Search This Blog

Tuesday, March 12, 2013

Kanak-kanak ditemui lemas




SEORANG kakak mangsa terpaksa ditenteramkan oleh ahli keluarga kerana terlalu sedih dengan berita penemuan mayat Abu Hanifah di Taman Cempaka, Tampoi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas di Kuala Sungai Arang di sini semalam selepas dilaporkan hilang ketika bermain bola di kawasan lapang berhampiran rumahnya di Taman Cempaka, Tampoi di sini petang kelmarin.
Mayat mangsa, Abu Hanifah Abu Amir (gambar kecil), 12, ditemui terapung pada pukul 3.30 petang, kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Difahamkan, ketika kejadian pukul 5.30 petang kelmarin, mangsa dikatakan bermain bola bersama abangnya, Bilal, 14, serta beberapa kanak-kanak lain sebelum bola berkenaan terjatuh di dalam longkang berhampiran.
Menurut Bilal, mangsa yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Tampoi 2 di sini bersama beberapa rakan lain cuba mengambil bola tersebut sebelum dia tergelincir ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras.
"Masa itu, hujan lebat dan air longkang deras. Saya lihat sendiri adik terjatuh dan terus hanyut. Saya dan rakan-rakan lain tidak dapat berbuat apa-apa," jelasnya.
Sementara itu, seorang polis bantuan yang menemui mayat mangsa, Rafi Jaffar, 37, berkata, dia mengetahui kehilangan Abu Hanifah ketika sedang makan di Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2NKpK8ZQ5 
Hakcipta terpelihara 

Rumah teres jadi makmal syabu




BATUMALAIL (dua dari kiri) menunjukkan syabu yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres yang dijadikan makmal dadah di Mount Erskine, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Polis membongkar satu sindiket memproses dan mengedar dadah syabu di negeri ini setelah menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan makmal haram di Mount Erskine di sini pada 9 Mac lalu.
Seorang suspek lelaki berusia 41 tahun diberkas dalam serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi itu oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Ketika serbuan, suspek yang bersendirian di dalam rumah tersebut telah memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dilakukan.
Difahamkan, bekalan syabu yang telah siap diproses adalah untuk edaran di negeri ini.
Ketua JSJN Negeri, Superintendan S. Batumalail berkata, penahanan lelaki terbabit dilakukan berdasarkan maklumat orang awam dan risikan polis sejak seminggu lalu.
Menurutnya, polis yang memeriksa secara terperinci di rumah tersebut menemui dadah jenis syabu seberat satu kilogram dan serbuk putih yang disyaki dadah berbahaya seberat dua kilogram.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2NKoiqbCj 
Hakcipta terpelihara 

Anak sanggup bunuh bapa sendiri




ANGGOTA polis mengangkat mayat Madang Sengkala yang dibunuh oleh anak bongsunya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Suai, Miri semalam.


MIRI – Hanya kerana memarahi menantu perempuannya tidak memasak, seorang lelaki maut akibat kepalanya dihentak ke dinding berulang kali oleh anaknya sendiri di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa, Madang Sengkala, 52, dikatakan bertengkar dengan anak bongsunya setelah menegur menantunya yang tidak menyediakan hidangan tengah hari.
Menurut anak sulung mangsa yang enggan dikenali, pada kejadian itu, bapanya turut dicekik sebelum adiknya berusia 26 tahun itu bertindak ganas menghentak kepala mangsa berkali-kali ke dinding tanpa belas kasihan.
Katanya, dia cuba menghalang perbuatan adiknya itu tetapi tidak berjaya.
Ujarnya, selepas itu bapanya tidak sedarkan diri.
“Beranggapan bapa hanya pengsan, saya membiarkan dia terbaring.
“Lebih kurang enam jam kemudian, selepas mendapati bapa masih tidak sedarkan diri, saya memeriksa keadaannya dan mendapati dia telah meninggal dunia pada pukul 7.30 malam.
“Selepas itu, saya dan penduduk kampung melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2NKoqQK9k 
Hakcipta terpelihara 

Tersungkur bersama tangkal




ANTARA pakaian pengganas Sulu yang ditemui ditinggalkan di pangkal pokok kelapa sawit di Kampung Tanduo, Lahad Datu.


LAHAD DATU - Hajat menggunung kumpulan pengganas Sulu untuk menakluk Sabah bukan sahaja mendorong mereka menceroboh Kampung Tanduo di sini menggunakan senjata api dan senjata tajam malah, turut menggunakan tangkal kononnya untuk membuatkan diri kebal daripada ditembak.
Lebih teruk apabila mereka yang mengaku beragama Islam dipercayai mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sebagai pendinding diri untuk merealisasikan angan-angan 'Mat Jenin' untuk merampas wilayah berdaulat milik Malaysia itu.
Sejak melakukan pencerobohan pada 12 Februari lalu, mereka percaya dapat menawan sebahagian besar Pantai Timur Sabah selepas begitu yakin dengan ilmu dan tangkal yang tertulis ayat-ayat khurafat untuk membolehkan diri masing-masing tidak lut ditembusi peluru.
Namun, nasib tidak menyebelahi kebanyakan pengganas apabila mereka tetap mati di hujung senjata canggih pasukan keselamatan Malaysia.
Sebagai bukti, pasukan keselamatan yang memeriksa mayat dan peralatan yang dibawa pengganas menemui beberapa objek pelik seperti tangkal termasuk kain hijau tertulis ayat-ayat tertentu di kubu persembunyian kumpulan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2NKo8MNOT 
Hakcipta terpelihara 

2 Datuk bertempur





Kajang: Hanya kerana perselisihan faham berhubung perniagaan yang dijalankan, dua Datuk ditahan bersama 10 pengikut mereka selepas bertempur dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Teras Jernang, Bangi, dekat sini, Sabtu lalu.

Sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, kedua-dua Datuk yang masing-masing berusia 30 dan 40 tahun itu dikatakan bertemu untuk membincangkan masalah yang dihadapi syarikat mereka berhubung satu projek pembinaan di Sungai Merab, Sepang.


Bagaimanapun, pertengkaran mulut bertukar menjadi pertempuran apabila pengikut kedua-dua Datuk berkenaan saling menyerang menggunakan parang dan senjata lain termasuk kerusi dan meja restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kedua-dua suspek berkenaan berjumpa untuk membuat perbincangan lanjut mengenai projek yang dijalankan syarikat mereka.


“Bagaimanapun, perbincangan berkenaan bertukar menjadi tegang apabila kedua-duanya saling menyalahi berikutan kegagalan syarikat mereka menyiapkan projek terbabit seperti yang ditetapkan,” katanya.


Menurut Ab Rashid, pergaduhan itu juga dikatakan tercetus disebabkan campur tangan si isteri yang bertindak kurang ajar dan seolah-olah mencabar pesaingnya menyebabkan pengikut kedua-duanya hilang sabar dan bertindak ganas.

“Tiga daripada mereka parah dan dirawat di Hospital Serdang manakala mereka yang mengalami cedera ringan menjalani rawatan di Hospital Kajang sebagai pesakit luar,” katanya.


Katanya, selain dua Datuk berkenaan, turut ditahan isteri kedua-duanya yang disyaki turut terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Semua ditahan berusia antara 30 hingga 40 tahun dan direman hingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.


Katanya, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar pergaduhan berkenaan selain mengesan saki-baki pengikut kedua-dua suspek terbabit.

Petanda nombor 11



Johor Bahru: “Saya tidak menyangka arwah yang sering menyebut nombor 11 beberapa jam sebelum kejadian, sebenarnya merujuk pada tarikh kematiannya hari ini (semalam).

“Perkara itu berlaku ketika saya memberikan senarai nama barangan dapur untuk dibeli arwah termasuk seekor setengah ayam, namun arwah membacanya sebagai 11 berulang kali sebelum saya menegurnya,” kata Rozaini Abdullah, 41, ibu kanak-kanak ditemui lemas, Abu Hanifah Amir, 12, semalam.


Arwah Abu Hanifah ditemui lemas pada jam 3 petang semalam di Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama di Sungai Skudai, di sini, lima kilometer dari tempat dia hilang, petang kelmarin.

Rozaini berkata, dia tidak menyangka kehilangan anak kelapan daripada 11 beradik itu yang juga periang dan gemar menghiburkan keluarga.


Menurutnya, keluarganya yang tinggal di Blok 12, Taman Cempaka, di sini, terkilan apabila dimaklumkan Abu Hanifah yang juga murid Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, di sini, hanyut dibawa arus.


“Kali terakhir saya melihat arwah ketika dia ingin keluar bermain bola sepak bersama abangnya, Rahimidin, 23, pada jam 5 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Mati dipukul ombak




Kota Tinggi: Kegembiraan empat sahabat berkelah dan mandi di Pantai Awam Desaru, di sini, kelmarin, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemui lemas pada hari sama.

Mayat Lee Vui Xhen, 19, ditemui pada jam 1.10 tengah hari manakala Wong Yee Kin, 18, ditemui 18 minit kemudian tidak jauh dari lokasi Vui Xhen ditemui.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas dipukul ombak ketika mandi bersama dua rakan mereka di pantai sama dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati, Lee Vui Xhen tiba-tiba hilang dibawa arus deras menyebabkan Yee Kin cuba mencari dan menyelamatkannya.


Malangnya, Yee Kin turut hilang manakala dua rakannya berlari cuba mendapatkan bantuan orang ramai.


Menurutnya, pengawal keselamatan pantai cuba membantu mengesan dua mangsa, tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis.

“Gerakan mencari dan menyelamat dijalankan anggota bomba dan penyelamat serta Pasukan Polis Marin di kawasan sekitar sebelum mayat dua mangsa itu ditemui dua jam kemudian.


“Kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk disemadikan di Taman Kota Masai.

“Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terutama ketika berada di pantai atau sungai berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini,” katanya.

Mangsa samun ditikam



Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki cuba mempertahankan dirinya daripada disamun empat lelaki menyebabkan dia cedera di perut dan muka selepas ditikam dalam kejadian di Kampung Kerinchi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa berusia 20 tahun itu ditikam di perut dan kepala dengan pisau oleh suspek sebelum disamun.


Kejadian menyebabkan mangsa kerugian RM2,000 selepas beg duit yang diletakkan dalam poket seluar dirampas, selain telefon bimbit dan sebentuk cincin emas.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siva, 20, berkata, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah empat lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal menahannya.


Katanya, mereka memberhentikan motosikal dan mengacukan pisau ke mukanya sebelum ditepis, namun pisau dipegang seorang suspek terkena pipinya menyebabkan kecederaan.


“Mereka memeriksa poket seluar untuk mengambil dompet dan saya melawan sebelum seorang daripadanya menikam di perut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

Gaduh sampai mati



Port Dickson: Akibat pertengkaran mulut, seorang lelaki membelasah bapanya dengan kayu hingga cedera parah di kepala dalam kejadian di rumah mereka di 37A, Kampung Kuala Lukut, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, S Ramadas, 56, yang terbaring berlumuran darah disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD.


Jiran yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia menyangka rumah mangsa dimasuki perompak apabila mendengar suara orang menjerit dan bertengkar lalu menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

“Apabila polis sampai 15 minit kemudian, baru saya tahu cerita sebenar apabila melihat mangsa terbaring berlumuran darah.


“Mangsa dan anaknya selalu bergaduh, tetapi tidaklah sampai pukul-memukul, cuma bertengkar mulut saja. Ini kejadian pertama di kawasan ini dan saya agak terkejut apabila dimaklumkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, pada jam 7.45 malam polis menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian pecah rumah di Kuala Lukut dan sepasukan anggota peronda segera ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.

“Siasatan mendapati bukan kes pecah rumah sebaliknya kes pergaduhan membabitkan anak dengan bapa. Si bapa (mangsa) dipercayai dipukul dengan kayu oleh anak lelakinya hingga cedera di kepala dan ketika dihantar ke HPD dengan ambulans, dia disahkan meninggal dunia.


“Polis menahan anaknya berusia 29 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, keluarga mangsa enggan memberikan sebarang komen kepada pihak media kerana masih terkejut dengan kejadian itu.


Seorang kenalan keluarga terbabit memberitahu, suspek dan bapanya sering bergaduh sejak mangsa bercerai dengan isterinya.

Tertipu gajet murah

Kuala Lumpur: Tertarik pada harga telefon pintar yang 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran menyebabkan seorang pelajar kolej kerugian RM76,100, malah dia juga terpaksa membayar wang kepada rakan yang membuat pesanan melaluinya.
Pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Teo, 21, dari Batu Caves, Gombak itu mendapat tahu mengenai sebuah syarikat menjual telefon pintar atas talian daripada rakannya yang pernah membuat pembelian 10 telefon pintar iPhone 5 pada harga murah.

Menurutnya, syarikat yang didakwa beribu pejabat di Las Vegas, Amerika Syarikat itu beroperasi melalui laman sosial Facebook dan selepas rakannya mendapat barang yang dipesan dia pun berhasrat untuk menghubungi syarikat terbabit melalui e-mel.
Katanya, syarikat terbabit menawarkan seunit iPhone 5 pada harga RM900 dan dia membuat pesanan 75 telefon bimbit selepas rakan serta beberapa saudara memintanya untuk membuat pesanan.

“Penghantaran dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari dari tarikh pembayaran dan pada 4 Februari lalu saya membayar RM55,000 melalui Western Union kepada pengurus syarikat terbabit.

“Beberapa hari selepas membuat pembayaran itu, saya diminta membayar RM5,000 untuk pelepasan cukai kastam di Singapura dan Malaysia. Tanpa syak saya membayar wang berkenaan,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
Foto
TEO (kanan) menunjukkan laman Facebook syarikat terbabit.
Teo berkata, selepas menunggu beberapa hari dia menghubungi pengurus syarikat terbabit dan dimaklumkan bungkusan mengandungi pesanan berkenaan ditahan polis manakala dia diminta membayar RM1,100 lagi untuk tujuan penghantaran.

“Tidak cukup dengan itu, syarikat terbabit turut mendakwa tersilap menghantar 100 telefon bimbit berikutan kesilapan invois dan saya diminta membayar RM15,000 lagi untuk tujuan berkenaan.
“Akibat tiada pilihan dan perlu memberikan telefon bimbit yang dipesan rakan, saya membayar wang berkenaan dan selepas semua bayaran dibuat, mereka meminta saya membayar RM1,500 lagi pada 7 Mac lalu,” katanya.

Katanya, ketika itu baru dia sedar dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan sebelum membuat pemeriksaan nombor akaun Western Union dan mendapati ia dihantar ke Nigeria.

Menurut Teo, dia membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA.

Pengerusi Biro itu Datuk Seri Michael Chong menasihatinya supaya tidak membuat bayaran lagi kepada sindiket itu.

Kata Chong, sejak 2011 pihaknya menerima tujuh kes membabitkan kerugian lebih RM600,000 menggunakan modus operandi sama.

Bunuh rakan kerana cemburu



Shah Alam: Saingan cinta antara dua lelaki dipercayai menjadi motif seorang lelaki warga Myanmar dibunuh kejam rakan serumahnya dalam kejadian di Kondominium Kelana Puteri, Kelana Jaya, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis kini memburu rakan mangsa, seorang lelaki warga Myanmar yang dikenali sebagai Phyo, 20-an, yang juga suspek utama kejadian terbabit.


Mohd Adnan berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa bersama suspek dan seorang wanita tinggal bersama di kondominium berkenaan yang disewa majikan mereka yang juga pemilik sebuah restoran.

Katanya, akibat cemburu kerana mangsa dan suspek sama-sama menaruh hati terhadap wanita itu yang juga warga Myanmar menyebabkan suspek membunuh mangsa dengan mengelar leher, tengkuk, pergelangan tangan, paha kanan dan tapak kaki mangsa.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Asisten Superintendan Zakaria Abdullah di talian 016-9752929 untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Bunuh rakan kerana cemburu



Shah Alam: Saingan cinta antara dua lelaki dipercayai menjadi motif seorang lelaki warga Myanmar dibunuh kejam rakan serumahnya dalam kejadian di Kondominium Kelana Puteri, Kelana Jaya, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis kini memburu rakan mangsa, seorang lelaki warga Myanmar yang dikenali sebagai Phyo, 20-an, yang juga suspek utama kejadian terbabit.


Mohd Adnan berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa bersama suspek dan seorang wanita tinggal bersama di kondominium berkenaan yang disewa majikan mereka yang juga pemilik sebuah restoran.

Katanya, akibat cemburu kerana mangsa dan suspek sama-sama menaruh hati terhadap wanita itu yang juga warga Myanmar menyebabkan suspek membunuh mangsa dengan mengelar leher, tengkuk, pergelangan tangan, paha kanan dan tapak kaki mangsa.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Asisten Superintendan Zakaria Abdullah di talian 016-9752929 untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

2 remaja lemas dihanyut ombak



Bandar Penawar: Kegembiraan empat sahabat berkelah pada hujung minggu di Pantai Awam Desaru di sini petang kelmarin, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas dihanyutkan ombak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi, ketika mangsa Lee Vui Xxen, 19 dan Wong Yee Kin, 18, bersama dua lagi rakan mereka berkelah di pantai berkenaan.
Ketika berenang di kawasan itu, secara tiba-tiba Vui Xxen dipukul ombak ke tengah laut, menyebabkan dia terkapai-kapai dan kejadian itu disedari Yee Kin.

Cuba selamat rakan

Dia dikatakan cuba berenang mendapatkan Vui Xxen tetapi kedua-duanya hilang dihanyutkan ombak.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata seorang pengawal keselamatan pantai berkenaan bergegas membuat laporan polis.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Polis Marin dikejarkan ke lokasi untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa.
Ditemui tak jauh dari lokasi

Mayat dua remaja lelaki ditemui tidak jauh daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam kemudian sebelum dihantar untuk bedah siasat di Hospital Kota Tinggi, katanya.

Nor berkata, mayat dua sahabat itu dituntut keluarga masing-masing untuk disemadikan di Taman Kota Masai, Johor Bahru, selepas bedah siasat.

Budak mati jatuh longkang



Johor Bahru: Usaha sekumpulan remaja mengambil bola yang terjatuh dalam longkang, bertukar tragedi apabila seorang murid Tahun Enam tergelincir dan lemas dihanyutkan arus deras ke Sungai Skudai di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku berdekatan rumah pangsa Taman Cempaka di sini kira-kira jam 5.30 petang, ketika mangsa, Abu Hanifah Abu Amir, 12, menyertai 10 rakan lain termasuk abangnya, Rahimidin, 23, bermain bola sepak di padang berdekatan.
Saksi kejadian, Mohammad Fadhil Mujahid, 26, berkata ketika sedang bermain, bola mereka terjatuh ke dalam longkang menyebabkan mereka bergegas ke saliran terbabit.

Katanya, ketika rakan yang lebih dewasa berusaha mengambil bola berkenaan, tanpa disedari mangsa yang turut berada di tepi longkang itu tergelincir.

Sejurus menyedari kejadian itu, kami berusaha membantu mangsa tetapi tidak berhasil kerana keadaan arus longkang yang deras selepas hujan lebat, katanya.

Sukarelawan turut bantu

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Skuba, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Marin serta sukarelawan membantu dalam operasi mengesan mangsa.
Susulan gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan polis, mayat mangsa ditemui orang awam yang membantu gerakan itu di sekitar Sungai Skudai, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Ibu mangsa, Rozaini Abdullah, 41, berkata dia tidak menyangka akan kehilangan anak kelapan daripada 11 beradik itu yang kebiasaannya periang

Graduan kena 5 tahun, sebat

Graduan   kena 5 tahun, sebatPin Pin dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar Kota Bharu: Graduan seni reka grafik, Wee Pin Pin, 27, dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan samun.

Pin Pin dari Taman Seri Remah, Tanah Merah, didakwa bagi tuduhan pertama, menggunakan sepucuk pistol tiruan untuk menyamun salun di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai milik Lim Tai Hua, 39, antara jam 2 dan 5.30 petang pada 27 November lalu.
Bagi tuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 itu, dia dikenakan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan.


Bagi tuduhan kedua, memiliki pisau pemotong daging pada tarikh, masa dan tempat sama, dia dikenakan hukuman penjara enam bulan.

Pin Pin juga dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 bagi kesalahan memiliki pistol tiruan berwarna hitam bertulis Glock 16 Austria 9x19 di tempat, waktu dan tarikh sama.

Dia juga dikenakan hukuman penjara enam bulan atas tuduhan keempat iaitu cuba melakukan rompakan di kedai berkenaan.

Bagi pertuduhan kelima, Pin Pin dikenakan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan mengurung secara salah Norshuhadah Mohd Razali, 21; Asma Rozali, 25; Nazirah Isa, 17, dan Lim Kem Tau@Lim Kim Tau, 65, di dalam kedai berkenaan pada tarikh dan masa sama.
Seksyen 342 

Dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam Nara Singh manakala pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari.

Terdahulu, Nara merayu kepada Hakim Ahmad Bazli Bahruddin supaya mahkamah mempertimbang hukuman minimum memandangkan itu kesalahan pertama tertuduh.

Tujuh sekawan rompak kedai 24 jam ditahan



Segamat: Kelicikan penyamun tujuh sekawan merompak kedai 24 jam sekitar Segamat dan Labis sejak awal tahun ini, berakhir apabila ditahan polis yang berjaya menjejaki rumah mereka.

Tujuh suspek membabitkan tiga kaum berusia 19 hingga 21 tahun itu, ditahan mulai 6 Mac lalu susulan tangkapan pertama membabitkan dua suspek sebelum polis berhasil mengesan baki kumpulan itu.
Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Kamil Sukarmi, berkata kumpulan itu dikesan menjadikan kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak sebagai sasaran.

Mereka dikesan menggunakan parang dan pistol tiruan bagi menakutkan mangsa supaya menyerahkan wang tunai serta barang berharga seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan minuman keras.

Jumlah kerugian setiap premis perniagaan yang menjadi sasaran rompakan kumpulan ini biasanya antara RM150 sehingga RM300, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Kamil berkata, kumpulan itu juga dikesan melupuskan kenderaan curi yang digunakan dalam kes samun dengan membuangkan ke sungai.

Ikues William: Ibu terima panggilan telefon berunsur ugutan




12 Mac 2013
 William Yau Zhen Zhong
William Yau Zhen Zhong
PETALING JAYA - Ibu William Yau Zhen Zhong memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau ada menerima panggilan telefon berunsur ugutan beberapa hari selepas kehilangan anaknya, di Putra Height, Subang Jaya, 16 Januari lepas.
  
Goh Ying Ying, 26, memberitahu beliau menerima panggilan telefon itu daripada seorang lelaki berbangsa Cina pada 20 Jan yang menuntut wang RM80,000 jika mahu mendapatkan semula anaknya.
  
"Orang itu cakap kalau nak anak awak, dalam masa dua hari kumpul duit sebanyak RM80,000 sebelum memutuskan talian telefon," katanya dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian William, 6, di sini hari ini.
  
Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya setelah dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
  
Saksi ketiga itu yang juga seorang suri rumah turut memberitahu mahkamah bahawa beliau juga ada mendengar suara kanak-kanak semasa panggilan telefon seterusnya oleh lelaki yang sama selepas beliau meminta untuk mendengar suara anaknya.
 
"Saya pernah sekali dengar ada suara budak panggil 'mummy, mummy' tetapi saya tidak pasti sama ada ia adalah suara William kerana suara itu agak serupa," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.
  
Goh juga tidak pasti sama ada suara itu adalah suara kanak-kanak lelaki atau perempuan, ketika ditanya Lee berhubung suara yang didengarnya melalui telefon tersebut.
  
Sementara itu, bapa William, Yau Kok Kang, 33, yang mempunyai sebuah bengkel membaiki motosikal memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah di dalam perniagaannya.
  
Yau berkata walaupun beliau mempunyai hutang dengan pembekal namun ia adalah perkara biasa dan bukan menjadi masalah kepadanya.
  
"Saya juga tidak pernah bergaduh dengan pelanggan namun mereka pernah complain," kata saksi kedua itu ketika menjawab soalan Koroner Mohd Hezri Shaharil.

Yau juga turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah menerima sebarang ugutan daripada pelanggan atau bekas pekerjanya.
  
Ketika ditanya Lee mengenai keretakan pada tulang rusuk William, Yau memaklumkan bahawa dia hanya tahu perkara itu selepas dimaklumkan doktor yang melakukan bedah siasat terhadap anaknya itu.
  
Koroner Mohd Hezri kemudian menetapkan 20 Mac untuk melawat tempat kejadian di mana William dilaporkan hilang di Putra Height, Subang Jaya.
  
Prosiding inkues bersambung 22 April.  - Bernama

Kereta peronda polis dilanggar




12 Mac 2013
MELAKA - Dua kereta peronda polis dilanggar ketika mengejar sebuah kereta yang dinaiki dua individu di sini awal pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata bagaimanapun pemandunya yang berusia 35 tahun dan penumpangnya seorang wanita yang berusia 30 tahun berjaya ditahan dan polis menemui dua ketul dadah dipercayai jenis 'ice' dari kereta itu.
  
Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 1.30 pagi apabila kereta Viva berwarna putih tersebut dikesan di tepi Jalan Peringgit dalam keadaan mencurigakan.
  
"Apabila dihampiri, pemandu kereta itu bertindak memecut kenderaanya ke kawasan Bukit Peringgit. Sambil mengekori kereta itu, anggota peronda dari balai Bukit Baru tersebut turut meminta bantuan anggota peronda yang lain bagi menjejaki kenderaan berkenaan, katanya.
  
Salehhudin berkata kenderaan itu dikesan bergerak keluar ke jalan besar dalam arah melawan arus menghala ke Hospital Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil, sebelum dapat dihalang kereta peronda dari balai Sungai Udang di bawah jejambat berhampiran.
  
Beliau berkata pemandu kereta yang menyedari usahanya melarikan diri telah dihalang, bertindak mengundur kenderaanya dan melanggar kereta peronda dari balai Bukit Baru sebelum bergerak ke depan semula dan melanggar kereta peronda sebuah lagi.  - Bernama

Tertuduh kes rogol mati dalam sel


New Delhi: Tertuduh utama dalam kes rogol beramai-ramai membabitkan seorang mahasiswa dalam sebuah bas Disember lalu ditemui mati dalam sel penjara semalam, mencetuskan kemarahan daripada keluarga mangsa.

Kakitangan di Penjara Tihar di pinggir ibu negara India itu berkata, Ram Singh menggantung diri menggunakan bajunya.


Namun, keluarga Ram mendakwa, tidak mungkin pemandu bas itu membunuh diri dan pernah memberitahu, nyawanya dalam bahaya.

Peguam Ram pula berkata, kematian itu sepatutnya disiasat sebagai kes bunuh. Ram, 30-an, adalah seorang daripada enam tertuduh yang dibicarakan atas kesalahan merogol dan membunuh seorang mahasiswa berusia 23 tahun yang mencetuskan kemarahan besar-besaran seluruh India.


Dia ditemui mati dalam sel tahanannya jam 5.15 pagi.


Pegawai undang-undang penjara, Sunil Gupta berkata, Ram mengikat semua pakaiannya dan menggunakan palang di siling serta bangku kayu menggantung dirinya.

“Majistret memulakan siasatan untuk mengetahui jika berlaku kecuaian di sebalik kematian lelaki terbabit,” katanya.


Sementara itu, bapa mangsa rogol itu berkata, jelas pihak berkuasa cuai dalam tugas mereka. “Kita tidak faham bagaimana polis gagal melindungi Ram.

“Pihak berkuasa tahu dia adalah suspek utama dalam kes anak saya. Bagaimana mereka membiarkan suspek terbabit memilih cara untuk mati?” katanya.


Disebabkan kegagalan polis itu, katanya, dia tertanya-tanya bagaimana nasib kes berkenaan. Ram sering hadir di mahkamah untuk menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Empat lelaki lain dituduh melakukan rogol berkumpulan dan berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.


Suspek keenam ialah remaja berusia 17 tahun yang dibicarakan di mahkamah juvana dan berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun. - AFP

Jual bayi untuk bahan pornografi



Indianapolis: Seorang ibu didakwa di mahkamah kerana menjual anaknya baru berusia 18 bulan kepada seorang lelaki untuk dijadikan bahan pornografi.

Walaupun bayaran untuk transaksi itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah, Natisha Hillard dipercayai tahu anak perempuannya akan dijadikan bahan filem lucah oleh Christopher Bour.


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memulakan siasatan terhadap Bour, 39, selepas seorang tukang urut memberitahu mengenai rancangan lelaki terbabit mengambil kesempatan atas anak Natisha.

Niat Bour itu disampaikan kepada sumber terbabit melalui mesej teks.


Satu daripada mesej teks itu menyatakan: “Mahu melihat saya berseronok dengan seorang bayi esok? Ini bukan main-main.” Satu lagi mesej Bour ialah: “Sesekali saya dapat peluang. Mungkin kamu boleh tolong pegangkan kamera.” Sementara itu, ketika disoal siasat, Natisha, 24, berkata dia pernah melihat filem lucah menggunakan kanak-kanak di komputer riba Bour. Katanya, dia mengunjungi rumah Bour ketika kediaman lelaki terbabit diubah suai. Sumber FBI berkata, Bour pernah menyatakan minatnya kepada aksi asmara seperti haiwan. Menurut NBC News, ejen FBI menyamar sebagai tukang urut terbabit dan menghantar mesej teks kepada Bour. “Mesej itu dibalas Bour dengan penjelasan berbau lucah dan dia mengaku pernah melakukan aktiviti seks dengan kanak-kanak dengan izin ibu mangsa,” lapor NBC News.


Berdasarkan maklumat yang ada, ejen FBI menyerbu rumah Bour di Hammond, Indiana, dan merampas komputernya.

Pihak berkuasa turut menemui video dan gambar lucah membabitkan orang dewasa dan kanak-kanak.


Sumber FBI berkata, ada antara gambar itu memaparkan Bour bersama kanak-kanak, selain imej Natisha.

Rekod mahkamah menunjukkan, Natisha mengenali Bour melalui perkhidmatan cari jodoh di Internet. Natisha dituduh menjual anaknya kepada Bour dengan mengetahui ia akan digunakan untuk aktiviti seks.


Bour pula berdepan dakwaan menghasilkan bahan pornografi membabitkan kanak-kanak. - Daily Mail

Temui ajal ambil bola dalam parit

Johor Bahru: “Saya nekad berenang ke arah kanak-kanak itu yang terkapai-kapai meminta tolong, tetapi tidak berjaya sebelum melihat tubuhnya berpusing-pusing dibawa arus deras.
“Malah, saya juga hampir lemas dibawa arus deras dan terpaksa berpaut pada rumput di tepi parit,” kata penduduk di Taman Cempaka, Muhammad Fadhil Mujahid, 26, semalam.

Muhammad Fadhil terjun dalam parit selebar lebih dua meter dan sedalam lebih dua meter bagi menyelamatkan Abu Hanifah Amir, 12, yang tergelincir ketika ingin mengambil bola dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.


Mayat Abu Hanifah ditemui pada jam 3 petang semalam berhampiran Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama, Sungai Skudai, lima kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Foto
ANGGOTA penyelamat mengangkat jenazah Abu Hanifah yang ditemui di Sungai Skudai, semalam.

Muhammad Fadhil berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu.

Pendaki Jepun yang sesat ditemui selamat



MEDAN, Indonesia - Seorang pendaki warga Jepun, Kosei Yamada yang didapati hilang selama empat hari di sini telah ditemui pasukan penyelamat di Gunung Sibayak semalam.
Pasukan penyelamat memberitahu mereka telah berjaya memindahkan mangsa yang didapati hilang sejak empat hari lalu dengan selamat selepas dia mendaki sebuah gunung berapi yang tidak aktif di Sumatera.
Ketua pasukan penyelamat, Dianta Bangun berkata, mangsa tersebut, Kosei Yamada yang berusia 39 tahun dijumpai lewat Sabtu lalu.
Katanya, mangsa ditemui di dalam sebuah gaung tempat dia terjatuh selepas hilang imbangan kerana seharian mendaki.
Keadaan cuaca kabus tebal, kegelapan dan cuaca buruk telah menyukarkan usaha-usaha pasukan penyelamat.
Bangun berkata, pasukan penyelamat telah memindahkan mangsa melalui jalan yang tidak rata dan hutan tebal lewat Ahad lalu.
Menurutnya, anggota-anggota penyelamat bergegas menghantarnya ke sebuah hospital di Medan untuk merawat kecederaan kecil yang dialami mangsa.
Gunung Sibayak merupakan salah sebuah dari 130 gunung berapi di Indonesia.
Kali terakhir gunung itu meletus ialah pada 1881. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2NGx8s6eB 
Hakcipta terpelihara 

Bekas pemain tenis No.1 tumbuk bekas kekasih



MIAMI, Florida - Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Jennifer Capriati (gambar) kini berhadapan dengan dakwaan menyerang dengan dan kemungkinan ditangkap selepas dituduh menghendap dan menumbuk seorang bekas teman lelakinya pada 14 Februari lalu.
Polis menyatakan, Capriati, 36, didapati bertengkar dengan bekas teman lelakinya, Ivan Brannan di gimnasium Oxygen Health & Wellness di Palm Beach Utara, Florida.
Menurut laporan, ketika Brannan bersenam, Capriati, 36, tiba-tiba menjerit ke arahnya lalu menumbuknya sebanyak empat kali di dada bekas kekasihnya itu.
Seorang guru yoga yang juga merupakan seorang pengurus gimnasium itu, cuba menghalang bekas pemain tenis tersebut daripada terus menumbuk Brannan.
Bekas kekasih Capriati itu kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan 911 selepas mengurung dirinya di dalam bilik.
Brannan yang merupakan seorang bekas pemain golf Universiti Florida mengalami kesan kemerahan di dada akibat insiden tersebut.
Brannan, 28, yang menjadi kekasih Capriati antara Mei 2011 hingga Februari 2012 memberitahu polis, bekas pemain tenis itu mula menghendap dan mengganggunya sejurus selepas mereka berpisah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2NGx314zk 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Fukushima saman kerajaan Jepun




GAMBAR rakaman dari udara menunjukkan loji nuklear Fukushima Dai-ichi di Fukushima semalam.


TOKYO - Beratus-ratus orang yang terjejas akibat krisis nuklear Fukushima di Jepun telah bertindak memfailkan satu tuntutan mahkamah semalam.
Tuntutan itu dilakukan bagi mendesak satu usaha lebih besar dilakukan bagi membersihkan rantau yang tercemar dengan radiasi dalam tempoh dua tahun selepas bencana tersebut berlaku di timur laut Jepun itu.
Kira-kira 800 plaintif memfailkan kes tuntutan saman itu di Mahkamah Daerah Fukushima.
Mereka menuntut pampasan sebanyak 50,000 yen (RM1,618) sebulan untuk setiap seorang daripada kerajaan dan syarikat Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) sehingga kawasan berkenaan kembali pulih, kata seorang peguam bela penduduk Fukushima menerusi satu kenyataan.
Kesemua plaintif itu berasal dari Fukushima tetapi terdapat juga beberapa penduduk di wilayah jiran terbabit, kata peguam bela tersebut.
"Melalui kes itu, kami mahu langkah-langkah pemulihan di wilayah tersebut dilakukan agar ia kembali seperti kepada keadaan sebelum pencemaran radiasi mencemari kawasan berkenaan.
"Kami menuntut pampasan untuk masalah kesakitan psikologi sehingga proses pemulihan berakhir," kata kenyataan tersebut.
Gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011 menyebabkan loji jana kuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi mengalami kebocoran radioaktif. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2NGwUoiwG 
Hakcipta terpelihara 

Wanita pekak, bisu gagal bunuh diri




SEORANG wanita bisu dan pekak duduk di atas sebuah struktur binaan dengan tujuan untuk membunuh diri di Dataran Omonia, Athens semalam.


ATHENS, Greece - Seorang wanita pekak dan bisu berusia 35 tahun semalam memanjat sebuah struktur binaan di Dataran Omonia di sini dengan tujuan untuk terjun bagi membunuh diri.
Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak melakukan perbuatan tersebut selepas bantuan kewangan kepada golongan istimewa lewat dibayar.
Negara ini mengalami masalah hutang yang tinggi menyebabkan langkah penjimatan dilakukan oleh pihak pemerintah.
Bagaimanapun, wanita berusia 35 tahun itu kemudian berjaya dipujuk oleh seorang anggota bomba apabila dia dibawa turun dengan menggunakan kren.
Wanita tersebut sebelum ini pernah menunjuk perasaan di tempat yang sama tiga bulan lalu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2NGwQTvc7 
Hakcipta terpelihara 

Bantah majikan tak bayar gaji




Klang: Kira-kira 100 warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang menghasilkan benang di Pandamaran di sini, mengadakan bantahan aman menuntut majikan melunaskan gaji mereka yang didakwa belum dijelaskan, semalam.

Mereka mendakwa gaji dua bulan iaitu Januari dan Februari itu belum diterima selain turut menyatakan kekesalan kerana gaji sebelum ini diterima kurang berbanding gaji sepatutnya diterima iaitu RM900 sebulan.


Ekoran tidak berpuas hati dengan keadaan itu, kelmarin, semua pekerja terbabit cuba menemui majikan bagi mendapatkan penjelasan namun hasrat mereka berakhir kejadian tidak diduga apabila mendakwa diserang sekumpulan pekerja warga Bangladesh bersenjatakan besi di kilang itu menyebabkan kira-kira 10 pekerja warga Nepal tercedera.

Seorang daripada mangsa yang cedera di lengan kiri, Bam Prasad Limpa, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin ketika dia dan rakan senegaranya ke kilang itu untuk menemui majikan bagi mendapatkan penjelasan.


“Kami ke sana beramai-ramai dan tidak sangka niat kami berakhir dengan kejadian tidak diduga. Kami cuba mempertahankan diri namun gagal kerana mereka bersenjatakan besi hingga mengakibatkan rakan senegara tercedera,” katanya kepada pemberita, semalam.


Rakannya, Manoj Kumar Rai, 28, berkata, beliau dan rakannya menyedari ditindas majikan apabila majikan gagal menjelaskan gaji pada masa ditetapkan.

“Kegagalan ini kali kedua berlaku dan kali pertama beberapa bulan lalu namun kami tidak menghiraukannya kerana menganggap mungkin majikan berdepan masalah kewangan namun, sebaik menyedari bayaran gaji juga tidak menepati apa ditawarkan iaitu RM900, kami sedar kami tertipu,” katanya.


Manoj berkata, beliau dan rakan senegaranya yang bekerja di kilang itu juga bimbang dengan nasib mereka di negara ini selepas majikan mengugut untuk memberhentikan mereka dari kilang itu selain tidak membenarkan mereka tinggal di sebuah flat di sini yang dijadikan asrama pekerja.

“Kami khuatir dengan keselamatan rakan sekerja kerana dokumen perjalanan empat daripada mereka sudah tamat tempoh manakala selebihnya akan tamat tempoh dalam beberapa bulan lagi.


“Jika benar kami diberhentikan ke mana kami hendak pergi? Duit tiada tambahan pula pasport tamat tempoh. Kami bimbang kami ditangkap pihak berkuasa negara ini justeru kami merayu agar majikan melunaskan hak kami serta membenarkan kami terus bekerja di kilang itu. Ini pendapatan dan masa depan kami,” katanya.


Kumpulan pekerja itu turut membuat laporan polis terhadap kegagalan majikan mereka melunaskan bayaran gaji dan dakwaan serangan oleh pekerja warga Bangladesh ke atas mereka.


Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash yang turut menerima aduan kejadian itu berkata, pihaknya kesal dengan kejadian menimpa semua pekerja itu yang seolah-olah dianaktirikan majikan mereka.

Hilang selepas bonceng motosikal



Kuala Lumpur: Sudah lima hari Rosmahwati Ruslan, 15, menghilangkan diri dan keadaan ini amat merisaukan ibu bapanya.

Remaja itu yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dilihat membonceng motosikal berdekatan kawasan sekolahnya di Seksyen U2, Shah Alam dan selepas itu tidak pulang ke rumah.


Ibunya, Arbanun Jahari, 33, bimbang kerana usaha menghubungi anaknya itu gagal malah SMS juga tidak berbalas.

Malah dia turut terkejut apabila pihak sekolah memaklumkan anaknya hanya hadir dua hari ke sekolah pada Januari dan tujuh hari pada Februari.


Sebarang maklumat boleh menghubungi Sarjan Zamri di 012-3634378 (IPD Bukit Jelutong) atau Arbanun di 019-5836267.

Kelar lengan anak tiri minta wang



Kuala Lumpur: Seorang lelaki bertindak kejam apabila mengelar lengan anak tirinya selepas berang dengan perbuatan remaja itu yang kerap minta wang daripada isterinya di Flat Sri Sabah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 21 tahun turut ditetak di kepala dan dia kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa bertengkar dengan bapa tiri yang berusia 40-an kerana tidak membenarkan ibunya memberi wang yang diminta.

“Berang dengan tindakan mangsa yang melawan, bapa tirinya berlari ke dapur dan mengambil pisau pemotong daging lalu menggelar tangan anak tirinya dan menetak di kepala,” katanya, semalam.

Ibu mangsa along




Kuala Lumpur: Seorang ibu terpaksa menghabiskan wang simpanan lebih RM250,000 selepas anak lelaki bongsunya membuat pinjaman ceti haram atau along untuk bermain judi sejak dua tahun lalu.

Menurut Lai Yee Mui, 74, dia terpaksa membayar pinjaman berkenaan selepas diugut bunuh dan bakar oleh along yang sengaja mengambil kesempatan meminjamkan wang kepada anak lelakinya yang mengalami masalah mental.


Lai yang tinggal bersama suami, anak lelakinya, Foong Yew Choo, 44, serta dua cucu lelakinya di Kajang berkata, dia diganggu along yang menuntut bayaran sejak dua tahun lalu.

“Sejak itu semua wang simpanan saya lebih RM250,000 habis untuk membuat bayaran kepada along, namun mereka masih lagi menuntut bayaran daripada saya dengan mengatakan hutang anak saya masih belum langsai.


“Kali terakhir datang, mereka mengugut untuk membakar rumah kami serta membunuh saya jika tidak membuat bayaran kepada mereka,” katanya yang ditemui di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, semalam.


Jiran Lai, Yap Kiam Wei, 43, yang turut menemani wanita itu berkata, dia sangat simpati dengan nasib menimpa warga emas terbabit.

“Foong mula ketagih bermain judi Internet sejak 2006 iaitu selepas dia bercerai dengan isterinya dan kerana itu dia selalu meminjam wang daripada along untuk bermain judi.


“Ibunya pernah memberitahu along berkenaan supaya berhenti meminjamkan wang kepada anaknya kerana dia sakit mental, namun mereka tetap meminjamkan wang seolah-olah mahu mengambil kesempatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, laporan polis dibuat Lai dan pihaknya akan berbincang dengan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab bagi membantu menyelesaikan kes.


“Kes membabitkan along tahun ini boleh dikatakan meningkat. Berdasarkan rekod setakat bulan Mac, kerugian dianggarkan RM7.5 juta,” katanya.

Suami bela isteri mati ditetak



Kuala Kubu Baru: Pergaduhan antara dua wanita sebelum berlarutan dengan serang menyerang antara suami masing-masing berakhir kematian seorang daripada lelaki terbabit di Jalan Padang Tembak, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 8 malam itu yang membabitkan dua wanita yang tinggal berjiran turut menyebabkan adik lelaki mangsa cedera di tangan akibat ditetak ketika cuba menyelamatkan abangnya.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, selepas kedua-dua isteri berusia 33 dan 45 tahun bergaduh, seorang daripada mereka mengadu kepada suaminya.

“Si suami berusia 32 tahun itu pergi ke rumah jirannya untuk mendapatkan penjelasan namun berlaku pula pergaduhan dengan tuan rumah sebelum dia pulang ke rumahnya dan datang semula bersama adik lelakinya dengan membawa kayu.


“Dia memukul isteri jirannya itu menyebabkan wanita berusia 45 tahun itu cedera di kepala. Tindakan itu menyebabkan suami terbabit mengamuk lalu menetak leher mangsa hingga hampir putus.


“Adik lelaki mangsa yang cuba menghulurkan bantuan turut ditetak di jari kanannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru (KKB) untuk bedah siasat manakala adik mangsa dan isteri suspek dibawa ke hospital sama untuk rawatan.


Norel berkata, berikutan itu suspek berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan membunuh.

Maut jatuh balkoni

Subang Jaya: Tindakan seorang pengedar dadah melarikan diri daripada ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Tingkat 16, Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terjatuh dari balkoni kediaman itu, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, suspek cuba bergayut dari balkoni tingkat 16 untuk ke balkoni di tingkat bawah ketika serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Dia bagaimanapun tergelincir dan jatuh di kawasan tempat letak kereta bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian pasukan berkenaan membuat serbuan hasil maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah itu.

“Sebaik tiba di rumah itu didapati pintu jeriji berkunci sebelum polis mengetuknya dan pintu rumah dibuka seorang lelaki.

“Polis memperkenalkan diri dan lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran polis menutup pintu dan lari masuk ke dalam rumah,” katanya.
Foto
ANGGOTA polis menutup mayat suspek.
Menurutnya, polis mengumpil pintu jeriji itu dan menyerbu rumah berkenaan untuk menahan lelaki terbabit.

“Dua lelaki cuba bersembunyi, tetapi dapat diberkas, malah polis turut merampas heroin dengan anggaran berat dua gram daripada mereka.
“Bagaimanapun, seorang suspek memberitahu polis seorang lagi rakan mereka melarikan diri melalui balkoni,” katanya.

Yahaya berkata, pemeriksaan lanjut pasukan berkenaan di balkoni ternampak seorang individu dalam keadaan terbaring di bawah bangunan. “Polis dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan itu.

“Pemeriksaan polis berhampiran mayat itu menemui lima peket plastik lutsinar disyaki mengandungi heroin dan dipercayai lelaki yang maut itu suspek yang melarikan diri daripada serbuan,” katanya. Beliau berkata, suspek yang ditahan dibawa ke IPD Subang Jaya bersama rampasan untuk tindakan lanjut, manakala mayat suspek berusia 30 tahun itu dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk dibedah siasat.

Dua rakan lemas dibawa ombak


KOTA TINGGI: Kegembiraan empat sahabat berkelah dan mandi-manda di pantai awam Desaru di sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas dalam satu kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata kedua-dua mangsa dari Taman Kota Masai, Johor Baharu itu dilapor hilang selepas dibawa ombak ketika mandi pada pukul 11 pagi.

Mayat kedua-dua remaja lelaki berkenaan iaitu Lee Vui Xhen, 19 dan Wong Yee Kin, 18 ditemui tidak jauh daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam kemudian, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila Lee tiba-tiba dihanyutkan ombak kuat dan Wong cuba membantu sebelum kedua-duanya hilang daripada pandangan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedahn siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, katanya.