Search This Blog

Monday, March 11, 2013

Bebola ikan berdarah

Jempol: Seorang bapa dan bayi lelakinya berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Besar FELDA Palong 1, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian menyayat hati kira-kira jam 8.15 malam itu, pemandu kereta, Norshah Rizan Nordin, 32, mati akibat kecederaan parah ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah jam 2.45 pagi semalam, manakala anaknya, Muhamad Danish Farhan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas sejurus kemalangan.
Norshah Rizan bersama lima anggota keluarganya dikatakan baru pulang dari membeli barangan keperluan di Pekan Gemas dan lebih pilu ketulan ayam goreng serta bebola ikan bertaburan dengan darah di dalam kereta itu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, dua penumpang kereta parah iaitu bapa Norshah Rizan iaitu Nordin Sidek, 59, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), manakala ibunya, Sawiyah Tompang, 59, menerima rawatan di Hospital Segamat.
Foto
KERETA mangsa remuk teruk dalam nahas meragut dua nyawa, malam kelmarin.

“Turut menerima rawatan di Hospital Segamat ialah isteri Norshah Rizan iaitu Nor Aini Atan berusia 27 tahun dan anak pertama mereka, Muhamad Danish Irfan, 4.

Lelaki pandu kereta mati ditembak



Pattani: Seorang lelaki mati ditembak ketika menaiki keretanya di daerah Nong Chik, Pattani, semalam.

Jurucakap polis berkata, mangsa dikenali sebagai Makosi Awae, 42, yang memandu kereta BMW di sebatang jalan berhampiran Ban Sai Mo.


“Mangsa diserang sekumpulan lelaki bersenjata AK-47 dan raifal M16,” katanya. Berdasarkan siasatan, kata jurucakap itu, Makosi ditembak berkali-kali dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Sementara itu, isteri seorang polis peronda sempadan ditembak mati di daerah Mayo, Pattani, ketika dia dalam perjalanan pulang dari pasar, pagi semalam. Ketua Polis Mayo, Kong-ath Suwankham berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi.- BP

Sebahagian mayat wanita dimakan anjing



Jakarta: Pihak berkuasa masih belum menemui keseluruhan cebisan mayat wanita yang menjadi mangsa pembunuhan suaminya.

Jurucakap polis berkata, suspek Benget Situmorang, mengaku membuang mayat isterinya yang dicincang di sepanjang Jalan Tol Cawang, manakala bahagian dalam pula di sungai di belakang Balai Bomba Ciracas, Jakarta Timur.


“Kami percaya sebahagian yang belum ditemui itu dimakan anjing,” katanya. Rabu lalu, polis menyatakan, Darna Sri Astuti disyaki dibunuh suaminya dan pihak berkuasa menahan dua suspek, masing-masing membabitkan suami mangsa dan seorang wanita lain.

Siasatan menunjukkan, Darna dibunuh kerana dia disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Pada 5 Mac lalu, sebahagian daripada cebisan tubuh Darna ditemui di tepi Jalan Tol Cawang. Jurucakap polis berkata, suspek menyesal membunuh Darna, tetapi dia mengaku menyimpan dendam terhadap mangsa sejak sekian lama.


“Darna enggan memberitahu siapa lelaki yang menjalin hubungan dengannya,” katanya. Menurut jurucakap itu, suspek mendakwa dia tidak mempunyai sebarang hubungan sulit dengan mana-mana wanita lain. “Seorang wanita yang ditahan itu cuba membantu suspek membuang potongan tubuh Darna, tetapi dia tidak membunuh atau memotong mayat mangsa,” katanya. - republika.co.id

Bekas peguam didakwa pecah amanah lulus pinjaman RM108,000



8 Mac 2013
PETALING JAYA - Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah berhubung kelulusan pinjaman, tiga tahun lalu.

Majdah Idrus, 37, yang ketika itu peguam di Firma Tetuan Amara dan Ho didakwa pecah amanah berhubung kelulusan pinjaman perumahan berjumlah RM108,000 yang telah dimasukkan ke akaun firma tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di firma tersebut di Jalan USJ 16/2F UEP Subang Jaya, pada 9.57 pagi, 3 Jun 2010, dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Majdah, yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menanggung keluarga.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh perlu diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 April untuk sebutan semula kes. - Bernama

Tedung selar mengganas jaga 40 telur ular



Tedung selar mengganas jaga 40 telur ular
Mohd Hamdan menunjukkan tedung selar berjaya ditangkap dan telur reptilia itu di Kampung Bukit Sireh, dekat Kuala Krai, kelmarin.
KUALA KRAI - Operasi menangkap ular tedung selar di Kampung Bukit Sireh, dekat sini, kelmarin, dikejutkan dengan penemuan 40 telur haiwan itu, sekali gus menjelaskan tindakan agresif reptilia berbisa itu termasuk mengejar penduduk beberapa hari lalu.

Ular sepanjang tiga meter itu ditangkap penjinak ular, Mohd Hamdan Mahadi bersama tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai di sebuah kebun getah di kampung itu, jam 10.30 pagi.

Mohd Hamdan berkata, dia terima panggilan daripada penduduk mengenai kehadiran ular di kebun getah berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal itu kira-kira jam 10.15 pagi.

“Pemanggil beritahu takut nak keluar menoreh kerana ular sama pernah kejar dia beberapa hari lalu. Saya minta bantuan bomba untuk kepung ular ini di kawasan kebun getah supaya tidak terlepas lari,” katanya, kelmarin.

Mohd Hamdan berkata, selepas reptilia berbisa itu berjaya dijinakkan, pemeriksaan di kawasan sekitar menemui 40 telur ular dipercayai hampir menetas di pangkal sebatang pokok getah dalam kebun berkenaan.

“Ada 40 biji semua tetapi enam pecah dan selebihnya saya bawa balik. Saya akan letak telur ini dalam bekas sesuai dan biarkan sehingga menetas, mungkin dalam dua hingga tiga minggu lagi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hamdan berkata, tedung selar antara segelintir spesies ular yang membina sarang, bertelur dan mengeram sehingga telur hampir menetas.

“Tedung selar antara ular paling ganas, liar dan agresif ketika menjaga sarangnya. Selalunya tedung selar akan tinggalkan sarang sebelum telur menetas untuk elak daripada makan anaknya sendiri,” katanya.

Wanita 71 tahun mati ditikam




9 Mac 2013
SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Kampung Padang Temusu dekat sini semalam dengan kesan tikaman pada badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nasir Ya berkata, polis menerima maklumat penemuan mayat Siti Zainab Bakar, 71, setelah dimaklumkan seorang daripada anak mangsa.

Beliau berkata, anak kedua mangsa itu tampil membuat laporan pada kira-kira 5 petang di Balai Polis Sungai Petani.

"Kita sudah turun ke rumah mangsa untuk melihat tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berada di atas katil di dalam bilik.

"Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan. Suspek dan motif kejadian juga masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejadian malang yang menimpa Siti Zainab itu hanya disedari seorang anaknya yang pulang ke rumah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. - Bernama

Trend baru makmal proses dadah



Trend baru makmal proses dadah
Wan Abdullah (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas
Trend baru makmal proses dadah
Makmal memproses dadah yang beroperasi di kondominium di Jalan Klang Lama.
Sindiket pengedaran dadah semakin berleluasa dan tidak lagi menyeludup masuk dadah jenis sintetik ke negara ini, sebaliknya ‘mengimport’ pakar dari luar negara untuk memproses dan membuat sendiri dadah di dalam negara.

Pembongkaran makmal dan tangkapan anggota sindiket terbabit bagaimanapun tidak menakutkan pengedar dadah lain untuk meneruskan kegiatan haram itu kerana menyedari perniagaan yang dijalankan amat menguntungkan.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 31 makmal memproses dadah milik sindiket tempatan dan asing berjaya ditumpaskan sejak Januari hingga September tahun lalu.

Setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, telah berjaya mengesan dan menyekat beberapa sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di hotel-hotel atau residensi mewah di sekitar ibu negara.

Tahun lalu, jabatan ini berjaya melakukan sebanyak 30 Ops Waja ke atas sindiket pengedaran dadah warga tempatan dan asing di sekitar Lembah Klang.

Selain daripada itu, operasi khas turut dilancarkan ke atas rumah sewa, premis seperti hotel bajet, pusat internet dan tempat mencuci kenderaan kerana disyaki dijadikan tempat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur.

Hasilnya polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM2.5 juta, ganja (RM82,400) dan heroin R(M153,800).

Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Wan Abdullah Ishak berkata, pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada Filipina manakala pil ekstasi kebanyakannya diseludupkan dari Eropah.

"Setakat ini kita telah berjaya  mengesan dan membuat serbuan ke atas enam buah makmal dadah pada tahun lepas manakala dua daripadanya pada tahun ini.

"Modus Operandi  sindiket dadah warga tempatan ini termasuklah  menggunakan  penyeludup Iran dan Nigeria sebagai rakan kongsi bagi menjalankan aktiviti  memproses dadah di makmal yang  diwujudkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, sebanyak 185 tangkapan telah dilakukan setakat ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Melalui kerjasama Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana  terlibat dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Katanya, dalam operasi yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sepanjang tahun 2013, sebanyak sepuluh tangkapan anggota sindiket dilakukan di hotel dan kawasan perumahan.

Difahamkan, hasil serbuan sepanjang tempoh lima bulan kebelakangan ini,  polis berjaya merampas sepucuk senjata api jenis Colt’s Government bersama kelopak serta sebutir peluru hidup dan tujuh butir peluru hidup (4.5mm) daripada seorang lelaki yang merupakan
anggota sindiket dadah di Kampung Baru.

Laporan operasi antarabangsa

1. PDRM telah mengambil bahagian dalam International Narcotics Joint Operations di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai Model for countries that need to estabilish more effective control system. Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat kepada negara kita.

2. Pada 1998 Malaysia telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement.

3. Pada 1999, Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah.
Laporan media

Dalam kes terbaru minggu lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur berjaya membongkar makmal mini memproses dadah di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama susulan daripada penemuan mayat seorang lelaki yang merupakan seorang ahli sindiket pengedaran dadah.
Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Wan Abdullah Ishak berkata, rumah berkenaan telah dijadikan makmal dadah dan dipercayai telah beroperasi hampir tiga bulan lalu.

“Kami menemui dadah jenis Eramine 5 sebanyak 3,500 biji, Ecstacy 1,772 biji, serbuk Ecstacy 550 gram, Syabu 1, 201 gram dan campuran dadah kimia (Sulfurine Acid, Benzene, Hydrocloric Acid, Acetone, Methanol dan Clorofome yang tidak dinilai) bernilai hampir RM1.8 juta,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga menemui barangan untuk memproses dadah antaranya, 14 balang botol yang mengandungi bahan kimia, tiga mangkuk kaca, tiga alat penimbang, satu sealer dan satu corong besar penapis kaca.
“Polis percaya mangsa dibunuh kerana bermotifkan dendam," katanya.

2 remaja lemas di pantai Desaru



11 Mac 2013
KOTA TINGGI – Dua remaja dipercayai lemas di pantai awam Desaru ketika sedang bermandi-manda bersama dua lagi rakannya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas dibawa arus ketika mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 11.00 pagi.

Menurutnya mayat mangsa, Lee Vui Xxen, 19, ditemui pada jam 1.10 tengah hari manakala mayat rakannya Wong Yee Kin, 18, ditemui kira-kira 18 minit kemudian, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Difahamkan dalam kejadian itu Yee Kin cuba menyelamatkan Vui Xxen yang tiba-tiba dibawa arus, namun begitu dia gagal dan hilang bersama rakannya.

“Ekoran itu satu laporan telah dibuat oleh seorang pengawal keselamatan pantai awam Desaru tersebut. Operasi mencari mangsa oleh anggota bomba dan polis marin telah dijalankan sehinggalah mayat itu ditemui.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk disemadikan di Taman Kota Masai, Johor Bahru selasa ini,” katanya.

12 termasuk 2 wanita ditahan kes pergaduhan 2 kumpulan




11 Mac 2013
KAJANG - Dua belas termasuk dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah restoran di Teras Jernang, Bangi, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, dua lelaki yang merupakan ahli perniagaan bersama isteri masing-masing dikatakan berbincang mengenai sebuah projek pembinaan sebelum berlaku pergaduhan akibat rasa tidak puas hati.

"Mereka kemudiannya memanggil kumpulan masing-masing seramai 15 orang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan senjata tajam serta membaling kerusi dan meja makan di restoran itu.

"Dalam pergaduhan 15 minit itu, tiga lelaki cedera dan ada yang ditetak di kepala," katanya kepada pemberita selepas majlis serahan sumbangan untuk balu dan keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Ab Rashid berkata susulan itu, polis menahan 12 orang terbabit pada hari kejadian untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan reman sehingga 12 Mac ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan bergaduh.

"Siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pergaduhan. Dua kumpulan itu dipercayai dari Ampang dan Shah Alam," katanya.

Pada majlis itu, Ab Rashid menerima sumbangan berjumlah RM29,000 daripada beberapa individu dan syarikat swasta yang akan diserahkan kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia sebelum diagihkan kepada pihak berkenaan. - Bernama

Kapal karam selepas langgar feri penumpang ke Pulau Bukom




9 Mac 2013
SINGAPURA - Sebuah kapal yang berdaftar di Indonesia karam selepas berlanggar dengan feri penumpang yang sedang belayar ke Pulau Bukom. hari ini, mengakibatkan seorang kru kapal hilang dan enam penumpang feri cedera.

Kapal Budi Jasa 18 karam di West Keppel Fairway selepas berlanggar dengan Sea Hawk, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura, yang menerima laporan kemalangan itu pada 6.25 pagi ini.
 
MPA berkata lima kru kapal diselamatkan dan seorang dilaporkan hilang.
 
Sea Hawk berlepas dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom dan membawa 200 penumpang ketika kejadian.
 
Lapan penumpang cedera, lima daripadanya dihantar ke Klinik Bukom untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan melecet manakala tiga dihantar ke Hospital Alexandra.
 
MPA menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan masing-masing dua kapal MPA dan kapal Polis Pengawal Pantai serta unit penyelam.
 
MPA mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di kawasan itu agar menjauhi kawasan SAR dan melaporkan jika ternampak orang yang dilaporkan hilang itu.
 
Katanya operasi pelabuhan tidak terjejas. - Bernama

21 sah dihukum mati



21 sah dihukum mati
Ahli keluarga mangsa yang terkorban menyambut baik keputusan mahkamah, semalam. Foto: AP
KAHERAH - Mahkamah Mesir, semalam, mengesahkan hukuman gantung sampai mati akan dikenakan ke atas 21 penyokong kelab bola sepak Al-Masry yang didakwa terlibat dalam rusuhan ganas di Stadium Pelabuhan Said pada tahun lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas perlawanan antara kelab bola sepak Al-Ahly dan Al- Masry hingga menyebabkan 74 orang terbunuh.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas lima lagi tertuduh manakala 28 termasuk beberapa anggota keselamatan dibebaskan.

Sementara itu, mahkamah juga mengumumkan 73 defendan lain dikenakan hukuman penjara lebih ringan.

Susulan daripada keputusan tersebut, penyokong kelab Al-Ahly bertindak menyerbu dan membakar ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Mesir di ibu negara sebagai bantahan terhadap pembebasan tujuh daripada sembilan pegawai polis.   

Januari lalu, keganasan tercetus di Pelabuhan Said selepas penyokong kesemua defendan bertempur dengan pihak berkuasa kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.  - Reuters

Lelaki dipenjara 240 tahun




11 Mac 2013
Steve Johnson
Steve Johnson
NEW YORK - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 240 tahun selepas bersabit kesalahan melakukan keganasan di New York City, Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa tempatan berkata, hukuman penjara itu dianggap tidak menunjukkan penyelesaian dan keadilan terhadap kes tersebut.

Steve Johnson, 45, dijatuhi hukuman selepas melakukan penculikan, melepaskan tembakan rambang dan menyimbah minyak tanah pada Jun 2002 di sebuah bar di East Village.

“Juri mendapati, Johnson mempunyai masalah mental dan ketika kejadian itu, dia menyasarkan serangan terhadap pengunjung berkulit putih,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian itu Jonson membawa tiga pistol, pedang samurai dan minyak tanah sebelum menembak dan mencederakan tiga orang. - MailOnline

Warga India ditahan edar dadah




MAT JUSOH (tengah) menunjukkan dadah jenis ketamin yang dirampas daripada dua warga India pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Taktik baharu sindiket pengedaran dadah menggunakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini sebagai transit dadah ke negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung tumpas.
Ia berikutan penahanan dua individu warga India bersama lebih 10 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM813,000 selepas tiba di LTSM pada pukul 4 petang Selasa minggu lalu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kastam Terengganu, Mat Jusoh Botok memberitahu, dalam kes pertama, seorang wanita berusia 52 tahun ditahan di balai ketibaan LTSM selepas menerima maklumat awam.
“Pemeriksaan ke atas bagasi wanita tersebut menjumpai satu bungkusan mengandungi serbuk putih dadah dengan berat kasar 5.08 kilogram disorok dalam satu ruang khas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Jelasnya, selepas penahanan wanita berkenaan, pihaknya membuat pemerhatian dan mengesan pergerakan seorang lelaki menaiki pesawat sama dalam keadaan mencurigakan keluar daripada balai ketibaan.
Katanya, lelaki berusia 43 tahun itu kemudiannya menaiki sebuah teksi tetapi berjaya ditahan di Seberang Takir dan hasil pemeriksaan, terdapat serbuk putih dadah seberat 5.765 kilogram di ruangan khas bagasi lelaki berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2NE4FPMgh 
Hakcipta terpelihara 

Menteri Mexico dibunuh



11 Mac 2013
Menteri Mexico dibunuh
Anggota keselamatan memeriksa kenderaan Alvarez di Guadalajara. Gambar kecil: Alvarez.
MEXICO CITY - Menteri Pelancongan Jalisco, barat Mexico dilaporkan dibunuh dalam insiden kejar-mengejar di bandar Guadalajara, wilayah Zapopan, kelmarin.

Setiausaha Kerajaan, Arturo Zamora berkata, Jose de Jesus Gallegos Alvarez ditembak sewaktu kereta dipandunya dikejar sekumpulan penyerang namun, menolak serangan itu berkaitan dengan tugasan rasmi beliau.

"Polis mengesyaki serangan berkaitan dengan urusan perniagaan peribadi diusahakan Alvarez," kata Zamora.

Alvarez merupakan jurutera adalah pengasas dan presiden sebuah projek pembangunan kondominium serta Resort Mayan dalam Gaudalajara.

Sementara itu, ahli politik dan pegawai polis Mexico dilaporkan sering menjadi sasaran utama pembunuhan kejam di negara itu.
Susulan serangan itu, Presiden Enrique Pena Neito mengutuk keras serangan berkenaan melalui Twitternya dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan. - Al-Jazeera

Bapa, bayi maut kemalangan




ORANG ramai melihat kereta Proton Wira Aeroback milik Nor Shahrizan yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Jempol semalam.


JEMPOL – Seorang bayi lelaki dan bapanya maut selepas kereta yang dinaiki bersama empat yang lain dirempuh sebuah lori di Jalan Besar Felda Palong Satu dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, Muhammad Danish Farhan Nor Shahrizan berusia tujuh bulan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas sementara bapanya, Nor Shahrizan Nordin, 32, meninggal dunia pukul 2.45 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.
Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah lori dipercayai gagal dikawal lalu melanggar kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Nor Shahrizan dari arah bertentangan.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, enam beranak tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Pasir Besar ke rumah mereka di Felda Palong Lapan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori satu tan yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh kereta mangsa,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2NE3Zwmkl 
Hakcipta terpelihara 

Warga emas bakal haji maut nahas




AHLI keluarga membawa keluar jenazah Masiam yang terbunuh akibat kemalangan daripada Unit Forensik Hospital Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan haji hujung tahun ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Masiam Sadir, 62, dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri kursus haji di Bandar Penawar sebelum motosikal yang ditunggang suaminya, Alimen Alias, 72, bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd. Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki empat remaja lelaki menghala ke Sungai Rengit secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan motosikal mangsa.
“Masiam maut ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala suaminya cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2NE3HhoOK 
Hakcipta terpelihara 

Ribut debu landa Tokyo




KAWASAN perniagaan Ginza dilanda ribut debu di Tokyo semalam.


TOKYO, Jepun - Ribut debu melanda bandar raya ini semalam yang menyebabkan langit menjadi gelap yang pada kebiasaannya cerah.
Jarak penglihatan turut terbatas ketika partikel-partikel halus berterbangan di udara.
Seorang ahli meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan oleh perpindahan udara sejuk dan ia tidak mempunyai kaitan dengan pencemaran yang melanda Beijing, China semasa musim sejuk yang lalu.
"Sistem tekanan rendah sedang berlaku di utara dan ia bergerak ke selatan.
"Ia membawa ribut salji di utara dan angin kencang di Tokyo serta kawasan sekitarnya," kata ahli meteorologi itu.
Menurutnya, angin kuat di wilayah Kanto yang meliputi Tokyo dan kawasan sekitarnya telah membawa partikel-partikel debu dari tanah sehingga menjejaskan jarak penglihatan.
Beliau berkata, fenomena itu dijangka berlaku buat sementara manakala hujan akan membersihkan debu-debu tersebut.
Menurut beberapa laporan, menteri-menteri alam sekitar dari Jepun, China dan Korea Selatan akan bertemu pada Mei depan untuk membincangkan cara untuk mengurangkan pencemaran udara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2NE1pe8Vg 
Hakcipta terpelihara 

12 termasuk 2 wanita ditahan kes pergaduhan 2 kumpulan




11 Mac 2013
KAJANG - Dua belas termasuk dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah restoran di Teras Jernang, Bangi, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, dua lelaki yang merupakan ahli perniagaan bersama isteri masing-masing dikatakan berbincang mengenai sebuah projek pembinaan sebelum berlaku pergaduhan akibat rasa tidak puas hati.

"Mereka kemudiannya memanggil kumpulan masing-masing seramai 15 orang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan senjata tajam serta membaling kerusi dan meja makan di restoran itu.

"Dalam pergaduhan 15 minit itu, tiga lelaki cedera dan ada yang ditetak di kepala," katanya kepada pemberita selepas majlis serahan sumbangan untuk balu dan keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Ab Rashid berkata susulan itu, polis menahan 12 orang terbabit pada hari kejadian untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan reman sehingga 12 Mac ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan bergaduh.

"Siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pergaduhan. Dua kumpulan itu dipercayai dari Ampang dan Shah Alam," katanya.

Pada majlis itu, Ab Rashid menerima sumbangan berjumlah RM29,000 daripada beberapa individu dan syarikat swasta yang akan diserahkan kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia sebelum diagihkan kepada pihak berkenaan. - Bernama

Penganggur dihukum penjara enam tahun, sebatan miliki pistol, peluru




11 Mac 2013
KOTA BHARU - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan serta denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan peluru Januari lepas.
  
Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslan Hanapi, 35, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  
Bagi pertuduhan pertama, Roslan didakwa memiliki pistol jenis Revolver .32 3" Mod 31-1 Smith & Wesson ketika ditahan pada 2.15 pagi di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bakat, Rantau Panjang pada 30 Jan lepas.
  
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya enam kali.
  
Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh pada tarikh, tempat dan waktu sama didakwa memiliki empat butir peluru hidup jenis Rds. 32 Auto PMC tanpa lesen atau permit yang sah dan didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Azman memerintahkan tertuduh dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan dan bagi pertuduhan kedua, dia didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika gagal membayar denda.
  
Azman bagaimanapun memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.
  
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Hasif Hassan. - Bernama