Search This Blog

Thursday, March 28, 2013

200 perusuh bakar masjid



Seorang lelaki berdiri di hadapan sebuah masjid yang musnah dibakar dalam rusuhan agama di Meiktila pada 21 Mac lalu. - REUTERS
YANGON 27 Mac - Keganasan terus berlaku di Myanmar dengan kekacauan terbaru tercetus di Nattalin, wilayah Bago, apabila kira-kira 200 perusuh bertindak membakar sebuah masjid dan beberapa buah rumah di bandar kecil itu.
Polis hari ini berkata, selepas seminggu rusuhan agama tercetus di Meiktila dan ia merebak ke beberapa kawasan termasuk berhampiran Yangon dengan jumlah yang maut mencecah 40 orang.
Sementara itu, penduduk Nattalin berkata, polis gagal menyuraikan keadaan ketika kumpulan perusuh datang dan membakar masjid di situ sebelum meninggalkan kawasan itu.
"Kira-kira 200 perusuh berada di situ semalam, namun polis tidak berjaya menghalang mereka yang bertindak membakar masjid dan beberapa kediaman penduduk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_05/200-perusuh-bakar-masjid#ixzz2OoewHQ5P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan Bangladesh kekang blog hina Islam



DHAKA 28 Mac - Kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha mengekang blog-blog yang dipercayai menghina Islam, selepas sekumpulan aktivis Islam mengugut untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran bagi menuntut penulis blog berfahaman ateis dihukum.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa Telekomunikasi, Rahman Khan, semalam berkata, pihaknya telah mengarahkan dua laman web terkenal di Internet supaya membuang beratus-ratus komen menghina Islam yang ditulis oleh tujuh penulis blog.
"Penulisan mereka itu menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dua laman web tersebut, Somewhereinb log.net dan Amarblog.com akur dengan arahan pihak berkuasa dan memadamkan komen-komen kontroversi berkenaan.
"Pihak kami juga sedang memantau beberapa laman web lain dan memadam mana-mana blog yang menghina Islam bagi memastikan keharmonian negara ini terjamin," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_01/Kerajaan-Bangladesh-kekang-blog-hina-Islam#ixzz2Ooegz6Kx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bot tenggelam dilanda puting beliung, 12 terkorban



COTABATO, Filipina 28 Mac - Seramai 12 orang terbunuh apabila satu puting beliung kecil menenggelamkan sebuah bot kecil yang dinaiki ramai penumpang di selatan negara ini, kelmarin.
Bot berkenaan membawa 18 orang melalui pulau Mindanao pada malam kelmarin sebelum dilanda puting beliung.
Seorang penumpang yang terselamat berkata, puting beliung kecil menghampiri bot dan ramai penumpang menjadi panik, sekali gus menyebabkan bot yang dinaiki terbalik.
Antara yang terbunuh ialah kanak-kanak berusia tiga tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun dan kebanyakan mayat mangsa telah ditemui. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_02/Bot-tenggelam-dilanda-puting-beliung-12-terkorban#ixzz2OoeHLtFx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas diplomat Romania langgar rakyat Malaysia dipenjara



BUCHAREST 28 Mac - Mahkamah Bucharest semalam menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun ke atas bekas diplomat Romania atas kesalahan terlibat dalam kemalangan langgar lari di Singapura.
Silviu Ionescu disabit kesalahan melanggar tiga pejalan kaki sehingga menyebabkan seorang daripadanya, yang merupakan rakyat Malaysia berusia 30 tahun, maut pada 15 Disember 2009.
Ionescu didakwa memandu kereta milik kedutaan Romania ketika kejadian itu berlaku.
Dia diarah pulang serta merta ke Romania selepas kejadian itu berlaku. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_04/Bekas-diplomat-Romania-langgar-rakyat-Malaysia-dipenjara#ixzz2Oodjx1oU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

12 lemas selepas bot dilanda puting beliung



Cotabato: Seramai 12 orang maut apabila puting beliung kecil menyebabkan bot yang sesak dengan penumpang terbalik di kawasan berpaya di selatan Filipina, semalam.

Bot kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu membawa 18 orang dari sebuah bandar kecil menyusuri kawasan berpaya di Pulau Mindanao ketika nahas berlaku, kata Datuk Bandar Alan Aguas.


“Angin sangat kuat dan terdapat puting beliung kecil. Beberapa penumpang panik menyebabkan bot itu terbalik,” katanya memetik kenyataan daripada mangsa yang terselamat. Menurutnya, antara yang maut ialah kanak-kanak.

Menurut Aguas, beberapa mayat masih belum ditemui hingga kini. - AFP

Pelajar mati dibaham 5 anjing

FotoManchester: Seorang pelajar Jade Lomas-Anderson dibaham lima anjing hingga mati semalam selepas dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil memakan pai daging.
Seekor haiwan berkenaan menerkam makanan itu dan ketika Jade, 14, cuba merampasnya semula anjing berkenaan menerkam lehernya hingga dia jatuh ke lantai.

Empat lagi haiwan berkenaan kemudian datang dan menyerang remaja itu.
Polis yang bergegas ke kediaman itu terpaksa menembak mati empat anjing itu yang dikatakan daripada spesies kacukan anjing pit bull Staffordshire kerana terlalu ganas.

Haiwan kelima dipercayai juga jenis pit bull berjaya ditenteramkan.

Rakan Jade yang terkejut memberitahu dia dibaham di kediaman temannya, Kimberley Concannon di Atherton, Manchester tengah hari semalam selepas bermalam di rumah itu.

JADE mati akibat diserang sekumpulan anjing.
Seorang rakan berkata: “Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba mengelak tetapi anjing berkenaan berang dan menerkam lehernya.

“Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley.
“Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah.

“Jade berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati.” Thomas Jefferies, 18, berkata: “Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan.” Seorang lagi rakan berkata: “Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade kenal dengan haiwan itu. Saya tidak faham mengapa haiwan itu menyerangnya. “Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik.” Seorang penduduk berkata: “Anjing itu selalu menyalak dalam rumah kecil itu. Semua kanak-kanak di sini takut dengan anjing itu.” Oliver Carrick, 15, berkata: “Ia betul-betul anjing yang jahat - ia tidak pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ.” Anjing berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley. Kedua-dua beranak itu berada dalam kediaman terbabit ketika kejadian. - Agensi

Ketagih suntikan




Foto
Cikgu Erin sebagai mak nyah.
Bayan Lepas: “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.

“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.

Foto
CIKGU Erin kini sudah insaf.


Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.

Dari Lombok datang merompak

Foto
Alor Gajah: Tindakan pantas polis memberkas seorang suspek yang menyamun sebuah rumah penduduk di Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini, kelmarin, dapat membongkar kegiatan kumpulan penjenayah digelar Geng Adi.
Susulan kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, operasi khas dijalankan membawa kepada penahanan enam ahli kumpulan berusia lewat 20-an dari Lombok, Indonesia dipercayai baru seminggu berada di negara ini.
Selain menemui beberapa barangan berharga, polis merampas beberapa kain bertali dipercayai tangkal azimat digunakan suspek sebagai pendinding dan kebal ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, seorang daripada mereka diberkas ketika cuba meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis namun gagal apabila motosikal ditunggang terbabas.

UMAR (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas pihaknya.

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua motosikal berada berdekatan pagar sebuah ladang kelapa sawit sebelum dua suspek muncul namun terkejut melihat anggota berkenaan.

Gagal selamat rakan lemas



Kuala Berang: “Saya segera terjun ke sungai dan cuba menolaknya ke atas sebaik melihat dia terkapai-kapai, tetapi gagal menyelamatkannya,” kata Muiz Hanafi Mat Razol Ghani, 15, rakan kepada Mohamad Aliff Imran Ghani, 15, yang lemas ketika mandi di Taman Pertanian Air Terjun Sekayu di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang meninggal dunia selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi bersama empat rakan.
Muiz Hanafi berkata, sebelum kejadian, dia bersama empat rakan termasuk mangsa ke taman itu untuk mandi, namun nasib tidak menyebelahi arwah apabila pautannya pada batu terlepas sebelum dihanyutkan arus sungai.

Sebelum kejadian itu, dia duduk berhampiran arwah bersama seorang lagi rakan manakala dua lagi yang tidak mandi berada tidak jauh dari kami.
Foto
ORANG ramai mengangkat jenazah Mohamad Aliff Imran (gambar kecil).

“Beberapa minit sebelum kejadian, arwah mengajak kami pulang, tetapi pautannya pada batu tiba-tiba terlepas lalu dibawa arus sungai.

Geng samun warga asing tumpas



 
Alor Gajah: Polis menumpaskan kumpulan enam penyamun warga negara Indonesia dikenali Geng Ali yang terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata kumpulan itu ditumpaskan dalam tempoh empat jam selepas disyaki menyamun keluarga di Kampung Air Itam Pantai, Tanjung Bidara di sini, pagi kelmarin.
Katanya, siasatan awal mendapati, mereka baru seminggu berada di negeri ini sebelum menyamun.

“Semuanya ditahan reman sehingga 2 April ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam sidang di sini, semalam.

Umar Ali berkata, sebelum penahanan, lima penjenayah yang berusia 20-an memasuki rumah mangsa yang dihuni enam orang termasuk dua kanak-kanak dengan bersenjatakan parang kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, kehadiran mereka disedari seorang daripada ahli keluarga mangsa sebelum menghubungi polis.

“Anggota yang menerima aduan berkenaan terus bergegas ke rumah mangsa sebelum mengejar dua motosikal ditunggang suspek.
“Satu daripada kenderaan itu terbabas sebelum penunggangnya berjaya ditahan.

GRO China pelaris restoran

GRO China pelaris restoran
GRO China ditahan Imigresen Pulau Pinang di sebuah kafe di Butterworth, malam kelmarin. - Foto Danial Saad Butterworth: Restoran di Bagan Ajam, dekat sini menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan menjadikan gadis warga negara China berpakaian seksi sebagai penghibur atau 'pemandu' lagu, sejak beberapa bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Johari Kadir Mydin menyerbu restoran berkenaan, jam 12.05 malam kelmarin.
Difahamkan, GRO berkenaan akan mendekati pelanggan yang membelikan kalung bunga berharga RM50 yang dipakaikan kepada mereka.


Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang, Basri Othman, berkata seramai 21 wanita warga negara China berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan kerana menjalankan kegiatan tidak bermoral di premis itu.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiga daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, dua lagi adalah penuntut kolej swasta di negeri ini manakala selebihnya didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Ketika serbuan, semua GRO dan pelanggan sedang melakukan perbuatan berahi dan cuba melarikan diri.

“Ada antara mereka yang bertindak agresif untuk meloloskan diri, tetapi berjaya ditahan.
“Pemilik premis berusia dalam lingkungan 40-an turut diambil keterangan,” katanya.

Basri berkata, semua yang ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dibawa ke Depoh Tahanan Juru untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, restoran yang sama pernah diserbu sebanyak empat kali tahun lalu.

Menyamar pegawai E-kasih perdaya ibu




 
Ayer Keroh: Seorang penganggur bersama bekas isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menipu ibunya sendiri dengan mengaku sebagai pegawai E-kasih.

Norhasbul Md Noor, 28, dan Zuraini Muhamad, 24, didakwa melakukan perbuatan itu dengan memperdaya Madiyah Ibrahim, 56, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM13,100.
Mereka didakwa menipu membabitkan wang tunai sebanyak RM50 hingga RM5,000 di Bank Simpanan Nasional cawangan Malim Jaya dari 30 Julai hingga 27 Ogos tahun lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Norhasbul dan Zuraini membuat pengakuan tidak bersalah terhadap lima pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fairuz Syuhada Amran manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ishak Kari.

Fairuz meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.
Bagaimanapun, Ishak memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya itu perlu menyara seorang anak dan tidak bekerja sejak bercerai pada 2010.

Norhasbul pula merayu wang jaminan dikurangkan tanpa mengemuka sebarang alasan.

Selepas mendengar rayuan itu, Anita kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 April bagi serahan dokumen.

Wanita tua korban gempa bumi



 
 
Foto
Beberapa retakan jelas kelihatan di sebuah bangunan selepas gempa melanda daerah Dali, Taichung, tengah Taiwan. - Foto REUTERS

Foto
Sebuah bangunan di tengah Taiwan menunjukkan kesan retakan selepas gempa melanda tengah Taiwan semalam. - Foto REUTERS

Taipei: Seorang penduduk Taiwan terbunuh dan 19 lagi cedera selepas satu gempa bumi kuat melanda wilayah tengahnya menyebabkan banyak bangunan rosak.

Biro Cuaca Pusat berkata, gegaran gempa magnitud 6.1 itu dirasai di seluruh kepulauan itu. Banyak bangunan bergoyang di ibu kota ini dan beberapa bahagian landasan kereta api berkelajuan tinggi dihentikan untuk pemeriksaan.
Biro Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan kekuatan gempa pada magnitud 6.0 dan pada kedalaman agak cetek iaitu 15 kilometer.

Maut ditimpa dinding kuil

Pihak berkuasa kecemasan berkata, seorang wanita 72 tahun adalah korban tunggal gempa. Mereka berkata, mangsa maut apabila dinding kuil di sebelahnya runtuh dan menghempapnya di daerah luar bandar di Nantou.

Berhampiran pusat gempa Nantou, sebahagian siling jatuh di sebuah pejabat kerajaan dan mencederakan seorang petugas, kata pihak berkuasa.

Secara keseluruhan, 19 orang cedera, kebanyakannya ditimpa objek yang jatuh, kata Jabatan Bomba. Satu kebakaran rumah disebabkan gas bocor berjaya dipadamkan segera.
Pegawai kerajaan Nantou, Chen Min-hui, berkata jubin jatuh dari beberapa bangunan sekolah dan rekahan kecil jelas kelihatan pada dinding, namun semua struktur masih utuh.

Nantou adalah daerah pedalaman terletak kira-kira 250 kilometer selatan ibu kota ini. Ia berhampiran pusat gempa dengan magnitud 7.6, yang mengorbankan lebih 2,300 orang pada 1999.

Padah godam web Susilo



 
Jakarta: Seorang pengusaha kafe internet dari bandar Jawa Timur di Jember yang menggodam laman web rasmi presiden untuk ‘suka-suka’ mungkin dihukum penjara sehingga lapan tahun jika disabitkan.

Wildan Yani Ashari, 22, yang berada di ibu kota ini sejak ditahan Januari lalu oleh unit jenayah siber Polis Nasional dibawa pulang ke Jember kelmarin untuk menunggu tarikh perbicaraannya.
Penggodam itu yang memberitahu polis, dia melakukannya untuk suka-suka, didakwa mengikut dua artikel Undang-undang Telekomunikasi dan Undang-undang Maklumat dan Transaksi, yang membawa hukuman maksimum penjara lapan tahun dan denda Rp2 bilion (RM637,270).

Aries Surya, ketua pejabat pendakwa raya Jember berkata kes itu akan diserahkan kepada mahkamah tidak lama lagi.

“Kami cuba habiskan pendakwaan dan menyerahkannya kepada mahkamah,” kata Aries dipetik Tempo sebagai berkata.

AGENSI