Search This Blog

Sunday, March 10, 2013

Pekerja restoran maut ditetak



Pekerja restoran maut ditetak
Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
PETALING JAYA - Seorang pekerja restoran warga Myanmar ditemui mati dengan enam kesan tetakan dalam kejadian di sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh majikannya.

Beliau berkata, majikan mangsa pergi ke rumah terbabit setelah pekerjanya tidak datang bekerja seperti biasa.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah itu, majikan mangsa menemui mayat pekerjanya terbaring berlumuran darah atas lantai dalam bilik tidur utama.

Katanya, perkara itu terus dilaporkan kepada polis, dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, leher, badan dan paha.

“Tiada sebarang senjata ditemui dan kita menolak motif samun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Arjunaidi berkata, pihaknya percaya kejadian lebih bermotifkan pergaduhan kerana terdapat kesan pergelutan.

Katanya, pihaknya sedang mengesan rakan sebilik mangsa, yang juga rakan sekerjanya, bagi bantu siasatan.

“Mangsa menyewa rumah terbabit bersama tujuh lagi rakan senegara, manakala rakan sebiliknya menghilangkan diri selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan mangsa baru dua minggu bekerja di restoran sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Susilo rayu siasat kes rasuah besar


Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam menggesa Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) negara itu memberi tumpuan terhadap kegiatan rasuah yang besar.

“Sudah tiba masanya KPK memberi tumpuan kepada rasuah besar,” katanya kepada wartawan di majlis menandatangani perjanjian tindakan bersama mengenai pengurusan hutan di Istana Negara, Jakarta.
Menurutnya, rasuah membabitkan pemberian barangan paling bahaya.

“Ia bukan saja membabitkan seluruh jabatan yang terlibat, malah akan menular hingga ke DPR (Dewan Perwakilan Rakyat).


“Mungkin kita tidak dapat membuktikan perbuatan rasuah itu. Kerana itu KPK perlu memberi tumpuan terhadap kes seumpama ini,” katanya.


Upacara menandatangani perjanjian itu dilakukan oleh beberapa menteri dan pegawai tinggi jabatan. - Inilah.com

Pekerja restoran maut ditetak



Pekerja restoran maut ditetak
Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
PETALING JAYA - Seorang pekerja restoran warga Myanmar ditemui mati dengan enam kesan tetakan dalam kejadian di sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh majikannya.

Beliau berkata, majikan mangsa pergi ke rumah terbabit setelah pekerjanya tidak datang bekerja seperti biasa.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah itu, majikan mangsa menemui mayat pekerjanya terbaring berlumuran darah atas lantai dalam bilik tidur utama.

Katanya, perkara itu terus dilaporkan kepada polis, dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, leher, badan dan paha.

“Tiada sebarang senjata ditemui dan kita menolak motif samun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Arjunaidi berkata, pihaknya percaya kejadian lebih bermotifkan pergaduhan kerana terdapat kesan pergelutan.

Katanya, pihaknya sedang mengesan rakan sebilik mangsa, yang juga rakan sekerjanya, bagi bantu siasatan.

“Mangsa menyewa rumah terbabit bersama tujuh lagi rakan senegara, manakala rakan sebiliknya menghilangkan diri selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan mangsa baru dua minggu bekerja di restoran sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Dua lelaki menyamar 'Datuk' ditahan polis



Dua lelaki menyamar 'Datuk' ditahan polis
Keempat-empat suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman bagi kes penipuan, semalam.
IPOH - Dua lelaki yang menyamar sebagai 'Datuk' ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan ke atas seorang peniaga, membabitkan wang berjumlah RM166,000.

Dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 54 dan 41 tahun, dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula semalam bersama dua lagi individu yang menyamar sebagai pembantu peribadi dan 'runner'.

Majistret membenarkan permohonan polis untuk menahan reman kesemua lelaki itu sehingga 12 Mac ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Perintah reman dikeluarkan pada jam 10.45 pagi selepas setengah jam keempat-empat suspek tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh.

Keempat-empat suspek ditahan pada petang dan malam, kelmarin, di sekitar bandar raya ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Salah seorang suspek merupakan seorang peniaga kedai makan, manakala tiga lagi difahamkan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ahli sindiket berpakaian kemas menggunakan pelan tanah palsu bagi menipu mangsa dengan menyamar sebagai ‘Datuk Syed’ dan ‘Datuk Sulaiman’ yang bekerja di sebuah Pejabat Tanah dan Galian di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Maszely Minhad mengesahkan tangkapan tersebut dan dipercayai ramai lagi mangsa terlibat dalam penipuan itu, serta siasatan lanjut dijalankan.

Isteri maut, suami parah ketika mahu hadir kursus haji




10 Mac 2013
KOTA TINGGI - Si isteri maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah kereta di Km22, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa Masiam Sadir, 62, dan suaminya Alimen Alias, 72, dalam perjalanan untuk menghadiri kursus haji di Bandar Penawar.
 
Mangsa meninggal di Hospital Kota Tinggi manakala suaminya dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.
 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki pasangan tersebut bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.
 
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi yang menghala ke arah Sungai Rengit memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan motosikal yang dinaiki pasangan terbabit," katanya.
 
Jenazah mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Sening untuk dikebumikan.  - Bernama

Pekerja am bingung pinjaman tak dibuat tapi diisytihar muflis



10 Mac 2013
BANDAR BAHARU - Bank Negara diminta membantu menyelesaikan masalah seorang pemuda kampung yang diisytihar muflis akibat tidak melangsaikan pinjaman kenderaan sejak 2009 lalu kepada sebuah institusi kewangan.

Pembantu Khas kepada Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu Helmy Abdul Khan berkata, pihak Bank Negara perlu berbuat sesuatu untuk membantu Mohd Harbrullah Man yang telah membuat empat laporan polis berhubung perkara itu.

"Perkara ini sudah berlanjutan sejak empat tahun  lalu dan 'mangsa' seorang pemuda kampung yang kurang pengetahuan mengenai masalah yang dihadapinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd Harbrullah, 32, pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit di Lubuk Buntar, dekat sini, dia dikatakan berhutang sejumlah RM43,296.90 kerana membeli sebuah kereta Proton Wira Sedan 1.5 bernombor PGX 1754 dengan sebuah bank.

Mendakwa dia tidak pernah membuat pinjaman kewangan dengan mana-mana institusi kewangan dalam tempoh tersebut, pemuda itu menegaskan: "Lagi pun saya tak mampu nak beli kereta sebab pendapatan saya RM500 sebulan. Saya juga tidak memiliki lesen memandu"

Katanya, besar kemungkinan maklumat diri dan salinan kad pengenalannya telah disalah guna oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Notis bankrap yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 April 2009 telah saya terima dan saya telah merujuk kepada dua cawangan bank itu di Butterworth," kata Mohd Harbrullah.
    Katanya, ketika pergi ke pejabat berkenaan dia telah meminta fail peribadi atas namanya, namun diminta supaya kembali semula dalam tempoh seminggu.

"Oleh kerana saya sudah tidak tahan lagi diperlakukan seperti 'bola' lalu saya pun membuat sebanyak empat laporan polis sejak 2009 hingga 2012," katanya.

Katanya, walaupun laporan sudah dibuat, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan positif daripada pihak institusi kewangan berkenaan. - Bernama