Penduduk memohon supaya kerja pemantauan cerun dilakukan kerana jaraknya yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan.
RAWANG – Penduduk kawasan Perumahan Ivory dan Ebony Kota Emerald Barat, disini, tidak puas hati dan kecewa dengan pemaju serta pengurusan yang didakwa gagal memenuhi janji.
Setiausaha Persatuan Penduduk Ivory, Kota Emerald, Auzani Azmi berkata, banyak pelan promosi yang dibentangkan pemaju sebelum pembelian rumah dibuat tidak dilaksanakan setelah penduduk menduduki kawasan itu pada 2011.
Menurutnya, sepanjang tempoh dua tahun tinggal di situ, dua sesi dialog bersama pemaju dibuat namun penjelasan diberikan kurang memuaskan dan didakwa bersikap lepas tangan.
“Kebanyakan penduduk menghadapi pelbagai masalah membabitkan kerosakan seperti masalah keretakan, kebocoran paip selain tiada perkhidmatan talian telefon dan tekanan air rendah.
“Selain itu masalah penyelenggaraan membabitkan kerja pembersihan dan pemotongan rumput, keselamatan serta perkhidmatan pengurusan turut memberikan tekanan kepada kami apabila aduan yang dibuat tidak disusuli dengan tindakan segera,” katanya.
Beliau berkata, masalah cerun yang jaraknya hanya dipisahkan beberapa meter dari rumah penduduk pernah dibangkitkan kepada pemaju bagaimanapun, mendakwa ia di luar tanggungjawab mereka.
“Beberapa runtuhan kecil berlaku dan air lumpur akibat hujan lebat juga pernah memasuki kawasan rumah penduduk dipercayai kerana tiada pemantauan cerun dan sistem saliran air dari bukit berkenaan.
“Perkara itu pernah dibangkitkan dan pemaju memaklumkan ia bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) namun apabila dirujuk kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), kita dimaklumkan status perumahan ini masih diselia pemaju,” katanya.
Difahamkan, penduduk bimbang akan nasib mereka selepas proses penyerahan tanggungjawab memandangkan dalam tempoh dua tahun tinggal di situ, banyak masalah berlaku melibatkan struktur rumah.
Dianggarkan 70 peratus kediaman telah diduduki.
Sementara itu, penduduk, Midzi Khan Abdul Hamidad, 39, berkata, dia antara penduduk terawal mendiami kawasan perumahan tersebut.
“Antara masalah awal yang dikesan adalah kebocoran paip bawah tanah dan di siling beberapa bahagian rumah yang kemudiaannya dibaiki dengan mengambil masa agak lama.
“Tuntutan bil RM450 yang dibuat kesan daripada kebocoran tersebut juga sehingga kini belum diganti pengurusan dan kita terpaksa berulang alik ke pejabat berkenaan untuk tuntutan itu,” katanya.
Bagi Ahmad Kairani Ab Khatab, 33, rumahnya menghadapi masalah keretakan dan kebocoran di beberapa bahagian antaranya bilik air, bilik tidur utama dan kawasan parkir kereta.
“Keretakan dipercayai berpunca daripada bahan digunakan tidak berkualiti selain kerja meletupkan batu berhampiran kawasan perumahan untuk pembinaan jalan yang menjejaskan struktur rumah.
“Kebanyakan kerosakan rumah dibaiki namun ia tidak sempurna dan lambat. Malah tuntutan ganti rugi kerosakan perabot berpunca saluran paip bocor sehingga hari ini masih belum diperoleh,” katanya.