Search This Blog

Monday, February 18, 2013

Tujuh warga asing diculik di utara Nigeria


BAUCHI: Kumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kem syarikat pemaju di utara Nigeria, mengorbankan seorang pengawal manakala tujuh pekerja negara asing diculik.

Mereka yang diculik terdiri warga negara Britain, Greece, Itali, Lebanon dan Filipina, demikian disahkan pihak berkuasa negara itu hari ini.
Kes penculikan itu adalah yang terbesar membabitkan wilayah berkenaan yang kerang diserang militan Islam.

Serangan pada malam Sabtu lalu itu berlaku di pekan Jama’are di negeri Bauchi.

Kumpulan lelaki bersenjata itu mulanya menyerang sebuah penjara dan membakar dua trak polis, kata jurucakap polis Bauchi, Hassan Muhammed. - AFP 

Ketua Ranting PKR maut kereta jatuh gaung



Gemas: Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kurnia Diraja, di sini maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Kilometer 18 Jalan Gemas-Rompin, malam kelmarin.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, Mohamad Yunus Buyong, 49, yang memandu PROTON Iswara seorang diri dari Rompin ke Bahau dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang parah di kepala dan beberapa bahagian badan dikejarkan ke Klinik Kesihatan FELDA Jelai oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Adik mangsa, Najihar Buyong, 38, berkata Mohamad Yunus sebelum itu memandu di belakang isterinya, Junaidah Sibi, 44, yang memandu kereta lain untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Kurnia Diraja di sini.

“Isterinya berasa tidak sedap hati apabila menyedari dia tiada di belakang sebaik tiba di rumah. Dia berpatah balik sebelum menemui orang ramai mengerumuni kawasan kejadian,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, mengesahkan kejadian itu.

Petugas BN Bagan Serai maut dirempuh



Bagan Serai: Pembantu Pejabat Pentadbiran Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Serai maut dirempuh kenderaan dalam kejadian malam kelmarin.

Sulaiman Ahmad 63, yang menunggang motosikal dirempuh kenderaan itu yang cuba mengelak kenderaan lain yang berhenti secara tiba-tiba ketika memasuki simpang di Parit Haji Aman, di sini.
Patah leher

Dalam kejadian di Kilometer 104, Jalan Taiping-Butterworth kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Taiping ke Bagan Serai, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan pendarahan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata tindakan pemandu memberhentikan kenderaan secara mengejut mengakibatkan kereta merempuh motosikal mangsa dan dua motosikal lain di tepi jalan berhampiran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan dituntut keluarga mangsa pagi ini (semalam),” katanya di sini semalam.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, anak bongsu mangsa, Abdul Rashid Sulaiman, 20, berkata bapanya secara tiba-tiba menjadi pendiam sejak seminggu lalu.

Kilang membuat patung musnah dalam kebakaran di Taiping


TAIPING: Sebuah kilang membuat patung dan peralatan sembahyang di kawasan perindustrian Ringan Tupai di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid, berkata kebakaran dipercayai bermula jam 2.30 pagi dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 5.05 pagi. 

Enam pegawai ATM ditangkap minum arak



Kuala Lumpur: Enam pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk seorang berpangkat Leftenan Kolonel ditahan kerana kesalahan meminum arak di dua pusat hiburan di ibu negara, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan kira-kira 2 pagi yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu turut menahan tiga wanita berusia 30 hingga 50-an yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Pegawai Perhubungan JAWI, Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu terbabit.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di premis hiburan di Jalan Genting Klang yang membawa kepada penahanan empat individu termasuk seorang pegawai ATM yang berpangkat Leftenan Kolonel.

“Ketika serbuan dilakukan, pegawai ATM itu sedang minum arak sambil ditemani dua perempuan iaitu anak saudaranya.

“Bagaimanapun, anak saudara lelaki itu tidak ditahan kerana hasil pemeriksaan nafas kedua-dua mereka dipercayai tidak mengambil minuman keras,” katanya.

Tergamam kawan terjatuh dalam sungai



Kota Bharu: “Saya tergamam dan hanya mampu melihat apabila mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam Sungai Kelantan,” kata rakan baik mangsa, Nellysa Nurshafira Md Ghazali, 20.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, Muhamad Arief Muhamad Nurdin, 20, dipercayai lemas selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya, dibawa arus Sungai Kelantan, ketika melalui pelantar pembinaan sementara yang dibina di bawah Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.
Sehingga 5 petang semalam, mayat mangsa masih belum ditemui.

Cuba elak kereta

Nellysa Nurshafira, berkata sebelum kejadian, mangsa datang menjemput beliau dan rakan sebiliknya, yang dikenali sebagai Amalina, untuk menaiki kereta bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di seberang jambatan.

“Arwah menemani kami untuk menyeberangi jambatan sementara itu dengan menunggang motosikal, manakala saya bersama Amalina berjalan kaki mengekori dari belakang.

“Ketika di atas pelantar itu, arwah cuba mengelak dari kenderaan yang datang dari arah belakang dan tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai, dipercayai tergelincir dari pelantar berkenaan,” katanya, ketika di temui di tempat lokasi kejadian, di sini, semalam.
Bapa mangsa, Muhamad Nurdin Muhamad Long, 50, berkata ketika kejadian beliau dan isteri dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, selepas selesai menghantar anak kawannya ke Besut, Terengganu.

Doktor Malaysia disabit tuduhan serangan seksual




MELBOURNE: Mahkamah Majistret Elizabeth di Adelaide pada Isnin mensabitkan seorang doktor Malaysia atas dua tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pesakit wanitanya di Australia Selatan.

Majistret Greg Fisher menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara, gantung kerja selama dua tahun dan diikat jamin berkelakuan baik ke atas Dr Mohd Zaki Ibrahim, 37, kata seorang pegawai mahkamah.
Mahkamah diberitahu Mohd Zaki melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun sama.

Mohd Zaki, seorang penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai bekerja di sebuah bandar di kawasan desa di Australia Selatan sebelum berpindah bersama keluarganya ke Elizabeth, di pinggiran bandar Adelaide. - BERNAMA

Azab jatuh lubang lumpur

pix_topright
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan kira-kira satu jam selepas kaki kanannya terperangkap dalam lubang lumpur dalam kejadian di Taman Mawar, dekat Salak Tinggi, Sepang, petang kelmarin.

Mangsa dikatakan sedang bermain dengan beberapa rakannya berdekatan lokasi kejadian sebelum terjatuh dan masuk ke dalam lumpur itu, kira-kira jam 5.30 petang itu.


Akibatnya mangsa terperangkap di dalam lubang sedalam 0.5 meter itu sebelum dibantu rakan-rakan, namun usaha mereka tidak berjaya memaksa mereka meminta tolong penduduk kampung yang menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.55 petang sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.


“Ketika sampai kami dapati kaki kanan kanak-kanak lelaki itu terperangkap dalam lubang lumpur hingga paras lutut menyebabkan pihak bomba terpaksa mengorek lubang terbabit.

Suspek kes samun kereta, kes bunuh ditembak polis

IPOH: Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung sembilan kes samun kereta mewah dan satu kes bunuh berjaya ditembak polis dalam kejadian berbalas tembak di Sungai Wangi, Sitiawan awal pagi semalam.
Dalam kejadian itu, suspek berusia 25 tahun yang juga ketua kumpulan bagi satu sindiket curi kereta mewah maut di lokasi kejadian apabila terkena tiga das tembakan.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Paramasiwam berkata, suspek berasal dari Taman Sungai Wangi, Ayer Tawar, Manjung itu terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah polis selepas kereta dinaiki terbabas.

Beliau berkata, anggotanya terpaksa membalas tembakan sebelum suspek berjaya ditembak mati.
Foto
Paramasiwam (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang digunakan oleh suspek. FOTO Ikhwan Munir

Rugi RM200,000 dalm 10 saat


KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas kerugian sebanyak RM200,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul dalam kejadian di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu berlaku dalam masa 10 saat apabila dua lelaki berkenaan memecahkan cermin kaca sebelum melarikan tiga dulang barang rantai emas.
Menceritakan kejadian itu, mangsa, Che Som Che Wel, 45, berkata, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata apabila dia yang sedang berbual dengan jirannya di dalam kedai didatangi dua lelaki yang membawa sebilah parang panjang dan tukul.

Katanya, dua lelaki itu meluru masuk ke dalam kedai dan terus memecahkan cermin kaca dengan menggunakan tukul sebelum mengambil tiga dulang barang rantai emas.


"Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tergamam apabila dua lelaki itu melakukan kerja menyamun emas dalam sekelip mata sebelum melarikan diri ke arah belakang kedai,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dua lelaki yang terbabit dalam kejadian samun itu kini diburu.

Katanya, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan untuk menjejaki dua lelaki itu yang bersenjatakan parang dan tukul besi.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata," katanya.

Suspek aktiviti keganasan pohon bebas dari tahanan polis


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai yang ditahan bersama Yazid Sufaat, yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan, Muhammad Hilmi Hasim hari ini memfailkan habeas corpus untuk dibebaskan daripada tahanan polis.

Muhammad Hilmi, 33, memfailkan permohonan tersebut menerusi ibu angkatnya, Rahamah Abdul Majid, 58, melalui Tetuan Zatul, Hida & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.
Pemohon menamakan Warden Pusat Tahanan Reman, Jinjang dan Ketua Polis Negara sebagai responden.

Menerusi afidavit sokongan, Muhammad Hilmi mendakwa beliau ditahan secara salah dan haknya di bawah Fasal 5(3) Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli.


Pemohon juga mendakwa pihak polis menafikan hak untuk mendapatkan konsultasi peguam pilihannya semasa tangkapan sehingga kini tanpa sebab munasabah.


Muhammad Hilmi juga mendakwa beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tetapi tidak dituduh di mahkamah seperti mana dua lagi tahanan iaitu Yazid dan Halimah Hussein.

Keduanya dituduh atas dakwaan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria di Mahkamah Majistret Ampang 8 Feb lalu.

Selain itu, Muhammad Hilmi juga mendakwa keengganan pihak polis menuduhnya di mahkamah juga menunjukkan polis tidak mempunyai alasan untuk mempercayai beliau terlibat dengan kesalahan keselamatan.

Sementara itu, menerusi afidavit sokongan yang sama Rahamah mendakwa beliau dibenar bertemu dengan pemohon pada 15 Feb lalu, pada 11 pagi di pusat tahanan reman Jinjang tanpa ditemani peguam selama 15 minit.

Katanya sebelum bertemu Muhammad Hilmi, seorang anggota polis memberitahu bahawa pihak polis mempunyai maklumat yang menunjukkan Yazid merancang untuk menghantar anaknya ke selatan Filipina untuk kegiatan keganasan. - Bernama

Tiga lelaki orang Asli maut kemalangan



18/02/2013 4:50pm

KUANTAN — Tiga lelaki Orang Asli maut selepas Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori bermuatan tong ikan di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin, petang semalam.
Mangsa yang maut adalah pemandu kereta terbabit, Roslan Tan, 32, Saidi Daud, 21, dan Mazlan Aman, 18, manakala seorang lagi penumpang, Mizar Muda, 19, mengalami kecederaan parah.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari Muadzam Shah, Rompin menuju ke Johor Bahru.
"Tiba di tempat kejadian, Proton Wira itu dipercayai memotong kenderaan lain sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori terbabit.
"Akibat rempuhan itu, kereta yang dinaiki mangsa terhumban ke dalam parit di kanan jalan bertentangan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara Mizar yang parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.
— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2LEwa00uY 
Hakcipta terpelihara 

Rumah ahli perniagaan ditembak


SIBU: Rumah seorang ahli perniagaan di Taman Delta, di sini ditembak orang tidak dikenali kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika kejadian ahli perniagaan berusia 40-an itu tidur di bilik atas manakala seorang anaknya berada di bilik berasingan.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

‘Gurauan terakhir ayah’



“Muka ayah nampak berseri dan ceria selepas pulang dari Johor Bahru. Dia tersenyum sambil bergurau dan tidak sangka itu adalah gurauan terakhir,” kata penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengenai bapanya, Onn Chik, 80, akibat serangan jantung, awal pagi semalam.

Menurutnya, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang jam 2.30 pagi selepas muntah dan pening di rumah Linda di Bukit Indah Ampang, jam 10 malam. Arwah kemudian dibawa ambulans ke hospital dan diberi bantuan pernafasan.


“Ayah pernah diserang sakit jantung pertama kali sebelum Aidilfitri tahun lalu dan menghidap penyakit kencing manis. Ketika mendapatkan rawatan kali ini, jantungnya berhenti 10 minit sebelum diberi bantuan pernafasan,” katanya.

Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 35, berkata, bapanya ketika itu tidak sedarkan diri dan sempat memberi kata semangat ke telinga. Dia bergegas dari lokasi rakaman, program Mimpi Ke Bintang di Angkasapuri selepas mendapat panggilan telefon daripada kakaknya.


“Kali terakhir saya bersembang dengannya sebelum ke lokasi rakaman. Dia seorang yang sentiasa menitip pesanan pada saya mengenai menjaga solat dan perniagaan. Malah, ayah sempat membeli pakaian baru sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.


Allahyarham meninggalkan balu, Saadiah Khamis, 70, empat anak dan 13 cucu dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bukit Teratai, Cheras jam 12.30 tengah hari semalam.

Tak sempat elak kereta buat pusingan U



Rembau: “Ketika memandu tiba-tiba sebuah kereta membuat pusingan ‘U’. Saya cuba mengelak tetapi gagal kerana begitu hampir dan terus berlanggar,” kata pemandu lori, A Viknesh, 23, yang terbabit kemalangan di Jalan Seremban-Tampin dekat Pekan Pedas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, dia bersama kelindan, A Vijayagan, 31, dalam perjalanan dari Tampin ke Rantau untuk menghantar 11 ekor lembu.


Viknesh berkata, dia cuba sedaya upaya menekan brek, tetapi kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan lori dipandunya melanggar kereta Perodua Kelisa dinaiki seorang lelaki bersama dua anak perempuannya.

Katanya, berikutan pelanggaran itu lori dan kereta terseret sejauh 20 meter ke arah bertentangan. “Mujur tiada kereta lain, jika tidak mungkin kemalangan ini menyebabkan kecederaan lebih parah. Saya terus keluar dari lori untuk melihat keadaan mangsa di dalam kereta Kelisa.


“Saya dengar dia menjerit kakinya sakit kerana tersepit dan orang ramai di tempat kejadian cuba membantu dengan menghubungi ambulans dan mengeluarkan semua mangsa,” katanya.


Katanya, selama setahun setengah memandu lori, itu kali pertama dia terbabit kemalangan.

“Sampai sekarang saya menggeletar kerana takut. Saya harap peristiwa ini tidak berulang dan menjadi pengajaran supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.


Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Saja cari dosa



“Isteri mana yang tidak kecewa apabila mengetahui suami yang dipercayainya melakukan kerja terkutuk di belakangnya, sudah tentu kebahagiaan yang dibina boleh berkecai,” kata pendakwah bebas, Zawiah Hassan.

Beliau berkata, kunjungan ke pusat spa yang menawarkan khidmat urutan gadis haram di sisi agama malah terdedah dengan pelbagai pelakuan maksiat lain.


“Walaupun ada suami yang mengakui mereka ke pusat spa hanya untuk berurut tetapi jika ia dilakukan tukang urut wanita tetap haram hukumnya. “Apatah lagi jika berlaku zina dengan wanita itu mereka dikira berdosa besar. Sudah ada isteri yang halal digauli kenapa tergamak mencari wanita lain sekadar untuk melayan keseronokan yang hanya bersifat sementara,” katanya.

Zawiah berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, kelmarin yang mendedahkan seorang isteri hilang sabar selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa wanita warga Vietnam di spa terkemuka di bandar raya Ipoh.


Wanita yang dikenali sebagai Rohani, 48, itu turut kesal dengan perubahan sikap suaminya yang sering mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin akibat penangan wanita Vietnam itu.


Rohani mengetahui hubungan suaminya itu selepas memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan mendapati SMS berbaur lucah serta beberapa gambar wanita Vietnam di atas katil dalam keadaan mengghairahkan.

Dia percaya semua gambar wanita Vietnam yang beraksi manja itu diambil dalam bilik hotel dan spa di bandar berkenaan.

Terkapai-kapai 10 minit



“Saya reda tetapi berharap anak ditemui,” kata Fatimah Hussin, 45, yang setia menanti anak sulungnya, Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui selepas dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, kelmarin.

Fatimah berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu apabila dikejutkan dengan berita itu yang dimaklumkan anak kedua, Mohd Afiq, 16.


Katanya, dia sempat melihat anaknya itu berehat di rumah di Taman Uda Murni dan Mohd Arif tidak memberitahu mahu keluar dengan rakannya.

“Setiba di tempat kejadian, saya melihat anggota bomba dan penyelamat sedang mencarinya,” katanya.


Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal.


Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat.

Mohd Arif mengikuti pengajian dalam jurusan pelancongan di kolej terbabit dan dijangka melanjutkan pengajian ke sebuah kolej di Kuala Lumpur awal Mac depan.


Rakan mangsa, Nelly Nurshafira Md Ghazali, 20, berkata sebelum kejadian sebuah kereta melalui pelantar itu menyebabkan Mohd Arif cuba mengelak tetapi tiba-tiba kaki Mohd Arif terperosok ke dalam ruang antara besi pelantar itu dan terjatuh ke dalam sungai dalam keadaan masih memakai topi keledar.

“Saya yang berpaling ke belakang tergamam melihat dia terjatuh dan tidak tahu apa perlu dilakukan.


“Dia terkapai-kapai selama kira-kira 10 minit. Saya menghubungi polis dan ambulans,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Fitri Hussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 petang kelmarin.


Katanya, seramai 35 anggota bomba, bomba sukarela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melakukan gerakan mencari mangsa.


“Hari ini (semalam) kita meneruskan operasi mencari di sepanjang sungai sehingga ke Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan,” katanya.


Sehingga jam 6 petang semalam, mangsa belum ditemui.

Perangai syaitan



Dua pelajar lelaki yang baru berusia 15 tahun bagaikan syaitan apabila meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang tinggal sekampung di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, kelmarin.

Kedua-dua pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumah masing-masing di kampung berkenaan selepas bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama anaknya diliwat.


Sumber berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari ketika mangsa yang bersendirian di rumah, dipelawa seorang suspek ke rumahnya.

“Budak perempuan itu ke rumah seorang suspek yang jaraknya 80 meter dari rumah mangsa. Ketika berada dalam bilik di rumah suspek, dia diliwat.


“Selepas pulang ke rumah, mangsa mengadu sakit pada bahagian dubur sebelum memberitahu kejadian sebenar kepada ibu bapanya yang berusia 40-an,” katanya.


Menurutnya, bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan anaknya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut.

Kasino mini sebalik kanvas



Berselindung di sebalik kanvas di belakang rumah warga emas di Bukit Pasir, Tongkang Pecah di sini, penganjur menjadikan sebuah bangsal sebagai pusat perjudian dikenali kasino mini dengan jumlah pertaruhan melebihi RM100, 000 sejak ia beroperasi lebih sebulan lalu.

Selain jumlah pertaruhan tinggi, mereka juga menggunakan cip sebagai ganti wang tunai bagi membolehkan pelanggan merasai pengalaman perjudian ala kasino sebenar.


Bagaimanapun, tindakan itu terbongkar apabila diserbu Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, awal pagi semalam.

Pegawai Operasi D7 IPK Johor Asisten Superintendan Mohd Yazid Mohd Yew berkata, serbuan hasil maklumat orang ramai dan intipan selama seminggu.


Menurutnya, berdasarkan maklumat kumpulan tahi judi dikatakan akan berkumpul untuk bertaruh mulai jam 5 petang hingga awal pagi.


“Menyedari kehadiran kami, kaki judi berusia 30-an hingga 50-an lari bertempiaran.

“Pemilik bangsal berusia 50 tahun juga cuba melarikan diri namun jatuh tersungkur kerana panik.


“Kami menahan sembilan warga tempatan berusia antara 32 hingga 62 tahun termasuk seorang wanita dan siasatan mendapati pertaruhan melebihi RM100, 000,” katanya.

Kebas RM5,000



Kuala Terengganu: Perumpamaan ‘harapkan pagar pagar makan padi’ sesuai menggambarkan perbuatan seorang pembantu kedai di Chabang Tiga, di sini, yang mencuri wang milik majikannya sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, suspek berusia 22 tahun dari Manir, di sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu jam 5 petang kelmarin, selepas hampir tiga minggu melakukan jenayah itu apabila mengetahui majikannya berusia 40-an membuat laporan polis.


Menurut sumber, perbuatan suspek mencuri wang di kedai fotostat itu pada 27 Januari lalu, disedari majikannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup, tetapi tidak mengambil tindakan kerana mahu menunggu suspek yang masih bujang mengaku kesalahannya.

Pernah disimbah sup panas, dikejar anjing


Kuala Lumpur: “Dikejar anjing, diugut dengan parang dan disimbah sup panas antara pengalaman mencabar pernah dilalui sepanjang enam tahun bertugas sebagai pengutip hutang pinjaman.

“Namun, semua itu tidak sedikit pun melunturkan semangat untuk terus bekerja kerana gembira melihat ramai usahawan kecil berjaya hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).” Demikian pengalaman yang dikongsi pegawai TEKUN Mohd Nizam Jamaluddin, 28, yang ditugaskan memungut bayaran daripada usahawan kecil yang membuat pinjaman di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, di sini sejak 2007.


Menurutnya, kejujuran, tahap kesabaran tinggi dan budi bicara yang berhemah adalah tiga inti pati terpenting perlu dimiliki setiap pegawai sepertinya bagi menjamin kelancaran tugas berurusan dengan pelbagai kerenah usahawan.

“Bukan mudah kutip hutang, sebab itu saya perlu mempunyai kemahiran tertentu yang menuntut banyak kesabaran, setakat dimarah itu perkara biasa kerana saya pernah dikejar anjing, diugut dengan parang dan disimbah sup ketika mengutip hutang,” katanya.


“Namun, saya tidak sedikitpun marah kerana faham masalah dan tekanan yang dihadapi peminjam dan terus menerangkan bayaran semula itu penting untuk diberikan pula kepada lebih ramai usahawan kecil yang memerlukan,” katanya.


Mohd Nizam berkata, kes sebegitu bagaimanapun hanya membabitkan segelintir usahawan kecil dan kebanyakan mereka tidak mempunyai masalah melunaskan ansuran.

Menurutnya, bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, dia ditugaskan mengutip bayaran daripada kira-kira 650 peminjam dengan purata setiap hari bertemu dengan 15 hingga 20 usahawan kecil.


“Ada ramai juga peminjam menghubungi saya mengingatkan tarikh untuk datang mengambil bayaran TEKUN.

“Disebabkan rekod bayaran yang baik, ada usahawan kecil ini berjaya mendapat tiga kali pinjaman secara berperingkat bermula dengan kedai yang sekangkang kera sehinggalah asetnya kini bernilai lebih RM300,000,” katanya.


Membawa wang tunai yang banyak setiap hari iaitu antara RM2,000 hingga RM4,000, menyebabkan tugasnya itu terdedah juga kepada bahaya ragut dan rompakan. “Namun jika kita mengambil langkah pencegahan yang betul, penjenayah tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah,” katanya.

Jari kaki mereput



Seorang wanita kini menderita akibat penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus sejak 15 tahun lalu sehingga menyebabkan beberapa jari kakinya mereput hingga terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman yang boleh membahayakan nyawanya.

Norhazani Ahmad, 32, yang kini menetap di Kampung Tanjung Kapur, dekat sini dikesan menghidap penyakit itu sejak berusia 17 tahun ketika dia membuat persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1998.


Katanya, dia tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran ketika itu kerana kesihatannya terganggu. Dia berkata, penyakit itu berpunca selepas dia diserang demam berpanjangan selama tiga bulan dan keguguran rambut yang teruk.

“Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mengesahkan saya mengidap SLE.


“Akibatnya, beberapa jari tangan dan kakinya reput serta hitam. Malah ketika mencuci tiga jari kaki kiri, isinya terkeluar.


“Keadaan sama berlaku pada jari kaki kanan sehingga menyebabkan doktor terpaksa memotong jari telunjuk kaki mengelak jangkitan kuman pada 30 April tahun lalu di HSB,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

“Saya membuat permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kubang Pasu dan berharap ia diluluskan dengan segera untuk membantu meringankan beban saya alami sekarang,” katanya.


Sementara itu, Pengarah JKM Kedah Zulkiply Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima permohonan Norhazani pada 7 Februari lalu dan pihaknya meluluskan permohonan berkenaan untuk Bantuan Am RM250 sebulan berkuat kuasa serta-merta.

Tolak lelaki dalam sungai



Seorang lelaki dipercayai warga India dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai ditolak ke dalam Sungai Klang oleh dua lelaki lain dalam kejadian di Jalan Batu Tiga, berhampiran sebuah institut pendidikan swasta, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, seorang saksi yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dikatakan melihat mangsa bersama dua lelaki lain sebelum dia dikatakan ditolak lelaki terbabit.


Malah, dua lelaki terbabit dikatakan melarikan diri sebelum saksi berkenaan mengejar dalam usaha untuk menahan mereka, tetapi tidak berjaya apabila dua lelaki terbabit menghilangkan diri di kawasan tumpuan ramai.

Dua lelaki larikan tiga dulang rantai emas di Selayang Baru


KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang mengandungi rantai emas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian menyamun sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian samun jam 10.15 pagi itu, dua suspek menerpa masuk ke dalam kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan parang dan tukul yang mana tukul itu digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran.
Pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Su berkata ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis dan suaminya keluar untuk minum.

"Ketika kejadian dua penyamun itu masuk dan terus memecahkan cermin ruang pameran mengunakan tukul lalu mengambil tiga dulang mengandungi rantai emas dan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Ex5 yang diletakkan di lorong belakang kedai," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai helmet dan vest berwarna hijau dan oren.

Mohamad Zaki Alias, 23, yang ketika itu berada di sebelah kedai yang disamun yang juga merupakan sebuah kedai emas, berkata beliau mendengar bunyi pecah dan suara meminta tolong dari pemilik kedai yang dirompak itu.

"Saya keluar dan terus mengejar penyamun itu dan sempat bergelut tetapi gagal menahan suspek," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Pemeriksaan kita di tempat kejadian menemui tukul yang digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran. Premis itu tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kami boleh memperoleh rakaman CCTV dari kedai berdekatan," katanya.

Abdul Rahim berkata, individu yang berada di premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ia adalah kali pertama premis berkenaan disamun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

- BERNAMA

Penyangak lagak konon ejen komputer riba 1Malaysia



Petaling Jaya: Akibat teringin memiliki perisian komputer terkini, seorang pelajar bukan saja kerugian wang RM300, malah komputer ribanya juga lesap dilarikan seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen komputer riba 1Malaysia, baru-baru ini.

Pelajar berusia 21 tahun itu didatangi lelaki terbabit ketika berada di rumahnya di Damansara Damai, di sini, kononnya untuk mengedarkan komputer riba 1Malaysia kepada individu yang layak, kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Menurut sumber, selepas mendapatkan maklumat mengenai isi rumah mangsa, lelaki terbabit memaklumkan bahawa adik mangsa juga layak mendapat komputer riba bantuan itu dan turut dikehendaki mengisi borang permohonan.

“Lelaki terbabit turut memberitahu komputer riba akan dihantar ke rumah mereka melalui pos sebaik permohonan diproses.


“Namun, komputer riba itu tidak dilengkapi perisian dan penerima perlu membayar RM300 untuk menambah perisian itu,” katanya.


Katanya, mangsa bersetuju menambah perisian dan membayar wang itu sebelum diberikan resit beralamat sebuah kedai menjual alat telekomunikasi di ibu negara.

“Lelaki itu meminta untuk memeriksa komputer riba milik mangsa sebelum memaklumkan bahawa perisian dalam gajet itu adalah versi lama.


“Dia kemudian menawarkan untuk memasang perisian versi baru secara percuma. Tetapi, dia perlu mengambil komputer riba itu untuk dibawa ke kedai,” katanya.

Sumber berkata, mangsa menyerahkan komputer ribanya itu selepas percaya dengan kata-kata lelaki terbabit yang berjanji memasang perisian tanpa sebarang bayaran selain akan memulangkannya pada jam 2 petang.


“Pada tempoh yang dijanjikan, mangsa menghubungi lelaki terbabit namun telefon bimbitnya tidak dijawab.


“Selepas beberapa hari masih gagal menghubungi lelaki terbabit, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara,” katanya.

Nasi pedas berdarah


thumbnailAkibat berang nasi goreng dimakannya terlalu pedas, seorang lelaki dipercayai tergamak menetak saudara kembarnya sendiri menggunakan sabit dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tebong, Kuala Sungga di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa, B Vellakumar, 28, yang memasak nasi goreng parah di kepala dan badan akibat ditetak lelaki berusia 28 tahun itu.


Ketika kejadian, mangsa sedang memasak nasi goreng untuk makan malam di dapur sebelum suspek dikatakan datang menjamah nasi berkenaan.

Dakwa Vellakumar yang juga tukang paip, saudara kembarnya yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu masuk ke dapur dan memberitahu perutnya lapar lalu mengambil pinggan sambil bersiul.


“Sebaik selesai masak, dia (suspek) datang ke dapur mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng itu sebelum terdengar dia merungut di luar rumah dan mendakwa nasi berkenaan terlalu pedas.


“Saya bagaimanapun tidak mengendahkannya dan terus menuju ke ruang tamu sambil bersembang dengan abang ipar berusia 27 tahun yang sedang berehat.

“Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba menjerit kuat memaklumkan nasi dimasak pedas dan saya terus ke arahnya sambil berkata ‘kalau tak nak pedas, masak sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.


Menurutnya, suspek yang berang kemudian meluru ke arahnya lalu melibas sabit tepat mengenai kanan kepala selain pipi kiri dan bahu kanannya.

“Belum sempat memalingkan muka ke belakang, dia datang melibas sabit dan menetak di kepala hingga menyebabkan mata berpinar melihat darah mengalir dan gagal mengawal keseimbangan badan.


“Sambil menekup kepala yang cedera, dia dilihat mencampakkan sabit itu di sekitar rumah sebelum melarikan diri meninggalkan saya terbaring menahan kesakitan,” katanya.


Vellakumar berkata, abang iparnya kemudian datang memapah dirinya masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital sebelum pengsan ketika dalam perjalanan.


“Abang ipar yang panik kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum ambulans tiba dan membawa saya ke Hospital Tampin sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaffar Seremban (HTJS),” katanya yang kesal dengan tindakan saudara kembarnya itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, suspek yang bersenjatakan sabit dipercayai menetak mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri.


“Polis sedang memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Peragut kejam henyak wanita


pix_topright
Miri: Seorang suri rumah bukan saja dibelasah tanpa belas kasihan, malah kepalanya turut dihentak dengan objek keras oleh penjenayah dalam kejadian ragut di Lorong 4, Permyjaya, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 40-an itu dikatakan berjalan kaki bersendirian ke rumahnya selepas menemui seorang rakan di sebuah rumah berhampiran, kira-kira jam 9 malam.


Menurut sumber, mangsa dikatakan tidak menyedari diekori suspek ketika melalui kawasan berkenaan dan kesempatan itu digunakan penjenayah terbabit menolak dan merentap beg tangan mangsa.

Katanya, mangsa dikatakan cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan suspek berang dan membelasah serta menghentak kepala mangsa dengan objek keras.


“Hentakan itu menyebabkan mangsa berlumuran darah dan jatuh di atas jalan raya sebelum dibantu beberapa penduduk yang menyedari kejadian itu.

2 maut, 1 parah kereta langgar bas ekspress



TUMPAT: Dua maut manakala seorang parah dalam kejadian kemalangan kereta Honda bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 19 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, jam 5 pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai pemandu kereta, Nasarudin Sidek, 39, dan penumpang, seorang warga Thailand yang sedang hamil, Ronanee Samamae, 35.

Dua tahanan lolos masih dalam Malaysia



TASEK GELUGOR: Polis Pulau Pinang percaya dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini, masih berada dalam negara.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan maklumat yang diterima mereka dikatakan bersembunyi di beberapa kawasan bagi mengelak dikesan polis.
"Mereka telah keluar daripada kawasan operasi iaitu Permatang Pauh dan negeri ini tetapi belum ke negara jiran atau keluar daripada Malaysia, dua tahanan itu dipercayai bersembunyi di sekitar negeri berhampiran Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, di sini hari ini.

Beliau berkata polis negeri ini masih menjalankan Ops Kesan Gelugor bagi memburu dua lelaki terbabit dan kontinjen di negeri lain juga sedang bekerjasama menjejaki mereka.


Pada kejadian 9 pagi 7 Jan lepas, sembilan tahanan itu meloloskan diri selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring daripada van polis.


Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada 10 Jan.

Manakala Mohd Farid Akhtar, 24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, yang berjaya ditahan semula, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan di Mahkamah Majisteret Butterworth pada 25 Jan lepas.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata pihaknya telah mengambil tindakan menggantung kerja seorang anggota polis berpangkat sarjan berusia 50-an, yang bertugas menyelia dan mengatur kawalan keselamatan dalam kejadian itu.

"Kita sudah gantung kerja penyelia (sarjan) yang mengatur kawalan keselamatan untuk beri pengajaran kepada dia kerana tidak mengikut SOP, sepatutnya dia bagi black maria tetapi bagi van polis sahaja untuk bawa sembilan tahanan terbabit," katanya.

Abdul Rahim berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit pula masih disiasat dan akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati berlaku kecuaian. - Bernama

‘Bini tak tahu’



“Isteri tidak tahu saya berlumba (kereta) kerana saya beritahu mahu keluar minum dengan kawan,” kata lelaki yang ditahan pasukan Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman selepas didapati berlumba di sekitar bandar ini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu juga didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan terhadapnya di Balai Polis Trafik Kuantan.


Lebih menyedihkan, isterinya terpaksa membawa dua anak mereka ketika datang menjamin lelaki itu kira-kira jam 5 pagi semalam.

Dalam operasi selama empat jam itu, empat orang ditahan kerana berlumba kereta secara haram yang kian berleluasa setiap malam minggu.


Harian Metro yang menyertai operasi menahan samseng jalan raya itu mendapati ada antara pelumba haram berkenaan tetap meneruskan perlumbaan walaupun tayar kereta pancit, sekali gus berisiko kepada pengguna jalan raya lain.


Ketua unit khas itu, Asisten Superintendan Khuzir Abdul Majit berkata, pihaknya mengambil pendekatan mengesan kereta yang berlumba di jalanan dan menahan mereka apabila berhenti di sesuatu kawasan.

Katanya, pendekatan itu digunakan bagi mengelak kehadiran pihak berkuasa disedari pelumba berkenaan.


“Operasi ini dijalankan berikutan aduan kegiatan lumba haram membabitkan kereta di bandar ini pada malam minggu,” katanya.

10 maut tanah runtuh di Manado



Jakarta: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di utara Sulawesi, semalam selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh, kata pihak berkuasa.

Insiden banjir dan tanah runtuh yang melanda Manado itu turut memaksa 1,200 penduduk berpindah, kata jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Sutopo Purwo Nugraha.


Menurutnya sembilan daripada 10 orang yang terkorban itu ditimbus dalam kejadian tanah runtuh manakala seorang mangsa maut selepas dihanyutkan air banjir.

“Bilangan mangsa mungkin meningkat kerana tanah runtuh dilaporkan berlaku di beberapa kawasan. Kami masih berusaha memindahkan penduduk walaupun proses pemindahan dihalang air banjir yang belum surut di beberapa kawasan,” katanya. Air setinggi dua meter menenggelamkan lebih 1,000 kediaman di tujuh daerah menyebabkan 1,200 penduduk terpaksa berpindah. - Jakarta Globe

'Aku dah bunuh babaku'



Oscar Pistorius menangis teresak-esak ketika dia menghubungi sahabat karibnya pada awal pagi Hari Valentine lalu, sejurus selepas teman wanitanya ditembak.

Kata Justin Divaris, Pistorius jelas panik dan berkata: “Babaku, aku dah bunuh babaku. Tuhan, ambillah nyawaku.” Kata Divaris, 27, Pistorius menghubunginya jam 3.55 pagi dan memberitahu teman wanitanya, Reeva Stennkamp, ditembak.


“Saya bertanya kepada Pistorius apa yang berlaku.

“Dia mengulang kata-katanya memberitahu berlaku kemalangan ngeri,” katanya.


Menurut Divaris, Pistorius, 26, mendakwa dia menembak Reeva. Tidak lama kemudian, kata Divaris, jiran Pistorius menghubunginya dan meyakinkan apa diberitahu atlet terbabit adalah benar.


Katanya, dia sangat terkejut dan bertanya sama ada Reeva selamat.

“Kata jiran Pistorius, Reeva dalam keadaan parah dan saya mesti segera ke sana,” katanya. Selepas memaklumkan kepada pihak berkuasa, Divaris memecut keretanya ke rumah mewah atlet digelar Blade Runner itu.


Kata Divaris, Pistorius menangis sejam di garaj rumahnya ketika polis menyiasat rumah berkenaan. Reeva, 29, sedang duduk di tandas ketika dia ditembak empat kali, masing-masing pada lengan, kepala, pinggul dan jari melalui pintu.

Pistorius mengangkat tubuh Reeva ke pintu depan dan cuba menyematkan kekasihnya dengan bantuan pernafasan.


Ketika itu juga, pengawal keselamatan dan jiran yang terdengar tembakan itu tiba ke rumah. Saksi berkata, mereka melihat Reeva menghembus nafas terakhirnya di pangkuan Pistorius.


Divaris bertanggungjawab mempertemukan Reeva dengan jaguh lumba lari berkaki palsu itu.


Katanya, dia berada bersama Pistorius kira-kira 10 minit dan bertanya apa yang berlaku.


Bagaimanapun, kata Divaris, Pistorius tidak mampu menjawabnya dan terus mengulang ratapannya.


Sementara itu, sumber lain berkata, keluarga Reeva sangat sedih dengan tragedi itu dan ibu bapa bekas model berkenaan kini dirawat akibat terkejut. Bapa Reeva, Bary Stennkamp berkata, hatinya hancur dengan kematian itu, tetapi yakin ada sesuatu yang dilalui Pistorius.


“Kami tak berdendam. Ini waktu sukar untuk kami dan kami berdoa Tuhan memberi petunjuk yang jelas,” katanya.

‘Hidup dah bosan’



“Hari ini hidup saya kosong. Ada sesiapa boleh beritahu saya tentang kebenaran? Kerana hidup saya begitu membosankan tanpa teman, tetapi saya masih ada keluarga.”

Itu catatan terakhir dipercayai ditulis seorang lelaki di atas penyata bank sebelum mayatnya ditemui tergantung dalam bilik sebuah rumah di Padang Sebang, Gadek di sini, Sabtu minggu lalu.


Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, lelaki berusia 23 tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui ibunya dalam keadaan lehernya terjerut dengan tali yang terikat pada palang kayu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, wanita berusia 60 tahun itu menjerit sekuat hati sebelum didengari abang mangsa yang bergegas meminta pertolongan jiran bersebelahan untuk menurunkannya. “Sebaik dibawa turun, mereka cuba mengejutkan mangsa yang tidak sedarkan diri selain berwajah pucat dan terkulai tanpa sebarang tindak balas.


“Abang mangsa berusia 25 tahun kemudian menemui tiga penyata bank yang dipercayai ditulis mangsa untuk meluahkan perasaannya,” katanya.


Menurut beliau, kira-kira 30 minit sebelum kejadian, mangsa bersarapan bersama keluarganya di rumah tanpa menunjukkan sikap mencurigakan.

“Mangsa yang pernah bekerja di sebuah kilang di sekitar daerah ini sempat bergurau dengan keluarganya tanpa mengesyaki itu perubahan terakhir sebelum kematian mangsa.

Dendam todak’


pix_topright
“Mungkin ikan todak ini dendam dengan saya kerana bapa tiri saya pun orang panggil ‘Hashim Todak’ kerana zaman mudanya suka memburu ikan todak untuk dimakan setiap kali turun ke laut,” kata nelayan Telok Kemang, Abu Bakar Bachik, 57, yang cedera ditusuk ikan todak di bahagian perut ketika menjaring ikan berhampiran sebuah resort di Batu 7 di sini, awal pagi Isnin lalu.

Menurut Abu Bakar, ayah tirinya itu berhenti menjadi nelayan kira-kira 20 tahun lalu.


“Setahu saya, sepanjang ayah menjadi nelayan dan memburu ikan todak, tidak pernah dia diserang ikan ini,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan, dekat sini, semalam.

Dia yang lebih dikenali sebagai Pak Abu berkata, ketika kejadian jam 3 pagi itu dia dan rakannya, Rosli Abd Manap, 55, melalui kawasan berhampiran resort itu.


Katanya, dia memandu bot manakala Rosli duduk di tengah bot hampir dengannya.


“Tiba-tiba saya nampak kelibat ikan todak ‘terbang’ dan terus menusuk perut sebelah kiri dan hampir mengenai pusat. Saya rasa macam kena tumbuk dan terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas.

“Ikan todak lebih satu meter itu kemudian melompat ke laut. Saya ketika itu memakai dua lapis baju belum berasa sakit, sebelum darah mengalir membasahi baju dipakai.

Lelaki empat anak ditahan kerana berlumba haram



Seorang anggota polis (kanan) mengiringi pemandu kereta yang diberkas dalam operasi lumba haram di sekitar bandar Kuantan, Pahang, malam semalam.
KUANTAN 17 Feb. - Seorang lelaki berusia 40 tahun antara empat yang ditahan kerana berlumba haram kereta dalam operasi di pusat bandar ini awal pagi ini.
Dalam operasi yang dijalankan pasukan Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman bermula pukul 12.30 tengah malam hingga pukul 4 pagi itu, polis turut menyita empat buah kereta kerana melakukan pengubahsuaian haram untuk berlumba.
Ketuanya, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, hasil ujian air kencing, lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai empat anak itu positif dadah.
Katanya, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Trafik Kuantan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130218/je_04/Lelaki-empat-anak-ditahan-kerana-berlumba-haram#ixzz2LD76KgYI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Judi di pusat rekreasi tumpas



Sepasukan anggota D7 dari IPK Negeri Sembilan menyita beberapa jenis mesin perjudian dalam operasi di sebuah pusat hiburan keluarga yang menyediakan khidmat tempahan khas perjudian dalam satu serbuan di Seremban, kelmarin.
SEREMBAN 17 Feb. - Polis menumpaskan aktiviti perjudian yang berselindung di sebalik sebuah pusat hiburan keluarga dalam serbuan di Wisma Punca Emas, dekat sini petang semalam.
Dalam serbuan pukul 5 petang itu, sebanyak empat mesin judi jenis Happy Baby, Big Starmug dan Dinasour dirampas selain wang tunai berjumlah RM411, enam kupon, 100 token dan sejumlah resit yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, siasatan mendapati pelanggan perlu menempah terlebih dahulu menerusi telefon sebelum boleh berjudi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130218/je_03/Judi-di-pusat-rekreasi-tumpas#ixzz2LD6vPaCu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lari dua hari sebelum akad nikah


ISMAIL Saad tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan buah tangan untuk tetamu dan persiapan bagi perkahwinan Nor Azlina, yang melarikan diri empat hari sebelum majlis kenduri berlangsung di kediaman mereka di Taman Pekatra, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
NIBONG TEBAL 17 Feb. - Kenduri yang sepatutnya diadakan hari ini untuk meraikan pasangan pengantin bertukar menjadi jamuan biasa apabila pengantin perempuan bertindak melarikan diri dari rumah sejak Rabu lalu.
Majlis tersebut terpaksa dilangsungkan juga memandangkan segala persiapan perkahwinan dan tempahan katering telah dibuat.
Menurut bapa pengantin, Ismail Saad, 59, anak perempuannya, Nor Azlina Ismail, 23, yang sepatutnya melangsungkan pernikahan telah menghilangkan diri, dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulhelmi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130218/je_02/Lari-dua-hari-sebelum-akad-nikah#ixzz2LD6mTF52
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3,000 penduduk terputus hubungan



Mandi Kaau menunjukkan jalan utama yang runtuh akibat hujan lebat di Sungai Sut, Baleh dekat Kapit, semalam.
KAPIT 17 Feb. - Lebih 3,000 penduduk di Sungai Sut, Baleh dekat sini terputus hubungan apabila jalan utama yang menghubungkan rumah panjang mereka dengan bandar ini runtuh sepanjang kira-kira 50 meter akibat hujan lebat sejak kelmarin.
Penduduk terbabit yang terdiri daripada penghuni rumah panjang RH Juntan, RH Mikai, RH Taing serta beberapa lagi rumah panjang kecil di sepanjang Sungai Sut kini terpaksa menggunakan pengangkutan air untuk ke pekan terdekat.
Kejadian tanah runtuh itu juga menyukarkan penduduk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan terdekat iaitu Klinik Desa Nanga Bena manakala sesi persekolahan anak-anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bena turut terjejas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130218/wb_01/3000-penduduk-terputus-hubungan#ixzz2LD6JGM6t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 maut dalam kejadian banjir, tanah runtuh di Indonesia



JAKARTA 18 Feb. - Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di Indonesia sejak dua hari lalu.
Jurucakap pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda ibu wilayah Sulawesi Utara, Manado semalam, menyebabkan 10 orang maut dan lebih 1,200 penduduk dipindahkan ke tempat selamat.
Katanya, tiga mangsa lagi terbunuh termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun selepas dihanyutkan arus banjir di wilayah Jambi, kelmarin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_09/13-maut-dalam-kejadian-banjir-tanah-runtuh-di-Indonesia#ixzz2LD2ptMKW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pendatang boleh jadi rakyat Amerika


Washington: Rumah Putih merangka satu pelan membenarkan pendatang haram untuk menjadi warga tetap sah Amerika Syarikat dalam masa lapan tahun, lapor majalah USA Today semalam.

Rancangan terbabit akan memperuntukkan dana keselamatan tambahan dan memerlukan pemilik perniagaan untuk memeriksa status imigresen mana-mana pekerja baru dalam masa empat tahun.
Dianggarkan 11 juta pendatang haram di Amerika juga boleh memohon visa ‘Bakal Imigran Sah’, kata laporan itu.

Berdasarkan draf berkenaan yang didakwa USA Today diedarkan di kalangan pelbagai agensi kerajaan, pemohon visa juga perlu lulus pemeriksaan latar belakang jenayah, maklumat biometrik dan membayar yuran.

Kad pengenalan khas

Sebaik diluluskan, mereka dibenarkan untuk tinggal di Amerika secara sah, bekerja dan meninggalkan negara itu dalam tempoh singkat tanpa kehilangan status mereka.

Satu kad pengenalan baru juga akan membuktikan pendudukan sah mereka di negara itu.
Dalam masa lapan tahun, mereka boleh memohon kad hijau untuk mendapatkan taraf penduduk tetap sah jika mempelajari bahasa Inggeris, sejarah serta Kerajaan Amerika. Malah mereka juga dikehendaki membayar tunggakan cukai.

Dengan memiliki kad hijau, pendatang terbabit boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan Amerika.
AFP

38 sertai parti liar ditahan

Sebahagian remaja yang  ditahan ketika menyertai parti liar di pangsapuri mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Sebahagian remaja yang ditahan ketika menyertai parti liar di pangsapuri mewah di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Penganjuran parti liar di pangsapuri mewah, di Jalan Sultan Ismail di sini, pada setiap malam minggu terbongkar selepas diserbu Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, awal pagi semalam.


Dalam serbuan yang dilakukan jam 2.30 pagi di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, itu seramai 26 lelaki dan 12 wanita berusia antara 18 hingga 31 tahun ditahan selepas terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata hasil pemeriksaan ke atas unit kediaman di tingkat 18 berkenaan turut membawa kepada penemuan sejumlah dadah jenis ganja, syabu dan pil eramin 5.


Sewa kediaman mewah

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati seorang lelaki yang menganjurkan parti itu menyewa unit kediaman mewah ini dengan harga RM800 semalam.

“Dia mengenakan bayaran RM50 bagi setiap individu yang ingin menyertai parti ini manakala bekalan dadah dibawa sendiri pengunjung.

“Penganjur yang memperoleh keuntungan lumayan melalui parti ini juga disyaki pembekal dadah kepada pengunjung yang berjanji parti itu selamat dan sukar dikesan polis,” katanya ketika ditemui semalam.
Pelajar kolej swasta

Katanya, sebahagian besar pengunjung adalah pelajar kolej swasta di Lembah Klang meminum arak, mengambil dadah dan hubungan seks bebas.

Zainuddin berkata, semua pengunjung dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan 22 daripada mereka dikesan positif dalam ujian air kencing manakala enam lagi ditahan kerana didapati memiliki dadah.

Beliau berkata, mereka ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (2) akta yang sama kerana memiliki dadah.

Rampasan diesel terbesar



Kajang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan sindiket penyeludupan diesel dipercayai antara yang terbesar di Lembah Klang dalam serbuan di sebuah bekas tapak stor di Batu 17, Jalan Reko di sini, semalam.

Dalam serbuan pada jam 4.30 petang itu, turut dirampas dua lori tangki berisi 12,000 liter diesel bernilai RM25,200 dipercayai dalam proses penghantaran ke Port Dickson, Negeri Sembilan, selain cuba diseludup ke Singapura dan Thailand.
Seorang lelaki berusia 40-an dipercayai anggota sindiket turut ditahan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit cuba menyeleweng bekalan subsidi kerajaan yang diperoleh dari beberapa stesen minyak berhampiran sebelum dijual pada harga lebih tinggi untuk industri.

Sindiket dipercayai beroperasi sejak setahun lalu dan hanya dikesan sejak empat bulan lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, mengesahkan serbuan itu dan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Parti sulit dadah diserbu




SEBAHAGIAN peserta parti liar yang diberkas di servis apartmen Regalia Residence di Jalan Sultan Ismail semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 38 pengunjung dan seorang penganjur parti sulit dengan mengambil dadah serta minum minuman keras diberkas dalam serbuan di sebuah apartmen servis Regalia Residence di Jalan Sultan Ismail di sini semalam.
Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi, semua pengunjung berketurunan Melayu berusia 18 hingga 31 tahun berada dalam keadaan khayal dipercayai mengambil dadah sedang berseronok di tingkat 18 daripada 37 tingkat apartmen itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mereka yang ditahan membabitkan 26 pengunjung lelaki dan 12 pengunjung perempuan manakala penganjurnya pula seorang lelaki juga berketurunan Melayu.
“Bertindak atas maklumat ada parti sulit dadah disertai sekumpulan lelaki dan wanita, sepasukan anggota polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menyerbu apartmen tersebut.
“Pemeriksaan di kediaman itu, polis menahan 38 orang termasuk penganjurnya yang ketika itu sedang khayal dipercayai mengambil ganja dan pil ekstasi sambil mendengar muzik kuat,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2LCoHaBUI 
Hakcipta terpelihara 

Warga emas maut kereta masuk ke laluan bertentangan




KERETA Proton Waja yang dipandu Krishnanmoorthy remuk setelah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dalam kemalangan di Lebuh Raya Sprint menghala ke Mont Kiara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki terbunuh manakala sepasang kekasih cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Lebuh Raya Sprint menghala ke Mont Kiara di sini semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 3 pagi, S. Krishnanmoorthy, 66, mati di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu manakala pasangan kekasih yang belum dikenal pasti cedera di beberapa bahagian badan termasuk muka.
Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja dipandu Krishnanmoorthy terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh kereta Proton Wira yang dinaiki sepasang kekasih.
Perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan kekasih itu terbakar.
"Kereta Proton Wira tidak sempat menggelak lalu merempuh Proton Waja yang terbabas masuk ke laluan bertentangan," kata beliau ketika dihubungi di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2LCnxM9AE 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar mati lemas di Sri Tujuh




ANGGOTA bomba dan penyelamat mencari Hazril yang hilang selepas ditarik ombak besar di pantai Sri Tujuh, Tumpat semalam.


TUMPAT - Kegembiraan sepuluh sahabat berkelah di pantai Sri Tujuh di sini kelmarin berakhir dengan kesedihan apabila seorang daripada mereka yang hilang ditemui mati lemas terdampar di pantai semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, mangsa, Mohamad Hazril Ab. Rahman, 17, hilang manakala dua rakannya, Mohd. Haizat Farhan Che Aziz, 17, dan Syed Mohd. Sharul Syed Omar, 17, berjaya menyelamatkan diri.
Hazril pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut dihanyutkan ombak sejauh kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa mandi sebelum dia hilang. Jarak tempat Hazril mandi dan pantai pula kira-kira 50 meter.
Cerita Haizat, sebelum kejadian, Hazril merupakan orang pertama turun ke laut manakala dia dan rakan-rakan lain masih makan makanan yang dibawa untuk berkelah di pantai Sri Tujuh.
"Beberapa minit selepas itu, saya dan lima lagi rakan ikut terjun ke laut dan kami seronok mandi laut beramai-ramai.
"Tiba-tiba ombak besar datang dan tarik kami bertiga ke kawasan dalam sehingga kaki sudah tidak berpijak pada dasar laut lagi," kata remaja itu ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2LCnq1OIy 
Hakcipta terpelihara 

Gempar buaya berjemur



GAMBAR buaya sedang berjemur dirakam seorang penduduk di tebing Sungai Tabuan di Kampung Tabuan Dayak, Kuching semalam.


KUCHING – Penduduk di Kampung Tabuan Dayak, di sini gempar apabila seekor buaya sepanjang dua meter berjemur di tebing Sungai Tabuan yang mengalir di belakang kediaman mereka semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, buaya itu dilihat timbul dan berjemur di tebing sungai tersebut oleh beberapa penduduk kampung sebelum berenang masuk dan menghilangkan diri ke dalam sungai yang jaraknya hanya lima meter dari pagar belakang rumah mereka.
Seorang penduduk, Rafer Mason, 50, berkata, penemuan itu mengejutkan kerana sebelum ini, mereka sering melalui kawasan berkenaan namun tidak pernah terserempak dengan reptilia tersebut.
“Seorang saudara saya tinggal di tebing sungai ini sejak 20 tahun lalu, tetapi ini merupakan kali pertama digemparkan dengan kehadiran haiwan tersebut.
“Kejadian ini menakutkan dia sekeluarga, lebih-lebih lagi pada musim hujan, ketika air sungai naik mendadak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2LCnSxjV6 
Hakcipta terpelihara 

Amah lambung bayi direman


NINA mengucup Harez yang menjadi mangsa dera pembantu rumah.



KUANTAN – Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi, Mohd. Harez Mohd. Zamri berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu sedang disiasat bagi menentukan tindakan lanjut atas perbuatannya.
“Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan,” kata beliau di sini semalam.
Pada 15 Februari lalu, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) melalui komputer riba yang disambung dengan CCTV yang dipasang di rumahnya di Bukit Setongkol di sini.
Sementara itu, ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, mengakui serik untuk mengambil khidmat pembantu rumah ekoran kejadian tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2LCnGqunG 
Hakcipta terpelihara