Search This Blog

Saturday, February 23, 2013

AJAK PEMANDU BERBUAL


pix_topright
Tapah: “Bapa cuba menemankan pemandu bas itu yang mengantuk dengan mengajaknya berbual sambil dia duduk berhampiran tangga bas. Namun tidak sangka niat baik ayah berakhir tragedi,” kata Mohd Amin Abdul Rahman, 32.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, bapanya yang juga penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59, terbunuh selepas bas ekspres dinaiki melanggar lori sebelum merempuh tebing bukit di Kilometer 314, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.


“Saya mengetahui nasib buruk menimpa ayah selepas dihubungi ibu, Rohani Limat, 57, yang turut menaiki bas ekspres itu dari Kempas, Johor menuju Bagan Ajam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

“Ayah dan ibu ingin pulang ke kampung sejurus mendapat tahu datuk saya meninggal dunia mengejut akibat demam panas jam 11 malam kelmarin,” katanya.


Dia yang bertugas di Pulau Pinang segera pergi ke rumah datuknya itu sementara menanti ketibaan kedua ibu bapanya dari Johor.


“Saya cuba menghalang niat mereka menaiki bas ekspres pada lewat malam atas faktor keselamatan. Namun saya terkejut apabila mendapat tahu mereka sudah menaiki bas ekspres ketika saya menghubungi telefon bimbit ibu pada jam 1 pagi semalam.

‘SUKA HATI SAYALAH’


pix_topright
Kuala Lumpur: “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”

Itu kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Linda, 29, antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.


Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.

“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.


Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.

“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,” katanya.


Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.

Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.


“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.


“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,” katanya ketika dihubungi.


Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web.

Bergasak angkara hutang


pix_topright
Georgetown: Anggota polis melepaskan satu das tembakan ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap di sebuah kelab malam di Jalan Lumba Kuda, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, dua ahli kumpulan terbabit dikatakan mempunyai masalah berkaitan hutang dan dendam lama cuba mencetuskan kekecohan.


Pergaduhan itu berlaku antara pengusaha kelab terbabit dan seorang lelaki yang juga ketua kumpulan sebuah kongsi gelap bersama beberapa ahli lain.

Dalam kejadian itu, pengusaha kelab berkenaan mengalami kecederaan di tangan, kepala dan badan selepas dipukul hampir 10 individu sebelum polis tiba dan meleraikan pergaduhan terbabit.


Ketika cuba meleraikan pergaduhan itu, sebuah kereta dinaiki ahli kumpulan kongsi gelap cuba melanggar anggota polis sebelum satu tembakan dilepaskan terkena tayar kenderaan terbabit.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tindakan pantas anggota polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam berjaya menghalang pergaduhan terbabit menjadi lebih teruk.

21 bayi diselamat



Georgetown: Walaupun terpaksa membayar harga mahal, tetapi ia bukan masalah kepada pasangan yang tidak mempunyai anak asalkan mereka boleh mempunyai bayi seperti pasangan lain.

Malah, ada mengeluarkan belanja besar hingga mencecah hampir RM40,000 semata-mata untuk mendapat bayi comel diidamkan yang kemudian dipalsukan dokumen kononnya itu zuriat mereka sendiri.


Bagaimanapun, perbuatan mereka itu ternyata menjerat diri sendiri apabila Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sekali lagi berjaya menyelamatkan 21 bayi di tujuh negeri itu selepas melancarkan Ops Pintas Sayang II bermula, kelmarin.

Semua 21 bayi dan kanak-kanak berusia sebulan hingga sembilan tahun terbabit diselamatkan di Selangor, Johor, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Pulau Pinang.


Difahamkan, tiga lagi bayi dan kanak-kanak turut dikesan berada di luar negara iaitu Singapura, Indonesia dan Kanada.


Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam Ops Pintas Sayang II itu turut ditahan seramai 43 individu yang dikesan menjadi keluarga angkat kepada semua bayi terbabit.

“Mereka yang ditahan ini berusia lingkungan 27 hingga 57 tahun dan terdiri golongan pekerja biasa hingga profesional, mereka ini akan direman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Terperangkap dalam longkang



Tiga bersaudara nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki hilang kawalan lalu merempuh pokok di tepi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang besar di Jalan Pujut di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, ketiga-tiga mangsa berusia 20-an itu terperangkap selama 15 minit dalam kenderaan sebelum diselamatkan orang ramai.


Difahamkan, sebelum kejadian, pikap Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 24 tahun itu bersama dua saudaranya termasuk seorang wanita dalam perjalanan menziarah ibu saudara mereka di Permyjaya.

Bagaimanapun, menurut sumber kereta dipandu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pokok sebelum terbabas sejauh lebih 10 meter memasuki longkang di belakang rumah penduduk.


“Pikap itu remuk hampir seluruh bahagian termasuk enjin sehingga menyebabkan tiga mangsa terbabit tersepit.


“Akibat kejadian itu, penumpang wanita patah kaki kanan, manakala pemandunya hanya cedera ringan di kepala. Bagaimanapun seorang lagi penumpang tidak cedera,” katanya.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Miri dengan ambulans.


Sementara itu, jurucakap Balai Polis Trafik Miri, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

‘Ini saja rezeki saya’



“Tolonglah encik, ini saja cara saya mahu mencari rezeki,” rayu seorang lelaki selepas gerainya yang menjual ubat perangsang seks diserbu Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan di Taman Kerang, di sini, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu berulang kali merayu pelbagai ubat perangsang seks yang dijual secara terbuka di gerainya tidak dirampas.


Bagaimanapun, mengikut rekod gerainya itu pernah diserbu pihak berkuasa bulan lalu namun dia tidak serik apabila tidak sampai sebulan dia kembali beroperasi.

Ubat itu dipercayai dibawa masuk dari China dan Thailand, bagaimanapun lelaki itu mendakwa mendapat bekalan ubat kuat berkenaan dari kedai perubatan Cina di sekitar bandar ini malah ada juga pihak tertentu yang menghantar sendiri bekalan ubat itu kepadanya.


Lelaki yang memegang status pemastautin tetap itu berkata, ubat perangsang seks yang dijualnya mendapat sambutan walaupun sedar ia tidak mempunyai pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Operasi itu diketuai Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kamaruzzaman Othman merampas pelbagai ubat perangsang seks bernilai RM5,000.

Katanya, Taman Kerang dikenal pasti antara kawasan yang banyak menjual ubat perangsang seks kerana tempat itu sering menjadi tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi pada Jumaat.


“Hasil pemeriksaan mendapati ada tiga peniaga menjual ubat perangsang seks disyaki mengandungi racun yang boleh menjejaskan kesihatan dan kami terkejut kerana mereka berani menjualnya di khalayak ramai tanpa berselindung,” katanya.

Ubat berkenaan dikenal pasti tidak memperoleh sebarang kelulusan KKM kerana mempunyai racun terlarang jenis phenylbutazone yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.


Katanya, semua ubat terbabit dirampas manakala peniaga berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952, Seksyen 13 A, yang boleh didenda sehingga RM5,000.

Duit RM20,000 hangus



“Saya rasa terkilan dan sedih kerana gagal menyelamatkan wang tunai RM20,000 dan barang kemas bernilai RM20,000 kerana api merebak dengan cepat,” kata suri rumah, Cheow Poh Gaik, 51, mangsa kebakaran di Kampung Palaniappa, Seberang Keretapi, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, sembilan keluarga di kawasan itu kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus manakala dua rumah lain turut terjejas teruk.


Cheow berkata, ketika kejadian dia yang berada di dapur bersama anak perempuannya, Soh Phei Lyin, 16, bergegas keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan suaminya memberitahu kebakaran yang berpunca daripada rumah jirannya.

“Saya terdengar suami menjerit beritahu ada api dari arah rumah jiran menyebabkan kami hanya sempat mengeluarkan dua motosikal, sebuah komputer dan beberapa dokumen penting sebelum bergegas lari keluar rumah menyelamatkan diri.


“Bagaimanapun, kad pengenalan anak perempuan saya, wang tunai dan beberapa barang kemas gagal diselamatkan memandangkan api merebak begitu cepat.


“Saya hanya mampu meraung melihat rumah terbakar dalam sekelip mata, malah bertambah menyedihkan kerana hanya dalam tempoh 15 minit saja rumah kami hangus dijilat api,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, suaminya, Soh Liep Seng, 59, berkata, dia tidak menyangka kejadian terbabit menimpa mereka sekeluarga serta jiran mereka kerana ia kebakaran kali pertama sejak dia mendiami rumah berkenaan pada 1964.


Katanya, semua wang tunai yang hangus itu hasil perniagaan bagi kegunaan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina dan sebahagian daripadanya akan dimasukkan ke bank selepas sambutan Chap Goh Meh, beberapa hari lagi.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa kami sekeluarga, malah ia berlaku ketika kami masih berada dalam suasana Tahun Baru Cina. Walaupun sedih kehilangan rumah pusaka peninggalan ayah, namun saya tetap bersyukur kerana kami sekeluarga selamat,” katanya.


Mangsa lain, Lim Chai Gim, 44, berkata dia yang terkejut sebaik menerima panggilan dari jiran segera bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Simpang Kuala, di sini, bagi melihat keadaan rumahnya yang terbabit kebakaran berkenaan.


Katanya, bagaimanapun sebaik tiba, dia mendapati rumahnya sudah hangus dijilat api tanpa sempat menyelamatkan apa-apa.


“Ketika kejadian, hanya suami saya yang berada di rumah, namun dia juga tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana api merebak begitu cepat kerana keadaan rumah kami dengan jiran yang begitu dekat antara satu sama lain,” katanya.


Seorang lagi mangsa, Leong Yip Meng, 50, berkata, dia tidak sangka tindakannya mengikut jentera bomba bagi melihat di mana lokasi kebakaran berakhir dengan kesedihan apabila rumahnya sendiri turut terbabit dalam kebakaran itu.


Katanya, dia yang ketika itu berada di sekitar Pekan Simpang Kuala tergerak hati untuk mengekori jentera bomba yang banyak melalui kawasan itu.


“Saya pelik apabila jalan dilalui jentera bomba sama dengan laluan pulang ke rumah, apabila semakin menghampiri kawasan kampung, saya terkejut apabila rumah yang terbakar membabitkan rumah saya dan jiran.


“Sebaik tiba saya lihat rumah sudah musnah dalam kebakaran itu dan kini saya hanya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa. Buat sementara waktu ini, saya terpaksa menumpang rumah adik yang tinggal tidak jauh dari sini,” katanya.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak Mohd Hassan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.17 malam dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian membabitkan empat jentera bomba termasuk sebuah jentera tangki bersama 16 jentera bomba sukarela dengan 140 anggota.

Dirompak kali kedua



Selepas hampir lapan bulan dirompak, Pejabat Pos Telok Mas, dekat sini, sekali lagi menjadi sasaran penjenayah yang bertindak memasuki premis itu ketika ketiadaan pelanggan dan melarikan sejumlah wang, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.35 tengah hari, suspek iaitu lelaki berusia 20-an itu memakai kemeja cerah tanpa menutup wajahnya. Suspek dikatakan menghampiri seorang kakitangan wanita berusia 34 tahun dan meminta supaya menyerahkan wang sambil menunjukkan sesuatu di poket seluarnya.


Akibat ketakutan, wanita itu menyerahkan wang RM960 kepada suspek dan memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, bertindak atas laporan dibuat di Balai Polis Kandang, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.


“Berdasarkan siasatan awal, dua kakitangan wanita berada di kaunter pejabat pos berkenaan ketika itu tidak mempunyai pelanggan.


“Suspek dipercayai menghampiri seorang kakitangan dan meminta wang sambil memegang poket seluarnya seolah-olah menunjukkan sesuatu,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, selepas memperoleh wang diberikan wanita itu, suspek segera melarikan diri dipercayai menaiki kereta.


Kata Gunarajan, pihaknya masih menjalankan siasatan kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan secara menyeluruh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Sementara itu, seorang pekerja premis berdekatan berusia 30-an yang enggan dikenali mendakwa, dia tidak menyedari kejadian berikutan tidak mendengar sebarang jeritan atau bunyi mencurigakan.

Mati hantar ayam



Rutin harian seorang peniaga ayam menghantar bekalan kepada pelanggannya berakhir tragedi memilukan apabila terbunuh selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Sikamat berhadapan Kem Wataniah Sikamat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Johari Harun, 48, dari Oakland, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Jurucakap polis berkata, mangsa yang berniaga di Pasar Besar Seremban dipercayai dalam perjalanan ke Sikamat menghantar bekalan kepada pelanggan.


“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menghantar bekalan ke sebuah restoran di Sikamat. “Setibanya di tempat kejadian, sebuah Proton Wira dari arah Sikamat tiba-tiba hilang kawalan memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Menurutnya, mangsa yang tidak sempat mengelak kemudian dirempuh hingga tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarganya untuk pengebumian,” katanya. Katanya, lelaki yang memandu kereta itu berusia 38 tahun hanya cedera ringan dan sudah diambil keterangan.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rokok seludup berterabur



Sebuah lori yang membawa muatan rokok dipercayai diseludup bernilai RM200,000 terbalik berhampiran Kilometer 184, Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lori berkenaan dikatakan terbabas dan terbalik di laluan kecemasan menyebabkan pemandunya berusia 41 tahun cedera parah di kepala dan badan.


Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Sungai Bakap, di sini, tidak sedarkan diri selepas tersepit.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamdan, 35, berkata, ketika kejadian dia memandu kereta di belakang lori rokok itu.


Dia bagaimanapun terkejut apabila lori itu tiba-tiba memasuki laluan kecemasan sebelum terbalik dan berpusing sebanyak dua kali.


“Nahas itu menyebabkan muatan rokok di dalam lori bertaburan di atas jalan. Saya bernasib baik kerana sempat mengelak daripada melanggar lori itu.

“Sejurus kejadian, beberapa anggota polis muncul memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Tindakan pantas polis itu berjaya mengelak rokok yang berterabur itu diambil orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk siasatan lanjut.

Jurucakap KDRM cawangan Taiping berkata, siasatan ke atas lori membawa muatan rokok import keretek itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada rokok yang dibawa mendapat kelulusan kastam.

Dengar rakan menjerit suruh lari



Bukit Mertajam: Sepuluh pekerja sebuah kilang memproses peralatan sembahyang lari menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil barang milik mereka apabila kilang tempat mereka bekerja di Taman Limau Manis terbakar kira-kira jam 2 petang, semalam.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya menjalankan tugasan harian sebelum terdengar jeritan rakan lain menyuruhnya lari menyelamatkan diri.


“Saya dengar beberapa rakan menjerit ada api dan menyuruh saya menyelamatkan diri. Kerana terlalu panik menyebabkan saya tidak sempat mengambil barang peribadi termasuk telefon bimbit dan kunci kereta di simpan di dalam laci,” katanya.

Seorang penduduk berhampiran, Ng Ah Nyah, 73, pula berkata, dia mendengar jeritan orang ramai meminta pertolongan sebelum keluar rumah untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkejut melihat kilang berhampiran rumahnya terbakar.


“Jarak antara kilang dan rumah saya hanya beberapa meter saja dan bimbang api berkenaan akan merebak ke rumah saya,” katanya.


Menurutnya, dia turut berlari menyelamatkan diri kerana asap terlalu tebal sehingga menyukarkan dia bernafas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Bomba Bandar Perda Md Sobri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


Menurutnya, dengan kekuatan tiga jentera bersama 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bukit Mertajam dan Perda serta 15 anggota bomba sukarela, api dapat dikawal kira-kira 40 minit kemudian.

Katanya, ketika tiba di lokasi didapati api sudah memusnahkan 80 peratus bangunan kilang berkenaan.


“Buat masa ini, punca kejadian dan jumlah kerugian kejadian terbabit masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Penjenayah terbabas dikejar anggota polis



Ipoh: Hasrat dua penjenayah memecah masuk sebuah kedai di Medan Ipoh, di sini, tidak kesampaian apabila mereka terjatuh sebaik motosikal dinaiki terbabas ketika dikejar anggota polis, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, suspek lelaki masing-masing berusia 20 dan 29 tahun itu ditemui dalam keadaan mencurigakan oleh beberapa anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di lokasi berkenaan.


Difahamkan, suspek menaiki sebuah motosikal Honda EX5 itu dipercayai meninjau lokasi sasaran yang mahu dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek bagaimanapun melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis.


Menurutnya, suspek berjaya ditangkap sebaik motosikal ditunggang terbabas ke bahu jalan.


“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui satu beg galas mengandungi beberapa alatan pecah rumah seperti tukul besi, dua pemutar skru dan pelbagai peralatan lain.

“Siasatan awal mendapati, seorang suspek memiliki 11 rekod jenayah lampau terutama membabitkan kes pecah rumah. Mereka ini sememangnya berpengalaman melakukan jenayah pecah rumah,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.


Chang Keong berkata, kedua-dua suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 28(1)(2) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki alatan pecah rumah.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kira-kira jam 9.50 malam kelmarin di Jalan Pasir Puteh, di sini, selepas merempuh sekatan jalan raya.


“Suspek yang memandu kereta model Proton Wira itu memecut laju dan tidak memberhentikan kenderaan sebaik diarahkan berhenti oleh anggota polis bertugas.


“Anggota polis kemudian mengejar kereta dipandu suspek sebelum kereta Proton Wira itu terbabas di Jalan Pasir Puteh,” katanya.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut polis menemui sebilah kapak, pisau, sarung kepala dan dompet kosong di dalam kenderaan milik suspek. Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati, suspek menyewa kereta berkenaan untuk melakukan aktiviti samun di sekitar bandar raya ini.


Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.


“Kami masih memburu seorang lagi suspek yang juga rakan suspek,” katanya.

Wanita Australia didenda RM4,000



Seorang bekas jururawat warga Australia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap kesalahan memberikan dadah kepada diri sendiri pada 19 Disember tahun lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Emma Louise L’ Aiguille, 35, yang mengaku bersalah dengan tuduhan pindaan itu.


Mengikut kertas tuduhan, tertuduh didapati memberikan dadah kepada diri sendiri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada 19 Disember 2012, kira-kira jam 12 tengah hari.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (semakan 1980) yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin manakala tertuduh diwakili Gan Teck Long.


Mahkamah sama turut melepas tanpa membebaskan Emma Louise terhadap tuduhan kedua iaitu tinggal lebih masa iaitu tujuh hari di Malaysia di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Jasmin, Mantin, pada 19 Ogos 2012, kira-kira jam 10.45 pagi.

Tertuduh yang berasal dari Melbourne didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.


Mahkamah membuat keputusan itu selepas dipohon pendakwa raya.

Terdahulu, peguam memohon hukuman minimum dengan alasan anak guamnya mengaku bersalah ketika kali pertama didakwa di mahkamah dan menjimatkan masa dan kos semua pihak.


Katanya, tertuduh juga menjadi saksi pendakwaan bagi kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mahu pulang segera ke negara asal apabila perbicaraan kes itu selesai.

Lima mati minum arak RM10



Lima lelaki iaitu empat warga Myanmar dan seorang warga tempatan maut akibat keracunan selepas mengambil arak tiruan ketika yang dijual dengan harga RM10 sebotol.

Semua lelaki berkenaan yang berusia 27 hingga 35 tahun itu disahkan mati di Hospital Serdang selepas mengalami muntah teruk dan demam panas beberapa hari sebelum itu.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiga daripada lelaki itu mati 13 Februari lalu manakala dua lagi rakan mereka mati dua hari kemudian.

“Selain lima lelaki berkenaan, dua lagi rakan mereka yang turut meminum arak tiruan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.


“Laporan bedah siasat mendapati mereka mati akibat keracunan yang dipercayai terdapat dalam arak tiruan itu,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya belum mengenal pasti lokasi yang menjadi tempat mereka menjalankan pesta arak berkenaan namun tidak menolak kemungkinan minuman itu dibeli di sebuah kedai runcit di Balakong.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kematian kelima-lima lelaki berkenaan selepas mereka dihantar hospital berkenaan 13 Februari lalu.


“Kematian pertama membabitkan seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun pada jam 2 pagi hari yang sama,” katanya.

Difahamkan, kedai runcit yang disyaki menjual arak tiruan terbabit dimiliki seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an bagaimana pun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Blade Runner dibenar diikat jamin RM339,000



Pretoria: Oscar Pistorius atau Blade Runner semalam dibenar ikat jamin, membolehkannya dibebaskan daripada tahanan sementara menanti dibicarakan dalam kes membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.

Anggota keluarga bintang paralimpik itu dan peminatnya menjerit ‘Ya!’ sebaik Ketua Majistret, Desmon Nair mengumumkan keputusannya selepas dua jam memberi penjelasan mengenai keputusan itu.


Nair menetapkan ikan jamin sebanyak satu juta rand (RM339,000) dalam bentuk wang tunai. Dia juga menetapkan Pistorius perlu menyerahkan pasport dan senjata yang dimilikinya serta tidak dibenarkan meninggalkan Pretoria tanpa kebenaran. - AP

Satu jam memujuk

KUCHING: Detik mencemaskan apabila seorang pekerja salah sebuah universiti swasta cuba terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat, di sini. Lelaki itu berjaya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat setelah dipujuk selama sejam. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sejam sebelum berjaya menghalang niat seorang kakitangan sebuah universiti untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat di Jalan Simpang Tiga, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 36 tahun yang dipercayai mengalami masalah keluarga, membuka tingkap dan duduk di tepi koridor bangunan terbabit untuk terjun.


Bagaimanapun kejadian itu disedari kakitangan universiti, lalu menghubungi ahli keluarganya dan selepas mereka gagal memujuknya, anggota bomba dipanggil untuk membantu.

Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa dikatakan mengalami masalah kelmarin, yang memberi tekanan kepadanya sehingga dia bertindak sedemikian, semalam.


“Ketika dia berada di tepi koridor bangunan, beberapa ahli keluarga, termasuk isterinya tampil memujuk supaya dia membatalkan hasratnya.


“Beberapa kali isteri mangsa cuba memujuk, namun gagal dan usaha itu berlarutan sehingga memaksa anggota bomba dipanggil,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Batu Lintang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari.


Katanya, anggota bomba membuka satu tingkap bagi memujuk mangsa sambil ditemani isterinya supaya tidak meneruskan niatnya.

“Hanya selepas sejam kami berjaya memujuknya sebelum dia diserahkan kepada polis. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Curi motosikal untuk ganti enjin rosak



Kuala Lumpur: Terdesak mencari enjin untuk motosikal yang rosak, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Setapak sanggup mencuri sebuah motosikal di stesen LRT Taman Melati di sini.

Remaja berkenaan bukan saja menukar enjin motosikal Honda EX5 itu ke motosikal miliknya malah turut meleraikan komponennya untuk dijual kepada pemborong besi buruk dan memperoleh pendapatan bernilai ratusan ringgit.


Bagaimanapun, remaja berusia 17 tahun itu yang menggunakan enjin curi itu sejak September tahun lalu tidak bernasib baik selepas dicekup sepasukan polis dari Unit Kuat Kuasa Khas ketika melakukan rondaan Ops Samseng Jalan raya di Tasik Titiwangsa kira-kira jam 12.10 pagi semalam.

Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika anggotanya membuat rondaan, mereka mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang melepak di kawasan tasik dalam keadaan mencurigakan.


“Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah motosikal Honda EX5 warna merah dalam kumpulan itu mendapati nombor enjin kenderaan itu adalah milik sebuah motosikal lain,” katanya.


Menurutnya, motosikal berkenaan bersama penunggangnya iaitu seorang remaja berusia 17 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut mendapati remaja itu mengaku mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di stesen LRT Taman Melati kerana terdesak untuk mendapatkan enjin bagi motosikalnya yang rosak ketika itu.


“Siasatan lanjut menggunakan Sistem Kompol mendapati motosikal yang dicuri remaja itu dilaporkan hilang pada 29 September tahun lalu dan ia adalah milik seorang jurutera.

Duda tertipu



Kuala Lumpur: Impian seorang pembantu perubatan untuk menambah pendapatan dengan menjadi ‘ejen pinjaman peribadi berlesen’ berakhir apabila dia terperangkap dan diburu 30 bakal peminjam kerana dituduh menggelapkan wang pendahuluan sebanyak RM70,000 yang dibayar mereka.

Mangsa Khairi Nazri Isyak Mohamad Daud, 32, berkata, dia diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai ejen bank dan menawarkannya peluang menambah pendapatan dengan menjanjikan komisen lumayan.


Menurutnya, dia berkenalan dengan lelaki berusia lewat 30-an itu di sebuah restoran di Putrajaya selepas terbaca mengenainya di sebuah laman web pada awal Julai tahun lalu.

“Dalam pertemuan itu, lelaki terbabit memakai pas kerja sebuah bank dan ketika itu sedang berurusan dengan pasangan lelaki dan wanita menandatangani beberapa dokumen pinjaman berkaitan.


“Selepas beberapa kali kami bertemu, lelaki terbabit mendakwa dia turut mempunyai ‘kepakaran’ yang boleh membolehkan pihak bank meluluskan pinjaman kepada mereka yang sudah bankrap atau disenaraihitam.


“Dia turut menawarkan komisen antara lima dan tujuh peratus untuk setiap peminjam,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) bersama Yang Dipertua PKPKL Samsudin Mohamad Fauzi, di sini semalam.

Khairi Nazri berkata, tertarik dengan tawaran itu, dia berjaya mendapatkan 30 bakal peminjam yang berminat, tetapi ejen terbabit menetapkan setiap mereka perlu membayar wang pendahuluan antara RM1,000 dan RM6,000 untuk yuran proses sebelum pinjaman diluluskan dalam masa 30 hingga 45 hari.


“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya mengumpul lebih RM70,000 daripada 30 peminjam itu lalu memberikannya kepada ejen terbabit, namun setelah lebih sebulan, lelaki itu terus menghilangkan diri menyebabkan saya pula yang diburu bakal peminjam yang telah membuat bayaran.

“Sepatutnya, jika semuanya berjalan lancar dan mendapat habuan yang lumayan, saya merancang untuk merujuk semula bekas isteri setelah kami bercerai pada November 2011 disebabkan faktor kewangan, tetapi apa yang berlaku memburukkan lagi keadaan,” katanya yang telah membuat laporan polis di Putrajaya, Oktober lalu.


Sejak daripada itu, Khairi berkata, dia, bekas isteri serta dua anak hidup dalam ketakutan kerana saban hari diganggu di tempat kerja dan rumah, malah pernah diugut akan dicederakan sekiranya tidak memulangkan duit yang sudah dibayar.


Dia yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerja siang dan malam, malah meminjam wang daripada kawan dan ahli keluarga untuk membayar semua wang terbabit sedikit demi sedikit dan sehingga kini telah memulangkan lebih RM50,000.


“Saya kesal kerana melakukan tindakan bodoh dengan mempercayai orang yang baru dikenali. Saya hanya mahu melihat isteri dan anak hidup senang dan berharap dia dapat menerima saya semula untuk membina hidup baru selepas saya jelaskan semua bayaran ini,” katanya.


Sementara itu, Samsudin berkata, dalam tahun ini sahaja PKPKL sudah menerima lebih 20 kes penipuan seumpama itu melibatkan kerugian RM70,000, manakala lebih 100 kes lagi tidak membuat aduan rasmi.


Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya hanya berurusan di kaunter bank.


“Jika difikir logik, mana ada pinjaman yang perlu dibuat bayaran pendahuluan, sebaliknya bank akan mengambil wang pemprosesan daripada peminjam melalui pinjaman yang sudah diluluskan tanpa melibatkan transaksi tunai,” katanya.

‘Ingatkan khayalan...’



Rembau: “Ketika memasak kuih putu untuk sarapan, tiba-tiba terpandang kelibat lelaki di pintu dapur. Pada mulanya saya tidak peduli kerana mungkin hanya khayalan, namun belum sempat menutup pintu, seorang lelaki bertopeng sambil memegang parang tiba-tiba meluru dan mengarahkan kami diam,” kata V Mageshwary, 53.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi kelmarin, mangsa bersama ibu, A Mariayi, 72, dan adik ipar, T Lada, 37, disamun tiga lelaki di rumah mereka di Kampung Simen, Lubok China, dekat sini.


Menurutnya, ketika kejadian, dia membuka pintu belakang memandangkan ibunya memetik bunga di belakang rumah.

“Sebaik ibu masuk, tiba-tiba seorang lelaki bertopeng mengekori ke dapur dan sambil mengacukan parang ke arah kami.


“Tidak lama kemudian masuk dua lagi lelaki dengan seorang bertopeng memegang pisau manakala seorang lagi tidak bersenjata serta tidak menutup muka, bertanya di mana kami menyembunyikan amah Indonesia.


“Saya beritahu tiada kerana tidak pernah mengambil amah menyebabkan mereka berang lalu mengikat tangan saya dan adik ipar menggunakan tali serta menutup mulut dengan kain.

“Mereka mengugut mencederakan kami jika ingkar arahan dan kami terpaksa diam manakala ibu yang uzur menangis kerana khuatir keselamatan kami sekeluarga. Tiga lelaki itu menggeledah barangan di bilik tingkat atas sebelum beredar dengan sebuah kereta.


“Selepas yakin mereka sudah tiada kami membuka ikatan dan meminta bantuan jiran menghubungi polis. Kami kerugian kira-kira RM8,000 apabila wang tunai dan barang kemas dilarikan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Lelaki dituduh pencuri dipaksa teguk minuman keras



Sepang: Seorang lelaki yang dituduh mencuri kunci stereng milik majikannya bukan saja dibelasah lapan lelaki malah turut dipaksa minum empat gelas arak.

Ketika kejadian jam 5 pagi di sebuah asrama pekerja di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini kelmarin, mangsa berusia awal 20-an dikatakan sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan kumpulan lelaki berkenaan.


Menurut sumber, kumpulan lelaki itu kemudian bertanyakan kunci stereng berkenaan sebelum menuduh kononnya mangsa mencuri alat itu.

“Mangsa menafikan dan memberitahu tidak tahu menahu mengenai kehilangan alat berkenaan namun gagal menyakinkan kumpulan lelaki terbabit.


“Malangnya pengakuan mangsa menyebabkan dia dipukul dan dibelasah kumpulan lelaki terbabit sehingga mengalami kecederaan parah seluruh badan,” katanya.


Katanya, mangsa dilaporkan cedera di mata kanan, belakang kepala, tangan dan kaki dipercayai dipukul dengan benda tumpul oleh lelaki terbabit.

“Selepas melihat mangsa tidak bermaya, kumpulan lelaki berkenaan kemudian memaksa mangsa meminum empat gelas arak yang dipercayai dibawa bersama ketika datang ke bilik mangsa,” katanya.


Sebelum beredar, kumpulan lelaki itu turut mengambil kunci motosikal dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Sumber berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi selepas menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran.


Difahamkan, susulan laporan mangsa itu, polis kemudian melakukan operasi besar-besaran sebelum menahan tujuh lelaki berkenaan yang berusia 20-an hingga 30-an dan sedang memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.


Katanya, polis turut menemui semula telefon bimbit jenis Sony Ericsson dipercayai milik mangsa dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Seorang lelaki maut dilanggar kereta api barang



23/02/2013 2:13am

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki, dipercayai warga asing, ditemui mati dilanggar kereta api barang di atas landasan berkembar yang sedang dibina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam malam tadi.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri itu ditemui pekerja pembinaan landasan berkenaan ketika lalu di kawasan tersebut pada 8.30 malam.
"Mayat mangsa yang hanya memakai seluar pendek ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kepala telah putus dipercayai dilanggar kereta api yang melalui landasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar.
Katanya, mayat mangsa yang bertatu di betis kanan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. – BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2LgXYKnry 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu maut terjun dari bas




MAYAT Mohd. Anuar yang terbunuh selepas terjun dari bas ekspres yang merempuh belakang lori di Kilometer 314.3, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tapah semalam.


TAPAH – Tindakan seorang lelaki yang terjun dari bas yang dipandunya selepas kenderaan tersebut merempuh sebuah lori mengundang padah apabila lelaki itu maut di Kilometer 314.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Utara di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, kepala Mohd. Anuar Jantan, 42, cedera parah akibat terhantuk pada pembahagi lebuh raya sebelum mati di tempat kejadian.
Ekoran pemandunya terjun, bas tersebut terbabas merempuh tebing kiri lebuh raya menyebabkan seorang daripada sembilan penumpangnya terbunuh.
Lima lagi penumpang bas itu cedera masing-masing akibat tersepit dan terhantuk di dalam bas.
Penumpang yang terbunuh ialah Abdul Rahman Noh, 59, manakala lima yang cedera belum dikenal pasti. Salah seorang mangsa yang cedera merupakan isteri Anuar.
Semasa kejadian bas tersebut dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Pulau Pinang.
Dalam pada itu, M. Saravanan, 24, pemandu lori yang dirempuh bas ekspres itu berkata, dia terkejut apabila ternampak pemandu bas itu terjun keluar dari pintu depan bas selepas kenderaan itu merempuh lorinya.
“Sebelum tragedi itu, bas tersebut mengekori sebuah lori lain dan cuba memotong lori saya yang berada di lorong paling kiri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2LgWss36C 
Hakcipta terpelihara 

Empat sahabat dijel lapan tahun sebabkan kematian rakan serumah



ANAK panah menunjukkan arah Nor Shahirah terjatuh dari tingkat tujuh Kondominium Genting Court, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur pada 3 Februari tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Perbuatan kejam empat individu yang menyiram air panas, membelasah dan membogelkan rakan serumah hingga mendorong gadis itu terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium berbalas apabila mereka dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Sherill Clarissa Razif, 25, Ellina Mahili, 25, Raja Nur Bahiah Raja Kamaruzaman, 24, dan Huzaifah Kamal, 24, masing-masing dihukum penjara lapan tahun enam bulan.
Kesemua mereka mengaku salah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Azman Husin atas tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian Nor Shahirah Hassan, 26.
Sebelum ini, pada 15 Februari 2012, mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori tetapi tuduhan itu telah dipinda.
Mohd. Azman mengarahkan Sherill, Ellina dan Huzaifah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Februari 2012 manakala Raja Nur Bahiah pada 9 Februari 2012.
Mereka didakwa mendatangkan kecederaan tubuh terhadap Nor Shahirah sehingga menyebabkan kematian mangsa di Blok 3-7-7, Kondominium Genting Court, Jalan Genting Klang, Setapak di sini antara pukul 12 malam dan 5 pagi 3 Februari 2012.
Tiga daripada empat tertuduh merupakan rakan serumah mangsa manakala pada waktu kejadian, Raja Nur Bahiah datang untuk membantu mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2LgWDg8qK 
Hakcipta terpelihara 

Lagi sindiket jual bayi dibongkar




GAMBAR fail menunjukkan anggota polis membawa seorang daripada lima tertuduh, Soo Chin ke Mahkamah Sesyen Butterworth baru-baru ini atas dakwaan memperdagangkan bayi.


GEORGE TOWN - Kesungguhan polis untuk terus menggempur kegiatan haram sindiket memperdagangkan bayi yang pernah dibongkar bulan lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa itu menemui 21 lagi bayi termasuk seorang kanak-kanak lelaki.
Polis turut memberkas 43 individu yang merupakan keluarga angkat bayi dan kanak-kanak tersebut selepas membuat serbuan serentak di tujuh negeri kelmarin.
Daripada jumlah itu, 19 adalah lelaki dan dua wanita asing dari Singapura dan Indonesia.
Selain bayi, polis turut merampas MyKid, sijil lahir dan kad rawatan kesihatan bayi serta kanak-kanak daripada keluarga angkat masing-masing.
Mereka yang diberkas berusia 27 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai pensyarah, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai bank.
Kesemua mereka terdesak untuk memiliki anak kerana tidak dikurniakan sebarang cahaya mata sejak berkahwin selama beberapa tahun.
Difahamkan, tiga lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual telah dibawa oleh keluarga angkat masing-masing untuk menetap di Singapura, Indonesia dan Kanada.
Polis sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang menunggu kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan untuk membawa pulang mangsa.
Mangsa-mangsa yang berusia sebulan hingga sembilan tahun itu ditemui di Pulau Pinang (2), Selangor (7), Johor (3), Perak (3), Kuala Lumpur (4), Pahang (1) dan Negeri Sembilan (1).
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak tersebut diselamatkan dalam Ops Pintas Sayang Dua yang merupakan kesinambungan daripada Ops Pintas Sayang Satu yang dijalankan bulan lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2LgVo3xsX 
Hakcipta terpelihara 

Empat pegawai imigresen dijel



EMPAT pegawai imigresen dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Empat pegawai Jabatan Imigresen masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah menerima rasuah yang kesemuanya membabitkan wang berjumlah RM28,740 bagi memudahkan urusan kemasukan warga Indonesia ke negara ini tanpa memenuhi syarat tiga tahun lalu.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Azmir Mahadi, 30, Ahmad Zahed Abdul Alim, 30, Mohd. Hafiz Zakaria, 29, dan Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 28.
Azmir dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau lima tahun bagi lima pertuduhan menerima rasuah yang kesemuanya berjumlah RM3,810 daripada Azizul Hakim Salehuddin di Cawangan Affin Bank Bhd. di Pelabuhan Klang dekat sini, antara 15 Ogos 2010 hingga 22 Ogos 2010.
Bagaimanapun, Azmir dilepas dan dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan cuba memperoleh wang suapan berjumlah RM920 daripada Azizul Hakim di tempat sama pada 28 Ogos 2010.
Ahmad Zahed pula dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM120,000 atau penjara 12 tahun bagi 12 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM13,590 daripada Azizul Hakim di Maybank cawangan Bukit Tinggi, Klang dekat sini antara 26 Julai 2010 dan 28 Ogos 2010.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LgV70LD6 
Hakcipta terpelihara 

Pemenang program realiti TV ditangkap kerana dadah



HEREDIA dikawal polis di pejabat pendakwa raya di Santiago, Republik Dominica kelmarin.


SANTO DOMINGO Republik Dominica - Seorang pemenang program realiti televisyen Latin American Idol, Martha Heredia ditangkap kelmarin selepas polis menemui heroin seberat 1.3 kilogram di dalam kasut tumit tingginya, kata pihak berkuasa semalam.
Pengarah Agensi Kawalan Dadah Kebangsaan Republik Dominica, Frank Duran berkata, dia ditangkap semasa hendak menaiki pesawat ke New York.
Polis turut mengarahkan Heredia menjalani ujian X-ray bagi memastikan tidak ada dadah di dalam tubuhnya.
Bagaimanapun, tiada sebarang dadah yang ditemui di dalam tubuhnya menerusi ujian itu.
Duran berkata, polis sedang menyiasat sama ada dia bekerja untuk sebuah kumpulan penyeludupan dadah.
Jika didapati bersalah, wanita tersebut akan dihukum penjara lebih 10 tahun.
Heredia yang berusia 22 tahun menjadi bintang di negara ini selepas dia memenangi program tersebut pada tahun 2009.
Pada tahun 2010, Heredia melanggar seorang remaja lelaki Haiti dengan keretanya semasa dia hendak menyeberangi sebatang jalan raya.
Remaja itu kemudian mati.
Heredia kemudian diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$275,000 (RM852,912) kepada keluarga remaja tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2LgUDQRas 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu kereta Maserati mati




KERETA sport Maserati remuk selepas terlibat dalam adegan 
kejar-mengejar di Las Vegas kelmarin.


LOS ANGELES - Seramai tiga orang terbunuh dalam satu insiden pelanggaran kereta dan tembak-menembak di Las Vegas Strip kelmarin, kata polis.
Seorang pemandu kereta sport Maserati terbunuh selepas dia ditembak dalam kejadian tersebut.
Polis turut memberi amaran bahawa suspek penembak yang dikehendaki itu masih bebas dan bersenjata.
Insiden itu bermula dengan satu pertengkaran di sebuah kawasan tempat meletak kereta di Hotel dan Resort Aria.
Selepas pertemgkaran itu, dua buah kereta mewah, sebuah Range Rover dan Maserati kemudian dipecut laju melalui jalan raya yang menuju ke arah deretan kasino di sini.
Pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan, kedua-dua kenderaan tersebut kemudian memecut ke arah utara Las Vegas.
Penumpang Range Rover itu turut melepaskan tembakan ke arah kereta Maserati menyebabkan pemandunya mati.
Kereta Maserati itu merempuh sebuah teksi yang kemudian terbakar.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan beberapa buah kereta lain turut terkena tembakan.
Kereta Maserati itu tersadai di tepi jalan dalam keadaan remuk.
Dua orang di dalam teksi tersebut mati manakala empat orang lagi cedera.
Polis kini mencari kenderaan Range Rover itu.
Beberapa saksi menganggap kejadian tersebut seperti dalam filem Hollywood.
Jurucakap Polis Metropolitan Las Vegas, Jose, Hernandez berkata, motif kejadian masih belum diketahui. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2LgTsfXnQ 
Hakcipta terpelihara 

Geram habis

Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa.
Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Foto
SUSPEK kes rogol terlantar di hospital.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dua maut, lima cedera




TAPAH: Dua orang maut apabila sebuah bas ekspres merempuh treler membawa plastik di Kilometer 314 Lebuhraya Utara Selatan, jam 7. 28 pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang, Abdul Rahman Noh, 59, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan lima penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Lori simen terbalik akibat masalah brek



KUALA LUMPUR: Sebuah lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek terbalik di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Wangsa 1, Wangsa Maju berhadapan kondominium Villa Wangsamas, tengah hari tadi.

Seorang jurucakap polis yang ditemui di lokasi kejadian berkata kejadian kira-kira 12 tengah hari itu berlaku ketika pemandu lori berkenaan cuba memberhentikan lorinya di persimpangan lampu isyarat berkenaan untuk membelok ke kanan.
"Pemandu lori itu tidak dapat memberhentikan lorinya semasa menuruni bukit. Namun dia sempat mengelak sebuah kereta di hadapannya dengan membelok ke arah bertentangan.

"Lori itu juga melanggar tiang lampu yang berada dekat dengan kereta tersebut sebelum ia terbalik di atas jalan raya," katanya.


Pemandu kereta berkenaan yang mengalami kecederaan akibat dihempap tiang lampu dikejarkan ke hospital berdekatan. - Bernama

Lelaki Palestin ditahan dipercayai cabul remaja 14 tahun




21 Februari 2013
MELAKA - Seorang lelaki warga Palestin ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hospital di negeri ini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi 15 Feb lepas, pelajar perempuan itu sedang tidur ketika menjaga ayah saudaranya yang menerima rawatan di hospital itu manakala lelaki terbabit menjaga seorang pendakwah di katil berdekatan.

"Pelajar itu tiba-tiba tersedar daripada tidur apabila terasa sesuatu menyentuh peha dan kemaluannya dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki di hadapannya sebelum menjerit meminta tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah madrasah di sini kemudian bertindak melarikan diri dan keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 6 pagi hari sama.

Katanya lelaki terbabit kemudian menyerah diri di pondok polis hospital tersebut pada 8 pagi.

Lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya. - Bernama

Tahan nelayan asing ganggu pelantar minyak



Tahan nelayan asing ganggu pelantar minyak
Anggota APMM mengawal nelayan Vietnam yang ditahan di antara pelantar minyak Cakerawala dan Bunga Raya awal pagi kelmarin.
PASIR PUTEH - Nelayan asing bukan sahaja melakukan kesalahan menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan malah turut mengganggu serta mengundang bahaya kepada pelantar minyak.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, mereka kini menjadi ancaman utama kepada pelantar minyak kerana bertindak berani dengan mengikat bot pada pelantar dan memasak di dalam bot tanpa memikirkan kesan penggunaan api di kawasan itu.

Dalam kejadian di Pelantar Anding tiga minggu lalu katanya, nelayan Vietnam bertindak menaiki pelantar apabila bot yang diikat pada tiang pelantar tenggelam.

“Kami berjaya mengusir mereka daripada pelantar tersebut dan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, kelmarin.

Beliau berkata, bot nelayan Vietnam melakukan aktiviti menangkap ikan yang berjaya dikesan jam 1.30 pagi kelmarin juga berada di kawasan pelantar minyak.

“Kapal KM Ligitan diketuai Pegawai Memerintah, Mohd Nor Hafizi Rafiq mengesan mereka pada jarak 99.6 baru nautika daripada Tok Bali iaitu di antara pelantar minyak Cakerawala dan Bunga Raya.

“Hasil pemeriksaan mendapati 11 nelayan warga negara Vietnam tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta tidak mempunyai permit menangkap ikan,” katanya.

Wan Burhanuddin berkata, mereka ditahan bersama bot dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Operasi Maritim Malaysia Tok Bali untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 dan tangkapan itu katanya, kes ketiga tahun ini membabitkan nelayan daripada vietnam.

APMM katanya, menjalankan empat operasi serentak iaitu Ops Perkara Timur, Ops Wawasan, Ops Benteng Bali dan operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Kelantan dengan mengawasi kawasan kuala.

Ops Wawasan bersama Polis Diraja Malaysia yang dilancarkan 5 Februari lalu katanya, bagi memastikan sempadan tidak dicerobohi rakyat negara jiran kesan daripada konflik selatan Thailand.

Tekup muka isteri kerana minta cerai




Angkara panas baran, seorang wanita nyaris lemas dicekup di bahagian muka oleh suaminya. - Gambar lakonan semula.
ALOR GAJAH - Seorang isteri nyaris lemas apabila mukanya ditekup dengan tangan suami yang juga dipercayai penagih dadah dalam kejadian berdekatan Tol Simpang Ampat, di sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun memandu Proton Waja sendirian menuju ke plaza tol berkenaan tanpa menyedari pergerakannya diekori suami yang berusia 25 tahun dengan menunggang motosikal.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya meminta cerai dan bertindak keluar dari rumah.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di pondok tol untuk mengambil tiket bayaran, suami wanita itu bertindak memecahkan cermin kereta di bahagian penumpang hadapan dengan menggunakan topi keledar yang dipakainya.

Tindakannya itu memaksa mangsa berhentikan kereta di tepi jalan, namun dia tidak berani keluar dari kereta.

“Selepas itu, suaminya terus membuka pintu kereta dan menekup muka mangsa menggunakan kedua-dua belah tangannya hingga mengakibatkan mangsa sesak nafas,” katanya.

Baling batu pada isteri hamil



KUALA TERENGGANU - Hanya kerana isterinya enggan memberikan wang diminta, seorang buruh tergamak membaling batu ke arah mangsa yang sedang hamil tujuh bulan, dalam kejadian di kantin sebuah sekolah di bandar raya ini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, suspek, 25, telah datang ke tempat kerja mangsa, 22, yang bekerja sebagai pembantu kantin untuk meminta sejumlah wang.

Menurut sumber, mangsa bagaimanapun tidak melayan permintaan itu menyebabkan suspek naik angin sebelum mengambil batu yang ada di kawasan itu, lalu membaling ke arah mangsa.

“Mangsa tidak sempat mengelak, menyebabkan batu terkena pada perutnya yang sedang mengandung tujuh bulan. Kejadian itu disedari seorang rakan sekerja yang kemudiannya memaklumkan kepada majikan menyebabkan suspek melarikan diri.

“Disebabkan balingan kuat itu, mangsa mengalami kesakitan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang sesuatu buruk menimpa bayi di dalam kandungan,” katanya.

Selepas kejadian, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan bertindak agresif dan mengulangi perbuatan itu lagi sehingga boleh mengancam keselamatan diri dan kandungannya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Rasuah : Empat pegawai imegresen dipenjara enam tahun, denda RM239,700




22 Februari 2013
SHAH ALAM - Empat pegawai Imigresen dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM239,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat, tiga tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Azmir Mahadi, 30, Ahmad Zahed Abd Alim, 30, Mohd Hafiz Zakaria, 29, dan Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 28, yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini.

Mat Ghani bagaimanapun membenarkan permohonan kesemua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan kepada RM10,000 bagi setiap tertuduh. - Bernama

Bau busuk bawa kepada penemuan makmal memproses dadah




22 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Bau busuk yang datang dari sebuah unit kondominium di Jalan Klang Lama di sini telah membawa kepada penemuan sebuah makmal mini memproses dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata pada mulanya pihak polis menyiasat laporan penduduk mengenai bau busuk di unit berkenaan dan setelah diperiksa, ditemui mayat seorang lelaki yang mulai reput serta berbau di dalam tandas.

Beliau berkata lelaki berumur dalam lingkungan 30-an itu tidak mempunyai sebarang dokumen padanya dan dipercayai mati lebih empat hari sebelum mayatnya
ditemui kira-kira 11 pagi tadi.
"Mayat dibungkus dengan plastik dan kain berwarna hitam serta diikat dengan tali," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Khairi berkata unit tersebut berada dalam keadaan berselerak dan setelah disiasat, polis turut menemui pelbagai jenis dadah di ruang dapur yang dipercayai dijadikan makmal mini memproses dadah.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - Bernama

Peniaga mengaku tidak bersalah rompak bersenjatakan parang




22 Februari 2013
PETALING JAYA - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan terhadap seorang jurutera bersenjatakan sebilah parang, bulan lalu.
  
B. Ramesh Bala, 37, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Lim Bun Vee, 31, dengan merompak sebuah beg duit yang mengandungi barangan milik mangsa bernilai RM1,000 di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di hadapan Jalan USJ 10/1C, Subang Jaya, pada 7.45 pagi, 31 Jan lalu.
  
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan terhadap tertuduh.
  
Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili tertuduh memohon kepada mahkamah supaya jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.
  
Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia dan menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga selesai kes.
  
Mahkamah menetapkan 22 Mac untuk sebutan. - Bernama

Penternak cedera ditetak penyerang tidak dikenali




22 Februari 2013
BESUT - Seorang penternak cedera parah di kepala akibat ditetak penyerang yang tidak dikenalinya ketika mangsa berada di Medan Selera Bandar Jerteh malam tadi.
Akibat kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa Zakaria Long, 53, dari Kampung Gaung terpaksa dikejarkan ke hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Moh Noor berkata mangsa dilaporkan sedang minum bersama seorang rakan apabila mereka didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar.
"Suspek terus menetak mangsa beberapa kali di kepala dengan sebilah golok sambil disaksikan beberapa orang lain," kata kepada pemberita di sini.

Mangsa dikejarkan orang ramai ke Hospital Daerah Besut sebelum mangsa dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Noorzainy berkata polis sedang menyiasat motif serangan dan mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian.

Suspek dilaporkan memakai jaket berwarna hitam, berseluar jeans berwarna biru serta memakai topi keledar berwarna merah yang bercermin gelap. - Bernama

21 lagi bayi diselamat, pensyarah dan jurutera ditahan




22 Februari 2013
GEORGETOWN - Pihak polis menyelamatkan 21 lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual melalui sindiket dalam Operasi Pintas Sayang 2 yang dilancarkan malam tadi.
Seramai 43 individu turut ditahan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi yang merupakan susulan Op Pintas Sayang 1 itu turut dijalankan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.
"Serbuan ini dilancarkan serentak pada pukul 11 malam tadi dan pihak polis Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan 10 bayi lelaki dan 11 bayi perempuan berusia antara satu bulan dan sembilan tahun.
"Kita juga telah menahan 20 lelaki dan 23 wanita termasuk dua wanita warga asing yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 57 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa bayi dipercayai telah dibawa keluar ke negara jiran dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Abdul Rahim berkata 43 individu itu adalah pembeli yang membeli kanak-kanak tersebut melalui sindiket dan mereka terdiri daripada usahawan, jurutera dan pensyarah.
"Ini adalah keluarga-keluarga yang tidak ada anak. Bila tidak ada anak mereka berusaha untuk mendapatkan anak," katanya.
Beliau berkata kesemua tangkapan akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan usaha mengesan mangsa yang lain masih lagi diteruskan.
Katanya polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan kesemua bayi dan kanak-kanak terbabit di rumah perlindungan yang telah dikhaskan.
Bulan lepas, polis membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.
Sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka. - Bernama