Search This Blog

Monday, January 21, 2013

2 pelatih PTD masih dirawat


Kuala Lumpur: Dua pelatih pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di pusat latihan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur (INTIM) yang disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) masih menerima rawatan di bilik pengasingan di INTAN Bukit Kiara, di sini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, H1N1 bukan satu jangkitan yang membimbangkan dan pesakit hanya perlu diasingkan dengan orang lain untuk mengelak virus itu daripada merebak.


“Pesakit itu cuma diasingkan, tiada yang membimbangkan dan pelatih lain masih meneruskan latihan seperti biasa.

“H1N1 bukan jangkitan luar biasa, sama seperti orang kena selesema yang patut berehat di rumah supaya tidak berjangkit dengan orang lain,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Akhbar ini semalam, melaporkan dua daripada 109 pelatih itu yang dijangkiti H1N1 dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di INTAN Bukit Kiara, di sini dan diletakkan di bawah pengasingan.

Padah tak bawa pakaian seragam


Johor Bahru: Seorang pelajar lelaki kelas peralihan sebuah sekolah menengah di sini, mendakwa kegagalan membawa pakaian seragam pendidikan jasmani seperti diarahkan guru disiplin menyebabkannya dirotan guru berkenaan dalam kejadian 14 Januari lalu.

Bapa mangsa, Lim Hock You, 55, berkata, anaknya, Ching Fei, 13, berada di kelas peralihan sekolah berkenaan dan tidak fasih bahasa Melayu.


“Sebelum kejadian, guru terbabit mengarahkan semua pelajar dalam bahasa Melayu menyebabkan anaknya yang tidak faham bahasa Melayu gagal mengikut arahan itu,” dakwanya ketika ditemui, semalam.

Lim berkata, dia tidak tahu apa yang berlaku hinggalah petang hari kejadian, melihat anaknya berkurung dalam bilik.


“Hairan dengan kelakuannya itu, saya mendesak meminta penjelasan sebelum dia memberitahu dimarah dan dicubit guru pendidikan jasmani kerana tak membawa pakaian seperti diarahkan.


“Saya difahamkan, dia panik melihat gurunya itu memegang rotan tebal lalu lari ke tandas,” kata tukang kayu itu.

Menurutnya, bagaimanapun guru disiplin berkenaan mengekori anaknya sebelum merotan belakang pahanya hingga lebam.


“Guru itu tidak sepatutnya bertindak melulu, dia perlu faham pelajar kelas peralihan kebanyakannya tidak pandai berbahasa Melayu,” katanya..

“Dia perlu bertanya kepada anak saya sama ada faham atau tidak dengan arahan.


Tidak puas hati dengan kejadian menimpa anaknya, Lim bersemuka dengan Penolong Pengetua sekolah keesokannya.


“Penolong Pengetua memberitahu guru di sekolah itu tidak dibenar menggunakan rotan tebal untuk memukul pelajar.


“Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superitendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Kepala kena rotan




Kuantan: Sudahlah dirotan di kepala sehingga terpaksa bermalam di hospital, tiga pelajar perempuan berusia 15 tahun yang menjadi mangsa panas baran seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sini, mendakwa ‘disogok’ RM250 agar mereka menutup perbuatannya itu daripada pengetahuan umum.

Pelajar tingkatan tiga itu, Nor Arina Syakirah Mazuki, Nor Aima Solehah Abdullah dan Nor Hidayah Asni mendakwa dirotan di kepala oleh guru lelaki berusia 40-an berkenaan kira-kira jam 3 petang pada 16 Januari lalu, di sekolah mereka.
Akibat kejadian itu, Nor Arina yang menerima ‘pukulan’ dua kali, mengalami sakit dan pening kepala manakala rakannya masing-masing sekali dengan Nor Aima pitam serta Nor Hidayah mengadu sakit kepala selepas mereka pulang ke rumah.

Lantaran kesakitan dialami, ibu seorang daripada pelajar terbabit membawa mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk pemeriksaan dan ketiga-tiga mereka ditahan di hospital itu selama satu malam untuk rawatan lanjut.


Nor Arina mendakwa, kejadian pada hari itu berlaku apabila dia dan rakannya itu dipanggil seorang guru wanita ke pejabat untuk menyelesaikan kes perselisihan faham antara mereka dengan seorang pelajar perempuan tingkatan lima pada hari sebelumnya (Selasa).

Kepala budak pecah terhantuk forklif

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas kepalanya pecah akibat terhantuk pada besi kenderaan pengangkat barang (forklif) dalam kemalangan di Jalan Segambut Bawah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Parvinraj yang tidak memakai topi keledar tercampak daripada motosikal sebelum terhantuk pada besi di depan jentera berkenaan.


Bapa mangsa, Mohd Hishamuddin Mohamed Batcha, 30, yang menunggang motosikal itu parah selepas enam tulang rusuknya patah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber polis trafik berkata, motosikal Honda Wave yang dinaiki empat beranak termasuk ibu dan adik perempuan mangsa berusia dua tahun itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian depan jentera berkenaan.


Katanya, empat beranak berkenaan menuju ke sebuah restoran untuk makan malam dan melalui jalan di depan sebuah kilang sebagai jalan pintas.


“Ketika itu jentera berkenaan dipandu seorang lelaki dipercayai baru selesai memunggah barang ke dalam sebuah lori sebelum tiba-tiba mengundur serta berhenti di tengah jalan.

“Ketika itu, motosikal dinaiki empat beranak berkenaan lalu dan tidak sempat mengelak dipercayai tidak perasan kerana keadaan jalan gelap dan terus melanggar besi depan jentera berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, akibat rempuhan itu, keempat-empat mangsa tercampak. Ibu mangsa dikenali sebagai Darshenee, 26, dan adik perempuannya, Reenishaa, dua tahun, cedera ringan dan masih trauma dengan kejadian itu.

“Kedua-duanya dirawat sebagai pesakit luar di HKL manakala mayat Pavinraj dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.


Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dilenyek treler bapa

pix_toprightMuar: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.
Foto
Kepala budak lima tahun berkecai lepas
 lori kontena terbabas dalam parit.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.
Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.


Katanya, pihaknya mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk serta isteri dan anak perempuannya di tempat duduk belakang pemandu sebelum mengalihkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar.

3 anggota polis peronda bebas tuduhan rompak pemandu pelancong


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga anggota polis peronda daripada tuduhan merompak seorang pemandu pelancong, selepas membenarkan rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Sesyen Ampang, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Lans Koperal Nasir Ini, 31, Konstabel Jerry Luis, 29, dan Koperal Mohd Nor Azali Jamin, 28, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Mereka didakwa merompak harta kepunyaan Tan Kian Boon, 53, iaitu mata wang China RMB6,000 dan wang tunai RM300 di Jalan 2/24 Pandan Perdana Ampang dekat sini, pada jam 9.30 malam, 16 September 2009.

Ketiga-tiga anggota polis itu yang kini digantung tugas didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Akhtar mendapati hakim Mahkamah Sesyen Ampang hanya menilai keterangan tertuduh sahaja dan tidak memberi penekanan terhadap kredibiliti pengadu.

Selain itu, beliau berkata, hakim Mahkamah Sesyen seolah-olah tidak tahu sama ada rompakan sudah berlaku atau berlaku cubaan untuk merompak adalah isu penting perlu dibuktikan dalam kes itu.

"Hakim Mahkamah Sesyen juga seolah-olah meletak beban ke atas tertuduh untuk buktikan kes apabila menyatakan tertuduh tidak memanggil saksi untuk buktikan pembelaan mereka. Bebanan sudah berpindah dari pendakwaan kepada tertuduh dan ini kesilapan dilakukan oleh hakim," katanya.
Akhtar berkata, walaupun pertuduhan menyatakan rompakan membabitkan wang RMB6,000 dan RM300, pengadu ketika memberi keterangan memberitahu beliau bukan sahaja dirompak dengan jumlah itu tetapi juga telah dibawa oleh tertuduh ke mesin ATM di sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan RM500 lagi, justeru, pertuduhan sepatutnya menyatakan jumlah yang dirompak ialah RM800.

Beliau berkata, tiada sebarang keterangan berhubung siasatan polis mengenai apa yang sebenarnya berlaku di stesen minyak itu dan beliau juga mendapati terdapat banyak kecacatan dalam kes pendakwaan yang tidak dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Sesyen.

"Oleh demikian saya dapati pihak pendakwaan bukan sahaja telah gagal buktikan kes melampaui keraguan yang munasabah malah turut gagal membuktikan kes prima facie. Sehubungan itu saya benarkan rayuan ketiga-tiga tertuduh dan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Ketiga-tiga anggota polis itu diwakili peguam J.Rao sementara Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abdul Rahman hadir bagi pihak responden. - BERNAMA 

Penyanyi bantu anak 15 tahun gugur bayi


Rio De Janeiro: Polis Brazil mendakwa penyanyi Portugis, Maria Adelaide Mengas Matafome membantu anak perempuannya yang berusia 15 tahun melakukan pengguguran, lapor media tempatan semalam.

Pengguguran di Brazil hanya sah dalam kes rogol atau nyawa ibu yang hamil itu dalam bahaya. Remaja Portugis itu berada di Cuiaba, negeri Mato Grosso sejak September lalu untuk bersama dengan teman lelakinya, warga Brazil yang 21 tahun. Dia mendapat tahu dirinya hamil Disember lalu.


Polis di Mato Grosso mendakwa penyanyi berusia 53 tahun itu yang terkenal pada 1981 dengan lagu “Baby Suicida” yang ada kaitan dengan pengguguran, selain turut mendakwa teman lelaki remaja perempuan terbabit. Polis berkata, penyanyi berkenaan memberi kebenaran kepada anaknya untuk mengambil dadah yang akan menyebabkan pengguguran itu.

Remaja terbabit dimasukkan ke hospital kerana pendarahan pada 4 Januari lalu. - AFP

2 pemuda laku serangan dengan parang digantung


Teheran: Iran menggantung dua lelaki di khalayak ramai semalam selepas satu video yang dimuat turun di YouTube bulan lalu menunjukkan mereka menyerang seorang lelaki di jalan raya di bandar raya itu dengan parang, lapor agensi berita ISNA.

Hukuman itu dikeluarkan Mahkamah Revolusi dan disahkan oleh Mahkamah Agung Iran sebelum dijalankan di Teheran kira-kira jam 6.30 pagi ‘di hadapan khalayak ramai yang berjumlah 300 orang’, lapor ISNA. Dikatakan dua lelaki itu yang dikenali sebagai Alireza Mafiha dan Mohammad Ali Sorouri, masing-masing berusia 24 tahun, didapati bersalah melakukan Moharebeh (melancarkan perang terhadap Tuhan) dan melakukan kerosakan di dunia. Mengikut tafsiran undang-undang syariah Iran menggunakan senjata api atau pisau dan belantan dalam jenayah dianggap sebagai Moharebeh yang membawa kepada hukuman mati.


Dua lelaki itu ditahan bersama dua lagi rakan subahat mereka bulan lalu selepas siaran video dimuat turun 6 Disember lalu di YouTube menunjukkan mereka menyerang seorang lelaki dan merompak wang, beg dan kot milik mangsa. - AFP

Suami sebar fitnah di laman sosial disaman



Dammam: Seorang wanita Arab Saudi menyaman suaminya kerana menfitnah dan memeras ugutnya apabila memuat turun foto wanita itu di laman rangkaian sosial dengan kenyataan memburuk-burukkannya.

Selepas perkahwinannya, wanita itu mula menerima mesej pesanan ringkas berbaur ancaman dan kelucahan. Dia memberitahu suaminya kemudian menuduh bekas isterinya menjadi dalang di sebalik perbuatan itu kerana ingin memusnahkan perkahwinan mereka.


Bagaimanapun, wanita itu mulai curiga apabila dia melihat foto pakaian dan bilik tidur mereka dimuat turun dalam laman rangkaian sosial.

Suaminya menafikan tahu siapa dalang yang memuat turun foto itu walaupun tiada sesiapa yang tahu akses kepada akaun laman sosial mereka.


Wanita itu kemudian membuat laporan kepada Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam. Kes itu kemudian dirujuk ke mahkahmah. Siasatan mendapati bahawa lelaki terbabit masih menjalinkan hubungan sulit dengan bekas isterinya.


Kes itu tertangguh di mahkamah lebih setahun tanpa sebarang keputusan.

Wanita terbabit kini menuntut hak penjagaan penuh ke atas anak mereka dan mendakwa suaminya tidak bertanggungjawab. Dia juga ingin meminta cerai daripada suaminya itu. - Saudi Gazette

Bunuh diri dengan cecair pembersih



Manila: Seorang lelaki dikatakan kesunyian sejak beberapa hari lalu mengakhiri kesepiannya dengan meminum sebotol cecair pembersih barangan perak semalam.

Carlo Taure, 27, dari Dagat-Dagatan, Navotas dikatakan kesunyian dan keseorangan sekurang-kurangnya selama dua hari sebelum membunuh diri, kata ibunya kepada pegawai polis, Exequiel Sancong. Menurut wanita itu, Taure mula meminum arak di luar kediaman mereka bebrapa jam sebelum meninggal dunia. Dia berkata, ketika memeriksa anaknya, dia mendapati Taure terbaring di atas lantai dengan mulutnya berbuih. Di sebelahnya terdapat sebotol cecair pembersih barangan perak. Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, tetapi maut ketika dalam perjalanan. - Manila Times

Macam ni pun ada!

Puchong: Satu mayat lelaki dibungkus kain dipercayai sengaja ditinggalkan ahli keluarganya di tepi rumah seorang wanita di Jalan Mawar, Batu 13 1/2, Puchong di sini kerana tiada wang mengebumikannya, pagi semalam.
Walaupun terdapat kesan luka di leher mayat itu, tetapi siasatan polis mendapati ia kesan pembedahan dilakukan sebelum ini. 
Mayat berkenaan ditemui seorang pekerja kilang ketika mahu memasuki kawasan rumahnya, jam 7.50 pagi.

Pekerja berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, ketika pulang ke rumah, dia terkejut melihat satu bungkusan kain sebelum mendapati rambut terkeluar daripada kain itu menyebabkan dia terus berlari menjerit memanggil suaminya yang berada di dalam rumah.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Mawar, Puchong.

Menurutnya, sebaik menghampiri rumahnya, dia pelik apabila melihat satu objek yang dibungkus dengan kain sebelum terkejut selepas terlihat rambut dari celahan kain itu.

Pegawai kanan jadi dalang



Songkhla: Pegawai tentera daripada Kerahan Operasi Keselamatan Dalaman (Isoc) didakwa terbabit menyeludup masuk pelarian Rohingya ke Thailand, dedah siasatan polis.

Ketua Komander Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha mengesahkan pembabitan pegawai tentera terbabit kepada Bangkok Post semalam. Sumber pegawai tinggi polis yang terbabit dalam kes itu berkata, siasatan mendapati penyeludupan pelarian Rohingya - kebanyakannya dari negeri Rakhine, di Myanmar ke Malaysia melalui Songkhla telah beroperasi selama beberapa tahun dan di bawah pengendalian beberapa pegawai tentera yang berpangkat mejar hingga kepada kolonel.


Sumber itu berkata, pegawai terbabit mempunyai kaitan dengan rakyat Myanmar di Thailand dan ada kenalan di Myanmar bekerja sebagai broker buruh. Mereka menyeludup masuk pelarian Rohingya dengan bot. Setibanya di Thailand, pelarian Rohingya itu dibawa trak ke Songkhla dan bersembunyi dalam hutan.

“Kadangkala mereka menggunakan trak tentera membawa pelarian Rohingya,” kata pegawai polis terbabit.


Kadangkala polis tempatan menahan trak untuk dipemeriksa. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, mereka mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa pegawai kanan tentera meminta trak itu dilepaskan. Sumber itu berkata, serbuan di ladang getah Ban Chaikhuan Thungmaiduan, di tambon Padang Besar, daerah Sadao dekat sempadan Thailand-Malaysia, di mana 397 pelarian Rohingya menginap di khemah sementara berlaku kerana wujud konflik antara pegawai tentera berkenaan. Ladang getah itu dimiliki bekas timbalan datuk bandar majlis perbandaran Padang Besar, Prasit Lemlae yang masih bebas selepas diburu atas tuduhan penyeludupan. - Bangkok Post

Dua lelaki didakwa miliki senjata berbahaya, serang penjawat awam



KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini dijadikan Mahkamah Majistret buat dua lelaki yang didakwa memiliki beberapa senjata berbahaya dan menyerang penjawat awam dalam kejadian di Pasir Puteh, Khamis lalu.

Tertuduh Mohd Saimin Ali, 34, dan Mohd Raffiq Razuaddy Ab Aziz, 29, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Roszita Md Saad di Wad 2 Zamrud hospital itu.
Pertuduhan dilakukan di hospital itu kerana kedua-dua tertuduh masih menerima rawatan disebabkan masalah kesihatan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, memiliki sebilah pedang bersarung hitam, sebilah parang panjang berhulu kayu, sebatang kayu panjang, sebatang besi panjang dan sebilah pisau berhulu kayu, tanpa kebenaran, di Kampung Pachakan, Pasir Puteh pada 4 pagi 16 Jan lepas.


Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi dua tahun atau sebatan.


Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Pasir Puteh juga menghadapi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohd Zaki Husain dengan niat hendak menahan atau menakutkannya daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang, pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd Raffiq Razuaddy menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap ASP Ganti bin Jimmy dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya pada 4.35 petang 8 Ogos tahun lalu di parkir stesen minyak Petronas, Pasir Puteh.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Roszita kemudiannya menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Radhziah Mohamad. - Bernama

Dua lelaki didakwa miliki senjata berbahaya, serang penjawat awam



KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini dijadikan Mahkamah Majistret buat dua lelaki yang didakwa memiliki beberapa senjata berbahaya dan menyerang penjawat awam dalam kejadian di Pasir Puteh, Khamis lalu.

Tertuduh Mohd Saimin Ali, 34, dan Mohd Raffiq Razuaddy Ab Aziz, 29, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Roszita Md Saad di Wad 2 Zamrud hospital itu.
Pertuduhan dilakukan di hospital itu kerana kedua-dua tertuduh masih menerima rawatan disebabkan masalah kesihatan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, memiliki sebilah pedang bersarung hitam, sebilah parang panjang berhulu kayu, sebatang kayu panjang, sebatang besi panjang dan sebilah pisau berhulu kayu, tanpa kebenaran, di Kampung Pachakan, Pasir Puteh pada 4 pagi 16 Jan lepas.


Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi dua tahun atau sebatan.


Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Pasir Puteh juga menghadapi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohd Zaki Husain dengan niat hendak menahan atau menakutkannya daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang, pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd Raffiq Razuaddy menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap ASP Ganti bin Jimmy dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya pada 4.35 petang 8 Ogos tahun lalu di parkir stesen minyak Petronas, Pasir Puteh.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Roszita kemudiannya menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Radhziah Mohamad. - Bernama

60 lolos penjara



Jambi: Seramai 60 tahanan melarikan diri dari penjara Kuala Tungkal di bandar ini, kelmarin.

Warden penjara, Budi Priyanto semalam berkata, enam tahanan sudah ditangkap, manakala 54 lagi masih bebas, lapor tribunnews.com. Tahanan melarikan diri ketika pengagihan makanan tengah hari. Pengawal membuka pintu semua blok serentak sebelum mengagihkan makanan. Seramai 60 tahanan didakwa merancang melarikan diri mengambil kesempatan itu.


Tahanan terbabit bergegas ke pintu bahagian selatan penjara yang tidak dikawal, membuka pintu itu dan menghilangkan diri dalam ladang kelapa sawit. Budi menyifatkan insiden itu berlaku kerana kekurangan pengawal penjara ketika itu. Hanya lima pengawal bertugas hari kejadian.

Pemimpin parti kena acu pistol



Sofia: Seorang lelaki melompat naik ke atas pentas dan mengacu pistol ke kepala pemimpin parti etnik Turki Bulgaria.

Pengawal keselamatan bagaimanapun berjaya menjatuhkan lelaki itu. Peristiwa itu berlaku ketika satu persidangan parti yang disiarkan menerusi televisyen, semalam.


Pemimpin Pergerakan Untuk Hak Asasi dan Kebebasan, Ahmed Dogan tidak cedera dan punca dia menjadi sasaran penyerang di kongres parti itu masih tidak diketahui.

Rakaman televisyen menunjukkan lelaki itu melompat naik ke pentas dan mengeluarkan pistol yang di hala ke kepala Ahmed.


Pengawal keselamatan menjatuhkan penyerang itu sebelum dia dipukul dan ditendang berulang kali oleh perwakilan.


Polis berkata, mereka menahan penyerang berusia 25 tahun itu yang berasal dari bandar Burgas, berhampiran Laut Hitam. Lelaki itu turut membawa dua pisau.

Menteri Dalam Negeri, Tsvetan Tsvetanov berkata, penyerang itu cuba melepaskan dua das tembakan, tetapi ‘kemungkinan besar tersasar.’ Parti itu mewakili etnik Turki dan penganut Islam mewakili 12 peratus populasi Bulgaria daripada tujuh juta penduduk negara itu.


Kebanyakan penganut Islam Bulgaria bukan pendatang baru tetapi sudah beratus-ratus tahun menetap di negara itu sementara sebahagian besar etnik Turki adalah keturunan kerajaan Uthmaniyah.

“Masyarakat Bulgaria secara tradisinya terkenal kerana tolak ansur dan hormat menghormati antara kumpulan etnik dan agama. Tindakan seumpama itu tidak boleh diterima di sebuah negara demokrasi,” kata Presiden Rosen Plevneliev dalam satu kenyataan mengulas kejadian itu. - Reuters

Mahkamah khas dengar kes rogol Delhi



NEW DELHI - Perbicaraan di mahkamah melibatkan lima lelaki geng rogol, yang berakhir dengan kematian mangsa iaitu seorang pelajar 23 tahun, bermula hari ini menggunakan saluran ‘fast-track’.

Suspek keenam berusia 17 tahun pula dibicarakan di mahkamah juvenil.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati.

Kejadian rogol itu mengejutkan India dan mencetuskan protes besar-besaran.

Seorang peguam tertuduh merancang memfailkan petisyen di mahkamah agung untuk memindahkan kes itu keluar dari Delhi.

Peguam VK Ananad yang mewakili tertuduh Ram Singh berkata, terlalu banyak perhatian yang diberi media boleh membawa perbicaraan yang tidak adil.

“Kami pasti tidak akan mendapat keadilan di Delhi,” katanya.

Empat tertuduh lain ialah Singh Mukesh, Pawan Gupta, Vinay Sharma dan Aksay Takur.

Minggu lalu kerajaan India mengumumkan langkah menubuhkan enam mahkamah ‘fast-track’ di Delhi dan membenarkan jenayah berhubung serangan seksual ditangani dengan segera.

Serang anggota polis, 2 didakwa di HUSM



KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini dijadikan Mahkamah Majistret buat dua lelaki yang didakwa memiliki beberapa senjata berbahaya dan menyerang penjawat awam dalam kejadian di Pasir Puteh, Khamis lalu.

Tertuduh Mohd Saimin Ali, 34, dan Mohd Raffiq Razuaddy Ab Aziz, 29, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Roszita Md Saad di Wad 2 Zamrud hospital itu.

Pertuduhan dilakukan di hospital itu kerana kedua-dua tertuduh masih menerima rawatan disebabkan masalah kesihatan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, memiliki sebilah pedang bersarung hitam, sebilah parang panjang berhulu kayu, sebatang kayu panjang, sebatang besi panjang dan sebilah pisau berhulu kayu, tanpa kebenaran, di Kampung Pachakan, Pasir Puteh pada 4 pagi 16 Jan lepas.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi dua tahun atau sebatan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Pasir Puteh juga menghadapi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohd Zaki Husain dengan niat hendak menahan atau menakutkannya daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang, pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd Raffiq Razuaddy menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap ASP Ganti bin Jimmy dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya pada 4.35 petang 8 Ogos tahun lalu di parkir stesen minyak Petronas, Pasir Puteh.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh didakwa  mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Roszita kemudiannya menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Radhziah Mohamad. - Bernama

Polis Melaka tumpas Geng Ayie

Suami isteri disamun
 Shahrom

MELAKA - Polis Melaka berjaya menumpaskan 'Geng Ayie' yang aktif menyamun dan pecah rumah di sekitar Melaka dan Johor dengan penangkapan tiga lelaki termasuk ketua kumpulan itu kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Banda Hilir di sini dan merupakan saki-baki kumpulan selepas lima diberkas pada 16 Januari lalu.

Dalam tangkapan pada Sabtu itu polis menemui pelbagai barangan termasuk lima komputer riba dipercayai dicuri serta dadah jenis syabu di sebuah bilik di
tingkat empat hotel berkenaan.

"Penahanan mereka juga membawa kepada penemuan dua kereta mewah jenis Toyota Camry dan Honda Civic yang dipercayai kereta curi di kawasan hotel tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati tiga suspek terbabit positif dadah jenis syabu serta mempunyai 23 rekod jenayah membabitkan kegiatan curi, pecah rumah dan samun.

Katanya, kumpulan itu dipercayai aktif melakukan curi dan pecah rumah sejak 2010 sebelum terlibat dalam jenayah samun pada 2011 melibatkan 28 kes di Melaka setakat ini.

"Kumpulan ini gagal dikesan sebelum ini kerana amat licik meloloskan diri dengan bersembunyi di hotel mewah bagi mengaburi kegiatan mereka dikesan polis," katanya.

Beliau berkata, kumpulan itu kebiasaannya melakukan jenayah pada waktu tengah malam atau awal pagi dengan menyasarkan rumah dan kenderaan mewah selain menggunakan topeng serta senjata seperti pisau dan parang.

Katanya, polis sedang menyiasat lokasi barangan curi tersebut disembunyikan serta nilai kerugian. - Bernama

Polis: Bakar kenderaan fenomena baru balas dendam

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

KUALA LUMPUR - Membakar kenderaan secara rawak dan dalam jumlah yang besar menjadi fenomena baharu untuk membalas dendam terhadap seseorang mahupun kumpulan tertentu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pelaku juga kononnya bertindak 'bijak' apabila tidak menyasarkan kenderaan milik pihak yang bertelingkah dengan mereka.

"Ini merupakan cabaran kepada polis untuk menjejaki identiti sebenar suspek kerana mereka tidak menyasarkan secara terus (membakar) kepada kenderaan milik mangsa.

"Kalau mereka bakar kenderaan milik sasaran utama, dah tentulah kita (polis) boleh kesan mereka berdasarkan bukti yang ada, seperti kaitan mereka dengan insiden yang terjadi sebelum itu," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun menurut Mohd Bakri, skop siasatan polis adalah luas dan menerusi kerjasama orang ramai serta risikan selain rakaman kamera litar tertutup, pelaku pasti dapat dikesan.

"Orang ramai dianggap 'perisik' terbaik kepada Polis Diraja Malaysia dalam memberikan maklumat bagi menyelesaikan kes bakar kenderaan. Maklumat penting mereka dapat membantu kita menyelesaikan kes itu sekaligus mengelak kejadian berulang," katanya.

Menurut Mohd Bakri, walaupun pelaku tidak membalas dendam secara langsung kepada yang disasar, rasa puas hati timbul kerana dapat menaikkan kemarahan orang lain.

Selain balas dendam, motif lain yang dikesan polis setakat ini termasuk pergaduhan antara kumpulan berebut kawasan, rasa dengki dan tekanan perasaan.

Sejak kebelakangan ini, banyak insiden membakar kenderaan dilapor media dengan yang terkini berlaku minggu lepas di George Town, Pulau Pinang, membabitkan tujuh kereta yang diletak di tingkat tiga parkir Flat Taman Jade, Bukit Gambir.

Awal tahun lepas, 26 motosikal dan sebuah teksi yang diletak di kawasan parkir pangsapuri Desa Mentari Sunway, Petaling Jaya, dibakar dipercayai mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara dua kumpulan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata 23 kes membakar kereta mewah berlaku sepanjang Mac lepas di sekitar ibu negara, sementara pada April pula 32 motosikal dibakar dalam tempoh 24 jam.

Pada April 2010, enam kereta musnah dalam kebakaran di sebuah pusat menjual kereta terpakai di Taman Saujana Megah, Batu Gajah, Perak dan polis percaya perbuatan itu dilakukan dua lelaki yang hampir diberkas pengawal keselamatan premis ketika cuba mencuri besi, sehari sebelum kejadian.

Mereka yang disabit kesalahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan ini boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda. - Bernama

Pemandu teksi ditahan miliki 11 kg ganja



SEREMBAN - Polis menahan seorang pemandu teksi kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 11 kg bernilai RM30,800 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis perniagaan ayam di Kampung Chelet, Jalan Salak, Nilai Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Supt Baharom Othman berkata, lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan selepas sepasukan anggota dari bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima maklumat awam dan membuat risikan ke atas premis tersebut.

"Semasa pemeriksaan ke atas suspek yang turut berkerja secara sambilan di premis perniagaan ayam tersebut, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar mengandungi dadah disyaki ganja.

"Seterusnya siasatan ke atas suspek telah dibuat dan akhirnya suspek memberitahu ada lagi dadah ditanam di dalam tanah di kebun kelapa sawit kira-kira 50 meter dari premis tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai kes itu di sini hari ini.

Baharom berkata, lelaki tersebut kemudiannya membawa anggota polis ke bahagian belakang premis terbabit dan menunjukkan tempat dadah itu ditanam sebelum pihak polis menggalinya dan menemui sebuah kotak mengandungi 11 ketul dadah mampat seberat satu kilogram setiap satu.

Katanya, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah ditahan reman sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut dan memberitahu kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Baharom berkata pada tahun lepas polis negeri berjaya membuat tangkapan sebanyak 3,342 orang kerana sama ada membekal dan mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah.

Katanya, untuk tempoh yang sama juga, pihaknya telah merampas beberapa jenis dadah yang menyaksikan peningkatan berbanding tahun 2011, antaranya termasuk heroin seberat 5.6 kg, ketamin (1.4 kg), daun ketum (38 kg) dan pil erimin 5 sebanyak 243,130 biji.

"Tahun lepas juga pihak polis telah merampas dan membuat sitaan terhadap harta benda milik pengedar dan pembekal dadah termasuk kenderaan dan premis yang keseluruhan bernilai RM902,000," katanya.

Katanya, berdasarkan rumusan sepanjang tahun lepas penyalahgunaan dadah di negeri ini juga kian menurun di mana hanya 10 hingga 15 peratus sahaja suspek yang diuji air kencing mereka positif dadah dan tidak berlaku pertambahan ketara penagih baharu. - Bernama

Polis bongkar makmal proses dadah di Air Itam



GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah sintetik di sebuah rumah di Air Itam di sini, serta menahan tujuh orang termasuk dua wanita, dalam serbuan Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata suspek berusia antara 19 dan 44 tahun itu disyaki terbabit secara langsung dalam kegiatan memproses dadah yang dipercayai beroperasi dua bulan lepas.

"Dalam serbuan 8.30 malam itu polis merampas 1,275 gram serbuk dadah jenis ectasy, 54 gram ketamin, 22 gram syabu dianggar bernilai RM500,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis turut merampas mesin yang telah diubah suai serta pelbagai jenis bahan kimia untuk menghasilkan dadah serta menyita tiga buah kereta.

Menurut Abdul Rahim, seorang suspek mempunyai rekod jenayah serta pernah disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, sementara hasil ujian air kencing pula mendapati dua suspek positif dadah.      

Suspek direman sehingga 25 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.

Mengulas kes lain, Abdul Rahim berkata Ops Kesan Gelugor yang memasuki hari ke-15 bagi memburu dua lagi tahanan bolos semasa dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth, masih diteruskan.

Pada masa sama beliau mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat mengenai kedua-dua tahanan itu bagi memudahkan tugas polis.

Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, adalah antara sembilan tahanan yang lolos dengan merampas van polis dalam kejadian 9 pagi 7 Jan lepas.

Dua daripada mereka ditahan pada hari yang sama berhampiran van polis yang ditinggalkan, dua lagi ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta tiga hari kemudian,  manakala tiga diberkas semula termasuk dua yang menyerah diri, kira-kira seminggu selepas kejadian. - Bernama

Kastam rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM976,000



rokok seludup
Abdullah Zawawi (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rokok yang dirampas
KUALA TERENGGANU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu berjaya merampas rokok seludup yang dianggarkan mempunyai nilai cukai sebanyak RM976,750.40 dalam satu serbuan di sebuah premis stor di Kampung Tasek, Bukit Payung, Marang, 17 Januari lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Abdullah Zawawi Abdul Latiff berkata, dalam serbuan yang dilakukan lebih kurang jam 12 tengah hari itu juga, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 43 tahun dipercayai pemilik rokok berkenaan.

“Semasa serbuan dilakukan, dua lelaki itu yang berasal dari Bukit Payong, Marang, itu berada di dalam stor dipercayai menjalankan kerja-kerja pengiraan stok.

“Kedua-dua mereka yang dipercayai menggunakan taktik menjual rokok kecil-kecilan bagi mengaburi mata penguat kuasa ditahan dan direman selama enam hari untuk disiasat,” katanya.

Abdullah Zawawi berkata, sejumlah 15,180 karton rokok kretek dan putih pelbagai jenis yang disyaki belum lulus kastam yang dianggarkan bernilai RM179,560 dengan jumlah cukai terlibat sebanyak RM976,750 serta sebuah lori yang disyaki digunakan untuk membawa rokok disita.

“Ini merupakan kes tangkapan terbesar yang berjaya dicapai oleh jabatan ini bagi awal tahun 2013 dan dalam tempoh dua tahun saya berkhidmat di jabatan ini.

“Kejayaan ini juga adalah hasil daripada kerjasama orang awam yang telah menyalurkan maklumat kepada jabatan daripada masa ke masa,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat membendung kegiatan penyeludupan dan pelarian cukai amat dialu-alukan.

“Kami memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan setiap maklumat yang berjaya menghasilkan kes akan diberi sagu hati,” katanya.

Sebarang maklumat bolehlah disalurkan secara terus kepada JKDM Terengganu di talian 09-6204073 atau 09-6204274.

3 kali jadi mangsa penjenayah, kerugian cecah RM30,000



3 kali jadi mangsa penjenayah, kerugian cecah RM30,000
Nor menunjukkan antara laporan polis yang dibuat.
JOHOR BAHRU – Seorang warga Singapura hidup dalam keadaan tidak tenteram apabila kediamannya di Taman Bukit Indah 2, di sini, yang dihuni sejak sembilan bulan lalu kerap dimasuki pencuri hingga mengalami kerugian hampir mencecah RM30,000.

Perbuatan jahat itu mencapai kemuncaknya apabila rumah terbabit sekali lagi diceroboh untuk kali ketiga awal pagi kelmarin walaupun dia dan keluarganya ada di dalam rumah waktu itu, dan kali ini pelbagai komponen motosikal berkuasa tinggi miliknya dicuri dengan anggaran bernilai RM13,000.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 30, mendakwa, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin, selepas keluar dari rumah untuk menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen.

“Saya terpandang salah satu komponen motosikal dipotong dan berada di lantai. Hati saya jadi tidak sedap.

"Apabila memeriksa motosikal, saya dapati lebih kurang empat komponen telah dicuri dan dianggarkan bernilai RM13,000.

“Kami langsung tidak sedar rumah diceroboh kali ini. Kami syak mungkin mereka melakukan kerja tersebut sebelum Subuh. Maklumlah, malam tadi (malam kelmarin) hujan lebat mungkin memudahkan mereka membuat kerja.

“Yang saya kesalkan, saya parkir di dalam kawasan rumah. Motosikal itu juga baru sahaja dibeli dan baru sempat digunakan tidak sampai dua bulan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Nor, Julai tahun lalu, kereta milik suaminya yang diletakkan di luar rumah hampir dicuri, namun gagal dilarikan penjenayah kerana disedari jiran sebelum dia sendiri terlihat dan membuat laporan polis. Mereka kerugian hampir RM2,000.

Pada kejadian ketiga, burung kakak tua bersama sangkar yang diletakkan di luar rumahnya turut dicuri dan kerugian dianggarkan bernilai RM12,000.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa akan kerap melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan sekitar perumahannya yang merupakan salah satu kawasan ‘hotspot’ bagi mengelakkan berlaku situasi yang tidak diingini ini lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad ketika dihubungi menasihatkan penduduk menyalurkan segera maklumat berkaitan jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing.

“Kita akan mengadakan operasi membanteras jenayah secara besar-besaran.

"Kita juga akan kerap mengadakan rondaan di kawasan tertentu selain turut menambah anggota baru yang akan dibahagi di beberapa kawasan,” katanya.

Warga emas maut dirempuh



MANJUNG - Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Batu 10 Segari, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Naza Suria yang datang dari arah Pantai Remis menghala ke Seri Manjung hilang kawalan sebelum masuk ke  laluan bertentangan.

“Mangsa yang menunggang bersendirian tidak sempat mengelak menyebabkan pertembungan berlaku,” katanya.

Bayi lima bulan pengsan terkena kayu bumbung



Bayi lima bulan pengsan terkena kayu bumbung
Zakuan (kanan) menunjukkan ruang kecil di mana anak bongsunya ditemui, selepas berlaku runtuhan.
PASIR MAS - Seorang bayi berusia lima bulan pengsan beberapa jam, selepas bumbung rumah hampir menghempapnya, baru-baru ini.

Bapa, Ahmad Zakuan Hamat, 40, berkata, kejadian dua minggu lalu itu, berlaku apabila bumbung rumah pusaka yang berusia lebih 80 tahun, reput seterusnya runtuh.

Ketika itu katanya, dia sedang bekerja di Wakaf Baru, manakala isterinya berada di rumah, menjaga dua anak yang berusia lima bulan dan lima tahun.

“Isteri saya baru sahaja selesai mandikan anak bongsu, Muhamad Afiq Zafran kemudian meletakkannya di ruang tamu rumah.

“Anak kedua pula, Muhamad Ariff Aiman, 5, mengikut ibunya ke dapur untuk membuat susu,” katanya.

Menurutnya, isteri hanya mampu menjerit dan mencari Afiq Zafran di celah kayu yang runtuh.

"Isteri saya panik apabila mendapati Afiq Zafran tidak sedarkan diri beberapa jam dan dahi berdarah akibat terkena serpihan kayu.

"Saya bersyukur kerana Afiq Zafran tidak merangkak ke tempat lain sebelum runtuhan kayu," katanya.

Sementara itu, Penyelia Dun Tendong, Rozi Muhamad berkata, pihaknya memanjangkan bantuan segera dan peruntukan membaik pulih sistem pendawaian rumah Zakuan.

“Kita turut memanjat kesyukuran kerana adik Afiq Zafran dipanjangkan umur dan tidak mengalami kecederaan parah akibat runtuhan rumah ini,” katanya.

Bawa anak beli dadah



Bawa anak beli dadah
Penagih dadah yang berjaya ditangkap dalam Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Jengka, kelmarin.
JENGKA 9 – Seorang bapa berusia 37 tahun memberikan alasan membawa anaknya yang berusia 11 tahun bersiar-siar untuk membeli dadah dalam sebuah ladang sawit di Felda Jengka 9, kelmarin.

Dia bagaimanapun ditangkap dalam satu Operasi Tapis Bersepadu sekitar kawasan Jengka yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Kuantan dengan kerjasama Balai Polis Maran, Jengka, Pekan dan Sungai Jerik.

Sinar Harian difahamkan, bapa dan anak terbabit berasal dari Kampung Jerantut Feri, Jerantut dan datang ke ladang terbabit dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superitendan Yap Toon Khuan berkata, selain lelaki terbabit, 63 lagi penagih dadah termasuk seorang kakitangan awam dan dua orang pengedar ditahan dalam serbuan yang dilakukan bermula jam 12 tengah malam dan berakhir sekitar 7 malam kelmarin.

“Seramai 30 anggota polis dikerahkan untuk melakukan serbuan terbabit dan kami berjaya merampas 30 gram dadah yang diletakkan dalam 15 paket dan satu tin straw dalam sebuah beg silang.

“Selain itu, turut dirampas, dua paket syabu berjumlah 1.5 gram bersama wang tunai serta satu lagi kes rampasan di mana berat dadah masih belum dikenal pasti,” katanya ketika ditemui di lokasi tangkapan, malam kelmarin.

Menurutnya, dua pengedar dadah ditahan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, satu kes ditahan di bawah Seksyen 12 (2) b, manakala 1 lagi kes di tahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua yang ditangkap merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 25 hingga 57 tahun.

“Kami juga amat mengalu-alukan kerjasama dari orang ramai berkaitan gejala dadah ini agar kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Jengka khususnya dapat dibanteras,” katanya.

Toon Khuan berkata, dalam serbuan itu juga sebanyak 30 buah motosikal disita dan siasatan akan dijalankan untuk mengetahui sama ada ianya motosikal curi atau milik peribadi.

30 set perabot hangus terbakar



kebakaran
Kilang perabot dan botol musnah dalam satu kebakaran di Kampung Bukit Godek, Semabok Dalam.
MELAKA TENGAH – Luluh hati seorang peniaga apabila melihat kilang yang diusahakan sejak lima tahun lalu musnah dalam satu kebakaran.

Kejadian pada jam 6.50 petang kelmarin turut memusnahkan kilang botol bersebelahan di Kampung Bukit Godek, Semabok Dalam, di sini.

Pemilik kilang perabot yang mahu dikenali Law, 50-an berkata, kira-kira 30 set perabot yang sepatutnya dijual sempena Tahun Baru Cina turut terbakar.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pulang awal ke rumahnya berikutan mahu menghadiri majlis makan malam.

“Saya tersentak apabila orang menelefon memberitahu kilang terbakar dan segera di lokasi bagi mendapatkan kepastian. Tetapi saya hanya mampu melihat premis yang sedang terbakar,” katanya.

Turut hadir, Adun Duyong, Datuk Gan Tian Loo melawat lokasi kebakaran.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kejadian berlaku selepas tamat waktu bekerja.

Terdahulu, Pegawai Pengurusan Balai Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 7.01 malam.

Menerusi kekuatan 20 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Bukit Katil termasuk dua Unit Motosikal Gerak Cepat memadam kebakaran.

“Kita terpaksa menggunakan air kolam berdekatan untuk memadam kebakaran dua kilang terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih disiasat termasuk kerugian ditanggung.

Lelaki ditemui tergantung



Lelaki ditemui tergantung
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai maut akibat bunuh diri di rumahnya, di Menglembu, semalam.
IPOH - Kehilangan seorang pengawal keselamatan yang tidak hadir bekerja selama tiga hari terjawab apabila dia ditemui maut dalam keadaan tergantung dalam rumahnya di Mengelembu, di sini, pada kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Mayat mangsa, T Kaleesvarananthan yang masih membujang pada usianya 57 tahun ditemui di bahagian dapur rumah oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit yang mengenalinya.

Pekerja ladang yang enggan dikenali itu memaklumkan telah ke rumah mangsa untuk meninjau keadaan mangsa setelah dia tidak hadir bekerja selama beberapa hari.

"Ketika tiba di rumah mangsa, saya ketuk pintu beberapa kali, namun tiada sebarang respons. Malah anjing peliharaannya juga menyalak seperti ingin memberitahu sesuatu.

"Selepas panggilan saya tidak dijawab, saya terus menelefon polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong memaklumkan, beberapa anggota polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, mangsa yang lengkap berpakaian sudah tidak bernyawa dan dipercayai maut akibat jerutan wayar pada leher.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dua remaja maut dirempuh kereta


kemalangan
Motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebelum terseret ke dalam semak.
TERAP - Dua remaja lelaki berusia 16 dan 18 tahun terbunuh apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Batu 10 kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa terlibat disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurutnya, mangsa datang dari arah Serdang menuju ke Kulim manakala kereta terlibat datang dari arah bertentangan.

"Tiba di tempat kejadian, kereta terlibat memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya bagaimanapun gagal mengelak motosikal mangsa yang datang dari arah hadapan lalu merempuhnya.

“Mangsa tercampak kira-kira 50 meter dari kereta yang merempuhnya sebelum diseret ke dalam semak. Dalam masa sama sebuah motosikal lain yang datang dari arah Serdang ke Kulim merempuh kereta berkenaan di bahagian kiri kereta," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Saya ingin menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak memandu laju sepanjang jalan Kulim ke Terap kerana laluannya bengkang bengkok. Ini boleh mengakibatkan pemandu mudah terbabas dan sukar memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan," katanya.

Tak sempat mengandam, kereta jurusolek terjunam



kereta terjunam
Keadaan kereta Yanti yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kundur-Linggi, kelmarin
REMBAU - Seorang jurusolek sepenuh masa yang dalam perjalanan mengandam saudaranya di Ramuan Besar, Melaka, terbabit dalam kemalangan di jalan Kundur-Linggi, di sini, petang kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 5 petang itu, kereta Proton Gen 2 yang dipandu mangsa Yanti Ahmad, 40, dari Putrajaya t melanggar sebatang tiang di bahu jalan kanan sebelum kenderaannya terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter.

Yanti berkata, selepas terjunam dan keretanya senget ke sebelah kanan, dia bergegas menghubungi suaminya untuk meminta bantuan pasukan penyelamat.

“Tidak lama selepas itu, datang seorang penduduk yang mengetuk tingkap kereta dan ingin membawa saya keluar. Tanpa menunggu lama, saya tanggal tali pinggang keledar dan keluar melalui pintu hadapan penumpang di bahagian hadapan.

“Penduduk dan pasukan penyelamat yang membantu mengeluarkan barang-barang pengantin. Selepas itu,  kereta saya mulai berasap dan terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, petang kelmarin.

Kes Zhen Zhong diklasifikasi orang hilang - polis



WILLIAM Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang berusia enam tahun hilang di Putra Height, Subang Jaya sejak Rabu lalu. di sini. William berketinggian 70 sentimeter dan mempunyai kesan parut di kiri dahi. -BERNAMA
SHAH ALAM 20 Jan. - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan bukan culik, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asistem Komisioner Yahaya Ramli.
Beliau berkata, ini kerana tiada sebarang wang tebusan diminta daripada keluarga mangsa sehingga kini.
Katanya, polis percaya ada individu telah menemui Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya Rabu lalu, sebelum menyembunyikan kanak-kanak itu.
“Polis juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga panggilan yang diterima menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia adalah tidak benar.
“Selain mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan," katanya kepada pemberita di rumah keluarga kanak-kanak itu di Seksyen 25 di sini hari ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa.
Pada Rabu lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Shahrizat berkata, beliau akan membantu keluarga mangsa dan pihak polis untuk mengesan kanak-kanak itu dengan mengedarkan gambar Zhen Zhong melalui 22,000 cawangan wanita Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.
Selain itu, katanya, Skuad Sayang Wanita UMNO di seluruh negara juga akan dikerah dalam misi mencari semula kanak-kanak itu.
Sementara itu, bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga Zhen Zhong supaya memulangkan semula kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau Kok Kang di 016-9691616. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130120/je_05/Kes-Zhen-Zhong-diklasifikasi-orang-hilang---polis#ixzz2IZWgl5Cl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ganjaran RM20,000



WILLIAM Yau Zhen Zhong kanak-kanak yang hilang selepas keluar dari Kedai Elektronik Onking, Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor sejak Rabu lalu.
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ganjaran berjumlah RM20,000 akan diberi kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mencari sehingga menemui seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya di sini sejak Rabu lalu.
Tawaran tersebut dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Biro Pengaduan Awam MCA yang masing-masing menawarkan wang berjumlah RM5,000 dan selebihnya daripada Kelab Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Wilayah Persekutuan.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha menjejaki kanak-kanak tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130121/je_02/Ganjaran-RM20000#ixzz2IZWSjKE4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kepala budak 5 tahun terburai dihempap tayar treler



BEGINILAH keadaan sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Mohd Afiq Amrin di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar dekat Pagoh, Muar hari ini. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD
PAGOH 20 Jan. - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya terburai akibat dihempap tayar selepas treler yang dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar ketika treler yang dipandu Mohd. Yazid Banain, 44, hilang kawalan semasa membelok di selekoh.
Difahamkan, treler tersebut kemudiannya terbalik sebelum menghempap mangsa dan terperosok ke dalam sebuah parit yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian.
Bagaimanapun, ibu mangsa, Suriyati Abd Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, yang turut terlibat dalam kemalangan itu terselamat tetapi mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Razali Ismail berkata, semasa tiba di tempat kejadian bersama satu jentera dan tujuh anggota, tiga mangsa masih berada dalam treler kecuali Mohd. Afiq Amrin.
"Mohd Yazid mengalami kecederaan patah kaki, tetapi isteri dan anak perempuannya yang pada awalnya tidak sedarkan diri, mulai sedar sebaik sahaja berjaya dikeluarkan daripada treler itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130120/je_04/Kepala-budak-5-tahun-terburai-dihempap-tayar-treler#ixzz2IZWAECfN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 maut polis, tentera bertempur penyeludup dadah



VERACRUZ, Mexico 20 Jan. - Sebanyak 11 orang maut apabila polis dan tentera bertempur dengan lelaki bersenjata yang bekerja dengan penyeludup dadah dalam dua kejadian di Mexico, kata pihak berkuasa semalam.
Sejumlah lelaki bersenjata menyerang askar di Puente Nacional, timur Vecacruz yang menyaksikan enam anggota kumpulan penyerang itu maut,
Di Culiacan, barat laut Sinaloa, polis dan askar bertempur dengan lelaki bersenjata menyebabkan lima orang maut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130120/lu_12/11-maut-polis-tentera-bertempur-penyeludup-dadah#ixzz2IZUcuKUs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Taktik sindiket tak menjadi



Pelacur
Wanita warga Vietnam yang ditahan kelmarin.
PETALING JAYA – Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara tidak bertahan lama apabila ia diserbu polis malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, premis yang beroperasi sejak dua bulan yang lalu disyaki menjalankan kegiatan pelacuran berikutan penemuan kondom yang disembunyikan dalam peti sejuk dan bawah tilam.

Menurutnya operasi oleh Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya turut menahan dua penjaga premis itu dan empat wanita Vietnam berusia awal 20an.

“Dua daripada wanita berkenaan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah turut ditahan.

“Siasatan awal mendapati premis tidak berlesen ini kononnya menawarkan khidmat urutan refleksologi namun hasil risikan mereka menawarkan khidmat seks sekitar RM130 ke RM180 kepada pelanggan tetapnya,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes setakat ini disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing tidak memiliki pas yang sah.

Suspek cuba rempuh polis ditahan reman


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Mohd Adnan Abdullah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Selangor, Mohd Adnan Abdullah
Shah Alam: Suspek yang diberkas kerana cuba merempuh anggota polis peronda di Taman Sejati, Klang, Jumaat lalu ditahan reman sehingga 24 Januari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek berusia 31 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Polis juga sedang menjalankan siasatan mengenai wanita bersama suspek yang maut terkena tembakan polis, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, mayat wanita berusia 22 tahun itu sudah dituntut keluarganya dari Taman Sentosa, Klang, semalam.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada anggota polis yang melepaskan tembakan dalam kejadian itu akan dikenakan tindakan.

BH difahamkan wanita yang mati dalam kejadian itu mempunyai dua anak berusia dua dan tiga tahun, selain tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya yang juga seorang pemandu lori sejak tiga minggu lalu.

Dalam kejadian pada jam 7.35 malam itu, kereta PROTON Waja dinaiki wanita terbabit bersama suspek lelaki dikatakan tidak berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh anggota peronda berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketika seorang anggota peronda berkenaan cuba untuk melakukan pemeriksaan, suspek mengundurkan kereta secara tiba-tiba sehingga memaksa anggota polis di belakang kenderaan berkenaan melepaskan sedas tembakan yang terkena wanita terbabit.

Penternak dakwa kerugian



Penternak dakwa kerugian
Syed Othman (duduk, kanan) bersama penternak pada sidang media yang diadakan, semalam.
JOHOR BAHRU – Kira-kira 180 penternak lembu tenusu di negeri ini mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila haiwan ternakan mereka dicuri sejak lebih dua tahun lalu.

Pengerusi Koperasi Penternak Lembu Tenusu Negeri Johor Berhad, Sashi Kanan berkata, pihaknya menerima aduan daripada 50 penternak yang melibatkan kecurian hampir 500 kambing dan 100 lembu.

Menurutnya, ada beberapa kes penternak mengalami cedera parah apabila ditetak sekumpulan pencuri sebelum mengikat dan mengugut mangsa sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan penternak lain.

“Kita difahamkan sekumpulan pencuri akan memecah masuk ladang sekitar jam 1 hingga 2 pagi bersenjatakan parang dan beberapa senjata tajam lain.

“Walaupun laporan polis sudah dibuat, namun selepas lebih dua tahun, kita belum lihat tindakan berkesan dapat diambil sehingga masalah ini berlarutan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Dalam pada itu, seorang penternak di Masai, C Vijayan, 31, berkata, dia mengalami kerugian lebih RM20,000 apabila empat ekor lembu tenusu miliknya dicuri dalam kejadian 7 Januari lalu.

Menurutnya, kehilangan ternakannya hanya disedari pada awal  pagi ketika mendapati pintu pagar ladang dipecahkan dan mendapati lembu tenusu miliknya yang berjumlah 30 ekor hanya berbaki 26 ekor.

“Saya bimbang kejadian sama berulang sekiranya polis tidak mengambil tindakan berkesan kerana pernah ternakan lembu didatangi pencuri sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan.

“Lebih membimbangkan apabila kumpulan pencuri ini turut menggunakan senjata tajam, malah pernah ada pekerja yang mengalami cedera parah akibat ditetak,” katanya.

Seorang lagi penternak, P Suppiah, 59, berkata, kejadian curi yang berlaku saban minggu bukan sahaja membimbangkan penternak, malah menakutkan mereka.

Menurutnya, kehadiran 15 hingga 20 pencuri dalam satu kumpulan bersenjatakan parang menyasarkan lembu tenusu kerana lebih bernilai berbanding lembu kampung.

“Kalau kita ada lima orang pun memang tak mampu nak lawan kerana mereka datang dalam kumpulan besar bersenjatakan parang sehingga anjing yang dibela turut dibunuh.

“Kami minta perkara ini diselesaikan segera kerana kami sangat takut sehingga tidur malam pun tak lena memikirkan keselamatan diri dan ternakan,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat pertemuan antara penternak dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada minggu depan

Babi hutan ganggu penduduk



Babi hutan ganggu penduduk
Abd Hamid menunjukkan antara kawasan yang sering menjadi tumpuan babi hutan setiap kali berkeliaran di kawasan rumahnya.
MUAR - Ketenteraman kira-kira 500 penduduk di Kampung Bukit Treh Jalan Salleh di sini, terjejas berikutan gangguan babi hutan sejak dua bulan lalu.

Dakwa penduduk, keadaan itu semakin serius sejak kebelakangan ini apabila haiwan tersebut semakin berani berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Salah seorang penduduk, Abd Hamid Ibrahim, 29, berkata, haiwan berkenaan dipercayai bersembunyi dalam belukar yang terdapat berhampiran kampung itu.

Menurutnya, haiwan berkenaan dapat dilihat berkeliaran di sekitar kawasan kampung bermula jam 8 malam hingga waktu pagi.

“Haiwan ini juga bergerak secara berkumpulan dan saya pernah terserempak dengan kumpulan berkenaan yang dianggarkan 10 ekor.

“Kumpulan babi hutan itu nyaris memasuki rumah selepas pagar rumah saya disondol salah seekor haiwan terbabit sehingga rosak, namun berjaya menghalau haiwan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Manakala, bagi Johari Ismail, 74, berkata, tanaman ubi yang diusahakan bersebelahan tanah perkuburan kampung berkenaan turut menjadi sasaran haiwan terbabit.

“Banyak tanaman ubi rosak kerana disondol dan dimakan oleh haiwan ini pada waktu malam.

“Saya ada pasang perangkap sebagai usaha menghalaunya, tetapi terlebih dahulu telah dirosakkan oleh haiwan ini,” katanya.

Katanya, selain ubi, dia turut menanam keladi dan pisang, namun semuanya turut dirosakkan dan tidak sempat menikmati hasil jualan tanaman itu.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Baki, 59, berkata, dia bimbang keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak yang keluar rumah pada waktu malam untuk pergi mengaji.

“Ramai kanak-kanak mengadu, mereka sering terserempak dengan babi hutan berkeliaran dalam kawasan kampung dan bertindak melarikan diri kerana ketakutan.

“Baru-baru ini, seorang penduduk yang memandu kereta terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan kampung secara mengejut. Mujur kejadian itu tidak membabitkan penunggang motosikal, jika tidak pasti perkara tidak diingini akan berlaku,” katanya.

Justeru itu, dia mengharapkan ada pihak yang dapat tampil untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Tiga pelajar pitam dirotan



Kuantan: Tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini terpaksa menjalani rawatan dan ditahan semalaman di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas pitam kena rotan di kepala.

Mereka dirotan seorang guru lelaki sekolah berkenaan dalam kejadian Rabu lalu.
Nor Arina Syakirah Mazuki, Nor Aima Solehah Abdullah dan Nor Hidayah Asni masing-masing mendakwa dirotan guru berusia lingkungan 40 tahun berkenaan kira-kira jam 3 petang di sekolah mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa yang pulang ke rumah mengadu pening kepala sebelum pitam seketika akibat kesan sebatan berkenaan sebelum dibawa keluarga ke HTAA untuk rawatan lanjut dan kemudian ditahan semalaman di wad.

Nor Arina berkata, pada hari berkenaan dia dan rakannya itu dipanggil seorang guru wanita ke pejabat untuk menyelesaikan kes perselisihan faham antara mereka dengan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima yang berlaku sehari sebelumnya (Selasa).

Petang itu ada perhimpunan kokurikukum di dalam dewan. Bagaimanapun kami pergi ke pejabat selepas dipanggil untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Sebaik masalah yang berlaku diselesaikan dan masing-masing sudah meminta maaf, secara tiba-tiba guru lelaki berkenaan muncul dan dengan tanpa usul periksa memukul kepala saya dengan rotan dibawanya sepanjang kira-kira satu meter sebanyak dua kali.
Nor Aima dan Nor Hidayah disebat sekali juga di kepala sebelum kami kemudian menangis kerana menahan kesakitan.

Namun, guru terbabit tidak pula menghukum pelajar perempuan Tingkatan Lima yang berada bersama di situ, katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, selepas dirotan mereka bertiga pulang ke rumah sambil menahan kesakitan sebelum menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa.

Saya pening dan muntah manakala Nor Aima pitam serta Nor Hidayah juga mengalami apa yang saya rasa. Kami kemudian dibawa ke HTAA dan ditahan di wad, katanya.

Nor Arina berkata, ketika di wad, guru terbabit datang melawatnya dan dua lagi rakan sebelum menyerahkan wang RM250 kepada kami untuk dikongsi

Dia (guru lelaki) datang dalam waktu tengah hari, sebelum pulang dia beri kami RM250 untuk dikongsi bersama dan cakap itu bukan rasuah tapi untuk bayar bil hospital.
Selebihnya suruh kami buat belanja beli tudung dan makan, katanya.

Pelajar berkenaan berkata, keluarga mereka membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini berhubung tindakan guru terbabit kira-kira jam 6 petang sehari selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusof, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Pihak sekolah berkenaan pula bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan kejadian terbabit.