Search This Blog

Sunday, March 3, 2013

Kes dera kanak-kanak 2012 meningkat 17.8%

KUALA LUMPUR - Kes penderaan kanak-kanak pada tahun lalu meningkat 17.8 peratus kepada 285 kes berbanding 242 kes pada tahun 2011, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM ACP Hamidah Yunos berkata, berdasarkan statistik, kanak-kanak berusia satu hingga tujuh tahun menjadi mangsa penderaan tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu 136 tahun lepas berbanding 117 pada 2011.

"Bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas, sebanyak 99 orang didera berbanding 82 orang dan kanak-kanak berusia kurang satu tahun sebanyak 50 orang berbanding 43 orang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, statistik merekodkan kes penderaan tertinggi mengikut negeri ialah Selangor dan Johor, masing-masing 67 kes diikuti Pulau Pinang (25), Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (18), Sarawak (15), Melaka (13), Perak (12), Kelantan (10), Sabah (10), Pahang (9), Kedah (8), Terengganu (4) dan Perlis (3).

Penasihat undang-undang Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA), Profesor Dr Gopenathan Raman Nair berkata, antara punca yang dikenal pasti menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku ialah 'perasaan cemburu' seorang bapa terhadap anak tirinya sehingga menyebabkan penderaan teruk dan kematian seseorang kanak-kanak.

"Perasaan cemburu boleh menyebabkan tekanan perasaan yang melampau sehingga seseorang bapa itu melakukan tindakan luar kawalan.

"Perasaan cemburu itu berlaku apabila bapa tiri tersebut merasakan kasih sayang ibu terhadap anaknya berlebihan berbanding dirinya dan disebabkan perasaan cemburu itu juga, seseorang bapa akan merasa tertekan sehingga terdorong untuk mendera," katanya.

Gopenathan berkata, kes seperti itu juga berlaku akibat tekan jiwa kerana tidak mempunyai anak kandung.   

"Kesukaran seorang lelaki itu untuk mendapat anak kandung menyebabkan dia berasa tertekan dan akan melepaskan perasan marah terhadap anak tirinya," katanya.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) R.Jeevan pula berkata untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan awal perlu dilakukan iaitu dengan kerjasama semua pihak.

"Kerjasama antara semua pihak sangat penting untuk langkah pencegahan awal iaitu jiran, guru, sahabat, dan adik-beradik mangsa perlu bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat kes seperti itu berlaku....walaupun kes itu adalah pertama kali berlaku terhadap mangsa, ia perlu dilaporkan bagi mengelakkan penderaan sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sebelum ini beberapa kes seperti itu berlaku sehingga membawa kepada kecederaan teruk dan kematian.

Antaranya ialah kisah di Alor Gajah Melaka pada 11 Oktober 2011 apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas cedera di bahagian paru-paru akibat didera oleh bapa tirinya.

Pada Jun 2012 pula, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian punggung dan jari dipercayai didera oleh bapa tirinya di Kampung Gong Machang, Besut Kuala Terengganu.

Kedua-dua kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah. 

Manakala kes terbaharu dilaporkan media pada 13 Dis 2012 iaitu seorang individu memuat naik ke laman sosial Facebook kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didera bapa tirinya dan kes itu dipercayai berlaku dua bulan sebelum video itu disebarkan.

Susulan kejadian itu, suspek berusia 32 tahun, dihukum penjara selama 12 bulan.

Individu didapati bersalah melakukan penderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak (AKK) iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang membawa hukuman denda tidak melebihi
RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, katanya. - Bernama

Dua beradik cederakan pemandu lori dipenjara tujuh tahun


PETALING JAYA - Dua beradik masing-masing dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah mencederakan seorang pemandu lori tujuh tahun lalu.
Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas A.Kamalanath, 26, dan A.Neranjan, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Yasmin membenarkan permohonan peguam V.Kumar yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara pihaknya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Yasmin juga mengekalkan wang jaminan asal masing-masing sebanyak RM10,000.

Kamalanath dan Neranjan bersama-sama 18 lagi yang masih bebas telah menyebabkan kecederaan parah terhadap N.Rajan, 40, dengan tiga senjata iaitu parang, pisau dan kayu yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Jalan BK 1/5, Bandar Kinrara, Puchong, pada 11 malam, 1 Ogos 2006, dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan boleh didenda atau disebat.

Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, iaitu kedua-dua tertuduh, telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. - Bernama

Polis selamatkan mangsa culik dalam tempoh 24 jam

SHAH ALAM - Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia diculik, dalam kejadian di Kampung Jawa, Klang dekat sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, selain menemui lelaki itu, polis juga memberkas empat suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia, berusia antara 22 dan 44 tahun, dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Taman Maznah, Klang berkenaan.

"Polis mendapat maklumat mangsa yang berusia 23 tahun diculik selepas abang mangsa yang berusia 25 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan adiknya kira-kira pukul 12.06 tengah malam 28 Februari.

"Abang mangsa mengetahui adiknya diculik selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Rabu lepas, pada pukul 1 tengah hari yang meminta wang tebusan berjumlah RM9,000 daripada pengadu (abang mangsa)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau berkata hasil risikan, polis kemudian menyerbu rumah kosong itu kira-kira dua jam selepas menerima laporan daripada abang mangsa.

Adnan berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry, sebuah motosikal jenis Yamaha, dua batang rotan, tiga buah buku nota dan lima unit telefon bimbit.

"Kita tidak menolak kemungkinan suspek-suspek ini mempunyai kaitan dengan kegiatan ah long berikutan mereka menculik mangsa dengan alasan ada ahli keluarga mangsa yang gagal membayar hutang kepada mereka.

"Buku nota yang dirampas juga terkandung nama-nama penghutang dan jumlah hutang yang dipinjam oleh beberapa individu," kata Adnan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal polis mendapati seorang daripada suspek lelaki turut mempunyai lapan rekod jenayah.

Katanya, kesemua suspek direman sehingga 3 Mac ini. - Bernama

Pengurus dana pelaburan dituduh pecah amanah RM500,000


SHAH ALAM - Seorang pengurus dana yang sedang hamil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 21 pertuduhan melakukan pecah amanah ke atas harta majikannya berjumlah RM500,000.

Nik Ariza Nik Aris, 33, dari Klang, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di HSBC Amanah Malaysia Bhd di Jalan Tiara 2A, Bandar Baru Klang dekat sini, antara 12 Mac 2010 dan 9 Mac 2011.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Kamarudin yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dan pasport
wanita itu diserah kepada mahkamah.

Peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Nik Ariza bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tiga anak dan kini hamil anak keempat.

Hakim Aslam bagaimanapun mengekalkan jumlah jaminan RM40,000 yang dicadangkan pihak pendakwaan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamahsehingga kes selesai. - Bernama

Lelaki lemas kereta terjunam ke tali air


TUMPAT - Seorang lelaki mati lemas selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam tali air sedalam dua meter di Kampung Jubakar Darat di sini hari ini.
Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Mohd Bustan Karudin berkata, mangsa dikenali sebagai Yoeh Hook Heng, 36, manakala rakannya yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu, Lee Kiang Kiang, 36 terselamat.
Mohd Bustan ketika dihubungi Bernama berkata Toyota Avanza yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan berpusing sebelum terjunam ke tali air.
Sementara itu, menurut Lee, kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan rakannya.

"Saya tidak jangka perkara ini berlaku, saya cuma sempat tengok dia terkapai-kapai dan saya fikir dia pandai berenang," katanya ketika ditemui  pemberita.

Yeoh yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang bekerja di sebuah kilang papan di Gua Musang sejak lima bulan lalu.

Mayatnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.

Tujuh anggota bomba dan penyelamat terlibat dalam usaha mencari mangsa dan mengeluarkan kenderaan di tempat kejadian. - Bernama

Dua beradik cederakan pemandu lori dipenjara tujuh tahun


PETALING JAYA - Dua beradik masing-masing dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah mencederakan seorang pemandu lori tujuh tahun lalu.
Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas A.Kamalanath, 26, dan A.Neranjan, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Yasmin membenarkan permohonan peguam V.Kumar yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara pihaknya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Yasmin juga mengekalkan wang jaminan asal masing-masing sebanyak RM10,000.

Kamalanath dan Neranjan bersama-sama 18 lagi yang masih bebas telah menyebabkan kecederaan parah terhadap N.Rajan, 40, dengan tiga senjata iaitu parang, pisau dan kayu yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Jalan BK 1/5, Bandar Kinrara, Puchong, pada 11 malam, 1 Ogos 2006, dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan boleh didenda atau disebat.

Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, iaitu kedua-dua tertuduh, telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. - Bernama

Mahkamah Rayuan jel penoreh getah rogol gadis bawah umur

PUTRAJAYA - Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh mahkamah rayuan di sini hari ini kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di sini lima tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Seri Abu Samah Nordin membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk membebaskan Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan, 25, di akhir kes pembelaan.

Panel itu mensabitkan Mohamad Malek terhadap dua pertuduhan merogol gadis itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun sembilan bulan di sebuah hotel di Jalan Pudu, pada 1 pagi dan 3 pagi pada 23 April 2008. Dia diperintah menjalani hukuman penjara itu secara serentak dari hari ini.

Bagaimanapun, penoreh getah dari Kuala Lipis, Pahang itu dikecualikan daripada sebatan kerana hukuman itu bergantung kepada budi bicara dan Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa tidak mendesak bagi hukuman itu.

Dalam mengenepikan pembebasan Mohamad Malek, Hakim Abu Samah berkata, hakim Mahakmah Sesyen telah terkhilaf semasa memutuskan Mohamad Malek telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah Sesyen membebaskan Mohamad Malek daripada pertuduhan itu pada 9 November 2010 dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 23 Februari tahun lepas.

Hakim Abu Samah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, berkata terdapat kes di mana mahkamah mendapati sukar untuk membuat keputusan.

Terdahulu, peguam Amrit Pal Singh yang mewakili Mohamad Malek, semasa mengemukakan rayuan bagi anak guamnya, merayu mahkamah memberikan hukuman ringan dan menggesa anak guamnya dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik.

Beliau memberikan contoh keadaan anak guamnya itu dengan kes pemain boling kebangsaan yang diberikan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM25,000 oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lepas.

Tertuduh yang ketika kejadian berumur 19 tahun, telah merogol remaja perempuan 13 tahun itu dalam sebuah bilik hotel pada 2010 tetapi mengaku salah semasa dihadapkan ke mahkamah. 

Amrit Pal berkata, ini juga merupakan kes "suka sama suka" kerana mereka merupakan pasangan kekasih dan tidak wujud paksaan terhadap gadis itu.

"Ia merupakan kesilapan di pihak tertuduh kerana masih muda," katanya dan menurutnya anak guamnya telah memohon maaf kepada mangsa dan meminta mahkamah menaruh belas kasihan terhadapnya dan memberi peluang kepadanya untuk menjalani kehidupan baru.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara antara 12 dan 15 tahun kerana ia merupakan kes serius dengan mengambil kira umur remaja perempuan itu. - Bernama

Adik diculik tiga ah long


MOHD ADNAN
MOHD ADNAN
SHAH ALAM – Seorang lelaki diselamatkan, kelmarin, selepas diculik tiga ah long berikutan kegagalan abang mangsa melunaskan pinjaman sebanyak RM9,000.

Mangsa, berumur 23 tahun, diculik di rumahnya di Taman Emas, Kampung Jawa, Klang, Rabu lalu.

Penculik kemudiannya menghubungi abang mangsa, kira-kira jam 1.30 petang dan menuntut wang tebusan yang kononnya sebagai bayaran pinjaman.

Khuatir dengan keselamatan adiknya itu, abang mangsa kemudiannya membuat laporan polis, kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dua jam kemudian, polis menyerbu sebuah rumah kosong di Taman Maznah, Klang.

Katanya, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, berumur lingkungan 20 hingga 44 tahun ditahan.

“Mangsa ditemui di dalam rumah tersebut. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun kita menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Camry, motosikal jenis Yamaha, buku nota, buku cek, telefon bimbit dan rotan.

“Buku nota itu mengandungi butiran berkaitan aktiviti peminjaman wang. Kita percaya suspek merupakan ah long,” katanya.

Mohd Adnan berkata, salah seorang suspek memiliki lapan rekod jenayah lampau antaranya bersangkutan kes curi dan pecah rumah.

Helah larikan tabung derma dari masjid tak menjadi


Helah sama tidak menjadi
Suspek juga mengaku mengidap penyakit HIV bagi mengelak dirinya terus dipukul.
Helah sama tidak menjadi
Suspek berusia 48 tahun ini kemudiannya dibawa anggota polis ke ibu pejabat polis daerah untuk diambil keterangan.
MARANG – "Saya bukan mahu ambil duit (tabung derma) tapi mahu tolong kutip derma." Demikian kata-kata seorang lelaki berusia 48 tahun selepas berjaya ditangkap penduduk ketika cuba melarikan tabung derma kebakaran dari Masjid Rusila di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, lelaki yang beralamat di Taman Rashidah, Rhu Renggeh, Marang itu berjaya ditangkap orang ramai yang kebetulan berada sekitar kawasan masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Tok Guru Haji Hadi.

Pada mulanya, suspek tinggi lampai memakai kaca mata dikatakan mundar mandir dalam kawasan pekarangan masjid sebelum cuba melarikan tabung derma kebakaran yang berisi wang tetapi gagal apabila perbuatannya disedari pengawal masjid.

Difahamkan, ketika pengawal masjid tersebut bersama rakannya cuba menangkap suspek berlaku pergelutan, sehingga menarik perhatian orang ramai yang kebetulan baru sahaja selesaimenjalankan perniagaan di kawasan berdekatan masjid.

Akibat pergelutan itu suspek mengalami kecederaan pada anggota badan dipercayai akibat dipukul orang ramai yang cuba memberkasnya.

Malah bagi meraih simpati agar tidak terus disakiti, suspek terbabit mengaku dirinya mengidap penyakit HIV.

Dia yang separuh sedar di atas tanah berdekatan dengan rumah penduduk dekat masjid itu, kemudiannya diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian selepas dihubungi ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Salah seorang ahli jawatankuasa masjid yang enggan dikenali memberitahu, lelaki terbabit juga melakukan perkara sama pada minggu lalu apabila melarikan sejumlah wang
milik peniaga yang menjalankan perniagaan di luar kawasan masjid.

“Pencuri sama disyaki melarikan sejumlah wang milik peniaga di sini minggu lalu, dan ketika itu dia berjaya melepaskan dirinya, namun kali ini kedatangannya ke masjid untuk melakukan jenayah yang sama berjaya dihidu,” katanya.

PKNS siasat jambatan runtuh


Jambatan runtuh
Keadaan jambatan yang runtuh.
KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri menyerahkan urusan siasatan punca jambatan di Selangor Science Park 2 Interchange runtuh, petang kelmarin kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan akan menjadi pemerhati sahaja.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PKNS telah pun menandatangani perjanjian Integriti dengan SPRM berkenaan perkara itu dan akan melakukan siasatan secara terbuka dan telus.

Menurutnya, dasar keterbukaan yang akan digunakan bakal melampirkan semua keputusan pengurusan terutama perkara berhubung pelantikan kontraktor yang bertanggungjawab dan lain-lain yang berkaitan.

“Siasatan akan dilakukan oleh kumpulan profesional (jawatan kuasa khas) yang telah dilantik PKNS untuk mengenal pasti punca kejadian bertujuan untuk membetulkan perkara yang tidak betul supaya tiada kelewatan dari segi memberi kemudahan kepada pengguna.

“Keduanya, jika didapati ada pihak yang bersalah, perkara itu perlu diselesaikan dan pembiayaan perlu ditanggung oleh pihak yang didapati bersalah.

“Selain itu, ia untuk memastikan perancangan yang telah dibuat dan diluluskan mestilah dipatuhi sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Forum Ekonomi anjuran Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga memantau dari segi keputusan yang dicapai kerana perkara berkenaan turut mempunyai hubung kait dengan badan lain seperti Plus Malaysia Berhad (Plus) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kalau dahulu, hubungan ini akan terbantut kalau ada perkataan ‘rahsia’ tetapi sekarang kita tak boleh ada ‘kerahsiaan’ kerana mahu usaha yang dilakukan itu ada ketelusan dan keterbukaan,” katanya.

Kelmarin, sebuah jambatan antara Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh jam 1 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana jambatan itu masih ditutup untuk kegunaan awam sejak 7 Disember lalu.

Difahamkan, jambatan itu dibina PKNS dan pernah dibuka untuk lalu lintas pada Mac 2010  namun terpaksa ditutup selepas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan terdapat pergerakan pada salah satu tiang di persimpangan bertingkat itu yang menjadi laluan Putrajaya dan Cyberjaya.

Sementara itu, forum berkenaan turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PKNS Infra Berhad (PIB) dan China Railway Construction Corporation (International) Limited (CRCC), DCI dan Perspektif Masa Sdn Bhd (Acmar International Group), serta AADC Singapore Pte Ltd dan Selangor State Development Corporation (SSDC).

Spesimen tanah sepadan: Saksi

Dirang
$entry.content.caption.value
JOHOR BAHRU - Spesimen tanah terdapat di motosikal milik tertuduh, Muidin Maidin, 25, sepadan dengan sampel tanah tempat Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang ditemui dibakar.

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Ahli Kimia Seksyen Kriminalistik, Jabatan Kimia Malaysia cawangan Johor, Noor Dina Ali yang merupakan saksi pendakwaan ke-17 dalam keterangannya, semalam mengesahkan kesepadanan melalui warna dan pembahagian tanah.

Menurutnya, sampel tanah berwarna jingga yang terdapat di lokasi mangsa ditemui dibakar pada 8 Mac lalu sepadan dengan sampel tanah diambil pada bahagian dalam depan dan belakang madgat motosikal jenis Honda JJK 3269 milik tertuduh.

“Sampel tanah berkenaan telah diuji menerusi kaedah analisis tanah yang melihat kepada keadaan fizikal, tekstur dan warna tanah. Malah ia juga diuji melalui analisis kimia yang melihat kepada ketumpatan tanah dengan menggunakan alkohol dan bromoform,” katanya.

Saksi berkata, uji kaji terhadap sampel tanah berkenaan dibuat sebanyak dua kali iaitu kali pertama bagi menentukan padanan tanah berkenaan manakala kali kedua bagi membuat pengesahan mengenai hasil uji kaji yang pertama.

Ketika ditanya mengenai sampel tanah yang hanya diambil di bahagian madgad motosikal berkenaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar, Noor Dina menjawab, tidak terdapat tanah di bahagian lain kenderaan itu.

“Keadaan itu berkemungkinan disebabkan motosikal berkenaan telah dicuci menyebabkan tiada sampel tanah di bahagian lain selain dalam kedua-dua madgad itu,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Dina turut memberitahu mahkamah pihaknya tidak menjumpai sebarang kesan atau tanda hidrokarbon dan bendasing pada sampel tanah yang diambil dari lokasi mangsa dibakar.

Selain Noor Dina, sebanyak dua orang saksi dari Jabatan Kimia Malaysia cawangan Johor dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang masuk hari keempat iaitu Ahli Kimia Seksyen Toksikologi, Amimah Mahmud dan Pegawai Sains, Adrieanne Reeza Alwi.

Lebih 20 saksi disenaraikan pihak pendakwaan dalam perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman dan perbicaraan bersambung Isnin ini.

Rempuhan pelajar pengetua ditahan

BEIJING - Seramai enam orang termasuk pengetua sebuah sekolah di Laohekou, wilayah Hubei, China, ditahan oleh pihak berkuasa selepas kejadian rempuhan yang menyebabkan seramai empat pelajar terbunuh, semalam.

Menurut pegawai, rempuhan dilaporkan berlaku awal pagi kelmarin apabila sejumlah besar pelajar bergegas meninggalkan bilik asrama sekolah di tingkat empat dan cuba keluar dari bangunan tersebut.

"Kejadian tercetus apabila kesemua pelajar bergegas ke tingkat bawah dan tidak menyedari pintu pagar di tingkat itu telah ditutup menyebabkan kesemua pelajar tidak dapat berpatah balik dan merempuh sesama sendiri," katanya.  -  AFP

Restoran terapung Iraq tenggelam, 5 maut

BAGHDAD - Sekurang-kurangnya lima maut manakala dua lagi dilaporkan masih hilang apabila sebuah restoran terapung yang dibuka dua tahun lalu tenggelam di Sungai Tigris, malam tadi.

Menurut Ahli Majlis Daerah Baghdad, Mohammed Al Rubeiy, ketika kejadian, kira-kira 150 orang yang berada di restoran tersebut sedang menghadiri majlis yang dihoskan oleh Caterpillar Inc, sebuah syarikat pengeluar jentera berat dan peralatan.

“Kebanyakan yang hadir adalah warga Iraq; selebihnya dari tempat lain di Timur Tengah," katanya.

Sementara itu, beberapa wanita di lokasi kejadian meraung dan meluahkan kemarahan ekoran kejadian yang berlaku.

"Saya mahu anda bertanggungjawab di hadapan semua orang-orang ini," jerit seorang lelaki di hadapan Al Rubeiy.

Dalam perkembangan berkaitan, Al Rubeiy berkata, restoran tersebut hanya mempunyai kapasiti maksimum 100 orang.

Restoran terapung tersebut merupakan sebahagian daripada Kelab Keluarga Lubnan biasanya sesak pada hari Khamis malam iaitu permulaan hujung minggu.

Mainan budak bertanda salib

Mainan budak bertanda salib
Noor Azmi (kanan) bersama Asrizal menunjukkan gambar tertera gambar salib dibelakang yang dililit ular terdapat di dalam kotak mainan, semalam.
Mainan budak bertanda salib
Pelekat bertanda salib.
TELUK INTAN - Seorang bapa terkejut apabila anaknya berusia 5 tahun membeli satu kotak gula-gula dan pelekat yang mengandungi tanda salib dari sebuah kedai runcit di Taman Kerentina, Batak Rabbit, petang kelmarin.

Bapa, Noor Azmi Baharuddin, 37, berkata, ketika itu, dia yang baru pulang dari tempat kerjaterkejut anaknya memegang sekeping pelekat cacah tertera gambar salib bersama tengkorak.

Menurutnya, mulanya dia menyangka pelekat itu hanya gambar tengkorak namun apabila di teliti terdapat salib yang dililit ular.

"Bukan sahaja gambar berkenaan menakutkan malah tentangan dengan agama Islam.

"Tindakan syarikat yang membuat permainan itu didapati tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu khususnya beragama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Noor Azmi, perkara itu  tidak sepatutnya berlaku dan tindakan pihak syarikat berkenaan meletakkan gambar salib adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mahu pihak pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) segera mengambil langkah bagi memastikan barangan seumpama itu tidak dijual secara rambang kerana bertentangan dengan akidah,” katanya.

Sementara itu, rakannya,  Asrizal Buyung, 60, mahu pihak Jabatan Agama Islam Kedah segera membuat pemantauan ke atas syarikat yang beroperasi di Alor Setar itu supaya perkara berkenaan dapat dikawal daripada berleluasa.

Katanya, kanak-kanak tidak tahu apa-apa dan jika

2 pelajar UiTM Machang mati lemas

2 pelajar UiTM Machang mati lemas
Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke hospital sejurus ditemui lewat malam kelmarin.
BACHOK – Dua sahabat yang dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Sri Telong lewat petang kelmarin ditemui terdampar di pesisir pantai tersebut pada jam 9.51 malam kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Nordin Zakaria berkata, mayat dua mangsa, Mohamad Mahfuz Ladin, 22, dan Muhamad Suhairi Abas, 20, itu ditemui 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 8.32 malam dan bergegas ke lokasi bersama tiga anggota untuk tinjauan awal.

“Gerakan mencari dan menyelamat dibantu oleh enam anggota pasukan penyelamat di air. Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya menjumpai dua mangsa ini tertiarap berdekatan antara satu sama lain pada jam 9.51 malam.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Kami berharap orang ramai sentiasa berwaspada ketika mandi di laut atau di sungai untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya kepada sidang media selepas operasi tersebut awal pagi semalam.

Manakala, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, ketika kejadian tujuh pelajar UiTM Machang itu dikatakan mandi bersama kira- kira jam 6 petang di Pantai Sri Telong.

“Mereka menginap di salah sebuah chalet berdekatan kerana mengikuti perkhemahan latihan intensif Silat Gayung Malaysia yang bermula 28 Februari hingga 2 Mac.

“Pada jam 7.15 malam, lima rakan mangsa ini dikatakan terlihat dua rakan mereka terkapai- kapai di tengah laut sebelum tenggelam,” katanya.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa awal pagi semalam untuk disemadikan di tanah perkuburan di kampung masing- masing.

Difahamkan, Mohamad Mahfuz adalah pelajar tahun ketiga Diploma Perakaunan UiTM Machang berasal dari Taman Hidayah, Gual Tinggi, Rantau Panjang. Manakala, Muhamad Suhairi adalah pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Maklumat UiTM, berasal dari Kampung Manal 1, Jalan Jedok, Tanah Merah.

Mohon bantu jejak anak

Mohon bantu jejak anak
Nor Farhana Rizal
SELAYANG - Seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anak gadisnya yang didakwa menghilangkan diri sejak 15 Februari lalu.

Rizal Che Muda, 42, berkata, ini kali ketiga Nor Farhana Rizal, 15, keluar dari rumah tanpa diketahui puncanya.

Menurutnya, remaja itu berjanji untuk pulang ke rumah pada awal Mac iaitu selepas mendapat gaji namun sehingga kini Nor Farhana tidak muncul.

"Saya dan isteri berasa bimbang dengan keselamatan anak kami. Muka saya sudah tebal untuk membuat laporan polis kerana tindakan anak saya itu.

“Saya mahu dia pulang ke pangkuan keluarga kerana dia keluar sehelai sepinggang, tanpa membawa kad pengenalan diri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rizal berkata, ketika menghubungi Nor Farhana sebelum ini, anaknya itu memaklumkan bekerja di sebuah stesen minyak di Sungai Buloh namun maklumat diberikan tidak lengkap.

Katanya, anaknya itu pernah berhenti sekolah selama setahun sebelum menyambung semula pelajaran di tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini.

“Kali pertama dan kedua dia melarikan diri dari rumah adalah penghujung tahun lepas dan awal tahun ini. Ketika itu dia mendakwa tinggal di rumah kakak angkat sebelum berjaya dikesan abangnya,” katanya.

Rizal berkata, ketika kali terakhir dia bertemu dengan Nor Farhana, remaja itu meminta izin daripadanya untuk menemani rakannya menghantar barang ke Kampung Nakhoda.

Menurutnya, dia sudah mengambil pelbagai inisiatif untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini menemui jalan buntu.

Katanya, orang ramai yang  mengenali atau terjumpa anaknya diminta menghubunginya di talian 03-61277501.

Dua sahabat mati lemas mandi Pantai Sri Telong




MAYAT kedua-dua mangsa ditemui di Pantai Sri Telong di Bachok sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk dibedah siasat.


BACHOK – Dua sahabat dipercayai mati lemas ketika mandi di Pantai Sri Telong lewat petang kelmarin ditemui terdampar bersebelahan pesisir pantai tersebut selepas kira-kira tiga jam disedari hilang.
Mayat kedua-dua rakan itu, Muhamad Suhairi Abas, 20, dan Mohamad Mahfuz Ladin, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap berdekatan pukul 9.51 malam pada jarak 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang pada pukul 7.15 kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, ketika kejadian, tujuh pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang termasuk dua mangsa itu dikatakan mandi bersama kira-kira pukul 6 petang di Pantai Sri Telong.
“Mereka menginap di salah sebuah chalet berdekatan kerana mengikuti perkhemahan latihan intensif Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia yang bermula 28 Februari hingga 2 Mac. Seramai 30 orang terlibat dalam program berkenaan.
“Pada jam 7.15 malam, lima rakan mangsa ini naik ke darat dan menyedari dua pelajar itu tiada,” katanya di sini malam kelmarin.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dekat sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mangsa awal pagi semalam untuk disemadikan.
Mohamad Mahfuz adalah pelajar tahun ketiga Diploma Perakaunan UiTM Machang berasal dari Taman Hidayah, Gual Tinggi, Rantau Panjang manakala Muhamad Suhairi adalah pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Maklumat UiTM, berasal dari Kampung Manal 1, Jalan Jedok, Tanah Merah.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Nordin Zakaria berkata, walaupun mangsa dikatakan hilang pukul 7.15 malam tetapi pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pukul 8.32 malam sebelum bergegas ke lokasi bersama tiga anggota untuk tinjauan awal.
“Gerakan mencari dan menyelamat dibantu oleh enam anggota pasukan penyelamat di air. Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya menjumpai dua mangsa ini tertiarap berdekatan antara satu sama lain pada jam 9.51 malam.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Kami berharap orang ramai sentiasa berwaspada ketika mandi di laut atau di sungai untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Bapa saudara Muhamad Suhairi, Akmal Daud, 35, semasa ditemui di Tanah Merah semalam berkata, dia menyedari perubahan sikap Muhamad Suhairi baru-baru ini semasa anak saudaranya itu menghadiri jamuan di rumahnya di Machang.
“Biasanya, dia seorang yang makan dengan banyak tapi hari itu dia makan sedikit sahaja dan banyak termenung,” katanya.
Akmal berkata, anak bongsu dari tujuh beradik itu menggemari silat sejak di bangku sekolah menengah lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2MQsdYPyR 
Hakcipta terpelihara