Search This Blog

Friday, February 22, 2013

Kanak-kanak 12 tahun terima darah dicemari HIV




21 Februari 2013
RIYADH - Kes seorang kanak-kanak 12 tahun menerima darah dicemari HIV semasa pemindahan darah minggu lalu, sehingga mencetuskan kemarahan di Arab Saudi dan ada yang mendesak menteri kesihatan meletak jawatan.

Perkara ini menerima kritikan daripada ramai pihak kerana kes seumpama itu jarang berlaku. Kes yang melibatkan mangsa, Reham al-Hakami telah mendapat liputan meluas di Saudi.

Reham yang menderita kerana anemia menjalani pemindahan darah 12 Februari lalu di sebuah hospital di Jazan dan beberapa jam kemudian, sepasukan doktor dari hospital itu datang ke rumahnya memberitahu keluarga kanak-kanak itu bahawa darah yang dipindahkan ke tubuh badannya HIV positif.

Kanak-kanak itu kemudian segera diterbangkan ke Hospital Pakar Raja Faisal. Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan Isnin lalu menyebut kejadian itui satu kesilapan teknikal.

Ia turut meminta maaf secara terbuka kepada Reham. Kementerian turut berkata akan menyiasat perkara ini dan memastikan prosedur undang-undang dijalankan.

Pegawai siasat Oscar Pistorius ada tujuh kes cubaan bunuh




21 Februari 2013
PRETORIA - Polis mengesahkan detektif Afrika Selatan yang mengetuai siasatan berhubung kes pembunuhan melibatkan atlet paralimpik negara itu, Oscar Pistorius ada tujuh rekod cubaan membunuh.

Detektif Hilton Botha yang terlibat dalam sesi soal jawab di mahkamah berhubung kes Pistorius pernah terlibat dengan cubaan membunuh dengan menembak secara rawak ketika mabuk beberapa tahun lalu.

Pistorius menafikan tuduhan membunuh teman wanitanya, Reena Steenkamp, 29. Dia dituduh merancang pembunuhan itu.

Botha dikatakan memandu kenderaan milik kerajaan bersama dua lagi pegawai lain dalam keadaan mabuk dan melepaskan tembakan ke atas mini bas yang sedang sarat dengan penumpang.

Bagaimanapun laporan mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan. Menurut media, kejadian itu berlaku pada tahun 2009.

Saksi berkata, mereka ditahan pada tahun 2011. Semalam, peguam bela Pistorius ada mencabar keterangan Botha.

Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur




21 Februari 2013
JAKARTA - Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

Beliau berkata, ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah
pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat
kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.

Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. - Bernama

Askar Israel ambil gambar bogel disiasat



Askar Israel ambil gambar bogel disiasat
Gambar tentera Israel separuh bogel di muat naik di laman sosial.
BAITULMUQADDIS - Seorang askar Israel dikecam kerana mengambil gambar bogelnya sendiri lalu dimuat naik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Jurucakap tentera, Kapten Eytan Buchman berkata, tindakan itu sesuatu tidak bermoral dan memalukan keseluruhan pasukan tentera.

“Kami akan melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti siapa lagi anggota terbabit dalam insiden itu,” katanya

Laman web pro-Palestin melaporkan, askar berkenaan turut menulis kenyataan menghina negara Arab dan mengaku menyertai pasukan tentera hanya untuk menewaskan pengganas.

“Ramai kalangan tentera Israel melakukan pencabulan dan penghinaan terhadap Islam di dalam laman web sosial,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, tindakan ini semakan berleluasa dan boleh membangkitkan kemarahan seluruh penduduk Islam di peringkat antarabangsa. - AP

Lagi kanak-kanak dirogol di India



Aktivis terus mengecam jenayah rogol di Mumbai, India.
Aktivis terus mengecam jenayah rogol di Mumbai, India.
MUMBAI - Selepas seminggu melakukan operasi pencarian, polis India akhirnya menjumpai mayat tiga beradik berusia antara enam dan 11 tahun di barat India.

Polis penguasa Aarti Singh berkata, tiga kanakkanak itu disahkan menjadi mangsa rogol dan bunuh sebelum mayat mereka dibuang ke sebuah kampung di Bhandara Maharashtra.

“Empat lelaki ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Ahli keluarga mangsa memberitahu, kanak-kanak itu keluar dari rumah bertujuan untuk mencari ibu mereka yang tidak pulang ke rumah semalaman. - AFP

Ibu 3 gadis ditemui mati di telaga tuntut keadilan




22 Februari 2013
NEW DELHI - Ibu kepada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di bahagian dasar sebuah telaga di barat India setelah mereka dirogol menuntut mereka yang bertanggungjawab ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung secara terbuka.

Mayat tiga perempuan berusia 6, 9 dan 11 tahun - dijumpai dalam telaga di daerah Bhandara, Maharashtra pada hari Sabtu, kata polis.

Menurut seorang inspektor polis tempatan, AR Tiwari, mereka dilaporkan hilang dua hari lebih awal.

Berita mengejutkan ini muncul sebelum bahang di mana seorang gadis India berusia 23 tahun yang dirogol lima lelaki telah terbunuh, pudar dalam ingatan.

Lima lelaki itu kini sedang dalam perbicaraan.

Laporan awal perubatan menunjukkan gadis-gadis ini lemas dan diserang secara seksual, kata Tiwari.

Ketua polis daerah, Arti Singh memberitahu CNN pada Khamis bahawa empat orang sedang disoal siasat membabitkan kes itu.

Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan.

Ujarnya, seorang pegawai polis tempatan yang ditugaskan di kawasan itu telah digantung tugas dan digantikan dengan Tiwari.

Dalam satu temu bual dengan CNN, ibu mangsa mendakwa polis tidak bertindak balas dengan pantas ekoran kehilangan anaknya.

"Kalaulah polis  mencari di kawasan kejiranan, gadis-gadis itu telah dijumpai," kata wanita, yang identitinya disembunyikan, selaras dengan undang-undang India melindungi mangsa dan keluarga dalam kes-kes serangan seksual.

Bagaimanapun polis menafikan dakwaan beliau.

"Kami bertindak segera," kata Tiwari.

"Mesej dalam talian 'wireless messages' telah dikeluarkan pada hari yang sama dan pasukan polis  keluar untuk mencari gadis-gadis terbabit," katanya.

Ibu mangsa tetap menggesa pihak polis menangkap mereka yang bertanggungjawab dalam kes anaknya.

"Saya merayu kepada kerajaan untuk menangkap pesalah dan menggantung mereka di khalayak ramai," katanya.

Anak naik bas ziarah ayah meninggal dunia maut kemalangan



kemalangan
Keadaan belakang lori dirempuh sebuah bas setelah terbabit dalam kemalangan maut di KM 314.3 Lebuhraya Utara Selatan di Tapah, hari ini. - Foto Bernama
TAPAH - Mohd Amin Abdul Rahman, 32, anak kepada mangsa maut dalam tragedi kemalangan bas pagi tadi, tidak menyangka kepulangan ayahnya ke Pulau Pinang untuk menziarahi jenazah datuknya turut menyebabkan beliau kehilangan ayah tercinta.
Mohd Amin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik berkata beliau turut kehilangan datuknya yang meninggal dunia akibat sakit tua di Bagan Ajam, Seberang Perai pada 11 malam tadi.
"Bila dapat tahu Tok Wan meninggal saya terus menziarahinya kerana kebetulan saya ada kerja di Pulau Pinang. Saya hubungi mak dan ayah bagi tahu perkara ini dan menyatakan kepadanya yang saya tunggu di sini (Pulau Pinang).
"Saya minta mak dan ayah naik bas pagi ini, bila telefon mak kira-kira 12 malam tadi, mereka sudah berada dalam bas menuju ke Pulau Pinang, " katanya kepada pemberita di Hospital Tapah di sini hari ini.
Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.
Mohd Amin yang bekerja sebagai pengedar minuman berkata dia terkejut mendengar berita menyedihkan itu selepas menerima panggilan daripada ibunya pagi tadi.
"Bila dapat tahu mereka terlibat dalam kemalangan dan ayah meninggal dunia, saya bergegas ke Hospital Tapah kerana mayat dihantar ke hospital ini," katanya yang berasal dari Kempas Jaya, Johor Bahru.
Sementara itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, seorang penumpang yang terselamat Mohd Khaizul Safiee, 29, berkata dia tidak menyangka bas yang dia naiki terbabit dalam kemalangan.
"Ada beberapa penumpang meminta pemandu memandu lebih laju kerana bas dipandu terlalu perlahan. Tetapi pemandu bas ada bagi tahu dia sangat penat," katanya.
Katanya bas terbabit bertolak dari Johor Baharu kira-kira 11.30 malam sebelum berhenti di Hentian Pudu Sentral 5 pagi tadi untuk menukar bas.
Beliau berkata dalam kejadian itu kebanyakan penumpang cedera di kepala akibat terhantuk pada tempat duduk penumpang di hadapan manakala sebahagiannya terperosok di bawah tempat duduk. - Bernama

Dibelasah sebab suruh suami tidur



KUALA TERENGGANU - Hanya kerana menyuruh suaminya masuk tidur, seorang suri rumah berdepan mimpi ngeri apabila dicekik dan ditampar selain ditolak ke lantai, dalam satu kejadian di Kuala Ibai, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek, 37, yang naik 'hantu' selepas mangsa, 32, mengganggunya menonton televisyen turut merosakkan dan memecahkan beberapa peralatan di dalam rumah.

Menurut sumber, kejadian berpunca apabila mangsa mengajak suspek, yang bekerja sebagai peniaga itu, masuk tidur kerana bimbang tidak dapat menghantar dia ke klinik pada pagi yang sama.

“Pada mulanya, suspek meminta mangsa tidur dulu kerana masih ingin menonton televisyen, namun, suspek mula naik angin apabila mangsa menarik tangannya secara paksa.

“Tindakan itu menyebabkan suspek seperti dirasuk dengan mengangkat dan menolak mangsa ke lantai selain turut mencekik dan menampar muka mangsa,” katanya, semalam.

Menurutnya, kemarahan itu tidak berakhir di situ apabila suspek turut merosakkan dan memecahkan beberapa peralatan yang ada di rumah mereka sebelum menghilangkan diri begitu sahaja.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana bimbang keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Pemandu, penumpang bas ekspres maut kemalangan



[DIKEMAS KINI] TAPAH – Seorang pemandu dan penumpang sebuah bas ekspres maut dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bas berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang lori.

Lima yang lain cedera parah. Mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.

Insiden berkenaan menyebabkan bahagian hadapan bas remuk teruk.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata, bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak.

"Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.

"Ketika pelanggaran berlaku pemandu bas itu terjun daripada bas dan saya lihat dia berada di tengah-tengah bahu jalan. Kepalanya terkena besi penghadang tengah lebuh raya," katanya dipetik Bernama.

Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu.

Katanya, pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh," katanya.

10 wanita GRO Melayu dihukum



BERTUDUNG... Sebahagian daripada 10 wanita yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam kerana bekerja sebagai GRO.


KUALA LUMPUR - Sepuluh orang pegawai perhubungan pelanggan (GRO), dengan sembilan daripada mereka mendakwa ibu tunggal, didenda RM2,800 atau penjara 40 hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tuduhan melanggar dan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja di sebuah pusat karaoke pada Jun tahun lalu.
Mereka didakwa mengingkari dan melanggar Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 1 Januari 2004 dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke D'Carnival Lounge, No. 333-335, Batu 2½, Jalan Ipoh di sini antara pukul 1.40 pagi dan pukul 3.15 pagi pada 24 Jun tahun lalu.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah kesemua tertuduh.
Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama setahun dengan dipantau Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal berkelakuan baik jaminan tersebut akan ditarik balik.
Kesemua tertuduh ialah Erni Juita Ismail, 47, Siti Farahdilla Azua Kasim, 26, Rita Yakir, 29, Rabihah Ahmad, 37, Nor Azilah Isa, 38, Eparizan Abdullah, 30, Noriza Mohd. Nor, 35, Zaiton Zainal, 42, Rosnita Mawardi, 35, dan Nisah Yaman, 32.
Salah seorang tertuduh, Farahdilla mempunyai sehingga 40 keping kad tempahan daripada pelanggan untuk menari pada malam itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LaeLyp00 
Hakcipta terpelihara 

Doktor pakar maut nahas




ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat kemalangan yang mengakibatkan Thillainathan maut di Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR – Seorang doktor pakar sakit puan yang baru dilantik sebagai Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Slim River pada Januari lalu terkorban dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur ke Bukit Tagar semalam.
Kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan S. Thillainathan, 51, dari Petaling Jaya dan merupakan Pengerusi Persatuan Doktor Kerajaan maut di tempat kemalangan akibat cedera parah di beberapa bahagian badan selepas tersepit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandunya.
Jurucakap polis berkata, sebelum tragedi itu, MPV yang dipandu mangsa di lorong tengah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2Lae2nRMJ 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki mati tertimbus dalam parit




ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd. Saidi yang maut selepas tertimbus di dalam parit di Besut semalam.


BESUT - Seorang pembantu jengkaut ditemui mati tertimbus ketika melakukan kerja-kerja mengorek parit di Kampung Tempinis, Bukit Tanah dekat sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku apabila Mohd. Saidi Ismail, 38, dikatakan terjatuh ke dalam lubang parit tersebut selepas diserang sawan.
Difahamkan, mangsa dan rakannya menggali parit baharu di kawasan itu dan menimbus parit lama sedalam kira-kira satu meter kira-kira pukul 9 pagi sebelum disedari hilang kira-kira empat jam kemudian.
Pemandu jengkaut berusia lingkungan 30-an itu pada mulanya menyangka mangsa telah pulang ke rumah sebelum curiga apabila mendapati Mohd. Saidi tidak kembali menyambung kerja pada pukul 2 petang dan tidak menjawab panggilan telefon.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2LadAyG8O 
Hakcipta terpelihara 

Keluarga nafi Nina ambil amah secara haram



NINA SURAYA menyusukan bayinya, Mohamed Hareez di Kuantan baru-baru ini.


KUANTAN – Kakak kepada Nina Suraya Sulaiman, ibu bayi lelaki berusia empat bulan yang didera pembantu rumah dengan melambung dan menghempasnya baru-baru ini menafikan pasangan itu mengambil amah terbabit secara haram.
Erna Nengteena Sulaiman, 27, memberitahu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Indonesia, Herman Prayitno perlu melakukan siasatan secara teliti sebelum membuat kenyataan yang boleh memburukkan nama baik adik dan keluarga mereka.
“Yuliana (pembantu rumah) diambil melalui ejen persendirian dan mempunyai pasport. Difahamkan, Yuliana sampai di rumah Nina, 24, pada 14 Februari lalu dan suami Nina bercadang untuk menguruskan permit kerja Yuliana pada hari berikutnya.
“Bagaimanapun, hasrat membuat permit tidak kesampaian kerana Yuliana bertindak mendera anak Nina sebaik sahaja dia keluar dari rumah untuk bekerja,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2LacbY0EO 
Hakcipta terpelihara 

Mayat ditemui dalam tangki air hotel




BEBERAPA anggota bomba melakukan kerja-kerja untuk memindahkan mayat Lam yang ditemui di dalam sebuah tangki air di atas bumbung Hotel Cecil di Los Angeles pada Selasa lalu.


LOS ANGELES - Mayat seorang pelancong warga Kanada yang berusia 21 tahun, Elisa Lam ditemui di dalam sebuah tangki air di atas bumbung sebuah hotel di Los Angeles selepas tiga minggu dia didapati hilang, kata polis kelmarin.
Mayat itu ditemui pada hari Selasa lalu selepas pengunjung Hotel Cecil di sini mengadu mengenai tekanan air yang rendah.
Seorang pekerja penyelenggaraan menemui mayat Lam.
Lam yang berasal dari Vancouver dan mengembara seorang diri telah didapati hilang sejak akhir bulan lalu apabila dia didapati tidak lagi menghubungi keluarganya pada setiap hari.
Rakaman video keselamatan sebuah kamera litar tertutup dekat sebuah lif menunjukkan dia berkelakuan ganjil.
Pihak pengurusan hotel itu berkata, pintu masuk ke atas bumbung itu telah ditutup dan ia dilengkapi sistem penggera.
Namun, empat buah tangki simpanan air tidak dikunci.
"Kami tidak menolak ia adalah perbuatan khianat," kata jurucakap jabatan polis di sini, Rudy Lopez kepada akhbar LA Times.
Katanya, tiada apa yang didapati mencurigakan ditemui di kawasan kejadian.
Menurutnya, polis kini sedang menyiasat pergerakan Lam selepas dia tiba di Los Angeles pada 26 Januari lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2LaY6LwzF 
Hakcipta terpelihara