Search This Blog

Thursday, January 24, 2013

Saksi Dakwa Lihat Polis, Samseng Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati

Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.

30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.

30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.

10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari.

" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. -TMIsumber

Demam campak: 103 kanak-kanak Pakistan maut


KARACHI - Lebih daripada 100 kanak-kanak meninggal dunia akibat demam campak sejak 19 hari lalu di Pakistan.

Jurucakap Maryam Yunus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, wabak itu kini membimbangkan seluruh rakyat negara itu.

“Kira-kira 103 kanak-kanak Pakistan maut 1 hingga 19 Januari kerana mengidap komplikasi demam seperti pneumonia, ensefalitis dan cirit-birit,” katanya dipetik AFP.

Menurutnya, sebayak 63 kes berlaku di wilayah selatan Sindh, iaitu kawasan terjejas teruk akibat banjir pada tahun 2010, 2011 dan 2012.

“Lebih daripada 300 kanak-kanak di Pakistan meninggal dunia campak pada tahun 2012, terutama selepas berlaku kejadian banjir tersebut. Angka ini sungguh mengejutkan WHO dan kini kos rawatan juga meningkat mendadak,” katanya. 

Mayat lelaki ditemui terdampar di Jeti LKIM Kuantan


KUANTAN - Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Kemunting di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat lelaki berketurunan India berusia lingkungan 30-an itu ditemui nelayan pada 2.14 petang sebelum melaporkannya kepada polis.

Katanya hasil pemeriksaan, terdapat kesan luka akibat ditoreh senjata tajam pada badan mangsa.

"Setakat ini, tiada sebarang pengenalan ditemui pada mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat. - Bernama

Guru dera 19 kanak-kanak secara seksual


LOS ANGELES - Seorang guru ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes penderaan seks melibatkan 19 kanak-kanak disebuah sekolah di Wilmington. Los Angelas, Amerika Syarikat.

Jurucakap polis  berkata, guru itu berhadapan lapan tuduhan melakukan penderaan seks dan tujuh kes cubaan melakukan perbuatan berbaur lucah terhadap kesemua kanak-kanak itu di Sekolah Rendah George De La Torre.

“Dia diikat jamin AS$12 juta (RM36 juta) bagi kesemua tuduhan terbabit sementara menanti hari pendakwaan.

Laporan AP menyebut tertuduh, Pimental, 57, kini digantung perkhidmatan sehingga kes terbabit selesai.

12 warga Myanmar berhimpit dalam sebuah kereta


Zakaria
Zakaria menunjukkan Pati yang ditahan selepas sidang media di Kem UPP Kuala Perlis, semalam.
KANGAR - Sebanyak 12 pendatang asing warga Myanmar ditemui berhimpit-himpit di dalam sebuah kereta ketika Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang mencurigakan itu di Kuala Perlis awal semalam.

Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, mereka ditahan pukul 1.30 pagi oleh pasukan UPP kawasan Kuala Perlis yang diketuai Inspektor Azizan Saman selepas menahan kenderaan yang sarat muatan manusia itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, UPP telah melakukan pemantauan di persimpangan Kampung Wai dan menemui sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang memecut laju selepas diarah berhenti.

Akhirnya kenderaan yang sarat muatan warga Myanmar itu dapat ditahan berhampiran Taman Peladang, Kuala Perlis tidak jauh dari tempat ia dikesan dan peperiksaan mendapati terdapat 12 lelaki warga Myanmar dalam keadaan berhimpit-himpit di dalamnya.

Kesemua lelaki warga asing itu bersama seorang lelaki rakyat tempatan berusia 22 tahun yang memandu kenderaan itu ditahan dan dibawa ke pangkalan UPP Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kesemua pendatang itu akan dibawa ke satu lokasi di Pulau Pinang dan lelaki tempatan itu menerima upah sebanyak RM150 untuk satu perjalanan.

Zakaria berkata, selepas tangkapan itu, UPP kawasan Kuala Perlis yang menerima satu lagi maklumat telah menahan sebelas lelaki warga Myanmar di sebuah bukit di Kampung Wai berhampiran sempadan Malaysia-Thailand kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Kesemua lelaki itu berjalan kaki di atas bukit berkenaan dan mereka ditahan dan dibawa ke pangkalan UPP Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kesemua 23 pendatang asing warga Myanmar yang ditahan dalam dua kes itu berumur antara lapan dan 25 tahun.

Siasatan awal mendapati mereka meninggalkan Myanmar pada 4 Januari lalu dan menempuh pelbagai halangan sebelum tiba di negara ini dan ditahan.-Bernama

Mujahidin Al Shabaab Somalia Mengultimatum Pemerintah Thaghut Kenya, Allahu Akbar..!


SOMALIA (KabarDuniaIslam) - Beberapa jam yang lalu Mujahidin Al Shabaab Somalia mengeluarkan ultimatum pada pemerintah thaghut Kenya. Melalui akun twitternya, Mujahidin Al Shabaab Somalia mengajukan beberapa tuntutan agar tawanan Kafir Kenya yang ditawan oleh Mujahidin Al Shabaab bisa di bebaskan.

Berikut tuntutan dari Mujahidin Al Shabaab pada Pemerintah Thaghut Kenya :

1. : Pemerintah Kenya harus membebaskan semua tahanan Muslim yang dituduhkan pada apa yang disebut tuduhan terorisme di Kenya.

2. : Pemerintah Kenya harus menjamin pembebasan Muslim yang akan diekstradisi ke Uganda atas tuduhan terorisme.

3. : Pelepasan para tahanan Muslim tanpa syarat dan harus dipublikasikan.


Melalui Ultimatum ini, Mujahidin Al Shaabab Somalia memberikan waktu pada Pemerintah Thaghut Kenya selama 3 minggu, mulai tengah malam 24 Januari 2013. Jika dalam jangka waktu 3 Minggu Pemerintah Thaghut Kenya tidak menanggapi tuntutan dari Mujahidin Al Shabaab, maka tawanan Kufar Kenya akan di eksekusi, Allahu Akbar..! (KabarDuniaIslam/HSMPress/al-ansar007-2.blogspot)

Link Download Video :

https://archive.org/download/mystuff777/POWs.mp4

2 buruh Indonesia mati dipercayai dibunuh


SUNGAI BULOH - Dua buruh binaan warga Indonesia  ditemui mati  dipercayai dibunuh di rumah kongsi di Pristina, Saujana Utama awal pagi tadi.

Seorang ditemui dengan kesan jerut di luar rumah manakala seorang lagi mati tergantung di dalam rumah.

Pemilik kilang bata maut ditembak di hadapan rumah



KULIM - Seorang ahli perniagaan dan pemilik kilang membuat bata mati ditembak semasa berjalan untuk masuk ke rumahnya di Jalan Gemilang 1, Taman Gemilang, Lunas, dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata, Low Kah Soon, 38, dipercayai ditembak dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi, ketika berjalan sendirian selepas meletak kereta di sebuah rumah kosong sebelah rumahnya.

Beliau memberitahu pemberita di sini, hari ini, dua lelaki menunggang sebuah motosikal dipercayai berhenti di hadapan rumah ahli perniagaan itu apabila seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arahnya.

Katanya polis yang mendapat panggilan kecemasan tiba di tempat kejadian, memeriksa dan mendapati terdapat satu kesan peluru di bahagian kepala ahli perniagaan itu.

"Polis yakin mangsa mati akibat pendarahan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. Polis masih menyiasat motif pembunuhan itu," katanya. - Bernama

Aktivis politik hina raja Thai dipenjara 10 tahun


Aktivis politik hina raja Thai dipenjara 10 tahun
Somyot Pruksakasemsuk ketika dihadapkan di mahkamah semalam. - Foto ihsan CNN
BANGKOK – Sebuah mahkamah Thailand mengenakan hukuman penjara 10 tahun ke atas aktivis politik selepas didapati menghina raja negara itu, Bhumibol Adulyadej – satu keputusan dianggap kumpulan hak asasi manusia sebagai tekanan terbaru terhadap kebebasan bersuara.

Mahkamah jenayah memutuskan Somyot Pruksakasemsuk telah melanggar undang-undang apabila sebuah majalah Voice of Thaksin, yang dia menyunting, telah menerbitkan dua artikel menyindir Raja Bhumibol.

Somyot, yang tiba di mahkamah berkaki ayam berhasrat untuk membuat rayuan terhadap, kata peguamnya, Karom Polpornklang.

"Keputusan yang serius menjejaskan hak untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.

“Pada masa yang sama, ia boleh menjejaskan imej Thailand sebagai masyarakat yang bebas dan demokratik,” kata  Kesatuan Eropah dalam satu kenyataan," katanya lagi.

Sebelum penahanannya bermula pada April 2011, Somyot telah berkempen untuk meminda undang-undang negara Thai.

Beliau mengemukakan satu petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan Thailand ketika dia berada di penjara, berhujah undang-undang yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia membenarkan hukuman tidak seimbang.

'Bouncer' kelab malam maut ditembak

BUTTERWORTH - Seorang pengawal kelab malam atau 'bouncer' maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni di sini awal pagi ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mangsa, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada 5.25 pagi ini.
 
"Sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan satu kesan tembakan mengenai rusuk kirinya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Katanya susulan kejadian itu polis menahan enam orang termasuk dua wanita warga Vietnam di sekitar daerah Seberang Perai Utara iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian.
 
"Siasatan mendapati salah seorang daripada mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu merupakan perancang utama kejadian berkenaan dan polis turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya.
 
Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu bermula dengan perbincangan berhubung perniagaan antara mangsa dan beberapa lelaki berkenaan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan apabila gagal mencapai kata sepakat.
 
Katanya mangsa dan suspek berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika pergaduhan itu berlaku dan pihak polis turut menemui beberapa botol arak di tempat kejadian.
 
"Kes itu dianggap selesai selepas kita menahan enam suspek dan mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
 
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.  - Bernama

9 bayi selamat, doktor dan staf JPN ditahan



9 bayi selamat, doktor dan kakitangan JPN ditahan
Abdul Rahim (dua, kanan) menunjukkan sijil kelahiran dan MyKid bayi yang dirampas. - Foto Sinar Harian
GEORGETOWN - Polis menumpaskan satu sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergiat aktif di Pulau Pinang sejak 2009 berikutan penahanan 33 suspek termasuk seorang doktor klinik swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mereka juga berjaya menyelamatkan sembilan bayi dan kanak-kanak berusia antara dua bulan sehingga lapan tahun, yang dipercayai dijual oleh sindiket berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, susulan aduan yang diterima, pihaknya menubuhkan pasukan khas "Aktif Som" di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang untuk menjalankan risikan dan melancarkan ops dalam usaha mengesan sindiket menjual bayi.

Ia dilakukan setelah menerima laporan bahawa seorang wanita warga asing menjaul bayi berusia 40 hari dengan harga RM4,300 pada awal Disember lalu.

"Tiga bayi lelaki dan enam bayi perempuan diselamatkan dengan kerjasama IPK Pulau Pinang, Kedah dan Perak, di tempat, masa dan hari yang berlainan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, bayi dan kanak-kanak diselamatkan itu terdiri daripada tujuh warga Thai, satu warga Bangladesh dan satu bayi tempatan.

Menurutnya, pasukan itu dianggotai 25 pegawai dan anggota berjaya menahan 33 suspek termasuk tiga warga Indonesia dan seorang warga Thai.

"Polis turut merampas 19 telefon bimbit pelbagai jenama, dua kereta, lima mykid yang sah, 14 sijil kelahiran yang sah, 18 kad perubatan dan wang tunai RM15,000 daripada semua suspek berusia lingkungan 23  hingga 62 tahun," katanya.

Abdul Rahim berkata, sindiket itu diketuai seorang wanita tempatan dengan menyasarkan wanita warga Indonesia dan Thai yang mengandung anak luar nikah dan berkesempitan wang sebagai sumber untuk mengaut keuntungan.

"Bayi dilahirkan oleh warga asing itu dijual mengikut pakej antara RM18,000 hingga RM30,000 berdasarkan rupa paras dan jantina atau kanak-kanak kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini hanya membayar RM2,500 hingga RM4,500 kepada ibu yang mengandung," katanya.

Beliau berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu berada di satu tempat yang selamat, sehingga menunggu perintah mahkamah untuk tindakan susulan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda," katanya.

Guru maut motosikal tembung kereta guru

MELAKA - Seorang guru sekolah rendah yang berasal dari Sabah meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggangi terbabas di Km24.5 Jalan Melaka-Muar berhampiran Merlimau, Jasin, di sini semalam.

Jurucakap polis Jasin ketika dihubungi berkata dalam nahas pukul 5.45 petang itu, Azhar Jamboree Abdullah, 37, dari Keningau, sedang membelok ke kiri di persimpangan tiga berhampiran sebuah stesen minyak lalu bertembung sebuah kereta yang juga dipandu seorang guru.

"Mangsa yang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan St Francis, Bandar Hilir, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala setelah tercampak dalam nahas tersebut," katanya.

Mayat Azhar Jamboree dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan di Kampung Serkam Pantai, Merlimau hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri juga seorang guru dan mengajar di Sekolah Menengah Dang Anum, Merlimau.

Sementara itu, di PULAU PINANG, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang di Jalan Hutan Lipur Cheruk Tok Kun, dekat Bukit Mertajam, hari ini.

Tan Sai Lang, 70, dan anak perempuannya Heng Lee Liew, 44, menaiki Proton Satria menuju sebuah hutan lipur di jalan berkenaan untuk berjoging semasa kejadian berlaku pukul 6.30 pagi.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - Bernama

Judi internet: RM7.3 juta komputer dirampas, 2,642 pesalah ditahan



KUANTAN 23 Jan. - Polis berjaya merampas 7,307 unit komputer bernilai RM7.3 juta dan menahan 2,642 orang yang terlibat dalam kegiatan judi internet di seluruh daerah ini sejak tahun lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, dalam Ops Dadu itu, pihaknya telah membuat serbuan di 622 premis kafe siber internet yang beroperasi secara haram.
"Semua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an dan 38 orang daripadanya telah didakwa di mahkamah.
"Selain komputer, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM196,850," katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Jasmani, pihaknya akan memantapkan operasi secara berterusan bagi membanteras gejala itu dengan kerjasama beberapa agensi seperti pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130124/wp_05/Judi-internet-RM73-juta-komputer-dirampas-2642-pesalah-ditahan#ixzz2IrzdHMJX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aktiviti tak bermoral lumpuh


Pelayan dicekup diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Pelayan dicekup diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
PUCHONG – Teman sosial dan boleh dibawa pulang jika ingin layanan tambahan! Itu pakej ditawarkan pengusaha pusat hiburan di Bandar Puteri di sini kepada pelanggan yang berkunjung ke premisnya untuk berhibur.

Bagaimanapun, aktiviti haram dan tidak bermoral itu lumpuh selepas premis terbabit diserbu pihak berkuasa lewat malam kelmarin.

Dalam operasi dilaksanakanMajlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kira-kira jam 10.10 malam, kesemua pelayan warga asing dikatakan cuba melarikan diri melalui pintu belakang pusat hiburan mini itu namun berjaya dicekup anggota yang membuat kepungan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, bertindak atas aduan 18 anggota diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohd menyerbu premis itu.

Katanya, ketika serbuan berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pelanggan dan pengusaha mempersoalkan tindakan penguatkuasa menyerbu premis itu.

Menurutnya, ada pelanggan memarahi anggota penguatkuasa ketika pemeriksaan dibuat dan turut memarahi anggota yang menghalang mereka keluar dari pintu ketika pemeriksaan dokumen dijalankan.

Ahmad berkata, operasi turut dibantu 13 anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa.

“Majlis menyita peralatan sukan ‘pool’, kerusi dan meja dalam premis di bawah Undang-undang Kecil UUK 3 Perlesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ.

“Pengusaha turut dikenakan tindakan di bawah Peraturan 4 kawalan dan penyeliaan, sukan dan permainan video Enakmen Hiburan Selangor 1996 kerana menjalankan perniagaan pusat permainan sukan ‘pool’ tanpa lesen daripada majlis, ”katanya.

Beliau berkata, tujuh pekerja wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an bekerja sebagai pelayan yang dipercayai turut memberi khidmat seks kepada pelanggan dan seorang penjaga di dalam premis pusat hiburan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ibu, 2 anak maut depan rumah



LOKASI kemalangan melibatkan sebuah treler dan kereta yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Batu 14, Jalan Muar-Air Hitam berhampiran Bukit Naning, Muar, Johor, semalam.
MUAR 23 Jan. - Isteri dan dua anak kepada seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri terbunuh selepas kereta dinaiki mereka dihempap tiang dan bahan binaan konkrit dibawa sebuah treler muatan 10 tan yang secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik ketika cuba memotong kenderaan mangsa, petang ini.
Kemalangan ngeri di Batu 14, Jalan Muar-Air Hitam, berhampiran Bukit Naning di sini pukul 1.30 petang itu turut mengakibatkan mayat ketiga-tiga mangsa hancur dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan dua buah jentera angkut susun.
Mangsa yang terbunuh ialah Ngaisah Redzuan, 46, yang merupakan seorang guru serta dua anaknya, Mohd. Nurullah Al-Azim Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130124/dn_15/Ibu-2-anak-maut-depan-rumah#ixzz2IrkJxa00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengurus resort didakwa rogol gadis bawah umur



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Seorang pengurus sebuah pusat peranginan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 12 tahun, tahun lalu.
Mohd. Zaini Zainal Abidin, 31, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik No. 405, Hotel Petaling, Jalan Petaling di sini kira-kira pukul 4 petang, 2 April 2012.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya Hakim Emilia Kaswati Mohd. Khalid tentang perkenalan antara tertuduh dengan mangsa, dia memberitahu mangsa merupakan kawannya.
"Bagaimana kamu yang telah berusia 31 tahun boleh berkawan dengan budak perempuan umur 12 tahun?" tanya Emilia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130124/ma_03/Pengurus-resort-didakwa-rogol-gadis-bawah-umur#ixzz2Irl0I4gx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lebih 1,000 penduduk Jalan Matang-Gunung Serapi terjejas jalan runtuh



23 Januari 2013
KUCHING - Lebih 1,000 orang penduduk selain pelajar serta petugas sebuah politeknik dan sekolah menengah agama di Jalan Matang-Gunung Serapi dekat sini terjejas setelah sebahagian daripada jalan itu runtuh semalam.

Kejadian itu dilaporkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi yang melibatkan runtuhan sepanjang enam kilometer dan sebahagiannya dianggar sedalam 10 meter bermula dari Km10 jalan itu, kata Ketua Balai Polis Gita, Insp Gilbert Chin Hin hari ini.
  
"Sebagai langkah keselamatan, kita mengarahkan jalan berkenaan ditutup dan meminta pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif yang melalui jalan Pusat Pentadbiran Persekutuan sementara menunggu kerosakan ini diperbaiki," katanya.
  
Selain menjadi jalan penghubung kepada penduduk setempat serta pelajar dan petugas Politeknik Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuching, jalan ini turut digunakan untuk ke Taman Keluarga Matang dan Taman Negara Kubah.
  
Sehingga kini, Jabatan Kerja Raya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kejadian itu. - Bernama

Pusat kebajikan jual bayi


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Polis kini sedang menyiasat sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga remaja dan wanita bermasalah di bawah Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang setelah dilapor menjalankan aktiviti penjualan bayi.
Siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan kelmarin daripada tiga penghuni wanita rumah kebajikan terbabit yang mendakwa bayi yang dilahirkan oleh mereka dijual kepada keluarga angkat tanpa pengetahuan dan persetujuan masing-masing antara November dan Disember lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, turut membuat laporan sama ialah dua lagi rakan mereka.
Beliau berkata, kelima-lima wanita yang membuat laporan itu adalah antara 17 penghuni yang melarikan diri sejak beberapa bulan lepas akibat tidak tahan dengan pengurusan pusat itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130124/je_04/Pusat-kebajikan-jual-bayi#ixzz2IrkAZx5n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

42 maut, pengebom letupkan diri pada majlis pengkebumian



KIRKUK 24 Jan. - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah masjid Syiah di utara Baghdad yang penuh sesak semalam, mengakibatkan 42 orang terbunuh dan 75 lagi cedera.
Dalam kejadian di Masjid Sayid al-Shuhada di Tuz Khurmatu, 175 kilometer utara Baghdad itu, suspek menjadikan majlis pengkebumian seorang saudara kepada ahli politik yang ditembak mati sehari sebelumnya sebagai sasaran.
``Mayat dapat dilihat bertaburan di atas lantai masjid. Pengebom itu berjaya meloloskan diri sebelum meletupkan diri di tengah-tengah tetamu yang datang memberi penghormatan,’’ kata Datuk Bandar Tuz Khurmatu, Shallal Abdul.
Bagaimanapun tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, kejadian berdarah dalam tempoh enam bulan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130124/lu_08/42-maut-pengebom-letupkan-diri-pada-majlis-pengkebumian#ixzz2IrhoS2uJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tidak perlu hukuman mati ke atas perogol berkumpulan - Panel



NEW DELHI 24 Jan. - Sebuah panel yang dilantik kerajaan India bagi mengkaji undang-undang jenayah seks selepas insiden rogol berkumpulan membabitkan seorang pelajar di sini mencadangkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pesalah namun menolak supaya mereka dikenakan hukuman mati.
Gopal Subramanium, seorang ahli Suruhanjaya Verma Keadilan J.S Verma berkata, hukuman maksimum bagi kesalahan rogol secara berkumpulan perlu ditingkatkan kepada penjara seumur hidup.
``Dalam kes rogol secara berkumpulan, penjara seumur hidup bermaksud keseluruhan hayat pesalah,’’ katanya dalam satu sidang media, semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130124/lu_10/Tidak-perlu-hukuman-mati-ke-atas-perogol-berkumpulan---Panel#ixzz2Irh42opa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beranak maut dihempap pokok kelapa



BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Dua beranak maut apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok kelapa yang tumbang di Jalan Air Terjun, Charuk Tok Kun dekat sini pagi ini.
Tan Sai Lang, 70, dan anaknya Heng Lee Liew, 44, maut dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130124/je_10/Dua-beranak-maut-dihempap-pokok-kelapa#ixzz2IrgwcISE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu hamil bertarung nyawa redah banjir



Ibu hamil bertarung nyawa redah banjir
Mohayar bersama anaknya ditempatkan di Wad Bersalin Alternatif Klinik Kesihatan Kuala Rompin, semalam.
Ibu hamil bertarung nyawa redah banjir
Empat ibu sarat mengandung, (dari kiri) Mahani, Khatijah, Khairunnisa dan Rubina menceritakan detik cemas mengharungi banjir.
KUALA ROMPIN – “Mujur tak jatuh. Kalau jatuh, mungkin saya alami tumpah darah.”

Demikian pengalaman cemas seorang wanita hamil sembilan bulan sewaktu mengharungi banjir di halaman rumahnya di Kampung Pianggu, di sini, semalam.

Khairunnisa Ismail, 27, berkata, permukaan tanah yang licin dan bertakung air di halaman rumahnya menyebabkan dia hampir terjatuh, namun sempat diselamatkan suaminya, Ahmad Faisal Hamid, 26.

Menurutnya, pihak berwajib mengarahkannya berpindah ke Klinik Kesihatan Rompin berikutan bimbang sekiranya banjir lebih buruk berlaku di kawasan itu.

“Saya tak boleh lupa saat cemas ini kerana terpaksa bertarung nyawa meredah air banjir, apatah lagi dalam keadaan menunggu hari untuk melahirkan anak. Mujur saya sempat berpaut pada tangan suami untuk mengelakkan saya tergelincir,” katanya.

Sementara itu, dua wanita hamil di Kampung Orang Asli Bukit Lepas pula terpaksa dipindahkan menggunakan bot fiber Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin selepas rumah mereka terputus hubungan jalan darat.
Mahani Sifir, 17, berkata, dia takut setiap kali mendengar bunyi kocakan air sewaktu dalam bot untuk mengharung banjir sepanjang jalan, kira-kira dua kilometer itu.

Mahani yang mengandung lapan bulan berkata, walaupun memakai jaket keselamatan, namun dia tetap bimbang jika berlaku kejadian buruk, apatah lagi dalam keadaannya sarat mengandung.

“Jalan itu tidak boleh dilalui kenderaan berat hingga memaksa kami menaiki bot seterusnya trak bomba yang bersiap sedia untuk menghantar kami ke Klinik Kesihatan Kuala Rompin,” katanya.

Khatijah Rahman, 33, berkata, walaupun takut menaiki bot, namun perasaan itu ditolak tepi untuk memastikan dia dan kandungan selamat.

“Sepanjang hidup, inilah pengalaman pertama naik bot. Kalau ikutkan memang gemuruh, tapi perasaan itu dibuang jauh, asalkan semuanya selamat,” katanya.

Rubina Saim, 18, pula berkata, dia yang hanya tunggu masa melahirkan bayi pertama, terpaksa menaiki trak bomba untuk keluar dari Kampung Orang Asli Denai.

“Saya gembira ditempatkan di sini kerana boleh berkongsi cerita bersama rakan lain yang turut mengalami nasib sama,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu masih berpantang, Mohayar Harun, 39, berkata, dia dipindahkan ke klinik tersebut kerana rumahnya di Kampung Kurnia dinaiki lebih 2 meter air, sejak kelmarin.

Katanya, dia dipindahkan bersama bayinya, Noramira Izati Zulkifli yang baru dilahirkan 44 hari lalu.

“Sakit selepas bersalin memang ada, tetapi saya akur pindah demi keselamatan saya dan anak,” katanya.

Banjir di Mersing pulih, Kota Tinggi tidak banyak berubah

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Mersing mula pulih apabila tujuh pusat pemindahan di daerah itu ditutup hari ini dan semua 1,233 mangsa dibenar pulang secara berperingkat sejak pukul 2 petang.

Setiausaha Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor Muhd Yusri Hashim berkata semua mangsa yang terlibat ialah penduduk Kampung Bahagia, Kampung Sri Bayu, Taman Sri Lumpur, Kampung Sungai Padang, Kampung Menyirih Teluk Buih, Kampung Wak Salam, Kampung Air Merah, Pengkalan Batu serta Kampung Che Wook.

Bagaimanapun orang diingatkan berwaspada akan kemungkinan banjir berlaku semula Ahad ini susulan ramalan hujan lebat dan kejadian air pasang penuh pada hari berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu katanya, empat pusat pemindahan masih dibuka di Kota Tinggi setakat pukul 5 petang tafi membabitkan 277 mangsa dari Kampung Gembut, Kampung Perepat, Kampung Sungai Tuan Seh dan Kampung Mawai Lama.

Dua pusat pemindahan membabitkan mangsa dari Felda Air Tawar 1 dan Kampung Baru Sungai Mas ditutup sejak tengah hari tadi, katanya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor Kolonel Ghazali Abd Rahman berkata pihaknya sentiasa berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan walaupun banjir mulai surut.

Beliau berkata 10 anggota jabatan itu bersama sebuah lori dan bot digerakkan bagi membantu mengangkut mangsa banjir dan menyerahkan barangan keperluan di Mersing pada hari kritikal bencana Sabtu dan Ahad lepas.

"Bagi Kota Tinggi, usaha sedang dilakukan untuk bekerjasama dengan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sekiranya keadaan kembali buruk. Ini kerana JPAM tidak mempunyai pejabat di daerah itu dan perlu menggerakkan anggota dari Johor Baharu," katanya. - Bernama

Tergamam diacu pistol


IPOH – Seorang lelaki tergamam apabila diacukan pistol oleh dua lelaki sebaik sahaja memberhentikan kereta di hadapan sebuah sekolah untuk menghantar adiknya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, dua lelaki terbabit turut melarikan kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa tanpa menghiraukan kesesakan jalan raya di kala ibu bapa menghantar anak di hadapan sekolah terbabit.

Sumber berkata, mangsa berusia 30-an itu dihampiri dua lelaki yang mengugutnya untuk menyerahkan wang sebelum memaksa mangsa keluar dari kenderaan yang dipandu.

Menurutnya, dua lelaki terbabit tekad melakukan rompakan itu berhampiran pintu pagar sekolah dan Balai Polis Trafik di Jalan Chamberlain.

“Mangsa yang bimbang nyawanya terancam segera keluar dari kereta sebelum menyerahkan kunci kereta kepada penjenayah terbabit.

“Selepas kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri dengan kereta terbabit, mangsa kemudiannya segera membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru di sini. Nasib baik kejadian itu tidak membabitkan adiknya kerana ia berlaku selepas adiknya turun dari kenderaan dan memasuki perkarangan sekolah,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan menasihati orang ramai untuk berhati-hati.

“Polis masih memburu suspek dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya.

Pengakuan terbuka terima gadis terlanjur



Pengakuan terbuka terima gadis terlanjur
Mariam dan suami berhajat membantu Mira sebaik keluar dari pusat pemulihan.
JOHOR BAHRU – “Biarpun dia telah lakukan pelbagai perbuatan buruk, namun naluri keibuan saya tetap menerimanya sebagai anak,” luah penjaga kepada gadis terlanjur yang pernah dipaparkan Sinar Harian, 29 Disember lalu.

Mariam, bukan nama sebenar, 47, adalah ibu saudara kepada Mira, 20, (bukan nama sebenar) iaitu gadis terjerat cinta teman lelaki yang diperlakukan kejam hingga melahirkan anak tidak sah taraf 19 November lalu.

“Saya menjaganya seperti anak sendiri bersama adik-beradiknya yang lain sebaik mereka keluar dari rumah ibunya (kakak saya) selepas kematian ayah di Perak.

“Biarpun Mira pernah guriskan hati dengan mengatakan  saya menderanya sehingga bertindak keluar rumah, namun sempena sambutan Maulidur Rasul ini, saya harap ia membuka lebaran demi kebaikan bersama.

“Saya memahami anak gadis sepertinya yang inginkan kebebasan dan kasih sayang apatah lagi datang dari keluarga yang berpecah,” katanya.

Menurut Mariam, Mira anak ketiga dari lima beradik itu sememangnya bermasalah sejak kecil dan mula hilang  arah apabila kematian bapanya ketika berusia 9 tahun.

Dia dipulangkan kepada ibunya yang telah bercerai beberapa tahun sebelum itu.

“Setelah sekian lama dijaga bapanya, kemungkinan tidak ada keserasian bersama ibunya penyebab Mira dan adik-beradik lain memilih untuk tinggal bersama saya, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama setahun.

“Kami tinggal di rumah yang kecil bersama lima anak saya dan semua mereka berikan tunjuk ajar sebaiknya.

“Namun gelodak perasaan remaja, Mira lari dari rumah dan kemudiannya saya dimaklumkan dia melahirkan seorang bayi. Dia kini ditempatkan di rumah perlindungan dan akan dibebaskan tidak lama lagi,” katanya.

Mariam turut akui memahami perasaan ibu Mira, Hamidah (bukan nama sebenar) yang cuba untuk mendidik anaknya dengan membelanjakan wang simpanan untuk menghantar Mira melanjutkan pelajaran.

“Sebagai ibu, dia sudah lakukan terbaik dan kemungkinan serik akan sikap anak-anak yang telah lama terpisah.

“Saya boleh terima Mira dan anaknya, jika dia benarbenar berubah,” katanya.

Sementara itu, Hamidah turut mengakui belum bersedia memaafkan anaknya namun tidak keberatan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku sebelum ini.

Kisah Mira didera teman lelaki yang memaksa dirinya menggugurkan kandungan dengan menelan pil serta diugut menjual bayi mereka mendapat perhatian ahli keluarga.

“Apabila saya enggan melayan nafsu seksnya, saya akan dipukul, disepak, diterajang, diseret hingga mengakibatkan tubuh badan saya lebam dan berdarah.

“Saya dikurung di rumah ibu bapa (teman lelaki) selama beberapa bulan, biarpun beberapa kali cuba meloloskan diri namun tidak berjaya dan akhirnya diusir ketika sarat mengandung 9 bulan,” katanya.

Ambil dadah untuk cergas



Ambil dadah untuk cergas
Antara suspek yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu dan ops Cegah Jenayah, semalam.
BESUT - Seramai 37 penagih dan pengedar dadah ditahan, termasuk seorang penjawat awam dalam Ops Tapis Bersepadu dan Ops Cegah Jenayah yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di beberapa lokasi ,semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, operasi bermula 1 pagi dan berakhir 9 pagi semalam turut merampas sembilan biji pil dipercayai pil kuda.

Menurutnya, operasi dilakukan di kawasan Bukit Payong dan Kampung La di Hulu Besut serta Kubang Bemban, Jertih itu membabitkan lima pegawai dan 69 anggota “Operasi ini juga susulan daripada Program Ketua Polis Turun Padang dan Dialog bersama penduduk di Kampung Kubang Bemban dan Bukit Payong sebelum ini.

“Mereka membuat aduan dan rungutan tentang kejadian jenayah dan penagihan dadah di kawasan mereka dan operasi ini dibuat untuk mengurangkan kegusaran dan keresahan yang dihadapi penduduk kampung,” katanya.

Kamaruddin berkata, suspek ditangkap berusia antara 18 hingga 53 tahun dan 31 daripadanya positif dadah, seorang memiliki dadah (pil kuda) dan lima lagi yang ditahan kerana memiliki waran tangkap.

Menurutnya, operasi daripada rumah ke rumah itu akan dilakukan secara berterusan untuk mengurangkan kes penagihan dan kejadian jenayah yang berlaku di kawasan kampung.

“Kakitangan awam berusia 26 tahun yang ditahan di kawasan Kubang Bemban itu pula memiliki waran tangkap atas kesalahan lampau,” katanya.

Seorang suspek yang memiliki pil kuda itu akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selebihnya di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Sementara itu, seorang suspek warga emas yang sudah bergelar datuk memberitahu, dia mula menagih pil kuda sejak 2006 ketika berusia 45 tahun selepas termakan pujukan pengedar dadah kononnya pil tersebut membantu dia tekun bekerja.

Dia dari Bukit Payong dan mempunyai 11 anak serta  empat cucu mengambil dadah kononnya untuk memastikan dia cergas dan tekun melakukan kerja memotong getah di kebun getahnya dekat Lata Tembakah.

“Dadah ini banyak kesan buruk dari baiknya dan saya menyesal kerana sekali terjebak amat sukar untuk tinggalkannya. Ahli keluarga saya tahu saya mengambil dadah ini dan mereka menasihatkan agar saya berhenti mengambilnya," katanya.

Mini kasino berselindung di belakang kuil diserbu polis




23 Januari 2013
ALOR GAJAH - Sebuah 'mini kasino' yang berselindung di belakang sebuah kuil diserbu polis dalam Ops Limau di Taman Rakyat dekat Kuala Ina di sini, semalam.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, DSP Tan Tin Heng berkata dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu, 18 lelaki berumur antara 20 hingga 55 tahun yang asyik berjudi ditahan bersama wang tunai berjumlah RM41,077.

"Berdasarkan siasatan awal, aktiviti perjudian dijalankan di situ setiap hari bermula 5.30 petang hingga 9.30 malam, dan kebanyakannya penduduk sekitar kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tan berkata mini kasino itu yang dibina dalam khemah menggunakan dadu sebagai elemen utama, dipercayai aktif sejak awal tahun ini.

"Pemain perlu membaling dua buah dadu yang memaparkan lima gambar, iaitu ikan, udang, ayam, labu air, ketam dan simbol duit dan boleh memenangi wang pertaruhan sekiranya memilih gambar yang tepat," katanya.

Tan berkata kesemua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 pindaan 2001.

Katanya, serbuan itu merupakan sebahagian daripada Ops Limau yang akan diteruskan selama sebulan sempena sambutan Tahun Baru Cina bagi mencegah kegiatan perjudian.

Dua puluh anggota polis dari unit D7 dari Bukit Aman termasuk tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menyertai operasi itu. - Bernama

Rangka manusia berselerak ditemui



Rangka manusia berselerak ditemui
Unit Forensik dari IPK Shah Alam, Selangor memeriksa dan mengangkat rangka yang ditemui untuk siasatan.
SHAH ALAM – Seorang pekerja ladang kelapa sawit terkejut selepas menemui rangka manusia berselerakan di dalam semak di Batu 28, Jalan Sungai Buloh-Ijok, Kuala Selangor, semalam.

Rangka dipercayai milik seorang lelaki itu ditemui, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa dipercayai mati lebih daripada seminggu.

Menurutnya, selain tulang yang masih mempunyai cebisan daging, polis turut menemui seluar dan baju milik mangsa.

“Baju itu terkoyak dan ada kesan darah. Ia ditemui 10 meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Taib berkata, polis turut menemui dokumen dan kad pekerja milik seorang wanita lain di tempat kejadian.

“Kita akan menyiasat identiti wanita itu sama ada dia mempunyai kaitan dengan mangsa ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata, rangka itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat.

Guna K9 cari William Yau


Guna K9 cari William Yau
Polis dari Unit K9 melakukan operasi mengesan William Yau di kawasan belukar berhampiran lokasi kehilangan kanak-kanak itu
SUBANG JAYA – Polis meluaskan gerakan mencari William Yau Zhen Zhong, 6, di kawasan bukit dan belukar berhampiran lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang, 16 Januari lalu.
Sepasukan polis diketuai Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli memulakan operasi mengesan kanak-kanak itu menggunakan khidmat dua anjing pengesan (K9) bermula jam 9 pagi semalam.
Selain itu, polis turut mengedarkan gambar William Yau kepada orang ramai di kawasan sekitar tempatnya hilang.
Menurut Yahaya, operasi mencari dijalankan berterusan semenjak pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit.
“Setakat ini hanya lima individu tampil memberi maklumat, tetapi ia tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan kanak-kanak itu.

“Keluarga mangsa juga menerima panggilan ‘negatif’ daripada pihak tidak bertanggungjawab dipercayai cuba mengambil kesempatan,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, dua lelaki warga Indonesia yang merupakan individu terakhir bertemu bapa mangsa di lokasi kejadian juga akan diambil keterangan.
“Lelaki itu merupakan pelanggan tetap keluarga mangsa. Bagaimanapun kita akan ambil keterangan mereka untuk bantu siasatan,” katanya.
Yahaya berkata, kes kehilanganWilliam  Yau turut dihebahkan ke semua negeri termasuk penguat kuasa di pintu masuk negara.

Anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Seksyen 7, Putra Height dekat sini. Dia gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Kanak-kanak dengan ketinggian 0.7 meter itu kali terakhir memakai baju-T tidak berkolar, berseluar pendek kuning keemasan dan ada kesan parut di dahi.
Sehingga kini, misteri kehilangan kanak-kanak itu diklasifikasi sebagai kes ‘orang hilang’.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak- kanak terbabit diminta tampil di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melalui talian 03-56319800.

Alasan singgah hantar barang


Alasan singgah hantar barang
Ahmad Nawi (kiri) menyoal siasat pasangan yang dicekup berkhalwat dalam operasi berkenaan.
AMPANG - Sepasang kekasih yang sudah bertunang sejak dua tahun lalu termasuk seorang gadis dicekup berkhalwat di sebuah apartmen di Taman Mulia Jaya di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia  24 tahun yang juga setiausaha di sebuah syarikat ditahan bersama kekasihnya dalam serbuan yang dijalankan  Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, kira-kira jam 2 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan baru singgah di rumah tunangnya itu untuk menghantar barang.

“Lelaki yang bekerja di sebuah syarikat automobil itu juga memberi alasan terpaksa menyewa bilik di rumah itu kerana sukar untuk mencari rumah atau bilik sewa berhampiran dengan tempat kerjanya,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, penguat kuasa menjalankan serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berpakaian lengkap membuka pintu.

“Kami menunggu hampir sepuluh minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Sebaik memasuki rumah berkenaan, seorang lelaki berpakaian lengkap berseluar pendek keluar ke ruang tamu daripada salah sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah itu turut menemui seorang wanita berusia 21 tahun yang dipercayai rakan kepada teman wanita lelaki berkenaan di sebuah bilik.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesemua mereka juga dikehendaki hadir mengikuti sesi kaunseling yang dikendalikan Masjid Al-Azim mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Taktik cuci muka di masjid tak menjadi


Taktik cuci muka di masjid tak menjadi
Dua remaja berusia 20an ini ditahan orang ramai ketika cuba mencuri motosikal yang diletakkan dekat Masjid Cabang Empat Tendong, jam 5 petang semalam.
TENDONG – Taktik mencuci muka di kolah Masjid Tendong tidak menjadi apabila jemaah mendapati dua remaja cuba mencuri motosikal yang di parkir, jam 5 petang semalam.

Jemaah, Zaradi Mohd Zain, 47, berkata, kehadiran dua remaja yang tidak dikenali mengundang curiga kalangan penduduk di sini.

Menurutnya, tindakannya yang mundar-mandir di sekitar masjid dan menuju ke kolah didapati hanya mahu mengelirukan jemaah masjid.

“Mereka tidak pula mahu mengambil wuduk sebaliknya hanya berkeliaran sekitar masjid tanpa sebarang urusan.
“Selesai solat, kami dikejutkan dengan bunyi bising dan penduduk menangkap mereka kerana cuba mencuri motosikal Yamaha LC,” katanya, semalam.

Sementara itu, saksi yang hanya mahu dikenali Phua, 71, berkata, sebelum kejadian ini, dia melihat kelibat dua remaja berada di motosikal Honda EX5 di kafe siber, pada jam 1.45 petang.

“Terkejut dengan jeritan saya, mereka lari tanpa sempat mengambil motosikal berkenaan.

“Saya agak mereka bukan orang tempatan kerana semua penduduk di sini sedar, ada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kedai berkenaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, penduduk juga yakin ini bukan kejadian pertama yang dilakukan remaja berkenaan, kerana penduduk melihat kelibat mereka beberapa kali petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Mohon waris mayat bertatu tampil


Mohon waris mayat bertatu tampil
Manoharan (tengah) menunjukkan antara gambar tatu yang berada ditubuh mayat serta loket dipakai mangsa.
KUALA TERENGGANU - Polis memohon waris atau orang awam yang mengenali seorang lelaki dipercayai warga asing yang ditemui mati terdampar di tepi pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini, 14 Januari lalu supaya tampil memberi maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mayat mangsa dipercayai berusia 30-an dan mati hampir dua minggu itu ditemui orang awam kira-kira jam 6 petang ketika mereka sedang bermain bola sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, identiti mayat terbabit tidak dapat dikenal pasti memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badannya selain keadaan mayat itu yang sudah lama dengan kepalanya yang hanya tinggal tengkorak.

“Ketika ditemui, mayat berkenaan dalam keadaan berbogel. Bagaimanapun, terdapat beberapa tatu di badan mangsa selain tulisan EOIL di kaki kiri serta rantai leher berloket Buddha.

“Hasil bedah siasat dijalankan turut menemui beberapa kecederaan dipercayai kesan tikaman iaitu empat luka di kanan dada, tiga luka (perut) dan satu luka dileher mangsa,” katanya.

Jelasnya, buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kerjasama orang awam diperlukan bagi mengenal pasti identiti mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan seterusnya mengenal pasti kejadian sebenar menimpa mangsa.

Sinar Harian keluaran 16 Januari lalu melaporkan, pengunjung Pantai Tanjung, Batu Rakit, di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa kedua belah mata, dipercayai warga asing yang terdampar di sini.

Pelajar sekolah maut, motosikal ditungganginya rempuh belakang lori



elajar sekolah maut, motosikal ditungganginya rempuh belakang lori
Ibu Mohd Haikhri, Maziah Hator melihat kecederaan dialami anak bongsu daripada lima beradik itu sambil diperhatikan rakan-rakan sekolah Mohd Haikhri di rumah mereka.


elajar sekolah maut, motosikal ditungganginya rempuh belakang lori
MUHAMMAD AZHAN


HULU TERENGGANU - "Dalam kesakitan, saya cuba bangun pergi kepadanya dan memanggil namanya tetapi tidak bersahut. Hati saya berdetik dia sudah tiada kerana melihat keadaannya tidak bergerak dan berlumuran darah."

Demikian cerita Mohd Haikhri Abdul Rashid, 16, pembonceng motosikal yang terselamat dalam kemalangan maut di Kampung Tok Randok melibatkan rakan baiknya, Muhammad Azhan Zol, 16, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bukit Diman dari arah Pekan Ajil.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam semalam itu, motosikal Honda EX5 ditunggang Muhammad Azhan dipercayai cuba memotong sebuah lori tiga tan sebelum merempuh belakang kereta Proton Iswara yang ketika itu berada di hadapan lori dan ingin membelok ke kanan.

Akibat rempuhan itu, Mohd Haikhri terjatuh ke sebelah kanan jalan, manakala rakannya tercampak ke bawah lori sebelum digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Mohd Haikhri, mereka berdua keluar dari rumah kira-kira jam 8.45 malam dan meronda-ronda di Pekan Ajil sebelum berhenti di sebuah stesen minyak di Tok Randok, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Hanya beberapa meter selepas kami berhenti di stesen minyak, tidak sangka kami terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa kawan baik saya. Ia berlaku sekelip mata dan sehingga kini, saya masih terbayang keadaannya yang terbaring kaku atas jalan raya.

“Melihatnya ketika itu, saya sudah jangka kawan baik saya ini telah tiada tetapi pada masa sama memujuk diri dengan mengandaikan dia masih hidup. Saya tidak tahu keadaan sebenar dirinya selepas itu kerana telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu oleh orang ramai," katanya.

Menurut Mohd Haikhri, sebelum kejadian arwah berubah menjadi terlalu pendiam, tidak seperti selalu.

“Dia memang seorang yang pendiam tetapi tetap bergurau senda dengan saya tetapi akhir-akhir ini dia berubah menjadi terlalu pendiam. Malah, petang semalam (kelmarin) dia hanya berdiam diri walaupun bersama saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, di sini, semalam.

Sementara itu, ibu Muhammad Azhan, Malini Ibrahim, 38, berkata, seminggu kebelakangan ini, anak sulung daripada lima beradik itu menjadi manja dan akan berbaring atas ribaannya selepas pulang dari sekolah.

“Saya hanya mengusap-usap kepalanya apabila dia berbaring atas ribaan dan tidak terfikir apa-apa kerana beranggapan dia ingin bermanja walaupun sebelum ini tidak pernah berbuat demikian. Malah, sebelum keluar rumah malam tadi (semalam), dia juga sempat berbuat demikian. Abang juga ada berkata ingin membelikan biskut paling sedap untuk saya.

“Ketika Abang memeluk dan mencium saya, hati saya rasa lain tetapi tidak mengendahkannya. Saya terkejut apabila salah seorang rakannya memberitahu dia telah meninggal akibat kemalangan,” katanya.



Lebih 1,000 penduduk Jalan Matang-Gunung Serapi terjejas jalan runtuh


KUCHING - Lebih 1,000 orang penduduk selain pelajar serta petugas sebuah politeknik dan sekolah menengah agama di Jalan Matang-Gunung Serapi dekat sini terjejas setelah sebahagian daripada jalan itu runtuh semalam.

Kejadian itu dilaporkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi yang melibatkan runtuhan sepanjang enam kilometer dan sebahagiannya dianggar sedalam 10 meter bermula dari Km10 jalan itu, kata Ketua Balai Polis Gita, Insp Gilbert Chin Hin hari ini.
 
"Sebagai langkah keselamatan, kita mengarahkan jalan berkenaan ditutup dan meminta pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif yang melalui jalan Pusat Pentadbiran Persekutuan sementara menunggu kerosakan ini diperbaiki," katanya.
 
Selain menjadi jalan penghubung kepada penduduk setempat serta pelajar dan petugas Politeknik Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuching, jalan ini turut digunakan untuk ke Taman Keluarga Matang dan Taman Negara Kubah.
 
Sehingga kini, Jabatan Kerja Raya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kejadian itu. - Bernama

Isteri tebusan sedih kematian tragis suami


IPOH - Isteri mendiang Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh dalam krisis tebusan di Algeria, mendakwa terlalu sedih dengan kematian penuh tragis suaminya.

Karen Tham Yoke Thing, 54, berkata kematian suaminya hanya dimaklumkan Wisma Putra kepadanya malam kelmarin.

Katanya, mendiang sebagai Inspektor Kawalan Kualiti dengan syarikat JGC Construction Pte. Ltd, baru tiga bulan bekerja di Algeria.

“Saya berharap semua memahami keadaan saya selepas mendapat berita kematian suami yang dimaklumkan oleh Wisma Putra lewat malam semalam (kelmarin),” katanya dengan nada sedih ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Ipoh Timur di sini, semalam.

Yoke Thing yang ditemani kakaknya, Janet Tham, 60, berkata, beliau belum pasti bila mayat mendiang akan tiba kerana masih menunggu Wisma Putra menguruskan penerbangan untuk membawa pulang mayat suaminya itu.

Katanya, iparnya yang tinggal di ibu negara akan menguruskan penerimaan mayat mendiang yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam waktu terdekat.

Difahamkan Yoke Thing bekerja sebagai jururawat dan pasangan itu mempunyai seorang anak yang sedang menuntut di sebuah universiti di Singapura.

Sementara itu, Kerajaan Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Chung Ngen dan turut berkongsi kesedihan bersama keluarganya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau diberitahu mangsa adalah anak Perak dan mengucapkan simpati kepada keluarganya.

“Saya berharap keluarganya dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa mangsa. Ini adalah perkara yang tidak kita rancang dan harap mereka tabah menghadapi keadaan ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Tiga maut ditembak termasuk lelaki bersenjata


Tiga maut ditembak termasuk lelaki bersenjata
Mangsa serangan di bawa ke hospital.
CHICAGO - Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk lelaki bersenjata ditembak di sebuah kolej di Texas, Amerika Syarikat (AS) selepas bertikam lidah, kelmarin.

Jurucakap polis, Amando Tello berkata, keadaan di Lone Star College  masih terkawal.

“Pelajar di kampus berkenaan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan kemungkinan kolej berkenaan ditutup sementara,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dua individu yang masih belum diketahui identiti mereka dipercayai berselisih faham.

“Polis kini masih mencari penembak kedua, namun dipercayai suspek tidak berada di kampus berkenaan,” katanya.

Tembakan itu berlaku ketika AS mengadakan berbahasan mengenai keganasan senjata berikutan pembunuhan ngeri 20 kanak-kanak dan enam kakitangan di sekolah rendah Connecticut, Newton.  - AFP

Suami ratapi kematian isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan



Laung nama isteri, anak-anak
Lokasi kejadian menunjukkan keadaan kereta yang tertimbus di bawah lapisan konkrit.
Laung nama isteri, anak-anak
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan konkrit menggunakan bantuan dua jentera forklift.
Laung nama isteri, anak-anak
Ghazali yang kesedihan cuba ditenangkan ahli keluarganya.
Laung nama isteri, anak-anak
Ghazali meratap sambil memeluk salah seorang anaknya yang terkorban dalam nahas ngeri itu.
MUAR – Hanya laungan nama Ngaisah, Balqis dan Azzem berulang kali memecahkan suasana pilu di kediaman Ghazali Salamon, 45, yang meratapi jenazah tiga ahli keluarganya selepas semua mangsa dikeluarkan dari timbunan barangan konkrit bahan binaan.

Ghazali merupakan suami kepada mangsa kemalangan, Ngaisah Redzuan, 46, bersama dua anaknya, Faatiorrohirullah Al Azzem Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10; maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah kereta Proton Persona dengan lori sarat membawa muatan konkrit di Batu 14 Jalan Muar-Air Hitam, berhampiran Bukit Naning dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Bagaimanapun usaha untuk menemu bual Ghazali iaitu Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Umno Bahagian Bakri,. tidak berjaya berikutan keadaannya yang tidak mengizinkan dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarganya.

Lebih memilukan, kejadian ngeri itu berlaku di hadapan rumah mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning iaitu tempat Ngaisah mengajar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.

Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dengan tujuh anggota.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terhempap dalam timbunan barangan konkrit bahan binaan dengan menggunakan bantuan dua jentera forklift.

“Ketika dikeluarkan, mangsa sudah meninggal dunia dan pemandu lori berkenaan dipercayai melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pertemuan terakhir Rabu lalu KAKAK kedua Ngaisah, Noriah Redzuan, 70, begitu terkejut menerima berita yang menimpa adiknya melalui penduduk kampung.

“Kali terakhir saya menemui Ngaisah pada Rabu minggu lalu di sebuah kedai runcit di Parit Sulung, Batu Pahat.

“Dalam pertemuan itu, dia tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik dan sentiasa dengan sikap ramahnya,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa yang dikenali sebagai Shidah, 47, berkata, sebelum kejadian arwah sempat meninggalkan pesanan supaya membantunya memasang langsir baru sekolah pada keesokan hari (hari ini).

“Tahun ini arwah menaja langsir baru untuk sembilan kelas seperti yang dilakukannya setiap tahun.

“Hari ini (semalam) kami tidak sempat berbual panjang kerana sibuk bergotong royong membersihkan sekolah berikutan akan menerima kunjungan lawatan Nazir Jumaat ini,” katanya.

Shidah turut sedih mengenangkan semula pesanan terakhir arwah dan menganggap pemergian sebagai satu kehilangan besar buat dirinya kerana mereka sudah bersahabat baik lebih 20 tahun lalu.

Manakala seorang anak murid mangsa, Nornasha Kamarudin, 12, berkata, dia turut sedih dengan pemergian guru matematiknya itu.

“Ketika mengajar dalam kelas hari ini, Cikgu Ngaisah banyak tersenyum dan mendekati rakan-rakan yang tidak faham dengan apa yang diajarnya,” katanya.