Search This Blog

Thursday, February 21, 2013

Dalang seludup orang dijel



Jakarta: Sebuah mahkamah, semalam mengarahkan seorang lelaki Afghanistan dipenjara enam tahun kerana menyeludup pencari suaka ke Australia.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Timur mendapati Dawood Amiri bersalah melanggar undang-undang imigresen Indonesia dan bersekongkol dengan sebuah sindiket antarabangsa menyeludup pencari suaka dari Indonesia ke Australia. Tertuduh yang berusia 20 tahun itu juga diarah membayar denda RM245,000.


Dawood didakwa menyediakan bot usang untuk pencari suaka yang terkandas selepas bot asal mereka karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Krismas tahun lalu.

Kira - kira 90 orang maut dalam kemalangan berkenaan. - AP

Tiga minit rompak berlian




21 Februari 2013
BRUSSELS - Lapan lelaki dipercayai menyamar sebagai polis nekad memasuki Lapangan Terbang Brussels untuk melarikan berlian dari pesawat yang hendak berlepas ke Zurich.

Rompakan melibatkan jualan permata peringkat global itu adalah yang terbesar pernah direkodkan.

Jurucakap lapangan terbang, Jan Van Der Cruijsse berkata, kesemua lelaki itu menggunakan kenderaan polis bertindak memasuki landasan sebelum mengambil 120 kotak berlian bernilai £32 juta (RM154 juta).

“Mereka hanya mengambil masa tiga minit untuk melakukan rompakan itu sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, juruterbang dan krew pesawat itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - DailyMail

Tembak mati 3 orang sebelum bunuh diri



Los Angeles: Seorang lelaki menembak mati tiga orang di California semalam, termasuk seorang daripadanya secara dekat, sebelum membunuh diri.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dia lagi mangsa cedera selepas penyerang melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaan di jalan raya.


Jurucakap polis daerah Orange, Jim Amormino berkata, suspek dikenali sebagai Ali Syed, 20, yang menganggur, tiada rekod jenayah dan tinggal bersama ibu bapanya.

“Dia mengikuti pengajian di kolej tempatan,” katanya.


Kata Amormino, motif serangan masih dalam siasatan.


Secara keseluruhan, katanya, Ali melakukan tiga pembunuhan dan lima cubaan membunuh.

“Suspek seorang pemuda yang kesunyian dan tidak ramai kawan,” katanya.


Mangsa pertama Ali ialah seorang wanita yang ditembak pada awal pagi di rumah keluarga suspek di Ladera Ranch.

Amormino berkata, mangsa tiada kaitan dengan keluarga Ali dan identitinya sedang dikenal pasti. “Ali kemudian melarikan diri menaiki kenderaan pelbagai guna sebelum melarikan kenderaan lain beberapa kali,” katanya.


Jurucakap polis Tustin, Paul Garaven berkata, dalam satu daripada tindakannya, Ali “sangat sopan” ketika dia mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membiarkannya memandu.


Kata Garaven, Ali memberitahu pemilik kenderaan itu: “Saya tak mahu mencederakan anda. Saya baru membunuh seseorang dan ini hari terakhir saya. Beri saya kunci kenderaan anda.” - AFP

Perogol wanita Scotland ditahan



Bangkok: Polis semalam menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol wanita Scotland yang mahu mengajar di negara itu.

Suspek berusia 25 tahun ditahan di rumahnya di bandar Nakhon Si Thammarat.


Ketua Polis Daerah, Sompong Thiparpakul berkata, lelaki terbabit ditahan berdasarkan bukti dirakam kamera litar tertutup serta keterangan saksi. Mangsa yang berusia 20 tahun memberitahu polis, dia dirogol dua daripada empat lelaki yang menyerangnya selepas meninggalkan sebuah bar pada 15 Februari lalu.

Dalam temubual dengan media Scotland, mangsa turut mengkritik layanan polis serta media Thailand kerana menyiarkan nama serta gambarnya. - AFP

Tembak mati 3 orang sebelum bunuh diri



Los Angeles: Seorang lelaki menembak mati tiga orang di California semalam, termasuk seorang daripadanya secara dekat, sebelum membunuh diri.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dia lagi mangsa cedera selepas penyerang melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaan di jalan raya.


Jurucakap polis daerah Orange, Jim Amormino berkata, suspek dikenali sebagai Ali Syed, 20, yang menganggur, tiada rekod jenayah dan tinggal bersama ibu bapanya.

“Dia mengikuti pengajian di kolej tempatan,” katanya.


Kata Amormino, motif serangan masih dalam siasatan.


Secara keseluruhan, katanya, Ali melakukan tiga pembunuhan dan lima cubaan membunuh.

“Suspek seorang pemuda yang kesunyian dan tidak ramai kawan,” katanya.


Mangsa pertama Ali ialah seorang wanita yang ditembak pada awal pagi di rumah keluarga suspek di Ladera Ranch.

Amormino berkata, mangsa tiada kaitan dengan keluarga Ali dan identitinya sedang dikenal pasti. “Ali kemudian melarikan diri menaiki kenderaan pelbagai guna sebelum melarikan kenderaan lain beberapa kali,” katanya.


Jurucakap polis Tustin, Paul Garaven berkata, dalam satu daripada tindakannya, Ali “sangat sopan” ketika dia mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membiarkannya memandu.


Kata Garaven, Ali memberitahu pemilik kenderaan itu: “Saya tak mahu mencederakan anda. Saya baru membunuh seseorang dan ini hari terakhir saya. Beri saya kunci kenderaan anda.” - AFP

Jumpa kotak steroid



Pretoria: Mahkamah semalam diberitahu, berkotak-kotak steroid, testosteron (hormon yang merangsang penghasilan sperma dan perkembangan organ jantina lelaki) serta jarum picagari ditemui di rumah Oscar Pistorius.

Menurut saksi, kotak itu ditemui dalam bilik tidur Pistorius.


Dalam perbicaraan hari kedua membabitkan atlet digelar Blade Runner itu, ketua penyiasat, Hilton Botha, berkata dia tiba di rumah mewah Pistorius di kawasan elit Pretoria itu kira-kira jam 4.15 pagi.

Ketika itu, kata Botha, teman wanita Pistorius, Reeva Steenkamp, disahkan mati dan mangsa hanya berseluar pendek putih dan jaket hitam.


Mayatnya ditutup dengan tuala.


“Seorang saksi memberitahu, mereka terdengar berlaku pergaduhan selama sejam antara jam 2 hingga 3 pagi sebelum bunyi tembakan dilepaskan,” katanya.

Perbicaraan semalam dijalankan untuk menentukan sama ada Pistorius boleh diikat jamin atau sebaliknya.


Pistorius, 26, menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan terancang di Mahkamah Majistret Pretoria.

Dalam afidavit bersumpah Pistorius, dia mendakwa keadaan dalam rumahnya gelap ketika dia menembak bekas model itu.


Katanya, dia melepaskan tembakan melalui pintu tandas ketika berdiri tanpa menggunakan kaki palsu. Namun, polis berkata, saksi mengesahkan lampu rumah itu masih terpasang ketika mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan.


Menurut saksi, mereka terdengar bunyi wanita menjerit sebelum diikuti lebih banyak tembakan.


Botha berkata, dia percaya tembakan dilepaskan ke bawah dari tempat agak tinggi - membayangkan Pistorius memakai kaki palsunya ketika itu.


“Kayu pemukul kriket yang ditemui di bilik mandi dipercayai digunakan untuk memecahkan pintu tandas yang bersambung dengan bilik mandi,” katanya.


Di atas alas tempat mandi, polis menemui sepucuk pistol serta iPhone 4 dan iPhone.


Kata Botha, polis menemui empat telefon di rumah Pistorius tetapi tiada satu pun dikesan digunakan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan.


Pistorius menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya ketika dia berusia 11 bulan.


Polis juga bercadang mendakwa Pistorius kerana memiliki sekotak peluru .38 calibre tanpa lesen. - AFP

Keganasan landa India

Foto

Sebuah kereta bomba dibakar dalam keganasan berikutan mogok pekerja di Noida pinggir New Delhi semalam.
  • Foto
    Pekerja India menunjukkan perasaan dalam mogok dua hari di Hyderabad.
  • Berjuta-juta pekerja mogok bantah kenaikan harga barang

    New Delhi: Keganasan meletus di India semalam ketika kesatuan sekerja memulakan mogok dua hari bagi membantah kenaikan harga barang dan dasar kerajaan untuk membuka ekonomi.
    Berjuta-juta pekerja kilang dan bank tidak datang bertugas manakala pengangkutan awam dihentikan di kebanyakan bandar raya besar selepas kesatuan sekerja utama menggesa mogok di seluruh negara.

    Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku," Pankaj Shah, Pemilik kilang

    Pemimpin buruh dilanggar

    Seorang pemimpin buruh mati dilanggar ketika cuba menghalang bas daripada meninggalkan terminal di bandar raya Ambala. Pekerja bersenjatakan batang besi memecahkan tingkap kilang dan membakar trak serta beberapa kereta di Noida, kawasan perindustrian di pinggir New Delhi.

    Pemilik kilang berkata, polis tidak dapat membantu walaupun panggilan kecemasan dibuat.

    “Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku,” kata seorang pemilik kilang, Pankaj Shah.
    Bank tutup, kedai buka

    Di New Delhi, bas dan sistem kereta api bawah tanah sesak ketika teksi dan beca bermotor berbaris di jalan raya. Bank ditutup tetapi kebanyakan kedai dibuka.

    Kesatuan sekerja menentang dasar kerajaan membuka sektor peruncitan, perbankan dan penerbangan kepada pelabur asing dalam usaha melonjakkan ekonomi India.

    Kesatuan sekerja yang bergabung dengan pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata, dua parti komunis utama malah kesatuan sekerja diketuai parti Kongres menuntut kerajaan menarik semula pembaharuan ekonomi, yang dikatakan menjejaskan kepentingan pekerja.

    10 tuntutan

    Kesatuan mengeluarkan 10 tuntutan, termasuk kenaikan gaji minimum semua pekerja kepada 10,000 rupee (RM555) sebulan, mengawal harga dan menyediakan keselamatan sosial kepada semua pekerja.

    Kesatuan sekerja berkata, tindakan kerajaan baru-baru ini membuka sektor pasar raya akan menjejaskan berjuta pemilik kedai kecil yang tidak mampu bersaing dengan peruncit antarabangsa.

    Pekerja bank pula menentang keputusan kerajaan membenarkan syarikat besar memasuki sektor perbankan dan dasar menswastakan bank dikendalikan negara. - AP

    'Saksi dengar jeritan di rumah Pistorius'

    Akhbar di Afrika Selatan menyiarkan berita perbicaraan Pistorius, manakala gambar kecil, Pistorius menundukkan kepala ketika sidang mahkamah berhenti rehat semalam. - Foto AFP
    Akhbar di Afrika Selatan menyiarkan berita perbicaraan Pistorius, manakala gambar kecil, Pistorius menundukkan kepala ketika sidang mahkamah berhenti rehat semalam. - Foto AFP Johannesburg: Seorang saksi berkata beliau mendengar jeritan tanpa henti dari rumah bintang Paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius, pada malam teman wanitanya dibunuh.

    Pistorius hadir di mahkamah untuk hari kedua sesi keterangan di Pretoria.
    Pendakwa, Gerrie Nel, berkata pasukan pendakwa mempunyai saksi yang mendengar jeritan antara jam 2.00 pagi dan 3.00 pagi waktu tempatan.Sangka ada penceroboh



    Kelmarin, dalam afidavitnya Pistorius menafikan membunuh model Reeva Steenkamp, 29, di rumahnya pada awal pagi pada Hari Kekasih dan melepaskan tembakan kerana menyangka ada penceroboh di kediamannya.

    Bintang berusia 26 tahun itu tiba di mahkamah semalam menaiki kereta polis dengan selimut biru menutup kepalanya.

    Pendakwa dijangka mengemukakan bukti bahawa mereka percaya Pistorius membunuh teman wanitanya dan beliau tidak boleh diikat jamin.
    Pistorius didakwa melakukan pembunuhan terancang teman wanitanya pada awal pagi 14 Februari lalu.
    Pegawai penyiasat kanan polis Afrika Selatan, Hilton Botha berkata, Pistorius tidak sepatutnya dibenarkan ikat jamin kerana beliau menganggap bintang Paralimpik itu sebagai berisiko untuk melarikan diri.

    “Steenkamp, mengalami tiga kecederaan akibat peluru, satu di siku yang mematahkan tangannya, satu bahagian atas telinga sebelah kanan kepala dan peluru ketiga di pinggul,” katanya kepada mahkamah.

    Botha berkata, tembakan disasarkan ke arah mangkuk tandas bilik air, dan kayu kriket digunakan untuk memecahkan pintu.

    Pistorius, yang sekali lagi menangis di mahkamah, mempunyai lesen senjata yang digunakan untuk menembak teman wanitanya.

    Botha menjelaskan ada pistol 38mm tidak berlesen dalam peti simpanan dalam bilik tidurnya. Beliau memberitahu mahkamah selipar Steenkamp dan beg ada di dalam bilik tidur itu.

    Katanya, beliau mahu Pistorius didakwa dengan memiliki senjata haram dan peluru.
    Botha juga memberitahu mahkamah Pistorius dan keluarganya cuba mendapatkan akses akaun bank pesisir berikutan tembakan berkenaan. - Agensi

    Tiga beradik dirogol, bunuh



    Mumbai: Tiga beradik berusia antara enam dan 11 tahun dilaporkan dirogol dan dibunuh sebelum mayat mereka dihumban ke telaga di sebuah kampung di barat India, kata polis semalam.

    Mayat tiga pelajar sekolah perempuan itu ditemui minggu lalu, dua hari selepas mereka dilaporkan hilang dari rumah di kampung Lakhni, daerah Bhandara, Maharashtra sejak 14 Februari, kata Pesuruhjaya Polis, Aarti Singh.
    Mayat tiga beradik dalam perigi
    Bedah siasat mengesahkan budak perempuan terbabit dirogol dan kemudian dibunuh," Aarti Singh, Pesuruhjaya Polis Mumbai

    “Mayat tiga budak perempuan itu ditemui dalam sebuah perigi dengan beg serta kasut sekolah mereka,” kata Singh kepada AFP melalui telefon dari Nagpur, sambil menambah mangsa masing-masing berusia enam, sembilan dan 11 tahun.

    “Bedah siasat mengesahkan bahawa budak perempuan terbabit dirogol dan kemudian dibunuh.”

    Tiada tangkapan dibuat tetapi Singh berkata empat orang ditahan untuk soal siasat dan siasatan masih lagi dijalankan.

    Ahli keluarga mangsa berkata budak perempuan berkenaan keluar untuk mencari ibu mereka yang tiada di rumah dan sejak itu tiada berita mengenai mereka lagi.
    Insiden berkenaan turut membawa bantahan penduduk kampung, kata Singh, menambahkan kemarahan selepas kejadian di New Delhi apabila seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun dirogol dan dibunuh dalam sebuah bas dalam kejadian Disember tahun lalu.

    Insiden berkenaan mencetuskan perdebatan di seluruh negara mengenai layanan terhadap gadis dan wanita selain keselamatan mereka di India. - AFP

    Komunis bunuh pengawal ladang



    Manila: Lebih 100 gerila komunis menyerbu satu daripada ladang terbesar di dunia dan membunuh seorang pengawal, membakar peralatan pertanian dan menghalang laluan di bandar selatan Filipina, kata pegawai tentera semalam.

    Menurut Eugenio Osias, insiden di ladang milik Del Monte Philippines Inc kelmarin itu serangan terbesar pengganas terbabit pada tahun ini. “Dua lagi pengawal cedera ditembak gerila Tentera Rakyat Baru ketika mereka menyerbu kawasan kediaman, rekreasi dan pejabat syarikat terbabit,” katanya.


    Kejadian berlaku di bandar Manolo Fortich di wilayah Bukidnon.

    Gerila terbabit, kata Osias, menyamar sebagai tentera dan tiba menaiki dua lori, dua van dan dua motosikal.


    “Mereka menyekat sebuah kereta peronda membawa tiga anggota polis di jambatan dan merampas dua raifal serta dua pistol daripada mereka sebelum melancarkan serangan,” katanya. - AP

    Mengaku racun beruang



    Melaka: Kes seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka yang ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun oleh pihak tidak bertanggungjawab dianggap selesai dengan tertangkapnya seorang warga emas, awal pagi semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki berusia 65 tahun itu yang juga seorang peniaga ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di Kulai, Johor jam 1 pagi.


    “Serbuan dilakukan pasukan khas juga merampas pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dan barangan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah dilakukan suspek.

    “Dalam siasatan awal yang dilakukan, suspek mengaku melakukan perbuatan itu namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


    Raja Shahrom mengesahkan suspek bukan pekerja Zoo Melaka sebaliknya dipercayai datang ke tempat pelancongan berkenaan untuk melakukan jenayah itu.


    Katanya, suspek ditahan selepas hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan zoo itu menunjukkan lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan sebelum polis mengesannya.

    “Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya.


    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam merakamkan ucapan tahniah kepada polis kerana menangkap suspek yang disyaki meracun kedua-dua haiwan itu.


    “Saya harap pihak terbabit dikenakan hukuman sewajarnya mengikut undang-undang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain.


    “Pihak yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya lelaki itu diberikan ganjaran RM10,000. Kami akan dapatkan laporan polis mengenai pemberi maklumat ini dan namanya dirahsiakan,” katanya.


    Akhbar ini Selasa lalu melaporkan seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun pihak tidak bertanggungjawab.


    Difahamkan, beruang Matahari atau nama saintifiknya, Helarctos Malayanus berusia 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang Ahad, lalu.


    Sementara itu, kuda jenis Arab berusia 17 tahun itu pula ditemui mati seorang petugas pada jam 7 pagi, Isnin.

    Amuk suruh solat



    Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin besar kepala.

    Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin.
    Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas barannya.

    Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.


    “Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka.


    Budak maut kurang air
     3  0 Google +0  1  0 Cetak
    Dungun: “Dia muntah hijau selepas minum sebotol susu,” kata Ramlah Othman, 58, menceritakan saat sebelum cucunya, Nur Azmaniena Azman, 3, meninggal dunia dipercayai akibat kekurangan air dalam badan di rumahnya di Jalan Lapangan Terbang, di sini, kelmarin.

    Ramlah berkata, sebelum kejadian, dia dan cucunya itu tidur di ruang tamu jam 2 petang sebelum Nur Azmaniena yang tinggal dengannya sejak setahun lalu, terjaga dan meminta susu.


    “Nur Azmaniena gemar minum susu pekat manis dan dia minum sambil bermain-main di sisi saya.

    “Bagaimanapun, sebaik habis sebotol susu tiba-tiba dia muntah dan rebah,” katanya.


    Ramlah berkata, cucunya itu kelihatan tidak bermaya lalu dia menjerit memanggil suaminya, Awang Latif, 69, yang ketika itu mandi.


    “Saya bergegas dan meminta bantuan jiran yang kemudian melakukan pemeriksaan dan memberitahu cucu saya sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Dungun di sini, sementara menunggu jenazah cucunya dibedah siasat, semalam.

    Menurutnya, dia dimaklumkan doktor bahawa cucunya itu meninggal dunia kerana kekurangan air dalam badan.


    Ramlah berkata, dia sedih apabila terkenangkan Nur Azmaniena ingin bertemu ibunya, Che Wan Nasharinawati Che Wan Abdullah, 26, yang bekerja di Kelantan sejak dua bulan lalu.

    “Isnin lalu, dia beritahu rindu ibunya. Saya memintanya bersabar dan berjanji membawa berjumpa ibunya.


    “Terkilan kerana gagal menunaikan permintaannya,” katanya.


    Kesedihan keluarga Ramlah mendapat perhatian Ahli Parlimen Dungun Datuk Matulidi Jusoh yang melawat dan membiayai kos pengurusan jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, di sini, semalam.

    Pengawal keselamatan cuai






    PETALING JAYA – Tiga perompak bersenjatakan alat renjatan elektrik mengambil kesempatan melarikan RM2.2 juta daripada sebuah van keselamatan ketika tiga pengawal keselamatan syarikat itu singgah di sebuah medan selera semalam.
    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian pada pukul 10 pagi di hadapan sebuah medan selera di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di sini itu berlaku ketika van itu dalam perjalanan untuk menghantar wang ke sebuah bank di ibu negara.
    “Di pertengahan jalan, mereka telah singgah di sebuah medan selera. Dua pengawal kemudian pergi membeli makanan manakala pemandu van tersebut menunggu di luar kenderaan itu.
    “Tidak lama kemudian, tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan alat renjatan elektrik menyerang dan menumbuk muka pemandu van berkenaan sebelum mereka merampas beberapa karung wang di dalam van lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard berwarna putih,” katanya sambil memberitahu mangsa cedera ringan.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2LTtaTo2p 
    Hakcipta terpelihara 

    Dua pelesit rempit kekal dijel




    CHEE FOOK (kiri) dan Davandr (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam selepas hukuman penjara ke atas mereka kekal.


    IPOH – Hasrat dua pelesit rempit untuk mengetepikan hukuman penjara 26 bulan yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan di sini setahun lalu kerana kesalahan menunggang motosikal sambil mengangkat tayar depan dan melakukan aksi ala superman tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman tersebut.
    Berikutan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani itu, Lee Chee Fook, 24, dan L. Davandr, 22, diperintahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah selain masing-masing membayar denda RM6,000 berkuat kuasa semalam.
    Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.
    Sebelum ini, dua pekerja swasta itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada 22 Februari tahun lalu menjatuhkan hukuman tersebut.
    Ketika keputusan itu dibacakan Zainal Adzam, Chee Fook dilihat menangis manakala Davandr kelihatan tenang.
    Kedua-dua tertuduh ditahan ketika mereka melakukan kesalahan itu pada pukul 1.40 pagi, 21 November 2010 di Kilometer 3, Jalan Changkat Jong berhadapan Hospital Teluk Intan.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2LTtNr81e 
    Hakcipta terpelihara 

    'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan



    MUHAMAD HAFIZ dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


    KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
    Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh.
    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang.
    Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
    Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LTt3zZM3 
    Hakcipta terpelihara 

    Bertengkar sebelum tembak mati kekasih



    PISTORIUS muncul di sebuah mahkamah majistret di Pretoria semalam.


    PRETORIA - Beberapa saksi mendengar mereka terdengar pertengkaran, seorang wanita menjerit dan tembakan senjata di rumah pelari berkaki palsu, Oscar Pistorius pada malam dia menembak mati kekasihnya yang juga model, Reeva Steenkamp pada malam Hari Kekasih, kata keterangan seorang pegawai polis di sebuah mahkamah di sini semalam.
    Pegawai itu, Hilton Botha memberitahu, pihak polis turut menemui dua bekas yang mengandungi jarum dan hormon testosteron di dalam bilik tidur Pistorius.
    Pelari Afrika Selatan yang sebak ketika pegawai berkenaan memberikan keterangan.
    Steemkamp yang berusia 29 tahun itu berada di dalam bilik air semasa dia ditembak mati.
    Keterangan itu diberikan pada perbicaraan sama ada atlet berkenaan dibenarkan untuk diikat jamin.
    "Dua daripada saksi kami terdengar pertengkaran, dua orang bercakap dengan kuat sesama mereka dari pukul 2 hingga 3 pagi," kata Botha.
    Kekasih atlet itu mati pada 14 Februari lalu. Beberapa saksi lain terdengar bunyi tembakan, jeritan dan tembakan.
    Dalam afidavit yang dikemukakan kelmarin, Pistorius menyatakan, dia terjaga pada tengah malam dan menganggap terdapat seorang penceroboh telah memanjat memasuki tingkap bilik airnya dan tandas.
    Menurut atlet yang pernah menyertai acara 400 meter di Sukan Olimpik di London pada tahun lalu itu, dia kemudian mengambil pistol 9mm dan memasuki bilik air.
    Pistorius berkata, dia kemudian melepaskan tembakan ke arah pintu tandas yang terkunci dalam keadaan panik.
    Dalam afidavitnya, Pistorius menyatakan dia memperoleh pendapatan sebanyak AS$630,000 (RM1.95 juta) setahun dan memiliki hartanah bernilai hampir AS$1 juta (RM3.09 juta).
    Kes ikat jamin Pistorius itu kemudian ditangguhkan sehingga hari ini. - Agensi


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LTsUNbQY 
    Hakcipta terpelihara