Search This Blog

Saturday, March 16, 2013

Percutian berakhir tragedi



16 Mac 2013
KUALA TERENGGANU - Keresahan seorang ibu yang melihat sebelah kasut milik anaknya di tepi pantai akhirnya terjawab setelah anaknya ditemui terdampar di tepi Pantai Batu Burok, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Zulhilmi Syukri Mazlan, 19, dipercayai lemas ketika cuba mengambil sebelah kasutnya yang dihanyutkan arus semasa bermain air di pantai itu, sebelum ditemui kira-kira sejam kemudian.

Ibunya, Siti Salbiah Shahidan, 54, , mereka sekeluarga iaitu suami, Mazlan Jamil, 55 dan nenek mangsa, Kamariah Sharif, 74, datang ke negeri ini untuk bercuti.

“Arwah pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan sebuah kolej di Kuala Lumpur. Kebetulan dia cuti semester dan setelah sampai di Terminal Bas Larkin, Johor kira-kira jam 8.30 malam, kami bertolak ke Kuala Terengganu.

“Kami tiba di sini kira-kira jam 6 pagi dan lepas bersarapan, kami menuju ke pantai. Arwah minta izin untuk bermain air, dan saya pula ke tandas sementara suami dan ibu hanya menunggu di kereta,” katanya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Bagaimanapun, dia tertanya-tanya setelah mendengar orang ramai berkata ada orang lemas, sebelum mengajak suami ke pantai.

Dia resah setelah melihat sebelah kasut anaknya di tepi pantai, dan setelah mendekati mangsa lemas di tepi pantai itu, barulah dia menyedari mangsa adalah anaknya sendiri.

Nenek mangsa berkata, arwah ada datang ke kereta, sebelum menukar seluar dipakainya dan memaklumkan, ingin mencari kasutnya yang dihanyutkan air.

“Semasa dalam kereta, saya dengar orang bercakap tentang lelaki lemas, namun tidak terlintas dalam fikiran, ia cucu saya sendiri,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sentosa, Masai, Johor sebaik urusan bedah siasat selesai dijalankan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Lelaki mengamuk, tembak empat individu




15 Mac 2013
Myers
Anggota polis giat memburu Myers (gambar kecil) di sekitar bandar New York.
NEW YORK - Seorang lelaki diburu selepas dipercayai menembak empat individu dan mencederakan dua yang lain di dua lokasi di New York, Amerika Syarikat.

Pegawai polis daerah, Joseph D’Amico berkata, suspek dikenal sebagai Kurt Myers, 64, menembak mati dua individu di salon rambut di bandar Mohawk manakala dua yang lain ditembak di tempat mencuci kereta berdekatan bandar Herkimer.

“Kejadian bermula apabila lelaki berkenaan dipercayai mengamuk lalu membakar rumahnya di Mohawk.

"Sejurus anggota bomba tiba di lokasi kejadian, lelaki itu melarikan diri ke sebuah salon berdekatan lalu melepaskan tembakan rambang,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, lelaki terbabit memandu ke Herkimer dan melepaskan dua das tembakan di tempat mencuci kenderaan.

“Kami belum membuat kesimpulan berhubung kes terbabit. Pemburuan masih giat dilakukan,” katanya dipetik dalam laporan Reuters.

Bungkusan kain berdarah


17 Mac 2013
Bungkusan kain berdarah
Isi kandungan dalam bungkusan kain disahkan bangkai kucing, bukannya janin bayi seperti disangka orang ramai.
MARANG -  Orang ramai yang menggunakan laluan di bahagian belakang bangunan sebuah gelanggang futsal dekat sebuah kedai jahit di Pekan Bukit Payung di sini, terkejut apabila menemui bungkusan kain di kawasan semak, yang disangka janin bayi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, salah seorang daripada mereka yang enggan namanya dikenali berkata, mereka merasa curiga selepas melihat bungkusan kain berlumuran darah dan dihurung lalat, dibuang di kawasan semak di situ.

“Kami tidak memeriksa bungkusan berkenaan, sebaliknya ada individu di sini menghubungi rakan mereka yang menjalankan tugas rondaan bersama pihak polis bagi membuat pemeriksaan isi kandungan sebenar terdapat dalam bungkusan kain itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Setelah membuat panggilan, dua anggota polis dari Balai Polis Bukit Payung di sini bersama beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan Rela daerah tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila pasukan rondaan yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan kemudiannya mengesahkan isi kandungan dalam bungkusan kain adalah bangkai kucing dan bukannya janin bayi seperti disangka.

Lagi banduan gantung diri




16 Mac 2013
NEW DELHI - Seorang banduan wanita yang didakwa terlibat dengan kes penculikan ditemui mati dalam keadaan tergantung di penjara New Delhi, kelmarin dalam kejadian kedua dalam tempoh empat hari di pusat tahanan itu .

Jurucakap penjara, Sunil Gupta berkata, kes perbicaraan banduan tersebut yang berlangsung sejak lebih dua tahun lalu juga masih belum selesai.
Isnin lalu, suspek kes rogol kejam, Ram Singh ditemui dalam keadaan sama di penjara itu katanya dipetik AFP.

Dalam perkembangan lain, Kabinet India meluluskan pindaan rang undang-undang jenayah untuk mengenakan hukuman lebih tegas terhadap perogol, sehari selepas cadangan itu dipersetujui semua menteri.

Di bawah rang undang-undang tersebut, hukuman penjara minimum 20 tahun yang dikenakan ke atas perogol sebelum ini boleh dilanjutkan kepada seumur hidup.

Press Trust India turut melaporkan jika undang-undang itu dikuatkuasakan, perogol akan dijatuhi hukuman mati jika mangsa meninggal dunia.

Dakwa dianiaya majikan



16 Mac 2013
Dakwa dianiaya majikan
Zainuddin menunjukkan surat aduan yang dibuat dan pernah dihantar kepada KBS namun mendakwa tiada tindakan diambil.
HULU SELANGOR – Gaji asas kerap berubah, tiada penyelarasan gaji minima, pemotongan gaji tanpa sebab, tiada tuntutan gaji lebih masa dan dikerah bekerja lebih 24 jam, antara 18 dakwaan salah laku majikan terhadap pengawal keselamatan di sebuah institut kemahiran belia di sini.

Dakwaan itu dinyatakan Ketua Pengawal Keselamatan, Zainuddin Yahaya terhadap majikan mereka, sebuah syarikat keselamatan milik Bumiputera yang berpusat di Shah Alam dan mahu pendedahannya membuka mata pihak berwajib untuk diambil tindakan.

“Kami telah beberapa kali berbincang dengan majikan bagi mencari penyelesaian malangnya pelbagai alasan diberi dan kami pula dipersalahkan.

“Kami amat meragui segala tindakan yang diambil dalam pengurusan majikan terutama berkaitan pemberian gaji,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun majikan telah memutuskan gaji pokok namun jumlah yang diterima sering kali tidak tetap dan banyak pemotongan dibuat tanpa alasan munasabah.

"Undang-undang buruh menetapkan tempoh kerja hanya lapan jam sehari dan sekiranya kerja melebihi tempoh itu atau empat jam ke atas tuntutan kerja lebih masa boleh dibuat.

"Tetapi, kami diarah bekerja 12 jam tanpa bayaran kerja lebih masa malah ada yang dikerah kerja lebih 24 jam tanpa bayaran setimpal," katanya.

Malah, katanya, tiada cuti bulanan dan elaun kedatangan RM250 sebulan ibarat pemanis mulut kerana syarat yang diletakkan menganiaya pekerja dan mustahil untuk diperoleh.

“Alasan cuti sakit walaupun disertakan dengan surat pengesahan doktor kerajaan tidak akan diterima.

"Malah, pemberhentian pekerja dilakukan sesuka hati dan secara paksaan serta memalukan. Segala tindak-tanduk majikan ini jelas bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Zainuddin berkata, penyelarasan gaji minima langsung tidak dilaksanakan dan pemotongan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hanya 11 peratus iaitu bersamaan RM29 sebulan.

Menurutnya, aduan dan laporan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibuat malangnya didakwa ditarik balik dan usaha memanjangkan perkara itu kepada pejabat buruh turut dipandang sepi.

Justeru, beliau menggesa pengurusan institut kemahiran belia tersebut menggantikan khidmat syarikat keselamatan terbabit bagi membela nasib pengawal keselamatan yang berkhidmat secara komited dan berdisiplin.

“Saya bertanggungjawab atas segala aduan ini yang mewakili 15 pengawal keselamatan bertugas.

“Namun, saya tetap menggesa pihak berwajib menyiasat perkara ini seterusnya mengenakan tindakan sewajarnya terhadap syarikat milik bumiputera ini yang menindas bangsa sendiri,” katanya.

Bahana tiada kon amaran



16 Mac 2013
Bahana tiada kon amaran
Lutut dan siku Yasir terpaksa dijahit selepas terbabit kemalangan susulan kecuaian kontraktor meletakkan tanda amaran di jalan yang sedang dibaik pulih.
TAMPIN - Seorang penunggang motosikal cedera dan terpaksa menanggung kos rawatan serta membaiki kenderaannya akibat kegagalan pihak kontraktor meletakkan kon amaran di jalan yang sedang dibaikpulih menyebabkan dia dan isterinya terbabit kemalangan.

Mangsa yang ingin dikenali Yasir, 40-an dan isterinya, Siti (bukan nama sebenar), 29, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, 8 Mac lalu, dia dan isterinya dalam perjalanan pulang dari Air Kuning ke Gemencheh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia yang biasa menggunakan laluan tersebut tidak menyedari ada kerja membaikpulih jalan sedang dilakukan berikutan ketiadaan sebarang tanda amaran dan pemberitahuan yang diletakkan di situ.

“Apabila sampai di jalan itu, saya gagal mengawal motosikal kerana permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan saya dan isteri terjatuh.

“Ada pengguna jalan raya yang berhenti untuk membantu kami, namun saya cekalkan hati menunggang motosikal balik ke rumah dan menunggu saudara terdekat membawa kami mendapatkan rawatan di klinik ,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya, dekat sini, semalam.

Yasir berkata, susulan kemalangan itu, dia mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan antaranya di lutut dan siku tangan kanannya sehingga terpaksa menerima enam jahitan dikedua-dua bahagian tersebut.

Tambahnya, isterinya pula cedera ringan di beberapa bahagian kanan badannya.

“Buat masa ini, kos membaiki motosikal yang hancur di bahagian hadapan dan rawatan di klinik sudah mencecah sebanyak RM500. Pada masa sama, ada pihak yang sudi membantu saya mendapatkan sedikit pampasan daripada pihak kontraktor terbabit.

“Bagaimanapun, perkara penting yang saya harapkan adalah tanggungjawab semua  kontraktor mengambil langkah berwaspada meletakkan tanda amaran di jalan yang dibaikpulih bagi mengelakkan pengguna jalan raya menjadi mangsa.

Treler terbalik cetus sesak



16 Mac 2013
Treler terbalik cetus sesak
Treler yang sarat membawa muatan kertas kitar semula terbalik dalam kejadian kemalangan, semalam.
LEDANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang pemandu yang terselamat apabila treler dipandunya terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 158.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu membabitkan dua kenderaan menyebabkan lebuh raya sesak sejauh empat kilometer setelah treler yang sarat membawa muatan kertas kitar semula terbalik lalu  merentangi lebuh raya.

Pemandu treler berkenaan Azwan Ahmad, 29, berkata,  dia dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Simpang Renggam, Johor.

Menurutnya, sebelum berlakunya  kejadian itu dia sempat  melihat melalui cermin belakang dan terlihat sebuah kereta Honda City di laluan kanan arah yang sama  hilang kawalan sebelum menghimpit treler dipandunya.

“Saya cuba elak  kereta itu  dengan memasuki  laluan kecemasan tapi tidak berjaya menyebabkan belakang treler terangkat lalu berpusing sebelum treler terbalik merentangi lebuh raya.

“Dalam situasi sukar dengan keadaan  kepala di bawah dan kaki di atas, saya berusaha untuk keluar selepas terperangkap dalam treler hampir lima minit,” katanya.

Azwan berkata, dia segera menyelamatkan diri kerana bimbang keadaan treler itu yang berkemungkinan boleh meletup secara tiba-tiba.

Menurutnya,  kejadian itu menjadi pengalaman ngeri sepanjang empat tahun menjadi pemandu treler, namun dia bersyukur kerana terselamat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan iaitu wanita berusia 40an selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dipercayai memandu laju kenderaan itu sebelum hilang kawalan lalu menghimpit treler terlibat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan minta saksi kejadian tampil untuk bantu siasatan,” katanya.

Maut bertembung treler



16 Mac 2013
Maut bertembung treler
Keadaan lori membawa muatan pasir terbabas ke kanan jalan.
Maut bertembung treler
Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kejadian kemalangan itu.
Maut bertembung treler
Mayat mangsa maut ditempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.
Maut bertembung treler
Keadaan kereta yang dinaiki oleh mangsa.
TAPAH - Pasangan suami isteri maut manakala dua anak mereka parah dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer 53 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, Zainol Romli, 62, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Sarimah Salleh, 38, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah kira-kira jam 4 petang.

Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil bersama dua anak mereka yang dikenali Norhidayah Suhaimi, 19, dan Mohd Adam Haziq, 3, dalam perjalanan dari Tapah ke Kampar.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu Zainol masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan pasir.

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa berpusing di tengah jalan sementara lori berkenaan terbabas ke kanan jalan lalu terbalik merintangi laluan.

“Dalam masa sama, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Tapah ke Kampar tidak sempat mengelak dan turut melanggar kereta yang dinaiki mangsa.

“Sebuah pacuan empat roda yang dinaiki empat penumpang juga tidak sempat mengelak lalu merempuh lori yang merentangi laluan berkenaan,” katanya.

Mangsa maut di tempat kejadian

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Chendek Pura, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, sementara anak mangsa masih dirawat di Hospital Tapah.

Pemandu dan penumpang di dalam kereta Myvi, pacuan empat roda dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Som Sak berkata, buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

10 minit keluarkan mangsa tersepit

Ketua Bomba dan Penyelamat Tapah, Meor Mohd Ali Meor Husien berkata, operasi menyelamat yang diketuai oleh Ketua Operasi Abd Kadir Awang itu tiba di tempat kejadian pada jam 12.02 tengah hari sebaik menerima panggilan kira-kira jam 11.56 pagi.

Menurutnya, akibat kesan remuk yang teruk pada bahagian hadapan kereta, sembilan anggota bomba yang tiba dengan sebuah jentera dan dua motosikal mengambil kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan semua mangsa tersepit.

“Ketika operasi menyelamat mangsa, kita dapati pemandu kereta sudah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga yang lain dalam keadaan parah sebelum dihantar ke Hospital Tapah.

“Operasi menyelamat berakhir pada jam 12.32 tengah hari,” katanya.

Mesin ATM dipecah, RM87,000 dilarikan



HASNIZA HUSSAIN
16 Mac 2013
Mesin ATM dipecah, RM87,000 dilarikan
Info: Mesin ATM dipecah, RM87,000 dilarikan
SHAH ALAM - Sekumpulan penjenayah profesional melarikan wang tunai RM 87,000 dari mesin pengeluaran automatik (ATM) selepas memecah masuk sebuah pasar raya di Seksyen 31, Kota Kemuning, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu hanya disedari oleh pengurusan pasar raya berkenaan ketika hendak memulakan operasi jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, siasatan mendapati penjenayah menggunakan gas Oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM itu.

"Selain itu, penjenayah turut menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) premis dan melarikan rakaman CCTV bagi mengelak identiti mereka dikesan.

"Kita bagaimanapun mempunyai alternatif lain untuk menjejaki mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya sama ada pasar raya terbabit turut mengalami kerugian, Zahedi berkata, penjenayah menumpukan untuk melarikan wang dari mesin ATM itu sahaja.

Tiga kenderaan remuk teruk



16 Mac 2013
Tiga kenderaan remuk teruk
Kedua-dua kenderaan ini remuk selepas bertembung di Jalan Dato' Shahbandar Felda Keratong 3, petang semalam.
ROMPIN – Tiga tercedera selepas tiga kenderaan berasingan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Dato’ Shahbandar Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Proton Wira dari arah Bahau Negeri Sembilan menuju Keratong 2 masuk ke laluan bertentangan sebelum bergeser dengan Toyota Hilux dari arah hadapannya.

Menurutnya, Toyota Hilux yang dalam perjalanan ke Keratong 3 tidak sempat mengelak menyebabkan Proton Wira terbabit masuk ke laluan bertentangan lalu bergeser dan merempuh bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut.

“Akibat rempuhan kuat itu, Proton Wira yang masih bergerak terus melanggar bahagian depan sebuah kereta Proton Saga yang ketika itu berada di belakang Hilux terbabit,” katanya.

Johari berkata, Proton Wira yang bergeser dengan kedua-dua kenderaan itu remuk di bahagian depan.

Menurutnya, mangsa yang menaiki Proton Wira dipercayai pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak untuk rawatan susulan.

“Kami difahamkan suaminya mengalami luka di bahagian dagu, tangan dan kaki, sementara isterinya mengadu sakit di bahagian dada.

“Pemandu Toyota Hilux pula tidak tercedera, sementara seorang pemandu Proton Saga mengalami luka ringan di bahagian tangan dan kaki,” katanya.

Beliau berkata, pemandu seharusnya mengambil langkah keselamatan ketika berada di jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

“Kita tidak mahu atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri menyebabkan pengguna jalan lain pula yang terpaksa menanggung derita, sedangkan mereka sudah memandu dengan berhati-hati,” katanya.

Tendang cermin kereta



FARAH SHAZWANI ALI
16 Mac 2013
Tendang cermin kereta
Keadaan Proton Persona yang hangus selepas kejadian kemalangan malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU - Tanpa menghiraukan rasa sakit, seorang guru bertindak nekad memecahkan cermin tingkap kereta di sebelah penumpang dengan kaki untuk menyelamatkan diri bersama anak serta pelajarnya, daripada terbakar dalam kemalangan berhampiran persimpangan Batu Burok di Jalan Kamarudin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, Zalina Hassan, 45, bersama anaknya, Ros Qistina Rosli, 16, dan dua pelajar tingkatan lima dalam perjalanan ke sebuah klinik di Jalan Kamarudin, di sini, sebelum kenderaan jenis Honda CRV yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Proton Persona.

Dia yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin itu berkata, ketika tiba di selekoh, dia terdengar bunyi tayar sebelum sebuah Proton Persona yang datang dari arah bertentangan terbabas lalu memasuki laluannya.

Akibat kejadian itu, kenderaannya remuk manakala Proton Persona yang terbabas dan berpusing itu terbakar di bahagian enjin.

“Saya membawa pelajar saya, Nur Amirah Mohd Rozi, 17, yang menghidap asma untuk ke klinik bagi mengambil ubat dan ditemani seorang lagi pelajar.

“Ketika sampai di selekoh berhampiran simpang itu, saya terdengar bunyi tayar, sebelum lihat sebuah Proton Persona yang dipandu seorang lelaki datang dari arah bertentangan terbabas memasuki laluan saya,” katanya.

Jelasnya, dia cuba mengelak daripada dirempuh dengan menghimpit ke kiri jalan dan memberhentikan kenderaan bagi mengelakkan kemalangan, namun kereta itu terbabas lalu merempuh keretanya.

Selepas itu, Proton Pesona terbabit terbakar dan bahangnya terasa, menyebabkan dia bertindak nekad memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan diri bersama anak serta pelajarnya.

Kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, oleh orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan pemandu Proton Persona terbabit patah tangan dan paha kiri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Empat remaja dicekup berkhalwat



16 Mac 2013
ALOR GAJAH - Empat remaja termasuk dua daripadanya pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah, dekat sini dicekup penduduk kampung dan anggota polis selepas berkhalwat bersama pasangan masing-masing, pagi kelmarin.

Dalam tangkapan kira-kira 10.30 pagi di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, dekat sini mendapati pasangan berusia antara 16 dan 18 tahun berdua-duaan di dalam rumah dalam keadaan pintu serta tingkap tertutup rapat.

Jurucakap polis berkata, penduduk menerima maklumat terdapat dua pasangan remaja masih bersekolah berkurung dalam rumah berkenaan sejak awal pagi hari yang sama.

"Bertindak atas maklumat itu, beberapa penduduk yang curiga mula melakukan intipan lalu memberi salam tetapi pintu hanya dibuka setengah jam selepas itu oleh remaja perempuan.

"Remaja itu berpura-pura baru bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran penduduk," katanya.

Menurutnya, ketika ditanya, remaja itu mendakwa hanya tinggal berseorangan sementara kedua ibu bapanya bekerja.

"Namun penduduk terlihat kelibat seorang lelaki bersembunyi di sebalik langsir.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui dua lelaki dan seorang remaja perempuan menyorok di belakang pintu rumah sebelum diarahkan keluar," katanya.

Katanya, penduduk segera menghubungi balai polis berdekatan dan mereka dibawa ke Balai Polis Durian Tunggal untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani mengesahkan tangkapan dua pasangan remaja terbabit.  

“Selepas soal siasat, pasangan terbabit kemudian ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan,” katanya, semalam.

Kepala hampir putus



16 Mac 2013
MANCHIS - Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 50-an ditemui dalam keadaan leher hampir putus dan perut hampir terburai, di Kilometer 40 Jalan Karak-Simpang Durian di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, sebelum penemuan mayat itu, kehadiran seorang lelaki kelihatan terhuyung-hayang di tengah jalan  sambil meracau dengan memegang kapak dan tukul besi dalam keadaan berdarah mengemparkan penduduk di dekat sini.

Menurutnya, orang awam yang menyaksikan kejadian melaporkan kepada polis kira-kira jam 3.40 petang sebelum beberapa anggota di kerah ke lokasi.

“Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Pelangai untuk menerima rawatan berikutan kesan kecederaan pada bahagian kepalanya.

"Ketika disoal siasat, lelaki itu kemudian mengulang-ulang perkataan sama iaitu sarang burung.

“Selepas itu, Ketua Balai Polis Manchis, Sub Inspektor Abas Sheck Dawood pergi ke tempat dinyatakan iaitu berhampiran tepi bangunan rumah sarang burung walit dan menemui mayat seorang lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, susulan penemuan mayat itu, polis menjalankan siasatan ke atas sebuah rumah kongsi berhampiran sebelum menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun untuk membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara suspek dengan mangsa sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kepala hampir putus



16 Mac 2013
MANCHIS - Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 50-an ditemui dalam keadaan leher hampir putus dan perut hampir terburai, di Kilometer 40 Jalan Karak-Simpang Durian di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, sebelum penemuan mayat itu, kehadiran seorang lelaki kelihatan terhuyung-hayang di tengah jalan  sambil meracau dengan memegang kapak dan tukul besi dalam keadaan berdarah mengemparkan penduduk di dekat sini.

Menurutnya, orang awam yang menyaksikan kejadian melaporkan kepada polis kira-kira jam 3.40 petang sebelum beberapa anggota di kerah ke lokasi.

“Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Pelangai untuk menerima rawatan berikutan kesan kecederaan pada bahagian kepalanya.

"Ketika disoal siasat, lelaki itu kemudian mengulang-ulang perkataan sama iaitu sarang burung.

“Selepas itu, Ketua Balai Polis Manchis, Sub Inspektor Abas Sheck Dawood pergi ke tempat dinyatakan iaitu berhampiran tepi bangunan rumah sarang burung walit dan menemui mayat seorang lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, susulan penemuan mayat itu, polis menjalankan siasatan ke atas sebuah rumah kongsi berhampiran sebelum menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun untuk membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara suspek dengan mangsa sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kapal tangki meletup tujuh orang pekerja maut




SEOUL 15 Mac - Tujuh pekerja maut manakala 13 lagi cedera dalam satu letupan melibatkan sebuah kapal tangki berdekatan loji kimia di Korea Selatan, malam tadi.

Pasukan bomba berkata, tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar itu meletup kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) di Kompleks Industri Daelum, bandar pesisir pantai di bahagian selatan, Yeosu.

"Penyiasatan sedang dijalankan," kata pasukan itu.

Agensi berita Yonhap melaporkan, pekerja kapal tangki itu sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan sebelum kapal tersebut meletup. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130315/lu_01/Kapal-tangki-meletup-tujuh-orang-pekerja-maut#ixzz2NgBPxWsv
© Utusan Melayu (M) Bhd

38 penyokong bola sepak didakwa




KAHERAH 15 Mac - Sebanyak 38 penyokong fanatik kelab bola sepak di negara ini, yang didakwa kerana menyertai kumpulan haram dan pelbagai kesalahan lain telah mencetuskan petanda awal perpecahan dalam pertubuhan sukan paling berpengaruh, yang menjadi barisan hadapan gerakan demonstrasi dalam negara.

Kumpulan peminat bola sepak itu, yang lebih dikenali sebagai Ultras, muncul sebagai satu kuasa politik utama semasa kebangkitan rakyat Mesir sehingga menggulingkan Presiden, Hosni Mubarak pada 2011 dan terkenal kerana sering bermusuh dengan polis.

Seorang peguam hak asasi yang mengkaji kes itu, Ahmed Ezzat berkata, sebanyak 38 anggota kelab Ultras Devils itu ditahan, kelmarin semasa satu protes di Delta Nil di bandar Shebeen al-Kom.

Mereka turut didakwa atas kesalahan cuba membakar mahkamah wilayah dan menghina pegawai polis.

Ketika ini, kawalan keselamatan telah ditingkatkan di sekitar balai polis dan penjara di bandar ini di tengah-tengah kebimbangan, kumpulan itu akan mengadakan demonstrasi bagi membantah penahanan rakan-rakan mereka, katanya.

Ezzat berkata, beberapa anggota kumpulan itu membantah penahanan seorang daripada rakan mereka, Mohammed Gamal Helal yang didakwa atas kesalahan cuba menggulingkan kerajaan.

Katanya, penyokong lain ditangkap secara rambang dan sekurang-kurangnya 15 lain yang ditahan merupakan anggota Ultras di bawah umur.

Agensi berita Mesir yang memetik pegawai pendakwa raya sebagai berkata, semua penyokong fanatik bola sepak itu akan ditahan selama 15 hari sementara menunggu siasatan selesai.

Ketegangan antara polis dan Ultras meletus pada Sabtu lalu, apabila sebuah mahkamah Kaherah membacakan keputusan kes rusuhan bola sepak pada Februari tahun lalu yang mengorbankan seramai 74 orang termasuk penyokong Ultras dengan menjatuhi hukuman penjara ke atas dua pegawai polis sedangkan penyokong kelab bola itu mahu lebih ramai anggota polis dihukum. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130316/lu_07/38-penyokong-bola-sepak-didakwa#ixzz2NgA3NIGV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bas rempuh gunung di Afrika Selatan, 24 terbunuh, berpuluh-puluh cedera




JOHANNESBURG 16 Mac - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera dengan lapan daripada mereka dalam keadaan kritikal apabila sebuah bas dua tingkat terbabas di lebuh raya pergunungan berhampiran bandar De Doorns, wilayah Western Cape di Afrika Selatan, semalam.

Dalam kejadian itu pemandu bas dikatakan hilang kawalan sebelum kenderaan tersebut terbabas dari lebuh raya itu dan merempuh gunung berkenaan, lapor agensi berita SAPA yang memetik ketua pegawai trafik Kenny Africa.

Dalam kejadian tersebut, bas berkenaan yang membawa 80 penumpang hanya 120 kilometer sebelum tiba ke destinasi di Cape Town. - dpa



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130316/lu_12/Bas-rempuh-gunung-di-Afrika-Selatan-24-terbunuh-berpuluh-puluh-cedera#ixzz2Ng9lGRDR
© Utusan Melayu (M) Bhd

3 polis terbunuh, seorang hilang insiden letupan di Narathiwat




BANGKOK 16 Mac - Tiga anggota polis Thailand terkorban, termasuk seorang pegawai kanan manakala seorang lagi hilang selepas kenderaan mereka terkena letupan bom yang ditanam berhampiran sebuah jambatan di Ban Rueso dekat daerah Rueso, wilayah Narathiwat semalam.

Dalam kejadian tersebut, kesemua mangsa yang menaiki sebuah trak pikap dalam perjalanan pulang ke balai polis Rueso selepas melakukan kawalan keselamatan di sebuah sekolah.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 10.30 pagi, bom yang ditanam meletup semasa kenderaan yang dinaiki polis itu menghampiri sebuah jambatan di kawasan berkenaan.

Letupan itu menyebabkan Timbalan Ketua Balai Polis Rueso, Leftenan Kolonel Chakkris Wongprommate, Sarjan Suves Chanrangsi dan Sarjan Piya Phupanwer terkorban manakala seorang lagi tercampak keluar dari kenderaan sebelum jatuh ke dalam terusan.

Pasukan penyelaman dari kem tentera Chulaporn dikejarkan untuk mencari mangsa. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130316/lu_11/3-polis-terbunuh-seorang-hilang-insiden-letupan-di-Narathiwat#ixzz2Ng9fPMKN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anak makan, muntah kondom


Seorang ibu menyaman restoran makanan segera McDonald’s selepas anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan kondom yang sudah digunakan yang ditemui di kawasan permainan kanak-kanak restoran terbabit.

Anishi Spencer memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50,000 (RM150,000). Anishi mendakwa dia mengunjungi cawangan restoran itu di Chicago dengan anak lelakinya, Jonathan, tiga, dan Jacquel, dua, pada 4 Februari tahun lalu apabila kanak-kanak itu menemui kondom terpakai di lantai ruang permainan restoran berkenaan di Kezie Avenue.


Dia berkata, anak lelakinya Jacquel kemudian memuntahkan kondom itu dan kedua-dua mereka terpaksa dirawat di hospital. Dalam kes saman itu, Anishi menuduh McDonald’s Corporation di Illinois gagal membersihkan ‘bahan berbahaya’ di kawasan permainan kanak-kanak, lapor akhbar Chicago Sun Times. Ia juga mendakwa rangkaian restoran itu tidak menggunakan alat pengawasan untuk mengesan kegiatan ‘kurang sopan’ di kawasan sekelilingnya.

Seorang jurucakap McDonald’s berkata: “Menyediakan persekitaran yang selamat dan bersih menjadi keutamaan kami. Restoran di Kezie Avenue juga tidak terkecuali.


“Kami memandang serius hal ini dan mula menyiasat semua dakwaan dikemukakan untuk mengumpulkan bukti. Menurut jurucakap itu, ketika saman itu difailkan, syarikat itu belum menyelesaikan siasatan mereka.


Dia juga berkata, syarikat itu sukar untuk menjalankan siasatan kerana Anishi tidak menyerahkan kondom yang didakwanya ditemui di perkarangan restoran berkenaan.

“Ini hanya dakwaan dan kami meminta orang ramai agar tidak membuat kesimpulan tanpa fakta yang kukuh,” kata jurucakap itu.

6 murid tahun lima ugut rakan guna pisau



Kuala Lumpur: Biarpun baru berusia 11 tahun, enam murid lelaki tahun lima sudah berani mengugut murid lain termasuk seorang daripadanya menggunakan pisau mengarahkan mangsa menyerahkan wang saku.

Difahamkan, kumpulan terbabit bukan saja mengacukan pisau ke perut mangsa malah sanggup bertindak kejam dengan menumbuk dan menendang selain mengugut mahu membunuh mereka dengan parang.


Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Rabu lalu, enam murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Sentul, di sini, dikatakan menghampiri seorang murid lelaki tahun enam dan mengancam murid terbabit dengan meletakkan pisau ke perutnya ketika mangsa baru selesai menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan.


“Murid itu mengarahkan mangsa menyerahkan wang saku. Malah, ketika insiden itu, dua murid perempuan tahun enam dan dua murid lelaki tahun empat yang menyedari kejadian itu turut diacukan pisau dan menerima ugutan sama,” katanya.


Bagaimanapun, sumber berkata, seorang mangsa memberitahu dia mahu mengadu perkara itu kepada guru besar menyebabkan kumpulan terbabit naik berang lalu memaki hamun mereka.


“Mereka dengan berani mengugut mahu membunuh kelima-lima murid terbabit menggunakan parang sekiranya insiden terbabit diketahui guru besar.

“Malah, mereka dengan berani turut bertindak menumbuk dan menendang perut kelima-lima murid terbabit sehingga mendatangkan kecederaan dan kesan lebam,” katanya.


Seorang mangsa buli kumpulan terbabit dipercayai menceritakan kejadian itu kepada guru disiplin sekolah berkenaan.

Sumber berkata, guru terbabit yang terkejut mendengar pengakuan itu kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran sebagai tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

‘Dia kata mahu bela saya’



“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.

“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.


Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.

“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.

Kes bunuh Sosilawati: Sapina kepada peguam Roslie gagal diserah



Shah Alam: Sapina yang memerintahkan peguam Roslie Sulle hadir ke perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, tidak dapat diserahkan kepada peguam berkenaan.

Penghantar surat dari firma guaman, Hakem Arabi & Associates, S Baskaran, 30, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, beliau diarahkan majikannya untuk menyerahkan sapina kepada peguam itu di rumahnya di Taman Golden off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, pada 11 Oktober 2012.
Tiada sesiapa di rumah

Katanya, beliau pergi ke rumah berkenaan berdasarkan alamat diperoleh daripada pejabat majikannya, tetapi apabila sampai, tiada sesiapa di rumah yang juga menjadi pejabat firma guaman peguam itu.

“Sapina itu saya masukkan dalam peti surat. Tiada sesiapa di rumah,” katanya ketika menjawab soalan peguam Gurbachan Singh.

Baskaran memberi keterangan terhadap peguam N Pathmanabhan, 44, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 32, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Baskaran berkata, beliau pergi ke rumah Roslie tiga kali iaitu pada 11 Oktober 2012, 3 Disember 2012 dan pada 5 Mac lalu dan setiap kali beliau sampai, rumah bertutup.

Baskaran juga memberitahu mahkamah, ketika beliau menghantar sapina kepada seorang pegawai polis, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK ) Kuala Lumpur, kelmarin, pegawai berkenaan enggan menandatanganinya.

Waran tangkap

Berikutan itu, Manjeet membuat permohonan kepada mahkamah supaya satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Abdul Aziz tetapi Hakim Datuk Akhtar Aziz memberi masa sehingga jam 11 pagi semalam untuk Abdul Aziz tampil.

Bagaimanapun, difahamkan, pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah Abdul Aziz sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam dan perbicaraan ditangguh Isnin ini.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zubair



Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menolak permohonan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB), Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu bersifat pramatang dan tidak mempunyai merit.
Tiada bukti niat jahat

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata, tiada bukti menunjukkan bahawa peguam negara bersifat mala fide (berniat jahat) dalam pendakwaan ke atas tertuduh.
Katanya, tuduhan yang dikenakan terhadap pemohon juga boleh dipinda pada bila-bila masa sebelum penghakiman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Kevin Morais, manakala peguam Stanley Augustin dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bertindak bagi pihak pembelaan.

Pada Julai 2012, Ahmad Zubair mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah bagi projek pembangunan membabitkan Hak Tanah Adat Bumiputera di Sarawak sehingga mengakibatkan Sime Darby kerugian lebih RM100 juta.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Tidak mengaku salah

Ahmad Zubair juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan alternatif menipu lembaga pengarah syarikat itu berkaitan projek sama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di pejabat Sime Darby Bhd di Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut di sini antara 17 November 2008 dan 4 Disember 2009.

BAYI TERSEPIT DALAM KERETA


pix_topright
Seorang bayi berusia 12 bulan antara empat sekeluarga yang maut termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia selain dua parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 pagi itu, kereta Honda City dinaiki semua enam mangsa bertembung sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.


Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, pertembungan itu mengakibatkan mangsa, Hasnah Che Hussin, 66, Nur Hamira Baharum, 24, Nik Emily Nik Ahmad Zukwan, 1, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, maut di tempat kejadian. “Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung bas ekspres terbabit.

Suami isteri ditahan disyaki memiliki senjata api



 1  0 Google +0  0  0 Cetak
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Mohd Nur Asnawi Daud, Iskandar Shah Mohamed dan Yusmawati Mhd Yusof
MELAKA: Pasangan suami isteri dipercayai warga emas berusia lingkungan 60-an ditahan selepas disyaki memiliki senjata api di sekitar Jalan Tun Ali berhampiran bangunan UMNO, di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, polis menemui selaras senapang patah daripada suspek yang menaiki sebuah kereta.

Pada waktu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadiri taklimat bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri di bangunan terbabit.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye mngesahkan penahanan itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.


"Pasangan warga tempatan itu ditahan kerana dilihat mencurigakan dan turun memiliki senjata jenis 'shot gun'. Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan terutama berkaitan kehadiran mereka di lokasi terbabit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Beliau berkata, polis menasihatkan tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai kejadian itu.

Difahamkan, siasatan awal mendapati lelaki itu yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank berhampiran ingin melihat perdana menteri selepas tamat bertugas dengan turut ditemani isterinya.

Lelaki direman 4 hari



Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden dua anggota polis dan seorang awam cedera dipercayai dibaling objek keras di tapak ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner (ACP) Salehhudin Abd Rahman berkata, suspek berusia 24 tahun yang ditahan malam kelmarin itu direman bermula semalam.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Suspek ditahan sejurus selepas kejadian di lokasi sama kira-kira jam 11.15 malam selepas dua anggota polis dan seorang awam berusia 30-an cedera dipercayai dibaling objek keras,” katanya, semalam.


Menurutnya, ekoran kejadian itu, semua mangsa dibawa ke Hospital Melaka dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.


Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang notis berhubung anjuran ceramah berkenaan dan satu lagi ceramah anjuran sebuah parti politik di lokasi sama yang berlangsung serentak.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman, penganjur perlu memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pengunjung pada ceramah pemimpin itu sepatutnya menjaga perilaku dan tidak bertindak ganas sepanjang majlis.

Ibu jalani lima pemindahan organ selamat lahirkan bayi



Miami: Seorang wanita yang pernah menjalani pemindahan hati, pankreas, perut dan usus besar serta kecilnya di sebuah hospital di Miami pada 2007, selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Kes membabitkan wanita yang dikenali sebagai Fatima Al Ansari, 26 dipercayai pesakit penerima organ pertama yang melahirkan anak.
Bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan caesarean pada 26 Februari di hospital yang sama tempat beliau menjalani pembedahan pemindahan organ pada 2007.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya,” kata ibu terbabit sambil tersenyum memangku anak perempuannya, Alkadi Al Hayal.

Perasaan paling indah

“Ia adalah perasaan paling indah di dunia,” katanya di dalam bahasa Arab yang diterjemahkan oleh penterjemah.

Wanita yang tinggal di Qatar itu dan merancang untuk pulang ke tanah airnya beberapa minggu lalu berusia 19 tahun ketika didapati mempunyai darah beku dalam saluran darah utamanya hingga ke usus yang memerlukan pembedahan pemindahan organ.
Pakar obstetrik, Dr. Shalih Y Yaseen berkata ada beberapa kes di Eropah membabitkan pesakit pemindahan organ melahirkan bayi tetapi hanya membabitkan dua organ dan bukan lima seperti Fatima.

“Kami sudah menyemak semua sejarah perubatan di seluruh dunia bagi kehamilan dengan lima pemindahan organ dan ini adalah kes pertama yang kami ketahui,” kata doktor dari Universiti Miami itu. AGENSI

INFO: Fatima Al Ansari
Mula jalani pemindahan organ pada usia 19 tahu

Terima dua cek bernilai RM800,000



Kuala Lumpur: Pembantu ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, beliau menerima dua keping cek yang semuanya berjumlah RM800,000 daripada Ketua Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Perus Khan Said, 35, dalam keterangannya berkata beliau diarahkan Shamsubahrin berjumpa Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1 Disember 2011 dan dalam perjumpaan itu diberikan satu sampul oleh Wan Shahinur Izmir.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa pada sesi pemeriksaan utama, Perus Khan berkata selepas menerima sampul berkenaan, beliau kemudian menghubungi Shamsubahrin melalui telefon dan diminta membuka serta melihat isi kandungannya.

”Saya lihat dalam sampul itu ada dua cek di dalamnya. Shamsubahrin kemudian mengarahkan saya mendebitkan cek itu ke dalam akaunnya. Dua cek itu masing-masing bernilai RM300,000 dan RM500,000,” katanya.

Kes bunuh Sosilawati: Sapina kepada peguam Roslie gagal diserah



Shah Alam: Sapina yang memerintahkan peguam Roslie Sulle hadir ke perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, tidak dapat diserahkan kepada peguam berkenaan.

Penghantar surat dari firma guaman, Hakem Arabi & Associates, S Baskaran, 30, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, beliau diarahkan majikannya untuk menyerahkan sapina kepada peguam itu di rumahnya di Taman Golden off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, pada 11 Oktober 2012.
Tiada sesiapa di rumah

Katanya, beliau pergi ke rumah berkenaan berdasarkan alamat diperoleh daripada pejabat majikannya, tetapi apabila sampai, tiada sesiapa di rumah yang juga menjadi pejabat firma guaman peguam itu.

“Sapina itu saya masukkan dalam peti surat. Tiada sesiapa di rumah,” katanya ketika menjawab soalan peguam Gurbachan Singh.

Baskaran memberi keterangan terhadap peguam N Pathmanabhan, 44, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 32, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Baskaran berkata, beliau pergi ke rumah Roslie tiga kali iaitu pada 11 Oktober 2012, 3 Disember 2012 dan pada 5 Mac lalu dan setiap kali beliau sampai, rumah bertutup.

Baskaran juga memberitahu mahkamah, ketika beliau menghantar sapina kepada seorang pegawai polis, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK ) Kuala Lumpur, kelmarin, pegawai berkenaan enggan menandatanganinya.

Waran tangkap

Berikutan itu, Manjeet membuat permohonan kepada mahkamah supaya satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Abdul Aziz tetapi Hakim Datuk Akhtar Aziz memberi masa sehingga jam 11 pagi semalam untuk Abdul Aziz tampil.

Bagaimanapun, difahamkan, pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah Abdul Aziz sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam dan perbicaraan ditangguh Isnin ini.

Tiga maut pesawat terhempas di Selatan Florida



FORT LAUDERDALE (Florida): Tiga penumpang maut manakala berpuluh kenderaan terbakar apabila sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan tempat letak kereta berdekatan lapangan terbang di Selatan Florida, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat, John San Angelo, berkata pesawat Navajo Piper yang menggunakan enjin berkembar turboprop mengalami masalah enjin sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Eksekutif Fort Lauderdale kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.
Angelo berkata, pesawat berkenaan cuba berpatah balik untuk membuat pendaratan kecemasan, namun gagal berbuat demikian lalu terhempas ke kawasan tempat letak kereta di sebuah kawasan industri berdekatan blok gudang dan stor simpanan barang.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti manakala tujuh kereta dan sebuah bot didapati terbakar. - AP

Empat maut nahas di Merapoh




BEGINILAH keadaan kereta mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di Merapoh, Kuala Lipis kelmarin.


KUALA LIPIS - Empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 17 Jalan Lipis-Merapoh di sini kelmarin.
Kejadian pukul 12.30 malam itu menyebabkan Nik Emily Nik Ahmad Zakuan, setahun, ibu saudaranya, Nur Hamira Baharum, 24, dan neneknya, Hasnah Che Hussin, 66, serta wanita Indonesia, Yanti, 20-an, maut di tempat kejadian.
Pemandu kereta terbabit, Nik Ahmad Zakuan Nik Annuar, 34, dan seorang lagi anaknya, Nik Eryna, 4, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Honda City dari Gua Musang, Kelantan hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
"Kereta tersebut kemudiannya bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah Kuala Lumpur.
"Semua mangsa dipercayai ada hubungan saudara kecuali wanita Indonesia berkenaan yang dipercayai pembantu rumah," katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, pemandu dan penumpang bas ekspres tidak cedera.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2NewhApy7 
Hakcipta terpelihara 

Daging babi ditemui dalam sosej ayam halal



LONDON - Sejumlah daging babi ditemui dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini, kata pihak berkuasa pentadbiran tempatan kelmarin.
Daging babi itu dikesan di Sekolah Rendah Bryanston Square selepas Majlis Perbandaran Westminster melakukan ujian ke atas produk daging di sekolah susulan skandal penipuan label daging kuda di Eropah.
Menurut seorang jurucakap Majlis Perbandaran Westminster, beberapa pegawai majlis itu mengambil tujuh sampel dari tiga buah sekolah bermula 25 Februari lalu untuk menguji kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lembu, biri-biri, babi, ayam, ayam belanda, kambing dan kuda.
Kata jurucakap berkenaan, pihaknya memberikan kontrak membekalkan makanan ke sekitar 40 buah sekolah di Westminster kepada firma Chartwells.
Firma tempatan itu merupakan anak syarikat Compass Group. Jelasnya, tiada daging kuda ditemui dalam semua sampel itu.
Susulan penemuan itu, majlis itu telah menamatkan kontrak firma tersebut dan menghentikan bekalan daging sehingga isu berkenaan selesai. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2NevEt2QM 
Hakcipta terpelihara 

Wanita berusia 106 tahun terima sijil sekolah tinggi



SHORT (kiri) menyampaikan sijil sekolah tinggi kepada Reba di apartmennya di Columbus kelmarin.- AP


COLUMBUS - Seorang wanita berusia 106 tahun, Reba Williams menerima sijil sekolah tinggi daripada seorang ketua pentadbiran sekolah di sini kelmarin.
Reba berkata, dia berjaya menamatkan persekolahan di sebuah sekolah tinggi di Ohio selepas belajar selama 12 tahun.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak diberikan sijil kerana keengganannya membaca sebuah buku yang diarahkan oleh seorang guru.
Seorang anak perempuannya, Lavata Williams yang berusia 78 tahun memberitahu, semasa menjadi pelajar, seorang guru ibunya itu memintanya membawa buku tersebut ke rumah untuk dibaca.
Lavata berkata, ibunya diminta menulis satu laporan mengenai buku berkenaan jika dia mahu mendapatkan sijil.
Bagaimanapun, ibunya menyatakan, dia tidak menyukai buku tersebut dan ia tidak bernilai untuk dibaca.
Seorang bekas guru bahasa Inggeris kemudian meminta Lembaga Pendidikan Mount Vernon memberikan sijil tamat sekolah tinggi kepada wanita tersebut selepas membaca tentang kisahnya.
Seorang pegawai pentadbiran sekolah AS, Steve Short kemudian datang ke apartmen Reba dan menyampaikan sijil sekolah tinggi itu.
Reba memakai topi untuk lulusan pelajar sekolah tinggi semasa dia menerima sijil tersebut.
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai seorang tukang masak lahir pada tahun 23 Januari 1907. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2Neuw2ZRD 
Hakcipta terpelihara 

Polis Indonesia tembak mati tiga militan



SEJUMLAH penduduk mengerumuni lokasi sebuah pondok yang mengandungi bahan letupan dan senjata di Bekasi semalam.-AP


JAKARTA - Polis Indonesia menembak dan membunuh tiga suspek militan dan menangkap empat yang lain dekat sini, kata pihak berkuasa semalam.
Pihak berkuasa turut merampas 12 butir bom buatan sendiri dan sejumlah senjata lain daripada sebuah kumpulan tersebut yang disyaki merancang melakukan keganasan di sebuah pondok di Bekasi.
Dua lelaki berkenaan melawan apabila polis cuba menangkap mereka di barat bandar raya ini berhubung kes rompakan sebuah kedai barangan kemas.
Jurucakap Polis Nasional, Brigedier Jeneral Boy Rafli Amar berkata, pihak berkuasa menembak mati seorang lelaki berkenaan.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek kedua menyebabkan maklumat diperolehi bahawa tujuan itu adalah untuk membiayai aktiviti keganasan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menyerbu lima lagi anggota kumpulan itu kelmarin.
Menurut Rafli, dua lelaki itu ditembak mati selepas mereka mengacukan senjata api ke arah polis manakala tiga yang lain telah ditangkap.
Dalam serbuan tersebut, polis merampas lebih satu kilogram barangan kemas diperbuat daripada emas, lima senjata api buatan sendiri dan 14 bom paip.
Polis kini menyiasat sama ada kumpulan tersebut terlibat dengan aktiviti keganasan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2NeuZ9clP 
Hakcipta terpelihara 

Penasihat Jamalul Kiram tidak beri keterangan


SEKUMPULAN penunjuk perasaan membakar poster Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang memakai bendera Malaysia dan Amerika Syarikat di depan Kedutaan Malaysia di Manila semalam.


MANILA - Jurucakap keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham Idjirani gagal untuk hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) selepas dia menerima saman untuk hadir bagi memberi keterangan dalam siasatan berhubung konspirasi pencerobohan di Sabah.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Pastor Boy Saycon yang merupakan penasihat kepada Jamalul Kiram III turut tidak hadir selepas saman tersebut dikeluarkan.
Kedua-dua mereka telah menghantar surat tunjuk sebab kepada NBI kerana tidak hadir.
Saycon yang dipanggil oleh NBI pada Selasa lalu berkata, tiada seorang pun ahli keluarga Jamalul Kiram akan pergi ke NBI untuk memberi keterangan walaupun mereka telah dipanggil.
Hanya penyampai radio, Waldy Carbonell hadir ke NBI untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Carbonell menafikan penglibatannya dalam konspirasi di Sabah.
Dia mendakwa hanya mengetahui kehadiran para pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, Sabah selepas dua hari mereka meninggalkan Sulu.
Carbonell mengaku dia merupakan rakan rapat dan penyokong Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah memberi sebarang nasihat mengenai rancangan untuk mengambil alih Sabah.
Pada Selasa lalu, sepina dikeluarkan NBI kepada Jamalul Kiram dan beberapa ahli keluarganya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat konspirasi dalam krisis pencerobohan di Sabah.
Namun, pihak NBI telah menarik balik sepina itu dan hanya Idjirani diminta tampil bagi mewakili pihak keluarga itu.
Isu pencerobohan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang merupakan pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu.
Pencerobohan itu menyebabkan berlakunya pertempuran antara kumpulan keselamatan Malaysia dengan para pengikut itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2NeuPyLqk 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut di selatan Thai


SEBUAH kren digunakan untuk mengangkat trak yang musnah akibat letupan bom di daerah Ruso, Narathiwat semalam.- AFP


NARATHIWAT - Satu letupan kuat bom tepi jalan meragut nyawa tiga anggota polis di selatan Thailand semalam, kata seorang jurucakap tentera.
Serangan terbaharu itu berlaku dua minggu menjelang rundingan damai pihak berkuasa Thai dengan gerila Barisan Revolusi Nasional (BRN) berlangsung di Malaysia.
Bom seberat 90 kilogram yang disembunyikan di kaki sebuah jambatan di daerah Ruso, di Narathiwat.
Ia kemudian diletupkan ketika trak yang membawa anggota-anggota peronda polis melalui jambatan tersebut.
Letupan kuat menyebabkan tiga anggota polis itu terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam sungai manakala trak berkenaan musnah.
Mengesahkan kematian mereka, jurucakap tentera selatan negara ini, Kolonel Pramote Promin berkata, serangan dipercayai dilakukan oleh gerila-gerila yang menentang dialog damai yang akan diadakan di Malaysia pada 28 Mac ini.
"Terdapat anggota-anggota pemisah yang tidak bersetuju ketua mereka menyertai proses damai itu. Justeru, mereka cuba mencetuskan lebih banyak kekacauan," katanya.
Penentangan kerana menuntut autonomi lebih besar meletus di beberapa wilayah di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak sembilan tahun lalu.
Kejadian tembakan dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di selatan negara ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Neu6yON1 
Hakcipta terpelihara