Search This Blog

Thursday, February 14, 2013

Mayat mangsa bot berlanggar ditemui dekat Pantai Puteri



MELAKA TENGAH: Mayat mangsa tragedi bot berlanggar di perairan Selat Melaka berhampiran Pantai Puteri di sini, malam Selasa lalu, ditemui petang tadi.

Mayat Mohd Nasier Othman, 21, yang juga pemandu satu daripada bot terbabit ditemui nelayan tidak jauh dari tempat kejadian.
Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung tidak jauh dari terminal gas asli cecair (LNG) PETRONAS di perairan berkenaan.

"Mayat beliau ditemui sekumpulan nelayan yang membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat kira-kira jam 6.50 petang tadi (semalam) di lokasi tidak jauh dari tempat kejadian.

"Dia (Mohd Nasier) kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, petang tadi.

Pengunjung gempar wanita terjatuh di Times Square



14/02/2013 7:48pm

KUALA LUMPUR — Pengunjung di Times Square di sini gempar apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat enam kompleks tersebut di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 11 pagi ini, Choo Czek Yeng, 36, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis menerima panggilan pada pukul 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2KsfOJzFU 
Hakcipta terpelihara 

Letupan rosakkan harta pemandu lori



14/02/2013 7:52pm

BUKIT MERTAJAM — Satu letupan kuat dilaporkan telah merosakkan harta benda sebuah keluarga di Taman Seri Sejahtera, di sini awal pagi tadi.
Letupan yang dipercayai berpunca daripada mercun itu telah merosakkan cermin pintu, tingkap, siling, mesin basuh serta kereta Toyota Avanza milik pemandu lori, Lau Choong Kuang, 51.
Beliau menganggarkan kerugian melebihi RM6,000.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi ketika beliau baru sahaja pulang ke rumah sementara isteri dan empat orang anaknya sedang tidur.
"Ketika itu saya sedang berehat di bahagian belakang rumah sebelum terdengar bunyi sebuah motosikal yang melalui depan rumah saya yang disertai bunyi letupan kuat.
"Bunyi kuat itu macam bom dan saya terus ke hadapan rumah untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut melihat kepulan asap memenuhi kawasan rumah,” katanya hari ini.
Beliau berkata, beliau tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu dan percaya orang yang melakukanya mungkin tersalah sasaran kerana beliau tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.
Beliau bersyukur kerana dua anaknya Lau Peng Hui, 17, dan Lau Jia Leng, 16, yang tidur di bilik hadapan tidak mengalami kecederaan dan sempat menyelamatkan diri selepas cermin tingkap pecah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.
"Kita akan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian,” katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2KseHjlJG 
Hakcipta terpelihara 

Pembantu kedai terima 20 jahitan di kaki akibat ditetak



KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Gara-gara perselisihan faham, seorang pembantu kedai menerima 20 jahitan di bahagian kaki setelah ditetak seorang lelaki yang dikenalinya di Kampung Cheneh, di sini dua hari lepas.
Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam, selepas suspek pergi ke rumah lelaki berumur 35 tahun itu selepas anaknya yang berumur lima tahun mengadu telinganya dipulas lelaki itu, kata Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Che Suza Che Hitam.
"Ini membawa kepada pertelingahan antara suspek dan mangsa. Beberapa orang yang kebetulan menyaksikan kejadian itu cuba meleraikan pertelingahan itu namun secara tiba-tiba suspek meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan mengambil sebilah parang lalu menetak kaki mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, mangsa yang berasal dari Kampung Mak Lagam di sini mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman sebelum membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam pada hari yang sama.
Polis kini memburu suspek berumur 30 tahun itu yang melarikan diri, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130213/je_07/Pembantu-kedai-terima-20-jahitan-di-kaki-akibat-ditetak#ixzz2KsGROaDI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berang dituduh ada hubungan sulit, isteri tikam suami



MELAKA 14 Feb. - Seorang isteri yang berang kerana dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak nekad menikam suaminya sehingga cedera di rumah mereka di Malim, baru-baru ini.
Dalam kejadian pukul 10 pagi Isnin lalu itu, mangsa yang bekerja sebagai jurujual berusia 32 tahun ditikam di belakang badan oleh isterinya yang berumur 27 tahun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, sejurus selepas itu, wanita terbabit yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang dekat sini melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis dua hari selepas itu.
“Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara kedua-duanya di rumah mereka di Malim. Dalam insiden itu, wanita tersebut dituduh ada hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Dia yang berang lalu mengambil pisau di dapur dan menikam suaminya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130214/je_09/Berang-dituduh-ada-hubungan-sulit-isteri-tikam-suami#ixzz2KsEfkmHb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas maut langgar lembu



KUANTAN - Seorang wanita warga emas maut manakala anaknya cedera apabila motosikal yang dinaiki mereka melanggar sekumpulan lembu yang melintas jalan di Jalan Sungai Lembing dekat Kuala Kenau di sini, semalam.

Ramlah Sa'at, 79, dari Sungai Lembing mati ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 5.19 petang manakala anaknya, Abdul Rahman Adam, 62, cedera di badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, dua beranak berkenaan dalam perjalanan dari Batu 4 Jalan Sungai Lembing menuju ke Pekan Sungai Lembing.

"Motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai melanggar sekumpulan lembu yang sedang melintas dari kiri ke kanan jalan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki maut apabila kenderaan pelbagai guna Naza Citra yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh kenderaan lain di Km 173.9 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran semalam.

Kejadian pada pukul 11.15 pagi itu menyebabkan Shamsol Kamar Shafie, 43, dari Cheras, Selangor, mati di tempat kejadian.

"Kejadian di jalan yang licin akibat hujan lebat itu membabitkan empat kenderaan.

Mangsa merempuh belakang sebuah jip jenis Trooper menyebabkan jip itu merempuh pula Proton Perdana dan sebuah van," kata Mohamed Fauzi.- Bernama

Minum hingga 10 liter Coca-cola punca wanita New Zealand maut

WELLINGTON – Pakar jantung New Zealand mengesahakan punca utama kematian seorang wanita di negara itu disebabkan oleh habitnya yang suka minum Coca-cola dalam kuantiti yang banyak.

Natasha Harris, 30-an, meninggal dunia tiga tahun lalu mendapat serangan jantung akibat dan dilaporkan kerana mengambil minuman bergas itu sehingga 10 liter setiap hari.

Malah, wanita malang itu turut dilaporkan mengambil kafein secara berlebihan dengan jumlah gula 11 kali ganda daripada yang disyorkan setiap hari.

Pakar jantung, David Crecar berkata, pengambilan Coca-cola secara berlebihan boleh menyebabkan jantung berdegup terlalu cepat atau terlalu lambat.

“Meminum Coca-cola sebanyak 10 liter adalah sama dengan pengambilan satu kilogram gula dan 970 miligram kafein.

“Tetapi syarikat itu tidak sepatutnya dipersalahkan kerana adalah menjadi hak pengguna untuk mengambil tahu sama ada implikasi sekiranya mengambil minuman itu secara berlebihan atau dalam kadar yang sepatutnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Coca-cola turut mengakui bertanggungjawab terhadap perkara itu kerana kematian wanita tersebut tidak dapat dibuktikan berpunca daripada pengambilan minuman itu secara berlebihan.

Natasha yang berasal dari selatan New Zealand mengalami sakit tenat sebelum menemui ajal.

Menurut keluarganya, Natasha ketagih minum Coca-cola dan jika kehendaknya tidak dipenuhi, dia akan mula bertindak luar kawalan.

“Dia akan berlari keluar rumah untuk semata-mata bagi mendapatkan minuman itu,” kata ibu mertuanya, Vivien Hodgkinson ketika disoal dalam inkues kematian tahun lalu.

Katanya, Natasha minum minuman tersebut sepanjang hari dan giginya juga rongak akibat mengalami kerosakan serius.

Skandal daging kuda: EU mahu ujian DNA

Pihak berkuasa Romania memeriksa skandal daging kuda di sebuah kilang di Roma. - Foto ihsan WSJ/APPihak berkuasa Romania memeriksa skandal daging kuda di sebuah kilang di Roma. - Foto ihsan WSJ/AP
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) menggesa negara anggotanya mengadakan ujian DNA bagi menyelesaikan skandal daging kuda yang muncul isu kontroversi sejak lebih seminggu lalu.

Pesuruhjaya Kesihatan EU, Tonio Borg berkata, semua negara anggota perlu menjalankan ujian DNA ke atas daging lembu yang diproses bagi mengesan kehadiran daging kuda selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.

“Sampel daging juga perlu diuji bagi mengesan kehadiran dadah jenis phenylbutazone,” katanya.

Laporan media menyebut bahawa ujian itu perlu dibuat secara rawak dan laporan mesti siap dalam masa 30 hari tetapi ujian harus diadakan secara berterusan selama  tiga bulan.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama menteri-menteri dari United Kingdom (UK), Perancis dan lain-lain negara yang terjejas akibat kontroversi itu.

“Ini merupakan isu bagi seluruh Eropah dan adalah menjadi tanggungjawab seluruh Eropah juga bagi menyelesaikan konflik ini,” kata Menteri Pertanian, Simon Coveney selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

“Ini merupakan skandal penipuan yang menipu orang awal kononnya menjual daging  lembu tetapi hakikatnya mereka memakan daging kuda,” kata beliau dipetik BBC.

Kontroversi ini menjadi ‘panas’ di seluruh Eropah apabila 16 negara mendapati terdapat daging kuda yang dijual tetapi menggunakan label daging lembu tersebar di pasaran.

Laporan media asing juga menyebut bahawa skandal terbaru ini menimbulkan persoalan mengenai kerumitan rantaian bekalan industri makanan di seluruh 27 negara anggota EU.

Daging kuda kini juga disahkan terkandung dalam lasgne yang dijual secara sejuk beku di sekitar Perancis.

Terdapat juga kebimbangan mengenai kemungkinan terdapat dadah digunakan bagi merawat kuda yang sakit sebelum diproses menjadi produk daging sejuk beku yang mungkin berbahaya kepada manusia.

Kelmarin, rumah sembelihan dan sebuah firma daging diserbu di UK oleh pihak polis dan didakwa kerana meletak label yang salah pada produk mereka.

Sementara itu, Romania menafikan dakwaan yang pihaknya membuat kesilapan dalam melabel produk daging mereka.

Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas



KUANTAN - Seorang pendaki dilaporkan mati malam tadi selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat Kuala Lipis.
 
Mangsa menyertai pendakian bersama 23 pendaki lain sejak Isnin lalu.
 
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan, mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal kira-kira 9.30 malam.
 
"Pihak bomba dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 8.45 pagi tadi. Usaha untuk membawa turun mayat mangsa sedang diusahakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
Beliau berkata pihaknya mengalami kesukaran untuk berhubung dengan pasukan pendaki itu berikutan cuaca buruk.

"Helikopter bomba gagal memasuki kawasan hutan berkenaan berikutan hujan lebat. Semua pendaki telah diarahkan turun mengikut jalan darat.
 
"Hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah. Operasi menggunakan helikopter bagi membawa mayat mangsa keluar dari kawasan hutan mungkin hanya dapat disambung esok pagi," katanya.
 
Sementara itu jurucakap polis Daerah Lipis berkata pihak polis juga sedang mendapatkan butiran lanjut berkenaan kumpulan pendaki itu serta identiti mangsa.
 
"Pihak polis menerima maklumat tentang kejadian kira-kira 11 malam tadi. Bagaimanapun operasi untuk membawa keluar semua pendaki itu mengalami kesukaran berikutan hujan lebat serta kedudukan mereka yang jauh di dalam hutan," katanya. - Bernama

IGP: Warga asing bersenjata dikepung di Sabah



14 Februari 2013
Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah, semalam.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar malam tadi berkata, kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
  
Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
  
"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini (tadi).
  
Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
 
Bagaimanapun setakat 10 malam tadi, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.
  
Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Disember lepas.
  
Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara."
Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata, polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
  
Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.
  
"Saya belum terima apa-apa maklumat... ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan hari ini berhubung perkara itu.
  
Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah.
  
Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan
seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.
  
Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera.  - Bernama

Gagal larikan emas


KUALA LUMPUR - Sekumpulan penyamun terpaksa ‘berputih mata’ apabila niat mereka melarikan sejumlah barangan berharga dari sebuah kedai emas di Jalan Sentul gagal selepas penggera keselamatan di kedai itu berbunyi, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, kumpulan penyamun dipercayai lebih dari tiga orang itu memecah masuk kedai berkenaan melalui tingkap koridor di belakang premis itu jam 3 pagi.

“Penyamun berkenaan turut memecahkan dinding serta syiling kedai terbabit, namun tidak sempat berbuat apa-apa  apabila tiba-tiba penggera keselamatan kedai itu berbunyi. Panik dengan keadaan itu mereka bertindak melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, pemilik kedai emas berkenaan kemudian menghubungi polis yang bertindak menghantar beberapa buah kereta peronda untuk melakukan pemeriksaan.

“Kami turut menjumpai satu beg berisi peralatan dipercayai digunakan untuk memecah masuk premis dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau  Hotline Polis Kuala Lumpur (Rakan Cop) 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

ATM kesan warga asing ceroboh negara



BAGAN SERAI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti terdapat sekumpulan warga asing disyaki dari Filipina yang memakai tanda celoreng dan berjubah telah melakukan pendaratan di kawasan perairan pantai Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

“Kita tidak mahu  sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu, Sabah,” katanya kepada media selepas menerima memorandum menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan pemimpin kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh 28 NGO Bagan Serai di sini petang tadi.

Dr Ahmad Zahid berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada kerajaan negara tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya akan mengarahkan Panglima ATM mengeluarkan kenyataan rasmi dan terperinci mengenai kejadian itu dalam masa terdekat,” katanya.

Penyamun junior gagal menyamun


Penyamun junior gagal menyamun
Abdul Aziz menunjukan pistol yang dirampas.
KUALA LUMPUR - Hasrat dua penyamun 'junior' samun menggunakan senjata api tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis di Kuchai Lama, tengah hari Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Proton Waja

“Dua suspek berkenaan bertindak agresif apabila turut  merempuh kereta peronda polis dalam cubaannya melarikan diri selepas anggota cuba melakukan pemeriksaan, namun kedua-dua berjaya diberkas.

"Hasilnya polis menemui  dua pucuk pistol iaitu jenis Glock 19 dan Revolver Taurus berserta 14 butir peluru  dalam kereta suspek," katanya.

Katanya, kereta dinaiki suspek dipercayai dicuri di Batu 9, Cheras awal tahun ini.

Abdul Aziz berkata, kedua-dua suspek itu baru direkrut oleh bekas tahanan untuk melakukan kegiatan jenayah.

“Kami masih cuba mengesan saki baki kumpulan ini, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket yang menjual senjata api kumpulan ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu mempunyai beberapa rekod jenayah berhubung kes dadah.

“Kami percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun menggunakan senjata api di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Peniaga mengaku tidak bersalah rompak, cederakan juruwang



14 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan satu pertuduhan mencederakan seorang juruwang, bulan lepas.
  
Suhaidi Noor Azlan, 26, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak beg tangan mengandungi dompet, kad pengenalan, lesen memandu, tiga keping kad ATM, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM3,500 milik akauntan, June Lee Sze Yin, 29.
 
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan bersenjatakan parang di Jalan Rukun 8, Happy Garden di sini pada 8 pagi, 18 Jan lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
  
Suhaidi bersama beberapa orang yang masih bebas turut didakwa mendatangkan kecederaan ketika melakukan rompakan berkumpulan terhadap juruwang, Lee Yoke Lan, 36, dengan mengambil beg tangan yang mengandungi wang tunai RM200, dokumen penting dan sebuah telefon bimbit di tempat letak kereta Jalan 5/125 Salak Selatan Baru, Cheras pada 8.30 pagi, 21 Januari lepas.
  
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Suhaidi dan rakannya Wan Mohammad Syafiq Wan Ismail juga menghadapi pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pembantu akaun di Jalan 2/116D, Kuchai Entreprenuer's Park Off, Jalan Kuchai Lama pada 8.20 pagi, 18 Januari lepas.
  
Suhaidi dan penghantar surat, Wan Mohammad, 23, bersama dua orang yang masih bebas didakwa merompak beg tangan yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, dua keping kad ATM, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM1,000 milik Yeap Yee Fong Yvonne, 26.
  
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
  
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan Suhaidi dan Wan Mohammad, masing-masing diikat jamin RM30,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan kedua-dua tertuduh melantik peguam bela.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal.  - Bernama

Tiga pengarah skim pelaburan cepat kaya didakwa



14 Februari 2013
skim penternak cacing
Dua dari tiga tertuduh yang menjalankan skim penternak cacing menutup wajah mereka sebaik tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen Sungai Petani di sini, hari ini. - Foto Bernama
SUNGAI PETANI - Seorang pengarah syarikat skim pelaburan penternakan cacing di Kulim, Kedah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menawarkan kepada orang awam membeli kepentingan skim penternakan cacing walhal tidak mempunyai surat ikatan yang diluluskan.

Johari Saad, 50, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu manakala dua lagi rakannya, Abdul Razak Ahmad, 49, dan Mohd Zaini Selaiman, 37, tidak mengaku bersalah. Mereka merupakan pengarah syarikat Kulim Worm Agrotech (M) Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat Kulim Worm Agrotech, 293A Jalan Lunas-Kilang Lama, Kulim antara 13 Mei 2009 dan 4 Jun 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94(1) akta sama iaitu dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula dan mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Johari.

Mereka dibenar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Ketua Seksyen Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Wilayah Utara Ramle Leen dengan dibantu Eksekutif SSM, Zolkapli Long @ Mohamad menjalankan pendakwaan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketiga-tiga pengarah syarikat itu menyerah diri di pejabat SSM Wilayah Utara di Seberang Jaya semalam berikutan waran tangkap yang dikeluarkan agensi tersebut pada Jun tahun lepas.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas lebih 20 pelabur membuat laporan polis pada 2011 selepas tidak menerima dividen yang dijanjikan dan mendakwa mereka ditipu penganjur skim tersebut. - Bernama

Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki


BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan maut selepas ditikam seorang lelaki ketika dia sedang mandi di rumahnya di Taman Hwa Seng, Alma di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu yang dikatakan menaruh hati terhadap Tan Ching Chin, 24, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga kali di perut dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki itu yang merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat milik abang mangsa turut bertindak menikam dirinya sendiri selepas menikam mangsa.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suspek mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut yang berada di rumah mangsa sejak Ahad lalu untuk menyambut Tahun Baru Cina, bertindak memasuki  bilik air ketika mangsa sedang mandi dan terus menikam mangsa.

Mazlan berkata ketika kejadian, ibu mangsa dan pembantu rumah mereka berada di rumah, bagaimanapun mereka tidak sempat membantu Tan kerana kejadian itu berlaku tanpa disedari sesiapa.

"Lelaki itu datang ke rumah mangsa sejak minggu lepas untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama mangsa dan keluarganya sebelum berlaku pertengkaran hari ini yang dipercayai akibat cemburu," katanya.

Katanya siasatan awal polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Nenek nekad padam kebakaran


Keadaan rumah dan Mitsubishi Lancer yang musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi, semalam.
Keadaan rumah dan Mitsubishi Lancer yang musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi, semalam.
SEKINCHAN - Seorang warga emas hampir maut setelah cubaannya untuk memadam kebakaran tidak berjaya dalam kejadian kira-kira jam  5.30 pagi di Tali Air 11, semalam.

Habibah Ijab, 70, melecur di beberapa bahagian badan iaitu tangan, kaki dan dahi.

Mangsa masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Cucu mangsa, Nurul Haida Syahirah, 16, berkata, ketika kejadian, dia hanya tinggal berdua dengan neneknya manakala kedua ibu bapanya ada urusan kerja di luar daerah.

Menurutnya, mereka sedang tidur sebelum bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba dan selepas itu, terdengar bunyi letupan kecil dipercayai berpunca daripada peti sejuk yang diletakkan di luar kediaman mereka.

“Selepas bekalan elektrik terputus, saya dengar bunyi letupan kecil daripada peti sejuk di luar rumah dan mula rasa tidak sedap hati.

“Kemudian, saya ternampak api dari luar rumah dan bergegas memanggil bapa saudara yang tinggal berhampiran rumah kami,” katanya.

Nurul berkata, neneknya yang menyedari kejadian itu cuba memadamkan kebakaran.

“Nenek saya melecur di beberapa bahagian badan namun keadaannya stabil," katanya.

Katanya, sebuah kereta Mitsubishi Lancer milik ayahnya yang diletakkan dalam garaj musnah dalam kejadian manakala

Jelas Nurul, Mitsubishi Triton yang diletakkan di luar garaj pula rosak di bahagian belakang kenderaan.

“Sebuah kereta milik ayah saya musnah manakala kereta lain yang diletakkan di luar garaj berjaya diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Operasi Bomba, Ariffin Pawanteh, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 5.43 pagi.

Ariffin berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati api semakin marak dan meruntuhkan dinding rumah itu.

“Api marak pada waktu itu namun beberapa minit kemudian, bomba berjaya mengawal kebakaran,” katanya.

Dia berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 12 minit untuk mengawal kebakaran.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sampah haram angkara warga asing


Warga Myanmar mengumpul barangan terpakai di hadapan rumah sewa di kawasan Teratai.
Warga Myanmar mengumpul barangan terpakai di hadapan rumah sewa di kawasan Teratai.
AMPANG - Pembuangan sampah haram di beberapa kawasan sekitar Ampang didakwa dilakukan warga asing yang menjalankan aktiviti mengutip barang terpakai dan lusuh.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kehadiran warga asing di sekitar Ampang itu menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk apabila ada dalam kalangan mereka bertindak membuang sampah sesuka hati.

Menurutnya, kebanyakan mereka menjalankan aktiviti mengumpul barangan terpakai, manakala barang tidak digunakan dilonggok di satu kawasan yang dijadikan tapak pembuangan sampah.

“Ada sesetengah pekerja asing dikenal pasti melonggokkan barangan mereka tidak mahu di bawah papan tanda larangan membuang sampah di Taman Seraya.

“Malangnya, pihak berkuasa tidak memberi perhatian serius berhubung masalah ini sehingga ia semakin tidak terkawal,” katanya.

Tee Keat berkata, jika dulunya warga asing terbabit diupah majikan tempatan, tetapi kini mereka menjalankan aktiviti itu secara sendirian dan menyewa rumah di sini.

Katanya, mereka bukan sahaja mampu bekerja sendiri, malah turut menjalankan perniagaan dengan cara salah hingga menyusahkan pihak lain.

Sementara itu, Ooi Chui Lam, 40, berkata, dia sendiri pernah dimarahi pekerja asing kerana menegur tindakan mereka membuang sampah di kawasan perumahan.

“Kebiasaannya, barangan mereka tidak mahu seperti perabot dan tilam akan dibuang di merata-rata tempat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Masalahnya apabila sampah dibuang mereka boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana tidak dikutip,” katanya.

Sehubungan itu, Chui Lam berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas kerana tindakan tersebut mewujudkan persekitaran tidak sihat.

Petani kerugian RM20,000


Zainal
Zainal menunjukkan padinya yang diserang karah tangkai menyebabkan hasilnya tidak dapat dituai
PARIT - "Musim menuai kali ini, tiada hasil yang saya peroleh malah kerugian RM20,000 terpaksa ditanggung akibat penyakit karah batang yang menyerang padi di sini," kata petani, Zainal Abidin Wi, 54.

Petani dari bendang Parit 1, Kampung Pasir Gajah itu menyatakan, penyakit berkenaan telah menyerang enam hektar tanah yang disewa sejak empat musim lalu.

Menurutnya, pada tiga musim lalu dia masih boleh menuai padi dan musim keempat ini, tiada satu padi pun dapat dituai akibat keadaan penyakit yang semakin merebak.

"Kali ini (musim keempat) paling teruk kerana saya langsung tidak dapat mengutip hasilnya.

“Pada musim pertama dahulu saya telah maklumkan kepada pejabat pertanian dan mereka datang melihat serta mengambil sampel untuk mengetahui penyakit selain menasihatkan saya mengikuti langkah pertanian baik,” katanya.

Zainal berkata, namun begitu penyakit berkenaan masih juga berlaku dan semakin lama semakin teruk sehingga hasil tidak dapat dituai.

“Keadaan ini memberi kesan kerana saya perlu menanggung kos tanaman sedangkan hasil langsung tidak dapat dikutip,” katanya.

Beliau berkata, pihak terlibat harus mengambil pendekatan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai penyakit padi berkenaan bagi mengetahui punca dan seterusnya satu jalan penyelesaian terbaik dapat dibuat.

“Petani seperti saya bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian, sudah pasti akan merasa akibatnya apabila hasil padi langsung tidak dapat diambil,” katanya.

Katanya, pihak berkenaan juga disarankan supaya mengeluarkan benih padi yang lebih bermutu dan tahan kepada penyakit.

“Benih padi yang ada kini dilihat tidak tahan dengan penyakit dan kami berharap supaya kami dibekalkan dengan benih yang lebih bermutu selepas ini.

“Mohon mana-mana pihak menghulurkan bantuan untuk memulakan tanaman baru pada musim akan datang,” katanya.

Pengemudi bot hilang dalam laut



Kamarulzaman
Kamarulzaman memberi taklimat kepada anggota JBP sebelum gerakan mencari diteruskan.
Mohd Nasier Othman
Mohd Nasier Othman
Ibu mangsa, Rahmah yang bersedih dengan kehilangan anaknya.
Ibu mangsa, Rahmah yang bersedih dengan kehilangan anaknya.
TANJUNG KLING - Seorang pengemudi bot membawa pekerja Petronas Gas Berhad ke terminal gas asli cecair (LNG) hilang dikhuatiri lemas selepas bot dipandunya bertembung dengan sebuah lagi bot dinaiki pekerja syarikat sama di Perairan Selat Melaka dekat Pantai Puteri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Mohd Nasier Othman, 21, dari Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan gagal ditemui selepas terjatuh ke dalam laut akibat pertembungan kedua-dua bot tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, kemalangan kira-kira satu kilometer dari jeti Kampung Pengkalan Perigi berkenaan membabitkan 20 individu termasuk mangsa sebelum dilaporkan di Balai Polis Tanjung Minyak jam 11.15 malam, kelmarin.

“Kami menerima panggilan memaklumkan kemalangan membabitkan dua bot milik syarikat diswastakan Petronas yang mana satu dinaiki pekerja yang bertugas dan satu lagi baru sahaja selesai bertugas.

“Bot dinaiki mereka bertembung berhampiran Jeti Petronas menyebabkan salah satu bot pecah, namun penumpangnya selamat kecuali mangsa yang dipercayai melambung ke laut dan tidak dapat dikesan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, pertembungan kedua-dua bot itu turut menyebabkan salah seorang daripada 19 penumpang cedera ringan selain bot jenis fiber yang dipandu mangsa mengalami kerosakan kecil dan sempat ditunda ke jeti sebelum tenggelam kerana bocor.

Bagaimanapun katanya, semua pekerja syarikat cari gali minyak dibawa mangsa berjaya diselamatkan sebuah lagi bot yang terbabit dalam kejadian itu sebelum dibantu pasukan penyelamat Petronas.

“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan sejak malam semalam (kelmarin) membabitkan pelbagai agensi penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPAM), Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan penyelamat Petronas,” katanya.


30 anggota terlibat cari mangsa

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba negeri, Kamarulzaman Mohd Diah berkata, operasi mencari mangsa bermula selepas mendapat panggilan dari Balai Polis Tanjung Kling pada jam 12.18 tengah malam.

“Gerakan mencari membabitkan seramai 20 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Jalan Kubu, Ayer Keroh dan Bukit Katil sebelum dihentikan pada jam 3.30 pagi tadi (semalam).

“Operasi kemudian disambung semula jam 7.30 pagi (semalam) yang mana pencarian bermula dari Tanjung Beruas ke terminal sebelum dihentikan jam 1 petang dan disambung semula jam 2.15 petang membabitkan kawasan dari jeti ke Tanjung Bidara
dan dihentikan pada jam 6 petang akibat hujan dan angin kuat,” katanya.

Menurutnya, operasi ini turut melibatkan lebih 30 anggota dari pasukan Polis, Polis Marin, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM), Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan penyelamat Petronas itu juga akan diteruskan
sehingga mangsa ditemui.

"Esok orang dah tak ada mak..."

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Abd Rahim, 53, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada malam Isnin lalu selepas meminta RM5.

“Saya bising-bising cakap ,“Hendak duit apa lagi” sebelum dia menjawab, “Esok orang dah tak ada mak, orang tak minta lagi dah”.

“Ketika itulah kali terakhir saya melihatnya sebelum anak-anak yang lain memaklumkan dia terlibat kemalangan,” katanya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, hanya jaket keselamatan dan topi milik kapten bot Mohd Nasier ditemui ketika usaha mencarinya dilakukan pasukan penyelamat dalam tempoh 20 jam.

Abang mangsa, Razali Othman, 32, berkata, dia dimaklumkan rakannya mengenai pertemuan jaket dan topi itu selepas tiba di Pantai Puteri, malam kelmarin.

“Pada awalnya rakan memberitahu adik terlibat kemalangan selepas berlanggar dengan sebuah bot sebelum bergegas ke Pantai Puteri dari rumah saya di Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Namun sebaik tiba, saya dimaklumkan adik hilang selepas dipercayai melambung dari bot dan mereka hanya menemui jaket keselamatan dan topi yang dipakainya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Razali berkata, kebiasaannya dia akan berulang alik dari Teluk Kemang ke Pantai Puteri bersama Mohd Nasier yang juga anak bongsu dari empat beradik itu kerana bekerja di tempat sama.

“Adik yang tinggal bersama saya keluar rumah kira-kira jam 5.30 petang menaiki motosikal saya seorang diri disebabkan saya mengambil cuti untuk melawat saudara uzur.

“Dia baru sahaja bekerja sebagai kapten tidak sampai setahun, difahamkan bot dipandunya untuk menghantar pekerja Petronas ke terminal berlanggar dengan sebuah lagi bot yang menghantar pulang pekerja syarikat sama ke jeti,” katanya.

Bomoh cabul penuntut IPT



KANGAR - Seorang bomoh ditahan dipercayai mencabul penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Persisiran Pantai Padang Keria Simpang Empat dekat sini, selepas memberi rawatan kepada seorang pesakit yang merupakan rakan mangsa, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke rumah rakannya yang sedang dirawat lalu diminta untuk menghantar pesakit ke pantai berhampiran untuk merawat penyakit yang turut diikuti bomoh terbabit dalam sebuah kereta.

Namun, selepas selesai memandikan rakannya yang berusia 19 tahun, bomoh itu menyuruh mangsa masuk semula ke dalam kereta tanpa memalingkan muka ke belakang.

Difahamkan, ketika berada di dalam kenderaan terbabit, bomoh berkenaan menghembuskan angin ke muka mangsa sehingga menyebabkan dia menjadi separuh sedar.

Mangsa berkata, bomoh itu cuba membuka butang seluarnya dan memegang kemaluannya.

Semasa kejadian terbabit, mangsa yang berumur 18 tahun itu seolah-olah tidak sedarkan diri dan hanya menyedari perbuatan bomoh terbabit apabila tiba di rumah sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan kelmarin dan seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu, rakan mangsa yang mendapatkan rawatan bomoh berkenaan tidak mengalami kecederaan.

“Suspek merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai bomoh ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga siasatan selesai dijalankan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman terbabit.

Cubaan edar dadah gagal



polis
Seorang pegawai penyiasat polis tunjuk gambar kereta Proton Satria yang digunakan suspek untuk pengedaran pil ecstasy.
GUA MUSANG - Polis berjaya merampas 1,996 biji pil dipercayai ecstasy ketika menahan sebuah kenderaan yang dinaiki sembilan sekeluarga termasuk pasangan suami isteri dan lima kanak-kanak, malam Isnin lalu.

Kejayaan itu hasil daripada intipan polis sebelum mengekori kenderaan dinaiki mereka dari Kampung Sungai Sam, Kuala Krai menuju ke Tanah Rancangan Felda Chiku kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sepasukan polis Cawangan Narkotik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang yang menaiki dua kenderaan menahan kereta terbabit sebaik sampai di hadapan Balai Polis Paloh.

Berikutan itu, kata beliau, ada berlaku pelanggaran kecil kerana kenderaan dinaiki suspek cuba memecut kenderaan untuk melepaskan diri daripada kepungan polis itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam situasi kejadian kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kecuali tiga kenderaan termasuk dua kereta polis dan kereta suspek yang mengalami kerosakan kecil.

“Sebaik terkepung, sepasukan anggota polis itu yang diketuai Inspektor Mohd Saufi Hairi Purmono bergegas untuk menyiasat kesemua sekeluarga itu yang berada dalam kereta terbabit.

“Siasatan juga membabitkan beg pakaian yang disimpan dalam bonet belakang kereta terbabit sebelum menemui 10 paket yang setiap satu mengandungi antara 199 hingga 200 biji dipercayai pil ecstasy,” katanya.

Menurut Saiful Bahri, pihaknya mengesyaki suspek utamanya dua pasangan suami isteri berumur antara 27 dan 26 tahun kerana beg pakaian yang ditemui pili berkenaan milik mereka.

Katanya, dua lagi suspek termasuk seorang lelaki pemandu kereta berkenaan berusia 27 tahun bersama wanita penumpang kereta itu berusia 28 tahun ada kaitan kekeluargaan dengan pasangan terbabit turut disiasat.

“Kita cukup terkejut dengan tindakan suspek yang turut membawa lima kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lapan tahun termasuk tiga daripada kanak-kanak itu anak pasangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, memang suspek utama itu membawa anak mereka dan dua lagi anak saudaranya untuk mengabui mata pihak berkuasa yang kononnya baru pulang dari menziarahi keluarga di kampung.

“Kita tahu lebih awal taktik mereka menyebabkan anggota yang membuat intipan itu bertindak mengikut kesesuaian masa dan kita percaya pil terbabit untuk pasaran tempatan.

“Sebiji pil itu boleh dijual dengan harga RM25 dan kita menjalankan intipan itu sudah sekian lama hingga akhirnya berjaya menumpas kegiatan pengedaran pil itu yang dianggap terbesar di daerah ini awal tahun baru ini,” katanya.

Katanya, lima kanak-kanak itu dibebaskan dengan membenarkan ahli keluarga mereka datang mengambilnya di IPD Gua Musang manakala pasangan suami isteri bersama dua lagi suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, semua suspek itu disiasat di bawah kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pembunuh kekasih isteri saman saudara lelaki




14 Februari 2013
MELBOURNE - Seorang lelaki kelahiran Indonesia yang dipenjara kerana membunuh kekasih isterinya warga Malaysia, kini terlibat dalam kes pertikaian sivil dengan saudara lelakinya, yang didakwa menjual teksi kepunyaannya semasa dia di dalam penjara.
Hazairin Iskandar, 58, menyaman saudara lelakinya, Zulfriki Mahbur, dan dua kenalan, Aminah Theglory dan Wahyu Sasterawan, dengan mendakwa mereka secara diam-diam menjual teksi dan lesen pendaftaran teksi semasa dia dalam tahanan pada Mei 2010, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Iskandar dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 17 tahun pada Disember lepas kerana membunuh lelaki kelahiran Melaka, Mohd Shah Saemin, yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya, Nita Iskandar.
Iskandar dan anak lelakinya, Andrew, menyerang Mohd Shah dengan pisau dan tukul di luar flat Leichhardt kediamannya di bahagian tengah barat Sydney pada Februari 2010.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Agung, Iskandar berkata kontrak bagi penjualan teksinya 'diperoleh melalui penipuan' oleh saudara lelakinya itu dan Sasterawan, yang kemudian menjual kenderaan itu kepada rakan Sasterawan, Aminah Theglory.
Iskandar mendakwa saudara lelakinya dan Sasterawan melawatnya semasa di dalam penjara pada 27 April setelah dia melantik saudara lelakinya itu sebagai pemegang surat kuasa wakil.
Dia memberitahu mereka supaya mendapatkan teksi itu daripada polis dan memberi kenderaan itu kepada seorang lelaki bernama 'Peter' untuk digunakan dengan berkongsi keuntungan, menurut pernyataan tuntutan itu.
Sebaliknya, pada 5 Mei 2010, teksi itu dijual kepada Theglory.
"Matlamat dan niat sebenar Mahbur dan Sasterawan adalah untuk mencuri wang Iskandar," menurut pernyataan itu lagi.
Mahbur dan Sasterawan menggunakan 'kuasa' mereka terhadap Iskandar pada ketika Iskandar 'bergantung pada belas kasihan' mereka.
Iskandar, yang berada di mahkamah bagi pendengaran kes itu, memohon ganti rugi, kos dan mengetepikan jualan teksi itu.
Hakim Patricia Bergin akan membuat penghakiman pada tarikh yang ditentukan kemudian. - Bernama

Ibu dirompak, anak dirogol



Ibu dirompak, anak dirogol
Hamsah melakonkan semula adengan tangannya diikat sebelum diheret ke belakang rumah.
Ibu dirompak, anak dirogol
Hamsah menunjukkan lokasi anaknya diperkosa oleh salah seorang suspek.
Ibu dirompak, anak dirogol
Hamsah (kanan) menceritakan kejadian yang menimpa diri dan anaknya kepada Aziz.
BATU PAHAT – Seorang wanita dan anaknya bukan saja trauma akibat rumah mereka dirompak, malah salah seorang daripada mereka turut menjadi mangsa rogol dua penjenayah dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dua suspek bertopeng memecah masuk rumah mangsa, dan mengugut mereka menyerahkan wang tunai serta barang kemas.

Ramlah Ahmad (bukan nama sebenar), 59, ketika menceritakan detik cemas dilaluinya itu berkata, dia dan anaknya Mira (bukan nama sebenar) 27, sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek.

“Suspek meletakkan parang ke leher kami dengan ugut akan kelar jika kami menjerit. Kedua-dua tangan dan kaki kami turut diikat dengan wayar pengecas telefon bimbit dan sempat mengambil wang RM200 daripada saya.

“Kami terus diseret beberapa meter ke belakang rumah, hendak menjerit tidak boleh kerana mulut kami juga disumbat dengan gumpalan selimut yang telah dikoyakkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Parit Haji Hassan, di sini, semalam.

Menurut Ramlah, salah seorang suspek telah memperkosa anaknya, hanya beberapa meter di tempat di mana dia diikat di ladang kelapa sawit di belakang rumahnya.

Katanya, kedua-dua suspek kemudiannya bertindak menggeledah rumahnya, dan dia ketika itu berusaha melepaskan ikatan.

“Selepas berjaya membuka ikatan, saya terus mendapatkan anak saya yang ketika itu masih berbaju tidur dan diselimutkan dalam keadaan terlentang, dia trauma dan menangis.

“Saya kemudiannya bergegas berlari mendapatkan jiran berdekatan untuk meminta tolong,” katanya.

Berikutan kejadian tersebut menurutnya, Mira dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) kerana mengalami trauma dan sering menangis.

Difahamkan, Mira adalah graduan dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan kini sedang mencari pekerjaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian rompak dan rogol tersebut.

“Pasukan khas itu akan memburu suspek yang dipercayai warga tempatan.

“Saya berasa sangat simpati terhadap mangsa dan ibunya. Mereka diminta bersabar dan polis akan melipat gandakan usaha bagi menyelesaikan kes berkenaan,” katanya

Adun Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang turut melawat Ramlah sekeluarga berkata, beliau akan membantu keluarga malang itu termasuk menyediakan sebuah rumah baru.

“Rumah usang yang didiami Ramlah berada di dalam senarai untuk dibaik pulih sebelum ini, namun saya akan berusaha jika boleh mendapatkan rumah baru untuknya.

“Selain itu, saya akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk mangsa supaya dia tidak mengalami trauma yang berpanjangan,” katanya.

Isu ceroboh: Malaysia adakan rundingan elak nyawa terkorban








Najib Tun Razak
Perdana Menteri ketika melancarkan pembangunan bandar baru pekan Beaufort pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Beaufort Sabah, hari ini. - Foto Bernama


PAPAR - Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu, Sabah.


Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu penting bagi memastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu "keluar dengan selamat ke Selatan Filipina", sekali gus mengelak pertumpahan darah.


"Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara mara di sini... jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini hari ini.


Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.


Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu. - Bernama



Ladang sawit jadi port lalok



Antara belia Taman Bukit Teratai
Antara belia Taman Bukit Teratai yang menemani wartawan Sinar Harian naik ke puncak bukit di Ladang Sungai Choh semalam.
Bangunan tinggal yang pernah dijadikan ‘port’ melepaskan gian.
Bangunan tinggal yang pernah dijadikan ‘port’ melepaskan gian.
SUNGAI CHOH – Bekas kandang lembu di puncak bukit dalam ladang kelapa sawit di sini menjadi ‘port’ lebih 50 penagih dadah melepaskan gian dan mendapatkan bekalan dadah.

Penagih berusia antara 17 hingga 60 tahun dipercayai menjadikan Ladang Sungai Choh itu sebagai lokasi utama kerana kedudukannya yang jauh dan sukar dilalui iaitu kira-kira 1.5 kilometer daripada jalan besar.

Menurut penduduk Taman Bukit Teratai yang juga taman perumahan paling hampir dengan lokasi itu, hampir 30 motosikal memasuki kawasan itu setiap hari.

Tetamunya, bukan saja remaja dan warga emas malah ibu mengandung, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

‘Mat gian’ itu dikatakan mendirikan pondok dan khemah serta pernah menjadikan dua bangunan tinggal iaitu banglo milik bekas pengurus ladang berkenaan sebagai tempat melepaskan gian.

Maklumat itu didedahkan sendiri oleh penduduk perumahan tersebut yang semakin bimbang dengan gejala negatif serta kesan buruk dialami berikutan sikap liar mat gian.

Penduduk dikenali sebagai Siva, 22, berkata, hampir setiap hari dia melihat kelibat penagih dadah keluar dan masuk ke kawasan itu.

Menurutnya, mereka menggunakan ‘motosikal panas’ dan lengkap bertopi keledar kerana bimbang wajah mereka dikenali.

“Kegiatan penagihan dadah di kawasan ini berlaku sejak dulu lagi dan pernah beberapa kali terhenti kerana mungkin diserbu pihak berkuasa, tetapi sejak lebih setahun ini mereka kembali aktif tanpa sebarang tindakan.

“Kami bimbangkan keselamatan kerana mereka ini mampu bertindak agresif dan sukar dikawal,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Siva, kebanyakan penagih dadah menghabiskan masa sehari suntuk di puncak bukit itu kerana ketagih dan ada juga yang aktif ‘bekerja’ selepas melepaskan gian.

Katanya, rutin itu bagi yang penagih sepenuh masa kerana terdapat juga penagih mengikut ‘shift’ yang hanya datang selepas waktu kerja.

“Ada yang kerja di kilang berdekatan dan datang ke sini pada awal pagi atau selepas habis waktu kerja antara jam 5.15 dan 5.30 petang.

“Mungkin mereka akan terus menghuni pondok usang atas bukit sepanjang malam atau mungkin keluar selepas melepaskan gian dan sedihnya ada ibu yang membawa anak kecil ke kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, bagi yang menagih sepenuh masa, mereka melakukan ‘kerja’ sambilan seperti mencuri besi, kabel atau apa saja yang bernilai dan boleh ditebus dengan dadah.


Dalang kes ragut, samun, pecah rumah

Yuha, 20, berkata, dia tidak menolak kemungkinan semua penagih dadah ini dalang atau pelaku bagi kes ragut, samun dan beberapa kejadian pecah rumah di taman itu.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan pasti ada kejadian buruk berlaku di kawasan perumahan mereka.

“Paling bimbang adalah kejadian ragut kerana mangsanya adalah penduduk yang berjalan kaki dari persimpangan pondok bas hingga kawasan sekolah rendah di sini.

“Sesiapa saja akan menjadi mangsa tidak kira remaja mahupun orang tua,” katanya.

Menurutnya, laluan gelap dan sunyi memasuki taman perumahan itu memudahkan peragut melakukan aktiviti terlarang itu.


Buntu aduan tanpa tindakan

Penduduk Taman Bukit Teratai mendakwa tiada tindakan pencegahan dilakukan sepanjang lebih setahun kegiatan itu berlaku.

Lebih dikesali, walaupun beberapa kali aduan dibuat namun masih tidak ada tindakan tegas diambil.

Thurai, 22, berkata, dia pernah melihat pihak berkuasa menghampiri laluan masuk ke ladang itu, malangnya dia mendakwa mereka beredar tanpa sebarang tindakan.

“Saya percaya semua mangsa sama ada ragut, samun dan pecah rumah ada buat laporan polis tapi kami tidak tahu apa kesudahannya.

“Yang pasti keadaan tetap sama, malah penagih semakin bermaharajalela,” katanya.


Tinjau bersama skuad Sinar Harian

Prihatin dengan keselamatan penduduk dan mahu penyelesaian muktamad dibuat, seramai 10 belia Taman Bukit Teratai membawa wartawan Sinar Harian ke lokasi itu.

Namun, kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku mereka hanya sampai ke lokasi paling hampir tetapi sempat merakam aktiviti dua penagih dadah.

Menurut Yuha, terdapat tiga laluan masuk ke ‘port’ tersebut iaitu melalui jalan besar, jalan ladang dekat persimpangan memasuki Taman Bukit Teratai dan jalan berdekatan taman perumahan itu.

“Kita dapat lihat kesan tayar motosikal yang baru melalui jalan ini. Ada juga longgokan kayu api untuk menghidupkan unggun api.

“Kesan terbakar di satu jalan persimpangan di puncak bukit ladang juga menjadi penunjuk arah kepada penagih untuk sampai ke ‘port’ mereka,” katanya.

Parah ditetak sekumpulan lelaki



GEORGETOWN - Seorang lelaki parah selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Jalan Thean Teik, Air Itam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal dari arah Padang Tembak menghala ke arah Farlim sebelum diekori sekumpulan lelaki bermotosikal.

Difahamkan, kumpulan terdiri kira-kira 10 orang itu bertindak menahan mangsa di hadapan pagar sebuah rumah kebajikan anak yatim di sini dan terus memukul serta menetak mangsa dengan senjata tajam dipercayai parang.

Menurut sumber, selepas menyerang mangsa, kumpulan terbabit terus melarikan diri dan membiarkan mangsa terbaring berlumuran darah di hadapan rumah kebajikan berkenaan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Difahamkan, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan, perut dan tangan kanan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan setakat ini, pihaknya masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian serta memburu semua suspek terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau alat.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Pemandu lori maut nahas



Pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
BERTAM ULU - Perjalanan pulang selepas melawat ibu mertua sempena Tahun Baru Cina bertukar tragedi bagi seorang pemandu lori apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori simen di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumpai-Ayer Keroh  (SPA) di sini, malam kelmarin.

Tee Hiap Kiong, 47, dari Masjid Tanah maut di tempat kejadian manakala isteri, Kee Lay Chern, 46, dan anak perempuannya, Tee Woan Ying, 17, kini koma.

Seorang lagi anak perempuannya, Tee Xiin Ru, 16, patah kaki dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9 malam berhampiran Bertam Ulu turut dikejarkan ke Hospital Melaka.

Difahamkan, empat beranak itu dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Masjid Tanah, Alor Gajah dari Sungai Mati, Muar, Johor sebelum berlanggar lori simen berkenaan.

Pemandu lori tersebut, Mohd Aris Isnin, 47, dia dalam perjalanan menuju ke kilang simen dan konkrit di sekitar lokasi kejadian selepas menghantar bahan berkenaan di Simpang Ampat.

“Saya yang sedang memperlahankan pemanduan dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah belakang hingga menyebabkan lori bergegar sebelum segera turun untuk melihat apa sebenarnya berlaku.

“Sejurus keluar, saya tergamam melihat sebuah kereta berada di belakang lori dalam keadaan remuk teruk,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Menurut Mohd Aris, dia telah memberikan isyarat membelok ke kanan sejauh  150 meter dan segera memberhentikan lori selepas menyedari hentaman kuat itu.

Ketua Operasi Balai Bomba Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Thambi Hitam berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.08 malam, kelmarin. 

“Seramai 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah serta Tangga Batu dikerah ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 11 minit kemudian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu dan penumpang depan tersepit manakala penumpang lain dipercayai sudah tiada dibawa keluar dari kereta itu,” katanya.

Menurut beliau, wanita tersepit di bahagian kaki itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira 10 minit manakala 15 minit untuk mengeluarkan lelaki berkenaan yang disahkan sudah meninggal dunia.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.