Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, premis itu dipercayai turut menawarkan perjudian dalam talian.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan dipercayai penyelia premis tersebut cuba melengah-lengahkan masa dan menawarkan rasuah kepada anggota penguat kuasa ditahan untuk siasatan lanjut.

"Lima pelanggan termasuk dua wanita Filipina dan Vietnam ditahan kerana tiada dokumen perjalanan.

“Semua yang ditahan lingkungan usia 20 hingga 45 tahun dan hasil siasatan mendapati tiga pelanggan lelaki yang ditahan itu berasal dari Pakistan, India dan Peru,” katanya.

Dalam operasi berasingan kira-kira jam 12 pagi, enam warga asing termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai tukang urut di kaki lima Lorong Haji Taib, Chow Kit, ditahan kerana tiada dokumen dan pas atau permit kerja (PLKS).

“Ketika tangkapan dilakukan, sebahagian daripada mereka sedang leka mengurut kaki pelanggan,” katanya.

Difahamkan, Operasi ‘Belanja dan Sayang’ diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama 12 orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam.

Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguat Kuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks KDN Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

Sorok syabu dalam tapak kasut



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Sorok syabu dalam tapak kasut
Sebahagian syabu yang dirampas membabitkan penyeludupan dan pengedaran didalangi warga Nigeria serta Pakistan, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Helah seorang lelaki warga Pakistan yang menyamar sebagai pelancong terbongkar apabila polis menemui syabu dalam tapak kasutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, lelaki 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang, sebaik tiba di Balai Ketibaan Aras 3.

"Dua bungkusan syabu seberat 1.06 kilogram (kg) disembunyikan dalam tapak kasut yang diubah suai.

"Kita percaya dadah bernilai hampir RM200,000 itu akan diedar dalam negara dan dipasarkan di negara jiran," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Dalam perkembangan lain, Noor Rashid berkata, kegiatan pengedaran dadah didalangi tiga pelajar kolej warga Nigeria tumpas.

Menurutnya, suspek ditahan di Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara, 26 Mac lalu.

"Kita menemui tiga bungkusan syabu 3 kg bernilai hampir RM600,000 yang diisi dalam sebuah kotak sabun.

“Wang tunai berjumlah RM30,000 dipercayai wang hasil jualan dadah dipercayai dalam kalangan warga asing juga dirampas, dalam serbuan itu” katanya.

Bayar dulu, baru dapat pinjam



AMRAN ALI
3 April 2013
Bayar dulu, baru dapat pinjam
Mangsa terbaru penipuan ah long tampil ke pejabat Pembela BN, semalam untuk mendapatkan khidmat nasihat.
AYER KEROH - Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) mendedahkan taktik terbaru agensi peminjam wang (ah long) yang melakukan penipuan dengan cara menjanjikan pinjaman dengan meminta peminjam membayar terlebih dahulu jumlah tertentu.

Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz mendakwa sepanjang tahun ini, pihaknya sudah menerima sebanyak tiga aduan berkaitan kes itu.

Menurutnya, aduan terbaru semalam, beliau didatangi seorang peniaga kedai makan berusia 37 tahun yang mendakwa dia mengalami kerugian berjumlah RM17,700 setelah terpedaya dengan janji manis seorang ah long untuk memberikan pinjaman ke atasnya sebanyak RM30,000.

Katanya, mangsa telah diminta untuk membayar jumlah tersebut bermula pada 20 Februari lalu secara berperingkat dan mengadu setakat ini sudah memasukkan wang ke dalam akaun ah long terbabit sebanyak 20 kali.

“Bagaimanapun, pada 18 Mac lalu, mangsa cuba menghubungi pihak terbabit menerusi beberapa nombor telefon bimbit yang diberi tetapi gagal.

“Setelah merasakan diri ditipu, mangsa telah membuat laporan polis dan seterusnya mengadukan perkara itu ke Pejabat Pembela BN,” katanya, semalam.

Amir Hamzah berkata, cara sindiket ah long terbabit berurusan yang dilihat agak sistematik dan mudah dihubungi membuatkan ramai mangsa yang terpedaya.

“Orang ramai diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dengan modus operandi seperti ini kerana menjadikan peniaga kecil yang terdesak dan sangat-sangat memerlukan sebagai mangsa penipuan mereka.

“Namun, beberapa kes terdahulu berjaya kami selesaikan dengan bantuan pihak berkuasa dan beberapa pihak tertentu seterusnya mangsa berjaya mendapat semula wang miliknya,” katanya.

Beliau berkata, untuk kes terbaru, Pembela BN Melaka mula menjalankan langkah yang sama termasuk mendapatkan nasihat perundangan mengenai kes berkenaan.

“Pada masa sama, kami cuma meringankan beban mangsa dengan mengusahakan pinjaman dengan agensi tertentu,” katanya.

Mengaku ceroboh rumah jiran



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Mengaku ceroboh rumah jiran
Hasbie mengaku bersalah menceroboh masuk rumah jirannya di Mahkamah Majistret, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dengan lagak selamba mengaku bersalah menceroboh masuk rumah jirannya sendiri di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasib Hasbie Mohd Noor Aziz, 44, dari Kampung Batu 6, Chendering, di sini, akan ditentukan pada 7 April depan selepas Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan tarikh berkenaan sebagai tarikh jatuh hukum.

Terdahulu, Hasbie mengaku bersalah melakukan pencerobohan rumah dengan memasuki kediaman Siti Rohani Ibrahim, 26, di Kampung Batu 6, Chendering, di sini, kira-kira jam 6.10 petang pada 24 Mac lalu.

Hasbie mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming, manakala Hasbie tidak diwakili peguam.

Sejurus tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman direkodkan, Rozianti membenarkan Hasbie diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bapa dibelasah dengan kerusi



WARTAWAN SINAR HARIAN
3 April 2013
Bapa dibelasah dengan kerusi
Sulong yang berdepan detik cemas dibelasah anak lelakinya sendiri menerima 12 jahitan pada dua jari tangan kanan.
MARANG - Melayari hidup berumah tangga bukan mudah kerana ia penuh dengan ranjau duri, derita dan bahagia.

Pasangan suami isteri yang berpeluang merasai kebahagiaan dalam rumah tangga sudah pastilah bertuah, tetapi bagi sentiasa dihempas badai, hidup bersama dilalui dengan penuh keperitan.

Demikian luahan seorang wanita yang baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan baru berusia 30 tahun kepada Sinar Harian.

Dia hanya mahu dikenali sebagai Indah ketika memulakan kisah keperitan dan kepayahannya menempuhi alam rumah tangga.

Indah adalah seorang isteri, masih belum mempunyai cahaya mata dan mempunyai pekerjaan.

Indah menanggung hidupnya dan suami kerana katanya, suami tidak bekerja tetap malah jarang memberi nafkah.

Nama sahaja mereka hidup bersuami isteri tetapi malangnya Indah sering terumbang-ambing seorang diri mencari nafkah. Suami pula seperti mengabaikan tanggungjawabnya.

Suami panas baran

Indah berkata, suaminya panas baran dan suka memukul. Kasih sayang pula bagaikan air laut, ada masa pasang dan ada masa surut.

“Masa mahu wang, sayalah segalanya, saya penawar tetapi bila saya tiada wang, saya macam sampah, ditendang, dibuang sesuka hati.

"Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan usia perkahwinan kami baru sahaja masuk tahun ketiga.

“Sebagai isteri yang perlu taat dan patuh, saya tidak pernah faham apa punca sebenar dia sering berkelakuan pelik dan ‘naik minyak’ apabila saya tidak dapat menyediakan wang untuknya. Akhirnya setelah diteliti, rupanya suami terlibat dengan dadah,” katanya.

Menurut Indah, air mata sentiasa menemani tidur malamnya, malah selama lebih setahun dia menderita dan akhirnya terpaksa melaporkan perkara itu kepada keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai suami.

"Saya kesal kerana suami tidak mahu berubah," katanya.

Bukan Indah seorang sahaja menderita kerana suami berubah disebabkan dadah tetapi ramai lagi yang turut menerima nasib sama jika ahli keluarga terlibat dengan dadah.

Hanya kerana RM50

Sinar Harian pada 18 Mac lalu di Marang melaporkan kisah seorang isteri yang mengharapkan suaminya agar dapat menjaga dirinya dan keluarga selepas kematian ayah tidak kesampaian, sebaliknya hidupnya menjadi tidak tentu arah apabila suami terjebak dengan najis dadah.

Malah sang suami tergamak membakar katil dan tilam di bilik tidur mereka di rumah keluarganya di Kampung Surau Haji Mat Zain di sini.

Puncanya hanya disebabkan permintaannya untuk mendapatkan wang berjumlah RM50 tidak dapat ditunaikan.

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3 petang itu, suspek yang berusia 31 tahun melakukan perbuatan khianat dengan membakar katil dan tilam bernilai kira-kira RM1,000 bagi tujuan merosakkan harta milik mereka di rumah keluarga isterinya itu.

Mangsa yang berusia 29 tahun berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suaminya datang ke tempat kerjanya di Kampung Padang Midin untuk meminta sejumlah wang.
Namun dia tidak dapat memenuhi permintaan suaminya itu disebabkan tidak mempunyai wang.

“Dia (suami) kemudiannya seperti mengugut akan melakukan sesuatu kerana saya tidak dapat untuk memberikan wang tersebut.
"Suami terus beredar dan pulang ke rumah. Dia rupanya melepaskan geram dengan membakar katil dan tilam di rumah,” katanya.

Nekad lapor polis

Mangsa yang belum mempunyai anak dan tinggal bersama ibu dan empat adik beradiknya di rumah terbabit berkata, nasibnya juga tidak seperti isteri lain yang lebih bernasib baik apabila sering sahaja berdepan dengan kejadian seumpama itu.

Malah katanya, suaminya itu juga seperti sudah tidak mempedulikan nafkah dan makan minum.

Menurutnya, dia tidak sanggup terus menanggung derita dan nekad membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Difahamkan suspek pernah terlibat dalam kes penagihan dadah sebelum ini dan dipercayai masih dalam pengawasan polis.

Suspek akhirnya berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes disiasat mengikut seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Belasah bapa sendiri

Kira-kira seminggu sebelum cerita itu disiarkan, seorang anak berusia 20-an pula sanggup membelasah bapa sendiri dengan kerusi kayu di hadapan ibunya selepas kedua orang tuanya itu tidak memberi wang dipercayai untuk digunakan bagi mendapatkan dadah.

Mangsa, Sulong Yaacob, 72, yang berdepan detik cemas dibelasah anak lelakinya sendiri akhirnya menerima 12 jahitan pada dua jari tangan kanan, selain lebam di bawah mata selepas menerima rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, di sini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana tangan kirinya cacat, bertengkar dengan anak lelakinya apabila anaknya itu mendesak sambil memarahi isterinya, Fatimah Yusof ketika meminta wang.

Bagaimanapun, isteri mangsa yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah pusat kemahiran di Wakaf Tapai itu gagal untuk memenuhi permintaan anak lelakinya walaupun wang diminta hanya beberapa ringgit sahaja kerana tiada  wang.

Anak berang

Sulong yang tinggal di Lubuk Bayas, Pengkalan Berangan berkata, anak lelakinya itu kemudiannya naik berang, secara tiba-tiba mengangkat kerusi kayu lalu mencederakannya sebelum keluar dari rumah dan menyembunyikan diri di kampung itu.

“Macam mana isteri pakcik hendak beri dia wang. Mana kami nak dapatkan wang setiap hari. Wang itu pula dipercayai untuk digunakan bagi tujuan salah.

"Pakcik sudah lama tidak bekerja, manakala isteri hanya bekerja sebagai tukang sapu sahaja.

“Pendapatan isteri pakcik hanya RM400 sebulan. Pakcik pula hanya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan. Jumlah RM600 ini hanya cukup untuk membeli barang dapur sahaja,” katanya. 

Lebih menyedihkan warga emas itu apabila anak lelakinya kerap bertindak kasar terhadapnya dan isteri.

"Isteri saya tidak tahan lagi dan kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

“Hanya dia seorang sahaja anak pakcik berperangai sedemikian dan pakcik percaya dia sanggup memukul bapa sendiri kerana terdesak mendapatkan barang yang salah,” katanya yang telah berkahwin sebanyak 11 kali dan mempunyai 10 anak.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan berkenaan.