Search This Blog

Friday, January 18, 2013

Bapa 'baham' anak



Bapa 'baham' anak
Bapa kepada lima anak dibawa ke lokap mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak sulungnya.
IPOH – Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya berusia 14 tahun pada Disember tahun lalu.

Bapa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu membuat pengakuan itu ketika dua pertuduhan sumbang mahram berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin sementara tarikh sebutan ditetapkan pada 6 Mac depan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof sementara tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa itu didakwa merogol anaknya kira-kira jam 1 pagi pada 24 Disember lalu di dalam kontena di Bandar Baru Menglembu di sini.

Pertuduhan kedua, bapa berkenaan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas anak perempuannya dengan masukkan kemaluan ke dalam duburnya di lokasi sama kira-kira jam 3 pagi, 20 Disember lalu.

Menurut laporan, mangsa merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.

Ambil dadah kerana kawan baik



Ambil dadah kerana kawan baik
Shariman (kiri) dibawa keluar anggota polis selepas didakwa atas kesalahan mengambil dada
GEORGETOWN - Tiga sahabat baik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown atas kesalahan mengambil dadah.

Ketiga-tiganya, Ariffin Ali 45, Ibrahim Ahmad, 46, dan Shariman Mohd, 36, didakwa mengambil dadah di atas tangga tingkat 10 di sebuah perumahan di Jelutong.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 24 Disember 2012 pada jam 9 malam.

Mengikut pertuduhan, Ariffin, Ibrahim dan Shariman didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.1 gram dan atas sebab itu mereka didapati melakukan kesalahan mengikut  Seksyen 12 (2) Akta Dadah  Berbahaya 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum dan dibaca di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesemua tertuduh yang juga tinggal di perumahan yang sama itu mengaku bersalah dan hanya tertunduk sepanjang pertuduhan dibacakan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, kesemua juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Ia berikutan kesemua tertuduh didakwa didapati memberikan diri sendiri dadah jenis morfin di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 24 Disember 2012 pada jam kira-kira jam 9.15 malam.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun serta pengawasan tidak kurang dua tahun serta tidak lebih tiga tahun.

Majistret kemudiannya melepaskan kesemua tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang bagi pertuduhan pertama sementara RM2,000 bagi kesalahan kedua.

Kes akan dibicarakan semula sementara menunggu laporan patologi.

Pemandu maut kereta langgar tiang elektrik awal pagi

DUNGUN - Seorang pemuda terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di KM 80.5, Jalan Kuala  Terengganu-Kuantan, Batu 49, di sini awal pagi tadi.

Mohd Rizuan Rosli, 22, yang berasal dari Kampung Jerangau Sungai, di sini terbunuh selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di situ lalu terbalik.

Kemalangan 4.50 pagi itu dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas minum bersama rakan di Bandar Dungun.

Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Wa," katanya.
 - Bernama

Lelaki tidak siuman buat kecoh, rosakkan perigi



Syed Zain
Syed Zain mengeluarkan bendasing seperti kayu dan beg simen yang dibuang ke dalam perigi.
PEKAN - Kelibat seorang lelaki yang dikatakan tidak siuman membuat kecoh dengan merosakkan  beberapa barangan termasuk sebuah perigi sejarah yang dalam proses dibaik pulih mengundang rasa tidak selesa penduduk kampung tersebut.

Syed Zain Syed Mahadzar, 60, berkata, kejadian itu berlaku pada malam Isnin lalu, apabila seorang lelaki yang juga penduduk setempat merosakkan perigi dengan membuang simen, batu serta kayu ke dalamnya.

Menurutnya, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang mengalami gangguan mental itu turut merosakkan pendawaian surau malah merosakkan beberapa kawasan awam di kampung ini.

“Penduduk di sini sudah maklum dengan keadaan kesihatan mentalnya namun tidak menyangka dia sanggup bertindak agresif.

“Laporan polis sudah dibuat agar kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Syed Zain berkata, tindakan lelaki itu semakin berbahaya apabila dia didakwa membawa pisau sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

“Kerja pembersihan termasuk mengeluarkan bendasing yang dibuang ke dalam perigi itu dilakukan sebelum proses kerja membaik pulih perigi ini disambung kembali.

“Wakaf dataran nelayan yang terletak berhampiran bagaimanapun tidak diusik, namun keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada saya dan orang ramai kerana lelaki itu masih bebas berkeliaran,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman yang dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan tindakan agresif lelaki tersebut.

Menurutnya, pihak polis berjaya menahan lelaki kurang siuman itu kelmarin, dan dia telah diserahkan ke unit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tindakan lanjut.

Murid lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Besut




18 Januari 2013
BESUT - Seorang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Jerteh ditemui mati lemas di Sungai Besut petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Muhammad Faris Irfan Fauzi, 12, ditemui pasukan penyelamat setelah mangsa dipercayai terjerlus ke dalam pasir ketika mandi bersama kawan-kawannya kira-kira 5.50 petang.

Beliau berkata mangsa yang tinggal di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah dikatakan telah memberitahu keluarganya yang dia mahu berjumpa neneknya di Kampung Tok Raja.

"Mangsa dilapor turut mandi bersama rakan-rakannya di sungai sebelum hilang," katanya. - Bernama

Lelaki ditemui mati akibat lelah di hadapan kedai



Lelaki ditemui mati akibat lelah di hadapan kedai
Pemilik kedai elektrik, Ibrahim Ahmad menunjukkan tempat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring, semalam.
KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui mati di hadapan sebuah kedai membaiki barangan elektrik di tepi Jalan Pondok Terusan, Pasir Tumboh, di sini tengah malam kelmarin.

Mayat lelaki berkenaan, Nik Hassan Mohamed yang berasal dari Kampung Pauh Lima dijumpai orang awam kira-kira jam 12.30 tengah malam, dalam keadaan terbaring.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, hasil siasatan di tempat kejadian,  pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk kematian lelaki berkenaan berpunca dari jenayah.

“Berdasarkan maklumat daripada anak mangsa, arwah bapanya mempunyai penyakit jantung dan lelah.

“Menurutnya, sebelum kejadian arwah dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 10 malam dan tidak pulang sehinggalah pihak kami memaklumkan kejadian yang menimpa bapanya itu selepas menghubungi anaknya melalui telefon," katanya.

Azham berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk urusan bedah siasat.

Sementara itu, anak kedua mangsa, Nik Mohd Faizi Nik Hassan, 25, yang ditemui di rumahnya berkata, kejadian yang menimpa bapanya itu diketahui kira-kira jam 1 pagi selepas mendapat panggilan polis.

“Sejurus selepas itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian. Saya tidak syak sebarang unsur jenayah kerana pada kebiasaannya, ayah memang suka keluar minum malam dan perkara tersebut menjadi rutin hariannya.

“Apa pun saya reda dengan pemergiannya dan jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepus yang tidak jauh dari rumah, selepas solat Asar,” katanya.

Polis tahan suami isteri



Razman memeriksa komponen kereta yang ditemui di dalam rumah suspek di Kampung Jelor.
Razman memeriksa komponen kereta yang ditemui di dalam rumah suspek di Kampung Jelor.
PASIR PUTEH - Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, menemui pil berwarna kemerahan dipercayai dadah dan beberapa komponen kereta curi selepas menahan pasangan suami isteri di sini, kelmarin.

Serbuan yang diketuai Inspektor Razman Kosnin jam 12.30 tengah hari kelmarin, berjaya menahan kereta yang dinaiki lelaki berusia 39 dan isterinya berusia 29 di Kampung Wakaf Berangan, di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, hasil pemeriksaan polis menemui sebilah parang di dalam kereta tersebut.

“Kita membuat tindakan susulan dengan memeriksa rumah suspek di Kampung Jelor dan menemui satu bekas berisi 90 pil berwarna kemerahan, dipercayai dadah dan beberapa komponen kereta iaitu satu set pintu, bumbung dan bonet.

“Hasil siasatan mendapati komponen kereta itu mempunyai kaitan dengan kereta yang dilaporkan dicuri di Kota Bharu pada 26 Disember tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Kamal berkata, lelaki yang tidak bekerja itu didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah, ditahan reman bersama isteri untuk membantu siasatan.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada maklumat orang ramai, dan kami berharap orang ramai terus memberikan kerjasama kepada polis bagi membendung kegiatan jenayah di daerah ini,” katanya.

Polis katanya, terus mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai bentuk program bagi memberikan kesedaran kepada mereka untuk membantu polis mencegah jenayah.

Katanya, kesedaran untuk memberikan maklumat kepada polis itu penting kerana ia sudah terbukti membantu usaha mengurangkan kadar jenayah.

Dua lelaki ditembak polis



Dua lelaki ditembak polis
Anggota forensik sedang menyiasat kereta Proton Waja yang dinaiki suspek yang terbabas selepas melanggar tiang pagar rumah di Kampung Pachakan.
Dua lelaki ditembak polis
Anggota polis Kelantan membawa senjata tajam seperti pedang dipercayai milik suspek di Kampung Pachakan, pagi semalam.
Dua lelaki ditembak polis
Ketua Balai Polis Jertih, Inspektor Zuraidi Semail bersama anggotanya melihat kenderaan yang dirampas.
BESUT - Polis Besut berjaya memberkas suspek dipercayai terbabit dengan kes curi kenderaan dalam dua  kejadian berasingan pada malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Dalam satu kejadian, dua lelaki terbabit cedera ditembak polis selepas dikejar bermula di Kampung Tanah Merah dekat Tembila kira-kira jam 3.45 pagi semalam.

Difahamkan, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) mengesan sebuah kereta Proton Waja dinaiki tiga lelaki yang meloloskan diri daripada ditahan polis di Setiu.
Unit kereta MPV Ibu Pejabat Polis Besut itu mengarahkan kenderaan tersebut berhenti, namun pemandunya bertindak memecut ke arah Pasir Putih, Kelantan melalui Kampung Pachakan, Kuala Besut, yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari lokasi awal.

Kereta suspek kemudiannya memasuki sebuah simpang di Kampung Pachakan, Pasir Putih sempadan Besut dan terbabas sebelum melanggar tiang pagar rumah di situ kira-kira jam 4 pagi.


Suspek cedera dihantar ke HUSM

Suspek yang mempunyai senjata tajam itu difahamkan cuba melarikan diri, namun dua daripada mereka berjaya diberkas selepas cedera ditembak polis di bahagian kaki, manakala pemandunya berjaya meloloskan diri.

Sinar Harian difahamkan dua suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia  (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Penahan dua suspek berumur 35 dan 30 tahun dari Kampung Gong Kua dan Gong Serapat, Pasir Putih,
Kelantan itu juga dikatakan dapat membantu polis menumpaskan sindiket curi kereta di beberapa negeri termasuk Terengganu.

Kereta tersebut pula dikatakan kereta curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam kes berasingan jam 9 malam kelmarin, polis menahan dua orang, masing-masing seorang lelaki berusia 19 tahun dan wanita 24 tahun, berhampiran sebuah rumah di Felda Selasih dekat Jabi di sini.

Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Jertih yang membuat rondaan di tanah rancangan itu dan terserempak dengan sekumpulan lelaki yang dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta.

“Menyedari kehadiran polis, tiga lelaki itu melarikan diri ke belakang sebuah rumah berhampiran, namun polis berjaya menahan rakan mereka iaitu suspek lelaki tersebut, termasuk wanita yang duduk di kerusi depan bahagian sebelah pemandu,” katanya.

Kamaruddin berkata, pemeriksaan terhadap kenderaan jenis Perodua Kancil yang tidak mempunyai nombor  pendaftaran itu mendapati ia dilaporkan hilang di Binjai, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, suspek lelaki beralamat di Kampung Bukit Tanah, Tembila di sini dan wanita berkenaan dari Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes kecurian kereta tersebut.

Tiga termasuk remaja dituduh miliki dadah



Tiga termasuk remaja dituduh miliki dadah
Nurul Nazirah diiringi polis keluar dari mahkamah selepas prosiding, semalam.
KOTA BHARU – Tiga termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memiliki dadah, 7 Januari lalu.

Tuduhan terhadap ketiga-tiganya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Remaja terbabit, Nurul Nazirah Rosli dituduh bersama dua lagi rakannya, Aznan Che Ibrahim dan Ezuddinsu Mohamed Zain@Mat Zin, masing-masing berusia 30 tahun.

Mereka didakwa pada tuduhan pertama memiliki 0.1 gram dadah jenis heroin manakala tuduhan kedua, 0.1 metamphetamine di sebuah rumah di Jalan Kuala Krai, jam 3.15 pagi. Pada prosiding semalam, Aznan mengaku bersalah manakan dua lagi menafikan tuduhan itu.
Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Gazaly membenarkan mereka diikat jamin RM7,000. Kes bersambung 7 April depan.

Kanak-kanak dirogol berulang lagi, dipaksa gugur kandungan



Kanak-kanak dirogol berulang lagi, dipaksa gugur kandungan
Lakaran wajah tertuduh ketika mendengar prosiding mahkamah semalam. - Foto ihsan BBC
OXFORD - Mengejutkan tetapi ini yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan lelaki. Setiap kali mangsa yang mereka rogol hamil, kumpulan sembilan lelaki  juga akan melakukan pengguguran.

Perkara itu didedahkan di sebuah mahkamah di sini yang mendengar kes seorang kanak-kanak 12 tahun, yang dirogol berkali-kali oleh sekumpulan lelaki.

Kanak-kanak perempuan itu merupakan salah seorang mangsa eksploitasi seks oleh sembilan lelaki dari Berkshire dan Oxfordshire.

Kumpulan lelaki itu menafikan 51 tuduhan termasuk rogol, pelacuran dan penyeludupan kanak-kanak perempuan berusia antara 11 hingga 15 tahun dari tahun 2004 hingga 2012.

Mangsa telah dijual kepada Mohammed Karrar ketika mencecah usia 11 tahun untuk ‘mengubati’ sikap buruknya.

Pendakwa raya Noel Lucas QC memberitahu mahkamah bahawa kanak-kanak terbabit dijadikan mangsa bagi aktiviti seksual, menyediakan minuman keras dan juga ubat-ubatan.

Dia dan adiknya, Bassam Karrar berulang kali merogol gadis malang itu dan turut membuat rancangan dengan lelaki-lelaki lain untuk merogol gadis itu dengan cara yang cukup kejam.

Mohammed Karrar juga pernah memanaskan pin rambut menggunakan pemetik api dan menandakan huruf M pada punggung mangsa bagi menunjukkan gadis itu adalah miliknya.

Apabila gadis itu hamil pada usia 12 tahun, dia mengaturkan urusan pengguguran haram di bilik belakang.

“Dia menganggap yang gadis itu seperti harta miliknya. Dia merasakan yang dia berhak melakukan hubungan seks jika mahu,” kata Lucas.

Seorang lagi gadis berusia 14 tahun menerima ugutan dibakar jika enggan melakukan seks.

Dia bertemu defendan Kamal Jamil, Anjum Dogar dan Akhtar Dogar semasa tinggal di rumah kanak-kanak ketika berusia 14 tahun.

Lucas kemudian memberitahu mahkamah yang gadis itu juga terpaksa menurut segala kemahuan lelaki berkenaan, jika tidak dia akan diancam dan diperlakukan secara ganas.

Gadis itu juga memberitahu pernah dibawa ke lorong-lorong, hutan dan rumah pelanggan jika ada mana-mana lelaki yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Mahkamah sebelum ini mendakwa sekumpulan lelaki menyasarkan gadis-gadis muda untuk dijadikan mangsa bagi sesiapa yang mahu menggunakan gadis-gadis sebagai pemuas nafsu.

Perbicaraan dijangka berlarutan sehingga April ini.

Polis tahan lelaki disyaki perdaya wanita dengan tawaran peluang berlakon



SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemuda yang disyaki telah memperdaya gadis-gadis termasuk gadis bawah umur kononnya untuk ditemuduga sebagai pelakon pembantu sebelum mencuri barangan berharga mereka, pada 9 Jan lepas di Kluang, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata suspek berusia 22 tahun yang mendakwa sebagai kakitangan sebuah syarikat media itu menggunakan laman sosial untuk mencari mangsanya untuk mengatur pertemuan sebelum melakukan jenayah.

Hasil siasatan polis pemuda itu disyaki terlibat dalam tujuh kes di Selangor sejak 2008, antaranya melarikan gadis bawah umur, mencuri, merogol gadis bawah umur, pecah rumah dan menyamun sejak 2008, katanaya dalam sidang media di sini hari ini.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan telah dibawa ke Kajang untuk siasatan berhubung beberapa kes yang dilaporkan di daerah itu, katanya.

Pada 18 Dis lepas, satu laporan polis dibuat terhadap suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang kerana dituduh mencuri beg tangan dan barang-barang berharga milik seorang gadis berumur 16 tahun yang datang bertemu dengan suspek kononnya untuk ditemuduga sebagai pelakon tambahan di Kajang.

Mohd Adnan berkata polis percaya lelaki itu bergerak secara berseorangan dan ramai lagi gadis yang telah menjadi mangsanya tetapi belum tampil membuat
laporan. - Bernama

Polis Selangor berkas 12 rakyat asing terbabit 'Macau Scam'



SHAH ALAM - Polis Selangor memberkas sembilan rakyat China dan tiga warga Taiwan dalam serbuan di sebuah banglo di Taman Ampang Utama pada Selasa lepas, dipercayai pusat kegiatan sindiket seperti 'Macau Scam'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor ACP Chong Mun Phing berkata polis juga merampas beberapa unit komputer riba, modem, telefon, telefon bimbit serta helaian kertas bertulisan Cina dalam serbuan pukul 11.40 malam itu.

Semua suspek berusia antara 19 dan 36 tahun terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan pusat itu dipercayai beroperasi sejak dua minggu lepas, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurut Chong, suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita warga China, serta dua lelaki dan seorang wanita Taiwan ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Serbuan itu dilakukan dengan kerjasama Kedutaan China serta Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei di Malaysia, katanya.

Mengulas modus operandi sindiket, Wong berkata mereka menelefon mangsa di China dan Taiwan dengan menyamar pegawai pendakwa raya dari jabatan siasatan jenayah kewangan di China.

Mereka akan memberitahu mangsa, akaun bank mangsa sedang disiasat kerana terbabit pengubahan wang haram dan menyarankan agar wang dipindah ke akaun lain untuk pengesahan, serta memberi jaminan wang itu dikembalikan ke akaun asal dalam tempoh dua jam, katanya.

Mangsa juga diugut akaun akan dibekukan dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk diaktifkan semula jika mereka tidak berbuat demikian.

Pada masa sama Wong mengingatkan orang awam agar berhati-hati dengan panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa pegawai polis atau Kementerian Kewangan.

Beliau memberi contoh kes seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun dari Ampang yang membuat laporan polis mendakwa kehilangan RM64,000 selepas menerima dua panggilan telefon kononnya daripada Kementerian Kewangan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ahli perniagaan itu membuat semakan dan mendapati nombor pemanggil merupakan talian umum IPK Kuala Lumpur dan kementerian berkenaan sebelum memindahkan semua wangnya ke akaun yang ditetapkan.

Menurut Wong, sindiket menggunakan aplikasi 'voice over internet protokol' (VOIP) untuk meniru nombor polis dan kementerian terbabit. - Bernama

Banjir di Jakarta makin buruk



Susilo (dua dari kiri) diiringi Marty Natalegawaga (kiri) melawat pekarangan Istana Presiden di Jakarta, yang turut dilanda banjir, semalam. - AFP
JAKARTA 17 Jan. - Keadaan banjir di ibu negara Indonesia, semakin membimbangkan selepas kebanyakan kawasan di kota metropolitan ini terus dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun sejak awal pagi ini.
Kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar ditenggelami air menyebabkan aktiviti harian penduduk lumpuh, lalu lintas terhenti dan semua pengangkutan awam tidak beroperasi sejak pukul 8 pagi.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa permukaan air Sungai Ciliwung di kawasan Manggarai telah mencapai ketinggian 1,020 sentimer, jauh melepasi paras Siaga I iaitu pada paras 950 sentimeter.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa dijangka mengalirkan sebahagian lebihan air sungai Ciliwung itu ke Sungai Ciliwung Lama bagi mengelakkan empangan di Terusan Banjir Barat pecah dan menyebabkan keadaan banjir semakin buruk.
Sementara itu, Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melaporkan, kesemua rakyat Malaysia yang berada di kota ini berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas dengan banjir besar yang melanda bandar raya ini.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata, pihaknya sentiasa memantau tahap keselamatan kesemua rakyat Malaysia di sini dari semasa ke semasa, khususnya para pelajar yang menuntut di beberapa universiti di kota ini.
Jelasnya, kedutaan sudah menyiapkan beberapa pelan kontinjensi untuk membantu memindahkan rakyat Malaysia seandainya situasi banjir semakin membimbangkan.
"Kedutaan Besar Malaysia akan menyiapkan tempat tinggal sementara, seandainya ada rakyat Malaysia, terutamanya pelajar yang rumah mereka ditenggelami air," katanya.
Syed Munshe berkata, Kedutaan Besar Malaysia di sini juga telah membuka bilik gerakan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat mengenai keadaan banjir di Jakarta.
Bilik gerakan di Kedutaan Besar Malaysia di sini boleh dihubungi melalui nombor +622152904081.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, hari ini mengenepikan protokol untuk turun ke padang meninjau situasi banjir.
Dengan menyinsing seluar ke paras betis, Presiden Indonesia itu ditemani Menteri Luar, Marty Natalegawa meninjau banjir di kawasan Istana Presiden.
Media tempatan melaporkan, ini kali pertama Susilo melalui pengalaman banjir di Istana Presiden. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130118/lu_02/Banjir-di-Jakarta-makin-buruk#ixzz2IKsM4lCj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lapan maut pesawat kecil terhempas di Mexico



SEORANG askar berdiri di sebelah serpihan pesawat kecil yang terhempas ketika mula berlepas dari Lapangan Terbang Albino Corzo dekat Tuxtla Gutierrez, Chiapas, Mexico semalam. - REUTER
MEXICO CITY 18 Jan. - Sekurang-kurangnya lapan orang maut, termasuk tiga kanak-kanak, apabila sebuah pesawat kecil terhempas di barat daya Mexico, semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan dan Komunikasi, pesawat kecil itu terhempas berhampiran landasan kapal terbang di lapangan terbang antarabangsa Tuxtla Gutierrez, Chiapas, sejurus selepas berlepas.
Kedua-dua juruterbang dan kesemua enam penumpang pesawat jenis Cesna itu maut di tempat kejadian. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130118/lu_12/Lapan-maut-pesawat-kecil-terhempas-di-Mexico#ixzz2IKrDO79F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelatih Suka Pegang Kemaluan Dan Punggung Pelajar




Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa.

Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.


Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini.

Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah.


“Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad.


Read more: http://www.xlupa.com/2012/02/pelatih-suka-pegang-kemaluan-dan.html#ixzz2IK8SgG20

Berlumuran darah minta bantuan



Kuching: Seorang lelaki terpaksa berjalan kira-kira 50 meter dengan badan berlumuran darah sambil menahan kesakitan semata-mata mahu mendapatkan bantuan selepas ditikam seorang perompak yang bengang kerana gagal melarikan barangan berharga dalam kejadian berdekatan lot kedai di Jalan Tun Jugah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 27 tahun dari Engkilili cedera parah di belakang badan, lengan serta anggota lain selepas ditikam penjenayah bersenjatakan pisau Rambo.


Mangsa enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia berjalan pulang ke asrama penginapan sebaik tamat waktu kerja di restoran berhampiran.

“Sebaik tiba di asrama, saya terserempak seorang lelaki memakai topi keledar menunggu di depan asrama dan bertanyakan apa dilakukannya, sebaliknya lelaki itu memberitahu sedang mencari seseorang.


“Saya baru bertanya siapa dicari secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau Rambo lalu meminta saya menyerahkan wang.


“Saya tidak melayan permintaannya menyebabkan suspek naik angin sebelum berlaku pergaduhan dan terus menikam saya di belakang badan serta tangan kanan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sejurus selepas menikamnya, suspek terus melarikan diri membonceng motosikal milik seorang lelaki dipercayai rakannya yang menunggu tidak jauh dari lokasi kejadian.


“Dalam keadaan kesakitan, saya kuatkan diri berjalan ke sebuah bank mendapatkan bantuan pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

“Saya tidak tahu kerana ketika kejadian, keadaan kawasan itu agak sunyi. Mujur ada pengawal sebelum dia menghubungi hospital untuk meminta bantuan,” katanya.


Difahamkan, sejurus kemudian, sebuah ambulans bersama pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.


Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum dimasukkan ke Unit Kecemasan akibat pendarahan teruk, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek.

‘Saya ingatkan gempa bumi’



Jitra: “Saya ingatkan gempa bumi kerana gegarannya terlalu kuat. Saya segera menyelamatkan dua anak dan masuk ke dalam bilik.

“Sewaktu suami mengangkat anak ketiga, tiba-tiba dinding runtuh dan berkecai. Apabila keluar, kami terkejut melihat sebuah kereta terbabas dan merempuh rumah kami serta dua jiran lain,” kata seorang mangsa, Siti Nurliza Che Abdullah, 28.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, kira-kira 15 mangsa membabitkan tiga rumah di Kampung Kubang Menerong, Kodiang, dekat sini, yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan dentuman kuat hingga menyebabkan dinding sebuah daripada tiga rumah berkenaan runtuh, manakala dua kereta iaitu Proton Iswara dan Proton Saga BLM remuk.

Atap zink di tiga rumah itu juga ranap apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Caldina yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an merempuh rumah itu.


Siti Nurliza berkata, ketika kejadian, dia tidur di ruang tamu rumahnya bersama tiga anaknya, Muhammad Danish Mirza Shah, 4, Muhamad Wildan Shah, 2, dan Muhamad Mifzal Shah, sembilan bulan, manakala suaminya, Zulshariman Mat Dawi, 27, menonton televisyen.

Parah ditimpa dinding

pix_topright

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga Indonesia yang menjalankan kerja pengubahsuaian sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Ehsan, Kepong, di sini, cedera termasuk seorang parah selepas dihempap runtuhan dinding, pagi semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, kejadian berlaku jam 8.30 pagi apabila dinding rumah teres berkenaan runtuh tiba-tiba ketika hendak dirobohkan sebelum menghempap kedua-dua pekerja terbabit.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 8.32 pagi yang memaklumkan kejadian itu sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi,” katanya.

Katanya, enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohamad Ali mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit di celah runtuhan dinding itu.

Foto
ANGGOTA bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Foto
MANGSA diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Selayang, semalam.

“Seorang mangsa cedera ringan kerana sempat melarikan diri dan cedera di kaki manakala rakannya parah kerana tersepit,” katanya.

2,000 pil dadah dalam dubur



Bangkok: Polis semalam menahan seorang wanita menyembunyikan 2,000 pil methamphetamine di duburnya.

Polis Imigresen di lapangan terbang Don Mueang berkata, mereka bertindak ekoran maklumat diterima mengatakan suspek, Wanrunee Ayee, 20, cuba menyeludup dadah itu dari wilayah Chiang Rai ke Bangkok.


Sejurus tiba, suspek diarahkan menjalani pemeriksaan. Pihak berkuasa kemudian menemui dua pakej dadah yang diisi dalam kondom di dalam duburnya.

Wanrunee ditahan kerana cuba menyeludup 2,000 pil yaba bernilai lebih 600,000 baht (RM60,000) di jalanan.


Suspek kemudian mengakui mengambil pil itu di sempadan Thai-Myanmar dan dia perlu membawanya kepada seorang lelaki di akwasan Bon Kai di bandar raya ini. Suspek berkata, dia diupah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 dan mendakwa ini kali pertama dia cuba menyeludup dadah. Dia didakwa kerana memiliki dadah dengan tujuan untuk pengedaran. Pihak berkuasa turut memburu beberapa suspek lain yang terlibat. - Bangkok Post

‘Saya rasa van bergegar’

pix_topright

Bukit Beruntung: “Saya dengar dentuman kuat dari luar dan van dinaiki bergegar,” kata mangsa kemalangan, Muhd Izz Sirhan Salahuddin, 12, menceritakan detik cemas kemalangan membabitkan van sekolah dengan sebuah lori 10 tan, semalam.
Kejadian berlaku pada jam 2.15 petang di Jalan Bukit Beruntung ke Rawang berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan Pusat Perniagaan Adenium dekat sini ketika dia bersama lima rakannya dalam perjalanan dari Taman Melur ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Sentosa Fasa 3 di sini.

Van sekolah dipandu pemuda berusia 20-an itu merempuh lori yang dipercayai membuat pusingan ‘U’ di persimpangan itu. Katanya, dua rakannya dikenali Meor Muhammad Nur Hakim Meor Muhammad Ridzwan dan Muhammad Danish Azhar berumur 11 tahun cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dengan bantuan orang ramai.
“Ada rakan menjerit memanggil ibu dan ayah kerana terkejut.

“Saya cedera di kepala. Manakala tiga rakan lain berumur 11 tahun tidak cedera dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di sebuah klinik swasta,” katanya yang ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Saksi kejadian, Muhd Fauzi Misnan, 44, berkata, ketika kejadian dia menjamu selera di sebuah restoran berhadapan tempat kejadian.
Katanya, dia bergegas ke lokasi apabila mendengar suara kanak-kanak meraung kesakitan dan mendapati mereka berlumuran darah di muka,” katanya.

“Saya terharu dengan tindakan pantas orang ramai membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit pada dinding van sekolah itu.
“ Kasihan mendengar ada yang merintih dan menangis setelah terbabit dengan kemalangan itu,” katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang dihubungi mengesahkan kejadian itu

Murid lemas di Sungai Besut



BESUT: Seorang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Jerteh ditemui mati lemas di Sungai Besut petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Muhammad Faris Irfan Fauzi, 12, ditemui pasukan penyelamat setelah mangsa dipercayai terjerlus ke dalam pasir ketika mandi bersama kawan-kawannya kira-kira 5.50 petang.
Beliau berkata mangsa yang tinggal di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah dikatakan telah memberitahu keluarganya yang dia mahu berjumpa neneknya di Kampung Tok Raja.

"Mangsa dilapor turut mandi bersama rakan-rakannya di sungai sebelum hilang," katanya. - Bernama

Tak dapat lari



Seri Iskandar: Selepas melarikan diri dalam cubaan mencuri sebuah kereta, seorang bekas banduan ditahan ketika menunggang motosikal curi jam 10 pagi semalam di Kampung Sungai Kerang, di sini.

Suspek yang berusia 29 tahun sebelum itu dikesan melarikan Proton Iswara milik seorang penduduk di Kampung Bukit Chawi, di sini, petang kelmarin.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu segera memburu suspek sebelum terserempak kereta dilarikan itu sekitar jam 10 malam kelmarin.

“Polis cuba menahan kereta berkenaan, namun suspek terus memecut laju sebelum polis mengejarnya sejauh lebih lima kilometer. Bagaimanapun kereta dipandu suspek itu terbabas ke dalam sawah padi dan berjaya meloloskan diri.


“Polis kemudian meneruskan operasi menjejak suspek sebelum mendapat maklumat suspek menaiki motosikal berhampiran kawasan Kampung Sungai Kerang.


“Polis mengejar suspek sebelum memberkasnya. Hasil siasatan mendapati motosikal itu juga motosikal dicuri.

“Penahanan suspek sekali gus menyelesaikan dua kes curi kenderaan dalam tempoh masa kurang 24 jam. Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan kes curi dan pecah masuk rumah selain pernah dipenjarakan lima kali.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya menjaga harta benda mereka sebaik mungkin seperti kereta dan motosikal yang perlu dikunci walaupun berada di hadapan rumah sekalipun,” katanya.

Janin kekasih dalam kereta



Petaling Jaya: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan pemeriksaan sebuah kereta dalam satu sekatan jalan berhampiran Pangsapuri Kayangan, Jalan PJS 10/24, di sini, terkejut apabila menemui satu bungkusan berisi janin, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota berkenaan menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, janin itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala kecil dipercayai untuk dibuang atau ditanam.

“Siasatan awal mendapati janin itu milik teman wanita kepada pemandu kereta terbabit yang mengalami keguguran biasa.


“Suspek berusia 26 tahun dan rakannya kini ditahan bagi membantu siasatan, malah teman wanitanya turut dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan,” katanya.

Ajar isteri baru setahun dinikahi ambil syabu



Kuantan: Gelaran suami setan mungkin layak diberi kepada seorang lelaki kerana mengajar isterinya yang baru setahun dikahwini cara mengambil dadah syabu dan mereka diberkas polis ketika sedang tidur di sebuah rumah di Jaya Gading di sini, pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, pasangan berusia 28 dan 30 tahun itu diberkas selepas gagal melarikan diri kerana sepasukan anggota polis mengepung rumah itu.


Sumber berkata, ketika serbuan, sepasukan anggota polis mendapati pasangan terbabit sedang tidur dalam keadaan berbogel sebelum mengarahkan mereka memakai pakaian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam rumah, polis menemui bungkusan plastik mengandungi 70 biji pil kuda dan serbuk keputihan dipercayai dadah jenis heroin.


Katanya, polis percaya lelaki terbabit mendapat bekalan dadah dari negeri jiran untuk diedar kepada penagih dengan harga RM25 sebiji bagi pil kuda manakala heroin dijual mengikut sukatan.

20,000 pindah, empat maut



Jakarta: Hujan monsun menyebabkan banjir besar melanda ibu negara Indonesia semalam membunuh sekurang-kurangnya empat orang. Ia juga mengakibatkan kira-kira 20,000 terpaksa berpindah dan melumpuhkan kebanyakan bahagian bandar raya itu.

Banjir sering melanda Jakarta pada musim hujan, tetapi limpahan air ekoran hujan ribut kali ini menjejaskan lebih banyak kawasan. Hanya beberapa tempat di bandar raya yang dihuni 14 juta penduduk itu tidak terjejas dengan paras air naik hingga dua meter di sesetengah kawasan. Jalan raya utama di sekitar daerah perniagaan ditenggelami air kira-kira 50 sentimeter, manakala air banjir turut menaiki Istana Presiden.


Pergerakan trafik terhenti apabila air banjir melanda kediaman, pejabat, sekolah dan jalan raya. Kebanyakan perniagaan tidak dibuka kerana kekurangan kakitangan. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa dilihat berdiri dalam air banjir hingga ke paras betis di Istana Presiden ketika menunggu kunjungan Presiden Argentina Christina Kirchner yang dalam lawatan ke negara itu. Pertemuan kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun masih diteruskan.

Hujan monsun, penerokaan hutan di kawasan bukit di selatan bandar raya itu, sistem perancangan tidak teratur, ratusan sungai dan saluran air turut menyumbang kepada bencana banjir yang mendedahkan infrastruktur kurang baik negara itu walaupun ia menunjukkan pertumbuhan ekonomi memberansangkan. - Jakarta Post

Kakitangan awam layari laman lucah dipecat



Cardif: Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam.

Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem.


Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS

Dua korban banjir di Indonesia




Penduduk berpindah meninggalkan Jakarta kerana paras air meningkat secara mendadak di bandar itu, semalam.
JAKARTA - Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak maut dan beribu penduduk dipindahkan selepas banjir teruk melanda Jakarta hingga melumpuhkan ibu kota itu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kira-kira 10,000 penduduk meninggalkan ibu negara bagi mencari penempatan sementara sehingga air surut.

“Hujan lebat berlarutan menyebabkan sungai melimpah dan paras air mencecah tiga meter,” katanya.

Menurutnya, banjir itu juga disebabkan oleh paras sungai yang semakin rendah dan gagal menampung kapasiti air terutama ketika musim tengkujuh pada Disember dan Februari.

“Kejadian ini juga menyebabkan tanah runtuh di beberapa tempat sekitar Jakarta, “ katanya.

Sementara itu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang dijadualkan menerima kunjungan Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner di Istana Negara terpaksa membatalkan pertemuan itu.

Jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha berkata, pertemuan berkenaan terpaksa ditunda berikutan keadaan Jakarta yang tidak kondusif selain laluan pengangkutan juga terganggu. - AP

Perhebat banteras penipuan bida tender



Kuala Lumpur: Suruhanjaya Persaingan (MyCC) akan memperhebat usaha penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras aktiviti penipuan bida atau ‘bid rigging’ di kalangan syarikat yang bersaing untuk mendapatkan tender.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Shila Dorai Raj berkata, ini memandangkan kegiatan itu memberi kesan buruk kepada ekonomi negara menyebabkan peningkatan harga barangan daripada sepatutnya.


Beliau berkata, ini sekali gus membebankan pembayar cukai apabila terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

“Amaran sudah banyak kali diberi, tapi seperti yang kita lihat dalam media, sektor swasta masih tidak faham implikasi (Akta Suruhanjaya Persaingan 2010) ini,” katanya selepas majlis perasmian pejabat MyCC di sini, semalam.


Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim.


Hadir sama, Pengerusi MyCC Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Shila berkata, penipuan bida bukanlah perkara baru memandangkan kebanyakan negara berdepan masalah sama.


“Contohnya syarikat A,B,C memasuki sesuatu tender projek tetapi A dan B berpakat untuk menawarkan sebut harga lebih tinggi menyebabkan C dengan sebut harga rendah meraih tender itu.

“Jika didakwa dan didapati bersalah, syarikat itu boleh dikenakan penalti antara 1 dan 10 peratus daripada keuntungannya mengikut Akta Suruhanjaya Persaingan 2010,” katanya.

45,000 liter diesel dirampas di Port Dickson



PORT DICKSON: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan merampas 45,000 liter diesel dari sebuah pusat pemborong minyak yang terletak di belakang sebuah stesen minyak di Lukut dekat sini, semalam.

Pengarah PPDNKK Negeri, Mohd Talal Abu Bakar berkata premis itu didapati menjual diesel bersubsidi kepada industri di bawah harga yang ditetapkan.
"Nilai rampasan dianggarkan RM90,000 selain turut disita tiga buah lori tangki yang dipercayai digunakan untuk membeli dan menjual semula bahan api itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira 4 petang itu, pemilik premis yang berumur 32 tahun dan seorang pemandu lori yang berumur 30 tahun turut ditahan.


"Siasatan lanjut menemui beberapa tangki besar yang dipercayai menjadi tempat simpanan diesel selain tiga buah lori tangki yang diubah suai untuk membeli minyak.


"Modus operandi mereka ialah lori tangki akan bergerak mengambil minyak diesel secara sedikit-sedikit di stesen-stesen minyak dan kemudian berpatah balik ke tempat pengumpulan," katanya.

Mohd Talal berkata ia merupakan rampasan diesel pertama di negeri ini tahun ini dan yakin beberapa rampasan lagi akan dilakukan dalam masa terdekat. - Bernama

Individu curi duit Lisa Surihani dicam



Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penipuan membabitkan ibu dan pelakon, Lisa Surihani, 26, yang kehilangan wang RM50,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya kini mengenal pasti individu yang terbabit mengeluarkan wang itu selepas membuat kad ATM baru tanpa pengetahuan mangsa.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro pada Isnin lalu melaporkan Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka hilang selepas kad ATM mereka ditukar. Kehilangan wang itu disedari Siti Amira ketika ingin mengeluarkan wang jam 10.30 pagi di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dekat sini, 11 Januari lalu. Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan, Siti Amira mendapati wang dalam akaun bersama itu berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat pengeluaran wang. Menurutnya, apabila dirujuk kepada bank, dia diberitahu kad ATM miliknya tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya. “Berikutan itu, Siti Amira bersama Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari sama,” katanya. Sumber itu berkata, rekod pengeluaran menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Lelaki tersangkut 4 jam atas pokok kelapa

 Anggota bomba menyelamatkan Mohd Hafiz (gambar kecil) yang tersangkut atas pokok kelapa di Pasir Puteh, semalam.Anggota bomba menyelamatkan Mohd Hafiz (gambar kecil) yang tersangkut atas pokok kelapa di Pasir Puteh, semalam. Pasir Puteh: Penduduk kampung mengenalinya sebagai pemanjat pokok yang cekap, namun kelmarin Mohd Hafiz Che Yusoff, 30, ‘tersangkut’ hampir empat jam atas pokok kelapa di Kampung Padang Pak Omar, Selising, dekat sini.

Lelaki itu yang bekerja sebagai buruh, berkata dia memanjat pokok kelapa setinggi tiga tingkat bangunan itu kerana mahu mengambil buahnya jam 6 petang, namun gagal turun dari pokok itu.

Pandangan jadi gelap

“Ketika di atas pokok, pandangan saya jadi gelap seketika, saya dapat rasa pokok itu terlalu tinggi, selain buah kelapa muda yang digugurkan sebelum itu kelihatan sebesar biji saga,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebaik berjaya dibawa turun sepasukan anggota bomba.

Katanya, dia hanya berdoa supaya terselamat dalam kejadian itu, selain berharap ada penduduk melalui kawasan itu.

Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharuddin Yahya, berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.01 malam.

Pelawak kena penjara 2 tahun

pix_gal0
 Chuklom bersalah hina raja Thailand




Bangkok: Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pelawak yang juga penyokong kumpulan ‘Baju Merah’ kerana menghina raja negara itu.

Yosawaris Chuklom, 54, yang dikenali dengan nama Jeng Dok-chik didapati bersalah di bawah undang-undang menderhaka kepada raja, berikutan satu ucapan ketika perhimpunan besar-besaran pada 2010, kata peguamnya Thamrong Lakdaen.

Tuduhan berasingan


Thamrong berkata, pelawak terbabit juga menghadapi tuduhan berasingan atas dakwaan keganasan kerana pembabitan dalam bantahan jalanan Baju Merah 2010 di Bangkok, akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman terbabit.


Mengikut undang-undang, sesiapa didapati bersalah memfitnah Raja Thailand, permaisuri atau waris mereka berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

“Pada awalnya dia dihukum tiga tahun tetapi hakim mengurangkan hukuman kepada dua tahun disebabkan bukti yang diberikan,” katanya.

Subjek sensitif

Kerabat diraja adalah subjek sensitif di Thailand. Raja Bhumibol Adulyadej, 85, amat dihormati rakyatnya tetapi dimasukkan ke hospital sejak September 2009.

Aktivis hak asasi mendakwa undang-undang menderhaka raja dipolitikkan dengan mengatakan dakwaan itu dikaitkan dengan pergerakan Baju Merah.

Thailand dilanda perpecahan politik sejak rampasan kuasa 2006 yang menumbangkan Thaksin Shinawatra.

Pada Mac 2010 puluhan ribu penyokong Baju Merah berhimpun di Bangkok menuntut pilihan raya segera.

Kira-kira 90 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. - AFP

Bekas kapten kapal dituduh bunuh bomoh



Petaling Jaya: Bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap tuduhan membunuh seorang pengamal perubatan tradisional pada 4 Januari lalu.

Sharunizam Salleh, 43, dari Bandar Kinrara, yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan berseluar jean, hanya menganggukkan kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya tetapi tiada pengakuan direkodkan.
Dia didakwa membunuh Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/7A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara jam 8.30 malam dan 9.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Nazri Omran menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, isteri Sharunizam yang ditahan bersamanya dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu ditahan polis beberapa hari selepas mangsa yang berasal dari Kedah ditemui mati dengan dua kesan tembakan, berhampiran sebuah pangsapuri.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili tertuduh. - BERNAM

Nafi cabul isteri orang



Bukit Mertajam: Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian kira-kira tiga tahun lalu.

Roslan Yahaya, 51, membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chiang Kian Hong sebelum minta dibicarakan.

Kekerasan jenayah

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berusia 29 tahun yang juga isteri orang.

Kesalahan itu dilakukan di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai, di sini, antara 11 pagi hingga 1.10 tengah hari pada 26 April 2010.

Tertuduh yang berkemeja putih berjalur dan berseluar gelap didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Amir Hamdzah Othman manakala tertuduh diwakili S Anthony.
Terdahulu, Amir Hamdzah meminta mahkamah menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, selain memohon supaya mahkamah menghalangnya daripada mengganggu saksi.

Dalam rayuannya, Anthony memohon supaya jaminan terhadap tertuduh dikurangkan.

Kian Hong kemudian membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

'Drama King' raih simpati

Anggota polis membawa keluar  Kathavarayan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. polis membawa keluar Kathavarayan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tertuduh didakwa suka tukar cerita untuk kepentingan diri

Shah Alam: Tindakan tertuduh keempat kes pembunuhan jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, bukan kerana dia mempunyai dendam kesumat terhadap bekas majikannya.

R Khatavarayan, 33, juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Manjeet Singh Dhillon, bahawa dia sebenarnya seorang `manipulator' yang menukar-nukar cerita jika ia mendatangkan manfaat kepadanya.
Malah, Manjeet turut menggelar Khatavarayan sebagai 'drama king' dan hanya mahu meraih simpati di mahkamah ketika tertuduh keempat itu memaklumkan dia tidak sihat.




Tinggal percuma di banglo

Sebelum itu, Khatavarayan memberitahu mahkamah, isteri pertamanya dan lima anak mereka tinggal secara percuma di rumah banglo milik tertuduh pertama, N Pathmanabhan, 44, di Sepang, sejak awal 2010.

Dia juga tidak bersetuju pada November lalu ketika perayaan Deepavali, Pathmanabhan ada memberitahunya bahawa lelaki itu mahu mengambil semula rumah banglonya itu kerana dia sedang menghadapi masalah kewangan.
Khatavarayan juga tidak bersetuju dengan cadangan Manjeet bahawa dia cuba menggunakan tertuduh kedua, T Thilaiyalagan, 21, untuk memujuk Pathmanabhan untuk tidak menyuruh keluarganya keluar dari rumah itu, dan pemuda itu enggan berbuat demikian.

Pemain bola sepak ditipu kekasih siber

Paparan  berita  mengenai Kekua.Paparan berita mengenai Kekua. Indiana: Bintang bola sepak Universiti Notre Dame, Manti Te’o, menjadi mangsa penipuan internet selepas kekasih beliau yang ditemui secara ‘online’ sebenarnya tidak wujud, kata pentadbiran kolej berkenaan kelmarin.

Manti Te’o popular kerana cemerlang dalam permainan bola sepak Amerika selain dikenali selepas kematian neneknya dan kekasih online berkenaan, Lennay Kekua.
Kekua mendakwa dia seorang siswazah Universiti Stanford tetapi sebenarnya berpura-pura rapat dengan Manti selain berpakat dengan pihak lain hingga menyebabkannya percaya dia meninggal kerana leukimia,” kata jurucakap universiti itu, Dennis Brown, dalam satu kenyataan.



Dimaklum Te’o

Pengarah Atlet Notre Dame, Jack Swarbrick, berkata pihak universiti mengetahui mengenai penipuan itu daripada Te’o pada 26 Disember lalu.

Notre Dame membuat kenyataan itu selepas laman web Deadspin.com mendedahkan bahawa Kekua adalah ciptaan rakan Te’o.

“Te’o memang kehilangan neneknya iaitu Annette Santiago pada 11 September 2012 pada usia 72 tahun.
“Tetapi, tiada rekod mengenai kematian Lennay Marie Kekua pada hari itu atau hari lain. Tiada akhbar mengumumkan kematiannya termasuk dalam akhbar pelajar Stanford,” kata Notre Dame.

Deadspin menyatakan, gambar Kekua di internet atau televisyen sebenarnya seorang wanita lain berusia 22 tahun di California.

Nama wanita itu juga berbeza, bukan siswazah Stanford dan tidak pernah mengalami masalah leukimia dan tidak pernah menemui Te’o.

Bagaimanapun, Te’o mengakui dia menaruh perasaan terhadap Kekua dan ‘mereka selalu berhubung secara online dan telefon kerana pemain bola sepak itu menganggap hubungan terbabit benar.’ - REUTERS

Jakarta tenggelam

Bulatan jalan Hotel Indonesia di Jakarta, dilanda banjir.Bulatan jalan Hotel Indonesia di Jakarta, dilanda banjir. Jakarta: Banjir paras pinggang melumpuhkan ibu negara Indonesia, Jakarta semalam jalan raya tidak dapat dilalui, beribu-ribu rumah ditenggelami air sehingga presiden juga terpaksa menyingsing seluarnya di istana.

Air berlumpur melumpuhkan bandaraya yang menempatkan 14 juta penduduk dan sudah sedia teruk dengan kesesakan lalu lintas, di mana pemandu terperangkap selama beberapa jam di jalan raya.
Sehingga malam kelmarin hampir 10,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah dengan sembilan penduduk dilaporkan terbunuh. Antara kawasan terjejas termasuk Menteng di Jakarta Tengah, Cempaka Putih di Jakarta Timur, Tanjung Priok dan Marunda di Jakarta Utara, Cengkareng dan Kebon Jeruk di Jakarta Barat, Bulungan di Jakarta Selatan dan Teluk Naga serta Cikupa di Tangerang.



Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga dirakamkan menyingsing seluarnya hingga paras lutut ketika meninjau banjir di Istana Presiden.


Amaran pringkat tinggi

“Jakarta banjir, harap tiada banyak mangsa. Kami akan sediakan bantuan secepat mungkin,” katanya kepada jurugambar, mengarahkan tentera, polis dan pegawai bencana memastikan keselamatan.
Mesyuarat pagi antara Susilo dengan Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner terpaksa ditangguhkan selama dua jam.

Perkhidmatan bas TransJakarta terpaksa menghentikan operasi di beberapa laluan di jalan raya yang tidak dapat dilalui, katanya dalam Twitter.

Banjir juga menghalang beberapa jalan raya ke lapangan terbang dan menutup perniagaan di seluruh bandaraya itu termasuk di daerah perniagaan pusat.

Pihak berkuasa meningkatkan amaran banjir ke peringkat paling tinggi awal semalam, kata jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho. - AGENSI

Tiga terkorban bot nelayan terbakar dekat pulau yang jadi pertikaian



TOKYO: Tiga orang terkorban dan lima lagi masih hilang selepas bot nelayan terbakar berdekatan pulau yang menjadi pertikaian di antara Jepun dan China, kata pengawal pantai Negara Matahari Terbit itu hari ini.

"Kami dimaklumkan oleh pegawai Korea Selatan bahawa tiga orang terbunuh dan lima lagi masih hilang dari sebuah bot nelayan Korea Selatan yang terbakar berdekatan Pulau Uotsuri. - AFP

Pemuda maut kereta dipandu hilang kawalan di Dungun



DUNGUN: Seorang pemuda terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Batu 49, di sini awal pagi tadi.

Mohd Rizuan Rosli, 22, yang berasal dari Kampung Jerangau Sungai, di sini terbunuh selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di situ lalu terbalik.
Kemalangan jam 4.50 pagi itu dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di situ, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas minum bersama rakan di Bandar Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Wa," katanya. - BERNAMA

Hakisan ancam rumah




WAHAB menunjukkan masalah hakisan di tebing sungai yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya di Rembau semalam.


REMBAU – Penduduk Kampung Bemban dekat sini bimbang memikirkan keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin serius.
Salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66, berkata, rumahnya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan.
Katanya, hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanamannya pokok pisang dan limau musnah.
“Selepas beberapa kali saya membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini.
“Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim hujan,” katanya di sini semalam.
Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen.
“Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk dan saya bimbang akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga,” jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2IITzczbP 
Hakcipta terpelihara 

Isteri tertuduh bersalin di mahkamah



ORANG ramai di Kompleks Mahkamah Perlis, Kangar memberi bantuan kepada Shahidawati yang melahirkan bayi lelaki semalam.


KANGAR – Kompleks mahkamah di sini semalam riuh rendah apabila isteri kepada seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan dadah terpaksa melahirkan anak dalam kawasan mahkamah.
Semasa kejadian pukul 11 pagi, Shahidawati Shabudin, 37, berada di luar mahkamah sementara menunggu suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret di situ.
Mengikut seorang peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli, wanita itu yang mengalami sakit perut secara tiba-tiba meninggalkan kamar mahkamah sebelum dia mencari tempat duduk di kawasan mahkamah.
“Tindakan wanita itu disedari seorang tukang cuci wanita yang bertugas di mahkamah dan ketika itu Shahidawati sudah mengalami pendarahan.
“Sebaik diperiksa, kepala bayi telah keluar menyebabkan tukang cuci terbabit terpaksa menyambut bayi itu yang kemudian selamat dilahirkan oleh ibunya,” kata Rabiatul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2IITrCbnu 
Hakcipta terpelihara