Search This Blog

Saturday, January 19, 2013

Angkara kumpulan murtad


Subang Jaya: “Saya tidak tahu apa motif mereka menggunakan gambar saya, tapi perbuatan itu melanggar hak peribadi dan mungkin bertujuan memburukkan nama saya,” kata Haliza Abdul Halim, 50, yang membuat laporan di Balai Polis SS17 Subang Jaya, semalam selepas gambarnya digunakan sebuah kumpulan murtad di Facebook.

Haliza yang menyedari gambarnya digunakan kumpulan murtad berkenaan berkata, laporan itu dibuat berikutan bimbang disalah anggap sebagai ahli kumpulan itu selain khuatir keselamatan dirinya.


“Bila tengok gambar saya digunakan, timbul perasaan takut dan tertanya-tanya bagaimana mereka memperoleh gambar ini, sedangkan ia hanya untuk tatapan saya serta rakan.

“Jika mereka boleh mendapatkan gambar ini, saya percaya mereka juga mengetahui pergerakan dan alamat rumah saya,” katanya.


Menurut Haliza, dia pernah mengikuti perkembangan sebuah kumpulan murtad di Facebook, namun ia bertujuan mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan pergerakan kumpulan terbabit yang banyak menghina Islam selain cuba merekrut ahli baru.


“Saya ahli jawatankuasa pergerakan anti-murtad yang mengecam kumpulan ini.

“Namun tindakan mereka menggunakan gambar peribadi orang sudah lebih kerana ia cubaan memburukkan imej saya dan mencetuskan provokasi dengan pihak lain,” katanya.


Haliza berkata, pihaknya juga akan tetap meneruskan usaha menghentikan kempen kumpulan murtad itu yang kini ada 1,735 peminat.

Sehubungan itu juga, Haliza berkata, dia akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.

Isteri lari dek ‘gajah berahi’

Jeling anak, belai emak. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai ‘dikenakan’ rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya, Banting, dekat sini.
Difahamkan, mangsa, Ruzaiti Kamis, 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat, 11 dan 12 tahun.
Menurut suaminya, Maizi Salleh, 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar, ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.

Bagaimanapun, rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.
Foto
RUZAITI meronta-ronta ditenangkan suaminya.

Lebih malang, Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh.

Penuntut KUIM maut, cedera motosikal masuk longkang



ALOR GAJAH: Seorang penuntut KUIM terbunuh manakala rakannya cedera selepas motosikal mereka terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, kira-kira 10.40 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Adidil Tamizzi Bahrin, 19, yang juga penunggang mati di tempat kejadian manakala rakannya, Muhammad Hatta Hassan, 21, cedera.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki kedua-dua rakan itu hilang kawalan ketika tiba di satu selekoh sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.

Bayi 6 bulan, ibu saudara bonceng motosikal maut


Bayi 6 bulan, ibu saudara bonceng motosikal maut
Nur Baiyah mendukung mayat anak saudaranya manakala Nor Shamsiah (kanan) kelihatan sugul melihat mayat adiknya ketika dalam van polis.
Bayi 6 bulan, ibu saudara bonceng motosikal maut
Anggota keluarga tidak dapat menahan kesedihan di lokasi kejadian. Gambar kecil: Allahyarham Nor Sham Sila Yanti.
SEREMBAN – Dua maut termasuk seorang bayi apabila motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori tangki di Jalan Pinggiran Senawang, Taman Pinggiran Senawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nor Sham Sila Yanti Hudsaini, 24, dan anak saudaranya, Nur Harryna Balqis Abdullah, enam bulan, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, motosikal jenis Honda EX5 itu ditunggang adik mangsa, Nur Baiyah, 20, manakala mangsa membonceng sambil memangku anak saudaranya.

Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk ke sebuah klinik di Rantau.

“Sejurus tiba di persimpangan jalan berkenaan, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari simpang hadapan secara melulu membelok ke kanan jalan.

“Tindakan lori berkenaan menyebabkan motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kiri belakang lori. Rempuhan itu menyebabkan mangsa bersama bayi yang dipangkunya tercampak ke atas jalan dan maut serta-merta di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian,
di sini, semalam.

Menurut jurucakap polis lagi, bagaimanapun penunggang motosikal berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Semenyih ke Melaka, namun singgah sebentar di kilang syarikat berkenaan di Taman Pinggiran Senawang untuk mengambil barang.

“Pemandu lori, seorang lelaki berusia 44 tahun yang menghilangkan diri sejurus kemalangan bagaimanapun telah tampil di Balai Polis Senawang membuat laporan polis,” katanya.

Bawa bayi ke klinik untuk pengesahan Dalam pada itu, saksi kejadian, Mohd Rozaini Mohd Ali, 27, berkata, dia yang dalam perjalanan ke Taman Pinggiran Senawang memberhentikan kereta di simpang jalan apabila melihat ramai orang berkerumun di tempat kejadian.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat terdapat mayat di tepi jalan yang ditutupi dengan surat khabar.

“Kemudian, saya melihat seorang lelaki tua memangku bayi dan dia memberitahu saya, bayi tersebut sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Klinik 1Malaysia, di Seremban Jaya, di sini.

Mohd Rozaini yang bekerja sebagai peniaga itu berkata, dia kemudian menyarankan agar bayi tersebut dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pengesahan sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

“Setelah sepakat dengan orang ramai dan keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian, saya segera membawa bayi ke klinik 1Malaysia Seremban Jaya, dengan diiringi kereta anggota polis.

“Sebaik tiba di klinik, pegawai perubatan mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia,” katanya.

Ibu bayi berkenaan, Nor Shamsiah Hudsaini, 30-an, berkata, dia bergegas ke klinik berkenaan sebaik menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anak dan dua adiknya terlibat dalam kemalangan.

“Ketika itu saya sedang bekerja dan berkejar ke klinik.

Tiba sahaja di klinik, saya dimaklumkan bayi saya sudah meninggal dunia,” katanya yang masih bersedih dengan kejadian yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner SaifulAzly Kamarudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat dan telah dituntut ahli keluarga,” katanya.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap punca kemalangan tersebut.

'Beach boy' didakwa cederakan wanita



Abu Samah
Abu Samah dibawa keluar dari mahkamah selepas tuduhan dibacarkan.
GEORGETOWN - Seorang 'Beach boy' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 28 tahun di  Batu Feringghi, minggu lalu.

Abu Samah Noor dari Batu Feringghi membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan hadapan  Majistret Norhayati Ibrahim.

Abu Samah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nuurfarwinna Pasikhi, 28, di sebuah rumah dekat Batu Feringghi, 11 Januari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairul Fairuz Rahman menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Dalam rayuan, Abu Samah memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan akan dijamin oleh seorang kawan.

Sejurus rayuan itu, Norhayati membenarkan Abu Samah diikat jamin RM6,000 dan memerintahkanya agar tidak mendekati mangsa.

Beliau menetapkan 7 Mac ini untuk sebutan semula sementara menunggu serahan dokumen.

Pegawai bank terkejut kereta terbakar

Pegawai bank terkejut kereta terbakarAnggota bomba mengawal api di bahagian enjin kereta milik pegawai bank yang terbakar malam tadi.
PUCHONG – Seorang pegawai bank bersyukur kerana selamat apabila enjin keretanya terbakar di depan sebuah kopitiam di Bandar Puchong Jaya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa T Devadas Rajadorai, 55, berkata, dia meletakkan kereta di kawasan pusat komersial berdepan dengan pusat beli-belah IOI Mall, kira-kira jam 7.15 malam.

Devadas berkata, kira-kira satu jam setengah selepas itu dia kembali ke keretanya dan menghidupkan enjin lalu mengundurkan kenderaan itu.

Dia yang bimbang akan berlaku sesuatu yang buruk,  meletakkan keretanya di tempat letak kereta sebelum bergegas keluar.

“Saya lihat kereta berasap dan api mula keluar daripada bahagian enjin, saya terus berundur ke tempat selamat sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas itu.

“Kereta itu sudah 10 tahun digunakan dan tidak pernah mempunyai alami masalah, malah ia diselenggara mengikut jadual.

"Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berasap dan terbakar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jafri Amat ketika dihubungi memberitahu pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.47 malam sebelum sepasukan lapan anggota bersama satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota mengambil beberapa minit untuk mengawal api daripada merebak ke kenderaan bersebelahan.

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Jual air ketum sara keluarga

Jual air ketum sara keluargaMohd Ismail menunjukkan sebahagian air ketum berjaya dirampas polis daripada dua suspek dalam dua serbuan berasingan, pagi kelmarin.
KUALA BERANG - Tidak serik! Biarpun pernah ditahan beberapa kali sebelum ini kerana memproses dan menjual air ketum, namun dua lelaki dari Kampung Pela dan Machang ini tidak pernah insaf, sebaliknya tetap meneruskan kegiatan tersebut sebagai rezeki menampung keluarga.

Terbaru, mereka kembali ditahan polis pagi kelmarin dalam dua serbuan berasingan di rumah masing-masing ketika sedang menonton televisyen, biarpun mereka berlagak seperti biasa ketika itu bagi mengaburi mata pihak polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Pela, Ajil kira-kira jam 6.30 pagi kelmarin dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 47 tahun.

“Dalam serbuan ini, polis turut merampas satu bungkusan plastik berwarna hijau di dalamnya mengandungi 10 bungkus plastik lutsinar berisi cecair kehijauan yang diikat dengan gelang getah disyaki air ketum.

“Anggaran berat kasar air ketum dirampas adalah 10 mililiter setiap bungkus dan jumlah nilai kasar rampasan antara RM20 hingga RM30. Siasatan awal mendapati, suspek telah melakukan kegiatan memproses dan menjual air ketum ini sejak pertengahan 2006.

“Harga sebungkus air ketum dijual antara RM2 hingga RM3 sebungkus dan hasil jua-lan ini digunakan bagi menampung perbelanjaan harian memandangkan suspek tidak bekerja,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Tambah Mohd Muslim, dalam serbuan kedua di Kampung Machang kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, polis menahan lelaki yang juga seorang duda berusia 52 tahun serta merampas satu bungkusan plastik mengandungi daun ketum dianggarkan seberat dua kilogram.

“Hasil serbuan ini juga, polis berjaya merampas dua bungkusan plastik berisi cecair disyaki air ketum dengan berat kasar dianggarkan sembilan kilogram. Manakala, jumlah nilai dianggarkan antara RM100 hingga RM150.

“Terdahulu, suspek bertindak mencurah air ketum sebaik menyedari kehadiran polis serta cuba berlagak biasa. Siasatan awal mendapati, suspek melakukan aktiviti itu sejak 1997 dan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian,” ujarnya.

Ismail berkata, serbuan dilakukan berikutan terdapat maklumat mengenai aktiviti pengedaran air ketum di daerah ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun.

“Kedua-dua suspek ini pernah ditahan sebelum ini kerana melakukan kesalahan sama sejak beberapa tahun lalu dan didapati mereka tidak pernah serik. Malah, mereka juga mendapatkan bekalan daripada pengedar daripada luar.
 20 tahun tiada kad pengenalan
ONN PA
19 Januari 2013
20 tahun tiada kad pengenalan
Kamsol menunjukkan pasport isterinya yang menjadi dokumen sokongan untuk terus bersama keluarganya.
20 tahun tiada kad pengenalan
Surat beranak ketiga-tiga anak mereka.
20 tahun tiada kad pengenalan
Sijil nikah sah daripada Pejabat Agama Langkawi.
ULU MELAKA - “Saya dah putus asa nak turun naik pejabat pihak berkenaan untuk mendapatkan kad pengenalan isteri saya yang dikahwini 20 tahun lalu,” kata seorang lelaki, Kamsol Kamarudin, 46, yang berkahwin dengan pasangannya, Sukhon Buchu, 44, yang berasal dari Wilayah Saturn, Thailand.

Kamsol berkata, keadaan semakin sukar apabila usia semakin meningkat kerana permasalahan untuk mendapatkan kad pengenalan isteri masih samar dan buntu.

Menurutnya, isterinya hanya mempunyai visa perjalanan daripada Kerajaan Thailand dan diluluskan Jabatan Imigresen Malaysia bagi menjalani kehidupan di sini.

“Semua dah sudah kami lalui, antaranya sesi temuduga dengan Kementerian Dalam Negeri dan berjumpa pihak imigresen tapi, tiada satu pun berhasil.

“Malah, semua bebanan dan kos ulang alik bagi mendapatkan dokumen yang sah agar isteri saya dapat tinggal bersama ditanggung sendiri hampir belasan tahun,” katanya.

Kamsol berkata, kali terakhir mereka berjumpa pihak berkenaan pada tahun lepas namun, masalah ketiadaan kad pengenalan isteri yang dipohon sekian lama tidak juga selesai
“Anak-anak pun dah besar, yang sulung pun dah umur 18 tahun dan kesemua anaknya lahir di Langkawi dan mempunyai surat beranak Malaysia,” katanya.

Kamsol juga memaklumkan sebelum mendapatkan visa perjalanan yang disahkan kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Thailand, isterinya hanya menggunakan pas lawatan sosial dan terpaksa berulang alik untuk membuat pengesahan semula apabila pas tamat tempoh.

“Masalah dah lama, saya pun tak tau nak cakap apa lagi. Saya pun dah kerap jumpa pemimpin politik tapi, tiada siapa nak tolong saya selesaikan masalah dihadapi ini.

“Penduduk di kampung ini pun ada yang kahwin dengan warga asing tapi, setelah melalui karenah birokrasi daripada jabatan terlibat akhirnya mereka hanya berserah dan lebih malang lagi kebanyakan anak mereka langsung tidak bersekolah kerana ketiadaan surat beranak,” katanya.

Pernah ditipu

Kali terakhir dia dipanggil temuduga oleh pihak terbabit untuk mendapatkan kad pengenalan pada tahun lepas, melibatkan hampir 23 anak tempatan yang mengalami masalah sama iaitu terdesak untuk mendapatkan taraf penduduk tetap bagi isteri mereka.

“Kami juga pernah tertipu kerana ada pihak menawarkan khidmat untuk mendapatkan kad pengenalan dengan mudah dan bayaran hampir RM2,000 seorang.

“Kami di sini yang berkahwin dengan warga asing ditipu individu terbabit. Kami rasa cukup teraniaya dengan kejadian seperti ini. Kami rasa dah putus asa,” katanya lagi.

Kamsol juga turut mengesa pihak terbabit menyegerakan pemberian kad pengenalan kepada isterinya agar tidak timbul masalah lain pada masa akan datang.

“Sekiranya saya ditakdirkan mati esok atau lusa, apa akan jadi dengan nasib isteri dan tiga anak saya. Di mana mereka nak menumpang atau jalani hidup sebagai sebuah keluarga seperti orang lain. Kepada pihak berkenaan bantulah kami dan selami permasalahan yang kami hadapi ini,” katanya.

Kehidupan sukar

Sementara itu, Sukhon berkata, segalanya sukar untuk dirinya menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Kami pun bukan orang kaya dan ada duit banyak cuma cukup-cukup makan saja, anak-anak pun dah besar. Kadang-kadang rasa cukup terasing kerana nak naik motor pun susah sebab tak boleh buat lesen.

“Kalau nak beli barang keperluan harian pun secara sembunyi. Susah kalau macam ni, kalau polis tahan semua jadi susah,” katanya yang menjalankan perniagaan gerai makan di kampung tersebut.

Menurutnya, kakaknya yang juga menetap dan berkahwin di Malaysia, sudah mendapat kad pengenalan sah dan kini berada di Ipoh, Perak.

“Kami bukannya nak salahkan mana-mana pihak, tapi kami dah tak larat dah, rasa cukup terpinggir dengan masalah dihadapi. Kepada pihak berkenaan berilah ruang untuk kami sekeluarga menjalani kehidupan tanpa rasa tertekan,” katanya yang juga pernah berusaha untuk mendapatkan lesen sah tetapi, ditolak kerana tidak mendapat taraf penduduk tetap.

Degil biarpun sudah ditegah

Berus yang dipercayai diperbuat daripada bulu haiwan.Berus yang dipercayai diperbuat daripada bulu haiwan.
JOHOR BAHRU - Meskipun sudah empat kali diberikan amaran oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), sebuah premis menjual kek dan bakeri masih gagal mendaftar serta menggunakan logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Premis menjual kek dan bakeri terletak di daerah ini antara premis diperiksa Jaij dalam  operasi bersepadu yang turut membabitkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Unit Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan Jaij; Jakim; Unit
Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru; Majlis Bandaraya Johor Bahru; Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaij, Yosree Ikhsan berkata, premis terbabit didapati masih berdegil dengan menggunakan logo halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre (IFRC) malah tidak pernah memohon sijil daripada Jakim.

Menurutnya, premis terbabit juga menggunakan berus yang dipercayai diperbuat daripada bulu haiwan dan  sampel berus itu diambil untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia.

“Premis ini sudah beberapa kali diberikan nasihat, tetapi masih lagi menggunakan sijil yang tidak diiktiraf. Buat masa ini,  premis ini dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29 Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 berhubung perakuan dan penandaan halal.

“Sabit kesalahan, boleh dikompaun atau didenda sebanyak RM100,000 bagi individu, manakala RM200,000 untuk syarikat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pemeriksaan bersepadu berkenaan, di sini, semalam.

Justeru, Yosree mengingatkan semua umat Islam supaya memastikan terlebih dahulu logo dan sijil halal diiktiraf daripada Jakim yang dipamerkan pada produk sebelum membuat pembelian.

Selain itu, katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 580 syarikat di negeri ini sudah memiliki sijil halal yang diiktiraf Jakim berbanding 350 pada tahun 2011.

“Alhamdulillah, ada kesedaran di kalangan pengusaha dan pemilik premis makanan dan produk makanan di negeri ini hasil  daripada kempen yang dilaksanakan,” katanya.

Anjing liar larikan beg duit RM22,368



BIHAR- Seorang ahli perniagaan membuat aduan polis selepas seekor anjing liar melarikan begnya yang mengandungi  wang tunai AS$7,424 (RM22,368).

Nakched Mian berkata, begnya itu diletakkan di atas katil semasa dia keluar untuk membasuh tangan.

Ia dilarikan selepas anjing itu memasuki biliknya dan membawa lari begnya yang mengandungi wang tunai.

Sejurus membuat laporan, pihak polis memburu anjing tersebut dan menjumpai sejumlah AS$2,597 (RM7,832).

“Apabila saya keluar bilik untuk mencuci muka di pam air, saya melihat anjing itu meggigit beg saya yang berisi wang dengan mulutnya. Saya cuba kejar tetapi anjing itu terus hilang,” kata Mian dalam aduannya.

Katanya lagi, wang tersebut dihantar oleh anaknya dari Teluk untuk membeli tanah. Baki wang masih hilang.

Anjing liar merupakan pemandangan biasa yang dapat dilihat di India.

Orang ramai kini turut sama membantu bagi mencari wang lelaki itu.

12 warga asing ditahan

Imigresen siasatAnggota Imigresen sedang menyiasat warga asing yang ditahan.
SENAI – Seramai 12 warga asing ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Johor di sebuah rumah di Taman Daya, malam kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira 11.15 malam itu, kesemua yang ditahan adalah sembilan warga Myanmar dan tiga warga Vietnam.

“Seramai 14 rakyat asing diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 12 orang iaitu10 lelaki dan dua wanita yang didapati masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas dan permit yang sah.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam kerana kehadiran mereka yang tinggal di rumah sewa berkenaan selalu membuat bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairulanuar berkata, ketika serbuan dilakukan, warga asing berkenaan enggan membuka pintu meskipun diarahkan berbuat demikian beberapa kali, sehingga memaksa pihaknya memotong mangga pintu rumah tersebut.

“Ketika memasuki rumah berkenaan, ada di kalangan mereka yang bersembunyi di atas bumbung, di dalam almari dan di bawah katil bagi mengelakkan diri ditangkap.

“Kesemua warga asing yang ditahan berumur 21 hingga 33 tahun dihantar ke depoh tahanan Imigresen Pekan Nanas,” katanya.

Ruang solat dipenuhi asap

Ruang solat dipenuhi asapSalah sebuah rumah yang terletak di sebelah masjid hangus dalam kebakaran, semalam.
GOMBAK - Jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat panik seketika selepas ruangan solat tiba-tiba dipenuhi kepulan asap berikutan enam unit rumah terletak bersebelahan masjid Zaid Bin Haritshah di sini, musnah dalam kejadian kebakaran sekitar jam 12 tengah hari, semalam.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan gas sewaktu salah seorang penduduk memanaskan lauk sebelum merebak ke beberapa unit rumah berhampiran termasuk rumah bertingkat.

Seorang mangsa, Hasmah Anuar, 50, berkata, ketika kejadian dia sedang mandi sebelum terdengar suaminya menjerit memaklumkan terdapat kebakaran.

“Saya hanya sempat mencapai beberapa dokumen seperti kad pengenalan, pasport dan beberapa surat dalam rumah.

“Manakala dokumen lain seperti kad perubatan, baitulmal dan perkakasan rumah tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Suaminya, Asnawi Jamaan, 65, berkata, pada peringkat awal dia terdengar bunyi letupan kecil dan menyangka orang bermain mercun.

Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu dia terdengar kekecohan daripada jiran berhampiran dan melihat api mula marak.

Asnawi yang menghidap sakit asma dan tidak mampu mengangkat barangan berat hanya dapat mencapai dua pakaian sebelum lari menyelamatkan nyawa.

Berikutan insiden tersebut, kerugian yang dialami dianggarkan melebihi RM5,000 termasuk wang simpanan yang diletakkan dalam tabung dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Gombak Selatan, Haikal Jammy berkata, bilik gerakan menerima panggilan jam 12.27 petang dan sampai ke tempat kejadian beberapa minit selepas itu serta berjaya mengawal kebakaran jam 1.05 petang.

Katanya, sebanyak lapan jentera terlibat dalam operasi pemadaman itu.

“Jentera terawal tiba dari Balai Bomba Gombak Selatan dan sebanyak 40 peratus telah terbakar sewaktu anggota tiba.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan nyawa dilaporkan kerana kebanyakan penduduk keluar bekerja,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian katanya masih dalam siasatan.

Suami isteri melecur dalam kebakaran

Suami isteri melecurAsap yang masih memenuhi ruang rumah Tien Su.
SELARU, Kuala Pilah – Sepasang suami isteri bertaruh nyawa apabila cuba menyelamatkan barang dalam insiden kebakaran di rumah mereka, dekat sini.

Kedua-dua mereka melecur di lengan dan belakang badan akibat disambar api manakala anaknya mereka yang berusia 8 tahun terselamat dalam kejadian petang kelmarin.

Penolong Kanan Penguasa Bomba II, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Pilah, Jaafar Yusof berkata, mangsa, Ang Tien Su, 52, dan isterinya, Pang Yok Chen, 40, yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah manakala anak mereka, Chuai Lei Hong, 8, terselamat.

Menurutnya, sebuah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 5.05 petang dan tiba jam 5.24 petang.

"Seramai lapan anggota mengawal kebakaran dari merebak ke bahagian depan rumah. Sewaktu tiba di tempat kejadian, api sudah memusnahkan hampir 80 peratus rumah.

"Angin sedikit kencang dan api berjaya dipadamkan pada 6.09 petang. Punca dan jumlah kerugian mangsa masih dalam siasatan," katanya.

Difahamkan, Tien Su merupakan pekebun sayuran hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas terdengar bunyi kuat dari arah dapur. Dia bergegas ke dapur dan cuba menyelamatkan barang keperluan bersama isterinya, namun disambar api.

Meskipun begitu, mereka sempat menyelamatkan diri sebelum terhidu bau asap yang semakin menebal.

Hadir melawat tempat kejadian, Adun Senaling, Datuk Ismail Lasim.

Maut motosikal bergesel lori

Gesel loriAnggota polis dengan dibantu orang awam mengangkat mangsa yang maut di tempat kejadian.
TEBUK PULAI, Sabak Bernam - Hasrat seorang pelajar tingkatan empat untuk ke sekolah tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer (KM) 41 Jalan Teluk Intan-Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, ketika kejadian jam 7.10 pagi itu, motosikal mangsa, Lin Sen Kai, 19, dipercayai bergesel dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan.

Menurutnya, keadaan pagi berkenaan yang berkabus juga dipercayai menjadi punca berlakunya pergeseran antara dua kenderaan terbabit.

“Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah pagi tersebut  tidak dapat mengawal motosikal jenis Yamaha Ego LC yang ditunggangnya.

"Mangsa kemudiannya terhantuk pada besi belakang lori berkenaan yang menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noor Mushar berkata, akibat hentakan tersebut, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdul Rahman Putra cedera parah di bahagian kepalanya.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada terhantuk pada besi yang terdapat di belakang lori tersebut.

Noor Mushar berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan daripada pemandu lori dan keluarga mangsa berhubung kejadian tersebut.

“Bagaimanapun kita mempunyai nombor pendaftaran lori tersebut hasil bantuan orang awam dan usaha mengesannya akan dilakukan sekiranya dia masih tidak tampil ke balai polis,” katanya.

“Orang awam yang mempunyai maklumat juga diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kes langgar lari melibatkan seorang warga emas di KM 39 Jalan Klang-Teluk Intan, Selasa lalu.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil dan kerjasama dan maklumat orang awam diperlukan.

Riang tukar tragedi, murid tahun enam lemas dipercayai terjerlus

 Riang tukar tragedi, murid tahun enam lemas dipercayai terjerlusHasnah sebak apabila melihat mayat anaknya dibawa ke Hospital Besut kelmarin.
BESUT - Keriangan seorang murid tahun enam mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih, berakhir tragedi apabila dia lemas di sini, petang kelmarin.

Mangsa Muhmmad Faris Irfan Fauzi, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Raja lemas kira-kira jam 5.30 petang selepas keluar dari rumah neneknya di kampung sama jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang tidak pandai berenang mandi bersama beberapa kawannya.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa pada mulanya dikatakan mandi di tempat air cetek tetapi secara tiba-tiba terjerlus ke pasir dalam menyebabkan dia lemas.

“Selepas mendapat laporan, pasukan pencari dan penyelamat dibantu penduduk kampung telah melakukan usaha mencari bermula jam 5.40 petang,” katanya.

Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat JPAM dan penduduk kampung jam 5.50 petang, kira-kira 50 meter dari tempat dia mula-mula lemas.

Menurutnya, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah, Jertih dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan punca kematian akibat lemas.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Arwah rajin ke masjid

Sementara itu ibu mangsa, Hasnah Mat Zin yang juga guru di sekolah anaknya hampir pengsan apabila melihat mayat anaknya di pekarangan bilik mayat semalam.

Dia ditenangkan saudara manakala bapa mangsa, pesara Pejabat Tabung Haji, Fauzi Mat berada dalam keadaan uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Alor Lintas, Razali Embong berkata, mangsa merupakan jemaah yang rajin datang solat Maghrib dan Isyak di masjid di kampung itu.

“Sekarang saya tidak dapat lagi bertemu dengannya sedangkan sebelum ini hampir setiap malam termasuk Subuh dia datang bersolat jemaah di masjid ini termasuk bersama keluarganya. Malahan sekurang-kurangnya dua kali dia bersalam dan cium tangan saya di masjid,” katanya sedih.

Razali berkata, arwah rajin solat jemaah di masjid dan kali terakhir dia bertemu mangsa Rabu lalu ketika solat Isyak malah dia sempat bergurau dengan mangsa.


* Dipetik dari Sinar Harian edisi Terengganu. Dapatkan lagi laporan menarik dalam Sinar Harian edisi hari ini

Tragedi awal pagi, langgar tiang elektrik


Tragedi awal pagi, langgar tiang elektrik
Mayat Mohd Rizuan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Tragedi awal pagi, langgar tiang elektrik
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk selepas melanggar tiang elektrik.
DUNGUN – Kegembiraan seorang pemuda selepas minum bersama rakan di sebuah kedai makan bertukar tragedi apabila dia menemui ajal dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kemalangan kira-kira jam 4.50 awal pagi semalam itu dipercayai berlaku ketika Mohd Rizuan Rosli, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jerangau Sungai selepas minum bersama rakannya di sebuah kedai di bandar Dungun.

Sampai di Kilometer 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Proton Wira Aeroback dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui satu selekoh lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

Mangsa yang merupakan OKU tersepit dalam keretanya yang remuk itu sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun tiba untuk memberikan bantuan.

Mohd Rizuan yang kudung kaki kiri mati serta merta di tempat kejadian selepas cedera teruk pada bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan kejadian memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya untuk dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jerangau Sungai,” katanya.

Serbu bengkel kereta curi

Curi keretaKetua Polis Balai Selising, Koperal Mohd Faizal Abdullah memeriksa kerangka kereta Perodua Kancil yang berjaya ditemui dalam serbuan di Bukit Tanah, Selising, Isnin lalu.
PASIR PUTEH - Rumah terpencil di Kampung Bukit Tanah, Selising di sini dijadikan sebagai bengkel bagi kerja-kerja mengambil komponen kereta curi untuk dipasang ke kereta lain.

Kegiatan itu berjaya dikesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh yang membuat serbuan ke rumah tidak bernombor itu pada jam 3.30 petang Isnin lalu.

Dalam serbuan yang diketuai Ketua JSJ, Asisten Superintenden Ganti Jimi itu, polis menemui satu kerangka kereta Perodua Kancil dan satu kereta Perodua Kancil lengkap.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohamad Kamal Zainal berkata, hasil pemeriksaan mendapati kerangka kereta itu adalah kenderaan yang dilaporkan dicuri di Kota Bharu baru-baru ini.

“Kita percaya komponen kereta curi itu diambil untuk dipasangkan kepada kereta lain dan mereka menjadikan rumah terpencil itu untuk mengelak dihidu pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di sini, kelmarin.

Katanya, polis menahan tiga lelaki berusia 39, 43 dan 44 tahun dan menemui satu botol lutsinar dan satu tiub berisi serbuk putih dipercayai dadah daripada salah seorang daripada mereka.

“Seorang daripada mereka pula iaitu yang berusia 39 tahun sememangnya dikehendaki polis kerana terlibat kes tetak di Selising Disember tahun lepas.

“Kita tidak menemui apa-apa di badan seorang lagi lelaki tetapi dia merupakan tuan rumah dan kesemuanya positif dadah,” katanya.

Mohd Kamal berkata, tiga suspek tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1) (a) akta sama dan Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan.

Kereta penuh diesel terbalik


Kereta penuh diesel terbalik
Sebahagian tong berisi diesel yang ditemui dalam kereta Kenari.
Kereta penuh diesel terbalik
Keadaan kereta yang membawa 25 tong diesel selepas terbabit kemalangan Rabu lalu.
PASIR PUTEH - Kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 45.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Rabu lalu menggemparkan penduduk apabila 25 tong berisi bahan bakar dipercayai diesel ditemui dalam salah satu kereta tersebut.

Kereta jenis Perodua Kenari itu diubahsuai termasuk membuang tempat duduk belakang bagi membolehkan banyak tong dapat dibawa.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, tong-tong itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut.

Katanya, dalam kejadian jam 11.30 malam di Kampung Gaal Hilir itu, kereta yang membawa diesel merempuh sisi kereta jenis sama yang membelok ke kanan jalan dari arah Jerteh.

“Daripada maklumat yang kita dapat, dua lelaki di dalam kereta berisi diesel menghilangkan diri, sementara pemandu kereta yang dirempuh mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Anis bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Mohd Kamal berkata, pihak polis meminta orang ramai yang melihat kemalangan itu tampil membantu siasatan.

Penduduk, Zakaria Mansur, 53, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar dentuman kuat dari marah jalan.

Katanya, ketika dia sampai, tidak ada orang di dalam kereta yang terbalik, sebaliknya terdapat banyak tong minyak.

“Saya tidak berani mendekati kereta itu kerana bimbang berlaku letupan sehinggalah jentera bomba tiba dan menyembur air di atas jalan bagi membersihkan kesan minyak,” katanya.

Difahamkan kereta yang dirempuh membelok ke kanan kerana pemandunya berhajat untuk menziarahi aktivis Umno yang meninggal dunia pada hari tersebut.

JPJ rampas lapan tan mercun



YAHAYA Othman (tiga dari kiri) bersama para pegawainya memeriksa pelbagai jenis mercun yang dirampas semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang, kelmarin. - BERNAMA
PEKAN 18 Jan. - Rasa curiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap sebuah lori membawa muatan berlebihan 'ikan bilis' berjaya membongkar kegiatan mengedar mercun seberat lapan tan bernilai RM100,000, Isnin lalu.
Lori itu ditahan anggota JPJ dalam satu sekatan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Kilometer 16, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai lalu mengarahkan kenderaan tersebut ditimbang di Stesen Jambatan Timbang JPJ di situ.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, pemandu mendakwa membawa ikan bilis tetapi anggota penguat kuasa JPJ menemui sejumlah besar mercun di bahagian letak barang lalu menghubungi polis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130119/wp_01/JPJ-rampas-lapan-tan-mercun#ixzz2IORVZmcv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja kaki cabul ditahan



Suspek dipercayai mencabul.
KUCHING 16 Jan. - Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencabul kehormatan beberapa pelajar di atas jejantas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Pending di sini sejak Oktober tahun lalu.
Suspek berusia 17 tahun ditahan ketika berada di atas jejantas sama oleh pengawal keselamatan sekolah tersebut bersama beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kira-kira pukul 7 pagi ini.
Difahamkan, suspek sebelum ini telah beberapa kali mencabul kehormatan pelajar perempuan dengan cara memeluk dan menanggalkan seluar mangsa.
Mangsa kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah namun usaha menangkapnya gagal kerana suspek bijak menyembunyikan diri.
Kegiatan tidak bermoral suspek dikatakan berterusan sehingga tengah hari semalam apabila seorang lagi pelajar perempuan mendakwa dicabul di lokasi sama.
Menurut mangsa tersebut, suspek berpura-pura menunggu seseorang di tepi pagar jejantas. Sebaik sahaja gadis itu berjalan melintasinya, suspek meluru dan memeluk mangsa.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bintawa ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
"Remaja itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Simpang Tiga untuk tindakan lanjut. Susulan penahanan suspek, seorang lagi mangsa tampil di balai untuk melaporkan kes sama.
"Buat masa ini jumlah mangsa yang pernah dicabul suspek belum dapat dipastikan. Kita menjangkakan masih ada mangsa yang akan tampil membuat laporan," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130117/je_01/Remaja-kaki-cabul-ditahan#ixzz2IOQHHR62
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua penjenayah diberkas, 1 diburu



PASIR PUTEH 17 Jan. - Dua penjenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah, curi kereta dan samun di negeri ini berjaya diberkas selepas dikejar polis hampir 60 kilometer dari Setiu, Terengganu sehingga ke Kampung Pachakan, Dalam Rhu di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi, salah seorang suspek berusia 35 tahun cedera di paha kanan selepas terkena tembakan polis ketika dia bersama rakannya yang berumur 30 tahun cuba merempuh anggota keselamatan itu.
Seorang lagi rakan suspek bagaimanapun dapat meloloskan diri dan usaha memburunya giat dijalankan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ketiga-tiga suspek sebelum itu dikesan berada di Setiu namun mereka melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja sebaik sahaja melihat kehadiran anggota polis.
"Mereka dikejar kereta peronda dan sebaik sahaja sampai di Kampung Pachakan, kereta dinaiki suspek tiba-tiba melakukan pusingan U dan mahu merempuh polis menyebabkan kita terpaksa melepaskan tembakan.
"Seorang suspek cedera di paha kanan dan seorang lagi turut cedera ringan akibat terkena serpihan kaca. Seorang lagi rakan mereka dapat melepaskan diri dan dipercayai masih bersembunyi di daerah ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Beliau berkata, dua suspek yang ditahan berasal dari Kampung Gong Kual dan Gong Serapat di daerah ini manakala suspek yang masih diburu ialah Hafizan Mohd. Hanafi (gambar), 39, dari Felda Aring, Gua Musang.
Mohd. Kamal berkata, hasil pemeriksaan mendapati kereta dinaiki suspek dilaporkan hilang di Tanah Merah pada 12 Januari lalu dan polis turut menemui beberapa senjata berbahaya antaranya pedang samurai serta peralatan pecah rumah dalam kereta itu.
"Saya memohon orang ramai supaya memberikan maklumat kepada polis jika melihat suspek yang bebas ini. Dua suspek yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menerima rawatan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ketakutan kepada penjawat awam ketika melakukan tugas serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Merbahaya 1958," tambah beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130118/je_03/Dua-penjenayah-diberkas-1-diburu#ixzz2IOPzTt18
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Guru saman MAIS RM1 juta



SHAHRIAH Omar (kiri) berbincang dengan peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri selepas memfailkan saman terhadap empat individu, termasuk MAIS di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.
SHAH ALAM 16 Jan. - Seorang guru wanita hari ini memfailkan saman terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tiga pegawai agama bagi menuntut ganti rugi RM1 juta kerana mendakwa difitnah terlibat dengan ajaran sesat.
Shahriah Omar yang mengajar di sebuah sekolah menengah kebangsaan dekat sini, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Kesavan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam saman tersebut, beliau menamakan Penolong Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Sepang (PAIS), Ariff Alfian Norazman; Pegawai Tadbir PAIS, Abd. Halim Mt. Esa; dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin defendan pertama hingga ketiga.
MAIS pula dinamakan sebagai defendan keempat.
Menurut pernyataan tuntutannya, Shahriah selaku plaintif mendakwa terdapat surat bertarikh 16 Mei 2011 dikeluarkan oleh defendan kedua bertajuk 'Pengesahan Siasatan Kes Ajaran Sesat' dan disebarkan kepada 'sesiapa yang berkenaan' yang telah menamakan dirinya sebagai pengikut salah sebuah kumpulan ajaran sesat.
Pada 26 Mei tahun sama, satu laporan mengenai aduan ajaran sesat yang dikatakan tersebar di sekolah plaintif mengajar telah dikeluarkan dan disebarkan, dakwa Shahriah.
Kedua-dua dokumen terbabit juga, dakwa plaintif, telah tersebar ke tempat kerjanya dan turut diterima oleh bekas suaminya.
Bekas suaminya juga didakwa telah menggunakan dokumen-dokumen terbabit sebagai salah satu afidavit dalam permohonan lelaki itu untuk menuntut hak penjagaan ke atas lima anak mereka.
Bagaimanapun, pada 11 Julai 2011, defendan kedua melalui dua pucuk surat yang dialamatkan kepada 'sesiapa yang berkenaan' dan plaintif telah mengakui bahawa surat bertarikh 16 Mei tahun sama adalah 'sulit'.
Dakwa Shahriah, Abdul Halim dalam surat terbabit turut memohon maaf atas kegagalannya untuk memelihara status sulit surat terbabit.
Plaintif mendakwa, pengeluaran dan penyebaran surat terbabit telah mengakibatkan dirinya dianggap sebagai seorang pengikut ajaran sesat dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang guru, wanita dan ibu.
Beliau turut mendakwa tindakan tersebut telah menjejaskan kedudukan dalam permohonan mendapatkan hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi RM1 juta tidak termasuk ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta faedah lima peratus, kos dan relif-relif lain.
Shahriah turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah injunksi terhadap kesemua defendan atau ejen-ejen mereka daripada mengulangi atau menyebarkan perkataan berbaur fitnah tersebut dalam apa juga medium termasuk di internet.
Selain itu, guru terbabit memohon kesemua defendan memohon maaf terhadapnya secara bertulis.
Sementara itu, Shahriah yang turut ditemani oleh anak sulungnya yang berusia 21 tahun berkata, sejak surat tersebut dikeluarkan, beliau masih belum dipanggil oleh mana-mana pihak untuk disoal siasat, malah tiada pendakwaan dibuat ke atasnya berhubung dakwaan terlibat dengan ajaran sesat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130117/ma_04/Guru-saman-MAIS-RM1-juta#ixzz2IOPiS5uz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

NFC: Pengarah JSJK nafi buat perjanjian tarik siasatan



KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau tidak pernah membuat sebarang perjanjian atau rundingan dengan mana-mana pihak untuk menutup atau menarik balik siasatan kes Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Beliau turut menegaskan tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang melibatkan wang berjumlah RM50,000 untuk menutup kes berkenaan.
"Perkara ini adalah sesuatu yang serius. Bagi kes yang berprofil tinggi tidak mungkin saya berani untuk menutup kes begitu sahaja kerana siasatan telah bermula dan kita kena rujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya," tegas beliau.
Syed Ismail berkata demikian ketika disoal oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa pada perbicaraan terhadap Shamsubahrin yang didakwa menipu bekas Pengarah NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.75 juta pada hujung 2011.
Perbicaraan tersebut dijalankan bersama-sama kes Shamsubahrin yang didakwa atas 17 tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Dalam pemeriksaan utama itu, Abdul Razak merujuk Syed Ismail kepada kenyataan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) antara individu dikenali sebagai Datuk Sham dan Datuk Seri Salleh.
Menurut Syed Ismail, beliau juga tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan Mohamad Salleh tentang penarikan balik kes itu atau perkara lain.
Beliau juga menegaskan, pihak polis tidak pernah meminta RM250,000 daripada Shamsubahrin untuk menyelesaikan kes berkenaan.
Syed Ismail memberitahu, beliau mengenali tertuduh setelah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya 'sebagai Datuk Sham dari pejabat Tun Mahathir' (Tun Dr, Mahathir Mohamad).
"Beliau berkata mahu berjumpa dengan saya kerana Tun Mahathir telah meminta dia (tertuduh) menguruskan kes NFC dan saya meminta dia datang ke pejabat untuk perjumpaan itu," katanya.
Katanya, lelaki yang mengaku sebagai Datuk Sham iaitu tertuduh telah datang berjumpa dengannya bersama-sama Mohamad Salleh antara September dan November 2011.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat JSJK Bukit Aman, Asisten Supritendan Nordin Md. Nor memberitahu, tertuduh pernah datang ke pejabatnya membawa dua sampul surat berisi dokumen berkaitan pekerja NFC dan sejumlah wang tunai.
"Datuk Sham datang ke pejabat saya menyerahkan sampul kecil berisi duit namun saya serahkan balik kerana saya hanya perlu dokumen pekerja bukannya duit itu,'' katanya.
Beliau berkata, tidak tahu mengenai jumlah sebenar wang berkenaan tetapi diberitahu oleh Shamsubahrin bahawa ia berjumlah RM3,000 sahaja.
Sebelum pertemuan itu, katanya, tertuduh telah menghantar SMS kepadanya untuk berjumpa dan mahu menyerahkan dokumen yang di dalamnya turut mengandungi sampul surat kecil berwarna putih dan diminta tidak membukanya di hadapan orang lain.
Dalam pada itu, semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela, Hafifi Afifuddin, Nordin berkata, beliau sendiri berjumpa dengan Dr. Mahathir untuk bertanya mengenai tertuduh.
"Tun Mahathir memberitahu saya, beliau tidak pernah menghantar tertuduh menguruskan kes NFC," katanya.
Nordin merupakan saksi ke-29 perbicaraan tersebut selepas Ketua Unit Siasatan JSJK Bukit Aman, Supritendan Ravindar Singh, 43, tampil memberi keterangan sebagai saksi ke-28.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130117/ma_03/NFC-Pengarah-JSJK-nafi-buat-perjanjian-tarik-siasatan#ixzz2IOPXkhu6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes perogol bersiri disebut 7 Feb.



BENTONG 17 Jan. - Kes terhadap seorang perogol bersiri, Rabidin Satir (gambar) yang didakwa merogol dan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun, hampir empat tahun lalu di Kampung Ketari akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Februari ini.
Majistret Nurliyana Ismail menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Aiman Fikri Kwee yang kertas siasatan kes itu masih diteliti oleh Ketua Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Rabidin, 42, didakwa pada 12 Disember tahun lalu atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari di sini antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009
Dakwaan terhadap penganggur itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu merogol sehingga menyebabkan kematian mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(4) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan minimum 10 kali.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah.
Pada tarikh yang sama, Rabidin turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas empat pertuduhan rogol terhadap dua kanak-kanak, dua remaja dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap salah seorang mangsa antara 2009 dan 2011.
Bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun lima bulan di sebuah bilik rumah nombor 13, Taman Sri Marong, di sini antara pukul 2 dan 3 pagi, 9 Julai 2009, tertuduh mengaku bersalah.
Bagaimanapun, tertuduh mohon dibicarakan bagi empat lagi pertuduhan.
Tiga daripadanya iaitu tuduhan rogol membabitkan Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan serta satu tuduhan meliwat di bawah Seksyen 377(C) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin didakwa merogol seorang remaja berusia 17 tahun di sebuah bilik nombor 195, Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 dan 3 pagi, 21 Jun 2010.
Tertuduh turut didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dua bulan di tepi sungai belakang rumah nombor KT7, Lorong Semanti 1, Ketari antara pukul 12.30 tengah malam dan 1.30 pagi, 29 April 2011.
Pertuduhan keempat dan kelima pula, tertuduh didakwa merogol dan meliwat seorang remaja berusia 16 tahun lima bulan di sebuah rumah KT2, Ketari di sini antara pukul 1 dan 2.30 pagi, 12 Oktober 2011.
Kelima-lima kes di hadapan Hakim Murtazadi Amran itu akan disebut semula pada 31 Januari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130118/ma_03/Kes-perogol-bersiri-disebut-7-Feb#ixzz2IOPHrZGV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gagal lunas bayaran: Petronas saman Perwaja Steel



KUALA LUMPUR 18 Jan. - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memfailkan saman terhadap Perwaja Steel Sdn. Bhd. kerana kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di di Kemaman, Terengganu.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pada 14 Januari, oleh Tetuan Kadir, Andri & Partners, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Bernama hari ini.
Dalam pernyataan tuntutannya, Petronas menuntut RM146.139 juta sehingga 31 Disember 2012, faedah berjumlah RM10.313 juta sehingga 10 Januari tahun ini selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130118/ma_08/Gagal-lunas-bayaran-Petronas-saman-Perwaja-Steel#ixzz2IOP33Qaj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isteri Shamsubahrin miliki enam kereta atas namanya



Suzana Abdul Aziz
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Isteri ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dia memiliki enam kereta yang didaftarkan atas namanya.
Suzana Abdul Aziz berkata, tiga kereta jenis Perodua Kenari, Naza dan Mercedes-Benz itu dimilikinya sebelum Disember 2011 manakala tiga kereta baharu dibeli oleh suaminya itu selepas tarikh berkenaan.
Dia berkata, selain kenderaan tersebut, suaminya turut memiliki dua lagi kereta jenis Suzuki Swift.
Namun Suzana, 45, yang merupakan seorang surirumah, bersetuju yang dia tidak memerlukan tiga lagi kereta baharu memandangkan telah memiliki tiga kereta lain.
Bagaimanapun katanya, pada masa yang sama dia telah dilantik sebagai salah seorang pengarah syarikat yang tidak aktif di syarikat Awana Sutera Travels and Tours Sdn. Bhd.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130119/ma_04/Isteri-Shamsubahrin-miliki-enam-kereta-atas-namanya#ixzz2IOOpiUNc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki, rakan wanita ditahan memiliki kereta curi



BESUT 18 Jan. - Polis menahan seorang remaja lelaki dan rakan wanitanya kerana disyaki memiliki kereta curi dalam satu rondaan cegah jenayah di kawasan Felda Selasih dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun ditahan dalam rondaan kira-kira pukul 9 malam.
"Dalam rondaan itu, polis ternampak kelibat beberapa orang lelaki mencurigakan berhampiran sebuah kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah rumah.
"Sebaik sahaja dihampiri, kesemua mereka melarikan diri tetapi seorang remaja lelaki dan rakan wanitanya sempat ditahan ketika berada di dalam kereta.
"Semakan yang dibuat ke atas kenderaan itu mendapati kereta yang tidak mempunyai nombor pendaftaran tersebut dilaporkan hilang di Binjai, Kota Bharu, Kelantan tahun lalu," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130119/wt_04/Lelaki-rakan-wanita-ditahan-memiliki-kereta-curi#ixzz2IOOdVAVR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

29 warga asing ditahan dalam bas



KUANTAN 18 Jan. - Jabatan Imigresen menahan 29 warga asing dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah bas ekspres di depan sebuah rumah di Kampung Seberang Balok, di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9.20 malam, kesemua pendatang asing berusia 25 hingga 40 tahun itu ditahan dalam bas ekspres yang dipercayai menuju ke Seremban, Negeri Sembilan untuk mencari pekerjaan.
Serbuan itu diketuai pegawai penguat kuasa imigresen, Mohd. Rozi Ghazali selepas mendapat maklumat daripada orang ramai yang curiga dengan kehadiran 29 warga asing berkenaan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Pahang, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, sebaik saja pemandu bas ekspres itu mahu bergerak, sepasukan anggotanya bertindak menahan bas berkenaan untuk diperiksa.
"Selepas diperiksa, warga asing terbabit dikatakan tinggal lebih masa selain memalsukan dokumen perjalanan," katanya di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130119/wp_02/29-warga-asing-ditahan-dalam-bas#ixzz2IOOKSFFs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengawal keselamatan ditahan seludup pekerja asing



SEREMBAN 18 Jan. - Seorang pengawal keselamatan dikesan mampu membawa masuk 50 rakyat asing untuk bekerja di sektor perladangan dan lebih mengelirukan lelaki berusia 34 tahun itu menggunakan alamat perniagaan palsu.
Modus operandi licik lelaki berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu terbongkar setelah dia ditahan di Jabatan Imigresen negeri pukul 11 pagi ini susulan daripada penghantaran dokumen permohonan pekerja asing yang dibuatnya pada November tahun lalu.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pada 30 November lalu, lelaki berkenaan menerusi satu syarikat Alamku Enterprise telah mengemukakan permohonan pas pekerja untuk membawa masuk 40 orang warga Pakistan dan 10 warga Nepal untuk bekerja di sektor perladangan di negeri ini.
"Syarikat ini baru didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini pada 27 November lalu dan hasil siasat mendapati alamat premis perniagaan syarikat itu tidak wujud serta maklumat permohonan adalah palsu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130119/ws_05/Pengawal-keselamatan-ditahan-seludup-pekerja-asing#ixzz2IOOC6IRP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Gerakan Marin rampas 300 peket air ketum



BALIK PULAU 17 Jan. - Polis Gerakan Marin (PGM) merampas 300 peket plastik berisi air ketum, daun ketum kering seberat 65 kilogram dan peralatan memproses minuman selepas menyerbu sebuah perkampungan nelayan Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini semalam.
Seorang suspek lelaki berusia 24 tahun turut ditahan di sebuah bangsal di kampung itu, kira-kira lima meter dari pesisiran pantai ketika leka memproses air daun ketum.
Difahamkan, suspek mampu memperolehi pendapatan RM1,500 sehari hasil jualan air ketum dipasarkan kepada penduduk di sekitar kawasan Sungai Batu, Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut dan Batu Maung.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Abdullah berkata, serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu dibuat hasil risikan serta maklumat orang awam mengenai kegiatan tersebut.
Katanya, semasa serbuan suspek leka memasak air ketum dan gagal melarikan diri kerana polis telah mengepung kawasan bangsal itu.
"Pemeriksaan polis menemui 300 peket plastik berisi air daun ketum, 13 bungkus plastik hitam berisi daun ketum kering dan peralatan memproses seperti periuk besar, penimbang, tong dan dapur gas.
"Siasatan juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berhubung kes yang sama selain positif dadah jenis ketamin," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Barat Daya di sini semalam.
Menurut Mohd. Yusof, nilai rampasan adalah RM8,000 dan siasatan awal mendapati suspek memperolehi bekalan daun ketum dari Kedah untuk diproses di bangsal tersebut.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama empat tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata, harga pasaran air daun ketum ialah antara RM5 hingga RM7 bagi satu peket plastik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130118/wu_06/Polis-Gerakan-Marin-rampas-300-peket-air-ketum#ixzz2IOO3w1ia
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Premis dipecah masuk, peniaga rugi RM35,000



ALOR SETAR 18 Jan. - Seorang pemilik kedai pendingin hawa dan aksesori kereta kerugian lebih RM35,000 apabila premisnya di Kompleks Perniagaan Jelatek di sini dipecah masuk sekumpulan empat pencuri awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, suspek melarikan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan alat ganti dan radio kereta bernilai RM20,000.
Pemilik kedai tersebut, Ooi Teck Seng, 50, memberitahu, selain itu, sebuah pacuan empat roda (4WD) Kia Sportage bernilai RM15,000 yang diletakkan di premis itu untuk pemeriksaan pendingin hawa turut dilarikan kumpulan suspek.
Katanya, dia yang memulakan perniagaan di situ sejak November tahun lalu, mendapat tahu tentang kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anggota polis yang meronda di kawasan terbabit.
"Saya terkejut apabila mendapati barangan alat ganti kenderaan bersepah di lantai kedai dan apabila diperiksa beberapa unit radio kereta lesap," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130119/wu_04/Premis-dipecah-masuk-peniaga-rugi-RM35000#ixzz2IONu5VU2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak terjerut leher ketika bergurau dengan ibu



LONDON 18 Jan. - Seorang budak lelaki secara tidak sengaja terjerut lehernya dengan baju kotnya sendiri ketika mahu mengusik ibunya, supaya membantu menyelamatkannya, menurut satu inkues, hari ini.
Marlowe Isaac Myers, 12, ditemui tergantung pada penyangkut baju kotnya di dapur rumahnya di Cambridge pada 14 September lalu, ketika bergurau dengan ibunya yang lumpuh dan berkerusi roda.
Ibunya, Nicki Myers, 39, cuba memotong baju kot itu dengan pisau bagi menyelamatkan anaknya itu, tetapi oleh kerana penyangkut baju itu terletak terlalu tinggi dia mengambil pisau yang lebih besar untuk menyelamatkan anaknya yang sedang terjerut leher.
Ibunya kemudian memanggil paramedik untuk menyelamatkan budak itu, tetapi Myers diisytiharkan meninggal dunia di Addenbrooke's Hospital, Cambridge.
Koroner, David Morris menolak insiden itu sebagai membunuh diri ketika inkues di Mahkamah Lawrencfe, Huntingdon, Cambridgeshire, hari ini dan bertegas menyatakan bahawa budak itu secara tidak sengaja terjerut lehernya ketika bergurau dengan ibunya.
Menurut mahkamah, polis turut menemui sebuah kerusi di sebelah tempat penyangkut baju itu, sekali gus menunjukkan budak itu mahu memakai jaket itu ketika baju itu masih tersangkut di tempat mengantung baju.
"Saya percaya Isaac tidak membunuh diri dan kami juga tidak boleh menolak kemungkinan budak itu mungkin mahu mengusik ibunya, kerana dia sering bergurau dengan ibunya atau bermain dengan baju kot itu.
"Tidak ada bukti menunjukkan budak itu seorang yang murung atau dia dibuli di sekolah," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_08/Budak-terjerut-leher-ketika-bergurau-dengan-ibu#ixzz2IONRKHV8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyiasat kes rasuah PM Pakistan ditemui mati



Penyiasat kes rasuah PM Pakistan ditemui mati
Kematian Kamran Faisal mencetuskan kontroversi terbaru di Pakistan. - Foto ihsan geotv
ISLAMABAD - Salah seorang pegawai yang menyiasat kes rasuah tahun 2010 melibatkan Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervez Ashraf ditemui mati di rumahnya, semalam.

Kamran Faisal, yang memegang jawatan Penolong Pengarah Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB), ditemui mati tergantung di kuarters kerajaan.

Polis berkata kemungkinan Kamran membunuh diri tetapi mereka tetap akan menyiasat segala kemungkinan termasuk dibunuh.

Saudara mara Kamran tidak percaya andaian Kamran membunuh diri.

Bapanya, Abdul Hamid berkata, "saya serahkan kepada ALLAH. ALLAH hakim terbaik. Ini bukan kes bunuh diri. Anak saya dibunuh."

Menurut jirannya, Kamran kelihatan sungguh tertekan menjelang hari-hari terakhir hayatnya.

Ketua Polis, Bani Amin berkata pihaknya akan menjalankan bedah siasat dan hanya boleh membuat kesimpulan selepas keputusan bedah siasat dikeluarkan.

Difahamkan Kamran menghadapi tekanan hebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Beliau telah mengambil bahagian dalam menyiasat kes rasuah melibatkan Perdana Menteri.

Selasa lalu, Mahkamah Agung mengarahkan Raja Pervez ditahan berhubung dakwaan menerima rasuah kerana meluluskan projek-projek jana kuasa pada tahun 2010.