Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

10 gajah mati diracun


pix_topright

Kota Kinabalu: Menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang bergelimpangan di Hutan Simpan Gunung Raya, kira-kira 130 kilometer dari Tawau.

Anak gajah yang diberi nama Kejora itu seperti kelaparan dan terselamat, tetapi masih dipantau berikutan turut terkena tempias racun berkenaan akibat meminum susu daripada ibunya.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Datuk Laurentius Ambu berkata, kejadian disedari pihaknya pada 29 Disember tahun lalu apabila menerima laporan kematian seekor gajah jantan di tempat kejadian.

“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.

Foto
ANGGOTA JHL Sabah menjalankan siasatan
 terhadap seekor gajah yang disyaki diracun.



“Sepanjang dua minggu ini, tujuh daripadanya betina manakala selebihnya gajah jantan berusia empat hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), di sini, semalam.

Kepala hampir putus


pix_topright

Gelang Patah: “Kepala mangsa hampir putus selepas tersangkut pada wayar elektrik dan darah memancut tanpa henti,” kata V Nagen, 31, saksi kemalangan ngeri meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer 22, Jalan Gelang Patah-Pendas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, M Ganesan, 24, menunggang motosikal Yamaha LC 135 yang dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura, maut di lokasi apabila urat lehernya terputus selepas kepalanya tersangkut pada wayar elektrik yang merentangi jalan berkenaan.

Pembonceng motosikal yang juga rakan mangsa, L Subramaniam, 25, cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Nagen berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Singapura ke rumahnya di Skudai.


“Saya menggunakan laluan itu untuk pulang dan terkejut melihat kejadian yang berlaku di depan mata.

Nenek 30 cucu dipenjara


pix_topright

SHAH ALAM: Seorang nenek kepada 30 cucu yang berhadapan dengan tiga pertuduhan menjual tiga bayi berusia lima bulan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Lim Kian Wan, 60, selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini, yang melepas dan membebaskan Lim pada 13 April tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tambahan penjara tiga tahun lagi jika Lim gagal membayar denda itu.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, tindakan tertuduh memperdagangkan orang hanya untuk mendapat kemewahan hidup dan wang ringgit adalah punca utama dia melakukan kesalahan itu.


Foto

"Kamu juga mempunyai jaringan sangat elok yang boleh menjadi penyebab kamu melakukan jenayah yang dibenci ini," katanya.


Selain itu, Abdul Alim berkata, orang yang membeli bayi juga patut dipersalahkan dan disiasat seterusnya didakwa.

Sehubungan itu, Abdul Alim memutuskan hukuman penjara tujuh tahun dan RM10,000 untuk setiap tuduhan, jika gagal membayar denda masing-masing dihukum penjara setahun.

Namun, beliau mengarahkan hukuman penjara tujuh tahun bagi tuduhan pertama dan kedua dijalankan serentak kerana membabitkan tempat dan masa kejadian sama.

Bagi tuduhan ketiga pula, hukuman diarah berjalan berasingan, dengan tertuduh diperintah ke Penjara Kajang mulai semalam.

Terdahulu, peguam Muhammad Affendy Mohd Yusof merayu supaya mempertimbangkan umur anak guamnya selain mengambil faktor wanita itu turut menghidap pelbagai penyakit.

"Anak guam sukar bergerak kerana pernah mengalami kemalangan dua tahun lalu dan kaki dimasukkan besi.

"Wanita itu juga perlu menyara 11 anak dan 30 cucunya," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan ini dan hukuman tidak berjalan serentak kerana membabitkan mangsa berlainan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lim didakwa memperdagang dua bayi, masing-masing-masing berusia lima bulan pada 31 Julai 2009, jam 8 malam dan 9 malam di Taman Jenaris, Hulu Langat dekat sini.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan bayi berusia lima bulan pada 3 Ogos 2009, jam 8 malam di tempat sama.

Bagi semua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perangkap dengan racun dalam alat sulit



Rio De Janeiro: Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.

Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.


Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh. Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya. - TS

‘Saya ingat dia dah mati’


pix_topright

Sungai Besar: “Saya ingatkan dia sudah mati kerana matanya tertutup, tetapi sebaik menyentuh pipinya saya tahu dia masih bernyawa kerana matanya tiba-tiba terbuka dan dia mengeliat,” kata Hairudin Hassan, 51, yang menemui beg berisi bayi lelaki di depan kedai kopinya.

Kejadian berlaku jam 7 pagi semalam sejurus lelaki itu hendak memulakan perniagaan di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, di sini.

Hairudin berkata, sejurus hendak membuka warung, dia ternampak beg pakaian atas lantai di ruang terbuka kedai dan ketika mendekati beg itu dia terkejut mendapati ada sekujur tubuh bayi di dalamnya.

“Saya nampak bayi dibalut kain batik dengan mata tertutup dan beg yang ditinggalkan itu tidak dizip lalu menyentuh bayi itu untuk memastikan sama ada dia masih bernyawa...syukurlah dia terjaga dan mengeliat,” katanya.


Berikutan penemuan itu, dia segera menghubungi polis yang tiba sejurus menerima maklumat untuk menjalankan pemeriksaan.

Warga emas maut dalam kebakaran



KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Segambut Tengah, Taman Segambut, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata dalam kejadian 5 pagi tadi, mayat Soo Kiat Seng, 64, ditemui terbaring di bahagian luar bilik tengah, tingkat bawah rumah tersebut.
"Kebakaran hanya melibatkan bilik tengah rumah terbabit dan kami berjaya mengawalnya sebelum merebak ke seluruh bahagian rumah itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.43 pagi sebelum dua jentera berserta sembilan anggota tiba di lokasi 13 minit kemudian.


Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Suami isteri mengaku salah dera anak saudara




PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah mendera anak saudara perempuan mereka yang berusia dua tahun sembilan bulan, Oktober tahun lalu.

Majistret KB Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nasir Abd Majid, 37, dan Zarinah Ab Hadhy, 31, berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 18 Disember 2012.

Nenek jual bayi dihukum penjara



SHAH ALAM: Seorang nenek dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, pagi tadi, setahun selepas dia dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Kajang atas tiga tuduhan menjual tiga orang bayi, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman selepas kes di akhir pembelaan terhadap Lim Kian Wan, 60.

Polis lepaskan tembakan amaran




MIRI: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap empat individu termasuk seorang wanita sedang mengandung apabila cuba melarikan diri selepas melanggar kereta seorang lelaki di Jalan North Yu Seng, di sini, semalam.

Kejadian jam 1 petang itu berlaku apabila suspek yang menaiki kereta Proton Waja dikatakan ingin meloloskan diri daripada ditahan selepas menyedari kenderaan mereka diekori polis dari arah belakang ketika melalui jalan berkenaan.
Menurut sumber, meskipun polis sudah melepaskan tiga das tembakan namun suspek terbabit terus memecut keretanya menyebabkan polis terpaksa mengejar mereka sehingga ke Jalan Krokop, di sini, sebelum meninggalkan kereta di tepi jalan.

Bagaimanapun katanya, tiga daripada suspek terbabit berjaya melepaskan diri, manakala suspek wanita berusia lewat 20-an dipercayai tidak sempat melarikan diri berjaya diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Tiga lagi gajah ditemui mati



KOTA KINABALU: Tiga lagi bangkai gajah yang mati dipercayai akibat 'perbuatan khianat' dijumpai di kawasan hutan berdekatan Kalabakan di Tawau, bahagian pantai timur Sabah hari ini, menjadikan angka kematian dalam kejadian yang amat mengejutkan itu meningkat kepada 13 ekor setakat ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun
berkata petugas Jabatan Hidupan Liar menemui bangkai gajah terbaru itu di

sekitar kawasan yang sama, di mana 10 gajah yang mati ditemui sebelum ini, dan
dimaklumkan kepadanya pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal yang diperoleh melalui pembedahan
bangkai gajah berkenaan, punca kematian itu lebih cenderung ke arah perbuatan

khianat atau akibat keracunan.

"Itulah petunjuk awal yang kita peroleh setakat ini, bagaimanapun kita masih
menunggu keputusan atau bukti yang konklusif.

"Siasatan masih dijalankan dan ujian kimia masih belum diterima dan kita
harap keputusannya dapat diperolehi secepat mungkin," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis Himpunan Barisan 1Malaysia peringkat negeri Sabah di
Dewan Sa'adah, Wisma MUIS yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa
Aman. - Bernama

Penyamun lari berbogel

Swee Chan menunjukkan calar serta kecederaan pada siku yang dialaminya ketika bergelut dengan penceroboh bilik tidurnya. - Foto Ahmad IsmailSwee Chan menunjukkan calar serta kecederaan pada siku yang dialaminya ketika bergelut dengan penceroboh bilik tidurnya. - Foto Ahmad Ismail Segamat: Seorang penyamun lari dalam keadaan bogel bersama beg tangan mangsa, sejurus meloloskan diri dalam kejadian di Jalan Meranti di sini, awal pagi semalam.

Suri rumah, Soh Swee Chan, 30, berkata beliau menyedari rumah teres dua tingkat milik keluarganya diceroboh suspek jam 2.45 pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur.
Swee Chan berkata, dia terlihat bayangan lembaga memasuki bilik tidur di tingkat atas tetapi menyangka itu ibu mentuanya sebelum memanggil beberapa kali tetapi tidak dibalas.


Bergelut “Saya kemudian mencapai lampu picit sebelum menyuluh ke arah bayangan terbabit dan mendapati seorang pemuda berusia lingkungan 20-an sedang mengambil beg tangan dan kemudian mencampaknya menerusi tingkap bilik air di bahagian belakang rumah.

“Saya menghalang dengan bantuan ibu dan bapa mentua yang turut terkejut. Kami bergelut dengan pemuda itu sambil menarik baju dan seluarnya.

“Usaha kami menyebabkan pakaian dipakai lelaki itu tertanggal sebelum dia meloloskan diri dengan bertindak terjun dari tingkat atas menerusi tingkap bilik air.

“Dia melarikan diri bersama beg yang sebelum itu sudah dicampak keluar,” katanya.
Swee Chan berkata, lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk secara memanjat menggunakan tali nilon menerusi bahagian belakang rumahnya sebelum memecahkan cermin tingkap bilik air untuk memasuki bilik tidurnya.

“Beg tangan saya yang dilarikan berisi wang tunai RM2,000 sebagai angpau Tahun Baru Cina serta dokumen penting peribadi menyebabkan kerugian RM4,500,” katanya.

110 ketulan mampat ganja dirampas



 
Georgetown: Polis merampas 110 ketulan mampat ganja bernilai RM330,000 yang ditemui dalam sebuah kereta di Taman Desa Embun Emas, Tanjung Tokong di sini, semalam.

Ketulan ganja mampat seberat kira-kira 110 kilogram itu ditemui pada jam 4.45 pagi selepas polis curiga dengan tindak-tanduk dua lelaki yang dilihat menutup but kereta dalam keadaan tergesa-gesa.
Difahamkan, ketika itu dua lelaki terbabit tidak menyedari gerak-geri mereka diperhatikan sepasukan polis yang kemudian menghampiri mereka sebelum suspek bertempiaran lari ke dalam hutan berhampiran kawasan terbabit.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan seorang daripadanya selepas gerakan mengesan dilancarkan dengan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis melakukan serbuan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang melihat ada kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Susulan itu polis melakukan serbuan namun dua suspek terbabit melarikan diri ke hutan berhampiran, bagaimanapun seorang daripadanya yang berusia lingkungan 40-an ditahan tidak lama kemudian.

“Seorang lagi suspek masih diburu dan hasil pemeriksaan dalam kereta Honda City berwarna perak yang ditinggalkan suspek, kami menemui 110 ketulan ganja mampat.
“Selain kereta Honda City terbabit, suspek turut meninggalkan sebuah lagi kereta iaitu

Toyota Camry hitam dan hasil semakan mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kami percaya, ganja terbabit adalah untuk diedarkan di pasaran tempatan namun siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan,” katanya.

Semakan awal juga mendapati suspek yang ditahan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berhubung kesalahan dadah dan satu rekod jenayah kerana mencuri.

Dua rakyat kita kena culik masih hidup



 
Kota Kinabalu: Polis mengesahkan dua rakyat Malaysia yang diculik di Lahad Datu, November lalu, masih hidup dan usaha membebaskan mereka sedang dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata usaha membebaskan mangsa menunjukkan perkembangan positif susulan perbincangan dengan pihak berkuasa Filipina.
Setakat ini, kumpulan penculik belum mengemukakan sebarang tuntutan bagi pembebasan mereka.

Beliau mengakui polis sudah memperoleh beberapa perkembangan baru hasil perbincangan Bukit Aman dan pihak berkuasa Filipina, tetapi enggan mengulas lanjut butirannya kerana masih dalam siasatan.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah kedua-dua mereka (mangsa) masih hidup dan belum ada sebarang permintaan wang tebusan daripada penculik,” katanya selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Dalam kejadian November lalu, lima lelaki bersenjata api dilaporkan menculik kedua-dua mangsa yang juga ahli perniagaan di sebuah ladang, kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai bersebelahan FELDA Sahabat 15, Lahad Datu.

Van keselamatan dirompak



 
Petaling Jaya: Seorang lelaki melarikan dua karung mengandungi wang tunai berjumlah kira-kira RM540,000 dari sebuah van keselamatan ketika empat kakitangan syarikat keselamatan sedang melakukan proses memindahkan wang ke sebuah bank di Kelana Jaya di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek yang menunggang motosikal, dilaporkan menghampiri van berkenaan sebelum bertindak mengambil dua karung berisi wang dari bahagian belakang van tanpa disedari pemandu yang menunggu empat pengawal keselamatan memasukkan wang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata suspek sempat melarikan diri sebelum kejadian itu disedari dua pengawal yang berada di depan pintu bank.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini, selain mendapatkan kepastian kejadian itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di depan bank dan kawasan berhampiran.

“Kami menahan lima kakitangan syarikat keselamatan berkenaan termasuk penyelia yang menjalankan tugas memasukkan wang bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semua pengawal keselamatan itu termasuk pemandu van ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan jenayah curi.

Arjunaidi berkata, polis tidak menolak kemungkinan wujud pembabitan orang dalam syarikat keselamatan itu dalam kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
Katanya, polis sedang mengenal pasti lelaki yang melarikan wang berkenaan yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Rakan Cop Polis Selangor di talian 03-20529999 atau datang ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Maut di hari lahir



Nurul Nasha Alia
Jenazah Nurul Nasha Alia dibawa pulang ke kampung halaman keluarganya di Pulau Pinang.
GUNUNG SEMANGGOL - Sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bertukar tragedi apabila ditemui lemas dalam kolam renang sebuah pangsapuri di Bukit Merah Lake Town Resort, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Nurul Nasha Alia Khalid bersama ahli keluarga lain difahamkan baru sahaja tiba di pangsapuri itu untuk bermalam setelah pulang bercuti selama dua hari di Cameron Highland, Pahang.

Menurutnya, polis difahamkan keluarga mangsa baru selesai urusan pendaftaran masuk pangsapuri tersebut dan ke bilik sebelum mangsa bersama abangnya, Mohd Firdaus Khalid, 10, dikatakan pergi ke kolam renang pangsapuri itu tanpa pengetahuan ahli keluarga.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dikatakan mandi di kawasan kolam renang dewasa sebelum abangnya naik semula ke pangsapuri mereka untuk memaklumkan perbuatan mangsa.

“Seorang ahli keluarga lain segera keluar untuk melihat keadaan mangsa dan terkejut apabila mendapati mangsa dilihat terkapai-kapai di dalam kolam renang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat Fauzi berkata, abang mangsa kemudiannya segera meluru ke kolam renang itu untuk menyelamatkan mangsa dan memberikan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, bantuan pernafasan yang diberikan abang mangsa dan pasukan paramedik yang tiba ke lokasi kejadian gagal memulihkan keadaan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian jam 1.15 petang.

“Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa polis ke Hospital Parit Buntar sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumah mereka di Bandar Perda, Seberang Perai Tengah.

“Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Berubah suka menyendiri

Sementara itu, abang kedua mangsa, Mohd Faizal berkata, semua ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya terkejut dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi hari kejadian merupakan tarikh hari lahir mangsa.

Menurutnya, tujuan mereka sekeluarga singgah ke pangsapuri itu selepas pulang bercuti di Cameron Highland selama dua hari adalah tuk meraikan hari lahir mangsa yang sebelum ini meluahkan keinginan untuk mandi kolam.

“Arwah juga menunjukkan kelakuan pelik sejak beberapa hari sebelum ini apabila sering bersikap acuh tak acuh dengan ahli keluarga lain selain suka menyendiri.

“Kami sekeluarga tidak menyangka percutian kami kali ini merupakan saat terakhir kami bersama arwah. Kami sekeluarga bersedih dengan pemergian arwah, bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Kolam ditutup sewaktu kejadian: Pengurusan Dalam pada itu, Pengurus Operasi Bukit Merah Laketown Resort, Baharin Baharudin berkata, kolam renang di pangsapuri itu sememangnya ditutup untuk kegunaan pelanggan sewaktu kejadian berlaku.

“Ketika kejadian berlaku, beberapa anggota penyelamat sedang melakukan kerja-kerja pembersihan bilik operasi sebelum mereka segera ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan ahli keluarga mangsa.

“Saya difahamkan mangsa sudah tidak bernyawa sewaktu diberikan bantuan pernafasan. Kami bersimpati dengan kejadian menimpa keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapinya,” katanya.

Kanak-kanak maut jatuh balkoni



Kanak-kanak maut jatuh balkoni
Siti Nur Jannah (dua, kiri) kelihatan sugul ketika menunggu mayat anaknya di Hospital Serdang,
PUCHONG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh rumah pengasuhnya di Apartmen Sutra Mas, Puchong Jaya, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa, Muhamad Adam Zafuan sebelum itu dikatakan sedang bermain di balkoni rumah berkenaan sebelum ditemui parah di tingkat bawah pangsapuri itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Serdang akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ibu mangsa, Siti Nur Jannah Azman, 24, ketika ditemui berkata, anak tunggalnya itu seorang yang hiperaktif dan suka bermain di balkoni rumah.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja dan hanya dimaklumkan mengenai insiden malang itu oleh salah seorang rakannya.

“Adam memang suka bermain di balkoni, saya tidak sangka dia akan meninggal dunia dengan cara demikian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 9.10 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati pengasuh kanak-kanak itu tidak tahu atau menyedari bila dan bagaimana kanak-kanak itu boleh terjatuh.

“Setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Serdang,” katanya.
Artikel Berkaitan

Polis buru lelaki larikan wang tunai RM540,000



WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Polis kini memburu seorang lelaki yang melarikan dua karung mengandungi wang tunai berjumlah RM540,000, dalam
kejadian rompakan awal pagi di Kelana Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku pukul 2 pagi ketika empat pekerja syarikat keselamatan sedang memindahkan wang dari van keselamatan ke sebuah bank.
Ketika mereka sibuk memindahkan karung berisi wang terbabit, seorang lelaki yang menaiki motosikal menghampiri van itu dan bertindak melarikan dua karung yang berada di belakang van berkenaan.
"Kejadian itu langsung tidak disedari pemandu van yang sedang menunggu empat lagi rakannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Menurutnya, kejadian hanya disedari seorang daripada mereka apabila melihat motosikal itu memecut meninggalkan tempat kejadian.
Arjunaidi berkata, polis telah menahan lima pekerja terbabit termasuk seorang penyelia yang terlibat dalam proses pemindahan wang berkenaan bagi membantu siasatan.
Beliau yang tidak menolak kemungkinan ada pembabitan orang dalam berkata, polis kini meneliti rakaman litar tertutup bagi mendapat petunjuk.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan polis. - Bernama

Polis lancar gerakan kesan remaja hilang di Taman Desa




29 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Polis melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan seorang remaja M.Jethendran yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi gim di Taman Desa, Jalan Kelang Lama di sini, Jumaat lepas.
  
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhd Azlee Abdullah berkata gerakan itu dilancarkan selepas polis mengedar gambar remaja berusia 16 tahun itu ke balai polis di seluruh negara serta orang ramai bagi membantu mengesan mangsa.
  
"Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa pada 25 Jan lepas, polis memulakan gerakan mengesan remaja terbabit. Buat masa ini polis belum menemui sebarang petunjuk mengaitkan kehilangan remaja ini dengan kes penculikan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini hari ini.
  
Muhd Azlee berkata kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan polis mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anggota keluarga mangsa bagi membantu siasatan.
  
Beliau berkata menurut bapa mangsa R.Mahatheven, 48, sebelum dilaporkan hilang, Jethendran ada menghubungi ibunya kira-kira pukul 3.45 petang dan memberitahu akan pulang menaiki teksi sebelum dilaporkan hilang dan apabila keluarga menelefon kembali telefon bimbit mangsa telah dimatikan.
  
"Menurut bapa mangsa tiada sebarang masalah antara anaknya dan anggota keluarga, dan anaknya merupakan seorang remaja yang aktif dalam sukan dan bsentiasa taat pada keluarga," katanya.
  
Sehubungan itu orang ramai yang berjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi IPD Brickfields di talian 03-90571086 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Rosnani Ramli di talian 017-2194171.  - Bernama

Bayi lelaki dijumpai dalam beg pakaian




29 Januari 2013
SABAK BERNAM - Seorang bayi lelaki berusia seminggu ditemui di luar warung kopi di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan, di sini, hari ini.  
Bayi yang dibaluti kain batik dan diletak di dalam sebuah beg pakaian itu ditemui pemilik warung, Khairuddin Hassan, 51, kira-kira 7 pagi ketika ingin memulakan perniagaan.  
Khairuddin berkata, apabila tiba di depan warungnya, beliau ternampak sebuah beg pakaian di atas tanah di tepi meja lalu membukanya untuk mengetahui isi kandungan beg itu.  
"Selepas membuka zip beg, saya terkejut melihat seorang bayi yang masih tidur di dalamnya. Tiada barang ditinggalkan bersama bayi itu," katanya di sini, hari ini.  
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang dekat sini untuk pemeriksaan kesihatan.  
"Bayi ini didapati tidak cedera dan dia bernasib baik kerana masih bernafas di dalam beg yang zipnya tidak ditutup sepenuhnya. Kami percaya bayi itu ditinggalkan di luar warung itu pada waktu subuh," katanya.  
Noor Mushar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama

Keldai siber wanita, lima lelaki warga Afrika ditahan tarbabit sindiket tipu e-mel




29 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita tempatan dan lima lelaki Afrika yang disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM515,095 di dua tempat di Lembah Klang pada 15 dan 16 Januari lepas.
Ketua Unit Siasatan Perisian Komputer Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman DSP Mohamad Lazim Ismail berkata wanita berumur 45 tahun itu ditahan ketika cuba mengeluarkan wang transaksi daripada akaunnya di sebuah mesin pengeluaran wang di bank pada pukul 3 petang 15 Januari.
"Pihak bank sebenarnya telah menghalang akaun itu daripada aktiviti pengeluaran wang kerana mengesyaki wang di dalam akaun wanita itu terlibat dalam kes penipuan dalam talian.
"Kami menemui beberapa buku bank daripada wanita itu yang dipercayai dijadikan keldai siber, jadi apa-apa bukti dan semua kesalahan yang berkaitan sindiket itu diletakkan terhadap wanita terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Susulan itu, kira-kira pukul 1 pagi, polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menahan lima lelaki Afrika serta merampas beberapa komputer riba, telefon bimbit dan alat perkakasan komputer yang lain.
"Kelima-lima lelaki yang berumur 22 hingga 30 tahun itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu Negara," katanya.
Mohamad Lazim berkata kegiatan sindiket itu bermula apabila syarikat A membuat urusan perniagaan dengan syarikat B yang menjalankan perniagaan penipuan iklan di laman-laman web termasuk urusan pembayaran wang menerusi kaedah e-mel.
"E-mel yang dihantar mengandungi arahan pembayaran dan nombor-nombor akaun bank di mana bayaran yang sepatutnya dimasukkan. Namun dalam situasi ini suspek akan menggodam dan mengubah nombor akaun yang terdapat dalam e-mel yang dihantar syarikat A.

"Suspek akan memasukkan nombor akaun baharu milik suspek tanpa pengetahuan syarikat A. Apabila syarikat B menerima e-mel itu dan membuat pembayaran seperti dalam arahan e-mel tanpa menyedari nombor akaun berkenaan telah diubah oleh sindiket asing," katanya.
Beliau berkata wang yang dimasukkan dalam akaun lain itu akan diambil oleh keldai siber (wanita) dan menyerahkan kepada sindiket berkenaan.
Mohamad Lazim berkata sindiket itu berjaya ditumpaskan berikutan tindakan segera syarikat antarabangsa yang membuat laporan menerusi bank luar negara berkenaan yang menghubungi bank di Malaysia. - Bernama

Tengkorak tergantung di pokok



Tengkorak tergantung di pokok
Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan di lokasi rangka wanita ditemui.
SEPANG – Mengejutkan apabila rangka milik seorang wanita ditemui tergantung pada pokok di pintu masuk pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Rangka wanita yang sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu itu ditemui seorang pekerja landskap, kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda hentakan atau kecederaan pada tengkorak mangsa.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa berambut panjang dan memakai seluar jeans serta baju-T.

"Tengkorak mangsa tergantung pada pokok manakala rangkanya bersepah di atas tanah," katanya.

Menuruntya, pasport milik warga China, kad kredit dan sejumlah mata wang asing turut ditemui berhampiran mangsa.

"Polis turut menemui tali sabut yang dipercayai digunakan untuk menggantung diri," katanya.

Imran berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan penuh bedah siasat diperoleh.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penemuan rangka tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Cubaan pasarkan rokok seludup dipatahkan



Cubaan pasarkan rokok seludup dipatahkan
Anggota polis menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas dalam satu serbuan, di sini semalam.
GUA MUSANG – Polis berjaya merampas 1,750 karton rokok bernilai RM50,000 yang dipercayai diseludup, berada dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditahan di jalan menuju ke Kampung Pulai, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kenderaan terbabit ditahan sebaik polis mendapat maklumat beberapa kotak besar penuh dimuatkan dalam kereta terbabit kira-kira jam 6.30 petang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai.

Beliau berkata, sebaik polis peronda menemui kereta itu berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Kampung Tanah Puteh menyebabkan pemandunya cuba memecut kenderaan yang dipandu itu memasuki jalan ke Kampung Pulai,

“Anggota kita mengejar sejauh dua kilometer hingga berjaya menahannya dan melaku pemeriksaan sebelum menemui 1,750 karton rokok dalam 35 kota besar berada dalam kereta berkenaan,” katanya Ibu Pejabat Daerah (IPD) di sini, semalam.

Saiful Bahri berkata, berikutan itu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan rokok terbabit yang dipercayai di seludup sebelum dipasarkan ke Kelantan.

Katanya, lelaki berkenaan masih ditahan untuk diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kita juga menyifatkan rampasan rokok seludup itu yang terbesar di awal tahun baru ini dan menjadikan laluan utama Jalan Kuala Lipis- Gua Musang – Kota Bharu bagi pemasaran rokok berkenaan,” katanya.

Kakitangan kerajaan dakwa rugi RM1,500 selepas mesin ATM gagal berfungsi



Kakitangan kerajaan dakwa rugi RM1,500 selepas mesin ATM gagal berfungsi
Mustafa Kamal menunjukkan laporan polis berhubung kejadian wang lesap dalam akaun simpannya, semalam
KUALA LIPIS - Seorang kakitangan kerajaan di sini mendakwa kerugian RM1,500 apabila wang yang disimpan dalam akaun sebuah bank lesap setelah mesin juruwang automatik (ATM) gagal berfungsi ketika dia mengeluarkan wang.

Mangsa, Mustafa Kamal Kamarudin, 51, berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bank di Raub pada 27 November tahun lalu kira-kira jam 11.45 malam apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun miliknya.

“Ketika itu, mesin ATM terbabit berfungsi seperti biasa namun setelah saya memasukkan jumlah pengeluaran, tiba-tiba perkhidmatan mesin terbabit tergendala.

“Kad ATM saya keluar seperti biasa namun wang tunai sejumlah RM1,500 bersama resit pengeluaran tidak dapat dikeluarkan. Saya mula bingung dan menanti untuk beberapa minit namun wang terbabit masih tidak dikeluarkan,” katanya semalam.

Mustafa Kamal berkata, pada keesokan harinya dia yang sedang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan berhenti di sebuah bank di Bentong untuk mengeluarkan wang simpanan terkejut apabila melihat baki wang di dalam akaun hanya RM513 sahaja.

Menurutnya, selepas pulang dari Negeri Sembilan, dia kemudiannya membuat laporan kepada bank berkenaan kehilangan wang terbabit namun pihak bank meminta tempoh sebulan untuk melakukan siasatan.

“Minggu lalu saya terima laporan daripada bank dan dalam laporan itu tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam. Saya hairan kerana waktu di dalam laporan terbabit tidak sama dengan waktu saya mengeluarkan wang.

“Saya kemudian meminta kebenaran pihak bank melihat kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan saya tidak menerima wang berkenaan namun pihak bank minta saya buat laporan polis dahulu,” katanya.

Mustafa Kamal berkata, setelah membuat laporan polis, pihak bank kemudiannya membenarkan dia melihat CCTV berkenaan dan pegawai bank terbabit mengesahkan bahawa dia tidak menerima wang simpanan berjumlah RM1,500 itu.

“Saya kemudiannya menuntut pihak bank agar memulangkan kembali wang terbabit namun saya terkejut apabila pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa tiada ganti rugi dalam kes seperti ini," katanya.

Dia melahirkan rasa kecewa kerana pihak bank terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku padanya.

Bergaduh guna buku lima: 2 beradik ditahan



KUALA TERENGGANU - Gara-gara bergaduh dengan menggunakan buku lima dan sebatang besi, dua beradik ditahan polis manakala seorang lagi rakannya kini sedang dikesan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku pada 27 Januari lalu, kira-kira jam 1.30 pagi, berhampiran sebuah pasaraya di Tanjung, di sini.
Menurutnya, ketika kejadian, pengadu dan abang iparnya berada di tepi pasaraya berkenaan dan hendak menunggang motosikal untuk pulang.
“Berdasarkan laporan awal, tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki yang dikenali sebagai Udi yang kemudiannya telah menendang motosikal mereka, lalu terjatuh.
“Kemudian, datang orang yang dikenali sebagai Kosa dan adiknya, dengan memegang buku lima dan sebatang besi. Mereka bertindak menyerang pengadu dan abang ipar pengadu.
Setelah beberapa minit dipukul oleh ketiga-tiga suspek, abang ipar pengadu berjaya melarikan diri, diikuti oleh pengadu,” katanya.

Akibat pukulan itu, pengadu mengalami luka di kaki kiri, lengan kiri, telinga kiri dan mata kiri manakala abang ipar pengadu luka di bahagian kiri kepala.
Bertindak daripada laporan itu, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu telah membuat tangkapan terhadap dua beradik, yang masing-masing berumur 22 dan 28 tahun.
Kedua-dua suspek ditangkap kelmarin dan direman selama empat hari, bermula semalam manakala seorang lagi suspek masih lagi dikesan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Padah menyamar vendor syarikat rokok



Padah menyamar vendor syarikat rokok
Mohd Affendy (tengah) diiringi polis sewaktu keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Padah menyamar sebagai vendor sebuah syarikat rokok terkenal bagi memperdayakan mangsanya, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 14 bulan, dua sebatan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Affendy Arriffin, 37, dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan dan satu sebatan serta denda RM3,000 bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Bagi pertuduhan kedua di bawah seksyen yang sama, dia dipenjarakan 12 bulan dan satu sebatan serta denda RM1,000. Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh mengaku sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Dia juga mohon mahkamah meringankan hukumannya memandangkan isterinya tidak bekerja dan anak-anaknya masih kecil.
Majistret kemudiannya membacakan penghakimannya dan berkata, hukuman terhadap tertuduh berjalan serentak.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu Sabirah Salleh, 26, pada 18 Disember 2009 kira-kira jam 11.45 pagi, dengan memperdayakan pengadu bahawa dia adalah vendor rokok jenama terkenal.
Tertuduh mengambil 65 kotak yang setiap satunya mengandungi 20 batang rokok dan sebanyak 32 kotak yang setiap satunya mengandungi 14 batang rokok dan berjanji akan digantikan dengan rokok jenama sama yang baru.
Bagi pertuduhan kedua pula, pada 22 Disember 2009, kira-kira jam 5 petang bertempat di kedai runcit, tertuduh telah menipu Nor Ain Fatihah Jusoh, 20, dengan memperdayakannya bahawa dia sebagai vendor rokok jenama tersebut.
Dia mengambil 23 kotak yang setiap satunya mengandungi 14 batang rokok dan berjanji akan digantikan dengan rokok yang baru, sehingga mendorong Nor Ain untuk menyerahkan barangan berkenaan

Padah angkara curi kambing



ADILA SHARINNI WAHID
30 Januari 2013
Curi kambing
Tertuduh (dua, kanan) menuju ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan dihadapinya, semalam.
KOTA BHARU – Kecekapan seorang penggembala memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera di kandang kambingnya menyelamatkan haiwan peliharaan itu dari dicuri penjenayah.

Malah, penjual sayur yang cuba mencuri kambingnya pada 20 Januari lalu itu dihukum penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Sudin Awang Lah, 34, didakwa cuba mencuri kambing milik Muhamad Safri Ramli, 34, di Kampung Paloh Pintu Geng di sini, pada jam 4.56 pagi.

Dalam kejadian lalu itu, pengadu yang sedang tidur terdengar bunyi penggera yang diletakkan di bahagian belakang pintu kandang kambingnya.

Pengadu kemudian membuat pemeriksaan melalui CCTV sebelum mendapati tertuduh sedang mencungkil kandang itu. Dia segera menghubungi orang kampung dan berjaya menahan tertuduh bersama parang yang dibawa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh yang mempunyai lima rekod jenayah lampau itu.

“Tertuduh pernah dihukum kerana kesalahan memiliki dadah dan menceroboh selain pernah dikenakan perintah sekatan,” katanya. Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Polis giat kesan remaja hilang



M Jethendran
M Jethendran
KUALA LUMPUR - Polis sudah mengambil keterangan daripada keluarga, saksi dan rakan kepada M Jethendran, 16, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas tidak pulang ke rumahnya dari gimnasium di Taman Desa, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, salah seorang saksi memberitahu pernah melihat mangsa berbual dengan seorang perempuan berhampiran gimnasium berkenaan.

“Kami tidak pasti sama ada perempuan itu teman wanitanya kerana rakan Jethendran memberitahu dia tidak ada teman wanita,” katanya.

Muhammad Azlee berkata, pihaknya akan cuba mengesan remaja berkenaan sebaik sahaja keluarga remaja itu membuat laporan pada Jumaat lalu.

“Tanda jelas yang ada pada remaja berkenaan seperti rambut kerinting, kurus, tinggi lebih 152 sentimeter dan memakai pendakap gigi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.

Kali terakhir anak sulung daripada tiga adik beradik itu menghubungi ibunya pada jam 3.45 petang pada hari kejadian dan memberitahu dia akan pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Brickfields ditalian 03-90571086 atau pegawai penyiasat, Inspektor Rosnani Ramli di talian 017-2194171.

Halang pusat judi beroperasi



WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2013
Halang pusat judi beroperasi
NGO dan parti politik membantah sebarang kegiatan berunsur perjudian beroperasi di daerah ini.
MARAN - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik daerah ini senada membantah sebarang kegiatan berunsur perjudian beroperasi di daerah ini.

Mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berterusan supaya aktiviti tidak bermoral itu diperangi sepenuhnya.

Sehubungan itu, 11 NGO termasuk parti politik terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Jerik bagi menyatakan bantahan dan sokongan kepada usaha pihak berkuasa melakukan beberapa siri serbuan ke premis judi internet termasuk di tanah rancangan Felda.

Wakil Umno Sungai Jerik, Juhari Che Lah berkata, daerah Maran mempunyai lebih 100,000 penduduk Melayu beragama Islam dan hanya sebilangan kecil kaum lain.

Menurutnya, usaha membanteras aktiviti perjudian perlu berterusan seperti mana dipertahankan selama ini bagi mengelak keruntuhan akhlak yang boleh mengancam keselamatan setempat.

“Perkara ini adalah serius dan semua pihak terutama masyarakat diminta bekerjasama bagi memastikan tiada aktiviti perjudian wujud di kawasan masing-masing.

“Sama ada yang berlesen apatah lagi yang secara haram kerana daerah ini didiami lebih 90 peratus orang Melayu beragama Islam. Kami tidak mahu aktiviti perjudian wujud atau bakal diwujudkan termasuk pusat judi internet,” katanya kepada Sinar Harian.

Wakil Umno Bahagian Maran, Mukaram Shah Zainuddin berkata,  mereka menyokong usaha pihak polis dan Majlis Daerah Maran (MDM) membanteras aktiviti perjudian, sekali gus memberi satu gambaran jelas terhadap pendirian penduduk mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, pekan Sri Jaya dan Sungai Jerik dikelilingi kawasan orang Islam, maka perniagaan berunsur perjudian tidak boleh beroperasi.

“Jika tidak dihalang, ia dikhuatiri boleh merosakkan anak bangsa, selain memberi ancaman keselamatan kepada penduduk,” katanya.

Laporan polis turut dibuat Pewaris, Persatuan Belia Sungai Jerik, Belia Ulu Jempol, Pemuda Umno Jengka 1, PPU Maran, Pemuda Umno Ulu Jempol, Persatuan Kelab Motor Pahang, JKKK Ulu Jempol dan KRT Jengka  2.

Dicekup ketika leka berjudi



WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2013
Dicekup ketika leka berjudi
Antara individu yang ditahan menaiki kenderaan PDRM sebelum dibawa ke IPD untuk disoal siasat
Dicekup ketika leka berjudi
Anggota polis dan penguat kuasa MDB memasukkan kesemua 28 unit komputer yang dirampas semasa serbuan, semalam.
BERA - Dua remaja berusia 16 tahun yang leka berjudi antara 12 individu yang ditahan di salah sebuah premis siber kafe, dalam Operasi Bersepadu Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dekat sini, semalam.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Majlis Daerah Bera (MDB), Afzanizam Mat Datar berkata,  dalam operasi itu, dua premis berjaya diserbu dan kedua-dua pemilik dikenakan kompaun.

“Kompaun dikenakan kepada kedua-dua pemilik yang masing-masing berjumlah RM500 dan RM250 kerana melanggar syarat lesen dan tidak mempunyai lesen bagi perniagaan tersebut.

“Pada awalnya, kita merancang untuk menyerbu tiga premis tetapi gagal menembusi halangan salah satu daripadanya kerana dikunci dari dalam,” katanya kepada Sinar Harian.

Afzanizam berkata, mereka yang ditahan adalah penduduk yang tinggal berdekatan premis dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk disoal siasat.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasaan akan mengusulkan supaya lesen pemilik yang menyalahgunakan lesennya itu dibatalkan dan menyarankan nama pemilik itu disenaraihitamkan bagi permohonan lesen pada masa akan datang.

Katanya, permohonan lesen bagi perniagaan siber kafe telah dibekukan dan sehingga kini, hanya terdapat 24 lesen sahaja yang sah.

“Kita tidak meluluskan permohonan mereka kerana bimbang mereka akan menjalankan perniagaan judi berkomputer sedangkan mereka yang menjalankan perniagaan tanpa lesen semakin bertambah.

“Kita sentiasa mengadakan operasi bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan syarat lesen supaya perkara ini dapat diatasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Zakaria Yusof mengesahkan penangkapan dan rampasan yang dilakukan dalam serbuan itu.

Kakitangan kerajaan dakwa rugi RM1,500 selepas mesin ATM gagal berfungsi



Kakitangan kerajaan dakwa rugi RM1,500 selepas mesin ATM gagal berfungsi
Mustafa Kamal menunjukkan laporan polis berhubung kejadian wang lesap dalam akaun simpannya, semalam
KUALA LIPIS - Seorang kakitangan kerajaan di sini mendakwa kerugian RM1,500 apabila wang yang disimpan dalam akaun sebuah bank lesap setelah mesin juruwang automatik (ATM) gagal berfungsi ketika dia mengeluarkan wang.

Mangsa, Mustafa Kamal Kamarudin, 51, berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bank di Raub pada 27 November tahun lalu kira-kira jam 11.45 malam apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun miliknya.

“Ketika itu, mesin ATM terbabit berfungsi seperti biasa namun setelah saya memasukkan jumlah pengeluaran, tiba-tiba perkhidmatan mesin terbabit tergendala.

“Kad ATM saya keluar seperti biasa namun wang tunai sejumlah RM1,500 bersama resit pengeluaran tidak dapat dikeluarkan. Saya mula bingung dan menanti untuk beberapa minit namun wang terbabit masih tidak dikeluarkan,” katanya semalam.

Mustafa Kamal berkata, pada keesokan harinya dia yang sedang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan berhenti di sebuah bank di Bentong untuk mengeluarkan wang simpanan terkejut apabila melihat baki wang di dalam akaun hanya RM513 sahaja.

Menurutnya, selepas pulang dari Negeri Sembilan, dia kemudiannya membuat laporan kepada bank berkenaan kehilangan wang terbabit namun pihak bank meminta tempoh sebulan untuk melakukan siasatan.

“Minggu lalu saya terima laporan daripada bank dan dalam laporan itu tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam. Saya hairan kerana waktu di dalam laporan terbabit tidak sama dengan waktu saya mengeluarkan wang.

“Saya kemudian meminta kebenaran pihak bank melihat kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan saya tidak menerima wang berkenaan namun pihak bank minta saya buat laporan polis dahulu,” katanya.

Mustafa Kamal berkata, setelah membuat laporan polis, pihak bank kemudiannya membenarkan dia melihat CCTV berkenaan dan pegawai bank terbabit mengesahkan bahawa dia tidak menerima wang simpanan berjumlah RM1,500 itu.

“Saya kemudiannya menuntut pihak bank agar memulangkan kembali wang terbabit namun saya terkejut apabila pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa tiada ganti rugi dalam kes seperti ini," katanya.

Dia melahirkan rasa kecewa kerana pihak bank terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku padanya.

Nafi kasari wanita



Nafi kasari wanita
Muhamad Saiful (dua, kanan) ketika dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 6 Disember lalu
SUNGAI PETANI – Seorang pembantu bengkel enggan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam atas kesalahan melakukan kekerasan terhadap seorang wanita hamil dalam kejadian di Taman Patani Jaya, 3 Disember tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 29, dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita hamil tujuh bulan dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Muhamad Saiful didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 23 tahun kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai di Taman Patani Jaya, Sungai Petani.

Akibat perbuatan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd Nasir manakala tertuduh diwakili peguam dari T Jayaraj & Company.

Inspektor nafi beri maklumat palsu



GEORGETOWN - Seorang polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberikan maklumat palsu dengan niat menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai terlibat kes di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan pada 3 Mei tahun lalu.

Mohd Yusuf Payarin, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain.

Mengikut pertuduhan, Mohd Yusuf yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah didakwa memberi maklumat palsu dengan niat menyelamatkan Nor Ashura Apandi melibatkan kes di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan terbabit, Mohd Yusuf boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan atau denda atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, Zainol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Jual pil khayal di sekolah



WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2013
Ketua Polis  Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh
KULIM - Persatuan Pengguna Kulim meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.
Pengerusinya, Mohd Zailan Hashim berkata, hal ini kerana beliau mendapati ada pelajar di beberapa sekolah didapati terlibat dalam kes pengedaran dadah dan pil khayal yang dijual dengan harga RM0.70 sebiji.

Menurutnya, malah daripada maklumat diterima, dalam ujian pemeriksaan air kencing dijalankan di sekolah, ada pelajar didapati positif tetapi, sehingga kini tiada tindakan tegas diambil untuk mengatasi masalah itu.
“Penjualan pil khayal itu berlaku secara berleluasa di dalam sekolah, bagaimanapun tidak ada tindakan diambil pihak terlibat untuk memastikan masalah itu diselesaikan.
"Pihak sekolah sepatutnya bertindak dan tidak merahsiakan perkara berkenaan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),” katanya kepada Sinar Harian.
Kata beliau, selain itu, pemantauan daripada Agensi Anti Dadah  Kebangsaan (AADK) juga diperlukan bagi memastikan perkara itu dapat dibendung.
Jelasnya, perkara berkenaan perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan bangsa Melayu dalam usia remaja dan perlaku seharusnya dikenakan hukuman berat.
Sementara itu, Ketua Polis  Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini polis belum menerima laporan mengenai kegiatan itu bagaimanapun akan membuat pemantauan terhadap sekolah terlibat.
Katanya, tidak boleh salahkan pihak berkuasa 100 peratus kerana kebanyakan pelajar terlibat ini tinggal bersama ibu bapa mereka.
"Ibu bapa seharusnya mengawal aktivit anak mereka agar tidak terlibat dalam kancah sebegini.
"Apa yang dapat dilihat hari ini, kebanyakan ibu bapa bersikap melindungi anak-anak mereka sehingga tidak segan silu melakukan jenayah malahan ada yang masih menyebelahi anak walaupun tahu mereka bersalah,” katanya.

Kongkang masuk sekolah rendah



Kongkang
Anggota JPAM menurunkan kongkang menggunakan kotak dan jerut. Gambar kecil: Kongkang yang ditangkap.
MASJID  TANAH -  Suasana Sekolah Rendah Kebangsaan Tambi Chik Karim, dekat sini kecoh selepas sekumpulan murid menemui seekor kongkang dewasa pada sebatang kabel.

Difahamkan, kehadiran kongkang itu disedari murid tahun empat kira-kira jam 7 pagi selepas terpandang objek bergayut pada kabel berdekatan tangga.

Melihat struktur haiwan itu yang berbulu, murid berkenaan segera memaklumkan kejadian itu kepada seorang pekerja am sekolah.

Pekerja am, Mahat Berahim, 50, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja tiba di pekarangan sekolah berkenaan sebelum didatangi seorang murid mendakwa terpandang seekor haiwan pelik.

“Apabila tiba di bahagian tangga bangunan kedua itu, saya lihat ia seekor kongkang dewasa dalam kedudukan bergumpal menyembunyikan kepala di sebalik badannya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya mengawasi keadaan sekeliling bagi menghalang murid terus mendekati kongkang itu kerana bimbang jika terdapat murid yang akan mengusik haiwan itu.

“Apabila mengamati saya lihat kongkang berkenaan sedang tidur dan berkemungkinan haiwan itu sudah semalaman dan hanya bergayut pada kabel tanpa disedari sesiapa sehingga pagi ini, " katanya.

Sementara itu, Ketua Skuad Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah, Saiful Nazmi Said ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan dari pihak sekolah berkenaan kira-kira jam 10 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa lebih 10 minit untuk menurunkan kongkang berkenaan yang agak agresif dan terpaksa berhati-hati bimbang digigit haiwan itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memaklumkan mengenai tangkapan haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan di bawah perlindungan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Setelah haiwan berkenaan berjaya ditangkap kami kemudian menyerahkannya kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya.