Search This Blog

Monday, January 28, 2013

Peruncit kena rompak naik angin



Peruncit kena rompak naik angin
Kereta dipandu Chee Seong remuk bahagian depan.
Peruncit kena rompak naik angin
Chee Seong melakonkan semula detik cemas ketika diacukan pisau
ALOR GAJAH - Berang dengan tindakan dua perompak mengugut menggunakan sebilah pisau dan melarikan wang perniagaan sebanyak RM1,000, seorang peniaga kedai runcit nekad mengejar penjenayah terbabit sejauh kira-kira tiga kilometer dengan kereta Proton Iswara miliknya.

Insiden mengejar itu bagaimanapun berakhir apabila peniaga berkenaan terlibat kemalangan kecil.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin, apabila kedai milik Soh Chee Seong, 40, di pekan Masjid Tanah, di sini didatangi dua perompak.

Chee Seong berkata,  sebelum kejadian, dia sedang menikmati makan malam bersama isteri, Pang Moi Chu, 42, di kaunter kedai. Kemudian dua lelaki datang berpura-pura mahu membeli rokok.
“Ketika isteri saya tunduk untuk mengambil rokok, seorang daripada lelaki itu meluru laju ke arah saya dan mengacukan sebilah pisau Rambo di tengkuk saya menyebabkan isteri saya menjerit ketakutan," katanya.

Katanya, isterinya turut ditolak sehingga jatuh, sebelum mereka sempat merentap tujuh kotak rokok dan telefon bimbit yang berada di sebelah mesin kaunter, dan bergegas keluar menuju ke arah sebuah kereta.

Chee Seong berkata, menyedari dua perompak itu baru masuk dalam kereta, dia bertindak pantas mencapai kunci kereta dan mengejar kereta jenis Proton Wira dinaiki penjenayah terbabit.

“Sebaik berjaya mengenal pasti kereta penjenayah itu, saya segera mengekori rapat di belakangnya sebelum memotong di sebelah kiri dan menghimpit keretanya, terus merempuh bahagian pintu sebelah penumpang.

“Marah dengan tindakan saya, penjenayah itu mengeluarkan pisau sambil menunjuk ke arah saya, seolah-olah mengugut bunuh jika terus mengekori mereka, sebelum mereka melemparkan pisau itu ke tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, ketika pisau berkenaan dilempar, ia terkena pada seorang penunggang motosikal, bagaimanapun dia sempat mengelak dan memberhentikan motosikalnya.

“Perompak berkenaan memandu laju dan saya terus mengejar sebelum merempuh bahagian belakang kereta menyebabkan bahagian depan kereta saya remuk. Disebabkan itu saya terpaksa biarkan sahaja kereta itu memecut laju ke arah Sungai Udang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Hajar hidu bau wangi sebelum 'pergi'



Hajar hidu bau wangi sebelum 'pergi'
Sabir menunjukkan gambar ceria Hajar yang diambil ketika berlajar di matrikulasi di Lendu, tahun lalu sambil diperhatikan Noraini dan anaknya, Muaz (kiri) dan Ahmad Syaqir (dua,
Hajar hidu bau wangi sebelum 'pergi'
SITI HAJAR
SAYA menerima panggilan daripada rakan Hajar yang turut terlibat kemalangan, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin, 20, selepas menunaikan solat Maghrib di masjid berdekatan rumah kami.

Sebelum itu, Hajar ada maklumkan, dia dan tiga kawannya Tasnim, Azizue Hasni Abd Zubair dan rakan sekuliahnya, Wan Norsolehah Gaberan mahu ke kampung (rumah mertua) untuk menghantar barang-barang kerana asrama mereka perlu dikosongkan pada cuti semester.

Namun selepas solat Maghrib di masjid, saya dikejutkan dengan berita kemalangan dan terus ke Hospital Melaka bersama isteri yang ketika itu turut berjemaah di masjid.

Saya mula merasai Hajar akan ‘pergi’ selepas dia memberitahu terbau wangi pada 14 Januari lalu. Ketika itu, Hajar minta saya pulang ke rumah menjaga adik-adiknya.

Kata Hajar, saya perlu pulang jika saya percaya ALLAH akan menjaganya, sebelum dia tersenyum dan memberitahu ada bau wangi menerjah hidungnya.

Saya tanya, selalukah Hajar terbau seperti itu dan dia jawab kadang-kadang apabila jururawat datang dan ada kalanya waktu sahabat menziarah. Jawapan Hajar menyebabkan saya tidak jadi pulang ke rumah.

Hajar tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kali terakhir kami bertemu dengannya seminggu sebelum kemalangan. Cuma melalui kawan-kawannya kami mendapat tahu Hajar sering menyebut ‘Kun Fa Ya Kun’ dan mengingatkan kawan-kawannya mengenai kekuasaan ALLAH dua, tiga minggu sebelum kejadian.

Bagaimanapun, kami telah menempah sebuah al-Quran selepas mendapat tahu Hajar mahu membeli Syaamil Al-Quran Miracle The Reference tetapi dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Hajar yang bercita-cita mahu membuka perniagaan sendiri, mengambil jurusan multimedia selepas berdaftar di UTeM September lalu sebelum terlibat kemalangan yang berlaku pada minggu peperiksaan.

Sebagai anak sulung daripada tujuh beradik, Hajar selalu menasihati adik-adiknya dan sering beri tunjuk ajar dalam mata pelajaran dan sejak bersekolah di sebuah pondok dan maahad di Kelantan, saya melihat perubahan positif pada dirinya.

Hasil didikan guru-gurunya, kami bersyukur memiliki anak sepertinya yang tidak sekalipun bersangka buruk akan takdir ALLAH.

Pagi 20 Januari itu, dalam tenang dakapan ibunya, Hajar pergi meninggalkan kami.

"Pergilah nak... kalau itu yang terbaik untuk mu. Pergilah nak...ALLAH lebih menyayangimu. Moga DIA menyediakan tempat yang terindah untuk Hajar di alam barunya itu!"

Mertua, menantu maut nahas

Mertua, menantu maut nahasKeluarga Allahyarham Abu Asan dan Nurul Natrah sedang menunggu jenazah di hospital untuk dibawa pulang
KUALA PILAH – Seorang lelaki maut bersama menantu perempuannya apabila motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 26 Jalan Seremban - Kuala Pilah, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.05 pagi itu, mangsa, Abu Asan Hamid, 55, bersama menantunya yang membonceng motosikal, Nurul Natrah Ghazali, 24, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban tercampak di atas jalan raya setelah dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah sama.

“Pemilik kenderaan yang merempuh motosikal mangsa dari belakang bagaimanapun melarikan diri sejurus kejadian. Kenderaan itu remuk di bahagian depan akibat rempuhan tersebut, tersasar ke bahu kanan jalan menyebabkan tiang elektrik tumbang,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang beralamat di Kampung Mampas Kechil dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini untuk dibedah siasat.

Jenazah Abu Asan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mampas Kechil, di sini, manakala Nurul Natrah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kepis, di sini, kedua-duanya selepas solat Zuhur semalam.

Berikutan kejadian itu, Azmi meminta pemilik kenderaan WFQ6983 yang merempuh kedua-dua mangsa supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Saksi kejadian juga diharap dapat menghubungi polis talian 06-4842222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abu Asan, Rosli Hamid, 43, berkata, arwah merupakan abang sulung dari lapan beradik, bagaimanapun mereka jarang berjumpa kerana tinggal berasingan, selain dirinya yang lumpuh.

“Lagipun saya terpaksa duduk di rumah selepas terlibat kemalangan,” katanya.

Menurut Rosli berkata, arwah bersama menantunya itu dari arah Kuala Pilah untuk pulang ke rumah.

“Menantunya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga enam bulan lalu tinggal sebumbung bersama suami, isteri arwah dan arwah. Nurul Natrah berasal dari Kampung Felda Kepis,” katanya.

Adik-beradik terlanjur



Apa yang saya ceritakan ini sangat mengaibkan namun saya sudah tidak tertanggung lagi menanggung masalah ini.

Saya remaja lelaki berusia belasan tahun. Melihat dari perwatakan saya yang sentiasa ceria, tiada siapa menduga saya menyimpan satu kisah hitam yang sangat menakutkan.
Untuk pengetahuan Dr, saya pernah melakukan hubungan seks dengan abang sendiri. Perlakuan songsang itu berlaku sewaktu usia saya 12 tahun.

Pada mulanya, saya takut dan tidak suka diperlakukan demikian, tapi lama kelamaan, saya sendiri rela melakukannya dan kami sering berbuat demikian bila saja berkesempatan.


Kini, selepas beberapa tahun, saya dan abang mula insaf. Saya kini tertekan dan mahu melupakan kisah itu.


Pada masa sama, saya takut adakah ia akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan lain seperti dijangkiti HIV atau AIDS.

Tolonglah saya.

SUDAH INSAF,
Kuala Lumpur

Dek kerana terlalu mengikut kata hati, akhirnya nafsu amarah dan kebinatangan antara adik dan abang menjadikan kalian berdua terbabit dalam perbuatan liwat yang sangat dikeji agama.

Penyair terkenal, Aris–totle pernah mengatakan: “Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.”

Dr berharap agar adik dan abang tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu dan segeralah bertaubat dengan memperbaiki diri dan berasa kesal dengan apa dilakukan dulu.

Jangan sesekali terfikir mahu melakukannya lagi kerana kesannya sangat buruk bukan saja menjadikan adik dan abang sebagai manusia yang terkeluar daripada batas agama dan masyarakat malah pada masa sama memberi kesan psikologi pada diri adik sendiri.

Dr sarankan adik berjumpa doktor perubatan bertauliah untuk memeriksa situasi kesihatan kesan daripada perbuatan itu.

Dan pada masa sama, bertemu pakar psikologi untuk merawat rasa bersalah yang menghantui diri ketika ini agar keadaan adik tidak terus makan hati dalam diam.

Mulanya, Dr dapat simpulkan adik sebagai mangsa, tapi akhirnya kemungkinan kerana seronok, akhirnya adik rela dan suka melakukannya.

Kini, adik insaf dan mahu memperbaiki diri. Dr ucapkan syabas. Mulakan langkah pertama dengan memperbanyakkan melakukan ibadah seperti solat, puasa, istighfar dan sebagainya sebagai perawatan rohani.

Jauhkan pemikiran negatif kerana ia hanya memberi tekanan emosi kepada adik dan isikan masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah.

Cari juga rakan dipercayai untuk berkongsi masalah dan melegakan perasaan selain belajar melupakan kisah silam itu.

Memang bukan mudah, tapi Dr percaya jika adik mahu berubah, apa saja usaha boleh dilakukan.

Yang penting, berdoa kepada Tuhan agar kehidupan adik menjadi tenang dan menerima apa yang berlaku sebagai satu kesilapan.

Manakala keinsafan yang terbit itu adalah pertolongan Allah untuk memberi peluang adik kembali kepada fitrah-Nya.

Korban 2 sepupu



Percutian lebih 30 ahli keluarga yang berkelah di Sungai Tombungan, di sini, berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas cuba menyelamatkan seorang saudara mereka dalam kejadian di Kampung Nawai, Kiulu, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, kedua-dua mangsa, Ahmad Ainurrahim Paidi, 19, dan sepupunya, Safardi Paumin, 22, maut apabila gagal menyelamatkan diri ketika cuba membantu seorang lagi sepupu mereka, Adibah Litono, 14, yang hampir lemas.


Difahamkan, aktiviti perkelahan itu disertai lebih lima keluarga dari Kampung Kebayou, Telipok, yang tiba di kawasan perkelahan itu seawal jam 8.30 pagi.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa, Litono Sohia, 53, ketika kejadian, anaknya, Adibah, bersama beberapa sepupu mereka termasuk kedua-dua mangsa mandi-manda di sungai berkenaan.


“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan anak saya meminta tolong dan terkapai-kapai dalam air.


“Ketika itu, kedua-dua mangsa bertindak menyelamatkan anak perempuan saya, namun mereka pula tenggelam ke dasar sungai,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia segera terjun ke sungai untuk menyelamatkan mereka, namun hanya dapat menyelamatkan Adibah, manakala gagal menyelamatkan dua lagi sepupunya.


“Kami kemudian mendapatkan bantuan orang kampung untuk mencari mangsa di dasar sungai berkenaan,” katanya.

Litono berkata, kira-kira sejam kemudian, mayat kedua-dua mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.21 pagi dan seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Bagaimanapun, sebaik tiba, kami mendapati kedua-dua mangsa sudah ditemui orang ramai yang membantu di tempat kejadian.


“Operasi ditamatkan sebaik saja mayat ditemui dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rempuh penghadang



Hulu Selangor: Kereta BMW dinaiki pemain bola sepak Felda United , Ahmad Fauzi Shaari dan rakannya Muhammad Khairul Adnan Zakaria yang terbunuh dalam kemalangan semalam didapati merempuh penghadang jalan sejurus terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta itu kemudian terbalik dan terbakar dalam kemalangan itu yang berlaku kira-kira jam 1.40 pagi berdekatan susur keluar plaza tol Tanjung Malim arah utara kilometer 407.5 Lebuh raya Utara Selatan.


“Mangsa yang memandu kereta (Muhammad Khairul Adnan) parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian setelah kereta mereka hangus terbakar.

“Sementara itu, rakannya (Ahmad Fauzi) terpaksa dihantar ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan susulan kerana patah tangan kanan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini semalam.


Beliau berkata, jenazah mangsa yang maut dibawa pulang ke Kedah kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan siasatan lanjut mengenai kejadian masih dijalankan pasukan trafik Hulu Selangor

Maut terhumban tengah jalan



Menyayat hati apabila dua beranak terbunuh selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta di Kilometer 26, Jalan Seremban- Kuala Pilah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.05 pagi itu, Abu Asan Hamid, 55, dan menantunya, Nurul Natrah Ghazali, 24, maut serta-merta akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian, dua beranak itu yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke rumah mereka di Kampung Mampas Kechil, Terachi, dekat sini. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai dirempuh dari belakang oleh Proton Wira dari arah sama menyebabkan kedua-dua beranak terbabit terhumban ke tengah jalan.


“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta Proton Wira terbabit dipercayai melarikan diri sejurus kejadian sebaik mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernyawa lagi sebelum menyerah diri di balai polis Kuala Pilah, jam 11 pagi semalam.


Menurutnya, pemandu kereta terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kami meminta saksi kejadian supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi polis di talian 06-4842222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Hilang lepas konsert



Sekurang-kurangnya 20 orang dari kumpulan muzikal Kombo Kolombia dilaporkan hilang selepas mengadakan konsert di timur laut Mexico, kata pihak berkuasa dan waris mangsa, semalam.

Menurut waris pemuzik terbabit, 12 pemuzik dan lapan kru kumpulan itu dijadual mengadakan persembahan di Potrero Chico di bandar Hidalgo malam Jumaat lalu. Bagaimanapun, kata seorang daripada waris itu, Jose Ruiz, anggota kumpulan itu gagal dikesan. “Mereka tidak menjawab panggilan telefon, tetapi kami tidak menyangka apa-apa kerana berpendapat mereka mungkin berada di tempat terpencil,” katanya. Namun, kata Ruiz, mereka mula mencari ahli keluarga masing-masing dan menemui kereta pemuzik terbabit ditinggalkan terbiar dan kosong. Katanya, alat muzik yang sepatutnya ada di kawasan ladang tempat mereka akan membuat persembahan juga gagal dikesan. Sementara itu, jurucakap keselamatan Nuevo Leon, Jorge Domene, berkata 20 orang, termasuk pemuzik dan kakitangan sokongan Kombo Kolombia hilang sejak Jumaat. Seperti kebanyakan negeri lain. Nuevo Leon mengalami peningkatan keganasan jenayah culik, pemeras ugut, pengedaran dadah dan pergeseran antara kumpulan kartel dadah serta polis. Data rasmi menunjukkan, lebih 70,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan perang ke atas kartel dadah.

Tanggung risiko kejar RM150 sekepala



Johor Bahru: Bayaran lumayan sehingga RM150 bagi setiap kepala menyebabkan tekong laut sanggup mengambil risiko ketika membawa masuk atau menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ia didedahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berjaya mematahkan beberapa cubaan membawa masuk atau keluar dari negara ini dan terbaru berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang Kota Tinggi di sini, pagi semalam.


Dalam kejadian pada jam 3.05 pagi itu, empat PATI Indonesia bersama seorang tekong dilihat cuba menyusup masuk ke perairan negara dan memecut laju bot dinaiki mereka ketika dihampiri sepasukan APMM yang membuat rondaan.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Rozali Md Said berkata, ketika kejadian sebuah bot laju APMM bersama empat anggota melakukan rondaan berjaya mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan.


“Kami dapati, bot gentian kaca berwarna kuning itu dari perairan negara jiran dan cuba menyusup masuk ke negara ini dengan kelajuan rendah.


“Pasukan kami yang curiga cuba menghampiri bot berkenaan sebelum tekong itu memecut laju botnya.

“Kami terpaksa mengejarnya selama 25 minit sebelum tekong bot itu mengalah dan pemeriksaan membawa kepada penemuan empat lelaki Indonesia berusia antara 18 hingga 41 tahun berbaring di dalam bot berkenaan,” katanya.

‘Dia bukan awek saya’



“Dia bukan awek (teman wanita) saya...baru jumpa dia tadi. Saya ambil dia di tepi jalan,” kata seorang remaja berusia 19 tahun yang cuba lepas tangan selepas ditahan anggota Unit Khas Trafik Bukit Aman, awal pagi semalam.

Remaja berkenaan sanggup tidak mengaku remaja perempuan berusia 16 tahun yang membonceng motosikalnya adalah teman wanitanya semata-mata mahu melepaskan diri apabila ditanya anggota polis mengenai hubungan mereka.


Dia bersama teman wanitanya itu ditahan ketika menunggang motosikal secara berbahaya sambil melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Tanah Putih, di sini, jam 1.30 pagi semalam.

Remaja perempuan yang mendakwa berasal dari Ampang, Selangor dan pulang bercuti di rumah neneknya di FELDA Chini itu kelihatan terkedu tatkala mendengar pengakuan teman lelakinya dan hanya mampu menundukkan kepala.


Kedua-dua remaja berkenaan antara 10 individu ditahan dalam satu operasi pencegahan kesalahan lalu lintas selama empat jam bermula jam 1 pagi itu.


Semua yang ditahan itu dikesan melakukan kesalahan berlumba secara haram dan membawa kenderaan secara berbahaya termasuk melakukan aksi ‘wheelie’ dan ‘superman’ yang berisiko mendatangkan kecederaan kepada pengguna lalu lintas lain.

Apa yang menghairankan, kumpulan mat rempit itu turut berani berlumba serta melakukan aksi berani mati di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang terletak di Jalan Mahkota.


Selain dua remaja terbabit, anggota polis turut menahan seorang mat rempit yang berlagak samseng dengan cuba menendang orang awam melintas jalan ketika kumpulan berkenaan berlumba di Jalan Besar.

Namun, remaja berusia 19 tahun itu hanya menunjukkan wajah selamba apabila ditahan pihak berkuasa malah dengan beraninya menyalahkan orang awam kerana memasuki ‘litarnya’.


Sementara itu, jurucakap unit berkenaan yang didatangkan khas dari Bukit Aman bagi membanteras kegiatan mat rempit di bandar ini berkata, pihaknya menggunakan pendekatan sedikit berbeza dalam operasi kali ini iaitu dengan meletakkan beberapa anggota di kawasan tertentu untuk menahan mat rempit dan pemandu kereta yang memandu secara berbahaya di jalan raya.


“Kami tidak melakukan sekatan jalan raya seperti sebelum ini sebaliknya kami bertindak secara diam-diam dengan melakukan pemerhatian dan mencekup mereka tanpa disedari oleh pengguna jalan raya lain.


“Turut ditahan, tiga individu termasuk penumpang kereta yang terbabit dalam lumba kereta di Jalan Mahkota dan Jalan Besar tadi (semalam),” katanya.


Semua 10 individu yang ditahan termasuk pembonceng motosikal dan penumpang kereta dibawa ke Balai Trafik Kuantan untuk siasatan lanjut dan siasatan awal mendapati empat penunggang motosikal serta seorang pemandu kereta disahkan positif dadah.


Katanya, lima motosikal dan dua kereta yang diubahsuai disita kerana membuat pengubahsuaian tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.


Penunggang motosikal dan pemandu kereta yang ditahan itu akan didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya manakala pembonceng motosikal dan penumpang kereta didakwa di bawah Seksyen 11(1) akta yang sama kerana bersubahat melakukan kesalahan lalu lintas.

‘Saya, bapa gagal selamat adik’



Segamat: “Saya dan bapa bukan saja gagal menyelamatkan adik, malah kami hampir lemas dipukul arus deras,” kata Aina Nadira,19, kakak kepada Aina Nabila Zurimi, 13, yang lemas ketika mandi bersama keluarga di Sungai Segamat di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemerih itu hilang dibawa arus Sungai Segamat ketika mandi bersama bapanya, Zurimi Mustaffa, 43, bersama tiga adik beradiknya dan seorang rakan kakaknya.


Aina menuntut di sebuah kolej di Melaka berkata, pada mulanya bapa bersama adik lelaki, Shahril, 15; Aina Nabila; adik bongsu, Aina Sahira, 9, dan rakan sekolej, Nora, 19, tidak merancang untuk mandi di Sungai Segamat.

“Bagaimanapun, tiba-tiba kami terasa ingin mandi di sungai itu dan ketika berada di dalam sungai selama 15 minit, Aina Nabila sempat memberitahu saya kakinya tidak jejak ke dasar sungai.


“Belum sempat saya menasihatkannya supaya pergi ke kawasan lebih cetek saya melihat dia mula terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus sungai dan tenggelam,” katanya.


Menurutnya, ketika itu dia dan bapanya cuba berenang menyelamatkan adiknya itu namun hampir lemas dibawa arus sungai dan terpaksa berenang ke tebing.

“Sebelum kejadian adik lelaki menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Kampung Gudang Garam bagi menjemput ibu, Norhaslin Rosli, 41, mandi bersama kami di sungai itu.


“Panik dengan kehilangan adik, kami terus meminta bantuan seorang pengusaha pusat karaoke berhampiran untuk menghubungi pasukan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Jalan Abdullah Sailan Serin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.20 petang dan 20 anggota pasukan penyelamat termasuk lima ahli skuba dikejarkan ke lokasi.


“Keadaan arus deras dan kayu bertaburan dalam sungai itu menyukarkan kami mengesan mangsa namun kami kini cuba menggunakan pendekatan sesuai.


“Usaha mencari dan menyelamat dihentikan jam 12 tengah malam kelmarin keana keadaan cuaca gelap dan bersambung jam 7.30 pagi tadi (semalam) hingga mangsa ditemui,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Hanafi Daud berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh orang ramai kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia hilang.

Mabuk punya bapa



Seorang budak tidak dapat makan secara normal dan mungkin gagal bertutur dengan baik kecuali berpeluang menjalani pembedahan selepas hidung dan bibir atasnya digigit bapa sendiri.

Menurut laporan media semalam, Radha diserang bapanya apabila bayi berusia lima bulan itu menangis tidak berhenti-henti.


Polis berkata, bapa Radha, Bhadar Singh ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah dengan niat berbahaya.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku di rumah Bhadar - seorang petani - di Siyana di daerah Bikaner, Rajasthan.


“Jika disabitkan kesalahan, Bhadar boleh dipenjara antara 10 tahun hingga seumur hidup,” katanya. Jurucakap polis itu berkata, Bhadar, 36, pulang dalam keadaan mabuk jam 10 malam Khamis lalu.


Isterinya, Santosh, serta adiknya, Saroj ketika itu sedang menghias tangan mereka dengan inai. “Bhadar meminta Santosh membuat sesuatu, tetapi wanita terbabit keberatan kerana tangannya berinai.

“Keengganan Santosh menyebabkan Bhadar berang dan mula membelasah isterinya,” katanya.


Menurut jurucakap itu, Saroj cuba membantu Santosh, tetapi diugut Bhadar.

Sejurus kemudian, anak perempuan Bhadar berusia tiga tahun, Bhanwar Kanwar mula menangis dan menimbulkan kemarahan lelaki terbabit. Katanya, Bhadar menggigit belakang, tangan serta bahagian lain badan Bhanwar sebelum mencampak budak terbabit ke luar rumah. Kekecohan itu mengejutkan Radha yang sebelumnya tidur di dalam bilik.


Jurucakap polis berkata, Bhadar kemudian mula menyerang Radha sehinggalah Santosh memanggil jiran mereka membantu.


Radha dan Bhanwar kemudian dirawat di Hospital Putera Bijay Singh di Binaker. Ketua Unit Pembedahan Pediatrik hospital itu, Dr Girish Prabhakar berkata, walaupun keadaan Radha kini stabil, dia perlu menjalani pembedahan plastik yang banyak untuk memulihkan mulut serta hidungnya,” katanya.

Anak penyanyi dangdut diculik ditemui semula



Jakarta: Anak perempuan penyanyi dangdut Nassar, Siti Nurjanah yang diculik sembilan hari lalu ditemui di Cibubur Jawa Barat, semalam.

Pegawai penyiasat dan Ketua Jenayah Am Polis Jakarta, Adjutan Komisioner Kanan Herry Heriawan memberitahu media bahawa polis mebemui Siti Nurjanah, 11, dalam keadaan lemah di kediaman penculiknya di Cibubur kira-kira jam 3 pagi.


Herry berkata, polis menahan seorang daripada suspek penculik, Fadlun Haryanto, 29, manakala seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.

Menurut Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Putut Eko Bayuseno, polis berjaya menjejaki lokasi penculik terbabit berdasarkan isyarat telefon bimbit digunakan menghantar mesej pesanan ringkas kepada Nassar dan isterinya, Muzdalifah Khamis lalu. Penculik meminta wang tebusan sebanyak 4 bilion rupiah (RM1.2 juta).


Polis menemui bukti termasuk sepucuk revolver, foto Siti, sebuah motosikal, 14 kad pengenalan palsu, buku bertema jihad dan bahan membuat bom seperti tiga beg potasium dan kertas aluminium dari kediaman suspek. - tempo.com

Pecah masuk rumah larikan BMW



Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 30-an kerugian lebih RM380,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan pistol dalam kejadian di rumahnya di Wangsa Murni, di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, dua daripada empat penjenayah berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun itu dilaporkan memecah masuk ke rumah mangsa bagi mengambil kunci kereta mewah itu sebelum melarikannya.


Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang juga peniaga itu sedang tidur di biliknya sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di hadapan rumahnya.

“Mangsa kemudian keluar untuk melakukan pemeriksaan sebelum terserempak dengan dua lelaki yang sedang mengambil kunci rumah, kunci kereta dan barangan berharga yang berada di ruang tamu rumahnya.


“Dua suspek yang menyedari kehadiran mangsa kemudiannya bergegas keluar daripada rumah berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, mangsa memberanikan diri untuk melihat di kawasan luar rumah sebelum mendapati dua lagi rakan suspek sedang menunggu di dalam kereta.

“Menurut mangsa, seorang daripada suspek dilihat memegang senjata seperti pistol menyebabkannya ketakutan sebelum mendiamkan diri,” katanya.


Katanya, kesempatan itu digunakan kumpulan penjenayah berkenaan untuk melarikan kereta mewah milik mangsa.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Gadis dituduh mencuri dipukul, pakaian dilucut



Kuching: Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.

Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.


Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.


“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.


“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.

Maut terkena renjatan



Seorang lelaki warga asing yang baru 10 hari bekerja menyabit kelapa sawit maut apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Paris 2, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa, Rizal Bahar, 23, maut serta-merta di tempat kejadian apabila galah besi digunakannya terkena kabel elektrik berdekatan.

Mangsa dipercayai sedang mengait kelapa sawit sebelum galah besi sepanjang sembilan meter digunakannya tersentuh tiang elektrik yang terletak kira-kira enam meter dari tempat mangsa berdiri.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, lelaki terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat renjatan elektrik yang mengalir daripada galah besi mengenai perut dan kaki mangsa.

“Pekerja lain yang melihat mangsa dalam keadaan terbaring memaklumkan kejadian itu kepada majikan mereka sebelum membuat laporan polis.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, di Sandakan, dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 56 Jalan Sandakan-Lahad Datu, kelmarin.

Misteri kematian William terjawab?

YAHAYA Ramli (kanan) meninjau kawasan longkang monsoon drain di Putra Heights dan Kampung Bukit Lanchong, semalam yang dipercayai menjadi punca kematian William Yau Zhen Zhong dihanyutkan ke Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. - IHSAN CHINA PRESS
SUBANG JAYA 26 Jan. - Punca kematian William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kelmarin hampir terjawab selepas polis menemui petunjuk baharu yang boleh dikaitkan dengan kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun itu.
Ini berdasarkan penemuan sebuah lubang tidak bertutup di sebatang longkang aliran air hujan atau monsoon drain kira-kira 200 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Putra Heights, di sini pada 16 Januari lalu.
Arus longkang itu dikatakan mampu menghanyutkan objek berat kurang dari setengah jam sehingga ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, tanpa sebarang sekatan jika hujan lebat.
Malah difahamkan, dua hari selepas kehilangan William iaitu pada 18 Januari, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat dan longkang itu sememangnya dipenuhi air.
Longkang sepanjang lebih 30 kilometer itu dikatakan terus membawa arus ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh ke dalam longkang tersebut dan dihanyutkan sehingga mayatnya ditemui terapung di Pelabuhan Klang, kelmarin.
"Polis mengesan satu lubang pada sistem monsoon drain kira-kira 200 meter dari lokasi William hilang. Lubang itu mampu mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja yang terjatuh.
"Kemungkinan mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tetap ada lebih-lebih lagi dua hari selepas mangsa hilang, Putra Heights dilanda hujan lebat dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sendiri mengesahkan jika kanak-kanak terjatuh, ia mampu dihanyutkan dengan laju," katanya.
Beliau sebelum itu melawat lokasi kanak-kanak terbabit hilang di Putra Heights bersama 30 anggota polis dan kakitangan JPS.
Kanak-kanak malang itu hilang selepas keluar mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Rabu lalu.
Kehilangan anak kedua daripada tiga beradik selama sembilan hari itu terjawab apabila ibu bapanya mengesahkan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di Jeti Sungai Sireh kelmarin adalah William.
Dalam perkembangan sama, Yahaya memberitahu, polis akan mengambil keterangan penduduk di sekitar Putra Heights dan Kampung Bukit Lanchong untuk mengetahui kemungkinan kanak-kanak itu boleh dihanyutkan sehingga ke Jeti Sungai Sireh.
"Faktor terjatuh dalam parit adalah antara yang sedang disiasat polis tetapi perkara ini masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan kerana kami sedang menyiasat melibatkan semua sudut," katanya.
Ditanya sama ada berlaku unsur jenayah dalam tragedi itu, Yahaya berkata, berdasarkan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu polis tidak menemukan sebarang asas untuk mengaitkan kes ini dengan jenayah kerana tiada kesan kecederaan luaran.
Beliau berkata, polis bagaimanapun akan mengambil semula keterangan daripada keluarga mangsa termasuk ibu bapa William selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh dijangka pada Selasa ini.
Sementara itu, ibu bapa William, Yau Kok Kang dan Goh Ying Ying kini dikatakan pulang ke kampung mereka di Melaka untuk menenangkan fikiran berikutan tragedi sedih yang meragut nyawa anak mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130127/je_01/Misteri-kematian-William-terjawab#ixzz2JEJ5s3uN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dadah: Empat artis popular ditahan


JAKARTA 27 Jan. - Penyanyi dan pelakon lelaki Irwansyah yang pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Pencinta Wanita ditahan Badan Narkotik Nasional (BNN) ketika sedang berpesta dadah.
Penahanan Irwansyah bersama isterinya, Zaskia Sungkar yang disyaki mengambil dadah pada awal pagi ini mencetus kegemparan di kalangan industri hiburan tempatan dan sekali gus di kalangan masyarakat Indonesia.
Irwansyah yang berusia 28 tahun merupakan antara artis Indonesia yang pernah popular di Malaysia selepas lagu duet bersama Acha Septriasa, My Heart diminati ramai beberapa tahun lalu.
Dua lagi artis ternama Indonesia turut ditahan iaitu Raffi Ahmad yang merupakan pengacara program hiburan paling popular, Dahsyat serta Wanda Hamidah.
Kesemua artis popular itu ditahan di kediaman Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada waktu Subuh hasil maklumat daripada orang ramai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130128/je_02/Dadah-Empat-artis-popular-ditahan#ixzz2JEIeDDT7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Buaya tembaga 300kg terperangkap dalam sangkar


Kakitangan Sarawak Forestry Corporation, Wan Mazlan Wan Mazian terkejut apabila seekor buaya tembaga terperangkap di dalam sangkar menerpa ke arahnya di Kampung Selang, Jalan Telaga Air, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 27 Jan. - Beberapa pekerja ladang di rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kampung Selang, Jalan Telaga Air di sini gempar apabila menemui buaya seberat 300 kilogram (kg) hari ini.
Kehadiran buaya tembaga sepanjang lima meter di muara Sungai Teruntum itu dipercayai haiwan yang sama membaham haiwan peliharaan mereka sebelum ini.
Kejadian disedari salah seorang pekerja ladang, Johari Resal, 63, yang turun meninjau sangkar milik Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sungai itu pukul 7 pagi ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130128/dn_13/Buaya-tembaga-300kg-terperangkap-dalam-sangkar#ixzz2JECYaLdJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rusuhan penjara 54 banduan maut



Anggota pasukan Pengawal Kebangsaan Venezuela menyuraikan rusuhan di hadapan penjara Uribana di Barquisimeto, negeri Lara, Venezuela, kelmarin. - AFP
CARACAS 26 Jan. - Sekurang-kurangnya 54 orang terbunuh, dan 88 lagi cedera dalam pertempuran antara banduan dan pasukan keselamatan di sebuah penjara di barat Venezuela, semalam.
Rakaman televisyen menunjukkan tentera Pengawal Kebangsaan mengepung penjara Uribana di negeri Lara, ketika banduan yang berlumuran darah dibawa keluar dari bangunan penjara itu.
Ahli keluarga banduan kebanyakannya wanita turut berkumpul di luar penjara menunggu berita tentang keluarga mereka yang ditahan dipenjara itu.
Seorang pegawai hospital, Ruy Medina berkata, kebanyakan mangsa yang cedera dalam insiden itu akibat terkena tembakan.
Katanya, banduan yang cedera mula dihantar ke hospital sejurus selepas tengah hari dan sebanyak 14 daripada banduan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Iris Varela, menteri bertanggungjawab kepada penjara Venezuela berkata, rusuhan berlaku selepas banduan memberontak ekoran pihak berkuasa penjar


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130127/lu_04/Rusuhan-penjara-54-banduan-maut#ixzz2JECQfw6Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tanah runtuh ragut 11 nyawa



BEBERAPA buah rumah mengalami kerosakan selepas Ribut Oswald membadai Queensland, timur laut Australia, kelmarin. - AGENSI
JAKARTA 27 Jan. - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 19 yang lain dilaporkan masih hilang dalam dua kejadian tanah runtuh berasingan akibat hujan lebat di barat Indonesia.
Menurut pegawai bencana, Ade Edward hari ini, sebanyak 20 kediaman musnah ditimbus tanah runtuh yang berlaku pada waktu subuh di perkampungan Tanjung Sani di daerah Agam, wilayah Sumatera Barat.
“Pasukan penyelamat menemukan tujuh mayat, selain meneruskan operasi mencari 18 yang lain ekoran dikhuatiri tertimbus di bawah lumpur.
“Tiga penduduk kampung tersebut yang cedera sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan," katanya.
Dalam kejadian kedua, empat pekerja cari gali syarikat Pertamina Geothermal Energy terkorban akibat ditimbus tanah runtuh, manakala seorang lagi hilang di pulau Sumatera, pada petang semalam.
Pegawai syarikat tersebut, Adiatma Sardjito berkata, kesemua pekerja sedang menikmati makan malam ketika tanah runtuh berlaku.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki dilaporkan hilang manakala beratus-ratus kediaman terpaksa dikosongkan di timur laut Australia ekoran banjir yang melanda Queensland, hari ini.
Banjir yang disebabkan oleh Ribut Oswald itu menyebabkan seorang lelaki berusia 27 tahun hilang selepas dia cuba menyeberangi arus deras berhampiran Gympie, menurut Datuk Bandar, Ron Dyne.
“Banjir besar juga dijangka melanda bandar Bundaberg dan Gladstone, menyebabkan beratus-ratus kediaman dikosongkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini," jelasnya.
Pada 2011, kira-kira 35 orang terkorban akibat banjir besar yang melanda Queensland. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_01/Tanah-runtuh-ragut-11-nyawa#ixzz2JECJtmbY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kelab malam terbakar ragut 245 nyawa

SAO PAULO 27 Jan. - Sekurang-kurangnya 245 orang dilapor terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah kelab malam di selatan Brazil hari ini.
Ketua pasukan penyelamat, Mejar Gerson da Rosa Ferreira berkata, kebakaran itu yang berlaku di kelab malam Kiss di bandar Santa Maria, dipercayai berpunca ekoran persembahan sebuah kumpulan muzik yang membuat pertunjukan seni api.
Rosa Ferreira berkata, sebanyak 159 mayat telah dibawa keluar dari kelab malam tersebut dan angka kematian dijangka melebihi 250 orang.
Jelasnya, kebanyakan mangsa terkorban sama ada disebabkan sesak nafas atau dipijak ketika 500 orang memenuhi pusat hiburan tersebut semasa kebakaran tercetus.
Pegawai polis Santa Maria, Luiza Sousa berkata, kebakaran berlaku apabila seorang anggota kumpulan muzik berkenaan menyalakan api yang kemudiannya membakar siling pusat hiburan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_02/Kelab-malam-terbakar-ragut-245-nyawa#ixzz2JEC9aDYq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kontraktor terlepas hukuman mati

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my
MARCELINO bebas daripada hukuman gantung apabila dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/NORLIDA AKMAR IDROS
ALOR SETAR 27 Jan. - Seorang kontraktor dari Jakarta, Indonesia terlepas hukuman gantung apabila dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini hari ini, daripada tuduhan mengedar dadah, dua tahun lalu.
Tertuduh, Marcelino, 32, menangis sebaik mendengar keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab itu.
Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, dalam keterangan pembelaan, tertuduh mendakwa beg berisi dadah yang dibawa bukan kepunyaannya tetapi milik seorang rakan.
"Pembelaan utama tertuduh adalah beg yang ditarik bukan kepunyaannya tetapi kepunyaan seorang rakan dan tertukar semasa keluar daripada bas," katanya ketika prosiding.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130128/ma_02/Kontraktor-terlepas-hukuman-mati#ixzz2JEBlV83H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Geng Zawa dipenjara 30 bulan, tiga sebatan



Juhari Mat Jusoh dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan atas kesalahan miliki dadah di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 27 Jan. - Seorang ahli Geng Zawa, Juhari Mat Jusoh, 23, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 6.14 gram.
Tertuduh yang dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan polis pada 15 Oktober tahun lalu, kira-kira pukul 9.25 malam di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.
Juhari yang mengaku bersalah didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tangkapan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130128/ma_01/Geng-Zawa-dipenjara-30-bulan-tiga-sebatan#ixzz2JEBfckoy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bas terbabas ke dalam gaung, 10 penumpang maut

LISBON 28 Jan. - Seramai 10 orang terbunuh dan 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terbabas ekoran jalan licin sebelum terhumban ke dalam gaung di tengah Portugal, semalam.
Kejadian itu berlaku di Carvalhal, tengah daerah Castelo Branco kira-kira pukul 8.45 pagi (4.45 petang waktu Malaysia semalam).
Pasukan penyelamat berkata, lebih 250 anggota bomba, 88 buah kenderaan penyelamat dan sebuah helikopter dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital-hospital berdekatan di Castelo Branco dan Coimbra. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130128/lu_07/Bas-terbabas-ke-dalam-gaung-10-penumpang-maut#ixzz2JE9xOLoN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

12 sekeluarga nyaris maut, van terbalik



ALOR SETAR - Seramai 12 anggota satu keluarga nyaris maut apabila van yang mereka naiki terbabas dan terbalik selepas tayar belakang kenderaan itu tiba-tiba meletup di Kilometer 50.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, petang semalam.
 
Dalam kejadian 6.15 petang itu, mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Sungai Mas Hujung, Kota Kuala Muda dari Jitra selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
 
Ismail Mohd Shukri, 26, berkata van yang mereka sewa itu dipandu sepupunya, Mohd Zambri Fikri, 24, terbalik dua kali dan merempuh penghadang jalan selepas hilang kawalan apabila tayar belakang sebelah kanan pecah.
 
Bapanya, Osman Nordin, 57, yang duduk di kerusi penumpang hadapan cedera di tangan dan kepala terkena serpihan kaca, dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, katanya ketika ditemui, hari ini.
 
Sementara itu, ibunya, Sulifah Mohd Yusof, 60, dan lapan adik beradiknya yang lain berusia antara 14 hingga 28 tahun menerima rawatan pesakit luar di hospital sama, kata Ismail. – Bernama

Polis akan mohon inkues kematian Sugumaran



SHAH ALAM - Polis Selangor mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian C. Sugumaran selepas dia ditahan dan digari polis kerana mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, dekat sini, Rabu lepas.
 
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegam berkata pihaknya akan menghantar kertas siasatan berhubung kes kematian pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu kepada pendakwa raya Selasa ini.
 
Beliau berkata sebuah pasukan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah mengambil alih siasatan kes itu pada Jumaat lepas dan telah merakam dan mendengar keterangan daripada 89 saksi kejadian.
 
"Kita meminta orang awam yang berada di lokasi kejadian dan nampak sebarang tindakan kekerasan oleh mana-mana individu supaya tampil memberikan keterangan kepada polis dalam membantu kes ini," katanya kepada pemberita di Pusat Media IPK Selangor, di sini, hari ini.
 
Justeru, Thaiveegam meminta tiga individu dikenali sebagai R. Mohanarajan, S. Sugunan dan R. Wasanan yang mendakwa ada melihat mangsa dipukul dalam satu laman portal berita, supaya tampil memberi keterangan kepada polis dengan segera.

Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Burhanuddin Mustafa di talian 019-382-9212/03-5514-5152 atau mana-mana balai polis berhampiran.
 
"Ada yang mendakwa berlaku kekerasan ke atas si mati namun sehingga hari ini tiada seorang pun yang tampil menyalurkan maklumat," katanya.
 
Dalam kejadian Rabu lepas, Sugumaran yang dipercayai mengalami masalah mental mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.
 
Menurut laporan media sebelum ini, Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
 
Bagaimanapun, laporan itu juga menyebut saksi mendakwa melihat anggota polis memijak leher mangsa serta membiarkan dia dibelasah oleh kira-kira 20 orang yang berada di restoran berhampiran tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dilapor berkata hasil bedah siasat menunjukkan Sugumaran mati akibat saluran jantung terseumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.  - Bernama

2 kertas siasatan diserah insiden rosak, bakar kenderaan JPJ



IPOH - Polis menyerahkan dua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini berhubung kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Sitiawan pada 11 Januari lepas.
 
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kertas itu melibatkan siasatan kejadian kemalangan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kanun Keseksaan berhubung perbuatan merosak serta membakar kenderaan terbabit.
 
"Polis turut mencadangkan pendakwaan dilakukan terhadap beberapa individu tertentu yang dirasakan bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.
 
Beliau berkata polis menyiasat semua aspek termasuk mengambil keterangan tiga pengawai JPJ serta sejumlah saksi selain laporan polis yang berlainan versi oleh pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.
 
Katanya, polis juga menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya sama ada siasatan lanjut perlu dijalankan berhubung kedua-dua kertas siasatan.

Mohd Dahlan juga berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan fakta.
 
Beliau berkata enam suspek ditahan bagi membantu siasatan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
 
Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda JPJ Seri Manjung diterbalik dan dibakar orang ramai di Kilometer 12 Jalan Sitiawan-Ipoh di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.
 
Kemalangan itu, yang membabitkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip serta sebuah motosikal, mengakibatkan empat orang cedera parah dan 11 cedera ringan.  - Bernama

Polis buru 2 suspek kes bunuh

Abdul Rahim menunjukkan wajah Tuo Taw (kiri) dan Ooi Chin yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tembak di Taman Desa Murni, Sungai Dua.Abdul Rahim menunjukkan wajah Tuo Taw (kiri) dan Ooi Chin yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tembak di Taman Desa Murni, Sungai Dua. Butterworth: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes tembak seorang pengawal kelab malam, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata dua lelaki yang dicari itu ialah Ooi Chen Ling atau dikenali sebagai Kenny, 25, beralamat di No 10, Lorong Kenari 2, Sungai Ara, Jelutong serta seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai Tuo Taw dari Jelutong.

10 individu ditahan


Beliau berkata, setakat ini, polis sudah menahan 10 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan lelaki berusia 24 tahun di Taman Desa Murni, Sungai Dua itu.

“Kedua-dua lelaki itu dikehendaki untuk membantu siasat kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Butterworth, di sini, semalam.


Tembak jarak dekat

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, Khamis lalu, Fauzi Hussin, 24, maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini.
Siasatan awal polis membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Tekong bot seludup pendatang ditahan

Tekong bot dan empat pendatang tanpa izin yang ditahan APMM di Tanjung Ayam, Pengerang.Tekong bot dan empat pendatang tanpa izin yang ditahan APMM di Tanjung Ayam, Pengerang. Johor Bahru: Cubaan seorang tekong bot mendapatkan ganjaran lumayan, RM150 bagi setiap pendatang tanpa izin, yang diseludup ke negara ini gagal apabila kegiatannya ditumpas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, taktik tekong menyeludup empat warga asing pada awal pagi tidak berhasil apabila dikesan APMM berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang, dekat Kota Tinggi sebelum mengejarnya hampir 25 minit dan menahan tekong berusia 48 tahun bersama empat lelaki berusia 18 hingga 41 tahun yang diseludupnya.

Bot laju APMM kejar


Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Rozali Md Said, berkata bot laju APMM bersama empat anggota yang melakukan rondaan rutin mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum mengejarnya.


Bot gentian kaca

“Mulanya, bot gentian kaca dari perairan negara jiran itu cuba menyusup ke negara ini pada kelajuan rendah tetapi sejurus menyedari bot APMM menghampirinya, tekong itu memecut dan enggan berhenti.

“APMM terpaksa mengejar bot itu hampir 25 minit sebelum tekong bot terbabit mengalah dan pemeriksaan lanjut kemudian menemui empat lelaki warga Indonesia sedang berbaring dalam bot terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Rozali berkata, siasatan awal mendapati semua pendatang tanpa izin itu dan tekong berkenaan dalam perjalanan dari Batam, Indonesia ke Sungai Rengit dekat sini untuk bekerja di negara ini.


RM1,000 bayar pada ejen

Katanya, tekong bot mengaku menerima upah RM150 untuk satu perjalanan, malah sebelum ini sudah lima kali membawa keluar pendatang tanpa izin secara haram dan kali pertama ditugaskan membawa mereka masuk ke negara ini.

“Kempat-empat pendatang tanpa izin itu pula dikatakan dikenakan bayaran sehingga RM1,000 setiap seorang kepada ejen bagi menguruskan kemasukan mereka ke negara ini untuk bekerja,” katanya.

Razali berkata, tekong dan empat pendatang tanpa izin itu dibawa ke pejabat APMM Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) dan Seksyen 52 Akta Imirgresen 1959/63 (Akta 155).

9 samseng jalanan ditahan

Lima motosikal yang disita  dalam operasi pencegahan kesalahan lalu lintas oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman di Kuantan, semalam.Lima motosikal yang disita dalam operasi pencegahan kesalahan lalu lintas oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman di Kuantan, semalam. Kuantan: Kebiadapan samseng jalanan melakukan aksi berbahaya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini awal pagi semalam, mengundang padah apabila sembilan daripadanya ditahan.

Kumpulan itu asyik mempamer pelbagai aksi sambil menunggang motosikal tanpa menyedari sepasukan pegawai dan anggota polis mengepung lokasi berkenaan.
Antara yang ditahan ialah remaja 15 tahun dan sepasang kekasih berusia 16 dan 17 tahun dalam operasi dijalankan Unit Khas Trafik Bukit Aman selama empat jam, bermula jam 1 pagi.



Laporan orang awam

Jurucakap unit berkenaan berkata, operasi dilakukan selepas mendapat laporan dan rungutan orang awam mengenai tindakan kumpulan terbabit yang mengganggu ketenteraman awam.

“Kegiatan samseng jalan di daerah ini dikesan semakin serius, terutama malam hujung minggu dan cuti umum.

“Masalah ini memerlukan pemantauan berterusan dan kita harap orang awam terus memberi maklumat,” katanya.
Daripada sembilan yang ditahan, katanya, empat disahkan positif dadah selepas ujian air kencing.

Beliau berkata, mereka terbabit diserahkan kepada bahagian siasatan narkotik untuk tindakan lanjut manakala lima motosikal dan dua kereta yang diubahsuai melebihi spesifikasi dibenarkan turut disita.

Pengguna jalan raya bimbang tanah runtuh




KEADAAN jalan yang rosak akibat tanah runtuh di Mersing semalam.


MERSING – Hujan lebat dan banjir yang melanda daerah ini sejak seminggu lalu menyebabkan jalan utama di kilometer 148, Jalan Mersing-Endau mengalami kerosakan teruk akibat tanah runtuh.
Berikutan kejadian itu, jalan tersebut mengalami kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak ketika orang ramai keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang.
Seorang pengguna yang juga seorang pemandu lori, Affandi Saat, 54, memberitahu, disebabkan tiada usaha pembaikan berkesan dilakukan terhadap kerosakan itu, dia mengalami masalah menghantar barangan.
“Sekarang susah betul untuk menghantar bekalan sayur-sayuran kepada peniaga kerana saya tiada pilihan lain terpaksa melalui jalan ini.
“Pemandu juga terpaksa lebih berhati-hati kerana satu lorong sahaja dibuka.
“Keadaan menjadi bertambah parah pada waktu malam kerana kawasan itu gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kebimbangan yang sama turut diluahkan oleh seorang lagi pengguna, Sabrina Mohd. Ali, 28.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2JDpm8ySY 
Hakcipta terpelihara 

Pemain tengah Felda United parah



AHMAD FAUZI menunjukkan tangan kanannya yang patah selepas terlibat dalam kemalangan.


HULU SELANGOR - Seorang pemain bola sepak pasukan Felda United, Ahmad Fauzi Saari parah manakala rakannya maut selepas kereta jenis BMW yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan di kilometer 407.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara di sini semalam.
Ahmad Fauzi, 30, mengalami kecederaan di badan selain tangan kanannya patah manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu.
Orang awam yang melalui tempat kejadian sempat menarik kedua-duanya keluar sebelum kereta itu terbakar dan rentung.
Ahmad Fauzi merupakan bekas pemain bola sepak Kedah dan Johor sebelum berhijrah ke Felda United untuk bermain di posisi tengah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kejadian berlaku apabila kereta BMW dipandu Muhammad Khairul Adnan itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh penghadang jalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2JDpXJ4hl 
Hakcipta terpelihara 

Berani lumba depan IPD

SEBAHAGIAN aksi pelesit rempit yang menunggang secara berbahaya di depan IPD Kuantan malam semalam.


KUANTAN - Tindakan biadab sekumpulan pelesit rempit yang menunggang sambil melakukan aksi berbahaya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini memakan diri apabila sembilan daripadanya diberkas semalam.
Pelesit rempit berusia antara 15 hingga 17 tahun tersebut diberkas dalam operasi selama empat jam bermula pukul 1 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Khas Ketua Trafik Bukit Aman.
Difahamkan, golongan itu sengaja merempit di depan IPD berkenaan seolah-olah hendak mencabar pasukan keselamatan tersebut.
Antara yang diberkas ialah sepasang remaja yang baru beberapa jam berkenalan dan seorang remaja berusia 15 tahun. Selain memandu laju, mereka juga melakukan aksi mengangkat tayar depan atau wheelie.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2JDpBzQ9g 
Hakcipta terpelihara 

Buaya tembaga 300kg ditangkap




SEEKOR buaya tembaga yang berjaya ditangkap menggunakan sangkar khas di Sungai Teruntum berhampiran Jalan Telaga Air, Kuching semalam.


KUCHING - Seekor buaya tembaga sepanjang 5 meter yang dipercayai telah membaham anjing peliharaan seorang tukang kebun di rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng ditangkap di Kampung Selang, Jalan Telaga Air di sini semalam.
Sang bedal seberat hampir 300 kilogram yang mendapat jolokan Bujang Teruntum itu ditangkap selepas pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menjalankan operasi memburu serta memasang sangkar khas sejak seminggu lalu di Sungai Teruntum di sini.
Buaya yang dinamakan sempena sungai yang menjadi habitatnya itu disedari terperangkap selepas memakan umpan ayam yang diletakkan di dalam sangkar sepanjang 5 meter dan lebar kira-kira 1 meter.
Menurut seorang tukang kebun di kediaman itu, Johari Resal, 63, dia meninjau ke tempat sangkar tersebut dipasang kira-kira pukul 7 pagi semalam dan mendapati seekor buaya berada di dalamnya.
"Sangkar itu juga mengalami sedikit kerosakan dipercayai dirempuh oleh buaya tersebut yang cuba melepaskan diri. Di bahagian kepala buaya juga terdapat kesan luka," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2JDoTsYcn 
Hakcipta terpelihara 

Polis siasat unsur dera

WILLIAM


Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN



KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat sama ada terdapat unsur dera terhadap William Yau Zhen Zhong, 6, yang mayatnya dipercayai ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang Khamis lalu selepas dia dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya pada 16 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya akan memanggil semula ibu bapa William, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, untuk memberi keterangan selepas pihaknya ada menerima maklumat yang mendakwa mangsa pernah didera sebelum hilang.
“Bagaimanapun, ia akan dilakukan selepas kita menerima keputusan penuh bedah siasat dan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ke atas mayat kanak-kanak yang dipercayai William itu.
“Setakat ini, pasangan itu belum dipanggil lagi untuk diambil keterangan berhubung dakwaan dera ke atas kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2JDoBQOUy 
Hakcipta terpelihara 

Irwansyah, isteri antara ditahan berpesta dadah



IRWANSYAH dan Zaskia ketika hari perkahwinan mereka pada 15 Januari 2011.


JAKARTA - Artis popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 yang lain ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi semalam.
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN, Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam.
Irwansyah popular di Malaysia menerusi lagu Pecinta Wanita dan My Hearts serta sinetron Andai Ku Tahu dan Upik Abu dan Laura.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2JDntYySa 
Hakcipta terpelihara