Search This Blog

Sunday, January 27, 2013

Lima PATI Indonesia gagal seludup masuk

 Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU 27 Jan. - Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong warga Indonesia gagal menyeludup masuk ke negara ini selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang hari ini.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Rozali Md. Said berkata, kejadian berlaku pukul 3.05 pagi ketika bot laju pasukan itu yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar kawasan berkenaan mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan.
“Bot pancung yang datang dari arah perairan negara jiran itu bertindak memecut laju apabila dihampiri bot peronda kami.
“Bagaimanapun, selepas 25 minit dikejar tekong bot pancung itu mengalah lalu berhenti dan pemeriksaan lanjut menemui empat lelaki warga Indonesia berusia antara 18 hingga 41 tahun dalam bot itu," katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130127/je_10/Lima-PATI-Indonesia-gagal-seludup-masuk#ixzz2JAgvTnnG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

50 PATI ditahan dalam serbuan

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
TELOK KEMANG 27 Jan. - Sebanyak 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk empat kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam serbuan di beberapa kawasan pembinaan di sini dan Seremban awal pagi ini.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P) yang bermula kira-kira pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi itu disertai sebanyak 38 anggota dan pegawai Imigresen dari Seremban dan Port Dickson.
Katanya, serbuan disasarkan di beberapa rumah kongsi di tapak pembinaan di Port Dickson, Lukut dan Sendayan yang disyaki menjadi tempat tinggal warga asing.
“Dalam serbuan ini sebanyak 284 orang warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu 50 orang termasuk empat kanak-kanak telah ditahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki, 13 wanita dan empat orang kanak-kanak semuanya warga Indonesia serta dua lelaki warga Bangladesh," katanya di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130127/je_11/50-PATI-ditahan-dalam-serbuan#ixzz2JAhDxK9L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penagih wanita cederakan bapa

Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai mencederakan ayahnya kerana gagal memperolehi wang bagi membeli dadah di Taman Tunku, Miri, Sarawak, semalam.
MIRI 26 Jan. - Gara-gara ketagihan, seorang wanita sanggup mencederakan bapa kandungnya sendiri selepas dia enggan memberi wang kepada anaknya untuk membeli dadah di Taman Tunku di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu ketika mangsa yang berusia lingkungan 40-an berada di rumah bersama isterinya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kok Keong berkata, mangsa dikatakan enggan memberi wang kepada anaknya walaupun telah diminta beberapa kali.
Beliau berkata, wanita yang berusia 27 tahun itu dikatakan marah dan bertindak memukul bapanya.
"Kejadian itu disedari isteri mangsa yang kemudian melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Pusat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, sejurus selepas menerima laporan tersebut, polis melancarkan gerakan dan menahan wanita terbabit untuk membantu siasatan.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130127/wb_01/Penagih-wanita-cederakan-bapa#ixzz2JAjBYpT1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SK Kelangsat Sipitang musnah dalam kebakaran



KOTA KINABALU - Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Kelangsat, di Jalan Tenom-Sipitang, kira-kira 55 kilometer dari pekan Sipitang dekat sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.
 
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K.Ramin berkata kebakaran itu melibatkan bangunan yang menempatkan pejabat guru besar dan guru, pantri serta pusat sumber sekolah.
 
Beliau berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.23 pagi dan sepasukan anggota dengan dua jentera tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.
 
"Ketika pasukan bomba tiba, kebakaran yang melibatkan sebuah bangunan sekolah telah terbakar 100 peratus," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
Mohd Affendi berkata pihaknya turut mengalami kesukaran mendapat maklumat berhubung kejadian itu berikutan tiada liputan komunikasi di lokasi terbabit.
 
Katanya operasi memadam kebakaran tamat pada 6.22 petang ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.  - Bernama

Pembantu rumah ditemui mati tergantung



JOHOR BAHRU – Seorang pembantu rumah ditemui mati tergantung oleh majikannya di Taman Puteri Wangsa, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditemui majikannya tergantung di jeriji tingkap bilik air selepas curiga panggilan tidak berjawab.

“Mangsa pada mulanya dilihat memasuki bilik air pada jam 11 pagi dan menimbulkan curiga apabila panggilan yang dibuat ibu majikannya tidak bersahut.

“Sebaik membuka pintu bilik air berkenaan, majikannya terkejut mendapati mangsa dalam keadaan tergantung di jeriji tingkap bilik air berkenaan,” katanya.

Zainuddin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan akan dihantar pulang ke Indonesia dalam masa terdekat.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu tidak mempunyai unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kumpulan kongsi gelap tumpas



Kumpulan kongsi gelap tumpas
Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
Kumpulan kongsi gelap tumpas
Faizal (kanan) menunjukkan barangan rampasan termasuk pedang samurai.
Kumpulan kongsi gelap tumpas
Pil khayal inilah yang cuba dibuang oleh suspek tetapi gagal.
Kumpulan kongsi gelap tumpas
Pemetik api yang menyamai pistol dan gari turut dirampas.
Kumpulan kongsi gelap tumpas
Kereta wira ini dipercayai merupakan kenderaan curi.
KULIM - Polis dari Cawangan Task Force, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD) diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad berjaya menahan sindiket mencuri kereta, pengedaran dadah, kegiatan ah long dan kumpulan kongsi gelap yang aktif di kawasan Taman Selasih semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, Task Force telah mengekori kumpulan itu sejak tiga bulan lalu sebelum membuat serbuan.

Menurutnya, polis membuat serbuan kira-kira jam 2 petang dan kesemua ahli kumpulan itu didapati berada dalam rumah.

Ketika serbuan dijalankan, dua suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang bagaimanapun mereka berjaya ditahan.

"Dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui pelbagai senjata tajam seperti pedang samurai selain pencucuh api rokok yang menyerupai pistol asal dan dua gari. Selain itu beberapa kad pengenalan wanita turut ditemui di dalam rumah itu. Polis percaya ia di miliki mangsa ragut atau samun.

“Polis menemui ratusan pil khayal di dalam bilik, serbuk putih dipercayai dadah, ketulan kristal dipercayai syabu dan kepingan daun kering dipercayai ganja. Kesemua barangan ini ditemui dibungkus dalam beberapa plastik lut sinar. Polis turut menemui lebih enam peralatan menghisap dadah yang diperbuat dari kaca.

"Ketika serbuan dibuat salah seorang suspek cuba membuang pil khayal ke dalam lubang tandas bagaimanapun tindakannya itu berjaya dihalang polis," katanya.

Ghuzlan berkata,  tiga lelaki berusia 30-an berjaya ditahan. Pihaknya juga mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau dan dikehendaki polis.

Selain menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kulim, kumpulan itu turut terlibat dalam kegiatan mencuri kereta.

"Dengan tertangkapnya kumpulan ini, polis dapat menyelesaikan lebih sembilan kes curi kereta di mana kereta proton wira berwarna kuning yang berada di luar rumah juga didapati kereta curi.

"Ia sudah diubah suai dan nombor casis telah dipadamkan. Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk sisatan lanjut," katanya.

Lemas selepas jatuh feri



Lemas selepas jatuh feri
Anggota penyelamat memeriksa mayat yang ditemui lemas di Batu 8, Jalan Maharajalela, Hutan Melintang, dekat sini, Jumaat lalu.
IPOH - Seorang warga Indonesia lemas selepas tergelincir dari sebuah feri tempat dia bekerja dalam satu kejadian di Batu 8, Jalan Maharajalela, Hutan Melintang, dekat sini, Jumaat lalu.

Mangsa, Wawan Irwansyah, 23, berjaya ditemui orang awam pada jam 9.56 pagi semalam lebih kurang satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh tengah hari kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rahmad Nazlan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lebih kurang jam 12.28 tengah hari.

Menurutnya, selepas menerima panggilan beliau bersama empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Kira-kira jam 2.20 petang, kami memulakan operasi mencari dan menyelamat menggunakan sebuah bot untuk mengesan mangsa.

“Sepanjang operasi dijalankan terdapat sedikit kesukaran memandangkan keadaan hujan lebat,” katanya.

Katanya, selepas lebih 20 jam operasi dijalankan, mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terapung di tebing Sungai Bernam yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada bomba.

“Operasi dihentikan kira-kira jam 11 pagi sejurus selepas mangsa ditemui,” katanya ketika dhubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

Tindakan pantas selamat nyawa



Tindakan pantas selamat nyawa
Sebuah kenderaan terbalik di atas Jambatan Banting, semalam.
BANTING - Tindakan pantas orang awam memberi isyarat kemalangan kepada pemandu kenderaan lain yang melalui laluan Banting ke Klang sebaik menyedari sebuah kenderaan terbalik di Jambatan Banting, menyelamatkan nyawa seorang pemandu.

Pengguna, Khairuddin Ali, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, kereta dinaiki seorang lelaki dianggarkan berusia awal 30-an dari Klang menghala ke Banting, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik sejauh beberapa meter.

Menurutnya, mangsa kemudian dikatakan keluar dari kenderaannya kerana khuatir dirempuh kenderaan lain.

“Berikutan kejadian itu, anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamat mangsa.

“Kejadian nyaris meragut nyawa mangsa itu menyebabkan jalan sesak hampir dua jam, namun trafik kembali lancar tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu, orang awam di lokasi kemalangan turut membantu mengalihkan kenderaan mangsa ke tepi jalan untuk memudahkan aliran trafik.

Mangsa yang masih terkejut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian dan kesesakan kembali normal selepas kenderaan mangsa dialihkan.

Waris tampil cam mayat



Waris tampil cam mayat
Keratan akhbar Sinar Harian 20 Januari lalu yang melaporkan mengenai penemuan mayat reput di bawah jejantas Berjaya Hill Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur.
BENTONG - Polis menjalankan pelbagai usaha bagi mengesan waris mayat lelaki reput yang ditemui di bawah jejantas Berjaya Hill Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, 18 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, selepas hebahan dibuat termasuk menerusi bantuan media, waris yang mempunyai anggota keluarga hilang tampil membuat pengecaman di hospital.

Bagaimanapun katanya, pengecaman tidak dapat dibuat secara terus memandangkan mayat dalam keadaan reput dan sukar dikenal pasti.

“Susulan itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh dipadankan dengan waris dijalankan.

“Keputusan yang diperoleh itu nanti akan menentukan sama ada mayat ditemui merupakan ahli keluarga kepada mereka yang tampil atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas program Community Policing di Rumah Rehat Bentong, dekat sini.

Mohamad Mansor berkata, siasatan juga giat dijalankan bagi mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Dalam kejadian 18 Januari lalu, mayat lelaki reput ditemui seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan itu kira-kira jam 3.30 petang.

Mayat ditemui dalam keadaan dibungkus menggunakan kain cadar dan bahagian kepala diikat dengan plastik hitam, dipercayai dicampak dari jejambat Berjaya Hills ke bawah.

Manakala terdapat anggota badan yang tiada iaitu bahagian kedua pergelangan kaki ke peha dipercayai digigit haiwan.

Terkejut diisytihar muflis



Terkejut diisytihar muflis
Tin Hwa (tengah),Ben (kanan) dan peguam, Mak Kah Keong menunjukkan dokumen berkaitan kes tersebut.
AMPANG - Seorang lelaki terkejut apabila diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu walaupun hutang pinjaman sebelum ini dilunaskannya.

Mangsa, Siow Tin Hwa berkata, sebelum ini dia mengalami kesukaran membayar pinjaman perumahan pada 2007 dan disaman bankrap namun berjaya melunaskan hutang tersebut pada bank sekitar 2008.

Bagaimanapun menurutnya, dia terkejut apabila mendapati dirinya muflis ketika hendak membuat pinjaman bank dan memperbaharui pasport baru-baru ini.

“Lebih teruk lagi, saya didapati berhutang dengan Jabatan Insolvensi apabila dikenakan yuran caj kos pentadbiran RM2,300 sekiranya mahu membatalkan status muflis.

"Saya tidak tahu menahu tentang perkara ini dan situasi ini sememangnya mengejutkan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Penyelas Dun Teratai, baru-baru ini.

Tin Hwa berkata, dia tidak pernah menerima surat notis atau mahkamah yang memaklumkan dirinya muflis kerana berpindah ke rumah lain.

"Sekiranya saya muflis sebelum ini, mengapa akaun bank tidak dibekukan, malah ia masih boleh digunakan selain pernah membuat pasport pada 2008 untuk ke Singapura.

"Perkara ini benar-benar membuatkan saya malu untuk berhadapan orang ramai dan sekarang tidak boleh ke luar negara lagi kerana diisytiharkan muflis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Dun Teratai, Ben Liew berkata, mangsa membayar keseluruhan hutangnya pada bank tetapi pada masa itu, dia tidak mengetahui dirinya muflis.

"Bank sepatutnya tidak boleh menerima duit daripada mangsa.

"Pada masa sama, bank seharusnya memaklumkan kepada Jabatan Insolvensi bahawa pelanggannya menjelaskan hutang pinjaman," katanya.

Dalam kes ini, menurutnya, walaupun hutang dijelaskan, mangsa perlu membuat permohonan pelepasan muflis melalui mahkamah dan pada masa sama perlu membuat rayuan mengurangkan caj kos pentadbiran yang terlalu tinggi.

“Tidak adil bagi mangsa membayar kos tersebut kerana dia telah pun menjelaskan hutang pinjaman tetapi pada masa yang sama tidak mengetahui dirinya muflis sejak 2007,” katanya.

Lelaki ditahan selepas dua jam



Lelaki ditahan selepas dua jam
Polis melihat kereta dinaiki suspek yang ditahan remuk selepas terbabas di tepi jalan Tenggayun,
PONTIAN - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke  tanah juga.

begitulah nasib seorang lelaki yang ditahan polis selepas dua jam melakukan rompakan bersenjata bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas di sebuah kedai peralatan sembahyang di Jalan Johor Bahru-Pontian, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, dua lelaki dipercayai rakyat tempatan itu memasuki kedai terbabit sebelum bertindak cuba mencederakan pemilik premis menggunakan parang dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu.

“Ketika kejadian, pemilik kedai bersama dua anaknya, tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian,  di sini, semalam.

Menurutnya, nombor pendaftaran kereta jenis Proton Wira dinaiki lelaki terlibat yang cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan berjaya dikenal pasti pemilik kedai berkenaan.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian tersebut, segera bertindak memburu dua lelaki terbabit dan melakukan sekatan jalan raya terutamanya di kawasan Jalan Pontian-Johor Bahru.

Jelasnya, bagaimana pun, pasukan peronda polis hanya berjaya mengesan seorang lelaki sahaja di Rimba Terjun, di sini, pada jam 1.15 pagi semalam.

“Lelaki tersebut yang menyedari keretanya diekori peronda polis bertindak memecut sehingga beberapa kilometer sebelum terbabas di tepi jalan Tenggayun, di sini. Dia yang cedera di tangan dan tengkuk dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.

“Sebuah beg pemilik kedai yang berisi kad ATM, lesen, pasport, buku cek, kad kredit, dan cincin, ditemui di dalam kereta tersebut dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati kereta itu kenderaan yang dicuri di Taman Perling, Johor Bahru, beberapa bulan lalu,” katanya.

Jokhiri berkata, polis kini sedang giat memburu seorang lagi rakan lelaki tersebut yang masih bebas.

Menurutnya, lelaki yang ditangkap itu direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak.

“Polis percaya dengan tertangkap penjenayah ini, beberapa kes samun bersenjata parang dilaporkan di daerah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Penyamun kantoi



Penyamun kantoi
Jaafar (tengah) menunjukkan barang yang ditemui bersama suspek.
MANJUNG - Tindakan cepat seorang wanita berusia 27 tahun yang melaporkan kejadian samun di sebuah kawasan perumahan di Ayer Tawar di sini, menyebabkan seorang suspek berjaya ditangkap dalam masa setengah jam selepas laporan dibuat, manakala seorang lagi suspek masih dikesan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, polis segera membuat pemantauan di kawasan rancangan perumahan awam berkenaan.

Menurutnya, ketika rondaan anggota terlibat dapat mengesan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan dan mengekori mereka yang menuju ke ladang sawit.

“Anggota polis cuba menahan dua lelaki terbabit, namun berlaku pergelutan antara mereka dan hanya seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditangkap, manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui sebilah parang, telefon bimbit, beg, wang tunai dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan suspek ketika samun,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Rabu lalu, seorang wanita warga Vietnam mengalami detik cemas apabila didatangi dua lelaki bersenjatakan parang di kedai makan tempatnya bekerja dan melarikan beberapa barang berharga miliknya sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Jaafar berkata, siasatan mendapati, suspek yang ditangkap itu mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes menyamar sebagai polis dan menyamun.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan kini suspek direman selama enam hari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan itu menunjukkan masyarakat juga memainkan peranan melaporkan segera kepada polis tentang kejadian jenayah yang berlaku.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang terus menyalurkan maklumat mereka kepada kami,” katanya.

RM190,000 lesap



RM190,000 lesap
Anggota forensik membuat pemeriksaan pada mesin deposit wang yang dipecah penjenayah.
SHAH ALAM -  Sekumpulan penyamun melarikan wang kira-kira RM190,000 daripada sebuah mesin deposit tunai di sebuah stesen minyak, Seksyen 28, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kejadian dipercayai dilakukan pada awal pagi itu hanya disedari kakitangan stesen minyak kira-kira jam 7.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

"Kumpulan penjenayah itu dipercayai menggunakan alat memotong mesin "oxcytelene' atau peralatan kimpalan untuk memecahkan sebuah mesin deposit tunai, manakala tiga mesin pengeluaran tunai (ATM) terdapat kesan cubaan dipecahkan, namun gagal," katanya.
Menurutnya, beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin ATM di dalam stesen minyak itu disembur dengan cat berwarna merah bagi mengelak aktiviti jenayah mereka dirakam.

"Penjenayah memasuki stesen minyak berkenaan dengan memecah masuk pintu belakang. Kami akan meneliti CCTV di lokasi kejadian untuk mengenal pasti kumpulan terbabit," katanya.
Beliau berkata, stesen minyak itu dipercayai beroperasi pada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

"Kami tidak menolak kemungkinan penjenayah tersebut telah mengenal pasti dan melakukan pemerhatian di stesen minyak berkenaan sebelum kejadian," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kereta api tergelincir dekat Kempas, 6 cedera



SENAI - Kira-kira 200 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Singapura berhadapan detik cemas apabila kereta api dinaiki mereka tergelincir ketika berada di antara stesen Kulaijaya dan Kempas Baru di sini, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 728.35, kira-kira jam 3.30 petang tadi apabila empat daripada 10 gerabak kereta api yang berlepas dari stesen KL Sentral.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku berhampiran laluan kereta api berdekatan Taman Impian Emas di sini.

Pihak polis sedang menunggu laporan KTMB.

“Buat masa ini kita sedang menunggu laporan dari ibu pejabat KTMB bagi menyiasat punca sebenar kejadian.

“Manakala kesemua mangsa yang tercedera hanya mengalami luka ringan dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Sementara itu, Pengurus Unit Pemasaran Strategik Perkhidmatan Bandar KTMB, Mohd Nordin Kimi berkata, kejadian itu menyebabkan enam penumpang termasuk seorang kru mengalami kecederaan manakala penumpang yang terselamat diminta menaiki kereta api lain bagi meneruskan perjalanan.

“Ketika kejadian, terdapat kira-kira 200 penumpang dalam gerabak dan pihak KTMB masih menyiasat punca sebenar kejadian berlaku,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kejadian itu turut menyebabkan perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan Singapura ke Kelantan yang dijadualkan bertolak pada malam semalam terpaksa dibatalkan.

“Penumpang yang telah membeli tiket bagi dua perjalanan berkenaan bertarikh 26 Januari (hari ini) boleh mendapatkan bayaran balik atau menundanya ke tarikh lain,” katanya.

Tiga kali gagal larikan kenderaan curi, suspek tumpang bas ekspres



KUANTAN - Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah bas ekspres ke Kelantan selepas tiga kali gagal melarikan kenderaan yang dicurinya.
 
Dalam kejadian 3 petang semalam, suspek dipercayai meminta jasa baik seorang pemandu bas ekspres yang berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Merapoh untuk menumpangkannya.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintenden Abdul Razak Hassan berkata suspek yang dipercayai berusia 20-an itu bertindak meninggalkan sebuah pacuan empat roda di R&R tersebut selepas mengetahui dirinya diburu polis.
 
"Sebelum itu, pihak polis bertindak mengejar suspek yang melarikan pacuan empat roda milik seorang lelaki berusia 52 yang dicuri di depan rumah mangsa di Bandar Baharu Lipis pada kira-kira 1.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Beliau berkata sebelum itu, suspek bertindak meninggalkan sebuah Proton Waja yang dipercayai dicuri pada 13 Jan lepas di Gohtong Jaya, Genting Highlands berikutan kereta tersebut kehabisan minyak.

"Sebelum itu, suspek juga cuba mencuri kereta Proton Perdana milik seorang pemilik kedai elektronik di Bandar Lipis.
 
"Bagaimanapun, pemilik kereta itu menyedari suspek sedang mengumpil pintu keretanya, dan selepas disergah, suspek bertindak melarikan diri dengan Proton Waja berkenaan," katanya.
 
Pemilik kedai itu kemudian melaporkan kejadian tersebut dan polis kemudian melancarkan gerakan memburu suspek.
 
Suspek dipercayai turun di Tanah Merah, Kelantan.
 
"Pihak polis masih memburu suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan," katanya.  - Bernama

Banduan rusuh 50 maut di Venezuela



BARQUISIMETO - Sekurang-kurangnya 50 telah terbunuh dalam satu rusuhan penjara di sebelah barat wilayah ini semalam.

Menurut seorang kakitangan hospital, rusuhan itu tercetus apabila media tempatan menyiarkan berita Pegawai Kanan Penjara, Iris Varela yang berkata, tentera telah dihantar ke Penjara Uribana di Barquisimeto untuk mengesan senjata.

Pengarah hospital Ruy Medina memberitahu agensi berita AFP bahawa kira-kira 90 orang cedera, kebanyakannya akibat luka kerana tembakan.

Kematian membabitkan tahanan, pengawal dan pekerja penjara.

Penyelaras organisasi bukan kerajaan, Carlos Nieto Palma yang mempertahankan tahahan Venezuela memberitahu BBC, angka kematian boleh meningkat.

"Apa yang sepatutnya menjadi satu prosedur biasa dalam mana-mana penjara berakhir dengan pertembungan antara tentera Pengawal Kebangsaan [tentera] dan penghuni," ujarnya.

Menurut beliau, organisasinya telah mengklasifikasikan  Penjara Uribana sebagai yang paling berbahaya di negara itu, berdasarkan bilangan insiden ganas yang direkodkan di sana.

Penjara Venezuela rosak akibat kesesakan dan percambahan senjata dan dadah.

Fauzi, pemain Felda parah rakannya maut



Fauzi, pemain Felda parah rakannya maut
Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Shahrul Nizam
Fauzi, pemain Felda parah rakannya maut
Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Shahrul Nizam
Ahmad Fauzi
Ahmad Fauzi - Foto ihsan FB Ahmad Fauzi
KUALA KUBU BHARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.

Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.
"Kereta yang dipandu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui selekoh ke kanan. Ia kemudian merempuh penghadang jalan (lebuh raya) sebelum terbakar di bahu jalan (lebuh raya) dan mangsa Fauzi cedera patah tangan kanan.

"Manakala pemandu kereta yang dikenali, Khairul Adnan maut di tempat kejadian," katanya.
Jelas Norel Azmi, Ahmad Fauzi dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.

"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, Norel Azmi berkata, butiran pemandu tidak ditemui kerana dipercayai  terbakar bersama kenderaan mangsa.

232 maut kebakaran kelab malam di Brazil



SANTA MARIA: Sekurang-kurangnya 232 orang maut apabila sebuah kelab malam yang dipenuhi pelajar universiti terbakar di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi tadi.

Mereka yang terselamat berkata, mereka lari menyelamatkan diri ketika api marak dalam kelab yang sesak di bandar universiti itu menyebabkan sejumlah besar daripada mereka dipijak dan sesak nafas akibat terhidu asap tebal.
Sementara itu, kira-kira 131 orang mengalami kecederaan dan angka kematian akibat kebakaran berkenaan meningkat ketika anggota bomba mengeluarkan mayat daripada sisa kebakaran kelab "Kiss" dipercayai sesak dengan beratus-ratus pengunjung.

Kejadian itu dipercayai paling buruk dalam lebih sedekad sejak kebakaran di pusat membeli-belah dan disko di tengah bandar Luoyang, China yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban pada 2000.

Seorang mangsa yang terselamat, Michelle Pereira berkata, kebakaran bermula apabila seorang ahli kugiran melambung mercun di udara menyebabkan kebakaran di bahagian siling dan api terus marak di seluruh kelab malam terbabit. - AFP

Lelaki mangsa amukan isteri

Lelaki mangsa amukan isteriSanusi (bukan nama sebenar) kini masih terlantar di hospital dan berkemungkinan keupayaannya untuk bekerja selepas ini mungkin terganggu.
KLANG  – “Sambil menahan sakit, saya menggagahkan diri memandu sendirian ke hospital kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian. Tanpa henti berdoa, saya gagahkan tangan memulas stereng kereta sambil air mata menemani sepanjang perjalanan.”

Demikian luahan seorang suami yang juga bapa kepada lapan anak ketika menceritakan saat dia berusaha mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebaik badannya melecur terkena simbahan air panas dilakukan isterinya sendiri.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Sanusi, 50-an, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam beberapa hari lalu, sejam sebelum dia ke tempat kerja.

“Ketika itu saya berehat di ruang tamu bersama seorang saudara dan anak lelaki. Manakala isteri pula solat Isyak di sebuah bilik. Sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba saya disimbah isteri dengan air panas.

"Dalam kesakitan saya cuba mengelak, bagaimanapun isteri terus-terusan menyimbah air panas tanpa simpati. Kemudian, dia berlari keluar dari rumah dan saya mengejarnya kerana terkejut dengan tindakannya itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia berpatah balik kerana terlalu sakit lalu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, sebaik tiba, dia dipapah kakitangan hospital untuk keluar daripada kenderaan dan hanya sedarkan diri tatkala terbaring dalam keadaan separuh badan berbalut kain putih.

“Anak dan saudara saya turut terkejut. Namun berkat bantuan ALLAH SWT, saya akhirnya sampai di hospital beberapa minit kemudian dan sebaik dimasukkan ke unit kecemasan, saya pengsan,” katanya.

Dalam kejadian itu, Sanusi melecur dari paras dada hingga lutut, lebih menyayat hati apabila kemaluannya turut cedera dan peratusan untuk berfungsi adalah rendah.

Bercerita lanjut mengenai punca kejadian, Sanusi berkata, dia dan isteri kerap bertengkar berikutan masalah peribadi serta rumah tangga.

Namun, dia tidak menyangka isterinya sanggup mengambil tindakan sebegitu hingga nyaris meragut nyawanya.

“Walaupun perbuatannya itu dianggap menderhaka, namun demi anak-anak, saya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis. Sebaliknya akan terus berdoa supaya dia kembali ke jalan yang benar.

“Saya masih sayangkan dia, namun sukar menerima perbuatannya itu walaupun kami hidup bersama hampir 40 tahun. Saya yakin ini ujian ALLAH SWT dan berharap ALLAH SWT memudahkan jalan hidup saya sekeluarga selepas ini,” katanya.

2 remaja lemas ketika mandi sungai di Tuaran



TUARAN - Dua lelaki dilapor mati lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Nawai, Kiulu, kira-kira 40 kilometer dari sini hari ini.
 
Mayat Safardi Taumin, 21, dan Ahmad Aimurrahim Paidi, 19, dijumpai penduduk kampung kira-kira pukul 10.25 pagi tadi.
 
Difahamkan kedua-duanya dari Kampung Kebayau, Telipok mandi di sungai itu kira-kira pukul 9 pagi.
 
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah. Mohd Affendy K. Ramin berkata bomba sukarela dan polis turut dihantar ke tampat kejadian. - Bernama

12 jam tergantung cari kambing


pix_topright: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.


“Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.

Foto
Gembala kambing yang tergantung pada akar kayu di tebing bukit.
Foto
“Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil,” katanya.

54 banduan korban rusuhan di penjara



Caracas: Media Venezuela semalam melaporkan, puluhan banduan terbunuh dalam rusuhan di penjara.

Sehubungan itu, Naib Presiden Nicolas Maduro berkata, kerajaan sudah mula melancarkan siasatan terhadap kejadian yang disifatkannya sebagai peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau dan pegawai lain tidak menyebut jumlah kematian dalam rusuhan di Penjara Uribana di tengah bandar raya Barquisimeto itu.


Bagaimanapun, akhbar Ultimas Noticias melaporkan dalam laman webnya, 54 banduan mati. Rangkaian televisyen Globovision pula melaporkan seramai 50 orang terbunuh. Kedua-dua media memetik kenyataan Ruy Medina, Pengarah Hospital Pusat di bandar raya itu. Medina, dalam kenyataannya juga berkata, puluhan banduan turut cedera.

Menteri Perkhidmatan Penjara, Iris Barela berkata, rusuhan meletus apabila sekumpulan banduan menyerang anggota Pengawal Kebangsaan yang cuba melakukan pemeriksaan.


Katanya, pihak berkuasa akan menanti sehingga keadaan terkawal untuk menentukan jumlah korban sebenar. Kerajaan mengambil keputusan menghantar tentera untuk memeriksa penjara itu selepas menerima laporan mengenai pergaduhan dua kumpulan banduan sejak dua hari lalu.


Pemimpin pembangkang, Henrique Capriles mengecam cara kerajaan menguruskan kesesakan dan keganasan di penjara negara itu.

“Penjara negara kita adalah contoh ketidakmampuan kerajaan dan pemimpinnya. Mereka tidak pernah dapat menyelesaikan masalah itu. Berapa banyak lagi kematian di penjara perlu berlaku sebelum kerajaan mengaku kegagalannya dan membuat perubahan?” kata Capriles dalam Twitternya.


Venezuela terkenal kerana keadaan teruk di penjaranya. Kesesakan di penjara negara itu adalah antara yang paling buruk di Amerika Latin.

Terdapat kira-kira 50,000 banduan ditahan dipenjara yang dibina untuk memuatkan 14,000 orang. - AFP

Sembur cat sebelum samun



Shah Alam: Samun terancang. Itu yang berlaku dalam kejadian samun sebuah mesin deposit tunai (CDM) di stesen minyak di Seksyen 28, di sini, semalam, sehingga mengakibatkan wang tunai yang dianggarkan RM190,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, suspek yang dipercayai lebih daripada seorang itu melakukan persediaan rapi apabila menyembur cat pada semua kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu sebelum memecah masuk.


  Katanya, polis menerima laporan pada jam 7.20 pagi dan suspek dipercayai turut mahu melarikan tiga mesin juruwang automatik (ATM) yang berada di dalam stesen minyak berkenaan, namun gagal berbuat demikian.

“Kita percaya mereka melakukan tinjauan di stesen minyak ini beberapa kali sebelum menyamun dan menyasarkan tiga mesin ATM dan sebuah mesin CDM.


 “Namun hasil siasatan awal mendapati mereka hanya berjaya melarikan wang di sebuah mesin CDM dan kami mendapati semua CCTV yang ada di stesen ini disembur dengan cat,” katanya di sini, semalam.


  Zahedi berkata, suspek tidak membawa senjata dan masuk ke dalam premis berkenaan melalui pintu belakang selepas memotong mangga.

  Katanya, stesen itu beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam dan kejadian itu disedari pekerja yang tiba di stesen untuk memulakan kerja.


  Menurutnya, kes disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Duka Tahun Baru Cina



Port Dickson: “Menyedihkan kerana kejadian ini berlaku beberapa minggu sebelum Tahun Baru Cina,” kata Koh Eng Hong, 70, bapa mentua kepada Tan Ping Wee, 48, rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh dalam krisis tebusan di Algeria, baru-baru ini.

Menurutnya, menantunya baru bekerja di Algeria enam bulan lalu dan kali terakhir pulang ke tanah air pada Disember tahun lalu.


“Saya kini hanya memikirkan nasib anak, Koh Siow Mun yang bekerja sebagai kerani dan cucu lelaki saya berusia 16 tahun. Kami bercadang mahu menuntut ganti rugi kepada kerajaan Algeria berikutan tidak menjaga keselamatan pekerja asing di negara itu.

“Buat masa ini kami tidak melakukan persediaan untuk upacara pengebumian sehingga mendapat tarikh mayat menantu saya dibawa pulang ke tanah air,’’ katanya.


Sementara itu, isteri mangsa, Siow Mun, 40-an, berkata, dia diberitahu mengenai berita sedih itu oleh Wisma Putra, malam kelmarin.


“Saya sudah diberitahu mengenai berita sedih itu, tetapi saya tidak mahu ditemubual,” katanya.

Dia yang enggan berjumpa media turut meminta semua pihak memahami situasi dihadapinya berikutan banyak urusan perlu diselesaikan, termasuk membawa pulang mayat suaminya ke Port Dickson.


“Saya runsing, tolong jangan ganggu saya,” katanya.

Tinjauan Metro Ahad ke rumah wanita itu di Taman Bukit Samudera, di sini, semalam mendapati kediaman dua tingkat berkenaan sunyi dan hanya beberapa ahli keluarga ada di dalamnya.

Operasi kesan lokasi William jatuh



Subang Jaya: Polis dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor memeriksa kawasan sekitar Kampung Bukit Lanchong, tidak jauh dari Putra Heights, semalam, bagi mengesan lokasi kemungkinan William Yau Zhen Zhong, 6, dipercayai terjatuh.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, operasi dilakukan bagi mencari petunjuk lokasi mangsa dipercayai terjatuh, terutama di longkang besar dan sungai.


“Ini berdasarkan andaian awal serta situasi semasa pada hari Zhen Zhong dilaporkan hilang secara tiba-tiba dari depan sebuah kedai elektrik di Putra Heights pada 16 Januari lalu. Setakat ini polis percaya mangsa terjatuh ke dalam Sungai Klang.

“Berikutan itu, polis dengan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik serta JPS menjalankan operasi khas mencari kawasan sebenar mangsa terjatuh di Kampung Bukit Lanchong tidak jauh dari Putra Heights,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, polis turut berusaha mendapatkan maklumat penduduk kampung sama ada pernah ternampak mangsa berada di kawasan terbabit sepanjang kanak-kanak itu dilaporkan hilang.


Kelmarin, ibu bapa mangsa mengesahkan mayat yang ditemui tersangkut pada bot di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, jam 6.30 petang, Khamis lalu, adalah anak mereka berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam yang dipakai, selain tiga kesan parut pada dahi dan belakang kepala mangsa.

Sarat mengandung edar dadah



Manjung: Keadaan perut yang sarat mengandung bayi sembilan bulan tidak sedikitpun menjadi halangan kepada seorang penjenayah wanita untuk bergiat aktif sebagai pengedar dadah.

Wanita berusia 35 tahun itu yang pernah ditahan polis masih tidak serik apabila terus berkeliaran menghantar dadah serta mencari pelanggan di sekitar kawasan Pantai Remis, di sini.


Sumber polis berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung yang menerima maklumat berhubung aktiviti wanita itu melakukan intipan, jam 11 pagi kelmarin.

Menurutnya, hasil risikan mendapati wanita yang menunggu hari untuk melahirkan bayi itu berkeliaran di tepi jalan, dipercayai untuk menyerahkan dadah kepada pelanggan.


“Anggota polis kemudian menahan wanita terbabit. Hasil pemeriksaan mendapati dia memiliki bungkusan plastik berisi lebih 1.3 gram dadah jenis syabu.


“Wanita terbabit bagaimanapun merayu dan menangis supaya dibebaskan dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah kepada pihak berkuasa,” katanya.

Malah, suspek cuba meraih simpati anggota polis dengan memberitahu akan melahirkan bayi keduanya pada bila-bila masa.


Bagaimanapun, wanita itu tetap ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

“Siasatan mendapati suami wanita itu turut pernah ditahan kerana terbabit menjual dadah dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Polis mendapati wanita ditahan itu memiliki kewarganegaraan Thailand sebelum berkahwin dengan rakyat tempatan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.


Beliau berkata, polis IPD Manjung kini serius menangani dan membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini dengan meningkatkan jumlah serbuan serta operasi.

Tak sangka mimpi haiwan berbisa petanda buruk



Johor Bahru: Seorang suri rumah tidak menyangka mimpi seekor haiwan berbisa menyerupai ular memasuki rumahnya menjadi petanda buruk, apabila rumah diduduki sembilan beranak itu di Jalan Simbang 19, Taman Perling di sini, musnah dalam kebakaran, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, pasangan Abdul Razak Raja Abdullah, 42 dan Sarah Bibi Musa, 39, menanggung kerugian kira-kira RM30,000 selepas dua bilik tidur dan bumbung rumah mereka musnah.


Abdul Razak yang juga kelindan lori berkata, dia terkilan dengan kejadian yang berlaku ketika keluar bekerja.

Menurutnya, pada awal pagi kelmarin, isterinya bermimpi haiwan berbisa menyerupai ular memasuki rumah, namun tidak menyangka ia petanda buruk.


“Ketika kejadian, isteri dan empat anak serta ibu saya berusia 79 tahun berada di rumah. Mujur, tiada orang berada di dalam bilik tidur kerana api bermula dari bilik utama,” katanya.


Pasangan itu memiliki enam anak berusia antara empat hingga 15 tahun dan tinggal di rumah teres kos rendah dua tingkat itu sejak enam tahun lalu.

Abdul Razak berkata, Sarah yang berada di ruang tamu hanya menyedari kebakaran apabila melihat pantulan cahaya di pintu gelongsor cermin rumah jiran hadapannya. Menurutnya, Sarah kemudian menyelamatkan ahli keluarganya dengan membawa mereka keluar sebelum meminta pertolongan jiran menghubungi bomba.


Katanya, beberapa jiran turut berusaha memadam api.

“Tidak disangka hari ini (kelmarin) kami kehilangan tempat tinggal.


“Buat sementara waktu, kami dibenarkan tinggal di dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran rumah,” katanya yang bersyukur semua ahli keluarganya selamat.


Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Omera Omar berkata, 16 anggota dan sebuah jentera menjalankan kerja menyelamat dan memadam kebakaran.


Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan semua mangsa dalam keadaan selamat.


“Anggota kami berjaya mengawal api dalam tempoh 10 minit. Kejadian mengakibatkan 30 peratus daripada harta benda keluarga mangsa musnah,” katanya ketika dihubungi.

Nyaris buta terpercik gam



Alor Gajah: Seorang anggota penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) nyaris buta apabila mata kanannya terkena percikan gam plastik di sebuah kampung di Solok Duku, Masjid Tanah di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.10 petang, Osman Mat Din, 24, yang tidak bertugas ketika itu cuba membaik pulih sebuah peti perkakasan yang rosak dalam sebuah bilik di rumahnya.


Adik mangsa, Mohd Saiful, 21, yang bersiap ke tempat kerja terkejut mendengar jeritan anak kedua daripada lima beradik itu.

Menurut Saiful, mangsa sebelum itu dilihat berada dalam bilik sambil mundar-mandir dan ingin membaiki sebuah peti perkakasan yang rosak.


“Dia memberitahu mahu pergi ke kedai untuk membeli gam plastik bagi membaiki peti berkenaan. Namun, sejurus pulang, saya melihatnya masuk ke bilik seperti mencari sesuatu sebelum terdengar jeritan dan terkejut mendapati dia menggelupur sambil menekup matanya.


“Apabila ditanya, dia memaklumkan gam plastik terpercik ke dalam anak matanya. Saya meminta dia membasuh mata dengan air bagi mengelak gam berkenaan kering,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau yang juga anggota JPAM daerah berkata, akibat terlalu pedih, abangnya menggosok mata kanan menggunakan tangan menyebabkan gam berkenaan kering hingga kelopak matanya bercantum rapat.


“Ketika itu, saya melihat matanya kemerahan dan berair, selain memberitahu pandangan kabur serta kepalanya berdenyut. Saya meniup matanya perlahan bagi mengurangkan kepedihan.

“Bagaimanapun, gam itu tiba-tiba kering dan mengeras hingga kedua-dua kelopak matanya melekat serta sukar dibuka,” katanya.


Kata Saiful, mata mangsa dibalut dengan kain bersih bagi mengelak dijangkiti kuman sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk rawatan lanjut.


Mangsa dirujuk ke Hospital Melaka (HM) dengan menggunakan ambulans JPAM.


Sementara itu, Ketua Skuad JPAM daerah Saiful Nazmi Said berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada HAG terkejut mendapati mangsa adalah anggota jabatan itu.

Bekas polis cedera dibelasah


Georgetown: Seorang bekas anggota polis ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai dibelasah dalam van kilang dipandunya, di belakang sebuah hotel di Bayan Baru, di sini, semalam.

Mangsa berusia lingkungan 30-an dan kini bekerja sebagai pemandu van kilang, ditemui berlumuran darah sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut, kira-kira jam 6.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berhenti tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tiga tahun lalu itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca kejadian itu.

Katanya, polis akan mendapatkan keterangan daripada mangsa sama ada beliau terbabit dalam pergaduhan atau dipukul.


Sengaja mencederakan

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan parah, menggunakan senjata dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan,” katanya.
Mohd Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) di talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pencuri larikan wang ATM



Shah Alam: Sekumpulan pencuri melarikan wang tunai RM190,000 dari mesin pengeluaran wang (ATM), apabila mereka memecah masuk sebuah stesen minyak, di Taman Alam Megah, Seksyen 28, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayop, berkata kejadian itu disedari oleh seorang pekerja stesen minyak itu ketika datang bertugas pagi semalam dan mendapati pintu belakang stesen minyak itu mempunyai kesan diumpil, manakala mangga pintu pula dipotong.
Zahedi berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7.20 pagi daripada pekerja itu dan siasatan mendapati sebuah daripada tiga mesin ATM di dalam kedai serbaneka stesen minyak itu dikopak dan wang tunai kira-kira RM190,000 lesap.


Ada kesan potong

“Dua lagi mesin ATM ditarik keluar dan mempunyai kesan dipotong, namun mereka tidak berjaya melarikan wang tunai di dalamnya,” katanya.

Zahedi berkata, polis percaya kejadian pecah masuk itu dilakukan lebih daripada seorang suspek dan siasatan masih dijalankan.

Anak rayu bapa pulang

Thoon Deong (kiri) bersama dua anak Mun Yew (gambar kecil) memegang gambar dan risalah merayu bapa mereka pulang ke pangkuan keluarga.Thoon Deong (kiri) bersama dua anak Mun Yew (gambar kecil) memegang gambar dan risalah merayu bapa mereka pulang ke pangkuan keluarga. Georgetown: Seorang remaja lelaki terpaksa menangguhkan niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, manakala keluarganya mungkin dihalau keluar daripada rumah sewa selepas bapanya menghilangkan diri sejak setahun lalu.

Lam Jun Keat, 18, berkata beliau terpaksa bekerja kerana enggan membebankan ibunya, Mak Lih Yie, 42, yang hanya bekerja sebagai pencuci pinggan dan pelayan restoran dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan.
Remaja itu berkata, ibunya juga perlu membiayai pendidikan adik perempuannya, Lam Shuet Mun, 15, yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.



Berhenti sekolah, bantu ibu

Katanya, beliau berhenti sekolah kerana perlu membantu ibunya yang terpaksa bekerja siang malam untuk mencari rezeki selepas bapa mereka, Lam Mun Yew, 52, menghilangkan diri.
“Jika saya meneruskan pembelajaran, ibu perlu membiayai yuran pengajian kolej sebanyak kira-kira RM250 sebulan.

“Oleh itu, saya harap ayah supaya segera pulang ke pangkuan keluarga kerana kami semua amat merinduinya,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Pahang, di sini, semalam.
Hadir sama, ibunya dan Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Lim Thoong Deong.

Lih Yie berkata, sejak ditinggalkan mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan kecuali sewa bulanan rumah sebanyak RM750 dibayar suaminya secara terus melalui bank.

Katanya, bagaimanapun dia terkejut apabila pemilik rumah datang minggu lalu meminta menjelaskan bayaran sewa rumah, yang tertunggak selama tiga bulan dengan memberikan tempoh sehingga 15 Februari ini bagi mengelak diusir.


Selisih faham

Beliau mengakui berlaku sedikit perselisihan faham dengan suaminya, yang juga seorang kontraktor tetapi tidak menyangka suaminya itu sanggup meninggalkan mereka sekeluarga.

“Saya ada menghubungi suami tetapi gagal kerana telefon bimbitnya ditutup dan mungkin beliau sudah menukar nombor telefon.

“Kehidupan kami susah sehingga tidak dapat menjelaskan sewa rumah dan yuran pengajian anak-anak,” katanya.

61 terbunuh dalam rusuhan penjara di Venezuela



 
Foto
ANTARA reaksi saudara mara banduan yang menunggu di luar penjara Uribana di Barquisimeto, Venezuela. - Foto AP

Foto
TENTERA Venezuela mengawal dan membuat halangan jalan yang menghala ke penjara Uribana di Lara. - Foto AFP

CARACAS: Angka kematian dalam pertempuran ganas di antara banduan dan pasukan Pengawal Negara dalam penjara Venezuela meningkat kepada 61 orang, kata pengarah hospital.

Kira-kira 120 orang pula mengalami kecederaan ketika pertempuran berdarah dalam sejarah Venezuela.
Menteri Perkhidmatan Penjara, Iris Varela berkata, pegawai mula megeluarkan banduan dari penjara Uribana ke Barquisimeto dan memindahkan mereka ke penjara lain tetapi tidak memberikan jumlah kematian sebenar. - AP

Seorang lagi rakyat kita sah terbunuh

A. Kohilan Pillay
 KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh.
Kementerian Luar dalam kenyataan semalam berkata, mayat Tan Ping Wee telah dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan 'tatoo' oleh keluarga mendiang.
"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang," menurut kenyataan itu di sini.
Kenyataan itu juga menyebut Kedutaan Malaysia dan syarikat JGC Corp sedang menguruskan proses untuk membawa pulang dengan segera mayat Ping Wee bersama mayat seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang disahkan terbunuh sebelum ini.
Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu terselamat iaitu K. Ravi, Lau Seek Chiang dan Patrick Purait Awang.
Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Januari lepas.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay memberitahu, mayat dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh itu dijangka tiba di tanah air Isnin ini.
"Kita kena tunggu beberapa urusan (dokumen dan forensik) yang perlu diselesaikan di sana sebelum membawa mayat pulang dan sekiranya tiada masalah, mayat akan tiba dalam masa dua hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi tebusan kumpulan militan.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali.
Sementara itu, isteri Ping Wee, Koh Siow Mun ketika dihubungi semalam memberitahu, dia dimaklumkan berhubung kematian suaminya oleh pihak Wisma Putra pada malam kelmarin.
"Saya kini berada dalam keadaan sedih selepas mendapat berita bahawa suami saya disahkan terkorban dalam kejadian itu.
"Buat masa ini, saya tidak mahu berjumpa dengan pihak media dan hanya mahu tenangkan fikiran bersama keluarga," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2J7ek16qZ 
Hakcipta terpelihara 

Lapan penumpang cedera kereta api tergelincir




ANGGOTA pasukan penyelamat mengusung salah seorang mangsa yang cedera selepas kereta api yang dinaiki tergelincir dan terbalik di Skudai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Lapan penumpang termasuk seorang kru cedera apabila empat daripada 10 gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) tergelincir dan terbalik di Kilometer 738.25 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai di sini semalam.
Menurut Pengurus Pemasaran Unit Pemasaran Strategik Perkhidmatan Bandar KTMB, Mohd. Nordin Kimi, tren Sinaran Selatan yang membawa lebih 200 penumpang itu dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Woodlands, Singapura tergelincir kira-kira pukul 3 petang.
Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.
“Punca kejadian masih belum diketahui dan kita masih melakukan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, mangsa yang merupakan kru KTMB yang berusia 50-an mengalami kecederaan parah apabila kakinya tersepit dan seorang wanita berusia 30-an patah tulang pinggang.
Selain KTMB, operasi menyelamat turut melibatkan tiga jentera dengan kekuatan 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dan Taman Pulai.
Susulan daripada insiden itu, Mohd. Nordin berkata, pihaknya terpaksa membatalkan perjalanan tren Senandung Timuran (Singapura-Tumpat, Kelantan) dan tren Senandung Selatan (Singapura-Tumpat, Kelantan) malam tadi.
“Para penumpang yang terlibat, mereka boleh meminda perjalanan atau pulangan tambang daripada kami. Sebarang perkembangan boleh hubungi KTMB di talian 03- 2267 1200,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, baki penumpang yang terselamat meneruskan perjalanan ke Singapura.
“Mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki enam gerabak kereta api berkenaan yang tidak tergelincir dalam kemalangan itu,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2J7aLRKvc 
Hakcipta terpelihara 

Boleh hanyut dalam setengah jam



Beberapa anggota polis memeriksa longkang di Putra Heights tempat William Yau Zhen Zhong dipercayai dihanyutkan arus hingga ke Pelabuhan Klang semalam.


SUBANG JAYA - Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, yang mayatnya ditemui di Jeti Sungai Sireh, Klang kelmarin terjatuh ke dalam longkang besar di Putra Heights di sini sebelum dihanyutkan arus deras.
Longkang tersebut jika dipenuhi air akibat hujan lebat mampu menghanyutkan William yang dianggarkan seberat 15 kilogram, menuju ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang sejauh 30 kilometer dalam tempoh setengah jam.
Kosmo! Ahad difahamkan, dua hari selepas kehilangan kanak-kanak itu iaitu pada 18 Januari lalu, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat.
Pemeriksaan mendapati parit di kawasan tersebut bersambung dengan sebatang longkang di Kampung Bukit Lanchong, sebelum ia bersambung pula dengan Sungai Klang yang mengalir ke Pelabuhan Klang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, adalah tidak mustahil mangsa terjatuh ke dalam longkang.
"Tinjauan mendapati ada sistem longkang yang tidak bertutup kira-kira 200 meter dari lokasi William hilang.
"Situasi itu boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu.
"Oleh itu, kemungkinan mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tetap ada, lebih-lebih lagi dua hari selepas mangsa hilang, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan bersama hampir 30 anggota polis dan kakitangan JPS di sekitar lokasi William hilang.
William, anak kedua daripada tiga beradik dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights selepas mangsa dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Kelmarin, ibu bapa kanak-kanak itu mengenal pasti mayat budak lelaki yang dijumpai terapung dan mereput di Jeti Sungai Sireh adalah anak mereka.
Pengecaman itu berdasarkan kesan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak itu yang mempunyai persamaan dengan William.
Selain itu, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, yang hadir di Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam pada mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata, terjatuh ke dalam longkang adalah antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh pihaknya.
"Perkara itu masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan kerana siasatan dijalankan daripada semua sudut," ujarnya.
Selain kemungkinan terjatuh, kematian kanak-kanak itu juga turut dikaitkan dengan perlakuan jenayah apabila mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai.
Bagaimanapun, menurut Yahaya, bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah berikutan tiada kecederaan luaran ditemui pada tubuh si mati.
Kata beliau, pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada penduduk sekitar tempat kejadian bagi mengetahui bagaimana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui di Jeti Sungai Sireh.
Yahaya juga tidak menolak untuk mengambil semula keterangan daripada pihak keluarga mangsa termasuk ibu bapa William selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada Selasa ini.
Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kanak-kanak itu masih ditempatkan di HTAR.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2J7ZucNrn 
Hakcipta terpelihara