Search This Blog

Thursday, February 7, 2013

Mangsa rogol dirodok

Mangsa rogol dirodok
Insiden rogol yang berleluasa di India mencetuskan protes banyak pihak. Foto: AFP
NEW DELHI - Pihak berkuasa India menahan lelaki yang dipercayai merodok tekak seorang wanita berumur 22 tahun dengan batang besi dalam cubaan untuk merogolnya, menurut detektif, semalam.

Pegawai polis, Ajay Chaudry memberitahu, insiden itu berlaku di rumah mangsa pada malam Isnin lalu.

"Mangsa diserang dengan batang besi tersebut selepas dia cuba melawan kehendak suspek. Wanita yang mengalami kecederaan teruk di dalam mulut itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan," katanya lagi.

Difahamkan, lelaki itu datang ke rumah mangsa atas alasan untuk mengutip bil bulanan elektrik dan cuba untuk memperkosanya selepas mendapati wanita tersebut tinggal bersendirian.

Dalam kejadian berasingan melibatkan satu lagi serangan seksual di negara itu, seorang wanita berumur lingkungan awal 20-an ditinggalkan tanpa perikemanusiaan selepas mangsa  dirogol beramai-ramai di utara Uttarakhand.

Akhbar Hindustan Times melaporkan mangsa diperkosa tiga lelaki dalam keadaan tidak sedar semasa majlis hari lahir di bandar Kashipur.

Menurut akhbar tersebut, polis kini sedang melakukan ujian forensik dan turut mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan. - AFP

Polis berkas empat ahli kongsi gelap



JOHOR BAHRU 7 Feb. - Polis menahan empat lelaki disyaki ahli kongsi gelap selepas menyerbu sebuah rumah di Lorong Satu Senai dekat sini pada Rabu lalu.
Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, kesemua mereka yang berusia antara 29 hingga 44 tahun disyaki terlibat dalam satu kejadian peras ugut dan samun sebuah gerai di Jalan Belimbing, Senai sehari sebelumnya.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kumpulan penjenayah berkenaan dikatakan mengugut pengusaha gerai itu kerana tidak membayar wang perlindungan kepada mereka.
“Hasil serbuan polis kami merampas beberapa senjata dan peralatan seperti lima bilah pisau berhulu plastik, lima parang panjang, dua pisau bersarung tembaga, enam pedang pelbagai jenis, tiga pisau benet, satu pisau berhulu besi dan satu batang besi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130207/je_12/Polis-berkas-empat-ahli-kongsi-gelap#ixzz2KDnhWLaj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lagi remaja hilang



KUALA LUMPUR 6 Feb. - Seorang bapa meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan anaknya, Nor Azizah, 16, yang tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan di Selayang sejak Khamis lalu.
Bapa remaja itu, Jamaludin Ahmad, 55, berkata, dia berharap anak keempat daripada lima beradik itu pulang kerana bimbang akan keselamatannya selain rindu anaknya kerana tidak pernah berpisah sebelum ini.
"Anak saya menghilangkan diri bersama rakan baiknya, Noor Nadilah Zainudin, 16, yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
"Kehilangannya disedari selepas lewat pukul 5 petang apabila Nor Azizah tidak pulang ke rumah dan telefon bimbitnya gagal dihubungi malah dimatikan," katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Jamaludin, anaknya dan rakan baiknya itu tidak ke sekolah hampir seminggu iaitu sejak Selasa lalu, dua hari sebelum kedua-dua mereka menghilangkan diri.
"Kami tiada masalah kekeluargaan dan jika ada pun kebiasaannya ia diselesaikan secara baik malah sebelum kehilangan Nor Azizah juga tiada sebarang pertelingkahan berlaku," katanya lagi.
Jamaludin berkata, anaknya itu dikesan membawa beberapa helai pakaian dan mempunyai sedikit wang saku.
Menurutnya, dia memohon agar anaknya pulang dan menyelesaikan masalah secara baik sekiranya mempunyai masalah.
Sementara itu, bapa Noor Nadilah, Zainuddin Che Pa, 39, berkata, dia meminta anaknya pulang segera kerana bakal menjalani pembedahan usus pada 27 Februari ini.
"Saya percaya kehilangan Nor Nadilah dipengaruhi oleh rakan-rakannya. Pihak sekolah memaklumkan selain Noor Nadilah dan Nor Azizah, dua lagi rakannya turut menghilangkan diri dan tidak hadir ke sekolah sejak seminggu lalu," katanya.
Zainudin dan Jamaludin meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat sekiranya menemui anak-anak mereka di balai polis berhampiran.
Orang awam juga boleh menghubungi abang Nor Azizah di talian 016-2936362, atau ibu Noor Nadilah di talian 012-3199109.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130207/wk_07/Dua-lagi-remaja-hilang#ixzz2KDmQYdus
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Sepanyol rampas kokain bernilai RM1.1 bilion



MADRID 7 Feb. - Pasukan polis Sepanyol merampas kira-kira empat tan dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai hampir AS$327 juta (RM1.1 bilion) dalam satu serbuan, di sini semalam.
Menurut polis, dadah tersebut ditemukan di sebuah gudang yang terletak di timur bandar Elche dan dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Colombia menggunakan bot.
Sehubungan itu, polis menahan tiga suspek berserta dua senapang patah, senapang memburu, sekotak peluru, tiga parang, dua komputer dan enam kenderaan mewah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130207/lu_12/Polis-Sepanyol-rampas-kokain-bernilai-RM11-bilion#ixzz2KDl3xkXo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jual bayi dengan harga RM25,000



Sindiket jual bayi semakin meluas di Asia dan Eropah Timur. - Gambar Hiasan
JAKARTA 6 Feb. - Sindiket penjualan bayi sudah tidak lagi mengenal erti kemanusiaan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan boleh bertukar tangan daripada ibu kandung kepada pembeli dengan bayaran rupiah (Rp) 80 juta (RM25,000).
Kadar bayaran itu merupakan harga yang ditetapkan oleh satu sindiket penjualan bayi kepada pelanggan-pelanggan mereka sehingga meliputi negara-negara seperti Singapura, Malaysia, Taiwan, Australia dan Eropah Timur.
Namun, ketangkasan polis Jakarta berjaya mematahkan sindiket itu dengan menangkap tujuh wanita termasuk seorang bekas bidan yang selama ini menyasarkan keluarga miskin sebagai sumber bekalan bayi untuk dijual.
Bayi-bayi yang diperoleh dijual kepada pembeli-pembeli dalam dan luar negara dengan harga antara rupiah (Rp) 70 juta (RM22,000) hingga rupiah (Rp) 80 juta (RM25,000) seorang.
Menurut jurucakap polis, modus operandi sindiket itu ialah dengan menawarkan pinjaman wang kepada keluarga miskin yang tidak mampu membayar kos rawatan bersalin di hospital.
Bagaimanapun, ibu dan bapa bayi berkenaan harus mengikut syarat dan ketetapan iaitu meninggalkan bayi yang baru dilahirkan itu kepada mereka, sebagai jaminan sehingga hutang itu selesai dilunaskan.
Sebaik bayi-bayi tersebut berada di tangan sindiket, anak-anak yang baru dilahirkan itu akan terus dijual kepada pembeli tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Berdasarkan siasatan, polis percaya terdapat juga segelintir ibu bapa yang dengan kerelaan sendiri menjual bayi mereka kepada sindiket tersebut kerana disebabkan dihimpit oleh masalah ekonomi.
Siasasat polis turut mendapati, sebelum bayi-bayi itu dijual, pihak sindiket terlebih dahulu menyiapkan surat beranak dan kad pengenalan keluarganya yang asli tetapi dengan mengandungi butiran diri yang palsu.
Kedua-dua dokumen pengenalan diri itu kemudian digunakan untuk membuat pasport antarabangsa bayi yang akan dijual ke luar negara.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan adanya kerjasama antara para suspek dalam sindiket itu dengan hospital tertentu, namun perkara itu masih disiasat.
Setakat ini kes penjualan bayi oleh sindiket itu belum melibatkan bayi yang dicuri dari hospital, namun polis akan turut menyiasat kemungkinan sindiket itu terbongkar di suatu tempat di Jakarta Barat di mana polis menjumpai lima orang bayi yang dipercayai akan dijual oleh sindiket itu. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130207/lu_06/Jual-bayi-dengan-harga-RM25000#ixzz2KDkS53Ki
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga maut jejambat terminal baharu Mumbai runtuh

MUMBAI, India 7 Feb. - Sebuah jejambat yang sedang dalam pembinaan di lapangan terbang utama di Mumbai runtuh, menyebabkan tiga orang maut dan enam lagi cedera.
Inspektor polis Uttam Korekar berkata, kebanyakan mangsa adalah pekerja binaan.
Jejambat itu adalah sebahagian daripada projek pembinaan terminal baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130207/lu_13/Tiga-maut-jejambat-terminal-baharu-Mumbai-runtuh#ixzz2KDieaakZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RM14,000 disimpan bawah tilam lesap


RM114,000 lesap dari rumah
Semek menunjukkan tingkap rumahnya yang diumpil pencuri yang melarikan melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM100,000 dan wang tunai RM14,000.
DUNGUN – Niat pasangan suami isteri untuk menghadiahkan hasil jualan tanah kepada anak-anak mereka hancur apabila wang tunai RM14,000 yang dilsimpan di bawah tilam di rumah mereka dekat sini dikebas dalam kejadian  pecah rumah, pagi kelmarin.

Turut dicuri ialah barang-barang kemas, termasuk gelang dan cincin emas yang semuanya bernilai kira-kira RM100,000.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika Semek Abdul Rahman, 65, dan suaminya, Ismail Mohd, 70, yang menjaja sayur menggunakan van bergerak, keluar membeli barang di pasar Dungun.

Semek berkata, kes pecah rumah itu disedari seorang cucunya, Amin Mohd Khir, 17, yang tidur selepas pulang dari tempat kerja. Amin menghubungi bapanya setelah melihat barang-barang  dalam rumah mereka berada dalam keadaan berselerak sebaik terjaga daripada tidur.

Menurut Semek, sebelum itu, dia meninggalkan rumah bersama suaminya selepas solat Subuh kira-kira jam 6.15 pagi dan ketika itu difahamkan barang kemas miliknya masih tersimpan rapi dalam laci. Wang tunai RM14,000 disimpan di bawah tilam, tempat tidur suaminya.

Selepas mendapat berita mengejutkan itu, Semek terus pulang ke rumah dan melakukan pemeriksaan.

“Wang tunai RM14,000 hasil jualan tanah pusaka suami dan barang kemas milik saya yang disimpan dalam laci lesap. Terdapat kesan umpil pada tingkap belakang,” katanya.

Tambahnya, barang kemas termasuk beberapa gelang tangan dan cincin bernilai kira-kira RM100,000 disimpannya sejak lebih 20 tahun lalu.

“Kami bercadang untuk membahagikan wang itu kepada anak-anak yang bakal pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, jadi kami tidak masukkan ke dalam akaun bank.

“Tak sangka pula ia akan diambil pencuri,” kata Semek.

Semek membuat laporan di Balai Polis Paka dan polis sedang menyiasat kes tersebut.

Sindiket: Lagi bayi akan selamatkan


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi
GEORGETOWN - Polis yakin akan menyelamatkan beberapa lagi bayi yang dijual oleh satu sindiket yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak dalam masa terdekat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan khas yang ditubuhkan dalam Ops Pintas Sayang mendapat petunjuk baru dan yakin akan menyelamatkan beberapa lagi bayi.

Bagaimanapun, Abdul Rahim enggan mengulas lanjut jumlah bayi yang bakal diselamatkan kerana ia masih lagi dalam siasatan.

“Setakat ini kita telah selamatkan tujuh bayi perempuan dan tiga lelaki daripada sindiket ini.

“36 individu juga ditahan termasuk pasangan yang membeli bayi dan kanak-kanak daripada sindiket berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas dan ahli majlis tertinggi asrama Sekolah Menengah kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor di sini semalam.

Menurutnya, lapan individu masih lagi direman untuk membantu siasatan namun tempohnya akan berakhir hari ini (semalam).

“Kita akan rujuk mereka ini kepada Ketua Unit Perundangan Pulau Pinang untuk mendapat arahan lanjut sama ada perlu dituduh ke mahkamah atau tidak,” katanya.

Polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang aktif di utara tanah air pada 24 Januari lalu.

Mereka yang ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awal Disember hingga minggu ini, berusia antara 23 dan 52 tahun, antaranya penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.

Dalam serbuan di sebuah tempat persembunyian bayi dan kanak-kanak itu, polis menyelamatkan lapan bayi dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Polis turut menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak perempuan pada 29 Januari lalu dan menahan pasangan suami isteri.

Lima daripada yang ditahan sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth 25 Januari lalu sementara kesemua bayi dan kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kanak-kanak 12 tahun dirogol bapa saudara


BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi mangsa kerakusan bapa saudaranya sendiri apabila dirogol di rumahnya di Tronoh dekat sini, sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya, yang menghidap barah usus dan lima adik-beradik yang lain, di rumah berkenaan.

Menurutnya, bapa saudara mangsa yang berusia 52 tahun itu juga tinggal bersama keluarga terbabit di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.

Warga emas maut kejar bas terakhir pulang kampung


Warga emas maut kejar bas terakhir pulang kampung
Mayat mangsa yang merupakan seorang warga emas dibawa ke HTAA untuk bedah siasat sebelum disahkan mati akibat serangan jantung, kelmarin.
KUANTAN –“Saya nampak dia macam berlari ke sini (stesen bas) sebelum terhuyung-hayang dan rebah ke lantai,” kata Razali Mamat, 48 saksi kejadian menimpa seorang pesara tentera, Mohd Shariff Harun, 77 dari Felda Chini 4, Pekan yang ditemui mati di stesen bas henti-henti, Jalan Pasar Baru di sini, petang kelmarin.
Razali berkata, dia dan beberapa rakan  yang kebetulan ada di situ cuba memberi bantuan bagaimanapun ketika itu, mangsa sudah nazak.

“Saya dan beberapa yang lain sempat mengajar pakcik itu (mangsa)  mengucap dan tidak lama kemudian dia diam dan terus tidak bergerak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan beg plastik berisi beberapa barangan dapur serta payung baru yang dibawa mangsa, dia dipercayai baru selesai berbelanja di sebuah pasar raya berhampiran.

“Saya rasa dia berlari ke sini untuk mengejar bas terakhir ke kampungnya yang dijadualkan jam 5.30 petang bagaimanapun sebaik tiba di sini  bas itu sudah  bertolak.

“Mungkin dia kepenatan dan mengalami kesukaran bernafas menyebabkan dia jatuh dan meninggal dunia,” katanya.

Seorang lagi saksi, Zamri Mohamad, 40 berkata, selepas menyedari mangsa tidak bergerak, salah seorang rakannya menghubungi polis memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital yang tiba selepas dimaklumkan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Jasmani Yusoff berkata, beliau menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat bagaimanapun berdasarkan rekod kesihatan mangsa, warga emas itu  mempunyai masalah jantung dan berkemungkinan meninggal akibat masalah tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Kita berjaya menghubungi ahli keluarganya dan jenazah sudah dituntut untuk dikebumikan awal pagi tadi (semalam),” katanya.

Tak bayar hutang, suami isteri diculik



Tak bayar hutang, suami isteri diculik
Kesemua suspek ditahan reman sehingga Jumaat ini.
KOTA BHARU – Angkara gagal melangsaikan hutang RM10,000, sepasang suami isteri berdepan detik cemas diculik 11 penjenayah dalam kejadian di sebuah rumah belakang Hospital Universiti Sains Malaysia di sini, Khamis lalu.

Bagaimanapun, dengan ketangkasan polis, lelaki warga Myanmar bersama isteri, seorang wanita tempatan dari Perak itu berjaya diselamatkan selepas empat jam laporan diterima.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis menerima maklumat daripada mangsa yang berusia 30 tahun selepas lelaki itu berjaya meloloskan diri dengan berbuat helah cuba untuk mendapatkan wang yang diminta.

Katanya, kejadian berlaku pada jam 12.30 pagi ketika mangsa dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah sebelum didatangi empat lelaki memaksa mereka masuk ke dalam sebuah kereta lalu dilarikan sejauh 217.22 kilometer ke Jertih.

“Sebelum ditarik masuk ke dalam kereta, mangsa beberapa kali ditampar penculik berkenaan sebelum disuruh duduk di bahagian belakang sementara isterinya pula duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Dua daripada empat lelaki itu pula mengekori dengan sebuah lagi kereta lain di belakang. Mereka dikurung di sebuah rumah di Apal, Jertih dengan kawalan empat lagi lelaki lain di situ,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Bharu di sini, tengah hari
semalam.

Azham berkata, ketika dikurung, seorang daripada penjenayah itu meminta wang RM10,000 sebelum mangsa membuat helah untuk cuba mendapatkan wang terbabit di Melor.

“Kira-kira jam 2 petang, dua daripada penjenayah itu membawa mangsa ke Melor sementara isterinya masih lagi ditahan penculik di Jertih dengan alasan wanita itu akan dibebaskan selepas wang diserahkan.

“Mangsa kemudian sekali lagi membuat helah berpura-pura mengambil wang dengan dua penculik itu menunggu di kawasan tapak pembinaan di Taman Tengku Ahmad Rithauddeen. Dia kemudian lari menyelamatkan diri dengan meminjam motosikal rakannya lalu menuju
ke balai polis berhampiran,” katanya.

Empat jam selepas itu, polis berjaya mengesan tempat isteri mangsa dikurung dan berjaya menahan 11 suspek berusia antara 25 hingga 45 tahun iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita tempatan, enam lelaki Myanmar bersama seorang wanita warganegara sama.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek warga asing berkenaan tidak memiliki dokumen sah tinggal di negara ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana peras ugut.

Bilik hotel 'sarang' 3 remaja



Bilik hotel 'sarang' 3 remaja
Ketiga-tiga remaja yang ditahan Bahagian Penguatkuasa Jaim kerana disyaki bersekedudukan.
Bilik hotel 'sarang' 3 remaja
Turut ditemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan menghisap dadah.
BANDARAYA MELAKA - Serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sebuah hotel bajet pagi kelmarin bukan sahaja menemui sarang maksiat malah tempat berkenaan turut dipercayai menjadi pusat penagihan dadah dan juga kegiatan ragut.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, sepasukan anggotanya telah melakukan serbuan di hotel berkenaan di kampung Hulu dekat sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan dua remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang kesemuanya dari negeri ini telah ditahan.

“Semasa pasukan kami mengetuk bilik hotel berkenaan, seorang remaja perempuan  membuka bilik itu dan dua remaja lelaki terbabit sedang tidur di atas katil.

“Siasatan mendapati remaja perempuan terbabit sudah tidak bersekolah lagi dan hasil pemeriksaan lanjut kami menemui barangan dipercayai menjadi peralatan untuk menghisap syabu yang diletak di dalam sebuah beg,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rahimin berkata, ketiga-tiga remaja terbabit juga tiada hubungan mahram dan pihaknya menemui  lesen, kad bank dan kad pengenalan milik orang lain di dalam dompet remaja perempuan itu.

Katanya, sebaik disiasat, remaja itu mendakwa dia telah menjumpai kesemua dokumen berkenaan dan mendapati bilik hotel itu juga telah disewa di atas nama orang lain iaitu menggunakan nama salah satu kad pengenalan ditemui.

“Dipercayai kesemua mereka di bawah umur, justeru mereka telah menggunakan kad pengenalan terbabit untuk menyewa bilik berkenaan.

“Mereka duduk di hotel berharga RM45 sehari itu sejak 12 hari lalu,” katanya.

Beliau berkata, besar kemungkinan bilik hotel berkenaan juga dijadikan pusat  aktiviti menghisap dadah dan kegiatan ragut.

“Berikutan meragui terhadap pelbagai penemuan barangan tersebut kami telah menyerahkan ketiga-tiga remaja terbabit kepada polis.

“Ketiga-tiga remaja terbabit juga akan di dakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan,” katanya.

Dua beradik trauma dipukul bapa



PUCHONG – Tidak tahan melihat cucunya sering dibelasah bapa kandung sendiri, seorang nenek terpaksa membuat laporan polis untuk keselamatan dua kanak-kanak itu.

Difahamkan, dua beradik lelaki berusia 10 dan 11 tahun itu sering dipukul bapa mereka menggunakan getah paip dan rotan.

Lebih menyedihkan, bapa kandung terbabit dikatakan tergamak membakar buku dan pakaian sekolah anaknya apabila gagal mengawal perasaan marahnya.

Sumber berkata, disebabkan tidak sanggup menanggung rasa sakit, dua kanak-kanak itu dikatakan melarikan diri ke rumah neneknya yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah didiaminya.

Menurut sumber itu, kanak-kanak terbabit meninggalkan sekeping nota meminta maaf kepada bapanya selain menyatakan mereka takut untuk tinggal bersama lelaki panas baran itu lagi.

Dua kanak-kanak malang itu dikatakan ‘bersembunyi’ di rumah neneknya selama beberapa hari di sebuah pangsapuri di Puchong Permai, di sini kerana trauma dengan tindakan bapanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, nenek mangsa berusia 61 tahun yang takut anak lelakinya membuat kacau di rumahnya mengadu kejadian di Balai Polis Bukit Puchong.

Katanya, polis dimaklumkan ibu kandung kedua-dua kanak-kanak itu warga Indonesia dan pulang ke kampung halamannya sejak anak keduanya belum berusia setahun.

“Bertindak atas aduan, kami menahan bapa kandung mangsa di rumahnya dan kedua-kedua kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Berdasarkan pemeriksaan terdapat parut lama di tubuh badan kanak-kanak itu.

“Suspek direman sehingga Khamis (esok) dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Pelatih sarkas terbunuh diterpa harimau




7 Februari 2013
Pelatih sarkas terbunuh diterpa harimau
Crispin maut diterpa harimau ketika pertunjukan.
MEXICO CITY - Seorang pelatih harimau terbunuh ketika pertunjukan sarkas di Sonora, tenggara, Mexico.

Saksi berkata, ketika pertunjukan itu, Alex Crispin Suarez, 35, dilihat sedang dikelilingi dua harimau.

“Harimau itu menerpa ke arah Crispin lalu menarik seluarnya hingga koyak,” katanya.

Menurutnya, penonton terkejut mendengar jeritan mangsa sebelum pelatih sarkas lain bergegas ke tempat kejadian.

“Mereka cuba melepaskan cengkaman harimau itu namun  gagal,” katanya. - AFP

Terkejut nama disenaraihitam



Terkejut nama disenaraihitam
Nordin menunjukkan surat bantahan dikemukakan pihaknya terhadap syarikat berkenaan dan surat akuan pembebasan namanya dari senarai hitam.
GUNUNG SEMANGGOL - Seorang pesara tentera terkejut selepas mengetahui namanya disenaraihitamkan Bank Negara atas satu urusniaga yang tidak wujud.

Perkara itu diketahui selepas dia mengambil keputusan menjadi penjamin pinjaman kenderaan anaknya di sebuah bank tempatan.

Nordin Mohamed, 52, berkata, disebabkan anaknya,  Mohd Khidir Akma, 21, yang bekerja di sebuah syarikat di Tanjung Malim tidak melepasi syarat ditetapkan bank berkenaan, maka dia terpaksa menjadi penjamin untuk urusan pinjaman kewangan.

“Setelah permohonan diproses, pihak bank memaklumkan anak saya bahawa ia diluluskan, tetapi saya perlu melunaskan tunggakan pembelian barangan elektrik daripada sebuah syarikat  berjumlah RM450.75 bagi membolehkan nama saya dibersihkan daripada disenarai hitam” katanya ketika ditemui media di sebuah resort di Bukit Merah, di sini semalam.

Menurutnya, dia terkejut dengan penjelasan pihak bank memandangkan dia tidak pernah melakukan sebarang transaksi urusniaga pembelian barangan elektrik di syarikat berkenaan secara pinjaman ansuran sebagai didakwa pihak bank.

Nordin berkata, dia segera meminta pihak bank menyediakan butiran transaksi urusniaga pinjaman dengan syarikat itu bagi membolehkan siasatan dibuat dan terkejut kerana butiran peribadi dan alamat surat-menyurat sama sekali tiada kena-mengena dengan dirinya.

“Berdasarkan akaun urusniaga syarikat yang dikemukakan atas nama saya, saya  mendapati nama ayah dan alamat surat-menyurat yang dinyatakan dalam akaun itu langsung tiada kena-mengena dengan saya.

“Saya segera merujuk perkara ini melalui tiga pejabat cawangan syarikat itu di Kamunting, bagaimanapun kecewa kerana mereka langsung tidak memberikan kerjasama dan hanya mengarahkan saya merujuk perkara di ibu pejabat syarikat mereka di Kuala Lumpur,” katanya.

Tidak puas hati dengan sikap kakitangan syarikat itu, Nordin mengambil keputusan untuk pergi ke ibu pejabat syarikat terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status transaksi pembelian barangan elektrik secara pinjaman yang didakwa dibuat atas namanya.

Dia berkata, pengurusan syarikat terbabit akhirnya mengakui kesilapan mereka dan menegaskan transaksi urusniaga itu sememangnya tiada kena-mengena dengan saya.

“Dalam pertemuan itu, pegawai berkenaan turut menyediakan surat akuan untuk membebaskan saya daripada senarai hitam dan memberi alasan punca kesilapan mungkin disebabkan salah seorang kakitangan tersalah memasukkan data pelanggan.

“Saya kesal dengan sikap sambil lewa kakitangan syarikat berkenaan semasa menjalankan tugas yang menyebabkan pelbagai kesulitan kepada saya yang tidak sepatutnya.

“Banyak masa saya telah terbuang, beratus ringgit terpaksa dibelanjakan untuk membiayai kos pergi balik ke ibu pejabat syarikat itu dan yang paling penting, imej saya sebagai pengguna tercalar.

“Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam dan memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan syarikat berkenaan, bagaimanapun gagal setelah panggilan telefon tidak berjawab.

Lumpuh diserang 3 anjing



Lumpuh diserang 3 anjing
Yoon Keng Leong yang mengalami kecederaan akibat digigit anjing sehingga tidak mampu bergerak dan bekerja menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KAMPAR - Kejadian Ahad lalu menjadi titik hitam buat pemilik bengkel di sini, apabila dia diserang sakit jantung dan lumpuh setelah digigit tiga ekor anjing sewaktu pulang ke rumah.

Mangsa, Yoon Keng Leong, 31, diserang sekumpulan anjing gila ketika berjalan pulang ke rumahnya berhampiran Jalan Perak, Bandar Baru Kampar, di sini pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, dia melihat seekor anjing berwarna putih tidak jauh dari hadapan rumah penduduk di kawasan itu dan dilihat seolah-olah tidak membahayakan.

Menurutnya, anjing itu tiba-tiba berjalan ke arahnya sebelum menerkam dan menggigit betis kanannya.

“Malah gigi anjing ini terbenam ke dalam isi daging kaki menyebabkan saya menjerit.

"Dalam keadaan cemas, saya menumbuk berkali-kali anjing ini sebelum gigitan dilepaskan," katanya.

Keng Leong berkata, malangnya, seekor lagi anjing berhampiran bertindak menyerang dan menggigit tangan kanannya.

"Anjing kedua ini menggigit tangan saya sebelum cuba mengheret dan menyebabkan saya tersembam ke atas jalan. Pada masa sama seekor lagi anjing datang menyerang," katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membantu menghalau semua anjing terbabit.

"Saya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Doktor memberi saya ubat antibiotik selain beberapa ubat lain tetapi saya mula berasa tidak kena apabila kaki kanan saya sakit hingga ke bahagian pinggang selain gagal digerakkan. Malah denyutan jantung menjadi tidak teratur selain saya mengalami kesukaran untuk membuang air kecil,” katanya.

Katanya, kejadian serangan itu menyebabkan kuman pada air liur anjing terbabit mencemari darahnya hingga menyebabkan kaki yang digigit gagal digerakkan.

"Kini saya terpaksa berulang alik di beberapa klinik swasta selain ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan namun, rasa sakit masih tidak berkurangan," katanya.

Tambahnya, dia sudah bertemu dengan pemilik tiga ekor anjing itu untuk berbincang namun, seolah-olah enggan bertanggungjawab dan mencabarnya membawa kes itu ke mahkamah.

"Kesal anjing ini dibiarkan bebas dan mampu membahayakan nyawa orang lain termasuk kanak-kanak.

“Saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar selain berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik anjing liar berkenaan,” katanya.

Pengedar dadah tak jadi nikah



Pengedar dadah tak jadi nikah
Antara barangan yang dirampas daripada suspek.
Pengedar dadah tak jadi nikah
Ketua Balai Polis Padang Serai, Sarjan Mejar R Soundarajan (tengah) melihat dadah serta senjata yang dirampas dari suspek.
PADANG SERAI - Hasrat seorang lelaki berusia 27 tahun melangsungkan pernikahan pada 23 Mac ini musnah apabila dia ditahan Unit Task Force bersama Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Padang Serai petang kelmarin.

Lelaki berkenaan disyaki terlibat aktif dalam pengedar dadah di sekitar Padang Serai.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 itu, polis sedang membuat pemeriksaan rambang diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad terhadap semua pengguna jalan raya.

Menurutnya, suspek yang memberhentikan motosikalnya beberapa meter dari tempat pemeriksaan  polis dilihat cuba berpatah balik dan melawan arus.

“Melihatkan perlakuan suspek mencurigakan, polis mengejar suspek yang melarikan diri di sekitar Taman Ria sebelum memberhentikan motosikalnya di hadapan pasar raya.

"Suspek kemudiannya masuk ke dalam pasar raya itu sebelum kita mengepung sekitar kawasan pasar raya dan menemui suspek menyorok di bawah tangga," katanya.

Ghuzlan berkata, melalui pemeriksaan dijalankan, pihaknya menemui peralatan alat ganti motosikal yang diubah suai menjadi senjata, lima paket lut sinar mengandungi bahan ketulan putih di percayai dadah, lebih 40 paket kecil dipercayai dadah dan pisau.

Menurutnya, suspek kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD) sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Sementara itu, katanya, pihaknya akan membuat pemantauan terutama di taman perumahan yang berisiko tinggi.

"Sehingga kini Task Force dan CPJ berjaya mematahkan cubaan serta perlakuan jenayah di kawasan berisiko.

"Kerjasama orang ramai antara faktor polis berjaya memberkas dan menahan suspek terlibat," katanya.

Asrama Maahad Darul Quran hangus



Asrama Maahad Darul Quran hangus
Pelajar dan penduduk setempat memenuhi lokasi kebakaran selepas dimaklumkan bangunan asrama berkenaan terbakar.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa diiringi Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya turut melawat lokasi kejadian.
Asrama Maahad Darul Quran hangus
Pelbagai kelengkapan termasuk buku serta barang-barang peribadi milik pelajar pusat pengajian itu Abdul Hadi ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hangus sama sekali.
MARANG - Sebuah bangunan asrama pelajar Maahad Darul Quran dekat Masjid Rusila di sini, terbakar menyebabkan pelbagai kelengkapan termasuk buku serta barang-barang peribadi milik pelajar pusat pengajian itu hangus terbakar sama sekali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, seramai 90 pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang ditempatkan di asrama berkenaan terselamat berikutan ketika kejadian, pelajar terbabit sedang mengikuti kelas mereka di bangunan berdekatan.

Kebakaran disedari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu berada di sebuah bangunan berdekatan, termasuk seorang guru bahasa Inggeris, Akmal Hamzah, 30.

Abdul Hadi bergegas ke tempat kejadian manakala Akmal yang pada mulanya menyangka asap tebal memenuhi ruang udara itu adalah berpunca daripada pembakaran sampah, terus menghubungi pasukan bomba dan penyelamat daerah.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, beliau berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap tebal, namun tidak dapat memastikan bangunan yangterbakar kerana kedudukan bangunan rapat di antara satu sama lain.

“Kejadian kebakaran berlaku terlalu pantas, kami yang berada di tempat kejadian itu tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa namun penduduk setempat tetap bertungkus lumus untuk memadam kebakaran kerana bimbang ia merebak.

“Saya bersyukur kerana tiada siapa yang cedera kerana ketika kejadian, pelajar terbabit berada di dalam kelas tetapi pihak pengurusan tetap membuat pemeriksaan takut jika ada pelajar uzur (sakit) di bilik asrama itu,” katanya kepada pemberita.

Pelajar dibenar bercuti awal

ABDUL HADI yang juga Ahli Parlimen Marang dan penasihat sekolah berkenaan berkata, sekolah tersebut mula beroperasi sejak 1985 dan ketika ini seramai 900 pelajar tingkatan satu hingga menengah atas tinggal dan belajar di situ.

“Bangunan asrama yang musnah dalam kebakaran akan dibina semula dalam masa terdekat dengan bantuan derma serta gotong-royong, manakala pelajar dibenarkan bercuti awal dan pulang ke rumah masing-masing semalam sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zamri Awang Long berkata, seramai 25 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba Marang dan Balai Bomba
Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal api.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Mudir Maahad Darul Quran, Ustaz Hamzah Ngah berkata, pihaknya sudah membuat
satu laporan polis berhubung kejadian kebakaran bangunan itu dan menganggarkan kerugian berjumlah kira-kira RM200,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa juga melawat tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan. Beliau diiringi Ketua Polis Daerah Marang, Deputi
Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya serta pihak pengurusan Maahad Darul Quran.

Kereta dipandu suami terbabas



Kereta dipandu suami terbabas
Keadaan Toyota Avanza yang dinaiki mangsa remuk teruk selepas masuk ke laluan bertentangan.
Kereta dipandu suami terbabas
Keadaan kereta Mercedes yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan kereta akibat kemalangan terbabit.
BENTA - Seorang wanita maut setelah terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa, Hajrah Mustafa, 24, dalam perjalanan dari Padang Tengku ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Toyota Avanza yang dipandu suaminya Muhammad Syahid Roslan, 24.

Menurutnya, kenderaan yang dipandu Muhammad Syahid dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama, sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki, Md Rafiqul Islam, 44, datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kelantan tidak sempat mengelak kenderaan yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, Muhammad Syahid dan Hajrah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk menerima rawatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, Md Rafiqul yang cedera di bahagian kaki dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan.

“Namun, setelah hampir seharian bertarung nyawa di Hoshas, Hajrah disahkan meninggal dunia pagi semalam akibat kecederaan di kepala serta beberapa bahagian badan lain,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Johnny James Bujang  di talian 09-3122222 bagi membantu siasatan.

Empat hari hilangkan diri


Empat hari hilangkan diri
Mat Sam yang memangku Syafiq Rayyan, merayu anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
JENGKA 12 - Seorang peneroka di tanah rancangan ini merayu anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga setelah menghilangkan diri sejak empat hari lalu.

Peneroka itu, Mat Sam Salleh, 67, berkata, anaknya, Haliza Mat Sam, 29, yang juga ibu tunggal mempunyai anak berusia setahun itu, menghilangkan diri kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

“Pada petang hari berkenaan, kami pergi ke pasar malam. Pada sebelah malamnya ketika sedang menonton televisyen, dia (Haliza) beritahu hendak ke dapur untuk makan nasi.

“Setelah lama dia di dapur, isteri saya memanggilnya, namun tidak disahut. Apabila jenguk ke dapur, kami dapati dia tiada,” katanya.

Dia berkata, Haliza tinggal bersamanya sejak setahun lalu setelah bercerai dengan suaminya.

“Seingat saya, kami tidak pernah bertengkar dan mempunyai masalah. Malah, hubungan kami sangat baik.

“Saya tahu dia ada menjalinkan hubungan dengan pekerja ladang warganegara Indonesia yang menetap di tanah rancangan ini. Malah, kami tidak menghalang percintaan mereka,” katanya.

Menurutnya, dia ada bertanyakan mengenai kehilangan anaknya itu, tetapi pada pekerja ladang tersebut memaklumkan tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Lelaki terbabit masih ada di tanah rancangan ini dan tidak mengetahui ke mana anak saya menghilang.

“Saya bimbang keselamatannya kerana dia keluar rumah tanpa membawa wang dan kad pengenalan,” katanya.

Mat Sam harap Haliza pulang demi anaknya, Syafiq Rayyan yang masih memerlukan perhatian seorang ibu.

“Saya harap Haliza fikirkan mengenai anaknya dan pulang ke pangkuan kami. Jika tidak dapat pulang, hubungi kami dan maklumkan keadaan dia.

“Saya juga harap orang ramai dapat menghubungi kami di talian 019-9063935 sekiranya mempunyai maklumat mengenai Haliza,” katanya.

Mat Sam juga sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu di Balai Polis Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Ahad lalu.

DVD lucah dekat masjid


DVD lucah dekat masjid
Keratan Sinar Harian bertarikh 22 Januari 2013.
GEORGETOWN - Beberapa pengguna Lebuh Acheh di sini tidak berpuas hati gara-gara adanya cakera padat digital (DVD) lucah dijual secara terbuka di situ.

Pereka grafik, Saifudin Ali berkata, tindakan peniaga berkenaan dianggap kurang sopan dan tidak bermoral kerana masjid terletak kira-kira 200 meter sahaja.

“Bagi saya dan kawan-kawan ini adalah sesuatu yang tidak patut kerana lokasi mereka berniaga pun di hadapan Muzium Kesenian Islam Pulau Pinang, agak kurang sopan.

“Daripada yang kami lihat jika tidak silap, peniaganya orang Melayu, jadi saya berharap supaya ada tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan pada 22 Januari lalu mengenai lokasi yang sama.

Dalam laporan berkenaan, penduduk di sekitar Lebuh Acheh memohon Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau sebuah pasar misteri yang terletak di situ.

Hal ini kerana ada penduduk yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan sebagai tempat kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat tilikan atau ramalan kepada umat Islam.

Perkara tersebut sememangnya berlaku memandangkan ada antara penduduk yang terserempak dengan ‘bomoh’ berkenaan.

Pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat berkata, dia sendiri hairan bagaimana sebuah tempat perniagaan menjadi tumpuan orang ramai ketika pertama kali datang ke lokasi pasar tidak berlesen itu.

Menurutnya, rupa-rupanya seorang lelaki mengaku dirinya bomoh sedang membuat ‘tilikan’ dan bacaan doa.

Difahamkan pasar berkenaan diadakan pada setiap petang Ahad dan dipenuhi dengan pelbagai barangan yang agak mencurigakan.

Kereta terbabas ketika cuba lolos diri


Kereta terbabas ketika cuba lolos diri
Dadah yang berjaya di rampas daripada suspek dalam tangkapan di Kampung Chankat Rambai, Kampung Gajah.
SERI ISKANDAR - Panik melihat kereta polis, seorang lelaki cuba melarikan diri dengan membuat pusingan U namun, kereta dipandunya terbabas di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian yang berlaku pada jam 3.30 pagi, 27 Januari lalu di Changkat Rambai, Kampung Gajah itu telah membawa kepada satu tangkapan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Menurutnya, kereta itu terbabas di bahu jalan sebelum anggota polis mengambil tindakan menangkap lelaki berusia 34 tahun berkenaan.

“Lelaki berkenaan yang bersendirian memandu kereta itu ditarik keluar dan polis membuat pemeriksaan lanjut ke atas suspek.

“Hasil pemeriksaan kita menemui satu beg digantung di tali pinggang yang dipakai suspek berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan anggota polis menemui lapan paket plastik di dalam beg tersebut dipercayai dadah jenis heroin.

“Kita turut memeriksa beg sandang dipakai di bahu kiri suspek, di dalamnya terdapat dadah dipercayai jenis syabu.

“Keseluruhan berat dadah yang dijumpai ialah 96.6 gram dadah jenis heroin dan 6.8 dadah jenis syabu yang bernilai RM3,500,” katanya.

Katanya, polis juga percaya dadah berkenaan adalah untuk pasaran di sekitar Kampung Gajah dan Jejawi.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek turut mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dengan kes dadah iaitu Seksyen 12 (2).

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Dilanggar kali ke-15 tetapi masih selamat



Dilanggar kali ke-15 tetapi masih selamat
Orang ramai cuba menghulurkan bantuan.
Dilanggar kali ke-15 tetapi masih selamat
Mangsa masih boleh bangun dan berjalan walaupun kakinya digilis kereta dalam kemalangan itu.
KOTA BHARU – ‘Berpantang ajal sebelum maut.’ Itulah nasib yang dialami warga emas ini apabila dia terselamat walaupun digilis dalam kemalangan yang didakwa kali ke-15 berlaku kepadanya, semalam.

Lelaki yang berusia 62 tahun itu mendakwa dia sudah berbelas kali terbabit dalam tragedi sama dan kejadian terakhir berlaku terhadapnya di Jalan Mahmood di sini.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, kegembiraan Md Fouziman Md Bakti yang bakal menerima RM500 wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hampir bertukar tragedi apabila basikal ditunggang dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Hyundai.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret dan digilis tayar depan dan belakang sebelah kiri kereta berkenaan.

Md Fouziman berkata, dia yang baru pulang daripada memeriksa namanya sebagai penerima BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri itu hanya mampu menjerit supaya pemandu kereta itu berhenti ketika tayar hadapan kereta berada di atas kakinya.

Malang sekali jeritan itu tidak didengar pemandu kerana cermin kereta yang tertutup rapat menyebabkan tayar belakang pula terus menggelek kedua-dua belah kakinya.

“Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih terselamat. Sebelum ini saya pernah berbelas kali dilanggar kereta. Ada di antara mereka melarikan diri tetapi ada juga yang menanggung semula kos perubatan,” katanya.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Suraya berkata, dia terkejut apabila melihat warga emas itu terjatuh dari basikalnya selepas dilanggar sebelum digilis pada bahagian kaki.

“Kereta yang melanggar mangsa bergerak perlahan tetapi tidak sengaja terlanggar mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum digilis,” katanya.

Seorang lagi suspek ditembak


Seorang lagi suspek ditembak
Suspek maut ditembak polis di Kampung Jelawang dekat Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, semalam.
KOTA BHARU – Selepas dua maut dalam kejadian tembak menembak Ahad lalu, seorang lagi suspek dipercayai anggota ‘Kumpulan Aime’ turut menerima nasib sama selepas mati ditembak polis berhampiran kawasan air terjun Gunong Stong, Kuala Krai, pagi semalam.

Suspek yang berusia 27 tahun itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan dilepaskan polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis yang menerima maklumat daripada penduduk kampung bertindak segera mengesan suspek di kawasan hutan sekitar air terjun itu pada jam 11.45 pagi.

Katanya ketika gerakan memburu, seorang anggota melibat kelibat suspek dan cuba mendekatinya sebelum diserang dengan sebilah parang.

“Dalam usaha menyelamatkan diri, anggota kami terpaksa melepaskan satu das tembakan yang terkena kepada lelaki itu menyebabkannya dia menemui ajalnya serta-merta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Bharu, petang semalam.

Jalaluddin berkata, pemeriksaan ke tubuh badan suspek menjumpai dua bungkusan wang tunai berjumlah RM6,150 dipercayai baki hasil rompakan RM50,000 dalam kejadian di Kuala Krai, 3 Februari lalu.

“Pemeriksaan lanjut, polis juga menjumpai 10 pil dipercayai dadah jenis metamphetamine dan sebilah parang yang digunakan untuk menetak anggota kami.

“Kami masih memburu seorang lagi rakan penjenayah. Suspek dari Paka, Dungun, Terengganu yang ditembak mati itu turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan aktif melakukan jenayah samun bersenjata sejak setahun lalu,” katanya.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan detik cemas seorang kakitangan sebuah syarikat pembalakan, Muhammad Haniff Zahadi, 23, diacukan pistol di kepala ketika dilarikan empat penjenayah selepas mengeluarkan wang RM50,000 dari sebuah bank di Kuala Krai, kelmarin.

Dua daripadanya bagaimanapun berjaya ditembak mati, kelmarin dan seorang lagi menerima nasib sama, semalam, sementara seorang lagi masih diburu polis.

Bakal pengantin putih mata


RAIHAM MOHD SANUSI
6 Februari 2013
Bakal pengantin putih mata
Api yang dipercayai bermula di bahagian ruang tamu, marak dengan cepat memusnahkan keseluruhan rumah hingga Noor Azniza sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Bakal pengantin putih mata
Anggota bomba memeriksa rumah mangsa bagi menyiasat punca kebakaran.
Anggota bomba memeriksa rumah mangsa bagi menyiasat punca kebakaran.
Noor Azniza menguis sisa kebakaran mencari barangan hantaran kahwinnya yang musnah setelah rumah sewa yang dihuninya sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Mak Chili Paya,
Bakal pengantin putih mata
Jika ditinggalkan di rumah, mungkin barang kemas yang mahu digadai Wan Fatimah (kanan) turut musnah terbakar.
CHUKAI – “Saya memang terdetik untuk bawa bersama wang belanja kahwin sebanyak RM3,500 yang disimpan dalam bilik tidur ketika mahu keluar bekerja pagi tadi, tapi apabila terfikir tidak selamat saya bawa tunai sebanyak itu, saya batalkan hasrat.

“Namun, saya tak sangka rasa tidak sedap hati itu jadi petanda musibah menimpa kami sekeluarga,” kata bakal pengantin baru, Noor Azniza Muda, 25, yang berputih mata apabila rumahnya hangus bersama wang belanja kahwin dan barang hantaran dalam kebakaran di Kampung Mak Chili Paya, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan Noor Azniza bersama kedua ibu bapa dan 11 ahli keluarganya yang lain tinggal sehelai sepinggang dan menanggung kerugian kira-kira RM60,000.

Lebih menyedihkan, hasratnya untuk diijabkabulkan dengan tunang tercinta, Mohd Rizal Abdul Kadir, 29, pada 22 Februari depan terpaksa ditangguhkan kerana kejadian malang itu.

Noor Azniza berkata, kesemua bunga telur dan barang hantaran yang dibeli iaitu set alat mekap, beg dan kasut musnah bersama lima bentuk cincin  miliknya termasuk cincin merisik serta cincin pertunangan.

“Duit RM3,500 itu saya mahu guna untuk beli gelang tangan, cenderahati kepada tetamu dan barang kenduri yang lain, sebab itu saya simpan dalam bilik tidur kerana saya mahu berbelanja di Kuantan, Jumaat ni.

“Dengan keadaan begini terpaksalah kenduri ditangguhkan,” katanya anak kelima dari enam beradik ini yang menerima panggilan mengenai kebakaran itu ketika berada di tempat kerja di bengkel alat ganti kenderaan, di Chukai.

RM2,300 untuk beli beras turut dimamah api

Ketika kebakaran, hanya tiga ahli keluarganya berada di rumah sementara bapa, Muda Mat Jin, 60, dan ibunya, Wan Fatimah Wan Gusin, 65, keluar mengedarkan kad undangan perkahwinannya itu.

Menurut Wan Fatimah, berikutan kebakaran itu, tunai RM2,300 yang mahu digunakan untuk membeli beras dan rempah ratus untuk kenduri yang disimpan dalam bilik tidurnya juga tidak dapat diselamatkan.

“Nasib baik saya bawa barang beberapa utas kemas untuk digadai bagi menampung perbelanjaan kahwin anak. Tetapi rantai yang paling besar, iaitu bernilai kira-kira lebih RM10,000 saya tidak bawa.

“Masa mahu keluar rumah tadi, hati saya sebenarnya berbelah bahagi antara mahu pergi dengan tidak, namun selepas suami mengingatkan yang kami sudah kesuntukan masa untuk edar kad kerana mahu uruskan urusan pembelian lembu pula, jadi saya keluar juga bersama suami,” katanya yang tinggal di rumah itu bersama lima anak dan tujuh cucu.

Anak cedera di muka terpercik api

Turut dimamah api, tiga motosikal, sebuah peti beku, dua peti ais, mesin basuh, dua televisyen, dua mesin menebas rumput, sofa dan 12 biji tilam.

Gara-gara kejadian itu, anak saudara Noor Azniza, Muhammad Syawal, 2, mengalami kecederaan di pipi kiri kerana terpercik api ketika melarikan diri keluar dari rumah.

Kakak Noor Azniza, Noor Azlinda, 28, berkata, ketika kejadian, dia dan seorang lagi adiknya, Noor Azmizan Shah, 22, sedang leka memasak di dapur sebelum adiknya keluar ke ruang tamu menjerit memberitahu terdapat api yang membakar sofa di depan televisyen.

Terkejut dengan kejadian itu, ibu enam anak ini segera mendukung anak dan meletakkan di luar rumah.

“Saya segera capai paip untuk padam api, tetapi gagal sebab waktu itu tekanan air rendah dan asap pula penuhi ruang dalam rumah dengan api menjulang tinggi,” katanya yang masih kelihatan terkejut.

Rumah berkenaan disewa mangsa sekeluarga sejak 11 tahun lalu dan berikutan kejadian itu, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di balai raya kampung berkenaan buat sementara waktu.

17 anggota bomba padam api

Dalam pada itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Chukai dan Balai Kemaman dengan kekuatan seramai 17 anggota dan tiga jentera berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 1.07 tengah hari.

Ketua operasinya, Omar Che Kob berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.14 tengah hari dan tiba di tempat kejadian pada jam 12.26 tengah hari.

“Bagaimanapun punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Penjenayah warga Colombia diberkas


Penjenayah warga Colombia diberkas
Zahedi (tengah) melihat barang disyaki curi selepas polis memberkas suspek warga Colombia
SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Colombia yang disyaki memecah masuk sebuah rumah ahli kenamaan di Seksyen 7 di sini, baru-baru ini, ditahan di sebuah kondominium di Taman Desa, Isnin lalu.
Dia yang berusia 25 tahun menjadi buruan sejak kejadian pada 1 Disember tahun lalu yang menyebabkan mangsa kerugian hampir RM10,000.

Ketika kejadian, mangsa bersama keluarganya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, suspek merupakan ahli kumpulan pecah rumah dan semua ahlinya berasal dari Amerika Selatan antaranya Colombia serta Peru.

Beliau berkata, suspek ditahan satu pasukan khas dalam Ops Otalora yang ditubuhkan bagi memburu kumpulan berkenaan.

“Suspek ditahan ketika memandu sebuah kereta jenis Toyota Camry berhampiran parkir kondominium berkenaan.

“Pemeriksaan di dalam rumah sewanya menemui pelbagai barang disyaki curi dan peralatan pecah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, suspek masuk ke negara dengan menggunakan pas lawatan dan menyewa kondominium serta kereta tersebut.

“Rumah itu dijadikan tempat persembunyian. Selepas dua atau tiga bulan dia akan berpindah,” katanya.
Zahedi berkata, kumpulan yang aktif pada Ogos tahun lalu ini dipercayai terlibat lebih daripada 10 kes di Lembah Klang.
Beliau berkata, kumpulan ini menyasarkan rumah mewah seperti banglo yang ditinggalkan penghuni.

“Senarai rumah kosong akan diserahkan kepada ahli kumpulan lain. Mereka kemudiannya akan menekan loceng dan jika tiada jawapan, rumah itu akan dipecah masuk.

“Jika ada penghuni, mereka berpura-pura bertanyakan alamat seseorang,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.