Search This Blog

Sunday, February 10, 2013

Konstabel maut kemalangan


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Cawangan Operasi Narkotik Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terlanggar tiang stesen monorel berhampiran sebuah hotel di Jalan Raja Chulan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Konstabel Earl Julian Sabran, 22, berasal dari Sabah, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian, mangsa di luar waktu bekerja menunggang bersendirian motosikal Kawasaki milik rakannya.

“Motosikal yang ditungganginya itu dipercayai terbabas lalu merempuh pembahagi jalan, sebelum terlanggar tiang stesen monorel,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Konstabel maut bertembung bas



ROSDALILAH ZAHARI
10 Februari 2013
Razuan Gabiril
Razuan Gabiril
IPOH - Seorang konstabel polis maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah bas di Kilometer 49 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Temoh dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa Razuan Gabiril, 25, dalam perjalanan dari Kampar menuju ke Tapah.

Menurutnya, motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu melanggar bas yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, mangsa seorang pekerja berdedikasi dan sudah berkhidmat selama tiga tahun di Balai Polis Tapah Road.

“Mayat mendiang akan diterbangkan ke kampungnya di Kota Belud, Sabah esok (hari ini) untuk urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Tempasuk Dua, di sana,” katanya.

Wanita maut, suami dan lima anak parah



10 Februari 2013
PEKAN - Seorang wanita maut, manakala suami dan lima anaknya parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 46 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Suria Anida Mohamad, 29, dari Felda Neram Bandar Baru Cheneh dekat Kemaman, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk dialaminya.

Suami mangsa, Mohd Shafie  Ismail, 35, bersama lima anak mereka berusia lingkungan 8 bulan hingga 9 tahun kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kereta Proton Gen2 dinaiki tujuh sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Segamat.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.

“Pertembungan itu menyebabkan mangsa di tempat duduk penumpang hadapan maut,” katanya, di sini.

Beliau berkata, pemandu treler, Syed Mohd Norisham Mohd Nayan, 28, dari Kampung Sungai Lalang Bedong, Kedah, pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Usaha mengalih treler terpaksa dilakukan menggunakan trak penunda untuk mengelakkan kesesakan,” katanya.

Yahaya berkata, punca sebenar kemalangan maut itu masih dalam siasatan.

Budak perempuan maut



SEPANG – Seorang kanak-kanak, 7, maut selepas kereta yang dipandu bapanya bertembung dengan sebuah trak tentera di Jalan  Sepang  menuju ke Ibu Negara,  petang semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sepang  berkata,  pelanggaran itu  turut menyebabkan bapanya dan seorang lagi remaja perempuan, 13, dipercayai sepupu mangsa cedera parah.

“Menurut saksi kereta berkenaan dilihat  terbabas ke kanan jalan dan gagal mengelak trak yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Menurutnya, pemandu trak  tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Serdang untuk  rawatan lanjut.

2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas




10 Februari 2013
SEREMBAN - Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superitendan Abd. Wahab Harun berkata dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuhraya itu.
"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.
Menurut Abd. Wahab hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. - Bernama

Televisyen 48 inci dibawa lari



WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Februari 2013
􀀵􀁆􀁍􀁆􀁗􀁊􀁔􀁚􀁆􀁏􀀁􀀕􀀙􀀁􀁊􀁏􀁄􀁊􀀁 􀁅􀁊􀁃􀁂􀁘􀁂􀀁􀁍􀁂􀁓􀁊􀀁
Mohd Zin menunjukkan rak yang menempatkan televisyen yang dilarikan pencuri.
ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri kerugian hampir RM5,000 selepas sebuah televisyen 48 inci yang diletakkan di kedai makan mereka di sebuah taman di Kuala Sungai Baru, di sini dilarikan pencuri, pagi semalam.

Kejadian disedari anak saudara mereka, Mohd Farid Abdul Rahman, 19, kira-kira jam 8 pagi ketika meninjau belakang kedai berkenaan sebelum terpandang pintu gril dapur sudah ditanggalkan dan diletak melintangi jalan belakang.

Pengusaha kedai terbabit, Mohd Zin Hashim, 50, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak saudaranya kira-kira jam 8.10 pagi dan bergegas ke bahagian belakang kedai makan yang diusahakan bersama isteri, Saadiah Hashim, 50.

“Saya terkejut melihat pintu gril dapur berada atas jalan sementara pintu papan dalam keadaan terbuka luas, sebaik masuk ke dalam mendapati semua perkakasan di dapur masih terletak kemas sebelum ke ruang hadapan kedai.

“Tiba-tiba saya terpandang televisyen yang diletakkan pada rak hilang sebelum saya periksa semua sudut dalam kedai untuk mencari sekiranya ada barang berharga lain turut dikebas pencuri terbabit,” katanya.

Mohd Zin berkata, televisyen berkenaan baru sahaja dibeli beberapa bulan lalu sebelum meletakkannya di kedai makan selepas televisyen di kedai itu mengalami kerosakan.

“Semua tempat dalam kedai saya periksa namun tiada barang lain hilang selain televisyen walaupun ada sejumlah duit di dapur kedai bagi memudahkan pertukaran wang semasa urusan perniagaan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, setiap wayar pada televisyen berkenaan ditanggalkan dengan kemas tanpa ada kerosakan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian curi berkenaan membabitkan kehilangan sebuah televisyen jenama berukuran 48 inci.

Bomoh kena bakar




9 Februari 2013
Bomoh kena bakar
Orang ramai hanya melihat mayat Kepari dibakar dalam timbunan sampah sejurus diserang sekumpulan lelaki. Foto: AP
PORT MORESBY - Seorang wanita dipercayai mengamalkan ilmu sihir di bogel, dipukul dan dibakar hidup-hidup di khalayak ramai oleh sekumpulan penduduk kampung di bandar Wastern Hignlands, Papua New Guinea, kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Simon Kauba berkata, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukan rayuan wanita itu selepas didakwa menyebabkan kematian.

"Penduduk berang terhadap wanita itu kerana menyebabkan kematian terhadap seorang budak ketika upacara sihir dilakukan," katanya.

Kepari Leniata, 20, dibakar bersama timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah berdekatan kawasan rumahnya.

Hukuman yang mendahului pihak berkuasa itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada pemimpin negara termasuk anggota polis.

"Setakat ini, penduduk di situ enggan bekerjasama dengan polis. Mereka masih percaya kepada pengamal bomoh," kata Simon.

Katanya, polis mengesyaki serangan itu dilakukan oleh lebih 50 lelaki. - AP

2 remaja ditahan memandu tanpa lesen




9 Februari 2013
KUALA TERENGGANU - Dua remaja perempuan ditahan di Jalan Sultan Muhammad di sini malam tadi kerana didapati memandu tanpa lesen.
   
Mereka yang berumur 16 dan 19 tahun adalah antara 103 pesalah trafik yang ditahan pihak penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi sempena Tahun Baru Cina di sini.
  
Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata kedua-dua remaja berkenaan dari Kuala Berang, Hulu Terengganu mendakwa mereka datang ke Kuala Terengganu untuk melihat saudara mereka yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
  
"Kita menahan kedua remaja ini kerana gagal menunjukkan lesen memandu. Biarpun tiada lesen, namun mereka tetap berani memandu dalam jarak yang agak jauh.
  
"Saya agak kesal dengan insiden seperti ini kerana masih ramai pengguna jalan raya yang kurang sedar tentang bahaya dan risiko bakal dihadapi jika memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut.

Abdul Rahman berkata dalam operasi itu, sebanyak 103 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 27 pemilik kenderaan diberi notis arah periksa kenderaan mereka.
  
Enam buah motosikal dan sebuah kereta turut disita dan enam  notis larangan penggunaan kenderaan dikeluarkan oleh JPJ sementara 55 saman dikeluarkan oleh pihak polis, katanya.
  
Operasi itu melibatkan daerah Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut dengan seramai 87 pegawai JPJ, polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.  - Bernama

Enjin Ekspres Sinaran Utara terbakar, 150 kandas



MAS ERAH AMRAN
9 Februari 2013
BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 150 penumpang terkandas apabila kepala kereta api Ekspres Sinaran Utara yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terbakar berdekatan Kampung Baru di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kebakaran berlaku di bahagian enjin kereta api yang menarik sembilan gerabak berlepas dari stesen Butterworth pada jam 2 petang.

Difahamkan, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Rejab Ahmad dipetik Bernama berkata, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.25 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
"Ketika pihak bomba sampai, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api dan kita berjaya mengawal api pada 2.47 petang sebelum ia dipadamkan sepenuhnya 36 minit kemudian," katanya.
Pemeriksaan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula di bahagian enjin kereta api yang disebabkan kebocoran tangki diesel.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu,"
katanya.
Salah seorang penumpang, Tan Way Soon, 21, seorang pelajar berkata, kejadian itu menyebabkan dia terlepas makan besar bersama keluarganya di Tapah, Perak sempena Tahun Baharu Cina esok.
"Saya baru nak tidur dan tiba-tiba kereta api berhenti agak lama di pertengahan perjalanan sebelum dimaklumkan lokomotifnya terbakar dan kereta api tergelincir.
"Saya harap dapat segera balik ke Tapah kerana esok nak sambut Tahun Baru Cina dan kami sedang menunggu pihak pengurusan KTMB untuk mengendalikan jadual perjalanan supaya masing-masing dapat sampai ke destinasi dengan selamat," katanya.
Seorang lagi penumpang Fauzi Mohd Noor, 50, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berkata beliau mendengar bunyi geselan yang kuat dan jeritan orang ramai ketika kejadian berlaku.
"Isteri saya (Robiah Awang) beritahu yang dia ternampak asap tebal dan kami beramai-ramai turun menyelamatkan diri sejurus kereta api berhenti. Sejak naik kereta api saya memang sudah tidak sedap hati dan menjangkakan ada sesuatu yang kurang baik akan berlaku namun tidak terlintas di fikiran kejadian seumpama ini akan terjadi," katanya.
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan berkata, beliau sendiri menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya, Cho Ha telah mengarahkan pihak KTMB menguruskan perjalanan kesemua penumpang ke destinasi masing-masing dalam tempoh segera kerana beberapa pelancong asing dari Jepun, China dan Amerika Syarikat turut terlibat dalam kejadian itu.
Usaha pihak media mendapatkan kenyataan pihak KTMB gagal selepas pengurusan di Pulau Pinang memaklumkan ibu pejabat akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam tempoh terdekat.

Perompak salah pilih mangsa



NURUL MAZWANA HAMDAN
9 Februari 2013
Perompak salah pilih mangsa
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Mohd Ismon Suratman ketika menunjukkan keadaan pagar yang dipotong suspek bagi membolehkan mereka masuk ke rumah mangsa.
Perompak salah pilih mangsa
Menantu mangsa menunjukkan keadaan kedua-dua tangannya diikat suspek.
Perompak salah pilih mangsa
Menantu mangsa menunjukkan kesan umpil pada gril.
TAIPING – Cubaan empat lelaki merompak rumah bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abd Jalil Abd Wahab membawa padah apabila salah seorang daripada mereka mati ditembak dalam kejadian jam 3 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah yang mengesahkan kejadian memaklumkan, empat suspek berkenaan dipercayai warga Indonesia, cuba memecah masuk melalui pintu gril di bahagian tepi rumah.

Menurutnya, sejurus berjaya memecah masuk, tiga suspek masuk ke bilik di tingkat atas rumah yang menempatkan anak perempuan, menantu dan dua cucu mangsa.

“Semua suspek bertopeng kemudian membawa turun anak perempuan dan menantu mangsa serta mengugut untuk cederakan mereka.

“Sementara itu, seorang lagi suspek cuba membuka pintu bilik Abd Jalil dan isterinya, namun Abd Jalil yang terlebih dahulu melihat sebilah parang dihulur melalui tepi pintu bilik telah melepaskan dua das tembakan,” katanya.

Beliau berkata, satu daripada dua das tembakan dari pistol jenis SMW .38 (Smith Wesson) milik Abd Jalil mengenai bahagian perut suspek yang berusia 41 tahun.

Menurutnya, semua suspek kemudiannya melarikan diri dan mayat suspek yang berjaya ditembak ditemui 100 meter dari rumah pada jam 6 pagi, manakala tiga lagi berjaya meloloskan diri.

“Kita turut menjumpai satu pisau lipat dan pemutar skru, dipercayai diguna untuk memecah masuk rumah bersama suspek yang berjaya ditembak. Keempat-empat suspek telah memotong pagar di tepi rumah untuk membolehkan mereka masuk ke dalam kawasan rumah tersebut.

“Kesemua suspek dipercayai baru memasuki negara ini pada 31 Januari lalu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mangsa minta tolong

Abd Jalil memberitahu, dia serta isteri, Azizah Saad, 61, mula merasa tidak sedap hati selepas mendengar anak perempuan mereka merintih meminta tolong.

“Mama tolong...mama tolong,” begitulah rintihan yang keluar daripada mulut anak perempuan Abd Jalil, Jazlina, 26, yang dipercayai dijadikan umpan oleh suspek untuk memujuk ibu dan ayahnya keluar dari bilik mereka di tingkat bawah.

Abd Jalil menceritakan, sejurus mendengar suara anak perempuannya, beliau dan isteri merasa sesuatu tidak kena dan tidak jadi membuka pintu bilik, sebaliknya menghidupkan kamera litar tertutup (CCTV) serta mengambil pistol yang berada di bahagian tepi katil.

“Semasa kejadian, saya serta enam anggota keluarga lain, termasuk seorang pembantu rumah sedang nyenyak tidur. Tiga suspek naik ke tingkat atas dan mengikat menantu saya, Adi Hafiz Mohd Yusuf, 34, menggunakan wayar seterika manakala seorang cucu, Arif Syazwan Mohd Sharif, 12, diikat menggunakan kain tudung.

“Suspek berjaya membuka sedikit pintu bilik saya dan saya sendiri ternampak parang yang dipegangnya. Kesempatan itu saya guna untuk melepaskan dua das tembakan ke arah suspek,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang, semalam.

Beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dan hanya dua telefon bimbit serta dua utas jam tangan berjaya dilarikan suspek.

7 ditahan polis, lebih 100kg kabel ditemui semula




10 Februari 2013
KULIM - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.
Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).
"Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu.
"Suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa pihak polis ke premis ini," katanya.
Menurut Mohd Nashir, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.  - Bernama

Pesawat penumpang terhempas, lima terbunuh



BRUSSELS 10 Feb. - Sebuah pesawat penumpang kecil terhempas di Lapangan Terbang Charleroi, di sini semalam, mengorbankan lima orang penumpang.
Kejadian tersebut juga menyebabkan lapangan tersebut yang juga merupakan hab bagi pesawat Ryanair dan lain-lain syarikat penerbangan kos rendah terpaksa ditutup.
Menurut jurucakap lapangan terbang itu, pesawat jenis Cessna berkenaan menghadapi masalah semasa berlepas dan cuba untuk kembali Lapangan Terbang Charleroi tetapi dikatakan terhempas di sebelah landasan.
Menurutnya, dua penumpang dan tiga kanak-kanak antara mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130210/lu_11/Pesawat-penumpang-terhempas-lima-terbunuh#ixzz2KRzbSjbe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek pembunuhan beramai-ramai ditembak



COTABATO 9 Feb. - Polis menembak mati seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan sebanyak 57 orang pada 2009, kes pembunuhan beramai-ramai terburuk di negara ini.
Maguid Amil cuba menghalang polis yang mahu menahannya di Maguindanao, sebelum melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah polis, kata jurucakap polis Melencio Mina.
Bom tersebut bagaimanapun tidak meletup dan anggota polis melepaskan tembakan ke arah Maguid menyebabkan dia terkorban.
Dalam kejadian lain di Maguindanao, seorang lagi suspek dalam tragedi itu, Nasser Guia ditahan polis selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.
Kedua-dua suspek itu didakwa menganggotai pasukan tentera persendirian yang ditubuhkan oleh seorang tuan tanah berpengaruh, Ampatuan yang menahan konvoi seteru politiknya pada 2009 dan membawa mereka ke sebuah bukit terpencil sebelum membunuh mereka.
Pembunuhan ahli keluarga, wartawan dan peguam itu dipercayai bertujuan menghalang seterunya daripada bertanding pada pilihan raya Mei, 2010 mencabar Ampatuan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130210/lu_09/Suspek-pembunuhan-beramai-ramai-ditembak#ixzz2KRx0lEOn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas 70 tahun ditinggalkan di tepi jalan



Madinah: Seorang lelaki berusia 70 tahun yang menderita penyakit Alzheimer dan demensia ditinggalkan di tepi jalan selepas Hospital Kesihatan Mental Madinah dan Pusat Hal Ehwal Sosial Madinah enggan membantunya.

Lelaki tua itu dibawa anak saudaranya ke hospital berkenaan dan ditinggalkan di situ. Apabila doktor memeriksanya, mereka mendapati dia menghidap Alzheimer dan demensia. Doktor memutuskan bahawa pesakit itu memerlukan khidmat penjagaan sosial dan perlu dirujuk kepada pusat hal ehwal sosial. Hospital itu menulis surat kepada balai polis tempatan menjelaskan keadaan warga emas terbabit dan meminta mereka membawanya ke pusat berkenaan.


Bagaimanapun, kakitangan pusat itu memberitahu anggota polis agar membawa semula warga emas berkenaan keesokan hari kerana pengarah mereka tiada.



Jurucakap polis Madinah Fahd al-Ghannam kemudian menulis surat kepada pejabat gabenor meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah warga emas berkenaan. - Al Arabiya

Pasar terbuka dibom



Empat bom kereta memusnahkan dua pasar terbuka di kawasan majoriti Syiah di Iraq, semalam, membunuh sekurang-kurangnya 31 orang serta mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Pengeboman di Baghdad dan sebuah bandar di selatan ibu negara Iraq itu adalah serangan terbaru dilakukan pemberontak Sunnah yang cuba mencetuskan keganasan antara mazhab serta menggugat kerajaan. Insiden semalam disasarkan ke pasar haiwan peliharaan di Kazimyah, serta pasar sayur-sayuran di Shomali, wilayah Hillah. Setiap Jumaat, penduduk Iraq bertumpu ke pasar untuk membeli-belah barang keperluan domestik kerana ia adalah hari cuti.


Sumber polis berkata, bom pertama meledak sebelum tengah hari di laluan masuk pasar Kazimyah.



Katanya, ketika orang ramai panik dan cuba meninggalkan kawasan itu, kereta kedua yang diisi bom diletupkan beberapa meter dari situ. “Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 45 cedera akibat dua letupan itu dan mereka semua adalah orang awam,” katanya.


Kira-kira sejam kemudian, dua bom kereta meletup serentak di Shomali, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan 26 lagi cedera.


Serangan semalam berlaku ketika sebahagian penduduk Iraq berfahaman Sunnah bangkit menyanggah kerajaan.

Semalam, puluhan ribu orang berkumpul di kawasan majoriti Sunnah di barat dan utara Iraq. Penunjuk perasaan menghalang dan mendirikan solat di lebuh raya utama Iraq ke Jordan.


Ramadi ialah ibu negeri wilayah Anbar dan bekas kubu kuat kumpulan al-Qaeda.

Bahana foto artistik



Seorang pelajar China nyaris maut selepas dirempuh kereta api ekspres yang berkelajuan 144 kilometer sejam ketika bergaya untuk foto ‘artistik’ di tepi landasan kereta api.

Xiao Li, 20, meminta rakannya, Xiao Qing mengambil beberapa gambar menarik dengan rambutnya mengerbang apabila kereta api berkenaan melewatinya di Shaodong, Hunan di selatan China.


Bagaimanapun, ketika Li cuba melakukan gaya yang sesuai, dia tersandung di landasan yang berbatu itu betul-betul di laluan kereta api dan tercampak apabila kereta api melanggar bahu kanannya. Bimbang dengan keadaan yang lebih buruk, pemandu kereta api itu segera membrekkan kenderaan terbabit, tetapi Li terselamat dan hanya mengalami lebam di bahu.



Li berkata: “Saya rasa tiba-tiba dilanggar dan saya tercampak di tepi landasan. Kereta api itu berhenti dan pemandunya menyangka dia mungkin telah membunuh saya. “Saya tidak menyedari saya hampir dirempuh. Bahu saya benar-benar lebam tetapi saya bertuah kerana masih hidup.


“Mungkin lain kali kami akan mengambil gambar di tempat yang tertutup,” katanya. Jurucakap polis berkata: “Menceroboh masuk ke kawasan landasan adalah dilarang dan Li sudah pun mendapat pelajaran daripadanya.” - Agensi

Wanita disamun lelaki pura-pura beli paku


 
Kuala Kangsar: Seorang wanita terpaksa bergelut dengan penjenayah bersenjatakan pisau Rambo yang menyamunnya ketika bekerja di kedai menjual alat pembinaan di Kampung Ngor, Sauk, di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian jam 11.15 pagi itu, Zabidah Abdul Hamid, 43, berkata dia bersama ibu mentuanya, Timah Kulup Asli, 75, didatangi seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli paku tetapi kemudian mengacukan pisau di perutnya dan mengarahkan berdiam diri.
Katanya, penjenayah meminta dia menyerahkan rantai leher dan apabila dimaklumkan tiada rantai berkenaan, suspek menarik tudung kepalanya.

Dia berkata, penjenayah bertambah berang apabila mendapati dia memang tidak memakai rantai.

“Ketika itu juga saya cuba menolak penjenayah menyebabkan berlaku pergelutan sebelum ibu mentua cuba membantu tetapi dihalang penjenayah berkenaan.

“Apabila saya melihat darah banyak keluar dari jari tangan kiri akibat terkena pisau Rambo, saya menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

“Lelaki itu keluar dan melarikan diri dengan motosikal rakannya yang menunggu di luar,” katanya di sini, semalam.
Zabidah berkata, penjenayah sempat mengambil wang RM200 dari dalam laci kaunter sebelum melarikan diri.

Katanya, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Kati, dekat sini.

Pasangan kekasih curi kabel, pecah rumah ditahan



Mohd Nashir (kanan) menunjukkan kabel   yang ditemui semula   dalam   serbuan di kedai barangan lusuh,  Sungai Ular, Kulim, semalam. - Foto Azahar Hashim 

Mohd Nashir (kanan) menunjukkan kabel yang ditemui semula dalam serbuan di kedai barangan lusuh, Sungai Ular, Kulim, semalam. - Foto Azahar Hashim
Kulim: Tindakan sepasang kekasih melanggar sekatan jalan raya berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu di sini, 31 Disember lalu membongkar kegiatan curi kabel dan pecah rumah.

Pasangan terbabit dipercayai melakukan jenayah di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Assisten Komisioner, Mohd Nashir Ya, berkata lelaki berusia 28 tahun dan teman wanitanya berusia 24 tahun ditahan jam 1.20 petang selepas merempuh sekatan ketika memandu di kawasan ladang kelapa sawit Batu Hampar, Kampung Air Puteh, Serdang dekat sini.

Katanya, hasil soal siasat membawa kepada penemuan kira-kira 100 kilogram (kg) kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) di kedai barang lusuh, di Sungai Ular di sini, semalam.

“Hasil serbuan itu polis berjaya menahan enam lelaki bersama seorang wanita berusia 22 sehingga 71 tahun di premis berkenaan yang menjalankan perniagaan besi buruk.

100kg kabel

“Polis juga berjaya menemui kira-kira 100kg kabel tembaga milik TNB dan TM yang dipercayai dicuri pasangan itu untuk dijual kepada pemilik premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Nashir berkata, premis berkenaan dipercayai menjadi tempat jualan kabel curi sekitar Kulim dan Pulau Pinang.

Katanya, pemilik premis itu juga didapati menjalankan kegiatan memproses kabel di dalam kedainya dengan berselindung di sebalik perniagaan barang lusuh.

2 maut selepas samun telefon bimbit



Anggota polis mengangkat mayat suspek selepas kejadian samun sebuah di premis di Teluk Kemang, semalam. - Foto Hazreen Mohamad  

Anggota polis mengangkat mayat suspek selepas kejadian samun sebuah di premis di Teluk Kemang, semalam. - Foto Hazreen Mohamad
Seremban: Dua lelaki yang melarikan diri dengan motosikal selepas menyamun telefon bimbit seorang pekedai di Teluk Kemang, Port Dickson, maut selepas melanggar pembahagi jalan di Mambau di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, suspek berusia 21 dan 27 tahun menaiki motosikal berasingan termasuk sebuah yang berkuasa tinggi Kawasaki Versys, sebelum itu melarikan diri daripada sepasukan polis yang mengejar mereka selepas dikesan di Kawasan Rehat dan Rawat Mambau Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata suspek yang menaiki Kawasaki Versys 650 dan Kawasaki RR150 bernombor pendaftaran palsu menyamun pekedai kek di Batu 6 Teluk Kemang dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Selepas dikesan, anggota kereta peronda dan trafik menghampiri suspek tetapi mereka melarikan diri sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di susur keluar Mambau Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

"Seorang suspek meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, polis menemui semula telefon pintar iPhone 4 dan Samsung SII yang disamun dalam kejadian sebelum itu.

Katanya, polis turut menemui dua parang panjang di dalam beg sandang seorang suspek yang dipercayai digunakan untuk menyamun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan 395 Kanun Keseksaan.

Ekspres Sinaran Utara tergelincir




BEGINILAH keadaan gerabak kereta api Ekspres Sinaran Utara yang tergelincir menyebabkan 150 penumpang terkandas di Kampung Baru, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Lebih 150 penumpang kereta api Ekspres Sinaran Utara terkandas selepas tergelincir di Kampung Baru di sini semalam ketika dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian 2.20 petang itu, lokomotif kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa 10 gerabak penumpang itu turut mengalami kebakaran kecil dipercayai akibat kebocoran diesel.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Rejab Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.25 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
"Ketika pihak bomba sampai, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api dan kita berjaya mengawal api pada 2.47 petang sebelum ia dipadamkan sepenuhnya 36 minit kemudian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini semalam.
Pemeriksaan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula di bahagian enjin kereta api yang disebabkan kebocoran tangki diesel.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu," katanya.
Salah seorang penumpang, Tan Way Soon, 21, seorang pelajar berkata kejadian itu menyebabkan dia terlepas makan besar bersama keluarganya di Tapah, Perak sempena Tahun Baru Cina hari ini.
"Saya baru mahu tidur dan tiba-tiba kereta api berhenti agak lama di pertengahan perjalanan sebelum dimaklumkan lokomotif terbakar dan kereta api tergelincir.
"Saya harap dapat segera balik ke Tapah kerana esok (hari ini) mahu sambut Tahun Baru Cina dan kami sedang menunggu pihak pengurusan KTMB untuk mengendalikan jadual perjalanan supaya masing-masing dapat sampai ke destinasi dengan selamat," katanya.
Seorang lagi penumpang Fauzi Mohd. Noor, 50, yang merupakan orang kelainan upaya berkata, dia mendengar bunyi geselan yang kuat dan jeritan orang ramai ketika kejadian berlaku.
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan berkata, dia sendiri menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya Cho Ha telah mengarahkan pihak KTMB menguruskan perjalanan kesemua penumpang ke destinasi masing-masing dalam tempoh segera kerana beberapa pelancong asing dari Jepun, China dan Amerika Syarikat turut terlibat dalam kejadian itu. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2KRoIgQjB 
Hakcipta terpelihara 

Warga emas maut digilis kereta

Warga emas maut digilis keretaMayat mangsa ditutup dengan surat khabar sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
RAUB – Seorang warga emas lelaki maut apabila digilis kenderaan lain selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta dalam kejadian kemalangan di Kilometer 336 Jalan Raub–Lipis berhampiran Kampung Temau, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Ng Beng Peng, 79, yang maut di tempat kejadian, berasal dari Sungai Jan, Jerantut.

Menurutnya, kira-kira jam 9.10 malam kelmarin, Beng Peng dipercayai menunggang motosikal dari arah Raub dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Saga.

"Pertembungan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan lalu dilanggar kereta lain yang tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan mendapati mangsa mempunyai lesen memandu dan memakai topi keledar.

Katanya, ketika kejadian, keadaan jalan lurus tetapi gelap kerana tiada lampu jalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian.

“Kita juga harap masyarakat dapat menghubungi polis di talian 09-3554999 untuk menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan dan keamanan kawasan setempat,” katanya.

Ramai penduduk Hong Kong beli ular



HONG KONG - Jualan ular sebagai haiwan peliharaan di pulau ini melambung ketika orang ramai sibuk melakukan persiapan menyambut Tahun Baru Cina semalam.
Tahun Baru Cina kali ini jatuh pada tahun ular menurut kalendar masyarakat Tionghua.
Ular menjadi binatang pilihan dalam kalangan penduduk kota raya ini ekoran haiwan itu mudah dijaga dan tidak memerlukan ruang yang banyak.
Di kedai Reptile Paradise yang menjual ular, cicak, kura-kura dan pelbagai reptilia lain di sini, berpuluh-puluh anak ular berusia beberapa minggu bertukar tangan.
"Kami melihat peningkatan jualan ular antara 20 hingga 25 peratus pada bulan ini berbanding tempoh sama tahun lalu," kata pengarah kedai berkenaan, Vincent Cheung.
Menurutnya, dia menjual antara 100 hingga 150 ekor ular sejak tiga bulan lalu dengan peningkatan serupa berlaku pada 2001 yang juga jatuh pada tahun ular.
"Apabila Tahun Ular tiba, orang ramai akan membeli ular. Menjaga ular adalah mudah dan ringkas berbanding reptilia lain," tambahnya.
Kebanyakan penduduk di sini gemar memelihara ular jagung Amerika Utara dan ular susu yang boleh membesar sepanjang sekitar 1 meter.
Walaupun ular merupakan simbol kebijaksanaan dan kegembiraan dalam masyarakat Cina, haiwan itu juga dikaitkan dengan tragedi. Sebahagian orang Cina percaya sesebuah keluarga akan ditimpa bencana jika rumah mereka dimasuki ular.
Dalam aspek makanan, ular merupakan makanan eksotik yang digemari penduduk selatan China. Daging ular dipercayai dapat melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan penyakit pada musim sejuk. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2KRnEH7yb 
Hakcipta terpelihara 

Kumpulan bersenjata bunuh sembilan wanita




ORANG RAMAI melihat keadaan sebuah klinik yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Kano, utara Nigeria kelmarin.


KANO - Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dalam serangan kejam di dua klinik polio di Nigeria kelmarin sekali gus mengancam kempen membasmi penyakit tersebut.
Tujuh wanita ditembak mati di sebuah klinik manakala seorang lelaki dan dua wanita dibunuh di sebuah klinik lain. Kedua-dua serangan berlaku di sini, utara Nigeria.
Jurucakap polis, Magaji Majia berkata, sembilan orang mati di tempat kejadian apabila beberapa lelaki bersenjata menaiki beca berenjin "menyerang dua klinik semasa beberapa petugas bersiap sedia untuk keluar menjalankan kempen imunisasi polio".
Seorang doktor berkata, angka kematian meningkat kepada 10 orang apabila seorang wanita yang cedera dalam serangan itu meninggal dunia di hospital.
Setakat ini, polis tidak pasti kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Bandar ini menjadi sasaran serangan kumpulan militan Boko Haram manakala beberapa kumpulan penjenayah yang mempunyai hubungan dengan politik tempatan turut beroperasi di sini.
Jarak antara kedua-dua klinik tersebut ialah lima kilometer.
Di sebuah bangunan di mana tujuh wanita itu dibunuh, banyak tingkap pecah dengan pintu hadapan bangunan menjadi hitam akibat kesan terbakar manakala darah kelihatan terpercik di lantai.
"Dua lelaki itu memegang senjata. Mereka menyerbu ke dalam klinik dan mula menembak," kata seorang penduduk setempat.
Tiga mangsa lain yang cedera dalam serangan tersebut kini dirawat di hospital. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2KRmj9NYP 
Hakcipta terpelihara 

Teman lelaki Claudia masih ditahan bantu siasatan



Muhd. Khairun Aseh bersama Dora Theophilus bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di KLIA, Sepang, semalam.
SEPANG 9 Feb. - Seorang lelaki warganegara Lebanon yang dipercayai teman lelaki kepada penerbit bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, Claudia Theophilus yang terbunuh akibat terkena tembakan secara tidak sengaja pada Sabtu lalu, masih ditahan pihak berkuasa di sana.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya daripada pihak polis di negara itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nabil ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Katanya, ketika kejadian, selain mendiang dan Nabil terdapat seorang lagi lelaki tetapi suspek kedua itu telah dibebaskan.
"Biarpun pihak berkuasa di sana mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan, tetapi mereka sedang mencari undang- undang yang sesuai untuk mendakwa suspek.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130210/dn_05/Teman-lelaki-Claudia-masih-ditahan-bantu-siasatan#ixzz2KRlyDIae
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pecah rumah: 3 penjenayah diburu


IPOH 9 Feb. - Polis sedang memburu tiga penjenayah yang terlibat dalam kejadian pecah masuk kediaman milik bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang dekat Taiping semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, gerakan mengesan ketiga-tiga penjenayah warga Indonesia itu bermula sejak semalam tetapi setakat ini belum berhasil.
"Kita percaya mereka membuat persediaan lengkap sebelum melakukan rompakan tersebut sehinggakan tiada petunjuk kukuh yang ditemui.
"Bagaimanapun operasi dilakukan secara berterusan termasuk melancarkan operasi di penempatan pekerja asing di daerah ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130210/je_04/Pecah-rumah-3-penjenayah-diburu#ixzz2KRlUgj3r
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki ditahan bawa sepucuk pistol tiruan



SHAH ALAM 9 Feb. - Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol tiruan bersama sebutir peluru di hadapan sebuah hotel di Klang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan ketika berada dalam sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam pada pukul 7.30 malam.
Beliau berkata, sepasukan polis yang sedang membuat rondaan menghampiri suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mencurigakan dan selepas diperiksa polis menemukan sepucuk pistol tiruan berwarna hijau gelap serta sebutir peluru.
"Kita percaya suspek yang positif dadah jenis methamphetamin sedang merancang untuk mencari mangsa dan melakukan kegiatan samun serta peras ugut," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130210/je_02/Lelaki-ditahan-bawa-sepucuk-pistol-tiruan#ixzz2KRl9oKzF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua diberkas, dadah RM500,000 dirampas



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Polis percaya dapat melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di ibu negara ekoran tertangkapnya dua lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Bukit Bintang di sini pada Rabu dan Khamis lalu.
Dalam serbuan pertama di Jalan Walter Grainer, Bukit Bintang kira-kira pukul 4 petang, sepasukan anggota dari Jabatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur berjaya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 2,010 gram di dalam sampul berwarna coklat.
Dalam serbuan kedua pada keesokannya, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun ditahan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, nilai rampasan dadah dari kedua-dua lelaki tersebut dianggarkan bernilai RM500,000.
Menurut Wan Abdullah, pihaknya turut memeriksa sebuah rumah dekat Desa Aman Puri, Kepong milik suspek pertama dan menemukan pelbagai jenis dadah disimpan dalam rumah tersebut.
Jelasnya lagi, modus operandi yang digunakan suspek pertama adalah dengan menunggu di dalam kereta sebelum menyerahkan bekalan dadah kepada pelanggan.
“Dadah yang dirampas itu ditemui dalam enam peket plastik lutsinar dan 380 biji kapsul dibungkus dalam plastik lutsinar dipercayai pil ekstasi.
“Siasatan lanjut terhadap suspek pertama itu juga mendapati dia mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta beberapa rekod jenayah lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, pemeriksaan terhadap suspek kedua pula menemukan 726 serbuk gram serbuk putih disyaki pil ekstasi dan 430 biji pil disyaki dadah jenis sama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130209/je_02/Dua--diberkas-dadah-RM500000-dirampas#ixzz2KRjiQcoy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aset suspek kes tipu RM895j dibeku



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan pihak berkuasa memeriksa dan membekukan semua rekod kewangan serta aset seorang suspek dalam kes penipuan membabitkan RM895 juta di Filipina.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara komited membantu semua pendakwaan dalam sebarang kes jenayah tanpa mengira kerakyatan.
"Semalam, Pejabat Peguam Negara menerima permintaan rasmi daripada Jabatan Keadilan Filipina bagi Bantuan Perundangan Bersama hal berkaitan jenayah.
"Permintaan ini sedang diurus oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Gani berkata, pada Rabu, satu mesyuarat berlangsung di pejabatnya antara beliau dan Timbalan Menteri Jabatan Keadilan Filipina Jose Vicente B.
Salazar, Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya, Setiausaha Pertama Kedutaan Filipina di Malaysia, Maria Antonina Oblena dan Atase Politik Kedutaan Filipina di Malaysia, Joy Calip.
"Dalam mesyuarat itu, Salazar meminta suspek diekstradisi ke Filipina untuk berdepan pertuduhan jenayah dan satu perintah pembekuan ke atas aset, simpanan dan pelaburan milik suspek serta mereka yang berkaitan dengannya," katanya.
Terdahulu, laporan awal menyebut suspek, Muhammad Kamal Sa'aid @ Mohamad Sufian Saaid atau Manuel Karingal Amalilio, adalah dalam senarai orang yang dikehendaki oleh kerajaan Filipina kerana disyaki terlibat dalam satu kes penipuan membabitkan RM895 juta menerusi skim cepat kaya.
Apabila kerajaan Filipina mengarahkan suspek ditahan pada November lalu, dia melarikan diri ke Sabah.
Media turut melaporkan Amalilio ditahan pada 22 Januari lepas di Ranau, Sabah dan polis Malaysia mendapati suspek berada dalam senarai orang yang dikehendaki kerajaan Filipina.
Pihak berkuasa Filipina kemudian menghantar satu pasukan ke Sabah bagi membawa pulang Amalilio untuk berdepan pertuduhan di negara itu.
Walau bagaimanapun, 10 minit sebelum Amalilio dan ejen daripada Biro Siasatan Kebangsaan Filipina menaiki pesawat ke negara itu, polis Malaysia menahan mereka.
Ini kerana siasatan mendapati pasport Filipina yang dimiliki suspek adalah palsu dan hakikatnya, dia rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, penghantaran suspek ke Filipina perlu dilakukan selaras Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002.
Abdul Gani berkata, pada 25 Januari lepas, Amalilio ditahan polis Malaysia di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah kerana memiliki pasport asing palsu.
Beliau berkata, penahanan itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 12(1)(d) Akta Pasport 1966.
"Selepas itu, Amalilio yang didakwa pada 4 Februari lalu, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret pada hari sama," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130209/ma_03/Aset-suspek-kes-tipu-RM895j-dibeku#ixzz2KQRlhpMu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Subahat menipu: Penjual roti dipenjara 3 tahun, 2 sebatan



PETALING JAYA 8 Feb. - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan terhadap seorang penjual roti kerana bersubahat menipu sebuah syarikat pembinaan melibatkan sejumlah RM500,000 tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, dan memerintahkan V.Rajamorthy, 34, menjalani hukuman mulai hari ini.
Dalam penghakimannya, Rozina berkata pihak bank mengesahkan terdapat transaksi wang masuk sebanyak RM500,000 ke akaun Rajamorthy, dan tertuduh telah mengeluarkan RM200,000.
Mengikut pertuduhan, Rajamorthy didakwa bersubahat dengan anak saudaranya, N.Tamil Arasi, 20, yang bertugas sebagai pembantu akaun di syarikat itu, mengeluarkan wang tersebut di Hong Leong Bank Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 3.30 petang, 8 Mei tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Tamil Arasi didapati bersalah menyediakan telegrafi transfer (TT) syarikat pembinaan tersebut yang berjumlah RM500,000 ke akaun Rajamorthy bagi tujuan pembayaran gaji pekerja asing, sehingga mendorong sebuah bank membuat pembayaran ke dalam akaun Rajamorthy.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman terhadap Tamil Arasi sementara menunggu laporan akhlak daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Hakim Rozina kemudian membenarkan Tamil Arasi dijamin sebanyak RM20,000 dengan ibunya sebagai penjamin, dan disenarai hitam ke luar negara serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu.
Hakim menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan kes.
Seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mathavan Manikam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130208/ma_13/Subahat-menipu-Penjual-roti-dipenjara-3-tahun-2-sebatan#ixzz2KQB9pHoU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjenayah ditembak mati



Salah satu adegan empat penjenayah warga Indonesia yang dapat dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di banglo milik bekas Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah, di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang, Taiping awal pagi semalam.
TAIPING 8 Feb. - Seorang daripada empat penjenayah warga Indonesia mati ditembak setelah tersalah percaturan apabila memecah masuk sebuah banglo milik bekas Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah, di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Abd. Jalil Abd. Wahab, 63, tidak mempunyai pilihan selain melepaskan dua das tembakan ke arah perompak yang bertopeng itu kerana mereka bersenjatakan parang panjang.
Mayat dipercayai seorang daripada penjenayah terlibat kemudian ditemui berdekatan kawasan semak, kira-kira 150 meter dari banglo berkenaan.
Menurut Abd. Jalil, perompak terlibat mengumpil besi jeriji pintu di tingkat bawah rumah sebelum mengikat menantunya, Adi Hafiz Yusop, 34, dan cucunya, Arif Syazwan Mohd. Shariff, 12.
Katanya, suspek menggunakan anak perempuannya, Jazlina, 28, sebagai tebusan dan umpan memanggilnya yang ketika itu tidur dalam bilik di tingkat atas.
“Suara anak saya sedikit lain menyebabkan saya tidak sedap hati lalu membuka kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut melihat kelibat tiga lelaki sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik saya sambil menghunus parang panjang.
“Saya mencapai pistol yang disimpan di tepi almari dan selepas membuka pintu secara perlahan, saya nekad melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Abd. Jalil yang bersara daripada perkhidmatan pada 2005 berkata, sebaik sahaja tembakan pertama dilepaskan, beliau segera keluar dari bilik berkenaan dan melepaskan satu lagi das tembakan ke arah kumpulan perompak yang bertempiaran lari.
Sementara itu, Jazlina berkata, selepas dikejutkan perompak berkenaan, tangan dan mulut suaminya telah diikat menggunakan wayar seterika dan diarahkan supaya mendiamkan diri.
“Sejurus menahan suami, mereka membawa saya menunjukkan bilik anak saudara, Arif Syazwan dan selepas mengikat murid tahun enam itu, saya dipaksa supaya memanggil ‘tuan rumah’ iaitu ayah saya," katanya.
Jazlina memberitahu, perompak berkenaan hanya melarikan dua unit telefon bimbit dan seutas jam tangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, polis sedang memburu baki tiga penjenayah terlibat dengan bantuan Unit Anjing Pengesan.
“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya penjenayah berkenaan merupakan warga Indonesia dan mayat salah seorang suspek dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130209/je_01/Penjenayah-ditembak-mati#ixzz2KQ7Mn5bO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

53 orang maut dalam kemalangan bas, trak



Mayat penumpang bas bergelimpangan di bahu jalan dalam kemalangan yang mengorbankan 53 penumpang bas di Zambia, semalam. - AGENSI
LUSAKA 7 Feb. - Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah bas penumpang dan sebuah trak berhampiran ibu negara Zambia, hari ini.
‘‘Saya boleh mengesahkan bahawa seramai 53 orang terbunuh dalam kemalangan itu,’’ kata seorang pegawai di pejabat Naib Presiden, Harry Kalaba.
Katanya, kemalangan itu berlaku kira-kira 100 kilometer dari utara Lusaka.
‘‘Beberapa mayat masih terperangkap di bawah trak dan sebuah kren telah dipanggil bagi membantu mengalihkan trak itu,’’ katanya.
Bas penumpang itu merupakan milik Perkhidmatan Pos Zambia dan sedang dalam perjalanan dari perlombongan Copperbelt ke Lusaka.
Gambar yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan mayat penumpang bas bergelimpangan berhampiran bangkai bas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130208/lu_03/53-orang-maut-dalam-kemalangan-bas-trak#ixzz2KQ4iEJz1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat ditahan rogol berkumpulan di India



NEW DELHI 8 Feb. - Polis di sini semalam menahan empat lelaki selepas mereka dipercayai terlibat dalam satu kes rogol berkumpulan membabitkan seorang ibu muda berusia 24 tahun selepas mengejar sebuah kereta yang digunakan untuk membawa mangsa.
Insiden yang berlaku pada malam Rabu itu berlaku kurang dua bulan daripada kejadian sama yang berlaku ke atas seorang pelajar perubatan yang dirogol secara ganas di dalam sebuah bas yang mengakibatkan wanita tersebut meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Singapura.
Lelaki itu memasuki ibu negara ini selepas merogol wanita berkenaan namun mereka gagal menghentikan kenderaan mereka pada salah satu pusat pemeriksaan yang diwujudkan ekoran serangan pada 16 Disember lalu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan daripada mana suspek membawa mangsa mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130208/lu_08/Empat-ditahan-rogol-berkumpulan-di-India#ixzz2KQ34qtq0
© Utusan Melayu (M) Bhd