Search This Blog

Friday, February 15, 2013

Identiti kumpulan dikenal pasti



KOTA KINABALU 14 Feb. - Kehadiran lebih 100 warga asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini kelmarin bukan kumpulan militan.
Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kehadiran mereka yang ingin dikenali sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Filipina bertujuan menuntut supaya rakyat Sulu yang berada di negeri ini tidak dihantar pulang ke negara jiran itu.
“Mereka tidak mahu dilibatkan dengan mana-mana kumpulan militan, malah memberi jaminan akan meninggalkan negara ini dalam kadar segera setelah membuat perbincangan dengan pihak perunding negara menerusi saluran yang betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Ismail semalam mengeluarkan kenyataan sekumpulan orang asing yang bersenjata api telah menceroboh masuk ke kawasan Lahad Datu kelmarin dipercayai berikutan masalah yang berlaku di Selatan Filipina.
Pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan itu meletakkan senjata serta menyerah diri.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, perbincangan yang dilakukan bersama kumpulan tersebut berlangsung baik dan tidak berlaku sebarang suasana tegang di kawasan perkampungan itu.
Katanya, kumpulan itu tidak bermaksud datang ke negeri ini bagi menggugat ketenteraman rakyat sebaliknya mahu menyampaikan maksud mereka berhubung tuntutan yang ingin dikemukakan kepada negara ini.
“Tiada pertumpahan darah berlaku di kawasan tersebut seperti yang dilaporkan oleh blog dan laman sosial. Tidak berlaku isu tawanan dan suasana tegang. Saya berharap orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130215/dn_03/Identiti-kumpulan-dikenal-pasti#ixzz2KylrmPk6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembantu rumah ditahan kerana didakwa lambung anak majikan



KUANTAN: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga cedera di tangan dan kaki di Bukit Setongkol di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa kepada bayi lelaki itu pada jam 9.13 pagi tadi sebelum bertindak menahan suspek yang berusia 24 tahun.
Katanya, menurut peniaga terbabit, dalam kejadian jam 7.45 pagi tadi dia terkejut apabila melihat aksi pembantu rumahnya itu bertindak melambung bayinya di ruang tamu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di dalam komputer ribanya semasa minum pagi di sebuah restoran di sini.

"Bapa bayi malang itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan," katanya.

Seorang maut, 15 cedera bas bawa penumpang ke majlis Najib terbabas



IPOH: Seorang maut dan 15 cedera apabila sebuah bas membawa 40 peumpang terbabas di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands tengah hari tadi.

Bas dalam perjalanan ke program Orang Asli bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bandar Seri Iskandar.
Najib dalam perjalanan melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Exco Melaka kemalangan ketika hadiri program bertemu rakyat




15 Februari 2013
MELAKA - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Melaka Datuk R. Perumal terbabit dalam kemalangan di Simpang Gading Durian Tunggal di sini hari ini ketika dalam perjalanan menghadiri program bertemu rakyat.

Perumal yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Asahan dan pemandunya berusia 41 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Perumal berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, beliau dalam perjalanan dari Seri Negeri, Ayer Keroh ke Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan (Japerun) Nyalas bagi menghadiri sesi bertemu rakyat yang diadakan setiap Jumaat.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah bertentangan tiba-tiba memotong kenderaan di hadapan, memaksa pemandu saya mengelak lori itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya ia menyebabkan kereta jenis Honda Accord yang dinaikinya melanggar tiang lampu sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Kelindan dituduh samun, rogol



BUTTERWORTH 14 Feb. - Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas pertuduhan, menyamun dan merogol seorang wanita berusia 43 tahun, kira-kira dua tahun lalu.
Tertuduh S. Suresh, 22, dari Jalan Selama, Bagan Serai, Perak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Hakim Nabisha Ibrahim.
Suresh didakwa menyamun mangsa dengan melarikan wang tunai RM85 dan sebuah telefon bimbit lebih kurang pukul 1.15 pagi, 9 September 2011 di Kilometer 160.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 376 kanun sama atas pertuduhan merogol mangsa pada tarikh dan lokasi yang sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Meor Sulaiman membenarkan Suresh diikat jamin RM8,000 manakala Nabisha pula menetapkan jaminan RM7,000 bagi kes rogol, berserta seorang penjamin untuk setiap kes.
Kedua-dua kes akan disebut semula pada 21 Mac depan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud dan Siti Aishah Ramlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130215/ma_04/Kelindan-dituduh-samun-rogol#ixzz2KyZiXF3u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lelaki didakwa miliki raifal M-16, 62 butir peluru di dalam bas ekspres



PASIR MAS 14 Feb. - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan, memiliki selaras raifal M-16 dan 62 butir peluru di dalam sebuah bas ekspres pada minggu lalu.
Tertuduh, Mizamur Rahim Mohamed Ali, 30, seorang kontraktor, dan rakannya, Mohd. Farid Mohamed, 28, seorang broker tanah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika dihadapkan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mahkamah menetapkan 17 Mac depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu ujian balistik dan asid deoksiribonukleik (DNA) serta tiada jaminan ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Pertuduhan pertama menyebut, mereka berdua didakwa memiliki selaras raifal M-16 yang dileraikan di dalam sebuah bas ekspres di Simpang Empat Salam, Pasir Mas di sini pada pukul 8.40 malam, 6 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa memiliki 62 butir peluru dan dua kelopak peluru tanpa lesen dan permit senjata pada tarikh, lokasi dan tempat yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Akhbar sebelum ini melaporkan kejayaan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup masuk selaras raifal M-16 yang lengkap dengan alat teleskopik penembak tepat selain dua kelopak serta 62 butir peluru 5.56mm pada Khamis lalu.
Penemuan yang disifatkan sebagai mengejutkan itu dilakukan pasukan tersebut selepas menahan sebuah bas ekspres dinaiki enam penumpang di Simpang Empat Salam, di sini untuk pemeriksaan rutin.
Hasil pemeriksaan menemukan senjata api itu bersama alat teleskopik, dua kelopak termasuk satu daripadanya berisi 22 butir peluru 5.56mm serta dua kotak peluru, masing-masing berisi 20 butir peluru jenis sama di dalam sebuah bagasi di tempat penyimpanan barang bas dua tingkat berkenaan.
Senjata seumpama itu dilaporkan jarang ditemui dan hanya digunakan oleh penembak tepat yang berkeupayaan menembak sehingga jarak 100 meter


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130215/ma_06/Dua-lelaki-didakwa-miliki-raifal-M-16-62-butir-peluru-di-dalam-bas-ekspres#ixzz2KyZWhXkp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki rogol anak teman wanita dibebas



PUTRAJAYA 14 Feb. - Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki daripada sabitan dan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 11 kali atas dua kesalahan merogol dan satu pertuduhan mencabul anak teman wanitanya, hampir lapan tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara membenarkan rayuan Mohd. Insam Fadzli Yusof, 32, dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman itu.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Mei tahun lalu menjatuhkan hukuman tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskannya pada akhir kes pembelaan.
Ketika kejadian, Mohd. Insam Fadzli merupakan pengurus sebuah hotel lima bintang. Mangsa yang waktu itu berusia sembilan tahun didakwa dirogol dan dicabul di rumah ibunya (teman wanita perayu).
Keterangan kes menyatakan, mangsa hanya menyedari dirinya dirogol selepas mendapat pendidikan seks di sekolah menengah. Selama itu, dia menyangka, perbuatan perayu yang dipanggil 'Papa Sham' adalah kerana kasih sayang.
Hakim Abu Samah ketika membebaskannya berpuas hati, pertuduhan tersebut tidak sempurna dan menjadikannya tidak selamat untuk mensabitkan perayu.
Sebelum itu, peguam Hanif Hassan yang mewakilinya berhujah, pertuduhan itu cacat kerana kesalahan didakwa dilakukan pada 2005 sedangkan Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang disandarkan bagi mendakwanya atas tuduhan merogol hanya dikuatkuasakan pada 2007.
Tuduhan pertama dan kedua, dia didakwa merogol mangsa di bilik tidur utama dan bilik air rumah teman wanitanya di Ampang, dekat sini pada 2005. Bagi setiap tuduhan, dia dikenakan penjara 15 tahun dan sebatan lima kali.
Tuduhan ketiga, Mohd. Insam Fadzli didakwa mencabul mangsa di bilik tidur pada tahun yang sama. Dia dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan sebatan satu kali.
Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari memerintahkan hukuman berjalan serentak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130215/ma_05/Lelaki-rogol-anak-teman-wanita-dibebas#ixzz2KyZL5k7R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tukang paip warga Iran digantung



SHAH ALAM 14 Feb. - Seorang tukang paip warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar 367.4 gram syabu yang ditelan dalam bentuk kapsul, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Ali Soleiman Hassan Zadeh, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakiman, Hakim Noor Azian berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh selepas diperintah membela diri adalah tidak logik.
Beliau berkata, cerita tertuduh mengenai individu yang baru dikenali empat bulan dan mengarahkannya untuk menelan kapsul syabu itu bagi mengelakkan daripada cukai adalah tidak munasabah.
"Sesuatu yang tidak masuk akal, ada orang yang mahu membayar tiketnya yang mahal ke negara ini untuk mengelak cukai,'' kata beliau.
Sepanjang perbicaraan, 18 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar 367.4 gram syabu di Balai Ketibaan Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dekat sini pada pukul 4.15 petang, 29 Mac 2011.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman manakala tertuduh diwakili peguam K. A. Ramu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130215/ma_02/Tukang-paip-warga-Iran-digantung#ixzz2KyYwQJY8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas guru wanita Australia dipenjara import dadah dari Malaysia



MELBOURNE 15 Feb. - Bekas guru wanita warga Australia yang pernah berkhidmat di Malaysia sebagai pengiring dihukum penjara di sini kerana kesalahan mengimport dadah jenis "ais" lapor The Age Online.
Karen Beresford, 61, ditahan di Lapangan Terbang Melbourne pada November 2007 sebaik tiba dari Malaysia selepas dikesan membawa 186.6 gram methamphetamine tulen yang diisi dalam dua bekas produk rambut.
Anggaran nilai dadah itu di pasaran gelap antara A$52,800 dan A$93,300.
Bagi kesalahan mengimport dadah itu, Beresford semalam dipenjara maksimum dua tahun dan sembilan bulan dan diperintah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 14 bulan dan dikehendaki berkelakuan baik selama 33 bulan.
Mahkamah Daerah di sini diberitahu, Beresford pernah mendapat reputasi antarabangsa ketika bertugas sebagai guru di buah kolej di Australia Selatan.
Ketua Hakim, Michael Rozenes diberitahu pemecatannya daripada kolej itu pada 2000, telah membawanya bekerja sebagai pengiring di Kuala Lumpur di mana dia mula menggunakan ais dan secara psikologi ketagihkan dadah itu.
Rozenes berkata, laporan ahli psikologi tentang Beresford menjelaskan tentang "trauma" yang dialaminya dalam perniagaan dan kehidupan profesional selepas pemecatannya daripada kolej itu.
Berikutan penahanannya di Lapangan Terbang Melbourne pada 2007, waran tangkap dikeluarkan pada 8 Feb 2010, selepas dia gagal hadir di mahkamah untuk menjawab pertuduhan yang dihadapinya.
Wanita itu ditahan reman Oktober tahun lepas apabila dia ditangkap ketika cuba meninggalkan Australia menuju Kuala Lumpur dengan menggunakan nama keluarga di dalam pasportnya.
Dalam keputusannya, Rozenes berkata, Beresford tiada sabitan lampau dan telah menyumbang jasa kepada masyarakat melalui kerja keras dan dedikasi.
Bekas guru itu mengaku bersalah terhadap tuduhan mengimport sejumlah dadah yang terkawal untuk dipasarkan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130215/lu_08/Bekas-guru-wanita-Australia-dipenjara-import-dadah-dari-Malaysia#ixzz2KyXjySx3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 motosikal disita, tiga remaja disaman



HULU LANGAT 14 Feb. - Sebanyak 14 buah motosikal disita dan 38 saman dikeluarkan dalam operasi pencegahan kesalahan lalu lintas oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman di Jalan Semenyih-Beranang dekat sini hari ini.
Menurut jurucakap polis, dalam operasi bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang itu, tiga remaja bawah umur yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut dikenakan saman RM300 hingga RM900.
"Operasi pencegahan kali ini memberi tumpuan kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang kebiasaannya kerap melanggar undang-undang jalan raya.
"Kebanyakan yang ditahan hari ini melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar, tidak mempunyai lesen dan cukai jalan tamat tempoh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130215/je_05/14-motosikal-disita-tiga-remaja-disaman#ixzz2KyWi8rv0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat lelaki didakwa samun



POLIS mengiringi tiga daripada empat tertuduh yang menghadapi tuduhan samun berkumpulan di Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang, semalam.
BUTTERWORTH 14 Feb. - Empat lelaki berusia antara 18 dan 26 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan samun berkumpulan.
Mereka adalah R. Sarvinraj, 18, dari Taman Panchor Indah, Nibong Tebal; K. Thevan, 26, dari Mutiara Height, Jelutong; P. Theban, 21, dari Taman Sintar, Nibong Tebal dan M. Vijayakanth, 20 dari Taman Sintar Indah, Nibong Tebal.
Mereka didakwa menyamun seorang lelaki Bo Kyiang dengan melarikan sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Y, cakera padat digital (DVD), sebuah amplifier, sehelai seluar jeans, wang tunai RM240 membabitkan kerugian lebih kurang RM1,000.
Kejadian itu didakwa berlaku pukul 4.10 pagi, pada 2 Februari lalu di Hometown Cafe, No. 1551, Air Lintas, Jalan Besar, Nibong Tebal di daerah Seberang Perai Selatan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud mencadangkan supaya kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang beserta seorang penjamin.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memerintahkan setiap seorang tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac depan bagi sebutan semula kes untuk mereka melantik peguam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130215/ma_01/Empat-lelaki-didakwa-samun#ixzz2KyWTlO4u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki 50-an mati ditembak ketika bersarapan



ANGGOTA forensik pasukan polis menjalankan mengenai siasatan jarak tembakan yang menyebabkan pesara tentera maut ketika sarapan pagi di sebuah warung di Kemasin, Bachok hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
BACHOK 15 Feb. - Seorang lelaki berusia 50-an mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa maut setelah terkena beberapa das tembakan dan ditetak di badannya oleh dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak tujuh meter sebelum ditetak ketika cuba menyelamatkan diri.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan akibat tembakan dan tetakan itu," beliau memberitahu pemberita di tempat kejadian. Bagaimanapun polis tidak memberi maklumat lanjut mengenai identiti mangsa.
"Kita percaya dendam adalah motif utama kejadian dan kami kini menjalankan "Ops Tutup" bagi mengesan suspek," katanya sambil menambah kedua-duanya telah dikenal pasti, dan mereka disyaki terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah dan dadah di daerah ini.
Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata beliau dan suaminya kerap keluar untuk bersarapan pagi bersama.
"Kami keluar membeli nasi berlauk di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung seorang sepupu di sini.
"Ketika bersarapan, saya nampak suspek memberhentikan motosikal di depan warung dan melepaskan tembakan. Arwah kemudian melompat bersembunyi di bawah meja.
"Bagaimanapun, suspek masuk ke dalam warung dan melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak arwah dengan pedang," kata wanita itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130215/je_15/Lelaki-50-an-mati-ditembak-ketika-bersarapan#ixzz2KyWDFoga
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bayi perempuan 3 bulan ditinggal di parkir Taman AST, Seremban



SEORANG bayi perempuan dianggarkan berusia tiga bulan ditemui oleh sepasang suami isteri di kawasan letak kereta berhampiran Taman AST, Seremban sini, semalam. - BERNAMA
ZAINAB Nasir memangku seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di tempat letak kereta ketika melawat bayi itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, hari ini." - BERNAMA
SEREMBAN 15 Feb. - Seorang bayi perempuan ditemui oleh sepasang suami isteri di kawasan letak kereta berhampiran Taman AST di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi yang dianggar berusia tiga bulan seberat empat kilogram itu ditemui pasangan berkenaan pada kira-kira 7.35 malam.
"Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibunya sebelum ditemui pasangan terbabit yang pergi ke kereta mereka yang diparkir di situ. Bayi itu diletakkan di parkir kawasan itu bersama peralatan yang lain seperti susu, tuala dan baju," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk pemeriksaan.
Katanya, siasatan akan diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi itu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir turut melawat bayi itu di HTJ hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130215/dn_50/Bayi-perempuan-3-bulan-ditinggal-di-parkir-Taman-AST-Seremban#ixzz2KyW06nEQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu tunggal bersama suami orang dicekup



JOHOR BAHRU 14 Feb. - Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya yang berusia enam dan 14 tahun hanya untuk 'meraikan' Hari Kekasih bersama kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini malam tadi.
Wanita berusia 40-an itu mengaku menginap di hotel terbabit untuk berasmara dengan lelaki berumur 33 tahun tersebut yang merupakan teman sekampungnya di Pekan Nanas, Pontian.
Lelaki itu sudah beristeri serta mempunyai tiga orang anak.
Tindakan mereka bagaimanapun menerima padah apabila ditahan bersama 34 yang lain dalam Ops Mawar Merah oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ) bagi membanteras khalwat dan zina sempena sambutan Hari Kekasih hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi JAJ, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula pukul 9 malam hingga pukul 3 pagi itu melibatkan hotel di sekitar Danga Bay, Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yacob dan Taman Tunku Tun Aminah.
Katanya, operasi yang membabitkan seramai 13 pegawai dan anggota JAJ itu memeriksa sebanyak 19 hotel bajet bagi mengekang umat Islam di negeri ini yang menyambut hari tersebut.
"Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura, Filipina dan Sabah. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.
"Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini," katanya di sini malam tadi.
Tambah beliau, pasukannya menyasarkan bilik-bilik hotel yang boleh disewa mengikut jam memandangkan harganya yang lebih rendah dan menjadi tumpuan untuk melakukan maksiat.
Katanya lagi, pasangan yang ditahan dibawa ke JAJ untuk diambil keterangan dan semuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130215/je_07/Ibu-tunggal-bersama-suami-orang-dicekup#ixzz2KyVpMVfW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 maut dalam nahas jalan raya berasingan di Pahang



KUANTAN 15 Feb. - Empat termasuk seorang wanita warga emas maut dalam nahas jalan raya berasingan di Pahang, semalam.
Kemalangan pertama, yang berlaku pada 4.40 petang di Kilometer 26 Jalan Jerantut-Temerloh dan membabitkan empat kenderaan, menyaksikan S. Meenachi, 76, dari Taman Bukit Sireh, Kelantan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Caldina dari arah Temerloh menuju ke Jerantut memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah Proton Iswara.
"Selepas itu, Toyota Caldina terbabit bertembung pula dengan Proton Waja yang mengekori belakang Proton Iswara, menyebabkan Proton Waja berpusing beberapa kali sebelum merempuh Toyota Vios di belakangnya," katanya.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa yang merupakan penumpang Proton Waja cedera parah di kepala dan badan.
Nahas kedua berlaku pada 4.55 petang di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang yang menyebabkan seorang pemandu van pasar malam Fazwan Hazrane Mohd Faizul, 31, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di tempat pemandu.
Mohamed Fauzi berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika treler yang keluar dari simpang di kawasan itu dilanggar kenderaan mangsa yang datang dari arah Kuantan menuju ke Gambang.
Sementara itu, beliau berkata, seorang penunggang motosikal P. Thangarajoo, 37, terbunuh selepas kenderaannya bertembung sebuah bas ekpres yang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur pada 5.30 pagi di Kilometer 8.5 Jalan Bentong-Raub.
Katanya, mangsa maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Bentong akibat cedera parah di kepala.
"Bas terbabit dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa," katanya.
Di Pekan, seorang remaja lelaki Al-Anas Zulkepli, 18, dari Felda Chini maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta Proton Wira yang ingin masuk ke simpang kanan di Kilometer 3 Jalan Chini-Kuantan.
"Dalam nahas pada 10.45 malam itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan parah di kepala sebelum mati semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pekan Chini," kata Mohamed Fauzi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130215/je_13/4-maut-dalam-nahas-jalan-raya-berasingan-di-Pahang#ixzz2KyVh7l6b
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tahan 8 lelaki disyaki terlibat kes rompak, rogol



SHAH ALAM 15 Feb. - Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan kes samun dan rogol di Lembah Klang sejak tahun lepas dengan penahanan lapan lelaki dalam beberapa siri serbuan di sekitar Kota Damansara dekat sini bermula awal minggu ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, tiga suspek berusia antara 23 hingga 27 tahun diberkas di sebuah pusat karaoke Kota Damansara, Isnin lepas pada 11.45 malam.
"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan Toyota Wish yang dinaiki suspek, polis menemui pelbagai senjata dan peralatan merompak seperti parang, pisau, pedang samurai, kayu pemukul bola lisut, topeng muka, topi dan alat membuka kunci kereta," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Toyota Wish itu dilaporkan hilang di Kampung Melayu Subang dekat sini pada tahun ini, katanya.
Serbuan ke atas pusat karaoke itu dibuat ekoran satu kejadian samun melibatkan empat suspek bertopi dan bertopeng di sebuah hotel di Sungai Buloh pada 1.40 petang, 9 Feb lepas.
Dalam kejadian itu, salah seorang suspek telah meletakkan parang di leher seorang lelaki penjaga kaunter hotel berkenaan sebelum melarikan wang tunai RM1,000 dan barangan peribadi mangsa.
"Berdasarkan risikan, polis melakukan tangkapan pertama dan hasil soal siasat, tiga suspek lagi ditahan di depan sebuah kedai di Kota Damansara pada Selasa lalu pada 12.30 tengah malam.
"Ketiga-tiga suspek berusia 25 hingga 27 tahun ini didapati positif dadah methamphetamine," katanya.
Mohd. Adnan berkata, dalam serbuan seterusnya, polis menahan dua suspek berusia 31 dan 27 tahun masing-masing di sebuah rumah di Kampung Melayu Tambahan Subang dan Kota Damansara kelmarin dan semalam.
Beliau berkata, salah seorang daripada suspek merupakan pegawai bank dan ada di antara suspek itu yang mempunyai rekod jenayah seperti samun, seksual dan dadah.
"Kumpulan ini juga disyaki terlibat dalam satu kes samun dan rogol seorang wanita di Gombak baru-baru ini. Dalam kes itu, tiga suspek telah menarik mangsa keluar kereta dan membawa ke satu lokasi sebelum merogolnya dan melarikan wang tunai RM1,200," katanya.
Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu ialah melakukan jenayah dengan memakai topi serta topeng muka dan menggunakan senjata ketika mangsa berada bersendirian.
Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130215/je_18/Polis-tahan-8-lelaki-disyaki-terlibat-kes-rompak-rogol#ixzz2KyVWU03W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PM lawat mangsa kemalangan bas di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh



NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor melawat salah seorang mangsa, Suzi Karim, yang terselamat selepas bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ
IPOH 15 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa kemalangan bas membabitkan 24 Orang Asli di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Najib dan isteri yang tiba di hospital pada kira-kira 6.30 petang meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk meninjau, bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang cedera.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Dalam nahas pukul 2 petang itu, seorang pelajar Mali Along, 21, maut, lima cedera parah manakala 18 diberi rawatan pesakit luar apabila bas yang membawa 36 penumpang terbabas di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Bas yang dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan itu membawa penumpang bagi menghadiri Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seri Iskandar, dekat sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Kuantan, Pahang.
"Kesemua 24 mangsa yang cedera dibawa ke HRPB dan saya diberitahu Mali meninggal dunia di hospital kerana sesak nafas dipercayai akibat kecederaan dalaman," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Katanya, polis menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, bas berkenaan yang menyertai konvoi bersama beberapa bas lain untuk ke perhimpunan bersama Perdana Menteri itu dipercayai bergesel dengan sebuah bas lain sebelum hilang kawalan dan terbabas di tebing sebelah kiri jalan.
"Penumpang cedera akibat terhimpit dalam bas," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130215/dn_56/PM-lawat-mangsa-kemalangan-bas-di-Hospital-Raja-Permaisuri-Bainun-Ipoh#ixzz2KyVFhuns
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Amah dijel curi duit dan telefon majikan



GEORGETOWN -  Akibat mencuri wang dan telefon bimbit milik majikannya pada hari ketiga sambutan Tahun Baru Cina,  seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Norhayati Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Yunisari, 31, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Hukuman itu diperintah berjalan serentak dari tarikhnya ditangkap pada 13 Februari lalu.

Dia didakwa mencuri wang tunai RM180 dan telefon bimbit jenama Sony Ericsson milik majikannya Loh Gim Huat,  51, di sebuah rumah  di Persiaran Tembaga, Island Park, Greenlane, kira-kira jam 1 pagi, 13 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Mohd Khairul Fairuz Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ops Jejak Kekasih berjaya tahan 10 pasangan sambut Hari Valentine



Ops Jejak Kekasih berjaya tahan 10 pasangan sambut Hari Valentine
Pasangan yang ditahan di sekitar negeri ini pagi semalam dibawa ke pejabat Jaipp di Butterworth
BUTTERWORTH - Seorang ibu tunggal beranak satu merupakan seorang daripada 40 yang ditahan dalam Ops Jejak Kekasih pada sambutan Hari Valentine, pagi semalam.

Dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) itu, wanita yang bekerja sebagai penyanyi kelab malam itu ditahan di sebuah ‘service apartment’ bersama pasangannya di Gelugor.

Ketua Unit Operasi Penguatkuasaan JAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Menurutnya, jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun ataupun kedua-duanya.

Kesemuanya yang berusia lingkungan 19 sehingga 52 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam sehingga 6 pagi di sekitar Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), pantai Queensbay dan motel murah sekitar Tanjung Bungah serta Gelugor.

“Kebanyakan pasangan menggunakan alasan yang sama iaitu mereka tidak buat apa-apa manakala ada yang telah bertunang dan bakal menikah tidak lama lagi.

“Ada juga yang menangis walaupun kami masih belum menangkap mereka dan hanya menjalankan soal siasat untuk mengenal pasti identiti mereka yang ditahan.
“Kesemuanya dibawa ke pejabat agama di sini untuk disoal siasat dan dibebaskan dengan jaminan oleh ahli keluarga masing-masing serta akan didakwa di Mahkamah Syariah,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun turut ditahan bersama pasangannya yang bukan Muslim.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki tersebut seorang ahli perniagaan dan merupakan orang tempatan manakala anak isterinya bermastautin di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, serbuan telah dijalankan di lima buah lokasi dengan 15 pegawai penguat kuasa dan dibantu Unit Cawangan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kebanyakan yang ditahan merupakan orang tempatan dan ada juga yang berasal dari Kedah, Selangor dan Kelantan, malah kami menyasarkan kawasan serbuan merangkumi hotel bajet dan motel.

“Tahun ini, jumlah tangkapan berkurangan dan kami tidak menolak kemungkinan yang mereka memilih tempat lain untuk bermalam.

“Saluran maklumat daripada orang ramai diperlukan bagi membantu mencegah maksiat secara efektif,” katanya.

Lelaki warga Myanmar didakwa samun dua rakan senegara



KUALA LUMPUR - Seorang pengutip barangan terpakai warga Myanmar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyamun wang tunai dan telefon bimbit milik dua rakan senegara dengan menggunakan parang, bulan lepas.

Mohd Yusuf Mohd Ismail, 30, bersama lima lagi yang masih bebas, didakwa melakukan samun wang tunai RM7,000 dan telefon bimbit milik Hussain Abdul Mutalib, 27, dan wang tunai RM30 serta telefon bimbit milik Sayedullah Abdul Rahman, 24.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Sentul, di sini pada 5 petang, 29 Januari lepas.

Mohd Yusuf didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan
boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen dengan alasan tertuduh merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan kes. - Bernama

Lelaki tikam teman wanita belum sedar di hospital



Tan Ching Chin
Tan Ching Chin
BUKIT MERTAJAM - Lelaki yang menikam teman wanitanya sehingga mati sebelum menikam dirinya sendiri hingga parah dilapor berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum sedar.
Suspek yang berumur 31 tahun yang cedera di badannya akibat empat kesan tikaman masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Bukit Mertajam.
"Polis akan mengambil keterangan dari lelaki itu selepas dia sedar.
Sekarang keadaannya stabil tetapi masih belum sedar serta masih dirawat.
Kita juga anggap kes ini sudah selesai," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi semalam di rumah mangsa di Taman Hwa Seng di sini, suspek dipercayai menikam Tan Ching Chin, 24, ketika mangsa sedang mandi.
Sementara itu Azman berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kerosakan rumah dan kereta yang dialami seorang pemandu lori yang dipercayai akibat balingan mercun ke arah rumahnya di Taman Seri Sejahtera kira-kira 4.30 pagi semalam. - Bernama

Dua lelaki dituduh miliki senjata



Dua lelaki dituduh miliki senjata
Salah seorang tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dakwaan memiliki senjata api M16 dan 62 peluru hidup di dalam bas persiaran, dua minggu lalu.
PASIR MAS – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memiliki senjata api M16 dan 62 peluru hidup di dalam bas persiaran, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mizamur Rahim Mohamed Ali, 30, adalah seorang kontraktor manakala seorang lagi, Mohd Farid Mohamad, 28, seorang broker tanah.

Tiada pengakuan diterima dan mereka meminta agar dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibaca oleh jurubahasa mahkamah, di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh memiliki selaras M-16 yang dileraikan dan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjataapi (Penalti Lebih Berat 1971), dibaca di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh hukuman penjara maksimum 14 tahun dan maksimum enam kali sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki 62 biji peluru hidup dan dua kelopak peluru tanpa lesen dan permit senjata.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah seksyen 8(a) akta sama dengan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof memohon tarikh sebutan ditetapkan untuk laporan ujian balistik dan DNA serta tidak menawarkan sebarang jaminan.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun tidak diwakili peguam dan tidak mengemukakan rayuan terhadap jaminan. Mahkamah menetapkan 17 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pada 6 Februari lalu, alat teleskopik yang digunakan khas untuk penembak tepat bersama senapang dilengkapi dua magazine berisi 22 peluru 5.56 milimeter ditemui dalam bas persiaran dua tingkat, pada jam 8.40 pagi.

Dua orang pemandu bas yang berasal dari Kelantan bersama enam orang penumpang yang berada di dalam bas berkenaan, disiasat bagi mencari pemilik sebenar beg tersebut.

Menurutnya, empat penumpang itu adalah warga Kuala Lumpur manakala dua lagi warga Thailand iaitu seorang daripadanya adalah pelajar intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang lagi penjawat awam yang digantung kerja.

Dalam pada itu, di Kota Bharu, polis Kelantan menyifatkan penahanan dua lelaki berusia 30-an yang dituduh di Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam, atas kesalahan memiliki senjata api M-16 dalam satu tangkapan ketika menaiki bas persiaran di Cabang Empat Salam,
Rantau Panjang baru- baru ini adalah kejayaan terbesar pasukan berkaitan kes senjata api di negeri ini.      
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dengan tertangkapnya penyeludup dan rampasan yang dilakukan, polis yakin dapat menangani kes penyeludupan seumpamanya dengan lebih berkesan.         

“Dua suspek terbabit sudah didakwa, dua lagi diambil keterangan sebagai saksi, manakala empat lagi yang turut berada di dalam bas semasa serbuan, dibebaskan tanpa syarat.           

“Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu atas permintaan pihak tertentu dan kita percaya ia akan pasarkan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) semalam.     

Jalaluddin berkata, kedua-dua suspek pernah mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah serta merupakan warga tempatan yang juga menetap di luar Kelantan.               
“Dalam kes ini, polis akan meneruskan siasatan bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci. Di samping itu kawalan di sempadan akan terus dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan seumpamanya,” katanya.

Mahkamah Rayuan bebaskan lelaki dari tuduhan rogol



PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membersihkan seorang lelaki daripada tuduhan rogol dan mencabul mangsa bawah umur selepas memutuskan pertuduhan yang dihadapi lelaki itu adalah cacat.
 
Panel hakim tiga anggota diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin memutuskan sabitan terhadap Mohd Insam Fadzli Yusof adalah tidak selamat kerana peruntukan di mana dia disabitkan belum dikuatkuasakan pada masa dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 2005.
 
Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah tersalah arah apabila mensabitkan Mohd Insam terhadap pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang tidak dikuatkuasakan pada masa kesalahan itu didakwa berlaku.
 
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Rohana Yusuf membebaskannya selepas membenarkan rayuan Mohd Insam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap sabitan dan hukuman penjara 15 tahun dan 11 sebatan.
 
Pada 2011, Mahkamah Sesyen Ampang membebaskan Mohd Insam daripada dua tuduhan merogol dan mencabul di akhir kes pembelaan.

Pada 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan mengetepikan pembebasannya. Mahkamah mensabitkan dua pertuduhan rogol dan mencabul terhadapnya dan memerintahkan dia dipenjara 15 tahun dan 11 sebatan.
 
Mohd Insam, 31, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus bertugas di sebuah hotel didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak bekas teman wanitanya berusia sembilan tahun di sebuah pangsapuri pada 2005.
 
Terdahulu peguamnya Hanif Hassan berhujah pertuduhan yang dihadapi Mohd Insam adalah cacat kerana seksyen di mana dia diasabitkan belum dikuatkuasakan.
 
Katanya seksyen itu hanya dikuatkuasakan pada 2007. - Bernama

Remaja 'miang' tidak pernah serik


Remaja 'miang' tidak pernah serik
Antara remaja yang ditahan ketika Ops Kasih sempena Hari Kekasih yang dijalankan di 14 buah hotel dan rumah tumpangan sekitar Kuala Terengganu, malam semalam.
Remaja 'miang' tidak pernah serik
Sebahagian lagi remaja yang turut menerima nasib sama akibat berkhalwat di sekitar Kuala Terengganu, malam semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berusia 20-an yang pernah menerima waran tangkap sebanyak tiga kali sebelum ini gagal melarikan diri ketika diserbu pegawai penguatkuasa agama dalam Ops Kasih sempena sambutan Hari Kekasih, malam semalam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh berkata, walaupun remaja berkenaan berada dalam keadaan tidak mencurigakan, dia ditahan untuk diambil keterangan setelah gagal hadir ke mahkamah disabitkan kes khalwat sebelum ini.

“Ketika ditahan, remaja itu berada dalam bilik sewa bersama tiga lelaki dan pintu bilik dibuka. Remaja yang bekerja sekitar Kuala Terengganu itu kemungkinan bertemu rakan lelakinya atas hal tertentu.

“Kita menahan remaja terbabit bukan atas sebab dia  berkhalwat, tetapi kerana gagal hadir ke mahkamah walaupun waran tangkap tiga kali dikeluarkan ke atasnya disebabkan kes khalwatnya sebelum ini,” katanya.

Mohd Ariffin berkata, operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga 4 pagi itu melibatkan 30 pegawai penguatkuasa agama dan pemeriksaan dijalankan di 14 buah hotel bajet dan  rumah tumpangan sekitar Kuala Terengganu.
Menurutnya, dalam operasi berkenaan, dua pasangan ditahan dan dibawa ke pejabat agama disebabkan berada dalam keadaan mencurigakan.

Kedua-dua pasangan itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah hotel bajet dan sebuah rumah tumpangan.
“Tangkapan itu hasil kerjasama masyarakat setempat yang banyak memberikan maklumat kepada pihak berkuasa agama.

“Ops Kasih ini kita jalankan setiap tahun bagi mencegah perbuatan tidak bermoral khususnya dalam kalangan remaja, walaupun begitu, terdapat juga pasangan yang ditahan dalam kalangan dewasa,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama pemilik hotel dan rumah tumpangan supaya tidak bekerjasama dengan individu yang ingin melakukan perkara tidak bermoral dan menyalahi hukum agama.
“Kita minta supaya pemilik hotel dan rumah tumpangan tidak bekerjasama dengan membenarkan individu khususnya yang beragama Islam yang bukan muhrim menyewa di hotel atau di rumah tumpangan mereka.

“Hukuman di dunia mungkin terlepas, tetapi mereka tidak akan terlepas hukuman di akhirat. Bagi mencegah perkara ini dari berlarutan, kita di pejabat agama akan terus giatkan operasi begini pada masa akan datang,” katanya.

Curi tong gas, dijel 2 tahun



KOTA BHARU- Gara-gara mencuri satu tong gas, seorang pekerja kontrak terpaksa meringkuk di dalam penjara dua tahun selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazli menetapkan hukuman tersebut terhadap Mohd Fadzlin Mohamad Zin, 41, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.

Hukuman berkuat kuasa bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 10 Febuari lalu.

Mengikut pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah, pada 10 Februari Mohd Fadzlin  didapati mencuri sebuah tong gas Shell berwarna kuning yang bernilai RM70 ringgit milik Masjid Al-Mubin Kampung Telok, Panji.

Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 12.45 tengah hari semasa pengadu membaiki rumah  di kampung tersebut dia ternampak seorang lelaki memasuki kawasan masjid itu dengan menunggang motosikal.

10 minit kemudian pengadu melihat lelaki itu keluar dari kawasan masjid dengan membawa sebiji tong gas lalu mengejarnya. Dengan bantuan orang kampung pengadu  berjaya menangkapnya dan serah kepada polis.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding berlangsung tertuduh meminta mahkamah mengenakan hukuman paling ringan terhadapnya dengan alasan perlu menyara ibu bapanya dan isteri.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad meminta hukuman mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran dengan mengambil kira masjid sebagai tempat beribadat.

13 'kaki judi' pasar malam ditahan dalam serbuan di ladang sawit




13 Februari 2013
SHAH ALAM - Polis menahan 13 'kaki judi' dan merampas wang tunai RM21,200 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Ijok, Kuala Selangor malam tadi.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata ketika serbuan pada 11.30 malam, kesemua lelaki rakyat tempatan berumur antara 28 dan 61 tahun sedang bermain judi jenis pasar malam.
 
"Polis turut merobohkan khemah haram di dalam kawasan ladang itu yang terletak kira-kira 1,000 meter dari jalan besar.
 
"Selain wang tunai, kami turut merampas peralatan perjudian iaitu 314 keping cip bernilai antara RM10 dan RM500, 15 biji dadu, 144 keping kad pelbagai nilai dan piring serta mangkuk yang diguna untuk berjudi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
 
Mohd Adnan berkata berdasarkan maklumat, kegiatan perjudian yang hampir sebulan beroperasi itu dipercayai melibatkan wang pertaruhan mencecah ratusan ribu ringgit.
 
Beliau berkata mereka yang terbabit dalam aktiviti perjudian itu merupakan penduduk tempatan dan datang dari sekitar Lembah Klang.
 
"Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 72 Akta Rumah Perjudian 1953. Kami juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian supaya menghubungi balai polis berdekatan," katanya.  - Bernama

Bekas Pengurus Kanan Majuikan bebas tuduhan guna dokumen palsu



15 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus kanan pemasaran dan jualan Majuikan Sdn Bhd, Mohd Khairuddin Abu Bakar daripada pertuduhan menggunakan dokumen cagaran palsu.

Hakim Rosenani Abd Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mohd Khairuddin, 56, dan Gazali Rashid (yang sudah meninggal dunia), didakwa menggunakan tiga dokumen cagaran palsu iaitu sekeping 'Resolusi Lembaga Pengarah Majuikan Sdn Bhd' bertarikh 14 Feb 2006, sekeping 'Promissory Note Malaysian Seabest Sdn Bhd' dan sekeping surat iringan yang kedua-duanya bertarikh 1 Mac 2006 untuk menipu sebuah bank Amerika Syarikat membabitkan wang 10 juta euro (RM40.35 juta).

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No 22, Tingkat 33, Jalan 4/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, Cheras, antara 14 Feb dan 22 Mac 2006.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mei tahun lepas Mohd Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menipu sebuah bank Amerika Syarikat membabitkan wang 10 juta euro(RM40.35 juta).

Mohd Khairuddin dan Gazali didakwa menipu Naib Presiden Bank HSBC USA, New York, Stephen Ferrera, dengan memperdayakannya untuk mempercayai Majuikan bersetuju menjadi penjamin terhadap permohonan pinjaman 10 juta euro oleh Malaysian Seabest Sdn Bhd.

Penipuan tersebut mendorong pihak Bank HSBC membuat pembayaran sebanyak 10 juta euro kepada Malaysian Seabest.

Majuikan adalah anak syarikat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sepanjang perbicaraan yang bermula 9 Mei 2011, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar mengemukakan 25 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi.

Mohd Khairuddin diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim. - Bernama

Polis tumpaskan geng samun 'Boy Black' dengan penahanan 3 lelaki




15 Februari 2013
JOHOR BAHARU - Polis percaya berjaya menumpaskan kumpulan yang terlibat dengan sekurang-kurangnya 11 kes samun di bandar raya ini dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan dekat Kempas dan Kangkar Pulai, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata, ketiga-tiga mereka yang merupakan anggota kumpulan 'Boy Black' itu ditahan pada 3 petang dan 6.40 petang di dua rumah selepas polis mendapat maklumat berkaitan jenayah terbabit.

"Modus operandi mereka adalah memecah masuk ke dalam rumah dan mengacukan parang bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan barangan berharga dan kereta mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata, polis merampas pelbagai hasil samun dan peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah itu termasuk dua kamera, lima jam tangan, lapan telefon bimbit, satu kunci kereta jenis Toyota, alat pengering rambut, parang panjang, pisau, kapak dan sejumlah wang kertas beberapa negara yang dianggarkan berjumlah RM250.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka yang berumur 22 hingga 29 tahun itu mengaku terlibat dengan 11 kes samun di sekitar Nusajaya, Skudai dan Tampoi, di sini.

Katanya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan penahanan mereka, polis katanya ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut untuk siasatan.

"Lelaki itu Siva a/l Muni Samy yang memiliki kad pengenalan bernombor 800303-01-5361 dan beralamat di nombor 4, Jalan Tembaga Merah 3, Taman Sri Skudai, di sini. Dia disenaraikan sebagai orang dicari polis dan mempunyai rekod berkaitan dadah dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya," katanya. - Bernama

Ops Medan: Patah kaki terjun dari tingkap



Ops Medan: Patah kaki terjun dari tingkap
Seorang lelaki yang cuba melarikan diri bagi mengelakkan diberkas pihak berkuasa dalam serbuan.
PETALING JAYA – Tindakan berani mati tiga lelaki yang cuba melarikan diri ketika serbuan Ops Medan di Mentari Court, Jalan PJS10 kelmarin mengundang padah apabila ketiga-tiganya patah kaki selepas terjun dari tingkat satu bangunan berkenaan.

Dalam serbuan bersepadu dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula jam 9 malam hingga 1 pagi di tiga lokasi berasingan itu, ketiga-tiga lelaki tempatan itu dikatakan cuba melarikan diri untuk mengelak daripada ditahan selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Operasi berkenaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Hairy Ahmad bersama 20 anggota manakala enam anggota AADK termasuk seorang pegawai.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Maarop berkata, ketika serbuan berkenaan, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis berkenaan.

“Premis berkenaan menjalankan kegiatan judi haram di tingkat atas manakala di bawah adalah restoran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, AADK menjalankan ujian saringan air kencing terhadap lapan orang dan ketiga-tiga lelaki itu ditahan kerana didapati positif dadah.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah (APD) 1983.

Katanya, MBPJ menyita 27 monitor, 21 komputer dan tujuh kotak syiling mengikut Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007 MBPJ.

Mohd Fauzi berkata, dua lagi serbuan di jalankan di Taman Desa Ria, Jalan PJS5 dan seramai 12 orang disaring.

“Bagaimanapun, kesemuanya negatif dadah dan kami (MBPJ) merampas 12 komputer, 32 cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) serta 34 monitor,” katanya.

Suami parah ditikam isteri



Suami parah ditikam isteri
Seorang wanita sanggup menikam suaminya kerana ditegur kerap keluar rumah tanpa izin. - Gambar hiasan.
Muka depan Sinar Harian edisi Melaka dan Negeri Sembilan
Muka depan Sinar Harian edisi Melaka dan Negeri Sembilan.
MELAKA - Berang kerana sering ditegur akibat tindakannya kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita bertindak menikam suaminya dengan pisau.

Dalam kejadian jam 10 pagi di sebuah rumah di Malim di sini, Isnin lalu, wanita berusia 27 tahun itu dan bekerja sebagai penyelia kilang, didakwa menikam belakang tubuh suaminya dengan setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun, cedera parah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa masih mampu memandu kereta dan membawa anak perempuan berusia dua tahun pergi ke rumah keluarganya di Kandang, sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, pasangan suami isteri itu berselisih faham apabila apabila mangsa menegur isterinya yang didakwa sering keluar rumah tanpa izin.

Menurutnya, disebabkan panas telinga ditegur mangsa, wanita itu dipercayai bertindak mengambil sebilah pisau dari dapur dan menikam belakang badan mangsa.

“Akibat kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama,” katanya.

Menurutnya, polis menahan wanita itu di satu lokasi di negeri ini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Difahamkan, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap isteri mangsa semalam bagi membantu siasatan.

Pam hilang, petani merana



Pam hilang, petani merana
Lokasi akan dibina saluran air, tetapi hingga ke hari ini belum ada sebarang tindakan.
Pam hilang, petani merana
Mohd Arif Muhammad, 15, menunjukkan anak padi yang terbantut.
TUMPAT - Petani di Bendang Kaloi, Teluk Jering di sini berisiko menanggung kerugian besar dengan keadaan cuaca tidak menentu kini.

Bendang kering

Petani, Hassan Saad, 45, berkata, sawah padi seluas 60 hektar itu diusahakan 15 petani selepas banjir melanda baru-baru.

Bagaimanapun, katanya, yang merisaukan petani di sini apabila masalah kekeringan air berlaku ketika anak benih baru ditabur.

“Akibatnya anak padi yang baru tumbuh mengalami masalah tumbesaran terbantut.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk pamkan air ke dalam sawah, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Anak padi tenggelam

Hassan berkata, hujan lebat dua hari lalu bagaikan satu rahmat buat petani apabila masalah sawah kering mula dipenuhi air.

“Tetapi masalah lain pula timbul kerana hujan lebat dua hari berturut-turut menyebabkan anak padi ditenggelami air.

“Keadaan ini merisaukan petani kerana peringkat awal penanaman padi sudah ada masalah.

“Keadaan ini mungkin menyebabkan pengeluaran padi musim ini akan mengalami kemerosotan,” katanya.

Tambahbaik infrastruktur

Bagi Mohd Nor Seman, 54, dari Kampung Kubang Sawa berkata, dengan keadaan cuaca tidak menentu, dia meminta agar pihak berkaitan menambah baik infrastruktur untuk kemudahan petani di sini.

“Kami berharap agar dibina saluran air di bendang padi ini supaya kami mendapat bekalan air mencukupi sekiranya berdepan masalah sawah kekeringan air.

“Tempat untuk membina saluran air itu sudah ada, tetapi sampai sekarang longkang simen belum dipasang lagi,” katanya.

Pam air dicuri

Mohd Nor berkata, petani menghadapi masalah air kritikal apabila pam air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dicuri pada musim banjir baru-baru ini.

Menurutnya, kehilangan itu menyebabkan air tidak dapat disedut dari Sungai Kuala Jambu dan Sungai Alor Mekuang.

“Kalau sawah padi kekurangan air, kami di sini akan sedut air sungai menggunakan pam tersebut, tetapi sekarang ini tidak dapat berbuat demikian.

“Mujurlah hujan lebat dua hari lalu, sawah mula dipenuhi air, cuma anak padi pula ditenggelami air,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pam hilang diganti baru sebagai persiapan berdepan musim kemarau akan datang.

Suri rumah maut kereta rempuh pokok




15 Februari 2013
KEPALA BATAS -  Seorang suri rumah maut selepas kereta dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Lahar Kepar menghala ke Penaga, di sini kira-kira 8.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata Zailan Samad, 48, yang memandu seorang diri mengalami kecederaan parah akibat rempuhan kuat itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya ketika kejadian wanita itu dalam perjalanan balik dari pasar di sini  dan kemalangan berlaku kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke rumahnya di Taman Penaga.

Sementara itu suami wanita itu, Zulkhahar Hanafiah, 50, yang ditemui di bilik mayat Hospital Kepala Batas (HKB) berkata isterinya pergi ke pasar setiap hari bagi membeli barangan runcit untuk dijual.

"Kami berniaga kecil-kecilan pelbagai makanan ringan," katanya dan menurutnya dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh kenalannya. - Bernama

iPhone hak paten syarikat Brazil



15 Februari 2013
BRASILIA - Pihak berkuasa hak paten di Brazil, kelmarin mengumumkan cap dagang iPhone adalah milik syarikat tempatan, Gradiente SA.

Bagaimanapun, pendedahan itu tidak menghalang Apple daripada menggunakan tanda nama iPhone tersebut di negara terbabit, namun sebarang tindakan melibatkan penyalahgunaannya perlu diputuskan di mahkamah.

Pada tahun 2000, Gradiente pernah mengemukakan tuntutan mereka untuk menggunakan jenama iPhone yang dilihat akan mencetuskan revolusi dalam dunia teknologi telefon bimbit.

Media melaporkan, tuntutan syarikat pengeluar alat elektronik diluluskan pada tahun 2008 dan mereka mula mengeluarkan telefon pintar, iphone. - AP

Warga Singapura cetus kebakaran dipenjara 12 tahun




15 Februari 2013
Kerri Kassan
Kerri Kassan
BATAM - Warga Singapura, Kerri Kassan, 54, kelmarin dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh sebuah mahkamah di Batam atas kesalahan sengaja mencetuskan kebakaran yang telah meragut nyawa seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun dan menyebabkan 44 rumah musnah.

Hakim Reno Listowo membuat keputusan itu selepas mendapati perbuatan tertuduh telah menyebabkan kebakaran luar biasa dan mengakibatkan kemusnahan harta benda dalam jumlah besar.

Difahamkan, Kerri turut diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan rayuan.

Dalam kejadian Ogos lalu, pekerja binaan tersebut didakwa membakar dua pasang kasut getah milik isterinya selepas berlaku pertengkaran kecil.

Kebakaran yang berlaku secara tidak sengaja itu menyebabkan 364 penduduk Kampung Seraya di Batam kehilangan tempat tinggal dan kerugian berjumlah 1.5 juta Rupiah (RM480,000). - Jakarta Globe