Search This Blog

Friday, March 1, 2013

Kastam patahkan seludup dadah



SEPANG 28 Feb. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan taktik licik penyeludupan dadah yang berselindung di sebalik kotak barang kemas melalui syarikat penghantaran ekspres pada Isnin lalu.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, modus operandi terbaharu penyeludupan dadah jenis ketamin seberat 6.80 kilogram itu terbongkar dengan penahanan lelaki warga India berumur 33 tahun di sebuah premis di Kuala Lumpur.
Katanya, hasil maklumat syarikat penghantaran barangan tersebut, pihaknya berjaya menemui sebuah bungkusan besar mengandungi 12 kotak barangan kemas yang tersimpan serbuk putih bernilai hampir RM240,000 itu.
"Siasatan awal mendapati barangan tersebut dihantar menggunakan syarikat penghantaran ekspres dari Chennai, India melalui pengangkutan udara ke Singapura dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Dari sehari ke sehari taktik sindiket penyeludupan semakin licik dan mereka cuba mengaburi kita dengan menggunakan barang kemas kerana India memang terkenal dengan industri perhiasan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Zainul Abidin berkata, kes itu termasuk dalam empat percubaan penyeludupan dadah yang berjaya dipatahkan dalam tempoh lima hari dari 20 hingga 25 Februari lalu di KLIA.
Katanya, sebanyak 16.59 kilogram dadah jenis ketamin dan methamphetamine dengan nilai anggaran hampir RM1.9 juta dirampas dalam semua kes berkenaan.
"Tiga kes lain menggunakan modus operandi menyorokkan dadah di dalam ruang tersembunyi di dalam bagasi. Ketiga-tiga suspek ditahan semasa cuba melepasi kawalan pihak kastam di Balai Ketibaan KLIA," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes pertama melibatkan penahanan lelaki warga India berumur 29 tahun yang membawa dadah jenis ketamin seberat 1.56 kg bernilai hampir RM55,000 dari Chennai.
"Dalam kes kedua pula seorang lelaki Indonesia berumur 29 tahun ditahan kerana cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine dari Maldives dengan berat kasar 2.62 kilogram bernilai hampir RM500,000 pada 22 Februari lalu.
"Kes ketiga pula, melibatkan seorang lelaki warga India berusia 35 tahun yang cuba menyeludup dadah jenis sama dengan berat kasar 5.61 kg bernilai hampir RM1.1 juta dari Singapura pada 25 Februari lalu," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan siasatan lanjut terhadap semua kes berkenaan bagi menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah ke negara ini.
Beliau menambah, pada tahun ini, sebanyak 13 kes dikesan dan kesemuanya melibatkan warga asing.
"Kesemua suspek direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130301/je_02/Kastam-patahkan-seludup-dadah#ixzz2MIv2Qt4Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja kilang papan maut, kereta dihanyut arus deras



TUMPAT 1 Mac - Seorang pekerja kilang papan, Yeoh Hock Heng, 35, ditemui mati lemas manakala rakannya Lee Kiang Kiang, 36, terselamat selepas kereta yang mereka naiki dihanyutkan arus deras ketika melalui jalan di Kampung Jubakar yang tengelami banjir, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di kampung berkenaan.
Menurut Kiang Kiang, dia tidak menyedari jalan tersebut dinaiki air kerana kawasan itu sangat gelap.
"Saya meredah air tersebut, tiba-tiba saya rasa kereta yang dipandu seakan-akan dihanyutkan arus deras serta tayar tergelincir masuk ke tali air yang terdapat berhampiran jalan berkenaan.
"Kami memberanikan diri dengan keluar untuk tolak kereta tersebut, tiba-tiba kereta itu hanyut bersama kami, namun saya sempat berenang ke kawasan cetek," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130301/je_05/Pekerja-kilang-papan-maut-kereta-dihanyut-arus-deras#ixzz2MIuqzJEC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 polis, 12 penceroboh maut




LAHAD DATU: Seramai 12 orang anggota penceroboh yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dan dua anggota Pasukan Gerak Khas VAT 69 maut manakala tiga anggota VAT 69 cedera sebaik bertempur dalam kejadian di Kampung Tandau, di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jumlah anggota penceroboh yang cedera. Mereka ini dianggarkan seramai antara 80 hingga 150 orang dan sebahagian daripada mereka bersenjata.
Pertempuran itu dipercayai dimulakan anggota penceroboh terbabit yang sudah berada selama 18 hari lalu di kampung berkenaan sebagai menyedari kehadiran anggota pihak berkuasa.

Difahamkan, tembakan awal dilepaskan penceroboh kira-kira jam 10 pagi, menyebabkan pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berbalas tembak selama kira-kira 30 minit.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya terpaksa membalas tembakan dilepaskan kumpulan berkenaan sebaik terserempak di dalam kampung ini.


"Pasukan keselamatan terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri masing-masing.

"Dalam pertempuran mengambil masa antara 20 hingga 30 minit itu, dua anggota polis meninggal dunia manakala tiga lagi cedera," katanya ketika taklimat media di Felda 17, semalam.

Hamza berkata, seramai 12 anggota penceroboh disahkan maut.

"Pasukan keselamatan sudah melakukan sebaiknya termasuk melakukan perbincangan, memberi masa untuk menyerah diri dan makanan tetapi mereka masih berkeras.

"Kami tiada pilihan lain selain terpaksa bertindak," katanya.

Beliau berkata, dalam pertempuran itu, pihak berkuasa turut berjaya merampas masing-masing dua laras M-16, rifel semi-auto, pistol, satu peluru pelancar roket, kelopak dan beg pakaian.

"Operasi masih diteruskan sehingga kini dan keadaan masih terkawal.

"Saya juga mengesahkan tiada perintah berkurung dikeluarkan setakat ini dan pihak keselamatan sudah mengetatkan lagi kawalan," katanya.

Hamza berkata, kumpulan berkenaan kini berada dalam keadaan tersepit dan pihaknya sedang berusaha mengetatkan lagi kepungan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2polis_12pencerobohmaut//Article#sthash.gFb3RvrS.dpuf

Dadah emas

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan satu lagi cubaan menyeludup dadah jenis ketamin seberat 6.8 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM238,000 disembunyikan dalam 12 kotak barang kemas yang dihantar menggunakan syarikat penghantaran ekspres, Isnin lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Putrajaya Datuk Zainul Abidin Taib berkata, siasatan awal mendapati dadah itu dihantar dari Chennai, India menggunakan pengangkutan udara sebelum transit ke Singapura dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
Menurutnya, berdasarkan maklumat dan alamat kurier itu, satu serbuan dijalankan Bahagian Penguatkuasaan KLIA di sebuah premis di Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan menemui satu bungkusan besar yang di dalamnya ada 12 kotak barangan kemas dan di bahagian bawah kotak itu tersorok bungkusan serbuk putih.
Foto
PENGUASA Kastam KLIA Mohd Farhan Izhar menunjukkan ketamin yang disorokkan dalam kotak barang kemas.

“Berikutan itu, seorang lelaki warga India berusia 33 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan awal juga mendapati lelaki itu tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu dan bekerja di kedai besi buruk,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, di sini, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Dadahemas//Article#sthash.3eFOsCoL.dpuf

Pinjam along belajar PhD

Kuala Lumpur: “Pada mulanya, saya hanya pinjam RM5,000 daripada seorang along untuk membayar yuran pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), tetapi apabila gagal membayarnya, along lain pula menghantar SMS dan menawarkan pinjaman.
“Kerana terdesak untuk menjelaskan hutang itu, saya meminjam daripada along kedua dan begitulah seterusnya sehingga saya berhutang dengan 11 along berjumlah lebih RM30,000 dan pernah cuba bunuh diri kerana terlalu tertekan,” kata mangsa buruan ceti haram yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 37.
Menurut Yati yang lumpuh separuh kaki akibat kemalangan jalan raya 13 tahun lalu, kehidupannya tidak pernah tenteram sejak menjadi ‘pelanggan’ along pada November lalu apabila kerap menerima ugutan bunuh, bakar dan disimbah asid jika lambat atau gagal membayar hutang mengikut masa ditetapkan.

“Saya pinjam RM5,000 untuk bayar yuran pengajian dan bercadang melangsaikannya selepas mendapat bayaran menyiapkan lima skrip drama televisyen bernilai RM30,000 yang dijangka diterima Disember lalu.
Foto
YATI menunjukkan laporan polis dibuatnya.

“Tetapi sebaliknya berlaku apabila ditipu syarikat produksi itu menyebabkan saya gagal membayar pinjaman along,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di pejabat Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) di sini, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/PinjamalongbelajarPhD//Article#sthash.ZkEZFeGt.dpuf

Penjenayah ‘liat’




Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.

Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar kereta peronda polis (MPV).

“Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.

Foto
RAMANAYAH maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Foto
PASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek
Foto
ANGGOTA polis forensik menyiasat tempat kejadian.
“Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Penjenayah__8216_liat__8217_//Article#sthash.yunVSCw6.dpuf

3 tercampak tayar lori pecah

Hulu Bernam: Tiga pekerja binaan nyaris maut selepas tercampak daripada lori dinaiki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 10.30 malam di Kilometer 400.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Bukit Tagar apabila lori satu tan yang membawa peralatan binaan yang dinaiki semua mangsa terbabas akibat tayar belakang pecah.

Pemandu lori itu, S Dorairaju, 35, berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani, Kedah.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar belakang lori sebelah kiri pecah menyebabkan lori berputar beberapa kali di tengah jalan dan kami bertiga tercampak keluar,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Tanjung Malim, dekat sini semalam.

Beliau berkata, mereka tidak sedar bagaimana keadaan mereka tercampak sama ada melalui pintu atau cermin depan lori.

Menurutnya, mereka hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri kerana masing-masing tercampak di atas lebuh raya.
Foto
KEPALA lori remuk selepas melanggar penghadang lebuh raya.
“Lori kami turut melanggar sebuah lori lain dari arah belakang sebelum berpusing beberapa kali di tengah jalan. Lori turut dirempuh sebuah treler,” katanya.

Berikutan itu, Dorairaju cedera di kaki dan tangan kanan serta beberapa bahagian kepala dan badan.
Dua lagi rakannya, K Ashukumar,35, dan P Kalibaskaran, 25, cedera di kaki, muka dan badan, tetapi hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, pemandu treler, Liong E Chong, 30, berkata, lori itu cuba memotong sebuah kenderaan di depannya namun gagal disebabkan tayar pecah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3tercampaktayarloripecah/Article#sthash.YcWhKT4c.dpuf

Bekas kerani didakwa

Kuantan: Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang di sebalik kehilangan wang milik pelakon popular Lisa Surihani dan ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, terhadap dua pertuduhan iaitu melakukan pecah amanah dan mengeluarkan wang milik pelanggannya itu berjumlah RM50,772.40.
Tertuduh yang juga bekas kerani bank Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Mengikut pertuduhan pertama, wanita terbabit didapati melakukan pecah amanah terhadap wang Siti Amirah Ahmad, 63, dan Lisa Surihani Mohamed, 27, di dalam akaun simpanan bersama mereka berjumlah RM50,772.40 pada 7 Januari lalu hingga 10 Januari lalu di Malayan Banking Berhad Cawangan Taman Tas, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dengan sebat serta boleh juga didenda.
Foto
LISA Surihani

Mengikut pertuduhan kedua, wanita terbabit didapati menyalahgunakan sekeping kad juruwang automatik (ATM) iaitu kad Maybank milik akaun simpanan bersama Siti Amirah dan Lisa Surihani untuk mengeluarkan wang tunai berjumlah RM50,772.40 pada 7 Januari lalu hingga 10 Januari lalu di Maybank Cawangan Taman Tas, di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bekaskeranididakwa/Article#sthash.qEZtTJyB.dpuf

Budak tujuh tahun teguk bir



Petaling Jaya: Meskipun baru berusia tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah pandai meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk di rumah jirannya dalam kejadian di Damansara Damai, di sini.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki yang belajar di tahun satu itu dipercayai mengambil minuman berkenaan buat pertama kali kelmarin sebelum jirannya mengadu kepada ibu kanak-kanak lelaki itu.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit mengunjungi rumah jirannya itu untuk bermain seperti biasa manakala ibunya berada di rumah bersama seorang lagi anaknya.

“Ketika itu, ibu kanak-kanak itu didatangi jirannya yang mengadu anaknya membuka peti sejuk tanpa kebenaran dan lebih mengejutkan, dia meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk berkenaan.


“Sejurus selepas itu, ibu kanak-kakak terbabit menyoal anaknya itu dan dia mengaku serta memberi alasan berbuat demikian kerana ingin mencuba air orang ‘dewasa’ itu,” katanya.


Menurutnya, ibu kanak-kanak berkenaan yang berang dengan tindakan itu merotan anaknya itu dengan wayar hingga menyebabkan kesan lebam di tangan, bahu dan belakang badan.

Katanya, selepas kanak-kanak itu pergi ke sekolah semalam, guru kelasnya yang ternampak kesan lebam di tangan kanak-kanak itu menyangka anak muridnya yang berusia tujuh tahun itu menjadi mangsa dera ibu sebelum membuat laporan polis.


“Selepas disoal siasat, akhirnya terbongkar kejadian kanak-kanak lelaki itu sebenarnya dihukum akibat tindakannya minum bir di rumah jiran sebelum diserahkan kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budaktujuhtahuntegukbir/Article#sthash.c37WalTV.dpuf

Pelajar bertatu ugut ustazah




Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas.

Itulah sikap samseng dan kurang ajar dua pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di ibu kota, sekali gus menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis ke atas mereka, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, ustazah berusia 28 tahun itu pada mulanya menegur kedua-dua pelajar terbabit kerana membuat bising dan mengganggu pembelajaran.


“Teguran ustazah itu mengundang rasa marah dua pelajar terbabit sebelum seorang daripada mereka memarahinya. Berikutan itu, ustazah berkenaan menghampiri seorang daripada pelajar itu sebelum terkejut apabila mendapati ada tatu pada tangannya.

“Ustazah itu memeriksa tangan seorang lagi pelajar dan mendapati dia juga menemui tatu sama di tangan,” katanya.


Menurutnya, ustazah terbabit menegur kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu dengan memberitahu perbuatan mereka salah mengikut ajaran Islam serta peraturan sekolah.


Teguran ustazah itu menyebabkan pelajar terbabit bertambah berang lalu memarahinya serta memberi amaran supaya jangan masuk campur urusan mereka.

“Malah, seorang daripada pelajar terbabit turut mengugut mahu membunuh wanita itu sekiranya terus campur tangan dalam urusan mereka,” katanya.


Menurutnya, menyedari kedua-dua pelajarnya itu sukar dikawal, ustazah terbabit kemudian menghubungi guru disiplin bagi mendapatkan bantuan.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat sekolah sebelum ustazah terbabit membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.


“Dalam laporannya, pengadu mendakwa dua pelajar berkenaan menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah dan siasatan awal polis juga mendapati seorang daripada mereka pernah disiasat kerana melakukan kesalahan jenayah,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelajarbertatuugutustazah/Article#sthash.059ba2GU.dpuf

Dua beradik cederakan pemandu lori dipenjara



01/03/2013 6:43pm

PETALING JAYA — Dua beradik masing-masing dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah mencederakan seorang pemandu lori tujuh tahun lalu.
Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas A.Kamalanath, 26, dan A.Neranjan, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Yasmin membenarkan permohonan peguam V.Kumar yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara pihaknya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Yasmin juga mengekalkan wang jaminan asal masing-masing sebanyak RM10,000.
Kamalanath dan Neranjan bersama-sama 18 lagi yang masih bebas telah menyebabkan kecederaan parah terhadap N.Rajan, 40, dengan tiga senjata iaitu parang, pisau dan kayu yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Jalan BK 1/5, Bandar Kinrara, Puchong, pada 11 malam, 1 Ogos 2006, dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan boleh didenda atau disebat.
Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, iaitu kedua-dua tertuduh, telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2MIWk88zb 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki lemas kereta terjunam ke tali air



01/03/2013 6:35pm

TUMPAT — Seorang lelaki mati lemas selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam tali air sedalam dua meter di Kampung Jubakar Darat di sini hari ini.
Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd0. Bustan Karudin berkata, mangsa dikenali sebagai Yoeh Hook Heng, 36, manakala rakannya yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu, Lee Kiang Kiang, 36 terselamat.
Mohd. Bustan ketika dihubungi berkata, Toyota Avanza yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan berpusing sebelum terjunam ke tali air.
Sementara itu, menurut Kiang Kiang, kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan rakannya.
"Saya tidak jangka perkara ini berlaku, saya cuma sempat tengok dia terkapai-kapai dan saya fikir dia pandai berenang,” katanya ketika ditemui pemberita.
Yeoh yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang bekerja di sebuah kilang papan di Gua Musang sejak lima bulan lalu.
Mayatnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.
Tujuh anggota bomba dan penyelamat terlibat dalam usaha mencari mangsa dan mengeluarkan kenderaan di tempat kejadian. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2MIWdbu9f 
Hakcipta terpelihara 

Lahad Datu: Penceroboh mulakan dahulu serangan



01/03/2013 7:47pm

PEKAN — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lepas.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata, kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.
Terdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2MIWHeKFh 
Hakcipta terpelihara 

Setiausaha akhbar menteri maut nahas di Rembau




BEGINILAH keadaan kenderaan SUV jenis Nissan X-Trail yang terbabit dalam kemalangan maut Sivam dan Hazrin di Rembau semalam.


REMBAU – Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan pemandunya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam.
Kejadian pukul 9 pagi itu menyebabkan Sivam Balan, 35, maut di tempat kejadian manakala pemandunya, Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika dirawat Hospital Melaka.
Sivam mempunyai seorang anak manakala Hazrin merupakan bapa kepada empat anak.
Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari ibu negara ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jabatan Tenaga Manusia dengan Universiti E Asia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi di Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2MIVLbmb4 
Hakcipta terpelihara 

Bank sama dirompak kali kedua




RAKAMAN video menunjukkan imej seorang lelaki membawa parang ketika merompak sebuah bank di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sekali lagi ‘makan besar’ apabila mereka merompak cawangan Bank Hong Leong di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini buat kali kedua semalam melibatkan kerugian RM11,000.
Sebelum ini iaitu pada 15 Januari lalu, suspek yang sama telah melarikan RM20,000 dari bank tersebut.
Kejadian pukul 12.56 tengah hari itu hanya mengambil masa kurang seminit apabila suspek terus menerpa ke arah pintu masuk sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang pengawal keselamatan.
Suspek kemudian pergi ke kaunter juruwang dan memaksa pegawai bertugas menyerahkan wang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
Ketika kejadian terdapat tiga pekerja dan empat pelanggan. Mereka tidak dicederakan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis percaya rompakan itu dilakukan suspek yang sama dalam kejadian pada 15 Januari lalu berdasarkan modus operandi mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2MIVBpuht 
Hakcipta terpelihara 

Jumlah mangsa banjir meningkat




PESTA. Sebahagian daripada mangsa banjir mengambil kesempatan meredah air di pekan Rantau Panjang, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan semalam meningkat kepada seramai 1,990 orang berbanding 827 orang kelmarin.
Jajahan Pasir Mas terutamanya kawasan Rantau Panjang merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,945 orang daripada 672 keluarga dipindahkan di 15 pusat pemindahan.
Portal e-banjir Kelantan di laman web http://ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan, di jajahan Pasir Puteh pula seramai 24 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
Selain itu, sebanyak 33 buah sekolah dari jajahan Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan Tanah Merah yang dilanda banjir sejak kelmarin masih ditutup semalam.
Sementara itu, cuaca cerah semalam membantu meredakan banjir gelombang ketiga di Kelantan apabila paras air di lima sungai utama menunjukkan penurunan walaupun Sungai Golok masih berada di paras bahaya.
Di Terengganu, keadaan banjir di negeri itu beransur pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 338 orang berbanding 3,703 kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2MIV5r9W4 
Hakcipta terpelihara 

Lisa Surihani hilang wang RM50,772



LISA SURIHANI


KUANTAN – Seorang bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 pada Januari lalu.
Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, (gambar kecil) 62, daripada akaun bersama mereka.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, Lorong Pandan Damai, Jalan Kuantan-Gambang di sini antara 7 dan 10 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin pengeluaran wang automatik milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2MIUrcfLx 
Hakcipta terpelihara 

Bank dirompak kali kedua



SEORANG anggota forensik mengambil sarung parang dipercayai milik suspek yang ditinggalkan berhampiran lokasi rompakan, di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 28 Feb. - Tidak sampai seminit, seorang lelaki bersenjatakan dua bilah parang melarikan wang tunai RM11,000 dari bank dalam sebuah pasar raya di Gelugor di sini.
Kejadian cemas itu berlaku kira-kira pukul 12.56 tengah hari ini ketika tiga kakitangan dan empat pelanggan berada di dalam bank tersebut.
Bagaimanapun mereka tidak dicederakan.
Suspek yang memakai topeng muka pada mulanya menerpa ke arah pintu masuk bank sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang pengawal keselamatan sebagai tebusan.
Dia kemudiannya menuju ke kaunter bagi mendapatkan wang sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130301/je_03/Bank-dirompak-kali-kedua#ixzz2MEzVdnEp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1,600 rumah ditenggelami air



Seorang wanita menaiki sebuah lori pikap meredah sebatang jalan yang dinaiki air sambil disaksikan sekumpulan kanak-kanak perempuan di Narathiwat, kelmarin. - AFP
NARATHIWAT 28 Feb. - Lebih 1,600 buah rumah di tujuh daerah di Narathiwat ditenggelami air selepas hujan lebat melanda wilayah itu, sejak tiga hari lalu.
Lebih 6,500 penduduk di kawasan itu terpaksa dipindahkan ekoran kejadian tersebut.
Akhbar Bangkok Post melaporkan hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan sekitar Sungai Golok, Si Sakhon, Chanae, Waeng, ChoAirong, Rueso dan Tak Bai di Narathiwat.
Banjir terburuk dilaporkan di daerah Sungai Golok dengan paras air naik antara 60 sentimeter dan 80 sentimeter, memaksa 130 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.
Kira-kira 24 batang jalan raya di enam daerah di Narathiwat juga terputus hubungan selepas paras air banjir naik antara 50 sentimeter dan 80 sentimeter.
Sebanyak empat buah sekolah di daerah Rangae, Muang Narathiwat dan Waeng ditutup ekoran banjir itu.
Di Songkhla, seluas 51.2 hektar kawasan sawah di daerah Rattaphum musnah akibat banjir.
Seorang petani, Sumeth Kwanprod berkata, kawasan sawah seluas 1.6 hektar miliknya ditenggelami air sejak beberapa hari lalu selepas hujan lebat.
''Semua petani tidak bersedia menghadapi banjir dan air naik dengan cepat selepas hujan lebat,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembendungan dan Pengurangan Bencana Alam, Chatchai Promlert berkata, hujan lebat menyebabkan wilayah selatan negara ini dilanda banjir terutama di Yala, Phatthalung, Narathiwat dan Songkhla.
''Setakat ini, sebanyak 100,000 orang daripada 26,713 keluarga di empat wilayah di selatan negara ini terpaksa dipindahkan akibat banjir,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130301/lu_01/1600-rumah-ditenggelami-air#ixzz2MEyLaRNX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6,500 terjejas akibat banjir selatan Thai



Bangkok: Banjir terus melanda selatan Thailand semalam dengan kebanyakan jalan raya tenggelam, sekolah ditutup dan 130 orang dipindahkan.

Di Narathiwat, beberapa kawasan ditenggelami air dan menjejaskan kehidupan kira-kira 6,500 penduduk setempat.


Menurut pegawai yang bertugas, di sesetengah kawasan, air dicatatkan sedalam 1.5 meter.

Semalam, pihak berkuasa memindahkan 28 orang mangsa banjir ke sebuah sekolah dijadikan pusat petempatan sementara.


Pertambahan itu menyebabkan jumlah yang dipindahkan meningkat kepada 158 orang. Walaupun hujan lebat berkurangan semalam, banjir masih belum surut dan sekurang-kurangnya empat sekolah di Muang dan Rangae di Narathiwat ditutup sementara.


Sebanyak 25 jalan di situ juga dinaiki air antara 50 hingga 80 sentimeter. Sumber berkata, pihak berkuasa menggunakan pam untuk memindahkan air di jalan berkenaan. Di Songkhla, dua daerah diisytihar sebagai zon banjir.

Pegawai penyelamat So Hemakul berkata, nilai kerosakan disebabkan banjir itu dianggarkan lebih RM934,000. - The Nation

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/6_500terjejasakibatbanjirselatanThai/Article/index_html#sthash.yEn2boMF.dpuf

6 minggu ‘tumpang’ tidur di dalam perpustakaan



New York: Seorang lelaki merempat tidur di perpustakaan Universiti Cambridge selama enam minggu sebelum kakitangan institusi pengajian tinggi itu menyedari dia bukan pelajar.

Lelaki terbabit mengambil kesempatan terhadap khidmat perpustakaan selama 24 jam di Kolej St John itu dengan mengekori pelajar memasuki bangunan berkenaan untuk sesi pembelajaran lewat malam sebelum berpura-pura sibuk mencari buku rujukan.


Bagaimanapun helahnya terbongkar selepas beberapa pelajar menyedari dia tidak pernah menukar pakaian, berpura-pura membaca buku dan sering tidur serta berdengkur.

Mereka kemudian menghubungi pentadbir universiti dan dia diarahkan agar beredar. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/6minggu__8216_tumpang__8217_tidurdidalamperpustakaan/Article#sthash.ZKyOpLqY.dpuf

Wanita tertipu beli iPad plastik RM1,500



Boston: Seorang wanita berang apabila mendapati iPad yang dibelinya di pasar raya Walmart di sini dengan harga AS$499 (RM1,542) sebenarnya plastik.

Suzanne Nassie berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena sebaik membuka bungkusan yang renyuk itu.


Pemalsuan itu sungguh mengelirukan, malah pasar raya terbabit enggan memberikan ganti rugi kepadanya sebelum akhirnya akur. “Ini bukan tablet sebenar. Seseorang pasti meletakkan alat palsu itu ke dalam kotak bungkusan iPad,” katanya.

Suzanne membawa alat itu kembali ke pasar raya berkenaan, tetapi tidak dibenarkan bercakap dengan pengurus dan enggan diberikan ganti rugi walaupun dia membawa resit belian dicetak 20 minit sebelum itu. Dia sebaliknya disuruh mengemukakan aduan kepada Apple, syarikat yang mengeluarkan iPad.


Suzanne bukan pelanggan pertama tertipu dengan pembelian iPad di Walmart.


Ramai pelanggan membuat aduan membeli perlatan palsu di premis pasar raya itu di New Jersey, Florida dan Texas sebelum ini.

Pada November lalu, Emilio Pereda dari Florida memberitahu media, dia membeli iPad palsu daripada peruncit gergasi itu dengan harga $500 (RM1,545).


“Tiada bungkusan merah. Ia dibungkus sepenuhnya dengan kertas bungkusan Walmart,” katanya. Sementara itu, Suzanne dihubungi pengurus pasar raya itu yang meminta maaf dan menawarkan ganti rugi sepenuhnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/WanitatertipubeliiPadplastikRM1_500/Article#sthash.9F0ZHD2z.dpuf

Lelaki dakwa ditembak anjing



Miami: Seorang lelaki semalam mendakwa dia cedera selepas ditembak anjingnya ketika dia memandu di sebuah lebuh raya di Florida.

Gregory Lane Lanier, 35, memberitahu polis, dia menyangka pistol 9mm Beretta yang diletakkan di lantai pikapnya tidak berpeluru.


Tetapi apabila anjingnya jenis Bulldog menendang pistol itu, ia melepaskan tembakan.

Lanier mengalami kecederaan di kaki akibat kejadian itu.


Bagaimanapun, jurucakap polis, Steve Carr berkata, Lanier mungkin mereka cerita itu.


“Kami tidak menyiasat kes itu kerana ia tidak membabitkan jenayah,” katanya. - AP

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakidakwaditembakanjing/Article#sthash.kCjykw1E.dpuf

Tawar isteri untuk disembelih



New York: Lebih banyak maklumat mengerikan terbongkar dalam perbicaraan seorang anggota bandar raya ini yang dituduh bersubahat membunuh dan memakan wanita.

Pendakwa raya berkata, Gilberto Valle, 28, terbabit dalam perbualan di e-mel dengan seorang lelaki Pakistan, Aly Khan mendakwa dirinya penyembelih haiwan dan menghantar Valle video menunjukkan seekor kambing yang dikelar tekaknya.


Mahkamah juga diberitahu Valle mempunyai ‘mentor’ Inggeris yang mendakwa telah membunuh dan memakan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Di Mahkamah Persekutuan Manhattan, ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Corey Walsh memberi keterangan dengan mengemukakan perbualan dalam talian antara Valle dan Khan tahun lalu, di mana Khan berkata, dia “ingin menyembelih seorang gadis dan menganggapnya sebagai daging”. Perbualan berterusan: “Saya membunuh beberapa ekor kambing untuk melihat apa berlaku kepada binatang itu dan bagaimana ia dilakukan,” katanya sebagaimana dipetik daripada kenyataan di mahkamah.


“Saya dapati ia sangat mudah. Hanya perlu membaringkan, ikat haiwan itu lalu terus mengelar tekaknya.” Juri hanya diperlihatkan adegan utama penyembelihan kambing dalam video itu kerana ia sangat mengerikan, lapor akhbar New York Post.


Valle yang mengenali Khan menerusi laman web untuk golongan yang berfantasi memakan daging manusia menulis bahawa dia “cuba memilih seorang gadis yang boleh dihantar kepada Khan.” Dia menambah: “Saya boleh memujuk teman wanita saya pergi ke India.” Valle merujuk kepada Kathleen Mangan, wanita yang menjadi isterinya enam bulan selepas itu.

Kathleen memaklumkan kepada polis mengenai fantasi seksual suaminya selepas menemui bahan mengerikan pada komputer riba lelaki itu. Valle dan Khan terus berbicara untuk ‘memalukan’ Kathleen, bergilir-gilir memperkosanya dan kemudian membunuhnya bersama-sama.


Walsh juga membacakan petikan e-mel dan mesej pesanan ringkas antara Valle dan seorang lelaki Inggeris menggunakan nama Moody Blue.

Moody Blues mendakwa dia berfantasi makan daging manusia sejak berusia enam tahun, tetapi tidak dapat memenuhi keinginannya hingga 35 tahun kemudian.


Dalam satu e-mel, Valle memberitahu Moody Blue bahawa pemain sofbal dikenalinya adalah ‘daging paling mengghairahkan pernah saya temui, menurut Daily Telegraph. Perbicaraan masih diteruskan. - Daily Mail

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Tawaristeriuntukdisembelih/Article#sthash.QCHv89vk.dpuf

3 doktor disahkan positif HIV



 
Surabaya: Institut Penyakit Tropika di Universiti Airlangga, Surabaya melaporkan sekurang-kurangnya tiga doktor diuji positif dengan HIV/AIDS tahun lalu.

Seorang wakil berkata walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana mereka mendapat jangkitan virus itu, ia disyaki mungkin melalui pesakit HIV/AIDS.
“Ia benar-benar berkaitan dengan profesion mereka sebagai seorang doktor,” kata pengerusi institut terbabit, Profesor Nasronudin. Nasronudin mengingatkan doktor untuk mematuhi amalan keselamatan perubatan berikutan mereka dan kumpulan paramedik adalah antara yang paling berisiko tinggi dijangkiti dengan penyakit berkenaan.


Selain daripada perlunya doktor untuk mematuhi prosedur tertentu, pesakit HIV/AIDS juga dikehendaki memberitahu kepada doktor mengenai keadaan mereka supaya langkah tertentu boleh diambil untuk mengelak jangkitan, katanya.

“Pesakit juga berhadapan dengan dilema. Kadang kala saya bertanyakan kepada pesakit mengapa mereka tidak mendedahkan penyakit HIV/AIDS mereka. Mereka katakan, “Jika didedahkan, saya bimbang doktor akan menolak saya.” Ini adalah penting kepada doktor dan orang awam,” katanya. - AGENSI