Search This Blog

Saturday, February 9, 2013

Feri karam, lebih 50 hilang



Gambaran keadaan feri di Bangladesh yang sarat dengan penumpang. Dalam kejadian semalam lebih 50 orang dilapor hilang selepas sebuah feri membawa lebih 100 penumpang karam di Sungai Meghna setelah berlanggar dengan sebuah bot membawa pasir. - AFP
DHAKA 8 Feb. - Berpuluh-puluh penumpang dikhuatiri terbunuh, selepas sebuah feri yang membawa lebih 100 penumpang karam setelah terlibat dalam satu nahas di sebatang sungai di Bangladesh, hari ini.
Feri tersebut melalui Sungai Meghna, berdekatan bandar Gazaria di daerah tengah Munshiganj, pada kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan), sebelum ia berlanggar dengan sebuah bot yang membawa pasir.
Beberapa penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai ketika bot itu tenggelam dengan pantas, sementara selebihnya masih hilang.
Pegawai Daerah Munshiganj, Saifuddin Badal berkata, lebih 50 penumpang dikhuatiri hilang dan 25 lagi berjaya menyelamatkan diri.
Saifuddin berkata, feri MV Sarosh itu membawa penumpang dari ibu negara Dhaka ke daerah tenggara Chandpur.
“Bot penyelamat dihantar ke tempat kejadian dan kami berharap dapat menunda kapal tersebut secepat mungkin," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130209/lu_04/Feri-karam-lebih-50-hilang#ixzz2KPz1kQRQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Plat palsu bocor rahsia



Kuala Lumpur: Malang berganda buat seorang lelaki warga Bangladesh apabila bukan saja kerugian lebih RM700 selepas pelanggan gagal membayar tempahan makanan, malah turut dicekup polis atas kesalahan menggunakan motosikal curi milik pelanggan yang sama dalam kejadian di Jalan Ipoh, di sini malam kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu didatangi seorang lelaki tempatan yang membuat tempahan pelbagai jenis makanan di restorannya namun apabila dia diminta membayar, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya jenis Modenas Kriss sebagai cagaran pada Disember tahun lalu.


Lelaki itu kemudian menukar nombor pendaftaran motosikal berkenaan untuk kegunaan harian tetapi tindakannya itu dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang membuat pemeriksaan berhampiran restoran di Jalan Ipoh, jam 7 malam.

Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika anggotanya membuat rondaan, mereka mengesan sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu diletakkan berhampiran sebuah restoran dalam keadaan berkunci.

Tetap sebat 10 kali



Mahkamah Rayuan di sini, semalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan rotan terhadap seorang buruh yang merogol adik ipar bawah umur di ladang getah pada 2008.

Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 34 tahun itu terhadap sabitan, hukuman penjara dan sebatan.


Tan berkata selepas meneliti keterangan mangsa, mahkamah yakin terdapat bukti jelas berlaku penembusan. Beliau berkata mahkamah tidak ditunjukkan sebarang alasan mengapa ia harus mengubah keputusan Mahkamah Sesyen, justeru, mahkamah tidak dapat mencari sebarang sebab untuk mengganggu keputusan itu. Ketika menolak rayuan lelaki itu terhadap hukumannya, Tan berkata, hukuman penjara dan sebatan yang diputuskan Mahkamah Sesyen tidak keterlaluan.

“Kami tidak boleh mengambil peranan mahkamah yang menjatuhkan hukuman.


“Selagi hukuman itu tidak keterlaluan, ia bukanlah fungsi Mahkamah Rayuan untuk mengganggu hukuman yang diputuskan mahkamah rendah,” kata Tan yang mengetuai panel itu bersama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki dan Datuk Mah Weng Kwai.


Pada 27 Januari 2011, Mahkamah Sesyen Sungai Petani mendapati tertuduh bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun satu bulan di ladang getah di daerah Kuala Muda, Kedah antara 1.30 tengah hari dan 4 petang pada 7 November 2008. Mahkamah Sesyen mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan rotan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 November 2008. Pada 3 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuan lelaki itu terhadap sabitan dan hukuman.

Berdasarkan fakta kes mangsa membonceng motosikal yang ditunggang tertuduh selepas gadis itu diminta mengikutnya ke pusat beli-belah, tetapi sebaliknya tertuduh membawa mangsa ke ladang getah sebaik hujan mulai turun.


Peguam KT Jayaraj yang dilantik Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan cawangan Kedah mewakili tertuduh dalam hujahannya mempertikaikan sama ada berlaku hubungan seks kerana beliau berkata tiada bukti jelas menunjukkan ia berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya, Munahyza Mustapha berkata, mangsa yang memberi keterangan bahawa terdapat penembusan adalah seorang saksi yang boleh dipercayai. - BERNAMA

Polis siasat saudara baru diabai suami



Gombak: Polis akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk mengambil keterangan pihak berkaitan berhubung kejadian menimpa Agnes Abdullah, 36, saudara baru yang mendakwa diabaikan suaminya sehingga menanggung hutang berjumlah RM2 juta.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, berdasarkan beberapa laporan yang dibuat mangsa sebelum ini, termasuk dakwaan dia dipukul suaminya akan diteliti bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.


Katanya, siasatan awal polis mendapati tidak wujud sebarang kes jenayah, namun siasatan lanjut dilakukan berdasarkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) yang diterima Agnes daripada Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang sebelum ini.

“Kami akan memanggil pengadu sekali lagi untuk rakaman percakapan termasuk suaminya dan polis akan mendapatkan beberapa agensi berkaitan seperti pejabat agama daerah untuk mendapatkan butiran bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Agnes bersama wakil Harian Metro di pejabatnya, semalam. Abdul Rahim berkata, selanjutnya, pihaknya akan memanjangkan perkara itu kepada pihak berkaitan bagi membantu ahli perniagaan itu mendapatkan IPO lanjutan dari mahkamah jika mendapati terdapat asas dalam laporan polis dibuatnya. Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Agnes, 36 kini tenggelam punca selepas hasratnya membina hidup berkeluarga sebagai saudara baru tidak menjadi kenyataan apabila dia kini menanggung beban hutang RM2 juta.


Selain itu, dia berdepan kemungkinan diisytihar muflis berikutan semua hutang berkenaan menggunakan namanya menyebabkan dia yang menjadi buruan institusi kewangan.


Dalam pada itu, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut membantu mendapatkan semula salinan sijil nikah Agnes dan suaminya sebagai asas untuk urusan berkaitan lain.

100 meter air hilang



Kuala Lumpur: Lebih 100 meter air di lot kedai Kepong Entrepreneurs Park, Kepong hilang dipercayai dicuri sejak tiga minggu lalu.

Pengusaha pemprosesan makanan, Loh Kok Wai, 48, berkata, masalah itu disedari seawal jam 6 pagi beberapa hari lalu ketika pekerjanya ingin mencuci kilang.


“Pada mulanya saya tidak menyedari masalah itu dan membuka kilang seperti biasa. Bagaimanapun, sebaik keluar dari kilang, pekerja menghubungi saya dan memaklumkan tiada bekalan air di kilang.



“Apabila diperiksa kami mendapati dua meter air yang digunakan hilang menyebabkan terputus bekalan air,” katanya kepada media, di sini, semalam.


Tambahnya, sebelum ini pemilik premis di Jalan Metro Perdana Timur 6,7,8 dan 9 menghadapi masalah sama dan minggu ini, kejadian curi meter air mula berlaku di Jalan Metro Perdana Timur 10 yang menjadi lokasi premis miliknya.


“Kami cuba menghubungi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi memaklumkan perkara itu malangnya tidak diangkat menyebabkan kami datang ke pejabat SYABAS di Gombak.

“Kami difahamkan, aduan meter air dicuri atau hilang hanya boleh dibuat terus ke pejabat bagi membolehkan tindakan segera dilakukan oleh SYABAS,” katanya.


Seorang lagi mangsa, Hoong Fan Chup, 63, berkata, walaupun meter air itu dicuri bukan atas kecuaian pemilik premis, SYABAS mengenakan bayaran RM81 bagi membolehkan meter air baru dipasang.

“Bagaimana jika meter air itu dicuri lagi, adakah kami perlu membayar lagi kepada SYABAS untuk pemasangan meter baru,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pusat Khidmat Komuniti Kepong, Yee Poh Ping meminta SYABAS menambah baik pemasangan meter air bagi mengelak kejadian itu berulang.


“Sepatutnya SYABAS tidak mengenakan bayaran seperti itu kerana meter air menjadi tanggungjawab SYABAS.


“Mereka sepatutnya memasang pagar pada meter air bagi mengelakkan ia mudah dicuri.


“Malah Pengarah SYABAS Gombak memaklumkan mereka menerima beberapa aduan mengenai kehilangan meter air. Ini bermakna mereka sudah sedia maklum mengenainya dan boleh mengambil langkah penyelesaian segera,” katanya.


Selain itu, tambahnya SYABAS perlu mengkaji semula bahagian dalaman meter air yang mungkin berharga untuk pencuri menjualnya kepada peraih.


Sementara itu, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, berdasarkan Sekyen 81 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Syabas berhak menuntut caj yang dikenakan ke atas pemasangan meter baru.


“Dalam hal ini, pemilik premis bertanggungjawab menjaga keselamatan meter air masing-masing walaupun berada di luar premis.


“Ini bermakna mereka (pemilik premis) perlu membayar RM81 termasuk caj ganti rugi pemasangan meter RM13 jika meter air hilang.


“Berdasarkan rekod, bermula 1 Januari hingga hari ini (semalam), SYABAS menerima 42 aduan meter hilang di sekitar Taman Kepong Baru, Kepong Indah, Usahawan, Daya dan Indah,” katanya.

Belasah dalam tandas sekolah



Dipukul, ditumbuk dan ditendang. Itulah ‘hadiah’ yang diterima seorang pelajar sebuah sekolah menengah, hanya kerana menegur jam tangan rakannya itu terkena najis dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Pulau Indah, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan satu dipukul lima rakan sekolahnya yang tidak berpuas hati dengan teguran mangsa yang dianggap sengaja mempersendakannya.


Akibat digusti dalam tandas sekolah berkenaan, mangsa cedera termasuk bengkak di beberapa badan termasuk muka, mulut dan hidung.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jamilah, 47, berkata, anaknya dipukul lima pelajar selepas ditarik ke dalam tandas.


Dia berkata, anaknya tidak dapat melawan kerana jumlah pelajar yang memukulnya ramai dan bimbang dicederakan lebih teruk lagi sekiranya cuba mempertahankan diri.


“Selepas dipukul, ditumbuk dan disepak bertubi-tubi, anak saya akhirnya tidak dapat menahan kesakitan dan menjerit agar perlakuan lima rakannya itu diketahui pelajar lain.

“Jeritan anak menyebabkan pelajar terbabit berhenti memukulnya namun sebelum beredar, seorang daripada mereka mengugut memukulnya semula sekiranya memaklumkan kejadian itu kepada guru dan keluarga,” katanya.


Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu seorang lagi anaknya ketika mengambil adiknya itu pulang dari sekolah pada jam 6.45 petang.

Dia yang terkejut dengan kejadian itu tidak menyangka pelajar sekolah berkenaan sudah berani bertindak samseng hanya kerana perselisihan faham.


Menurutnya, bimbang anaknya terus menjadi mangsa, dia membuat laporan di Balai Polis Pandamaran sebelum kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.


Selepas keterangan diambil, anaknya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.


“Saya bersyukur kerana laporan dikeluarkan doktor mengesahkan anak saya hanya mengalami bengkak dan lebam pada bahagian badan,” katanya.


Katanya, dia sudah bertemu dengan pihak pengurusan sekolah bagi mengetahui tindakan disiplin yang akan diambil untuk memastikan kejadian sama tidak berulang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.


Katanya, polis akan berjumpa guru disiplin sekolah terbabit untuk membincang mengenai kejadian itu dan meminta semua pihak terbabit menyelesaikan perkara itu secara baik.


“Kami harap ibu bapa pelajar dan pihak sekolah dapat selesaikan masalah secara rasional memandangkan mereka masih bersekolah.


“Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa mengawasi tindak tanduk dan pergaulan anak mereka. Guru juga tidak terkecuali untuk memantau setiap pergerakan pelajar di sekolah,” katanya.

Belum sampai ajal



Tiga beranak terselamat selepas sempat keluar dari kereta mereka yang terbakar tiba-tiba di Jalan Sungai Ujong, berhampiran Muzium Negeri di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Mohammad Iqbal Md Salleh dan isterinya, Nurul Hadida Abu Bakar, 31, dan anak mereka Nuha Aliesya, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.


Mohammad Iqbal berkata, dia terhidu bau asap sebelum kejadian itu, namun mengabaikannya kerana menyangka ia datang dari stesen minyak berhampiran.

“Bagaimanapun, kesesakan teruk menyebabkan saya mematikan enjin sebentar disebabkan penghawa dingin rosak.


“Apabila saya menghidupkan semula enjin, terdapat percikan api di bahagian bonet depan kereta sebelum bahagian itu mula terbakar dengan pantas,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Kamarulzami Harith, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah enjin kereta dan pihaknya masih menyiasat lanjut.

Pakar curi motor tumpas



Teluk Intan: Seorang pakar curi motosikal yang bergiat aktif mencuri motosikal di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak diberkas polis di Jalan Changkat Jong di sini, selepas dikesan menyembunyikan 11 motosikal dicuri di dalam kebun kelapa sawit berhampiran.

Dalam operasi ‘Ops Lejang’ jam 3 petang kelmarin, suspek yang berusia 30-an diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dan anggota Balai Polis Teluk Intan diketuai Inspektor Norzanual Ahmad.


Timbalan Ketua Polis daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kehilangan motosikal yang sering berlaku di sekitar daerah itu.



“Susulan laporan dibuat mangsa sebelum ini, kami melakukan intipan di ladang kelapa sawit di kawasan pedalaman Changkat Jong dan hasilnya 11 motosikal pelbagai model ditemui semula manakala seorang suspek ditahan untuk siasatan. “Pemeriksaan mendapati beberapa motosikal yang ditemui itu pernah dilaporkan hilang oleh pemiliknya di beberapa balai polis di Balai Polis Hutan Melintang, Balai Polis Teluk Intan, Balai Polis Slim River di Perak, Balai Polis Sungai Way, Balai Polis Sungai Besar dan Balai Polis Sea Park di Selangor serta Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur,” katanya, semalam.


Berikutan itu, Zaki menggesa majikan mengambil inisiatif memantau pergerakan dalam ladang atau premis milik mereka selain memberi kerjasama kepada polis untuk menangani masalah kecurian motosikal.


Beliau berkata, motosikal curi banyak digunakan penjenayah untuk melakukan jenayah lain seperti ragut dan samun.

Lima ditahan disyaki bunuh juruteknik

Shah Alam: Misteri penemuan tulang dalam sebuah kereta Proton Waja di Alam Impian, Seksyen 35, 1 Februari lalu membawa kepada penahanan lima lelaki yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang juruteknik yang juga individu yang memandu kereta berkenaan.

Lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai dibunuh sebelum sebahagian badannya dibuang ke laut berdekatan jambatan menuju ke Pulau Indah manakala sebahagian lagi dibakar bersama kereta Proton Waja yang digunakan mangsa.


Namun, status analisis tulang yang ditemui di dalam kereta Proton Waja yang ditemui terbakar masih belum diperoleh daripada Jabatan Kimia.

Semua lelaki berusia 18 hingga 35 tahun itu ditahan kelmarin dan semalam antara jam 6.30 petang hingga 12.20 pagi di sekitar Taman Sentosa, Klang.


Polis turut menemui telefon bimbit, pakaian dan beberapa dokumen milik mangsa di rumah seorang daripada mereka dan polis juga menemui tompokan darah di sebuah tapak pembinaan di Taman Laksamana Sentosa, kelmarin, dipercayai tempat mangsa dibunuh.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis kini sudah mengarahkan unit penyelam untuk menyelam di kawasan laut berhampiran jambatan menuju ke Pulau Indah untuk mencari baki anggota badan mangsa.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain tetapi masih tidak dapat mengenal pasti motif pembunuhan.

Digigit lintah gergasi


pix_topright
Mengerikan apabila seorang ahli perniagaan bukan hanya dikelar dan ditikam penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting di sini, malah leher mangsa yang cedera turut digigit lintah gergasi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin, Chua Hock Hee, 34, dikejarkan ke hospital bagi membolehkan doktor mencabut lintah besar itu yang menghisap darah pada lehernya.


Difahamkan lintah hitam itu melekat pada leher selepas mangsa yang cedera menyorok dengan merendamkan badannya dalam paya di sebuah belukar.



Menurut Chua, kejadian berlaku ketika dia memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kamunting, di sini apabila sebuah kereta dinaiki empat lelaki memintas dan menghalang keretanya.


“Semua lelaki tidak dikenali itu memaksa saya keluar dari kereta dan menggari tangan serta dipaksa berdiam diri sebelum leher dikelar dengan pisau.


“Saya meraung kesakitan sebelum mereka menikam belakang dan depan tubuh saya berulang kali,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu kemudian memasukkannya ke bahagian tempat duduk belakang kereta selepas menyangka dia sudah mati.


Mereka merampas barangan berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit. Saya berpura-pura tidak sedarkan diri nekad membuka pintu kereta sebelum melompat keluar.

“Walaupun sakit, saya berusaha bangkit sebelum berlari ke arah belukar berhampiran sungai. Saya merendamkan badan di dalam belukar berpaya itu berikutan bimbang ditangkap semula,” katanya.


Menurutnya, dia berada dalam paya itu selama hampir tiga jam sebelum merangkak keluar dari belukar dan berusaha mendapatkan bantuan.


“Saya sampai ke sebuah rumah kampung didiami keluarga Melayu yang segera menghubungi polis.


“Polis membuka gari pada tangan dan saya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan berikutan pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.


Menurutnya, kakitangan hospital terkejut apabila mendapati seekor lintah besar melekat pada lehernya.

Perompak tersalah mangsa


pix_topright
Malang bagi seorang daripada empat penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di Kediaman Pegawai Kanan Kerajaan Assam Kumbang di sini, apabila dia terbunuh akibat terkena berapa das tembakan oleh pemilik rumah berkenaan iaitu bekas timbalan ketua polis daerah di Kedah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang perompak yang bertopeng dan bersenjatakan parang mati akibat ditembak kira-kira 100 meter dari rumah berkenaan ketika cuba melarikan diri bersama rakan-rakannya.


Pemilik rumah berkenaan, Abd Jalil Abd Wahab, 63, iaitu bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar berkata, hanya menyedari sesuatu tidak kena apabila anak perempuannya menjerit meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya bertalu-talu.

“Saya bersama isteri, Azizah Saad, 61, yang terjaga daripada tidur berasa tidak sedap hati dan mengambil pistol yang diletak di tepi almari.


“Sebelum membuka pintu bilik saya sempat melihat paparan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bilik tidur saya untuk memastikan keadaan di luar bilik dan terkejut melihat beberapa lelaki dewasa berdiri di hadapan pintu biliknya.


“Saya jadi berang apabila mendapati penjenayah menjadikan anak saya sebagai ‘umpan’ bagi memaksa saya membuka pintu.

“Saya membuka pintu perlahan-lahan sebelum melepaskan tembakan ke arah penjenayah yang ketika itu tidak menyangka saya memiliki senjata api,” katanya.


Menurutnya, selepas tembakan pertama, dia melepaskan beberapa das lagi tembakan yang dipercayai mengenai penjenayah terbabit.

“Kumpulan penjenayah itu kelam-kabut melarikan diri, tetapi saya tidak bertindak mengejar mereka kerana memikirkan keselamatan anak, menantu serta cucu yang berada di rumah ketika itu. “Saya hanya mendapat tahu seorang penjenayah dipercayai warga Indonesia mati tidak jauh dari rumah saya,” katanya yang sudah bersara sebagai polis pada 2005, Sementara itu, anaknya yang dijadikan tebusan, Jazlina Abd Jalil 28, berkata, kumpulan penjenayah menawannya ketika dia sedang tidur bersama suami, Adi Hafiz Yusop, 34, di tingkat atas.

CEMBURU KRONIK

pix_topright
Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.


“Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

“Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid,” katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.


Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.


“Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

“Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas,” katanya.


Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

“Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. “Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.


Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan ‘pemeriksaan’. “Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan,” katanya.

Dua maut, tujuh cedera nahas berasingan

Keadaan bas dan kereta yang bertembung di Jalan Salleh, Muar, semalam. - Foto Shahrul M ZainKeadaan bas dan kereta yang bertembung di Jalan Salleh, Muar, semalam. - Foto Shahrul M Zain Muar: Dua maut dan tujuh cedera dalam dua kemalangan berasingan masing-masing, di Jalan Salleh dekat Taman Cemerlang, di sini, dan Kilometer 133 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh semalam.

Dalam kejadian di Jalan Salleh pada jam 5.45 pagi, Lim Pang Hong, 23, maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan bas persiaran, yang membawa 16 penumpang.
Kenderaan terbabas


Pang Hong bersama empat rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Setongkat dekat Jalan Salleh apabila kereta mereka terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan bas persiaran dari arah Muar ke Johor Bahru.

Pang Hong mati di tempat kejadian, manakala empat rakannya hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Di Pagoh, hasrat empat beranak meraikan sambutan Tahun Baru Cina di Ipoh tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki terbabas menyebabkan seorang maut di Lebuhraya Utara Selatan jam 11.30 pagi.

Chong Tum Tuck, 64, mati di lokasi akibat patah leher.
Isterinya, Leong Mun, 58, dan dua lagi ahli keluarga mereka, Chong Ah Kaw, 69, dan Chang Guiqin Jacqueline, 22, cedera dan di rawat di HPSF.
Perjalanan ke Ipoh

Mangsa bersama ahli keluarganya itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Ipoh, bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Kereta Toyota Camry dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik ke parit berdekatan dipercayai akibat hujan lebat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata mayat mangsa dihantar ke HPSF untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Polis rampas dadah RM2.7 juta

Wan Abdullah menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan di ibu negara,  baru-baru ini.Wan Abdullah menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan di ibu negara, baru-baru ini. Kuala Lumpur: Seramai 180 individu ditahan dan dadah bernilai RM2.7 juta dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, dalam beberapa operasi sepanjang bulan lalu dan Februari.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, berkata dadah jenis syabu paling banyak dirampas membabitkan nilai rampasan RM2.5 juta diikuti heroin RM154,000 dan ganja RM83,000.
“Ini termasuk kejayaan terbaru Polis Kuala Lumpur menangkap dua lelaki tempatan di sekitar Bukit Bintang dalam dua serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis lalu serta merampas sejumlah syabu, heroin dan pil Ecstasy bernilai RM500,000,” katanya di sini, semalam.


Suspek 39 tahun

Beliau berkata, pada tangkapan pertama jam 4 petang Rabu lalu di Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, polis menemui syabu seberat dua kilogram dalam dua sampul surat besar yang dibawa suspek berusia 39 tahun itu.

“Hasil soal siasat membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Desa Aman Puri dan menemui sejumlah lagi dadah terdiri daripada 300 gram syabu serta 390 pil Ectasy.

“Suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan pelbagai jenayah lain turut didapati positif dadah,” kata beliau.
Wan Abdullah berkata, tangkapan kedua pada jam 6 petang kelmarin, membabitkan seorang lelaki berusia 51 tahun dan pemeriksaan menemukan 430 biji pil Ectasy dan 726 gram serbuk dadah itu.

“Semua suspek direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Pondan kena dakwa di wad lelaki



 
Sungai Siput: Proses pendakwaan seorang pondan yang dituduh mencuri barangan bernilai RM10,000 termasuk tiga kepingan emas dalam kuil di sini, empat bulan lalu terpaksa dilakukan di hospital, semalam berikutan tertuduh sakit.

S Sothivanan, 25, atau nama perempuannya, Jothi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan di depan Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.
Pendakwaan ke atasnya dilakukan di wad lelaki Hospital Sungai Siput, di sini berikutan tertuduh dimasukkan ke hospital itu malam kelmarin selepas mengadu sakit perut dan kesakitan selepas melakukan suntikan hormon estrogen.

Didakwa curi barang kuil

Dia didakwa mencuri tiga kepingan emas, satu thali serta wang tunai RM250 di Kuil Persatuan Penganut Devi Sri Maha Mariaman Devasthanam di No 12, Jalan Kuala Kangsar di sini, antara jam 9.30 malam 6 Oktober hingga 4.30 pagi 7 Oktober lalu.

Tertuduh yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dan ditangkap pada 4 Februari lalu dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda serta sebatan jika sabit kesalahan.

Ahmad Shamil membenarkan jaminan tertuduh sebanyak RM5,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 4 Mac ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah, manakala tertuduh diwakili B Balakrishnan.

Nada dering perangkap banduan

Imbasan x-ray menunjukkan telefon bimbit yang  disorok di dalam dubur banduan. - Foto AFP
Imbasan x-ray menunjukkan telefon bimbit yang disorok di dalam dubur banduan. - Foto AFP COLOMBO: Seorang banduan sudah memikirkan dengan teliti bagaimana untuk menyembunyikan telefon bimbitnya supaya tidak dikesan pengawal penjara.

Dia mungkin tidak memikirkan mengenai nada dering alat itu yang boleh menggagalkan usahanya, menurut laporan.
Seorang pegawai perubatan mendedahkan, bunyi nada dering telefon itu daripada punggungnya menyebabkan alat komunikasi itu dirampas ketika pemeriksaan keselamatan ke atas bilik tahanannya.


Banduan berusia 58 tahun itu dihantar ke hospital kerajaan di sini untuk membolehkan doktor mengambil alat komunikasi itu daripada dalam duburnya.

Cuba sorok

“Lelaki itu menyembunyikan alat komunikasi itu dalam badan,” kata pegawai yang meminta identitinya tidak didedahkan.

“Bagaimanapun, dia bernasib malang kerana telefon itu berbunyi (secara tiba-tiba pada waktu itu,” katanya lagi.
Pegawai itu juga berkata, lelaki itu hanya diberi rawatan pesakit laur dan berada di sana selama dua hari.

Berikutan penemuan telefon bimbit itu, lelaki terbabit dihantar pulang ke penjara semalam selepas alat itu dikeluarkan daripadanya.

Banduan terbabit sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana mencuri. Dia ditahan di penjara Welikada. - AFP

Maut ditembak tuan rumah

 Adi Hafiz   menunjukkan bagaimana dia diikat  perompak yang menceroboh  rumah  mentuanya di Assam Kumbang, taiping, semalam. - Foto Ikhwan Munir
Adi Hafiz menunjukkan bagaimana dia diikat perompak yang menceroboh rumah mentuanya di Assam Kumbang, taiping, semalam. - Foto Ikhwan Munir Satu daripada 4 perompak ceroboh kediaman bekas pegawai polis mati

Taiping: Tindakan empat penjenayah bertopeng cuba menyamun keluarga bekas seorang pegawai polis mengundang padah apabila seorang daripadanya mati ditembak pemilik rumah berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Abd Jalil Abd Wahab, 63, yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah, terpaksa melepaskan dua das tembakan pistol apabila menyedari keluarganya dalam bahaya termasuk suspek menjadikan anaknya, Jazlina, 28, sebagai umpan supaya dia membuka pintu biliknya.

Saya sempat melihat CCTV di dalam bilik untuk memastikan keadaan sebenar dan terkejut lihat kelibat seperti perompak berdiri depan pintu bilik," Abd Jalil Abd Wahab, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah

Capai pistol

Menceritakan detik cemas itu, Jalil yang berpangkat superintendan ketika bersara tujuh tahun lalu berkata, dia mencapai pistol selepas mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku apabila terdengar suara anaknya meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya di rumah mereka di Rumah Kediaman Pegawai Kanan Kerajaan, Assam Kumbang, dekat sini.

“Sebelum membuka pintu, saya sempat melihat skrin kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik untuk memastikan keadaan dan terkejut apabila melihat kelibat seperti perompak berdiri depan pintu bilik.

“Saya membuka pintu perlahan-lahan dan sebaik melihat tiga susuk tubuh lelaki terbabit, saya nekad melepaskan tembakan ke arah mereka.
“Saya meluru keluar dari bilik dan melepaskan satu lagi tembakan ke arah kumpulan perompak terbabit yang melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jalil berkata, beliau tidak mengejar kumpulan perompak itu kerana lebih mengutamakan keselamatan anak, menantu dan cucunya di rumah itu.

Jazlina pula berkata, penjenayah sebelum itu menceroboh bilik tidurnya di tingkat atas sebelum mengikat tangan suaminya, Adi Hafiz Yusop, 34, dengan wayar seterika dan menutup mulutnya sebelum memaksanya menunjukkan bilik lain.

Katanya, penjenayah kemudian mengikat tangan anak saudaranya, Arif Syazwan Mohd Shariff, 12, dan mengarahnya mengetuk pintu bilik bapanya yang tidur bersama ibunya, Azizah Saad, 61.

“Saya memanggil ayah supaya membuka pintu bilik dan berharap kami sekeluarga tidak di apa-apakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata, seorang daripada suspek berusia 40-an yang terkena tembakan di perut ditemui mati di kawasan belukar kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Polis temui pisau lipat

Beliau mengesahkan mangsa melepaskan dua das tembakan menggunakan pistol jenis Smith & Wesson, manakala siasatan polis menemui pisau lipat, pemutar skru serta pemotong dan besi pengumpil dipercayai digunakan suspek.

“Penjenayah hanya berjaya melarikan dua telefon bimbit dan dua jam tangan yang semuanya bernilai kira-kira RM3,000, manakala sebuah i-Pad yang dilarikan ditemui tercicir depan pintu rumah mangsa.

“Polis sedang mengenal pasti identiti suspek yang terbunuh dan rakannya. Gerakan memburu mereka juga giat dilakukan,” katanya.

Hantar sampel ke luar negara





RANAU - Sampel ujian kimia berhubung kes kematian 14 ekor gajah Pigmy Borneo di Tawau masih menjadi tanda tanya.
Selepas ujian makmal Jabatan Kimia di Putrajaya tidak dapat menyatakan secara jelas punca kematian, sampel itu akan dihantar ke Thailand dan Australia.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun (gambar) berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk menghantar sampel itu ke Ramathibodi Hospital Mahidol University di Bangkok.
Sampel yang sama turut dihantar ke Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Queensland, Australia.
"Kita harap dapat cari jawapan sebenar selepas hantar sampel kimia gajah itu di kedua-dua institusi ini.
"Ia bukan bermakna ujian yang dijalankan di negara ini tidak betul tetapi faktor sebenar (punca kematian) yang tidak dapat diperoleh," katanya selepas merasmikan Program Penggunaan Lampu Cekap Tenaga Sekolah Kebangsaan Randagong di sini semalam.
Masidi berkata, ujian kali kedua itu juga bagi membolehkan pihaknya membuat perbandingan agar satu keputusan konklusif mengenainya dapat diketahui semua pihak.
"Kita tidak mahu ada syak wasangka, justeru itu kita hantar sampel kimia itu untuk ujian sekali lagi dan kali ini di luar negara," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengenai siasatan kes kematian gajah itu masih dijalankan dan mungkin dapat disiapkan dalam minggu ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan mengenai penemuan bangkai 14 ekor gajah Pigmy Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah.
Ketika ditemui awal bulan lalu, organ dalaman bangkai gajah berusia empat hingga 20 tahun itu kesemuanya rosak termasuk usus, mulut dan dubur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2KMA5vPDU 
Hakcipta terpelihara 

Gajah betina rosakkan tanaman ditangkap




INILAH gajah betina yang ditangkap Perhilitan Perak di Kampung Jalong, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor daripada sekumpulan gajah yang disyaki merosakkan tanaman penduduk di Kampung Jalong di sini petang semalam.
Tangkapan dibuat kira-kira pukul 2.30 petang, selepas sekumpulan anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Perak telah menembak gajah betina berkenaan yang dianggarkan seberat 1.5 tan dengan ubat pelali.
Ketua UTG Perhilitan Perak, Mohd. Hazlin Qozek Aladdin berkata, pihaknya mengesyaki terdapat tiga lagi gajah masih berkeliaran di sekitar kawasan hutan tersebut, tetapi kesemuanya dipercayai anak kepada gajah betina berkenaan.
"Ukuran tapak kaki hadapan gajah betina itu adalah sekitar 36 sentimeter dan ia dianggarkan berusia antara 15 ke 20 tahun. Kita akan terus melakukan pemantauan dengan menjejaki kesan tapak baharu gajah-gajah berkenaan.
"Mereka didapati berkeliaran di kawasan hutan kampung tersebut yang jaraknya kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Jalong," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam pada itu, Mohd. Hazlin Qozek berkata, gajah betina berkenaan akan dipindahkan ke Unit Pengurusan Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dalam tempoh seminggu lagi.
Katanya, kejadian gajah merosakkan tanaman seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan jagung sudah lama tidak berlaku di kawasan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2KM8ciWg1 
Hakcipta terpelihara 

Pelakon, rakan lelaki didakwa ambil syabu




ZARINA ANJOULIE berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Pelakon serta model, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan positif syabu Disember tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Balai Polis Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu.
Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
Mereka membayar wang jaminan tersebut. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2KM6F2aaR 
Hakcipta terpelihara 

Tembakan maut polis pencen



GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan imej salah seorang perompak yang melarikan diri selepas ditembak Abd. Jalil.


TAIPING – Seorang pegawai polis pencen membuktikan yang dia masih berbisa apabila menembak mati seorang daripada empat penjenayah yang memecah masuk banglo dua tingkat miliknya dalam kejadian di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang di sini semalam.
Abd. Jalil Abd. Wahab, 63, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, Kedah membuktikan pengalamannya sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis sebelum bersara pada 2005 memberinya kekuatan untuk menarik picu sepucuk revolver ke arah perompak dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu.
Bersara dengan pangkat Superintendan, Abd. Jalil memberitahu, kejadian berlaku apabila dia terjaga sebaik mendengar suara anak perempuannya, Jazlina, 28, memanggilnya keluar selepas mengetuk pintu bilik atas.
Katanya, dia yang curiga dengan nada suara anaknya itu kemudian telah membuka monitor kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik sebelum terkejut apabila melihat kelibat tiga lelaki berparang dan memakai topeng sedang berdiri di depan pintu. Seorang lagi berada berdekatan.
“Rupanya mereka telah menjadikan anak saya sebagai tebusan dan umpan untuk memanggil saya keluar. Tanpa ragu-ragu, saya mengambil sepucuk pistol yang disimpan di dalam almari.
“Sebaik pintu dibuka dengan perlahan, saya terus melepaskan tembakan ke arah mereka menyebabkan penjenayah bertempiaran lari. Saya kemudian keluar dan melepaskan satu das tembakan lagi ke arah mereka membuatkan mereka terus keluar,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Tambahnya, dia tidak mengejar perompak tersebut kerana hanya memikirkan keselamatan isteri, anak, menantu dan cucu. Semasa kejadian terdapat tujuh individu termasuk Abd. Jalil di dalam banglo tersebut.
Menurut Abd. Jalil, sebelum itu, perompak berkenaan masuk selepas mengumpil besi jeriji pintu utama. Mereka kemudian telah mengikat menantunya, Adi Hafiz Yusop, 34, dan cucunya, Arif Syazwan Mohd. Shariff, 12, yang sedang tidur di bilik bawah.

ABD. JALIL menunjukkan pagar yang dipotong oleh perompak sebelum menceroboh rumahnya di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang, Taiping semalam.


Sementara itu, Jazlina memberitahu, sebaik dikejutkan perompak berkenaan, mereka telah mengikat tangan dan mulut suaminya menggunakan wayar seterika.
Katanya, perompak kemudian membawanya ke bilik anak saudaranya, Arif Syazwan sebelum dipaksa memanggil bapanya.
“Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu dan saya terpaksa kawal untuk mengelakkan keadaan menjadi kecoh.
“Saya bersyukur ayah berjaya menggagalkan usaha perompak berkenaan dan menyelamatkan kami sekeluarga,” katanya yang memberitahu perompak hanya berjaya melarikan dua buah telefon bimbit dan seutas jam tangan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan kemudian menemui mayat salah seorang perompak berkenaan di dalam kawasan semak kira-kira 150 meter dari banglo berkenaan.
“Mayat itu merupakan lelaki Indonesia berusia lingkungan 40-an. Kita sedang memburu tiga lagi rakannya,” katanya.
Tambahnya, perompak masuk ke kawasan banglo mangsa selepas memotong pagar rumah kosong bersebelahan. Rumah itu tidak berpenghuni selepas terbakar pada November tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2KM5jlvF8 
Hakcipta terpelihara 

Bekas anggota polis AS balas dendam




AFP
PARA penyiasat polis memeriksa sebuah kereta yang disangka mereka dinaiki Dorner di Magnolia Avenue, Corona kelmarin.


LOS ANGELES - Seorang bekas anggota polis yang dipecat serta memusuhi Jabatan Polis Los Angeles di sini, Christopher Dorner kini diburu selepas dia menembak mati tiga orang.
Kejadian itu menyebabkan satu operasi pemburuan luar biasa yang melibatkan tiga wilayah di Amerika Syarikat (AS) dan Mexico diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Fokus pihak polis kini beralih ke kawasan pergunungan bersalji di sekitar Tasik Big Bear.
Tasik itu terletak kira-kira 130 kilometer ke timur Los Angeles dan polis menemui sebuah trak yang dibakar Dorner.
Syerif Dearah San Bernardino, John McMahon berkata, seramai 125 anggota ditugaskan mencari suspek itu dari pintu ke pintu rumah.
Dorner dikehendaki selepas dia membunuh satu pasangan, Keith Lawrence dan Monica Quan pada Ahad lalu.
Monica merupakan anak perempuan seorang pegawai polis yang teleh bersara, Randy Quan.
DORNER


Dorner menyalahkan Randy kerana dia dipecat sebagai pegawai polis lima tahun lalu.
Lelaki itu kemudian menyerang dua lagi pegawai pada Rabu lalu di Riverside menyebabkan seorang terbunuh dan seorang lagi cedera.
Seorang lagi anggota polis cedera dalam kejadian berasingan di Corona.
Dua orang awam turut cedera kelmarin apabila polis melepaskan tembakan ke arah mereka di Magnolia Avenue, Corona, California kelmarin.
Tembakan itu dilepaskan kerana polis menyangka Dorner berada di dalam kereta yang dinaiki mereka.
Menurut dokumen, Dorner dipecat selepas dia membuat aduan yang menentang seorang pegawai polis latihan Sarjan Teresa Evans. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2KLym4O9m 
Hakcipta terpelihara 

Pegawai khas Ronnie Liu letak jawatan


Jefrei
Jefrei menunjukkan surat pelantikannya sebagai pegawai khas Ronnie Liu lima tahun lalu.
GEORGETOWN -  Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.
Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.
Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu.

Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis.
Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'.
Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.

"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.

"Saya melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun, semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli," katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya, kini ternyata, slogan dan laungan Liu dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan dalam PR adalah omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.

Polis temui teleskopik, senjata api dalam bas persiaran


Polis temui teleskopik, senjata api dalam bas persiaran
Jalaluddin menunjukkan senjata yang ditemui dalam beg di bahagian bagasi bas persiaran dua tingkat, semalam.
PASIR MAS – Alat teleskopik yang digunakan khas untuk penembak tepat bersama senapang dilengkapi dua magazine berisi 22 peluru 5.56 milimeter ditemui dalam bas persiaran dua tingkat, pada jam 8.40 pagi, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) melakukan pemeriksaan rutin dalam bas persiaran di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang dan menemui beg ini di bahagian bagasi.

“Alat teleskopik ini amat jarang digunakan melainkan untuk penembak tepat dan ia mampu menjangkau sehingga 100 meter.

“Kita turut menemui satu kelopak kosong beserta dua kotak peluru 5.56 milimeter mengandungi 20 butir peluru setiap kotak, satu bidy receiver Colt M16A1 dan upper receiver,” katanya, semalam.

Menurutnya, pihak polis masih menyoal siasat semua penumpang dan pemandu bas yang dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuala Lumpur dan Kajang.

Beliau berkata, dua orang pemandu bas yang berasal dari Kelantan bersama enam orang penumpang disiasat bagi mencari pemilik sebenar beg berkenaan.

Menurutnya, empat penumpang tersebut adalah warga Kuala Lumpur manakala dua lagi warga Thailand iaitu seorang daripadanya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang lagi penjawat awam yang digantung kerja.

“Kita menemui berus gigi dan baju dalam beg tersebut dan ujian DNA akan dilakukan bagi menyelesaikan kes ini.

“Siasatan mendapati senjata api jenis M16 ini cuba diseludup keluar menerusi Kelantan,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dengan hukuman penjara selama tempoh 14 tahun dan juga hukuman sebat tidak kurang enam kali.

Ia juga disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang mana boleh dikenakan penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sindiket loteri di rumah kantoi



HULU SELANGOR - Empat individu termasuk dua wanita yang menjalankan kegiatan pertaruhan loteri awam tanpa lesen ditahan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam serbuan di tiga rumah teres di Kalumpang, Kuala Kubu Bahru, petang kelmarin.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintenden Rohan Shah Ahmad berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif di sekitar kawasan Ulu Bernam, Tanjung Malim dan Kuala Kubu Baru dalam tempoh setahun lalu.

“Serbuan pada jam 6 petang itu berjaya hasil pemantauan selama dua minggu dilakukan anggotanya diketuai oleh Asisten Superintendan Adzli Abu Shah,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan sindiket terbabit sedang menjalankan pertaruhan bernilai RM200,000.

“Turut dirampas sebuah komputer riba, lima telefon bimbit, 226 helai kertas dipercayai loteri awam haram dan dua mesin faks,” katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut.

Mayat Claudia dijangka tiba di KLIA esok



8 Februari 2013
Claudia Theophilus
Claudia Theophilus. - Foto ihsan The Star
KUALA LUMPUR -  Mayat Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus, yang terbunuh akibat terkena tembakan secara tidak sengaja di Lubnan, Sabtu lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, esok.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, misi mereka untuk membantu keluarga mendiang membawa pulang mayat wartawan itu berjaya.

Beliau berkata, adik mendiang Dora Theophilus, 36, serta seorang kenalan dan dua wakil brio Pemuda berangkat ke Beirut Selasa lepas untuk proses membawa pulang mayat mendiang.

"Mahkamah di Lubnan telah memberi kebenaran untuk melepaskan mayat dan barangan peribadi mendiang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"Kami juga menemui polis Lubnan yang menyiasat kejadian itu dan meneliti laporan mereka serta mendengar kenyataan rakaman percakapan saksi," katanya.

Muhammad Khairun turut mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Beirut dan konsulat Wisma Putra atas kerjasama masing-masing dalam urusan membawa pulang mayat mendiang.

Dalam kejadian tersebut, Claudia, 42, yang bertugas dengan rangkaian berita antarabangsa berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakannya di pergunungan Baakleen, Lubnan. - Bernama

Kes William: Polis sedia adakan inkues


SHAH ALAM - Polis bersedia mengadakan inkues bagi merungkai misteri kematian Willaim Yau Zen Zhong, 6, sekiranya diarahkan oleh Peguam Negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar kertas siasatan kematian kanak-kanak itu kepada Pejabat Peguam Negara, semalam.

"Kita tunggu apa keputusan pendakwa raya berkaitan kematian William yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Jika perlukan perubahan atau tambah baik pada kertas siasatan, kita bersedia untuk memperbaikinya termasuk membuat inkues jika diperlukan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

William dilaporkan hilang di Seksyen 7, Putra Height, Subang Jaya,16 Januari lalu.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di Sungai Klang kira-kira jam 9 malam, lapan hari selepas kehilangannya.

Mayat ditemui dalam keadaan hampir mereput dan ibu bapanya mengesahkan mayat tersebut adalah Yau berdasarkan kesan parut di kepala serta pakaian yang dipakai.

Ujian DNA juga mengesahkan kanak-kanak tersebut adalah Yau.

Ayah dapat petanda pakar IT Azli 'akan pergi'


Ayah dapat petanda pakar IT Azli 'akan pergi'
Jenazah Azli tiba di kampung halamannya, Kampung Pedada Kuning jam 5.30 petang semalam.
Paat Hashim
Paat Hashim
BATU PAHAT – “Sejak akhir-akhir ini, lebih kurang sebulan rasanya saya terlalu kerap nak membersihkan rumah. Pantang nampak ada selerak sedikit pun. Saya dapat rasakan macam ada ramai tetamu yang akan hadir,” kata Paat Hashim, 77, ayah pakar bidang teknologi maklumat (IT), Azli.

Akhirnya, segala persoalan itu terjawab buat Paat apabila Azli, 46, anak ketiga daripada lima beradik, dimaklumkan meninggal dunia, kelmarin.

Jauh di sudut hati, rasa terkilan kerana apa yang dirasakannya selama ini seolah-olah bakal menyambut perayaan. Bagaimanapun, dia reda menerima berita itu.

“Saya sempat bertemu dan bersembang dengannya minggu lalu ketika Allahyarham pulang untuk hadiri majlis perkahwinan saudara terdekat.

“Saya reda dengan pemergiannya kerana dia seorang anak baik dan tidak membantah cakap ibu bapa serta tidak bercakap sesuatu yang tidak senonoh kepada kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Azli yang merupakan pemenang Anugerah Perdana Menteri Best of the Best APICTA 2012 menghembuskan nafas terakhir akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, pada jam 7 petang kelmarin.

Allahyarham yang juga pengasas Ada Vista Sdn Bhd meninggalkan seorang balu serta 10 anak.

Sementara itu, adik Allahyarham, Azhar Paat, 43, memberitahu, laporan awal unit autopsi mendapati abangnya meninggal dunia kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Katanya, Azli sebelum ini tidak mempunyai sebarang penyakit atau komplikasi dan kematiannya memberi kejutan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jenazah Azli yang dibawa pulang dari Hospital Selayang, tiba di kampung halamannya pada jam 5.30 petang semalam, sebelum disembahyangkan di masjid kampung sama yang terletak bersebelahan rumah keluarganya.

Allahyarham kemudian sekali lagi disembahyangkan oleh jemaah wanita termasuk ibunya, Maimunah Abu, 72, di rumahnya sendiri sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pedada Kuning pada jam 6.45 petang.

Feri karam di Bangladesh, 40 dikhuatiri lemas



DHAKA - Sebuah feri penumpang dinaiki 100 orang karam di Sungai Meghna berhampiran Dhaka, hari ini.

Berpuluh-puluh penumpang terjun ke dalam Sungai Meghna bagi menyelamatkan diri.

“Setakat ini 40 dikhuatiri hilang dan kita difahamkan feri berkenaan membawa sekitar 100 penumpang, maksimum,” kata Ketua Polis, Jahangir Hossain.

Feri itu dalam perjalanan dari Dhaka menuju ke Chandpur melalui Munshiganj, kira-kira 30 kilometer ke selatan Dhaka.

Mac lalu, lebih 100 maut apabila sebuah feri berlanggar dengan tangki minyak dan terus karam.

Guru besar didakwa minta, peroleh suapan RM3,000




8 Februari 2013
SHAH ALAM - Seorang guru besar sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan memperoleh suapan wang tunai RM3,000 daripada seorang pengusaha kantin, dua tahun lepas.
  
Abdul Samad Abdul Ghani, 49, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
  
Guru besar Sekolah Kebangsaan Kajang Utama itu didakwa meminta untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun Hussain sebagai dorongan untuk menyambung kontrak kantin sekolah bagi tahun 2013.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis sekolah di Kajang, Hulu Langat dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi pada 8 Nov 2011.
  
Abdul Samad juga didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama kira-kira pukul 11 pagi, 14 November 2011 di tempat yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
  
Mat Ghani membenarkan Abdul Samad dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 19 April ini untuk perbicaraan.
  
Beliau juga menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.  - Bernama