Search This Blog

Sunday, March 17, 2013

Mayat pengganas 90 peratus selesai dibedah siasat - Polis



LAHAD DATU 17 Mac (Bernama) - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.
"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini.
Hamza berkata, mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.
Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara 12 Februari lepas.
Bagaimanapun sehingga tempoh itu berakhir hari ini, belum ada sebarang indikasi dari Manila berhubung tuntutan mayat-mayat tersebut.
Dalam pada itu, Hamza tidak menolak kemungkinan ada pengganas yang melarikan diri ke Pulau Tambisan, kira-kira 100 kilometer dari Felda Sahabat kerana musuh memahami muka bumi kawasan pantai timur Sabah.
Bagaimanapun, katanya, pasukan keselamatan telah mengetatkan kawalan di pelbagai kawasan strategik untuk mengesan sebarang pergerakan musuh.
Beliau optimis operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai esok dan pasukan keselamatan kemudian akan menumpukan operasi di kawasan Tanjung Labian dan Sungai Bilis.
Ahmad Zaki pula mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi membolehkan pasukan keselamatan melaksanakan tugas dengan berkesan.
Sehingga kini, seramai 62 pengganas dibunuh, 104 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241, termasuk sembilan ditahan semalam dan hari ini, kerana berada di zon merah Operasi Daulat dan pelbagai kesalahan lain. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130317/dn_68/Mayat-pengganas-90-peratus-selesai-dibedah-siasat---Polis#ixzz2NoAaJJHd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Shamsubahrin kesal keluar kenyataan pecat peguam



KUALA LUMPUR 15 Mac - Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang menghadapi tuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail hari ini melahirkan rasa kesal di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kenyataannya terhadap pemecatan peguam-peguamnya, semalam.
Shamsubahrin menerusi peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakilinya dalam kes pengubahan wang haram memberitahu, kenyataan tertuduh itu dibuat semasa dia dalam keadaan tertekan dan penuh emosi.
''Anak guam saya membuat kenyataan itu berikutan salah faham dan isu tiada persetujuan tentang yuran yang tidak dapat diselesaikan, namun dia berasa kesal terhadap kenyataan yang dibuatnya itu,'' katanya.
Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa hari ini mengemukakan saksi ke-40 bagi perbicaraan kes tersebut.
Perus Khan Said, 35, yang merupakan pembantu kepada tertuduh memberitahu, dia telah diarah oleh Shamsubahrin untuk pergi ke Lapangan Terbang Subang, Selangor bagi menerima cek yang diserahkan oleh individu bernama Izmir.
''Izmir telah menyerahkan sampul surat yang mengandungi dua cek masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM500,000,'' katanya.
Menurut Perus, sebaik sahaja menerima cek berkenaan dia telah menelefon tertuduh yang terus mengarahkannya untuk memasukkan cek berkenaan dalam bank.
Sementara itu ketika ditanya oleh Abdul Razak mengenai jawatannya, dia memberitahu selain bertugas sebagai pembantu tertuduh, dia juga bekerja sebagai pemandu teksi.
Bagaimanapun saksi berkenaan tidak bersetuju apabila Abdul Razak menegaskan dia hanya bekerja sebagai pemandu teksi, bukan pembantu Shamsubahrin.
Ini berikutan keterangan saksi yang menyebut dia tidak ikut serta dalam mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri tertuduh.
Saksi pendakwaan itu turut memberitahu, tertuduh membayarnya gaji bulanan berjumlah RM3,000 sebulan.
Shamsubahrin didakwa atas lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan RM1.75 juta.
Dia juga berdepan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung 2 Mei ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130316/ma_06/Shamsubahrin-kesal-keluar-kenyataan-pecat-peguam#ixzz2NoA0GvF0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pak Lah, Rais antara saksi disapina



KUALA LUMPUR 15 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim antara saksi yang akan disapina dalam perbicaraan kes saman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd.
Saman tersebut membabitkan empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November tahun lalu yang didakwa oleh Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Nurul Izzah kepada Mahkamah Tinggi di sini ketika pengurusan kes saman itu di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham, hari ini.
Menurut Mohamed Hanipa, selain dua saksi itu, Nurul Izzah selaku plaintif akan memberikan keterangan dan memanggil Profesor Dr. Sheikh Wahba Mustafa al-Zuhayli dari Syria; Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya; serta wartawan Malaysia Chronicle, Maria Begum sebagai saksi.
Pada 23 November 2012, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan pertama dan kedua.
Saman tersebut ekoran daripada kenyataan kontroversi Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya, pada 3 November 2012.
Dalam pernyataan tuntutan plaintif mendakwa, pernyataan itu antaranya membawa maksud, beliau menganjurkan orang Melayu murtad dari segi agama, menggalakkan orang Melayu untuk tidak beramal dengan agama Islam dan berpendirian orang Melayu adalah bebas untuk memilih agama lain selain Islam sebagai agama mereka.
Tajuk artikel-artikel tersebut ialah:
n Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah Anwar diterbitkan di muka hadapan, 5 November 2012.
n Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu diterbitkan di muka surat lima, 6 November 2012.
n Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik diterbitkan di muka surat lima, 6 November 2012.
n Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara pluralisme agama diterbitkan di muka surat lima, 7 November 2012.
Sementara itu, Utusan Melayu yang diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, pihak defendan akan memanggil empat saksi termasuk saksi pakar.
Utusan Melayu dalam pernyataan pembelaan bertarikh 19 Disember tahun lalu menyatakan, artikel itu berdasarkan ulasan saksama, mempunyai kewajaran selain perlindungan bersyarat dan berbentuk laporan.
Hakim Singham menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes itu pada 30 Julai depan.
Beliau berkata, tarikh panjang itu diberikan bagi membolehkan pihak-pihak menyediakan terjemahan artikel selain menyediakan pernyataan saksi-saksi yang terlibat.
Selain Mohamed Hanipa, Nurul Izzah turut diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130316/ma_02/Pak-Lah-Rais-antara-saksi-disapina#ixzz2No9SiZLc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga pembantu hospital bebas daripada tuduhan menyebabkan kematian



PUTRAJAYA 15 Mac - Tiga pembantu hospital dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang pesakit yang mengalami gangguan jiwa, tujuh tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan mereka.
Mohd. Nazri Che Hassan, 43, Mohd. Azizi Che Abdullah, 47, dan Ahmad Sabri Muhamad Nawi, 40, ketika kejadian merupakan kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Mereka bersama-sama seorang lagi yang telah meninggal dunia (Ghani Daud) didakwa menyebabkan kematian Illias Othman di antara pukul 12 tengah malam dan 12.45 tengah malam, 22 Mac 2006 di bilik penerimaan pesakit, Wad Psikiatri Lelaki D, hospital berkenaan.
Rayuan itu dibenarkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130315/ma_05/Tiga-pembantu-hospital-bebas-daripada-tuduhan-menyebabkan-kematian#ixzz2No91ojYa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita hamil dipenjara lapan bulan miliki pelbagai jenis dadah



KOTA BHARU 17 Mac - Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan, dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah pada tahun lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu setelah ibu beranak tiga itu, Norhasliza Muhamad, 30, mengaku bersalah atas lima tuduhan iaitu dua pertuduhan memiliki pil kuda, dan masing-masing satu pertuduhan memiliki heroin, ganja dan Nimetazepam.
Ibu muda berasal dari Kampung Guchil dekat sini, didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama tiga lelaki lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya di sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat di sini, pada pukul 6.45 petang, 2 September tahun lalu.
Dua daripada lelaki terbabit, Tuan Mohd. Azharaf Tuan Jaafar, 27, dan Mohammad Nuriman Hafiz Roslan, 25, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, manakala seorang lagi, Tuan Affendi Tuan Jaafar, 36, gagal hadir ke mahkamah hari ini.
Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes terhadap Tuan Mohd. Azharaf dan Mohammad Nuriman Hafiz.
Menurut pertuduhan pertama, wanita terbabit dan tiga rakannya itu didakwa memiliki pil kuda seberat 0.17 gram, manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.12 gram.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka secara bersama didakwa memiliki pil kuda seberat 0.19 gram dan untuk pertuduhan keempat pula, mereka didakwa memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 2.18 gram. Bagi pertuduhan kelima, mereka didakwa memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 0.01 gram.
Bagi kesemua pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kecuali pertuduhan keempat dengan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6 akta sama. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130317/ma_01/Wanita-hamil-dipenjara-lapan-bulan-miliki-pelbagai-jenis-dadah#ixzz2No8Rtc3i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 wanita warga asing didakwa didera, dikurung di Melaka



MELAKA 16 Mac - Jabatan Imigresen Melaka hari ini berjaya menyelamatkan sembilan wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah restoran di Banda Hilir di sini hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Mohammad Azlan Jawawi berkata, dalam serbuan pada 12.30 tengah hari itu kesemua wanita itu yang mempunyai permit sah sedang bekerja di premis tersebut.
"Wanita terbabit yang terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan dua warga Myanmar berusia antara 22 hingga 31 tahun itu ditempatkan dalam sebuah bilik dan tidak dibenarkan keluar selain untuk bekerja," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, mangsa juga mendakwa turut didera majikan mereka dan siasatan awal mengikut Akta Imigresen 1959/63 mendapati majikan tidak melakukan kesalahan.
Mohammad Azlan bagaimanapun berkata, kes itu kemudian disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 atas dakwaan didera majikan, tidak diberi kebebasan untuk keluar apabila tidak bekerja termasuk masalah gaji.
"Berdasarkan soal siasat terhadap kesemua mangsa tersebut, mereka mendakwa tidak mengetahui jumlah gaji yang diterima kerana wang berkenaan dimasukkan secara terus ke dalam bank," katanya.
Mohammad Azlan berkata, pekerja tersebut turut mendakwa tidak menerima gaji RM900 seperti dijanjikan dan gaji mereka dipotong antara RM20 hingga RM50 sekiranya melakukan kesalahan kecil.
Bagaimanapun, katanya majikan lelaki berusia lingkungan 40-an itu tidak ditahan sebaliknya akan dipanggil membantu siasatan.
Sementara itu, seorang mangsa dikenali sebagai Eka, 22, dari Jawa Timur, Indonesia mendakwa telah lebih 20 kali dilempang, ditendang dan dibaling dengan kasut hanya kerana melakukan kesalahan kecil termasuk lambat membersihkan lantai sepanjang tiga tahun bekerja di restoran tersebut.
"Lebih teruk saya yang beragama Islam juga dipaksa memproses daging babi untuk dimasak dan akan dimarahi jika tidak mahu berbuat demikian," katanya.
Dalam kes berasingan, dua pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka terkena gas pemedih mata dalam trak dinaiki ketika melakukan serbuan di sebuah kelab malam di Melaka Raya di sini, pada Jumaat.
Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata, gas pemedih mata itu dipercayai diletakkan pada lubang pendingin hawa trak jabatan itu oleh tonto ketika sepasukan 15 penguat kuasa melakukan serbuan di kelab malam tersebut.
"Sejurus kedua-dua pegawai berkenaan menaiki kenderaan itu, mereka terkena gas pemedih mata dan kita percaya tindakan ini bertujuan menggagalkan serbuan dan menghalang penguat kuasa menahan GRO (pegawai perhubungan pelanggan) warga China di kelab tersebut," katanya.
Bagaimanapun kedua-dua pegawai masing-masing berusia lingkungan 20-an dan 40-an itu, katanya tidak mengalami kecederaan serius.
Dalam serbuan pada 7 malam itu, Kamalludin berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China di premis itu sebelum menjumpai sebuah bilik rahsia di tingkat dua bangunan tersebut yang menjadi tempat persembunyian 20 lagi GRO berusia antara 20 hingga 30 tahun.
Selain itu, katanya, seramai 18 warga asing serta seorang lelaki tempatan ditahan di sebuah Pangsapuri Bachang Permai kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130316/je_07/9-wanita-warga-asing-didakwa-didera-dikurung-di-Melaka#ixzz2No7yZbAA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar tunggu keputusan SPM maut dipanah petir



HULU LANGAT 17 Mac - Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah di sini maut dipanah petir ketika bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan Kajang Utama di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang.
"Mangsa maut di tempat kejadian, bagaimanapun lima lagi rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, menurut sumber, mangsa yang hanya dikenali sebagai Khairul, 18, tinggal di Flat Citra 3, Taman Kajang Utama.
"Mangsa merupakan bekas pelajar SMK Sultan Abdul Aziz Shah yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130317/je_01/Pelajar-tunggu-keputusan-SPM-maut-dipanah-petir#ixzz2No7TioeK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas



<="Oleh AZRAI MOHAMMAD">
KUALA LUMPUR 17 Mac - Polis menahan lima penjenayah termasuk dua wanita selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Kuching di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Volkswagen Golf yang dinaiki suspek ialah kenderaan curi.
"Polis mendapat maklumat kereta itu yang dicuri pada 14 Mac lalu itu dikesan berada di Ampang dan dalam perjalanan ke arah Selayang kira-kira pukul 5 petang.
"Ketika cuba ditahan polis untuk pemeriksaan, mereka bertindak memecut kenderaan itu. Empat buah kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan serta berjaya menahan mereka setelah kereta tersebut terbabas di Jalan Kuching," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Abdul Rahim berkata, tiga suspek lelaki yang ditahan didapati positif dadah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130317/je_02/5-suspek-curi-kereta-ditahan-selepas-kereta-terbabas#ixzz2No6sJq9P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek lelaki ditembak, polis selamatkan mangsa culik



KUALA LUMPUR 17 Mac - Polis berjaya menyelamatkan seorang jurutera warga Jepun yang diculik sekumpulan warga asing bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah US$50,000 (RM156,000) sejak Selasa, dalam satu operasi di Kajang, Selangor, semalam.
Dalam operasi pukul 9 malam itu, polis memberkas tiga lelaki warga Nigeria dan dua wanita Filipina berumur lingkungan 30an di dua buah unit kondominium.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang suspek lelaki ditembak dan mengalami kecederaan di kaki kanan selepas cuba menyerang anggota polis.
Hasil serbuan itu, mangsa berumur 41 tahun itu turut diselamatkan, katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Chin Wah berkata, jurutera itu datang ke Malaysia pada Selasa lepas kononnya untuk berjumpa dengan seorang suspek wanita yang dikenali melalui "Skype" untuk berkahwin.
"Selepas menculik mangsa, kumpulan itu telah meminta keluarganya di Jepun memasukkan wang tebusan US$50,000 ke satu akaun bank di Filipina," katanya.
Kesemua suspek ditahan reman 14 hari di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.
- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130317/je_04/Suspek-lelaki-ditembak-polis-selamatkan-mangsa-culik#ixzz2No2xmLcV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keldai dadah warga India ditahan di Pahang




17 Mac 2013
KUANTAN - Sebelum ini sering dilapor warga Iran yang cuba menyeludup dadah melalui negara ini, tetapi kini nampaknya giliran warga India pula yang membawa masuk dadah ke negara ini terutama menerusi lapangan terbang domestik.
  
Telah dilapor sebelum ini keldai dadah warga India sama ada lelaki atau wanita cuba membawa masuk dadah terutama ketamin menerusi lapangan terbang di Terengganu dan Kedah.
  
Hari ini pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memberitahu seorang lagi wanita warga India dilapor cuba menyeludup ketamin menerusi Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini Khamis lepas.
  
Pengarah KDRM Pahang, Datuk Sarip Ismail berkata warga India yang berusia 49 tahun itu ditahan di LTSAS pada 1.30 petang dan ditemui dalam bagasinya lima kilogram ketamin bernilai RM175,000.
  
Suspek dipercayai baharu tiba dari Kolkata, India sebelum transit di Singapura dan seterusnya ke Kuantan, katanya kepada pemberita.
   
Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
- Bernama

Seorang remaja, lelaki cuba selamatkan mangsa lemas



17 Mac 2013
AKRON - Tidak berdaya. Tidak berdaya!

Demikian kata-kata saksi apabila menggambarkan nasib dialami adik-beradik yang tergelincir ke dalam Sungai Big Sioux, di tengah taman Sioux Falls.

Anak bongsu dari tiga beradik, Madison Leigh Wallace, yang berumur enam tahun, selamat dari lemas manakala dua yang lain lemas ketika cuba menyelamatkannya, salah seorangnya adalah kakaknya sendiri.

Kejadian malang itu berlaku petang Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis, Doug Barthel, kanak-kanak lelaki itu mungkin pergi ke tebing yang lebih tinggi di tepi sungai tetapi tergelincir.

Kakaknya, Madison Wallace, 16, pergi ke tempat yang sama adiknya berdiri tetapi akhirnya jatuh ke dalam sungai itu.

Seorang awam dikenali sebagai Eagletail Lyle, 28, pula cuba menyelamatkan kedua beradik itu, namun akhirnya dia turut dihanyutkan arus deras sungai tersebut.

Mereka cuba dibantu oleh orang lain, yang dikenali sebagai Napolean Ducheneaux.

Ketika ditemui pemberita, katanya, dia  cuba meraih kaki mangsa tetapi malangnya terlepas.

“Saya ada mendengar dia berkata kepada saya, 'pegang saya dan saya boleh memegang anda'. Itulah kata-kata terakhir yang saya dengar,” katanya.

Suspek militan Indonesia tumpas




17 Mac 2013
Suspek militan Indonesia tumpas
Orang ramai berkumpul di perkarangan rumah suspek di Bekasi, Jakarta.
JAKARTA - Polis Indonesia menembak mati tiga suspek kumpulan militan dan merampas 14 bom buatan sendiri dalam serbuan di Bekasi, Jakarta.

Jurucakap polis, Brigedier Jeneral Boy Rafli berkata, tangkapan dilakukan selepas pasukan polis melancarkan pemburuan terhadap kumpulan militan itu selepas mereka melakukan rompakan di kedai barangan kemas, minggu lalu.

“Polis menembak mati tiga anggota militan dan manakala empat yang lain ditahan. Kami melepaskan tembakan kerana suspek cuba melawan,” katanya dipetik AFP

Selain bom buatan sendiri, polis turut menemui lima senjata buatan sendiri, 34 peluru dan satu kilogram emas.

Sementara itu, Ketua Detektif Polis, Sutarman berkata, kesemua suspek itu adalah sebahagian daripada rangkaian kumpulan pengganas.

“Kami juga sedang memburu saki baki kumpulan militan terbabit.

Menurutnya, seorang daripada militan itu memberitahu, rompakan tersebut dilakukan untuk membiayai kegiatan keganasan mereka.

Konvoi bertukar tragedi



KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
17 Mac 2013
Konvoi bertukar tragedi
Rakan-rakan membantu mengangkat mangsa selepas terbabit kemalangan.
SENAWANG - Hajat 30 remaja hendak berkonvoi ke Klang, Selangor tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 244.2, Lebuhraya Utara Selatan (NSE) arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Henry John Anthony, 26, menetap di Taman Muzaffar, Ayer Keroh, Melaka sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave Dash SE Repsol bersama rakan-rakannya.

Menurut sumber, semasa insiden berlaku, mangsa dan rakan-rakan sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Klang untuk menghadiri majlis perasmian sebuah kedai motosikal di sana.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca apabila mangsa gagal memotong sebuah treler yang sarat dengan muatan kayu di hadapannya selepas kepalanya dipercayai terkena lebihan kayu yang terjulur keluar dari belakang kenderaan tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan motor ditunggangi mangsa hilang kawalan lantas tercampak ke lorong tengah, manakala motosikalnya pula terseret sehingga ke lorong kanan lebuh raya,” kata sumber kepada pemberita, di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan kepala, selain mengalami patah tangan, manakala treler terbabit langsung tidak berhenti sejurus selepas kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian,” katanya.

Menurut sumber, kemalangan tersebut juga telah menyebabkan berlakunya satu lagi insiden di lokasi sama yang melibatkan tiga buah kenderaan jenis Honda, Proton Waja dan Perodua Kancil di lorong kanan.

“Difahamkan, kereta Honda berkenaan telah membrek mengejut kerana cuba mengelak treler yang tiba-tiba masuk ke lorong kanan, mengakibatkannya dirempuh dari belakang oleh kenderaan lain.

“Bagaimanapun pemandu dan penumpang ketiga-tiga kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali sedikit kerosakan pada kenderaan tetapi masih boleh meneruskan perjala-nan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

11 maut letupan bunga api di Mexico





17 Mac 2013
11 maut letupan bunga api di Mexico
Orang awam turut membantu anggota keselamatan mengeluarkan mangsa daripada kebakaran di Mexico City.
MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera apabila sebuah trak sarat dengan bunga api tiba-tiba meletup ketika perarakan keagamaan di perkampungan luar bandar, tengah Mexico, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Awam Tlaxcal, Jose Mateo berkata, letupan berlaku apabila satu daripada bunga api di dalam trak itu tiba-tiba terbakar dan meletup.

"Seramai 70 mangsa melecur dan sekurang-kurangnya 45 cedera parah serta dikejarkan ke dua hospital berdekatan," katanya dalam laporan AP

Menurutnya, lapan lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada bunga api dan mercun yang tiba-tiba terjatuh ke trak berkenaan," katanya.

Tiga anggota tentera maut helikopter terhempas di Rusia



MOSCOW 17Mac - Tiga anggota tentera terbunuh selepas sebuah helikopter tentera Rusia terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca buruk di Chechnya, semalam.
Menurut pasukan penyiasat, nahas itu berlaku di lapangan terbang tentera Khankala di wilayah Caucasus Utara.
"Helikopter Mi-8 milik pangkalan tentera berhampiran wilayah Stavropol itu terhempas akibat cuaca buruk.
"Nahas itu menyebabkan tiga anak kapal terbunuh di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah," kata pasukan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130317/lu_01/Tiga-anggota-tentera-maut-helikopter-terhempas-di-Rusia#ixzz2NkpQdYSl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 suspek curi kereta ditahan selepas kereta terbabas



<="Oleh AZRAI MOHAMMAD">
KUALA LUMPUR 16 Mac - Polis menahan lima penjenayah termasuk dua wanita selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Kuching di sini petang ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Volkswagen Golf yang dinaiki suspek ialah kenderaan curi.
"Polis mendapat maklumat kereta itu yang dicuri pada 14 Mac lalu itu dikesan berada di Ampang dan dalam perjalanan ke arah Selayang kira-kira pukul 5 petang.
"Ketika cuba ditahan polis untuk pemeriksaan, mereka bertindak memecut kenderaan itu. Empat buah kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan serta berjaya menahan mereka setelah kereta tersebut terbabas di Jalan Kuching," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, tiga suspek lelaki yang ditahan didapati positif dadah. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130317/je_02/5-suspek-curi-kereta-ditahan-selepas-kereta-terbabas#ixzz2NkpFMVyX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekik sebelum baling batu



SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
17 Mac 2013
Pekik sebelum baling batu
Thean Lye menunjukkan keadaan pintu kaca Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang yang pecah dibaling batu oleh seorang lelaki tengah hari, semalam.
Pekik sebelum baling batu
Keadaan pintu kaca di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang yang pecah dibaling batu.
Pekik sebelum baling batu
Batu yang digunakan.
GEORGETOWN - Sekumpulan penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang dikejutkan dengan bunyi kuat apabila seorang lelaki menyerang bangunan itu yang terletak di Jalan Macalister.

Menurut saksi, Tan Hock Khim, 57, ketika kejadian, beliau bersama beberapa ahli Gerakan menguruskan pemberian BRIM yang dijadualkan bermula pada jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

“Saya dan rakan sedang mengagihkan BRIM kepada beberapa penerima yang datang untuk mengambil wang mereka. Namun, kira-kira jam 12.15 tengah hari, kami dikejutkan dengan pekikan seorang lelaki dari luar bangunan.

“Dia tidak menyebut apa-apa selain menyatakan ingin berjumpa dengan Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Teng Hock Nan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,” katanya.

Menurutnya, selepas memekik di luar bangunan tetapi tidak diendahkan sesiapa, lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu kemudian berang dan melontarkan dua ketul batu ke arah pintu kaca bangunan itu.

“Apabila menyedari tiada siapa yang menghiraukannya, dia bertindak agresif dan melontarkan dua ketul batu hingga menyebabkan pintu kaca di depan bangunan pecah.

“Selepas itu, dia masuk ke dalam bangunan dan duduk di sofa beberapa minit sebelum beredar dengan motosikalnya yang diletakkan di hadapan bangunan ini,” katanya.
Menurutnya, agak menghairankan kerana lelaki itu seolah-olah membenarkan gambarnya dirakam dengan menunjukkan tanda ‘peace’.

Sementara itu, Naib Pengerusi Gerakan negeri, Ong Thean Lye berkata, pihaknya menentang keras tindakan tidak bermoral itu dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

“Walaupun kita berbeza fahaman politik, janganlah sampai bertindak begini. Saya kesal dengan kejadian ini dan ia bukan pertama kali.

“Sebelum ini, bangunan ini pernah dibaling telur manakala trak pentas bergerak Barisan Nasional (BN) disimbah cat merah,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis sudah dibuat dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera mengenai tindakan berhubung lelaki itu.

“Kita tidak mengenalinya malah tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Maut motosikal rempuh van



17 Mac 2013
Maut motosikal rempuh van
Anggota polis menutup mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Bunga Kertas, pagi semalam.
HULU SELANGOR - “Dia sangat ceria malam tadi, sempat hidangkan kami masakan istimewa, tapi berita kematiannya tadi (semalam) sangat mengejutkan kami,” kata chef Yah, 31, rakan Rossdy Mustapha, 24, yang maut dalam kemalangan motosikal pagi semalam.

Menurut Yah, Rossdy merupakan tukang masak di sebuah restoran masakan Thailand, dekat sini, dan semasa kejadian mangsa dipercayai menunggang sendirian dalam perjalanan menghala Sungai Choh.

Katanya, kejadian berlaku di persimpangan tiga Jalan Bunga Kertas antara Jalan Bukit Beruntung-Sungai Choh.

“Kami terkejut ketika menerima berita kematiannya dan seperti tidak percaya kerana malam tadi (kelmarin) kami semua ceria bersamanya.

“Dia kelihatan sangat ceria dan bergurau dengan adiknya, Sham,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Yah berkata, mangsa yang lebih mesra dipanggil Along kebelakangan ini dilihat murung tanpa diketahui puncanya.

Menurutnya, mangsa meninggalkan isteri dan dua anak yang menetap di Kelantan.

Seorang saksi, Rosharizat Roslan, 28, berkata, motosikal dinaiki mangsa dipercayai merempuh van yang tiba-tiba membelok di persimpangan tersebut.

“Mangsa masih bernyawa ketika itu tapi tidak mampu berkata-kata. Saya mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana. Saya cuma dapatkan telefon bimbit mangsa dan menghubungi majikannya serta adiknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa mati akibat kecederaan di bahagian kepala dan dagu.

Menurutnya, kemalangan berlaku jam 9.30 pagi melibatkan motosikal dinaiki mangsa dengan sebuah van sekolah yang membawa empat penumpang dipandu Muhamad Azmi, 52.

“Siasatan mendapati van terbabit cuba membelok ke kanan ke Jalan Bunga Kertas dan masa itu penunggang motosikal dari arah Bukit Beruntung ke Sungai Choh sampai dan terlanggar bahagian pintu depan sebelah kiri van.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang van dirawat di Hospital Sungai Buloh sementara pemandu serta penumpang lain tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Murid tahun satu nyaris maut


16 Mac 2013
Murid tahun satu nyaris maut
Muhammad Shakir menunjukkan tempat dia menyentuh dawai sehingga dia terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Blok A, Rumah Pangsa IG Pesona di Kampung Tuan, Chukai.
CHUKAI – “Saya tengok kotak itu terbuka dan lihat ada dawai di dalamnya, jadi saya pegang dawai itu,” kata murid tahun satu, Muhammad Shakir Farhan Mohd Adi Izman, 7, yang nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik, kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

Kotak pembekal elektrik (MCB Box) yang dipasang rendah dan terletak di laluan masuk rumahnya di tingkat 1 bawah Blok A, Rumah Pangsa IG Pesona, Kampung Tuan, dekat sini, menarik minat Muhammad Shakir melihat dan memegang kotak berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai ini berkata, sebaik memegang dawai itu dia terasa arus elektrik mengalir ke dalam badannya.

“Saya rasa sakit dan takut. Selepas itu, saya pergi ke rumah nenek kerana mak ada di situ," katanya yang masih kelihatan trauma.

Sementara itu, ibu Muhammad Shakir, Mazlia Ismail, 31, berkata, dia terkejut apabila anak keduanya itu datang ke rumah ibunya yang terletak hanya 50 meter di depan rumah mereka dalam keadaan tangan menggigil dan muka pucat.

“Saya terpinga-pinga dan bertanya kepadanya apa yang terjadi tapi dia tak boleh cakap, kemudian saya cium tangannya dan terbau hangit.

“Kedua-dua tapak tangannya ada kesan melecur sedikit. Jadi, saya cepat-cepat pulang ke rumah dan lihat kotak elektrik itu berasap," katanya.

Melihat keadaan itu, Mazlia turut bertanya pemilik kedai makan yang terletak di hadapan rumah flatnya dan pemilik kedai berkenaan mengatakan dia terdengar bunyi letupan ketika kejadian.

Sejurus selepas itu, dia segera meletakkan ais pada tangan anaknya sebelum membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.

Mazlia berkata, kedudukan kotak MCB itu tidak sesuai diletakkan di laluan tersebut, apatah lagi kesemuanya tidak dipagar dengan jaring besi hingga memudahkan ia disentuh, malah kadangkala ada kanak-kanak meletakkan bekas air plastik di atas kotak berkenaan.

Kotak MCB yang mengalirkan arus elektrik ke meter panel Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi setiap unit rumah pangsa itu terletak terlalu rendah dan boleh dicapai kanak-kanak dan difahamkan, ia di bawah seliaan pemaju rumah pangsa tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, keadaan penutup kotak MCB di Blok A itu terbuka kerana penutupnya telah tercabut dan keadaan sama berlaku di Blok B rumah pangsa berkenaan apabila ia turut terbuka kerana penguncinya rosak menyebabkan wayar terdapat dalam kotak dapat dilihat.

Sehubungan itu, penghuni rumah pangsa berkenaan berharap agar pihak pemaju dapat mengambil tindakan segera mengalihkan kesemua kotak elektrik itu ke kawasan lebih selamat atau memagar kawasan yang menempatkan kotak elektrik itu demi keselamatan penghuni terutamanya kanak-kanak.

Cedera kaki kanan dilanggar kereta


16 Mac 2013
Cedera kaki kanan dilanggar kereta
Pak Mat terlantar di hospital apabila terlibat dalam kemalangan petang Selasa lalu.
BACHOK - Seorang warga emas cedera pada bahagian kaki dan buku lali kanannya apabila dilanggar sebuah kereta, Selasa lalu.

Mohamad Ismail, 65, atau lebih dikenali sebagai Pok Dek atau Pak Mat, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Nelayan Kandis untuk ke kedai berdekatan.

“Masa tu, saya dengan motor nak ke seberang jalan. Di simpang keluar, saya nak lintas jalan tapi tiba-tiba sebuah kereta datang dari Tok Bali terus langgar saya.

“Saya jatuh dan motor rosak teruk. Orang kampung yang tengok kejadian tu bawa saya ke hospital,” katanya. Pok Mat seorang yang dikenali di sekitar Kampung Telong, Kandis, Melawi
dan Teko Air Merah berikutan sikapnya yang ramah serta mempunyai ramai kenalan.

Dia banyak membantu penduduk menyalurkan maklumat berkaitan pertanian, program kemasyarakatan, masalah setempat dan sebagainya.

“Saya dimasukkan ke wad petang Selasa lalu, dan kini berada di tingkat 4 selatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Saya tak tahu berapa lama harus tinggal di sini sehingga dimaklumkan doktor nanti. Saya cuma berdoa agar cepat sembuh seperti biasa,” katanya.

Pok Mat yang kehilangan isterinya tahun lalu akibat darah tinggi, kini tinggal bersama anak-anaknya di Kandis.

Tiga kenderaan terbabit kemalangan


17 Mac 2013
Tiga kenderaan terbabit kemalangan
Keadaan salah sebuah yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan.
RAUB – Tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran dalam kemalangan di Kilometer 341 Jalan Raub–Lipis berhampiran Kampung Durian Sebatang, kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kenderaan Toyota Innova dari arah Raub cuba memotong beberapa kenderaan lain.

Menurutnya, cubaan pemandu untuk memotong bagaimanapun gagal dan terus bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Perlanggaran itu menyebabkan sebuah kereta Saga FLX dari arah Lipis turut kemalangan akibat gagal mengelak daripada rempuhan kereta Toyota Unser tadi.

“Kesemua mangsa terlibat bagaimanapun terselamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan.

Pelayan restoran ditemui mati


HAZELEN LIANA KAMARUDIN
17 Mac 2013
Pelayan restoran ditemui mati
Ibu mangsa, Salma Deraman, 42, dan menantunya menunjukkan tempat di mana Mohd Zubir ditemui mati tergantung.
Shaadini
Shaadini
KOTA BHARU - Seorang pelayan restoran ditemui mati  di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa, Mohd Zubir Musa, 19, ditemui dalam keadaan tergantung oleh  bapanya, Musa Ali, 54, kira-kira jam 6.30 pagi.

“Sebelum itu mangsa dikatakan sempat meminta sebatang rokok daripada bapanya pada jam 6 pagi sebelum masuk ke dalam bilik tersebut,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk dibedah siasat sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, adik mangsa, Shaadini, 24, ketika ditemui di rumah mereka di sini berkata, Mohd Zubir banyak mendiamkan diri semenjak pulang dari Kuantan, Pahang di mana tempat dia bekerja.

“Sudah dua bulan dia berada di rumah dan sepanjang tempoh tersebut dia hanya berkurung dan tidak banyak bercakap.

“Dia juga sering bercakap seorang diri serta serta mengatakan dirinya tidak berguna dan semua orang tidak suka kepadanya,” katanya.

Menurutnya,  Mohd Zubir merupakan anak ke empat daripada lapan adik beradik itu tinggal di rumah tersebut bersama kedua ibu bapanya dan empat adik-adiknya yang lain.

Kepala dalam peti sejuk


Hong Kong: Kepala sepasang suami isteri ditemui dalam sebuah peti sejuk dipenuhi darah di sebuah apartmen di Tai Kok Tsui, lapor media tempatan semalam.

Polis Hong Kong berkata, anak pasangan terbabit ditahan untuk membantu siasatan.


Dalam kenyataan dikeluarkan, polis berkata, pihak berkuasa menemui “sebahagian mayat manusia” di apartmen terletak di pinggir bandar raya Hong Kong.

“Polis percaya mangsa adalah sepasang suami isteri warga emas, masing-masing berusia 64 dan 63 tahun,” kata kenyataan itu. Pasangan terbabit, kata polis, dikesan hilang sejak 9 Mac lalu.


Akhbar South China Morning Post melaporkan, mangsa dikenali sebagai Chau Wing-ki dan isterinya, Siu Yuet-yee.


Sumber berkata, selain kepala mangsa ditemui dalam peti sejuk, tangan dan kaki mereka turut ditemui di premis berkenaan.

Bagaimanapun, badan mereka masih belum ditemui.


Kata sumber, polis menemui gergaji, pisau dan alas pemotong daging di rumah berkenaan. -AFP

‘Pawang’ sebar HIV ditahan



Zurich: Polis Switzerland menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘pawang’ selepas dia gagal menghadiri perbicaraan atas tuduhan menyebarkan HIV kepada 16 mangsa menggunakan jarum akupuntur.

Jurucakap polis semalam berkata, mereka menyerbu rumah lelaki berusia 54 tahun itu selepas dia enggan keluar dari premisnya.


“Tertuduh bersenjata sebilah pisau dan berkali-kali mengugut untuk bertindak ganas,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, seorang wanita tidak dikenali bersama suspek turut ditahan.


Lelaki terbabit dibebaskan dengan ikat jamin sejak Ogos tahun lalu.


Perbicaraan sepatutnya bermula pada 6 Mac lalu, tetapi tidak dapat diteruskan apabila dia tidak hadir kelmarin.

Kes itu menjadi perhatian selepas seorang pesakit di hospital di Berne menyiasat semula bagaimana dia dijangkiti virus maut itu. Pesakit terbabit kemudian mendapati dia mula dijangkiti HIV selepas mendapatkan rawatan akupuntur daripada suspek.


Bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah. Media melaporkan, majoriti mangsa adalah penuntut sebuah sekolah muzik yang dikendalikan oleh tertuduh. - Reuters

330 juta janin mangsa bunuh



Beijing: Hampir 330 juta pengguguran dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun sejak negara itu mula-mula melaksanakan langkah mengehadkan pertumbuhan populasi di negara paling ramai penduduk di dunia itu, dedah data rasmi semalam.

China mengumumkan perubahan struktur dalam sistem merancang keluarga yang menyaksikan polisi kontroversi seorang anak bagi setiap keluarga ketika mesyuarat tahunan secara berterusan penggubalan undang-undang nasional di Beijing. Data yang dimuat naik di laman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan dari 1971 - sejurus sebelum China mula menggalakkan rakyatnya mempunyai kurang anak hingga 2010 sejumlah 328.9 juta pengguguran dilakukan di negara terbabit yang mempunyai populasi 1.35 bilion. China berkata, polisi seorang anak yang diperkenalkan pada 1980-an menghalang lebihan populasi dan melonjakkan perkembangan ekonomi. Polisi itu terkecuali kepada beberapa keluarga di luar bandar daripada kalangan etnik minoriti dan pasangan yang masih muda. Bagaimanapun, gesaan dipertingkat agar polisi itu dihentikan kerana tenaga buruh negara terbabit semakin menurun dan bilangan warga tua semakin ramai.


Mengikut polisi berkenaan, keluarga di bandar secara amnya dibenarkan mempunyai hanya seorang anak, manakala keluarga di luar bandar boleh mempunyai anak kedua jika anak yang pertama ialah perempuan. Mereka yang melanggar undang-undang itu perlu membayar denda.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan gabungan Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Populasi Nasional mengkaji semula polisi itu dengan kementerian kesihatan tidak lagi bertanggungajawab. Media kerajaan berkata, ia bertujuan untuk memperbaiki polisi seorang anak itu. - AFP

Helah warga asing tak menjadi



Kuala Lumpur: Seorang warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan membonceng motosikal rakannya berpura-pura berjalan ke kedai serbaneka selepas kawannya diperiksa polis dalam sekatan jalan raya di Dataran Merdeka, semalam.

Bagaimanapun, anggota polis lain yang mengawal sekatan menyedari taktik lelaki berusia 20-an dari Indonesia itu lalu menahannya 100 meter dari lokasi rakannya ditahan.


Difahamkan, selepas ditahan, lelaki warga asing itu memberi alasan hendak membeli air sementara menunggu rakannya disaman, namun kelakuannya yang mencurigakan membuatkan anggota membuat pemeriksaan lanjut.

Siasatan lanjut mendapati lelaki warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen dan cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.


Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 2.30 pagi itu, seorang lelaki warga asing ditahan mengikut Akta Imigresen.


“Kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen didapati masih di tahap tinggi apabila 57 kes membabitkan kesalahan itu daripada 350 kenderaan yang diperiksa.

“Secara keseluruhan, sebanyak 124 saman dikeluarkan anggota trafik, 40 saman dan 30 notis arah periksa Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan 11 saman ekzos bising oleh Jabatan Alam Sekitar,” katanya.


Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menunda lima kereta, manakala 46 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi itu turut memberi fokus kepada pemandu teksi berikutan banyak kesalahan jenayah membabitkan pemandu kenderaan itu sekarang.

Sembilan wanita diselamatkan



Melaka: Sembilan wanita asing yang bekerja di sebuah restoran di Banda Hilir, di sini, mendakwa dikurung dalam sebuah bilik dan tidak dibenarkan keluar selepas waktu bekerja, sejak sembilan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendakwa dipukul majikan.


“Hanya kerana melakukan kesalahan kecil seperti tersalah meletak barang, saya ditampar dan dimaki hamun serta pernah dikurung di dalam bilik,” kata Pita, 25, warga Indonesia.

Dia antara sembilan wanita warga asing yang diselamatkan Jabatan Imigresen negeri selepas satu serbuan ke atas premis berkenaan, jam 12 tengah hari semalam.


Difahamkan, semua wanita masing-masing tujuh warga Indonesia dan dua warga Myanmar berusia 22 hingga 31 tahun itu terkurung di kedai dan tidak sesekali dibenarkan keluar.


Mereka yang ditempatkan dalam sebuah bilik mendakwa turut dikasari majikan dengan menampar dan memukul, selain dipercayai mengugut mengenakan denda serta memotong gaji.

Foto
SEMUA wanita asing yang berjaya diselamatkan.


Dakwa Pita dari Jawa Tengah, dia beberapa kali dilempang sepanjang sembilan bulan bekerja di restoran.


“Dalam kejadian terbaru pagi tadi (semalam), saya yang ditugaskan memasak nasi terkejut apabila ditampar seorang ahli keluarga majikan hanya kerana tersalah meletakkan barang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen negeri, di sini, semalam.


Turut hadir Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail dan timbalannya, Mohammad Azlan Jawawi.


Menurut Pita, tidak tahan didera, rakan sekerjanya, Anie, 23, menghubungi seorang kenalan di Kuala Lumpur untuk memohon bantuan.


Seorang lagi mangsa, Eka, 22, yang berasal dari Jawa Timur mendakwa, sepanjang tiga tahun bekerja di restoran itu, lebih 20 kali dia ditampar, ditendang dan dibaling dengan kasut hanya kerana melakukan kesalahan kecil, antaranya lambat membersihkan lantai.


“Sebaik menyedari Jabatan Imigresen melakukan serbuan, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana berjaya diselamatkan. Saya sudah serik dan mahu pulang ke Indonesia,” katanya sebak.


Sementara itu, Mohammad Azlan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai wujud pekerja asing yang dikurung majikan di premis berkenaan.


“Hasil pemeriksaan mendapati majikan dan pekerja asing itu tidak melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen kerana mempunyai permit sah.


“Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan mengikut Anti Pemerdagangan Orang kerana semua wanita itu mendakwa didera dan tidak diberi kebebasan selain berkaitan soal bayaran gaji,” katanya.


Menurut beliau, perkara itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan majikan berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan.


“Semua wanita berkenaan kini berada di bawah pengawasan kami sebelum tindakan susulan dijalankan kelak,” katanya.

Kepala terkena lebihan kayu terjulur



Seremban: “Saya tengok dia (mangsa) teragak-agak memotong treler itu sebelum tiba-tiba terpelanting jatuh, dipercayai kepalanya terkena kayu yang terjulur keluar,” kata Muhammad Zulfadhli Zulkifli, 19, mengenai rakannya, Henry John Anthony, 26, yang maut dalam kemalangan di sini, semalam.

Mangsa bersama 29 rakannya berkonvoi menaiki 30 motosikal Honda Wave Dash dari Melaka menuju ke Klang, Selangor untuk menghadiri majlis perasmian sebuah kedai motosikal Honda di sana sebelum kemalangan.


Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Kilometer 244.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, mangsa yang menetap di Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, Melaka, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurut Muhammad Zulfadhli, mereka bertolak dari Melaka jam 8 pagi dan menunggang dalam kelajuan sederhana antara 70 hingga 80 kilometer sejam.


Katanya, mangsa berada di tengah konvoi dan beberapa rakan lain sempat memintas treler sarat muatan kayu itu yang tidak berhenti sejurus selepas kejadian.


“Kejadian berlaku sekelip mata dan kami sungguh terkejut. Sejurus mangsa jatuh di lorong tengah, motosikalnya terseret ke lorong paling kanan.

“Kami berhenti dan segera mendapatkan Henry dan mendapati dia tidak bergerak, selain muka berdarah dan tangannya patah. Seorang rakan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya.


Katanya, susulan kejadian itu, mereka membatalkan hasrat berkonvoi ke Klang yang dirancang sejak seminggu lalu apabila menerima jemputan daripada penganjur.


“Saya berkawan dengan Henry sejak Oktober tahun lalu. Orangnya baik dan berperangai kebudak-budakan sedikit, menyebabkan dia mudah mesra dengan sesiapa saja.


“Saya tidak pasti dia memberitahu keluarganya mengenai rancangan kami berkonvoi, tetapi saya difahamkan ini pengalaman pertama dia berkonvoi sejauh ini,” katanya.


Sementara itu, pemandu Proton Waja, Safiq Azwan Aris, 24, berkata, ketika kejadian dia mengikuti bapa saudaranya, Yunus Sarpah, 42, ke Puncak Alam, Selangor untuk menghantar sepupu mendaftar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menaiki kereta berasingan.


“Saya bersama anak saudara, Hakim Yunus, 10, menaiki kereta Waja, manakala bapa saudara memandu kereta Honda. Kami bertolak dari Tangkak, Johor jam 8.30 pagi.


“Setiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah treler memasuki lorong kanan menyebabkan bapa saudara membrek mengejut dan saya yang mengekori di belakang melanggar belakang keretanya.


“Bapa saudara terus ke Puncak Alam kerana urusan pendaftaran anaknya,” katanya yang bersyukur tidak cedera.


Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban ketika dihubungi berkata, siasatan awal pihaknya mengesyaki kemalangan berlaku apabila motosikal atau mangsa bergesel dengan treler terbabit, menyebabkannya terpelanting jatuh di lorong tengah, manakala motosikal terseret ke lorong kanan.

Maut rempuh kedai basikal



Ipoh: Seorang wanita maut manakala kekasihnya cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebuah kedai basikal berhampiran Jalan Pasir Putih, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi, Tang Mun Yi, 19, bersama pasangannya Chong Kian Mun, 20, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar minum di pekan Ipoh.

Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Kian Mun hilang kawalan sebelum merempuh kedai berkenaan.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian depan sebelah penumpang maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Foto
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan, pagi semalam.



“Kemalangan itu menyebabkan Tang yang beralamat Medan Pengkalan Makmur Ipoh, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan.

23 tentera terbunuh



Peshawar: Sekurang-kurangnya 23 tentera Pakistan terbunuh semalam apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di lebuh raya utama Pakistan-China di kawasan pergunungan di utara negara itu, kata pegawai kanan ketenteraan.

“Berdasarkan maklumat awal, 23 anggota tentera maut dalam nahas jalan raya apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di lebuh raya Karakoram,” katanya.


Tentera berkata, kira-kira 27 orang berada dalam bas itu, termasuk 25 anggota tentera yang pulang ke kediaman masing-masing untuk bercuti, selain pemandu serta seorang tukang cuci. Anggota tentera terbabit daripada batalion Northern Light Infantry (NLI) yang dikerah bertugas di lembah Swat yang bebas daripada askar Taliban pada 2009. Seorang pegawai pentadbir tempatan berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan bantuan ke lokasi nahas yang terpencil itu. “Semua anggota tentera terbabit ingin pulang bercuti meninggalkan Swat untuk ke Gilgit,” katanya.

Perjalanan di kawasan pergunungan di utara Pakistan sangat rumit dan tentera serta orang awam lebih gemar membuat perjalanan secara berkumpulan. - AFP

Tujuh keluarga buat demonstrasi



16 Mac 2013
Tujuh keluarga buat demonstrasi
Manikam (dua, kanan) bersama beberapa penduduk menunjukkan jubin yang pecah di kediamannya.
Tujuh keluarga buat demonstrasi
Penduduk Taman Desa Putri yang membuat bantahan aman mengenai kerosakan rumah mereka, semalam.
BAHAU - Tujuh keluarga di Taman Desa Putri di sini, berang apabila rumah yang mereka diami kini mengalami banyak rekahan walaupun tidak sampai lima tahun membeli kediaman itu.

Penduduk mendakwa keadaan itu berlaku selepas tamat tempoh jaminan jual beli rumah sekitar tiga hingga empat lalu.

Penduduk, Lee Choom Pin, 50, berkata, penghuni hanya sempat menikmati keindahan rumah berkenaan sementara waktu sahaja sebelum timbulnya kesan rekahan di bahagian dinding, lantai dan siling rumah.

“ Saya mula membuat pembayaran rumah terbabit pada September 2008 kemudian pada November tahun lalu lantai jubin rumah ini retak dan pecah secara tiba-tiba.

“ Apa yang mengecewakan kenapa tidak sampai empat tahun sudah ada banyak yang rosak. Lihat sahaja bahagian jubin di ruang tamu kami begitu teruk,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jirannya, R.Manikam, 64, berkata, dia membeli rumah itu dengan harga RM128,000. Namun harganya seperti tidak setimpal dengan hasil yang diberikan berikutan jubin lantai bahagian dapur rumahnya kini pecah dan retak.

“Jubin ini apabila diketuk bunyinya kosong, seolah-olah tiada isi kemudian ia akan retak ataupun pecah tanpa disedari. Bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini,” katanya

Penduduk, R.Thiruselva, 32, berkata, dia mahu pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan terhadap masalah yang berlaku itu kerana ia menyusahkan penduduk.

"Keadaan ini begitu membahayakan keluarga terutamanya anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan situasi ini siang dan malam,” katanya.

Suri rumah, Lee Sau Fong, 50 berkata, sebelum ini pemaju sudah memutuskan untuk membaik pulih kerosakan rumah penduduk ketika perjumpaan sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang lalu.

“ Sekarang lain pula jadinya, janji tinggal janji. Macam mana mahu hidup dengan rumah yang rosak kemudian terpaksa pula menanggung kos baik pulih sedangkan kesalahan ini bukan daripada pembeli,” katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas pihak pemaju gagal apabila pihak berkenaan tidak dapat dihubungi.

Dera: Isteri buat laporan polis



16 Mac 2013
SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang mendakwa didera suaminya membuat laporan polis di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, 33, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini pada 10 Mac lalu.

Dia dari Ipoh, Perak sebelum ini turut membuat laporan di Ipoh pada 2010 dan 2011 serta di Seremban pada 2012.

Mary yang kini tinggal bersama ibu saudaranya di Taman Ria di sini berkata dia didera suaminya, seorang pengawal keselamatan yang berumur 38 tahun
sejak mereka mula berkahwin 10 tahun lalu dan kini mempunyai tiga orang anak.

"Sejak berkahwin saya sering dipukul, ditendang dan dibelasah dengan tali pinggang. Namun kerana sayangkan suami dan anak-anak, saya sering memaafkannya," katanya kepada pemberita.

Surirumah ini berkata sejak tinggal di sini, dia tidak lagi dapat menghubungi suami dan anak-anaknya yang berumur dua hingga tujuh tahun yang
dibawa keluar dari rumah mereka oleh suaminya sebelum ini. - Bernama

Mayat terapung ditemui dekat tiang



Georgetown: Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian ditemui terapung di tiang Nombor 47, Jambatan Pulau Pinang, di sini, kelmarin.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita, yang sudah kembung, kira-kira jam 11 pagi, dipercayai sudah meninggal dunia di antara tiga dan empat hari.
Identiti belum dikenal pasti

Jurucakap polis berkata, setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kecuali mangsa ditemui masih lengkap berpakaian dengan memakai baju-T warna hitam dan berseluar jeans pendek warna hitam.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Foresnik, Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, untuk bedah siasat.