Search This Blog

Friday, March 8, 2013

Rogol: Hukuman penjara pekerja rencam ditambah kepada 14 tahun


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memutuskan menambah tempoh hukuman penjara kepada 14 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang pekerja rencam yang merogol gadis berumur 15 tahun dalam sebuah pondok di sebuah ladang sawit dan kemudian menelefon tujuh rakannya untuk datang dan merogol gadis itu selepas dia merogolnya.
  
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata hukuman penjara tujuh tahun diputuskan Mahkamah Sesyen Sungai Petani terhadap Mohd Muhsinun Wahab, 26, amat tidak memadai.
  
"Seorang remaja perempuan telah dirogol oleh bukan hanya satu (orang) tetapi ramai lagi akibat perbuatan tertuduh. Malahan tanpa tujuh yang lain, hukuman tetap tidak memadai dengan mengambil kira trauma yang akan dialami mangsa seumur hidup akibat perbuatan tertuduh," katanya.
  
Tan berkata mahkamah memutuskan bahawa (mahkamah) tidak mempunyai pilihan selain menambah hukuman penjara dan juga mengenakan hukuman sebatan.
  
Merujuk kepada rayuan hukuman ringan oleh Mohd Muhsinun atas alasan ia merupakan kesalahan pertamanya, Hakim berkata tidak wujud "keringanan" bagi orang yang melakukan kesalahan pertama.
  
"Rogol adalah jenayah kejam. Kepentingan awam sentiasa mendesak hukuman berat," kata Tan, yang bersidang bersama-sama dua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtaruddin Baki dan Datuk Mah Weng Kwai.

Panel itu mengguna pakai Seksyen 60 (2) Akta Mahkamah-Mahkamah 1964 dan Seksyen 316 Kanun Keseksaan untuk menambah tempoh hukuman penjara itu.
  
Mahkamah memerintahkan Mohd Muhsinun menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Dia bebas dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya.
  
Mohd Muhsinun dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 11 April,  2011 dan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara ditolak Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 21 Feb tahun lepas.
  
Dia dituduh melakukan kesalahan itu dalam sebuah pondok di sebuah ladang sawit di daerah Kulim pada 8 malam, 5 Okt, 2008.
  
Pendakwa Raya tidak dapat mengemukakan pertuduhan terhadap perogol yang lain kerana mangsa tidak dapat mengenal pasti lelaki berkenaan.

Mengikut fakta kes, gadis itu pergi ke sebuah pusat beli-belah dengan rakannya. Dia kemudian meminta abang angkatnya datang mengambilnya untuk pulang ke rumah dan lelaki itu datang dengan tertuduh dengan menaiki dua buah motosikal.
  
Tatkala abang angkat mangsa menghantar rakan mangsa pulang ke rumah, tertuduh membawa mangsa ke ladang sawit itu dan merogolnya di sana.
  
Selepas merogolnya, tertuduh menelefon tujuh rakannya mengajak mereka datang ke ladang sawit itu dan merogol mangsa. Semasa menghantar mangsa pulang ke rumah, Mohd Muhsinun sekali lagi merogolnya di atas sebuah jambatan. Seorang rakan abang mangsa menemuinya dalam keadaan tidak terurus di sebuah jeti dan menghantarnya pulang.
  
Mangsa memberitahu kakaknya mengenai kejadian itu dan kakaknya itu dan abangnya serta mangsa pergi ke balai polis dan mangsa membuat laporan. - Bernama

Tiada tangan, leher hampir putus



Tiada tangan, leher hampir putus
Mayat ditemui tanpa kedua-dua pergelangan tangan dan lehernya hampir putus.
Tiada tangan, leher hampir putus
Kesan tatu pada tangan mangsa.
RAWANG - Mayat seorang lelaki dipercayai berusia lewat 20-an ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan semak berhampiran paya di Taman Velox di sini.

Mayat tanpa kedua-dua pergelangan tangan manakala lehernya dikelar sehingga hampir putus itu ditemui seorang pekebun berhampiran dalam keadaan tertiarap sekitar jam 4 petang semalam.

Kedua-dua tangan mangsa bagaimanapun tidak ditemui, dipercayai bagi mengelak identiti mayat itu dikesan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mangsa dipercayai mati lebih daripada empat hari berdasarkan keadaannya yang berulat dan berbau busuk.

Menurutnya, pisau panjang turut ditemui bersama mangsa yang lengkap berpakaian kemeja kotak berseluar jean itu.

“Dipercayai mangsa dibunuh di kawasan tersebut apabila terdapat kesan pergelutan dan tompokan darah sekitar situ.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, mayat tersebut turut mempunyai tatu di bahagian kanan tangan dan ia dijangka dapat membantu kes tersebut.

Rosly berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

2 laporan polis dibuat FB hina Sultan Johor



8 Mac 2013
JOHOR BAHRU - Dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan hari ini berhubung kenyataan menghina Sultan Johor oleh individu tidak bertanggungjawab dalam laman sosial Facebook.
  
Laporan itu dibuat Ketua Kampung Kempas, Salim Daud yang mewakili Persatuan Ketua-ketua Kampung Negeri Johor dan Ketua Kampung Senibong Yacob Sahadan.
  
Penghinaan itu didakwa dilakukan individu yang tidak dinamakan itu semalam selepas  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah meminta seluruh masjid di negeri ini mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat dan selepas solat Maghrib secara berterusan bagi mendoakan keselamatan anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu, Sabah.
  
Laporan polis yang dibuat pukul 3.19 petang ini meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap individu itu.
  
"Saya membuat laporan polis agar satu siasatan dan tindakan tegas dikenakan kepada individu tersebut supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana individu dari pelbagai bangsa agar tidak mengikut membuat seperti ini," kata Salim kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
 
Yacob pula berkata beliau  membuat laporan polis itu kerana berasa amat amat tidak berpuas hati dengan tindakan individu tersebut yang mempersendakan Sultan Johor.
  
Gambar 'print screen' lelaki dari Melor, Kelantan yang dikatakan menghina Sultan Johor itu didapati diedarkan di Facebook malam semalam sebelum akaun Facebook itu dipadamkan.
  
Bagaimanapun, pencarian di laman sosial membawa kepada satu lagi akaun Facebook di mana lelaki itu pada kira-kira pukul 7 pagi hari ini mendakwa di dalam status laman sosial itu bahawa akaunnya telah digodam pihak tertentu.
  
Dalam status itu, lelaki itu mengakui pernah mengkritik keluarga diraja itu dan percaya ianya menjadi punca akaunnya digodam. - Bernama

Serangan siber malware: Dunia rugi RM354 bilion



KUALA LUMPUR -  Kos berkaitan kesan serangan siber disebabkan malware bagi perusahaan diunjurkan pada RM354 bilion (AS$114 bilion) di seluruh dunia pada 2013.
  
Penemuan ini yang didapati dalam kajian global baharu yang dilaksanakan Microsoft Corp dan dijalankan oleh International Data Corp (IDC), juga mengunjurkan bahawa di Asia Pasifik, perbelanjaan akan mencecah RM121 bilion (AS$39 bilion).
  
Angka serantau meningkat kepada RM400.55 bilion (AS$129 bilion) jika kos kehilangan data diambil kira.
  
Pengguna juga berkongsi beban dan kos, dengan kajian yang menunjukkan bahawa hasil daripada serangan, pengguna di seluruh dunia akan membelanjakan 1.5 bilion jam dan RM68.3 bilion (AS$22 bilion), mengenal pasti dan membaik pulih daripada kesan berkenaan.
  
Kemungkinan terkena serangan malware yang tidak diduga, adalah satu dalam tiga pengguna dan tiga dalam 10 untuk perniagaan, di mana kesan malware ditemui di perisian cetak rompak.
  
Dalam satu kenyataan, Microsoft berkata kajian menganalisis 270 laman web dan rangkaian antara setara, 108 muat turun perisian dan 155 CD/DVD, di samping menemu bual 2,077 pengguna dan 258 pengurus IT, iaitu dari Brazil, China, Jerman, India dan Mexico.
  
Penyelidik mendapati bahawa perisian palsu yang tidak datang dengan komputer, 45 peratus dimuat turun dari internet. Daripada jumlah ini, 78 peratus datang dari laman web dan termasuk beberapa jenis spyware, manakala 36 peratus mengandungi Trojan dan adware.
  
Pegawai Teknologi Nasional Microsoft Malaysia Dzahar Mansor berkata realiti jenayah siber adalah pemalsu menyalahgunakan kod perisian dan dengan malware.
 
Beberapa malware ini membolehkan penjenayah siber mencuri maklumat peribadi dan kewangan mangsa.
  
"Cara terbaik untuk melindungi diri anda dan harta anda daripada ancaman malware ini ialah apabila anda membeli sebuah komputer, adalah untuk menuntut perisian tulen," katanya.
  
IDC merupakan penyelidik pasaran, analisis dan firma penasihat mengkhusus dalam teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pengguna. - Bernama

Pangsapuri markas seks warga asing



Melaka: Tembelang seorang lelaki dipercayai bapa ayam menjadikan satu unit pangsapuri di Taman Malim Jaya, di sini, sebagai pusat pelacuran terbongkar apabila diserbu Jabatan Imigresen negeri awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi, tiga wanita warga Thailand berusia 29 hingga 32 tahun ditahan dan dipercayai baru selesai menawarkan khidmat seks kepada dua pelanggannya.


Difahamkan, pelanggan turut ditawarkan perkhidmatan mengurut dan perlu membayar antara RM150 hingga RM200 bagi mendapatkan perkhidmatan seks.

Menurut sumber, bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan pihak berkuasa, hanya pelanggan dikenali bapa ayam berkenaan dibenarkan mendapatkan perkhidmatan.


“Malah, apabila ditanya mengapa tidak membuka pintu ketika serbuan, wanita berkenaan mengatakan mereka diarahkan hanya boleh membuka pintu sekiranya dihubungi bos.


“Ketika pemeriksaan dilakukan, selain tiga wanita berpakaian mencolok mata itu beberapa botol gel pelincir turut ditemui di dalam unit pangsapuri berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata, pangsapuri didiami tiga wanita itu dipercayai dijadikan tempat aktiviti tidak bermoral sejak setahun lalu.


Menurutnya, hasil pemeriksaan ketiga-tiga wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Dipercayai kegiatan itu diurus bapa ayam dan hanya pelanggan tertentu dibenarkan mendapatkan perkhidmatan yang terhad untuk lima hingga enam orang sehari.


“Ketika serbuan hanya tiga wanita itu berada di dalam bilik dengan berpakaian seksi, malah sebelum serbuan dipercayai dua pelanggan baru keluar selepas mendapatkan perkhidmatan,” katanya.


Kamalludin berkata, tiga wanita berkenaan antara 17 warga asing yang ditahan dalam serbuan dilakukan 11 pegawainya di lima lokasi iaitu di Jalan Peringgit Jaya, Melaka Sentral, pasar raya di Ayer Keroh, Taman Krubong Jaya dan Taman Malim Jaya .


Katanya, dalam serbuan di Taman Krubong Jaya, seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an turut ditahan menjadi pelindung bagi tiga lelaki warga negara sama tidak mempunyai dokumen sah.


“Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 50 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita masing-masing lima warga Indonesia, Pakistan (3), India (5), Thailand (3) dan Nepal (1).

2 penceroboh sasar wang kutipan derma


Petaling Jaya: Mangsa samun sebuah rumah yang dijadikan ibu pejabat persatuan orang kelainan upaya (OKU) mengesyaki dua lelaki yang menceroboh kediamannya malam kelmarin menyasarkan wang hasil kutipan derma majlis jualan amal yang diadakan persatuannya, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, kumpulan dianggotai dua lelaki bersenjatakan parang panjang memasuki rumahnya di SS2/5 sebelum menggeledah segenap isi rumah dan membawa lari wang tunai lebih RM400.


Mangsa, Lim Kok Keong, 52, yang juga penyelia persatuan berkenaan berkata, dua lelaki terbabit seolah-olah tidak berpuas hati dengan wang yang diperoleh mereka daripada sebuah beg sandang dan bertanya kepadanya baki wang berkenaan.

“Saya mengesyaki mereka tahu mengenai aktiviti jualan amal yang dianjurkan persatuan baru-baru ini menyebabkan mereka memaksa menyerahkan semua wang berkenaan.


“Mereka mungkin sudah merancang kegiatan berkenaan sebaik mengetahui wang terbabit disimpan dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dibaham singa ketika asmara



Harare: Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, lapor media semalam.

Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera.


Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba.

Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit. “Sharai mati di tempat kejadian,” katanya. Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan. “Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara,” katanya. Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan.

Air mani disangka pelembap muka



Beijing: Kerana terlalu minat kepada seorang pelajar perempuan, Gou Wen bertindak meluahkan perasaannya dengan memberi gadis itu sebotol air maninya, mencontohi filem lakonan Cameron Diaz, There’s Something About Mary.

Tetapi Gou Wen ditangkap tidak lama selepas itu selepas pelajar perempuan berkenaan, Zeng Lin, 19, yang menyangka hadiah itu pelembap muka, menyapu pada mukanya dan bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.


Menurut laporan, lelaki berusia 22 tahun itu memohon maaf dan diarah membayar ganti rugi RM1,000 kepada mangsa.

Zeng Lin dikatakan sudah menyapu separuh daripada cecair itu pada mukanya sebelum bertanya rakan serumah mengenai bau ganjil ‘pelembap’ berkenaan.


Gou Wen dari Chongqing berkata: “Saya mencintainya, tetapi dia tidak tahu. Saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkankannya. Saya memberinya air mani itu sebagai cara membuktikan cinta saya,” - Agensi

Kekasih jadi juadah anjing



Brasilia: Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.


Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.


Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.


Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

Foto
DE SOUZA menangis ketika menceritakan bagaimana Eliza dibunuh kepada mahkamah.
Foto
ELIZA
Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.


Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.

De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - Daily Mail

Mayat ditemui dengan kesan gigitan buaya



SARATOK - Mayat seorang lelaki yang diserang buaya sepanjang tiga meter di muara Sungai Seblak di sini pada tengah malam Selasa lalu ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian pagi semalam.
Mangsa, Manja Salman, 29, yang berasal dari Kampung Sessang dekat sini dijumpai dalam keadaan masih lengkap berpakaian pada pukul 7.30 pagi, namun terdapat kesan cedera dipercayai akibat serangan buaya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Saratok, Asisten Superitendan Zamrul Ahmad berkata, pemeriksaan awal ke atas mayat itu mendapati ada kesan gigitan buaya di kaki kiri, calar di mata kiri serta patah tangan kanan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Saratok untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2MtwFGZn5 
Hakcipta terpelihara 

Barang kemas RM200,000 dirompak




ANGGOTA polis berpakaian preman memeriksa keadaan kedai emas yang dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak di Jalan Temenggong, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU - Tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak mengambil masa kira-kira lima minit untuk menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini petang kelmarin sebelum melarikan pelbagai barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberitahu, ketika kejadian pada pukul 4.45 petang itu, tiada pelanggan di premis terbabit dan hanya lima pekerja berada di dalamnya.
Menurutnya, tiga penjenayah tersebut yang memakai jaket hitam dan bertopi keledar memasuki premis berkenaan, lalu bertindak memecahkan cermin pameran yang menempatkan pelbagai barang kemas.
Katanya, selepas berjaya menyamun barang kemas di premis berkenaan, suspek kemudian meninggalkan senjata yang digunakan di tempat kejadian.
"Mereka melarikan diri menggunakan motosikal yang ditinggalkan di bahagian belakang premis berkenaan.
"Bagaimanapun, kegiatan jenayah ketiga-tiga suspek berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai berhampiran dan pihak polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2Mtw3HJId 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki maut tertelan gigi palsu




INILAH gigi palsu yang dipakai oleh Hock Beng.


GEORGE TOWN – Seorang kontraktor maut akibat tertelan gigi palsu yang dipakainya semasa tidur di rumahnya di Bandar Baru Air Itam di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Choo Hock Beng, 44, (gambar kecil) dipercayai tidur berdengkur dan terbatuk berkali-kali menyebabkan gigi palsu di bahagian atas rahangnya terlekat pada kerongkong.
Isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Goh, 40-an berkata, sebelum kejadian, mereka menonton televisyen namun suaminya masuk ke dalam bilik tidur terlebih dahulu.
Ujarnya, tidak lama kemudian dia mendengar suaminya batuk dan seolah-olah dalam kesakitan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2MtvqeSAh 
Hakcipta terpelihara 

Amah maut jatuh bangunan



ANAK panah menunjukkan lokasi seorang amah Indonesia terjatuh di Kulim semalam.


KULIM - Seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di sini ketika cuba melarikan diri bersama tiga lagi rakannya Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, kejadian berlaku di premis yang dijadikan pejabat sebuah agensi pekerja asing serta tempat tinggal amah di Jalan 2, Taman Selasih di sini kira-kira pukul 6.30 pagi.
Ujarnya, salah seorang amah itu masuk ke negara ini pada Disember 2012 manakala tiga lagi sejak Januari lepas.
Katanya, mereka telah dihantar ke beberapa lokasi untuk bekerja tetapi tidak diterima oleh majikan.
"Ekoran itu agensi pekerjaan berkenaan dalam proses menghantar pulang amah-amah terbabit ke negara asal namun mereka enggan lalu bertindak melarikan diri," katanya di sini semalam.
Ghuzlan memberitahu, mereka menggunakan beberapa helai tuala yang diikat seperti tali dan cuba terjun dari bangunan dua tingkat tersebut.
Ujarnya, salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Rohana, 44, terjatuh dan pengsan serta mengalami kecederaan teruk di bahagian pinggang dan dada.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2MtvGTUKi 
Hakcipta terpelihara 

Ejen-ejen perisikan pantau rumah Jamalul Kiram



MANILA, Filipina - Seorang pegawai Biro Penyiasatan Negara (NBI) Filipina mengaku menghantar beberapa orang ejen ke rumah Sultan Jamalul Kiram III (gambar) di bandar Taguig, di selatan bandar raya ini, lapor akhbar Daily Inquirer semalam.
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan NBI, Reynaldo Esmeralda berkata, ia merupakan operasi yang diluluskan pejabatnya.
Ia turut mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengarah Perkhidmatan Penyiasatan Khas, Ruel Lasala.
"Tugas yang diberikan kepada ejen-ejen tersebut adalah untuk memantau kediaman keluarga Jamalul Kiram," kata Esmeralda.
Tindakan menghantar ejen-ejen tersebut telah menyebabkan kawalan keselamatan di rumah keluarga Jamalul Kiram diperketatkan.
Pendedahan itu dibuat selepas seorang jurucakap keluarga Jamalul Kiram berkata, tiga orang lelaki telah memperkenalkan diri mereka sebagai kru sebuah stesen televisyen dan kemudian berlegar-legar di dalam rumah tersebut kelmarin.
Ketika ditanya pemberita kenapa ejen-ejen itu menyamar sebagai anggota media, Esmeralda berkata, pihaknya akan mendapat bantuan kakitangan media jika mereka sukar untuk memasuki rumah Jamalul Kiram. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2Mtu6ckTi 
Hakcipta terpelihara 

95 askar Indonesia serang ibu pejabat polis


JAKARTA - Seramai 95 anggota tentera Indonesia menyerang dan membakar sebuah ibu pejabat polis dan empat balai polis lain di wilayah Sumatera Selatan semalam.
Mereka dilaporkan marah selepas seorang askar dibunuh anggota polis.
Jurucakap polis, Mejar Jeneral Suhardi Alius berkata, empat anggota polis termasuk seorang ketua polis tempatan ditikam dalam serangan yang berlaku di daerah Ogan Komering Ulu.
Dua anggota polis lain dilaporkan kritikal.
Serangan tersebut tercetus selepas anggota tentera ditembak mati oleh seorang pegawai polis pada Januari lalu berikutan satu dakwaan kesalahan trafik.
Suhardi berkata, anggota-anggota tentera itu pada awalnya mahu mengetahui proses undang-undang kes tersebut tetapi mereka tidak menjangka ia kemudian bertukar menjadi ganas. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2MttcE16s 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat mendarat tanpa tayar depan


DUBLIN, Ireland - Jadual penerbangan di Lapangan Terbang Dublin di sini mengalami kelewatan selepas sebuah pesawat kargo mendarat tanpa tayar depan semalam.
Tayar itu gagal berfungsi ketika ia mendarat menyebabkan landasan di lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Pesawat milik Bin Air itu membawa dua juruterbang dan kargo.
Ia menyebabkan muncung kapal terbang terjatuh di landasan sebelum berhenti.
Lima penerbangan terpaksa dilencongkan dan berpuluh-puluh lagi tertunda ekoran nahas tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2MttMVTMb 
Hakcipta terpelihara 

Aktivis dipenjara hina Amir Kuwait


KUWAIT CITY 8 Mac - Mahkamah Kuwait semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan ke atas seorang aktivis selepas didapati bersalah menghina Amir negara ini menerusi akaun Twitternya.
Menurut Mahkamah Jenayah, Nasser al-Dehany menulis kenyataan berbaur penghinaan terhadap Amir Sabah al-Ahmad al-Sabah, selain menyeru perhimpunan antikerajaan dan menyebarkan berita palsu dalam Twitternya.
Sehubungan itu, Nasser diperintah membayar ikan jamin sebanyak AS$705 (RM2,185). - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_04/Aktivis-dipenjara-hina-Amir-Kuwait#ixzz2MtrPusxx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 lelaki samun barang kemas RM200,000 di Kota Bharu


KOTA BHARU 7 Mac - Tiga lelaki bersenjatakan parang, kapak dan besi tajam merompak barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azhan Othman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 4.45 petang ketika lima pekerja berada di premis tersebut.
Tiada pelanggan di kedai ketika itu.
Menurutnya, tiga lelaki berpakaian jaket hitam dan topi keledar tiba-tiba memasuki kedai itu dan memecahkan cermin pameran barang kemas dengan menggunakan senjata yang dibawa.
"Ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 20-an melarikan diri selepas mengisi barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 ke dalam beg plastik," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Beliau berkata, menurut saksi, suspek dikatakan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang diletak di tepi sebuah restoran tidak jauh dari kedai emas itu.
Azhan berkata pihaknya membuat sekatan jalan raya di semua pintu masuk dan keluar di bandar ini bagi mengesan suspek terbabit. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130307/je_01/3-lelaki-samun-barang-kemas-RM200000-di-Kota-Bharu#ixzz2MtrIJ9jD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar tingkatan 2 maut kemalangan motosikal di Besut


BESUT, 7 Mac - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat Alor Lintang di sini, maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di persimpangan Kampung Amer, Alor Lintang petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, dalam kejadian 6.30 petang itu Ahmad Imrannaim Mohammad dari Kampung Tanah Merah Kerandang, Jerteh maut di tempat kejadian.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyertai aktiviti sukan di sekolahnya dan menunggang dalam keadaan hujan lebat.
Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan akibat jalan licin, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Pemandu kereta yang dikenal pasti sebagai Zarina Abdullah, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130307/je_09/Pelajar-tingkatan-2-maut-kemalangan-motosikal-di-Besut#ixzz2MtrB0sUQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Al-Ikhsan Sungai Buloh dirompak kali ketiga


KUALA LUMPUR 7 Mac - Pihak pengurusan syarikat pengedar barangan dan pakaian sukan milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) semakin bimbang dan buntu apabila premis mereka terus menjadi sasaran perompak.
Dalam kejadian terbaharu Isnin lalu, premis Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh, yang pernah dua kali dirompak, kerugian kira-kira RM1,000 apabila sekali lagi dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan pisau.
Ketua Penyelia Al-Ikhsan Kawasan Tengah, Shahril Affendi Mohd. Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, tiga penjenayah memakai topi keledar dan bersenjatakan pisau melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM600, dua telefon bimbit milik pekerja premis tersebut dan enam helai jersi.
"Suspek datang ke depan kedai ketika dua pekerja kami sedang bertugas. Salah seorang mereka mengacu pisau sebelum memaksa pekerja itu menyerahkan wang dan barang berharga.
"Setelah merampas barangan tersebut, mereka melarikan diri melalui pintu depan kedai menggunakan kenderaan yang tidak dikenal pasti," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pada tahun lalu, sebanyak tujuh kes rompakan berlaku di premis Al-Ikhsan di sekitar Lembah Klang iaitu di Gombak, Ampang dan Wangsa Maju termasuk dua kes di cawangan Sungai Buloh.
Menurut Shahril Affendi, ekoran kejadian itu, pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130307/je_10/Al-Ikhsan-Sungai-Buloh-dirompak-kali-ketiga#ixzz2Mtq9W3yL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki didakwa miliki 2 pistol,24 peluru

KUALA LUMPUR 7 Mac - Seorang pemungut hutang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki dua pucuk pistol dan 24 butir peluru, bulan lalu.
Tan Sin Ho, 44, didakwa memiliki sepucuk pistol revolver jenis TH & Wesson bersarung warna hitam dengan menyalahi undang-undang di tempat meletak kenderaan, Tingkat B2, Westin Hotel, Dang Wangi di sini pada pukul 1.50 petang, 22 Februari lalu.
Bagi tuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol semi auto jenis Star B. Echeverria Eibar Espana Cal 38' bersarung warna hitam beserta kelopak dengan menyalahi undang-undang pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya enam kali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130308/ma_02/Lelaki-didakwa-miliki-2-pistol24-peluru#ixzz2MtpDqNdt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keputusan pecah amanah kerabat Diraja, Rabu depan


PETALING JAYA 7 Mac - Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan ke 13 Mac ini keputusan kes terhadap kerabat Diraja Selangor, Tengku Mohd. Kamil Tengku Shahrudin Shah yang didakwa melakukan pecah amanah melibatkan dana syarikat berjumlah RM1.15 juta, lapan tahun lalu.
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian kerana beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Tengku Mohd. Kamil, 64, yang merupakan salah seorang pengarah syarikat pembinaan Aneka Melur Sdn. Bhd. didakwa melakukan perbuatan itu dengan menunaikan 16 keping cek di syarikat tersebut di D216, Blok D, Tingkat 2, Kelana Square, Kelana Jaya, di sini antara 2 Ogos 2005 dan 3 Julai 2006.
Tengku Mohd. Kamil didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130308/ma_01/Keputusan-pecah-amanah-kerabat-Diraja-Rabu-depan#ixzz2MtnHIi76
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 polis cedera dibaling objek keras


MELAKA 7 Mac - Dua anggota polis cedera di kepala dibaling objek keras dipercayai oleh penyokong pembangkang dalam majlis ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Bukit Katil, di sini malam ini.
Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu cuba meleraikan ketegangan antara kumpulan penyokong pembangkang dan penyokong Barisan Nasional (BN) yang turut berkumpul bagi mendengar ceramah yang disampaikan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali.
Lokasi kedua-dua ceramah itu yang dihadiri kira-kira 500 penyokong pembangkang dan BN hanya dipisahkan dalam jarak kira-kira 50 meter.
Ketegangan itu meletus ketika Anwar dan Ummi Hafilda masing-masing sedang menyampaikan ceramah.
Kedua-dua anggota polis itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130308/je_02/2-polis-cedera-dibaling-objek-keras#ixzz2Mtn2qygj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rompak emas RM200,000


Anggota polis berpakaian preman memeriksa sebuah kedai emas yang dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
KOTA BHARU 7 Mac - Sekumpulan tiga perompak mengambil masa hanya lima minit untuk melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, kesemua suspek memakai jaket hitam, bertopi keledar serta bersenjatakan parang dan kapak, meluru masuk ke dalam kedai tersebut sebelum memecahkan cermin pameran kedai emas tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketika kejadian, hanya terdapat lima orang pekerja dan tiada pelanggan dalam premis berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130308/je_01/Rompak-emas-RM200000#ixzz2Mtlnvje5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota tentera serang balai polis

JAKARTA 8 Mac - Sekumpulan anggota tentera dilaporkan menyerang dan membakar beberapa bangunan ibu pejabat polis di Sumatera Selatan, hari ini, serta menikam sekurang-kurangnya empat anggota polis yang lain, sebagai membalas dendam.
Kumpulan tentera itu turut merosak dan membakar beberapa kenderaan polis ketika menyerang ibu pejabat polis Ogan Komering Ulu di Kota Baturaja, menyebabkan 16 tahanan melepaskan diri dari lokap.
Menurut jurucakap polis, kejadian pada pukul 8.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) itu merupakan tindak balas ekoran kematian seorang anggota tentera yang ditembak oleh polis atas kesalahan trafik pada Januari lalu.
Menteri Penyelaras bagi Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap anggota tentera yang terlibat dalam kejadian tersebut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_01/Anggota-tentera-serang-balai-polis#ixzz2MtinVuwZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga kanak-kanak rentung dalam treler di Bulgaria


SOFIA 7 Mac - Tiga kanak-kanak dilaporkan rentung dalam sebuah treler yang terbakar di bandar Vidin, barat laut Bulgaria semalam.
Menurut polis, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut yang berusia tujuh, empat dan 18 bulan dipercayai dikurung oleh ibu bapa mereka di dalam treler tersebut sebelum kebakaran berlaku.
Kebakaran itu mungkin berpunca daripada dapur kayu yang terletak berhampiran treler tersebut.
Sehubungan itu, polis menahan ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk siasatan. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_02/Tiga-kanak-kanak-rentung-dalam-treler-di-Bulgaria#ixzz2Ms5mTXPT
© Utusan Melayu (M) Bhd