Search This Blog

Sunday, February 3, 2013

Maut angkara katak


NUR FARHANA ABDUL MANAN
3 Februari 2013
Maut angkara katak
Kereta mangsa remuk akibat terbabas dan melanggar pokok. Gambar kecil: Katak yang ditemui dalam kereta mangsa.
GOMBAK – Disebabkan panik apabila seekor katak tiba-tiba melompat keluar di bahagian dalam kereta dipandunya, seorang guru maut manakala dua lagi anaknya cedera parah apabila kenderaan itu terbabas melanggar pokok, petang kelmarin.

Difahamkan, guru berkenaan dan anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Sinar Harian dimaklumkan, pagi hari kejadian, salah seorang anaknya memberitahu kasut sekolahnya dimasuki seekor katak yang kemudian hilang di dalam kereta itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chap Kuan Batu Arang kemudian meminta beberapa anak muridnya membantu mencari katak itu setibanya di sekolah.

Bagaimanapun, haiwan itu gagal ditemui sebelum ia dikatakan tiba-tiba muncul dalam perjalanan pulang guru itu bersama dua anaknya ke rumah.

Menurut sumber itu, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berdepan dengan kolam pancing Batu Arang.

Mangsa, Moey Yin,36, yang panik dipercayai tertekan minyak kereta jenis Proton Ezora dipandu sebelum melanggar sebatang pokok.

Rempuhan kuat menyebabkan dia meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan di dada manakala dua lagi anaknya masing-masing perempuan dan lelaki berusia sembilan dan lapan tahun yang berada di tempat duduk penumpang cedera parah.

"Salah seorang anak mangsa berada dalam keadaan koma manakala seorang lagi patah kaki dan dirawat di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, saksi kemalangan atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257 untuk membantu siasatan.

Panggilan tidak berjawab



Panggilan tidak berjawab
Keadaan di kawasan Rapingah di temui terbaring, turut kelihatan kain batik yang dipakai mangsa.
MARAN - Kerisauan seorang anak terhadap keselamatan ibunya yang tidak pulang sejak keluar rumah seawal jam 8.10 pagi akhirnya terungkai apabila wanita berusia 58 tahun itu ditemui mati di kebun getahnya dengan kesan luka di muka di Felda Bukit Tajau, di sini, semalam.

Anak bongsu daripada empat beradik, Nor Aisyah Hanafiah, 18, berkata, ibunya, Rapingah Hassim keluar rumah seorang diri ke kebun getah sejauh kira-kira empat kilometer dengan tujuan menunjukkan kawasan kebun kepada seorang lelaki warga Indonesia.

Menurutnya, kebun getah yang sudah dua tahun tidak diusahakan itu mahu dipajak kepada lelaki berkenaan untuk upah menoreh.

“Sebelum ibu keluar rumah, dia masuk ke bilik tidur saya dan mencium dahi saya serta memberitahu mahu ke kebun untuk berjumpa dengan lelaki tersebut yang juga kali pertama ditemui.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Ibu keluar dengan berkain batik dan berbaju kurung Kedah menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda secara sendirian,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Aisyah berkata, dia mulai rasa risau dan bimbang apabila ibunya tidak pulang ke rumah selepas jam 2 petang lalu menghubungi adik-beradik lain bagi memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, sebelum mahu melaporkan kepada pihak polis, jiran dan beberapa penduduk kampung mengambil inisiatif mencari ibunya di kebun getah berkenaan.
“Saya cuba menghubungi telefon bimbit ibu tetapi panggilan tidak berjawab,” katanya.

Anak sulung mangsa, Nor Liana, 37, berkata, dia yang tinggal di Felda Jengka 3 bergegas ke rumah ibunya selepas dimaklumkan berita mengejutkan oleh adik bongsu itu kira-kira jam 3 petang hari kejadian.

Katanya, kali terakhir dia berbual dengan ibunya itu adalah pada Khamis lalu dan tiada sebarang percakapan luar dari kebiasaan diperkatakan mangsa.

“Ibu hanya berpesan agar saya sentiasa mengutamakan kesihatan berhubung penyakit kencing manis saya hidapi selain menjaga cucunya dengan baik.

“Kami sekeluarga terima takdir pemergian ibu namun sekiranya ibu menjadi mangsa jenayah, kami berharap agar individu yang melakukan perbuatan tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Seorang jiran mangsa, Baharudin Abas, 60, berkata, lebih 10 penduduk ke kebun getah tersebut di mana tempat mangsa dikatakan pergi sebaik keluar dari rumah.

Menurutnya, beberapa kali panggilan ke telefon bimbit mangsa dibuat dan dapat dihubungi namun tidak berjawab.

“Penduduk menemui Rapingah terbaring dalam kawasan paya dengan ditutupi rumput dan terdapat kesan darah bercampur air paya.

“Di kawasan paya itu juga terdapat kesan tapak kaki dipercayai milik Rapingah,” katanya.

Kata Baharuddin setakat ini mereka belum menemui motosikal yang dinaiki Rapingah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Dua sepupu maut



Dua sepupu maut
Keadaan Proton Waja yang terlibat dalam kemalangan malam kelmarin membabitkan motosikal di Kilometer 55.5, Jalan Jerangau-Jabor.
JERANGAU - Hasrat dua sepupu untuk menikmati makan malam dengan duit gaji tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal, dekat sini, malam kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 8 malam di Kilometer 55.5 Jalan Jerangau-Jabor itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Darwis Banudin, 32, dan rakannya yang membonceng, Yuhaime Yusoff, 26, dari arah Ajil menghala ke Jerangau dipercayai masuk ke laluan bertentangan.

Motosikal ditunggang dua sepupu itu kemudiannya bertembung dengan sebuah Proton Waja dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, arwah Yuhaimie dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil wang gaji daripada majikannya bersama sepupunya, Darwis, seorang buruh ladang.

Dua mangsa cedera parah di kepala dan kecederaan dalaman sebelum maut di tempat kejadian.

Pemandu Proton Waja, Zulkifly Adam, 35, seorang pemandu jentera berat, tidak cedera.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kemalangan tersebut dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Pelajar PTPL Kuala Terengganu maut kereta rempuh pokok



KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) cawangan Kuala Terengganu maut setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu serta pokok di Jalan Durian Burung di sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, Hasma Hailmiah Hashim, 24, yang memandu Honda Civic EK dari arah Manir dipercayai hilang kawalan sebelum keretanya naik ke atas pembahagi jalan dan merempuh pokok serta tiang lampu.

Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah di kepala dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan pihak bomba.

Mangsa meninggal dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 32, berkata, beliau melihat sebuah kereta yang memecut laju sebelum terdengar dentuman kuat. - Bernama

Polis tahan 6 peras wang perlindungan




3 Februari 2013
GEORGETOWN - Polis menahan enam orang termasuk dua wanita dipercayai aktif memeras wang perlindungan daripada pemilik premis perniagaan di sekitar pusat bandar ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, suspek berusia antara 16 dan 27 tahun terbabit memaksa mangsa menyerahkan wang perlindungan atau minuman keras sebagai jaminan perniagaan mereka tidak diganggu.

"Hasil risikan dan maklumat awam polis menahan seorang suspek dalam sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam sebelum menahan anggota lain di sekitar daerah ini pukul 6 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis menemui empat helai kertas putih tercatit angka yang disyaki kutipan hasil pemerasan, 82 botol minuman keras, 42 keping kad niaga dan sebatang rotan.

Kong Meng berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan. - Bernama

Lelaki hilang akibat bot terbalik ketika memancing




3 Februari 2013
LEDANG - Seorang lelaki hilang manakala rakan wanitanya terselamat apabila bot yang mereka naiki terbalik ketika memancing udang galah di Sungai Muar dekat Kampung Semandar, Grisek, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 1.10 tengah hari ketika Muhammad Syafie Salleh, 30, dari Kuala Lumpur dan Rasyidah Isa, 26, dari Terengganu memancing bersama tujuh rakan yang lain.

Bot kecil yang dinaiki pasangan itu dikatakan terbalik secara tiba-tiba menyebabkan Muhammad Syafie tenggelam lalu hilang manakala Rasyidah yang berpaut pada sebatang pokok berjaya diselamatkan sekumpulan pemancing lain yang turut berada di kawasan berhampiran.

Seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Razif berkata sebaik tiba di kampung itu, mereka berpecah ke beberapa kawasan sungai berkenaan yang banyak terdapat udang galah.

Dia dan rakan-rakannya menyedari kejadian itu ketika dalam perjalanan pulang ke jeti untuk berehat dan makan tengah hari.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir Omar Saat berkata gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya.

Sehingga kini, Muhammad Syafie belum ditemui, katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Sahadan Jaafar ketika dihubungi berkata punca kejadian itu masih dalam siasatan. - Bernama

Lelaki maut kena tetak



NURUL HIDAYAH HAMID
3 Februari 2013
Lelaki maut kena tetak
Abdul Mutalib bertanya khabar ibu mangsa semasa menziarahi keluarga mangsa tetak itu.
Lelaki maut kena tetak
Lokasi pergaduhan mangsa maut akibat tetak berhampiran tanah perkuburan Hindu, Lorong Sharif.
ALOR SETAR - Seorang lelaki maut akibat ditetak dalam insiden pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Mohd Najib Bakar, 37, ditemui cedera parah dengan kesan tetakan di bahagian belakang kepala, leher dan kedua belah kakinya sekitar jam 7.30 malam.

Mangsa, yang masih bujang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, selepas mendapat makluman daripada orang awam berhubung insiden anggotanya segera ke tempat kejadian.

“Pihak polis menemui seorang lelaki yang cedera parah sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian dan mangsa didapati meninggal dunia semasa dikejarkan ke hospital.

“Punca sebenar pergaduhan itu masih dalam siasatan kami dan pihak polis giat mengesan suspek kes tetak itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan semakan rekod pihaknya mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dua kes narkotik pada 2007 dan 2008 serta jenayah.

Sementara itu, ibu mangsa, Wan Mahmud, 69, berkata, dua minggu lepas merupakan kali terakhir dia berhubung dengan mangsa melalui telefon, malah tidak menyangka akan berlakunya kejadian itu kerana anak keenamnya merupakan seorang anak yang baik.

Dalam pada itu, Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun melawat keluarga mangsa di Rumah Pangsa Tongkang Yard, di sini, semalam.

Suami isteri dijel lima tahun



MOHD. Nasir Abd. Majid (tengah) dan Zarinah Ab. Hadhy (kiri) dihukum penjara lima tahun kerana mendera anak saudara mereka di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, Selangor, semalam.
PETALING JAYA 30 Jan. - Perbuatan tidak berperikemanusiaan sepasang suami isteri yang mendera anak saudara mereka dengan mencucuh puntung rokok di kemaluan mangsa terbalas dengan masing-masingnya dihukum penjara lima tahun.
Hukuman ke atas Mohd. Nasir Abd. Majid, 37, seorang pemandu lori, dan isterinya, Zarinah Ab. Hadhy, 31, dijatuhkan oleh Majistret KB Elena Hong Tze Lan selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
"Kamu seharusnya menjadi penjaga kepada kanak-kanak ini. Gambar-gambar mangsa yang dikemukakan sebagai bukti menggambarkan betapa kejamnya kamu berdua.
"Kini mangsa mengalami kecacatan kekal dan saya berharap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada kamu,'' katanya yang memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 18 Disember lalu.
Pasangan itu didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap mangsa yang berusia tiga tahun di rumah mereka di blok T-118, Apartmen Harmoni, No. 55 Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai di sini, pada 14 Oktober tahun lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan pasangan itu supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.
Ibu mangsa yang berusia 28 tahun, ketika memberi keterangan impak mangsa (VIS) di mahkamah berkata, mangsa baru sebulan dihantar ke rumah kakak kandungnya sementara mencari pengasuh yang lain.
"Saya tidak menyangka kakak kandung tergamak bertindak sedemikian. Ketika di hospital, doktor menunjukkan kesan-kesan lebam di kaki, tangan dan badan mangsa. Anak yang saya hantar dalam keadaan sihat dipulangkan dalam keadaan separuh sedar,'' katanya sambil menangis.
Ibu mangsa juga memberitahu, selain kesan puntung rokok di kemaluan mangsa, terdapat kesan-kesan luka di punggung dipercayai dipukul dengan objek keras.
"Apabila saya bertanyakan kakaknya (kakak mangsa), dia cakap tertuduh memukul adik dengan batang penggaru kerana adik selalu kencing di katil waktu malam,'' ujarnya.
Mengikut fakta kes, ibu bapa mangsa bergegas ke Hospital Sungai Buloh dekat sini pada 27 Oktober tahun lalu setelah dimaklumkan anaknya mengalami sawan.
Namun setibanya di hospital, doktor memaklumkan, anak bongsunya itu tidak diserang sawan sebaliknya mengalami pendarahan otak dan keretakan di tengkorak kirinya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130131/ma_03/Suami-isteri-dijel-lima-tahun#ixzz2JqWp8pU2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa samun terbayang maut diacu parang



GAN Kong Meng (kiri) menunjukkan parang yang dirampas daripada salah seorang suspek berhubung kes samun di sebuah siber kafe di Jalan Masjid Negeri, Air Itam, Pulau Pinang, baru-baru ini.
PULAU PINANG 1 Feb. - Seorang penjaga kafe siber hanya terbayangkan maut sedang menanti ketika dia diacu dengan parang oleh seorang lelaki di premis itu di Jalan Masjid Negeri, di sini kelmarin,
Mangsa pada mulanya menyangka suspek seorang pelanggan yang mahu mengggunakan perkhidmatan internet terkejut apabila lelaki terbabit tiba-tiba mengeluarkan parang dan mengacukan kepadanya.
Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, mangsa dipaksa menyerahkan wang tunai, telefon bimbit serta kad tambah nilai permainan video bernilai RM1,000 kepada penyamun tersebut.
Suspek kemudian melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di luar premis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan polis seramai empat suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan.
"Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun. Polis merampas dua cota besi, dua telefon bimbit, 24 keping kad tambah nilai permainan video, sebilah parang panjang, sebilah parang pendek dan sebilah pisau bersarung," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan bersenjata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130202/wu_06/Mangsa-samun-terbayang-maut-diacu-parang#ixzz2JqVe9RSn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita berkemban, lelaki tanpa baju dicekup JAIPs



SEORANG pegawai JAIPs memeriksa butir-butir peribadi pasangan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik sewa Kampung Belakang Kilang, Kangar, kira-kira 1.50 pagi semalam.
KANGAR 1 Feb. - Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menahan sepasang kekasih kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di sebuah bilik sewa di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis, di sini awal pagi ini.
Ketika serbuan pukul 1.50 pagi itu, wanita tersebut yang berusia 22 tahun dalam keadaan berkemban manakala pasangannya yang berusia 23 tahun memakai seluar jean tanpa baju.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIPs, Suhaimi Ahmad berkata, pihaknya terpaksa menunggu selama lebih 10 minit sebelum pasangan tersebut membuka pintu.
"Difahamkan suri rumah itu dan pasangannya, seorang nelayan yang baru dikenalinya empat bulan lalu, menyewa bilik berkenaan sebelum diserbu JAIPs.
"Semasa ditahan, wanita terbabit mengaku sedang mengandung tiga bulan anak kekasihnya. Wanita itu juga memberi alasan telah berkahwin pada 25 Januari lalu di negara jiran dan mengemukakan surat nikah.
"Bagaimanapun hasil pemeriksaan kami mendapati dokumen tersebut meragukan dan oleh itu kedua-duanya dibawa ke JAIPs untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui selepas serbuan di sini.
Jelasnya, wanita itu yang mempunyai dua anak berusia empat dan enam tahun mendakwa sudah tidak tinggal bersama suaminya sejak September lalu dan dalam proses penceraian di Mahkamah Syariah.
"Namun siasatan awal mendapati mereka masih pasangan suami isteri sehingga diputuskan mahkamah," ujarnya dan memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130202/wu_03/Wanita-berkemban-lelaki-tanpa-baju-dicekup-JAIPs#ixzz2JqVMZR2X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Guru tadika kerugian RM17,100



JOHOR BAHRU 2 Feb. - Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Disember tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, e-mel berbahasa Inggeris itu daripada pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.
Katanya, pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut siap untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.
Wanita itu dalam laporannya menyatakan bahawa pada bulan lepas beliau menerima satu lagi e-mel dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi undang-undang.
"Berikutan itu, pengadu memasukkan secara berperingkat wang RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan hadiah yang dikatakan dimenanginya itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, e-mel daripada AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores dan menang.
Menurutnya, polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130203/wj_03/Guru-tadika-kerugian-RM17100#ixzz2JqUa8DUj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dibantu orang awam



DARI KIRI : Hamzani Harun, Hisham Abdul Rahman
BUKIT MERTAJAM 2 Feb. - Polis tidak menolak kemungkinan dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth bulan lepas, mendapat bantuan pihak lain untuk bersembunyi.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar meminta orang ramai terutama keluarga dan kenalan terdekat dua lelaki yang diburu itu supaya tidak menghulurkan bantuan kepada mereka.
"Sebelum ini tahanan lain turut dibantu rakan mereka sebelum berjaya ditahan polis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat II sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2013, di Tol Juru, di sini hari ini.
Beliau berkata, polis yakin kedua-dua tahanan yang diburu itu masih bersembunyi di negeri ini dan polis kini meningkatkan usaha memburu mereka.
"Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh, saya percaya kami akan dapat tahan mereka dalam tempoh terdekat," katanya.
Dalam kejadian 9 pagi 7 Januari lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd. Fairuz Adam, 31, dan Mohd. Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada 10 Jan.
Dua hari kemudian polis menahan Mohd. Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang dan Mohd. Shahrimi Mohd Noor, 28, pula menyerah diri di Pasar Awam Penanti manakala Mohd. Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan di sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini.
Mengenai kes sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak di utara semenanjung, Abdul Rahim berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes itu.
Beliau berkata setakat ini, lapan individu termasuk seorang doktor klinik swasta dan dua pegawai Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) masih direman bagi membantu siasatan kes itu.
Baru-baru ini, Polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang aktif di utara tanah air dengan penahanan 33 individu berumur antara 23 hingga 52 tahun. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130203/je_03/Dibantu-orang-awam#ixzz2Jq6nio8z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lebanon



CLAUDIA THEOPHILUS... mati tertembak di Lebanon.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lebanon, semalam.
Duta Besar Malaysia di Lebanon, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lebanon.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130203/je_04/Wartawan-Malaysia-mati-tertembak-di-Lebanon#ixzz2Jq6R0Do0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima suspek rogol tidak mengaku salah



NEW DELHI 3 Feb. - Lima suspek yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan pada bulan lalu mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan yang berlangsung, di sini semalam.
"Kesemua suspek tidak mengaku bersalah dan mahu perbicaraan diteruskan," kata seorang daripada peguam bela, V.K Anand di luar mahkamah.
Perbicaraan seterusnya bakal berlangsung pada Selasa depan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_07/Lima-suspek-rogol-tidak-mengaku-salah#ixzz2JpooqCX8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Stor GRO Vietnam




Johor Bahru: Helah seorang penjaga sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi, di sini, kononnya kunci stor premis itu hilang, membongkar rahsia dia menyembunyikan dua wanita warga asing di bilik terbabit.

Dalam serbuan jam 1 pagi semalam oleh sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu, lelaki berusia 30-an itu enggan membuka stor seperti diarahkan.
Keadaan itu menyebabkan pasukan diketuai Pegawai Turus D7 IPK Johor, Deputi Superintendan Mohamad Abd Hamid dibantu seorang pegawai dan tujuh anggota terpaksa memecahkan pintu stor sebelum menemui dua wanita bersembunyi di belakang himpunan kotak.

Terdahulu, 11 wanita lain dipercayai pelayan pelanggan (GRO) premis berkenaan cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang apabila polis menyerbu masuk, namun semuanya berjaya ditahan.


Mohamad berkata, pemeriksaan mendapati semua 13 wanita warga Vietnam itu berusia 18 hingga 38 tahun.

Sangka orang lari atas bumbung



Tanjung Karang: “Pada mulanya saya ingatkan ada orang berlari di atas bumbung rumah saya, tetapi tidak menyangka bunyi kuat yang saya dengar adalah bunyi ribut yang melanda kawasan rumah.

“Lebih mengejutkan, bumbung di rumah saya tercabut satu per satu bermula dari bahagian depan hingga ke belakang,” kata R Malathi, 35, menceritakan kejadian ribut yang merosakkan rumahnya di Taman Seri Jaya, di sini, kelmarin.


Menurutnya, dalam kejadian 1 tengah hari, dia bersama ahli keluarganya yang berada di dalam rumah terkejut melihat kejadian yang berlaku dengan pantas, namun bersyukur bumbung yang tercabut tidak menghempap ahli keluarganya.

Dalam kejadian itu 14 rumah, masing-masing tujuh dari Taman Seri Jaya dan Taman Seri Setia, rosak teruk akibat ribut yang melanda selama 10 minit itu.


Katanya, dia kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki kerosakan pada bumbung rumahnya kerana khuatir keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan rumahnya dimasuki air hujan.


Seorang lagi penduduk, Nazrin Muhammad Duin, 20, berkata, ketika kejadian, dia yang berada di luar rumah dapat menyaksikan bagaimana angin puting beliung meranapkan bumbung rumah jirannya.

Beliau berkata, kejadian itu sememangnya tidak diduga kerana keadaan cuaca yang panas, selain tidak nampak tanda seperti hari akan hujan.


“Saya dan keluarga tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya berserah kepada Tuhan supaya kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias sempat berkunjung ke rumah mangsa bagi meninjau keadaan.

Maut angkara orang cuai




Kuala Lumpur: Tindakan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti di lorong kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran menjadi punca kemalangan maut seorang penunggang motosikal di sini, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 malam di Kilometer 16.1, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) itu berlaku apabila penunggang motosikal berkenaan dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh belakang MPV berkenaan.
Akibat rempuhan itu, mangsa, Shahfrisa Kurniawan Samsu Hidayat, 26, tercampak dari motosikalnya dan maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Menurut sumber polis trafik, MPV jenis Toyota Avanza berkenaan tidak mengalami sebarang kerosakan tetapi berhenti di lorong kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran.


“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu tak sempat mengelak lalu merempuh MPV itu,” katanya.

Dua keldai dadah berdepan hukuman gantung mandatori



Chukai: Dua keldai dadah warga Myanmar berdepan hukuman gantung apabila cubaan menghantar 24 paket heroin bernilai kira-kira RM3,600 kepada pengedar di daerah ini gagal.

Dua lelaki yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran di Kuantan, Pahang ditahan secara berasingan dalam operasi khas menjejak pergerakan dua keldai terbabit yang dikatakan licik menjalankan kegiatan itu di daerah ini.


Kedua-dua lelaki terbabit berusia 24 dan 25 tahun ditahan ketika berada di tepi jalan Taman Perwaja berhampiran pintu gerbang sempadan Terengganu/Pahang, di sini, Rabu lalu.

Sumber berkata, hasil risikan polis, sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman membuat operasi khas bagi menahan dua lelaki terbabit.


“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berkenaan dan pemeriksaan menemui 15 paket berisi serbuk perang dipercayai heroin bernilai RM2,250 yang disorokkan dalam kotak rokok pada jam 10.30 malam,” katanya.


Beliau berkata, susulan tangkapan terhadap lelaki terbabit, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai rakan lelaki terbabit dan merampas sembilan paket serbuk perang dipercayai heroin dalam satu kotak rokok bernilai RM1,350 pada jam 11.15 malam.

Katanya, sebelum ditahan, lelaki terbabit berada di kawasan sempadan Kuantan dan memasuki daerah ini apabila dihubungi rakannya yang sudah berada dalam ‘tawanan’ polis, Menurutnya, dua rakan terbabit dikatakan menerima upah antara RM50 hingga RM70 bagi setiap paket dadah yang dihantar kepada pelanggan.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis lalu.

“Kedua-dua lelaki yang memiliki kad UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian) itu disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori,” katanya.

70 ‘istana hinggap’ diroboh



Klang: Kira-kira 70 ‘istana hinggap’ pekerja pembinaan warga asing sekitar Setia Alam, di sini, yang dijadikan penempatan haram, akhirnya menyembah bumi apabila dirobohkan penguat kuasa dalam operasi bersepadu, malam kelmarin.

Operasi dijalankan bermula jam 10 malam dan berakhir 3.30 pagi itu disertai beberapa agensi penguatkuasaan, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Imigresen Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Petaling Jaya.


Timbalan Pengarah Penguat Kuasa MBSA Abdul Hakim Mohamad berkata, operasi dijalankan berikutan pemantauan menunjukkan warga asing sewenang-wenangnya membina rumah sementara atau setinggan haram di atas tanah milik kerajaan negeri.

Menurutnya, notis mengosongkan tanah dan meruntuhkan struktur rumah itu diberi pada Oktober tahun lalu, namun tidak diendahkan, sebaliknya warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan terus menetap di situ.


“Tindakan merobohkan rumah dibina mereka perlu dilakukan kerana ia menyalahi Kanun Tanah Negara yang tidak membenarkan sebarang binaan di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kerana mendirikan bangunan di atas tanah kerajaan,” katanya.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, dalam operasi itu, seramai 12 warga asing menetap di kawasan setinggan terbabit masing-masing dua warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan lapan warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan lapan bulan hingga 35 tahun diperiksa.

Buang mayat di tepi jalan



Bekasi: Seorang peniaga buluh ditangkap selepas dia dituduh membuang mayat anak saudaranya, Ading Bin Ersin yang mati selepas terjatuh dari lori.

Kejadian berlaku kelmarin ketika peniaga berkenaan, AD, 42, bersama-sama Ading, 43, menghantar pesanan buluh kepada seorang pelanggan di Bogor.
Ading yang menjadi kuli bapa saudaranya, terjatuh dari lori yang mereka naiki, menyebabkan dia mati.

Kerana panik, AD membuang mayat anak saudaranya berhampiran kediamannya sementara motosikal milik Ading ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat mayat dibuang.


“Saya berharap polis menganggap dia mati kerana kemalangan motosikal,” kata AD ketika disoal siasat.

Pelajar Harvard digantung pengajian



New York: Kira-kira 60 pelajar Universiti Harvard digantung dan yang lain berdepan tindakan disiplin ekoran skandal penipuan secara besar-besaran di kolej elit itu, lapor akhbar kampus berkenaan semalam.

Harvard Crimson memetik e-mel daripada Dekan Fakulti Sastera dan Sains, Michael Smith yang mengatakan lebih separuh kes dalam skandal itu berlaku tahun lalu menyebabkan keputusan menggantung pengajian dilakukan. Kira-kira separuh daripada pelajar lain yang disiasat berdepan tindakan disiplin, lapor akhbar terbabit. Pegawai di Harvard tidak dapat dihubungi untuk pengesahan. - AP

DNA babi dalam daging halal



London: Kementerian Kehakiman Britain semalam menggantung sebuah syarikat pembekal daging ke penjara selepas ujian mendapati daging yang dicop halal yang dibekalkannya mengandungi babi.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan berkata, pai daging yang dilebelkan halal ditarik balik serta-merta selepas DNA babi ditemui di dalamnya.


Menurutnya, semua penjara yang terbabit sudah dimaklumkan.

Agensi Standard Makanan berkata, pihak berkuasa sudah mula menyiasat bagaimana ia boleh berlaku dan setakat mana produk itu diedarkan ke seluruh negara itu.


Ujian terhadap makanan yang dikatakan halal itu dilakukan selepas beberapa pasar raya Britain didapati menjual daging burger lembu yang mengandungi daging kuda. - AP

Rangka dalam semak tiada kaitan kes jenayah



Putrajaya: Keputusan bedah siasat bagi mencari punca sebenar kematian membabitkan rangka manusia yang ditemui di kawasan semak mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan tiada kesan kecederaan ditemui pada rangka manusia itu selepas bedah disiasat dijalankan di Hospital Serdang.


“Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mangsa meninggal dunia berkemungkinan disebabkan tergantung di rimbunan mengkuang itu.

“Bagaimanapun, kita tetap meneruskan siasatan untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak elemen jenayah dalam kes ini. Pada masa sama, kita juga menyiasat dokumen ditemui pada rangka manusia itu.


“Dokumen itu menunjukkan ia milik seorang wanita warga China, namun kita masih menyiasat sama ada ia milik mangsa atau orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam. Selasa lalu, sekumpulan pekerja pembersihan menemui rangka manusia lengkap berpakaian di kawasan semak mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan KLIA, jam 11.30 pagi.


Dalam kejadian itu, pekerja pembersihan terbabit ditugaskan menebas semak di kawasan itu sebelum menemui rangka manusia yang terpisah kepala.

Pencuri kabel lagak kontraktor




Batu Pahat: Taktik berlakon umpama kontraktor membaiki wayar elektrik atau pencari barangan lusuh ketika mencuri kabel digunakan satu sindiket yang bergerak aktif melakukan kegiatan terbabit di daerah ini sejak berbulan lalu.

Kumpulan dianggotai lima individu itu menjadikan rumah kosong di sekitar Senggarang, Rengit dan Ayer Hitam sebagai sasaran utama mereka.
Namun kelicikan penjenayah berkenaan tidak berpanjangan apabila kelima-limanya ditahan polis pada Isnin lalu di sekitar Senggarang, di sini, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati lima suspek berusia 20 hingga 32 tahun itu mencuri kabel bagi memperoleh pendapatan dengan cara mudah.


“Penjenayah memilih rumah kosong sebagai sasaran sebelum memotong kabel dan menjualnya di beberapa premis jualan barangan lusuh di daerah ini.

Penipu guna logo syarikat penerbangan tambang murah



Johor Bahru: Dengan menggunakan logo syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu sindiket penipuan melalui e-mel aktif memperdaya mangsa untuk mengaut untung mudah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, laporan terbaru berkaitan kes terbabit diterima pihaknya pada jam 6 petang kelmarin yang dibuat seorang wanita berusia 36 tahun.


Menurut beliau, mangsa guru taman didikan kanak-kanak (TADIKA) dan beralamat di Taman Sri Skudai, Taman Universiti di sini.

“Berdasarkan laporan dibuat, pada 13 Disember lalu, mangsa menerima satu e-mel berbahasa Inggeris tertera logo AirAsia dan beribu pejabat di London, United Kingdom (UK) menyatakan dia memenangi cabutan bertuah sempena sambutan Krismas berjumlah RM390,000 (AS$130,000).


“Wang terbabit dikatakan siap sedia untuk dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa melalui atas talian,” katanya, semalam.


Ruslan berkata, sangsi dengan perkara itu, mangsa hanya mendiamkan diri sebelum menerima satu lagi e-mel kononnya daripada PDRM baru-baru ini.

“Kandungan e-mel kononnya daripada PDRM itu menyatakan semua e-mel dan cabutan bertuah seperti yang diterima mangsa adalah sah di sisi undang-undang.


“Mangsa yang yakin kemudian memasukkan wang ke dalam akaun bank diberikan sindiket terbabit secara berperingkat berjumlah RM17,100 bagi membolehkan dia menerima wang cabutan bertuah itu.

“Namun, sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang wang seperti dijanjikan, membuatkannya membuat laporan polis berkaitan kejadian,” katanya.

Suami tak bantah pakej urut batin




Kuala Lumpur: Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut ‘geli-geli’ dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak sampai melakukan hubungan seks.

Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami tiada pendapatan tetap.

Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.

Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata untuk mendapatkan pulangan lumayan.

Foto
ANAK lelaki sedang menunggu ibunya mengurut pelanggan.

Foto
ANAK perempuan pula sedang bermain komputer sambil menunggu ibunya mengurut.
Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, baru-baru ini.

Bujang Taniku masuk perangkap

Mir: Selepas hampir dua minggu diburu, akhirnya buaya digelar ‘Bujang Taniku’ yang dipercayai membaham seorang lelaki warga Indonesia pertengahan bulan lalu, berjaya diperangkap dengan umpan ayam dipasang Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di anak sungai Ladang Taniku, Permyjaya, di sini, semalam.
Buaya jantan sepanjang 4.66 meter ditangkap kakitangan SFC pada jam 8 pagi dibantu sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas menerima maklumat pekerja ladang kelapa sawit yang ternampak kelibat buaya itu timbul bersama pelampung pada umpan dipasang.
Anggota JPAM bersama kakitangan SFC mengambil masa empat jam sebelum buaya seberat lebih 500 kilogram itu berjaya diangkat ke tebing sungai dan dihantar ke Pusat Penjagaan Haiwan Liar di bawah kelolaan SFC.

Pekerja ladang, Asbar Zainuddin, 24, berkata, ketika berjalan di tebing sungai itu, dia pelik melihat ada pelampung timbul bergerak melawan arus.
Foto
ANGGOTA JPAM dan pekerja SFC mengangkat Bujang Taniku ke tebing sungai.

Katanya, mengesyaki sesuatu yang tidak kena, dia menghampiri tebing sungai dan terkejut melihat seekor buaya melibas ekornya.

Lesap ketika jemput isteri ke-3


pix_topright

Kamunting: “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pernah minta saya buat pengesahan kematian suami, namun saya enggan kerana percaya dia masih hidup dan akan pulang kelak,” kata Raimi Muhammad, 42, isteri kedua kepada Mohamad Shariff Hassan, 53, yang ‘lesap’ sejak enam tahun lalu, dipercayai disembunyikan madunya di Indonesia.

Mohamad Shariff yang juga pesara polis dilaporkan hilang sejak Jun 2007 selepas melawat isteri ketiganya di Kandangan Temanggong, Jawa Tengah.

Isteri pertamanya sudah berpisah selepas menuntut fasakh beberapa tahun lalu selepas Mohamad Shariff gagal dikesan.

Sehingga kini, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan Mohamad Shariff, termasuk bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di Indonesia, namun gagal menemui petunjuk.


Raimi yang ditemui di kediamannya di Taman Saujana, di sini, berkata, dia yakin suaminya masih hidup dan tetap setia menanti biarpun ramai menganggap Mohamad Shariff sudah meninggal dunia.

Pencuri meter air dicekup



Tapah: Seorang penjenayah yang gemar mencuri meter air dari rumah penduduk di sekitar daerah Kampar akhir berjaya dicekup selepas menjadi buruan polis sejak lebih sebulan lalu.

Suspek berusia 29 tahun itu dikesan menjual meter air itu di sebuah kedai membeli barangan lusuh untuk mendapatkan wang mudah.


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kegiatan suspek akhirnya berjaya dilumpuhkan selepas suspek yang berasal dari Ipoh ditahan polis di bandar Kampar, awal pagi kelmarin.

Menurutnya, pihak polis sebelum ini kerap menerima laporan polis berhubung kecurian meter air di kawasan Mambang Diawan serta Kampar di sini.


"Meter air tembaga itu kemudian dijual ke sebuah kedai membeli barangan lusuh di Jelapang, Ipoh. "Pihak polis akan meminta bantuan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk menyiasat perkara itu selain menjalankan siasatan terhadap pemilik premis membeli barangan lusuh itu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IPD Kampar, IPD Tapah dan IPD Tanjung Malim di IPD Tapah, di sini, kelmarin.


Majlis penyampaian disempurnakan Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan yang turut menyampaikan anugerah berkenaan kepada anggota polis dari tiga IPD berkenaan.

Ng berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sementara itu, Ketua Polis IPD Tapah, Superintendan Som Sak berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan sempena sambutan Tahun baru Cina ini.

Selain itu pihaknya mengadakan 'Ops Selamat' untuk memastikan kediaman orang awam yang ditinggalkan kosong berada dalam keadaan selamat.

Pukul, tetak sampai mati

Alor Setar: “Saya terkejut mendapat berita anak saya mati kena tetak. Baru dua minggu lalu saya menghubunginya dan dia kelihatan seperti biasa dan ceria,” kata Wan Mahmud, 69, ibu kepada Mohammad Najib Bakar, 37, yang maut ditetak dalam pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.29 malam, mangsa dikatakan dipukul dan ditetak di belakang kepala, leher dan kedua-dua kakinya oleh sekumpulan lelaki di kawasan itu.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, kerana cedera parah.
Wan berkata, dia terkejut apabila polis memaklumkan kejadian itu kerana anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap, malah kelihatan seperti biasa dan sangat ceria.

“Arwah memang anak yang bertanggungjawab, bermurah hati serta selalu menghormati orang tua. Saya tak sangka arwah mempunyai musuh sehingga mereka sanggup memukul dia sehingga mati.

“Perbuatan itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup memukul anak saya dengan teruk. Kalaulah dia ada buat salah, takkan sampai nak membunuh,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flet Tongkang Yard, di sini, semalam.
Foto
NAIB Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun, (kiri) melawat ibu mangsa, Wan (kanan) atas kematian anaknya.
Menurutnya, dia tidak menemui arwah sejak sebulan lalu kerana pergi ke rumah anak perempuannya yang baru melahirkan cucunya di Kota Sarang Semut, di sini.

“Arwah anak keenam daripada tujuh beradik tinggal bersama saya di Tongkang Yard sejak beberapa tahun lalu. Arwah belum berkahwin dan hanya membuat kerja kampung jika ada yang meminta pertolongannya seperti menebang pokok dan membina rumah di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki dipukul dan ditetak berhampiran perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar, di sini.

“Berdasarkan maklumat itu, anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa rebah dalam keadaan cedera parah.

“Kami menghubungi ambulans dan membawa mangsa ke HSB. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Mangsa cedera parah akibat tetakan di belakang kepala, leher serta kaki kiri dan kanan,” katanya.

Adzaman berkata, semakan rekod mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau dan terbabit dalam dua kes narkotik pada 2007 dan 2008.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai punca pergaduhan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terperosok bawah bas

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan  mangsa yang terperosok di bawah bas 
 di Persiaran Sukan Seksyen 13, Shah Alam.Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah bas di Persiaran Sukan Seksyen 13, Shah Alam. Shah Alam: Berpantang maut sebelum ajal! Itu nasib seorang lelaki selepas terperosok di bawah sebuah bas dalam nahas jalan raya di Persiaran Kerjaya, Seksyen 13, di sini, semalam.


Mangsa tercampak
Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an dan menunggang motosikal, tercampak selepas bertembung bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit di satu persimpangan ketika lampu isyarat di situ dikatakan tidak berfungsi.


Jurucakap polis berkata, mangsa dari arah Persiaran Kerjaya menghala ke arah sebuah pasar raya di Seksyen 13 sebelum terus membelok ke kanan sebaik tiba di persimpangan terbabit, tetapi bertembung bas berkenaan.

“Pemandu bas berusia lingkungan 40-an yang dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa,”katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, lelaki terbabit kemudian terperosok di bawah bas dan mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan.

Beliau berkata, laporan polis berhubung kejadian berkenaan sudah dibuat pemandu bas berkenaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas 1959.

Zhen Zhong diklasifikasi mati mengejut



 
Kuala Lumpur: Polis mengklasifikasikan kematian William Yau Zhen Zhong, 6, sebagai mati mengejut selain tiada unsur mencurigakan termasuk didera.

Rumusan dibuat selepas polis mengambil keterangan lebih 30 individu selain menggunakan khidmat Pusat Temu duga Kanak-Kanak (CIC) Bukit Aman.

Keterangan menerusi CIC

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ahmad, berkata abang mangsa yang berusia tujuh tahun individu terakhir direkodkan keterangan menerusi CIC selain mendapati maklumat yang diperoleh adalah dengan ibu bapa Zhen Zhong.

“Hasil siasatan yang dijalankan selain keterangan yang diambil lebih daripada 30 individu mendapati tiada unsur mencurigakan dan setakat ini polis masih mengklasifikasikan kematiannya sebagai mati mengejut.

“Dalam tempoh terdekat, polis tidak lagi mengambil keterangan mana-mana individu termasuk ibu bapa mangsa kerana berpendapat hasil keterangan sebelum ini sudah mencukupi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada Khamis lalu, polis memanggil semula ibu bapa Zheng Zhong serta anak sulung pasangan itu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan punca sebenar kematian kanak-kanak itu, selepas timbul dakwaan mengatakan mangsa didera.

Buat tinjauan semula

Yau Kok Kang, 32, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, manakala abang mangsa dibawa ke CIC untuk tujuan sama. Proses mengambil keterangan dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Yahaya berkata, pihaknya juga turut membuat tinjauan semula dari lokasi kehilangan Zheng Zhong sehingga ke lokasi penemuan mayatnya itu, namun tidak menemui sebarang bukti baru.

Zhen Zhong dilaporkan hilang di depan sebuah kedai alatan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya, pada 16 Januari lalu, dia dikatakan keluar mencari ibu bapanya di kawasan berkenaan.

Amalan ilmu hitam di Oman meningkat



 
Muscat: Polis Oman menggesa penduduk negara itu tidak percaya kepada perkara karut marut termasuk mengamalkan ilmu hitam atau sihir.

Ini berikutan peningkatan kes mengenai perbuatan mendalami ilmu hitam diterima pihak berkuasa keselamatan.
Antara kes termasuk laporan beberapa penduduk di kawasan pinggir Mabellah Selatan, 40 kilometer ke utara kawasan lama Muscat, awal bulan ini.


Aktiviti mencurigakan

Mereka yang tinggal tidak jauh daripada sebuah rumah lama, memberitahu polis bahawa ada aktiviti mencurigakan berlaku selepas mendengar bunyi pelik di situ.

Apa yang berlalu ialah dua orang lemas selepas melakukan satu upacara sihir. Empat lagi pengsan selepas menghidu asap beracun.

Seorang warga sebuah negara Afrika ditahan di tempat kejadian dan dituduh mengamalkan sihir dan ilmu hitam.
Polis berkata, asap beracun itu terhasil selepas kayu gaharu dibakar bersama herba beracun.

“Orang ramai sepatutnya tidak terpengaruh dengan mereka yang mendakwa memiliki kuasa ajaib,” kata jurucakap polis.

Dalam kenyataan kepada media, dia berkata, jenayah berkaitan sihir dilaporkan kebelakangan ini dan beberapa orang sudah ditahan.


Bahan bukti ditemui

“Beberapa buku, kayu gaharu, herba beracun, lilin dan losyen ditemui selepas serbuan dibuat,” katanya.

Pihak bertanggungjawab cuba meraih keuntungan dengan berpura-pura ada keupayaan memberi kekayaan kepada seseorang itu selain menyelesaikan masalah keluarga.

“Jangan tertipu dengan dakwaan seperti itu,” katanya kepada orang ramai dan meminta mereka melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada polis.

Kenyataan itu juga memetik Setiausaha Pejabat Fatwa Mufi Besar, Ebrahim Bin Nasser Al Sawafi, sebagai berkata hanya orang yang mahu melakukan jenayah sedia mendakwa ada mukjizat. - Agensi

Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan



 
Alor Setar: Seorang lelaki maut ditetak dalam satu pergaduhan berhampiran kawasan kubur India di Lorong Sharif, dekat Jalan Langgar, di sini, malam kelmarin.


Mangsa dipukul, ditetak
Mangsa, Mohammad Najib Bakar, 37, yang mempunyai dua rekod jenayah membabitkan kes dadah disahkan meninggal dunia selepas dipukul dan ditetak sekumpulan lelaki di kawasan itu sekitar jam 7.30 malam.

Mangsa yang berasal dari Tongkang Yard, di sini, dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana cedera parah di beberapa bahagian iaitu di belakang kepala, leher dan kedua-dua kaki akibat kesan pukul serta tetakan.


Kesalahan narkotik

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis yang menerima maklumat orang awam kemudiannya bergegas ke kawasan kubur berkenaan sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring dengan kesan cedera parah pada badan.
“Mangsa yang dipercayai ditetak kemudiannya dikejarkan ke HSB, tetapi Mohammad Najib disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

“Berdasarkan semakan pihak kami, mangsa didapati mempunyai rekod jenayah lampu dengan terbabit dalam dua kes berkaitan kesalahan narkotik pada 2007 dan 2008,” katanya.

Rugi RM17,000 diperdaya sindiket guna nama PDRM



Johor Bahru: Seorang guru TADIKA berusia 39 tahun kerugian RM17,000 apabila diperdaya sindiket penipuan menggunakan nama polis dan sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Mangsa dari Taman Sri Skudai, dekat sini, mendakwa menerima e-mel pada 13 Disember lalu dengan logo syarikat penerbangan itu memaklumkannya memenangi cabutan bertuah sempena perayaan Hari Natal berjumlah AS$130,000 (RM403,909) dari syarikat, yang beribu pejabat di London.

60 pelajar Harvard tipu peperiksaan dihukum

Sekumpulan pelajar lalu di Dataran Harvard, Cambridge, Massachusetts ketika universiti itu dilanda skandal penipuan beramai-ramai.Sekumpulan pelajar lalu di Dataran Harvard, Cambridge, Massachusetts ketika universiti itu dilanda skandal penipuan beramai-ramai. New York: Sekurang-kurangnya 60 pelajar di Universiti Harvard digantung pelajaran, manakala yang lain dikenakan tindakan disiplin dalam satu skandal penipuan besar di institusi tersohor Amerika Syarikat itu.

Dekan Fakulti Sains dan Sastera, Michael Smith memberitahu kakitangan dan pelajar di universiti berhampiran Boston itu bahawa lebih separuh kes sedang disiasat menyebabkan pelajar berkenaan diminta tidak berada di kolej untuk sementara.
“Dalam kes lain, ada yang dikenakan tindakan disiplin, manakala selebihnya tidak dikenakan sebarang tindakan,” kata Smith dalam satu e-mel ke semua kampus.


Pelajar yang diminta tidak berada di kampus untuk sementara waktu dilaporkan antara dua hingga empat semester.

Ketika skandal mula terbongkar dan diketahui ramai pada Ogos lalu, pentadbir Harvard berkata i 125 pelajar disyaki berpakat menjawab peperiksaan akhir.


Plagiat

Universiti berkenaan berkata, ramai pelajar mungkin bekerjasama menjawab soalan atau melakukan plagiat membabitkan rakan sekelas mereka ketika peperiksaan akhir kursus masing-masing.
Harvard di Cambridge, Massachusetts adalah sebuah daripada universiti eksklusif dunia dengan pelajar membayar AS$63,000 setahun (RM189,000) untuk mengikuti pengajian selepas melalui proses kemasukan yang sengit.

Smith menyifatkan skala insiden penipuan terbabit sebagai paling ramai setakat ini menyebabkan proses perubahan sedang dirangka untuk menggalakkan integriti akademik dan pemahaman lebih mendalam isu itu dalam kalangan penghuninya.

“Kita semua boleh lakukan yang lebih baik,” katanya dalam e-mel.

Presiden Majlis Siswazah Harvard, Tara Raghuveer, berkata siasatan kes berkenaan berlangsung terlalu lama hingga menjadi topik hangat.

Katanya, ada pelajar memulakan pelajaran semester baru tanpa mengetahui sama ada dibenarkan menamatkan kursus. - Agensi

Hukum mati menanti perogol



 
New Delhi: Kabinet India kelmarin meluluskan cadangan meminda undang-undang supaya hukuman mati dikenakan ke atas pesalah dalam kes rogol jika serangan menyebabkan mangsa koma atau maut.

“Kami sudah membuat keputusan dengan segera dan berharap ia membolehkan wanita rasa lebih selamat di negara ini,” kata Menteri Undang-Undang, Ashwani Kumar kepada wartawan.
Keputusan menyokong hukuman itu adalah berdasarkan cadangan satu panel yang meneliti undang-undang jenayah dalam kes serangan seksual.

Ia berikutan bantahan besar-besaran selepas seorang wanita maut selepas diperkosa secara beramai-ramai, Disember lalu.


Kuasa sebagai undang-undang

Cadangan itu memerlukan tandatangan Presiden Pranab Mukherjee untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang yang dijangkakan pada hari ini.

Parlimen pula perlu mengesahkannya dalam tempoh enam minggu mulai sidang seterusnya pada 21 Februari jika tidak mahu ia tertangguh.
Panel yang mengkaji undang-undang jenayah seksual diketuai bekas Ketua Hakim, J S Verma pada 23 Disember lalu, seminggu selepas kejadian rogol itu.

Mangsa kemudian dihantar ke Singapura untuk rawatan sebelum meninggal dunia pada 29 Disember lalu.

Lima lelaki dan seorang budak lelaki di bawah umur dituduh berhubung kes itu atas dakwaan membunuh, menculik dan rogol.

Perbicaraan lima lelaki itu sudah bermula di mahkamah New Delhi dengan peguam bela mengatakan mereka tidak bersalah. Budak di bawah umur terbabit belum dibicarakan.

Berdasarkan undang-undang yang ada, perogol boleh dihukum penjara selama tujuh tahun sehingga seumur hidup.

Tertuduh dalam kes rogol berkenaan hanya boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan membunuh. - Agensi

Buaya baham pekerja ladang ditangkap




BEBERAPA anggota SFC dan JPAM menarik buaya seberat 500 kilogram yang ditangkap 
di Sungai Teniku, Miri semalam.


MIRI - Seekor buaya seberat hampir 500 kilogram yang dipercayai membaham seorang pekerja ladang kelapa sawit dua minggu lalu berjaya ditangkap pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Teniku di sini semalam.
Reptilia ganas itu ditangkap menggunakan umpan bangkai ayam dengan mata pancingnya diikat pada tong minyak dan dibiarkan di sungai tersebut sejak seminggu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi semalam, kelibat haiwan itu yang meronta-ronta cuba melepaskan diri selepas tersangkut pada mata pancing disedari beberapa pekerja ladang kelapa sawit.
Salah seorang pekerja ladang, Jefri Sarapam berkata, dia dan rakan-rakannya ternampak tong itu tenggelam timbul dan bergerak melawan arus.
"Tidak lama kemudian, air berkocak kuat dan seekor buaya timbul sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri namun gagal kerana tong tersebut tersangkut pada belukar.
"Saya percaya buaya sepanjang kira-kira lima meter itulah yang menyerang rakan kami dua minggu lalu," katanya di sini semalam.
Tambahnya, saiz reptilia itu yang besar dan berat menyebabkan anggota SFC dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa berhempas pulas dan mengambil masa hampir lima jam sebelum berjaya membawa haiwan berkenaan naik ke darat.
Pada 18 Januari lalu, seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ical, 23, maut dibaham buaya ketika turun ke sungai untuk memeriksa pukat.
Sementara itu, jurucakap SFC ketika dihubungi berkata, buaya berkenaan masih dalam jagaan pihaknya sementara menanti tindakan susulan.
Bagaimanapun, dia memberi jaminan haiwan tersebut tidak akan dibunuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2JnICPmPA 
Hakcipta terpelihara 

Lebih 40 maut menjelang Tahun Baru Cina di China




GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua menunjukkan petugas-petugas penyelamat berada di lokasi sebahagian jejambat runtuh di Daerah Mianchi, dalam wilayah Henan di tengah China kelmarin.


BEIJING - Lebih 40 orang terbunuh di jalan-jalan raya dalam empat kemalangan dahsyat di China sejak kelmarin apabila ratusan juta penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.
Menurut pihak pentadbiran daerah Gulin, dalam wilayah Sichuan di barat daya China, seramai 11 orang maut apabila sebuah bas terbalik kelmarin.
Agensi berita Xinhua melaporkan semalam bahawa 13 orang terbunuh apabila sebuah bas yang sarat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter wilayah Guizhou yang berjiran dengan Sichuan.
Menurutnya, kemalangan maut di daerah Congjiang itu turut menyebabkan 21 orang cedera termasuk 11 parah.
Nahas itu berlaku semasa bas berkapasiti 19 tempat duduk itu membawa seramai 34 penumpang.
Satu lagi kemalangan maut berlaku malam kelmarin di wilayah Gansu apabila sebuah bas sewa khas terbabas di satu selekoh lalu terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar.
Menurut Xinhua dan pentadbiran wilayah Henan, kemalangan ngeri itu meragut 14 nyawa dan mencederakan 32 yang lain.
Di wilayah Henan, tengah China pula sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila sebuah trak membawa bunga api untuk sambutan Tahun Baru Cina meletup dengan menyebabkan jejambat di sebuah lebuh raya runtuh. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2JnHiKWd7 
Hakcipta terpelihara 

Trauma diculik, ugut bunuh



Trauma diculik, ugut bunuh
Mohd Rawi (kanan) menunjukkan parut kesan dibakar pemetik api.
IPOH – Gara-gara meminjam RM1,000 sebagai modal pusingan perniagaan, seorang lelaki terpaksa berhadapan dengan mimpi ngeri apabila diculik dan diugut bunuh oleh sekumpulan gangster.

Lelaki malang itu, S Mohan, 44, berkata, pada mulanya dia hanya ingin meminjam wang daripada seorang rakan, namun tidak menyangka akan terheret dengan masalah itu menyebabkan hidupnya sekeluarga tidak tenteram.

“Wang dimasukkan ke dalam akaun saya, bagaimanapun masalah mula timbul apabila saya lambat membayar pinjaman tersebut.

“Abang kepada rakan saya itu berjumpa saya dan meminta RM20,000. Pada ketika itu, barulah saya tahu abang rakan saya itu adalah gangster,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Adun Barisan Nasional (BN) Perak, di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki tidak dikenali itu secara tiba-tiba mahukan sejumlah wang yang banyak sedangkan pinjaman yang dibuat hanya RM1,000.

Katanya,  dia diculik sekumpulan lelaki yang kemudian membawanya ke satu lokasi yang tidak diketahuinya sebelum dipukul lapan lelaki.

“Apa yang memalukan, mereka menyuruh saya menari tanpa baju di hadapan rumah mereka sambil merakam aksi saya pada keesokan harinya.

“Sepanjang dalam tahanan, saya diugut dengan diletakkan parang panjang di pergelangan tangan kanan, bahagian belakang leher dibakar dengan pemetik api, digunting misai dan rambut namun saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa,”katanya.

Mohan berkata, selepas sehari diculik, mereka melepaskannya dengan jaminan abang ipar bahawa wang berjumlah RM20,000 akan dibayar dalam tempoh 10 hari dan jika gagal, dia diugut akan dibunuh.

“Mereka juga ke rumah saya untuk menakutkan isteri dan mengugut  akan menculik anaknya yang berusia tiga tahun.,” katanya.

Mangsa yang juga peniaga kacang putih berkata, mereka kini terpaksa berpindah randah bagi mengelakkan daripada diburu gangster terbabit.

“Saya sangat berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera kerana masalah ini melibatkan ugutan bunuh terhadap saya.

“Kami kini hidup dalam ketakutan. Bukan saya sahaja terlibat malah abang ipar turut menjadi mangsa gangster itu,”katanya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Adun BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, sepatutnya pihak polis dapat mengambil tindakan segera memandangkan kes ini melibatkan ugutan bunuh.

Mohd Rawi berkata, gangster-gangster tersebut berani memecah masuk rumah orang, menculik dan mengugut orang sesuka hati seolah-olah mereka mengawal semuanya.

“Saya akan membawa Mohan membuat laporan polis sekali lagi dan akan memanjangkan masalah ini kepada Ketua Polis Negeri dan berharap kes ini akan selesai dalam masa terdekat demi keselamatan Mohan dan keluarganya,”katanya.