Search This Blog

Tuesday, March 19, 2013

Tiga suspek lelaki ditahan di Kampung Sim-sim, Sandakan



SANDAKAN 18 Mac - Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, hari ini selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan pada 3 petang tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.
Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.
Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.
Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat, mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130318/je_14/Tiga-suspek-lelaki-ditahan-di-Kampung-Sim-sim-Sandakan#ixzz2NydTkJg3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat murid ditemui terapung di Sandakan



SANDAKAN 18 Mac - Mayat murid Tahun Satu ditemui terapung di Sungai Batu 2 dekat Kampung BDC di sini awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sandakan, Asisten Supritendan Gan Ping Sin berkata, mayat yang masih berpakaian sekolah dijumpai kira-kira 5.30 pagi.
Dilaporkan, mangsa bersama lapan rakannya sedang dalam perjalanan pulang dari menghadiri kelas ganti apabila bot yang mereka naiki terbalik di kawasan perairan berhampiran Pulau Berhala petang semalam.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat II, Azmi Musa berkata, pihaknya berduka cita di atas kematian murid berkenaan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130318/je_10/Mayat-murid-ditemui-terapung-di-Sandakan#ixzz2NycXI7yN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat pelajar perempuan jatuh parit ditemui



SHAH ALAM 18 Mac - Mayat pelajar perempuan yang terjatuh bersama tiga lagi rakannya ke dalam parit besar berhampiran kunci air di Padang Jawa di sini semalam, ditemui petang ini.
Mayat Nur Alisa Balqis Mohd. Zakir, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga ditemui pada pukul 6.45 petang oleh anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan gerakan mencari sejak semalam.
Tiga lagi rakannya termasuk dua lelaki berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Timbalan Penguasa Bomba, Muhamad Hissam Sidek berkata, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat dia terjatuh.
Beliau berkata, ketika ditemui mayat mangsa memakai baju T dan seluar jeans.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,'' kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Zakir Hussin, 40, berkata, dia dan keluarganya reda dengan pemergian anak sulungnya itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, mangsa dan tiga rakannya dikatakan bermain air di kawasan parit besar yang berarus deras sebelum tergelincir dan jatuh.
Dua rakan lelaki mangsa berjaya menyelamatkan diri sementara rakan perempuannya diselamatkan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam. Mangsa pula hanyut dibawa arus. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130318/je_15/Mayat-pelajar-perempuan-jatuh-parit-ditemui#ixzz2NyYI32Pm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peguam Perancis kendali kes Scorpene ditemui mati



KUALA LUMPUR 18 Mac - Mayat peguam Perancis, Oliview Metzner ditemui terapung berhampiran pulau miliknya di Teluk Brittany, Morbihan, Perancis semalam.
Metzner merupakan peguam yang mewakili syarikat pertahanan Direction des Construction Navales Services (DCNS) yang menjual kapal selam, Scorpene kepada Malaysia.
Menurut portal, The Guardian, peguam yang turut digelar "peguam gangster" itu dipercayai telah membunuh diri.
Sepucuk nota bunuh diri turut ditemui di rumahnya di Pulau Bo√ędic tersebut.
Isu Scorpene menjadi perhatian apabila Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa berlakunya rasuah dalam urusan penjualan kapal selam itu.
Metzer mula mencipta nama apabila beliau berjaya dalam kes-kes berprofil tinggi dan kotroversi seperti menjadi peguam bela kepada bekas diktator Panama, Manuel Noriega. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130318/ma_05/Peguam-Perancis-kendali-kes-Scorpene-ditemui-mati#ixzz2NyY8VVXQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Edar syabu: Penganggur berdepan hukuman mati



KOTA BHARU 19 Mac - Seorang penganggur berdepan hukuman mati selepas dituduh mengedar syabu seberat 57 gram pada 6 Mac lalu.
Tertuduh, Mohd. Rozi Deraman, 47, berasal dari Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah bernombor 5170-A Jalan Kuala Krai di sini kira-kira pukul 7.10 petang.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh yang berpakaian lokap berwarna jingga didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Majistret Nik Habri Muhamad kemudiannya menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130319/ma_04/Edar-syabu-Penganggur-berdepan-hukuman-mati#ixzz2NyY4sg4w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 Mei sebutan semula kes jual bayi



BUTTERWORTH 19 Mac - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 7 Mei ini untuk sebutan semula kes empat individu termasuk seorang lelaki yang dituduh terlibat dalam kegiatan pemerdagangan bayi dan kanak-kanak.
Tarikh tersebut ditetapkan bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan menyerahkan segala dokumen kepada mahkamah sebelum menetapkan tarikh perbicaraan ke atas Ooi Ah Imm, 47; Lim Choon Liang, 63; Chin Din Chun, 57, dan Bahtiar Abas, 61.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud tanpa sebarang bantahan daripada tiga peguam bela, K. Supramaniam, J.J. Singh dan Y. Yogeswaran yang mewakili tiga tertuduh.
Pada 25 Januari lalu, kelima-lima mereka termasuk seorang lagi tertuduh yang tidak hadir, Lim Soo Chin, 52, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdagangkan tujuh bayi dan kanak-kanak berusia antara tiga bulan dan lima tahun.
Perbuatan yang bertentangan dengan Seksyen 8 Akta Kanak-Kanak 2001 itu didakwa dilakukan bagi tujuan eksploitasi dengan memindahkan hak jagaan terhadap kanak-kanak tersebut dengan cara menjualnya kepada individu lain.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu antara 30 September 2008 dan 16 Januari 2013 di tujuh lokasi berbeza di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara antara tiga dan 20 tahun serta boleh dikenakan denda.
Pada Januari lalu, polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penjualan bayi membabitkan nilai RM300,000 setelah menangkap 33 individu disyaki anggota kumpulan sama yang ditahan dan menyelamatkan sembilan bayi.
Sebanyak 43 individu ditangkap, terdiri daripada 19 lelaki dan selebihnya wanita termasuk masing-masing seorang rakyat Singapura dan Indonesia yang berusia antara 27 dan 57 tahun.
Sementara itu, semasa semua tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, seorang lelaki yang dipercayai saudara kepada Ah Imm menjerit memarahi jurugambar yang merakam gambar tertuduh. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130319/ma_06/7-Mei-sebutan-semula-kes-jual-bayi#ixzz2NyY0kkOO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maritim Malaysia tahan 58 nelayan, rampas 4 bot Vietnam



KUANTAN 18 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 58 nelayan Vietnam dan merampas empat buah bot pukat tunda kerana dipercayai menggunakan pukat ganding yang dilarang semasa menangkap ikan di perairan negeri itu, semalam.
Pengarah Operasi Daerah Maritim 8, Komander Maritim Abdul Rahim Ramli berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Kuantan (PNK) yang mendakwa terdapat 10 buah bot dikesan melakukan kesalahan itu ketika menangkap ikan secara berpasangan.
Menurutnya, seramai tiga pegawai dan 20 anggotanya telah diarah menyiasat di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 72 kilometer dari Tanjung Api di sini pukul 5 petang bersama ahli PNK.
"Kita menemukan 10 buah bot yang menangkap ikan secara berpasangan lalu cuba mengepung kumpulan tersebut tetapi enam daripadanya berjaya meloloskan diri," katanya dalam sidang akhbar di Jeti Slipway Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini, hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130319/je_03/Maritim-Malaysia-tahan-58-nelayan-rampas-4-bot-Vietnam#ixzz2NyXp0OE2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PPDNKK Johor rampas 35,000 liter diesel seludup



JOHOR BAHRU 19 Mac - Taktik penyeludup diesel bersubsidi yang menjadikan kawasan terpencil berhampiran kawasan Perindustrian Sri Plentong, di sini sebagai 'markas' mereka terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa semalam.
Dalam operasi kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri berjaya menggagalkan kegiatan sindiket penyelewengan terbabit dan merampas 35,000 liter bahan api berkenaan. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130319/je_09/PPDNKK-Johor-rampas-35000-liter-diesel-seludup#ixzz2NyWdwAo3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjenayah sasar rumah mewah diburu



HULU LANGAT 18 Mac. - Sekumpulan penjenayah dikesan aktif menjadikan kawasan perumahan elit yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat sebagai sasaran utama untuk melakukan jenayah samun bersenjata.
Penjenayah dipercayai seramai lima orang warga tempatan itu menyasarkan kawasan perumahan sebegitu kerana mangsa majoritinya adalah orang berduit dan tidak melindungi rumah mereka sepenuhnya, kerana telah dikawal pengawal keselamatan di pintu masuk utama.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, modus operandi kumpulan ini adalah sekitar pukul 7 hingga 10 pagi, iaitu ketika penduduk hendak keluar bekerja dan membiarkan pagar rumah terbuka luas.
“Mereka akan datang menaiki kereta mewah seperti Toyota Camry dan Alphard lalu meminta masuk ke dalam kawasan perumahan dengan alasan menghantar atau mengambil penduduk di situ.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130319/je_05/Penjenayah-sasar-rumah-mewah-diburu#ixzz2NyVvlj1u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PKFZ: Kes Liong Sik ditangguh

Tun Dr Ling Liong Sik
Tun Dr Ling Liong Sik
KUALA LUMPUR - Kegagalan untuk menyerahkan sepina baharu kepada seorang saksi pembelaan menyebabkan perbicaraan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik di mahkamah tinggi di sini ditangguhkan sehingga esok.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi mengarahkan peguam utama, Liong Sik, K.K. Wong supaya memastikan sepina kepada semua saksi yang akan dipanggil diserahkan pada masanya bagi memastikan perbicaraan kes itu tidak tertangguh.

Pasukan pembelaan mahu memanggil Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah tetapi beliau tidak hadir di mahkamah memandangkan beliau tidak menerima sepina.

Peguam Datuk K. Kumaraedran yang mewakili Faizal turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pembelaan tidak memohon sepina baharu terhadap anak guamnya dan sepina lama telahpun tamat tempoh, dengan Faizal menghadiri satu lagi perkara berkaitan mahkamah di Shah Alam.

Wong kemudian memberi jaminan kepada Ahmadi bahawa pembelaan akan mengatur urusan yang perlu untuk menyerahkan sepina pada masanya kepada saksi yang masih tinggal.

Liong Sik, 69, didakwa memperdayakan kerajaan dengan tidak mendedahkan kepada Kabinet kadar faedah tambahan 7.5 peratus setahun bagi RM1.088 bilion (pada kadar RM25 setiap kaki persegi) dalam pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, antara 25 September 2002 dan 6 November 2002.

Beliau turut minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan alternatif iaitu menipu yang membawa hukuman lebih ringan.  - Bernama

Bapa tak simpan dendam

Bapa tak simpan dendam
Teh (tengah) bersama isterinya, Siti Jaleha Saad, 57, menunjukkan SMS yang diterimanya daripada Siti Mazira kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
ROMPIN – “Terima kasih Md Adam kerana pulangkan semula anak saya,” demikian Teh Darus, 56, selepas anaknya, Siti Mazira, 21, dipercayai menghilangkan diri bersama seorang lelaki berusia 47 tahun, dua minggu lalu.

Teh berkata, dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap lelaki itu, sebaliknya bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan anaknya dalam keadaan sihat.

Menurutnya, dia sedia memaafkan lelaki yang pernah memberi khidmat rawatan tradisional kepada anaknya kira-kira lima bulan lalu di Felda Selendang 4 dan mahu melupakannya.

"Kami tidak mahu mengingati apa yang terjadi apabila Siti Mazira menghilangkan diri 14 hari lalu.
“Saya mahu bawa Siti Mazira tinggal bersama kami dan kembali bahagia setelah pulang ke pangkuan keluarga," katanya.

Teh berkata, hasil maklumat rakan-rakan dalam laman sosial Facebook, akhirnya dia dimaklumkan anak keempat daripada lima beradik itu berada di Tanjung Pahang.

“Rakan-rakan ada beritahu anak saya tinggal di Tanjung Pahang sejak kelmarin dan cuba mengesannya melalui bantuan mereka, termasuk polis,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Siti Mazira menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) merayu supaya dia menarik semula laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

“Dia (Siti Mazira) hantar SMS dan minta kami tarik laporan atau jangan ambil tahu langsung tentangnya.

"Selepas menerima SMS itu, saya cuba pujuk dan menghubungi telefon bimbitnya bagi menerangkan keadaan sebenar,” katanya.

Menurutnya, dia menyerahkan panggilan yang dijawab Siti Mazira kepada seorang anggota polis untuk memberi penjelasan.

“Selepas penjelasan diberikan, lelaki itu bersetuju menyerah diri dengan syarat dia tidak diapa-apakan dan ditahan dengan jaminan polis sebaik saja menyerah diri,” katanya.

Difahamkan, sebaik menyerah diri, mereka terus dibawa ke Balai Polis Tanjung Gemok bagi diambil keterangan sebelum Siti Mazira diserahkan kepada Teh untuk dibawa ke rumah anak sulung nya di Felda Selendang 4.

“Sebaik saja sampai di rumah kakaknya, dia tidak banyak bercakap malah mendiamkan diri.

"Kami jadi hairan kerana dia seolah-olah tidak mengenali ahli keluarganya sendiri,” katanya yang merancang membawa Siti Mazira mendapatkan rawatan tradisional di Pekan bagi memulihkan semangat.

Dalam pada itu, Sinar Harian 9 Mac lalu melaporkan  kegusaran suami isteri apabila  anak gadis mereka mengurung diri dalam bilik terjawab setelah dia menghilangkan diri.

Mekanik maut, empat parah



19 Mac 2013
Mekanik maut, empat parah
Kereta yang dipandu mangsa remuk selepas terlibat dalam kemalangan.
B Gunalan
B Gunalan
MUAR  - Seorang mekanik maut selepas kereta yang dipandunya merempuh kenderaan abangnya dari arah belakang dalam kemalangan di kilometer 143 di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran  Pagoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa B Gunalan, 27, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat penumpang lain terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota  Hilux yang dipandu abangnya, B Suresh, 28, yang ketika itu berada di depan kereta mangsa.

Gunalan yang berasal dari Taman Sri Mahsan, Bahau, Negeri Sembilan maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan manakala seorang adiknya dan tiga rakannya yang turut menaiki kereta sama patah tangan dan kaki.

Suresh yang  mengalami cedera ringan ketika ditemui berkata, kejadian berlaku dengan pantas selepas dia membrek kenderaannya secara tiba-tiba sebelum dirempuh kereta adiknya dari belakang.

“Selepas melanggar kereta saya, kereta Gunalan melanggar pula pembahagi jalan. Akibat kecederaan teruk dia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superitendan Sahadan Jaafar berkata, kejadian itu berlaku ketika pasangan adik beradik itu dalam perjalanan dari Bahau, Negeri Sembilan ke Johor Bahru, Johor.

“Mangsa yang cedera dirawat di HPSF dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Tabung Wira Lahad Datu Sumbangan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu  Johor (PPPKMNJ) cawangan Muar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Jual motor curi beli dadah

Jual motor curi beli dadah
Mohd Shukri (kiri) bersama Chang Keong menunjukkan motosikal dan komponen yang dileraikan untuk dijual kepada pengedar dadah.
IPOH - Sekumpulan 11 lelaki mempraktikkan sistem barter untuk berurusan dengan pengedar dadah melalui cara menjual motosikal curi bagi mendapatkan bekalan dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Hairo ini dipercayai mula bergiat aktif dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Ipoh sejak tahun 2011.

Menurutnya, kesemua ahli kumpulan yang berusia antara 17 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pelayan restoran, malah, ada dalam kalangan mereka yang masih bersekolah dan menganggur.

Beliau berkata, tangkapan ke atas ahli kumpulan berkenaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam berdasarkan beberapa kes kecurian motosikal yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Berikutan itu, sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang sedang menjalankan Ops Lejang berjaya menahan dua suspek di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Yusof pada 8 Mac lalu.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek terbabit anggota kami menemui beberapa allen key.

Susulan itu, kami membuat serbuan di lima buah rumah berasingan di sekitar Tanjung Rambutan, Menglembu dan Lahat.

“Melalui serbuan itu, kami berjaya menahan sembilan suspek lain serta menemui beberapa jenis motosikal Yamaha dan Honda pelbagai model serta komponen yang dileraikan dipercayai untuk dijual kepada pengedar dadah dengan harga antara RM200 ke RM300,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri, Superintendan Maszely Minhad dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Katanya, ketika ujian awal saringan air kencing dijalankan lima daripada suspek didapati positif dadah jenis meth.

“Siasatan kami ke atas suspek turut mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek yang masih dalam tahanan polis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) direman selama tiga hari mulai 17 hingga 19 Mac.

Manakala suspek yang didapati positif dadah direman selama 14 hari dari 9 hingga Mac ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 28(1) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” ujarnya.

Mohd Shukri berkata, melalui tangkapan tersebut, pihaknya percaya telah menyelesaikan ratusan kes motosikal yang berlaku di bandar raya ini sejak 2011.

Warga emas maut kemalangan

Warga emas maut kemalangan
Motosikal yang ditunggangi mangsa rosak teruk selepas berlanggar dengan sebuah kereta.
GUA MUSANG - Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta Proton Wira di Kilometer Dua Jalan Paloh-Lebir, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.40 petang ketika mangsa, Abdullah Hassan, 74, dari RKT Kesedar Paloh 1 dipercayai untuk pulang ke rumahnya di Kesedar Paloh 3.

Motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai gagal dikawal sebaik keluar dari simpang empat RKT Kesedar Paloh 1 berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh sebelum berlanggar dengan sebuah kereta dalam perjalanan dari Paloh ke Lebir.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal ketika dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Chiku, manakala pemandu kereta seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Hassan Sazali, 39, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi, Noriah Abdullah, 47, mangsa menunggang motosikal dalam keadaan tergopoh gapah ketika keluar dari simpang RKT Paloh 1 hingga memasuki laluan tengah jalan sebelum dirempuh kereta terbabit.

Katanya, orang ramai yang kebetulan berada di kawasan itu terkejut terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat mangsa terjatuh bersama motosikal di tepi jalan dalam keadaan cedera parah.

“Saya sempat melihat mangsa menunggang motosikal seorang diri dan terus keluar dari simpang tanpa melihat kenderaan lain yang melalui jalan itu.

“Mangsa ketika itu pengsan dan saya sempat mengajarnya mengucap sebelum disahkan meninggal dunia sebaik dikejarkan ke Pusat Kesihatan Besar Chiku,” katanya.

Anak mangsa, Ruzsilawaty Abdullah, 32, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Gua Musang berkata, arwah tinggal seorang diri di rumah di RKT Kesedar Paloh 3.

Menurutnya, bapanya juga baru pulang dari kampung Rabu lalu untuk menemui ibunya Fatimah Che Mahmud, 51, dan tidak ada perubahan sikap dilihat pada ketika itu.

Motor harga RM140,000 lesap

Motor harga RM140,000 lesap
Model motosikal seperti inilah yang dikesan hilang selepas bengkel membaiki motosikal di Bertam Kios dipecah masuk, malam kelmarin. Gambar kecil: Abdul Rah man.
PINANG TUNGGAL - Sebuah motosikal berkuasa tinggi berharga RM140,000 lesap dipercayai dicuri selepas sebuah bengkel membaikinya di Bertam Kios di sini dipecah masuk, malam kelmarin.

Kehilangan motosikal jenis MV Agusta buatan Itali itu disedari oleh salah seorang pekerja bengkel berkenaan pada jam 8.30 pagi semalam selepas membuka premis itu untuk memulakan kerjanya.

Bengkel berkenaan yang turut menempatkan beberapa motosikal berkuasa tinggi dan motosikal lain untuk dibaiki ditutup pada setiap Ahad.

Pemilik bengkel yang enggan didedahkan namanya berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pekerjanya memaklumkan kehilangan itu sebelum bergegas ke premisnya dan mendapati motosikal disimpan di situ hilang.

“Saya memeriksa sekeliling kedai dan mendapati pintu belakang bengkel mengalami kerosakan seperti telah dipecah.

“Motosikal milik seorang kenalan itu telah hampir sebulan ditempatkan di sini untuk proses penyelenggaraan dan bukan untuk dibaiki,” katanya yang membuat laporan polis berkaitan kehilangan itu kemudiannya.

Difahamkan, motosikal model itu hanya terdapat sebuah sahaja di negeri ini dan pemiliknya merupakan seorang kontraktor berjaya, tetapi beliau enggan ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 457/379 (A)(1) Kanun Keseksaan kerana pecah premis dan curi kenderaan.

Dalam kes lain, Abdul Rahman berkata, pihaknya telah berjaya menahan seorang lelaki Melayu di Taman Bagan Dalam, malam Ahad lalu selepas usaha menjejakinya dilakukan hampir dua bulan lalu kerana dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh di Langkawi, Kedah awal Januari lalu.

“Suspek yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak di daerah ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang warganegara Bangladesh dalam kejadian itu yang ditikam sehingga mati selepas disamun sebelumnya.

“Suspek juga dikehendaki kerana terlibat dalam kejadian pecah amanah apabila dipercayai melarikan sejumlah wang milik majikannya beberapa minggu lalu,” katanya.

Tak sempat hadiri kenduri

Tak sempat hadiri kenduri
Fuad (kanan) turut mengangkat mayat arwah abangnya untuk dihantar ke HT untuk proses bedah siasat. Gambar kecil, Mohd Fidrus.
TAMPIN – Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Gemas-Rompin, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, Mohd Fidrus Shaharudin, 30, yang menunggang motosikal Honda EX5 seorang diri dalam perjalanan pulang dari Rompin ke Jelai, Gemas.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum mangsa terjatuh di tengah jalan.

“Manakala motosikal mangsa tercampak sejauh kira-kira 50 meter dari mangsa. Pemandu kereta jenis Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 30an yang datang dari arah Gemas tidak menyedari mangsa berada di tengah jalan lalu melanggar mangsa.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridhwan Ghazali di talian 06-4411221 atau 06-4411222,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd Fuad Shaharudin, 17, berkata, kali terakhir arwah abang menghubunginya untuk bercakap dengan mak, Halimah Jani, 53, bagi bertanyakan waktu kenduri cukur jambul Sabtu ini untuk menjemput rakan-rakannya.

Katanya, arwah menghubungi telefon bimbitnya kira-kira jam 8.15 malam setelah panggilan arwah berulang kali di telefon bimbit mak tidak diangkat.

“Jadi abang hubungi saya untuk bercakap dengan mak, dari riak suara abang tiada apa yang berbeza dan abang juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara pada petang sebelum kejadian.

“Cuma, arwah abang minta izin pinjam motosikal saya untuk bertemu rakan-rakannya, sedangkan sebelum ini, sekiranya ingin keluar arwah abang akan bawa kereta Proton Saganya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), dekat sini, awal pagi semalam.

Menurut Fuad, arwah abangnya itu yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik, tinggal bersama mereka sekeluarga dan kini mereka sedang membuat persiapan untuk kenduri cukur jambul Sabtu ini.

“Kami sekeluarga memang sedang buat persiapan kenduri, namun tidak sangka keadaan akan menjadi seperti ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Ilahi ini,” katanya.

Peniaga dakwa dianiaya 'polis'

Peniaga dakwa dianiaya 'polis'
Lip Eng (tengah) bersama Tim Hock (dua, kiri), Hoi Choon (dua, kanan) dan Fang Yoong (kanan) pada sidang media, semalam.
SEGAMBUT - Tiga sekawan mendakwa menjadi mangsa salah laku seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dalam beberapa kejadian berasingan.

Mangsa, peniaga restoran, Lee Fang Yoong, 55, mendakwa dianiaya lelaki terbabit apabila perjanjian sewa rumah untuk seorang pekerjanya dimanipulasi.

Menurutnya, penganiayaan itu bermula apabila lelaki terbabit meminta RM1,500 untuk mengubah suai rumah berkenaan dan perjanjian bahawa dia tidak perlu melunaskan sewa selama setahun bermula 1 Disember lalu dibuat atas kertas yang ditandatangani.

Bagaimanapun, dia mula rasa tertipu dua bulan kemudian apabila hendak menggantikan kemasukan pekerja baru dalam rumah tersebut setelah pekerja lamanya berhenti.

"Namun, lelaki terbabit beri alasan tiada ruang dan pekerja saya perlu tidur di dapur sedangkan sebelum ini, dia beri jaminan penyewaan selama setahun.

"Lelaki terbabit turut mencabar saya membawa perkara itu ke mahkamah sedangkan perjanjian itu hanya atas kertas biasa yang tertera nombor telefon dan tanpa nombor kad pengenalan," katanya pada sidang media di Segambut Utara, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Fang Yoong mendakwa, berlaku pertengkaran ketika bertemu lelaki terbabit di rumah terbuka Tahun Baru Cina seorang rakannya.

"Lelaki itu cabar saya memukulnya sebaliknya saya hanya mengingatkannya supaya dia tidak datang lagi ke kedai.

"Saya buat laporan polis kerana bimbang diapa-apakan dan harap dia pulangkan semula wang itu," katanya.

Dalam pada itu, rakannya, Lai Hoi Choon, 58, mendakwa, dia ditahan polis untuk membantu siasatan kerana lelaki terbabit membuat laporan mengatakan diugut ketika pertengkaran tersebut berlaku.

"Saya tidak ugut dia dan saya ada buat laporan polis untuk keselamatan," katanya.

Sementara itu, Lim Tim Hock, 66, mendakwa, lelaki sama pernah menunjukkan kemaluan kepadanya ketika dia sedang menjamu selera di sebuah restoran Ogos tahun lalu.

"Lelaki terbabit juga mengamuk dan membaling cawan atas lantai namun tidak saya hiraukan," katanya.

Difahamkan, tiga sekawan ini membuat laporan di Balai Polis Sentul pada 27 Februari dan 7 Mac lalu sebagai langkah keselamatan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa polis menjalankan siasatan segera berhubung kejadian berkenaan.

“Sekiranya terbukti ada anggota polis salah laku maka tindakan perlu diambil segera.

"Namun jika tiga rakan itu yang buat laporan palsu maka mereka juga perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam salah laku.

Menurutnya, empat laporan diterima daripada dua pihak terlibat dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Kita tidak ‘double standard’ dalam hal melibatkan salah laku anggota kerana sekiranya terbukti bersalah tindakan akan dikenakan mengikut saluran undang-undang yang ada.

“Buat masa ini siasatan sedang dijalankan dan kes sedang diteliti,” katanya.

Bas terbabas elak monyet

Bas terbabas elak monyet
Bas ekspres yang membawa 19 penumpang bersama dua pemandu terbabas selepas cuba mengelak seekor monyet.
MARAN - Gara-gara mahu mengelak seekor monyet melintas, seramai 19 penumpang bersama dua pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan itu terbabas lalu merempuh pengadang jalan di Kilometer 142.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat susur keluar Paza Tol Chenor, kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, bas ekspres dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Kejadian berlaku akibat pemandu gagal mengawal kenderaan selepas cuba mengelak seekor monyet yang secara tiba-tiba melintas dari tepi jalan ke tengah laluan lebuh raya.

“Ia menyebabkan bas terbabas ke sebelah kiri jalan lalu merempuh pembahagi jalan sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan bas," katanya.

Sulaiman berkata, ketika kejadian, hampir kesemua penumpang termasuk seorang pemandu tambahan sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas bas terbabas.

Menurutnya, penumpang yang terselamat dibawa ke destinasi tujuan menggunakan sebuah bas ganti dari syarikat sama.

Anak tiri Adun Melor maut kemalangan

Anak tiri Adun Melor maut kemalangan
Ahli keluarga mangsa sugul sebaik saja tiba di tempat kejadian. Gambar kecil (atas): Wan Ismail, Gambar kecil (bawah): Muhd Izzat Iman
KOTA BHARU - Anak tiri, Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini petang kelmarin.                               

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan mangsa, Muhd Izzat Iman Mayadi, 17, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai membuat pusingan U, dari arah Sabak ke Pengkalan Chepa untuk bertemu sepupu di sebuah restoran makanan segera, namun tidak dapat mengawal motosikal yang ditunggang lalu terbabas di tengah-tengah pembahagi jalan.

Sementara itu, menurut bapa mangsa, Wan Ismail, anak tirinya yang bersekolah dalam tingkatan lima di Maktab Sultan Ismail Petra (SIC) Telipot menuntut dalam aliran Sains dan tidak sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Tidak saya sangka pemergiannya dan saya terkejut menerima berita itu selepas dimaklumkan keluarga ketika berada di Kuala Lumpur.

“Motosikal itu merupakan milik abangnya, dan dia jarang menunggang motosikal itu ke luar kawasan, paling jauh pun di sekitar kediaman di Telipot, tetapi tidak pada hari kejadian semalam, kerana dia keluar seorang diri menuju ke Pengkalan Chepa untuk bertemu rakannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Wan Ismail lagi, Izzat merupakan anak bongsu dari lima beradik yang amat rapat dengannya walaupun merupakan anak tiri hasil perkahwinan isterinya terdahulu, serta anak yang baik dan sering mendengar nasihatnya.

“Memang terkejut terima berita itu kerana ketika itu saya berada di Kuala Lumpur bersama isteri, Siti Madinah Illias Khan, 52, dan saya terus bergegas balik ke Kelantan.

“Sebelum arwah keluar makan bersama sepupunya, dia sempat solat Asar dan kali terakhir saya bertemunya Sabtu lalu, ketika dia bersama adik-beradiknya menghantar saya ke lapangan terbang,” katanya.

Kata beliau, sebelum ini, arwah tidak pernah menghantarnya ke lapangan terbang kerana sibuk dengan pelajaran.

“Saya pun pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah hantar saya ke lapangan terbang, tetapi Sabtu lalu selepas solat Subuh, dia teruja untuk menghantar saya dan uminya (isteri) ke lapangan terbang,” katanya.

  Beliau berterimkasih kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang melawat di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mayat mangsa di bawa ke HRPZ II untuk  bedah siasat sebelum.

“Ini kali terakhir saya hantar kamu ke penjara”



19 Mac 2013
“Ini kali terakhir saya hantar kamu ke penjara”
Tertuduh dikawal anggota polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.
KOTA BHARU – “Saya mahu, hari ini (semalam) kali terakhir saya hantar kamu ke penjara.”

Demikian amaran daripada seorang majistret sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Tertuduh, Pang Sze Kian, 28, dihukum penjara 12 bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 3.24 petang, 27 Februari lalu.

Dia pada asalnya dituduh mencuri motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM2,935 itu pada 26 Januari lalu, tetapi menafikan dakwaan itu sebaliknya mengaku memiliki motosikal curi terbabit.

Tertuduh yang memiliki enam rekod jenayah lampau tersebut diserahkan kepada pihak polis dalam keadaan cedera parah dipukul orang awam kerana dipercayai memecahkan cermin sebuah kereta dan mencuri Galaxy Tap di dalamnya, sebelum itu.

Pada prosiding semalam, Majistret Nik Habri Muhamad sempat menasihatkan tertuduh supaya berubah dan menginsafi kesilapan lalu.

“Rekod lampau yang banyak bukan masalah. Yang penting kamu mahu berubah. Saya mahu hari ini yang terakhir saya hantar kamu ke penjara dan saya tidak mahu tengok kamu di sini (mahkamah) lagi,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nuliyana Md Zukri.

Sementara itu, ibu bapa Sze Kian yang sudah berusia dilihat setia memberi sokongan moral kepadanya dengan sentiasa hadir setiap kali dia dihadapkan ke mahkamah.

Tak sempat bertemu sepupu



Kota Bharu: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Jalan Pengkalan Chepa, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Izzat Iman Mayadi, 17, yang menunggang Yamaha 125Z maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Mayat mangsa yang juga anak tiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Ismail Wan Jusoh dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa dipercayai dari arah Pengkalan Chepa menuju Kota Bharu dan membuat pusingan U untuk bertemu sepupunya di sebuah restoran makanan segera.


Katanya, mangsa yang menunggang bersendirian gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.


“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Sementara itu, Wan Ismail berkata, anak tirinya yang bersekolah di Maktab Sultan Ismail, Telipot sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.


“Allahyarham amat rapat dengan saya walaupun dia anak tiri,” katanya.

Penyelia dimaki, diugut bunuh



Kuala Lumpur: Seorang penyelia berusia 30 tahun bukan saja dimaki hamun sebaliknya diugut bunuh oleh seorang lelaki warga Indonesia dalam kejadian di pejabat mangsa di Salak Selatan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek berusia lewat 30-an itu bertindak demikian kerana menuduh mangsa menghamilkan isterinya yang juga bekerja di pejabat lelaki terbabit.


Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, suspek dilaporkan cuba menyerang mangsa namun berjaya dihalang dua pengawal keselamatan di premis berkenaan.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek yang dalam keadaan marah dilaporkan membuat bising di pejabat lelaki terbabit sebelum dia bertindak mencari mangsa.


“Mangsa yang keluar dari biliknya bertanyakan tujuan kehadiran lelaki terbabit membuat kecoh di pejabatnya itu. Suspek kemudian mendakwa mangsa sudah menghamilkan isterinya.


“Belumpun sempat mangsa berkata apa-apa, suspek cuba menyerang mangsa namun dia dihalang dua pengawal keselamatan yang berada di premis berkenaan ketika kejadian,” katanya.

Ceroboh rumah jiran



Kuala Lumpur: Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menceroboh rumah jirannya dan mencabul kehormatan wanita itu, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Azuan Kamarudzaman, 23, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.


Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pencerobohan rumah doktor di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


Bagi tuduhan kedua, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berusia 30 tahun itu dengan maksud mencabul kehormatannya dengan memeluk dari belakang.

Seluar hilang, kereta dikebas



Shah Alam: Seorang lelaki terpaksa menempuh malang berganda apabila dia bukan saja kehilangan seluarnya ketika membuang air besar, tetapi dia kereta miliknya turut dilarikan dalam kejadian di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, pada 10 Mac lalu.

Dalam kejadian pada jam 9.55 pagi itu, mangsa yang juga penjawat awam berusia 30-an terbabit pergi ke tandas terminal berkenaan untuk membuang air besar.


Difahamkan, selepas selesai melepaskan hajat, mangsa menyedari seluar yang digantung di dalam tandas berkenaan dilarikan individu tidak dikenali.

Panik dengan apa yang berlaku, mangsa mendapatkan bantuan daripada orang awam yang memasuki tandas selepas kejadian sebelum membuat laporan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bertindak atas laporan yang diterima pihaknya, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun Jumaat lalu.


Katanya, suspek ditahan ketika berlegar di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada jam 11 malam.


“Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek, polis kemudian menyerbu dua lokasi sekitar ibu kota sebelum menahan dua lelaki masing-masing berusia 42 dan 49 tahun.

“Serbuan dilakukan pada jam 1.30 pagi tadi (semalam) di Villa Wangsa Mas, Wangsa Maju manakala serbuan seterusnya dilakukan di sekitar Setapak sejam selepas itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Mohd Adnan berkata, pemeriksaan dan siasatan lanjut ke atas suspek merampas sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam yang digunakan suspek ketika kejadian, dua telefon bimbit, kad Touch n Go, lesen memandu, Mykad serta kunci kawalan jauh kereta dipercayai milik mangsa.

Mohd Adnan berkata, hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati dua daripadanya dipercayai positif dadah jenis syabu.


Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan polis bagi mengesan kereta Mazda milik mangsa yang dilarikan suspek pada hari kejadian. “Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun.


“Bagaimanapun, polis akan meneruskan siasatan bagi memastikan sama ada suspek terbabit dalam kejadian samun yang pernah dilaporkan berlaku di dalam dan luar bangunan LCCT,” katanya.

Bayar RM20,000 sebulan



Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan pengarah urusan syarikat pembinaan Aneka Melor Sdn Bhd, Tengku Mohd Kamil Tengku Shahrudin Shah dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan jaminan RM20,000 selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM1.15 juta, lapan tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah turut memerintahkan Tengku Mohd Kamil, 64, membayar pampasan kepada syarikat Aneka Melor RM695,000 secara ansuran selama 35 bulan, dengan RM20,000 tiap-tiap bulan.


Mahkamah juga memerintahkan Tengku Mohd Kamil membayar ansuran pertama RM20,000 sebelum atau pada 19 Mac dan pada atau sebelum 19 hari bulan setiap bulan. Sementara itu ketika menjatuhkan hukuman, Rozina menasihati Tengku Mohd Kamil supaya tidak mengulangi perbuatannya.

“Mahkamah harap kes ini menjadi pengajaran kepada kamu dan tidak akan mengulangi lagi perkara bodoh,” katanya. Mengikut pertuduhan, Tengku Mohd Kamil selaku pengarah syarikat Aneka Melor diamanah dengan penguasaan ke atas harta didakwa melakukan pecah amanah dengan menggunakan 16 cek milik syarikat berkenaan membabitkan RM1.15 juta.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Aneka Melor D216, Blok D, Tingkat 2, Kelana Square No 17, Jalan SS7/26, dekat sini pada 2 Ogos 2005 dan 3 Julai 2006. Dia menghadapi tuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.


Terdahulu dalam penghakimannya, Rozina berkata jelas dalam keterangan perbicaraan tertuduh cuba menutup penyelewengannya dan menggunakan wang syarikat secara salah.

“Pengeluaran wang yang dibuat tertuduh tidak sah, tidak teratur dan salah dari segi undang-undang syarikat,” katanya. Selain itu, Rozina berkata, pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Tengku Mohd Kamil merayu tertuduh tidak dipenjarakan dan berhujah tertuduh tidak mendapat manfaat kerana wang berkenaan dimasukkan kembali ke dalam akaun syarikat.


Mahkamah sebelum ini memerintah tertuduh membela diri 6 Julai tahun lalu selepas perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula, 17 Mei 2010.


Tengku Mohd Kamil membayar jaminan dan pampasan masing-masing RM20,000.

Mayat celah batu



Subang Jaya: Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui tersangkut di celah batu di Sungai Klang, berhampiran Plaza Tol Sunway, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dekat sini, semalam.

Mayat Malin Maulana, 32, ditemui jam 3.30 petang lengkap berpakaian seluar jean, baju hitam putih dan berstoking.


Selain itu, dokumen pengenalan diri turut ditemui pada mayat lelaki terbabit.


Mayat tidak mempunyai sebarang kecederaan luar selain calar di kedua-dua lengan dan lehernya.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.


“Kami masih menyiasat punca kematian mangsa dan menolak kemungkinan dia dibunuh,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan.


Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Tempah dadah guna telefon


Kajang: Berselindung di sebalik pekerjaan sebagai tukang urut dan bomoh, seorang lelaki yang bersekongkol dengan isterinya mengaut keuntungan mudah dengan mengedar dadah di sekitar daerah ini dan Lembah Klang sejak lebih dua tahun lalu.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan bersama isterinya warga Indonesia berusia 43 tahun di dalam sebuah kereta di simpang tiga Kampung Padang Jalan Sungai Congkak, Batu 18, Hulu Langat jam 2.52 pagi, Sabtu lalu.


Difahamkan, suspek menjalankan perniagaan jual beli dadah melalui telefon yang memerlukan pelanggan membuat tempahan terlebih dulu sebelum menghantar dadah yang dipesan kepada pembeli.

Bagaimanapun, taktik itu berjaya dihidu anggota polis yang menyamar menjadi pelanggan sebelum menahan kedua-dua suspek yang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki pasangan itu menemui satu ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja berat 300 gram bersama 40 peket kecil ganja berat 400 gram.


“Susulan daripada tangkapan itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menyerbu rumah suspek di Taman Jasmin di sini, dan merampas enam ketulan mampat ganja dengan berat 3,130 gram menjadikan jumlah keseluruhan ganja yang dirampas ialah 3,830 gram bernilai lebih RM12,000.

“Selain itu, polis juga menemui pelbagai peralatan yang digunakan dan merampas wang tunai RM12,250 dipercayai hasil jualan dadah,” katanya.

Kesan biru gigitan cinta


Segamat: Seorang remaja wanita berusia 18 tahun mendakwa dicekik berkali-kali oleh bekas teman lelakinya berusia 30-an yang juga suami orang gara-gara lelaki itu terlihat kesan biru yang dikatakan gigitan cinta pada leher kiri mangsa.

Remaja yang mahu dikenali sebagai Ila itu berkata, bekas teman lelakinya itu bertindak demikian kerana berang walaupun ia hak peribadinya.


Menurutnya, kejadian berlaku pada 14 Mac lalu ketika dia pergi ke pasar malam di Bukit Siput, kira-kira jam 6.30 petang sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya yang kemudian mempelawa dia makan malam bersama.

“Saya bersetuju dan pergi dengan kereta Proton Satria milik lelaki terbabit. Selesai makan, dia memandu keretanya ke sebuah ladang sawit sekitar Pogoh, kira-kira 10 kilometer dari restoran tempat kami makan.


“Ketika itu, lelaki berkenaan yang bekerja di sebuah nurseri memberhentikan kereta sebelum berlaku pertengkaran mulut antara saya dengannya.


“Dia marah selepas terlihat kesan biru pada leher yang didakwanya kesan gigitan cinta. Dia kemudian terus mencekik menyebabkan saya hampir lemas dan merayu dilepaskan sebelum dia setuju menghantar saya semula ke pasar malam di Bukit Siput.

“Bagaimanapun, dia sempat mengugut akan membunuh saya dan teman lelaki jika kami terserempak dengannya,” katanya.


Ila yang bimbang dengan ugutan itu membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat sehari selepas kejadian.

“Saya belum matang ketika mengenalinya enam tahun lalu sebelum memutuskan hubungan tujuh bulan lalu untuk masa depan saya serta menjaga nama baik keluarga,” katanya.


Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes itu, baru-baru ini.

Lelaki bakar diri



Kuala Lumpur: Akibat tekanan perasaan, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai cuba mengambil nyawa sendiri dengan menyimbah petrol ke badan sebelum membakar dirinya dalam kejadian di Blok B, PPR Seri Semarak, Setapak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang dipercayai mengalami tekanan perasaan diselamatkan orang ramai bagaimanapun mengalami kesan melecur di keseluruhan badannya.


Sumber berkata, lelaki terbabit yang tinggal berseorangan mengalami tekanan perasaan sebelum mengambil keputusan untuk membunuh diri.

“Orang ramai menyedari kejadian itu selepas tubuhnya terbakar namun sempat menyelamatkannya,” katanya.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.07 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Setapak tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.


Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya nampak seorang lelaki berusia 40-an yang terbakar seluruh badannya terbaring di lantai dan api sudah dipadamkan orang ramai sebelum bomba sampai.

Foto
BANTAL yang terbakar di tempat kejadian.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa kawasan kejadian, malam tadi.
“Lelaki berkenaan mengalami kesan melecur di seluruh badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Belasah di pekarangan balai



Penampang: Pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini, kecoh seketika apabila seorang lelaki membelasah teman wanitanya berikutan tidak berpuas hati selepas terserempak dengan wanita berkenaan bersama lelaki lain di pekan Donggongon, kelmarin.

Perbuatannya di hadapan beberapa anggota polis bertugas menyebabkan dia terus ditahan kerana bertindak melulu di dalam kawasan balai.


Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 pagi, lelaki berkenaan dikatakan ternampak teman wanitanya bersama lelaki lain di dalam sebuah kereta di pekan Donggongon.

Dia kemudian mengejar kenderaan dinaiki wanita itu dan memintasnya lalu mengarahkan teman wanitanya keluar dengan alasan mahu berbincang.


Namun, perbincangan itu membawa pertengkaran menyebabkan wanita berkenaan ke IPD Penampang untuk membuat laporan polis.


Sumber berkata, setiba di IPD Penampang, wanita berkenaan mahu membuat laporan polis mendakwa diganggu teman lelakinya.

“Kira-kira 15 minit kemudian, teman lelakinya tiba di IPD Penampang menyebabkan berlaku pertengkaran kali kedua antara mereka,” katanya.

6 suspek kes rogol wanita AS ditahan



Shah Alam: Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan kes samun dan rogol seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) di Sepang, dekat sini, pada 11 Mac lalu dengan penahanan enam individu termasuk tiga wanita.

Semua suspek berusia 28 hingga 39 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Balakong dan Pangsapuri Desa Mutiara, Taman Sungai Jelok, Kajang pada Khamis lalu dan terbaru, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam serbuan pertama pada jam 8.30 malam Khamis lalu, polis menahan seorang suri rumah berusia 28 tahun di Balakong selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

Katanya, soal siasat terhadap wanita terbabit membawa polis melakukan serbuan kedua di sebuah pangsapuri pada jam 6.30 pagi semalam dan menahan tiga lelaki serta dua wanita.


“Hasil pemeriksaan lanjut polis di rumah berkenaan menjumpai sebilah pisau dan enam telefon bimbit pelbagai jenis dipercayai hasil samun.


“Polis menjalankan siasatan lanjut mengenai pembabitan semua suspek di dalam kejadian samun dan rogol wanita terbabit selain menyiasat pembabitan suspek dalam kes lain.

“Kami masih meneliti sekiranya suspek yang ditahan ini mempunyai rekod lampau atau tidak dan polis percaya dengan penahanan semua suspek, kes ini dipercayai berjaya diselesai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.


Mohd Adnan berkata, suspek wanita ditahan di Balakong akan direman sehingga Khamis ini manakala lima lagi suspek akan ditahan reman selepas polis mendapat perintah daripada mahkamah.

Suspek bunuh isteri mati



Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang juga suspek kes bunuh isterinya ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, suspek disahkan mati pada jam 7.05 pagi dipercayai akibat serangan jantung.


“Suspek seorang ahli perniagaan dan berada dalam tahanan polis selepas menyerah diri pada 14 Mac lalu bagi membantu siasatan kes bunuh isterinya.

“Mayat lelaki itu dituntut ahli keluarganya yang datang dari Perak di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru petang semalam,” katanya, semalam.


Dalam kejadian jam 10.45 pagi 7 Mac lalu, mangsa, Tan Siew Mie, 40, yang juga pemegang taraf penduduk tetap warga Indonesia mati parah di dada kiri akibat ditembak.


Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah kos rendah di Taman Johor Jaya yang didiami mangsa.

Pasar malam Bangladesh


Foto
SEBAHAGIAN pendatang asing yang ditahan dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.
Foto
KAMALLUDIN menunjukkan sayur-sayuran
yang dirampas pihak imigresen.
Melaka: Seorang pendatang asing tanpa izin warga Bangladesh menyorok hampir sejam dalam longkang berlumpur selepas tapak pasar malam digelar ‘Pasar Malam Bangladesh’ tempatnya berniaga diserbu Jabatan Imigresen, kelmarin.

Difahamkan ketika serbuan kira-kira jam 5 petang di pasar malam di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, lelaki berusia 36 tahun itu yang menjadi tauke sayur berkenaan leka melayan pelanggan.

Menurut sumber, selepas menyedari serbuan dilakukan, lelaki terbabit bertindak melarikan diri dengan menyorok di dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter.

“Lelaki itu sanggup menyorok walaupun ketika serbuan hujan lebat sebelum dia ditemui selepas beberapa pegawai mengadakan pemeriksaan dalam longkang terletak kira-kira 100 meter dari tapak pasar malam,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata, lelaki itu antara 50 pendatang asing tanpa izin termasuk lima wanita berusia 19 hingga 42 tahun yang ditahan pihaknya dalam dua serbuan berasingan di pasar malam berkenaan dan di Melaka Sentral.

Pengemis terhormat

Foto
Johor Bahru: Seorang wanita warga Indonesia berusia 56 tahun yang menyamar sebagai rakyat tempatan dikatakan mampu memperoleh pendapatan lumayan hasil mengemis hingga mencecah RM700 hanya dalam tempoh empat jam.
Dengan wang berkenaan, wanita terbabit dikatakan mampu membeli tiket penerbangan pergi balik ke negara ini hampir setiap bulan semata-mata untuk mengemis.
Difahamkan, wanita berkenaan menyewa sekitar Kulaijaya dan hanya bekerja beberapa jam sebelum berehat dan menyambungnya semula pada keesokan hari.

Bagaimanapun, aktiviti dilakukannya berakhir selepas dia diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru kelmarin ketika mengemis di premis menjual makanan di Stulang Laut.

WANITA Indonesia terbabit ditahan kakitangan JKM, kelmarin.

Operasi diketuai Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim itu bermula jam 6 petang hingga 10 malam di pasar malam Larkin, Stulang Laut, Jalan Wong Ah Fook dan lokasi berhampiran Stesen Keretapi Johor Bahru.

Laporan dedah Pope Francis pengkhianat



LONDON 18 Mac - Satu laporan khas yang menjadi bukti mengaitkan Pope Francis, yang kini menerajui gereja Katholik di seluruh dunia, mengkhianati dua paderi yang diculik dan didera oleh junta tentera Argentina akan didedahkan tidak lama lagi.
Dokumen tersebut mendakwa Francis secara rahsia bekerjasama dengan pemimpin diktator negara itu ketika beliau mengepalai Jesuits, sebuah pertubuhan paderi Katholik, dengan menggunakan nama asalnya, Jorge Bergoglio, sekitar tahun 70-an.
Dalam dokumen setebal 27 muka surat yang ditulis oleh seorang daripada paderi yang diculik, Orlando Yorio, menuduh Francis secara rahsia menyebarkan khabar angin tentang dirinya dan seorang lagi rakan mereka, namun dalam masa yang sama berjanji untuk menyokong dan melindungi mereka.
Dokumen kedua merupakan memo sulit kerajaan yang ditulis pada 1979, mendedahkan Francis memberitahu pegawai junta bahawa Yorio dan seorang lagi paderi, Francisco Jalics bekerjasama dengan gerila serta Jalics dituduh menggalakkan penentangan dalam kalangan paderi.
Bagaimanapun, Francis, 76, yang dipilih sebagai Pope baharu pada Rabu lalu, menafikan dakwaan beliau terlibat dengan tentera yang menculik dan membunuh beribu-ribu rakyat Argentina termasuk wanita yang mengandung ketika itu.
Dokumen yang didedahkan di Buenos Aires itu juga menyatakan beliau bersubahat dengan rejim sebelum dan selepas dua paderi diculik pada 1976.
Yorio menulis laporan rasmi kepada hierarki Jesuit di Rom pada November 1977, setahun selepas dia dibebaskan dari penjara tentera.
Laporan itu menceritakan gambaran sebenar bagaimana paderi itu ditangkap oleh 200 tentera bersenjata, diberi dadah, didera dan ditahan selama lima bulan sebelum dicampak separuh bogel di atas padang.
Laporan itu juga menggambarkan bagaimana Yorio dan Jalics percaya Francis mengkhianati mereka, dengan tidak menghiraukan rayuan agar mereka dilindungi daripada tentera. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130319/lu_08/Laporan-dedah-Pope-Francis-pengkhianat#ixzz2Nxkz9UAg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes rogol pelancong As: Enam lagi ditahan



19 Mac 2013
Kes rogol pelancong As: Enam lagi ditahan
Kes rogol pelancong As
SHAH ALAM - Polis menahan enam individu lagi, termasuk tiga perempuan, bagi membantu siasatan kes samun dan rogol seorang wanita warga Amerika Syarikat pada 11 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis menahan seorang suri rumah berusia 28 tahun di sebuah rumah di Balakong, Khamis lalu.

“Susulan tangkapan itu, kami memberkas lima lagi suspek, termasuk dua wanita berusia dalam lingkungan 28 hingga 39 tahun di sebuah apartmen di Taman Sungai Jelok, Kajang, semalam.

“Kami turut merampas sebilah pisau dan enam telefon bimbit dalam serbuan pada jam 6.30 pagi itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

 Menurutnya, sehingga kini polis sudah menahan tujuh suspek.

“Salah seorang daripada mereka ditahan di Jalan Klang Lama pada 13 Mac lalu. Kami percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya kesemua suspek,”katanya.

Lagi kes Rotavirus dicatat di Pahang



19 Mac 2013
Lagi kes Rotavirus dicatat di Pahang
Keratan Sinar Harian semalam yang melaporkan jangkitan Rotavirus di Taman Sri Desa dekat Felda New Zealand.
LUIT - Seorang lagi kanak-kanak berusia 6 tahun dikhuatiri dijangkiti Rotavirus apabila mengalami simptom muntah, cirit-birit dan demam menjadikan kes meningkat kepada 19 orang.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Norhizan Ismail berkata, walaupun terdapat peningkatan kes, namun 18 kes terdahulu termasuk 11 kanak-kanak di Taman Sri Desa dekat Felda New Zealand yang dipercayai dijangkiti virus itu beransur pulih dan dalam keadaan baik.

Menurutnya, kes terbaru itu pula, pesakit hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang serta kini berada dalam keadaan stabil.

“Kes terbaru ini direkodkan pada Ahad lalu dan hari ini (semalam), tiada kes jangkitan virus direkodkan.

“Pihak jabatan akan terus melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan tiada jangkitan baru dan kes terdahulu pulih sepenuhnya," katanya kepada Sinar Harian.

Norhizan berkata, sebuah tabika di Taman Sri Desa yang disyaki bermulanya jangkitan Rotavirus itu sudah diarahkan tutup sehingga cuti persekolahan yang bermula pada minggu hadapan.

Katanya, punca jangkitan masih dalam siasatan sehingga pihak jabatan menerima keputusan laporan makmal.

Akhbar ini semalam melaporkan seramai 18 penduduk termasuk 11 kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun dikhuatiri dijangkiti Rotavirus apabila mengalami simptom ciri-birit, muntah dan demam sejak seminggu lalu.

Sementara 44 yang lain terdedah kepada jangkitan virus tersebut berikutan mempunyai kaitan dengan ahli keluarga yang dijangkiti.

Mangsa tetak lari 2 kilometer
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mac 2013
Mangsa tetak lari 2 kilometer
Anggota polis melakukan siasatan di rumah diduduki mangsa yang cedera ditikam.
ALOR GAJAH - Seorang mangsa tetak berlari sejauh kira-kira dua kilometer untuk mendapatkan bantuan  majikannya, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Simpang Ampat di sini, kira-kira 4.30 pagi, semalam.

Mangsa, seorang warga Bangladesh berusia 25 tahun ditetak di belakang badan oleh rakan rumahnya sendiri yang berusia 23 tahun ketika sedang tidur di sebuah bilik dalam rumah berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang sedang nyenyak tidur tidak mengunci pintu bilik sebelum didatangi suspek, secara tiba-tiba menghunus pisau di bahagian belakang badan mangsa.

“Mangsa yang kesakitan bangun dan cuba melawan. Bagaimanapun gagal kerana keadaannya parah. Suspek kemudian keluar rumah dan melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Dalam keadaan darah penuh atas katil, mangsa keluar dari rumah  mendapatkan bantuan majikannya," katanya.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara berlari sejauh kira-kira dua kilometer ke rumah majikannya.

"Setiba di rumah majikan, mangsa mengetuk tingkap rumah sebelum majikannya meninjau dari dalam menerusi tingkap, lalu membuka pintu.

“Mangsa yang berlumuran darah kemudian rebah dalam keadaan mengiring sambil meraung kesakitan. Majikannya datang menekap belakang badan mangsa yang berdarah menggunakan kain," katanya.

Melihat kepada keadaan mangsa, katanya, majikan terbabit memapah mangsa ke dalam kereta lalu menghantarnya ke Hospital Tampin.

"Selepas menghantar mangsa, majikan berkenaan pergi ke rumah mangsa bersama dua rakannya. Bagaimanapun, suspek tiada di rumah, sebaliknya hanya seorang rakan serumah mangsa sedang tidur di bilik belakang," katanya.

Menurutnya, kereta dilarikan suspek juga adalah milik majikan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Dibelasah kerana curi tayar



ROSALWANI CHE SOH
19 Mac 2013
Dibelasah kerana curi tayar
Mohd Hazrul menunjukkan kereta kancil yang ditinggalkan lelaki yang cuba mencuri tayar gantian Hilux di kawasan bengkel itu.
KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an parah dibelasah orang awam, selepas cuba mencederakan anak pemilik sebuah bengkel kereta ketika bertindak mencuri tayar gantian kenderaan pacuan empat roda, di Jalan Pasir Hor, di sini pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu disedari anak pemilik bengkel kereta itu, Mohd Hazrul Hafiz Fauzi, 26, ketika sedang mengalihkan trak tunda untuk menarik kereta pelanggan ke dalam bengkel.

“Saya nampak ada sebuah kereta kancil diparkir depan bengkel dalam keadaan yang mencurigakan, dalam masa yang sama saya nampak dia membuka pintu keretanya dan merapati kenderaan Hilux yang merupakan milik ibu Mohd Hazrul yang diparkir berdekatan dengan pagar bengkel.

“Curiga dengan tindakannya itu, saya sergah dia dari dalam pagar bengkel dan nampak dia cuba membuka tayar kereta dengan menggunakan spanar bercabang tanpa menghiraukan teguran saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Hazrul berkata, akibat tindakan pencuri itu yang tidak mengendahkan tegurannya, dia terus meluru ke arah lelaki berkenaan dan berlaku pergelutan sehingga lelaki terbabit bertindak mencederakannya dengan menggunakan spanar.

“Melihatkan tindakannya yang ganas, beberapa orang awam turut membantu meleraikan pergaduhan dan cuba menangkapnya.

“Dia turut dibelasah dan akhirnya lemah longlai dan kami terus menghubungi polis dan serahkan kepada pihak terbabit untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit yang berasal dari Kampung Pantai Senok, Tawang Bachok, mengalami kecederaan di kedua-dua mata kanan dan kiri termasuk bengkak, calar dan luka di bahagian belakang badan.

“Suspek kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
 “
Kes berkenaan di siasat di bawah seksyen 379/ 511 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan susulan,” katanya.