Search This Blog

Wednesday, January 23, 2013

Warga Kanada tembak mati peguam, plaintif



23 Januari 2013
MANILA - Seorang peguam dan anak guamnya ditembak mati oleh tertuduh warga Kanada semasa perbicaraan berlangsung di mahkamah di bandar Cebu, semalam.

Tindakan defendan mengacukan pistol ke arah orang awam di kamar mahkamah tersebut turut menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menembaknya.

Ketua polis serantau, Marcelo Garbo memaklumkan lelaki itu hanya cedera dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - AFP

Lagi ratusan penerbangan dibatalkan di Eropah


LONDON - Ratusan lagi penerbangan terjejas berikutan salji tebal dan cuaca sejuk melampau di seluruh Eropah, kelmarin.

Sebanyak 500 jadual penerbangan di Lapangan Terbang Frankfurt yang menjadi pusat perkhidmatan udara utama di Jerman terpaksa dibatalkan.

Selain itu, Lapangan Terbang Heathrow, London turut mengambil tindakan sama kira-kira 24 jam lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga kerana jarak penglihatan kurang jelas akibat salji tebal. - AFP

Lelaki Vietnam dipenjara sehari, denda rasuah pembantu penguatkuasa JPJ



23 Januari 2013
JOHOR BAHRU - Seorang rakyat Vietnam dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tahun lepas.
  
Hakim Mohd Nasir Nordin turut mengarahkan tertuduh, Truong Minh Thao, 26, yang merupakan buruh binaan, dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
   
Truong didakwa memberikan suapan wang tunai RM200 kepada Mohd Noorhakim Idrous sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan mengeluarkan saman kerana tidak memiliki lesen memandu.
  
Kesalahan itu dilakukan di Plaza Tol Skudai, di sini, kira-kira pukul 10.40 malam, 11 Oktober 2012.
  
Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Sajori Martubi manakala Truong tidak diwakili peguam. - Bernama

Pasangan kekasih berdepan tali gantung


Pasangan kekasih berdepan tali gantung
Mohammad Noorfazli (kanan) dan pasangannya (tengah) dibawa ke penjara selepas dituduh, semalam.
KOTA BHARU – Sepasang kekasih berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 400 gram dadah, bulan lalu.

Tuduhan terhadap pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Mohamad Noorfazli Mohamad Zulkeply, 24, dan Nor Fatima Md Yusman, 20, kedua-duanya dari Pasir Mas didakwa mengedar dadah jenis metamphetamine itu di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 2 pagi, 28 Disember lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dalam perkembangan sama, mereka juga berdepan tuduhan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 memiliki enam gram dadah jenis nimetazepam pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes bersambung 28 April depan.

OKU maut tercampak

OKU maut tercampakMotosikal mangsa yang terbalik selepas dirempuh dari belakang.
ALOR GAJAH - Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal jenis Suzuki RC yang ditunggangnya dirempuh sebuah motosikal di jalan Taboh Naning, Simpang Ampat, di sini, kira-kira jam 12.45 tengah hari, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian itu, mangsa, Chin Teck Ming, 56, dari arah Taboh Naning menuju ke pekan Simpang tercampak selepas dirempuh dari arah belakang oleh motosikal ditunggangi, Jahmizan Md Amin, 36.

Jahmizan berkata, ketika kejadian, dia yang bekerja di sebuah kilang di Serdang dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan.

Menurutnya, ketika itu, motosikal dinaiki mangsa terhuyung-hayang sebelum hilang kawalan.

"Saya cuba mengelak daripada merempuh mangsa, namun gagal menyebabkan mangsa tercampak ke atas tebing jalan bersama motosikalnya manakala topi keledarnya tertanggal,” katanya.

Menurutnya, sejurus perlanggaran itu, dia bersama beberapa orang awam cuba membantu mangsa.

“Saya cuba mengejut mangsa, namun tiada tindak balas sehingga pihak polis tiba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin yang mengesahkan kemalangan berkenaan berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalang curi kereta di Pontian ditahan


Dalang curi kereta di Pontian ditahan
Dua Proton Waja dicuri suspek yang berjaya dirampas polis.
PONTIAN - Seorang lelaki dipercayai dalang kegiatan curi kereta di daerah ini ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Molek, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian diketuai Inspektor Mohd Hanif Abd Rashid bersama beberapa anggotanya ke rumah tersebut kira-kira jam 2.30 pagi untuk melakukan intipan.

Menurutnya, setibanya di rumah itu suspek berusia 39 tahun dilihat berada di dalam sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila polis menghampiri kereta tersebut dan meminta suspek keluar, dia bertindak melarikan diri seterusnya dikejar polis dan berlaku pergelutan sebelum suspek akhirnya berjaya ditangkap.

“Hasil siasatan didapati nombor pendaftaran kereta Proton Waja tersebut palsu dan dipercayai dicuri. Suspek turut mengaku telah mencuri beberapa kereta di sekitar daerah Pontian untuk dijual kepada orang lain,” katanya pada sidang media di IPD Pontian, di sini, semalam.

Zahaliman berkata, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Taman Cahaya Kota Putri, Masai, Pasir Gudang di mana terdapat sebuah lagi kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran palsu yang telah dijual kepada seorang pembeli.

Katanya, ketika serbuan dilakukan sekitar jam 3 pagi di rumah itu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30an yang merupakan pembeli kereta tersebut.

“Hasil pemeriksaan di rumah terbabit, polis turut menemui beberapa jenis dadah antaranya heroin, syabu dan pil ekstasi.

“Pihaknya percaya tangkapan ke atas suspek telah berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kereta di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Rosnah: 20 dijangkiti kolera di Papar


PAPAR - Dua kes jangkitan kolera membabitkan 20 orang dilapor berlaku di daerah ini semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
  
Katanya kejadian membabitkan 18 orang dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan dua lagi dari Taman Limau-Limauan.
  
"Saya dimaklumkan kejadian di Limau-Limawan disebabkan makanan yang dibeli di tamu malam (pasar malam) dan kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
  
"Kejadian di Pusat Tahanan Sementara Papar pula melibatkan 18 kes (orang). Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Papar semalam tetapi empat sudah keluar daripada hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Rosnah menasihati penduduk agar tidak panik kerana wabak itu terkawal dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah.
 
"Kes kolera selalunya berpunca daripada persekitaran dan makanan yang tidak bersih. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan memasak makanan dan minuman," katanya.
  
Terdahulu, ketika berucap menutup program Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, di Kinarut, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar mengucapkan tahniah kepada warga MRSM itu yang mendapat pengiktirafan 'Smart School' berkuat kuasa bulan ini.
  
"Status Smart School membuktikan MRSM Kota Kinabalu memenuhi satu piawaian yang tinggi baik dalam segenap aspek seperti Gred Purata Sekolah, kokurikulum, kepimpinan pelajar, kecekapan pengurusan pentadbiran dan sebagainya.
  
"Saya yakin dan percaya pemilihan MRSM Kota Kinabalu sebagai Smart School sangat tepat dan saya berharap lebih banyak kejayaan dicipta dan dicapai oleh MRSM Kota Kinabalu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," katanya. - Bernama

Remaja hilang sejak 14 Januari


Remaja hilang sejak 14 Januari
Norhamimi Syahida yang belum ditemui.
SENAI – Polis sedang mengesan seorang remaja berusia 14 tahun yang hilang selepas dipercayai keluar daripada rumah bapa saudaranya, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, Norhamimi Syahida Kasman dipercayai keluar dari rumah bapa saudaranya yang beralamat di nombor 30, Tingkat 2, Blok 38, Taman Cendana dekat Pasir Gudang, sekitar jam 6 pagi, pada 14 Januari lalu.

“Sehingga sekarang Norhamimi Syahida masih belum pulang dan tidak dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai penyiasat, Inspektor A Suthashini SV di talian 012-7488509 atau 07-3864222 atau mana-mana balai berhampiran.

Taktik curi susu tepung gagal


Taktik curi susu tepung gagal
Cubaan mencuri susu tepung dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
BALING - Tindakan seorang lelaki mencuri sebungkus susu tepung gagal setelah tindakannya itu disedari oleh pemilik kedai runcit di Pekan Khamis, Kupang di sini, semalam.

Lelaki berusia 20-an itu menyorokkan susu tepung di dalam seluarnya sebelum membeli dua lolipop bagi mengaburi mata pemilik kedai itu.

Namun begitu, lelaki terbabit telah melarikan diri setelah pemilik kedai ingin memeriksa bajunya yang kelihatan kembung selain tindakan yang mencurigakan.

Pemilik kedai, Fan Thean Choy, 55, berkata, lelaki itu terlalu takut sehingga meninggalkan motosikal yang ditungganginya.

Menurutnya, dia cuba mengejar lelaki terbabit tetapi gagal sehingga memaksanya meminta bantuan orang ramai termasuk Persatuan Prihatin dan Keselamatan Sukarela (PPKS) Baling.

“Saya yakin, pencuri itu tidak boleh pergi jauh kerana motosikalnya berada di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan susu tepung yang dicuri itu adalah untuk diberikan kepada anaknya.

“Walaupun dia kesempitan wang tapi mencuri bukanlah jalan penyelesaiannya. Sekiranya dia betul-betul terdesak, kita boleh bantu dia,” katanya.

Menurutnya, motosikal yang ditinggalkan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan sepatutnya.

“Kita serahkan kepada polis, biar mereka jalankan siasatan. Kejadian ini tidak dapat dimaafkan, selagi mereka tidak terima hukuman, mereka akan terus mencuri,” katanya.

Katanya, kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan pencuri itu dipercayai bukan penduduk kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Penantian ibu anak dilarikan penjenayah bagaikan suatu iguan ngeri



23 Januari 2013
KEMAMAN - Penantian selama 30 minit anak dilarikan penjenayah bersama kenderaan pacuan empat roda milik seorang peniaga dirasakan ibarat igauan ngeri dan sangat lama buat ibu kepada budak berusia tiga tahun itu.

Sarina Husin, 37 dan suaminya Zailani Mohd Shah, 43 nyata resah memikirkan nasib anaknya Mohd Darwish Aniq, yang berada di dalam kereta terbabit namun keresahan itu tidak berpanjangan setelah berjaya menemui kembali anaknya serta kenderaan mereka dengan bantuan pihak polis selepas mengejar kenderaan terbabit kira-kira 50 kilometer.

Menceritakan kembali, Sarina berkata, sebelum kejadian, mereka tiga beranak dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Baru Kerteh untuk membeli peralatan dapur di Bandar Kemaman sebelum singgah memberhentikan kenderaan pacuan empat roda milik mereka itu di stesen minyak Petronas di Kampung Bukit Kuang, di sini.

Katanya mereka tiga beranak berhenti di stesen minyak terbabit untuk ke tandas sebelum meninggalkan anaknya itu bersendirian yang tidur di kusyen belakang kenderaan, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

"Saya ke tandas terlebih dahulu dan belum sempat saya keluar, saya tidak menyangka suami pula masuk ke tandas dan meninggalkan anak kami sendirian di dalam kereta.

"Sebaik saya menghampiri di tepi kenderaan, secara tiba-tiba kenderaan bergerak," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat polis Daerah Kemaman, di sini hari ini.  

Menurutnya, dia mengejar keretanya sambil mengetuk tingkap kerana menyangka suaminya itu berada di dalam kenderaan terbabit namun pemandu berkenaan tidak
menghiraukan.

Beliau berkata dia bergegas ke tandas dan memanggil suami sebelum memaklumkan kenderaan mereka dilarikan suspek.

Situasi cemas itu disedari seorang pemuda Saufi Sukardi, 21, yang secara kebetulan berhenti di situ untuk mengisi minyak dan mendengar jeritan isteri mangsa sebelum mengajak kedua-dua mangsa mengejar kenderaan yang dilarikan suspek itu.

"Saya dan suami menumpang kereta pemuda itu mengejar sehingga ke Institut Kemahian Belia Negara (IKBN) Kemasik dan dalam perjalanan itu kami sempat menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan," katanya.
Menurutnya beberapa minit selepas itu sepasukan anggota polis yang menaiki sebuah kenderaan memintas kenderaan dinaikinya dalam usaha mengejarkan kenderaan yang dilarikan penjenayah terbabit.

"Kami dan polis mengejar kereta suspek sejauh kira-kira 50 kilometer dan saya akhirnya menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan kereta kami dijumpai dan suspek yang melarikan kenderaan kami turut berjaya ditahan di Jalan Santong Paka, Dungun kira-kira jam 11.30 pagi tadi," katanya.

Katanya dia hanya mampu berdoa dan syukur selepas mendapati anak bongsu daripada empat beradik itu selamat dan tidak diapa-apakan penjenayah terbabit.

"Saya berterima kasih kepada polis yang benar-benar cekap termasuk pemuda berasal dari Kuala Terengganu yang sanggup membantu menyelamatkan anak saya serta berjaya menahan penjenayah terbabit," katanya.  - Bernama

Buat helah cari besi buruk


Buat helah cari besi buruk
Md Talmizi dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah melakukan pencerobohan.
KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor nyaris terpedaya dengan tipu helah seorang buruh yang telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya, dengan memberi alasan hendak mencari besi buruk di sekitar kawasan berkenaan.

Namun, helah Md Talmizi Hashim, 36, dari Kampung Gelugor Kedai, di sini, bukan sahaja tidak berjaya, malah padahnya, dia dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki ke dalam kawasan rumah milik Said Sulung, 46, di Kampung Tok Hakim, Padang Midin, di sini.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh itu pada 19 Januari lalu lebih kurang jam 2.30 petang.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Md Talmizi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang tiba di rumahnya kira-kira jam 3 petang pada 19 Januari lalu ternampak sebuah motosikal di luar kawasan rumahnya.

Curiga dengan keadaan itu, mangsa membuat pemeriksaan sebelum ternampak seorang lelaki tidak dikenali iaitu Md Talmizi berada di dalam pagar rumahnya.

Ketika ditanya, Md Talmizi berlagak selamba memaklumkan sedang mencari besi buruk sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian dalam keadaan tergesa-gesa.

Melihat gelagat Md Talmizi yang mencurigakan itu, mangsa terus membuat pemeriksaan sebelum menemui kesan umpil di bahagian tingkap belakang rumahnya dan mengesyaki Md Talmizi yang mencungkil rumahnya.

Sejurus kejadian itu, mangsa dengan dibantu penduduk kampung menahan Md Talmizi di tepi jalan di Kampung Kepong, Jalan Serada, di sini, sebelum menyerahkannya kepada polis.

Sementara itu, di mahkamah sama, Md Talmizi turut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda serta dua tahun pengawasan polis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kereta terperosok bawah lori


Kereta terperosok bawah lori
Toyota Vios terperosok di bawah bas dalam kejadian kemalangan di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, Ahad lalu.
Kereta terperosok bawah lori
Pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.
TANJUNG SEPAT – Penumpang sebuah bas persiaran berdepan saat cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, di sini, Ahad lalu.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu dan penumpang bas persiaran tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, bas dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang membawa lebih 10 penumpang terbabit dikatakan dalam perjalanan ke arah Tanjung Sepat, manakala kereta dipandu wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu pula dalam perjalanan ke Sungai Pelek.

Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terperosok di bawah bas.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.

"Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas persiaran terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebuah jentera bomba turut sama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama apabila melalui kawasan kampung dan tempat sunyi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pemuda maut kemalangan

Kereta Honda Accord dinaiki Kar Lok rosak teruk, manakala mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
Liew Kar Lok
RAUB – Seorang pemuda maut apabila kenderaan jenis Honda Accord yang dinaikinya terlibat kemalangan di Kilometer 349 Jalan Raub – Lipis pada jam 3 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan terbabit, Ho Kok Wei, 26, bersama dua penumpang iaitu Ho Kok Chong, 17, dan Liew Kar Lok, 18, dalam perjalanan dari arah Lipis.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, Kok Wei gagal mengawal kenderaannya, sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar tebing bukit.

“Difahamkan, kereta itu melambung dan terjatuh di belakang kenderaan jenis Proton Perdana.

“Dalam kejadian itu penumpang belakang iaitu Kar Lok yang tinggal di Kampung Baru Sungai Ruan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya.

Azhar berkata, Kok Wei yang juga tinggal di Kampung Baru Sungai Ruan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Raub.

Katanya, penumpang di tempat duduk hadapan iaitu Kok Chong pula mengalami kecederaan dalaman dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoShas) Temerloh.

“Bagaimanapun pemandu dan penumpang kereta Proton Perdana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sampel darah Kok Wei juga diambil untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dua beradik berhadapan tali gantung



KUANTAN - Dua beradik dari Felda Bukit Sagu, dekat sini, berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa atas kesalahan mengedar 24.14 gram dadah berbahaya, 17 Januari lalu.

Pasangan adik beradik, Rizham Ramli, 42,  dan Rizal Azreen Ramli, 32, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dua peket plastik lut sinar setiap satu berisi serbuk dan ketulan warna kuning mengandungi dadah jenis heroin di Nombor 145,  Jalan Felda Bukit Sagu,  kira-kira 1.40 pagi.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta A 1025) (Pindaan 1998) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dengan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Majistret, Rini Triany Muhammad Ali menetapkan 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia.

Warga emas lepas hukuman sebat


KUANTAN - Seorang penagih dadah warga emas yang mengaku bersalah lari dari tahanan terselamat daripada sebatan kerana melebihi umur bagi menjalani hukuman itu.

Bagaimanapun, Majistret Rini Triany Muhammad Ali mengenakan hukuman 15 bulan penjara ke atas K Somasundaramal, 56, kerana melarikan diri dari Pusat Serenti Gambang, kira-kira jam 8 pagi, 29 Jun lalu.

Tertuduh, dalam rayuannya minta hukuman diringankan kerana menanggung empat anak dan seorang isteri yang sedang sakit.
 
Somasundaramal melakukan kesalahan di bawah Seksyen 19(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983 (Pindaan 1998) yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau sebatan tidak lebih tiga sebatan atau kedua-duanya sekali.

Anggota polis mengaku salah simpan tenggiling


Anggota polis mengaku salah simpan tenggiling
Muhammad Norazzuan (kiri) dibawa keluar dari mahkamah oleh salah seorang pegawai Perhilitan.
ALOR SETAR - “Saya insaf dan mohon diberi peluang untuk menjalani kehidupan baru,” kata Muhammad Norazzuan Ahmad Zahari, 24, yang dituduh menzalimi serta menyimpan 18 ekor tenggiling, tahun lalu.

Muhammad Norazzuan, yang juga seorang anggota polis berpangkat konstabel mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pindaan yang dikenakan terhadapnya selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Rosli Osman.

“Saya mohon hukuman dikurangkan dan kenderaan dipulangkan untuk membolehkan saya mencari kerja lain selepas menjalani hukuman nanti,” katanya ketika merayu selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mohd Rosli ketika membacakan keputusannya meminta tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Kamu perlu banyak berdoa, berzikir dan berusaha kerana yakinlah ALLAH akan memudahkan rezeki di tempat lain dan jangan berputus asa untuk jalani kehidupan baru, rezeki ALLAH yang bagi,” katanya ketika menasihati tertuduh.

Bagi pertuduhan pindaan, dia didapati sengaja menzalimi 18 ekor tenggiling hidup dengan menyeksa secara cuai tanpa makanan dan minuman, dikurung dan diikat dalam karung plastik menyebabkan penderitaan dan ketidakselesaan ditempatkan di bahagian bonet sebuah kereta Perodua Myvi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Check Point ‘C’ Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu pada 22 September 2012.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

 Bagi pindaan pertuduhan pertama, pada tempat dan tarikh sama, Muhammad Norazzuan didapati menyimpan lima ekor tenggiling hidup di  bonet belakang keretaPerodua Myvi. Bagi kesalahan ini dia dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan.

Untuk pindaan pertuduhan kedua pula, pada tempat dan tarikh sama, Muhammad Norazzuan didapati menyimpan tujuh ekor tenggiling hidup tidak matang dan bagi kesalahan ini dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan.

Bagi pindaan pertuduhan ketiga pula, pada tempat dan tarikh sama, tertuduh didapati menyimpan enam ekor tenggiling betina hidup. Bagi pertuduhan ini dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

Hakim mengarahkan hukuman penjara ke atas Muhammad Norazzuan dijalankan serentak dari tarikh tangkap iaitu pada 22 September 2012.

Manakala kenderaan milik tertuduh dilucutkan hak dan tidak dikembalikan.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Perhilitan Kedah, Shahruddin Othman.

Warga Vietnam jadi ah long


Warga Vietnam jadi ah long
Faizal Fazri (tengah) menunjukkan pedang samurai yang telah direka sendiri sepasang kekasih warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Semarak, Nilai, semalam.
SEREMBAN – Jabatan Imigresen negeri menahan sepasang kekasih warga Vietnam kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial serta memiliki senjata tajam pedang samurai dan beberapa alatan merbahaya yang direka sendiri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Semarak, Nilai, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 4 pagi oleh 16 anggota dan pegawai yang diketuai pegawai Imigresen, Abd Aziz Mansor itu dilakukan selepas menerima aduan awam serta risikan pihaknya.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, rumah pasangan kekasih masing-masing berusia 28 dan 34 tahun itu diserbu ketika kedua-duanya sedang tidur.

“Semasa pemeriksaan di dalam bilik warga Vietnam berkenaan, kita menemui sebilah pedang samurai, sebilah parang, batang besi paip yang telah diubah suai menjadi senjata dan kayu cota yang disembunyikan di bawah tilam.

“Kesemua barang tersebut direka sendiri pasangan berkenaan berikutan pedang samurai itu terdiri daripada pembaris besi yang telah diasah menjadi tajam serta ditambah pemegang untuk dibentuk menjadi pedang,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di pejabatnya di Wisma Persekutuan,  semalam.

Menurutnya, pihaknya turut melakukan serbuan di sebuah rumah yang didiami seramai lima warga Vietnam yang berdekatan dengan rumah pasangan kekasih berkenaan.

“Serbuan rumah kedua pula, pihak kami telah menahan sepasang suami isteri berusia 34 dan 30 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam bulan di dalam bilik. Manakala bilik kedua pula, didiami pasangan kekasih berusia 28 dan 27 tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, kita menemui tiga pasport warga Vietnam milik individu lain, 18 keping kad ATM Bank Simpanan Nasional yang juga milik individu tidak dikenali serta wang tunai berjumlah RM2,200,” katanya.

Faizal Fazri berkata, kesemua warga Vietnam yang ditahan di kedua-dua rumah itu tidak bekerja berikutan permit kerja mereka telah disenaraihitamkan oleh majikan.

“Kesemua mereka sebelum ini bekerja di salah sebuah kilang di Nilai namun melarikan diri dengan tidak datang ke tempat kerja sejak sebulan lalu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sedang menyiasat motif kesemua kad ATM dan pasport itu disimpan warga Vietnam berkenaan.

“Kita percaya mereka semua terlibat dengan kegiatan ah long sebagai sumber pendapatan mereka dan kita masih menyiasat sama ada mereka terlibat dengan kegiatan kongsi gelap,” katanya.

Faizal Fazri berkata, pasangan suami isteri berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 (1) Akta Pasport 1966 kerana melakukan kesalahan memiliki pasport individu lain manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

Katanya lagi, pihaknya turut melakukan serbuan di tujuh buah rumah lain yang didiami warga Vietnam di kawasan perumahan tersebut.

“Kita menahan 13 warga Vietnam yang terdiri tujuh lelaki dan enam wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an yang turut tidak memiliki dokumen yang sah,” katanya.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan selanjutnya.

Bapa dituduh miliki pistol


Bapa dituduh miliki pistol
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sungai Petani, semalam.
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Seksyen 2 Sungai Petani, semalam atas tuduhan memiliki senjata api dan 90 butir peluru Disember tahun lalu.

Tertuduh, Lo Hong Soon, 46, dari Taman Kenari Jaya, Sungai Petani didakwa kerana memiliki sepucuk pistol jenis Baretta dalam kejadian 28 Disember 2012, kira-kira jam 5 pagi di kawasan perumahan sama.

Akibat perbuatan itu, dia boleh dihukum bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang dari enam kali.

Sementara itu, Hong Soon juga didakwa atas pertuduhan kedua iaitu memiliki 90 butir peluru 9mm Lugel pada waktu dan tarikh sama.

Dia boleh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Rayuan tertuduh untuk diikat jamin dengan alasan masih mempunyai anak yang bersekolah tidak dibenarkan.

Hakim Norsalha Datuk Hamzah memaklumkan bahawa tuduhan di bawah seksyen berkenaan tidak dibenarkan diikat jamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hasnurliza Mohd Radzi.

Norsalha menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Kempunan lihat cucu kahwin



Kempunan lihat cucu kahwin
Atimah menunjukkan keadaan arwah ketika rebah sebaik sahaja keluar dari bilik air.
Saibah Dedek
Saibah Dedek
MARAN - Hajat seorang warga emas warganegara Indonesia untuk memeriahkan majlis perkahwinan cucunya pada Ahad ini tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat serangan jantung di bilik air rumah bakal pengantin di Kampung Luit, pagi semalam.

Anak saudara mangsa, Bakar Omar, 52, berkata, kejadian jam 8 pagi itu disedari ibunya, Atimah Abdullah, 72, apabila melihat arwah, Saibah Dedek, 61, rebah sebaik keluar dari pintu bilik air.

Menurutnya, dia dan saudara lain membantu mengangkat arwah ke bilik sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Maran untuk rawatan lanjut.

“Pihak  klinik mengesahkan arwah meninggal dunia akibat serangan jantung dan tiada sebarang kecederaan setelah terjatuh di bilik air.

“Kejadian berlaku sekelip mata, namun kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” katanya.

Bakar berkata, arwah yang pertama kali berkunjung ke Malaysia begitu beria-ria mahu menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan tiba bersama tiga saudara lain pada minggu lepas.

Menurutnya, walaupun mempunyai masalah ketika berurusan dengan imigresen Indonesia apabila mesin pengimbas gagal mengimbas cap jari arwah, namun keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk ke negara ini.

“Ketika kali pertama berurusan, arwah diminta pulang. Perkara sama berlaku ketika berurusan kali kedua sehingga terpaksa menggunakan budi bicara supaya pasport arwah dapat dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

“Arwah mahu datang lebih awal dari tarikh majlis perkahwinan untuk membantu membuat persiapan, selain mahu bertemu sanak-saudara di sini,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Luit selepas mendapat persetujuan keluarga.

Wanita dipenjara sehari pukul dahi seorang lelaki



KUANTAN  - Sudah jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga Myanmar yang datang ke negara ini untuk mencari suaminya terpaksa menjalani hukuman sehari penjara dan denda RM2,500 kerana kesalahan mencederakan seorang lelaki.

Soukkangna dari Vientiane juga berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda yang diarahkan Majistret Mahkamah Majistret, Rini Triany Muhammad Ali.

Wanita berusia 26 tahun itu dilihat tenang ketika fakta kes dibacakan dalam bahasa Laos oleh jurubahasa mahkamah.

Sementara itu, peguam bela tertuduh merayu mahkamah meringankan hukuman kerana pengakuan tertuduh menjimatkan masa mahkamah, selain sudah mempunyai dua anak berusia lapan bulan dan dua tahun yang kini berada di bawah jagaan ibu bapa tertuduh di Myanmar.

Difahamkan juga, tertuduh datang ke negara ini untuk mencari suaminya yang dipercayai bekerja di Malaysia tetapi sudah lama tidak pulang ke negaranya dan tidak memberi nafkah kepada keluarga.

Melalui kertas pertuduhan, kira-kira jam 2 pagi, pengadu berada di tempat letak kereta di Jalan Haji Ahmad Kuantan mengadu berlaku pertengkaran dengan tertuduh sebelum wanita itu memukul dahinya dengan botol kaca.

Akibat pukulan itu menyebabkan pengadu mengalami kecederaan pada dahinya dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku dengan sengaja mendatangkan cedera kepada pengadu dengan menggunakan botol arak.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau denda atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadila Md Ali.

Polis gagalkan cubaan larikan kanak-kanak



K Manoharan
K Manoharan
KUALA TERENGGANU - Tindakan pantas polis telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada diculik selepas setengah jam mangsa dibawa lari bersama kenderaan Mitsubishi Storm milik bapanya di Kemaman pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika mangsa dikatakan sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut yang ditinggalkan ibu dan bapanya yang singgah di sebuah stesen minyak di Kijal untuk ke tandas.

Melihat kenderaan berkenaan tidak dikunci dengan keadaan enjin masih hidup, seorang lelaki dilapor melarikan kereta tersebut dan memecut ke arah Dungun.

Kejadian bagaimanapun disedari ibu mangsa yang berusia 37 tahun apabila melihat kereta itu bergerak dan dia bersama suaminya yang merupakan seorang peniaga berusia 47 tahun terus menghubungi pihak polis.

Keluarga itu dari Kijal sedang menuju Chukai untuk urusan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis daerah Kemaman terus membuat operasi sebelum melihat kenderaan tersebut di Kerteh.

"Lebih kurang pukul 11 pagi, anggota polis berjaya memintas kenderaan curi itu kira-kira 70 kilometer dari tempat ia dilarikan.

"Kanak-kanak lelaki itu pula ditemui dalam keadaan terpinga-pinga selepas terjaga dari tidur tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam di sini hari ini.

Menurut Manoharan, siasatan awal terhadap suspek berusia 26 tahun berasal dari Kampung Padang Luas, Jerteh, Besut itu mendapati dia tidak melakukan jenayah itu bersendirian.

"Suspek memberitahu terdapat dua rakannya menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hijau gelap turut terlibat dalam jenayah tersebut," katanya. 

Sehubungan itu, pihak polis kini sedang menjalankan operasi untuk menangkap dua lagi rakan suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) kerana curi kenderaan dan 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak di luar jagaan ibu bapa.

Dalam pada itu, Manoharan turut memuji kecekapan anggota dan polis Kemaman yang mengambil tindakan segera untuk mengesan kanak-kanak dan kereta tersebut. - Bernama

Mayat mangsa lemas ditemui pasukan penyelamat


BALIK PULAU: Mayat Marzuki Ammar, 22, yang lemas ketika memukat udang bersama abangnya ditemui pasukan penyelamat selepas 24 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Mayat abangnya, Mazlan Ahmad, 32, ditemui lemas di persisiran Pantai Kuala Sungai, Balik Pulau, kira-kira jam 11 pagi semalam selepas keluar memukat udang kira-kira jam 6 pagi.

‘Cinta’ terbakar


Johor Bahru: “Jaga malam ni. Itu amaran dihantar ke peti mel suara telefon bimbit yang dikirim bekas teman lelaki adik saya yang diterimanya pada jam 10.40 malam tadi (kelmarin).

“Kira-kira jam 3 pagi tadi (semalam), kereta Perodua Myvi adik dibakar individu tidak dikenali dan kami syak ia ada kaitan dengan amaran terbabit,” kata Izwan Muhamad, 26, ketika ditemui di kediamannya di Bandar Baru Uda di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, Perodua Myvi milik adik Izwan, Nabila, 25, dibakar dipercayai dilakukan individu yang kecewa selepas cintanya tidak dibalas mangsa.

Izwan berkata, ketika kejadian, beberapa jiran terdengar letupan sebelum melakukan pemeriksaan dan mendapati Perodua Myvi Nabila yang dibeli kira-kira setahun lalu terbakar.


“Kereta itu diparkir di tepi jalan berhampiran rumah kami. Ketika keluar rumah, saya dapati jiran berusaha memadamkan kebakaran sebelum bomba dan penyelamat tiba,” katanya kepada Harian Metro.

Kes pecah rumah selesai


ALOR GAJAH: Polis berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang berlaku di sekitar Masjid Tanah dan Lubok Cina dengan tertangkapnya enam lelaki berusia antara 16 hingga 56 tahun bersama barang kes dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini pada 17 Januari lalu.

Kesemua mereka diberkas di rumah masing-masing dalam beberapa siri serbuan.
Dalam serbuan itu polis merampas barang yang disyaki dicuri membabitkan penggerudi kayu, mesin rumput, barang elektrik dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenis.

Semua suspek direman sehingga 30 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, 380 dan 392 Kanun Keseksaan

51 warga Indonesia diberkas dalam Ops Pintu


BINTULU: Tidur nyenyak pekerja warga asing di dua tapak pembinaan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong dan Taman Jade, di sini terganggu apabila diserbu Jabatan Imigresen dalam Ops Pintu, awal pagi tadi.

Serbuan itu menyaksikan 51 warga Indonesia tanpa sebarang dokumen perjalanan berjaya diberkas.

18 lelaki leka berjudi ditahan


ALOR GAJAH: Seramai 18 lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan bersama wang tunai berjumlah RM41,077 dalam satu ops judi belangkas di Kuala Ina, Pulau Sebang, jam 7.30 malam tadi.

Ketika serbuan dilakukan, semua suspek dikatakan sedang leka berjudi dalam hutan di sebalik sebuah rumah ibadat dengan beralaskan sebuah meja papan dan berteduh di bawah kanvas sebelum bertaruh mengikut balingan dadu yang memiliki enam simbol.
Difahamkan, kegiatan berkenaan dipercayai sudah dijalankan kira-kira tiga minggu lalu pada setiap hari bermula dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam.

2 lelaki buruan polis ditahan di Miri


MIRI: Dua lelaki yang menjadi buruan polis kerana meragut seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa minggu lalu, ditahan di rumah salah seorang suspek di Tudan, di sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek yang mendakwa bekerja sebagai nelayan berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Balai Polis Pusat Miri, selepas menerima maklumat mengenai kehadiran mereka di situ, pada jam 8.30 malam.
Difahamkan, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau selain kedua-duanya pernah dipenjara atas kesalahan pecah rumah enam tahun lalu, sebelum dipercayai terbabit.

Menurut sumber, dalam kejadian ragut itu, suspek dikatakan menyentap beg tangan seorang wanita yang sedang berjalan kaki kerana mahu menghadiri majlis kenduri di rumah seorang penduduk di Tudan, sebelum didekati oleh kedua-dua suspek yang ketika itu sedang menunggang sebuah motosikal, jam 8 malam.


Katanya tindakan suspek terbabit menyebabkan wanita itu terjatuh sehingga mengalami kecederaan ringan, manakala beg tangan berisi wang tunai RM300, seunit telefon bimbit serta kad pengenalan miliknya lesap.

UPP Kuala Perlis tangkap 23 Pati Myanmar


KANGAR: Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) antara 23 pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Myammar yang dicekup Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis bersama seorang tekong darat berusia 23 tahun dalam dua tangkapan berasingan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pertama 12 warga asing dicekup ketika sarat dimuatkan di dalam sebuah kereta kira-kira jam 1.30 pagi di sini sebelum membawa kepada penahanan 11 lagi Pati di Kampung Wai, Kuala Perlis, di sini.
Difahamkan, kesemua mereka masuk melalui Bukit Putih di Kampung Wai di sini, sebelum sebahagian yang menaiki kereta diangkut dalam perjalanan ke Pulau Pinang manakala selebihnya ditinggalkan menunggu di kaki bukit Bukit Putih di sini.

DVD RM30 juta dirampas

Foto
KUALA LUMPUR: Satu sindiket cakera padat digital (DVD) haram bukan saja menjadikan rumah dua tingkat tempat penyimpanan malah turut menggantung kain rentang yang tertulis 'rumah untuk disewa' bagi menutup kegiatan mereka itu.

Lebih 1.15 juta DVD yang bernilai RM30 juta dirampas dalam serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Taman Bukit Indah, Seri Petaling itu, kira-kira 4 petang semalam.


Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Noor Aziah Abdullah berkata, serbuan itu adalah kejayaan terbesar selepas pihaknya menjalankan risikan kira-kira seminggu lalu.

Beliau berkata, sebelum ini sindiket berkenaan menjadikan gudang sebagai stor simpanan namun mereka menukar modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa. “Serbuan ini dilakukan selepas pihak kami mendapat maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan yang membabitkan tujuh lelaki dipercayai warga tempatan.


“Siasatan awal juga tidak menolak sindiket ini sudah beroperasi selama tiga tahun dengan memasarkan DVD haram berkenaan di sekitar Lembah Klang dan seluruh negara,” katanya.


Katanya, semua DVD yang dirampas adalah cerita bersiri luar negara dan dipercayai bukan untuk dipasarkan di pasar malam sebaliknya di kedai video. “Kami lihat rumah ini bukan saja digunakan sebagai tempat penyimpanan tetapi ia juga menjadi lokasi pembungkusan peringkat seterusnya sebelum diedarkan kepada rangkaian sindiket kecil yang lain.
Foto

Foto
“Sindiket ini mungkin adalah rangkaian sama dengan sindiket yang pernah KDN serbu sekitar di Cheras, Oktober lalu,” katanya.


Serbuan yang dianggotai 60 anggota dan pegawai itu memerlukan enam lori bagi mengangkut DVD berkenaan yang tamat sekitar jam 5 pagi tadi.

Difahamkan, tiada sebarang tangkapan dibuat kerana suspek berjaya mengesan kehadiran pihak berkuasa dan melarikan diri melalui siling rumah berkenaan.

Mangsa kemalangan Ahad lalu meninggal dunia


ALOR GAJAH: Pemandu kereta Proton Wira yang terbabit kemalangan pagi Ahad lalu, M Saravanakuar, 34, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, di sini, kira-kira jam 5.20 petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.50 pagi Ahad itu, mangsa yang baru sahaja bergerak dari sebuah pam minyak bersama rakannya di pekan ini hilang kawalan ketika melewati satu lampu isyarat sebelum kereta dipandu terbabit kemalangan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kereta dipandu mangsa merempuh tiang lampu dan deretan tong sampah di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang parah di kepala beralih posisi ke tempat duduk penumpang dan tidak sedarkan diri selepas kereta terhenti dan melintang atas jalan sebelum di sedari seorang rakan mangsa yang mengekorinya.”

Tipu pengeluaran: KWSP saman 29 pencarum


kwsp
KWSP
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memfailkan 29 saman mahkamah terhadap pencarum yang terlibat dalam kes penipuan pengeluaran sepanjang tahun lepas.
  
Dalam tempoh yang sama juga 24 pencarum telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran perumahan dan hilang upaya manakala 19 kes lagi masih menunggu tindakan mahkamah.
  
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata selain itu dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lepas, lima pencarum KWSP didapati bersalah oleh mahkamah di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 kerana menipu pengeluaran perumahan dan dikenakan denda berjumlah RM16,000.
  
Justeru beliau mengingatkan para pencarum dan individu lain agar tidak melibatkan diri dalam penipuan pengeluaran simpanan KWSP.
  
"KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penipuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah AKTA KWSP 1991," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata mereka yang sabit kesalahan di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
  
Beliau berkata KWSP mempunyai sistem komprehensif yang membolehkan agensi itu mengesan sebarang kegiatan penipuan pengeluaran atau percubaan menipu walaupun setelah simpanan berjaya dikeluarkan.
  
Beliau menasihatkan para pencarum agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket yang kononnya menawarkan pertolongan untuk membantu mengeluarkan simpanan KWSP dengan bayaran yang tinggi.
  
"Pencarum yang layak dan ingin membuat permohonan pengeluaran hendaklah terus berurusan dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma," katanya.
  
Nik Affendi berkata para pencarum yang berhadapan dengan sebarang bentuk penipuan atau cubaan menipu berkaitan KWSP, perlu melaporkannya terus kepada KWSP dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - Bernama

  
  
  


  
    Pengurus Besar Perhubungan Awam badan itu Nik Affendi Jaafar berkata
keutamaan KWSP adalah untuk memastikan simpanan persaraan ahli terus dilindungi.
    "Oleh itu, KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penipuan
sepertimana yang diperuntukkan di bawah AKTA KWSP 1991," katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
    Beliau berkata KWSP mempunyai sistem komprehensif yang membolehkan agensi
mengesan sebarang kegiatan penipuan pengeluaran atau percubaan menipu walaupun
setelah simpanan berjaya dikeluarkan.
    Beliau turut menasihatkan ahli untuk sentiasa berwaspada terhadap sindiket
yang kononnya menawarkan pertolongan untuk membantu mengeluarkan simpanan KWSP
dengan bayaran yang tinggi.
    -- LAGI
  
    KWSP-PENIPUAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
  
    "Ahli yang layak dan ingin membuat permohonan pengeluaran diminta terus
berurusan dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma," katanya.
    Pada suku tahun keempat 2012, lima ahli KWSP telah didakwa di mahkamah dan
didenda kerana menipu pengeluaran perumahan KWSP.
    Di bawah Akta KWSP, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan
pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda
RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
    "Sekiranya ahli berhadapan dengan sebarang bentuk penipuan atau cubaan
menipu berkaitan KWSP, mereka digesa melaporkannya kepada KWSP dengan
menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat
dari Isnin hingga Jumaat," kata Nik Affendi.
    -- BERNAMA

Polis berkas tiga suspek terbabit edar dadah, wang palsu, samun


TEMERLOH: Polis memberkas tiga suspek termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan pengedaran dadah serta wang palsu dalam serbuan di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan 12.15 tengah hari Ahad lepas itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM30,000, tujuh senjata tajam dan 38 keping wang palsu RM100.
"Senjata tajam yang ditemui itu dua bilah kerambit, sebilah pedang samurai, dua parang, pisau pemotong daging dan satu kapak kecil yang dipercayai diguna untuk menyamun," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz semua suspek yang berusia antara 32 dan 47 tahun itu positif dadah sementara dua suspek lelaki turut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dadah, lari dari tahanan dan pergaduhan.


Mereka kini direman sehingga 26 Jan untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

Hilang ingatan

Foto
SHAFIQ menunjukkan kesan dera di belakang badannya.


Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Kuala Lumpur: Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan. Itu kesengsaraan dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.

Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang, dekat sini.

Foto
KEPALA Shafiq berparut didera bapa tirinya.
Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.



Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.

Tertipu bisnes Internet


Kuala Lumpur: Seorang pengurus sebuah syarikat insurans mendakwa menjadi mangsa penipuan perniagaan Internet apabila tidak mendapat barangan yang ditempah selepas lebih empat bulan menunggu.

Wanita berusia 45 tahun itu mendakwa, syarikat terbabit juga cuba menipunya apabila menawarkan untuk mengembalikan separuh daripada nilai yang sudah dibayar kerana kegagalan menyediakan produk dibeli.


Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, dia membeli pengisar mini pada harga promosi RM58 saja berbanding RM188.

“Saya membuat bayaran dalam talian pada 11 September lalu dan selepas beberapa bulan dan beberapa panggilan telefon serta e-mel, saya masih gagal memperoleh barangan berkenaan,” katanya.


Akhirnya pada 14 Januari lalu, barulah wakil syarikat berkenaan membalas e-mel mengatakan dia tidak berminat dengan produk terbabit dan mahu mengembalikan separuh daripada bayaran yang dibuat.


Katanya, kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, dia kemudian membuat aduan kepada Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM).

Lelong diri RM300

pix_topright Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, diserbu polis, semalam.
Difahamkan, wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ dirinya agar dipilih dibawa pulang dengan bayaran serendah RM300.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12 malam itu menahan 13 wanita warga Vietnam berusia antara 21 dan 27 tahun.
Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, selain wanita berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana bekerja sebagai pelayan.

“Risikan yang dilakukan seminggu lalu tidak menolak pusat hiburan ini ada menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.

“Ketika serbuan, ada seorang wanita yang sedang asyik menari ghairah di atas pentas, selain terdapat lebih 50 pelanggan di dalam pusat hiburan ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pusat hiburan yang baru sebulan beroperasi ini tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

Sempat keluar kereta dimamah api


Ipoh: Seorang lelaki warga emas bernasib baik apabila sempat keluar dari kereta dipandunya sebelum kenderaan itu musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Perpaduan berhampiran Bandar Baru Bercham, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, enjin kereta Mercedes Benz C200 itu tiba-tiba berasap dan mengeluarkan api.


Bagaimanapun, pemandunya terlebih dulu memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum bergegas keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Seorang saksi dikenali sebagai Chong, 23, berkata, dia terdengar letupan kecil di luar rumah sebelum bergegas keluar dan mendapati sebuah kereta dijilat api.


Menurutnya, dia bersama penduduk lain cuba membantu memadam kebakaran, namun dinasihatkan orang awam supaya tidak mendekati tempat kejadian kerana bimbang kenderaan itu meletup.


“Anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian bagi memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Dibelasah pelanggan restoran


Ipoh: Seorang remaja lelaki langsung tidak menghiraukan puluhan pelanggan yang berada di sebuah restoran di Taman Desa Kenchana, Bercham, di sini, apabila cuba melarikan telefon pintar milik seorang pelanggan yang sedang menjamu selera.

Tindakan nekad remaja itu memakan diri apabila dia dikepung sebelum dibelasah orang ramai termasuk lebih 20 pelanggan di restoran berkenaan ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal.


Dalam kejadian jam 9 malam, remaja berusia lingkungan 20 an itu dikatakan memasuki premis dan berpura-pura membeli air minuman sebelum beredar.

Bagaimanapun, sebelum beredar dari premis berkenaan, suspek sempat menyambar sebuah telefon bimbit milik seorang pelanggan yang diletakkan di atas meja makan dan cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan premis itu.


Mangsa yang menyedari telefonnya dicuri terus mengejar suspek dan sempat menghalang suspek yang cuba melarikan diri sebelum dibantu beberapa rakan dan pelanggan restoran.


Seorang saksi yang juga Setiausaha Persatuan Keselamatan Sukarela Kawasan Bercham (PKSKB) Wong Poh Lam berkata, dia berada berhampiran lokasi kejadian sebelum terdengar bunyi bising dari arah restoran berkenaan.

Menurutnya, dia bersama beberapa ahli persatuan lain bergegas ke restoran itu dan mendapati orang awam sudah memberkas suspek berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

4 lelaki pecah rumah jiran tumpas

Serdang: Penahanan empat anggota geng pecah rumah di Sri Kembangan, di sini, baru-baru ini turut membongkar kegiatan curi kereta dilakukan suspek sama.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, empat lelaki berusia 30 hingga 40-an itu ditahan selepas memecah masuk rumah jiran mereka di Flat Serdang Raya, Seksyen 1, di sini, 17 Januari lalu.

Menurutnya, hasil soal siasat, polis menahan dua lagi lelaki berusia 30-an bersama dua kereta yang dilaporkan dicuri di Kajang.
“Dalam kejadian pecah rumah itu, mangsa yang juga peniaga berusia 50-an membuat laporan kehilangan pelbagai barangan berharga seperti jam tangan dan duit syiling.

“Mangsa menyedari kehilangan barangan itu selepas pulang dari berniaga jam 3 pagi dan mendapati cermin tingkap rumahnya hilang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat mangsa, sepasukan polis diketuai Ketua Balai Polis Seri Kembangan Cif Inspektor Chai Chee Boon menyerbu sebuah rumah berhampiran kediaman mangsa.
Foto
ABD Razak (tengah) menunjukkan barang yang dirampas daripada suspek.
“Dalam serbuan itu, polis menahan empat lelaki dan pemeriksaan lanjut dalam rumah didiami mereka menemui semula pelbagai barangan yang disyaki hasil daripada kegiatan terbabit termasuk cermin tingkap yang hilang itu. “Keempat-empat suspek dibawa ke balai untuk soal siasat sebelum mereka mendedahkan satu lagi kegiatan jenayah curi kereta.

“Hasil maklumat diberikan, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Kajang dan menahan dua lelaki bersama dua kereta Proton Waja dan Perodua Kelisa yang dilaporkan dicuri di Seri Kembangan, baru-baru ini,” katanya.
Abd Razak berkata, semua suspek sudah dituduh di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam, mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seksyen 411 kanun sama kerana memiliki kenderaan curi.

Pukauan Pak Arab


Kuala Lumpur: Sekumpulan tiga pelancong Arab dikesan bergiat aktif menyamun butik atau kedai di ibu kota menggunakan pukau.

Modus operandi kumpulan terbabit yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 50-an ialah berpura-pura memasuki sesebuah premis terutama menjual cenderamata kepada pelancong sebelum berpura-pura membeli satu daripada barangan dijual itu. Dalam kejadian terbaru kelmarin di sebuah kompleks beli-belah di sini, seorang pemilik butik menjual cenderamata kerugian RM600 apabila wang hasil jualan itu dilarikan sekumpulan tiga pelancong Arab yang berpura-pura mahu membeli sesuatu sebelum memukau jurujual butik itu. Sumber berkata, kejadian terbabit berlaku jam 5 petang ketika jurujual berusia 25 tahun itu dan seorang rakannya menerima kunjungan tiga warga asing berkenaan yang berpura-pura berminat membeli cenderamata.


“Ketiga-tiga mereka berjalan berasingan dalam butik berkenaan bagi mengalih pandangan rakan mangsa. Seorang daripada mereka mengambil satu cenderamata dan diberikan kepada mangsa untuk dibeli bersama wang.

“Mangsa diekori dua lelaki terbabit untuk mengambil baki wang mereka. Kemudian mereka memberitahu mangsa untuk melihat wang kertas RM100 ketika mangsa mahu memulangkan semula baki wang mereka dengan alasan tidak pernah melihat wang itu,” katanya. Bagaimanapun, mangsa seperti dipukau apabila membiarkan seorang daripada pelancong itu mengambil not berkenaan dari mesin juruwang sebelum beredar.


Sumber berkata, mangsa tersedar sebaik mereka beredar dan apabila melakukan pemeriksaan mendapati semua wang lebih RM600 dalam mesin juruwang itu hilang.


“Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada majikannya. Hasil pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati semua pelancong terbabit mengambil wang dari mesin juruwang berkenaan.

“Mangsa dan majikannya membuat laporan di bahagian kawalan keselamatan pusat beli-belah berkenaan dan balai polis berhampiran,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Nenek seludup dadah dihukum mati



Bali: Mahkamah Indonesia semalam mejatuhkan hukuman mati ke atas seorang nenek warga Britain kerana menyeludup kokain bernilai AS$2.5 juta (RM7.6 juta) dalam beg pakaiannya ketika mengunjungi pulau peranginan Bali walaupun pendakwa raya meminta hukuman penjara 15 tahun dikenakan terhadapnya.

Lindsay June Sandiford, 56, menangis ketika hakim menjatuhkan hukuman itu dan enggan bercakap kepada wartawan ketika dalam perjalanan ke penjara semula sambil menutup mukanya dengan skaf. Dia memberitahu mahkamah dia dipaksa membawa dadah itu ke negara terbabit oleh sekumpulan sindiket yang mengancam akan mencederakan anak-anaknya. Indonesia, seperti kebanyakan negara Asia lain sangat tegas dengan jenayah dadah dan lebih daripada kebanyakan 40 rakyat asing yang menanti hukuman mati disabitkan kerana kesalahan dadah.


Peguam Lindsay berkata, anak guamnya akan membuat rayuan. Rayuan mengambil masa beberapa tahun dan negara itu tidak menjalankan hukuman mati sejak 2008 terhadap 10 orang yang dijatuhkan dengan hukuman itu. Keputusan dijangka dilakukan dalam perbicaraan rakan subahat Lindsay, lelaki Britain Julian Anthony Pounder esok (hari ini).

Dia dituduh menerima dadah di Bali yang dipenuhi suasana sibuk kelab malam dan bar, di mana parti dadah seperti kokain serta ecstasy dibawa dan dijual kepada pelancong asing.


Dua lagi rakyat Britain dan seorang warga India sudah disabit dan dipenjarakan ekoran serbuan dilakukan. Dalam keputusannya, panel hakim di mahkamah daerah Denpasar menyimpulkan bahawa Lindsay telah menjejaskan imej Bali sebagai destinasi pelancongan dan mencemari program pembanterasan dadah kerajaan. - Jakarta Post

18 lelaki leka berjudi ditahan



ALOR GAJAH: Seramai 18 lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan bersama wang tunai berjumlah RM41,077 dalam satu ops judi belangkas di Kuala Ina, Pulau Sebang, jam 7.30 malam tadi.

Ketika serbuan dilakukan, semua suspek dikatakan sedang leka berjudi dalam hutan di sebalik sebuah rumah ibadat dengan beralaskan sebuah meja papan dan berteduh di bawah kanvas sebelum bertaruh mengikut balingan dadu yang memiliki enam simbol.
Difahamkan, kegiatan berkenaan dipercayai sudah dijalankan kira-kira tiga minggu lalu pada setiap hari bermula dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam.

5 ahli keluarga dibunuh kerana marah ibu



Albuquerque (New Mexico): Seorang remaja Amerika Syarikat yang dituduh menembak mati ibu bapa dan tiga adik-beradiknya memberitahu pihak berkuasa dia berang dengan ibunya dan terfikir untuk membunuh, selain ingin membunuh diri.

Nehemiah Griego, 15, ditahan ekoran insiden tembakan Sabtu lalu di sebuah kediaman di kawasan luar bandar barat daya Albuquerque, New Mexico, di mana dia tinggal dengan keluarganya.


Griego masih ditahan ekoran tuduhan membunuh dan penderaan kanak-kanak yang membawa maut.

Sherif daerah Bernalillo, Dan Houston mengadakan sidang akhbar pagi semalam dan remaja terbabit boleh tampil di mahkamah kali pertama esok atau hari berikutnya.


Remaja terbabit memberitahu polis, dia mengambil raifal .22 daripada almari pakaian ibu bapanya pada waktu tengah malam dan menembak ibunya di kepala ketika adik lelakinya tidur di sebelah wanita itu.


Griego memberitahu, adiknya tidak percaya apabila dikatakan ibu mereka sudah mati, jadi dia menunjukkan muka ibu mereka yang berdarah sebelum menembak adiknya.

Dia kemudian didakwa membunuh dua adik perempuannya di bilik mereka. Dia kemudian mengambil raifal AR-15 daripada almari pakaian ibu bapanya dan menunggu bapanya pulang dalam bilik air di tingkat bawah. Dia menembak bapanya beberapa kali ketika lelaki itu melalui laluan di bilik air berkenaan. - AP

Peras wang dari gereja



Mexico: Beberapa kumpulan jenayah memaksa paderi supaya menyerahkan semua kutipan gereja mereka di pinggir bandar raya ini, kata bishop kawasan itu semalam.

Bishop Nezahualcoyotl, Luis Morales memberitahu akhbar El Universal bahawa beberapa paderi menerima panggilan tidak dikenali daripada pihak yang menuntut agar mereka menyerahkan sumbangan didermakan oleh orang ramai.


“Tiada kematian dilaporkan, tetapi terdapat keganasan fizikal melalui peras ugut,” kata Morales yang bertanggungjawab atas penduduk bandar Nezahualcoyotl dan dua lagi bandar dengan jumlah seramai 3.5 juta orang di timur ibu negara Mexico.

Sekurang-kurangnya 10 paderi menyerahkan wang kutipan gereja kepada kumpulan itu. “Ada beberapa paderi yang menyerahkan wang berkenaan dan yang lain bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya menangangi situasi itu,” katanya.


Paderi antara mangsa peras ugut yang tidak terkira jumlahnya dalam perang tanpa kesudahan antara kartel dadah yang melanda Mexico sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Lebih 70,000 orang maut akibat keganasan berkaitan dadah di seluruh negara itu sejak 2006 apabila tentera dikerah untuk membanteras kartel dadah.

Nezahualcoyotl yang terletak di negeri bahagian tengah Mexico dan bandar raya Mexico menjadi sasaran keganasan sejak dua minggu lalu dan menyebabkan 40 orang maut.


Sementara pihak berkuasa bandar raya Mexico berkata, pembunuh tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan dadah dan pegawai kerajaan mengaitkan keganasan itu dengan kehadiran tiga kartel yang semakin banyak iaitu The Zetas, La Familia Michoacana dan kumpulan baru Guerreros Unidos (Satria Bersatu). - AFP

Polis terima tujuh laporan edar Bible kepada pelajar Islam



GEORGETOWN: Polis menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata empat daripada laporan itu dibuat pelajar sekolah berkenaan manakala selebihnya oleh orang awam.
Beliau berkata, mereka turut menyerahkan Bible itu kepada polis sebagai bahan bukti.

"Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan dalam bahasa Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Kegiatan pengedaran Bible kepada pelajar Islam secara terbuka itu didedahkan penduduk kawasan Jelutong Khamis lepas dan mereka turut merakam video perbuatan tiga lelaki dan seorang wanita itu di hadapan pintu sekolah di Jelutong.

Abdul Rahim berkata kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - BERNAMA

Puluhan kubur, kebun bakal ghaib



Puluhan kubur, kebun bakal ghaib
Mohd melihat beberapa pokok dari kebunnya yang tumbang akibat hakisan.
Puluhan kubur, kebun bakal ghaib
Abd Samad turun padang melihat keadaan hakisan tebing di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Imam Lapar.
Puluhan kubur, kebun bakal ghaib
Jambatan di Kampung Imam Lapar ini juga berisiko menjadi 'mangsa' jika tiada tindakan awal diambil memandangkan hakisan tebing turut berlaku berhampiran jambatan.
HULU TERENGGANU - Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Imam Lapar dan kebun-kebun penduduk di sini, terus berisiko hilang ditelan bumi berikutan hakisan tebing sungai yang semakin serius akibat gelombang banjir baru-baru ini.

Difahamkan, sekitar 1970-an dahulu, lebar Sungai Telemong di situ kira-kira lima meter sahaja, namun akibat hakisan tebing yang berlaku setiap kali hujan lebat, kini ia sudah menjangkau 20 meter.

Lebih membimbangkan, petani bukan sekadar akan hilang tanah mereka, tetapi puluhan kubur juga bakal ‘ghaib’ akibat hakisan tebing sungai berkenaan.

Penduduk, Abdullah Yaacob, 78, berkata, masalah hakisan mula dikesan berlaku hampir 10 tahun lalu, namun ia semakin serius dua tahun kebelakangan ini dan kian kritikal setelah banjir yang melanda baru-baru ini, kerana arus Sungai Telemong terlalu deras.

“Pakcik tinggal di sini lebih 50 tahun lalu. Jika dibandingkan dulu sungai ini agak sempit tetapi akibat hakisan tebing ia berubah menjadi semakin luas. Malah, sekiranya hujan lebat pasti akan ada tebing di kawasan ini yang akan runtuh.

“Sehingga kini, puluhan kubur-kubur lama juga ‘hilang’ akibat masalah ini. Sekiranya hujan lebat sekali lagi, kubur-kubur lain akan turut terhakis. Diharapkan pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi atasi masalah tebing sungai runtuh ini. Tindakan ini juga mampu memastikan tiada lagi kubur-kubur yang akan lenyap.

“Setiap kali selepas hujan lebat, pakcik pasti akan datang ke kawasan tanah perkuburan ini untuk meninjau keadaan. Sama ada sedikit atau banyak, hakisan tetap berlaku,” katanya di tanah perkuburan di sini, kelmarin.

Suku kebun hilang

Bagi Mohd Abdullah, 55, melihat hakisan yang semakin serius itu tidak mustahil beberapa tahun akan datang dia sekadar memegang geran sahaja, sedangkan tanah kebunnya hilang ditelan bumi.

“Tanah kebun yang saya usahakan ini merupakan kebun pusaka yang berkeluasan kira-kira 1.5 hektar. Namun, akibat hakisan tebing berlaku saban tahun sehingga kini, hampir suku daripadanya sudah hilang.

“Dua tahun kebelakangan ini, hakisan ini semakin menjadi-jadi dan melibatkan tanah kebun saya selain beberapa petani yang lain. Memang sedih, tetapi saya tiada daya untuk menghalang.

“Saya tidak tahu tindakan terbaik bagi atasi masalah hakisan ini, tetapi menaruh harapan agar pihak berkaitan dapat ambil perhatian sewajarnya daripada terus membiarkannya berlanjutan dan kian serius,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Imam Lapar, Abd Samad Abd Ghani berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan sudah dibawa ke peringkat atasan.

“Perkara ini dalam pengetahuan pihak-pihak yang terlibat. Memandangkan keadaan semakin serius, JKKK mengharapkan agar akan ada tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi masalah ini.

“Sehingga kini, telah banyak kubur yang hilang selain kebun-kebun penduduk juga turut terlibat. Malah, sekiranya terus dibiarkan beberapa tahun akan datang, hakisan ini akan turut melibatkan jalan utama Kuala Telemong-Tajin berhampiran jambatan di sini.

“Sebelum keadaan semakin menjadi lebih serius diharapkan, tindakan sewajarnya dilakukan selain dapat elakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku,” katanya.