Search This Blog

Friday, March 15, 2013

2 beradik kembar disyaki didera ibu tiri



Kajang: Sepasang kanak-kanak kembar lelaki berusia lapan tahun disyaki menjadi mangsa dera ibu tiri mereka selepas guru kelas kanak-kanak itu menemui beberapa kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 11 pagi Jumaat minggu lalu di rumah mereka di Sungai Long apabila wanita berusia 30-an itu merotan kanak-kanak terbabit ketika kedua-duanya mandi.


Menurut sumber, ibu tiri kanak-kanak itu berang selepas kedua-duanya bermain air hingga bilik tidur yang terletak bersebelahannya basah dan kotor.

“Mangsa disyaki dirotan wanita terbabit menyebabkan kecederaan pada kaki, lengan, telinga dan pipi selain kesan calar pada perut,” katanya.


Sumber berkata, kanak-kanak itu tidak memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan dua kakak mereka yang tinggal bersama kerana bimbang akan dimarahi wanita terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu petang kelmarin daripada seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat.

Lelaki ditembak mati di stesen minyak



KUALA LUMPUR 14 Mac - Seorang ahli perniagaan mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di sebuah stesen minyak di Jalan Sentul Pasar, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Sivaguru ditembak ketika duduk dalam kereta selepas rakannya keluar untuk membuat bayaran.
"Suspek dipercayai dua lelaki dengan memakai topi keledar bertutup penuh berhenti berhampiran kereta mangsa sebelum pemboncengnya turun dan melepaskan tembakan.
"Mangsa dalam lingkungan 30-an mati di tempat kejadian akibat dari tembakan tersebut," katanya kepada pemberita.
Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat tujuh das tembakan di bahagian cermin hadapan kereta mangsa jenis Naza Ria.
Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Saksi kejadian, seorang pekerja stesen minyak itu, berkata beliau ternampak kelibat dua lelaki menunggang motosikal berkeliaran di sekitar stesen minyak sebelum kejadian.
"Ketika rakan mangsa sedang membuat bayaran di kaunter untuk mengisi minyak, tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan dan lihat kereta MPV itu ditembak oleh seorang lelaki manakala rakannya duduk tunggu di atas motosikal.
"Saya lihat kereta tersebut terundur ke belakang selepas ditembak. Kemudian kedua-dua mereka terus melarikan diri," katanya, sambil menambah dua suspek berkenaan berbadan gempal.
Saksi berkenaan percaya mangsa dan rakannya tinggal di sekitar kawasan Sentul kerana sering dilihat mengisi minyak di stesen berkenaan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130314/je_01/Lelaki-ditembak-mati-di-stesen-minyak#ixzz2NeKJHYDg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lemas kerana mahu selamatkan kasut


KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFC Holdings yang sedang menghabiskan cuti semester bersama keluarganya didapati lemas di Pantai Batu Buruk dekat sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi, ketika Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, dipercayai mahu menyelamatkan kasutnya yang dihanyutkan air sebelum dia dilihat terkapai-kapai oleh orang ramai.

Mayatnya ditemui kira-kira 9.30 pagi tidak jauh dari tempat kejadian.

Penuntut Diploma Pengurusan Perniagaan ini bersama ayah, ibu dan neneknya dikatakan baru tiba di sini.

Ibunya Siti Salbiah Shahidan, 54, berkata mereka bertolak dari Johor kira-kira 8.30 malam tadi dan selepas tiba di sini, mereka bersarapan dan berehat di tepi pantai.

Peragut toreh tangan



Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 23 tahun cedera di tangan selepas ditoreh peragut yang melarikan beg tangannya dalam kejadian di sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) di Cheras, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian lebih RM500 selepas beg tangannya dilarikan suspek, malah turut menerima lima jahitan di pergelangan tangan kirinya akibat ditoreh suspek menggunakan pisau.


Menurut sumber, mangsa berjalan seorang diri selepas menaiki tren LRT dari tempat kerja untuk pulang ke rumah sebelum dihampiri seorang lelaki menunggang motosikal.

“Mangsa terkejut sebaik beg tangannya direntap dari belakang. Mangsa cuba menarik balik beg tangannya itu namun lelaki terbabit menoreh pergelangan tangan kirinya.


“Mangsa yang kesakitan akibat ditoreh terpaksa melepaskan beg tangannya itu. Beberapa orang awam yang menyedari kejadian itu cuba menghulurkan bantuan,” katanya. Sumber berkata, mangsa dibawa orang awam ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan dan menerima lima jahitan.


Beliau berkata, ekoran itu mangsa mengalami kerugian lebih RM500 membabitkan wang tunai dan telefon bimbit selain beberapa dokumen peribadi dilarikan suspek.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran bagi siasatan lanjut.

Suspek bunuh rakan ditahan




KUANTAN: Seorang warga Indonesia yang dipercayai membunuh rakannya di Bentong semalam ditahan kemudiannya.

Pihak polis yang dimaklumkan orang ramai tentang kejadian kira-kira 3.40 petang itu menemui suspek dalam keadaan terhuyung-hayang sambil memegang sebilah kapak dan tukul dengan bajunya berlumuran darah.

Dia kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan untuk mendapat rawatan di kepala dan muka.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku di Jalan Manchis berhampiran sebuah bangunan yang dijadikan tempat memelihara burung walit.

Suspek kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Empat maut, dua parah

Kuala Lipis: Empat maut termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta jenis Honda City, di Kilometrt 17 Jalan Kuala Lipis - Merapoh, di sini tengah malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, setakat ini mangsa yang dikenalpasti maut dalam kemalangan itu adalah, Nur Hamira Baharum, 24, Hasnah Che Hussin, 66, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Yanti dan seorang kanak-kanak berusia setahun, Nik Eryna Nik Ahmad.
Foto
DUA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan meragut empat nyawa termasuk kanak-kanak berusia setahun. FOTO PDRM

Sorok diesel dalam bot tunda

Pelabuhan Klang: Taktik tekong bot bersama tiga awak-awak menyeludup masuk 12,000 liter minyak diesel yang disembunyikan dalam bot tunda gagal apabila dikesan Polis Marin dalam serbuan di Kuala Sungai Labuhan Gurap, di sini, pagi semalam.
Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pada jam 6.45 pagi oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pelabuhan Klang diketuai Koperal Zamzuri Ahmad bersama tiga anggota penguat kuasa yang melakukan Op Pensura di kawasan perairan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan sebuah bot tunda dan hasil pemeriksaan mendapati tekong bot lelaki berusia 43 tahun terbabit gagal mengemukakan dokumen berkaitan diesel yang terdapat dalam bot berkenaan.

“Berikutan itu, lelaki warga Indonesia terbabit ditahan bersama tiga awak-awak bot kerana didapati memiliki barang kawalan (diesel) dengan niat melakukan kesalahan.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya.

Nilai rampasan termasuk bot dan minyak diesel dianggarkan RM151,000.
Foto
ANGGOTA Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang memeriksa bot tunda terbabit.
Norzaid berkata, Polis Marin akan meningkatkan rondaan selain mengadakan kawalan ketat di setiap pintu masuk perairan Malaysia bagi mengelakkan kemasukan tekong bot secara haram.

Katanya, pihaknya juga terus menjejaki dan membuat serbuan atau tangkapan terhadap individu yang didapati terbabit aktiviti penyeludupan haram bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Salah guna nama masjid


15 Mac 2013
Salah guna nama masjid
Mohd Zambri (kiri) menunjukkan laporan polis dan Roslan (dua, kiri) menunjukkan resit tipu yang diberikan seorang pemuda.
JELUTONG - Seorang pemuda sanggup menyalah gunakan nama masjid sebagai cara untuk mendapatkan duit dengan mudah.

Perkara terbabit dikesan ahli jawatankuasa kariah Masjid Jamek Hashim Yahya.

Setiausahanya, Mohd Zambri Yahya berkata, kegiatan pemuda berusia lewat 20-an itu disedari melalui aduan orang ramai.

Menurutnya, pada minggu lepas, dia dihubungi seorang penduduk di sebuah flat yang mendakwa didatangi ahli kariah masjid untuk kutipan tabung masjid.

“Mereka hairan kerana kami (kariah) tidak pernah mengadakan kutipan sebegitu, tambahan lagi pengadu bertanya sama ada kami sedang menaik taraf masjid.

“Lelaki tidak bertanggungjawab itu juga mengeluarkan resit yang dicop dengan nama masjid setelah derma diberikan,” katanya.

Bimbang dengan kejadian berkenaan, ahli jawatankuasa kariah Masjid Jamek Hashim Yahya membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat dan Jelutong.

Namun bukan setakat itu sahaja, ahli kariah kembali dihubungi penduduk lain dari Pangsapuri Mutiara Vista tiga hari kemudiannya yang turut mendakwa didatangi ‘ahli jawatankuasa’ masjid.

Mohd Zambri berkata, selepas mengetahui kegiatan lelaki berkenaan di sebuah lokasi yang berlainan, pihak pengurusan perumahan turut bekerjasama memberikan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) gambar lelaki terbabit.

Katanya, dipercayai setiap penderma yang ditemui akan memberikan wang tunai serendah RM5.

“Kalau dalam satu flat ada 200 orang, berapa banyak dia akan dapat?, jadi kami akan berusaha untuk menyiasat sendiri siapa individu tidak bertanggungjawab ini.

“Perbuatannya sedikit sebanyak mencacatkan imej baik masjid yang mana kebanyakan penduduk sendiri tahu Masjid Hashim Yahya antara yang dikenali,” katanya.

Kegiatan licik lelaki berkenaan dipercayai bermula waktu tengah hari iaitu ketika golongan lelaki bekerja dan tiada di rumah.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Jamek Hashim Yahya, Roslan Yusuf berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan individu terbabit yang menggunakan masjid sebagai tempat untuk menipu.

Menurutnya, sekiranya lelaki berkenaan tidak mempunyai wang, pihak kariah sudi membantu melalui tabung kebajikan.

“Jadi tak perlulah mendapat duit dengan cara sedemikian. Sebelum ini pun pihak kariah banyak membantu musafir atau individu yang mempunyai masalah kewangan.

“Saya ingin memberi nasihat kepada orang ramai di luar sana supaya tidak tertipu dengan muslihat licik ini, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau ada individu ini datang ke rumah anda, sila hubungi kami segera,” katanya.

Mangsa gigitan anjing liar


15 Mac 2013
Mangsa gigitan anjing liar
Hamilaz (kanan) dibantu suaminya, Azman Abd Hamid, 48 menunjukkan luka di kaki kirinya akibat digigit anjing liar.
NYALAS - Seorang suri rumah di Taman Nyalas Baru, dekat sini terpaksa menerima tujuh jahitan di kaki kiri selepas digigit anjing liar yang berkeliaran di sekitar taman itu, Selasa lalu.

Hamilaz Muhammad, 39, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang rumahnya dan terkejut dengan kehadiran anjing liar itu yang jaraknya hanya kurang satu meter.

Menurutnya, kerana terlalu panik dia segera berlari sejauh 30 meter untuk menyelamatkan diri namun nasib tidak menyebelahi apabila anjing itu turut mengejarnya.

"Menyedari dikejar, saya terus menuju ke kawasan orang ramai namun terjatuh dan digigit oleh anjing itu.

"Saya bersyukur dibantu orang ramai dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Simpang Bekoh untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hamilaz berkata, akibat kejadian itu, dia cedera di betis kiri termasuk mengalami luka kecil di bahu, badan dan kaki kanan.

"Selepas kejadian ini, suami saya telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dan anjing liar masih berkeliaran.

"Ini bukan kes pertama, malah beberapa penduduk lain turut pernah menjadi mangsa digigit anjing liar," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nyalas, dekat sini.

Sementara itu, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kubah, Razali Abdullah, 56, berkata, ini adalah insiden keempat berlaku di kawasan itu dan seharusnya ia diambil tindakan segera agar tidak berulang lagi.

"Saya difahamkan anjing liar yang terdapat di kawasan ini dipercayai dilepaskan oleh individu yang tidak dikenali bagi menangkap biawak.

"Kami yakin segelintir pemburu menggunakan anjing untuk menangkap biawak dan membiarkan anjing berkeliaran terutama di kawasan perumahan," katanya.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, berkata, sebelum ini pihaknya telah membuat operasi menembak anjing liar di kawasan berkenaan dan akan merancang satu lagi operasi sama dalam masa terdekat ini agar tidak membimbangkan penduduk.

“Kami akan berusaha menyelesaikan permasalahan itu dan kadang kala kumpulan anjing liar ini sukar diduga kerana ia bukan hanya terdapat di satu kawasan sahaja, malah akan berkeliaran ke kawasan lain," katanya.

Kepala digilis lori 10 tan



15 Mac 2013
Kepala digilis lori 10 tan
Mangsa, Mohd Firdaus (gambar kecil) terjatuh dari motosikal sebelum kepalanya digilis tayar belakang lori 10 tan.
ALOR GAJAH - Hasrat seorang bapa melawat bayinya yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka tidak kesampaian apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan, di Jalan Dol Said, Kelemak, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Dato’ Dol Said, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang apabila motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa, Mohd Firdaus Amirudin, 26, bergesel dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Saksi kejadian, Khairul Izwan Abd Kadir, 25, berkata, mangsa menunggang di kiri jalan dihimpit sebuah lori 10 tan dari arah sama lalu hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan bersama barang yang dibawa.

“Sebaik sahaja terjatuh kepala mangsa digilis tayar belakang lori berkenaan dan tidak sedarkan diri dalam keadaan kepala mangsa berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, orang awam dan pengguna jalan raya cuba mengejutkan mangsa yang disangka masih hidup sebelum bertindak menghubungi bantuan kecemasan dan ambulan tiba beberapa minit kemudian.

Bapa mangsa, Amirudin Rejab, 53, berkata, mangsa dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk melihat keadaan anak bongsunya, Muhammad Alif Khushairi berusia sembilan bulan.

“Sejak anaknya ditahan wad kira-kira dua bulan lalu, arwah akan berulang dari Alor Gajah ke Hospital Melaka berikutan isterinya, Suriana Zainudin, 22, sentiasa menemani bayi mereka di sana,” katanya.

Amirudin berkata, arwah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Rembia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sehingga dimaklumkan terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah lori mengakibatkan seorang maut.

“Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat, "katanya.

140,000 DVD, VCD lucah dimusnah


15 Mac 2013
140,000 DVD, VCD lucah dimusnah
Barangan rampasan yang dilupuskan polis Melaka, semalam.
BUKIT BERUANG - Sejumlah 140,000 keping video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai kira-kira RM700,000 yang dirampas sepanjang tahun 2002 hingga 2012 dimusnahkan.

Ketua Polis Melaka , Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kesemua barangan itu merupakan bahan bukti kepada 104 kes yang sudah selesai di mahkamah.

Menurutnya, mengikut statistik, sejak 10 tahun lalu, operasi membanteras sindiket cetak rompak pada 2002 sehingga tahun lalu membawa kepada rampasan 140,000 CD, VCD dan DVD cetak rompak serta lucah.

“Sepanjang tahun lalu sahaja, kita menangkap seramai 30 suspek kerana melakukan kesalahan mengedar dan menjual barangan haram itu manakala lima lagi suspek ditangkap sepanjang tiga bulan pertama tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis  Pelupusan  Barangan Kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri di Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, semalam.

Kesemua 140,000 keping CD, VCD dan DVD cetak  rompak  dan  lucah itu dimusnahkan menggunakan sebuah jentera penggelek.

Ghee Lye berkata, semua suspek yang terlibat ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (2) dan 18 (5) Akta Penapisan Filem 2002.

Menurutnya, pihaknya akan menjalankan operasi secara berterusan bagi memantau dan menghapuskan kegiatan haram itu.
“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan ini,” katanya.

Mengamuk sebab 'pitih', warga emas dibelasah anak dengan kerusi


14 Mac 2013
Mengamuk sebab 'pitih', warga emas dibelasah anak dengan kerusi
Sulong menunjukkan kecederaan dialami selepas dibelasah anak sendiri.
MARANG – Seperti dirasuk, seorang anak berusia 20an, sanggup membelasah bapa sendiri dengan kerusi tanpa belas kasihan di hadapan ibunya.
Kejadian berlaku selepas kedua orang tuanya itu tidak memberi wang seperti dimintanya.
Akibat kejadian itu, Sulong Yaacob, 72, menerima 12 jahitan pada dua jari tangan kanan, selain lebam di bawah mata dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, di sini kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang juga OKU kerana tangan kirinya cacat, bertengkar dengan anak lelakinya apabila si anak mendesak sambil memarahi isterinya, Fatimah Yusof ketika meminta wang.
Bagaimanapun, isteri mangsa, seorang tukang sapu di sebuah pusat kemahiran di Wakaf Tapai itu gagal memenuhi permintaan anak lelakinya, walaupun wang diminta hanya beberapa ringgit sahaja tidak mempunyai wang.
Sulong yang tinggal di Lubuk Bayas, Pengkalan Berangan berkata, anak lelakinya itu kemudiannya naik berang, dan secara tiba-tiba mengangkat kerusi kayu lalu mencederakannya sebelum keluar dari rumah serta menyembunyikan diri di kampung itu.
“Macam mana isteri pak cik nak beri dia pitih (wang), mana kami nak dapatkan pitih setiap hari, nak guna untuk tujuan salah pula. Pak cik lama dah tak kerja, isteri pula hanya tukang sapu.
“Gaji isteri hanya RM400 sebulan. Pak cik pula hanya dapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM200 sebulan. Jumlah RM600 itu hanya cukup buat beli barang dapur saja,” katanya.
Lebih menyedihkan warga emas itu, anak lelakinya kerap bertindak kasar terhadap dia dan isterinya, menyebabkan isterinya tidak tahan dan mengambil keputusan membuat laporan polis agar kejadian itu tidak berulang.
“Hanya dia yang berperangai seperti itu. Pak cik rasa, dia sanggup pukul bapa sendiri kerana terdesak mendapatkan barang salah,” katanya yang telah berkahwin sebanyak 11 kali, dan mempunyai 10 anak.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, suspek kini sedang diburu. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Polis tubuh pasukan khas siasat kes samun, rogol wanita Amerika



15 Mac 2013
SHAH ALAM - Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang dilaporkan disamun dan dirogol pada Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis sedang giat memburu beberapa suspek yang dipercayai terbabit dengan
kejadian itu.
"Berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada kira-kira 5 pagi semalam (kelmarin)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Wanita berusia 20-an itu menaiki teksi dari sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah lokasi di Sungai Pelek,
Sepang sebelum dirogol.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia memandang serius kes berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu terlibat.
Syed Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pengendali teksi itu jika siasatan mengesahkan dakwaan itu.
Beliau juga meminta orang ramai memastikan teksi yang dinaiki memaparkan kad pemandu di ruangan papan pemuka. - Bernama

Kes tipu NFC: Peguam Shamsubahrin tarik diri



15 Mac 2013
KUALA LUMPUR -  Peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Afifuddin Ahmad Hafifi menarik diri daripada mewakili ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail pada perbicaraan kes berhubung pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif NFC Corporation, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di Mahkamah Sesyen di sini.

Memaklumkan perkara itu kepada Hakim Rozilah Salleh pada prosiding semalam, Afifuddin berkata, beliau dan peguam utama Sallehuddin menerima arahan daripada Shamsubahrin kelmarin untuk tidak mewakilinya lagi.

"Kami terpaksa tarik diri kerana telah menerima arahan.

Menurut Shamsubahrin, dia berbuat demikian kerana dia mahu melantik peguam baru bagi kes ini," katanya.

Shamsubahrin berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan jumlah yang sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Shamsubahrin ketika ditanya Rozilah memaklumkan dia ingin melantik peguam baharu kerana mendakwa peguam sedia ada tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan walaupun telah diberi banyak peluang.

"Saya bayar untuk kehadiran peguam Datuk Sallehuddin sepanjang perbicaraan, tetapi dia jarang ada. Saya buat keputusan ini semalam. Saya tidak mahu peguam saya membuatkan saya kelihatan seperti orang bodoh," katanya.

Tertuduh kemudian memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan dan memberi tempoh seminggu bagi membolehkan dia melantik peguam baharu, namun Rozilah menolak permohonan itu serta meneruskan perbicaraan dengan saksi berikutnya.

Rozilah turut mengingatkan tertuduh agar tidak mengulangi perkara yang boleh membuang masa mahkamah.

"Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi di mahkamah ini. Kita nak habiskan kes segera kerana kes ini sudah lama sejak dari 2011... menangguhkan perbicaraan atas alasan yang tidak dapat diterima adalah melengahkan masa," katanya.

Seramai tiga saksi iaitu Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Celcom Norazlina Ahmad, 32, Penolong Penguasa SPRM Mohd Azlan Mohd Nor, 30 dan Mohd Rafizy Abdul Rabani, 28, yang juga Penolong Penguasa SPRM memberi keterangan semalam.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Abdul Razak Musa.

Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama

Empat maut nahas bas dan kereta di Jalan Lipis-Merapoh




15 Mac 2013
kemalangan
Keadaan kerera yang terbabit dalam kemalangan meragut empat orang di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis tengah malam tadi.
KUALA LIPIS - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.

Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.  
 
"Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.

Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

Suami isteri tanggung masalah gara-gara percaya ejen perkahwinan




14 Mac 2013
MELAKA - Selepas enam tahun berkahwin dengan seorang warga Vietnam dan dikurniakan dua cahaya mata, tiba-tiba Soon Guan Poh, 36, dikejutkan dengan berita bahawa perkahwinan mereka tidak sah dan taraf kewarganegaraan anak mereka dibatalkan.

Berikutan itu, Soon berkata sijil pendaftaran perkahwinan dan sijil kelahiran kedua-dua anak mereka turut ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk siasatan lanjut pada 28 Mei tahun lepas.

Soon, 36, seorang peniaga makanan mengahwini Tran Thi Diem, 26, pada 2006.

Perkahwinan mereka didaftarkan di JPN Daerah Kecil Tangkak, Johor, pada 23 Ogos tahun berkenaan dan menyerahkan urusan prosedur selanjutnya kepada agen perkahwinan dengan upah RM15,000.

Namun, Soon berkata, ketika isterinya mahu memperbaharui pas lawatan sosial ke negara ini pada 4 Mei tahun lepas, mereka dimaklumkan Jabatan Imigresen bahawa sijil pendaftaran perkahwinan mereka bermasalah dan perlu disiasat.

Soon berkata beliau telah diminta pada pertengahan tahun lepas untuk mendaftar semula perkahwinan dan memohon taraf kewarganegaraan kedua-dua anak mereka.

Bercakap pada sidang akhbar di sini Soon berkata, "Saya tidak menyangka perkara ini menjadi serumit ini kerana pada awalnya pendaftaran perkahwinan ini berjalan lancar dan kami menerima sijil pendaftaran yang dikeluarkan dari JPN Tangkak," katanya.

Adalah dipercayai masalah itu timbul gara-gara tindakan ejen berkenaan.

Turut hadir pada sidang media itu Penasihat Undang-Undang Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional Negeri Melaka (Pembela), Ng Miow Hia.

Ng yang juga pegawai khas kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata beliau dimaklumkan bahawa ejen perkahwinan yang dipercayai terlibat dalam banyak kes pemalsuan sijil pendaftaran perkahwinan telah ditahan pihak berkuasa. - Bernama

Thailand nafi tembak pelarian Rohingya



Thailand nafi tembak pelarian Rohingya
Sebahagian pelarian Rohingya diselamatkan oleh pasukan keselamatan di perairan Thailand
BANGKOK - Thailand menafikan dakwaan kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan terhadap tuduhan kelasi tempatan, menembak kapal pelarian Rohingya hingga menyebabkan dua orang terbunuh, semalam.

Menurut laporan kumpulan itu, sebuah kapal membawa kira-kira 20 pelarian Rohingya, Myanmar telah ditembak dalam perairan Thailand, pada 22 Februari lalu.

Insiden berhampiran Kuraburi, selatan wilayah Phang Nga itu, bagaimanapun mendapat penafian keras oleh pihak kementerian Thailand.

"Komander Tentera Laut Thai, bertanggungjawab terhadap wilayah jagaannya dan laporan berkenaan ditolak sama sekali. Malah tiada sebab untuk kita menembak mereka," kata jurucakap kementerian luar, Manasvi Srisodapol dalam laporan AFP

Jurucakap kementerian pertahanan, Kolonel Thanathip Sawangsang turut menolak tuduhan itu dengan mengatakan mereka masih melaksanakan prinsip kemanusiaan.

Setakat ini, kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya menetap di Myanmar dan masih tidak diterima sebagai warganegara.

Penjaja maut bakar diri

TUNIS - Seorang penjaja jalanan di Tunisia dilaporkan meninggal dunia, kelmarin akibat melecur seluruh badan selepas dia membakar dirinya di jalan utama di ibu negara sebagai protes terhadap kerajaan.

Pengarah pusat kesihatan, Imed Touibi memberitahu mangsa, Adel Khedhri, 27, dipercayai mengambil tindakan nekad itu, Selasa lalu kerana berputus asa selepas gagal mendapatkan pekerjaan tetap untuk menyara keluarganya.

Pada Disember 2010, penjual buah-buahan, Mohamed Bouazizi yang juga pencetus revolusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah bertindak membakar dirinya sebagai membantah amalan rasuah selepas trolinya dirampas majlis perbandaran, dipetik dalam laporan AP.

Lelaki mengamuk, tembak empat individu



Myers
Anggota polis giat memburu Myers (gambar kecil) di sekitar bandar New York.
NEW YORK - Seorang lelaki diburu selepas dipercayai menembak empat individu dan mencederakan dua yang lain di dua lokasi di New York, Amerika Syarikat.

Pegawai polis daerah, Joseph D’Amico berkata, suspek dikenal sebagai Kurt Myers, 64, menembak mati dua individu di salon rambut di bandar Mohawk manakala dua yang lain ditembak di tempat mencuci kereta berdekatan bandar Herkimer.

“Kejadian bermula apabila lelaki berkenaan dipercayai mengamuk lalu membakar rumahnya di Mohawk.

"Sejurus anggota bomba tiba di lokasi kejadian, lelaki itu melarikan diri ke sebuah salon berdekatan lalu melepaskan tembakan rambang,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, lelaki terbabit memandu ke Herkimer dan melepaskan dua das tembakan di tempat mencuci kenderaan.

“Kami belum membuat kesimpulan berhubung kes terbabit. Pemburuan masih giat dilakukan,” katanya dipetik dalam laporan Reuters.

Bayi maut ditembak ketika bapa salin lampin


CHICAGO - Seorang bayi berumur enam bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak sewaktu bapanya menyalinkan lampin mangsa dalam mini van di Chicago, Amerika Syarikat.
Jurucakap polis, Mike Sullivan berkata,  ketika kejadian, seorang individu bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah Jonylah Watkins dan bapanya tanpa sebab.

"Serangan mengejut ini meningkatkan jumlah statistik kematian akibat jenayah bunuh dan lari kepada 16 peratus berbanding 605 orang pada 2012.

Tahun ini sahaja, jumlah mangsa maut adalah 60 orang, dengan 250  melibatkan serangan senjata api, " katanya dalam laporan yang dipetik AFP

Sementara itu, lapor akhbar Chicago Tribune memetik, ibu mangsa telah ditembak di bahagian kaki ketika hamil enam bulan.

Sindiket warga Nigeria tumpas



Sindiket warga Nigeria tumpas
Nordin (kiri) menerangkan kepada wartawan modus operandi baru pengedar dadah yang disorok dalam tumit kasut wanita, semalam.
SHAH ALAM - Tiga lelaki warga Nigeria berusia antara 23 hingga 32 tahun di tahan selepas dikesan menyeludup dadah menggunakan kasut dan sampul surat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sindiket pengedaran dadah bermutu tinggi beroperasi di sebuah apartmen di Batu Caves itu berjaya dikesan Selasa lalu, hasil risikan selama sebulan yang dilakukan pihaknya.

Menurutnya, polis menemui bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin yang setiap satunya seberat 75 gram yang disembunyikan di dalam 18 pasang kasut wanita bertumit tinggi.

"Kami juga menemui tujuh plastik dan sampul surat masing-masing mengandungi heroin seberat 520 gram dan 1.42 gram yang keseluruhannya bernilai RM380,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, warga asing terbabit itu adalah penuntut di beberapa universiti di ibu kota dan tinggal menyewa di apartmen mewah berkenaan sejak dua bulan lalu.

Nordin berkata, pihaknya percaya rumah berkenaan dijadikan stor pembungkusan dadah, sebelum dadah itu dieksport ke luar negara melalui syarikat penghantaran cepat.

Kesemua mereka ditahan reman sehingga 19 Mac dan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Padah pemandu lori degil


Padah pemandu lori degil
Kontraktor menjalankan kerja menggantikan paip utama bekalan air yang pecah di Taman Seri Kemuning, semalam. Gambar kecil : Borhan.
TEMERLOH - Lebih 500 penduduk Taman Seri Kemuning di sini, menjadi mangsa terputus bekalan air dua hari kerana paip utama pecah gara-gara sikap degil pemandu lori yang meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Ketua Umno Cawangan Seri Kemuning, Borhan Seman berkata, tindakan beberapa pemandu yang tetap meletakkan lori di bahu jalan menjadi punca tekanan terhadap paip utama milik Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pecah.

Menurutnya, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu, penduduk di sini terpaksa menanggung akibatnya sedangkan masalah terbabit boleh dielakkan sekiranya pemandu mematuhi arahan dikeluarkan.

"Kami pasang papan tanda larangan meletakkan lori di bahu jalan tapi mereka tetap degil menyebabkan paip utama yang menyalurkan air ke tangki simpanan pecah.

"Pihak Paip perlu mengambil masa membaiki kerosakan paip utama ini dan tentunya rutin harian penduduk yang berkaitan dengan air terjejas apabila bekalan utiliti itu tidak dapat disalurkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kerja menggantikan paip utama terbabit, di sini, semalam.

Dalam pada itu,  Borhan menggesa pemilik lori terbabit mematuhi arahan dikeluarkan penduduk taman bagi memastikan masalah paip pecah yang menyusahkan penggunanya tidak berulang.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu membantu penduduk menangani masalah parkir di bahu jalan ini kerana mereka bimbang tindakan pentingkan diri dalam kalangan pemandu lori terbabit akan terus berlanjutan.

Dalam pada itu, katanya, beliau bimbang masalah paip air lain dalam kawasan perumahan berkenaan akan pecah berikutan tekanan daripada kerja baik pulih yang dilakukan.

"Biasanya apabila berlaku kejadian paip pecah dan ia dibaiki, akan berlaku masalah sama di kawasan berhampiran disebabkan tekanan.

“Jika ini berlaku, tentunya akan menjadi punca gangguan bekalan air di kawasan ini dan kami harap ia tidak berlaku lagi selepas ini,” katanya.

Cedera ditumbuk



Cedera ditumbuk
Seorang anggota SRS mengalami kecederaan selepas ditumbuk bekas penagih, di Kampung Bechah Semak, Jumaat minggu lalu
PASIR MAS – “Kenapa pegang kemaluan saya?,” kata seorang penduduk kepada anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS),  jam 12.05 pagi, Jumaat minggu lalu.
Saksi kejadian, Pok Nik berkata, dia dan rakannya Abdullah Tahir Ismail, 64, terkejut selepas diajukan soalan itu dan tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh suspek.

Tidak sempat menjawab soalan, Pok Nik berkata, suspek menyerang dan menumbuk Abdullah beberapa kali sebelum dileraikan orang ramai.

“Abdullah mengalami kecederaan di  dahi dan terpaksa mendapatkan rawatan.

“Ketika kejadian kita percaya suspek masih waras, namun tidak pasti mengapa dia bertindak sehingga sanggup mencederakan anggota SRS,” katanya.

Menurutnya, suspek yang juga bekas penagih, baru sahaja dibebaskan daripada penjara sehari sebelum kejadian.

Katanya, mereka segera membuat laporan polis agar suspek tidak mencederakan penduduk lain.

Pok Nik berkata, penduduk memohon agar pihak berkenaan memeriksa tahap kesihatan suspek, agar tidak bertindak di luar kawal seperti minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.
“Pihak polis berjaya menahan suspek pada hari sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
“Kita mengucapkan syabas kepada penduduk, kerana tidak bertindak di luar kawalan, sebaliknya menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa dengan segera,” katanya.

Dipukau selepas makan kek



Dipukau selepas makan kek
Kampung Baru Bukit Gelugor.
Dipukau selepas makan kek
Chai Kim Sung
JUASSEH – “Selepas makan kek yang diberi dua individu tidak dikenali, saya seperti dipukau dan mengikut sahaja apa yang mereka cakap, tetapi nasib baik mereka tidak berjaya melarikan sarang burung walid,” kata mangsa pukau, Chai Kim Sung, 52, di Kampung  Baru Bukit Gelugor.

Kim Sung yang juga seorang penoreh getah, berkata, kejadian itu berlaku pada 8 Mac lalu, jam 3 petang di sebuah kedai minum berhampiran kampung itu.

Menurutnya, dia disapa dua lelaki tidak dikenali dan berpakaian korporat. Mereka bertanya nama tempat dan menyuarakan hasrat mahu membeli sarang burung walid.

“Saya beritahu, saya ada seorang rakan menjual sarang burung walid dan dua individu itu sangat teruja kerana mahu membeli 4 kilogram (kg) sarang burung itu,” katanya.

Kim Sung berkata, dalam sibuk berbual, dua individu terbabit memberikannya kek dan selepas itu dia seolah-olah lupa seketika apa yang berlaku.

“Selepas makan kek itu, saya seperti dipukau. Saya hanya fokus kepada dua individu itu sahaja. Selepas membuat perhitungan, mereka mahu ambil 4kg sarang burung dengan harga sekilogram RM4,500. Namun, mereka mahu ke bank untuk mengeluarkan wang dan hanya menghubungi saya pada jam 5.30 petang, " katanya.

Menurutnya, dia mula sedar dirinya dipukau selepas pulang dari rumah.

"Isteri menegur saya selepas saya beritahu ada orang mahu membeli sarang burung. Saya terus terkejut, lalu tersedar. Hati saya kuat menyatakan dua individu itu penipu,” katanya.

Menurutnya, dia berpakat dengan rakan untuk memerangkap dua individu yang berusia 50 dan 60 an itu kerana mencurigakan.

"Lebih kurang jam 6 petang, saya bersama rakan menaiki kenderaan sekitar kampung itu.

“Dalam masa yang sama, kereta jenis Perodua Viva berwarna putih masuk ke kampung ini. Kami berselisih, dan dua individu itu tidak berhentikan kereta hinggalah sampai ke hujung kampung, " katanya.

Kim Sung berkata, mereka nekad menghalang kenderaan itu, tetapi individu itu berjaya melarikan diri tanpa sempat mengambil sarang burung walid.

Menurutnya, kejadian itu pernah berlaku di Pilah dan kerugian lebih dari RM5,000.

“Saya tidak buat laporan polis kerana tiada bukti kukuh. Saya ingin berkongsi pengalaman saya supaya orang lain tidak mudah terpedaya dengan dua individu yang difahamkan dari Johor Bahru,” katanya.

Maut jatuh tingkat 24


Maut jatuh tingkat 24
Orang ramai sedang menunggu mangsa dibawa turun dari tingkat 24 bangunan pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, untuk dibawa ke HPP, semalam. Foto Kecil : Zhi Hao
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila terjatuh ketika sedang melakukan kerja pemasangan di sebuah tapak pembinaan di Gelugor, pagi semalam.

Mangsa, Loh Zhi Hao, 19, maut di tempat kejadian dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan.

Difahamkan, mangsa terjatuh ketika sedang memasang bingkai aluminium berhampiran balkoni di salah sebuah unit pangsapuri di tapak pembinaan di Lebuh Tengku Kudin 3, Gelugor.
Rakannya, seorang warga Myanmar berkata, dia terkaku ketika melihat mangsa terjatuh dan segera memberitahu pekerja lain selepas menyaksikan insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu.

Mangsa ditemui pada lantai tingkat empat yang bakal dijadikan ruang istirahat untuk penduduk di pangsapuri itu apabila siap kelak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Toh Paduka Idris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak memakai tali keselamatan ketika bekerja.

“Difahamkan, mangsa berasal dari Gurun, Kedah. Dia baru 10 bulan datang ke negeri ini untuk bekerja dengan syarikat aluminium di Bayan Lepas.
“Kita akan siasat untuk kenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kematian mangsa tiada unsur jenayah," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Ng Bee Kim, 52, berkata, anaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak lokek dengannya.

“Tahun Baru Cina baru-baru ini, dia bagi hampir satu pertiga bonusnya kepada saya. Tahun lepas, dia hadiahkan gelang pada Hari Ibu.

Saya pakai gelang itu sampai sekarang.

"Dia juga beritahu nak kahwin pada usia 25 tahun. Tapi apakan daya. Dia anak yang baik dan saya rasa hidup seperti tak ada erti lagi selepas ini.
Dialah satu-satunya anak yang saya ada," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, dia membesarkan mangsa bersendirian selepas suaminya meninggal dunia sejak mangsa berusia setahun.

Buruh mati tertimbus


Buruh mati tertimbus
Lokasi tapak pembinaan yang melibatkan tanah runtuh sehingga mengorbankan satu nyawa.
JOHOR BAHRU – Seorang buruh sebuah tapak projek pembinaan rumah kedai dua tingkat berhampiran sebuah sekolah kebangsaan di Taman Cempaka, di sini maut akibat tertimbus tanah runtuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 2 petang ketika mangsa, Muhamad Hasan, 36, yang berasal dari Indonesia sedang menjalankan kerjanya.

“Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menanam paip bagi pembinaan longkang di tapak projek berkenaan.

“Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah di kawasan tempatnya melakukan kerja sedalam lapan kaki.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa tertimbus ke dalam tanah dan gagal selamatkan diri,” katanya.

Eng Lai berkata, mangsa dibawa keluar dari runtuhan oleh rakan-rakannya dengan menggunakan jentolak dalam cubaan menyelamatkannya namun mangsa telah meninggal dunia.

 “Ketika kejadian, mangsa seorang diri di kawasan itu namun kejadian disedari empat pekerja lain yang turut menjalankan tugas di situ.

“Pekerja lain cuba mengorek tanah bagi menyelamatkan mangsa namun gagal,” katanya.

Mayat mangsa  dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada mangsa lain dilaporkan cedera atau terkorban.

Sementara itu, seorang pekerja yang dikenali sebagai Sokarno berkata, kejadian berlaku ketika pekerja sedang memulakan tugas selepas waktu makan tengah hari.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak saya bekerja di sini, kami gagal selamatkan dia walaupun berjaya bawa dia naik,” katanya.

Bapa dipenjara lima tahun


Bapa dipenjara lima tahun
Tertuduh diiringi pegawai penjara keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas dihukum penjara lima tahun enam bulan, semalam.
KUANTAN- Seorang bekas pekerja syarikat servis alat pemadam api dihukum penjara lima tahun enam bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan  semalam atas dua tuduhan mencuri membabitkan nilai keseluruhan mencecah RM60,000 termasuk sebuah  kereta, barang kemas dan wang tunai milik mangsa berasingan.
Hukuman ke atas bapa kepada dua anak, Edy Nor Rizal Kiman, 34 dari Bandar Indera Mahkota di sini dibuat Majistret Jesseca Diamis selepas beliau mengambil kira beberapa pertimbangan.
Dalam hujah kepada keputusan itu, Jesseca berkata, hukuman ringan tidak akan menyedarkan tertuduh memandangkan dia mempunyai lima rekod kesalahan curi sebelum ini.

“Mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan kamu memandangkan dalam kejadian pertama, mangsa kerugian RM40,000 apabila barang kemas dan wang tunai RM3,000 lesap.

“Akibat perbuatan kamu juga meninggalkan kesan trauma kepada salah seorang anak mangsa yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara 18 bulan dan denda RM10,000 manakala bagi tuduhan kedua dia dihukum penjara empat tahun serta denda RM8,000.

Hukuman penjara ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap 12 Januari lalu dan berjalan secara berasingan.
Berdasarkan fakta kes tuduhan pertama yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa mengambil beg milik seorang guru wanita diletakkan di dalam kereta yang ditinggalkan bersama seorang anak lelaki di pekarangan Masjid Al Hidayah, Permatang Badak dekat sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa dan suami ke tandas membawa dua lagi anak mereka untuk membuang air selepas mereka selesai menunaikan solat di masjid itu.
Tertuduh menghampiri kereta dan membuka pintu sambil menegur anak mangsa yang berada di dalamnya sebelum mengambil beg tangan yang mengandungi tunai RM3,000 dan sejumlah barang kemas.
Kejadian disedari mangsa selepas melihat anaknya menangis sebelum diberitahu tertuduh melarikan beg tersebut.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, tertuduh berjaya ditahan di Jalan Mahkota di sini kira-kira jam 12 tengah hari 18 Januari lalu.

Hasil semakan cap jari dan kawat cam yang dilakukan terhadap tertuduh positif lalu dia ditahan untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah buat pertama kali pada 28 Januari lalu atas tuduhan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Manakala bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa mencuri sebuah kereta jenis Proton Wira milik seorang lelaki dianggarkan bernilai RM20,000 yang diletakkan di tempat letak kereta Teluk Cempedak di sini antara jam 10,30 hingga 11.45 malam, 10 Januari lalu.

Tertuduh bagaimanapun berjaya ditahan polis dua hari kemudian selepas pengadu ternampak tertuduh memandu kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu berhampiran sebuah stesen minyak di Jaga Gading dekat sini kira-kira jam 1.30 tengah hari, 12 Januari lalu.

Tertuduh ditahan dan diserahkan kepada polis manakala hasil semakan  mendapati kereta tersebut didaftarkan atas nombor pendaftaran lain dan  dilaporkan hilang di Teluk Chempedak manakala dia juga turut dikehendaki atas satu kes curi di Permatang Badak.

Susulan penahan itu, tertuduh ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan  juga boleh dikenakan denda.
Ketika sebutan pertama tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kedua-dua tuduhan bagaimana pun dia menukar pengakuan kepada bersalah semalam dalam prosiding yang ditetapkan untuk perbicaraan.

Kawal aktiviti tidak bermoral



Kawal aktiviti tidak bermoral
Penguatkuasa MPK sedang menulis notis kepada peniaga atas kesalahan yang telah dilakukan ketikan operasi dijalankan, semalam.
KANGAR – Pihak berkuasa mengadakan operasi bersepadu Ops Hiburan bagi meninjau beberapa pusat hiburan, dekat sini, semalam, berikutan menerima banyak rungutan dan aduan mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak menepati syarat penguatkuasaan undang-undang di negeri ini.

Operasi bersepadu itu dijalankan kira-kira jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Penguatkuasa MPK Perlis, Shahimi Shaarie berkata, operasi bersepadu itu merupakan operasi tahunan diadakan bagi memantau kegiatan hiburan di sekitar premis yang didakwa dibuka tidak menepati syarat perniagaan serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Kita sedia maklum dengan operasi yang dijalankan ini akan membendung pelbagai kegiatan yang tidak bermoral yang dijalankan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak lima notis dikeluarkan kepada beberapa premis perniagaan yang dikenal pasti beberapa kesalahan yang telah dilakukan sewaktu serbuan dijalankan.

“Kompaun berkenaan dikenakan kepada premis yang beroperasi melebihi masa ditetapkan, tidak memiliki kad suntikan kendalian makanan (typhoid), tidak mempunyai lesen premis perniagaan, tidak mempunyai lesen hiburan, dan yang berikutnya tidak mempamerkan lesen perniagaan di premis mereka,” katanya.

Menurutnya, kesalahan berkenaan dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Tempat-tempat Makanan (MPK) 1983, Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 1983, dan undang-undang di bawah enakmen hiburan 1987.

“Kompaun dikenakan antara RM70 sehingga RM500 berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh premis perniagaan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Shahimie berkata, biar pun telah diberikan kelonggaran namun terdapat juga pengusaha yang ingkar tidak mematuhi arahan agar menutup premis perniagaan mereka selepas jam 1 pagi.

“Pengusaha mendakwa terutamanya pusat hiburan karaoke di mana pada pukul 10 malam, ada lagi pelanggan yang masih berkunjung dan bersetuju dilonggarkan walaupun peraturan untuk tutup pada pukul 12. Tetapi kita bersetuju untuk membuat kelonggaran penguatkuasaan pada jam 1 pagi,” katanya.

Antara kawasan operasi dijalankan tertumpu pada kawasan Arau, Kuala Perlis, Behor Gelam, dan Sungai Baru.

Sementara itu, rampasan minuman keras turut dilakukan kepada sebuah kedai dibawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang berkenaan yang belum diluluskan kastam yang mana barang terbabit tidak dibayar cukai.

“Jabatan Kastam telah mengambil tindakan untuk menyita minuman keras pelbagai jenama sebanyak 22 botol yang mana barangan terbabit telah dikenalpasti apabila belum dibayar duti,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perlesenan MPK Perlis, Azli Syam Affandi Ahmad berkata, operasi bersepadu ini merupakan operasi tahunan diadakan bagi memantau kegiatan hiburan di sekitar premis yang didakwa dibuka tidak menepati syarat perniagaan serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Kita sedia maklum dengan operasi yang dijalankan ini akan membendung pelbagai kegiatan yang tidak bermoral yang dijalankan di negeri ini namun, pada malam ini tindakan tegas telah diambil berikutan kesalahan yang dilakukan oleh premis perniagaan yang telah beroperasi sejak sekian lama di negeri ini tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Jelasnya, dengan tindakan tegas yang diambil sekurang-kurang akan mengingatkan peniaga untuk mematuhi syarat perlesenan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sekaligus mampu mengawal aktiviti yang tidak bermoral di negeri ini.

Dituduh belasah warga emas



KOTA BHARU – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membelasah seorang warga emas, Februari lalu.
Tuduhan terhadap Safian Abd Rashid,24, dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Selamah Abd Rashid, 54, dengan menendang wanita yang juga saudaranya itu.
Kejadian didakwa berlaku di alamat Kampung Bunga Mas, Penambang di sini, pada jam 8.30 pagi, 23 Februari.
Susulan tuduhan yang dikemukakan, Safian berdepan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Susulan itu, Nik Habri menangguhkan kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa, manakala, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes bersambung 23 Mei depan.