Search This Blog

Wednesday, March 20, 2013

Dua beradik kongsi hobi curi motor

20 Mac 2013
IPOH - Kelicikan dua beradik berkongsi hobi dengan melakukan kegiatan curi motosikal akhirnya terbongkar selepas mereka ditahan anggota ‘task force’ Bahagian Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang menjalankan Ops Lejang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, pasangan adik beradik lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di Menglembu dan Bukit Merah kira-kira jam 7.45 petang.

Menurutnya, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Adik Beradik Bukit Merah dipercayai mula bergerak aktif melakukan kegiatan tersebut sejak Januari tahun ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan,  polis berjaya melumpuhkan Geng Kema Pengkalan pada 9 Mac lalu.

Beliau berkata, seramai 10 orang ditahan iaitu pencuri, pembeli, orang tengah dan pemilik bengkel.

“Malah, salah seorang suspek berusia 25 tahun turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu memiliki harta curi,” katanya.

Katanya, kesemua mereka ditahan secara berasingan di sembilan buah rumah sekitar Pasir Puteh, Simpang Pulai dan Lahat.

Mohd Shukri berkata, kesemua 12 suspek bagi kedua-dua kumpulan terbabit kini direman selama empat hari mulai 16 hingga 19 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan.

Penganggur dicekup rogol gadis 15 tahun

20 Mac 2013
REMBAU – Seorang remaja berusia 19 tahun dicekup selepas disyaki terlibat kes rogol membabitkan pelajar sebuah sekolah di Seremban.

Jurucakap polis berkata, bapa gadis berkenaan membawa anaknya yang berusia 15 tahun membuat laporan di Balai Polis Seremban pada 15 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa sebelum ini keluar dari rumah hampir 10 hari dan bapanya menjumpai anaknya di Senawang.

"Susulan anaknya begitu lama meninggalkan rumah, ayah mangsa menggesa anaknya menceritakan apa yang terjadi sepanjang tempoh anaknya keluar dari rumah.

"Selepas mengetahui anaknya melakukan hubungan seksual dengan suspek yang dipercayai teman lelakinya, ayah mangsa mengarahkan anaknya itu membuat laporan polis," katanya, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang tidak bekerja itu kini direman selama tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap di Rembau pada 16 Mac lalu," katanya.

Warga asing gagal lolos diri

20 Mac 2013
Warga asing gagal lolos diri
Sebahagian lelaki warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Negeri, malam kelmarin.
IPOH - Seorang remaja berusia 17 antara 37 lelaki warga Vietnam dipercayai pendatang tanpa izin ditahan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri di sebuah rumah diTaman Bersatu, Simpang Pulai dalam satu operasi yang dijalankan malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan, pelbagai taktik digunakan mereka untuk meloloskan diri dengan cuba memanjat dan bersembunyi di bumbung kediaman tersebut.

Bagaimanapun, mereka semua berjaya diberkas dalam operasi yang membabitkan 34 anggota Imigresen yang bermula jam 9 malam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya memberkas 37 lelaki warga Vietnam berusia  17 hingga 51 tahun dengan empat daripadanya memiliki pas lawatan sosial sudah tamat tempoh.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan lelaki warga Vietnam terbabit cuba melarikan diri namun cubaan mereka gagal.

“Ada antara mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang kediaman selain segelintirnya menyorok di atas bumbung rumah berkenaan.

Bagaimanapun usaha mereka gagal berikutan kawasan rumah berkenaan sudah dikepung dari awal,” katanya.

Katanya, hasil serbuan ke rumah itu, anggotanya turut menemui beberapa guni berisi peralatan dan keperluan untuk menjalankan kerja di dalam hutan  dipercayai digunakan untuk mencuri hasil hutan yang berharga seperti balak.

Sementara itu, dalam operasi seterusnya, seramai lima lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Indonesia ditahan di sekitar tapak pembinaan, Medan Kidd dan stesen bas Jalan Perhentian atas kesalahan sama.

“Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah dan ada dalam kalangan mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa di negara ini tanpa alasan kukuh selain melanggar syarat pas yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata, mereka kini ditahan di Depot Imigresen Langkap bagi tujuan siasatan lanjut.

Rompak: Pemilik kedai emas kerugian RM1.5 juta



KOTA BHARU 19 Mac - Hanya dengan membuka dinding papan lapis dan menahannya menggunakan penyapu buruk, beberapa perompak dengan mudah berjaya memasuki sebuah premis menjual berlian dan batu permata lalu melarikan kesemua barang berharga itu yang dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta.
Ketiadaan sistem keselamatan di premis berkenaan di Arked Uda di sini termasuk kamera litar tertutup (CCTV) dan bangunan kedai yang usang, ternyata digunakan sepenuhnya oleh perompak berkenaan untuk merompak kedai tersebut, dipercayai malam tadi.
Pemilik kedai berkenaan, Rogayah Awang Teh, 70, ketika ditemui berkata, dia
hanya menyedari premisnya dirompak ketika hendak memulakan perniagaan kira-
kira pukul 12 tengah hari ini.
"Saya terkejut apabila tengok dalam kedai berselerak dan semua barang berlian
dan batu permata hilang termasuk yang diletakkan di dalam peti besi.
"Mereka masuk ikut dinding dari kedai sebelah yang sudah lama tutup. Saya
sudah lama berniaga di sini tetapi tidak pernah berlaku perkara macam ini,
ini pertama kali," katanya di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130319/je_11/Rompak-Pemilik-kedai-emas-kerugian-RM15-juta#ixzz2O3ZjUoYm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 lelaki bersenjata pistol rompak kedai emas



MUAR 19 Mac - Sekumpulan lima penjenayah mengambil masa hanya empat minit untuk melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di Pekan Bukit Pasir, dekat sini hari
ini.
Dalam kejadian pukul 11.50 pagi itu, kesemua suspek yang memakai topeng serta bersenjatakan dua pucuk pistol meluru masuk ke dalam kedai tersebut sebelum memecahkan cermin pameran kedai emas tersebut.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, berusia dalam lingkungan 40-an berkata, ketika kejadian, hanya terdapat anak pemilik kedai tersebut dan tiada pelanggan di dalam premis berkenaan.
Menurutnya, dia sedang minum di sebuah kedai kopi berhadapan kedai itu selepas mengambil barangan kemas, melihat kesemua perompak itu melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kedai.
"Semasa kejadian, seorang suspek menunggu dalam kereta, seorang lagi menunggu di depan kedai manakala tiga yang lain meluru masuk dan merompak kedai terbabit dengan bersenjatakan dua pistol.
"Melihat keadaan itu, anak tauke kedai emas berkenaan melarikan diri mengikut pintu belakang. Tidak dapat dipastikan bangsa apa, tetapi kulit perompak itu agak gelap," katanya semasa ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130319/je_10/5-lelaki-bersenjata-pistol-rompak-kedai-emas#ixzz2O3YU78qu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilik kedai emas rugi RM1.5j



KOTA BHARU 19 Mac - Hanya dengan membuka dinding papan lapis dan menahannya menggunakan penyapu buruk, beberapa perompak dengan mudah memasuki sebuah premis menjual emas dan batu permata sebelum melarikan barang berharga dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta.
Ketiadaan sistem keselamatan di premis berkenaan di Arked Uda di sini termasuk kamera litar tertutup (CCTV) dan bangunan kedai yang usang, ternyata digunakan sepenuhnya oleh perompak berkenaan untuk merompak kedai tersebut yang dipercayai dilakukan mereka malam tadi.
Pemilik kedai berkenaan, Rogayah Awang Teh, 70, ketika ditemui berkata, dia hanya menyedari premisnya dirompak ketika hendak memulakan perniagaan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
"Saya terkejut apabila tengok dalam kedai berselerak dan semua barang berlian dan batu permata hilang termasuk yang diletakkan di dalam peti besi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_09/Pemilik-kedai-emas-rugi-RM15j#ixzz2O3Y2HfVy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga lembu nyaris maut ditembak



KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang peniaga lembu nyaris maut selepas dua individu tidak dikenali melepaskan tembakan ke arahnya semasa mangsa sedang memandu di kawasan medan selera di Sungai Chua, Kajang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, lelaki berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pipi sebelah kanan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya difahamkan mangsa ketika kejadian, baru sahaja selesai makan tengah hari di medan selera berkenaan dan mahu ke pejabatnya di ibu negara.
"Tiba-tiba mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes Benz C200 terdengar bunyi letupan dan perasan dirinya sudah terkena tembakan.
"Mangsa kemudian membelok ke kawasan deretan kedai berhampiran untuk berhenti menghubungi rakannya bagi meminta bantuan dihantar ke Hospital KPJ Kajang dan dia dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan," katanya ketika dihubungi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_08/Peniaga-lembu-nyaris-maut-ditembak#ixzz2O3XrEBRb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki AS maut jatuh kondo



KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dipercayai mengalami masalah mental ditemui mati terjatuh di Kondominium Tiara Damansara, Seksyen 17, Petaling Jaya dekat sini semalam.
Mangsa, Dirk Seong, 34, dipercayai terjatuh dari balkoni kediaman keluarganya pada pukul 7.30 malam dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan parah di kepala, ditemui penghuni kondominium terbabit yang kebetulan melalui di tempat kejadian.
"Ketika kejadian, bapa dan adik mangsa ada di dalam rumah tetapi mereka tidak menyedari mangsa terjatuh.
"Siasatan mendapati mangsa mempunyai rekod masalah mental. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_07/Lelaki-AS-maut-jatuh-kondo#ixzz2O3XcZuZg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perhilitan rampas 133 tenggiling di KLIA



Pegawai Perhilitan menunjukkan seekor tenggiling yang disembunyikan dalam kotak yang dirampas di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. - utusan/SYEFRY MONIZ
KUALA LUMPUR 19 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 133 ekor tenggiling bernilai RM30,000 yang cuba diseludup keluar ke Vientiane, Laos melalui Terminal Klas Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Burhanuddin Mohd. Nor berkata, kesemua tenggiling itu ditemukan dalam 31 buah kotak ketika serbuan pada pukul 6.28 pagi.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kesemua tenggiling tersebut dihantar secara terus ke bahagian kargo.
"Pihak berkuasa sedang mengenal pasti pengirim kargo itu dan sedang menjejaki suspek yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhilitan, Cheras di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_06/Perhilitan-rampas-133-tenggiling-di-KLIA#ixzz2O3WzNUpK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jabatan Perikanan tahan 16 nelayan



BACHOK 19 Mac - Jabatan Perikanan Kelantan menahan lapan buah bot milik nelayan tempatan bersama lapan tekong dan lapan awak-awak kerana menangkap ikan dalam zon yang dikhaskan untuk nelayan tradisional.
Bot nelayan Zon A terbabit ditahan di kedudukan 1.8 kilometer dari pantai Tok Bali dan Bachok, dekat sini hari ini kerana tidak memiliki dokumen kebenaran Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT).
Pengarah Perikanan negeri, Datuk Mohamad Mat Saman berkata, operasi dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 10 pagi hasil aduan nelayan tradisional yang terjejas pendapatan mereka.
"Kesemua bot terbabit ditunda masuk ke jeti penguat kuasa Jabatan Perikanan Tawang, dekat sini untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di pangkalan berkenaan di sini hari ini.
Menurut Mohamad, semua nelayan terbabit boleh didakwa mengikut Akta Perikanan 1985 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 atau bot dan peralatan menangkap ikan mereka boleh disita.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_03/Jabatan-Perikanan-tahan-16-nelayan#ixzz2O3WbgLV8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket dadah warga India tumpas



Azis Yacub bersama timbalannya, Zakaria Yusof (kanan) dan Pegawai Kastam, Armila Abdul Wahab menunjukkan lima kilogram dadah ketamin pada sidang akhbar, semalam.
ALOR SETAR 19 Mac - Seorang lelaki warganegara India ditahan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini Ahad lalu setelah dipercayai cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai hampir RM1 juta di dalam ruang kosong pemegang gelang.
Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan pihaknya di lapangan terbang tersebut sejurus tiba dari Singapura selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira pukul 3.30 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut dalam beg pakaian dibawa suspek yang bekerja di sebuah syarikat agensi pelancongan menemukan dadah berkenaan seberat 4.912 kilogram (kg) bernilai RM933,280.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_01/Sindiket-dadah-warga-India-tumpas#ixzz2O3W8JDAR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan bom di universiti digagalkan


MIAMI 19 Mac - Satu serangan bom dan tembakan di sebuah universiti di Florida berjaya digagalkan dalam satu kejadian yang menyaksikan penyerangnya membunuh diri, semalam.
Kejadian itu bermula apabila loceng amaran kebakaran di universiti itu berbunyi pada kira-kira pukul 12.20 pagi (12.20 tengah hari waktu Malaysia) dan polis kampus di Universiti Central Florida di Orlando mendapat panggilan kecemasan tentang seorang lelaki membawa senjata.
Universiti itu dalam satu kenyataan menjelaskan, penyerang tersebut yang dikenal pasti sebagai James Seevakumaran, 30, terbunuh dengan menembak dirinya sendiri.
''Beratus-ratus pelajar dipindahkan dari kampus, dan universiti ditutup sehingga tengah hari.
''Polis menemui empat bahan letupan buatan sendiri dalam beg sandang, sepucuk pistol dan sepucuk raifal di asrama yang diduduki Seevakumaran,'' kata universiti itu.
Jelas Universiti itu, kelas dan operasi lain berjalan seperti biasa selepas bahan letupan itu dipindahkan dari tingkat tiga asrama Menara 1 yang diduduki Seevakunmaran.
''Seevakumaran merupakan pelajar yang mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan, namun tidak mendaftar sebarang kelas pada semester ini dan dalam proses dikeluarkan daripada biliknya itu.
''Seevakumaran mengambil masa yang lama merancang serangan keganasan. Berdasarkan siasatan awal, tiada individu lain dikenal pasti terlibat dan dia dipercayai bergerak berseorangan,'' kata universiti itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_07/Serangan-bom-di-universiti-digagalkan#ixzz2O3W3IGYS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tanah runtuh di pergunungan Brazil ragut 17 nyawa

 


RIO DE JANEIRO 20 Mac - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di kawasan pergunungan di Brazil, kata pihak berkuasa semalam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam yang enggan dikenali berkata, berpuluh-puluh keluarga turut kehilangan tempat tinggal dalam kejadian itu yang berlaku di Petropolis, terletak 68 kilometer di utara Rio de Janeiro pada Ahad lalu.
Dua pekerja penyelamat turut terbunuh dalam kejadian terbabit.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Petropolis, Rubens Bomtempo menasihati penduduk agar tinggal di dalam rumah ekoran kebimbangan lebih banyak kejadian tanah runtuh dijangka berlaku. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_04/Tanah-runtuh-di-pergunungan-Brazil-ragut-17-nyawa#ixzz2O39bBH75
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bas terjunam ke dalam sungai


Orang ramai berkumpul bagi melihat bangkai bas yang terbalik selepas terjunam dari sebuah jambatan di Khed, daerah Ratnagiri, negeri Maharashtra, barat India, semalam. - Reuters
MUMBAI 19 Mac - Sekurang-kurangnya 37 penumpang terbunuh, manakala 14 lagi cedera setelah bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di negeri Maharashta, hari ini.
Menurut polis, kemalangan di Khed, daerah Ratnagiri, kira-kira 350 kilometer ke selatan Mumbai itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Goa ke Mumbai.
"Kesemua penumpang yang cedera termasuk pemandu dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.
Beberapa gambar yang diambil dari tempat kejadian menunjukkan bas tersebut berada dalam kedudukan terbalik di bahagian air cetek.
Media tempatan melaporkan, terdapat pelancong asing yang menaiki bas tersebut, namun masih belum mendapat pengesahan daripada pihak polis.
Akhbar Press Trust of India semalam melaporkan, lebih 800 orang maut, manakala 2,411 cedera dalam beberapa kemalangan yang berlaku di lebuh raya Mumbai-Goa sejak 2010 hingga 2012.
Statistik dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menunjukkan, kira-kira 110,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya di India pada 2011 dengan purata lebih 300 orang terbunuh sehari. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_06/Bas-terjunam-ke-dalam-sungai#ixzz2O39IfyB7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

37 maut dalam nahas bas di India



20 Mac 2013
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 37 terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kemalangan di barat India, menurut polis, awal pagi semalam.

Dipetik laporan AP, pegawai polis, Mahendra Singh Pardeshi berkata, pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian selepas saksi mendakwa bas itu membawa penumpang melebihi had dibenarkan.

Rakaman video saksi berhubung insiden itu turut menunjukkan bas tersebut merempuh rel adang di jambatan terbabit sebelum terjunam beberapa meter ke dalam Sungai Jagbudi.

Putera palsu mengaku gelapkan RM52j



20 Mac 2013
BRISBANE - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Putera Tahiti dijatuhi hukuman penjara 14 tahun, semalam selepas didapati bersalah menggelapkan     AUD$16 juta (RM52 juta) dari Jabatan Kesihatan Australia.

Menurut laporan AFP, sebelum hukuman diputuskan, tertuduh, Hohepa Morehu-Barlow atau dikenali sebagai Joel Barlow, 37, turut mengaku bersalah atas lapan pertuduhan termasuk melakukan penipuan dan pemalsuan semasa dia berkhidmat di jabatan itu Queensland antara 2007 dan 2011.

Difahamkan,  Morehu-Barlow melakukan perbuatan itu kerana mahu menanggung kos gaya hidup mewah yang keterlaluan.

Mangsa parah dibelasah 4 rakan maut


Kuala Lumpur: Dipukul, ditumbuk dan ditendang. Itulah ‘hadiah’ yang diterima seorang lelaki yang berselisih faham dengan empat rakannya di sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang, di sini, kelmarin menyebabkan dia parah sebelum disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Lelaki berusia 31 tahun yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu maut akibat mengalami pendarahan teruk di kepala.


Menurut sumber, sebelum itu mangsa bersama beberapa rakan mengunjungi sebuah kelab malam jam 12 tengah malam untuk berhibur.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan rakannya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan kejadian itu dan pihaknya menahan empat suspek yang juga rakan mangsa.


Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Patah tangan langgar lembu


Kuala Terengganu: Angkara pemilik ternakan tidak mengikat lembu peliharaannya, seorang lelaki patah kedua-dua tangan dan cedera parah di muka selepas motosikal dinaiki merempuh haiwan itu di Kampung Wakaf Tengah, Batu Rakit, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, Pengawal Keselamatan Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali, Khairul Dzulkifli, 30, yang baru pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Mengabang Lekor, di sini, tersembam atas jalan sebaik merempuh dua lembu melintas tiba-tiba di laluan itu.


Pengawal keselamatan Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali itu berkata, dia tidak sempat membrek kerana ternakan itu melintas tiba-tiba menyebabkan dia tercampak sebelum tersembam di laluan berkenaan.

“Sebaik merempuh lembu itu, saya terus tidak sedarkan diri dan kebetulan ketika itu sepupu saya berada di tempat kejadian bergegas membantu menghantar saya ke Klinik Kesihatan Mengabang Lekor.


“Saya bergegas mencari pemilik lembu berkenaan, namun tiada seorang pun daripada penduduk berhampiran mengakuinya,” katanya ketika ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.


Khairul berkata, sebaik membuka mata dia sudah berada di klinik dan terasa kedua-dua tangannya kebas serta muka berlumuran darah.

Sementara itu, isterinya, Norahida Mohammad, 25, berkata, suaminya menerima lebih 30 jahitan pada muka dan doktor bercadang memasukkan besi bagi membetulkan semula pergelangan tangan suaminya yang patah itu. dia bergegas ke klinik berkenaan selepas dimaklumkan kejadian menimpa suaminya oleh saudara maranya.

JPJ serah semula 1,394 kenderaan disita hari ini


Shah Alam: Sebanyak 1,394 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan diserahkan semula kepada pemilik masing-masing melalui ‘Program Hari Pelepasan Kenderaan Sita’ di Ibu Pejabat JPJ Selangor, di Padang Jawa, di sini, hari ini.

Semua kenderaan yang dilepaskan pada program bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang itu terdiri daripada kenderaan yang disita JPJ Selangor bermula 2010 hingga 28 Februari lalu membabitkan 995 motosikal, kereta (209) dan lori serta bas (190).


Pengarah JPJ Selangor Datuk Yusoff Ayob berkata, program itu bertujuan membantu pemilik berdaftar menuntut semula kenderaan mereka yang disita JPJ Selangor mengikut peruntukan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemilik kenderaan yang disita sebelum Jun tahun lalu tidak dikenakan saman serta bayaran sepanjang kenderaan mereka disita JPJ Selangor.


“Namun, pemilik kenderaan yang disita selepas Jun tahun lalu tidak perlu membayar saman, tetapi hanya perlu membayar bayaran sepanjang tempoh kenderaan mereka disita mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012,” katanya.


Yusoff berkata, kadar bayaran sepanjang kenderaan berkenaan disita ialah RM50 sehari bagi motosikal, kereta (RM100 sehari), bas dan lori yang muatan tidak melebihi 3,000 kilogram (kg) (RM200 sehari) dan kenderaan berat muatan melebihi 3,000kg dikenakan bayaran RM300 sehari. Katanya, pemilik kenderaan yang disita dinasihatkan hadir ke JPJ Selangor untuk menuntut kenderaan mereka bagi mengelak mereka dikenakan pembayaran.

‘Dosa’ laman sosial


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berusia 27 tahun ibarat berada di neraka dunia apabila dia terpaksa menahan kesakitan akibat ditampar, disepak selain dipukul dengan kayu oleh suaminya selama tiga hari dalam kejadian di rumah mereka di Kepong, di sini.

Detik hitam itu mula menimpa suri rumah terbabit kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu apabila suaminya berusia awal 30-an mengamuk selepas berang melihat mangsa terlalu asyik bersembang di laman sosial.
Tambah memeritkan, sepanjang dipukul suaminya dalam tempoh tiga hari itu, mangsa hanya dibenarkan meneguk air.

Penderitaan suri rumah itu bagaimanapun berakhir apabila dia dapat melarikan diri daripada cengkaman suaminya jam 10 pagi kelmarin ketika dibawa membeli barang keperluan di kedai berhampiran rumah mereka sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.


Menurut sumber, selain berang dengan sikap isterinya terlalu asyik bersembang di laman sosial, lelaki terbabit juga dipercayai cemburu dengan perbuatan wanita berkenaan.

Bidikan kena pipi



Kajang: Seorang peniaga lembu cedera di pipi kanan dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan dua lelaki menaiki motosikal ketika mangsa yang menaiki kereta Mercedes berhenti di persimpangan lampu isyarat Sungai Chua, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, mangsa yang berusia 36 tahun baru selesai makan di sebuah medan selera berhampiran kawasan berkenaan dan dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Kuala Lumpur.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, mangsa memberitahu dia hanya mendengar bunyi letupan dipercayai tembakan sebelum berasa sakit di pipi.

“Menyedari dia cedera, mangsa membelok ke kawasan deretan kedai dan berhenti di situ lalu menghubungi rakannya supaya datang membantu. Dia dihantar ke Hospital KPJ Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Mangsa kemungkinan tidak menyedari dia diekori dua lelaki terbabit dan menjadi sasaran mereka,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati tiada sesiapa melihat kejadian itu sebaliknya hanya mendengar bunyi tembakan.

“Berdasarkan percakapan seorang saksi yang juga pekerja bengkel motosikal di situ, sebaik letupan berlaku, dia ternampak dua lelaki berjaket gelap memecut motosikal mereka,” katanya yang tidak menolak kedua-dua lelaki terbabit yang melepaskan tembakan.


Menurutnya, ketika kejadian keadaan jalan di lokasi berkenaan sesak manakala saksi tidak dapat mengenal pasti jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang dua lelaki itu.

Katanya, keadaan mangsa yang cedera di pipi kanan dilaporkan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Seleweng diesel sejak 6 bulan lalu

Foto
OTHMAN memeriksa mesin menyedut minyak yang dirampas di Bandar Baru Klang, Klang, kelmarin.
Klang: Sebuah premis tidak bernombor di Bandar Baru Klang, di sini, diserbu selepas didapati menjalankan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sejak enam bulan lalu.
Rahsia premis terbabit terbongkar selepas diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, jam 10.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, KPDNKK merampas 20,000 liter diesel termasuk dua mesin menyedut minyak dan 47 tangki plastik yang dianggarkan bernilai RM50, 000.
Sindiket terbabit dikesan menjadi tempat menerima dan menjual semula diesel yang dibeli di stesen minyak sekitar Lembah Klang yang dijual mengikut harga subsidi sebelum dijual kepada pihak industri dengan harga lebih tinggi.

Difahamkan, diesel bersubsidi dijual pada harga RM1.80 seliter, tetapi sindiket terbabit mengambil untung ‘atas angin’ dengan menjualnya semula kepada pihak industri di Selangor pada harga RM2.10 seliter.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menjalankan intipan sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan diesel di premis terbabit.


Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, premis terbabit berkunci dan anggota penguat kuasa memotong kunci pagar dan pekerja premis berkenaan sudah melarikan diri melalui pintu belakang premis.

“Kami mengesyaki sindiket terbabit menggunakan lori tangki dan dipercayai membeli 12,000 liter hingga 20,000 liter sehari minyak diesel dari stesen minyak sekitar Lembah Klang,” katanya, semalam. Menurutnya, sindiket terbabit turut menggunakan khidmat warga asing sebagai pekerja berdasarkan penemuan dokumen milik mereka yang ditinggalkan di kawasan premis itu.
Othman berkata, kedudukan premis bersebelahan sekolah dan kuil boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya berlaku kebakaran. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu, manakala bagi syarikat boleh didenda maksimum RM250,000.

Dalam perkembangan lain, KPDNKK Selangor menyelesaikan 19 kes berkaitan penyelewengan bahan bersubsidi iaitu diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai rampasan mencecah RM1 juta.

Diratah 4 ‘pitbull’

Foto
NG dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar sebelum ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Kuala Kangsar: Seorang wanita nyaris maut apabila dibaham empat ekor anjing spesies ‘pitbull’ hingga bermandi darah berhampiran kediamannya di Jalan Kolam Air, di sini.
Dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin, mangsa, Ng Kim Mooi, 59, parah di pergelangan tangan kiri dan kanan akibat digigit anjing berkenaan sehingga dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Leong, 40-an, kejadian ngeri itu berlaku ketika dia minum di kedai makan berhampiran lokasi kejadian.

“Saya terkejut melihat mangsa diserang sekumpulan empat ekor anjing sebelum segera membantu menghalaunya.


“Saya cemas mendapati wanita itu meronta-ronta meminta tolong sambil kumpulan anjing itu terus menggigit tangannya berulang-kali. Sebaik kami menghampiri mangsa, semua anjing itu segera melarikan diri dengan meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan,” katanya.
Dia memberitahu mangsa ketika itu terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak bermaya dan badannya berlumuran darah akibat kesan luka digigit anjing itu.

Lindsay ‘dikurung’ 90 hari di pusat pemulihan

Foto
LINDSAY di mahkamah, semalam.
Los Angeles: Aktres bermasalah, Lindsay Lohan semalam mengelak hukuman penjara, sebaliknya dikenakan hukuman menjalani pemulihan selama 90 hari di sebuah pusat terkurung.
Hukuman itu adalah sebahagian daripada persetujuan rayuan yang diputuskan ketika perbicaraannya berkait dengan kes menipu polis hendak dimulakan.

Selebriti berusia 26 tahun itu yang tiba di mahkamah sejam lewat, juga diletakkan di bawah perhatian mahkamah selama dua tahun selepas merayu tidak akan mencabar tuduhan berkait dengan kemalangan kereta di Santa Monica pada Jun 2012.
“Di pusat pemulihan itu, anda tidak dibenarkan keluar. Anda perlu menghabiskan masa dengan menjalani program di pusat itu selama 90 hari sehingga tamat,” kata Hakim Mahkamah Los Angeles, James Dabney.

Masalah perundangan terbaru Lindsay itu berkait dengan kemalangan Jun lalu apabila kereta Porsche yang dipandunya melanggar sebuah trak.

Lohan mulanya mendakwa bukan dia yang memandu kenderaan itu.


Bagaimanapun, siasatan dijalankan menunjukkan Lindsay yang memandu kereta berkenaan.

Pelakon itu dituduh menghalang polis menjalankan siasatan, memberi kenyataan palsu dan memandu secara cuai.
Tuduhan itu bermakna dia melanggar syarat pengawasan yang dikenakan ke atasnya selepas dia didapati bersalah mencuri rantai pada 2011. - AFP

Maut kereta rempuh lori penyapu jalan


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai memandu dengan laju terbunuh selepas keretanya merempuh sebuah lori penyapu jalan yang sedang beroperasi di Kilometer 7.2 arah utara di Lebuhraya SPRINT, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa Philip Ku Poh Keong, 35, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dia tersepit dalam kereta Ford Fiesta dipandunya yang remuk teruk dalam kemalangan itu.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata, dalam kejadian itu, mangsa dipercayai memandu dengan laju dan gagal mengelak lori yang beroperasi di lorong kanan lebuh raya itu.

“Berdasarkan keadaan kenderaan dipandu mangsa yang rosak teruk, kami tidak menolak kemungkinan dia memandu secara laju sebelum merempuh lori yang beroperasi di lorong kanan lebuh raya itu.


“Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail kemudian dikejarkan ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.


Menurut Abdullah lagi, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Korban tiga sekawan

Foto
SUNGAI SIPUT: Tiga daripada empat lelaki mati serta merta apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Batu 27 Kampung Setia, Salak Baru di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, ketiga-tiga korban tersepit di tempat duduk masing-masing menyebabkan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mayat mereka.
Seorang lagi penumpang sempat diselamatkan apabila pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dapat mengeluarkannya dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi rawatan kecederaan parah yang dialaminya.

Harian Metro difahamkan, siasatan awal pihak berkuasa dipercayai kereta berkenaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.


Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Putera palsu dipenjara 14 tahun



Brisbane: Seorang lelaki kaki perempuan dan mendakwa dirinya putera Tahiti dipenjarakan 14 tahun semalam kerana mencuri AUS$16 juta (RM51.8 juta) daripada Jabatan Kesihatan Australia.

Hohepa Morehu-Barlow, juga dikenali sebagai Joel Barlow, kelahiran New Zealand, mengaku bersalah terhadap lapan kesalahan termasuk menipu sebagai pekerja dan pemalsuan di Mahkamah Daerah Brisbane.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Kerry O’Brien, berkata Morehu-Barlow memindahkan dana daripada geran yang dikendalikan untuk membiayai gaya hidup mewahnya.

“Saya tidak boleh pandang ringan jumlah wang terbabit. Ia adalah wang rakyat,” lapor akhbar The Australian memetik O’Brien sebagai berkata.

Tuduhan ke atas lelaki berusia 37 tahun itu berkaitan dengan menipu kerajaan negeri ketika bekerja sebagai pengurus pertengahan bagi Kesihatan Queensland antara 2007 dan 2011.

“Dana dipindahkan oleh Morehu-Barlow adalah wang awam bertujuan membantu badan kebajikan dan kumpulan komuniti lain.

“Wang berkenaan digunakan untuk menampung gaya hidup mewahnya yang kononnya putera Tahiti yang terpaksa bekerja untuk mendapatkan pusaka diraja,” kata pendakwa, Todd Fuller, kepada mahkamah seperti dilaporkan Brisbane Courier-Mail. - AGENSI

Bahana dendam dua jiran



Manjung: Seorang lelaki bukan saja cedera selepas bergelut dengan jirannya, malah turut tergamam apabila mendapati rumahnya di Pantai Remis, di sini, hangus terbakar dipercayai dilakukan jirannya itu.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, mangsa yang berusia 50-an dikatakan bertengkar sebelum bergelut dengan jirannya yang turut mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa.



Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, kejadian dikatakan bermula apabila jiran mangsa yang berusia lingkungan 50-an datang ke rumah mangsa.



Menurutnya, mangsa dan jirannya itu bertengkar sebelum berlaku pergaduhan menyebabkan mangsa cedera di tangannya.


RUMAH mangsa yang musnah dalam kebakaran dipercayai angkara khianat, pagi semalam.


“Susulan itu, mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

Penggodam dihukum penjara




New York: Seorang lelaki dihukum penjara tiga tahun lima bulan kerana menggodam dan mencuri data peribadi 120,000 pengguna iPad Apple Inc.

Antara mangsa termasuk beberapa datuk bandar, seorang penyampai berita televisyen dan tokoh Hollywood.
Andrew Auernheimer, 27, disabit kesalahan pada November lalu oleh juri di Newark, New Jersey membabitkan tuduhan konspirasi mengakses pelayan AT&T Inc tanpa kebenaran, dan satu tuduhan mencuri identiti.

Hukuman yang diputuskan hakim Susan Wigenton hampir dengan tuntutan pendakwa Jabatan Kehakiman supaya dia dipenjara selama 33 hingga 41 bulan.

Pendakwa berkata, hukuman penjara akan membantu menghalang penggodam menceroboh hak peribadi orang ramai di internet.

Antara mereka yang menjadi mangsa aktiviti Auernheimer itu termasuk penyampai berita ABC News, Diane Sawyer; Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg; Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel dan penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein, kata pendakwa.

“Apabila sedar kesalahannya, Auernheimer mereka cerita bahawa dia cuba untuk menjadikan internet lebih selamat dan apa yang dilakukannya umpama memasuki pintu yang tidak berkunci,” kata pendakwa raya, Paul Fishman dalam satu kenyataan.
“Juri tidak termakan dengan semua itu dan begitu juga hakim ketika menjatuhkan hukuman.”

Auernheimer juga cuba mendapatkan keizinan mahkamah supaya dibebaskan dengan syarat tertentu.

Peguamnya berkata, tiada kata laluan yang digodam dan tempoh penjara lama tidak wajar kerana kerajaan baru-baru ini mendesak hukuman penjara enam bulan bagi seorang defendan dalam satu kes yang lebih serius.

Peguam bela, Tor Ekeland berkata anak guamnya itu akan membuat rayuan. Katanya, Akta Penyalahgunaan dan Pemalsuan Komputer tidak memberikan definisi jelas apakah maksud mengakses secara tidak sah. - REUTERS

Suami isteri dan jiran maut kemalangan



ROSDALILAH ZAHARI
20 Mac 2013
SUNGAI SIPUT - Sepasang suami isteri dan seorang jiran maut apabila kereta mereka naiki bertembung dengan treler di Batu 27, Kampung Setia Salak Baru di sini, malam tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Romlan Ros Abdul Bakar, 52, iaitu pemandu kereta, isterinya, Haniza Hussin, 46, dan jiran mereka Mohd Ridzuan Mohd Nor, 55.

Isteri Mohd Ridzuan, Zaharah Abdullah, 52, cedera parah di muka dan kepala.

Dia kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Kesemua mangsa yang terbunuh dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halaman bagi urusan pengebumian.

Difahamkan, kesemua mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dalam perjalanan ke Ipoh sebelum kereta yang dipandu Romlan Ros hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler.

Leher isteri diacu parang, rugi RM5,000



20 Mac 2013
KOTA TINGGI - “Ketika itu saya tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi pencuri tersebut mengacukan parang di leher saya,” kata ibu kepada lima orang anak, Salinah Sadikin, 46, ketika menceritakan detik-detik cemas kediamannya di Felda Lok Heng Selatan di sini dimasuki pencuri dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama anak serta cucunya sedang tidur di bahagian ruang tamu rumah manakala suaminya tidur di dalam bilik.

“Pencuri masuk ke rumah kami melalui tingkap di bilik utama yang dipotong besinya. Kebetulan bilik tersebut kosong dan tidak ada siapa yang tidur di bilik itu.

“Anak-anak dan cucu tidak sedar ketika lelaki itu masuk ke rumah kerana masing-masing kepenatan baru pulang dari kenduri kahwin termasuklah saya. Namun ketika kejadian itu saya tersedar kerana terdengar bunyi orang berjalan.

“Malah saya dapat melihat lelaki tersebut yang memakai baju T-shirt hitam berseluar jeans dan berkulit putih. Mukanya pula ketika itu tidak ditutupi apa-apa. Sebaik sahaja terjaga lelaki tersebut terus mengacukan parang lalu menyuruh saya diam.

“Saya yang ketika itu risau akan keselamatan diri hanya mengikuti sahaja arahan lelaki terbabit. Bagaimanapun sebaik sahaja lelaki itu beredar, saya terus menjerit dan mengejutkan ahli keluarga yang lain. Ketika itu badan saya turut menggigil kerana ketakutan,” katanya.

Suaminya yang juga peneroka Felda, Musaid Sani, 49, berkata, ekoran kejadian itu mereka terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 apabila kesemua wang berjumlah RM1,300, sebuah komputer riba, tujuh buah telefon bimbit serta dua bentuk cincin emas yang ada di dalam rumah itu berjaya dibawa lari.

“Saya sedar dari tidur sebaik sahaja terdengar jeritan isteri. Ketika itu juga saya dapati telefon bimbit serta wang kertas dalam dompet sudah hilang, yang tinggal hanyalah duit syiling sahaja.

“Kami juga turut mengejutkan jiran-jiran dan rupa-rupanya bukan rumah kami sahaja yang dimasuki pencuri tetapi rumah salah seorang jiran kami juga dirompak. Saya difahamkan mereka kerugian kira-kira RM2,000 dalam kejadian itu,” katanya.

Jelasnya, kejadian itu bukanlah insiden pertama buat mereka sekeluarga kerana pada 2008 rumahnya pernah dimasuki pencuri dan kerugian hampir RM2,000.

“Pada kejadian itu pencuri tersebut masuk ke rumah kami melalui pintu belakang dan ketika itu kami semua tidak sedar sehinggalah pada waktu pagi,” katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Penawar.

Anak dilarikan penyamun, kereta dibakar



ZAIMATULJUWITA ABDULLAH 
20 Mac 2013
Anak dilarikan penyamun
Penduduk melihat sisa kereta Wira milik Noraini ditinggalkan di tepi sawah yang dipercayai dibakar oleh suspek.
BACHOK – Seorang ibu tunggal dari Kampung Pauh Sembilan, disini masih trauma apabila anaknya hilang beberapa jam selepas keretanya dilarikan penyamun selepas pulang berniaga dari pasar borong Wakaf Che Yeh awal pagi Ahad lalu.

Noraini Mohamad, 39, berkata, ketika kejadian jam 2.30 pagi Ahad lalu dia baru pulang dari berniaga dan memberhentikan kereta di depan rumah untuk membuka pintu pagar.

Ketika itulah dia terdengar orang berlari dari dalam kegelapan malam dan terus masuk ke dalam keretanya.

“Anak keempat yang turut menemani saya berniaga, Nur Diney Amalyna Mohd Zabidi , 8, berada dalam kereta tersebut. Saya terkejut dengan kejadian itu yang amat pantas dan kereta itu terus dilarikan.

“Saya yang panik terus memanggil ibu di dalam rumah untuk memaklumkannya. Saya bimbang dengan keselamatan anak terus membuat laporan di Balai Polis Bachok. Bagaimana pun, anak saya ditemui beberapa jam kemudian di tepi Jalan Panchor/Jalan Sabak, Pengkalan Chepa, dipercayai ditinggalkan penyamun di kawasan tersebut,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam dua suspek lelaki yang memakai topeng dan seorang lagi tidak berbaju dan menutup mukanya dengan baju.

Suspek juga dipercayai membawa parang untuk menakutkan mangsa ketika melarikan kenderaan tersebut.

Noraini berkata, dia mendapat panggilan daripada Balai Polis Pengkalan Chepa yang memaklumkan anaknya berada di balai polis tersebut.

Manakala, kereta Wira miliknya hanya ditemui keesokan harinya dibakar di tepi sawah berdekatan tepi tali air Kampung Takang, Tawang, dekat sini.

“Saya sedih dengan kejadian ini yang sudah kali ketiga kami disamun. Tahun lepas suami saya, Mohd Zabidi Adam meninggal dunia akibat barah usus.

“Saya harap penyamun itu dapat ditangkap sebab sudah banyak kali kami disamun walaupun rumah kami dipenuhi rumah penduduk berdekatan,” katanya.

Manakala, ibunya, Hasanah Ishak, 78, berkata, dia juga trauma dengan kejadian yang menimpa anak cucunya.

Katanya, kes pecah rumah di kawasan tersebut berlaku hampir setiap malam dan amat menakutkan penduduk setempat.

“Kami harap kes ini dapat diambil berat oleh pihak polis memandangkan kami sering menjadi mangsa samun. Cucu saya sudah dua hari tidak pergi ke sekolah akibat trauma dan enggan bercakap selepas hari kejadian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Katanya, mangsa kerugian sebanyak RM16,000 termasuk beg tangan berisi wang tunai, rantai tangan, dan kereta.

“Kereta mangsa ditemui pada 11 tengah semalam dalam keadaan terbakar, dan polis masih siasat bahan api yang digunakan untuk membakar kenderaan itu dengan bantuan pakar forensik bomba,” katanya.

Goda pelanggan keluar bank



KUALA LUMPUR – Berhati-hati sekiranya anda mahu berurusan di sekitar di Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini kerana anda mungkin ‘digoda’ oleh pelacur jalanan secara terang-terangan.
Difahamkan, orang ramai yang pergi ke bank-bank atau mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) di kawasan itu sering diganggu oleh pelacur.
Premis perniagaan berkenaan menempatkan beberapa buah bank, beberapa buah bengkel motosikal dan restoran mamak.
Tinjauan Kosmo! di kawasan yang sama mendapati, pelacur warga China yang berpakaian seksi dilihat berdiri di tepi kaki lima berhampiran bank sambil menunggu mangsa yang kebanyakannya datang ke premis tersebut untuk mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM.
Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai yang datang ke premis berkenaan.
Selain itu, kelibat beberapa lelaki yang dipercayai bapa ayam juga dilihat di kawasan berhampiran premis berkenaan dan mereka memerhati pelacur di bawah jagaannya ‘memikat’ mangsa.
Lebih menjengkelkan, pusat pelacuran tersebut hanya terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Jamek Alam Shah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2O1kRucuq 
Hakcipta terpelihara 

Warga India sorok syabu RM933,280




ABD. AZIZ (dua dari kiri) dan beberapa pegawai kastam menunjukkan syabu yang cuba diseludup oleh seorang lelaki warga India di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Taktik seorang warga India menyembunyikan dadah bernilai hampir RM1 juta di dalam batang plastik yang digunakan untuk meletak gelang tangan terbongkar apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini Ahad lalu.
Lelaki berusia 35 tahun itu diberkas pegawai Kastam Hasil lapangan terbang sejurus tiba dari Singapura selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.30 petang.
Hasil pemeriksaan lanjut pada beg pakaian dibawa suspek menemui dadah jenis syabu seberat 4.912 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM933,280.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat agensi pelancongan di Chennai itu ditahan kerana membawa barangan yang mencurigakan.
"Selepas memeriksa beg pakaiannya, kita menemui kain hitam berisi hablur kristal putih syabu yang disembunyikan di dalam 39 batang plastik yang biasanya digunakan untuk menyusun gelang," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2O1jvkAXs 
Hakcipta terpelihara 

Tanah runtuh ragut 17 nyawa di Brazil




SEORANG pekerja penyelamat meniup wisel semasa dia melakukan kerja-kerja mencari mangsa tanah runtuh akibat hujan lebat di Petropolis dekat Rio de Janeiro kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kawasan pergunungan di Brazil, kata pihak berkuasa semalam.
Berpuluh-puluh penduduk lagi hilang tempat tinggal sejak Ahad lalu dalam bencana yang menimpa Petropolis dan kawasan sekitarnya.
Bekas bandar diraja itu terletak 68 kilometer ke utara Rio Janeiro.
Menurut seorang pegawai tempatan, antara yang terbunuh termasuk dua petugas keselamatan.
Gabenor Rio, Sergio Cabral meminta penduduk yang terjejas berlindung di penempatan-penempatan sementara ekoran hujan semakin lebat.
Pada masa yang sama, Datuk Bandar Petropolis, Rubens Bomtempo pula menggesa penduduk setempat agar tidak keluar rumah.
Beliau memberi amaran lebih banyak tanah runtuh diramal berlaku.
Satu kenyataan pertahanan awam menyatakan, hujan lebat turut menjejaskan beberapa bandar lain di negeri Rio termasuk Angra dos Reis, Mangaratiba, Niteroi dan Te resopolis.
Pada Januari 2011, lebih 900 orang terbunuh di negeri itu selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2O1imd3GF 
Hakcipta terpelihara 

Pelancong wanita terjun hotel takut dirogol




GAMBAR menunjukkan hotel yang didiami seorang pelancong wanita Britain yang bertindak terjun dari tingkap tingkat dua bagi mengelak dia dirogol di Agra, India semalam.AP


NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut.
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya.
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan.
Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut.
Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India.
Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut.
Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu.
Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2O1id0SC7 
Hakcipta terpelihara 

Lohan dihukum berada 90 hari di pusat pemulihan




LOHAN (kiri) duduk di sebelah Heller di Mahkamah Tinggi Los Angeles di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Aktres bermasalah Amerika Syarikat, Lindsay Lohan kelmarin dihukum memasuki sebuah pusat permulihan selama 90 hari.
Pelakon berusia 26 tahun itu menjalani hukuman tersebut selepas dia bersetuju menerima perjanjian rayuan berhubung kes kesalahan kecil kemalangan kereta.
Lohan juga dihukum berada di bawah pemerhatian selama dua tahun selepas dia tidak membuat sebarang pengakuan dalam kes kemalangan kereta tersebut di San Monica pada Jun 2012.
Aktres itu juga perlu menjalani kerja-kerja komuniti selama 30 hari.
Kerja-kerja tersebut boleh dilakukannya di New York yang merupakan tempat tinggalnya.
Lohan yang tiba lewat hampir sejam juga dikehendaki menjalani psikoterapi selama 18 bulan.
Aktres itu tiba lewat kerana dia terlepas pesawat dari New York ke Los Angeles.
Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, James Dabney berkata, pelakon itu perlu mengikuti program selama 90 hari di pusat pemulihan tersebut.
"Adakah anda memahami dan menerima semua syarat pemerhatian dalam kes itu?", soal Dabney.
"Ya, tuan," kata Lohan.
Hakim itu memberitahu kepada peguam Lohan, Mark Heller bahawa aktres berkenaan perlu membuktikan bahawa tubuhnya tidak mengandungi dadah atau alkohol.
Dabney juga mahu Lohan tidak menggunakan sebarang dadah atau ubat yang dihadkan penggunaannya ke atas para pesakit tertentu sahaja.
Kes kemalangan kereta di Santa Monica itu melibatkan kereta Porsche yang dipandunya. Kereta tersebut melanggar sebuah trak di Lebuh Raya Pantai Pasifik.
Lohan pada mulanya mendakwa dia merupakan penumpang di dalam kereta tersebut.
Bagaimanapun, siasatan mendapati dia kemudian pemandu kereta berkenaan.
Selepas kemalangan itu, Lohan didakwa menghalang seorang pegawai polis, memberi keterangan palsu dan memandu dengan cuai.
Dakwaan itu sekali gus menunjukkan aktres itu melanggar syarat-syarat pemerhatian selepas dia dihukum kerana mencuri seutas rantai leher pada tahun 2011. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2O1i8FYD8 
Hakcipta terpelihara